Blue Crystal View RSS

No description
Hide details



Selamat Datang 2024 2 Jan 2024 7:59 AM (last year)

Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Agung. Telah lama kiranya saya tidak menulis di Blog kesayangan ini. Setahun -- Bukanlah satu tempoh yang singkat. 2023 merupakan satu perjalanan kehidupan saya yang boleh dikatakan berada pada roda di bawah. Pelbagai sudut diuji -- Kewangan, perniagaan, kesihatan dan semestinya ada naik dan turun emosi.


Namun, saya sedar saya hanyalah seorang 'pelakon' di pentas dunia. Yang mana Allah telah tuliskan skripnya untuk saya lakonkan. Jadi, lakonkan dengan baik. Dunia ini tempat untuk kita melaksanakan amanah yang telah diberikan sejak berada di Luh Mahfuz lagi. Saya belajar melihat dunia dari satah yang berbeza. Belajar untuk lebih bersabar dan bersyukur.

Di awal tahun baru ini, saya berdoa agar saya dan kita semua dapat buat dengan lebih baik. Lakonkan 'watak' kita dengan lebih baik dan cemerlang. Tidak ada satu pun yang berlaku terlepas dari pengetahuan dan perancangan Dia. Maka selalulah berlapang dada, bersangka baik dan terus tumbuh sebagai seorang Muslim yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Jom muhasabah!

Tahun 2023 -- Cabaran awal bermula apabila dealing perniagaan tidak berjalan lancar. Keadaan ini menjadikan saya sentiasa berada dalam keadaan tidak gembira, risau dan berkeluh kesah. Mula menyalahkan orang lain apabila bertemu kegagalan. Mula melihat faktor luaran menjadi sebab kegagalan. Apabila mula berada dalam masalah, maka teruslah menarik satu persatu masalah masuk ke dalam kehidupan. Bermula dengan masalah perniagaan, kemudian masalah kewangan, lepas itu masalah kereta rosak, hampir kena saman dengan pihak 'tertentu' dan apabila sampai tahap stres yang tinggi masalah kesihatan pula yang dapat. Kesihatan fizikal dan mental terganggu. Allah... Masa ni terasa tidak adil! Istighfar panjang. Terdetik di hati, "Kenapa lepas satu, satu lagi masalah lain datang.."

Saya menarik hand break agak panjang, beberapa bulan. Untuk hilang dari radar. Untuk beri ruang kepada diri berfikir mendalam tentang apakah matlamat yang nak dicapai dalam hidup. Apakah kegembiraan sebenar yang nak dicapai. Adakah dengan ada perniagaan berjaya akan bahagia? Adakah dengan adanya banyak wang akan gembira? Soalan-soalan itu selalu mengganggu siang dan malam sehinggalah sampai pada satu titik, saya bertemu jawapannya. Perjalanan untuk bahagia dan tenang bukan pada perniagaan, bukan pada wang banyak, tetapi pada RASA. Bagaimana untuk dapatkan rasa itu? Berbaliklah kepadaNya. Maha Pencipta Alam Semesta. 

2023 adalah tahun air mata untuk saya. Saya petik kata-kata seorang sahabat, AJ Nuruddin -- "Bahasa CINTA orang khidmat ni, dia kira nak tolong orang ja... mudahkan orang ja. Bila tiba masa dia, dia harap orang faham dan tolong ja terus. Dia takkan minta tolong." Benar, sampai satu tahap memang rasa hidup ini terlalu menekan. Sampaikan rasa buntu apa perlu buat.  Bebanan hutang, komitmen dan kos-kos kehidupan sentiasa bermain di layar fikiran. Namun, tidak diceritakan pada keluarga atau sesiapa pun tentang kesulitan ini.

Allah sayang... Allah nak angkat darjat. Itulah kata-kata pujukan kepada diri sendiri apabila pada pertengahan tahun 2023 saya diuji dengan ujian kesihatan. Seperti satu batu besar terhempap atas kepala. Menangis, salahkan takdir, persoalkan Allah, rasa putus asa, kecewa, tidak tahu nak memberi reaksi, buntu, itu semua saya rasa bersilih ganti. Sudahlah kewangan kami diuji, saya pula perlukan wang untuk rawatan. Sudah jatuh, jatuh lagi ke bawah -- Negatif!

Namun, dalam kekacauan jiwa itu saya panjatkan sebuah kesyukuran yang sangat tidak mampu dinilaikan dengan apapun, iaitu pasangan sehidup sematiku yang sentiasa ada untuk rawat rawan di hati. Ya... Kami bersama mengharungi jalan berliku dan susah payah ini. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Tidak mudah, namun Alhamdulillah kami boleh hadapi dengan baik satu persatu dengan izinNya.

Akhirnya, saya sedar -- Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tidak lagi nampak ianya sebagai sebuah 'kegagalan', tetapi saya melihat dari perspektif yang berbeza. Ketidak berhasilan menjadikan saya lebih bersabar. Menjadikan saya lebih stabil dalam pengawalan emosi. Lebih banyak syukur. Lebih mudah berfikir dengan baik dan bersangka semuanya baik.

Dilimpahi harta bukan bererti disayangiNya. Diuji dengan kekurangan bukan tanda kifarah. Sabar dan Syukur menjadi ukuran. Tenang-tenang sahaja. Akhirnya kita semua nak kembali kepadaNya dalam keadaan yang selamat dan diredhai. Itu matlamat paling utama.

Tahun 2024 - Sebuah permulaan yang memberikan satu nafas baru yang lebih positif. Tidak mahu lagi terus menarik masalah. Berpegang dengan lebih teguh bahawa setiap masalah Allah hadirkan sekali dengan hikmahnya. Cuma terkadang tidak nampak hikmah tersebut. Teruskan melangkah dengan bahagia. Raikan ruang, rasa dan kesempatan yang ada.

InsyaAllah.. Segalanya akan baik-baik sahaja. :)






Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kumpul Modal Untuk Mama Qucing 15 Dec 2022 5:39 AM (2 years ago)

 


"Apa sayang nak buat kalau ada duit lebihan RM500,000?.." 

Secara tiba-tiba MH tanya random question kepada saya. Tersentak saya. Cepat-cepat saya mengunyah dan menelan roti canai garing yang masih berbaki di dalam mulut dan mencari jawapan yang logik difikiran ketika itu.

"Wahhh.. Ni impian besar ni. Memang lah sekarang saving tak sebanyak itu. Tapi apa salahnya kalau kita ada impian kan?.." Soal saya kembali. MH hanya tersenyum sambil angguk-angguk perlahan.

"OK, jadi apa impian sayang kalau ada duit sebanyak itu? Dengan mengambil kira komitmen dan hutang dah settle, tanggungjawab kepada keluarga dan komuniti dah settle..?" Soal MH lagi.

Saya memang ada beberapa impian yang besar. Salah satunya adalah impian membina sabuah Cat Shelter. Impian ini timbul sejak awal tahun 2020. Ketika itu permulaan kepada kami berdua adopt seekor kucing berbaka Turkish Angora yang bernama Popoy dari seorang askar yang akan ditugaskan ke Lubnan. Pelbagai ujian dan cabaran kami hadapi demi membesarkan seekor Popoy.. Hehehe..

Selang beberapa bulan selepas itu, kami selamatkan pula seekor kucing yang sering dikejar anjing, yang kami namakan Olive. MH ambil dia di bawah blok Condo selepas balik terawih malam tu. Walaupun stray cat, tapi manja sangat-sangat. Cepat betul mesra. Keduanya kami jadikan fully indoor cat.

Popoy & Olive - our sweetheart at home :)

Kalau nak tahu, saya bukan penggemar kucing. Boleh dikatakan saya takut kucing. Keluarga saya sedia maklum dengan gelagat saya kalau kucing datang berdekatan dengan saya. Geli tu naik sampai ke tengkuk. Meremang! Tapi, segalanya berubah sejak kami mencurahkan kasih sayang dan berkongsi rezeki dengan Popoy dan Olive. Sayang saya pada kucing sampaikan saya boleh tersentuh dan menangis tengok kucing -kucing terbiar yang sakit, kurang sempurna, didera atau dibuang.


Disebabkan keadaan ekonomi dan komitmen kami sekarang, menjadi agak mustahil untuk kami membela banyak kucing. Dari situlah saya tanamkan niat untuk bangunkan Cat Shelter. 

Proposal saya, Cat Shelter tu (nanti saya nak namakan Mama Qucing Cat Shelter) adalah tempat saya selamatkan, rawat dan sediakan tempat berteduh untuk kucing-kucing jalanan yang kurang bernasib baik. Untuk merealisasikan impian tersebut, saya perlu cari lokasi yang sesuai, tanah yang lapang, dan selamat dari kawasan banjir dan bencana alam. Saya dah terbayangkan Cat Shelter Mama Qucing nanti ada wad kuarantin, wad ibu kucing yang bunting, wad kucing yang sakit dan ada playground untuk kucing bebas bermain. 

Selain itu, saya juga akan buka peluang pekerjaan untuk cat loverscat's groomer dan pembekal makanan dan barangan kucing untuk bersama-sama menjayakan impian ini.



MH sambung lagi.. "So macam mana konsep Cat Shelter tu.. Cuba share brief idea.."

Haa... Ni yang saya suka. MH selalu beri perhatian atas apa yang saya suka. Konsep saya lebih kepada foundation. Saya akan beri fund untuk modal kepada Cat Shelter yang kurang modal untuk bangunkan sistem dan konsep rumah perlindungan yang bersistematik. Tapi, mestilah ikut garis panduan yang saya akan sediakan. Selain itu, kucing-kucing yang telah dirawat dan melalui fasa TNR akan saya buka untuk adoption


Konsep saya, selamatkan kucing jalanan, berikan mereka forever home yang boleh mereka berkongsi kasih dan berkongsi rezeki. Saya tidak bercadang untuk menjadi Breeder. Saya hanya selamatkan kucing dan berikan mereka harapan baru. InsyaAllah...

Seusai saya kongsikan impian saya, MH tersenyum lebar. Dia menyokong penuh idea dan impian saya.


Kawan-kawan, tolong doakan kami ya. Banyak impian yang kami harapkan. Dalam memberi kebahagiaan kepada diri, ibu bapa dan keluarga serta masyarakat.

Semoga Allah berkati. Amin.

Pen Off~

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Someone to Love, Something to Do, and Something to Hope For 2 Dec 2022 10:35 AM (2 years ago)

"They say a person needs just three things to be truly happy in this world: Someone to love, something to do, and something to hope for."


Apa erti kebahagiaan buat anda? Bagi saya, kebahagiaan adalah SYUKUR. Syukur masih diberi peluang untuk bernafas, sihat, berfikiran waras dan banyak lagi. Ni semua adalah sumber kebahagiaan.

Saya nak berkongsi mengenai kebahagiaan baharu yang saya rasai pada pertengahan bulan Oktober yang lepas. Tidak dinafikan dalam kehidupan kita sebagai manusia ada pasang surutnya, ada suka duka, ada cerita sedih dan gembira. Begitu juga saya. Setelah melalui beberapa kisah sedih, Alhamdulillah Allah rezekikan kami untuk pindah ke rumah baru, suasana baru. 

15 Oktober 2022 officially kami berpindah masuk ke Eco Majestic, Semenyih. Sebelum ini, kami tinggal di Tropicana Height, Kajang selama 18 bulan sahaja. Bukan tidak seronok tinggal di Kajang, tapi ada beberapa sebab lain kenapa kami buat keputusan untuk berpindah lagi. Sejak kami berkahwin, ini adalah rumah ke-6 kami diami. Bermula di Bangi Lama - Bangi - Setapak - Cheras - Kajang dan kini Semenyih.

FAKTOR KENAPA PILIH ECO MAJESTIC

Pertama, kami memang mencari perumahan yang selamat dan ada fasiliti. Definisi selamat bagi kami adalah ada security, gated & guarded. Di sini, bab keselamatan boleh consider 'free of mind'. CCTV sekeliling kawasan perumahan, group whatsapp penduduk aktif dan positif, segala fasiliti di selenggara dan dijaga dengan baik. Fasiliti sangat penting bagi kami kerana diusia begini, tidak mahu lagi berada di dalam kesesakan dan hiruk pikuk kota. Kiranya balik kerja tu, dah boleh balik rumah untuk bertenang dan berehat dengan aman. Kemudahan lain dan kedai pun banyak di sini. Kira 'bandar hidup' lah jugak kan.



Kedua, perumahan strata. Ha, pelik kan? Tak ramai yang berminat dengan status perumahan strata ni, termasuklah saya suatu ketika dahulu. But, when times goes by, saya pilih untuk melihat sesuatu yang simple, kemas dan teratur. Kalau dulu saya berpendapat rugi duduk rumah strata ni sebab tak boleh renovate, ubah-ubah ikut minat. Tapi, setelah visit beberapa kali kawasan rumah strata, saya jadi jatuh cinta pula. Keseragaman di kawasan perumahan tu buatkan hati saya tenang. Takde lah sekejap rumah tu cat biru, rumah depan cat kelabu, rumah kiri naik tembok batu sampai bumbung, rumah kanan naik porch sama tinggi dengan pokok nangka. Gittew...

Ketiga, belakang rumah kami ada tasik dan taman! Privacy dan view best. Saya set up home office di bilik tingkat dua. Ada balkoni dan sliding door untuk keluar dapatkan view tasik tu. Dah penat mengadap laptop, rest sekejap di balkoni. Ngam!

Keempat, menjimatkan masa mengemas rumah. Sebelum berpindah ke sini, kami tinggal di rumah 3 tingkat di Tropicana Heights. Pada mulanya pilih sana disebabkan kami perlukan bilik extra untuk set up SOHO, bilik kucing, bilik tetamu dan bilik mendobi. Saya akui, semasa PKP, semuanya best sebab ada extra masa di rumah untuk mengemas dan deep clean. Tapi selepas kawalan pergerakan tamat, business as usual, banyak masa kami berurusan di luar. Jadinya masa untuk home maintenance routine agak sukar nak di adapt. Sekarang, rumah 2 tingkat sahaja yang kecil sedikit membuatkan saya mudah nak manage. Ye lah, lokasi dan best, rumah dah best, tentulah kita nak balik rumah nak berehat di rumah yang kemas dan bersih kan.

Kelima, kami rancang untuk 'Stay & Buy'. Adapt dengan suasana, rumah dan persekitaran sebelum decide untuk beli rumah hari tua kami. Frankly, saya lebih suka Kajang, tapi sejak ada beberapa condo naik di situ, kawasan jadi padat pula. So kita tengok dulu Semenyih ni macam mana peginya. 

Korang pula macam mana? Apa kriteria pemilihan untuk membeli rumah untuk settle down nanti? Share lah...


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Main Kutu Cara Selamat dan Menarik dengan Maybank2U 2 Dec 2022 8:42 AM (2 years ago)

Rakyat Malaysia ni kalau sebut 'main kutu' mesti faham maksudnya kan? Ramai yang terjebak dari zaman sekolah lagi, sampailah dah kerja dan bersara, masih seronok 'main kutu'. Ada yang kumpulkan kawan-kawan di tempat kerja, BFF zaman belajar, dan saudara mara.

Setiap orang pasti ada matlamat tersendiri kenapa menyimpan sejumlah wang dengan nilai-nilai tertentu. Dan bermain kutu dikatakan boleh mendisiplinkan diri kerana setiap bulan 'terpaksa' menyerahkan duit kutu kepada ketua yang dilantik untuk menguruskan kutipan duit kutu. Dengan itu, kita boleh tentukan nombor giliran untuk terima duit kutu tersebut atau mendapat giliran melalui cabutan undi. Bergantung kepada persetujuan bersama.

Aktiviti ini dianggap normal dikalangan masyarakat, namun sebenarnya ia adalah salah dari segi undang-undang di Malaysia kerana ianya melibatkan risiko penyelewengan dan penipuan. Bukan itu sahaja, menurut Ustaz Azhar Idrus (sila rujuk ceramah beliau di Youtube), hukum bermain kutu ini akan jatuh haram jika tidak dilafazkan akad.

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan daripada situasi ini berlaku kepada diri kita sendiri? Apa kata anda cuba dengan lebih moden dan bersistematik iaitu dengan menggunakan akaun simpanan bank sendiri. Lebih mudah, lebih dipercayai dan terhindar dari risiko duit lesap.

Saya sebenarnya baru lagi tahu tentang kaedah ini. Few months back terbaca tentang kaedah ini, tapi tak ambil serius lagi. Jadinya, bulan lepas, saya start sikit dulu nak ambik feel. Caranya sangat mudah.

Cuma buka website Maybank2u tu, dan cari fungsi 'Create Goal +'. Kemudian kita decide lah apa tujuan kita simpan ni, berapa lama nak simpan. Contoh, saya plan nak simpan duit poket untuk pergi Travel, simpanan selama setahun, dengan jumlah RM1000. Anda create lah seberapa banyak goal yang anda mahu mengikut kemampuan dan keperluan anda.

Maybank akan auto tolak duit dari akaun simpanan kita ikut apa yang kita dah decide. Lepas tu, bila dah cukup tempoh yang kita nak tu, jumlah semua duit yang terkumpul dalam 'Goal' kita tu akan masuk semula ke akaun bank kita secara automatik!. Jadinya tak adalah kes duit hilang lah, kena tipu lah dan sebagainya. Lebih selamat!





Jadinya, jom kita menyimpan / main kutu cara Maybank2u. Lebih selamat, efisyen dan bersistematik.








Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Selamat Tinggal 2021 18 Dec 2021 5:33 AM (3 years ago)



Alhamdulillah, 2021 semakin hampir melabuhkan tirainya. Saya pasti pelbagai pencapaian yang telah kita sama-sama raikan. Ada yang di naikkan pangkat, ada yang beli aset seperti tanah dan rumah, ada yang mula buat pelaburan emas, dan ramai juga yang telah kembali menaikkan dan meluaskan lagi empayar perniagaan.

Syukur ke hadrat Illahi, Tahun 2021 mencatatkan beberapa peristiwa penting di dalam hidup saya. Ada suka, ada juga duka. Ada gembira, namun ada juga kesedihan itu. Namun, hidup perlu diteruskan. Gear 2022 perlu dimulakan dari sekarang.

2021, bagi saya tahun yang agak mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dengan permulaan penghijrahan saya di tempat baru, kehilangan insan tersayang (nenda), kucing kesayangan diuji FIV, saya dan suami pernah diuji Covid, diuji juga ketidakstabilan status kewangan, dan pelbagai lagi lah. Walau apa pun, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Harapan saya untuk tahun 2022 adalah tahun yang lebih baik. Saya ada satu matlamat baru. Satu matlamat sahaja untuk 2022 dan tahun-tahun kehadapan, iaitu menjadi MUSLIM PREPPERS!

