BULETIN LABU View RSS

Diterbitkan oleh MAJLIS PERMUAFAKATAN KEADILAN N20 LABU ( MUAFAKAT ) PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG RASAH, NS
Hide details



MASAK RENDANG & SUP GEARBOX KEADILAN LABU 11 Aug 2017 5:26 AM (7 years ago)

Labu , Bt 8
Gambar-gambar sekitar persiapan Jamuan Rakyat. Ahli Keadilan bergotong royong menyembelih lembu, melapak dan seteruskan memasak Rendang dan Sup Gearbox.

Alhamdulillah Rendang masak sekitar 10.30 malam dan Sup Gearbox  " selesai " sekitar masa yang sama. Tidak Kurang 70-80 orang menikmati hidangan Sup Gearbox, Rendang yang dicecah dengan roti "paun".






























Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

JAMUAN RAKYAT @ HARIRAYA KEADILAN LABU 8 Aug 2017 8:32 AM (7 years ago)

BATU 8 LABU


TARIKH  : 29 JULAI 2017
MASA     : 5 PM - 7 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN UTAMA KEADILAN

Jutaan terimakasih kepada seluruh penduduk termasuk penduduk Orang Asli Tekir dan Sebir yang hadir. Tidak lupa kepada semua dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program.

Terimakasih juga kepada pimpinan yang hadir selain jentera akarumbi yang bertungkus lumus memasak rendang dan Sup Gearbox pada malam sebelumnya, Terimakasih Ahli Parlimen Shah Alam, Yb Khalid Samad, Ahli Paelimen Rasah, Yb Teo Kok Seong, Ahli Parlimen Kuala Langat,Yb Abdullah Sani, Datin Faizah Ariffin,  Adun PD,Yb Ravi,  Adun Sikamat merangkap Pengerusi Keadilan Negeri,Yb Aminuddin Harun , Penyelaras Keadilan Labu, Hj Ismail Ahmad, Ketua BERSATU Rasah, Hj Baharuddin Abu Bakar, Pengerusi Amanah Negeri, Hj Zulkefli Omar, Sdr Zaki, Sdr Zulkefli,Pengerusi MRR Jelebu Sdr Zabidi , Pengerusi Biro Felda , sdr Zain Sdr Jefrey Timb Ketua Cabang Tampin dll.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan mengambarkan realiti sebenar. Terimakasih semua rakan-rakan KEADILAN, DAP, BERSATU, AMANAH , NGO  & penduduk yang menyokong. Tidak kurang 400 orang hadir pada petang tersebut

rezeki... ada dermawan bagi lembu.... cukup buat rendang dan sup gearbox

Penduduk Labu bersama pimpinan dan Yb Khalis Samad, Yb Aminuddin,
 Hj Ismail dan Hj Zulkefli

Sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku

Ucapan Sdr Zaki, Ketua Amanah Rasah

Hj Baharuddin Abu Bakar, Ketua BERSATU Rasah sedang berucap

Sdr Jalal, Naib BERSATU Rembau, Sdr Anas, Sdr Ismail, Sdr Azhar ( Bendahari Keadilan Negeri, Hj Ismail Hj Ahmad        ( Penyelaras Keadilan Labu), Sdr Samad Danel dan Sdr Said Khan Mohd Dali ( Ketua Ranting Labu )

Tahniah PH  Labu


Terimakasih rakan2 dan penduduk Kg Sebir



Pelan2 makan tu Yb Ravi, Agaknya itulah yang ditegur oleh Yb Abdullah Sani

Datin Faizah Ariffin berucap

Ucapan penuh semangat dan teruja daripada Yb Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat

Ucapan terimakasih daripada Yb Ravi, Adun PD

Antara penduduk Asli Kg Tekir yang hadir.... terimakasih banyak2

Ada yang makan bubur kacang, ada yang pekena Donut, lemang, rendang , nasi impit, mee hun
 dan mee goreng. Saya tak pasti sempat makan nasi byrani kambing tak?

Mokhtar & Hj Ismail sempat bergambar dengan tetamu yang hadir dari Kg Tekir

Semua bendera PH ada. Juga Bendera Msia dan Negeri Sembilan

Ust Azis dan Hj Ismail menjemput tetamu, Sdr Hj Zulkefli Omar

Ucapan Sdr Zul Omar

Hj Ismail melayan tetamu menyedok air cendol

Ustaz Azis sedang membacakan doa bagi memulakan majlis

Ucapan Khas daripada Yb Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Semua bendera berkibar MEGAH

Orang Kuat Labu, Sdr Mokhtar, Sdr Azis & Sdr Said Khan

Sdr Mokhtar Ahmad mengucapkan Terimakasih atas kehadiran semua pimpinan PH, Amanah, Bersatu, Dap dan Keadilan dalam program di Labu . Kesepakatan yang dirancang dengan betul dan teliti PASTI memberi momentum dan daya tujah yang kuat dalam menyingkirkan  UMNO & BN dengan lebih cepat....

BANNER UTAMA


Ucapan Hj Ismail Ahmad


Tetamu yang hadi

Kak Nani bergambar dengan Datin Faizah Ariffin



























Adam, Pak Hassan & Isteri bersama HGj Ismail

Yb sedang melayan tetamu

Antara yang hadi







Orang Kuat BERSATU, 








Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BANJIR KILAT, MESTI ADA LANGKAH SEGERA 6 Aug 2017 7:37 AM (7 years ago)

Labu, Negeri Smbilan

Kerajaan Negeri Sembilan  khususnya Exco Datuk Hasim  Rusdi yang juga Adun Labu digesa supaya peka  dengan masalah banjir kilat yang melanda Labu. Kejadian yang sering terjadi khususnya kejadian pada 7 Mei 2017 menjadi iktibar untuk beliau bertindak segera.

Kerapkali dinyatakan bahawa banjir kilat ini berpunca daripada sistem perparitan yang telah uzur, tidak diselenggara selain saiz longkang sediaada yang tidak lagi sesuai dengan pembangunan drastik kawasan di keliling Labu.

Pembangunan seperti di Bandar Ainsdale, Galla, Seremban 2, Bandar Sendayan dan Ulu Mantau mencetuskan kesan tidak langsung kepada kuantiti air yang mengalir deras di kawasan rendah seperti di Labu. Jumlah Kuantiti air ini tidak tertampung oleh sistem perparitan yang dibina hampir 20 tahun yang lalu.

Musin tenkujuh yang kebiasaannya November hingga Mac di negara ini sudah tentu menimbulkan pelbagai kesusahan dan kesulitan jika langkah2 segera tidak diambil. Biasanya yang akan menjadi mangsa adalah kita rakyat dan penduduk biasa... 




Banjir di Pekan Batu 9 Labu. 

Memo Bantahan yang tidak dilayan oleh Kerajaan Umno Mat Hassan


Siapa yang susah?


Sistem laluan air yang kecil menyebabkan air terlalu perlahan mengalir

Laluan Terowang KTM Batu 8 yang boleh digelar Lubok Ikan Sembilan setiap kali Banjir Kilat


Siapa yang sepatutnya bertindak?

Lawatan Yb Teo Kok Seong di Kg Baru Cina Bt 8

Kawasan Kg Pasir Putih yang selalu banjir

Menteri Besar Negerei Sembilan tidak berminat menerima Memo Bantahan Banjir Kilat Di Labu, Sebaliknya pagar Wisma Negeri Di tutup

Rumah Makcik ini di Simpang Kirby Estate terpalit dengan banjir

Banjir di Pekan Batu 9

a
Peparitan yang tidak berfungsi

membahaya bagi penunggang motor daN KENDERAAN BERSISI KECIL




Sidang Media yang turut di hadiri Yb Guna, Hj Ismail, Yb Teo Kok Seong, Yb Aminudin dan wakil penduduk Encik Khamis, 





Yb Aminuddin Harun turun memberi ulasan 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

PRESIDEN KEADILAN DI LABU BT 8 - PERASMIAN BILIK GERAKAN 6 Aug 2017 12:45 AM (7 years ago)



GAMBAR2 LAWATAN PRESIDEN KE LABU, NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 12 HB MAC, 2017
MASA : 5 PTG
TEMPAT  : BATU 8 LABU





























PERASMIAN BILIK GERAKAN OLEH PRESIDEN KEADILAN, DATO SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL PADA 12HB MAC 2017 DI BILIK GERAKAN UTAMA BATU 8 LABU


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SAMPAI BILA BEGINI ???? 4 Aug 2017 4:54 AM (7 years ago)

KG TEKIR MANTERA, LABU, NEGERI SEMBILAN

JAKOA NEGERI SEMBILAN MESTI TURUN PADANG MEMBANTU,  Sebaiknya JAKOA sendiri yang mengurus permohonan kerana sudah pasti maklumat mudah diuruskan disamping keterbatasan keluarga ini....
Apa JAKOA atau Adun setempat buat ? Atau mereka tidak perasan adanya kelauaga yang merempat tinggal di rumah yang sebegini dhaif.
Inilah yang ada didapur mereka....satu set dapur masak, sebuah kuali, satu bekas air dan satu dua kelengkapan lain...... 


