September
31 Aug 2012 5:55 PM (12 years ago)
Hai hai September~!
^_________^
1 September dah rini.
1 sept and keep counting.
bye bye~
p/s: tak sempat nak update banyak banyak.
salam ramadhan
21 Jul 2012 7:38 AM (12 years ago)
salam ramadhan~
semoga ramadhan kali ni lagi baik dari ramadhan seblum ni.
amin.
untuk pink
23 Jun 2012 11:19 PM (12 years ago)
2-3 entri yang asek cite pasal psp je kan. yela, mimpi yang dah jadi kenyataan. Sekarang ni, dah launch psp vita. Touch screen. Skrin cantik. Resolution bes. Ade dual analog stick. Bluetooth ade. Motion sensor ade. Ade front and rear camera. Katenye dah boleh beat Nintendo 3D. Macam macam lagi la function yang cambes.
Tapi nape ak bli psp 3000? yang 3-4 taun lepas launch?
Sebab ak rase psp 3000 tu cute. Comey~~~~
^___________^
Sebab kalau psp vita. Nampak cam serius beno nak main game. Padahal tujuan ak beli nak men game biasa biasa je. Dari ak on pc, bleh la kiranya ak men sambil menikmati kelembutan katil. Katil ke? Oke.. toto2..
Dan bagi pendapat ak, kalau nak macam main serius, better beli xbox ke, ps3 ke.. Baru aa feel.
Dan ada kawan kawan ak tanye. Nape nak psp 3000? Nape tak psp vita? Nape tak ipad je? Nape tak beli enset je trus.. Nape tak... Nape tak...
Adess.....
thanks for the pic.. terharu~
Dah hati berkenan yang ni. Nak buat camne... kan? ;)
p/s: nikmat apa lagi yang kita nak dustakan?
oh hati~
22 Jun 2012 4:02 PM (12 years ago)
Bilamana apa yang kita buat semata mata nak jaga diri kita, jaga hati kita, nak dapatkan redha Allah, insya Allah, Allah akan permudahkan jalan tu. Andai kata apa yang kita nak itu mendorong kita kepada sesuata yang haram, kuatkan iman, sabarkan hati, bulatkan perasaan dan serahkan kepada pemilikNya. Ak yakin Allah akan membuka jalan yang halal untuk kita capai impian kita.
Dan ak yakin, segala usaha, segala pujukan hati itu tak sia sia di sisi Allah. Matlamat cuma satu, mendapat izinNya, mendapat redhaNya. Dialah al-Khaliq, yang menciptakan hati hati ini. Dan dialah al-Bari', yang merancang suatu kisah hidup setiap hambaNya. Dan Dia juga al-A'lim, Maha Mengetahui setiap detak bisikan perasaan yang inginkan keampunan dan rahmat dariNya. Semoga terciptanya hati hati ini tak sia sia dan semoga rancangan yang terbina telah dititipkan jua di Luh Mahfuz sana.
Amin.
p/s: eksersais itu boleh kurangkan stress. hohoho.. mari berpeluh!
pink! pink! pink!
20 Jun 2012 12:01 AM (12 years ago)
tak sangka.. wane pink~
dapat warna yang didamba dambakan~
^_______________^
tak sabarnye.....................
this coming saturday~
p/s: tak lena tido.
psp putih
17 Jun 2012 8:53 PM (12 years ago)
akhirnya~
psp putih~ psp putih~ psp putih~
p/s: sangat bermakna. ^________^
isra' mikraj
16 Jun 2012 8:04 AM (12 years ago)
"Semasa peristiwa isra’ mikraj
Rasulullah naik ke tangga langit yang ketujuh, lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.
kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat yang terakhir dan amatlah dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga dengan La haulawala Quatta Billa.
