Muqadimah...
31 Dec 2008 6:30 AM (16 years ago)
Sejak kemunculan era digital, ramai yang dapat menceburi bidang digital photography dengan mudah. Selain dari banyak kebaikan yang diperolehi, digital photography juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Banyak perkara-perkara asas dari segi ilmiah photograhy itu sendiri tidak dititik-beratkan oleh pengguna. Walaupun pihak pengeluar ada menyediakan manual, namun kebanyakan dari pengguna langsung tidak meluangkan masa untuk memahami isi kandungannya. Apatah lagi, dengan kemerosotan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan masyarakat Malaysia telah mengerohkan lagi keadaan. Terima kasih mereka yang bertanggung jawab memperkenalkan KBSR & KBSM dulu-dulu; padan dengan muka.., le ni baru le nak sedor!
Ramai dikalangan pengguna mengambil jalan mudah dengan hanya bertanya di local forums, soalan-soalan asas dengan harapan ada yang sanggup menjawab. Kadang-kala, jawapan yang diberi menunjukan link ke laman web yang berkaitan dengan model atau jenama kamera tersebut. Malangnya, laman web yang dicadangkan juga didalam bahasa inggeris. Dah sangkut balik.... habis tu nak buat macam mana, Bahasa Malaysia ni bukan satu dunia pakai, orang Jepun pun pegi belajor orang putih... itu sebab deme cipta karaoke... senang nak belajor nyayi lagu orang putih!
Mungkin tabiat saya sebagai pensyarah sambilan, saya suka berkongsi ilmu alahai.. bukan banyak mana pun, sikit jer..., saya akan cuba membuat translation dari English websites yang sedia ada ke Bahasa Melayu dengan harapan kita dapat berkongsi ilmu sesama sendiri. Saya menggunakan bahasa pasar sebab ini bukanlah laman web rasmi dan saya tak suka nak cipta perkataan baru seperti tetikus, cekera liut dan sebagainya. Itu kita cerita lain pulak... Saya masih menggekalkan perkataan asal supaya pembaca dapat merujuk balik dengan manual atau websites yang lain yang mengandungi perkataan-perkataan yang diperlukan.
Soalan ini kerap ditanya oleh mereka yang baru hendak berjinak dengan dunia fotografi.
Jawapannya bukanlah semudah atau sesukar yang disangkakan. Jika kita bertanyakan orang, mereka akan mengatakan:
Oleh itu, bagaimanakah seseorang individu itu hendak membuat pilihan? Untuk membuat pilihan tentang jenama atau jenis kamera yang ingin dimikli, setiap individu harus menyoal diri sendiri beberapa soalan asas yang penting sebelum mencapai keputusan. Soalan-soalan asas adalah seperti berikut, tidak kira samada film atau pun digital SLR:
Soalan #1: Sejauh manakah penggunaan kamera ini? Adakah
- (a) saya hanya membeli sebuah kamera untuk merakamkan imej ahli-ahli keluarga seperti anak, cucu, datuk nenek dan sebagainya dan juga imej percutian keluarga hanya untuk kenangan ATAU
- (b) saya suka mengambil gambar sekadar hobi sahaja tapi nak gambar kaw-kaw; ATAU
- (c) saya ingin menjelajah lebih jauh didalam dunia fotografi dan mungkin mejadikan fotografi ini salah satu daripada sumber rezeki dimasa akan datang.
Jika saya berada didalam kategori (a), mudah! klik sini. Kalau saya rasa saya ni berada didalam kategori (b), agak mudah juga! sila klik sini. Akan tetapi, jika saya berada didalam kategori (c) macam mana? Ini ada berat sikit, lagilah penting untuk membuat pilihan yang tepat, sila klik sini.
Soalan #2: Gambar yang macam mana yang saya nak ambil?
Jika kita dah jawab soalan #1 dan dah sure tentang kategori mana kita nak duduk, tanya pulak, gambar jenis apa yang kita minat sangat nak ambil? Ini penting sebab, ia akan mempengaruhi system yang bakal dipilih. Terdapat juga segolongan dari mereka yang membeli lensa, tapi amat kurang menggunanya sebab, minat mereka tidak memerlukan lensa tersebut. Jadi dudoklah lensa atau kamera tersebut didalam peti simpanan. Rugi!!!
Apa-apa bidang dalam dunia fotografi ini, untuk pengguna kamera digital (DSLR), hanya dua perkara sahaja yang kita kena peka. Iaitu [1] Kemampuan kamera seperti megapixel-nya (MP) dan [2] Lensa yang bakal digunakan. Oleh kerana megapixel dizaman ini sudah boleh melebihi 10MP, perkara [1] sudah tidak menjadi isu yang besar sangat. Bagi pengguna DSLR dalam kategori (b) diatas, apa-apa yang lebih dari 6MP sudah dikirakan baik. Cuma kalau nak lagi jelas, carilah yang pixel-nya melebihi 10MP, tapi kena sunggup keluar duit lah....
Banyak juga kita dengar orang bercerita tentang betapa bagusnya jenama Canon, Nikon, Olympus, Pentax dan sebgainya. Kita juga kerap membaca diskui-diskusi tentang spesifikasi yang mana lebih baik dari satu antara yang lain. Walaupun ada kebaikan dari segi pengetahuan, kadang-kala ini sebenarnya kurang membuahkan hasil! Yang dok bercerita lebih-lebih tu pun bukannya pakai kamera yang mereka sebut-sebutkan tu....
Ini membawa kita kepada isu [2], iaitu pemilihan lensa. Tak guna kalau kita beli kamera semi-pro atau pro-level, tapi dok pakai lensa jenama third-party seperti Tamron, Tokina, Sigma dan lain-lain. Bukannya tak bagus, lensa jenama ini bagus dan saya pun ada guna lensa-lensa seperti ini; tapi janganlah kita terikut-ikut dengan pemilihan badan kamera sahaja yang beribu-ribu ringgit tapi kurang peka dengan penggunaan lensa. Padahal, lensa memainkan peranan yang sangat penting dalam kualiti sesuatu gambar. Jadi kita harus imbangkan perbelanjaan badan dan juga lensa. Ini berbalik kepada jenis gambar apa yang kita suka sangat nak ambil. Adakah saya suka sangat nak ambil gambar aktiviti sukan (SPORTS) atau kehidupan liar(WILDLIFE), ambil gambar pemandangan,lanskap(LANDSCAPE),atau mengambil gambar potret. (PORTRAITURE)?
Soalan #3: Berapakah wang yang kita sanggup keluarkan?
Inilah soalan cepu-mas bagi hari ini. Soalan ini kerap ditanya oleh rakan-rakan yang kita bertanya ataupun towkey kedai, Berapa budget...? Harus diingatkan, apa-apa pun kategori kita (a),(b) atau (c) semuanya memerlukan wang. Walaupun sebagai hobi, segala apa hobi pun memerlukan perbelanjaan. Bagi mereka yang suka memancing pun ada joran atau sistem jorannya menjangkau ribuan ringgit! Jadi harus kita ingat yang kita kena buat persediaan untuk belanjawan; bukan sahaja dari pembelian kamera, tapi juga dari segi lensa, filem, kos prosess filem, printing, komputer, perisian komputer, hardisk, backup DVD dan sebagainya. Kalau kita menggunakan kamera yang megapixelnya tinggi, storage space di hardisk pun kena besar, memory komputer pun kena tinggi kalau tidak, komputer lembap! Oleh itu, bersedialah untuk membuat bajet, tapi jangan berbelanja melebihi apa yang mampu. Jangan sebab orang kata yang itu elok, kita beli, yang ini elok kita pun beli, padahal orang yang dok kempen tu pun tak beli... heheheh
Sebagai kesimpulannya atau moral of the story,
- ketahuilah dahulu selera kita dalam dunia fotografi ini,
buat kajian mengenai system kamera yang boleh memenuhi citrarasa sendiri. Banyak ruangan internet yang boleh kita cari. Rajin-rajinlah mencari. Disebabkan banyak laman web menggunakan English, kita terpaksalah rajin bertanya pada rakan-rakan kita yang jujur tentang apa yang diperkatakan dalam English tu. Dari situ, kita dapat sedikit ilmu pengetahuan tentang sistem manakah yang boleh menampung perkembangan minat kita. Bukan semua pengeluar ada membuat lensa seperti 600mm yang saya ceritakan dalam bab wildlife tu. Dari situ, kita akan dapat ilham sedikit...
Buat perbandingan dari segi spesifikasi dan juga kosnya mengikut kemampuan sendiri. Tak guna nak banding dengan benda-benda yang menggunung kalau bajet kita busut pun tak nampak..hehehehe. Berbelanjalah mengikut arah tuju yang ingin kita capai. Bak pepatah melayu, "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
Pergi kedai dengan kawan dan mintak cuba model-model yang telah diperbandingkan tadi. Saya sebut ajak kawan, sebab kadang-kadang kedai kat Malaya ni pelik sikit! Nak cuba-cuba ni kadang-kadang dia orang tak layan. Jadi ajak kawan yang biasa dengan towkei kedai tu, senang kita nak mintak demo dan senang juga nak tawar menawar. Tengok dan rasa model mana yang sesuai atau serasi dengan tangan kita. Bak kata orang putih, "feeel the camera..."
Akhir sekali, apa-apa jenama kamera pun bagus, tetapi pilih mengikut bidang apa yang diminati, belilah sesuatu system yang menepati citrarasa dan fokus-kan usaha untuk mendapatkan imej yang dikehendaki menggunakan setting asas yang betul, juga teknik dan lensa yang sesuai.
Selamat Maju Jaya dan rajin-rajinlah menziarahi bolg saya ini untuk maklumat-maklumat lain.
Harap maklum bahawa ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Sejak saya kecil lagi, setiap kali apabila ada keramaian atau hari ulang tahun di rumah saya, arwah bapa saya
(alfatihah buat beliau) selalu memanggil tukang gambar datang kerumah untuk mengambil gambar keluarga atau majlis tersebut. Sejak dibangku sekolah lagi ketika berusia 12 tahun, saya mula tertarik dengan penghasilan "gambar".
(masa tu, tak tau pun ada perkataan foto atau fotografi...) Hasil dari simpanan wang saku sekolah, saya telah berjaya membeli sebuah kamera pertama saya jenama
Diana, yang menggunakan filem
format 120mm. Walaupun kamera ini lebih dikenali sebagai kamera "mainan" dan saya beli kat kedai runcit mamak sahaja, ia merupakan satu pencapaian yang tinggi bagi saya. Pada waktu itu, filem hitam putih (B&W) amat popular dan imej color masih baru diperkenalkan dan boleh dikirakan sebagai terlalu mahal. Kamera ini saya gunakan untuk menangkap segala macam gambar tanpa mengira komposisi atau pun subjek.
(main aci tembak ajer...)Apabila saya di sekolah menengah, saya mula aktif dalam kelab fotografi sekolah. Disitulah, saya mula belajar tentang filem, DIN, ASA, shutter speed, aperture, lighting, termasuklah bagaimana cara memproses dan mencentak gambar hitam putih. Oleh kerana kelab sekolah mempunyai
hanya sebuah kamera, maka ia selalu menjadi rebutan ahli-ahli kelab untuk membuat eksperiment. Disitu lah saya mula mengenali kamera
SLR, jenama
seagull buatan China.
Selepas MCE saya berpeluang meyambung pelajaran saya ke luar negara dimana minat untuk berfotografi menjadi lebih ketara. Bermacam-macam peluang dan ilmu mudah didapati disana dengan harga yang berpatutan, tidak seperti semasa saya di Malaysia. Ini memberi peluang kepada saya untuk mencuba dan menggunakan bermacam-macam model & jenama temasuklah jenama seperti
Ricoh,
Pentax,
Olympus,
Contax,
Canon dan juga
Nikon.
(masa tu duit elaun habis pergi ker Hi-Fi dan kamera...heheheh)Dari pengalaman sendiri,
ikhlas saya perkatakan bahawa, model
Contax RTS dengan lensa
Carl Zeiss merupakan kombinasi yang
paling saya gemari. Kombinasi body & lens ini menghasilkan warna yang amat tepat. Akan tetapi, bertapak dibumi yang nyata saya dapati harga sistem ini amatlah tinggi untuk dijadikan sistem pilihan,
diluar kemampuan saya. Dengan itu, saya terpaksa memikirkan kembali keutamaan saya didalam dunia fotografi. Process pemilihan saya sama sebagaimana artikel yang saya tulis
kamera mana untuk saya dan berdasarkan hasil kajian saya, akhirnya saya memilih jenama
NIKON kerana sebab-sebab dibawah. Harus diingatkan sekali lagi bahawa, ini merupakan pendapat peribadi dan saya tak dapat apa-apa komisyen pun. Kajian saya pada ketika itu merangkumi 4 jenama, Olympus, Pentax, Canon dan Nikon.
Melihat dari sejauh manakah sesuatu jenama itu dapat membantu perkembangan fotografi saya, pilhian saya tertumpu kepada Canon atau Nikon. Ini di sebabkan oleh kelengkapan sistem mereka yang boleh menampung perkembangan minat fotografi saya. Saya juga berpeluang bertanyakan beberapa orang profesional mat saleh kat sana tentang jenama yang mereka gunakan. Ramai dari mereka mencadangkan kepada saya jenama Nikon berdasarkan selera fotografi saya, termasuklah juga mereka yang menggunakan Canon.
Apabila saya bertanyakan kepada mereka, "kenapa begitu sedangkan mereka mengguna jenama Canon?" Sambil ketawa, mereka mengakui bahawa, "jenama ini ditaja oleh syarikat atau akhbar kami". Tambahan mereka lagi, "jangan ingat sebab jenama yang banyak ditepi padang tu milik sendiri, tidak! itu semua milik syarikat yang telah berurusan dengan pengeluar". Mereka juga memiliki kamera berjenama Nikon untuk kegunaan sendiri.
Masih tidak berpuas hati, saya merujuk kembali dari sudut selera fotografi saya. Ketika itu, jenama Olympus dan Nikon pula menjadi pilihan kerana ketepatan warna yang dihasilkan oleh lensa-lensa mereka.
Berbekalkan 3 jenama ini, saya mencuba pula keserasian model-model dari tiga jenama tersebut. Dari segi "ergonomics" dan "feel" kamera tersebut, saya dapati, jenama Olympus paling lemah buat saya. Jadi perbandingan sekarang tertumpu kepada Nikon atau Canon. Dari segi penggunaannya pula, saya dapati jenama Nikon lebih serasi dengan saya sebab:
- "Viewfinder" kamera Nikon lebih mesra pengguna terutama sekali seperti saya yang berkaca-mata, berbanding Canon.
- "Controls, knobs & buttons" juga lebih mesra pengguna dan konsistent antara satu model dengan model yang lain, berbanding Canon. Sangat mudah jika mempunyai lebih dari satu model atau badan.
- Dari segi "built"-nya, bila dipasang dengan "motordrive" masing-masing, jenama Nikon nampak dan rasa lebih mantap berbanding Canon.
- Saya juga mendapati, pengguna Canon ketika itu boleh menggunakan lensa Nikkor dengan menggunakan "adaptor" dan tidak sebaliknya. Pada saya, ini bermakna, lensa Nikkor lebih baik kualitinya dari lensa jenama Canon. Juga terdapat pengeluar badan kamera seperti Kodak dan Fuji yang turut menggunakan "Nikon Mount" yang membolehkan penggunaan lensa "Nikkor" pada kamera mereka.
- Kajian saya juga mendapati, pengeluar lensa yang masyhur seperti ziess juga ada menggeluarkan lensa mereka untuk kegunaan kamera Nikon selain daripada untuk kamera berjenama Contax dan Hasselblad yang mana merupakan "de-facto" standard dalam dunia fotografi. Jadi jika ada rezeki untuk menggunakan lensa-lensa zeiss dimasa hadapan, jenama Nikon haruslah menjadi pilihan saya.
Dengan demikan, pemilihan "body & lens" jenama Nikon boleh dikatakan satu pilihan yang baik bagi saya dan tidak hairanlah jika NASA juga memilih jenama Nikon untuk kengunaan program angkasa lepas mereka.
Kemunculan era: DSLR
Apabila pengeluar mengumumkan kemunculan kamera digital DSLR, saya amat skeptik tentang hasil yang bakal di perolehi. Maklum sajalah barang-barang elektronik ni cepat betul bertukar. Kalau tak percaya, tengok balik sejarah komputer! Saya mengambil masa agak lama sebelum menggunakan kamera Digital SLR (DSLR). Sekali lagi, saya terperangkap dalam pusingan yang sama, pemilihan jenama kamera untuk saya. Saya masih tetap membuat kajian dan pada ketika itu dan pemiilihan saya berbalik kepada Canon atau pun Nikon. Kalau saya baca benang diskusi di forum-forum, ternyata orang Canon kata Canon bagus, orang Nikon kata Nikon bagus. Seperti yang saya perkatakan diawal tadi, berkenaan dengan product elektronik, hari ini Canon mengatasi Nikon, esoknya, Nikon pula akan mengeluarkan model untuk mengatasi Canon. Jadi perkara ini akan berlarutan tanpa penghujungnya. Dengan yang demikian, setelah mencuba kedua-dua jenama tersebut dan membuat satu keputusan. Keputusan ini besandarkan sebab-sebab seperti yang saya tulis diatas dan juga sebab-sebab tambahan seperti dibawah:
Saya dapati saya seorang "
Fotografer", iaitu, saya lebih suka meluangkan masa lebih untuk mengambil gambar dengan tepat dari awal lagi. Ini merupakan satu disiplin yang saya dilatih sejak penggunaan kamera filem, dan sistem Nikon mudah memenuhi syarat ini. Saya juga akui bahawa saya bukanlah seorang "
Fotografik", yang meluangkan lebih banyak masa dihapadan komputer untuk meng-edit gambar yang telah diambil. Tambahan lagi, saya begitu tertarik dengan kewujudan sistem
CLS untuk sistem Flash mereka.
Berdasarkan hakikat ini, termasuk juga selera dan arah tuju fotografi saya, saya memilih untuk kekal bersama sistem Nikon. Apa yang saya lakukan sekarang ini ialah untuk meng-upgrade-kan sistem lensa saya (yang mana patut...) dan memberi lebih tumpuan untuk memantapkan lagi karya fotografi saya.