Bayangkan, dalam keadaan negara yang telah maju dan membangun, masih lagi ada penduduk Orang Asli tinggal dalam rumah buluh ,tanpa kemudahan asas yang lengkap












Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

TAHNIAH KERAJAAN, KUTIPAN GST LUARBIASA..... RAKYAT PUN LUARBIASA SUKARNYA KINI 3 Feb 2017 1:05 AM (8 years ago)

Menurut buku PANDUAN HARGA PENGGUNA, Kebaikan GST ,

1. Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui hasil yang akan dugunakan untuk tujuan pembangunan dan 
    meningkatkan infrastruktur sosial
2. Meningkatkan daya saing negara di peringkat glonbal melalui pengukuhan sektor eksport
3. Meningkatkan sistem penyampaian melalui sistem percukaian yang lebih telus, efisyen dan berkesan serta 
    mengurangkan birokrasi
4. Mengurangkan kos perniagaan melalui penambahbaikan sistem percukaian semasa dan penghapusan 
    elemen cukai bertindih.
5. Menjadikan harga yang lebih berpatutan dan lebih adil kepada pengguna melalui penghapusan cukai 
    bertindih di bawah SST
6 Meningkatkan pematuhan dan mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai negara.

P/S : harga ikan selar sekilo  RM 15.69, Kangkung RM 4.90 , Terong RM6.50 , Telor Ayam Gred B RM 3.69  JUMLAH  RM30.78.... habis gaji hari ni





Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

MERAIKAN ANAK2 SEKOLAH BT 10, LABU DI TESCO 30 Jan 2017 7:42 AM (8 years ago)

Labu Bt 10

Program bersama anak-anak Labu Bt 10 membeli Alatan Sekolah di Tesco  dan kemudiannya singgah minum Cendol Sagu Rrembia di  Kg Pulau. Seramai 11 anak2 pelajar diraikan. Terimakasih kepada rakan2 yang sudi membantu.
Kepada anak-anak, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Ibu dan Ayah menaruh harapan yang tinggi kepada kamu semua. Turut menjayakan program adalah Sdr Hj  Ismail hj Ahmad, Sdr Said Khan Mohd Dali  dan Pn Hasmawati Abu Hassan.

Tarikh   : 30 hb Jan 2017, Isnin
Masa  : 11pagi - 1 ptg
Tempat   : Tesco Nilai




 




























Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SELAMAT TAHUN BARU CINA, HAPPY CHINESE NEW YEAR 30 Jan 2017 7:08 AM (8 years ago)


PROGRAM  SUMBANGAN BUAH LIMAU DI SEKITAR KG BARU  BATU 8 LABU                        BERTARIKH 24 HB JAN 2017















Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

JENAMAKAN SEMULA NAMA SEKOLAH KEBANGSAAN LABU ULU 30 Jan 2017 5:44 AM (8 years ago)

DEMI KUALITI & MASA DEPAN ANAK BANGSA, SAMPAI MASANYA NAMA SEKOLAH KRBANGSAAN LABU ULU, BATU 8 LABU DIJENAMAKAN SEMULA....

1. Sekolah ini antara yang terawal didirikan pada 1895, iaitu 122 tahun yang lalu.
2. Bermula dengan sebuah bangsal, kini SKLU megah dengan 2 blok tambahan bangunan baru yang dibina pada 2003 dan dirasmikan pada 13 Feb 2004.
3. Bermula awalnya dengan 30 murid lelaki dan seorang guru yang bertindak sebagai gurubesar, kini SKLU mempunyai hampir 500 murid.
4. Kini SKLU boleh berbangga kerana telah melahirkan ramai tokoh ternama dalam pelbagai bidang kepakaran, kerajaan mahupun swasta.
5. Begitupun zaman kini telah berarah kepada teknologi e-degital seperti yang diungkap oleh PM semasa Wacana Perdana TN50 baru-baru ini.
6. Kalau Komplek Sukan Nasional Bukit Jalil boleh ditukar kepada Sport City bagi membolehkan nilaitambah kepada perkhidmatan dan mutu sukan.... masakan nama sekolah SKLU tidak boleh dijenamakan atau diberi " roh" baru sesuai dengan keadaan dan persekitaran semasa.
7. Semua maklum bahawa Bandar Ainsdale hanyalah 5km sahaja daripada sekolah ini.
8. Rata-rata daripada kalangan mereka merupakan Generasi X & Y yang berlatarbelakang berpendidikan , terpelajar dan mempunyai kedudukan dan taraf hidup yang agak lebih selesa.
9. Mereka sedikit sebanyak mempunyai " sentimen "kepada nama....( demi masa depan anak2 mereka ) apatah lagi nama- nama yang telah agak usang, ketinggalan... Labu Ulu.... sedikit sebanyak menimbulkan kesangsian tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran.
10. Akibatnya, ini memungkinkan mereka beralih menghantar anak-anak mereka disekolah lain di Seremban atau S2. Rugilah anak-anak murid di SKLU. Setidaknya anak-anak murid di kampung atau mudahnya " anak kita" ini dapat bercampur, bergaul , berkawan dan berinteraksi dengan anak-anak daripada gen ibu dan ayah yang terpelajar ini. Kalau mereka tak cerdik.... dapat aura pandai sikit pun cukup.
11. Sebagai usaha memikat dan memastikan mereka menghantar anak ke SKLU, saya mencadangkan agar nama sekolah ini diangkat atau dijenamakan semula.
12. Banyak sekolah disekitarnya telahpun ditukar nama seperti Sekolah Kebangsaan Sepang Road kepada Sekolah Dato Ahmad Manaf. Sekolah Kebangsaan Labu Hilir ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Dato ShahBandar Abu Bakar dan Sekolah Menengah Dato Shahardin , Bt 10, Labu.
13. Jadi, telah sampai masanya nama SKLU juga sewajibnya ditukar.
14. Kita mempunyai ramai tokoh- tokoh ternama dan tak salah kalau kita boleh mencadangkan agar SEKOLAH KEBANGSAAN LABU ULU ditukar kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATO HJ MUHAMMAD SHALAN HJ SHAID.
15. Selain beliau adalah tokoh yang berjasa di peringkat Negeri Sembilan, Mantan Speaker Negeri Sembilan... beliau juga adalah anak jati di situ. Selayaknya nama itu.....
16. Dan sebagai penghormatan, mungkin usaha boleh dibuat agar Penjenamaan semula sekolah ini boleh dirasmikan sendiri oleh batang tubuh yang masih ada itu..... bukan menunggu apabila " tiada"






Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

AIR BERTAKUNG - HATI-HATI PENGGUNA JALAN LABU NILAI 30 Jan 2017 5:16 AM (8 years ago)

KUALITI JALAN ATAU SISTEM PERPARITAN KURANG MEMUASKAN - PENGGUNA JALANRAYA LALUAN LABU - NILAI PERLU BERHATI-HATI.
1.Saya berkesempatan meninjau kawasan bertakung atau berlopak air di beberapa kawasan di sepanjang laluan simpang Kg Sebir menuju ke Kirby, Bt 9 Labu.
2. Sample gambar di ambil selepas hampir 1 jam berhentinya hujan yang turun sekitar pukul 4 ptg semalam. Ada banyak kawasan perangkap air atau takungan yang terbentuk.( Bayangkanlah pemanduan ketika hari hujan dengan lopakan yang bertakung air? ).
3. Pengguna Jalanraya terutamanya penunggang motosikal dan kenderaan ber" CC" rendah kena lebih berhati-hati.
4. Apatah lagi dalam suasana ekonomi yang agak mencabar tahun kebelakangan ini dengan kos sara hidup yang tinggi. Tayar motosikal atau kereta yang telah "botak" dan wajib ditukar menjadi satu hambatan buat pengguna.... kerana ada banyak " komitmen " yang lebih urgent perlu diutamakan diawal sesi persekolahan ini.
4. Sekiranya tidak berhati-hati, apatah lagi pemanduan yang "tergesa-gesa", ....akan mudah berlaku kemalangan akibat terbabas melanggar lopakan air tersebut..
5. Mungkinkah sistem perparitan yang tidak terurus menyebabkan aliran air tidak dapat mengalir dengan baik. Mungkin juga betul jika dilihatkan laluan perparitan yang semak samun dan tidak terurus?
6. Atau mungkin juga kualiti jalan yang tidak diselenggara dengan baik?
7. Apapun, pengguna tidak harus diperjudikan dengan situasi begitu.
8. HATI-HATI, CEGAH SEBELUM PARAH !
P/s : ada yang berkata, memanglah jalan begitu sebab banyak kenderaan berat seperti lori kuari atau lori pasir yang melalui jalan tersebut.
Tambah kapsyen