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim a.s bersabda:
“Sampaikanlah salamku kepada umatmu, dan beritahu mereka syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu ; Subahanallah, Walhamdulillah, Wa la illa haillah, Allahuakbar, La Hulawala Quwatta Illa Billahi Azim. Bagi sesiapa yang membaca setiap kalimah ini, akan ditanam sepohan pokok didalam syurga.”
Esok isra' mikraj. Esok gak hari bapa. Nanti mula la ada yang gtau tak boleh sambut hari bapa pulak. Macam hari ibu. Bila cam ramai gtau tak boleh sambut, ak cam berbelah bagi. Apa maksud tak boleh sambut?
Hari ibu aritu ak tak wish kat mak ak. Lam tenghari, ayah ak kol tanye nape ak tak wish. Ak cakap la tak boleh sambut. Pastu mak ak on call. Bila bercakap, mak ak cam kecik hati. Sebab sepupu ak sume dah wish kat makcik makcik ak. Ak je tak. Kan dah merajuk mak ak...
Time tu rasa bersalah yang teramat. Ak pe lagi.. kehujanan la..
Pastu petang tu ak kol mak ak lagi. Rasa macam ak buat dosa besar je. Ak cakap la, sampai hati mak ak cakap ak lupe. Ak tak penah lupa. Tapi ak cuma tak wish je. Ak sayang mak ak. Sayang sangat sangat. Ak diam je. Suara pun dah tersekat sekat. Mak ak je la yang cam beralah. Mungkin sebab perasan ak dah cam lain kot.
Jadi, petang tu jugak ak kuar, pegi beli hadiah. Hehe.. Dan dan je. Bukan pe, lagi pun untuk hadiah hari jadi mak ak skali. Weekend seterusnya, ak balik, bagi la satu hadiah beg berisi? Perfume~
Suka time tengok mak ak bukak kotak tu. Sebab kotak tu kena ikat dengan reben renda warna merah. Tadek harga yang dapat bayar senyuman gembira mak kita.. kan?
Dan untuk esok, hari bapa, bukan ak nak ikut budaya luar. Tapi tak salah ak rasa kalau ak nak gembirakan mak ayah. Tu tujuan utama ak. Sebab yang ak nampak, lagi banyak kesan baik dari kesan buruk. Kesan buruk? tah. Ak tak tau pun sejarah sejarah dulu dulu. Tak nak amek tau pun. Kesan baiknya, mak ayah ak epi. Redha mak ayah tu ada. Selalu ak gtau, mak doa doakan la ct murah rezeki, t dapat la ct bagi benda yang lagi bes. Dan ak tau, bukan harta yang dorang nak. Tapi ingatan tu..
Dan untuk ayah, selamat hari bapa ayah~ Sayang ayah sangat sangat. <-- macam ayah ak bace je blog ak ni
Dakpe. esok ct tepon ayh eh.. ^_^
Ayah ak, boyfriend ak. Kenapa boyfriend? Sebab ayah ak bukan setakat kawan baik. Tapi lebih dari tu. Ayah ak jenis tak berperasaan. Gtau pape, bukan nak amek port. Tak hirau. Jenis tak kisah.
Tapi hari jadi ak, seminggu sebelum tu pun dia dah eksaited. Duk kol ak gtau minggu depan befday ak. Tiap kali ayah ak belikan ak pape, tak kisah la syampu baru pn. Tiap kali tu jugak la dia bersungguh sungguh cerita.
Bila ak balik, dia la orang yang salu buat lawak. Biapun tak berapa nak jadi. Dan, ayah ak la yang salu buat aksi tiru gaya model London Weight Management. Biapun perut dah ke depan, tapi bagi ak, ayah ak tetap encem.
"Ayah buncit pun, mak sayang~" ni la ayat ayah ak..
Ayah ak garang. Garang dia bila ak tak ikut cakap mak ak. Garang bila ak merajuk. Garang bila ak lambat solat. Garang bila ak mengaji sambil lewa.