RULES of THE THRID (ROT) dalam fotografi bukanlah satu undang-undang mutlak tapi lebih merupakan satu panduan bagi fotografer untuk membuat sesuatu komposisi imej. Kewujudan ROT ini bertujuan untuk membuat sesuatu imej, yang merupakan sesuatu komunikasi visual, lebih effektif. Efektif dalam erti kata berkesan dengan mempunyai kekuatan dan jelas fokusnya. ROT menyatakan bahawa sesuatu imej itu boleh dibahagikan kedalam 9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan melintang dan 2 garisan menegak dengan keluasannya yang sama, seperti ditunjukkan pada rajah dibawah.
Empat (4)
titik (kadangkala dirujuk sebagai
"titik kuasa"") yang terbentuk pada penemuan garisan ini boleh digunakan sebagai fokus atau subject utama didalam sesuatu imej. Ada kajian mengakatakan bahawa, dengan menggunakan teknik ini, gambar atau imej yang dihasilkan akan menjadi lebih "fokus" dan lebih "bertenaga", daripada hanya meletakkan subjek utama di tengah-tengah sesuatu gambar atau imej. Gambar-gambar berikutnya boleh digunakan sebagai contoh bagaimana seseorang boleh mengaplikasikan ROT ini.
Contoh #1
Gambar ini menunjukan bagaimana subjek utama, iaitu budak kecil ini diletakkan pada
titik kuasa disebelah kanan dan menguasai 1/3 ruang sudut di sebelah kanan. Pada waktu yang sama, selebihan 2/3 ruang disebelah kiri menunjukan ruang jambatan dimana kejadian itu berlaku sebagai background dan jalan cerita. Harus diingatkan bahawa, subject utama tidaklah semestinya diletakkan diatas titik atau gasrisan tersebut, tetapi memadailah jika ia berada disekitar kawasan titk tersebut. Ini boleh dilihat dengan jelas pada contoh #2 seperti dibawah.
Contoh #2
Lihat bagaimana subjek utama menguasai 1/3 ruang disebalah kiri dan 2/3 backgroundnya jelas disebelah kanan. Walaupun ada teknik-teknik lain dalam penghasilan imej landskap (
yang bakal saya bincangkan didalam bab lain), teknik ROT dan pembahagian ruang ini juga banyak digunapakai dalam penghasilan sesuatu imej landskap seperti ditunjukkan dalam contoh #3 dibawah.
Contoh #3
Pada imej ini kita dapati bagaimana 1/3 ruang dibawah digunakan untuk menunjukan "lead line" dan horizon, sementara 2/3 ruang selebihnya diatas digunakan sebagai background dan langit yang biru. Disini kita dapati, masjid & menara bukanlah terletak pada "titik kuasa" tetapi masih diletakkan pada 1/3 bahagian bawah dan berada disekitar
garisan dan
titik itu juga. ROT ini juga boleh diguna pakai dalam penghasilan imej portret manusia seperti contoh #4 dibawah.
Contoh #4
Disini, dapat kita lihat bagaimana ROT diaplikasikan untuk imej portret. Lazimnya, mata seseorang itu diletakkan pada garisan 1/3 atas dan badan mereka akan memenuhi 2/3 ruang dibawah.
Sebagimana yang saya jelaskan diatas, ini bukanlah hukum atau undang-undang mutlak, tetapi sekadar panduan. Ada sesetengah pendapat mengatakan ROT ini menyekat kreativiti sesorang fotografer dan kita harus cuba menghasilkan imej yang bertentangan dengan panduan ROT ini. Ini amalan yang sihat, walaubagaimana pun,
kita harus peka dan tahu akan ROT ini sebelum kita hendak menghasilkan sesuatu imej yang bertentangan, tak gitu..? Janganlah bila ada orang bertanyakan tentang imej kita, kita kata kita tak ikut ROT dan bila orang minta penjelasan dengan lebih lanjut, kita ternganga-nganga...hahahahha.
Contoh #5: kredit Ahmad Farhan, anak saya sebab mengizinkan saya guna image dia.
Sebagai contoh, imej kelima #5 ini
tidaklah mengikut ROT sepenuhnya, tapi ia masih berkesan kerana penggunaan
kontrast warna yang berkesan, dimana putih menjadi fokus utama dan yang warna lain sebagai background atau penyedap mata sahaja. Contoh #5 ini merupakan bagaimana sesorang itu hendak "break the rules (ROT)" dan faham perihal asas komposisi semasa hendak "break" ROT.

