Terlerai kasih.
Malam menjadi saksi bagaimana bahagianya aku apabila dengan sekali lafaz diri ini sudah menjadi miliknya. Senyuman tak lepas dari wajahku walaupun ada mutiara jernih menjadi temanku sekejap tadi.
“tahniah isteriku..” bisiknya perlahan sebaik saja bibirnya menyentuh dahiku.
“terima kasih suamiku..” balasku dengan rasa malu yang mungkin sudah mewarnai wajah ini. Terdengar ketawa kecil beberapa tetamu yang terdiri dari saudara-saudara terdekatku.
Aku tersenyum. 15 tahun kami menyemai rasa cinta dan selama itu juga hubungan kami diwarnai pelbagai rasa. Dialah teman, dialah musuh,dialah sahabat dan kini dia jugalah yang sudah bergelar suamiku. Hahh!! Bahagianya panggilan itu.
Memang tak sangka aku mengenalinya dari kecil. Aku yang membuang seliparnya ke dalam sungai ketika kami memancing. Aku yang mengisi borang untuk dia melanjut pelajaran dan kini aku akan menjadi suri dalam hidupnya.
“emmm budak comot menangis lagi ke?” soalan itu muncul dengan ketawa kecil.
“mana ada… menangis tak ada dalam kamus Suraya tahu tak..” suaraku enggan mengalah. Memang dulu aku cukup bentah melawan katanya. Hahaha.. jangan tak percaya kami pernah bergaduh sehingga aku menumbuk mukanya sehingga berdarah.
“aikkk isteriku kemana hilang agaknya Suraya budak hantu raya yang suka buli orang tu ek?..” soalan itu membuatkan mataku membulat.
“amboiii sedap nak mengata orang Nampak..” aku sudah cekak pinggang, pura-pura marah.mana mungkin aku akan mmembelasah suamiku di malam pertama. Malam pertama?
Tiba-tiba suasana sunyi.pandangan mata itu sudah berubah. Dulu pandangan itulah yang mengubatnya apabila menangis kerana kehilangan kedua ibu bapaku. Kini pandangan itu juga membuatkan jantung ini seakan berhenti.
Tanganku ditarik kuat sehingga terduduk di atas katil. Tangan itu menolak tubuhku perlahan baring di tilam empuk yang dihiasi bungan mawar merah. Haruman kesukaanku sejak dulu.
“kalau kita kawin dua, aku janji akak letak bunga mawar atas katil kita biar kau tidur dalam bau wangi..” suara remaja lelaki itu.
“elehhh berangan nak kawin dengan orang,kalau kau nak kawin dengan aku, kau kenalah belajar betul-betul kalau kau dah kaya nanti barulah aku pertimbangkan macamana..”usikku sengaja.
“ok kita tunggu dan lihat..” suara itu cukup yakin..
Aku tersenyum. Mata dipejamkan bila bibir itu mendarat sekali lagi ke dahiku. Mata dibuka apabila tiada lagi tindakan darinya.
“sayang memang cantik..” suara itu lagi dengan senyuman yang cukup nakal.
“tahu dah… tak sangka abang akan buat semua ni..”
“kana bang dah cakap demi suraya apapun abang sanggup segalanya demi suraya…sekarang sudikah Su jadi ibu pada bakal anak-anak abang?” suara itu seakan meminta izin. Aku tersenyum dalam pelbagai rasa, namun aku pasti aku sudah bersedia. Akhirnya aku mengangguk.
****
Suraya duduk termangu di dapur. Tanganya masih mengacau air tea untuk di hidangkan pada tetamu Mak mentuanya. Siapa lagi kalau bukan Mak Senah dengan mulut yang dari tadi tak berhenti-henti bercakap.
“kau tahu Ton anak kak Intan dah lahirkan anak.. kembar pulak tu…” suaranya dengan penuh semangat.
“Ya ke Senah?..mana kamu tahu?.. kan baru jer budak tu kawin aku rasa baru lagi kita pergi makan kendurinya..”
“itulah tapi comel betul, geram aku tengoknya.. seronoklah si Intan lepas ni dusuk rumah melayan cucu-cucu dia ajerlah… hahh menantu kau tu pulak apa cerita? Tak ada isi lagi ke?”
“entahlah akupun tak tahu.. entah merasa ke entah tidak aku menimang cucu. Anak aku itulah Johan tu sorang jer..” suara Zaiton sayu.
Gerakan tangan Suraya terhenti. Telinganya jelas dapat menangkap ayat yang baru keluar dari mulut Mak mentuanya.
“dah berubat ke?..” tanya Mak Senah lagi. memnag menyibuk.
“dah macam-macam budak-budak tu buat tak tahulah aku apa masalahnya..” suara Zaiton, malu dia bila soal cucu diutarakan.
“entah-entah menantu kau tu mandul tak? Sampai bila pun tak akan dapat cuculah kau..” suara Mak Senah sekali lagi membuatkan dadanya berombak. Sedaya upaya Suraya cuba mengawal perasaannya sendiri.
Malam semakin merangkak pergi. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.23 pagi. Suraya masih setia menanti di sofa. peristiwa petang tadi sedaya upaya dipadamkan dalam ingatan. Malas dia nak berfikir sesuatu yang akan meretakkan kasih sayang antara mereka suami isteri. Walaupun rumah tangga mereka ada kekurangan tapi rasa cintanya tak pernah berkurang,
“Johan tak balik lagi ke?”
“belum lagi mak..”
“emmm itulah aku dah cakap, anak aku tu bosan duduk dekat rumah ni langsung tak ada hiburan untuk dia, orang lain kawin setahun dua dan ada anak.. kamu ni dah dekat 5 tahun tak ada apa-apa lagi..” seperti biasa ayat itu menikam terus hujung hatiku. Terasa ingin menangis.
“tak ada rezeki lagi mak..”
“emmm itulah ayat kamu.. tak ada rezeki tak ada rezeki…” Suara Puan Zaiton.
“tapi mak..”
“kalau susah-susah sangat kamu suruh jer Johan tu kawin lagi..” zappp… sepantas halilintar. Ayat yang keluar dari mulut mak mentuanya kedengaran mudah tapi kenapa terasa sangat pahit untuk ditelan.
Perbualan mereka mati di situ.pintu ditolak dari luar lebih menarik perhatian.
“haiii Mak ngah…” suara itu riang seriang orangnya.
Muka Puan Zaiton yang tadinya pahit bertukar manis. Senyuman meleret hingga ke telinga. Aku cuba melontarkan senyuman ke arah sepupu Johan. Namun senyuman itu mati bila melihat wajah Johan suamiku yang turut sama berdiri di belakang Arisa.
“Arisa bila balik kenapa tak beritahu Mak ngah pun?” soalan demi soalan muncul dari mulut Puan Zaiton.
“sebab rindukan Mak ngah dan abang Johanlah, Arisa terus balik sini tahu tak..”, jawab si manis itu ceria.
aku Cuma menjadi pemerhati dari tadi dan buat pertama kalinya dalam 5 bulan ini senyuman terukir di wajah Suamiku.senyuman yang cukup dirindui. Senyuman yang dulunya hanya milikku saja.
“ehhh Kak Su ada rupanya, tak perasan..” saat itu kehadiranku baru disedari. Aku tahu Arisa sengaja, sedangkan dan beberapa kali mata kami bertaut. Mustahil dia tak Nampak aku berdiri di sini.
Johan menjeling ke arahku. Ahhh suamiku adakah hanya jelingan yang menjawab segalanya?adakah hanya jelingan yang dihantar pada isteri yang sudah menunggu kepulangannyamu sejak pagi tadi?. Tak ingatkah kau pada tarikh hari ini?.
Lampu bilik sengaja ditutup. Biar gelap segelap hatinya sekarang.
“abang jumpa Arisa dekat KLIA tadi.. dia call abang minta jemput dia..” suara Johan kedengaran hambar.
Namun suara itu tak mampu menarik keluar suara dari tekakku. Entah kenapa kebisuan menjadi teman malam ini.
“dah tidur ke?... tak payahlah dengan diapun nak cemburu. Arisa tu kan sepupu abang lagipun dia kan rapat dengan mak” suara itu seakan menyalahkannya. Ya bukan ayat memujuk tapi lebih kepada ayat menyalahkan. Apa salah aku?.
“kalau dah jadi bisu tu lepas ni tak payah nak bercakap lagi dah….” Suara Johan keras. Dia terus mencapai tuala yang sedia tersidai di depan bilik airdan pintu bilik air dihempas kuat.
Johan membuka matanya perlahan. Terasa segar dapat tidur yang cukup. Minggu ini terlalu banyak kerja dan tender pejabat yang perlu diuruskan. Dia cukup takut bila dia gagal menyiapkan tugas-tugas yang di amanahkan.
“Su…Suraya..” panggilan itu terhenti bila melihat katil sebelah yang sudah kosong. Haiii tak akan merajuk lagi kot.
‘abang, Su pergi tempat biasa…nasi goring kegemaran abang dah siap atas meja’
Johan tersenyum, dia tahu rajuk Suraya tak akan lama. Selama usia perkahwinan mereka Suaraya tak pernah merajuk dengannya. Malah selalunya isterinya lebih bijak memujuk rasa marah yang bertamu di hatinya.
“morning abang..” suara Arisa selamba di depan pintu.
“ehhh Arisa kenapa tak ketuk dulu pintu?” pantas Johan menyarung kemejanya. Tak selesa hanya bertuala di hadapan sepupunya itu.
“oppss sorry.. Mak ngah panggil makan.. nasi goring special..”
“ok… sikit lagi abang turun…” Johan bersuara lagi.
Arisa mengangguk sambil ketawa kecil. Terpana dengan gaya seksi sepupunya. Hahh hati ini memang dari dulu milik abang Johan. Masih ingat lagi bertahun dia membawa diri ke Negara orang apabila Johan memilih untuk mengahwini Suraya. Apa lebihnya suaray? Dia lebih cantik dan muda dari suraya anak yatim piatu tu.
“kemana isteri kamu pagi-pagi lagi dah keluar?.. langsung tak nak layan suami dulu?” Puan Zaiton memulakan ceramah. Johan sudah menarik kerusi sambil duduk di depan meja makan.aroma Nasi goreng membuka selera.
“eemmm makanlah abang, ni arisa yang masak..” suara Arisa sambil meletakkan dua senduk nasi gireng ke dalam pinggan di depan Johan.