Ayah ak pandai masak. Tapi tiap kali ak balik, memang salu dia suruh ak buat megi. Katanya ak buat sedap. Padahal... malas aa tu. hehe.. Katenye nak rasa pe yang ak masak. Nampak sangat cam tak yakin nak suh ak masak benda susah. Tapi ak tau, ayah ak tau yang ak memang tak pandai masak. haha! Sebab tu dia nak ak masak benda paling mudah.
Macam mana la ak tak sayang ayah ak bila dia salu marah kalau ak bangun subuh lambat. Ayah ak kecik hati kalau dia tengok ak pakai pakaian yang dia tak suka. Ayah ak serius bercakap bilamana berkaitan dengan lelaki.
Sebab?
Katanya, ayah sayang ct, ct la satu satunya anak perempuan ayah. Ekgi, ct dah bukan tanggungjawab ayah.... Nak menangis tao bila dengar ayat ayah ak ni.
Untung mak ak dapat suami sebaik ayah ak. Dan tiap tiap kali ak balik, salu ak tanye ayah ak. Soalan mengarut. Soalan ape?
"Ayah sayang ct x?"
Jawapan ayah ak?
"Mesti la sayang....."
^_____________^
Jadi ayah,
SELAMAT HARI BAPA~
ct saaaaaaayang ayah. Sangat.
p/s: Tears are prayers too. They travel to Allah when we can't speak..
pilates
15 Jun 2012 3:22 AM (12 years ago)
PILATES
Termaksa dan memaksa. Dah dapat kol dari bonda, ct jangan makan banyak banyak. Kang baju raya dop muat ekgi.
oke.
Jadi, berusaha la kununnya membuang lemak lemak yang telah lama diternak di prot. Maka? Youtube jadi pilihan. Keyword, pilates for abs. Ak terjumpa video dari blogilates, intense ab workout.
Tu diaaa... Ternganga ak tengok dye buat gaya ala ala gimnastik.
how she do that...........................?
Ak tengok je pun dah rasa krem kat otot otot perut. Maka, ak stopkan video tu, bawak cursor pegi kat tanda x merah dan..
tido.
my crush..
11 Jun 2012 1:10 AM (12 years ago)
you'll be mine.
this coming july.
ho! ho! ho!
p/s: Hadiah hari jadi tak semesti mahal. Yang penting, terasa diri diingati.. =)
..and i will
10 Jun 2012 5:11 AM (12 years ago)
UNV- So In Love With You
You are to me
What poetry tries to say with a word
You are a song
All the music my heart ever heard
I can't escape
The air that I breathe even speaks of you
And I'm not ashamed to say
That I feel this way
Suke lagu ni biarpun dah lama. 1995 kot. Tapi still relevan sampai skang.
Teringin nak publish kat wall facebook. Tapi macam...... untuk apa? Blog ni la tempat curhat hati. Ecess..
lalalala~
p/s: nak tujukan lagu ni untuk....... java
a gift..
26 May 2012 8:15 AM (12 years ago)
-26/1/11-
kuatkan hati.
cekalkan perasaan.
tahniah untuk 366 hari ni.
p/s: distance means so little when someone means so much..
salam rejab
21 May 2012 7:24 AM (12 years ago)
dia sebuah nama yang belum tereja.
namun kuharap,
nama yang kugarap di hatiku ini kekal menjadi ukiran dari tangan Yang Esa.
amin.
salam Rejab.
semoga Rejab kali ni lebih baik dari tahun sebelumnya.
semoga ukhwah terjalin rapi disisip redha Allah.
^__________^
p/s: penat.
nilai dirinya
20 May 2012 12:20 AM (12 years ago)
menyemai rasa cinta buat suami/ isteri hingga hujung nafas.
tajdidkan rasa cinta dan lihatlah pasangan dgn rasa penuh mawaddah.
insyaAllah hadirlah sakinah,
bahagialah keluarga.
musim cuti sekolah = musim kawen.
p.s: tak sabar tunggu bulan 10.
y u no speak?