Banyak elemen lagi yang perlu saya top-up untuk menjadi Muslim Preppers. Antara yang utama, saya perlu belajar memanah dan mahir memanah. InsyaAllah di penghujung tahun 2022, saya boleh jadi salah sorang facilitator memanah, di mana saya mampu untuk menyemarakkan kecintaan terhadap sukan Sunnah ini kepada lebih ramai orang.

Antara elemen lain yang penting untuk menjadi Muslim Preppers adalah kekukuhan kewangan. Tidak boleh dinafikan, saya perlu lebih berusaha keras untuk membangunkan perniagaan dan meluaskan lagi empayar perniagaan tersebut. Moga Allah makbulkan segala doa. Aamiinn.

Kekukuhan kewangan ni penting bagi Muslim Preppers. Persiapan makanan dan kit kecemasan semuanya memerlukan belanja yang besar. Persiapan kecergasan dan ketangkasan memerlukan belanja (berkuda dan memanah), peruntukan untuk Jemaah dan infaq, perbelanjaan bagi pembangunan jati diri lagi, peruntukan untuk kemaslahatan keluarga besar saya, dan pelbagai lagi lah. Memang perlu diperincikan betul-betul untuk tahun 2022.

InsyaAllah, moga ada keberkatan di setiap apa yang saya dan my Mr Heartthrob usahakan. Doakan kami ya, kawan-kawan… Saya juga doakan kembali kepada anda agar setiap apa yang anda lakukan menemui kejayaan dan diredhai Allah.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022.

--------------------------------------------------

Berminat untuk menjadi Muslim Preppers juga? Tapi tak tahu nak bermula di mana? Jom beli Buku Rahsia Keluarga Selamat di Akhir Zaman. Klik link ni : http://nak.la/SpecialRKSAZ

Maklumkan kepada saya jika dah beli, untuk saya bantu masuk ke Telegram Group Support Bedah Buku 90 Hari.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Migraine Saya Beransur Hilang Selepas Amalkan 5 Step Ini 15 Nov 2021 7:50 AM (3 years ago)

 

Klik gambar untuk lebih jelas. Sumber = Google

Sakit kepala ada pelbagai tahap dan punca termasuk symptom. Selalu kita dengar iklan "Anda rasa, saya ada masa untuk sakit kepala...". Haaa, yang ni kalau orang yang diserang Migraine memang tak ada masa untuk bawak berbincang. 

Mula-mula doktor diagnose saya ada migraine semasa saya berumur 21 tahun. Masa tu bergelar pelajar Undergrad di UTM. Macam mana ianya bermula? Saya mula dengan sakit kepala seharian. Sakit kepala tu biasa lah. Banyak faktor. Tidur tak cukup, last minute assignment, dan banyak lagi lah. Tetapi, lama kelamaan sakit di kepala tu beralih ke sebelah kepala sahaja, dan saya jadi sensitif kepada cahaya. Akibatnya, saya muntah-muntah dan hampir pitam. Sakit tu sehingga buatkan saya tarik rambut kuat-kuat tanpa sedar, dan rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding. 

Pernah sekali terpaksa ambik Aspirin

Yang ni selalu


Mujur rakan sebilik ada dan cepat-cepat ajak ke Klinik. Masa tu klinik kesihatan UTM tak jauh dari kolej. Selepas doktor diagnos, saya disahkan kena migraine. Makanya terpaksalah makan ubat drug-based yang mana saya dah lama tinggalkan. Bermulalah rutin saya sentiasa standby Milidon 650, Ibuprofen dan Paracetamol sentiasa. Nak kata kerap tu, tak jugak, tapi kalau time kena tu memang ubat-ubat ni lah penyelesaiannya.

Dipendekkan cerita, migraine saya ni berlarutan sehingga zaman saya bekerja. Di awal saya climb up the corporate ladder, memang saya kurang rehat. Dan masa tu juga adalah permulaan hidup saya berumah tangga. Siang kerja di pejabat, malam buat business online, weekend ambil upah dari pelajar-pelajar research untuk SPSS. 

Kerana kurang rehat dan kadang-kadang terlalu overthinking dan over expectation, saya cepat stres dan leads to migraine!

After sometimes, saya rasa macam penat dah makan ubat. Saya mula cari dan kaji, macam mana nak survive tanpa ubat semasa kena migraine. Saya cari juga kaedah-kaedah alami yang boleh bantu untuk kurangkan migraine ni at least

Jadi, ini 5 step yang saya experience sendiri.

STEP 1 : Makan Paracetamol dan Rehat

Jika mula diserang sakit kepala, terus makan Paracetemol tetapi sebiji sahaja. Jangan biarkan sakit kepala melarat kepada migraine. Minum air suam banyak, dan terus rehat di dalam bilik yang gelap, sunyi dan suhu yang sesuai. Suhu bilik jangan panas, tapi tidak pula terlalu sejuk. Memang agak lama terpaksa tahan kepala berdenyut-denyut, tapi percayalah jika anda boleh set mindset yang anda akan okey, insyaAllah okey. Lepas dah rest lebih kurang 4-5 jam, anda paksa diri untuk bangun dan mandi. Saya prefer mandi air sejuk dan dicampurkan dengan larutan Garam Bukit (saya guna Garam Aura Rezki).

Tapi, kalau migraine serang tiba-tiba, jangan lah ambik dos yang tinggi. Biasa doktor suruh makan dua biji, cukup ambil sebiji. 

STEP 2 : Jangan makan Paracetamol - Hanya Rehat

Saya bukan anti-ubat ye kawan. Cuma saya dah bosan makan ubat. So kali ni bila badan dah terbiasa rawat Migraine bukan dengan Milidon atau Ibuprofen, maknanya anda dah berjaya kurangkan dos ubat, tetapi tambahkan kekuatan dalaman untuk melawan sakit. Saya tak pasti consider lawan dengan imunisasi lah kot. Sebagai support, sapu lah minyak angin yang berangin tu di tepi dahi, belakang tengkuk, tapak kaki dan bahu. Picit-picit sikit, supaya rasa lega.

STEP 3 : Amalkan Supplement & Makanan Sunnah

Saya akui, sebelum-sebelum tu saya culas. Atas sebab faktor kewangan juga tak boleh nak beli suppliment secara konsisten. So lepas bertekad tak mahu lagi ubat migraine, saya mula amalkan multi-vitamin. Beli dari Farmasi.  Selain tu, saya mula konsisten makan kurma. Cuma jumlah je belum konsisten. Kadang sebiji, kadang lebih, ikut mood. 

STEP 4 : Jaga pemakanan 

Yang ni penting. Saya pernah berpantang bertahun lamanya untuk fight against Asthmatic. Takkan kali ni tak boleh kan. So makanan yang berjeruk, ada MSG, ada belacan, makanan yang dipanaskan berkali-kali memang saya elakkan sebaiknya. Paling ketara kalau lepas saya makan belacan. Sekejap sahaja saya akan mula sakit kepala. Ada satu benda lagi yang terpaksa saya korbankan adalah DURIAN. Ni lah antara buah kegemaran. Saya tak boleh makan durian selain durian fresh dari pokok atau durian kampung. Pernah sekali tu makan durian di Mantin, on the way balik terus dah start sakit kepala. Makanan yang menyebabkan badan berangin pun saya cuba elakkan.

Alhamdulillah, semakin lama, migraine beransur hilang. Jarang-jarang sekali berlaku. Kalau sakit kepala tu masih kerap. Tapi biasanya tak lama. Kalau pagi sakit kepala. Rest sekejap, insyaAllah hilanglah sakit kepala tu.

STEP 5 : Amalkan Essential Oil

Yang ni masih baru lagi. Disamping saya menambahkan senarai amalan makanan sunnah (madu, habbatussauda dan kurma), saya juga mula belajar tentang kelebihan EO bagi orang migraine. Antara EO yang sangat membantu adalah Cedarwood, Peppermint, Thieves, Lavender dan Lemon. Lepas dah kenal khasiat EO ni, pergi ke mana-mana tak fikir nak bawa ubat dah. Tapi wajibkan bawa EO.


Last ambik ubat Pain Killer untuk Migraine adalah bulan Feb 2020. Tapi ni dos kecik je

Ha, macam mana? Senang tak tips? Tips ni saya experiment sendiri dan Alhamdulillah seingat saya last sekali saya makan Pain Killer adalah bulan Februari 2020. Itu pun sebab saya travel, di sebabkan memikirkan masa yang terhad untuk saya berehat jika migraine, standby jugalah. Dan memang betul, masa tu di Philipines, saya demam dan terpaksa makan Safrosyn S 275mg. 

Kenali sakit di bahagian kepala

Sampailah ke hari ini, saya tidak lagi diserang migraine. Hanya sesekali sakit kepala. Tu pun tak teruk. Hanya perlu berehat, gunakan EO, insyaAllah sekejap sahaja lega.

Saya berazam untuk belajar lagi rawatan secara alami untuk penyakit-penyakit lain. Mana tahu dikemudian hari, kalau bukan saya yang perlukan, mungkin orang-orang terdekat atau orang-orang yang kita sayang perlukannya.

Anda ada petua-petua rawatan alami? Sharelah dengan saya.

Bye... Pen off~

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Penyakit Asthma Hilang Selepas 5 Tahun Berpantang 12 Nov 2021 6:26 AM (3 years ago)

 


Percaya atau tidak, setiap penyakit ada penawar kecuali tua dan mati. Bagaimana orang tua dulu-dulu merawat diri dan keluarga dengan menggunakan kaedah semulajadi tanpa penggunaan ubatan hospital (Discalimer: Saya bukan anti-ubat ya. Saya berkongsi tentang kebaikan rawatan menggunakan sumber alam semulajadi).

Saya mulakan dengan kisah yang pertama penyakit yang saya alami. Saya kira penyakit ni berat bagi saya dan memberikan impak kepada perjalanan hidup saya. Apa-apa pun, sakit tu kan penghapus dosa kecil bagi orang-orang yang bersabar.

Mak saya memang ada asthma. Apa yang saya tahu, beliau alah dengan habuk. Kami adik beradik tiada asthma sejak lahir. Alhamdulillah. Tetapi, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Penyakit Asthma tu kena pada saya ketika umur saya 13 tahun. Saya salah seorang penghuni di salah sebuah asrama penuh. Mula dengan batuk dan wheezing, akhirnya saya mengalami kesukaran bernafas sehinggalah warden asrama terpaksa bawa ke Klinik Kesihatan (dekat je dengan sekolah). Di KK doktor sahkan saya kena Asthma Attack. Kena ambik nabulizer sekejap dan dibenarkan balik. Balik bukan dengan tangan kosong. Doktor bekalkan saya dengan beberapa jenis Ubat dan Inhaler. Setiap kali nak telan ubat, memang drama (dulu lah...). Hehehe..

Seingat saya, ada dua jenis pil. Pink dan hijau. Tapi saya tak ingat yang hijau tu macam mana dan nama pilnya apa.

Dua inhaler ni peneman saya. 
Sumber gambar: Google


Dipendekkan cerita, sepanjang persekolahan sekolah menengah saya, saya tidak bolah bersukan. Saya suka acara balapan. Saya boleh Sprint masa saya Form 1. Lepas kena asthma ni, terus tinggal segala sukan balapan. 

Saya akan kena asthma ni kalau terlalu sejuk, terlalu panas, dan kalau demam. Bila start kena tu, kipas buka pada kadar no 1 pun saya rasa sesak nafas. Kalau tak buka kipas, rasa macam tak cukup udara pun saya lemas. Tu yang terpaksa guna Inhaler.

Pada awalnya saya hanya guna inhaler biru, tapi tak ingat masa Form berapa, Asthma saya makin teruk. Doktor terpaksa bagi Inhaler kaler coklat ni pulak. Yang coklat tu saya kena guna setiap pagi. Yang biru kalau kena Asthma Attack sahaja. 

Pendekkan lagi cerita, selepas SPM saya dapat tawaran belajar di Terengganu. Pertama kali akan berjauhan dengan mak ayah. Mak mana tak risau kalau anak yang ada penyakit ni jauh dari mata dia kan? Saya ingat lagi, mak pesan, kalau batuk dan start rasa nak lelah tu, cepat-cepat cari halia. Buat air halia suam, minum. Memang inilah yang akan mak buat kalau saya kena asthma. Mak memang seorang yang sebolehnya tak bagi anak-anak dia makan ubat drug-based. Akan diikhtiarkan dulu kaedah tradisional. Dan Alhamdulillah semua serasi dan berkesan.

Antara bekalan yang wajib ayah belikan sebelum balik Terengganu adalah Minyak ikan Scoot Emulsion dan Pati Ayam Brand. Masa di Terengganu, saya berazam untuk jaga kesihatan supaya jangan kena asthma. Ye lah, mak ayah jauh, tak nak bagi mereka risau. Makan saya pantang betul-betul, minyak ikan dan pati ayam saya consume setiap hari. Sampailah satu masa tu, sedar-sedar dah setahun saya tak kena lelah. Saya cuba stop minyak ikan dan pati ayam dan alhamdulillah seingat saya selepas saya buat semua tu, langsung tiada lagi asthma sehinggalah ke hari ini. Syukur sangat-sangat.

Apa yang saya nak share kat sini, kalau kita ikhtiar kena caranya, bersabar, konsisten, insyaAllah boleh hilang Asthma dan tidak perlu lagi risau nak ke mana-mana nak bawa ubat-ubatan dan Inhaler tu. 

Bab pantang makanan tu, panjang lah ceritanya. Banyak yang saya pantang. Termasuklah buah anggur dan rambutan yang korang suka sangat tu kan? Rasanya bertahun-tahun saya tak makan anggur dan rambutan walau sebiji. Lepas saya yakin beberapa tahun selepas tu, baru berani jamah. Tu pun sikit sekadar lepas rasa teringin sahaja.

Korang ada pengalaman seperti saya? Jom lah share... :)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Post Covid 10 Nov 2021 7:16 AM (3 years ago)

 

Klik gambar untuk lebih jelas

Masih berkisar tentang cerita Covid. Alhamdulillah.. proses recovery daripada Covid dipermudahkan Allah. Cuma kalau tengok kepada list Long Covid di atas, banyak sebenarnya kesan daripada Covid ni. Bagi saya sendiri, sampai sekarang masih ada rasa chest tightness. Apabila tarik nafas, masih rasa tak full. Kalau bersin, rasa sedikit menekan di dada. Mudah-mudahan segera lah kembali normal.

Sepanjang tempoh kuarantin, ramai yang berkongsi macam-macam petua kepada saya, terima kasih ye. Ada yang saya ikut, ada yang saya terpaksa KIV. Jangan berkecil hati pula ye. 

Jadi... insyaAllah saya nak kongsikan apakah makanan tambahan dan ikhtiar yang saya amalkan sepanjang proses recovery ni. Ni yang paling konsisten tau. Yang try sekali dua tu, saya tak tulis di sini.

1. Kurma Ajwa

Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa setiap pagi, tidak akan terkena racun atau sihir pada hari dia memakannya" (Sahih Bukhari). 

Saya amalkan 3 biji je setiap pagi. Masukkan ke dalam pengisar bersama F1 Herbalife, Oat, dan Madu. Sarapan ni lah yang membantu untuk beri tenaga sehingga tengahari. Alhamdulillah..

2. Bragg Apple Cider (With The Mother)


Yang ni saya ambil sesudu makan setiap pagi sebelum sarapan. Petua ni saya dapat daripada Kak Salina. Katanya kawannya seorang doktor yang suggest. Disebabkan saya ni bukan penggemar benda masam, saya dilute dengan sedikit air. Baru sedap. 

3. Bio-Rich VCO campuran Habatussauda



Minyak Kelapa Dara ni saya tak pernah minum sepanjang hidup saya. Parents saya memang dah lama amalkan, mereka buat sendiri VCO ni. Tapi saya yang tak gemar. Nak dijadikan cerita, VCO ni diberikan oleh Kak Ina (Roslina Hussian) sejurus beliau tahu kami kena Covid. Cara nak amalkan adalah tuang ke dalam sudu makan (guna sudu plastik), kemudian tuang ke dalam mulut, kumur-kumur sikit sehingga memenuhi ruang rongga dalam mulut untuk seketika, barulah telan. Tunggu 30 minit barulah minum air. Rasanya sedap juga. Korang kena cuba. Nak order, roger saya ye.

Actually kami amalkan ni setelah beberapa hari di sahkan +ve. Memang terasa ada perubahan. Tekak clear, perut pun rasa selesa. Badan pun bertambah bertenaga.

4. Tufail Minyak Habatussauda

"Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati." (Imam Muslim).

Minyak Habatussauda ni memang dah lama kami amalkan. Rasanya dalam dua tiga bulan dah. Rasa minyak ni tak terlalu kuat. Hanya titiskan di lidah. Step ni saya amalkan selepas saya ambik Apple Cider

5. Vitamin C Forever Living

Vitamin C ni saya akui agak culas untuk amalkan, Tapi sejak kena Covid, sehari 3 biji saya makan. Sebiji setiap selepas main meal. Yang best Vitamin C ni sebab ada campuran dengan bran betik dan oat. Best jugak kunyah-kunyah.

6. Sumac

Sumac ni saya dah beli awal lagi untuk tujuan prepping. Selepas Mr Heartthrob kena cirit birit 3 hari baru saya teringat nak bancuh Sumac. Alhamdulillah, dengan izin Allah serasi. Cirit birit gone, perut pun selesa. So kami amalkan juga minum Sumac sekali sehari. 

Sumac ni apa? Ianya sejenis buah berbiji merah (macam beri). Yang saya beli ni dah siap proses dikeringkan. Hanya masukkan sesudu ke dalam air panas, kacau dan sedia diminum. Rasanya masam-masam. Sedap tau, kawan. Saya beli dari Shopee Ladang Warisan Alam.

7. Buah-buahan seperti Epal Hijau, Epal Fuji, Oren

Buah-buahan penting untuk alas perut kalau kurang selera nak makan. Ye lah, tekak rasa pahit, dengan deria rasa dan bau tak berapa baik, makan buah sahaja yang senang nak diterima.

8. Cengkih

Cengkih ni bukan setiap hari pun saya makan. Di awal Covid tu saya batuk-batuk dan sakit tekak. Jadinya saya akan gigit dan kemam cengkih. So ikut keperluan sahajalah. Bila rasa 'pedas' cengkih bercampur dengan air liur, dan telan, rasa kurang sikit sakit tekak.