 











Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SELAMAT MENYAMBUT 2017, KUATKAN TEKAD, TERUSKAN PERJUANGAN 31 Dec 2016 7:00 AM (8 years ago)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2017. BERSAMA KITA MEMBINA MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK BERSAMA  KERAJAAN YANG PEDULI RAKYAT. TERUSKAN ISTIQAMAH DENGAN PRINSIP PERJUANGAN DAN MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK DALAM PRU 14 NANTI.


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

PROGRAM SUMBANGAN BAG SEKOLAH KEPADA ANAK AHLI & PENYOKONG 31 Dec 2016 6:47 AM (8 years ago)

Program Sumbangan Bag Sekolah  & Alatan Tulis
 Taeikh   : 31 hb Dis 2016
 Masa     : 5 petang
 Tempat  : Tapak Bilik Gerakan Keadilan Labu, Bt 8



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SETIAP KALI KEMALANGAN, ALASAN SAMA ? 26 Dec 2016 6:30 AM (8 years ago)


ALASAN BERULANG, PEMANDU BUS DEGIL & SAMAN TRAFIK MELAMBAK?
1. Setiap kali berlaku sahaja  kemalangan maut yang membabitkan bus ekspres, alasan dan sebab yang hampir sama diberikan. Antaranya pemandu terus degil dengan memandu laju selain ketiadaan pemandu ke2 yang bertugas bagi setiap perjalanan tersebut. Lebih maklum, akan terbongkarlah bahawa bus ekspres atau pemandu yang terlibat mempunyai pulohan saman trafik. 

2. Menurut sumber seperti dilaporkan akhbar utusan, isnin di ms 6, bus ekspres yang terlibat dalam nahas ngeri di Kilometer 137.3 , Lebuh Raya Utara Selatan, Pagoh, Johor sehingga mengakibatkan 14 maut serta 16 cedera, dikesan memiliki 52 saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM)........ sebenarnya, inilah kebiasaan yang akan terlapor setiap kali kejadian kemalangan maut sebegini..

3. Lebih ironiknya, kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia telah mendapati bahawa bas Alisan Golden Coach berada pada kedudukan tangga ke 55 terbawah dalam aspek keselamatan syarikat bas daripada 60 syarikat pengendali bas di negara ini. Akhirnya, kajian itu digunakan sebagai rujukan?

4. Walhal kajian telah dibuat sangat awal iaitu Februari. Sepatutnya hasil kajian boleh digunapakai atau menberi " amaran awal " kepada agensi seperti Kementerian Pengangkutan atau Instititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya ( Miros ), Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ), dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya ( JKJR ) untuk dijadikan kerangka bagi penguatkuasaan atau siasatan terpeinchi.

5. Saya berpandangan , disinilah jabatan yang berkaitan telah gagal untuk menjalankan peranan yang sepatutnya,...walhal peraturan dan sop yang telah sedia ada agak cukup baik dan sangat teratur bunyinya. .. Jadi, jika adanya syarat wajib yang ditetapkan tentang keperluan pemandu kedua seperti syarat ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) bagi semua perjalanan jarak jauh melebihi 300 kilometer atau perjalanan melebihi 4 jam seperti terkandung dalam Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) SPAD dan syarat-syarat lesen pengendali bas ekspres... apakah penguatkuasaannya GAGAL dan TIADA tindakan yang telah dibuat?.... terlepas pandang atau ambil mudah?.... Bagaimana pula tentang alat sistem pengesanan global (GPS) yang sepatutnya dipasang pada semua bas ekspres tersebut,?... ,Apa sebenarnya yang berlaku? Menyediakan pelbagai kelengkapan, prosedure, sop yang akhirnya tiadanya pemantauan juga mungkin penguatkuasaan yang berterusan ! Aplikasi yang tidak mengambarkan realiti !

6. Jadi ,perlunya satu mekanisma yang lebih telus, segera dan praktikal diambil tindakan agar kejadian tidak berulang dengan alasan yang sama... kadang-kadang, terfikir juga bagaimana kenderaan yang berpuluh saman boleh bergerak di jalan raya atau tidakkah adanya kekangan semasa memperbaharui lesen atau roadtax. Saya bertanya sedemikian kerana pengalaman saya sendiri mempunyai kekangan kerana pernah gagal dalam memperbaharui lesen kenderaan yang berkaitan kerana adanya saman tertunggak.

7. Kita menyedari alasan-alasan yang terbiasa kejadian-kejadian kemalangan yang lalu... Maka, Jadikanlah asas dan sempadan untuk memperbaiki keadaan...

8. Bagi mereka yang gugur... mudahan mereka mendapat anugerah yang setimpal.
Akhirnya,yang pergi tidak akan kembali lagi. Mereka yang hiduplah akan menempa hari lusa.. Kita inginkan yang terbaik.....pihak yang bertanggungjawab haruslah berusaha mencari jalan penyelesaian...Mereka harus "serious" menangani permasalah ini.... bukannya serious secara bermusim apabila telah berlakunya kejadian..
..................

AKAN SIASAT SECARA  RAPI



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

PENGUNDI ORANG ASLI KG SEBIR DIPINDAHKAN KE DUN LABU ? 22 Dec 2016 1:17 AM (8 years ago)


" KERJA TERDESAK" PINDAHKAN PENGUNDI ORANG ASLI KG SEBIR DUN BUKIT KEPAYANG DAN DUN LOBAK KE DUN N20 LABU ?  


KG SEBIR. NEGERI SEMBILAN

1.Cukup teliti dan terancang. Tidak kurang 32 orang pengundi tetap Lokaliti 130/21/01/006 Kg Sebir , Dun Bukit Kepayang dan Lokaliti 128/11/01/001 Kg Belihoi, Dun Lobak sedang dipindahkan ke dun yang sangat dipercayai adalah dun Labu. 


2. Berdasarkan maklumat semakan seperti Daftar Pemilih Terkini Suku 2 Tahun 2016 yang diwartakan pada 28 September 2016, adalah JELAS & TERANG, bahawa usaha terancang sedang dibuat untuk meMINDAHkan penduduk dan pengundi tetap Kg Sebir 'yang setia', agar menjadi pengundi di Dun N20 Labu. Saya jangkakan bahawa mereka ini akan dipindahkan ke Lokaliti Kg Lambar. Gambar (SEMAKAN DAFTAR PEMILIH,
SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA, HTTP://WWW.SPR.GOV.MY ) dibawah dengan jelas menunjukkan pengundi dengan No Kad Pengenalan 720723055095 dan 600423055281 telah dimaklumkan seperti

Jenis Permohonan        :    Pendaftaran Tukar Alamat
STATUS REKOD          :   TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES.

3. Semakan dan pencarian juga mendapati tidak kurang 32 orang penduduk Tetap Kg Sebir ini termasuk Tok Batin dan kalangan Lembaga Adat Kg, Orang Asli Sebir ini mempunyai status permohonan yang sama....Pendaftaran Tukar Alamat dan TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES. ( gambar bawah sebahagian senarai mereka).

4. Saya mensyaki bahawa kerja ini dilakukan oleh Adun Labu, Dato Hasim Rusdi dengan bantuan agensi2 yang berkaitan. Untuk makluman, beberapa bulan lalu satu program bersama penduduk Orang Asli Kg Sebir dengan Adun Labu, Jakoa dan SPR telah diadakan ( termasuk perbincangan tentang cadangan pemindahan pengundi ke Labu ?)

