Muka pecah,
Gitar pecah,
Hati pecah.
Dua gitar aku pecah,
dihempuk kebadan,
oleh abang yang kunun nya pejuang keluarga.
yang kunun nya ingin menjaga.
Padahal diri sendiri rosak
dek hal-hal dunia.
Bila minda dah dikuasai,
dek bahana racun perosak diri,
Badan mula hilang pertimbangan,
Adik yang tidak bersalah,
dijadikan sasaran.
Modal nya, pasal nak tengok isi dalam package pos laju aje.
Aku tak bagi. Pasal, buat apa mau menyibuk hal aku.
Si abang beria-ria memaksa.
Nak kate salah sendiri pun ada juga,
Mulut jahat.
Penyudahnya... Makan penumbok,penampar, makan gitar.
Ingat beli gitar guna duit sedekah agaknya.
...
Derhaka kah aku?
Tidak!
Abang yang rosak tidak boleh diguna pakai,
ibarat
Anjing kurap ditepi jalanan. Eh silap. Anjing pun lebih berguna.
Aku lama tak bercerita bukan sebab tak ada cerita.
Aku lama tak bercerita bukan sebab bahagia.
Cuma kekurangan masa dan peluang.
Aku berjaya membuat diri ini sibuk supaya tidak mental.
Walaupun masih..
Terlalu banyak perkara sedih untuk dicerita.
Tetapi..
Bila aku marah.. Aku sedih..
Aku tidur...
Bila terjaga dari tidur,kemarahan dan kesedihan hilang.
Tetapi lama kelamaan kemarahan tu,
macam dah jadi barah..
Ahhh...
Baik. Aku ingin bercerita tentang malam tadi.
Ya malam tadi.
Malam tadi, aku sedang duduk bersendirian dalam bilik,
Lalu masuk adik perempuan ku,
tiba tiba merentap wayar plug berkembar 3.
Dia mahukan nya untuk mengisi bateri talipon bimbit dan kameranya.
Tapi dengan cara itukah?
Tanpa meminta izin.
Dan,Aku sedang menggunakannya.
Wayar pengisi bateri talipon bimbit ku masih lagi melekat.
Aku tidak membenarkannya, dengan memberi sebab,aku sedang menggunakannya.
Tetapi dia naik berang.
Dirampasnya wayar plug itu.
lalu menumbuk-numbuk ku.menolak-nolak ku.
Tapi aku tidak membalas.
Berlakulah pula adegan tarik menarik.
Aku menang.
Dia bengang.
Dia lantas melibas meja mekap ku,
bertaburan barang,
Dia menanggalkan laci meja mekap ku,
bersepah isinya.
Tidak puas lagi..
Dia mengambil gelas berisi air sejuk diatas meja tersebut,
dan disiram ke muka ku,
Lalu..
Diugutnya ingin membaling,menghempuk gelas kaca itu pada muka ku.
Aku berang. Aku menjerit kebengangan. Ketakutan.
Takut dengan adik yang bezanya 5 tahun lebih muda.
Tangan aku menggigil.
Aku dengan pantas menarik rambut nya, dan menghumban nya keluar dari blik ku.
Aku tidak mahu berpanjangan.
Dia berang, terpekik-pekik diluar bilik.Aku duduk diam dalam bilik.
Babuji pulang. Dia mengadu.
Aku yang salah..
Haishhh... memang lah babuji akan salahkan aku.
Aku kan kononnya kakak.
Kakak patut mengalah..
Tapi. ikut keadaan la.
..
Aku ingat cerita sudah tamat.
Tetapi bila aku keluar dari bilik.
Memasuki bilik hadapan,
aku melihat gitar ku bergelimpangan.
Putus tali-talinya. Barai.
Aku naik setan.
Aku menjerit kebengangan.
Ingin ku capai Si Sialan itu untuk dikerjakan.
Tapi bonda menghalang.
Gitar!
Gitar kesayangan aku menjadi mangsa.
Dahulu masa gaduh sebelum ini,
dia menghempuk gitar ku yang satu dahulu itu ke dinding.
Pecah.Berlobang,
Lalu ku dihadiahkan gitar baru oleh orang.
Gitar itu pula yang menjadi kesayangan aku pula.