“dia dah beritahu Jo tadi… lagipun bukan selalu dia keluar biarlah mak..”
“hahh itulah kamu suka sangat bagi muka dekat isteri tu.. lepas tu tunduk jer apa dia kata.. mak pun tak tahu apa yang dia dah bagi kau makan..”
“dia bagi makan nasi goreng yang sedap ni mak.. tak ada lagi perempua lain yang boleh buat nasi goreng sesedap air tangan Su ni..” suara Johan selamba membuatkan Arisa terkedu.
Johan tahu Suraya yang masak. Muncungnya ditarik ke depan. Benci mendengar pujian yang lahir dari mulut Johan.
“Abang boleh tak hari ni bawa Arisa jalan-jalan.. bosanlah duduk rumah..”
“emmm keluarlah dengan Mak.. kan mak suka jalan-jalan ni..” Johan mengubah topik.
“alaa mak ada hal hari ni, Jo bawalah Arisa jalan-jalan kesian dia mak tengok..lagipun hari ni kan Jo boleh balik awal..”
Johan tiada pilihan, memang dia seorang lelaki yang bijak membuat sebarang keputusan sendiri tapi dia juga seorang anak yang tak akan membantah arahan maknya. Akhirnya dia bersetuju.
“nanti mak beritahu Su suruh dia siap sekali… Jo pun dah lama tak bawa dia jalan-jalan..”
“hishh entah kemana isteri kamu tu.. tengoklah nanti kalau dia balik mak bagi tahu..” jawab Puan Zaiton satu persatu.
“kalau Arisa cakap nanti abang jangan marah ekk..”
“cakap pasal apa? Kenapa pulak abang nak marah?”
“tadi Arisa Nampak Kak Su dekat Mall… dia dengan lelaki, mula-mula tu taklah rasa apa tapi tengok macammesra semacam jer..”
“apa Arisa cakap ni.. “ suara itu sudah berubah rentak. Arisa bukan orang pertama malah semalam Mak Senah juga mengucapkan perkara yang sama.
“Arisa tak naklah buat fitnah tapi abang cubalah tengok-tengokkan Kak Su tu…takut nanti abang menyesal..”
Arisa tersenyum bila melihat wajah bengis Johan yang meninggalkan ruang tamu. Sempat dia mengenyit mata ke arah Mak ngah yang hanya menjadi pemerhati di dapur.
***
“su kemana tadi?” soalan itu tegang. Langsung tiada segaris senyuman di wajah itu.
“emmm kemana lagi bang ke Rumah kasihlah..kan Su dah beritahu abang” Johan cuba mengawal perasaannya. Dia tak ada bukti. Tak mungkin dia menghukum isterinya tanpa bukti.
“Lain kali nak kemana-mana beritahu abang dulu.. dengan siapa dekat mana” suara Johan lagi.
“Abang ni.. itulah Su ajak pergi sekali ke Rumah kasih tu tak nak.. sibuklah, banyak kerjalah.. kalau abang ada sekali mesti seronok..”
“seronok ke, suka abang tak ada?” Johan cuba meneka. Cuba menjerat isterinya.
Suraya hanya membalas dengan senyuman. Bukan dia tak faham dengan sikap cemburu Johan tu. Suaminya tu cepat sejuk tapi cepat juga panas..
Hari ini seperti biasa dia akan membeli barang-barang keperluan Rumah Kasih. Anak-anak yatim cukup mengubat hatinya. Kebetulan Kak midah suami isteri nak ikut memang memudahkan kerja.
“Abang Harun semua barang dah cukup?”
“dah… hishhh kemanalah Kak Midah kamu ni. Tadi bukan main nak balik sangat budak-budak tu dah tunggu ini dia pulak hilang entah kemana..” suara Abang Harun geram.
“tak apalah bang.. kita bawa barang ke kereta dulu..” suara Suraya sambil berjalan menuju ke kereta.
Langkahnya terhenti bila sebuah motosikal hampir melanggarnya. “Ya Allah!!” terlepas plastik yang dipegang.
“Su tak apa-apa?”
Harun cuba membantu Suraya bangun. Memegang kuat bahu Suraya yang sudah dianggap sebagai Adiknya sendiri.
“terima kasih bang, nasib baik tak apa-apa” belum sempat ayat itu dihabiskan lengannya ditarik kuat dari belakang.
“Suraya!!!!”
“Abang… apa abang…”
“dah jangan nak beralasan lagi.. balik aku kata.. balik!!” terangkat bahu Suraya mendengar jeritan suaminya. Beberapa mata di situ hanya memandang.
“Encik.. Encik salah…” Harun cuba menerangkan situasi sebenar.
“kau lebih baik diam.. sekali lagi aku dengar suara kau.. kau makan penumbuk aku..” Johan bersuara tegas. Tanganya pantas menarik tangan Suraya ke kereta.
Suraya melihat jam di dinding, kelibat kereta Johan masih belum kelihatan. Dia perlu menjelaskan keadaan sebenar, dia tak mahu suaminya itu salah faham. Dari tadi dia cuba menelifon Johan tapi gagal. Dia tahu Johan marah.
“apa lagi kau buat dekat anak aku ni?” Marah Puan Zaiton tiba-tiba.
“buat apa mak? Su tak faham..” soalnya, tak mungkin Johan mengadu pada MAk.
“kau ni memang perempuan tak guna. Dahlah anak aku kau bodoh-bodohkan.. apa yang kau dah bagi dekat anak aku pun aku tak tahu,”
“Su minta maaf mak, kalau selama ini su gagal jadi menantu terbaik untuk mak.. tapi tolonglah jangan hina Su macam tu mak.. su pun ada maruah…”
“Maruah apa yang kau ada… sibuk berkepit dengan jantan dekat luar tu, lepas tu balik rumah ni kau berlagak baik.. kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat bila kau ke luar tu? Rumah anak-anak yatim konon.. padahal main dengan jantan.. mesti mak kau pun macam tu..”
PANG!!... pipi Puan Zaiton ditampar perlahan. Suraya terkejut dengan tindakannya. Kenapa mala mini dia gagal mengawal perasaan?. Ya Allah.
“Suraya!!”
“Abang.. Su tak sengaja.. maafkan Su MAk.. su betul-betul tak sengaja..”
Puan Zaiton sudah menitiskan air mata. Sakit pipinya dan terkejut sebenarnya dengan tindakan menantunya.
“siapa kau nak tampar mak aku?.. aku sendiri tak pernah buat mak aku menangis.. kau tampar dia depan aku?” suara Johan tinggi.
“Su minta maaf bang.. Su..”
“memang dasar perempuan murahan, tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada, selama ni apa kau buat aku diamkan.. kau tak boleh bagi aku anak aku maafkan sekarang ni kau memang melampau…” Kata-kata itu meluncur lagi dari mulut Johan.
Suaraya terkedu. Johan menghinanya. Dia di hina suaminya sendiri.
“Mak hina Su… Mak kata..” suraya cuba menegakkan kebenaran.
“kau memang hina.. memang patut kau duduk dekat rumah anak yatim tu.. kau berambus dari rumah ni.. aku ceraikan kau dengan talak 1” marah Johan lagi.
Suraya terduduk. Johan terkedu. Puan Zaiton hanya menjadi pemerhati.
*****
Puan Zaiton termangu di pintu bilik Johan. Ditatap wajah sedih anaknya. Usahanya menjejaki Suraya gagal. Suraya terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Dan Arisa sejak peristiwa di hospital langsung tak Nampak muka.
“apa Mak ngah gila ke nak suruh Arisa kawin dengan abang Johan? Mak ngah tak dengar ke tadi doktor kata abang Johan tu tak boleh dapat zuriat lagi..”
“kurang ajar betul… dulu kau juga yang tergila-gilakan dia..”
“itu dulu mak ngah, masa tu manalah Arisa tahu yang anak mak ngah tu mandul.. sekarang ni dah terang-terang doktor sahkan abang Johan mandul.. so tak akan Arisa nak jadi orang bodoh..” suara itu nyaring masuk ke telinganya.
Puan Zaiton mengesat air matanya. Geram mendengar pengakuan Anak buahnya sendiri. Arisa meninggalkan mereka tanpa rasa bersalah.
“dahlah mak apa nak sedihkan… inilah namanya balasa tuhan.dulu mak juga yang sibuk kata Suraya mandulsekarang ni anak mak rupanya yang tak mampu..” suara Johan perlahan sambil tersenyum pahit. Perkahwinan dia dengan Arisa akan dibatalkan. Memang hatinya langsung tak inginkan perkahwinan itu.
“Ya Allah apalah dosa kita sampai jadi macam ni..”
“sebab kita banyak dosa dengan Suraya mak..kita hina dia kita letak maruah dia serendah-rendahnya. Saya suami tak guna dan sekarang ni saya dah dapat balasannya..” jawab Johan tenang.
“apa maksud Johan?”
“jo dah jumpapun lelaki tu mak.. lelaki tu abang harun, dia dah anggap suraya macam adik dia, tapi Jo buta..buta menilai kasih sayang Suraya…Jo hokum dia tanpa sempat mendengar penjelasan…” suara itu sepi.
Puan Zaiton mengesat air mata yang tak berhenti. Kata-kata Johan menambahkan lagi siksa hatinya. Kerana ikutkan hati anaknya kehilangan kebahagiaan. Kerana dia terlalu ikutkan kata Arisa dia hilang menantu yang hampir sempurna. Tapi apa gunanya kekesalan. Kini dah bertahun masa meninggalkan mereka./ namun luka di hati Johan masih berdarah. Mata masih memerhati Johan yang asyik termenung memandang kotak di depannya.
Untuk suami tersayang, selamat Hari ulang tahun…
Isterimu : Suraya..
“suraya!!!”
Johan terjelepuk di lantai… Su maafkan abang abang cintakan su… jeritan itu mengejutkan Puan Zaiton. Perlahan Air matanya jatuh sekali. Semua ni salah mak Jo.. maafkan mak. Hanya ayat itu sentiasa berbisik di hatinya.
*****
4 tahun berlalu…..