5. Usaha Hasim Rusdi ini mungkin usaha terdesak beliau juga UMNO melihat kepada senario politik semasa dan tempoh masa pru 14 yang semakin hampir . Jadi, pengundi Bumiputra melayu cuba dimaksimakan, apatah lagi kalangan mereka ini dijangkakan dengan mudah boleh dipengaruhi dan senang untuk mendapat " undi deposit ". 

6. Persoalannya, angkara siapakah atau agensi manakah yang mungkin semudah ini terbabit membuat " kerja terdesak " sebegitu kerana saya difahamkan bahawa pertukaran ini dilakukan di Putrajaya?

7. Benarkah seperti yang  dimaklumkan  kepada   saya bahawa      Kad Pengenalan mereka telah " dipegang " untuk beberapa    hari   bagi tujuan  proses    permohonan   Pendaftaran   Tukar   Alamat   bagi  pemindahan   daerah   mengundi   DARI dun   Bukit   Kepayang                 & dun Lobak KE Dun yang saya sangat pasti adalah Labu. 

8. Kalaulah benar perpindahan pengundi ini sedang diproses,,( pendaftaran Tukar Alamat), sejauh mana kebenarannya alamat pada Kad Pengenalan atau "Chip" pemohon Orang Kg Sebir dibuat atau diletakkan... atau mungkin ada ' saluran special ' yang digunakan,,,?

9. Maknanya, hingga saat akhir nanti baru nama mereka disenaraikan dalam Daftar Pemilih terbaru..... mungkin masa itu tiada pihak yang sempat untuk mempersoalkannya!.

10. Kita mohon pihak berkepentingan seperti SPR agar dapat memberi pencerahan supaya keadilan dapat ditegakkan dan persepsi masyarakat terhadap agensi kerajaan seperti SPR tidak disalah-anggap sebagai "budak suruhan" atau " kuda tunggangan " UMNO BARISAN NADSIONAL?!

Pertukaran Permohonan  No Kad Pengenalan 720723055095 


Pertukaran Permohonan No Kad Pengenalan 600423055581 
Tambah kapsyen













Sebahagian daripada senarai nama Pengundi di Lokaliti Kg Sebir dan Kg Belihoi yang sedang dalam proses . Ini jelas dari Jenis Permohonan iaitu Pendaftaran Tukar Alamat dan STATUS REKOD adalah TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

PAPAN IKLAN GERGASI RUNTUH DI KG PELEGONG, LABU, NS 17 Dec 2016 12:29 AM (8 years ago)



INI SOAL KESELAMATAN, KELEMAHAN PENGUATKUASAAN & PEMANTAUAN , KETIRISAN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWABAN.
1. Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi hentikanlah menuduh ada pihak yang ambil kesempatan politik dalam kejadian insiden Papan Iklan Gergasi runtuh di Kg Pelegong tempoh hari

2. Ini bukan soal mengambil kesempatan politik atau nak jadi jaguh. Ini adalah kes yang melibatkan keselamatan dan nyawa manusia , soal mengenai pihak yang berkuasa dan berkepentingan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, soal penipuan iklan MPN yang disalahgunakan( jika benar didirikan secara haram?)

3. Jika benar bahawa Adun Labu telah dimaklumkan lebih awal dan dibentangkan dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) dan telah dimaklumkan oleh YDP Nilai bahawa papan iklan itu dibina secara HARAM, mengapakah beliau tidak bertindak lebih awal. Setidaknya dapat mengelakkan kerja2 pembinaan dapat dihentikan.

4. Saya difahamkan Sdr Maulud Wahid, mangsa kejadian telahpun membuat aduan rasmi kepada Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam, Majlis Perbandaran Nilai pada 21/11/2016, No Daftar 21179 atau 0502/2016/11/J/B/074 . Ini bermakna laporan telah dibuat lebih dari 3 minggu sebelum kejadian. Kebiasaannya, laporan akan disiasat dalam tempoh 14 hari dan tidak timbul kekesalan Sdr Maulud yang beberapa kali membuat susulan jawapan daripada MPN tapi diberi alasan masih dalam siasatan. Jadi, adakah sesuatu cuba disembunyikan?

5. Sudah Terang Lagi Bersuloh, terdapat tanda papan rujukan/permit MPN pada kerangka struktur yang tumbang. NO tertera dengan MPN.483/53/2013/5(15) itu APA? Adakah kita hendak beritahu bahawa pihak syarikat iklan tersebut menipu dengan segaja meletakkan iklan MPN itu bagi mengaburi pihak berkaitan yang mereka mendirikan secara haram.

6. Adakah Menteri Besar Negeri Sembilan cuba " lepas tangan " atau Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Rusdi ingin memberitahu bahawa MPN terlepas pandang daripada menjalankan tanggungjawab membuat penguatkuasaan dan pemantauan billboard sebesar GERGASI yang terletak di laluan yang mudah dilihat? Takkan begitu mudah dipermainkan atau cuba "diperbodohkan" dengan pembinaan haram yang sebegini besar!

7. Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini dengan jelas menyatakan bahawa setiap papan iklan yang dipasang di Negeri Sembilan perlu melalui Agensi Perkhidmatan Setempat ( OSA ) , bagi mempastikan ia dibina mengikut spedifikasi yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang risiko terutamanya dari segi keselamatan.. Jadi, mengapa begitu mudah terlepas pandang dan jika diamati agak jelas keluasan tapak pembinaan tersebut hanyalah berukuran lebih kurang 4 kaki persegi setiap tiang, berbanding untuk menampung ketinggian melebihi 90 meter.Jadi, tidak timbul soal "masing-masing mula tuding jari " atau " nak jadi jaguh ".
8. Kalau benarlah begini caranya ia berlaku, barangkali ada kebenarannya sebelum ini seperti dikhabarkan bahawa daripada 200 papan iklan sekitar PBT, hanya 90 sahaja yang mengikuti spesifikasi dan prosedure yang sepatutnya. Amat malang jika ini benar-benar berlaku kerana sudah pasti papan iklan tersebut didirikan di laluan pengangkutan yang sarap dengan pengguna atau premis kediaman.

9. Kita desak supaya pihak berwajib melakukan siasatan dan pemeriksaan segera ke atas setiap satu persatu struktur pembinaan papan iklan disepanjang lebuhraya khususnya, supaya penipuan pembinaan haram dapat dibenteras atau kejadian seperti di Kg Pelegong dapat dielakkan
 .
10. Penekanan ini dibuat atas rasa tanggungjawab , apatah lagi beberapa bulan sebelum ini berlaku kejadian angin ribut yang agak kuat berhampiran kawasan kejadian yang mengakibatkan hampir 20 ekar pokok-pokok balak dihutan berhampiran rosak teruk. Kejadian ini berlaku berhampiran Perkampungan Tekir, Labu atau lebih jelas boleh kelihatan kesannya hingga kini jika kita melalui Lebuhraya PLUS Seremban Nilai berhampiran Hentian R & R.

11. Jadi, kita minta Adun Labu, Datuk Hasin Rusdi supaya lebih Rasional dan jangan cuba mengalihkan isunya yang sebenar. Ini bukan soal politik. Ini adalah MASALAH SDR, PIHAK YANG ADA KUASA, BERKEPENTINGAN DAN DI BERI AMANAH, LALAI DAN CUAI DALAM BERTINDAK MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB YANG SEPATUTNYA..


Image may contain: 1 person
No automatic alt text available.

Top of Form
Bottom of Form

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

KEMALANGAN BUS EKSPRES - APA SEBENARNYA YANG TIDAK BETUL ? 16 Jul 2016 6:13 AM (8 years ago)




BUS EKSPRES ADA 63 SAMAN TERTUNGGAK, PEMANDU ADA 9 SAMAN . Apa dah jadi dengan agensi yang bertanggungjawab hari ini.....  Persoalan yang sering bermain di kedai-kedai Kopi adalah, bagaimana bus ni hidupkan cukai jalan  atau insuran.... System Online JPJ tak blok ke. Tak kan dari tahun 2011 hingga 2015, cukai jalan bus ni tak mati-mati ke ? .. Mustahil. Habis... macam mana boleh terus "on" kat jalanraya.... Pemandu pun sama , macam mana dia hidupkan lesen.... atau saman tu saman baru...