Namun...Juga.....
Dihancurkan.
Patutkah aku berang dan naik setan?
Anda tentukan.
Adik yang dibela, dijaga makan pakainya.
Dimandikan Disuapkan Ditidurkan.
Aku yang menjadi ibu mereka.
Kerana sedari kecil, bonda bekerja berjuta batu jauhnya.
Pulang setahun 2 kali sahaja.
Tapi adik itu juga,
yang berani memukul dan kurang ajar.
Langsung tidak berterima kasih.
Mengenang budi apatah lagi.
Hurmm..
Mungkin dia dibesarkan dengan melihat
babuji dan abang-abang memukul ku tanpa belas kasihan.
Jadi,
dia turut berfikir,yang dia juga boleh berbuat demikian.
Dibesarkan Dalam suasana kekerasan.
Terikut-ikut.
Dan langsung tidak menghargai barang.
Ingat beli barang cuma harus tonggeng bontot saja sudah boleh dapat agaknya.
Haish.
Sakit badan tak mengapa.
Luka-luka small matter sahaja.
Aku sudah kebal. Aku sudah Lali.
Tapi.
Luka di hati.
Biarpun boleh sembuh.
Ia akan berparut sampai mati.
Si Gadis pergi ke Negeri orang.
Membawa seorang teman.
Bersama ahli keluarga si gadis yang lain.
Tetapi,
tidak semena-mena,
Si Gadis di malukan
dengan Di Tampar oleh bonda.
Kerna Si Gadis bersama teman mahu pulang dahulu.
Si Gadis ditampar di maki tanpa simpati.
Teman Si Gadis yang tidak bersalah,
yang hanya mengikut telunjuk Si Gadis,
juga di maki.
Oh, malunya Si Gadis.
Kesal kerana Bonda nya telah memaki temannya.
Kesal kerana membawa temannya.
Kesal kerna mempunyai Bonda yang langsung tidak memahami.
Si Gadis tidak mahu kurang ajar atau derhaka.
Tapi cuba renungkan.
Bonda buat begini pada Si Gadis sekarang.
Kelak, Bonda dah tua.
Siapa antara anak-anak nya iaitu adik beradik Si Gadis yang akan menjaga nya.
Siapa?
Selalunya, yang lelaki tidak akan menjaga Bonda yang dah tua.
Dengan kuasa veto yang si isteri bakal laksanakan.
Jadi,
Sudah tentu,
Anak Gadis yang sulong akan memikul tanggungjawap itu.
Bermakna Si Gadis.
Dan sekarang Si Gadis di perlakukan begini.
Si Gadis mula timbul perasaan dendam kesumat.
Jadi rasa nya Si Gadis akan menjaga atau tidak?
akan Bonda atau Babujinya?
Rasanya memang antara adik beradik Si Gadis yang lain,
Tidak akan memikul tanggungjawap ini.
Kita tunggu dan lihat.
Adakah Si Gadis yang Di Maki di Hentam ini,
Akan mengambil tanggungjawap itu.
Hari ini Si Gadis bermesej dgn seorang rakannya.
Si Gadis menjadikannya tempat meluahkan perasaan.
Bercerita perihal keluarga dan cinta yang kecundang.
Tup - tup di balas,
"maybe you ni da sosial sangat kot"
Sosial? whatt da!
ok ok.
Mari bercerita tentang kisah sosial si gadis.
Dari kecil, Si Gadis perlu memikul tanggungjawap menjaga adik-adiknya
kerna ketiadaan bonda yang bekerja beratus ribu kilometer jauhnya.
Jadi dari kecil,
Tiada melepak selepas habis sekolah.
kerna perlu menjaga kebajikan adik-adik yg kecil.
Pada waktu cuti, berada dirumah kerna abang-abang pulang.Dan ialah satu satunya waktu untuk dihabiskan bersama. Walaupun tidak lah sebahagia mana.
Selepas habis sekolah.
Si Gadis Tidak pernah merokok.
Si Gadis Tidak pernah mabuk.
Si Gadis tidak pernah melepak-lepak ditempat yg remaja selalu lepak.
Si Gadis tidak seksi.
Si Gadis tidak bergaul bebas.
Si Gadis tidak keluar bersama lelaki mahupun perempuan.