Suasana taman permainan dipenuhi dengan kanak-kanak yang berlari ke sana dan kemari. Johan tersenyum. Tempat inilah yang akan menjadi penawar hati isterinya bila sedih. 4 tahun mereka berpisah dan selama itu juga bayang Suraya tak pernah muncul. Kemana wajah itu dia menghilang?. Tiba-tiba bola kecil berwarna hijau bergolek di kakinya.
“sorry bola Akeem… “ pinta seorang kanak-kanak comel.
“heiii datang dengan siapa ni..?”
“mama..” suara itu dalam pelatnya. Comel.
“Akeem sayang!!...” jeritan itu membuat kedua-duanya berpaling.
“Suraya?!” hanya nama itu yang meniti. Wajah yang semakin Ayu itu menghiasi matanya. Beberapa kali Johan mengosok matanya.
“ Abang sihat?”
“macam yang Su tengok sekarang..”
Isterinya kini ayu bertudung. Bertambah cantik. Isteri? Bukan isteri tapi bekas isteri.. ya itulah kenyataan pahit yang perlu idterima sekarang.
“Su bahagia?” soalan yang sudah ada jawapannya. Matanya sempat menangkap wajah Ahmad Hakeem b. Ahmad Haikal.
“Alhamdulillah.. seperti yang abang lihat..” Suraya itulah yang dirindui. Mata dipejam perlahan.
Johan tersenyum. Senyum kekesalan menutup perasaan yang tak mungkin akan terubat. Dia bukan saja kehilangan isteri malah seorang teman, sahabat dan penasihat yang selama ini sentisa bersamanya.
“Raya ni Su ada buat kenduri sikit… kalau abang ada masa datanglah…” suaranya perlahan.
“Su tak marahkan abang..” akhirnya soalan itu keluar dari mulutnya. Soalan yang sepatutnya ditanya dari tadi.
“Marah… “ suara itu dalam senyum. “ tapi dulu.. sekarang ni Su terima semuanya sebagai takdir, mungkin ini yang tertulis untuk kita..Su pasrah”
“Bodohnya abang kerana melepaskan Su, kalaulah masa boleh diundurkan semula..”
“andai masa boleh diundurkan semula, mungkin sebaiknya kita hanya berkawan…dan sejujurnya sehingga hari ini Su tetap anggap abang sebagai sahabat Su. Kita berkawan sejak kecik lagi jadi su tak biasa kalau tak ada abang… kita tetap kawankan?” suarnya dalam senyuman.
Johan tersenyum, dalam sedar air mata menitis perlahan menuruni pipi. Akhirnya dia menangis di depan wanita yang disayangi.
“saya haikal..suami Suraya” suara garau yang menghalau perasaan hati.
Matanya menatap sekali lagi wajah itu, Dr. Haikal? Akhirnya lelaki itu yang Berjaya merebut hati suraya darinya. Bukan sekali dua tapi sudah tiga kali dia diberi amaran dulu supaya menjaga Suraya tapi dia gagal. Haikal betul-betul mengotakan janjinya.
“aku nak kau jaga dia baik-baik, sekali kau lukakan dia seribu kali aku akan cuba merawatnya… jangan sesekali kau lepaskan dia sebab aku tak akan teragak-agak memegang kuat tangannya” kata-kata Haikal berbisik kembali ke telinganya.
“oklah… Abang balik dulu.. Haikal, jaga dia baik-baik. Dia wanita teristimewa..” sempat Johan berbisik.
Haikal mengangguk perlahan. Sambil mendukung anaknya meninggalkan Johan dan Suraya. Sengaja member ruang kerana dia yakin ada sesuatu yang ingin diperkatakan, Johan juga bersedia untuk melangkah.
“emmm… Abang..” suara Suraya.
Johan berpaling.
“nanti Raya Su hantarkan nasi goreng special…”
Johan tersenyum dan mengangguk laju. Sememangnya dia sangat merindui nasi goreng itu. Setiap pagi Aidil Adha nasi goreng special air tangan suara akan menjadi sarapannya.
“terima kasih Su….”
Johan menghantar langkah Suraya yang tersenyum riang bersama keluarga barunya. Johan tersenyum.
“Abang Bahagia andai Su bahagia… abang lepaskan su…” bisiknya perlahan dan berpaling sambil menyapu air mata yang tiba-tiba menitis.
suraya : aku tak menangih kasih.. aku juga tak pernah meminta kasih... cuma apa yang aku pinta hanya keredhaanNya.DIA maha pencipta maka DIA lebih mengetahui segalanya. cintaku ikhlas untuk johan tapi keikhlasanku lebih dihargai Haikal. yang pasti dua lelaki ini mengajar aku erti kehidupan dan menyakinkan aku tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta kepada Allah...
KERANA KAU 24
Ayuni memandang jauh ke tengah laut. Dah hampir 3 minggu dia menghabiskan masa di sini. Selama itu juga sebarang berita tentang keluarga Dato Mansur tak pernah menarik perhatiaannya. Mungkin ada lagi rasa terkilannya atau dia sendiri sudah cukup muak untuk berdepan dengan semua yang akan berlaku.
“emmm dah Nampak paus ke? Takpun ikan duyung dekat tengah laut tu?”suara garau itu singgah masuk ke telinganya.
Iqbal tersenyum walaupun hakikatnya dia tahu yang gurauannya itu tak akan meninggalkan apa-apa kesan pada wanita di sebelahnya itu.
“lama dah duduk sini?” soalan dari mulut Iqbal masih belum berhenti.
Ayuni menoleh sekejap. Matanya dilontar kembali ke tengah laut. Langsung tak berniat untuk menjawab soalan Iqbal.
“haiiii pasir kalaulah kau boleh bercakap kan best..”
“awak nak apa sebenarnya..”
“nak awak…” sambut Iqbal pantas dengan ketawa kecil, sengaja mengusik Ayuni. Namun wajah itu masih beku.
“kenapa saya tengok awak ni asyik monyok je…tu dahi cantik tu asyik berkerut jer”
“saya rasa tak menganggu awakpun kan..”
“siapa kata tak menganggu?.. saya tengok awak ni rasa tak senang hati. Teringin juga nak dengar awak ketawa sekuat hati.. senyum..”
“saya tak suruhpun awak tengok..” sinis kata-kata ayuni. Jelas dia tak suka dengan ayat yang keluar dari mulut Iqbal. Dia tak suka dengan sikap selamba lelaki itu yang menganggu.
Iqbal diam lagi. member ruang kepada Ayuni kalau-kalau ada lagi yang ingin diluahkan tapi gagal. Persis ada seketul emas 916 dalam mulutnya.
“ikhlas saya nak cakap walaupun dalam hati awak tak suka atau menyampah tapi kali ni saya tetap kena cakap.”
“apa?” suaranya perlahan. Cukup perlahan tapi tegas.
Iqbal tersenyum. Haiii tak sabar Nampak.
“awak memang tak suruh saya tengok tapi bila melintas ajer depan awak secara outomatiknya maya saya ni akan fokus kepada awak..”
Ayuni hanya diam. Malas mengulas lanjut. Kepalanya sudah tak ada ruang untk memikirkan masalah Iqbal.
“kenapa awak macam sedih jer… apa yang selalu awak fikirkan..” Tanya Iqbal lagi, sengaja dia pejam mata
“tak perlu rasanya untuk awak tahu..” ulas Ayuni perlahan. Kenapa mesti lelaki itu sibuk. Dia tak suka dengan cara Iqbal. Lelaki itu terlalu suka masuk campur urusannya.
Iqbal melepaskan keluahan berat. Tanda tanya di hatinya masih gagal terjawab.
“kadang kala kita asyik memikirkan kesedihan diri sendiri sehingga lupa ada lagi hati yang lebih sedih. Kalau seberat manapun masalah awak jangan letakkan diri dalam dunia sendiri yang awak sendiri tak tahu dimana awak berada…” bisik Iqbal sendiri. Tapi cukup jelas di telinga Ayuni.
Ayuni tersenyum sinis. Manusia memang bijak mengunakan lidah tapi bila apa yang diucapkan oleh lidah tak akan diproses oleh otak apabila berdepan dengan masalah yang sama. Memang senang untuk berkata-kata tapi insan yang mengalas di bahu sendiri saja yang akan dapat merasainya.
“kenapa awak selalu habiskan masa untuk bersedih macam ni? Apa yang awak dapat,” soal Iqbal berani. Mulut itu masih diam membisu.
“ saya tak suka orang ambik tahu pasal saya.. tak perlu awak sibuk untuk tahu dan awak takada hak untuk tanya kenapa..?”
Iqbal gigit bibir. Geram juga hatinya bila disindir macam tu. Memang hati perempuan ni hati batu.
“jadi..”
“jadi saya akan lebih berterima kasih dengan awak kalau pergi dari sini, saya tak suka orang ganggu saya..” balas Ayuni, mematahkan ayat yang akan terbit dari mulut iqbal.
Iqbal mengangguk faham. Dia tahu maksud kata-kata Ayuni.memang perempuan degil.
***
Tuala dicampakkan ke atas katil, dibiarkan angin menampar lembut badan tegapnya. Rambut yang masih basah dibiarkan saja. Malam ini dia hanya berseluar pendek. Rasa penat dalam perjalanan hilang begitu saja bila melihat keindahan malam di tepi pantai. Dalam hati dia sempat memuji keunikan resort. Bijak dengan hasilan gabungan santai yang lebih kearah kehidupan suasana kampung. Cukup damai.
Alunan lagu Sedetik lebih kedengaran memecah sunyi. Pantas Fariz mancapai telifon bimbit di hujung meja. Tersenyum melihat gerangan pemanggil.
“Muahhh!! Haiii sweet heart, cepatnya sayang call, tak akan dah rindu kot..” kedengaran ketawa kecil di hujung talian.
“amboii tak akan dah duduk jauh tak boleh nak call.. tak akan dah lupa orang dekat sini..”
“mana mungkin lupa pada orang dekat sana.. tapi nak buat macamana bila ajak ikut semua angkat tangan kata tak nak..”
“haiii bunyi merajuk lagi je,..”
“bukan merajuk tapi terasa hati jer..” Fariz tersenyum.
“bukan sama ke bunyinya..alaaa anak mama ni janganlah merajuk semua ni untuk Riz. Papa pun setuju dengan cadangan ni”
“tak adalahhh saja usik mama. Riz suka duduk sini, cantik pandai aleyya dan adam pilih tempat” suara itu segar kembali. Tak mungkin dia akan marah pada idea adiknya itu. Memang dah lama dia terfikir untuk berada di tempat macam ni.