4 May 2012 6:10 AM (12 years ago)
Dear sir,
I was trying to be a good listener. It didn't mean I was not focusing on you when you was talking. Thanks.
sincerely,
me.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga hari esok tak macam ni dah. Provocation. Terima kasih. Maybe after this, when people say something, deliver some information, i need to interrupt and ask some question-that-everybody-knew. Aiyoyo.. *senget2kan kepala.
Apa apa pun, terima kasih sebab membuka mata ak supaya jadi lebih aktif.
Tetiba bila letakkan headphone dekat telinga, terdengar lagu what doesnt kill you, makes you stronger. Mendengar sambil relate dengan kejadian memalukan yang menimpa diri ini. Thanks. I'll try my best and do better. Cuz nisah, we have to knows no limit to succeed. Oke sweetheart?
One's best success comes after their greatest dissappointments...
------------------------------------------------------------------------------------------
Dear me,
You're in career path now. Nobody will treat you like a kid and kiss your forehead when you're doing wrong. Try and be the best you can, improve yourself and dont be so timid. You're not an endangered species and you're not that special. do you? ha! ha! ha! So, you dont need that special treat from the company. Bear in mind, tears doesnt make you look great and it wont change anything. Be strong, accept the challenge and prove it.
Dont look down and smile,
me.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: ..the sun always shining and the moon always there.
isu macho
26 Apr 2012 4:38 PM (12 years ago)
tetibe je kan buat tajuk menggelikan. Sementara tunggu pukul 9 nak berhiyah hiyah tunggu, nek bas pegi keje, ak nak menaip menaip kat sini kejap.
Isunya? Macho. Perkara yang nak ak sentuh?
Janggut.
Haritu masa ak pergi kat satu kedai farmasi, tetiba ak nampak pekerja pekerja dorang ni berkumpul. Ada sorang berdiri kat depan. Kuat suaranya. Ak pe lagi, mesti la nak tau kan. Jadi, ak pegi dekat, buat buat belek belek barang garnier. Kejoyahan betol. Yela, mane la tau dorang nak buat diskaun harga ke bulan sekian sekian. Senang la ak aim barang yang ak nak beli.
Tapi, rupa rupanya ak salah. Pekerja kat situ kena marah. Sebabnya dorang simpan misai ngn janggut. Tak kemas. Rupa penjenayah.
Pastu ak pegi tempat lain. Tak nak masuk campur. Tapi ak fikir, besar sangat ke kesalahan simpan misai ngn janggut? Bukannya dorang simpan macam encik Dumbledore.
Bagi ak sendiri, rupa seseorang yang ada sedikit bahan bahan tersebut nampak lagi sweet. Macho. Yela, lelaki je kan ade misai dengan janggut. Perempuan yang terlebih hormon testosteron tu kita abaikan kejap. Tapi pempuan yang ada misai dengan janggut, dorang bleh cukur sebab tak nak timbulkan fitnah.
Dah lelaki memang dijadikan camtu. Buat pe la buang sampai botak. Ak pun tak faham. Memang la kumpulan suju, FT island, one direction, Justin Bieber tadek sehelai pun. Dorang nampak ayu ayu gitu. Tapi, ce edit gambar dorang letak misai ngan janggut. Haha.. tetibe ak terbayang dah. Klakar. Oke padam balik. Bukan simpan sampai ke tumit tapi simpan cam orang cakap- just nice.
Dah dah.
Yang pastinya, nampak sweet. Macam ayah ak. Macho je. Nampak gagah. Kalau gtau camni kat ayah ak depan depan, wajib dapat banje kepsi nih!
"Dari Jabir berkata: Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". (Hadis Riwayat Muslim)
Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)
"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi
“Dan kamu menyangka suatu (dari Allah) itu ringan (remeh) sahaja, padahal dia pada sisi Allah adalah perkara besar”. (an-Nisa’ 14)
p/s: artis korea pun ade simpan janggut.