Si Gadis Di rumah!
Masa terluang nya hanya di rumah.
Walaupun pernah dipelawa oleh rakan untuk mencucuk langit dikelab -kelab terkemuka,
Si Gadis tidak pernah sesekali terbuka hatinya.
Bukanlah Si Gadis ini berkata dirinya baik.
Tapi Si Gadis ini rasa tidak banyak juga dosa dosa besar yang dilakukan.
Tetapi mengapa..mengapa ini jalan hidup untuk Si Gadis?
Terseksa dari Besar sampai kecil..
Ya Si Gadis tidak punya kawan.
Bukan kerna Si Gadis sombong. Tapi, jikalau berjaya berbuat kawan,
Si Gadis pasti tidak dapat mengekalkan perhubungan kawan tersebut kerna gagal untuk menghadiri perjumpaan atau pergaulan mereka.
Si Gadis lebih suka duduk dirumah.
Ya, mungkin Si Gadis anti-sosial.
Mungkin. Tapi, Si Gadis tidak pernah mengadili manusia.
Siapa yang ingin berkawan, diterima dengan baik.
Si Gadis keluar bilik untuk memeluk bonda yang baru pulang.
Disambut baik oleh bonda.
Kemudian Si Gadis berkeinginan untuk meminjam kad memori talipon bimbit dari bonda kerna kad memori nya sudah dimasuki virus-virus.
Tiba-tiba, adik perempuan Si Gadis mengapi-apikan bondanya.
"Takpayah Bonda.tak payah!"
Si Gadis dengan berang nya bertanya.
"Kau ni kenapa?"
Dibalas "Eh suka hati aku lah.Kau apehal."
Terlepas tolakan halus dari tangan Si Gadis kepada adiknya.
Lantas adik nya menumbuk bertubi-tubi Si Gadis,
Si Gadis balas kembali walau bonda menahan dan memisahkan kan mereka.
Dengan tidak semena-mena babuji datang dari biliknya.
Perperangan saudara terlerai disitu.
Namun, tidak habis lagi.
Babuji memandang Si Gadis dengan berang.
Si Gadis diam kaku..
Selepas beberapa ketika,
Si Gadis beranikan diri berkata "Dia yang start dulu"
Hah, Tudung saji dapur lantas menghinggap ke badan Si Gadis.
Tidak puas dengan itu, tudung saji dikutip kembali dan dilemparkan semula.
Si Gadis bengang. tapi hanya terdiam.
Bonda dan abang muncul ke dapur tempat petempuran.
Bonda berkata pada Si Gadis. "Sudah jangan dilawan"
Dan si abang juga berkata pada bonda,
"Bawa budak ini masuk ke dalam bilik.mati kang disini."
eceh, lagak perihatin.
Si Gadis yang malang terus berlari ke bilik.
Menangis sendiri. Tapi dalam sunyi.
Namun dalam hati Si Gadis, dia bersyukur.
Kerna hanya Tudung saji dibaling.
Bukan penumbuk dan penerajang sulong yang dihadiahinya.
Tapi, kesian kepada tudung saji rotan bewarna warni.
Dikau menjadi mangsa,. Maaf ya.
Sungguh aku cemburu ketika ini.
Apabila membaca artikel-artikel dari blog-blog manusia. Mereka ingin berkahwen. Sudah bertunang. Oh bahagianya.
Aku? Aku belum kahwen.Belum tunang.Punya kekasih? Pernah. Pernah suatu ketika dahulu.
Namun terputus ditengah jalan akibat desakkan keluarga kerna tidak berkenan akan dirinya.
Alah, apa yang aku buat dan aku punya selama ini pun tdk pernah disetujui mereka.Lumrah.
Sebenarnya aku sangat menyayangi kekasih ku itu. Sehingga ingin mendirikan rumah tangga. Ibubapanya dan ahli keluarga nya sudah mengenali aku. Ya, aku sayang kepada ibunya, kerna akukan tiada mendapat kasih syg dari bonda sebenarku.
Mungkin kerana terdesak untuk keluar dari rumah durjana ini, aku sangat cintakan nya. Tidak aku layan mana-mana jejaka yg cuba mengusikku. Tiada. Namun, bak kata pepatah, bagi muka naik kepala. Sudah aku sayangi sepenuh hati. Dia boleh bertindak pukul memukul ku.