9. Madu Forever Living

Yang ni serius saya cakap, setiap rumah kalau tak ada spare Madu, rugi. Alhamdulillah, saya memang sentiasa restock Madu Forever Living setiap masa. Sekurang-kurangnya ada dua botol setiap masa. Cuma kebetulan time kami kuarantin tu, hanya tinggal sebotol. Dalam Apps FBO pun OOS. Mujur, kakak ipar saya di Sabah ada stok banyak. Beliau poskan dua botol kepada kami. Syukur.

Oh ya, normalnya kalau saya demam, memang akan 'pahit mulut'. Rasa air liur jadi pahit. So nak makan pun rasa tak sedap. Jadi, apa yang saya buat, saya akan tuangkan sedikit Madu FL ni dalam mulut sebelum makan. Memang menjadi teknik ni. Kenapa saya kata tuang je, sebab rekaan botol Madu ni sangat praktikal. Mudah dan terjamin kebersihan.

10. Lemon

Lemon ni saya gunakan untuk buat air. Campurkan dengan madu, minum suam-suam. So refreshing. Khasiat lemon juga dikatakan boleh membantu meningkatkan imunisasi.

11. Young Living EO Thieves

Minyak Essential ni saya diffuse di dalam bilik, gunakan juga dengan Face Mist Diffuser, dan sapukan pada tapak kaki. Alhamdulillah, membantu melegakan pernafasan, dan kebaikan Thieves ni memang banyak. Antaranya membantu menghalang jangkitan, membantu sistem imunisasi, membersihkan udara dan banyak lagi lah.

Selepas kami bebas dari kuarantin, Khairiah hadiahkan pulak EO dari Plant Therapy. 3 beradik terus dia bagi : Energy, Peppermint & Cinnamon. Ketiga-tiga ni juga membantu pernafasan. Dan sampai hari ini saya masih amalkan.

Jadinya, jika anda atau sesiapa yang anda kenal nak ikhtiar kaedah ni, boleh lah cuba. Dan kena banyak bersabar, sebab kesannya bukan instant. Kena istiqomah amalkan. Sekarang pun saya masih terus amalkan sebahagian daripada senarai di atas. Bukan sahaja untuk hilangkan kesan Covid, tetapi untuk mengekalkan kesihatan, insyaAllah.

Harap perkongsian saya ni memberi manfaat.

Pen off~

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Terpaksa Berpisah Sebulan Kerana Covid-19 7 Nov 2021 7:12 AM (3 years ago)

 

Ni masa nak hantar furbabies ke Cat Boarding - 13 October. Hari Birthday Mr Heartthrob.

Disebabkan Covid-19, kami terpaksa berpisah sementara. Hampir sebulan, satu tempoh yang panjang. To be exact 23 hari. Pertama kali. Sebelum ni paling lama pun seminggu sahaja.

Eh jap, biar saya clarify. Cerita ni sebenarnya tentang furbabies kesayangan kami. Si Popoy dan Si Olive. Berpisah dengan mereka memang mendatangkan kerinduan. Mana tidaknya, memang rutin setiap hari pagi-pagi akan jenguk mereka di bilik atas, bersihkan litter box, bagi makan, bagi suppliment, main-main sekejap sebelum kami masuk SOHO. So, bila rutin ni takde, rasa tak lengkap pulak.

Seperti yang saya share sebelum ni, kami berdua diuji dengan Covid-19. Jadinya plan asal nak boarding dua ketoi ni 10 hari, bertukar menjadi 23 hari. Alhamdulillah, tempat kami boarding ni memang dah biasa berurusan dan owner dia memang sangat baik dan prihatin. Mana tak nya siap nak tolong hantarkan Apple Cider untuk kami supaya lekas sembuh. Terima kasih Kak Salina. Dulu masa Popoy didiagnose dengan FIV pun Kak Salina lah yang banyak guide kami apa nak buat. Alhamdulillah, dipertemukan dengan orang baik.


Ni masa kami jemput kat Cat Boarding

Disebabkan lama tinggal, Popoy & Olive seolah-olah tak kenal kami. Biasanya kalau nampak je kami datang nak jemput, terus bising nak balik. Tapi berbeza kali ni, siap kena pujuk nak ajak balik. Halah... halah anak bertuah! Merajuk sakan ye.

Masa dalam kereta pun tak banyak bunyi. Layan perasaan ke tu? Takpe, sampai rumah nanti upah wet food ya. 


Olive cepat pulak mesra kali ni. Tak merajuk lama macam last time kena tinggal. Popoy je masih muka garang. Merajuk lagi lah tu..

Di sebabkan Popoy masih merajuk, kita bagi masa sikit. Macam mana tahu dia merajuk? Bila panggil nama dia, kita kena jeling je. Bila nak pegang dia, dia nak gigit dan lari. Hahaha.. InsyaAllah, esok pagi okey lah tu. Ada caranya nak ambik hati balik. Jangan risau.


Esok paginya, dah okey. Masa masuk bilik mereka, masing-masing datang dekat siap panjat kaki.

Rezeki kami, diberikan hadiah untuk menjaga anak bulus. Walaupun mereka bukan manusia, tapi attached di hati tu sangat kuat. Banyak yang saya terfikir, sepanjang tempoh recovery dari Covid-19 tu. Antaranya, adalah kos penjagaan anak bulus kami ni. Bayangkan kalau tak ready dengan Emergency Fund, garu kepala jugak. Tempoh 23 hari bukan satu tempoh yang singkat. Kos sehari Rm15 untuk seekor. Ni antara yang paling berbaloi yang saya jumpa. Dengan penjagaan yang superb, saya tak risau langsung Kak Salina jaga furbabies kami. Masa kami hantar 13 Oktober tu, bawak makanan dua kilo je. Sebab ingat 10 hari memang konfem cukup. Sekalinya bila extend, kos kibbles kena tambah. Saya tak risau sebab kibbles yang disediakan Kak Salina memang yang berkualiti dan terbaik.


Total kos RM716.00

Apa yang saya boleh relate adalah, bayangkan jika kita sebagai individu yang ada tanggungan seperti anak-anak, ibu bapa yang semakin berusia dan uzur, dan mungkin adik-adik yang masih berada bawah tanggungjawab kita. Jika kita tak bersedia dengan manfaat Penyakit Kritikal, sekali didiagnose dengan Penyakit Kritikal, banyak kos akan terlibat. 

Antaranya, kita pasti nak anak-anak kita dijaga dengan baik oleh orang yang bertanggungjawab dan sayang anak-anak kita. Pasti melibatkan juga kos makan minum dan keperluan lain. Tiada yang percuma dah sekarang ni, kawan... Macam anak bulus kami, nak minta orang jagakan dengan baik, pasti melibatkan kos.

Kami pula bila diuji Covid ni, terpaksa mengeluarkan kos untuk beli suppliment, makanan yang membantu tingkatkan imunisasi, dan yang penting cost nursing. Maksud saya sepanjang kami tidak sihat, makanan hanya order dari Grab Food. Bayangkan jika seseorang itu terkena Penyakit Kritikal, saya pasti lagi banyak kos yang perlu diambil kira. Makanan pasti nak yang berkhasiat dan organik. Dan semestinya tidak murah. Nak beli segala vitamin dan suppliment lagi, dan maybe ada juga yang perlu support dari segi pampers, katil orang sakit, kerusi roda, tongkat dan sebagainya. Belum kira kos-kos rawatan dan ubatan di hospital lagi. Kalau tak ready memang boleh jadi stress.

Kes kami ni alhamdulillah hanya dua minggu sahaja diuji dengan sakit. Sekarang dah back to normal. Dah boleh memasak sendiri, jaga anak bulus sendiri dan settlekan semua urusan sendiri. Kalau kena Penyakit Kritikal? Yakin ke hanya dua minggu? Mungkin setahun, 10 tahun atau mungkin sepanjang hayat! Siapa yang akan menjaga anda? Menjaga anak-anak dan keluarga anda? Pernah kira berapa kos yang mungkin incurred? Tak boleh nak bayangkan. Betul?

Selepas puas berfikir tentang ni, saya rancang nak tambah lagi perlindungan Penyakit Kritikal saya. Kalau anda rasa RM1,000,000.00 tu dah banyak, fikir semula!

Rugi kalau tak fikir panjang. Tapi lagi rugi kalau tak ambil tindakan segera. Percayalah cakap saya. 

Okeylah, tidur yang cukup pun penting dalam proses menjaga kesihatan. Good night, kawan. Jaga diri, dan buatlah persediaan.

Pen off~

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kami Diuji Dengan Virus Covid 19 (Part 2) 30 Oct 2021 9:35 PM (3 years ago)


25 Oktober, Isnin. Kami masih dalam fasa denial. Kalau boleh tak nak re-do test memandangkan last self test kami berdua negative. Berkali-kali saya bagi tau diri, saya hanya demam biasa (walaupun hakikatnya semua simptom Covid dah ada). Saya gagahkan juga bangun, buat kerja-kerja rumah yang saya termampu. Asak diri supaya berpeluh dan melawan virus jahat ni. Saya keep deny yang virus tu ada dalam diri saya! 

Namun, berbeza dengan husband, virus ni melemahkan badan dia. Simptom yang kami alami sama. Cuma husband ada cirit birit. Kalau ikutkan saya dah hari ke-7 demam, husband hari ke-3 dapat simptom. Alhamdulillah, panas badan saya berkurang, cuma sesekali sakit kepala, badan panas tiba-tiba dan batuk-batuk masih ada. Batuk yang saya kira seperti saya batuk Asthmatic. Maybe sejarah lama saya dengan Asthmatic buatkan saya mudah semput. Naik tangga sikit pun mengah dan semput!

26 Oktober, Selasa. Kami terpaksa akur untuk buat sekali lagi Covid-19 Self Test. Dan yang mengejutkan, keputusan test saya negative. Alhamdulillah. Recovery Stage dah agaknya. Tapi, husband punya test positive (jalur sama-samar je). Jadi, kami terpaksa ke CAC Kajang Utama untuk buat laporan.



Hanya yang test positive sahaja perlu berjumpa Pegawai untuk assessment. Jadi saya hanya meneman dan tunggu di dalam kereta. Jika diikutkan assessment yang dilakukan kepada husband, dia perlu ditahan di MAEPS kerana Category 2 disebabkan bacaan suhu agak tinggi. Bacaan BP, SPO, HR semua okey. Pada paras normal. Tetapi memandangkan di rumah pun hanya kami berdua, maka husband dibenarkan kuarantin di rumah. 

Alhamdulillah, Allah beri pinjam kekuatan kepada saya untuk diberikan kesembuhan awal. Walaupun masih demam dan batuk, tapi saya rasa saya beransur baik. Dah boleh sediakan makanan walaupun simple cukuplah boleh mengenyangkan. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Maybe saya boleh share sedikit pengalaman menyesuaikan diri dengan virus ni.

SATUBila dua-dua down, masing-masing menjadi lemah apabila tiada sumber makanan protein dan karbo. Memandangkan kami baru balik dari outstation, memang stok makanan ready-to-eat tak ada. Kebetulan stok kurma dah habis dan madu juga tinggal sikit. Masa tu nak tengok phone pun tak larat nak scroll cari makanan apa yang nak di order. Kepala pening, jadi berpusing-pusing. Serius ni.

DUA : Sepanjang kami demam, kami amalkan makan Vitamin C Forever Living setiap 4 jam. Minum Lemon dan madu suam untuk dapatkan tenaga. Pagi-pagi ambik Minyak Habbatussauda. Actually Black Seed Oil ni memang jadi amalan kami sejak beberapa bulan lalu. Alhamdulillah..

TIGA : Bila dah ramai tahu korang kena Covid, masa ni macam-macam petua akan sampai. Pandai-pandai lah urus timing untuk korang makan semua ni. Segala saranan kami patuh. Sampai nak muntah telan itu ini. Ye lah, ikhtiar lah kan. Mana tahu ada yang berjaya kurangkan rasa sakit badan dan melawan covid ni. Masuk seminggu, rasa macam 'muak gila' nak telan semua tu lagi.

EMPAT : Emosi memang down. Saya beberapa kali menangis sebab badan jadi letih. Rasa kosong sebab terbaring tak boleh buat apa-apa. Dengar alunan bacaan Al Quran pun syahdu je. Ada insiden yang saya menangis masa baca Yasin online beramai-ramai. Tah kenapa, jadi sebak. Biarlah saya sahaja tahu kenapa..

LIMA : Standby Panadol Active Fast banyak-banyak. Saya memang dah lama cuba elakkan makan pil-pil ni. Seingat saya sepanjang dua minggu ni, tiga kali saya tewas sebab badan terlalu panas. Jadi terpaksa makan Active Fast. Selebihnya saya lawan dengan banyakkan minum air suam dengan Lemon sahaja. Lain pula dengan husband, saya tak berani nak suruh dia fight untuk tak ambil pil-pil ni. Jadinya berpapan-papan Active Fast terpaksa dia telan untuk surutkan panas badan tu. Lepas dah sihat ni, kita buat amalan Detox ya!

ENAM : Perut kena jaga semasa sakit. Percayalah, time demam ni memang tak selera nak makan. Tapi, bila saya gagahkan juga menelan makanan, alhamdulillah dapat sumber tenaga untuk saya lawan Virus Jahat ni! Telan je, jangan fikir-fikir. Saya dah tak boleh dah biar virus ni menang!

TUJUH : Air sinki awal pagi memang jadi sangat sejuk. Sumpah boleh bawak gaduh nak ambik wuduk pun. Padahal boleh je guna air dari shower yang ada water heater kan? Haaa otak pagi-pagi tak leh digest. Saya akan mandi jam 9.00 AM. awal-awal dulu memang mandi air suam. Tapi sehari dua ni bila dah dalam proses sembuh, saya kembali mandi air sejuk biasa. Semasa mandi tu, nak berdiri pun tak larat lama-lama. Dah lah shower gel dan syampu takde bau. Tak feel betul mandi. Masa mandi, saya akan batuk-batuk-batuk.. Keluarkan kahak dan muntah. Memang menangis terseksa. Tapi, itulah hakikatnya...

Pendapat saya, Covid 19 ni adalah seperti virus flu. Ia akan serang pada paru-paru dan sistem immunisasi kita. Macam saya, ada history Asthmatic, sampai sekarang nafas belum lancar. Bagi yang tiada sejarah sakit apa-apa, insyaAllah anda mampu lawan je virus tu. Amalkan pemakanan yang sihat, yang penting amalkan makanan yang boleh naikkan imunisasi semulajadi. 

Terima kasih buat adik ipar, abang ipar dan keluarga yang bertanya khabar. Dan ada yang tolong belikan kelapa sebagai penawar, hantarkan buah-buahan untuk kami alas perut, belikan panadol dan Covid-19 Self Test Kit. Really appreciate it!

Anda juga ada pengalaman yang nak dikongsi? Share di ruangan komen ya. Dan sama-sama kita doakan agar sentiasa diberikan keselamatan dan perlindungan oleh Allah. Aaamiin..


Yang benar,

Anna - Pernah terkena Virus Covid-19

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kami Diuji Dengan Virus Covid 19 (Part 1) 30 Oct 2021 8:24 PM (3 years ago)


Tak tahu nak bermula dari mana. Semuanya berlaku tanpa disangka. Siapa boleh sangka kan, selama ini kita sentiasa diingatkan untuk berwaspada dengan Virus Covid-19. 

Coretan ini sebagai kenangan pernah duji dengan Covid-19. Kenangan yang sebolehnya tidak mahu diulang lagi. Cukuplah sekali ini sahaja. Sekali seumur hidup.

Kami berdua (saya dan husband) memang mengamalkan penjagaan SOP dengan baik. Kami bekerja dari rumah sejak PKP dilaksanakan, menghadkan aktiviti shopping di mall dan juga hadkan aktiviti berkumpul beramai-ramai.  Namun, perancangan Allah Maha Hebat. Dia uji kami kerana Dia sayang kami. 

14 Oktober 2021 kami ke Utara memandangkan sempadan negeri telah di buka. Disebabkan lama tak balik berjumpa keluarga di Penang, kami ambik kesempatan ini untuk balik kampung. Dan kebetulan, pada tarikh 16 Oktober kami mengambil peluang untuk menghadiri company event secara fizikal. Tetap menjaga SOP dengan baik, memakai mask setiap masa, tidak makan dan minum beramai-ramai. 

Seusai event, kami balik berehat sebentar di rumah parents saya sebelum meneruskan agenda seterusnya iaitu ke Alor Setar. Seingat saya memang saya peluk cium parents saya, bersalaman dengan adik-adik sebelum bergerak ke Alor Setar. 


Niat asalnya hanya dua atau tiga malam di Kedah. Berziarah dan bersilaturahim. Namun, pada 18 Oktober (Isnin petang) saya tiba-tiba sakit kepala. Bukan migrain, tetapi sakit kepala yang kuat, sehinggakan saya terpaksa menelan sebiji panadol dan hanya berehat. Keadaan berlarutan sehingga Selasa pagi. Kepala masih berdenyut-denyut. Badan start panas, tapi on
dan off. Pada fikiran saya mungkin kerana terkena hujan pada hari sebelumnya. 

Pagi Rabu 20 Oktober kami dikejutkan dengan berita yang rakan kami yang bersama pada event Sabtu lepas diuji Covid. Haaa sudah! Saya tak sedap hati dah. Sebab kebiasaaannya kalau saya demam paling lama pun dua hari. Tapi kali ni takda tanda demam nak kebah. 

Tanpa berlengah lagi, kami berlima buat Ujian Kendiri Covid19. Dan nasib tak menyebelahi rakan kami. 3 orang positive. Saya dan husband negative. Alhamdulillah. Syukur. Sebab teringatkan bersalaman dengan parents sebelum datang Kedah. Terus call mereka, dan alhamdulillah, mereka sihat tiada apa-apa simptom.

Khamis, 21 Oktober, saya masih demam. Kami decide balik Kajang tengahari tu jugak memandangkan husband masih sihat. Sepanjang perjalanan, saya batuk dan deria bau saya hilang! Ni satu petanda yang tidak baik. Bayangkan saya hidu YLEO Thieves, takda bau! 

Husband masih steady. Saya je yang dah tak larat sangat sebab demam masih belum kebah. Dah hilang selera nak makan sebab deria bau dan deria rasa out! Ya Allah, ni rasanya bila salah satu nikmat ditarik sementara...