Oleh kerana kebanyakan DSLR sensor lebih kecil dari saiz filem 35mm, crop factor yang digunakan oleh jenama Nikon sebagai contoh, didalam pembikinan DSLR mereka ialah 1.5x kecuali D3, Full Frame 35mm (FX) DSLR. Justeru itu, sensor yang lebih kecil ini akan merakam imej yang di pantulkan oleh kanta lensa dibahagian tengah menyebabkan "cropped FOV", seperti contoh yang ditunjukkan dibawah.
Dengan yang demikian, kamera 35mm filem akan memerlukan
focal length yang lebih panjang untuk mendapatkan Field of View (FOV) yang sama. Mari kita perhatikan contoh yang disediakan.
Contoh 1: Wide angle FOV klik gambar untuk saiz besar
FOV pada gambar pertama diambil dengan menggunakan lensa 18mm DX. Disebabkan oleh crop factor 1.5x yang dibincangkan sebelum ini, untuk menghasilkan FOV yang sama pada 35mm filem, focal length yang perlu digunakan ialah 27mm (18mmx1.5=27mm). Dengan itu, gambar kedua telah diambil dengan menggunakan focal length yang terdekat iaitu 28mm.
Contoh 2: Telephoto FOV.
klik gambar untuk saiz besar
Disebabkan oleh crop factor ini, pengguna kamera SLR 35mm memerlukan
focal length 300mm untuk mendapatkan FOV yang sama saperti yang dihasilkan oleh DSLR 200mm (300mm/1.5=200mm). Ini amatlah dialu-alukan oleh penggemar lensa telephoto kerana perbezaan harga diantara 200mm dan 300mm amatlah ketara.
Namun yang demikian, bagi bagi penggemar lensa wide angle adalah disebaliknya, kerana lensa wide angle seperti 28mm DX akan hanya menghasilkan FOV 42mm sahaja, seperti ditunjukkan di bawah. Klik gambar untuk saiz besar