Sekali lagi aku menjadi 'punching bag' . Ah itu semua cerita lama.
Dia sudah berkahwen sekarang. Aku tumpang bahagia.
Tapi ini kisah aku.
Aku mahu kekasih yang betul-betul menyayangi aku.
Tidak menyakiti aku. Mengapa susah sekali?
Memang ada yang mendekati aku. Tapi untuk bercinta secara serius..
Aku tidak nampak lagi kejujuran mereka. Ah
Aku punya sekutu.
Dan dengan dia aku cemburu.
Aku melihat bagaimana keluarganya melayannya.
Begitu baik. Begitu ditatang.
Apa kemahuan nya dituruti. Yang penting dia dihormati.
Dan tidak sesekali di sakiti.
Begitu bahagianya.
Babuji dan Bonda nya baik hati.
Mereka membuktikan bahagia itu harus dikecapi dlm kehidupan.
Sayang menyayangi.
Mereka membuktikan biarlah dunia mahu pandang bagaimana.
Mereka tetap ada untuk sebagai sebuah keluarga.
Walau pun kewangan ada ups dan down nya,
Tetap..tetap bahagia.
Aku tahu.
Aku pernah tinggal bersama mereka buat seketika.
Aku tahu mereka tidak pernah melayangkan walau sekali tapak tangan sesama.
Dan bagi aku..
Untuk hidup bersama dengan mereka, aku juga terasa tempias bahagianya.
Aku disayangi, dihormati.
Aku boleh bergelak ketawa besar-besaran.
Aku boleh berteriak-teriakkan kegembiraan.
Aku boleh berjalan-jalan bersenyum-senyuman.
Bergurau-gurauan senda..
Tidak seperti dirumah ku.
Bergelak ketawa sahaja, akan diteriak. Babuji akan berdengus kemarahan.
Jadi untuk bergelak riang bersama adik-adik, harus dibilik. senyap.
hanya badan yang bergerak seperti digoncang-goncang.
Untuk menangis dirumah itu, tidak sesekali.hanya dlm mimpi.
Aku bahagia di rumah sekutu ku ini.
Namun, bahagia aku tidak selamanya.
Aku harus juga pulang ke singgah sana realiti aku.
Ah. Tidak Adil.
Eh, apakah itu adil?
Setiap manusia punya perasaan.
Bukannya dilahirkan buta hati.buta perasaan.
Binatang juga punya perasaan.
Bunga Orkid juga. Tak percaya?
Bagaimanakah kehidupan manusia yang bahagia?
Yang ditatang oleh keluarga?
Kalau Kaya, boleh bahagiakah?
Tidak. Masing-masing akan sibuk untuk menjalani kehidupan.
Kalau Miskin, boleh bahagiakah?
Tidak. Masing-masing sibuk mencari jalan untuk makan.
Bagaimana ya.
Ajarkan tolong.
Bagaimana anda menangis?..
Aku ingin tahu...
Tapi sekarang...aku ceritakan dahulu pada anda.
Bagaimana Si Gadis Menangis.
Si Gadis itu di hentam secukupnya.
Namun untuk Si Gadis itu menjerit, tidak sekali-kali.
Si Gadis tahu jika dia menjerit,
makin peritlah tubuh nya.
Jadi ditangis nya di dalam hati. Cuma air mata menitik.
Si Gadis DiLibas menggunakan Tali Pinggang Kulit Berkepala Besi.
Ketika itu, dia sedang membaca buku diatas katilnya.
Adik-adiknya bermain dibiliknya,
mereka bersuka riang sehingga tiba-tiba mereka bergaduh,menangis.
Babuji yang mendengar, segera datang. Bukan untuk memujuk.
Tapi melibas untuk Si Gadis. Zaaaaaaaaap~~ ah. sedap.
Walaupun Si Gadis tidak bersalah, dia redha.
Dikatakan didalam hati, dirinya yang sengaja mencari pasal, tidak menjaga adik dengan baik.
Pernah Si Gadis dipukul dan dihentam sehingga tidak tertahan sakitnya.
Terjerit suara garau dari bibir nya.