Jumaat, 22 Oktober husband pulak start ada simptom. Badan panas, batuk-batuk, sakit kepala, tidak selera makan. Kami berdua down. Rasa tak percaya kami diuji. Kalau ikutkan plan nak pergi jemput anak-anak bulus kami Jumaat petang. Memandangkan kami demam, mungkin berisiko untuk menjangkiti orang lain. Jadi kami sambung boarding Olive & Popoy sehingga kami betul-betul sihat. Ahhh rindunya...


Maka, bermulalah episod kami care for each other. Barang-barang yang bawa balik dari Utara pun masih belum unloading. Betul-betul tak larat. Kami order barangan basah dari Tesco Online. Tapi, saya sendiri akui, bukan mudah dealing dengan Covid. Badan jadi lemah, dengan saya batuk-batuk, sudahnya tak larat nak masak. Husband pulak demam dia makin teruk. Walaupun on-off, tapi badan dia lagi lemah. Allahu.. Dugaan buat kami. Seingat saya, dua hari kami tak makan nasi atau apa-apa solid food. Saya hanya mampu buatkn Shake F1 untuk alas perut. Masa tu nak order Grab Food pun tak larat. Kami betul-betul down for at least two days

Sambung Part 2 pulak..


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CEBU VACATION | Cebu - KL di Awal Pagi 20 Jul 2020 7:51 AM (4 years ago)



12 Februari 2020: Alhamdulillah.. Hari terakhir kami berdua di Cebu, Filipina. Ada yang tanya, kenapa tak ke Boracay? Actually, memang masa nak decide tu dilema antara dua. Tapi memandangkan trip kali ni nak beraktiviti lasak, maka kami pilih Cebu. Kami banyak survey di Youtube apa yang menarik di filipina, dan final decision kami pilih Cebu..

Seawal jam 4.20AM kami dah bergerak ke Airport. Kami dah siap-siap buat sarapan roti dan tuna, dan milo kosong, pack dalam bekas dan botol. Mujur ada teksi di depan hotel awal pagi tu. Perjalanan lancar, mengambil masa lebih kurang setengah jam je. 

Sesampainya kami di Airport, kami cari port nak solat Subuh dulu memandangkan tiada Surau di Terminal One. Selesai solat, bersarapan seadanya baru check-in barang. Boarding time adalah 07:50AM.



Settle check-in semua, ada masa lagi untuk kami jalan-jalan dalam airport. Boleh tahan, banyak juga jualan, tapi harga mahal guys! Memandangkan kami ada lagi balance Peso (asalnya reserved untuk Airport Tax, tapi tiket kami AA dah absorb tax sekali). So misi menghabiskan Peso dengan membeli souvenir.

Fridge Magnet memang mahal ye kawan-kawan. Sekeping yang kayu tu 8USD. Benda wajib beli kalau travel adalah FM. So saya beli sekeping yang agak special. Harga 15USD. Haaa.. rasanya ni FM paling mahal yang pernah saya beli. Hahaha..

Okey, ni antara tips yang boleh saya kongsikan bagi korang yang nak explore Cebu, Filipina.

1. Bawa bekalan makanan dan minuman sendiri sesuai dengan keperluan korang. Makanan Halal susah nak jumpa kecuali di Bandar Cebu, di dalam Mall atau Restoran besar sahaja.
2. Tukar Peso siap-siap di Malaysia, kerana rate di sana agak mahal.
3. Bawa baju dryfit atau yang cepat kering kalau untuk aktiviti Canyoneering.
4. Bawa botol air atau bidet sepanjang anda berjalan-jalan sebab tandas memang tiada paip air. 
5. Belajar basic atau simple conversation Bahasa Tagalog. 
6. Kalau nak naik Grab atau Teksi, better compare dulu harga. Kalau Teksi boleh nego lagi. Kalau dapat nego sampai harga lebih murah dari rate Grab, naik je Teksi.
7. Hati-hati dengan penyeluk saku. 
8. Sim kad booking siap-siap je di website KLOOK. Nanti sampai Airport, terus collect je.
9. Make sure korang ambik Travel Takaful yang ada extra protection extreme sport. Kami ambil Etiqa Takaful TripCare 360.
10. Yang paling penting. Be Fleksible and enjoy your vacation!




Rasanya itu sahaja lah. Semoga saya dapat berkongsi lagi dengan korang untuk next trip. Doakan kami dipermudahkan untuk first trip ke Negara Sejuk tahun depan. InsyaAllah, November 2021, kami akan explore Iceland dan Greenland. Aamiinn..

Sedikit video sekadar perkongsian:




Nota tambahan: Balik dari Cebu, kami kuarantin sendiri di rumah dan bataskan perjumpaan dengan orang lain. Alhamdulillah kami berdua tiada simptom selepas balik dari Cebu. Sepanjang di sana memang sentiasa berhati-hati dan mengamalkan Hand Sanitizer. Cuma pelitup muka kami hanya pakai semasa di Airport dan sepanjang berada di dalam kapal terbang.

Okey.. Bye!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CEBU VACATION | Hari Kelima Bersiar Di Taman Bunga Mini Amsterdam (Sirao Flower Garden) 18 Jul 2020 11:10 PM (4 years ago)



Hari terakhir untuk kami berlibur dan explore di Cebu Island. Kami akan pulang ke Kuala Lumpur keesokkan hari, seawal pagi sebelum Subuh. 

Aktiviti hari terakhir ni lebih santai. Tiada aktiviti lasak lagi. Cuma dating di Taman Bunga! 

Ok, jom saya share apa yang menarik untuk hari terakhir kami ni Cebu. Disebabkan semalam tak berjaya mencari kedai untuk menyewa motor, akhirnya kami ambil keputusan untuk hanya search di Internet, dan finally menjumpai satu tempat sewa motor yang dekat dengan Hotel kami.

Seusai sarapan roti tuna dan secangkir kopi, kami bergegas menahan teksi untuk ke alamat yang diberikan oleh owner kedai sewa motor. Tempatnya tak jauh. Lebih kurang 15 minit dah sampai.


Perlu isi form, serahkan deposit dan passport MH perlu diserahkan sebagai cagaran. Tidak perlu buat International Diving License ye. Cuma dia nak salinan lesen memandu Malaysia. Sebab lesen kita SAH untuk Negara-Negara Asean lain seperti di Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. 

TIPS sebelum ambil moto: Make sure check setiap inci motor tu, ambil gambar, dan nyatakan siap-siap kepada owner jika terdapat kesan calar, patah, rosak atau sebagainya. Check juga signal, hon dan test sekejap motor tu sebelum ambil. Owner juga sediakan dua biji helmet secara percuma. Boleh pilih helmet sendiri, dan yang bestnya helmet ni semua macam baru, dan wajib spray sanitizer sebelum dan sesudah guna. Bagus kan? Yang penting helmet tak busuk! Hahaha...

So... Jom kita ride. Actually ni pertama kali kami ride motor di Negara Luar. Kalau di Indonesia kami pilih untuk sewa kereta. Perjalanan dari tempat sewa motor ke distinasi pertama kami hari ini lebih kurang 19KM / 50 minit ride. Enjoy pemandangan, dengan angin sejuk menyapa wajah. Matahari juga bersinar gemilang, menjadikan segala yang dipandang JUST PERFECT!

Saya kongsikan beberapa keping gambar semasa di Taman Bunga ya. Actually Sirao Flower Garden ni dikenali sebagai Cebu Mini Amsterdam. Mungkin disebabkan banyak tanaman bunga Matahari dan Tulip yang pelbagai jenis dan warna. 

















Okey, cukuplah gambar-gambar yang dipilih ni. Rasanya destinasi ni yang paling banyak kami bergambar. Plan asal nak singgah sejam ke sejam setengah je, tapi sedar-sedar dah lebih dua jam kami di situ. Dan rezeki kami, kami antara yang terawal masuk ke sana, pelancong pun belum ramai.

Setelah berpuas hati, kami bergerak ke destinasi kedua. Matahari dah terpacak atas kepala ni. Perut pun dah lapar. Tak sabar nak 'memasak' menu istimewa hari ni.

So destinasi kedua adalah Tops Lookout. Ada Entrance Fee tau nak masuk. Tapi murah je. Ni antara tempat yang pelancong suka datang. Tapi biasanya orang akan ke sini untuk melihat sunset. Disebabkan kedudukannya yang terletak tinggi di atas bukit, kita dapat melihat keseluruhan Bandar Cebu dari sini. Dan boleh nampak Hotel yang kami inap dari sini. Awesome!



Selesai bergambar dan melihat pemandanganl, jom prepare makanan. Menu lunch kami hari terakhir di Cebu adalah Nasi Lemak dengan Rendang Ayam (Pek Kembara). Hanya perlukan sebotol kecil air mineral untuk masak dua pek makanan. Mudah dan sangat praktikal. Alhamdulillah, kenyang dan puas hati dapat makan nasi panas-panas, halal, bersih dan suci.

Okey, destinasi seterusnya adalah Temple of Leah. Turun dari bukit, mendaki bukit semula untuk ke sana. Tak jauh, hanya 15 minit ride dah sampai.


Temple of Leah ni dikenali sebagai Cebu's Taj Mahal. Sebabnya ianya menjadi simbol cinta daripada Sang Suami yang membina mahligai indah buat Sang Isteri. Tapi, sedikit berbeza daripada Taj Mahal, kerana Temple of Leah ni adalah sebuah kuil yang diilhamkan oleh Yunani dan ianya bertujuan untuk dijadikan khazanah dan kenangan zaman pengakhiran hayat Leah Albino-Adarna. Suaminya, Teodorico Soriano Adarna, mendirikan kuil besar ini yang dilaporkan bernilai 80 juta Peso sebagai lambang cinta abadinya kepada mendiang isterinya.

Angin sepoi-sepoi bahasa, dengan ada alunan muzik yang mendamaikan buatkan kita terlupa dengan panas terik mentari. Selesai bergambar, jam pun dah menunjukkan lewat pukul 4 petang. Cepat betul masa berlalu.


Sepanjang perjalanan kembali ke Cebu City, kenderaan semakin banyak. Ini adalah waktu pekerja mula balik dari pejabat, pelajar sekolah juga dah habis waktu pembelajaran mereka dan masing-masing berebut untuk pulang ke rumah.

Kami? Masih belum mahu pulang. Disebabkan belum solat Zohor (dijamakkan ke Asar), kami mencari Masjid atau Surau.Menurut pembacaan, hanya ada satu masjid di bandar. Dikenali sebagai Masjid Hijau. 

Oh ya, sebelum tu, jom tengok video untuk hari kelima kami di Cebu:




Alhamdulillah, tak susah nak cari, cuma lokasinya agak tersorok daripada jalan utama. Masjidnya agak besar, tetapi macam tengah renovate. Tempat wuduk tiada. Hanya ada sebatang paip di luar di tempat yang agak terbuka. Jadinya pandai-pandailah cover supaya tak ternampak aurat ya.


Selesai solat, kami ke SM City Cebu Mall. Mall ni agak besar. Lebih kurang macam AEON Shah Alam. Niat di hati nak mencari Fridge Magnet, memandangkan semasa di Bohol, saya hanya membeli 10 keping FM sahaja. 


TIdak susah mencari Mall ni.  Locationnya sangat strategik, tengah-tengah bandar, dikelilingi bangunan-bangunan hotel disekitarnya, dan di belakangnya ada laut. Puas jugamencari FM di dalam mall. Harga tak masuk akal. Sekeping boleh mencecah RM15! Nampaknya hajat nak beli FM terpaksa dibatalkan. Sudahnya, kami ke bahagian Groceries di ground floor, mencari sedikit kudapan.

Alhamdulillah, ada juga makanan halal yang boleh di beli. Alas perut dulu. Balik hotel nak makan megi je. Hahah. Habiskan stok megi yang di bawa. Takkan nak bawa balik KL semula kan?

Kami pulangkan motor dengan selamat pada jam 8PM. Cukup-cukup 12 jam. Daripada Kedai sewa motor, kami decide untuk berjalan kaki. Memandangkan kawasan tersebut kami belum explore. Kot-kot lah jumpa FM kan (masih berharap).

Namun, memang tiada. Souvenir lain banyak lah. Hmm.. Tak ape lah. Esok try tengok di Airport. Mana tahu ada kan.

Suasana malam di sekitar kawasan Hotel yang kami menginap memang happening. Ramai juga peniaga di kaki lima, menjadikan suasana lebih meriah.

Sampai di bilik, jam dah hampir pukul 9.30 PM. Badan pun dah letih. Kena packing semua barang malam ni juga memandangkan esok early check out (very early). Jam 4.30 pagi kami dah nak kena bergerak ke Airport, sebab boarding time 7.50 AM. 

Ok, perkongsian perjalanan balik ke KL saya tulis di next entry pula ya..

Semoga boleh menjadi rujukan buat anda yang ada plan nak ke Cebu Island.

Kalau ada nak tanya apa-apa, boleh komen atau email ke sitizanariah307@gmail.com.

Bye...





Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CEBU VACATION | Hari Keempat Kami Explore Bohol Island 14 Jul 2020 8:57 AM (4 years ago)



Assalamualaikum.. Hai guys.. 

Masih menanti sambungan perkongsian saya tentang percutian kami berdua di Cebu? Okey, jom...

Hari keempat ni juga kami perlu keluar awal pagi untuk satu perjalanan yang panjang. Kalau korang belum baca entry lepas berkenaan survey feri untuk ke Pulau Bohol, boleh baca di SINI.

Kami keluar dari Hotel seawal jam 5.00 pagi, dan menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Pier 1 Terminal. Awal pagi lagi kami di sambut dengan hujan yang lebat. Perjalanan ke Terminal mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Awal pagi jalan masih kurang sesak, tetapi disebabkan hujan lebat, perlu berhati-hati. 

Sampai di Terminal, rezeki kami Q untuk membeli tiket tidak panjang. So, MH dapatkan tiket untuk kami berdua di kaunter, dan terus masuk ke Terminal untuk Check-in. Sebelum  nak masuk ke line-up boarding ke feri, make sure dapatkan nombor feri dan boarding time dulu. Oh ya, sebelum masuk ke Terminal, kena melalui scanner dulu tau. Tak boleh bawa benda tajam dan berbahaya ke dalam feri. Satu lagi, korang jangan lupa bawak bekal sikit untuk alas perut ya.


Ocean Jet Ferry ni memang highly recommended. Dapat duduk dengan selesa, ada aircond yang sejuk. Saya sempat tidur sekejap melayan kesejukan pagi + aircond + basah kena hujan.


Semasa di dalam feri, kami diberikan slip pelancong. Dalam slip ni kita kena declare datang dari Negara mana, ada simptom demam atau flu, dan ada visit negara-negara high risk dalam masa 3 bulan ke belakang. Disebabkan kami dari Malaysia (consider case tengah meningkat), maka kami di arahkan untuk ke kaunter Covid19 Screening. Alhamdulillah suhu okey (walaupun saya ada sedikit selsema dan batuk - kena selepas aktiviti Canyoneering hari kedua tu lah). Kalau tak, tak pasal-pasal kena kuarantin!


Settle screening tu, baru kami dapatkan brother yang kami deal untuk sewa motor. Untuk sewa motor ni, MH dah deal awal sehari. Tapi, memandangkan hujan lebat, brother ni tawarkan kami untuk ambil kereta sewa dengan harga mampu milik. Setelah dipertimbangkan, kami setuju untuk sewa kereta. On the way nak ke tempat ambil kereta sewa tu, sekali lagi kami ditawarkan dengan pakej-pakej Bohol Island Tour. Setelah berbincang, melihat dari segi harga berbaloi, kami setuju dengan pakej tour tu. So, let's goooo...


Tempat pertama kami singgah adalah Choco Hill Adventure Park. Niat di hati nak try Zipline Bike dengan Hanging Bridge. Tapi, tiada rezeki sebab hujan lebat, terpaksa ditutup buat sementara. So demi mengubati kesedihan, saya borong Fridge Magnet kat situ. Selama tiga hari sebelum ni, jenuh mencari FM, tapi tak jumpa. So, beli lah di sini siap-siap alang-alang dah jumpa. Tapi harga FM dia, mahal oiii.. Demi nak buat kenangan, pejam mata je lah.

Selepas membeli beberapa keping FM, kami bergerak ke tempat seterusnya iaitu Chocolate Hill Monumen. Poncho kami ni pun beli on the spot je. 


Actually, kalau tak hujan, kita boleh nampak bukit-bukit yang saiznya sekata je. Memang lawa. Even hujan pun, boleh nampak, tapi terbatas sikit penglihatan. Tak ada rezeki kami nak bergambar berlatar belakangkan bukit-bukit unik tu.


Kita enjoy main hujan.. yeay! Spend lebih kurang 30 minit, jom ke next destinasi pulak. Disebabkan hujan dan mula renyai, kami mencuba nasib untuk ke aktiviti yang menjadi tujuan utama kami, iaitu Superman Zipline di Loboc Eco Adventure! 

Alhamdulillah, setibanya kami di situ, aktivti baru je beroperasi semula. Rezeki.. Yeay.. Kalau tak, rasa ralat sangat datang jauh-jauh kan.. So, jom layan video je terus senang kan..




Subhanallah, cantik sangat-sangat pemandangan sekitar Loboc. Happy sangat dapat buat aktiviti ni. Kami ambil pakej Zipline + Cable Car. Boleh je kalau nak Zipline return, tapi sebab nak spend time lama sikit untuk melihat-lihat pemandangan dari atas, kami pilih balik dengan Cable Car.


Settle aktiviti Zipline, kami meneruskan penjelajahan kami ke Bohol Tarsier Sanctuary. Hujan masih renyai-renyai. Tapi redah je lah kan. Tarsier ni sejenis makhluk seakan-akan monyet, tapi kecik comel je. Dan sepanjang berada di dalam conservative area tu, kena keep quiet tau. Sebab binatang ni akan terkejut dengan bunyi yang kuat. Dan kalau terkejut, ia akan meninggal. Eh! Betul ni.. Boleh Google kenapa makhluk ni menghampiri kepupusan.


Ni ha si kecik comel tu.. Tidur aje dia ye. Kami dapat jumpe 4 ekor je. So, okey.. Jom ke next destination pulak..



Ini adalah Mahogany Forest Man Made. Kereta park tepi jalan je. Cumanya nak ambik gambar tengah-tengah jalan tu memang sangat mencabar sebab jalan lurus, dan kereta yang lalu lalang di situ memang agak laju!. Keselamatan diutamakan. Jadinya ambil dari tepi jalan je lah. Tapi serius, cantik sangat pemandangan.