Asal dashboard dah lain ni? semacam la menaip kat sini. Tak selesa. Rasa macam dekat tumblr dah. Abaikan. Yang penting, ak nk noted dekat sini sejarah hidupku selama empat hari. Sebab apa 4 hari? Sebab ak amek cuti on the spot. Limaza ya ukht? Lianna, aaa.. sebab sesaje la nak cuti~ Duk kat kompeni pun duk habiskan masa main game neopets. Bukan curi tulang tapi sebab memang tak tau nak buat apa.
So, ak buat keputusan nak amik cuti 30hb 4 ni sebab nak sekali kan dengan 1 mei. Nak cuti 4 hari~ Tapi.. cuti ak ditolak. Kerana? Kerana time tu dah stat bizi. So, instructor ak suh amek cuti dalam minggu ni. Dengan semangat berkobarnye, ak gtau- "Oke then. So i'll proceed my annual leave on this thursday and friday" Dengan bersemangat dan bersungguh sungguh. Entah grammar betul ke tak, wallahualam.
Maka, empat hari di rumah di habiskan dengan men-terai resepi resepi~ tapi 3 hari je kot masak sebab esok hari yang ke-empat. Ak takut xsempat nak taip taip esok, jadi, ak setelkan hari ni. Okies~
Sekadar berkongsi perasaan dan minat memasak. =)
First day. Tempura vege. Ini makanan untuk brunch.
*Ctrl + click gambar untuk gambar lagi jelas.
Lunch~ Okonomiyaki. Resepi dari jepun. Kesnya sebab ak tengok cite detektif conan. Heiji la duk sebut okonomiyaki okonomiyaki. Dan dan time tu ak google cari resepi okonomiyaki. Tapi time ak buat ni, ak lack mayonis. Mayonis habis kat umah. Takpe. Guna apa yang ada.
Ak tadek sos khas tuk okonomiyaki. Jadi, substitute gune winchester sauce. Ke macam mana eje winchester? Lebih kurang la ejenye tu kot.
Time potong potong kobis tetibe tingat kat sorang budak ni yang tak suka makan sayur...... :p
Hari ke bape tah.. Ini untuk breakfast. Straw mushroom with garlic. Sekali dalam ni egg taufu. Lembut~
Straw mushroom soup dengan chicken fried rice. Name nak english je.. =.="
The last one. Cheesecake dengan chocolate ganache as creamy topping~ Ak buat dalam pukul 9 pagi. Betapa sadisnya bila buat sebab sejam pas ak letak dalam peti ais, camni la rupanya. Ganache tu cahey. Dah macam buat kek coklat yang topping coklat meleleh tu. Kalau buat kek coklat memang la coklat kena meleleh. Ni cheese cake kot. Rasa kechewa yang teramat. Terasa cam kena dump dari the love one. Chentaku di sia siakan~
Cukup dengan drama.
Lepas 3 jam dalam fridge, ak intai intai. Asal macam pekat dah ganache tu? So, ak potong. Waaa! dah elok!
Petang tu ak potong lagi. Coklat tu dah beku. Tebal coklat tu lam 4mm. Sedap! Patut la resepi tu suh sejukkan 8 jam. Tu la nisah. Tak sabo! Sori. Tak dapat nak tunjuk gambar coklat yang dah beku sebab tak sempat. Potong potong je, trus habis. Len kali la ak buat lagi.
Jadi nisah, ingat la pengajaran ini. Ape? Sejukkan 8 jam atau semalaman! Jangan tak sabo!
p/s: misi seterusnya..
mandy rice. Nak benti kejap dari terai resepi kek ngan kuih.
ye. kali ni ak nak sentuh bab cinta sepasang kekasih. cinta pasangan manusia.
# alkisah si teruna dan si dara..
Berjumpa di taman bunga, menyemai kasih, menyemai sayang, menyiram pohon cinta berdua mengharapkan kuntuman bunga mekar mewangikan hati yang mengimpikan bahagia. Romantiknye...