“mama Harap Riz akan happy dekat sana..mama suka dengar Riz ketawa macam tu..”
“kebahagiaan Riz adalah bila tengok mama ketawa dan gembira. Tiada yang lebih mengembirakan Riz melainkan melihat mama bahagia..”
“haiii dah jangan nak buat mama sedih, selamat bercuti dan jangan lupa buah tangan untuk mama..”
“pastinya sentiasa ingatkan mama..mama dengan papa jangan lupa jaga kesihatan. Walaupun Riz ni jauh tapi ada spy dekat sana yang akan jaga mama dan papa..” terbayang wajah sepi Dato Mansur.
“tahu dah siapa spy kamu tu…”
Fariz tersenyum. Kedengaran jeritan Aleeyya di celah-celah ketawa kecil mamanya. Meminta hadiah. Memang tak malu dah besar nak jadi isteri orang nak minta hadiah sendiri.
“papa macamana mama?”
“macam tulah nampak macam biasa tap sebenarnya hati dia…papa kata dia dah upah penyiasat cari ayuni sekali lagi. harap-harap kali ni berhasil”
“emm mama jangan Risau, Riz pun akan cuba jejak di mana Ayuni..”
Panggilan telifon dari Datin Normah membuatkan fikirannya kembali kepada wanita yang betul-betul membuat hatinya cukup tertekan. Kehilangan Ayuni seakan membawa sekali kebahagian yang bertapak lama dalam keluarganya.
“apa yang awak boleh buat?” soal Fariz geram..
“awak tak akan pernah membanyangkan apa yang boleh saya lakukan..”
“apa niat awak sebenarnya dalam keluarga aku?”
“kadang-kadang kita tak perlu nak buat apa-apa.. kalau pernah buat salah dia sendiri akan diburu perasaan bersalah.. dan itu juga yang saya suka..”
“kenapa hati awak ni penuh dengan dendam?”
“sebab hati ini tak pernah dilatih untuk menerima kasih sayang..dan sehingga sekarang hati ini tak ada ruang untuk bahagia yang awak cakapkan tu” jawab Ayuni tenang.
“awak yang tutup hati awak..ayuni. awak menidakakn kasih yang ada dalam hati awak tu..”
“saya bukan menidakkan malah saya akan menolak keras kalau untuk perempuan tu..”
“mama tak pernah bersalah.. dia bukan macam yang awak fikirkan..”
Ayuni tersenyum sinis, membakar hati Fariz.
“dia memnag bukan macam perempuan yang saya fikirkan malah lebih teruk dari itu..kalau awak tak tahu apa yang terjadi lebih baik awak diam. Kalau perempuan tu baik sangat macam yang awak katakan mampu ke dia tersenyum atas kesakitan orang lain..”
Fariz sekali lagi melepaskan keluhan.
“dimana awak sekarang Ayuni. Kenapa mesti awak lakukan semua ni?” bisiknya perlahan . bertemankan angin malam.
****
“selamat pagi Abang.. macamana tidur malam dekat sini ok?” soalan Ajis dibalas dengan senyuman.
Teringat bagaimana cemasnya adam semalam bila kehilangan surat tawaran Syarikat Jaya, semalaman dia mencarinya di pejabat. Baru tahu padang muka siapa suruh pandai-pandai suruh bos cuti. Lepas tu peninglah sendiri.
“haiiii Bang Fariz…ingat saya lagi tak? Airen…” ucap airen. Ajis di bulat memandang ke arahnya tidak dihiraukan.
Fariz mengangguk perlahan.mustahil dia akan melupakakan wajah itu. Airen penyambut tetamu yang sangat ramah. Semalamkedatangannya disambut dengan senyuman dan celoteh panjang wanita itu.
“apa kau buat dekat sini pulak?” tanya Ajis pelik. Melihat pakaian tak cukup kain wanita itu dah menandakan yang hari ini Airen tak bertugas.
“apa masalahnya kalau aku dekat sini?..” pertanyaan itu sedikit kasar. Memang Airen tak pernah sukakan lelaki miskin macam ajis. Matanya akan terbuka bila berdepan dengan lelaki semacho Fariz.
“Masalahnya kaunter dekat depan tu siapa pulak yang jaga?”
“hari ni aku cutilah… Anis ada ganti tempat aku..”
Fariz hanya diam, hanya menjadi pemerhati antara Airen dan Ajis. Sempat dia menganalisis pakaian Airen didepannya. Memang seratus peratus bertukar, semalam wanita itu Nampak manis dengan baju kurung yang menjadi uniform Resort. Tapi pagi ini wanita itu tak ubah seperti artis jelas dengan rambut perangnya.
“pagi ni Abang nak kemana?” tanya Ajis, malas dia nak melayan Airen. Sepatah cakap sepuluh patah dia balas. Silap-silap makan ceramah free.
“emm tak kemana Cuma nak jalan-jalan tepi pantai sekejap. Lagipun nak sarapan awal lagi..”
Ajis mengangguk faham. “abang nak saya temankan?” gilaran Airen pula membalas sekali dengan gaya gediknya.
“sejak bila pulak kau nak ambik alih kerja aku ni?” tanya Ajis sedikit keras. Bengang juga bila dengar mulut itu berbisik manja dengan Fariz.
“sejak dua menjak ni..” balas Airen selamba.
Faris ketawa kecil. Kelakar pulak tengok muka monyok Ajis, mungkin pemuda itu menaruh perasaan pada airen. Tapi jelas malu- malu tapi mahu.
“emmm tak payahlah.. Ajis dengan Airen buat saja keje lain, lagipun abang bukan tak boleh jalan sendiri”
“Abang tak takut jalan sorang-sorang? Lagipun Airen cutihari ni memang banyakmasa nak temankan abang. Lagipun abang kan tak tahu lagi keadaan pulau ni..” sempat Airen melahirkan idea bernas.
“alaa abang fariz ni kan lelaki nak takut apa?”
Airen menjulir lidah kearah ajis. Memang kalau dan dengki tu dengki juga.
“dah..dah jangan nak bergaduh pulak. Kalau Airen nak temankan abang boleh tapi kena minta maaf dengan Ajis dulu.”
Bulat mata Airen mendengar permintaan Fariz.
“kenapa pulak kena minta maaf buka hari raya pun..”
Ajis tersenyum puas. Terasa nak dipeluk saja tubuh Fariz tanda terima kasih yang tak terhingga. Hari ini dalam sejarah kalau Airen meminta Maaf. Fuhhh hebang betul aura abang Fariz ni.
“maaf..” suara itu kedengaran cukup perlahan.
“apa? Tak dengar” usik Ajis sengaja..
“aku minta maaf..yang pekak sangat tu kenapa?” suaranya kembali tinggi. Geram juga kerana terpaksa buat kerja tak cerdik ni.
“ok abang jom..” laju Airen menarik lengan baju Fariz. lelaki itu jelas terkejut tapi langkah tetap diatur perlahan mengikut Airen.
akhirnya Airen berjaya memujuk hati Fariz. terbayang wajah kelat Ajis bila mereka berjalan seiringan meninggalkan Ajis. padan muka. Airen tersenyum lagi.
“Abang Fariz kerja apa?”
“kerja biasa jer..” soalan Airen dijawab seringkas mungkin.
“keje biasa ada ke dekat KL tu?”
Fariz tersenyum, bijak gadis ini menarik minatnya, “Abang berniaga sikit-sikit..”, Fariz berjalan perlahan mengikut langkah kaki Airen. Dibiarkan ombak yang menepis kaki jeansnya. Dibiarkan basah.
“hooo mesti banyak duitkan…”
“banyak tu tak adalah tapi cukuplah untuk belanja sendiri, Airen dah lama kerja dekat sini?”
“emm lama dah setahun lebih jugalah.. tuan punya resort ni baik sangat itu sebab Airen suka sangat kerja dekat sini”
Fariz memandang sekilas senyuman lebar Airen. Wajah itu Nampak begitu teruja bercerita tentang dirinya.
“emmm Ajispun cerita benda yang sama, tapi abang tak berpeluang lagi nak jumpa dia”
“nanti saya kenalkan abang dengan dia.”
“luas juga kawasan ni…. Cantik” pujian itu keluar dari mulut Fariz.
“abang bukan orang pertama yang cakap, hampir semua pengunjung dekat sini cakap benda yang sama. Pantai kami ni pantai yang paling bersih abang tahu tak.. setiap hari bos akan pantau setiap unit”
“apa yang menarik dekat sini?”
“Airenlah…” jawab airen pendek dalam ketawa kecil.
“hah??!!”
“gurau jelah… banyak yang menarik, nanti abang akan jatuh cinta dengan pulau ni perlahan-lahan..sebalum tu kita pergi makan dulu nasi lemak sotong dekat sini memang terbaik..” ucap Airen ramah.
“Fariz hanya mengangguk setuju. Yakin bila melihat Airen memang banyak tahu tentang pulau ini.
Dalam keasyikan menikmati keindahan dan desiran ombak matanya terlekat pada insan yang berdiri agak jauh dari mereka. Langkah kaki Fariz kaku. Matanya cuba sekali lagi memproses apa yang dilihat. Sah memang dia.
“Ayuni?” nama itu meniti di mulutnya tanpa sedar.
“siapa bang? Kenapa?” tanya Airen pelik. Pelik melihat aksi Fariz sambil matanya mencari-cari apa yang di lihat lelaki itu. Tak kan kena tegur dengan Hantu laut pulak.
Fariz tak menjawab. Langkahnya semakin laju mengejar bayang yang dilihat tadi.
“Ayuni…..!!” suaranya semakin kuat bersama langkah yang semakin laju. Bimbang kalau wajah itu hilang dari pandangannya.
Gila kau 47
“papa tak rasa ke macam ada yang tak kena? Tiba-tiba abang hilang macam tu je.. dan tak mungkin abang Man akan tinggalkan kak Intan macam ni..dia sendiri mengaku yang kali ni dia serius” Mira cuba memancing perhatian papanya, dia mahu ada juga yang berpihak padanya.
Dato Hashim duduk kembali ke sofa. Kopi yang tadinya panas sudah sejuk. Ketika ini otaknya masih belum boleh memikirkan soal makan dan minum.