Di Hentam lagi kepalanya..
Termeng'aduh'
DiPijak kepalanya.
Untuk menangis, Si Gadis perlukan sebiji bantal.
Di hempap kan wajahnya ke batal itu, dan ditangisnya sendiri.
Tetapi! Tidak boleh bersuara. Senyap.Air mata yang mengalir.
Dan dipura-purakan Si Gadis untuk Tidur. Segan tangisnya ditonton.
Macammana seorang gadis mahu menukar baju tanpa pintu bilik nya ditutup.
Kenapa wujud seorang babuji yang tidak membenarkan anak gadisnya menutup daun pintu biliknya sendiri?
Tidakkah seorang lelaki harus tahu, seorang wanita/perempuan itu memerlukan sedikit ruang privacy?
Apakah yang babuji cuba pantau? Sehingga, pintu bilik Si Gadis tidak dibenarkan ditutup.
Jika ditutup, Babuji akan datang dengan langkah seperti kingkong dan mata yang sengaja dibeliak-beliakkan dan dibuka pintu dengan ganasnya. Ditenungnya Si Gadis seperti mahu ditelan nya hidup- hidup.
Si Gadis yang malang, hanya mampu diam seribu bahasa dan kaku. statik pergerakannya buat beberapa lama. Takut akan dirinya dibaling, kerusi dari meja mekap.
Mengapa? Manusia. Tahukah kamu.
Seorang wanita/perempuan/gadis/kanak-kanak perempuan, pokok pangkalnya female,
perlukan privacy?
Tolong lah Babuji.
Si Gadis perlu menutup pintu.
Si gadis ini masih bernafas.
Masih punya kekuatan untuk hidup.
Dan si gadis ini masih mencari- cari siapakah dirinya sendiri.
Manakah hala tuju. Si Gadis ini perlu di pimpin.Perlu di Bimbing.
Aku hidup dalam kehidupan yang sederhana.
Aku kenal yang mana baik. Yang mana buruk.
tapi..
Aku tidak tahu siapa kawan.Siapa lawan.
Siapa berpura-pura.Siapa bela kura-kura.
Tolong aku cari diri aku.
Tolong. Aku pinta di ajar. Apakah maksud keluarga bahgia?
Keluarga bahagia itu harus punya apa? apa ciri nya? Ajari aku.
Aku punya ayah. Babuji. Babuji ku. Sangat Prihatin. Menyediakan makanan dan minuman yang sempurna. Cukup. Aku tidak pernah kelaparan. Tidak laparkan makanan bukan bermakna aku tidak laparkan kasih sayang. Aku juga selalu diberi elaun. Elaun penumbuk dan penerajang yang tegar. Hentakkan kepala kedinding sudah lali. Tarikan rambut hingga luka kulit kepala juga seringkali. Ah, biarlah. beliau kan babuji yang amat menyayangi anaknya. Cuma anaknya yang ini.
Aku redha,aku inikan 'punching bag'nya. Kasihan. Beliau mahu menceburkan diri dalam dunia WWE. Namun, tiada lobang untuk digali.
Aku punya bonda. Bijak dan pandai memajukan diri sendiri. Boleh juga digelar ibu moden. Ya. Bonda ku pandai mencari wang. Pernah tinggal berjauhan dari keluarga semata-mata untuk menambah pendapatan keluarga. Anak-anak nya di tinggalkan dan masih punyai ikatan yang sah bersama babuji. Pulang melihat anak setahun beberapa kali. Pernah juga kami beraya tanpa beliau disisi.
Ah, peduli apa semua itu. Yang penting bonda ku baik. Selalu mencium dan memelukku tiap kali punya peluang. Walau bukan tiap hari.
Aku punya abang - abang. Abang yang besar kepala. Beza umur hanya beberapa tahun dari aku.
Namun, lagaknya dialah yang hebat. Yang satu itu memang hebat. Tidak aku nafi. Menuntut di institusi pengajian yg boleh dibanggakan. Yang satu lagi itu. Hanyut dek pengaruh rakan. Dalam dunianya sendiri. Tidak aku ingin tahu. Cuma, satu persamaan mereka, sama seperti babuji..
menjadikan aku ini 'punching bag'. aku yang dimarahi dimaki dicaci. Hadiah? Oh, Kuali di dapur, sering singgah ke kepala ku. Di acukan pisau? Diugut bunuh? Takperlu lah kata lagi.