Lens
25 Aug 2007 4:00 AM (17 years ago)

LENS dalam English atau
LENSA dalam Bahasa Melayu dibuat dalam berbagai - bagai
format (seperti, Large Format, Medium Format, 35mm Format,110mm dan lain-lain lagi) oleh berbagai-bagai pengeluar. Oleh kerana
format 35mm merupakan format yang paling popular, kita akan bincangkan format ini dahulu.
Bagi pengguna
NIKON SLR atau
DSLR, terdapat dua format lensa yang banyak dipasaran, iaitu, Full Frame (
FX) mengikut sukatan saiz 35mm filem dan Digital (
DX) mengikut sukatan saiz sensor kamera, yang lebih kecil dari saiz 35mm. Kiraannya ialah 1.5x
crop factor. Setiap pengguna harus
peka akan format-format ini supaya tidak keliru dan dapat menggunakan lensa yang betul untuk menangkap gambar. Gambar dibawah merupakan contoh bagi lensa berformatkan 35mm dari pelbagai focal length.

Charta dibawah menunjukkan klasifikasi bagi lensa mengikut focal length dalam format 35mm SLR. Untuk mengetahui nilai focal length bagi format DX, pengguna harus membahaginya dengan crop factor jenama kamera masing-masing.
sumber asal:
dpreviewSebagai contoh untuk mengetahui nilai super wideangle ber-focal length 16mm (FX), bagi jenama Nikon (yang menggunakan 1.5 crop factor) ialah 10.667mm (DX), [16mm/1.5=10.6667mm]. Dengan itu kita harus menggunakan lensa Nikkor Fisheye 10.5mm ini, untuk merakam imej yang berdekatan. Sila layari contoh focal length yang telah disediakan untuk gambaran yang lebih jelas.
Aperture
24 Aug 2007 7:00 AM (17 years ago)

Aperture merupakan saiz bukaan pada lensa. Ia menentukan jumlah cahaya akan masuk kedalam kamera, yakni filem atau sensor. Saiz bukaan ini lazimnya di control oleh aperture baldes yang menyerupai sekeping diafram didalam lensa. Saiz bukaan aperture ini juga mempengaruhi exposure dan depth of field (DOF) sesuatu imej.
Seperti juga increment yang terdapat pada kelajuan shutter (shutter speed), bukaan aperture juga mempunyai increment-nya tersendiri. Pada kebiasaannya, saiz aperture (ia itu diameter) ini membesar atau mengecil dengan increment faktor 1.4. Oleh itu, bukaan aperture adalah separuh (1/2) pada setiap increment seperti ditunjukkan pada rajah dibawah.
Tanpa membincang dengan lebih mendalam kiraan untuk aperture (metamatik), memadailah kita mengetahui bahawa aperture biasa di rujuk atau disebut dalam format F-stop sebagaimana yang kerap diukir pada badan lensa. Gambar dibawah menunjukan bagaimana skala F-stop yang dibincangkan diatas diukir pada aperture ring (yang digunakan untuk mengubah saiz apeture) pada sesebuah lensa pada awal zaman 60an.
Walaupun pada zaman ini, saiz apeture diubah dengan menggunakan dail pada badan kamera, namun prisipnya tetap sama.
Sebagai contoh jika siaz aperture ialah F/4, satu stop kearah mengecilkan siaz aperture adalah F/5.6 (4 x 1.4=5.6). Ini bermaksud, hanya separuh dari cahaya pada saiz F/4 akan masuk kedalam kamera (filem atau sensor). Begitu juga dengan sebaliknya, satu saiz kearah membesarkan saiz aperture adalah F/2.8, terdekat(4/1.4=2.85). Harus diingatkan bahawa, lebih besar nombor F-nya, lebih kecillah siaz bukaan aperture tersebut.
Jadi soalanya, bagaimanakah rupa bentuk aperture ini? Gambar dibawah menunjukkan contoh bagaimana rupa bentuk diafram dan saiz aperture mengikut bukaan atau F-stop yang telah dipilih.
F/1.2
F/5.6
F/16
Bukaan maksima aperture sesebuah lensa ada juga dikaitkan dengan kelajuan sesebuah lensa, atau LENS SPEED. Ini kerana, lebih besar bukaan aperture-nya, lebih banyak cahaya yang boleh masuk kedalam kamera. Ini membolehkan penggunaan shutter speed yang lebih laju atau tinggi. Ini amat berguna didalam fotografi sukan atau didalam keadaan cahaya yang rendah. Justru itu, lensa seperti F/1.4 atau F/1.2 sering dirujuk sebagai
FAST LENS.
Bukaan maksima ini juga akan ukir pada badan lensa, sebagai contoh, lensa yang mempunyai focal length 85mm yang tetap dan mempunyai bukaan maksima F/1.4 lazimnya ditulis, 85mm 1:1.4 seperti gambar dibawah.
Bagi pengguna lensa zoom (Zoom Lenses), bukaan maksima untuk kedua-dua focal length tersebut akan dimaklumkan juga. Sebagai contoh, focal length 18-200mm yang mempunyai bukaan maksima F/3.5 pada 18mm dan F/5.6 pada 200mm lazimnya ditulis, 18-200mm 1:3.5-5.6 seperti gambar dibawah.

Terdapat juga lensa zoom laju (FAST ZOOM LENS)yang mempunyai bukaan maksima yang sama pada kedua-dua zoom focal length. Sebagi contoh, focal length 17-55mm yang mempunyai bukaan maksima F/2.8 dari 17mm ke 55mm lazimua ditulis, 17-55mm 1:2.8, seperti yang ditunjuk dibawah.

Ini bermaksud, pengguna lensa ini dapat menikmati bukaan maksima F/2.8 pada setiap focal length yang ada pada zoom range lensa tersebut. Walaubagaimana pun, harus diingatkan bahawa kebanyakan lensa yang dikategorikan dalam golongan FAST LENS atau FAST ZOOM LENS, lebih berat, lebih besar dan lebih mahal harganya.

DEPTH OF FIELD (DOF) merupkan terma yang diguna pakai unutk membicarakan perihal kawasan dihadapan dan dibelakang focus point utama (subjek) yang akan kekal "sharp" atau berada didalam fokus. DOF dipengaruhi oleh
aperture, jarak subjek,
focal length, dan saiz atau
format filem atau sensor.
Aperture yang luas seperti F/1.2 atau F1.8 mempunyai DOF yang cetek. Apa-apa subjek yang berada dihadapan atau dibelakang focus point utama akan kelihatan kabur atau out-of-focus. Aperture yang kecil seperti F/11 atau F/16 mempunyai DOF yang lebih dalam. Subjek yang terletak didalam sesuatu range dihadapan ataupun dibelakang focus point utama akan kelihatan sharp atau in-focus. Gambarajah berikut menerangkan sesuatu range berbandingkan F-stop yang digunakan (
sila klik gambar untuk saiz besar). Harus diingatkan bahawa, bagi setiap F-stop yang tetap, range-nya akan berubah mengikut focal length yang dipilih. Sebagai contoh, saya telah menggunakan lensa zoom ini dan menunjukkan range DOF untuk dua focal length; iaitu 35mm dan 70mm.