“tapi tak mustahil dia akan buat semua ni..Mira lupa macamana dia boleh tinggalkan Malaysia semata-mata sebab papa paksa dia sambung belajar..” memang sikap anaknya yang sorang itu cukup sukar diramal. Tapi entah kenapa jauh di sudut hatinya dia seakan merasakan memang ada yang tak kena. Tapi otaknya seakan menolak secara perlahan.
Mira berdengus kuat. Dia mengaru kepala, sejak tadi puas dia menghubungi beberapa teman rapat Lokman. tapi semuanya pelik dan tak tahu kemana Lokman menghilang. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang sudah terbatal.
“jadi apa kita nak buat sekarang ni papa?”
belum sempat soalan Mira dijauh, Datin Maznah sudah turun mendapatkan anak dan suaminya.
“tak payah susah-susah.. tadi along dah call mama dia kata dia ok.. sekarang dia tengah bercuti, mungkin sebulan atau mungkin dua bulan.. dia pesan jangan risau..”
bulat mata Dato Hashim mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya. Dia bangun berdiri tegak di sisi Datin Maznah. Mata masih memandang tepat ke arah wajah selamba Datin Maznah.
“apa??!!! dia pergi bercuti?.. apa dia ingat ini kerja main-main ke...suka hati dia nak tinggalkan majlis macam tu aje? Tak fikir hati dan perasaan orang langsung..”
“ehh abang ni nak marah pulak. Sepatutnya kita bersyukur yang lokman tu tak jadi pilih perempuan tu.. kan bagus tak adalah cacat keturunan kita nanti..mungkin dia dah sedar yang perempuan tu memang tak layak jadi menantu kita”
“layak tak layak itu hal nombor dua.. apa yang penting dia dah malukan muka saya ni.. apa saya nak cakap pada pihak perempuan lepas ni?”
Datin Maznah mencebik.
“apa yang abang nak pening-pening kepala ni..kan dia dah kawin dengan pak sanggup mana entah..”
“Maznah jaga mulut tu jangan melampau sangat..” suara Dato Hashim mula meninggi..
“dahlah malas saya nak layan abang ni..tak akan sebab budak tak tentu keturunan tu kita nak bergaduh pulak..lagipun bukan saya yang buat keputusan tapi anak awak tu jugakan..”
“masalahnya saya masih tak boleh terima apa yang dah anak kita buat, kenapa dia buat semua ni..kenapa mesti dia nak malukan saya?” Dato Hashim masih tak puas hati.
“suka hati abanglah.. apa yang saya tahu saya sentiasa sokong anak saya.. walau apapun keputusan dia saya sentiasa ikut”
Datin Maznah meninggalkan suami dan anaknya yang masih dengan tanda Tanya,geram juga hatinya bila tak habis-habis perempuan tak guna itu juga yang dibela.
“papa rasa kehilangan abang ada kaitan dengan mama ke?”
“kenapa Mira cakap macam tu?” tak sangka tekaan Mira sama dengan apa yang ada di fikirannya sekarang.
“entahlah.. Mira pelik kenapa mama macam tak kisah pun abang Man hilang..”
“Mira jangan risau, papa akan siasat semua ni..” Dato Hashim membuat keputusan. Memang ada yang tak kena.
Suasana di kafe 2in1 agak tenang. Mungkin sebab masih awal lagi. Fazrul memandang wajah Datin Maznah dengan pandangan pelik. Entah apa mimpi orang tua ni pagi-pagi dah ajak dia keluar makan.
“apa mimpi mak ngah ni siap nak belanja makan, dah buang tabiat ke?”
“kau ni kalau bercakap tak sakitkan hati aku tak boleh ke?” suara itu sudah mula meninggi. Fazrul hanya tersengih.
“saya tak fahamlah Mak ngah ni, anak hilang pun macam tak ada apa.. tak akan mak ngah tak risau kot si lokman tu hilang. Dahlah lari dari majlis perkahwinan sendiri memang bodoh..”
“apa kau cakap Rul.. aku tak dengar.”
“Yalah.. dah elok-elok dapat bakal isteri sikit punya cantik, meletop pulak tu boleh pulak dia lari… hishhh tak ke bodoh namanya tu?”
“haiiii dulu bukan kau ke yang sibuk dekat aku kata perempuan tu jenis bukan-bukan lepas tu kau kata anak aku bodoh pulak, kau ni sebelah mana sebenarnya?”
Fazrul terdiam. Alamak terlepas cakap pulak. Tapi memang dia adalah orang yang paling gembira bila mendengar berita kehilangan Lokman. Aman sikit hidupnya di pejabat. Tapi yang membuatkan dia terkilan sebab Intan memilih untuk berkahwin juga dan pilihannya bukan calang-calang orang.
“kau tahu apa perkembangan perempuan tu?” soalan Datin Maznah dibalas dengan ketawa kecil. “yang kau ketawa tu kenapa?”
“haiii kenapa nak ambil berat pulak dengan menantu tak jadi mak ngah tu? Dia dah kahwin dengan jiran dia. Dan apa yang Mak ngah kena tahu suami dia adalah anak Pengerusi Global Holding juga merangkap CEO. Lebih hebatlah dari si Lokman tu” jawab Fazrul bangga. Padan muka Mak cik dia yang sorang ni. Ingat duit dia boleh beli semua benda.
“mana kau tahu?”
“kalau tak Si mamat tu lebih cepat dari saya. Intan tu dah jadi Isteri saya..”
Bulat mata Datin Maznah mendengar ayat yang keluar dari mulut anak buahnya. Memang nak kena budak ni.
“saya gurau ajelah Mak ngah..” Fazrul mengalihkan pandangan. Cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya tersirat di hati. “jadi lepas ni bolehlah Mak Ngah jodohkan Lokman tu dengan menantu pilihan.”
“itulah rancangan aku..”
Fazrul mencebik. Memang tak masuk akal.
“hebat betul perempuan tu.. tak dapat Lokman, orang kaya juga dia sapu. apa ilmu dia gunapun aku tak tahu..”
“Mak ngah nak jumpa saya ni ada hal apa?”
“aku nak kau buat satu kerja ni?” suara Datin Maznah kembali berbisik. Mungkin bimbang ada mata yang memandang dan mendengar.
“kerja apa? Jangan cakap Mak ngah nak suruh Rul bunuh orang..”
“kau ingat aku bodoh macam kau..” suara Datin Maznah mula meninggi. Memang macam petir. “tapi ingat biar pecah diperut jangan pecah di mulut, siapapun tak boleh tahu… kalau kau bocorkan rahsia siap kau..”sambung datin Maznah berbau ugutan, Fazrul hanya tersenyum.ugutan Mak Ngahnya langsung tak lekat di hati.
“alaa Mak ngah ni macam baru kenal Rul semalam.. tahulah Rul nak buat apa lepas ni, tapi macam biasalah Mak ngah buat kerja bahaya ni tak akan pakai air liur aje..”
“yang tu kau jangan risau.. siap kerja kau siaplah duitnya..”
Fazrul tersenyum lagi. Duit punya pasal semua boleh selesai.
*****
Dah hampir 15 minit Intan masih mengadap Tin sardin tapi usaha untuk membukanya masih gagal. Selama itu juga Shahrul hanya tercegat di tepi memandang dengan padangan tak puas hati. Nasib baik Mak mentuanya tak ada kalau ada tak ke malu, nak buka Tin ni pun tak tahu.
Tadi shahrul menghantar SMS memintanya memasak roti sardin, Mak Siti tak ada di rumah katanya balik kampung dengan Farid. Mulanya dia enggan tapi mengenangkan status sebagai isteri tak salah rasanya dia melakukan tugas kecil itu. Lagipun jauh di sudut hatinya kesian membaca ayat memohon pertolongan dari suaminya sendiri.
“sinilah abang tolong…”
“tak payah saya boleh buat sendiri..”bantah Intan, tangan shahrul ditepis. Shahrul mengeleng perlahan. Memang degil. Wajah kemerahan Intan dipandang dengan ekor mata. Tin sardin masih belum Berjaya dibuka.
“kalau tak boleh buat biarlah abang tolong..”
“kan saya kata saya boleh buat.” Suara Intan sedikit tinggi.
“boleh apanya macam tu.. kalau macam ni sampai esok tak buka dan sampai seminggu ni tak tahulah boleh makan ke tak roti sardin goreng ni..” bisik Shahrul, sengaja dikuatkan biar isterinya itu sedar diri.
“adoiii!!!...” jeritan Intan membuatkan langkah Shahrul terhenti dia kembali berpatah balik ke dapur.
“Ya Allah..” itu saja ayat yang keluar. Darah sudah menitis di lantai. Intan terus mencapai kain di hujung meja lalu membalut luka di ibu jarinya. Darah pekat masih mengalir keluar.
“ abang nak tolong tadi tak bagi… degil, jangan pakai kain tu, kain tu kotor nanti kejap abang ambikkan first Aid.. “ dengan pantas Shahrul hilang. Tak sampai dua minit dia kembali dengan kotak berwarna putih ditangan.
“tak ada apa-apalah..sikit aje ni”
“sikit apa kalau darah banyak macam ni.. macamana boleh jadi ni.” Shahrul mengajukan soalan tak berapa cerdik.
“ikan sardin dalam tin tu gigit kot..” balas Intan selamba.
“memang nak kenalah tin ni..” ucap shahrul geram. Intan hanya berwajah selamba walaupun ngilu di jarinya terasa. “sakit?” Tanya shahrul kembali.
“tak..”
“tu muka macam sakit” mata mereka bertentang. Intan geram. Suka hati nak kenakan orang.
“mana ada.. tak Nampak muka gembira ni, tak Nampak?..“ sehabis boleh Intan menarik senyum yang dibuat-buat.
Ketawa shahrul yang tadinya ditahan akhirnya pecah. Pertama kali dia melihat senyuman tak ikhlas yang mengelikan hati dari wanita kesayangannya itu. Memang lawak. Rasa risaunya berlalu begitu saja.
“ suka pulak.. ingat orang buat lawak apa..” marah Intan sambil menarik kasar tangannya yang sudah siap dibalut. “ehhh… ini luka ke patah ni..kenapa balut macam ni? ”
Ketawa shahrul mati tiba-tiba. Tangan Intan dilihat sudah berbungkus cantik. Dia mengaru kepalanya lagi, ehh macamana boleh terbalut macam tu.