Aku punya adik - adik. Yang aku jaga, aku tatang bagai minyak penuh, dari kecil. Dari memakai pampers mami poko hingga kotex. Dari memakai spender print bola tenis hingga boxer. Yang waktu tidurnya, tangan aku diperlukan untuk memeluk. Yang mandi dan pakainya, aku yang urus. Ya, kini mereka hargai. Hargai dengan makian. Dengan pukulan bertubi. Dahulu, tiadalah aku menumbuknya, waktu menangis..uwekk-uweekk kelaparan.waktu cretttttt~ tercirit.
Tapi, mungkin sekarang dilihatnya ahli keluarga yang lain perlaku ku begitu.idola.
Dan aku. Seorang anak.Seorang adik, seorang kakak. Seorang Gadis.
Dari kecil hidup tanpa kasih yang sempurna.
Di tumbuk dipukul seawal usia 7 tahun, atau kurang.
Tidak mengapa, mungkin wajah Nirmala Bonat yang mereka nampak pada diriku.
Mentang - mentang lah aku yang uruskan segalanya.
Waktu remaja ku dihabiskan tanpa bonda disisi. dari sekolah rendah. hingga habis sekolah menengah. Dan sepanjang waktu itu lah terseksa batin aku tiada yang tahu.
Selama mana aku menunggu, bulan jatuh ke riba, selama itu juga aku berkeinginan untuk punyai blog yang mencerita kisah kehidupan aku sebenar-benarnya.
Tidaklah diri ini begitu naif tentang IT. Tidak juga baru mempelajari. Dunia cyber dihujung jari ini telah lama juga aku kenali. Namun, inilah saatnya.. Saat untuk aku membebaskan kisah aku. Kisah hidup ku. Kisah gelapku. Kisah suka ku. Kisah sedih ku. Kisah susah ku. Pokok Pangkalnya cerita tentang aku. Tentang diri sebenar aku. Luahan hati yang tiada tempat lain untuk dikongsi.
Baik. Pembuka cerita. Aku.
Aku Si Gadis. Ya, kenali aku dgn nama itu. SG.
Aku punya keluarga. Bahagia. Bahagia sehingga aku dibelai menggunakan kaki. Dimanjai dengan hentakkan dikepala. Dihormati dengan dipandang hina.
Aku punya pelajaran. Tidaklah secerdik Albert Einstein. Namun tidaklah sedungu Pak Pandir.
Aku masih pandai mengira. Pandai dan memahami bahasa inggeris. Tahu nilai harga mata wang.
Semasa disekolah, berada di kelas bodoh semasa darjah satu hingga tiga. Namun, dari darjah empat sehingga tingkatan lima, berada dikelas pertama. Namun, oleh kerana mengikut rakan, aku menurunkan diri sendiri ke kelas kedua, supaya dapat bersama dengan nya.
Aku seorang yang periang, jika di lihat dengan mata kasar. Mereka selalu melihat aku bergelak ketawa. Menyanyi suka ria. Marah ketika di marahi namun senyum kembali dalam tidak kurang sehari. Jika, mereka yang mengenali aku, mereka akan kata aku gila-gila, sengal ubi. Tapi kasihan mereka..hanya melihat lakonan ku untuk menutup kesedihan yang dialami.
Aku tidak mewah. Aku tidak kaya. Dan aku juga tidak lah begitu susah sehingga perlu menagih simpati dan menadah untuk sepinggan nasi. Aku sederhana.
Aku tidaklah cantik. Namun tidak pula hodoh. Aku Tidak tinggi, Tidak Pendek. Tidak kurus dan tidak juga gemuk. Aku yang sedang-sedang sahaja.
Aku masih muda. Masih belajar mengenal dunia.
Tujuan aku bercerita disini, bukan lah untuk mengaibkan diri. bukan untuk minta simpati.
Aku tidak punya tempat lagi untuk bercerita, hanya disini.
Jadi, jadikan lah cerita-cerita aku teladan buat kalian. Hargai apa yang kalian punya waktu ini.