Lalu, berbekalkan niat yang murni, maka si teruna tekad, menikahi si dara. Bagi si dara, hati dara mana yang tak terusik bila niat suci diutarakan oleh pangeran cinta? Perasaan terasa terbuai, terasa dihargai, terasa disayangi. Mak Ayah? Takpe. Kawen dulu. Nanti gtau la kat mak ayah..
# alkisah suami dan isteri..
Si isteri tak pernah menunjukkan penat menjaga makan minum dan pakaian suami dan anak anak. Si isteri redha ditinggalkan suami berhari hari disebabkan suami keluar mencari nafkah. Rengekan anak kecil yang rindukan belaian ayah ditatang penuh sayang di dakapan si ibu. Pujukan ibu yang redakan tangisan si anak. Pujukan ibu yang diamkan si anak untuk memaksa dalam rela tugas si ayah yang dalam keterpaksaan meninggalkan keluarga mencari sesen nafkah.
Si suami pula? Dalam keterpayahan terpaksa menahan beban rahsia. Rahsia antara permaisuri hati dan ratu cinta. Bukan bermaksud menduakan cinta. Tapi, hati lelakinya yang menginginkan. Dari berlakunya perkara haram, eloklah seandainya dia mengambil ratu cinta sebagai isteri yang sah. Itu percaturan yang difikirkan si suami. Menjaga dan berahsia.
#Dua situasi, satu cerita#
*tukar mode*
Cinta. Kalau remaja, wajib terbayangkan si dia yang berlainan gender. Itu secara umum. Yela, lelaki dan perempuan memang ditakdirkan bersama? ye? betul.. dijadikan untuk saling melengkapi. Semua tahu perempuan dijadikan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Dan lelaki, 9 akal dan 1 nafsu. Penunggalan akal bagi perempuan dan nafsu bagi lelaki membuatkan kecenderungan melebihi yang 9. Bilamana yang satu itu terdidik, insya Allah, yang 9 akan automatik terdidik. Jadi, lelaki yang soleh akan mendidik 9 nafsu wanita dengan 9 akalnya yang terdidik dengan ad-din. Begitu juga dengan wanita solehah yang mampu mendidik 1 nafsu lelaki dengan 1 akalnya.
Berbalik kepada tajuk.
Cinta itu indah, suci. Dititiskan Allah rasa cinta kepada insan yang Dia sayang dan terpilih sebagai tanda kebesaranNya dan juga.. sebagai satu ujian. Sekali lagi, ak taip ni untuk nasihat dekat diri sendiri, cinta itu satu ujian. Tak kira la cinta, sayang kat kucing pun. Tu pun ujian. Dah sayang sangat kan, kalau kucing tu mati, bila kita anggap tu satu ujian, tak la nak nanges sepanjang hari. Kan?
Bagi ak sendiri, ada cinta sebelum kawen. Cuma, perlu diatur, disusun, dijaga dengan sebaik mungkin. Jangan jadikan cinta sebelum kawen sebagai racun pada hati yang inginkan pendamping. Menginginkan pendamping itu lumrah.
Bila dah suka kat seseorang, bagi lelaki, beritahulah keluarga. Andai keluarga tentang selepas utarakan siapa si dara, terimalah dengan redha. Ada hikmahnya. Dan bagi si dara, tiada harta yang bernilai selain kehormatan. Jaga maruah, nilai diri kita. Jangan bagi tercalar walau sedikit. Siapkan diri dengan ilmu dan agama untuk suami nanti. Andai diri pernah jatuh, bangkit dan perbaiki diri. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Kalau kita rasa kekasih kita sayang kat kite, Allah sebenarnya laaaaagi sayang kat kita. Jadi, siapa yang kita patut sayang sebenarnya?
Bila mana berkahwin tanpa pengetahuan keluarga, hati pertama yang terluka, semestinya ibu kita. Sanggup ke kita tadah air mata ibu kita? Takkan sedetik pun tak terasa pedih di hati kecil bila ibu kita, mak kita menangis?