“alamak abang asyik sangat tengok tangan sayang sampai terbalut macam tu.. maaf, mari sini abang betulkan balik..”
“tak payahlah saya boleh buat sendiri”
Intan berlalu keluar dari dapur.
“habis roti sardin goreng apa cerita?”
“tak jadilah..nak makan juga pergi beli dekat kedai”. Terdengar jeritan isterinya yang sudah melangkah pergi.
“Adoiii kempunan lagi aku nak merasa masakan isteri. Haiii siapa tak sayang isteri oiiiii… kau ni tin pun satu yang kau gigit tangan isteri aku tu buat apa kan dah tak dapat makan roti sardin memang patut pun kau duduk dalam tin..” shahrul membebel sendiri.
Melihat jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Nak keluar ke tak ni? Shahrul berkira dalam hati. Kalau tidak disebab perut yang sudah menyanyi lagu rock tak mungkin dia akan keluar saat badannya dibeban rasa penat. Lemah semua sendi. Haiii nasib badan,mak jauh isteri pulak dah macam jiran.
“ehhh nak kemana tu?” soal Maya melihat temannya sudah sedia memakai tudung.
“nak pergi beli sardin kejap..”
“kenapa?”
“tadi shahrul teringin nak makan roti sardin, tapi tak sempat aku nak masak dah luka pulak tangan ni..” jelas Intan lagi. Maya mengangguk sambil tersenyum. “yang kau tersenyum tu kenapa?” Tanya Intan geram.
“ehhh tak adalah sayang jugak kau dengan dia ek.. ingatkan dah buat tak tahu tadi..”
“Mak Siti suruh tengok-tengokkan dia..”
“tak payah belilah.. ada ikan sardin dekat dalam kabinet tu.. roti ambik je roti aku atas meja.. setakat dia nak makan sorang memang lepas..”
Tanpa banyak soal Intan terus masuk semula ke dapur. Entah kenapa sejak tadi hatinya tak senang sebab meninggalkan shahrul macam tu je. Rasa bersalah mula terasa bila mengingatkan wajah lelaki itu.
Tak sampai sejam Roti sardine gulung sudah siap dimasak. Satu persatu disusun di atas pinggan. Nama Maya dipanggil beberapa kali. Temannya yang asyik melihat ady putra dalam majalah berpaling.
“kenapa?”
“kau tolong aku hantar dekat dia…” Pinta Intan sambil melangkah dekat dengan sofa tempat duduk Maya.'
“hah? Kau gila..dah pukul berapa ni..hishhh tak naklah.. “
“habis tak akanlah aku nak hantar..”
“mestilah kau..” Maya yang akhirnya membuat keputusan. Memang tak akan ada bantahan. Intan terdiam. Roti sardin goreng dipandang lama.
“tak payah arrr.. kau makan ajelah..”
“Intan kau tak kesian ke laki kau tak makan?..lapar malam-malam ni?.. berdosa tau. Lagipun ini salah satu tanggungjawab kau..”
Intan terdiam. Maya simpan senyum hakikatnya dia sengaja menimbulkan rasa bersalah dalam diri temannya. Bukan niat untuk mengena tapi lebih kepada membetulkan keadaan. Tanpa banyak soal Intan mencapai kembali tudungnya di hujung sofa.
Kerana kau 23
Wajah sahabat didepannya itu dipandang lama. Memang naik berbuih mulutnya menasihatkan perkara yang sama tapi masih belum boleh diterima. Kalau diberi pilihan mahu saja dicuci otak si Iqbal ni dengan pencuci tandas biar bersih tanpa kotoran.,
“kau jangan bagi muka sangat dengan dilla tu.. aku tengok dok berkepit aje dengan kau”
“elehhh kau jelous ekkk..” usik Iqbal. Hamzah cebik, tanda protes dengan apa yang didengar. “dia ajelah buah hati yang aku ada… dengan anak kau tu ajelah yang aku nak bercinta”
“aku dengar macam-macam keluar dari mulut dia pasal kau dengan cik Ayuni tu..ada apa-apa ke?”
“hishhh… kau ni macam tak kenal anak kau tu macamana…cita-cita dia kan nak jadi wartawan so masa nilah dia nak praktik macamana nak buat gossip..” Iqbal ketawa sendiri teringat cita-cita pelik dilla.memang glamor punya cita-cita.
“kalau betul pun apa salahnya..lagipun aku tengok Cik Ayuni tu sikit punya cantik, bila dia senyum memang comel je.. sejuk mata memandang”
Iqbal tersenyum mendengar pujian temannya. Memang betul 100% tapi nak senyum tu yang payah.kalau Nampak dia senyum memang bertuahlah badan.
“kau tahukan kerja aku..”
Hamzah diam. Bila diungkit pasal kerja Iqbal, dia paling puas memberi nasihat. Naik berbuih mulut bercakap benda yang sama.
“sampai bila kau nak buat kerja tak ada faedah ni?.. lagipun resort ni dah cukup untuk bagi kau kerja. separuh dari resort ni adalah hak kau..” Hamzah meninggikan suaranya. Sengaja ditegaskan hak Iqbal, biar temannya itu sedar.
“aku ada lagi satu tugas.. lepas tu aku akan tinggalkan kerja ni macam yang kau nak..”
“tapi kerja kau ni bahaya.. kalau kau Tanya aku, untuk yang ke seratus kali aku tak setuju langsung dengan apa yang kau buat”
“aku tahu.. tapi tugas kali ni aku kena juga buat. Kau jangan risau lepas ni aku akan pastikan semua urusan resort aku buat lepas ni kau duduk goyang kaki ok..”
Hamzah mengeleng kepala. Lain yang orang cakap lain pulak yang dia nak buat.
“aku risaukan keselamatan kau..” suara itu kedengaran perlahan. Namun didengar jelas di telinga Iqbal.
“aku tahu…” belum sempat ayat dihabiskan suara dilla kedengaran memanggilnya kuat.
Hamzah mencubit pipi kanan anaknya. “apa anak dara papa ni menjerit-jerit macam tu?” dilla hanya tersengih menjawab soalan ayahnya.
“Uncle Iqbal.. jomlah…”
“nak kemana?”
“adalah…cepatlah ikut dilla…dilla ada masalah ni” suara si kecil serius.
tanpa banyak soal Iqbal hanya menurut kata anak temannya itu. Budak kecik ni bukan boleh banyak soal. Lagi banyak soal lagi pening jawapan yang dibagi.lebih baik ikut aje lepas tu baru soal siasat.
*****
“kenapa pulak kena pilih uncle?papa kan ada?”
“ papa tu dah tua… lagipun papa tak hensem..” ketawa Iqbal kedengaran kuat. memang nasib kaulah hamzah dapat anak berterus terang macam ni.
“so dilla nak cakap uncle ni hensemlah?” laju anggukan si kecil. Tiba-tiba hati Iqbal menjadi kembang. “oklah uncle setuju.. cepatlah dilla lukis..”
“bukan dilla yang nak lukis.. tapi kawan dilla..”
“pulak… siapa?”
“tu..” laju matanya di arahkan kepada insan yang ditunjuk oleh dilla. Iqbal terkejut melihat wajah tak senang Ayuni. Ditangan wanita itu ada buku lukisan dan dua batang pensel 2B.
Iqbal tahu yang Ayuni juga terpaksa. Tapi dalam hati dia terasa ingin memeluk Dilla kerana dua hari ni cukup payah dia ingin melihat wajah itu. Inilah peluang dia nak menatap wajah putih bersih milik gadis misteri itu.
“Seriuslah sikit!!” suara Ayuni kebosanan.dari tadi dia sudah cukup bersabar dengan lagak lelaki ini. Entah dari mana datangnya dia sendiri tak tahu. Kalau bukan disebabkan permintaan Dila jangan harap dia akan sanggup berjam-jam bersama mereka di sini.
“aikk.. marah pulak, saya kan model awak so kenalah cakap dengan penuh manja..” dilla ketawa kecil mendengar ayat Iqbal..
Gerak tangan Ayuni berhenti. Matanya memandang tajam kearah Iqbal yang sudah bangun membetulkan pinggangnya.
“ehhh awak tahu tak dah berapa lama saya dok pose kat situ? Dekat sejam tau.. bagilah rehat sekejap..” sambung Iqbal. Faham sangat dia dengan jelingan maut Ayuni.
“alaaa.. uncle Iqbal sikit lagi je nak siap.. duduklah balik..” marah si kecil. Membuatkan Iqbal melangkah malas duduk kembali di bawah pokok. Nasib baik angin sepoi-sepoi bahasa petang ni kalau seperti selalu alamat lenjunlah bajunya bermandi peluh.
“ Dilla apa masalahnya sampai nak kena lukis gambar uncle ni.. lagipun kalau cikgu dekat sekolah tu suruh dilla lukis gambar uncle kan uncle boleh lukis sendiri.. ini minta tolong dengan orang yang salah..” bebel Iqbal. Sengaja mengumpan bibir itu supaya bersuara.dari tadi Ayuni hanya asyik dengan lukisannya. Hanya sesekali saja suara itu kedengaran itu pun klau terpaksa menjawab soalan dilla.
“uncle tak tahu… kak Ayuni lukis cantik..cantik sangat..” pujian yang ke seratus kali kedengaran lagi. Iqbal mencebik. Emmm apa saja yang keluar dari mulut kecil itu pastinya pujian.
“cepatlah sikit lambat arr…panas ni tahu tak” rungut Iqbal bosan. Kalau tahulah ini agenda dilla pasti dia tak akan mengikut kerenah budak kecik ni.
“ok dah siap…..” jeritan itu membuatkan Iqbal berpaling kea rah dua orang yang masih sedia berdiri tak jauh dari tempat duduknya. Dilihat buku kertas lukisan itu sudah bertukar tangan kepada dilla. Anak kecil itu bersorak riang.
Iqbal tak senang duduk. Dia bangun terus menuju kearah dilla, hatinya melonjak ingin melihat bagaimana rupanya dalam versi lakaran pensel. Mesti ada yang tak kena bila melihat ketawa pelik Dilla.
“apa yang kelakar sangat bagilah uncle tengok..” minta Iqbal sambil cuba mengambil lukisan di tangan dilla.
Lukisan itu dibawa jauh dari tangan Iqbal,”hissshh uncle tak payahlah tengok.. tadikan kata tak nak tengok..” marah si kecil itu.