Peliknya ada yang bersunggut, .. ada  satu dua kes, saman kenderaan ada satu sahaja, tapi tak boleh hidupkan cukai jalan...ngapa ye  . Tapi apabila berlaku seperti Tragedi BAS Rempuh 10 Kenderaan  di  Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora..... ceritanya jadi pelik, kelakar pun ada, tak munasabah pun ada, prejudis pun ada..... macammana bas atau pemandu masih bebas beroperasi. Cerita kemalangan itu sudah pastilah sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja... baik pemandu apatah lagi Syarikat bas. Tidak ada pemandu yang ingin cedera atau syarikat yang ingin rugi.... itu cerita lain.
Berdasarkan pengamatan lalu, bila terjadi sahaja kemalangan, isu yang kemudiannya menjadi viral adalah tentang SAMAN.... ohhh Pemandu terlibat, banyak Saman... Ohhh Bas terlibat banyak Saman  ....  sebab dah jadi isu selepas kejadian tu.... barulah tindakan segera dan tegas diambil ke atas pemandu atau syarikat terbabit... jadi, ada kebenaran seperti yang dikatakan oleh YDP Persatuan Keselamatan Penguna Kuala Lumpur seperti di bawah;


Rekod Semakan Bas 2011 - 2015 , 
49 saman pandu laju
9   saman pandu perlahan lorong kanan
2   saman tidak mengawal dengan baik semasa memandu

Rekod Pemandu,
2 saman kesalahan pandu laju
4 saman kesalahan lalu lintas
1 saman memandu perlahan lorong kanan
2 saman kesalahan abai isyarat lalu lintas

         Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintenden Wan Jamil Wan Chik


"Jika bus ekspres mempunyai lebih 60 saman dan masih beroperasi, mesti ada yang tidak kena berlaku dan tindakan tegas perlu diambil  "
                YDP Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur




Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

JEJAK ASNAF BERSAMA PENGERUSI KEADILAN NS DI KG SERI BAHAGIA, SENAWANG / TTJ 14 Jul 2016 12:12 AM (8 years ago)

Kg Seri Bahagian , Senawang, PARLIMEN RASAH

Sangat menyedihkan... Kampung Melayu, penduduk Melayu, anak-anak-anak melayu....terletak ditengah-tengah kepesatan kawasan bandar senawang dan kawasan industri. yang majoritinya melayu... tapi menyedihkan, tiada bekalan air terawat walaupun dibekalkan kemudahan elektrik. Mereka bagaikan segerombolan melayu yang dipinggirkan di bumi melayu , negerinya sendiri.

Kalau mengikut alasan SAINS, tanah yang diterokai oleh penduduk disini adalah milik orang lain ( Kerajaan Negeri ), jadi mereka tidak boleh sewenangnya memasang tanpa kebenaran pemilik.

Kebetulan semasa program Jejak Asnaf bersama Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan merangkap Adun Sikamat, Yb Tn Hj Aminuddin Harun, rata-rata mereka yang masih tinggal disitu seramai 15 keluarga  adalah peneroka asal yang suatu ketika dulu seramai lebih kurang 90 keluarga. Sebahagiannya bila ditanya, Ada yang datang dan berasal  dari Labu.. Chuah dan Rantau. Mereka mengakui telah hampir 40 tahun meneroka tanah tersebut..

Menurut satu sumber, telah ada usaha untuk memohon tanah tersebut. Tetapi tidak tahu mana salah silapnya.... (dengarnya ada pihak-pihak berkepentingan campur tangan )... hingga kini penduduk terabai... dan dalam ketakutan... bila-bila masa mereka akan dihalau atau diminta keluar...Lebih menyayat hati mereka berkongsi  beberapa perigi buatan sendiri. Kala hujan, air keruh. Lebih menyedihkan, perigi tersebut bersebelahan dengan kawasan pagar sebuah Pusat Penyembelihasn milik agensi kerajaan.

Ceritanya macam  Cerita Kg Manggis, Pulau Pinang. Tapi kononnya di sana  diabaikan oleh kerajaan Cina DAP. Tapi di Negeri Sembilan, ...... negeri melayu bertuankan UMNO.

Kesempatan bersama Yb Aminuddin  di Kg tersebut, bukan setakat tiadanya bekalan air terawat, jalannya berbatu-batu kerana tidak di Tar. Kiri-kanan jalannya pula penuh semak samun selain kebanyakkan rumah-rumah bagaikan, menunggu masa menyembah bumi... Ada bumbung dapur penduduk beralaskan langit ... menyedihkan penduduk Melayu ini... terabai di negeri sendiri.

Semasa lawatan bersama Yb Aminuddin itu , kami sempat bertemubual dengan salah seorang nenek yang tinggal keseorangan, Nenek tersebut menangis tersedu-sedu semasa menerima sedikit sumbangan dari Yb Aminuddin. Hati saya juga diheret kesedihan melihatkan kepayahan dan penderitaan yang nenek ini alami seusianya sekarang. Amat menyedihkan lagi, kerana nenek ini adalah nenek Melayu dan beragama Islam yang akan menyambut Hari Lembaran pada  keesokkan harinya.  Kita maklum, sedikit sumbangan itu tidak dapat menukar status mereka, namum amat bermakna buat nenek tua itu.

Sudah sampai masanya, Kerajaan Negeri UMNO,  di bawah Menteri Besar nya, Dato Seri Mohammad Hassan memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dengan rakyat melayu di Kg Seri Bahagia ini... Kampung sahaja nama bahagia.... hakikatnya,  nun di sana penduduknya penuh derita, sensara seolah menunggu  buah yang di gam tak jatuh. Berilah peluang mereka memiliki tanah ... setidak-tidaknya kita menjunjung wasiat ke-2  Raja Melayu yang berbunyi....

 " Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain 
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan
 Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu
 rebutlah bersama-sama kaum lain "

Dato Hasim Rusdi juga selaku Ketua Bahagian Rasah boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan dan membela untuk penduduk  Melayu Kg Seri Bahagia ini untuk memiliki tanah. Ini kerana   Kg Seri Bahagia ini difahamkan  berada  dalam salah satu cawangan UMNO dalam Bahagian Rasah, yang Dato Hasim Rusdi adalah Ketua Bahagiannya sekarang. Mereka hanya menuntut tanah untuk didiami sahaja, paling banyak pun seekar dua..... bukan berpuloh ekar atau  beratus ekar seperti  permohonan  " segelintir"  yang lain. Tambahan, beliau selaku salah seorang Exco kanan di Kerajaan UMNO di Negeri Sembilan, sudah tentu banyak perkara yang boleh dibantukan oleh beliau... Persoalannya...  "Serious"kah Menteri Besar atau Dato Hasim untuk memberi belas kasihan  , sebidang tanah kepada penduduk-penduduk Melayu Kg Seri Bahagia di kala    nilai tanah di situ dan sekelilingnya telah menjadi "emas" yang sedang diintai oleh banyak pihak yang berkepentingan.

Kesimpulannya, hampir 2 jam Program Jejak Asnaf, bersama-sama wakil penduduk  berjumpa  penduduk kg Seri Bahagia... terungkai seribu satu macam kesukaran, pengabaian dan ambil-mudah tentang nasib dan masa depan yang ditangggung oleh mereka... Cuma mereka masih mampu tersenyum.... namum agaknya hati penuh derita dan kekecewaan.... seolah... merekalah MELAYU yang dipinggirkan ! Ingin Ku tanya di manakah sembunyinya Pejuang-Pejuang Melayu untuk membela mereka... esokkah, atau lusa...mungkin minggu depan ataupun mungkin bulan depan...... atau hanya tinggal kenangan kerana hayat mereka telah dipanggil ilahi terlebih dahulu





























Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SUMBANGAN BAJU PERCUMA DAN AGIHAN BUNGKUSAN KURMA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG TEKIR LABU 12 Jul 2016 6:59 AM (8 years ago)

 KG TEKIR, LABU BT 10.  Suasana petang selasa, 4 hb Julai, 2016 ( Selasa ), 4 pm -5.30 pm  di Dewan OrangRamai Perkampungan Tekir.  Sebanyak 14 Kotak  pakaian wanita, lelaki, kanak lelaki dan perempuan telah diagihkan kepada penduduk bagi meraikan mereka untuk menyambut hari lembaran yang tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Keadilan Labu terpanggil untuk mengambil kesempatan meringankan beban mereka dengan aktiviti pemberian baju percuma. Mereka hanya datang, pilih, ambil dan bawa pulang..... semuanya PERCUMA.
 Selain itu, kita juga mengagihkan sekotak kurma kepada semua kaum ibu atau ayah. Manakala untuk anak2, kita menyediakan coklat untuk mereka

Daripada 14 kotak tersebut, hanya tinggal 4 kotak sahaja yang tinggal. Ini mungkin kerana masih ramai yang tidak keluar kerana dibuat secara mengejut selain waktu yang agak singkat, 2 jam sahaja. Keadilan Labu merakamkan  jutaan Terimakasih kepada Tok Batin kerana membenarkan pengunaan dewan balairaya bagi program tersebut. Selamat Hariraya untuk seluruh warga penduduk beragama Islam di Tekir.
Sambil kaum ibu memilih pakaian yang sesuai, anak2... kita bagikan coklat supaya senang ibu memilih

Baju dapat, coklat dapat, kurma pun dapat. Cuma adik kena belaar betul2 tau



Tu dia... empat plastik borong.... tak apa... nanti kita bawa lagi

Alhamdullah, suka tengok makcik ni bawa balik banyak baju


Banyak baju kurung, sedikit baju kurung moden dan ada juga jubah. Tudung memang banyak.... dan







Saya sempat membantu seorang anak penduduk mencuba baju sekolah 




Mari kita bersama membina masa depan anak-anak comel ini.