Membina masjid itu sangat suci. Bila mendirikan masjid, hitungkan dulu berapa kukuh tiang yang nak kita bina. Dari bahan apa yang kita nak siapkan masjid kita. Pastinya mendirikan sesuatu yang tak ternilai harganya datang dari sumber yang diredhai dan diberkati. Bila mana tapak bangunan yang dibina tak kukuh, tak mendapat redha insan yang utama, mampu tak untuk membina tingkat yang menjulang tinggi?
Bagi suami yang menduakan cinta isteri? Mana pergi ungkapan i cintakan u hingga nafas i yang terakhir? Tapi mungkin la betul kot sebab dia still cintakan isteri dia tapi terpaksa berkahwin lain sebab hati terpikat dengan gadis berkulit putih. Gebu. Ingatlah sang suami, isteri itu anugerah Allah. Jagalah dia. Itu amanah. Hati perempuan mudah terjentik bila mana suami tercinta membuka hati untuk perempuan lain. Fitrah sang pencinta mencintai yang satu. Fitrah insan yang mencintai bila cemburu. Dan ingatlah.. takkan tak terdetik cemburu bila mana di syurga nanti si isteri yang cantik mengalahkan bidadari syurga dilamar oleh hamba Allah yang tingkat imannya tinggi melangit?
Bagi ak sendiri, perkara ni mungkin bermula sebelum berkahwin lagi. Sekiranya kita benarkan lelaki sentuh diri kita yang masih belum halal buat diri dia, tak mustahil nanti bila dirinya sah bergelar suami kita, dia berani menyentuh tangan perempuan lain yang tidak halal bagi dirinya.
Nak mengubah orang lain susah. Semuanya sebenarnya bermula dari kita sendiri. Bagi perempuan, terutama diri ak sendiri, kita ada hak memilih siapa suami kita. Yang penting, bila kita memilih jalan menjaga kehormatan diri, insya Allah kita akan temui seseorang yang sedang berada di jalan tersebut. Alaa.. ibarat kita nak pegi KL, guna highway. Kalau kita pilih highway berturapkan iman, mohon diizinkan Allah, kita bertemu dengan insan yang sama memilih jalan tu.
Hati dia milik Allah. Hati kita pun milik Allah.. Semoga Allah yang temukan hati hati ini yang dalam perjalanan mencari cinta Allah.
Sebelum ak menitik noktah, ak nak sangat sarankan mereka yang akan berkahwin ataupun dah berkahwin atau yang tengah hangat bercinta bak cinta bulan madu, untuk baca buku 'sebarkan cintaMu' karya Fatimah Syarha. Lembut susun atur penulis dalam mendidik hati remaja berkaitan cinta. Suke!
Untuk penutup, tetiba je macam skema kan? hoho.. oke2. Ak nak akhirkan entry kali ni yang panjang berjela jela dengan ayat ayat ni..
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.
dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.
dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~
(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)
p/s: kisah di atas adalah kisah benar. Bukan ak nak mengaibkan mana mana pihak. Cuma untuk peringatan bersama sebelum kita jatuh tak tersedar. Sama sama kita baiki diri.
masak
2 Feb 2012 5:27 AM (12 years ago)
hohoho~ time cuti cuti macam ni, keje ak macam ni la. ade je gatal tangan nak terai benda benda baru.
first attempt ni.. egg.. tah. egg ape tah name dia. tapi bila tengok resepi, cam mudah je. sebijik telur je guna. just pukul telur macam nak buat meringue pastu letak egg yolk kat tengah.
time nak asingkan putih ngan kuning telur tu pun dah mencabar iman ak. kesabaran itu penting. putih telur ni kena putar sampai kalau kita terbalikkan mangkuk blender tu, meringue aka putih telur yang macam krim tu dah tak tumpah. ni la putih telur yang dah ak putar.