Selepas bergambar di Mahogany Manmade Forest, kami decide untuk balik ke Cebu. Actually dalam pakej ada lagi dua tempat lawatan (kesan peninggalan sejarah) dan juga lunch di Loboc Floating Restaurant. Tapi kami skip je. Kami decide untuk lunch di hotel je.

Di belakang kami tu lah Restoran Terapung tu. Ada beberapa buah restoran, tetapi tidak ramai pengunjung. 



Ni adalah uncle yang menjadi Driver kami sepanjang kami di Bohol Island. Thanks uncle Thomas. Sebagai kenangan, kami hadiahkan syiling RM1 dan RM0.50 sebab dia cakap dia suka kumpul duit syiling dari pelbagai negara.



Ni adalah Feri yang kami naik. Masa sampai di Cebu Terminal, cuaca dah kembali terang. Alhamdulillah. Sampai lebih kurang jam 3 PM. Sempat lah untuk solat di Hotel je.

Dari terminal, kami ambik teksi je memandangkan nak mengejar waktu solat. Lagipun perut dah lapar sangat dah ni. Nak nasi..... Hahahha..



Lunch kami.. Kembara Pek lagi. Nasi Beriyani dengan Daging. Nyummy. So rest dulu, malam nanti nak keluar survey kaedah nak ke Sirao Garden pulak esok. Sirao ni antara tempat wajib lawati jugak. Terkenal dengan panggilan "Mini Amsterdam". Gittew..



Pusing-pusing, kembali je jalan yang sama juga. Jenuh juga mencari jalan sebab bila tanyakan orang tempatan, kebanyakkan mereka kurang fasih berbahasa Inggeris. Kat belakang saya tu adalah Hotel yang kami bermalam. So, sambil jalan, kami berbincang untuk aktiviti esok. 

Akhirnya kami decide untuk sewa motor je, memandangkan pakej-pakej ke Sirao Garden dan tempat lawatan sekelilingnya tu agak mahal. Macam tak berbaloi je. 

Okey, rest dulu untuk malam ni, esok sambung penjelajahan kami menaiki motosikal pula...

Tak sabarnya..

Bye!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CEBU VACATION | Hari Ketiga Kami Menyelusuri Sejarah Cebu City Pula 12 Jul 2020 7:28 AM (4 years ago)



Okey, dia macam ni...

Bila ada mood rajin, setiap malam pula rasa nak update dan menulis blog. So malam ni saya akan kongsikan pengalaman kami berdua untuk hari yang ketiga.

Memandangkan semalam penat+letih yang teramat sangat disebabkan aktiviti di Badian, makanya hari ni kami ambil keputusan keluar selepas Zohor. So, pagi-pagi kami breakfast dan rehat je di Hotel, lunch pulak kami masak Nasi dengan Rendang Daging Pek Kembara. MasyaAllah, sedapnya dapat makan nasi panas-panas. 

Dari hotel ke Terminal Feri Pier 1 hanyalah mengambil masa lebih kurang 20 minit menaiki Teksi. Okey, satu tips saya nak share, sebelum ni kami prefer naik Grab kan? Sebab senang, dah fix harga, tapi hari ni kami try ambik teksi dari depan hotel. Sebelum naik tu, tanya dulu berapa dia akan caj. Actually kami dah siap-siap tengok berapa caj kalau naik Grab. Jadinya kalau harga yang pemandu teksi tu bagi lebih murah, deal je terus. Jimat kan?


So, inilah kaunter untuk membeli tiket untuk ke Bohol. Plan kami ke Bohol Island adalah keesokkan harinya. Ada beberapa jeti di Bohol Island yang boleh kita pilih untuk check point pertama kita. Tapi kami pilih untuk turun di Tagbilaran, dengan menaiki Ocean Jet Ferry. Kami ingatkan lebih mudah kalau beli siap-siap tiket untuk esok, rupanya guard di situ advise better beli esok sahaja semasa nak menaiki feri. Reasonnya pagi-pagi kebiasaannya orang akan beratur panjang untuk menaiki feri. Kalau kita beli tiket jam 6AM, tapi disebabkan beratur panjang, kita missed the boat! Then, untuk next boat kita kena beli tiket lain. Dah rugi kan.

Okey, dah settle survey maklumat untuk esok, kami meneruskan langkah kami untuk melihat kesan-kesan sejarah di Cebu City ni.

PLAZA INDEPENDENCIA

Di sini ada mercu tanda Cebu City. Kawasan ni tak lah besar mana, cuma ramai warga Flipina yang meluangkan masa petang mereka di sini. Apa yang saya perasan, budaya meraka adalah menari. Yes, pelbagai rentak dan koreografi dan genre musik yang mereka persembahkan. Terdiri dari pelbagai golongan termasuk, kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia emas. Sesuatu yang menarik untuk ditonton. Persembahan kesenian percuma!

FORT SAN PEDRO

Kota San Pedro ni merupakan kota pertahanan yang dibina oleh pihak ketenteraan Sepanyol. Lokasinya tak jauh pun dari Terminal Pier 1 tu. Saya sangat suka kota ni, sebab ianya dijaga dengan baik. Tempatnya bersih dan cantik. Banyak spot yang boleh kita bergambar. Jom saya kongsikan sebahagiannya:













Haaa kan saya dah cakap, banyak spot cantik. Dengan cuaca pun baik, terang elok untuk kita bergambar kenangan. Asalnya nak spend time di sini sejam je, tapi terlajak dah jadi dua jam. Setiap sudut nak bergambar. Hehe.



Jom layan video sikit. Ni citenya dah malas nak edit. Masukkan terus je raw video.

Dah puas bergambar dan baca sikit-sikit sejarah Cebu City ni, kami plan nak singgah Museo Sugbo dan Yap San Diego Ancestral House. Tapi, memandangkan macam dah terlewat, so batalkan lah. Lagi pun nak masuk rumah antik lewat petang ni, macam tak sedap hati pulak. Boleh gitu? Hahaha..

So dari Fort tadi, kami decide untuk berjalan kaki je untuk balik ke Hotel. Kalau ikutkan agak jauh. Lebih kurang 2.5KM. Tapi memandangkan semangat nak explore, layankan je.. Jalan sambil melihat sekeliling apa yang boleh kita belajar dan ambil iktibar.


Sempat singgah di 7 Eleven. Beli air mineral dan Air Laici. Fuhh hilang dahaga minum air sejuk-sejuk ni. Actually susah juga nak cari yang halal. Kebanyakkan makanan dan minuman yang halal ni adalah import dari Indonesia.


Dalam perjalanan balik, sempat juga bergambar di depan Tugu Heritage of Cebu ni. Walaupun jam baru jam 6 PM, tapi dah gelap senja. Perjalanan balik ke Hotel ditemani lampu-lampu sepanjang jalan dan limpahan lampu dari kenderaan. 

Alhamdulillah, sampai di Hotel jam 8PM. Bersihkan diri, solat dan makan. Lepas tu, kami mencari Kedai Dobi untuk mencuci pakaian. Saya kagum dengan sistem di kedai dobi ni. 5 bintang saya berikan. Walaupun layan diri, tapi konsepnya tetap ada orang yang menjaga demi memastikan kita gunakan mesin dan sistem dengan betul.




Okeylah, selesai semua tu, kami singgah beli lagi air laici yang sedap tadi di 7 Eleven sebelah kedai dobi. Eh! Sedap pulak air tu.

Okey lah. Sampai sini je yang saya kongsi untuk hari yang ketiga. Penjelajahan kami untuk keesokkan harinya lagi menarik.

Tunggu ya. Bye!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CEBU VACATION | Hari Kedua Jom Explore Extreme Activities di Badian 11 Jul 2020 9:07 AM (4 years ago)



Assalamualaikum.. Alhamdulillah, pasca PKP semua mula kembali seperti biasa. Jom kita sama-sama amalkan #NewNorms. Sepanjang PKP juga lah saya tidak mengunjungi blog ni. Sebenarnya work-from-home lagi banyak kerja yang kita perlu lakukan. Alhamdulillah, banyak hikmah daripada kejadian pendemik Covid-19 ni.

So, malam ni saya berkesempatan untuk memilih gambar yang sesuai untuk dikongsikan. Sebenarnya bila dah terlalu lama terperam, rasa kurang umphh dah nak kongsi, tapi insyaAllah saya cuba kongsi sebaik mungkin. Kalau nak baca dari awal tentang pengembaraan kami di Cebu, Filipina, boleh klik di SINI.

Okey, jom MULA!


Seawal jam 5.00 AM kami dah ada dalam bas. Kalau anda baca entri yang lepas, ada saya kongsi tentang perancangan menaiki bas untuk ke Badian. Di Cebu, Subuh masuk waktu awal tau. Dan daripada hotel nak ke Stesen Bas ni lebih kurang 10 minit sahaja dengan menaiki Grab. Bas yang kami pilih adalah Bas Cares warna kuning. Ada aircond dan seat semua selesa sangat. 

Perjalanan lebih kurang 3 jam daripada Cebu City ke Badian. Perjalanan melalui laluan berbukit dan berliku-liku. Terdapat perkampungan sepanjang perjalanan tu, dapat lihat suasana kampung betul! Sedang leka melihat-lihat, kami ditegur dalam bahasa Tagalog oleh konduktor bas tu. Semangat cerita apa tah, kami pulak yang blurr.. Bila bagi tahu kami dari Malaysia, tergelak besar dia. Dia ingatkan kami orang Filipina juga, tapi dari daerah lain. Kah! Actually kami pun tak tahu mana nak berhenti. Haha! So dia suggest kami turun di satu tempat yang mengusahakan aktiviti lasak yang kami nak buat ni. Iaitu MCM Adventure. 

Kami decide ambil pakej Canyoneering dan Hiking Osmena Peak. Dah settle bayar semua, kami di bawa menaiki motosikal yang dipanggil habal-habal. Yang specialnya, motor ni dah di modified menjadi 3 seater! Sempoi kan?




Sampai di checkpoint, kita perlu register dulu, termasuk menyatakan siapa nama Guider yang akan jaga kita. Setelah itu, akan diberikan jaket dan helmet keselamatan sebelum dengar taklimat daripada pengendali Canyoneering di sana.



Bergambar dulu sebelum melihat apakah level ke'extreme'an aktiviti. Daripada checkpoint taklimat tadi untuk ke starting point, ada dua cara. Pertama, boleh naik Zipline, tapi ada extra charges. Dan hanya mengambil masa 10 minit nak sampai. Pilihan kedua adalah berjalan kaki lebih kurang 30-40 minit (jalan menuruni bukit). So kami pilih yang kedua.


Ini adalah permulaan cabarannya sebelum mula terjunan di dalam air. Semalamnya hujan lebat, jadi trek yang dilalui agak lecak dan berselut. So kena extra carefull sebab jalan jadi licin.


Sebelum memulakan aktiviti Canyoneering, kami alas perut dulu dengan sandwich yang kami prepare sendiri. Jangan makan banyak sangat, nanti nak memerut takde tempat. Sebab aktiviti Canyonering ni ambil masa 3-4 jam. Tiada short cut untuk half way.


Antara gambar yang Guider tolong ambikkan. You all just enjoy the activities, guider yang tolong bawakkan beg dan camera. Tapi nasib lah kalau dapat guider kurang terer ambik gambar dan video. Hahaha..




Jom layan video Canyoneering dari kami berdua. Yang baju belang-belang tu lah guider kami berdua. 


Setelah hampir 4 jam - terjun, berenang, memanjat, maka sampai lah kami ke Kawasan Fall. Kat sini ada 3 tingkat air terjun. Dan yang paling ramai, of course lah tingkat bawah sekali. Kalau tak nak buat aktiviti lasak Canyoneering, boleh terus masuk ke Kawasan Fall. Dapatlah berenang dan lepak di situ.


Sesampainya kami di Kawasan Fall, perkara pertama nak buat adalah MAKAN! Just nice lunch di sini. Jam lebih kurang kul 2pm. Kami pun 'masak' lah bekal yang kami bawa iaitu Kembara Pek Kambing Kuzi. Perghhh nikmat tak terkata. Kenapa tak beli je? Harap maaf, no halal food kat situ ye.


Ni MH di bawah air terjun yang paling famous di Badian. Saya dah tak larat. Kaki dah start krem! Lagi pun lepas lunch dah, perut dah penuh. malas dah nak berenang. Boleh??

Selesai makan dan rehat, kami berjalan pulang ke tempat kami register masa mula-mula sampai tu. Laaaa dekat je. So kami diberi bilik untuk tukar pakaian. Bilik mandi juga disediakan. Jadi kami mandi dan solat di situ sebelum ke Osmena Peak.

Kami bergerak ke Osmena Peak jam 3.30 pm menaiki habal-habal. Again! Kali ni perjalanan pergi 1 jam setengah, balik satu jam setengah. Dengan jalan yang berbukit dan berselekoh, memang banyak kali mengucap lah. Huhu. Sesampainya di sana, perlu register. Dan mereka akan offer guider untuk bawak naik, tetapi kami tak ambil pun. Just follow trek yang ada. Alhamdulillah hampir sejam jugak nak naik ke puncak. 

Pemandangan dia... Subhanallah... Serius, kena tengok sendiri. Tak tahu nak cerita macam mana. Bila balik tengok gambar dan video, macam tak puas hati. Kenapa tengok dengan mata sendiri lain?? So, korang kena pegi sendiri tengok.


Kami lepak di puncak Osmena Peak lebih kurang 20 minit sahaja, memandangkan masa agak suntuk. Perlu berada kembali di Pejabat MCM tadi sebelum jam 8 pm. Sebab bas terakhir yang akan lalu di situ untuk balik ke Cebu City adalah jam 8pm. Kang tak pasal-pasal kena bermalam kat Badian. No way!


Punya laju dia bawak motor. Sakit pinggang dah ni.. Walaupun jam baru jam 6pm, tapi dah gelap. 

Okey, part ni SERIUS! Kami berjaya dapat bas untuk balik ke Cebu City, tapi bukan bas ekspress aircond tau. Tapi bas local yang tak ada aircond, tingkap plak kalau tutup memang lemas dalam tu. Seat pulak alahai, kecik dan keras. Bukan nak komen lebih-lebih, tapi kalau korang badan dah penat, kalau boleh nak tido je dalam bas kan, so lupakan kalau dapat bas local. Saya nasihatkan, ambik bas aircond ye. Tambang tak jauh beza pun.

So sakit pinggang naik motor + aktivti lasak + bas yang emmm = nak nangissss...

Apa-apa pun, ni semua pengalaman yang menarik untuk diingati. MH kata, barulah traveller. Betul tu.. betul tu... (redho).

Sampai di Stesen bas jam 9pm. Nak balik hotel ada dua pilihan, Grab atau jalan kaki. Korang rasa? Haaa.. MH ajak jalan kaki you all.. Maka berpimpinan tangan lah balik dengan berjalan kaki. Lebih kurang setengah jam sampai lah.. Memang dekat, tapi sebab dah letih dan mengantuk, rasa macam alahaiii jauhnyaaa...

So, apa plan next day? Tunggu... Saya akan share aktivti esoknya dalam next entry ya.

Stay tune!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CEBU VACATION | Hari Pertama Kami Explore Cebu City 23 Feb 2020 7:34 AM (5 years ago)



Sambungan story daripada entri lepas >> KLIK <<

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk sambung perkongsian kembara kami ke Cebu, Philipines. Masih lagi hari catatan pada hari pertama. 2.00 PM: Seusai kami berehat, lunch dan solat, barulah kami meneruskan misi kembara. Kalau diikutkan plan asal, hari pertama adalah explore Cebu City! Tetapi memandangkan tidak berapa familiar dengan kawasan ini, jadinya kami hanya menaiki Grab. Lagi pun, masa yang sepatutnya kami gunakan untuk berjalan, telah digunakan untuk berehat. Ini yang bestnya itinerary sendiri. Fleksible..

Destinasi pertama adalah Cebu South Bus Station. Jika diikutkan jarak perjalanan hanyalah lebih kurang 2KM, tetapi kami berdua ambil keputusan naik Grab, lebih mudah dan cepat. Kami ke stesen bas ni untuk survey kaedah untuk ke Badian, bahagian Selatan Cebu keesokkan harinya. Memandangkan kami tidak ambil mana-mana pakej secara pre-book, jadinya kita kasi redah aje lah. :)




Perjalanan dari hotel ke stesen bas hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kenderaan agak banyak di jalanan, tetapi tidak terlalu padat. Di stesen bas ini, anda akan dapat lihat ada dua kaunter. Untuk ke Badian, boleh naik bas Ceres berwarna kuning. Bas ini akan bermula seawal jam 5.00 pagi. Tidak perlu beli tiket awal-awal. Esok dah naik bas, baru beli.

Okey, settle part tanyakan informasi berkaitan perjalanan ke Badian, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Taboan Public Market. Berpandukan Google Map, alhamdulillah, senang sangat nak jumpa. Berjalan kaki lebih kurang 800 meter daripada stesen bas tadi.


Dalam perjalanan, kami melalui Hospital awam. Tidak besar dan tidak kecil. Keadaan Hospital ini agak kurang memuaskan berbanding Hospital Kerajaan di Malaysia. 


Lebih kurang 30 minit berjalan, sampai lah kami ke Taboan Public Market. Di sini ada dijual pelbagai jenis hasil laut yang telah dikeringkan seperti ikan kering, ikan bilis, sotong kering dan lain-lain. Pasar ni lebih kurang macam Pasar Filipin di KK Sabah. Eh, ke Pasar di Sabah yang sama Pasar di sini.. Hmm.. Mana-mana je lah.. Saya tengok-tengok juga kot ada jualan makanan eksotik! Mujur tak ada. Hehehe. Di sebelah belakang pasar, ada jualan buah-buahan dan sayur-sayuran. Memang agak murah, tetapi kami tak beli apa-apa pun. Cukup sekadar tengok-tengok. Done!

Daripada Pasar kami plan untuk singgah di JY Mall sebelum pulang ke hotel. Disebabkan jam dah menunjukkan 5.00 ptg, kami order Grab sahaja. Dan lagi senang, memang ada Grab Waiting Point kat pasar ni.

Grab ke JY Mall hanyalah lebih kurang 2 KM, tetapi memandangkan peak hours, lebih kurang 30 minit juga baru kami sampai. Tiada apa yang menarik di JY Mall. Plan nak cari souvenir, tapi hampa. So sempat singgah 7 Eleven untuk beli air.