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BENGKEL MASAK MEMASAK & KENDURI-KENDARA RUMAH RAKYAT BT 7 MUSNAH DIJILAT API 12 Jul 2016 6:45 AM (8 years ago)

BOMBA sedang mengawal dan memadamkan kebakaran

Batu 7 Tiroi .Kebakaran yang disedari lebih kurang 2.45 am pagi 1 july tersebut telah memusnahkan keseluruhan bengkel dan peralatan yang disimpan di dalamnya. Bomba sampai 15 minit kemudian berjaya mengawal kebakaran walaupun keadaan sudah terlewat untuk menyelamatkan perkakas yang tersimpan di situ. Difahamkan semua perkakas masak-memasak untuk kegunaan penduduk Rumah Rakyat musnah termasuk 5 biji motor dan sebuh mesin tebu. Dianggarkan kerugian dianggarkan RM20,000.

Hj Ismail bersama Pak Hassan ditempat kejadian yang musnah sepenuhnya. Di fahamkan, bengkel ini menempatkan periuk-belaga, barangan khemah, tungku masak-memasak, Tong Air  untuk kegunaan ahli Qariah dan penduduk Rumah Rakyat Batu 7 bagi tujuan Kenduri Kahwin dan Program Keraian sejak 20 tahun yang lalu. Wakil Penduduk Rumah Rakyat Batu 7 berharap agar peruntukan segera dari Tabung Darurat Kerajaan Negeri atau daripada pihak  berkaitan dapat disegerakan  .




Sebiji rangka  Motor  jenis Rxz yang turut musnah 100%. Difahamkan terdapat 5 motor lagi yang sama-sama musnah dalam kejadian pagi tersebut.



Motosikal Roda Tiga kepunyaan seorang OKU dan Mesin Tebu turut Musnah


Kelihatan asap , saki-baki dari kebakaran masih jelas kelihatan

Pangkin tempat" menating lauk " dan makanan sepenuhnya musnah


Tong dan periuk untuk kegunaan masak-memasak dan kenduri-kendara tutut musnah


Rangka sebuah vespa yang turut hangus terbakar pada awal pagi tersebut. Tuannya tidak menyedari kejadian tersebut kerana berapa di Masjid Negeri  kerana  mengikuti program Qiam sempena 10 malam terakhir Ramadhan.

      Beberapa Set Tungku Memasak yang tunggang-langang dan  hangus sama dijilat api pada awal pagi tersebut
                                          

Beginilah maraknya api pada awal pagi tersebut

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

PROGRAM PEMBERIAN PAKAIAN PERCUMA - BERSAMA MENCERIAKAN HARIRAYA 10 Jul 2016 1:39 AM (8 years ago)

TIROI, BATU 7 .  Keadilan Labu telah melancarkan satu program diberi nama , Program Bersama Menceriakan HariRaya - Pemberian Pakaian Percuma telah diadakan selama 4 hari bermula 1hb Julai sehingga 4hb Julai, 2016 , bermula pukul 10am - 6 ptg, bertempat di Kiosk Tiroi, Batu 7, bersebelahan Kedai Jahit AsMokhtar. Pengunjung boleh membawa pulang seberapa banyak pakaian yang disukai dan mengikut citarasa dan ukur badan sendiri, anak2 dan keluarga. 

Program ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga yang khususnya berpendapatan rendah dan mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar. Setidaknya, dengan membawa pulang beberapa pasang baju kurung, pelbagai jenis tudung, pakaian kanak2 lelaki dan perempuan, selain baju T-shirt dan Seluar Jeans, dapat menjimatkan beberapa ratus ringgit. Duit ini boleh digunakan atau disimpan untuk keperluan yang lebih mustahak dan perlu.Keadilan Labu setakat membantu dan memberikan sedikit kelegaan dan nafas baru kepada mereka untuk menyambut Hariraya dengan lebih CERIA.

Program ini bukanlah julong kali dibuat, bahkan program ulangan yang pernah dibuat secara Konvoi  bergerak di Pekan Batu 8, Pekan Labu Batu 10, Taman Cempaka dan Tmn Gadong Jaya. Cumanya kali ini  keadaan masa dan barangan yang agak banyak menyebabkan satu kiosk sementara ( statik ) dibuka di Batu 7, Tiroi atau laluan jalanraya  utama Seremban ke Nilai. Kita mengambil konsep, " Pakaian Percuma, Datang, Pilih, Ambil dan Bawa Balik.." .. Semudah itu sahaja.

Pakaian meliputi Baju Kurung, Jubah, Pakaian Kanak2 Lelaki dan Perempuan, Baju Melayu, Tudung Pelbagai Fesyen, T-Shirt dan Seluar Jeans /slight.dan Track-Suit.

Mudah-mudahan program ini dapat mencapai objektifnya, ceria di hariraya.Terikasih kepada mereka yang memberi sumbangan dan rakan2 yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

























Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

PROGRAM SUMBANGAN KEPADA ASNAF MENJELANG HARIRAYA 9 Jul 2016 9:29 PM (8 years ago)

Kg. Kubang. Menyampaikan sumbangan kepada Kak Ann , isteri kepada Mazalan Long yang  kematian anak lelakinya akibat leukimia 3 tahun lalu. Kisahnya disiarkan oleh Sinar Harian pada 23 Jan 2013 bagi memohon bantuan. Agensi berkaitan telah meluluskan bantuan kepadanya sebanyak RM300, bagaimanapun arwah telah meninggal dunia pada pagi kisahnya disiarkan. Moga Allah mencucuri rahmat kepada roh arwah dan memberi kekuatan kepada keluarga ini. Amin. 
Kg Labu, Bt 10 . Ziarah dan menghulurkan sedikit sumbangan kepada Pakcik Harun Mohd Yusof, 66 tahun yang terlantar sakit. Beliau memerlukan bantuan terutama keperluan pakai-buang untuk kegunaan  harian. Keadilan Labu akan membuat tindakan  susulan mendapatkan kesah lanjutnya bagi cuba membantu setakat mampu .Insyallah.

Ladang Labu, Bt 10. Memberi sumbangan kepada Makcik Kamariah Abd Rahman, 56 thn , bagi pihak anaknya Orang Kurang Upaya (OKU), Adik Khairul Nizlan Mohd Shah, 24 thn . Makcik Kamariah bekerja di Kilang Sawit sebagai  " Cleaner ". Dengan gaji bagi pekerja seperti Kak Kamariah, sudah sepatutnya Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) menyemak kembali dengan  menaikkan elaun OKU beliau kepada RM450 ( RM270 sedia ada ) atau setidaknya memberi elaun penjagaan RM300 kepada ibunya. Kos sara hidup sekarang bukan seperti dulu... apatah lagi menjaga anak cacat seperti Khairul. Sungguh hebat makcik ni, apatah lagi berstatus ibu tunggal. 







Labu Hilir. Tn Hj Ismail Hj Ahmad mewakilkan Sdr Mohammad Yusof, Ketua Ranting Keadilan Labu Hilir untuk menyampaikan sedikit sumbangan sempena HariRaya kepada golongan yang memerlukan dan layak di sekitar kariah Labu Hilir. Sebanyak 13 bungkusan sumbangan telah  disalurkan.