bila ak upload gambar meringue ni, ak zoom in-kan, baru ak perasan yang ada buih buih lagi. tettt!! patut la anda gagal ye nisah. sepatutnya kena putar sampai jadi krim. betul betul krim. sebab nanti dia tak keras dan berair.
oke. takpe. ak sambung dengan penceritaan. lepas dah putar putih telur tu, kena buat macam sarang burung dan letak egg yolk kat tengah putih telur ni. oleh sebab benda ni berair seperti mana yang ak taip kat atas, bila ak tuang egg yolk kat tengah tengah, berlaku runtuhan dinding kat sekeliling putih telur tu. maka... egg yolk yang sepatutnya beradu kat tengah tengah meringue tu meleleh keluar dari sarang..
dan pecah~ T_T
tapi ak teruskan... dan bakar. jadi, macam ni la ghupenye.
dah nampak macam fluffy kan? gambar ni ak dah sudukan tuk bonda rasa. rasa dia macam makan krim kek. lembut. tapi tu la. kuning telur tu pecah. spoil. tapi bonda yang terchenta sanggup benti dari belek belek bunga orkid kat depan rumah semata nak tengok resepi simple ak ni. ak siap bawak loyang berlari lari tunjuk kat bonda. semangat nak tunjuk sambil nak mengadu sebab tak jadi. well~ bonda terchenta sangat memahami. bonda cakap "dakpe. biase la ni. kali pertama. gi la amek sebijik lagi telur. buat lagi sekali"
sporting~ tapi! sebijik tak jadi, ak kena makan. dah kalau 10 biji telur tak jadi? bertambah tinggi la bertumbuhan berat dan saiz pipi ak ni..
next!!
rini, ak buat satu lagi resepi. oleh sebab bonda ak tak suka kek lagi lagi kek coklat, dan pada masa yang sama ak cukup eksaited dengan kek, maka ak cuba resepi ni. sebab? sebab bonda suuuka sangat dengan cheese. jadi, cheese cake la yang menjadi pilihan ak kalau pegi mana mana kedai kek.
so here, ak nak tunjuk ape keje ak petang tadi.
ak stat buat dah lewat. dalam pukul 6.30 petang tadi. lepas tu, buat, pukul 7 malam siap masuk dalam fridge.
caranya pun simple. putar cream cheese dengan gula biar kembang. pastu celup biskut marie dalam susu panas dan atur dalam bekas. pastu sapu cream cheese tadi. layer by layer. tabur la ape pun kat atas tu tuk hiasan. siap~
ak guna choc rice tu sebab nak habiskan stok stok zaman jahiliah ak tu. yela, dulu pantang nampak benda benda buat kuih, ak terus beli. pastu simpan. ni choc rice time ak skolah menengah kot. 3-4 taun lepas kot. tapi! seb bek la tamat tempoh bulan 12 taun ni. selamat~
dalam pukul 9 malam, ak intai intai. tak sabo nak tengok ghupe dia. tiba tiba ayah ak baru balik. bila nampak je, terus gtau nak rasa. komen ayah?
"gemok la ayah kalau sebulan ct duk ghumah" =.="
hoho.. ayah kan bahan eksperimen ct. jadi.. sabo ye.
p/s: "Allah Engkau dekat penuh kasih sayang. Takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis" Semoga direstui dan diredhai.
show you off
15 Jan 2012 9:54 PM (13 years ago)
show you off
-stevie hoang-
tersenyum tanpa sedar bila dengar lagu ni. comel!
p/s: seminggu untuk family. mintak mintak semua dipermudah. amin.
azam
15 Jan 2012 1:45 AM (13 years ago)
tetibe je kan tengah tengah bulan tahun baru duk sentuh pasal azam. saje nak noted kat sini, dear nisah, sila la ingat dan pegang kuat kuat salah satu azam anda itu ye.
pegang kuat kuat.
kuat.
p/s: shuffle.