Belumpun sempat ayat itu habis lukisan di tangannya terus dirampas. dilla menjerit sambil melompat ingin mengambil lukisannya kembali.
“mana boleh uncle tak tengok.lagipun ini kan muka uncle jadi uncle ada hak tau.. dan uncle boleh saman orang yang cuba menjatuhkan kehenseman uncle” suara Iqbal kuat sambil menjeling kearah Ayuni yang sedia dari tadi menjadi penonton.
“oklah dilla akak balik dulu..” suara itu menghentikan aksi dua insan. kedua-duanya memandang kearah Ayuni yang sudah melangkah perlahan meninggalkan tempat lepak mereka sejak tadi.
Langkah wanita itu dihantar dengan satu renungan yang sukar ditafsirkan. Iqbal menatap wajahnya versi lukisan pensel yang sangat sempurna. “ini uncle ke..?” tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutnya. Tak percaya dengan matanya sendiri.
“yelah… kan itu uncle, cantikkan kak Ayuni lukis.. hahhhh tulah tak percaya apa dilla cakap”
“emmm dilla uncle simpan lukisan ni boleh?”
Laju kepala si kecil itu mengeleng. “tak boleh!!”
“please…” suara Iqbal seakan memujuk. “ uncle belikan bear besar nak?”
“tak nak….” keputusan itu masih sama. Iqbal mengaru kepala yang tak gatal.
“uncle bagi belanja ais krim selama sebulan?”
Dilla mencebik. Wajah Iqbal dijeling dengan ekor mata.masih berkeras dengan keputusannya
“kalau dilla tak nak bagi lukisan tu dekat uncle.. uncle bagi tahu papa yang dilla ada hati dengan kawan sekelas dilla sebab tu dilla rajin pergi sekolah.”
Wajah comel itu muncung. Iqbal tersenyum, pasti kemenangan berpihak padanya. Memang tak sia-sia dia memegang rahsia anak kecil itu.
“penjahatlah uncle ni suka main tipu..” jerit dilla kuat.wajahnya jelas marah
“hishh mana ada uncle main..ini semua cubaan tau..sekarang macamana nak bagi ke tidak?”
Dengan terpaksa lukisan itu bertukar tangan. senyuman meleret Iqbal membuatkan wajah anak kecil itu bertambah kelat.
“oklah.. nanti uncle lukiskan yang lain untuk dilla. Lagipun mana boleh bagi gambar uncle hensem macam ni dekat dilla, nanti cikgu jatuh cinta pulak dengan uncle..siapa nak jawab pulak nanti?”
“cikgu dilla lelakilah..”
Iqbal ketawa kuat. Tektiknya tak menjadi. “hahhh kalau lelaki lagilah bahaya.. hish2..” sambungnya lagi cuba menyembunyikan senyumannya.
“kenapa uncle? Kenapa bahaya?” hahhh sudah soalan semakain bertemu soalan.
“ tak ada apa-apa..dah jom balik nanti papa risau pulak main dekat pantai ni sampai petang macam ni..”
Anak kecil itu masih lagi kaku di situ, Iqbal pelik. Dilla tersenyum sambil mengangkat kedua belah tangannya. Senyuman terukir di wajah Iqbal. hishhh manja betul budak ni. Dia merendahkan tubuhnya pantas Dilla meloncat ke belakang Iqbal.
“mak aiiikkk beratnya.. makan apa ni?”
“makan nasi.. cepat kuda, jalan laju..”
Mendengar arahan itu Iqbal berlari laju dan kedengaran suara ketawa kecil dilla dekat di telinganya. Mereka sama-sama ketawa.
*****
“kenapa pulak Riz tak boleh bawa kereta ni?”
“alasannya senang je.. nanti kalau ada kereta Riz akan balik esok so papa dan arahkan yang riz jangan bawa kereta” arah Datin NOrmah.tersenyum melihat wajah kerut anaknya.
“alaaa kalau ada kereta kan senang kalau nak makan angin..” satu lagi alasan keluar dari mulut itu. Fariz hari ini sudah diberi cuti dan sepatutnya sudah menaiki kapal terbang kemana dia sendiri tak tahu.
“hahhh.. sebab abang tu suka main tipu.. tengok pandai-pandai cancelkan tiket hari ni,macamana papa tak bising..” Aleyya keluar dari dapur sambil menatang dua gelas air. Satu untuk Fariz dan satu lagi untuk mamanya.
Wajah tak puas hati Fariz mencetuskan ketawa kecil Datin Normah. Faham sangat dia dengan sikap papanya, masih banyak masalah yang belum selesai tapi entah kenapa dia dipaksa bercuti. Mungkin kehilangan Ayuni tersangat memberi kesan kepadanya tapi kenapa?. Bukan ke dulu dia juga yang mengharapkan yang wanita itu tak akan pernah wujud dalam hidup mereka sekeluarga.
“mama ikut Riz sekali ek.. bosanlah Riz nak bercuti sorang-sorang”
“itulah kan mama, orang suruh kawen tak nak macam-macam alasan keluar dari mulut tu tapi bila dah jadi macam ni tahu pulak bosan nak bercuti sorang-sorang”
Datin Normah mengangguk setuju dengan kata-kata Aleyya. Kalau ikutkan hati memang dah lama dia nak Fariz berumah tangga malah dah beberapa orang anak kenalannya dikenalkan. Namun hasilnya tetap suram. Semuanya tak sesuai.
“kalau dulu Fariz ikut cakap mama.. mesti sekarang dah ada anak dua. Si Maria tu pun entah kemana menghilang..”
Fariz tersengih lagi. Teringat pada Maria, anak Tan sri Zakaria yang hampir-hampir menjadi tunangannya. Nasib baik Maria juga mengambil langkah melarikan diri kalau tidak tak tahulah macamana dia hidup dengan maria tanpa cinta.
“alaaa kan Fariz dah cakap tak jumpa lagi perempuan yang boleh buat hati ni dilanda rindu..”
“elehhh abang ni bercakap macam pakar cinta pulak..”usik Aleyya.
“Aleyya senanglah cakap sebab memang dah jumpa dengan orang yang memang dah curi hati tu..macam abang ni hati abang hanya pada mama aje.. kan mama..”
Aleyya menjulir lidah. Jauh didasar hati memang diakui yang Fariz sangat menyayangi mamanya. Tapi sengaja dia ingin mengusik, dah lama tak kenakan abangnya yang sorang ni.
“Fariz kena juga cari pilihan hati Fariz tu.. mama teringin nak tengok Fariz pakai baju pengantin sebelum mama tutup mata..” ucap Datin Normah sayu.
Aleyya terdiam. Tak sangka usikannya tadi membuatkan mama menjadi serius. Tiba-tiba rasa bersalah beraja di hati.
“Demi mama dan papa Riz akan buat apa saja walaupun terpaksa korbankan diri Riz sendiri” tersenyum Aleyya mendengar jawapan dari abangnya. Senyuman yang sama terukir diwajah Datin Normah.
“bila tiket seterusnya, kali ni abang janji tak akan cancelkan…” Fariz membuat janji.
“18 Jun..” jawab aleyya ringkas dalam senyuman.
“18 jun.. emmm lambat lagi..” suara Fariz. Dia mengangkat gelas minuman tapi geraknya terhenti seketika, seakan terfikir sesuatu..wajah Aleyya dan mamanya dipandang “ 18 jun bukan esok ke?” soalan itu bergema..
“Yes Encik Fariz.. sebarang surat menyurat dan permohonan tidak lagi dilayang sekian..”
Ketawa tiga beranak itu kedengaran lagi. Jelas bahagia.
****
Fariz tersenyum akhirnya dia sampai juga ke sini, dan terlakar senyuman papa, mama dan Aleyya yang tersenyum kerana rancangan merekaberjaya. Bertahun juga dia tak bercuti, seingatnya sejak dia mengambil alih Neraca Holding. Dalam hati dia berterima kasih kepada adam yang menjadi perancang segalanya.
“encik Fariz?!!” suara itu kedengaran dekat di telinganya. Membuatkan dia kembali kealam nyata.
“Ya saya..”
“saya ajib.. yang akan temankan Encik Fariz sepanjang percutian.. selamat datang ke Langkawi..” suara lelaki itu sambil senyum.
Fariz mengangguk faham. “berapa umur?” Tanya Fariz lagi sambil menanggal cermin mata hitamnya.
“22 encik..”
“kalau macam tu jangan nak berencik-encik.. panggil saya abang Fariz je lagi senangkan”
Jelas wajah lelaki itu tersenyum. Dari tadi ajib berkira-kira dalam hati bagaimana caranya dia ingin melayan anak orang kaya. Dari pengalaman sebelum ini ada saja yang tak kena bila dia terpaksa berdepan dengan spesies manusia yang mengangungkan duit. Tapi bila melihat dari cara Fariz dia yakin kerjanya akan berjalan lancar
“macamana boleh kenal Adam?”
“ohhh abang adam pernah datang sini..dekat sini kami jadi kawan baik dah jadi geng pun..” Fariz mengangguk faham.dalam hati tertanya-tanya bila masa adam sampai ke sini, rasanya kemana saja adam di situ ada dia..
“masa tu abang adam ada seminar..tinggal dekat resort ni..” jelas Ajib seakan memahami kerutan di dahi Fariz.
“cantik resort ni.. dah lama ajib kerja dekat sini?” Fariz mengalih topik.
“emmm dah dekat setahun jugalah… bos resort ni baik sangat tu yang best kerja dekat sini. Nanti saya kenalkan abang Fariz dengan bos saya..”
“boleh juga tapi sebelum tu.. abang nak mandi nak rehat dulu, penat sangat rasanya ni..”Ajis mengangguk setuju. Dia menyerahkan kunci rumah resort NO50 kepada Fariz.
Gila kau 46
Mata dibuka perlahan-lahan, terasa denyutan di kepalanya masih sakit. Mata kembali di pejamkan. Terasa ada tangan yang memicit kepalanya, selesa dengan sentuhan itu membuat dia membuka kembali matanya.
“ehh apa awak buat kat sini?” jeritnya perlahan. pantas dia bangun duduk tegak di atas katil.
Shahrul tersenyum dia tahu Intan terkejut. Wajah itu masih nampak lesu.