[NOTA PENTING:]
1. Kedudukan zoom pada lensa didalam gambar ini adalah pada focal length 70mm. Untuk focal length 35mm, lensa ini akan ditarik ke kanan.
2. Lensa yang mempunyai focal length rendah, seperti 35mm pada F/11 akan mempunyai DOF range yang lebih luas berbanding focal length yang lebih tinggi, seperti 70mm pada F-stop yang sama. (sila lihat gambarajah diatas)
Ok, kite dah becheletior F-stop sana, F-stop sini... jadi macam mane ler gamaknye rope gambo yang F-stop die lain-lain? Ha... ni dia! Ni ler rope nye gambo yang pake F-Stop lain-lain tapi dari tempat lensa yang same.
F/1.2
F/2.8
F/4
F/5.6
F/8
F/11
F/16
Harus juga diingatkan bahawa, selain dari focal length,
jarak subjek (subject distance) juga memainkan peranan dalam DOF range. Apabila pengguna (lensa) berada pada jarak yang jauh dari subjek, range DOF akan bertambah. Disebaliknya, jika, pengguna (lensa) berada pada jarak yang lebih dekat, ia akan menggurangkan range DOF. Ini amat ketara dalam penggunaan lensa micro atau lensa macro bagi tujuan fotografi jarak dekat, (CLOSE UP or MACRO Photography).
DOF DENGAN JARAK SUBJEK -
Klik gambar untuk siaz besarContoh 1: 55mm F/8.
Contoh 2: 105mm F8.
Seperti didalam contoh 1 & 2. perhatikan bagaimana, DOF range menjadi cetek apabila sesebuah lensa mendekati subjek pada F-stop yang sama. Juga perhatikan bagaimana focal length sesebuah lensa mempengaruhi DOF.Malang sekali, kebanyak lensa digitial (DX lenses) masa kini sudah tidak mempunyai scale yang akan memberi panduan kepada pengguna tentang DOF ini, kecuali beberapa lensa yang terpilih. Aperture scale dan aperture ring juga sudah tidak lagi diperkenalkan pada lensa Nikkor yang berhuruf G (
Nikkor G LENSES). Ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa ramai penggemar fotografi yang terus melompat ke dalam dunia digital fotografi kurang memahami akan konsep DOF.
Shutter
23 Aug 2007 7:30 AM (17 years ago)

Bagi mereka yang terus melompat kedalam dunia digital photography, perkara-perkara seperti bidai atau SHUTER dan perihal mekanisma shutter (SHUTTER MECHANISM) ini jarang diambil tahu, malah kebanyakan pengguna kamera digital ini (bukan semua ye...) hanya menggenali punat shutter (SHUTTER BUTTON) sahaja. Bukan salah mereka tapi perkara ini disebabkan oleh pembikinan kamera digital itu sendiri. Pengguna DSLR selalunya dilarang membuka ruang sensor sepertimana yang kerap dan boleh dilakukan oleh pengguna kamera filem (SLR). Kolumn ini bukan bertujuan untuk membincangkan tentang pembikinan bidai dan mekanismanya, tapi sekadar memperkenalkan perkara asas perihal bidai (shutter).
SHUTTER merupakan satu mekanisma yang kebiasaannya terletak didalam badan kamera. Ia seumpama sekeping bidai diantara lensa dan filem atau sensor. Ia lazim dikenali sebagai SHUTTER CURTAIN dalam English. Pada awal pembikinan kamera, bidai ini diperbuat dari kain dan arus kemajuan teknologi, membolehkan bidai ini diperbuat dari alloy seperti titanium atau kevlar pada zaman sekarang. Jadi bagaimanakah rupa shutter curtain ini.
Ini merupakan contoh bidai atau shutter curtain dalam keadaan tertutup.
Didalam keadaan tertutup, cahaya dihalang daripada mengenai filem atau sensor. Apabila, shutter button ditekan, bidai ini akan terbuka dan membenarkan cahaya dan imej dirakamkan keatas filem atau sensor seperti gambar dibawah.
Tempoh bukaan bidai atau shutter ini dikenali sebagai kelajuan shutter atau
SHUTTER SPEED. Pada awal pembikian kamera maupun sekarang, kelajuan bidai atau shutter speed boleh dipilih oleh pengguna dengan memutar dail yang terdapat pada badan kamera. Sebagai contoh, gambar dibawah ini menunjukkan dial yang digunakan untuk memilih shutter speed pada kamera SLR keluaran tahun 80an .
Shutter Speed
23 Aug 2007 7:00 AM (17 years ago)

SHUTTER SPEED atau kelajuan shutter, mempengaruhi tempoh masa filem atau sensor didalam kamera terdedah kepada cahaya. Ini lazimnya dilakukan dengan menggunakan
bidai atau shutter curtain yang membuka dan menutup mengikut kelajauan yang diperlukan oleh pengguna. Tempoh bukaan bidai ini dikenali sebagai kelajuan shutter atau
shutter speed. Sebagai contoh, jika pengguna memilih kelajuan
125 seperti yang diwarnakan merah didalam gambar ini, filem atau sensor akan terdedah kepada cahaya selama 1/125 per saat.
Seperti juga aperture shutter speed mempunyai incrementnya sendiri dan lazimnya dirujuk dalam nisbah per saat dalam faktor 1/2. Disebabkan ini, maka kebiasaannya shutter speed kerap dirujuk dalam 1/2s, 1/4s,1/8s ... 1/8000s. Seperti yang telah dibincangkan diatas, jika seseorang pengguna memilih 1000, ini bermakna, shutter speed ialah 1/1000 per saat.
Dalam pada masa yang sama, shutter speed bukan sahaja terhad pada tahap atau range yang laju sahaja. Shutter speed juga terdapat dalam kelajuan yang perlahan atau long exposure. Ini kerap dirujuk dalam saat tempoh bukaan shutter seperti 1s, 2s, 4s,8s atau B.
Berpandukan gambar diatas, sebagai contoh, jika pengguna memilih angka 8, ini bermakna, tempoh bukaan shutter adalah 8 saat. Jika pengguna memilih abjad B pula, tempoh bukaan shutter terletak sepenuhnya ditanggan pengguna. Ini bermaksud, shutter akan buka bila punat ditekan dan akan kekal terbuka selagi punat shutter tidak dilepaskan. Ini lebih dikenali sebagai BULB mode.
Persoaalanya, apakah shutter speed yang sesuai untuk digunakan?
Sebagai rule of thumb, pemilihan shutter speed adalah digalakkan pada satu tahap diatas focal length lensa yang digunakan. Ini bertujuan untuk menggelakan kekaburan disebabkan oleh camera shake. Sebagai contoh, jika focal length lensa ialah 200mm, shutter speed yang harus digunakan ialah 1/250s. Jika shutter speed ini tidak dapat diperolehi, penggunaan tripod atau lain-lain jenis alat sokongan amatlah digalakan untuk menghindarkan dari kesan camera shake ini. Walaupun terdapat lensa-lensa sekarang yang mempunyai vibration reduction (VR) atau image stablisation (IS) untuk mengurangkan kesan camera shake, pengguna harus peka dan berhati-hati dalam pemilihan shutter speed.
Pemilihan shutter speed juga terletak kepada komposisi dan imej yang dikehendaki oleh pengguna. Jika kita hendak "membekukan" atau "Freeze" sesuatu aksi dalam sukan (sports) atau kehidupan liar (wild life), penggunaan shutter speed 1/250s keatas adalah wajar, seperti gambar dibawah ini.
1/1600s

Akan tetapi,
bukan semua imej sports atau imej aksi memerlukan shutter speed yang tinggi. Adakala, shutter speed rendah diperlukan apabila sesorang pengguna ingin merakamkan imej yang berkonsepkan "panning shots" (
yang ni, kita bincang lain kali pulak..) atau untuk menunjukkan sesuatu
movement seperti aliran air sebagaimana yang ditunjukkan dibawah. Sebagai contoh,
perhatikan rupa bentuk air yang berubah mengikut shutter speed yang berbeza.
1/250s
1/1.6s
1.5s
3.0s
13s