Disebabkan tiada plan lain, kami balik ke hotel untuk merancang perjalanan esok yang bagi saya sangat mencabar. Yang mana aktiviti ini adalah yang pertama kali saya akan lakukan. Believe it or not. Tidur awal untuk bangun awal pagi. Kumpul tenaga untuk aktiviti mencabar esok!

Malam, dinner simple saja. Roti Gardenia dengan Sambal Hitam Pahang dan Tuna, disajikan dengan Milo Panas. Cukup memadai untuk mengenyangkan perut kami.

Okey, sampai sini dulu. Aktiviti keesokkan hari akan di sambung entri seterusnya. 

Daa...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CEBU VACATION | Sehari sebelum berlepas dan Ketibaan di Cebu 13 Feb 2020 5:23 AM (5 years ago)


Short Travel Quote by Oscar Wilde

Alhamdulillah.. Selesai pengembaraan kami berdua ke Cebu Island, Philippines. Actually, tak pernah terfikir pun sebelum ni nak ke Cebu (sebutan: Se-Bu), tapi bila join group Malaysian Backpackers, tiba-tiba macam teringin pulak nak explore Cebu, berdasarkan perkongsian mereka yang pernah ke sana. Kalau ikutkan Bucket List, hanya masukkan Boracay je. But memandangkan Cebu dan Boracay jauh, kami decide untuk explore Cebu sahaja. Menyebut tentang Cebu, saya dan MH kurang info berkenaan dengan tempat ni, tapi bila dah decide, kami berdua mula buat sedikit research. Daaaaannnn, yang menariknya di Cebu ni banyak aktiviti lasak dan aktiviti di air terjun yang super duper cantik! Wahhh tak sabar sangat rasanya ni. 

Step pertama, of course survey tiket penerbangan dan hotel. Alhamdulillah, setelah tunggu dan survey tiket selama lebih kurang dua minggu, kami decide beli tiket pada harga RM671.00 return per pax (Air Asia). Tarikh yang dipilih adalah 6 Feb 2020 dan balik pada 12 Feb 2020. Penginapan pula kami memilih Crown Regency Hotel & Towers, yang terletak betul-betul di tengah bandar Cebu, dan merupakan Hotel tertinggi di Bandar Cebu.

Settle bab tiket dan hotel, sekarang settlekan bab itinerary, pre-booked activities dan budget. 



Kalau nak contoh itinerary yang details, whatsapp saya ye: 012-4202446

Untuk simcard dan airport transfer daripada Airport ke Hotel, saya booking sesiap daripada KLOOK. Reason, kami akan sampai di Cebu pada jam 4.30 am. So tak pasti ada Grab atau any transport lain pada masa tu. 

Bila dah buat itinerary, buat pula penyusunan plan makanan. Di Cebu boleh dikatakan hampir tak jumpa makanan halal yang ikut selera tekak saya. So saya order Pek Kembara dari Shopee. Disebabkan di sana ada 5 kali lunch, saya order 8 pek untuk 4 hari sahaja. Lunch hari pertama, kami bawa bekal dari Malaysia (Burger McD jer).


Kami tukar duit RM ke PHP (Peso) di Midvalley. Kadar tukaran masa tu adalah 8.05. So kami tukar RM1,328.25 untuk dapatkan PHP16,500. 


Alhamdulillah, persiapan hanya dibuat kurang daripada sebulan! Actually, kami biasa setkan vacation awal tahun. Kalau termissed entry saya untuk percutian 2019, boleh baca di sini>> KLIK SINI <<. 

Kami sebenarnya berdebar-debar juga untuk travel ke luar Malaysia ni, memandangkan Virus Corona ni tengah menyerang ribuan orang di seluruh negara! Tapi, setelah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beberapa orang yang meyakinkan, kami teruskan plan ni dengan persiapan yang cukup rapi. Di Airport KLIA2 dan Airport Cebu-Mactan memang kawalan serius dilakukan.


To cut it short, saya skip story perjalanan KL-Cebu ya. Sebab macam biasa, kami park di Putrajaya Sentral dan naik KLIA Ekspress ke KLIA2. Flight kami jam 11.55 pm dan sampai di Cebu jam 4.30 am keesokkan harinya. Sesampainya di airport Cebu, anda akan dikehendaki mengisi dan menyerahkan 3 jenis borang ni. Kesemua borang ni dah diedarkan siap-siap semasa dalam flight, tapi disebabkan mengantuk, dah landing baru isi.. :)

Semasa nak melalui imigration, setiap orang akan disoal berkenaan tahap kesihatan dan negara mana yang mereka/kita pergi dalam tempoh 30 hari kebelakang. 

Seperti yang saya bagitahu, saya dah pre-booked Airport Transfer dari KLOOK. So kami keluar je dari Airport, driver dah ready tunggu. Driver ni peramah sangat. Dia berasal dari Negros. Salah satu daerah bersebelahan dengan Pulau Cebu. Oh ya, sebelum kami bergerak ke Hotel, saya dapatkan dulu Simcard dari Kiosk GLOBE yang ada di ruang lobby terminal 2. Settle! Mudah dan cepat.

Nak dijadikan cerita, semasa kami sampai, elok je masuk waktu Subuh, jadinya kami pun search lah kat mana Surau. Tapi jauh pulak. Di Terminal 1. Disebabkan driver dah ada, dan kalau ikut pakej, dia hanya akan tunggu 15 minit sahaja. So kami decide solat di Hotel sahaja. 

Alhamdulillah, jalan tak jem. Lancar je, 40 minit sampai lah kami di hotel. Disebabkan masih terlalu awal, kami minta untuk early check in, tapi malangnya perlu tunggu shift jam 7.00 am. So, kami bentang sejadah, solat di sudut lobby... :)

Tepat jam 7.00 am, barulah dapat check in, kami di charge PHP1000 untuk early check in. Lebih kurang RM80. Okay lah kan. Badan pun dah penat, nak rest jap sebelum start Tour Cebu Day-1.. Hip hip horray..


Fuhh.. nampak je bantal dan tilam yang empuk, terus mata mintak dilelapkan.. Hotel ni highly recommended. Facilities memang A+


Breakfast Twister KFC yang dibeli di KLIA2. Buat Milo O panas, perghhh memang mantop! Kalau ikutkan Day-1 ni kami berjalan-jalan disekitar Cebu City dengan Motor. Tapi, tak sangka pula tempat sewa motor tu tiada berhampiran dengan hotel. Jadinya, kami tukar plan. Rest dulu, lepas Zohor nanti baru explore apa yang perlu.


Satu luggage ni, memang isi stok makanan dan minuman sahaja. Untuk 6 hari 5 malam.

Okey... Cebu City Tour Day-1 saya continue entri seterusnya ya.. Tungguuuu~~~
Daa..



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Vision Board 2019 vs Vision Board 2020 13 Feb 2020 2:42 AM (5 years ago)




Alhamdulillah.. Tahun 2019 dah berlalu.. Kini telah memasuki tahun yang sentiasa dinanti-nanti iaitu TAHUN 2020. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, selalu terfikir apakah yang bakal berlaku semasa tahun 2020 kan? Teringat lagi laungan Wawasan 2020.. :)

Melihat kembali sepanjang perjalanan setahun yang berlalu, apakah pencapaian yang telah dikecapi? Lebih baik daripada 2018, atau sebaliknya? Walau bagamanapun lakaran kahidupan kita, jangan lupa mengucapkan SYUKUR.. Syukur kerana Allah memberikan kita terlalu banyak nikmat dan rezeki, yang mana tak termampu untuk kita hitung satu persatu.

Entri ni dah lama saya tulis, namun belum berkesempatan untuk buat 'final editing'.. Petang ni, elok lah saya sudahkan kerja-kerja yang tertangguh ni.

Jom tengok Vision Board 2019 saya. Saya akan berkongsi bagaimana ianya membantu saya merealisasikan impian. Yes, realisasi.. Walaupun bukan 100%, tetapi ianya tetap membantu..


Vision Board ni dibuat pada 4 Januari 2019. Saya bahagikan kepada 6 Kategori iaitu Family, Career, Financial, Health, Extra dan Travel.

Kategori Family, adalah impian terbesar saya. Iaitu dapat memberi lebih banyak kepada famili saya. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa dan impian saya. Tahun 2019 juga saya dan MH telah membeli sebuah kereta Continental (walaupun tidak seperti perancangan, nak beli M). Allah susun yang terbaik pada masa yang terbaik. 1 Julai 2019, tarikh lahir Mr Raion. 

Kategori kedua adalah Career. Hmm.. Tahun 2019 adalah tahun yang penuh cabaran dan dugaan buat saya. Banyak dealing perniagaan tidak menjadi seperti yang diharapkan, namun saya tetap bersyukur kerana Allah sentiasa cukupkan keperluan saya. Alhamdulillah. InsyaAllah 2020, kembali letakkan target betul-betul. Doakan saya ya.. :)

Kategori seterusnya adalah Financial. Alhamdulillah, disebabkan business bagus pada tahun 2018, impak terhadap income 2019 adalah sangat bagus. Disebabkan itu juga saya berani bertekad untuk membeli rumah pertama saya. Rumah pertama ni telah saya rancangkan untuk menjadi rumah pelaburan. Urusan pemilikan rumah ni Allah permudahkan, maka April 2019 telah dapat satu rezeki yang tak disangka-sangka. Syukur.

Seterusnya kategori Health. Bab kesihatan memang saya akui agak culas! Jadinya target untuk penurunan berat badan hanya berlaku pada awal tahun sahaja. Lepas tu??? Hmmm.. Insof dah. InsyaAllah 2020 saya akan kembali komited untuk lebih sihat dan cergas. Alhamdulillah, saya juga telah melakukan pemeriksaan kasihatan dengan PathLab. Result yang diperolehi adalah baik, cuma ada beberapa perkara perlu ditambahbaik lagi.

Kategori kelima adalag Extra. Extra ni lebih kepada Hobi. Saya memang suka menulis berbanding bercakap. Sebab tu juga adanya blog ni. Blog yang saya wujudkan semenjak zaman saya belajar lagi. Cuma, masih belum capai target untuk menghasilkan 20 penulisan bermanfaat setiap tahun. Doakan tahun 2020 saya dapat capai ye. Dalam kategori ini juga ada saya targetkan untuk bersama-sama di dalam aktiviti CSR. Dan Alhamdulillah Allah permudahkan. Dengan program ini juga saya dapat mengenali lebih ramai orang dan bersama-sama berpesan ke arah kebaikan. InsyaAllah..

Kategori terakhir adalah Travel. Saya memang suka travel. Kalau boleh, setiap bulan nak travel! Gittew.. Hohoho.. impian 2019 ada 4 destinasi, namun hanya 1 sahaja tercapai iaitu Honeymoon di Bali. Kebiasaannya setiap tahun akan ada satu trip Asean, 1 Trip International. Memandangkan Amsterdam tidak kesampaian, hanya menangis di bucu katil je lah.. Huhu.. Niat nak bawa Parents buat Umrah pun terpaksa dipostponed disebabkan komitmen awal yang tidak dapat dielakkan. Doakan hajat saya dan MH dan bawa parents mengerjakan umrah terlaksana.. AAmiinnn..

----------------------------------------------------------------------
So, officially, hari ni, vision board 2019 akan diturunkan dan digantikan dengan VISION BOARD 2020! InsyaAllah lebih jelas penetapan matlamat dan impian tersebut. Doakan saya dapat mencapai apa yang diimpikan, seterusnya membawa saya kembali mengingati dan mensyukuri nikmat yang Allah Taala berikan.. InsyaAllah.. 

SO... INILAH DIA 2020 VISION BOARD ANNA SUHAIMI




Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sweet Escape to Singapore | 3Hari2Malam | Part 3 15 Sep 2019 8:22 AM (5 years ago)

Sambung sikit lagi lah.. Part 3. SG to KL..


Sarapan ala local people. Makan roti canai mamak Singapore. Seawal jam 8 pagi MH keluar untuk tolong pegi beli dan tapaw. Saya settlekan packing barang dan kemaskan bilik. Tak boleh lewat sangat sebab kami perlu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebelum jam 4 petang. 

Check out tepat jam 11.30 am. Terus follow planned route untuk ke Senai.

Bus stand ni berhadapan dengan Kallang Station

Kami naik bas No 64 di depan kedai runcit (kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Hotel), turun di bus stand Geyland Rd. Lepas tu berjalan kaki lebih kurang 10 minit ke Kallang Stn.

Oh ya, plan asalanya hari terakhir di SG ni, kami nak berpagi-pagian di Botanic Garden. Taaaapiiii letih yakmat sampaikan tapak kaki pun sakit. Nampak sangat dah tua kan. Ataupun sebab tak fit. So cancel plan dan lepak je kat bilik pagi tu sambil enjoy roti canai! Haha..

Perjalanan hari ini: Kallang Stn - Jurong East Stn via MRT (30 minit)

Return balik Singapore Tourist Pass dan dapat balik SGD10 setiap kad

Sebenarnya, kalau ikutkan apa yang kami baca, ambik bas No 160 untuk ke JB Setral, tapi bila tanya di kaunter tempat return kad tu, akak tu cakap jangan naik bas tu sebab route dia jauh. Sejam lebih baru sampai nanti sebab banyak berhenti. So dia cadangkan ambil bas Causeway Link, atau patah balik ke Kanji Stn ambik bas dari sana. Alamak, yang di takde dalam pambacaan. Takpe, kita redah tengok macam mana.

Beratur nak beli tiket bas

Sebelah MRT Station tu ada Stesen Bas. So saya Q untuk membeli tiket bas No 160 atau mungkin ada cadangan lain yang lebih baik. So, apa yang dicadangkan pula oleh akak kat kaunter tiket ni, naik bas No CW3 untuk ke Larkin. Tiket bayar kepada pemandu nanti. Tak perlu beli di kaunter. Oooo begitu ya.

Melalui Tuas Second Link

Urusan di imigresen sangat mudah. Cuma korang kena make sure semua barang di bawa bersama. Jangan tinggal dalam bas. Settle Imigresen Singapore, naik bas yang sama, menuju ke JB. 

Sampai di Imigresen Malaysia, rupanya kena tukar bas. bas yang kami naik ni berpatah balik ke Singapore. So untuk ke Larkin, bas adalah pada jam 2.30 pm. Masih ada lebih kurang sejam untuk kami tunggu. Cuak juga kalau sampai Airport lewat.

So kami ambil keputusan, nak naik Grab atau Teksi sahaja ke Airport Senai. Saya tengok kalau naik Grab RM75. So MH try tanyakan teksi, alhamdulillah rezeki kami, teksi tu hanya charge RM60.

Perjalanan ke Airport lebih kurang sejam sahaja. Sampai di sana, kami check in dulu di kaunter Malindo, baru lah solat dan makan. 

Alhamdulillah.. Semua berjalan lanacar. Sampai KLIA 2 jam 6ptg. Teruskan perjalanan naik KLIA Ekspress ke Putrajaya untuk ambil kereta.

Sampai rumah lebih kurang jam 9 mlm. Lega... Settle satu lagi Negara yang kami nak jelajah. 

Doakan next year, target INDIA atau JEPUN. Apa-apa pun, tertakluk kepada faktor-faktor lain juga. Hehehe..

Okey, bye!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sweet Escape to Singapore | 3Hari2Malam | Part 2 15 Sep 2019 7:42 AM (5 years ago)

.. Selamat Hari Malaysia! ..


Esok cuti lagi, 16 September merupakan hari Malaysia. Bulan ni memang banyak betul cuti kan? So esok planya hanya keluar cari barang sikit, dan ber 'me time' sorang-sorang. Buat facial routine sebulan sekali.

Hujung minggu depan ada job pulak, so ke Terengganu lah kite.. Lama dah tak ke Terengganu. Teringat pulak kenangan belajar di sana 3 tahun, dan di sana juga lah berjumpa jodoh. Hihi, tak sangka pulak. :P

Baiklah, malam ni saya sambung sikit lagi perkongsian saya tentang sweet escape kami berdua hubby-wifey ke Singapore.

4 September 2019, Rabu - Sentosa Island & Universal Studio Singapore

Seusai bersarapan (makan roti + sambal hitam pahang, sup cendawan dan minum milo), kami memulakan eksplorasi kami tepat jam 8.30 pagi. Bersama-sama warga SG tunggu bas tepi jalan untuk ke Stesyen MRT Kallang. Sebenarnya dekat je. Tapi sebab penat berjalan semalam pun belum hilang, dan nak save tenaga untuk aktiviti hari ini, jadinya kami naik bas lah.

Perjalanan Kallang Stn - Outram Park - Harbour Front (Vivo City Mall) mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Masa kami sampai tu, kedai-kedai di dalam mall tu baru nak buka. Asalnya plan nak naik Sentosa Express ke Sentosa Island, tetapi last minute tukar plan sebab nak menikmati pemandangan pagi-pagi kan. Untuk ke Sentosa Island ada 4 kaedah. Jadinya kami pilih untuk berjalan melalui Sentosa Board Walk (Exit di Level 3 Mall). Sepanjang perjalanan tu berbumbung dan ada beberapa bahagian yang ada Travelator. Tak lah penat sangat kalau nak berjalan kan?

Travelator Sentosa Board Walk


Jalan-jalan dengan yang tersayang

Trick Eye Museum. Memang Best!

Perjalanan kami dari VivoCity Mall ke Sentosa Islang mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Berjalan santai-santai sambil ambil gambar. Tempat tarikan pertama yang kami nampak adalah Trick Eye Museum ni lah. 

Plan untuk masuk USS adalah jam 11.00 am, jadinya kami meneroka Pulau Sentosa dulu. Oh ya, tiket masuk USS seperti yang saya maklumkan dalam entri sebelum ni, saya beli di website Klook. Ada diskaun kalau beli guna Mobile Phone

Ambik gambar banyak-banyak di Imbiah

Semasa kami sampai di sini, belum ramai pengunjung. Ada aktiviti percuma disediakan. Kumpul sticker di setiap check point, dan dapat cenderahati percuma! Best juga ni. Enjoy saje. Kami spend masa kat sini lebih kurang sejam lebih. Naik tram di Beach Station, dan enjoy the view along the Siloso Beach.

Oh ya, kami bawa sandwich buat bekal untuk alas perut merangkap lunch, memandangkan kami tak sure macam mana gerai jualan makanan di dalam USS tu. Dan makanan pulak tidak dibenarkan untuk di bawa masuk ya. Hanya sebotol air minuman sahaja yang dibenarkan.

Wajib bergambar di depan Globe ni

Alhamdulillah, kami melepasi entrace gate USS dengan mudahnya. Hanya scan tiket yang dah print siap-siap tu, staff USS pulak akan minta kita buka beg untuk dia check.