Bang Mad, mudah-mudahan dimasa-masa akan datang , lebih banyak sumbangan diterima dan dapat diagihkan kepada lebih ramai golongan yang sangat-sangat memerlukan. Boleh juga di emailkan kepada alamat seperti di bawah,
email    :  labu.kg.pkr@gmail.com atau
whatshap :  0196746124

Pihak Keadilan akan cuba membantu di mana yang boleh atau memberi khidmat nasihat tentang saluran yang sepatutnya mereka boleh mengadu dan mendapat pertolongan  .




Sumbangan kepada seorang penduduk di Kg Batu 9 Labu




Sumbangan kepada Ibu Tunggal , Asnah Yahya , 67   thn
   di Kg Padang Bola, Bt 9 Labu
Sumbangan di Kg Masjid Lama, Pasir Putih
Pn Azu diwakili oleh anak perempuan sulongnya




Bantuan kepada keluarga miskin di Kg  Merbau  Condong  Batu
 8 Labu, Pn Che Kamariah Ahmad,yang suaminya Oku - bisu dan
 anaknya belajar di PDK bt 8








Sumbangan Kepada warga emas, Mohd Rawi Marzuki, 73 thn yang isterinya mengalami minor strock beberapa bulan lalu. Beliau tinggal di Kg Merbau Condong,Bt 8 Labu.
Menyampaikan    sumbangan   di  malam-malam    terakhir   ramadhan  kepada   Penghuni  rumah  PPRT,  Kg Gadong Lama, Pn Azizah, seorang ibu tunggal yang menanggung 3 anak perempuannya. Suaminya telah meninggal hampir setahun lebih yang lalu. Ketika kami berkunjung  ke  rumahnya   lebih  kurang   11 mlm,   beliau baru  habis mengerjakan solat. Walaupun rumahnya kecil, tapi sangat kemas  dan   teratur.  Kami  juga   sempat   mewakilkan   untuk  memberikan sumbangan kepada Maklang Dara  ( rumah bersebelahan , rumah  dah gelap... mungkin  dah tidur ) yang  anaknya  perempuannya OKU.  Kami lebih teruja apabila  Kak Azizah sempat mendoakan kesejahteraan kepada rombongan kami. Terimakasih Makcik Azizah .

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SUMBANGAN KERUSI RODA KEPADA WARGA EMAS UZUR DI KG TEBING TINGGI, BT 9 LABU 9 Jul 2016 4:08 AM (8 years ago)

Hj Ismail Hj Ahmad menyerahkan Kerusi Roda kepada Nenek Khalijah, disaksikan oleh Sdr Ibrahim dan Sdr Mokhtar



KG TEBING TINGGI, LABU  . Pada 30 hb Jun 2016 yang lalu, Nenek Khalijah Kassim, 86 tahun telah menerima sumbangan berupa sebuah Kerusi Roda bagi kegunaannya yang tidak mampu lagi berjalan. Sumbangan telah disampaikan oleh Tn Hj Ismail Ahmad, Penaung Majlis Permuafakatan Dun Labu merangkap SetiaUsaha Keadilan Negeri Sembilan, mewakili pihak Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan.

Mudah-mudahan, sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan dan meringankan beban yang ditanggung oleh Nenek Khalijah. Doakan juga, Hariraya akan lebih ceria buat nenek di samping anak-anak dan cucu-cicit. Khusus Buat Nenek , mudahan bertambah sihat, panjang umur dan sentiasa diberkati Allah... Amin

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDIL FITRI 1437H 9 Jul 2016 12:59 AM (8 years ago)


Labu . Sempena Menyambut HariRaya Aidil Fitri 1437H, kami warga Keadilan mengambil kesempatan mengucapkan , " SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 1437H, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN KIRANYA ADA SALAH DAN SILAP", kepada seluruh warga Labu,atuk2, nenek2, makcik2, pakcik2, abang2, kakak2 , adik2 , sahabat-handai, kawan2 , rakan2 komponen pakatan dan rakan2 UMNO dan Barisan Nasional. Tak lupa kepada seluruh anggota beruniform yang bertugas dihari raya, mahupun pekerja kilang, lebuhraya, hospital dan lain2.

Moga Hari Lembaran ini dapat diraikan dengan sebaiknya. Berbelanjalah dengan berhemah, belilah apa patut dan perlu sahaja. Jaga kesihatan dan pemakanan dan yang lebih penting, berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Elakkan menggunakan laluan kecemasan yang dikhususkan untuk agensi2 seperti JPAM, BOMBA, AMBULANS, POLIS bagi  tujuan kecemasan dan menyelamat.

Bagi Anak Muda, berhati-hatilah ketika menunggang motorsikal dan kereta. Elakkan daripada bergurau atau berlumba-lumba di jalan raya. Sayangi nyawa anda. Saudara  adalah pewaris kepimpinan masa depan. Kudrat dan buah fikiran anda sangat diperlukan untuk negeri dan negara yang tercinta ini. 

Kepada pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan, sabar dan tabahlah menempuh hari mendatang. Setidaknya, latihan dan amalan di bulan Ramadhan yang lalu menjadi bekal dan ubat yang mujarab dalam menempuh liku2 kesukaran, kepayahan, onak dan kerenah yang langsung atau sebaliknya. 

Untuk Kak Wan, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Salam Aidil Fitri untuk Kak Wan Sekeluaga dan barisan Kepimpinan. Untuk Sdr Anwar, WE LOVE U VERY MUCH. Walaupun Sdr terpenjara.... namum obor perjuanganmu tetap kami gengam hingga ke akhir hayat... Mudahan, kesihatan dan keselamatan Sdr akan terus terpelihara...... .... demi rakyat.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

KG SEBIR DALAM TAHAP KRITIKAL - Usaha Halus Melenyapkan Rizab Sakai 161.3 Ekar dan Tanah Adat Seluas keseluruhannya berjumlah 726 ekar 16 Jun 2016 5:02 AM (8 years ago)


Kg Sebir.  Nampaknya , lambat-laun penduduk Kg Sebir Seakan sama nasibnya dengan penduduk orang asli Kg Pelebar, Gadong Jaya. Sedikit demi sedikit mereka dipindahkan ke perkampungan baru orang asli di Bukit Kepong , Port Dickson. Dengan Nilai tanah yang bernilai tinggi di sekitar Bandar Estek, penduduk orang asli Kg Sebir nampaknya di tekan secara lahiriah , mental dan spriritual.  Kg Sebir juga terletak dijajaran tanah yang bernilai tinggi dan strategik berhampiran Bandar Ainsdale dan Pintu masuk ke Lebuhraya UtaraSelatan, PLUS selain bersebelahan dengan Seremban 2.

Janji MB Negeri Sembilan  untuk menutup Kuari di Jalan Labu mungkin hanya  tinggal angan2. Terbaru telah mula ada tanda2 kuari yang lebih besar akan dibuka bersebelahan dengan kuari sedia ada.  KITA tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku kini. Tapi jika dilihat kepada  kerja-kerja penarahan bukit, pengalihan batu-batu  dan lebih dah dahsyat lagi penebangan balak2... sudah terang lagi bersuluh.... Bermulanya phasa ke-2 pembukaan kuari batu yang baru.... gambar-gambar di bawah sebahagian balak-balak yang telah mula dilunggokkan. Samada kerja-kerja penebangan ini HARAM atau SAH ... menjadi tanda tanya.  Tidak nampak  Papan Tanda .

Yang pasti, pembalakan dan  pemulaan kuari ini akan menjadi episod duka dan lara . Bukan sahaja langsung kepada penduduk orang asli Kg Sebir, bahkan tidak langsung kepada penduduk sekitaran di Tiroi, Sekolah Agama Persekutuan Labu, Tmn Ulu Mantau dan sebahagian Seremban 2. DALAM KATA MUDAH, penduduk DUN LABU terdedah dengan pencemaran dari kawasan TIGA-SEGI kuari  yang meliputi Kuari di Kg Sebir , Kuari Labu -Nilai selain penempatan sisa toksik di Kualiti Alam di Sempadan Gadong Sendayan. Udara akan tercemar dengan habuk dan debu yang akhirnya  membawa kepada bermulanya penyakit kulit, asma dan paru-paru dll.

Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan pada akhir tahun lepas,  Kuari kategori  C yang beroperasi hampir kawasan penempatan penduduk akan diberi notis  untuk memberhentikan kerja dalam masa 3 tahun. Kebanyakan kuari kategori  C terletak di dalam kawasan Nilai, Panchor serta dekat Jalan Labu." Kategeri C  adalah yang kritikal, yang mana beroperasi dalam kawasan tidak lagi sesuai kerana pembangunan telah berlaku dengan rancak dan pesat serta didapati meningkatkan pencemaran serta masalah kesihatan kepada penduduk sekitar ", kata MB NS selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Oktober  2015 yang lalu.. 

Malangnya, kita menjadi semakin keliru jika benar  kajian dari pihak jawatankuasa teknikal  yang terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) mendapati Kuari itu mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan penduduk yang mendiami kawasan berhampiran. Ironinya masih kedapatan hampir 185 orang penduduk orang asli dengan sejumlah hampir 40 keluarga ketika keputusan pembukaan kawasan kuari ke-2 .  MOHON JAS melihat sendiri kedudukan perkampungan orang asli Kg Sebir ini dengan kawasan kuari  baru  yang akan dibuka dengan kerja-kerja awal tengah giat dilakukan. Jika berlaku gelongsoran longgokan batu-batu itu, sudah pasti perkampungan orang asli itu akan tertimbus sekelip mata... Kita mohon pihak berkepentingan turun sendiri dan melihat tentang kecacatan peraturan dan penguatkuasa undang-undang yang diamalkan di sini . Peristiwa Banjir lumpur pada 23 Feb 2000 (Rabu) yang  merosakkan 9 buah rumah yang berpunca dari hujan lebat yang telah meruntuhkan  tanah bukit kawasan kuari  dan membawa  lumpur masuk ke rumah penduduk, patut dijadikan iktibar . Satu laporon polis juga telah dibuat di Balai Polis Daerah Seremban tentang kejadian tersebut ( no report 1844/2000 ).  
   
Kesimpulannya, kita merasakan  bahawa Perkampungan tradisional Orang Asli Temuan sepatutnya dipertahankan sebagai WARISAN ASLI . Bayangkanlah, kampung ini telah wujud sebelum 1800 M lagi dengan Tok Batin yang mentadbir silih berganti dari Tok Batin Pragalang, Tok Batin Tangga Sembilan, Tok Batin Lepeng, Tok Batin Imbang Bungsu, Tok Batin Pagek Daim, Tok Batin Uval Bujang hingga kini , Tok Batin Aziz Genchip . Sepatutnya ratusan juta peruntukan untuk Orang Asli di agihkan dengan membangunkan prasarana ekonomi yang boleh memberi hasil tambah kepada kehidupan mereka. Sebagai contoh, Kiosk dan bangunan boleh didirikan yang menempatkan ruang perniagaan orang asli yang berasaskan hasil hutan , Kraf tangan dan herba ubat-ubatan. Kiosk ini boleh didirikan dilaluan jalan  pintu masuk ke perkampungan mereka. Bila ekonomi mereka bertambah baik, mereka akan lebih terbuka untuk bersaing dalam bidang-bidang lain terutamanya pendidikan. Pendidikan yang baik, sudah tentu akan mengangkat maruah dan darjat mereka seiring dengan masyarakat di luar. Akhirnya nanti, mereka boleh berdiri sendiri tanpa mudah dibola-bolakan atau digula-gulakan. Jika mereka berjaya dalam pendidikan dan kuat ekonomi.... sudah tentu Kg Sebir  tidak akan tergadai ke tangan segelintir Niagawan dan Sang Penguasa yang hanya memikirkan keuntungan Wang dan RM.....  pada mereka, tiada kepedulian tentang bumi dan tanah... bersambung


kerakusan melihat balak tidak mengenal erti kemusnahan alam

kawasan tadahan air minuman penduduk mula  terjejas

JAS dan Jabatan Perhutanan  diharap membuat lawatan muhibbah  untuk mengambil sampel
 pencemaran dan  menilai hasil cukai yang berbaloi

Bila Kuari di buka, ini bakal kemusnah yang tidak dapat dielakkan. Bagi setengah pihak
 keuntungan dan RM  mengatasi segalanya.

Penduduk Orang Asli melihat kerosakkan dan kemusnahan sekitar  kawasan yang mereka
 usahakan dan  Tanah Adat yang menempatkan kubur nenek moyang lampau

Sejauh mata memandang, kawasan Bukit Tertinggi di Seremban yang menjadi kawasan
 tadahan air  bakal  membawa  malapetaka banjir kilat sekira hujan turun dengan lebat

                                                                                                   
                                                                                         
Balak yang tumbang yang telah menghalang laluan anak sungai yang
menjadi sumber air penduduk sebelum ini

Laluan air terhalang 

Sumber Air yang tercemar

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Majlis Pelancaran Ranting2 Di N20 Labu dan Pengagihan Bantuan Asnaf

Kg Pasir Putih,     Bertarikh 2hb Jun 2016 , jam 5 petang , sebanyak 12 ranting telah dilancarkan meliputi meliputi Bt 8 Tiroi, Bt 8 Pasir Putih, Kg Kering, Kg Pelegong, Labu Bt 10, Labu Hilir, Kirby, Coratina, Seremban 2, Rasah Jaya, Bdr Seri Sendayan dan Felda Sendayan.

Pelancaran Ranting ini adalah usaha parti memperkukuhkan jentera akar umbi agar lebih terdedah dengan situasi yang berlaku, memudahkan komunikasi secara langsung dengan  para pengundi selain proses melatih anak muda dan generasi baru untuk terlibat secara langsung dengan perjalanan parti.

Ketua Ranting yang telah dipertanggunjawabkan  untuk mengetuai ranting-ranting tersebut adalah  :,
1. Ranting Bt 8 Tiroi  - Sdr Mokhtar Ahmad
2. Ranting Bt 8 Pasir Putih - Sdr Hj. Azis Jakfar Saroji
3. Ranting Kg Kering - Sdr Zainal Bin Abd Majid
4. Ranting Kg Pelegong - Pn Amni B tIdrisOthman
5. Ranting Kirby - Sdr Sanghirren
6. Ranting Coratina - Sdr Murugiah
7. Ranting Labu Bt 10 - Sdr Said Khan Bin Mohd Dali
8. Ranting Labu Hilir - Sdr Mohammad Bin Yusof
9. Ranting Rasah Jaya - Sdr Rathinam
10. Ranting Seremban 2 - Sdr Madurai
11. Ranting Bdr Seri Sendayan - Pn Patmawathy
12. Ranting Felda Sendayan - Sdr Tanggam

Pada program yang sama sebanyak 25 bungkusan hamper yang mengandugi sedikit  keperluan dapur seperti  beras, mee hun, minyak, susu, tepung, dan gula telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Keadilan Labu juga menerima sebuah kerusi roda yang telah disampaikan oleh KetuaWanita Negeri, Pn Azlinah Zamli Kepada Wakil Keadilan Labu iaitu Tn Hj Ismail Ahmad dengan disaksikan oleh Ketua Cabang Rasah, Sdr Tanggam. Kerusi Roda tersebut akan diserahkan kepada penerima yang telah dikenalpasti dalam masa terdekat ini.

Perasmian telah dibuat oleh Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan             ( ADUN ) Sikamat, Yb Tn Hj Aminuddin Harun. Program dihanggatkan dengan Tetamu jemputan iaitu Sdr Akmal Nasir iaitu Ketua Cabang Johor Baharu merangkap Ketua Penerangan Neggri Johor. Beliau sempat mengimbas kembali  tentang kepincangan  tentang " projek ternakan Lembu GEMAS "  dan membongkor tentang beberapa kepincangan Yapeim  dalam pemberian sumbangan kepada anak yatim  ".

Rakan pimpiman MPN lain seperti Sdr Faizal, Penyelaras Dun Pertang, SUK Sdr Malek, Sdr Farhan , Sdr Madurai , Pak Jalal Labu Jaya, Sdr Safiq, Sdr Marvin  turut serta memeriahkan hadiran yang dianggarkan seramai 70 orang dan bertukar pandangan pada  sesi jamuan petang.  Suasana petang yang tenang dengan cuaca yang baik ( hujan selebat-lebatnya Sehari sebelum program )   menutupi program  tersebut pada pukul 6.30 petang. Terimakasih kepada semua yang terlibat, terimakasih TuanRumah  dan... Terimakasih juga kepada abang2 IPD Nilai yang sempat bersantai bersama kami... Terimakasih.