Apabila kita telah berbelanja ribuan ringgit untuk sistem
kamera dan
lensa, amatlah wajar bagi kita memberi tumpuan kepada penjagaan atau penyelenggaraan lensa kita. Pastikan bahawa kita berhati-hati apabila menggunakan lensa-lensa ini didalam keadaan berhabuk, berpasir, berair atau bersalji. Pastikan "lens Cap" depan & belakang sentiasa kemas bila lensa itu tidak digunakan. Ramai dikalangan jurufoto profesional menggunkan "filter" untuk mengurangkan risiko habuk dan sebagainya, ia juga salah satu cara unutk menggelakkan kesan calar kepda kanta depan lensa tersebut. Lebih murah untuk menggantikan "filter" itu daripada menggantikan lensa atau "front element". Samada lensa itu kekal atau tidak pada badan kamera, lensa yang kotor ataupun rosak akan menjejaskan imej yang dirakamkan. Oleh itu kita harus mengenepikan sedikit masa untuk penjagaan mereka. Terdapat 4 sumber kerosakan pada lensa kita:
- Kekotoran - Dirt
- Calar - Scratches
- Gegaran - Shock
- Air - Moisture/Water
Kekotoran - Dirt
Ini memang tak dapat dielakkan dari pengunaan biasa. Kalau tak nak, bungkus & simpan jer lah... kekotoran seperti habuk halus boleh memasuki kedalam lensa, apabila kita memutarkan "focsuing ring" ataupun "zoomming ring". Tapi kejadian ini tidaklah sekerap yang kita sangkakan. Oleh itu, jangan lah pulak mudah takut nak guna lensa-lensa tersebut. Pihak pengeluar telah mencuba menghasilkan lensa yang "tight fit" atau "weather proofing" pada lensa-lensa yang terbaru mereka. Akan tetapi, kekotoran dan habuk-habuk besar mudah melekat pada lensa kita, jadi kita haruslah membersihkannya.
Ada yang mencadangkan kegunaan "blower", "brush" dan "cleaning paper" atau "cleaning fluid" untuk kesan kekotoran yang degil. Harus diingatkankan, bahawa, penggunaan jenis "brush blower" atau "cleaning paper" atau "cleaning fluid" boleh memudaratkan lagi lensa kita. Ini kerana "brush" atau "paper" yang kasar buatannya boleh meninggalkan kesan calar yang halus, dan penggunaan "cleaning fluid" yang salah boleh merosakkan "coating" pada kanta lensa kita. Dengan itu, adalah lebih elok jika kita menggunakan "blower" yang besar kapasitinya untuk meniup habuk-habuk itu dan menggunakan "filter" (seperti UV atau skylight) untuk mengurangkan kesan kotoran dan habuk. Elakkan menghembus lensa dengan udara dari mulut kita, kerana nafas kita mengandungi air. Sila lihat perihal air dibawah.
Kesan Calar - Scratches
Kesan calar susah untuk dihilangkan, jadi ambilah cara untuk mengelakan kesan calar dari berlaku kepada kanta lensa kita. Cara paling mudah unutk mengatasi kesan calar ialah dengan menggunakan "filter" unutk melindung "front element" pada lensa kita. Seperti diatas, penggunaan UV atau Skylight fliter kerap digunakan oleh jurufoto-jurufoto profesional. Walaubagaimana pun ada juga yang mengatakan, bahawa penggunaan "filter" ini akan mengubah "light properties" dan akan melunturkan kualiti imej. Pada pendapat peribadi saya, ini boleh diatas dengan mudah:
[1] Gunakan "filter" yang berjenama baik, dimana penggunaan mereka tidak menjejaskan imej. Banyak boleh kita dapati dipasaran. Harus kita ingat, jikakalau kita sudah berbelanja ribuan ringgit untuk sesesuah lensa, mengapa kita harus kedekut dalam pembelian "filter" yang mana akan menjadi penghuni tetap pada lensa kita? Oleh itu carilah yang terbaik sekali.
[2] Untuk "critical shots" seperti macro. close up atau potret, adakalanya saya membuka "filter" tersebut semasa sesi fotografi dan memasangnya dengan segera setelah habis merakamkan imej-mej tersebut.
[3] Saya juga dapati, adalah lebih murah untuk menukar sekeping "filter" dari sebuah lensa.
Dari itu, tepuk dada, tanya selera...
Gegaran - Shock
Walaupun pengeluar telah menguji kesan gegaran dan mengeluarkan lensa yang boleh menahan gegaran, sebagai pengguna, kita haru peka bahawa, gegaran atau hentakan yang berlebih boleh merosakan lensa kita, terutama seperti lensa yang mempunyai "autofcous" dan "vibration reduction". Itu sebabnya, pihak penggeluar ada membekalkan "lens case" atau kotak atau "container" bagi lensa-lensa ini. Apabila kita membawa kamera dan lensa kita, eloklah kita menggunakan bag atau "case" yang mempunyai "padding" unutk menggurangkan gegaran dan hentakan yang berlebihan. Kadangkala, jika ruang menjadi masaalah, saya membungkus lensa-lensa saya dengan menggunakan setokin atau tuala kering sebagai protection.
Air - Mositure/Water
Ini juga salah satu daripada musuh ketat lensa maupun kamera. Bahan-bahan elektronik didalam kamera dan lensa mudah terjejas jika air memasuki lensa kita. Walaupun kamera & lensa sekarang mempunya sedikit "resistance" kepada air dan habuk, jangan lah pula kita ingat mereka ni "waterproof", kecuali yang memang "waterproof". Untuk mengurangkan risiko ini, gunakan "waterproof casing" atau "rain coat" yang diperbuatkan khas untuk kamera dan lensa. Apabila kita tiba ditempat yang kering, pastikan kita membersihkannya sedikit, beri sedikit masa bagi kamera dan lensa untuk "bernafas" (menyesuaikan diri pada suhu tempat baru) sebelum menggunakannya.
Jikalau kamera atau pun lensa kita memsauki air, matikan mana suis yang patut, biarkan semua air keluar, bungkus dengan tuala yang menyerap air dan hantarkanlah mereka ke pusat servis dengan sebeberapa segera.
Harus kita ingat bahawa, air yang secara zahirnya mudah dielakkan. Tetapi, ramai juga dikalangan jurufoto yang menggunakan mulut unuk meniup atau menghembuskan kekotoran dan habuk pada lensa & kamera mereka. Ini boleh memudaratkan keadaan kerana hembusan nafas kita mengandungi "moisture" yang tidak nampak pada zahirnya tetapi boleh merosakan "electronic circuits" dan kanta pada lensa kita. Elakkan cara begini kerana ia boleh menjadi punca merebaknya "fungus" didalam lensa & kamera kita.
Bagi pengguna yang tinggal di kawasan-kawasan lembap ("high humidity"), disini saya ingin menyarankan kepada mereka yang serius tentang fotografi untuk melabur sedikit wang untuk membeli sebuah "dry cabinet" untuk mengurangkan risiko "fungus infection" kepada lensa dan kemera mereka.
Sumber rujukan:
photography.about.com
Fungus
28 Feb 2007 9:09 AM (18 years ago)
Anda mungkin bertanya,
"bagaimanakah fungus ini boleh melibatkan saya?" Sudahkah anda melihat lensa anda baru-baru ini? Bukan imej yang dirakamkan melalui kamera tetapi kanta lensa anda! Jika belum, mungkin anda harus lakukannya dengan seberapa segera. Pastikan
aperture dibuka luas dan hadapkan ke cahaya yang terang. Lihat dari depan dan belankang kanta lensa anda. Jika anda dapat melihat sesuatu yang menyerupai imej dibawah, ini bermakna, lensa anda telah dijangkiti
"fungus".
"Adakah ia akan mempengaruhi kualiti imej saya?" Pada peringkat awal, ganguan kepada kualiti imej tidaklah begitu ketara. Jika ditahap kritikal, kualiti imej langsung tidak dapat digunakan lagi. Melainkan, jika anda suka akan gambar yang seakan-akan "soft-focus" dan "blur" sepertimana yang banyak dilakukan oleh fotografer dengan menggunakan perisian PS.
"Bolehkah ia dibersihkan?" Jika pada tahap awal, "fungus" ini boleh dibersihkan oleh pusat servis atau mereka yang pakar dalam bidang penyucian lensa. Tetapi, jika pada tahap kritikal seperti gambar diatas, eloklah lensa itu ditukar ganti. Kerana cubaan untuk membersihkan "fungus" ini akan merosakkan "coating" dan juga kanta pada lensa tersebut.
"Bagaimanakah saya dapat mengelakkan dari jangkitan "fungus" ini?" Malangya, tidak ada resepi yang 100% berkesan cuma terdapat kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan risiko dari terkena jangkitan ini.
[1] Simpan lensa dan juga kamera didalam tempat yang bersuhu sederhana dan kering. Jika kita menggunakan lensa ini ditempat yang lembap, biarlah ia kering sebelum menyimpannya. Jangan biarkan kamera dan lensa anda didalam beg jika ia tidak diperlukan disitu. Elakkan dari menggunakan "lens case" atau beg kamera yang diperbuat dari kulit. "Fungus" amat menggemari kelembapannya dan membiak disitu sebelum menjangkiti lensa atau kamera anda. "Lens case" atau beg yang diperbuat dari bahan sintetik merupakan pilihan yang lebih baik.
[2] Simpan lensa atau kamera anda didalam bekas kedap udara dan mengandungi "silica gel" atau
"dry cabinet". Bagi pengguna yang tinggal di kawasan-kawasan lembap ("high humidity") seperti Malaysia, disini saya ingin menyarankan kepada mereka yang serius tentang fotografi untuk melabur sedikit wang untuk membeli sebuah "dry cabinet" untuk mengurangkan risiko "fungus infection" kepada lensa dan kemera mereka.
"Kenapa dry cabinet?" Walaupun tiada data yang kukuh, lensa harus disimpan didalam keadaan "Relative Humidity"
(RH) 50%. Jika terlalu rendah, misalahnya RH30%, banyak bahan-bahan lain seperti pelincir dan getah didalam lensa akan kering dan akan merosakkan lensa tersebut. Ini bermaksud, lensa juga kena
kerap digunakan, dibersihkan dan tidak disimpan begitu lama untuk mengelakannya dari kerosakan mekanikal. Jadi, penggunaan dry cabinet boleh "monitor" dan "control" RH secara otomatik.
Ramai juga bertanya,
"bagaimana kalau mereka hanya menggunakan bekas kedap udara bersama silica gel?" Sudah tentu boleh, akan tetapi, pengguna kena sentiasa memantau RH bekas tersebut dengan menggunakan "meter" dan juga warna silica gel itu. Jika tidak, penggunaan silica gel yang telah hilang kuasa penyerapan itu dibiarkan, ia akan melepaskan kembali "mositure" yang telah diserap kedalam bekas kedap udara tersebut. Ini akan menggalakkan lagi pembentukan "fungus" yang mana meraka cuba elakan dari awal lagi.
Sumber rujukan:
chem.helsinkiTotech America
Sensitiviti atau sensitivity dalam English merupaka kaedah sukatan penerapan cahaya bagi sesuatu filem atau sensor. Secara konvensyenal, filem dikeluarkan dalam perlbagai sensitiviti berdasarkan sukatan yang
standard seperti
ASA/
DIN/
ISO untuk kegunaan yang berbeza-beza. Filem yang bersensititivi rendah menhasilkan bintik (grain) yang halus tetapi memerlukan jumah cahaya yang tinggi. Ini amat sesuai untuk fotografi luar rumah (Outdoor Photography). Akan tetapi, jika jumlah cahaya itu kurang atau memerlukan
shutter speed yang tinggi seperti aksi sukan, filem yang lebih sensitif atau filem laju (fast film) diperlukan. Akan tetapi, filem sebegini menghasilkan bintik yang lebih kasar dan menjadikan imej berbintik atau "grainy".
ISO 100 dikirakan sebagai "normal" walaupun terdapat ASA 25 dan sebagainya. Pada era kamera digital sekarang ini, kebanyakannya samada "point & shoot" mahupun DSLR, pengguna boleh memilih nilai ISO nya. ISO boleh dipilih dari 100, 200, 400, 800 malah sehingga 3,200. Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem, penggunaan ISO tinggi menyebabkan hasilnya "grain" dan dalam kamera digital kenali sebagai "noise".
Dalam arus kemajuan teknoloji, kamera digital tahap tinggi (High End DSLR) seperti
Canon 1DsMkIII atau
Nikon D3, kini mempunyai penggurusan "noise" yang amat berkesan. Malah
Nikon D3 kini telah membuka era baru dalam dunia fotografi digital dengan "ISO 32,000 equiv" dengan pengurusan "noise" yang lebih berkesan dari Canon. Seperti mana yang saya katakan dalam perihal
pemilihan kamera,
saingan antara pengeluar akan sentiasa berterusan.Sumber Asal:
dpreviewwikipedia
Exposure
31 Jan 2007 8:02 AM (18 years ago)
Expoure secara asasnya merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor kamera berdasarkan pemilihan
aperture dan
shutter speed. Efek keatas exposure ini juga bergantung kepada
sensitiviti (sensitivity) film atau sensor yang diguna pakai. Exposure yang dipilih berdasarkan kombinasi nilai aperture, shutter speed dan sensitiviti lazimnya dikenali sebagai nilai exposure atau "
Exposure Value" (EV).
Nilai 0 (kosong) atau Zero EV ini ditafsirkan sebagai satu kombinasi dimana nilai aperture (aperture) pada F/1.0, nilai shutter (shutter speed) pada kelajuan 1 saat (1s) dan nilai sensitiviti pada ISO 100. Harus diingatkan bahawa, penggunaan sensitiviti ini secara teknikalnya digunakan untuk penggiraan nilai cahaya atau "
Light Value" (LV). Walaubagaimana pun untuk memudahkan pemahaman dan menunjukkan bahawa nilai sensitiviti
(ISO) mempunyai pengaruh keatas penggiraan nilai exposure atau exposure value (EV), ISO diambil kira dalam penjelasan ini.
Oleh yang demikian, jika seseorang pengguna mengurangkan jumlah cahaya pada filem atau sensor (seperti dengan menambah nilai shutter speed
atau menamabah nilai aperture), ia akan menambahkan lagi nilai exposure EV. Sebagai contoh, misalannya pada shutter speed 1/125s dan apreture pada F/4 dan nilai exposure adalah 6 EV, jika kita menukarkan shutter speed kepada 1/250s dengan mengekalkan aperture pada F/4, nilai exposure baru kita menjadi 7 EV. Begitu juga, jikalau kita kekal pada shutter speed 1/125s dan menukarkan aperture dari F/4 ker F/5.6.
Sila layari sumber asal dibawah ini untuk mencuba kalkulator EV.
Nilai exposure tinggi atau High EV kebiasaannya digunakan didalam keadaan cerah dimana kita berkehendakan jumlah cahaya yang sikit untuk mengelakan overexposure.
Sumber Asal:
dpreview
Metering
31 Jan 2007 7:03 AM (18 years ago)