Aim kami, nak enjoy semua rides yang ada dalam ni. Kalau tak salah, hampir 10 rides ada dalam USS ni, dan yang paling femes adalah Transformers. So jom kita tengok.

Rides pertama yang kami naik adalah BATTLESTAR GALACTICA. Ada dua tau, Cyclone dan Human. First kami naik Cyclone sebab tak ramai orang yang beratur lagi.. Beg perlu di simpan di dalam locker yang disediakan. 60 minit pertama percuma saja.

Fuhhhh... Seram, extreme, berdebar.. itu yang saya boleh katakan. Cyclone lebih seram dari Human. Korang kena try okey, tapi bagi yang ada masalah back pain atau cepat pitam, tak digalakkan. Memang betul-betul Adrenalin rush ni.. Sumpah!

Settle kedua-dua tu, kami try REVENGE OF THE MUMMY pulak. Cuak jugak sebabnya jantung berdegup tadi pun tak habis lagi. Sebelum dapat naik ride tu, korang akan masuk dalam satu gua atau tempat sumpahan. Seram juga lah kan.. Daaaaannnn.. ride ni memang best terok! Masa keluar tu macam nak repeat lagi kalau ada masa.

MH extra satu aktiviti - Rock Climbing. Saya tengok je lah. Hehe..

Antara rides yang kami naik: Transformers The Ride 3D, Sesame Street Spaghetti, Puss in Boots, Canopy Flyer, Treasure Hunters. Semua best, cuma ada beberapa station yang terpaksa beratur agak panjang. Make sure tengok Board Estimated Waiting Time tu. Kalau estimate 20 minit, baru Q. Kalau korang yang tak berapa nak boleh bersabar untuk Q, sila beli Express Pass. So boleh Q di Express Line. 

Kami repeat ride Transformers dua kali, dan Mummy tu dua kali. Hahaha.. Baru berbaloi.


Repeat Transformers Ride. Saya rank rides No.1


Negara Far-far Away

Depan The Egypt

Rides Puss in Boots' Giant Journey

Rides Transformers The Ride 3D

Settle beberapa rides, kaki pun dah penat, tekak pun dah kering, perut pun dah lapar. So rest sekejap untuk minum dan solat. Alhamdulillah, surau disediakan, siap asing surau lelaki dan perempuan, dan ada telekung disediakan. Boleh lah meluruskan urat pinggang sekejap.

Surau sebelah Rollor coaster Human vs Cyclone tu. Selesa berhawa dingin

Seusai solat, kami beli ice blended. Dan yang bestnya boleh refill (so bayar pada harga yang lebih murah sebab dah ada cup). Fuhhh lega tekak. niat di hati, nak repeat juga rides Human tu, tapi waiting time 30 minit. So kami masuk rides Sesame Street. Comel je naik tren. Kihkihkih. Sebab ni rides kanak-kanak. Layankan aje..


Saya yang over excited! Actually banyak sangat video. Malas nak upload. Kah!

Sedar tak sedar, dah hampir jam 6 petang. Last but not least sebelum keluar dari USS (tutup jam 7 petang), kami masuk dalam Light! Camera! Action!. Boleh experience sendiri macam mana Steven Spielberg buat set penggambaran filem-filem aksi. Memang terbaik siap ada angin, api, ribut, gegar semua lah. Rasa macam seolah-olah ada di tempat lain.

Actually ada beberapa station dan rides yang kami tak sempat masuk. Yang paling ralat sekali ialah rides Madagascar. Q punya panjang, estimate time sejam. Aduduhhh memang tak nak lah beratur lama sangat kan. Last-last tak menyempat. Takpe lah.. huhu.

Bergambar sebelum keluar

Lebih kurang jam 6.45 petang, kami keluar dari USS. Perut dah lapar sangat ni. Plan sepatutnya nak cari makanan di Bugis Night Market, lepas tengok persembahan Crane Dance, tapi dah macam-macam lagu keluar ni... So jom cari nasi. Dinner terus lah.

Happy tummy, happy me

Kami singgah makan di Malaysian Food Hall. Make sure tengok betul-betul ye kedai yang anda nak makan. Make sure ada HALAL. Alhamdulillah, kami pilih Nasi Beriyani dengan Kari Ayam. Harga berbaloi dengan rasa dan portion.

Selesai makan, kami berkejar ke Dataran untuk tunggu persembahan Crane Dance. Persembahan ni di adakan setiap hari bermula jam 8 malam tepat. 

Suatu kelainan. Crane diceritakan menjadi burung yang bercinta. So sweet~

Persembahan tu hanya 10 minit, tapi penuh penghayatan dan keterujaan. Berbaloi tunggu tengok. Dengan muzik, jalan cerita, limpahan lampu dan spot light, memang terbaik. Ramai juga penonton, mujur cepat. Kami dapat tempat strategik. tengah-tengah dan paling atas. 

Selesai show, kami bergerak balik ke Vivo City Mall menaiki Sentosa Express. Nak balik ke Vivo free je naik tren tu. Hanya mengambil masa 15 minit, sampai lah.

Sesampainya di mall, singgah minum dulu. Basahkan tekak, dan tiba-tiba plan bertukar. Tak jadi nak pegi pasar malam Bugis, walaupun memang dalam perjalanan balik sahaja. Sebabnya kaki dah sakit sangat, banyak berjalan. Sama seperti semalamnya, kami dah kumpul lebih 20,000 steps masing-masing. Woahh..

Perjalanan balik: Harbour Front - Outram Park - Aljunied - Bus No 80. Sampai di hotel lebih kurang jam 10 malam. Hari yang sangat panjang dan bermakna. Rest untuk esok, dah nak balik. Alaaa....

K Bye!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sweet Escape to Singapore | 3Hari2Malam 9 Sep 2019 7:46 AM (5 years ago)

"...Travel expands the mind and fills the gap.."



Setelah beberapa bulan tak menulis, agak sukar untuk memulakan penulisan. Ada beberapa entri yang masih berstatus 'draft'. Tunggu masa yang sesuai untuk disiapkan dan dipublish.

Memandangkan hari ini adalah hari cuti bersempena Hari Keputeraan YDP Agong, maka saya lepak di ofis (SOHO - Small Office Home Office) sahaja seharian. Menyudahkan hobi-hobi yang tertangguh semenjak dua menjak ni. Sambil menikmati Tea Green dan ditemani lagu favourite buat masa ni - Jatuh Cinta oleh IAmNeeta. Penangan drama Sweet Dreams lah ni. Tak boleh nak move on dah dengan lagu ni. :)


Bila bercakap tentang jatuh cinta, saya pasti defini CINTA bagi setiap orang berbeza. Dan bagaimana seseorang itu menyatakan cinta kepada orang yang dicintai juga ada cara tersendiri.



Erti cinta kamu
Tentang aku
Selalu kau hargai
Kini aku jatuh cinta pada diri kamu

Segenap hujung dunia ku
Ingin kau tahu
Kini aku jatuh cinta
Semua tentang kamu 

-- Jatuh Cinta, IAmNeeta

Okey lah, saya tak plan pun untuk menulis tentang cinta. Saya pasti anda semua lagi pakar bab ni kan? ehhe.. Berbalik kepada tajuk asal, Sweet Escape to Singapore selama 3 hari 2 malam. Last minute plan sebenarnya, memandangkan kami berdua baru sahaja selesai ACLPP Exam last week, so just nak short trip yang simple dan senang nak plan. Jadinya kami pilih Singapura.. yeay!

Itinerary dan slip booking

Macam biasa, setiap kali kalau ingin bercuti, kami akan bahagikan tugasan. Tugasan saya adalah membuat itinerary (termasuk pengangkutan yang akan digunakan, tempat makan, waktu rehat dan solat dsb), booking hotel dan booking tiket untuk tempat-tempat yang ingin dilawati. MH pula macam biasa, akan booking tiket flight, dan buat calculation untuk trip termasuklah kos pengangkutan, hotel, tukaran wang dan bekalan makanan yang akan dibawa. Siap semua tu dalam masa dua hari. Alhamdulillah. Siap print out semua yang berkenaan sehari sebelum hari travel.

Saya booking hotel melalui Website Trivago, dan berdasarkan perbandingan harga, kita akan di bawa masuk ke Website yang menawarkan harga yang murah tu. Dan hotel yang saya pilih adalah Fragrance Hotel-Emerald. Agoda menawarkan harga yang paling murah, dan boleh terus buat booking. Semudah ABC! 

Tips: Pilih hotel yang berdekatan dengan pengangkutan awam dan tidak jauh dari tempat tarikan pelancong.

Tiket Universal Studio Singapore dan Garden By The Bay pula saya booking dari Website Klook. Harga ternyata lebih murah compared kalau kita beli di kaunter. Dan akan menjimatkan masa kita kerana tidak perlu beratur untuk membeli tiket di sana nanti. Dapat point dari Klook tu nanti boleh redeem pula di masa hadapan. Mana lah tahu nak beli tiket Disneyland Hong Kong pula ke kan? kan? kan? (It's a hint to MH :P)

Bergambar di Shiseido Forest Valley

Penerbangan kami dari KL ke Changi International Airport menggunakan Malindo Airways. Kebetulan masa kami tengok tiket tu, harga murah. So, sambar terus. Cuma untuk balik ke KL, agak mahal, jadinya nanti kami akan balik dari Senai International Airport ke KL.

Sampai di Airport Changi tu, jangan lupa masuk ke Jewel, tak jauh pun dari Balai Ketibaan. HSBC Rain Voltex dan Shiseido Forest Valley tu free je. Boleh jalan-jalan ambil gambar. Cantik sangat. Di situ ada juga Canopy Bridge, Canopy Park, Hedge Maze, Mirror Maze, dan banyak lagi lah. Tapi semua ni ada entrace fee. Disebabkan kami agak mengejar masa, kami tak masuk pun. Hanya jalan di sekitar Rain Voltex dan Forest Valley je.

Dari Changi Airport kami menggunakan MRT. Oh ya, jangan lupa beli Singapore Tourist Pass ye. Harganya SGD 30 untuk 3 hari. Termasuk deposit SGD 10 (akan dipulangkan selepas kita return kad).



Perjalanan ke Stesyen Aljunied mengambil masa 30 minit. Selepas tu kami naik bas No 80 ke Geylang Rd. Lebih kurang 10 minit perjalanan.

Berhenti di Opp Mohd Salleh Mosque

Hotel kami lebih kurang 50 meter sahaja dari bus stand. Tak sabar dah nak meluruskan pinggang ni! 

Ni lah hotel kami selama 2 malam di Singapore

Kalau tengok rate walk-in, agak mahal. Mujur booking siap-siap. Kami dapat RM334 untuk 2 malam. Jauh beza dengan rate walk-in. Fuhh jimat.

Rehat sebentar, bersihkan dan segarkan diri, solat dan lunch (lunch di bilik je sebab kami bawa bekal). So tepat jam 2pm, kami keluar untuk ke Orchard Rd dan Merlion Park.


Tempat wajib bergambar di Merlion Park

Kami spend masa kat sini lebih kurang sejam setengah. Selesai puas bergambar, rekod video, kami bergerak ke Marina By the Bay pulak.  Turun di Stesyen Bayfront, dan jalan lebih kurang 15 minit untuk sampai di sana. Stamina kena power. Kihkihkih.

Tips: Make sure pakai pakaian yang selesa ya. Pilih kasut yang super selesa sebab banyak kena berjalan. Beg pula saya prefer pakai beg galas. tak payah nak melawa pakai handbeg kalau travel stail backpackers ni. Ehhe..

Oh ya, untuk memudahkan bergerak ke sana sini, saya download dua apps ni : Singapore MRT dan Rome2rio. Sangat-sangat membantu.


Tempat seterusnya Red Dot Design Museum, Flower Dome, Cloud Forest, Supertree dan OCBC Skyway. Muzium ni ada pameran ciptaan-ciptaan yang unik, dan juga ada jualan. Kami dapat masuk free sebab beli tiket Garden by The Bay (GBTB) di Klook. Tapi harus diingat ya muzium ni agak jauh jaraknya dari GBTB. Lebih kurang 20 minit berjalan.

Tips: 

1. Masuk Flower Dome dan Cloud Forest dulu waktu petang. Spend lebih kurang sejam untuk setiap tempat sebab banyak spot cantik untuk bergambar.

2. Last entry untuk Supertree dan Skywalk tu jam 8pm. Masuk jam 7pm just nice.

3. Walau dah ada tiket untuk Skywalk, anda perlu juga beratur untuk dapatkan slot menaiki jambatan tu. Untuk sesi malam ada 7.45pm, 8.00pm dan 8.30pm. Kalau dah ada tiket dari Klook, boleh Q di line express.

Alhamdulillah, kami dapat slot jam 8pm. Sementara Q nak naik jambatan cantik tu, sempatlah kami menyaksikan persembahan di situ.. Lovely!

Malam dilimpahi cahaya yang berwarna-warni

Sebenarnya masa yang diberikan untuk ada atas jambatan tu lebih kurang 15 minit seorang, tapi memandangkan bukan peak season, lama juga kami di atas tu. Sambil menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Syiok..

Lebih kurang jam 9pm, kami dah turun. Kaki pun dah sakit sangat dah. Lepas ni nak berjalan lagi. So, jom lah balik. Recharge tenaga untuk esok pula.

Kami naik MRT dari Bayfront Stn ke Kallang Stn. Dan berjalan kaki dari MRT ke hotel lebih kurang 700m. Fuhhh.. Total steps hari pertama di Singapore 28,000 ++. Syabas!!

Okey. Sambung esok pula untuk hari kedua dan ketiga. Bye..

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Pemberian Yang Istimewa 18 Mar 2019 7:39 AM (6 years ago)

Perkongsian dari hati.. Ilham dari Allah..


Alhamdulillah.. itulah perkataan yang seringkali saya ungkapkan kerana terlalu banyak nikmat yang Allah Taala bagi kepada kami berdua (saya dan suami).. Sehingga tidak terhitung banyaknya.. Syukur, Alhamdulillah..

Pada mulanya saya tiada idea, apa bentuk penulisan untuk malam ni, tetapi memandangkan saya dah tulis dalam azam 2019, untuk capai sekurang-kurangnya 20 penulisan yang bermanfaat, jadinya malam ni, saya spend time sikit untuk mencoretkan ilham yang datang.. insyaAllah dari hati..

Dan mungkin, lebih senang saya tukarkan perkataan 'SAYA', kepada 'AKU'.. Kerana lebih berkesan dan dekat di hati.. Kita juga berdoa dan menyebut 'AKU' dengan ALLAH. Betul tak?

Bismillah..

Kadang-kadang, kita rasa letih, terlalu letih dengan semua perkara yang datang dalam kehidupan kita. Letih yang kadang kita sendiri tak tahu bagaimana untuk diungkapkan. Letih emosi, letih fizikal, letih fikiran dan letih segalanya..

When you feel down, just pause from anything that makes you feel tired.. Yes, For a while.. Tak salah and it's helps a lot!

Letih mengemas rumah, cuba sesekali meditate atau yoga..
Letih dengan karenah rakan sekerja, sibukkan diri dengan membaca bahan-bahan motivasi atau jenaka..
Letih dengan masalah kejiranan, cuba ambil masa short gateway..
Ingat, letih yang kita rasa bukan bermakna ianya suatu yang buruk buat kita. Kita masih punyai pilihan untuk menoleh ke arah lain yang lebih membuatkan kita tenang dan selesa. Alihkan perhatian daripada apa sahaja yang buatkan kita tertekan, asalkan ianya masih lagi dilandasan Islam dan Iman.

KENAPA MENGELUH?

Saat Allah latih kita dengan sesuatu ujian dan latihan, mengapa kita cepat mengeluh? Sedangkan kita masih punya 1001 hal yang perlu disyukuri. Pejamkan mata.. Hapuskan rasa yang menyakitkan hati satu demi satu.

ALLAHU AKBAR!! Sungguh... tiada nikmat-Nya yang mampu kudustakan saat ini. Hilang satu, aku masih ada 1000 lagi nikmat yang perlu disyukuri.. 

Kau GAGAL, Allah hantarkan bantuan,
Kau LUKA, Allah hantarkan kesembuhan,
Kau SEDIH, Allah hantarkan berita kebaikan,
Kau KEHILANGAN, Allah gantikan yang lebih baik..
Kau takut apa, kalau kau ada TUHAN??!

ALLAH BAGI SEMUANYA YANG BAIK

Dengan lebihku yang Allah bagi, dengan kurangku yang Allah tentukan, aku akan terus berani menjadi AKU!. Aku akan terus melangkah membina diri. Aku akan terus berjalan mencari kasih sayang Allah tanpa lelah..

Yang baik semuanya dari ALLAH, tetapi yang buruk adalah asalnya BAIK dari ALLAH, tetapi kerana kekhilafan aku, kekurangan dan kealpaan aku, maka menjadikannya kelihatan BURUK.

PERJALANAN MASIH PANJANG

Maaf...! Aku ada perjalanan yang masi panjang. Usaha dakwah takkan pernah terhenti. Perjalanan ini akan harus ku teruskan jua walau beribu halangan datang di hadapan. Kerana aku percaya --- ALLAH telah atur yang terbaik untukku!

Jika semalam aku lumpuh, tetapi hari ini aku kembali bangun demi menggapai Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Disebalik ujian yang Engkau beri, aku begitu yakin bahawa Engkau telah aturkan sesuatu. Engkau hantarkan ujian agar tidak mahu ingatanku terhadapMu berkubur. 

Aku tidak kisah apa pandangan manusia kepadaku. Apalagi jika yang memandang itu bukan daripada yang berada pada sisi terdekat denganku. Mereka tidak faham jatuh bangunku. Mereka tidak merasai apakah tanggungjawab yang aku pikul.

Apatah lagi kalau tuduhan yang datang dari emosi manusia yang lemas dalam lautan cemburu. Tidak! Biarkan sahaja walau beribu alasan, seisi dunia tahu betapa manusia yang sedang cemburu memang hilang pertimbangan. Aku akan terus bersabar. Laungan kebencian mereka tidak akan mempu meraih simpati bahkan memalukan diri sendiri. Semoga Allah tidak menghina mereka seburuk-buruk penghinaan.

Biarkan mereka memasang jerat sehingga penat. Biarkan mereka terus menyindir dan memfitnah sehingga mereka puas. Biar sahaja suara-suara itu terus memberontak lagak manusia yang cukup terdesak. Kerana aku tahu, Allah ada!