Metering secara asasnya ialah untuk menyukat "
exposure", ia ini jumlah cahaya untuk sesuatu imej itu sebelum dirakam pada filem atau pun sensor. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah
light meter. Walaupun lightmeter ini masih kerap digunakan oleh jurufoto professional, ramai dikalangan pengguna SLR atau DSLR kini banyak bergantung kepada sistem metering yang terdapat didalam kamera mereka. Tujuan sistem metering dalam kamera, baik Filem maupun Digital, ialah untuk menyukat "
the best-fit exposure value" atau
"nilai exposure yang paling sesuai" bagi mej yang bakal dirakamkan. Dimasa kini, sistem metering secara otomatik ini dikira sebagai standard dalam penggeluaran kamera dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mode, Spot, Matrix, Centre Average. Berdasarkan pemilihah mode yang tertentu, sistem metering kamera akan mencadangkan nilai
exposure yang sesuai untuk jurufoto dan kerap kali, ia bolehlah diaggap sebagai mencukupi.
Apakah perbezaan antara ketiga-tiga mode ini? Walaupun mungkin berbeza dari segi penamaannya oleh penggeluar-pengeluar jenama kamera, secara
asasnya mode tersebut adalah seperti yang dijelaskan dibawah:
Spot MeteringMembenarkan sesorang jrufoto itu membuat metering keatas subject berdasarkan "focus point" atau titik fokus yang dipilih. Ini bermaksud hanya sejumlah kawasan
kecil sahaja dalam frame imej itu diambil kira untuk penggiraan nilai exposure (exposure value). Nilai exposure untuk bahagian-bahagian lain tidak diambil kira. Pada kamera saya, hanya 2% dari jumlah keluasan frame diambil kira dengan menggunakan siaz bulatan 3mm.
Center-weighted Average MeteringMungkin merupakan kaedah metering yang lazim digunakan, malah ia merupakan kaedah asas dalam pembikinan awal otomatik metering pada kamera yang tidak mempunyai pilihan mode. Didalam kaedah ini, purata nilai exposure untuk seluruh frame imej itu diambil kira dan sedikit
penekanan (weightage) akan diberikan pada nilai yang dibaca ditengah-tengah frame tersebut. Di era DSLR ini, pengguna boleh membuat pilihan akan keluasan siaz bulatan di bahagain tengah frame itu, seperti 6, 8, 10 maupun 13mm. Ini memberi fleksibiliti kepada jurufoto untuk menentukan nilai penekanan (weightage) pada exposure mereka.
Matrix Metering
Ini merupakan kaedah metering yang paling
komplex dan mencadangkan nilai exposure yang paling sesuai bagi setiap situati cahaya. Secara kasarnya, sesuatu imej itu dipecahkan kedalam beberapa
zon dan nilai exposure dari setiap zone akan diambil kira untuk mencadangkan satu nilai exposure yang paling sesuai. Nilai exposure itu dikira berdasarkan algorithm yang telah diprogramkan kedalam cip prossesor penggeluar, yang terdapat di dalam kemera tersebut.
Sumber asal:
dpreview Peringatan:
Walaupun sistem metering otomatik ini memberi satu cadang nilai exposure (dari segi aperture dan shutter speed bedasarkan ISO yang telah dipilih), pengguna harus peka akan mode dan setting yang betul untuk menghasilkan imej yang dikendendaki. Dibawah merupakan contoh dari hasil ketiga-tiga mode yang dijelaskan diatas. Saya suka menggunakan situasi malam sebagai contoh kerana perbezaan cahaya dari atas ke bawah amatlah ketara.