MENTOR KEHIDUPAN

Panjang pula coretan rasa yang kukongsikan malam ini. Mungkin telah lama ianya terpendam di sudut hati, tanpa ada yang peduli. Bersyukur lah saat diuji. Aku mula kenal warna sebenar siapa sahabat, siapa pengkhianat.


Inilah hadiah yang istimewa buatku.. Dihadirkan insan-insan yang cukup memahami hati dan perasaan. Disaat aku diuji, merekalah yang menghulurkan kasih dan pautan. Terima kasih buat sang Suami, selalu menyokong ketika ku kuat, selalu mendorong ketika ku dipijak. Terima kasih buat mentor kesayangan ku juga, Kak Ina.. Mentor dalam perjalanan kehidupanku.

Setiap bait bicaranya penuh makna, setiap nasihatnya penuh berhikmah. Betapa khilafnya dan ruginya kita sekiranya kita masih lalai dalam mencari Allah. Kita masih mencari redha manusia yang tiada berkesudahan. Hidup di dunia hanyalah sebagai jambatan ke Sana. Kadang-kadang kita lupa, dan beranggapan dunialah tempat yang kekal abadi.

ZALIM

Jangan melakukan kezaliman terhadap hak milik orang lain kerana tubuh yang terbina daripada makanan yang haram akan dihisab dan menjadi bahan bakar di neraka.

Dalamilah ilmu akhlak serta manfaatnya di dalam kehidupan seharian. Manusia mudah lupa, adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim itu untuk saling ingat mengingati. Tidak perlu tunggu title 'Ustaz/Ustazah' baru rasa sesuai untuk memberi nasihat. Jangan pandang rendah kepada orang lain, kerana setiap orang Allah telah jadikan dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan masing-masing supaya kita semua saling melengkapi.

Kezaliman juga boleh jadi kepada diri sendiri. Di mana sifat ignorance dan ego yang menebal dalam diri. Tidak mahu mengakui kesalahan dan sentiasa mencari kesalahan orang lain, bahkan lebih teruk jika mereka cerita semata-mata untuk memburukkan orang lain.

MUDAHKAN.. JANGAN SUSAHKAN

Bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Pemimpin bagaikan sebelah kaki di Syurga, sebelah kaki di Neraka. Baik kepimpinannya, maka yakin dengan janji Allah, dimasukkan ke syurga kekal abadi. Jika buruk kepimpinannya, tunggulah balasan Allah di dunia dan azab Allah di akhirat.

Pemimpin yang baik, adalah pemimpin yang menyenangkan orang yang dipimpin. Bertolak ansur, mendengar dan memahami serta mengikut landasan kepimpinan Rasulullah. 

Semoga aku, kau dan kita semua menjadi pemimpin yang baik. Bermula dengan memimpin diri sendiri, memimpin pasangan, memimpin keluarga, memimpin organisasi, memimpin negara dan seterusnya memimpin umat manusia secara keseluruhannya.. Allahu Akbar!

NUKILAN DAN ILHAM DARI ALLAH

Agak panjang juga penulisan malam ini. Rancangan awalnya hanya sebuah ilham yang pendek dan ringkas, namun Allah jua yang berkehendak untuk meluahkan rasa ini. Maaf andai ada yang tersinggung, dan syukur sekiranya tersinggung.. Itu menandakan hati kita masih boleh menerima teguran. Ambillah yang baik, tinggalkan yang kurang baik ye..

Sekian, sebuah nukilan Anna Suhaimi. Semoga bermanfaat.. :)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

CARA MEMBELI RUMAH BAGI MEREKA YANG BERPENDAPATAN 'COMMISSION BASED' 7 Mar 2019 6:08 PM (6 years ago)


Alhamdulillah.. Perkongsian daripada pengalaman sendiri lagi seronok kan? Selalu saya baca perkongsian rakan-rakan yang ada pengalaman beli rumah menggunakan Agent Commission Statement. Tapi hari ini, biar saya pula berkongsi pengalaman saya sendiri membeli rumah menggunakan penyata komisyen dari AIA.




 Alhamdulillah.. Allah lancarkan urusan saya..

Saya menjadi Perunding Takaful (baca "agent") sejak Jun 2017, jadinya baru lebih kurang 2 tahun lah menjadi agent. Keinginan membeli rumah tu dah lama, sejak saya bekerja di Sektor Perbankan lagi, tetapi memandangkan perlu menyediakan deposit sejumlah wang yang agak besar, jadinya saya simpan dulu impian tersebut.

Namun, keinginan saya muncul semula bila terbaca perkongsian sahabat saya, Khairulfikri yang mana beliau berjaya membeli rumah walaupun baru setahun menjadi agent! Wow.. Ini menarik. 

Jadi, saya pun mengatur strategi macam mana nak menjadikan impian satu kenyataan. Mungkin perkongsian saya ini akan sedikit sebanyak membantu rakan-rakan agent di luar sana yang mana pendapatan adalah berdasarkan komisyen.


#1. KENALPASTI PENDAPATAN BERSIH DAN DSR ANDA

Kenalpasti dulu Cashflow anda. Berapakan pendapatan bersih setelah ditolak dengan segala komitmen dengan Bank. Contoh, Kad Kredit, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Kereta dan lain-lain lagi.

#2. KENALPASTI BERAPA RANGE UNTUK KOMITMEN BARU

Saya memang telah terbiasa menyediakan Akaun Cashflow Peribadi sejak saya mula bekerja 10 tahun lalu. Jadi tidak menjadi masalah untuk saya tetapkan apakah kekuatan kewangan saya. Contoh, anda boleh letakkan target, RM1,500 - RM2,500 sebulan untuk instalment rumah kelak. 

#3. WAJIB ADA KOMITMEN DAN ANDA MESTILAH SEORANG GOOD PAYMASTER

Buat at least satu atau dua komitmen dan pastikan anda bayar komitmen mengikut tarikh yang ditetapkan. Sebab Bank akan semak dalam CCRIS. Penting untuk tunjukkan yang anda ni seorang Good Paymaster! Nak kira DSR pun ambil kira yang appear dalam CCRIS saja tau. Hutang kawan, hutang adik, belanja bagi parents setiap bulan tu tak termasuk dalam kiraan ni. So, dah kira DSR semasa korang, kira pulak DSR selepas pinjaman.. Contoh, DSR sebelum pinjaman 35.7%, lepas pinjaman (anggaran berapa bulanan nak kena bayar), total DSR terkini adalah 60%%. DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%. Tapi tertakluk juga kepada Bank yang korang nak apply tu. So penting untuk korang tahu, jadinya korang pun boleh agak jenis rumah yang macam mana sesuai dengan kekuatan DSR korang tu.


#4. WAJIB DECLARE INCOME 

Declare je income anda, dan kalau kena bayar Tax pun, memang itu adalah kewajipan kita sebagai Rakyat Malaysia kan??. Jangan mengelak ye daripada declare income walaupun pendapatan di bawah RM36,000 setahun. Declare je lah pun tak perlu bayar apa-apa.

#5. KIRA PENDAPATAN BERSIH (KOMISYEN) SELAMA 6 BULAN

Contoh pengiraan pro-rate komisyen selama 6 bulan:

Bulan 1 = RM4,000
Bulan 2 = RM13,000
Bulan 3 = RM6,000
Bulan 4 = RM5,000
Bulan 5 = RM3,000
Bulan 6 = RM7,000

Untuk dapatkan prorate pendapatan : RM38,000 / 6 = RM6,333
Untuk dapatkan pendapatan bersih : RM6,333 - RM600 (kereta) = RM5,733 PENDAPATAN BERSIH

Dibawah ni adalah harga rumah dan gaji bersih yang kita layak untuk ambil & pembiayaan untuk first house is 90% tapi depend pada bank & developer juga. So 10% perlu cari dari sumber lain. 

Harga RM200K = RM3,000 gaji bersih
Harga RM300K = RM4,000 gaji bersih
Harga RM400K = RM5,000 gaji bersih 
Harga RM500K = RM6,000 gaji bersih 
Harga RM600K = RM7,000 gaji bersih 
Harga RM700K = RM8,000 gaji bersih 
Harga RM800K = RM9,000 gaji bersih 

Alhamdulillah, case saya pula, 10% adalah rebate daripada developer, dan pembiayaan perumahan saya diluluskan sebanyak 90% daripada harga rumah. Jadinya saya tidak perlu menyediakan 10% untuk pembayaran harga rumah tersebut. SPA Fee juga free, saya hanya keluarkan RM1K sahaja untuk booking unit.

Setelah bank approved, sila semak kembali ada fees lain lagi yang dikenakan? dan bagi rumah saya tu, Lawyer Fee dimasukkan ke dalam pembiayaan sebagai tambahan daripada 90% tadi.

#6. SEDIAKAN DOKUMEN LENGKAP

Dokumen yang diperlukan adalah;
1) Penyata Komisyen 6 bulan terkini
2) Penyata Bank 6 bulan (bank yang dikreditkan komisyen anda) terkini
3) CP58 - 2 tahun terkini 
4) Borang BE (Penyata Cukai) - 2 tahun terkini 

Bagi memudahkan Banker, korang susun elok-elok dalam folder. Kalau boleh buat summary bagi komisyen anda sekali. InsyaAllah, kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan rezeki kita pula.

Saya buat 3 sub-folder

Folder 1: Bank Statement

Folder 2: Penyata Komisyen dan Borang CP58

Folder 3: Borang BE dan Penyata Cukai Pendapatan

#7. MRTT ATAU MLTT? 

Nak ambil protection takaful MRTT or MLTT? 

Di sini terpulang pada kekuatan kewangan, protection ni akan dimasukkan sekali dalam pinjaman, pandangan saya MRTT ni tak mahal tapi ada beberapa kekurangan. 

1) MRTT takkan bagi apa-apa return pada pemegang polisi. Pembayaran hanya diserahkan kepada Bank sekiranya pemilik rumah meninggal. Berbeza dengan MLTT, jumlah dilindungi maintain, dan ada fungsi saving. 

2) MRTT hanya untuk selesaikan baki pembiayaan. Contoh, if saya ambil MRTT saya perlu bayar RM16,000, andai hidup sampai tempoh pembiayaan habis RM16,000 ni BURN gitu je. Jadi dalam kes saya, saya ambil MLTT dan masukkan sekali di dalam pembiayaan perumahan tu. Bukan hanya kerana fungsinya tetapi kerana penambahan MLTT ni akan membuatkan BRI lebih rendah. Bila kira balik tanpa MLTT, bayaran bulanan lagi mahal sebab rate yang tinggi. Berbincang dengan Banker anda, dapatkan nasihat yang terbaik.

3) Saya sebenarnya telah sediakan perlindungan takaful dari awal untuk melindungi komitmen saya. Dua tahun sebelum beli rumah, saya telah miliki perlindungan RM500K. Kemudian, awal tahun 2019, saya menambah lagi polisi RM500K. Semakin tinggi komitmen kita, semakin tinggilah nilai perlindungan yang kita perlukan! Serius! 




Nota tambahan dari saya:
1. Apa-apa pun bergantung kepada perancangan dan kekuatan kewangan masing-masing ye.
2. Make sure pembiayaan adalah ISLAMIC. Hukum tetap hukum, jangan dipandang ringan. Saya begitu tegas bab ni. Thanks to my agent Hartanah yang bersusah payah carikan juga agent yang boleh assist untuk Islamic Home Financing. Fuhh.. bab ni mencabar sebab nak terangkan kenapa saya nak juga Islamic Home Financing.
3. Jangan takut kalau takde EPF Stetement. Yakinlah berapa ramai agent yang Commission Based dah beli rumah dan kereta tanpa perlu EPF Statement!
4. Walaupun baru setahun lebih dalam industri takaful ni, peluang membeli rumah tu ada, cuma kena pastikan tips di atas semua korang buat lah.

Jika post ini BERMANFAAT, Jom sebarkan klik LIKE & SHARE

Special Thanks for:
- Tuan Faizal Anuar
- Tuan Khairulfikri Saad (AF Group)
- Tuan Hushaini (Banker dari Bank Rakyat)
- Mr Jay (Banker dari RHB Islamic)
- Mr KC Lim (Banker dari CIMB Islamic)
- Ms Wayne (Agent Hartanah)
- jomurusduit.com
- gilahartanah.com

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Bali Day 8 - 26 Jan 2019 : Bali - Kuala Lumpur 1 Mar 2019 7:15 AM (6 years ago)

"Sesuatu yang kau jumpa dalam perjalananmu... Ada kalanya lebih baik daripada apa yang kau cari.” -- Arena Wati


Alhamdulillah.. Selesai pengembaraan kami 8H7M di Pulau Bali. Pelbagai pengajaran, pengalaman dan ikhtibar yang boleh dijadikan pedoman dan panduan. 

Penerbangan ke Kuala Lumpur jam 7.00 ptg, kami masih ada masa untuk jalan-jalan meneroka keindahan pantai yang ada disekitar Kuta.


Oh ya, check out adalah jam 11.00 am. Actually, kami pun baru tahu, Peninsular Beach Resort ni hanya boleh ditempah untuk tempoh gandaan 7 malam sahaja. Dan ianyanya hanya untuk Members.. So masa kami nak check out ni, ramai lah tengah tunggu pak supir masing-masing untuk ke airport. So, you all kalau nak tengok keseluruhan bilik kami, boleh tengok dalam video di FB saya. 


Masukkan semua barang dalam kereta dulu. Then jom jalan-jalan!! Kami plan akan lunch di Pantai Jimbaran. Dengar cerita ikan bakar kat sana sedap dan segar dan yang penting halal. 


Air kotak wajib try.. Serius sedap sangat. Kami singgah juga di Krisna Wisata Kuliner, kat sini ada jualan makanan signature Bali dan bahagian atasnya ada Restoren - Bebek di Tepi Sawah. Bebek tu itik. So far, tak pernah lah pulak try kan. Kami beli Banana Chocolate. Tak pernah try lagi. Hopefully sedap lah ye.



Sampai di Jimbaran - actually ni adalah Pantai Kedonganan. Kat sini anda akan dapat lihat air laut yang seolah-olah dua warna. Cuacanya, Subhanallah... Panas terik! Walaupun angin laut kuat, tapinya sebab matahari tegak atas kepala, so memang hangus lah. Selama 7 hari kami di Bali, tak lah sun burn sangat, tapi lepas kami berjemur kat sini, memang teruk sun burnnye.. Hehehe..

Di sini juga nelayan kecil membawa pulang hasil tangkapan dari laut. So kalau baru 'mendarat', maksudnya hasil tangkapan tu sangat segar lah ye. Anda akan dapat lihat peraih dan nelayan meniaga hasil laut di sekitar jetty. 



Maaf ye sis dahaga sangat-sangat. Tak boleh nak tunggu-tunggu dah. Buat muka sedih sikit supaya MH belikan air kelapa.. Hihi.. Jom try kelapa Bali. Sebiji IDR12,000 sahaja. Walaupun penduduk di sini tak ramai sangat, tapinya ramai Muslim. Alhamdulillah..





Disebabkan orang terlalu ramai, dan nak tunggu Q punyalah panjang, so kami decide tak jadi lah lunch kat sini. Huhu.. Style kat sini, pengunjung perlu membeli ikan atau apa sahaja seafood yang di jual di tepi jetty, lepas tu bawa ke kedai ikan bakar untuk dibakar/di masak. Kedai-kedai di situ tiada jual ikan tau. Diorang charge untuk tolong bersihkan ikan/seafood and masak/bakar sahaja. Kalau nak duduk-duduk minum saje, tidak dibenarkan. Sudahnya kami hanya lunch roti aje. Gitu...




Alhamdulillah.. Walaupun Islam adalah minoriti, tetapi perkembangannya boleh nampak. Di kawasan masjid ini, ada kelas pengajian Al-Quran dan Kitab. Ada bilik-bilik kecil disebelah masjid, saya kira ianya dibina untuk kelas pengajian agama. Walaupun nampak dhaif, tapi jauh di sudut hati saya, sebak dan syukur atas Hidayah yang Allah berikan kepada mereka. Tapi kalau anda dapat lihat, ambulance tu Alphard okey. Maybe hasil daripada sumbangan. Wallahu'alam..

Selesai solat, kami terus ke Airport. Risau juga jalan petang-petang, Bandar Kuta ni macet. So better gerak awal sikit, tak kalut orang Utara kata.


Nak dijadikan cerita, luggage kami ngam-ngam 20kg untuk check in. So hanya beg sandang sahaja akan di bawa ke atas.

Kadang-kadang, dah rasa perancangan kita yang terbaik sehingga lupa Allah adalah Maha Perancang. Semasa kami nak check in Kastam, kami ditahan kerana membawa Tripod. Tripod GoPro tu panjangnya 90cm, tapi bila buka panjangnya sehingga 3 meter! Jadinya, terpaksalah masuk ke kargo. 

Then, apa lagi... Berlari lah pulak MH ke kaunter check in beg untuk check in tripod tu. Malangnya, beg kami yang sebelum ni dah ngam 20kg, dan berat tripod adalah 600gm. MH try cari juga orang Malaysia untuk tumpang luggage, tetapi malangnya tiada. Memang tiada harapan lah.. Dan akhirnya Tripod ini telah berpindah milik. Kami hadiahkan kepada pekerja kebersihan di Airport. Sekian wassalam..


Itulah dia tripod (actually bawa dua tripod, Tripod GoPro dan Vimble) yang telah banyak membantu kami untuk shooting gambar-gambar menarik sepanjang di Bali. Memang dah tertulis hanya untuk di gunakan di Bali. Baru je beli dah terpaksa bertukar warganegara. Hahaha.. Sis is redho..


Walaupun dengan rasa berat hati, kami terpaksa terima kenyataan. Alhamdulillah, urusan boarding semua berjalan lancar. Flight on time, cuaca baik, landing pun smooth je. Memang perjalanan kami kali ni memberi seribu satu makna.

InsyaAllah, April ni kami akan jelajah Kota Rome, Italy selama seminggu. Nampak gayanya kena beli tripod baru lah. 

OK, settle.. hope dapat jadi panduan kepada sesiapa yang nak travel ke Bali tanpa guna Travel Tour. Memang best! Try sekali, baru anda akan tahu. Challo!

Total belanja kami untuk hari kelapan:
1. Sarapan - IDR 44,000
2. Petrol - IDR 30,000
3. Shopping di Krisna - IDR 57,000
4. Pantai Kedonganan - IDR 3,000
5. Kelapa Bali - IDR 12,000
6. Alfa Mart - IDR 48,200

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [27 Mac 2016 - Day 8: Bali - Malaysia] <<

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?