Dari contoh diatas, kita dapati bahawa bergantung sepenuhnya pada otomatik metering tanpa membuat apa-apa "fine adjustment" mungkin bukanlah sebagai satu kaedah metering yang paling sesuai dalam situasi sebegini.
Saya kerap ditanya, "mode apakah yang selalu saya gunakan?" Bagi saya, ia banyak bergantung kepada subjek atau imej yang dikehendaki. Oleh kerana saya kerap merakam imej secara "manual", "aperture priority", atau "shutter priority", metering mode saya juga akan berbeza-beza. Misalannya, jika saya berkehendakan metering pada subjek khusus seperti bulan atau muka seseorang subjek, saya kerap gunakan "spot metering". Jikalau lanskap atau secara am, saya gunakan "centre weighted average" atau "matrix metering" berdasarkan imej yang saya kehendaki. Akan tetapi, "matrix metering" merupakan mode yang kerap saya gunakan malah seakan menjadi "default" setting pada kamera saya. Ini disebabkan oleh keberkesanan "1,005-segment RGB sensor" pada kamera SLR ataupun DSLR saya untuk melakukan "3D-Color Matrix Metering".
PHOTOGRAPHY atau dalam bahasa melayu,
FOTOGRAFI merupakan satu proses rakaman imej dengan kaedah merakamkam cahaya keatas media atau bahan yang sensitive kepada cahaya (light-sensitive material), seperti filem atau sensor. Patern cahaya yang di keluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek ini memlalui sesebuah
lensa , dirakamkan pada filem atau sensor dengan menggunakan kamera.
Fotografi adalah Photography dalam English yang telah di-Melayu-kan. Perkataan "Photography" berasal dari perkataan Peranchis "photographie" yang didasarkan kepada dua perkataan Greek,
φως phos ("light") yang bermaksud
cahaya dan
γραφίς graphis ("stylus", "paintbrush") yang bermaksud "stylus",
berus lukisan atau γραφή graphê ("representation by means of lines" or "drawing") yang bermaksud sesuatu
representasi menggunakan garisan atau lukisan.
Apabila kedua-dua perkataan ini digunakan bersama, ia memberi maksud
"melukis dengan menggunakan cahaya" atau "drawing with light" dalam English. Lazimnya, hasil dari fotografi ini dipanggil fotograf atau dalam istilah singkat foto.
Sumber asal:
wikipedia
Camera : Kamera
2 Jan 2007 5:00 AM (18 years ago)
CAMERA atau
KAMERA merupaka satu alat perakam imej dengan menggunakan filem atau sensor. Rakaman boleh berada dalam bentuk filem itu sendiri atau elektronik data. Photograher atau Fotografer atau jurukamera menggunakan kamera dan lensa untuk mendedahkan bahan sesintif cahaya seperti filem atau seonsor, dengan exposure yang betul untuk mendapatkan sesuatu imej.
Sedikit perihal sejarah kamera.Camera atau
camera obscura (perkataan Latin "dark chamber" atau ruang gelap) merupakan kombinasi dari pelbagai penemuan. Sejarah menunjukan bahawa seorang ilmuan dan saintis islam yang berasal dari Iraq bernama
Abu Ali Al-Hasan Ibn al-Haitham (965-1039), yang dikenali oleh barat sebagai Alhacen, bertanggungjawab dalam penemuan ini apabila beliau melakukan ujian amali keatas ciri-ciri optik. Setelah itu barulah ia dituruti dengan penemuan-penemuan yang lain seperti bahan kimia, filem dan seterusnya sensor elektronik.
Sumber asal:
wikipedia
SLR
1 Jan 2007 9:43 AM (18 years ago)

SLR merupakan singkatan untuk
Single-
Lens
Reflex.
Kamera SLR menggunakan pergerakan cermin (mirror) otomatik untuk memantulkan imej 45 darjah kearah viewfinder seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Apabila menggunakan kaedah ini, sesuatu imej yang hendak dirakamkan oleh sesorang fotografer, pada permulaannya, akan melalui sistem lensa
(1), dipantulkan oleh cermin
(2), melalui focusing screen
(5), condensing lens
(6), pentaprism
(7) dan akhir sekali boleh dilihat melalui viewfinder
(8). Dengan cara begini seseorang fotografer boleh melihat akan komposisi, fokus dan sebagainya perihal imej tersebut sebelum merakamkannya.

Setelah berpuas hati dengan komposisi imej tersebut, fotografer akan menekan butang shutter. Ini menyebabkan cermin
(2) naik keatas secara otomatik (
lihat arah anak panah), membuka bidai
shutter atau shutter curtain
(3) dan membenarkan imej tersebut dirakamkan pada filem atau sensor kamera
(4). Setelah selesai proses rakaman, bidai
shutter atau shutter curtain
(3)akan tutup dan cermin
(2) akan kembali ketempat asal secara otomatik. Ini membenarkan fortografer itu melihat semula melalui viewfinder
(8) untuk rakaman imej seterusnya.
Sumber asal:
Wikipedia