“rehat dulu.. lepas ni turun makan,jangan ikutkan sangat kata hati sampai kita lupakan tanggungjawab wajib kita.. walau apapun yang terjadi semua ni dah di takdirkan” bisik shahrul perlahan tapi cukup meninggalkan kesan di hati Intan.
Memang dia terlupa..lupa segala-galanya. Dalam diam dia mengakui kata-kata lelaki itu.
“tak apalah abang keluar dulu.. Intan kalau boleh bangun elok pergi mandi lepas tu solat.. kalau tak larat nanti abang panggilkan mak..” sekali lagi shahrul bersuara walaupun isterinya itu langsung tak memandang ke arahnya.
“tak payah..”
langkah shahrul terhenti. Suara emas Intan akhirnya menyapa telinganya. Dia berpaling.
“tak payah..saya dah boleh bangun” shahrul tersenyum lalu meneruskan langkahnya.
Pintu bilik kembali ditutup rapat. Intan masih lagi berteleku di atas katil. Entah kenapa fikirannya seakan kosong tak mampu menganalisis apa yang sudah dan bakal berlaku. Kata-kata shahrul terdengar kembali di telinganya pantas dia bangun terus menuju ke bilik air. Walau apapun yang berlaku dia harus pasrah.
***
“ehhh menantu mak dah bangun..Intan nak makan? Mari mak siapkan..” suara lembut Mak Siti memulakan bicara. Ummi sekeluarga sudah balik semalam, kini tinggal mereka bertiga saja di dalam rumah. Hanya ada dia,Mak siti dan shahrul.
“tak apa mak...kalau Intan lapar boleh ambil sendiri..” wajah tenang wanita itu dipandang sekilas. Suka ke wanita ini mendapat menantu seperti aku?.. atau terpaksakah dia senyum semata-mata untuk menjaga hati perempuan malang macam aku ni.
“ehhh menung apa lagi dekat situ...dah jangan berpanas pergi masuk rehat..” suara Mak Siti mengejutkan Intan.
“mak tanam apa tu?” soalan yang sengaja diajukan untuk menimbulkan suasana. Entah kenapa dia rasa janggal bila berdepan dengan wanita ini. Perasaan bersalah yang sangat menebal. Ya bersalah kerana terpaksa berdepan dengan insan yang terkena tempias sialnya....
Ya Allah.... intan mengucap dalam hati. Terasa dia berdosa kerana menyalahkan takdir langkah diatur mendekati Mentua barunya itu. Dilihat wanita itu sedang asyik dengan pokok bunga kertasnya.
“boleh Intan tolong?”
soalan itu disambut dengan senyuman..Mak Siti mengangguk perlahan, dalam hatinya dia berdoa agar menantunya itu akan membawa sinar bahagia buat keluarga, malah untuk anaknya shahrul iskandar.
Belum sempat tangannya menyentuh pasu bunga, kedengaran bunyi kereta berhenti betul-betul di sebelah taman. siapa lagi kalau bukan sharul.
“ehh kenpa pulak budak tu balik.. rasanya tadi dia kata ada meeting..”kedengaran suara Mak Siti masuk ke telinga. Namun Intan sekadar meneruskan tugasnya, kehadiran shahrul seakan tak dipedulikan. Namun dari ekor mata dia nampak langkah lelaki itu menuju ke arah mereka.
“kenapa balik awal?” tanya Mak Siti. Dalam diam hatinya tahu apa yang bermain di fikiran anaknya. Dia tahu shahrul masih risaukan isterinya.
“kerja tak banyak dekat ofis..lagipun shah dah ambil cuti..” suaranya sambilmenjeling ke arah Intan yang masih tunduk mengadap pasu sambil menguis tanah.
“cuti? Cuti apa pulak?”
“cuti kahwinlah... kan shah kawin express so kena minta cuti la..rugi pulak tak cuti..” gurau shahrul. Gerak tangan Intan terhenti.
'Kawin express' perkataan itu bagai menyimpah air panas ke mukanya. Pedih tiba-tiba,terasa macam nak menangis.
Intan bangun, dia meletakkan pasu bunga kecil ke tempat yang sepatutnya. Wajah mak Siti dipandang.
“Mak.. masuk dulu ek.. kepala tiba-tiba sakit..” tanpa menunggu jawapan dia terus meninggalkan dua beranak itu terpinga-pinga.
Shahrul mengaru kepalanya. “ shah salah cakap ke mak?”
Mak Siti menepuk bahu anaknya dan mengangguk kecil. Dia perasan wajah Intan berubah bila mendengar gurauan shahrul.
“kenapa balik awal? Risaukan Intan?” tanya Mak siti lembut.
Shahrul tersenyum dan mengangguk perlahan. Memang sejak Intan menjadi haknya wajah wanita itu sentiasa bermain di fikiran dan sentiasa berbisik di hatinya. Atara percaya atau tak dia memang dan gila..mungkin inlah dia yang orang katakan gila bayang.
*****
Kenapa lelaki selalu menyusahkan hidup seorang wanita? Bukankah wanita sepatutnya berada dekat dengan hati untuk disayangi bukan di kepala untuk dijunjung dan bukan juga di kaki untuk disakiti.
Surat yang tadinya sudah dicampak jauh dibuka kembali. Kenapa lokman sanggup buat semua ini?.kenapa mesti disaat dia sudah mengenakan baju pengantin baru lelaki itu sedar yang mereka tak sepadan?.
Ratusan hadiah masih tersusun cantik di sudut bilik. Wangian serta haruman yang dulunya dirasakan nyaman kini sangat menyesakkan dada. Kini dia seakan hilang punca.hilang arah tuju. Baju persandingannya masih tergantung cantik di tepi almari.
“apa yang berlaku ni mesti ada hikmahnya.. Allah tak akan menduga umatnya jika umatnya itu tak mampu diduga.. Intan dipilih untuk menerima cubaan ini, jadi Intan kena kuat Nak..” suara pujukan Ummi kedengaran jelas di telinganya.
Bunyi pintu membuatkan Intan berpaling. Wajah lelaki yang sudah menjadi suaminya itu dipandang. Hakikat yang masih sukar diproses ketika ini. Langkah shahrul terhenti apabila kakinya tersepak sesuatu. Gumpalan kertas itu diambil dan dibuka perlahan. Dia membaca semula tulisan bekas tunang isterinya dalam diam. Dalam hatinya tertanya-tanya dalam sangatkah cinta isterinya pada lelaki ini.
“nak simpan atau nak buang?” soalan itu kedengaran tegas.
Lama Intan mereka terdiam. “buanglah..” bisik intan perlahan. Shahrul membaling surat itu tepat-tepat masuk ke dalam bakul sampah kecil di penjuru bilik.
“macamana dah elok sikit?” suara garau itu kedengaran lembut. Entah kenapa soalan itu seakan mengundang pilu di hatinya. Intan melarikan matanya kembali melihat susunan hadiah yang tersusun. Kata-kata shahrul tadi masih terkesan di hatinya.
Shahrul menarik nafas perlahan. Dia tahu apa yang bermain dalam hati kecil wanita didepannya itu. Kali ini entah kenapa dirasakan dia berasa lemah bila terpaksa bertentang mata dengan Intan azura walaupun wanita itu sudah sah menjadi miliknya. Mana perginya ego yang selama ini dipertahankan dia sendiri tak tahu.
“ni mak ada buatkan bubur nasi dengan sup... makan dari pagi tadi tak makan apa-apa”
apa yang keluar dari mulut shah langsung tak memberi kesan kepada Intan.dia masih lagi di posisi yang sama. Entah apa yang bermain di fikirannya dia sendiri tak tahu. apa yang pasti dia tak sanggup untuk menatap wajah lelaki yang setia memandang ke arahnya itu. Tiba-tiba rasa bersalah yang amat sangat memuncak.
“kan saya kata kalau saya lapar nanti saya ambil sendiri... jangan layan saya macam ni ,kenapa awak buat semua ni?”
Soalan Intan dibiarkan berlalu. Shah masih memandang wajah yang bersuara tapi masih enggan menatap wajahnya. Shahrul terkilan.
“saya minta maaf sebab buat awak berada dalam keadaan bodoh ni… lepas ni awak boleh lepaskan saya..anggap sajalah apa yang berlaku ni hanya satu kesilapan..” mudah saja ayat itu keluar dari mulut Intan. Shahrul pejam mata pelahan. Pedih terasa sesak dadanya.
Intan menjeling sekilas kearah wajah tenang di sebelahnya. lelaki itu dari tadi hanya duduk sambil membaca majalah yang entah apa tajuknya. Sejak mereka bergelar suami isteri terasa hubungan antara mereka semakin sukar. kalau dulu mulutnya seakan senang melemparkan kata-kata pedas tapi kali ini dia seakan malu nak bertentang mata dengan shahrul Iskandar.
“apa yang buat awak rasa semua ini satu kesilapan?” akhirnya suara itu menikam telinganya. Lembut tapi cukup menakutkan. Takut??!!! Kenapa perkataan itu mesti wujud dalam dirinya kini.
Intan hanya diam. Tiada jawapan untuk soalan itu.
“saya tak akan buat awak terikat dengan apa-apa... lepas ni kita akan hidup macam dulu. Awak bebas lakukan apa saja dan saya akan pastikan yang awak tak akan bertanggungjawab dengan saya, tolong jangan kesiankan saya shah..”
“apapun yang terjadi semuanya dah berlaku..antara abang dan Intan dan ada ikatan,tapi Intan jangan risau abang tak akan pernah nak sekat perjalanan hidup Intan, tapi cukuplah kalau Intan sedar yang abang ni suami Intan..”
shahrul berniat untuk keluar, tak boleh kalau dia terus di situ. Lagi lama dia melihat wajah sayu isterinya selama itu juga dia akan kecewa. “jangan lupa makan”sempat dia berpesan sebelum keluar. Pintu bilik ditutup rapat.
abang?!! ayat yang keluar dari mulut shahrul memang susah ditafsir. Intan melepaskan keluhan perlahan. Bubur nasi dan sup yang ditinggalkan shahrul di atas meja dipandang sayu.
***
“betulke apa kau buat ni Intan?” soalan Maya berjamah telinga.
Intan bangun dan bersandar malas di dinding bolkani. Angin petang yang menyapa pipinya sedikitpun tidak menyamankan seperti selalu. Mungkin sebelum ini dah banyak kali dia mendengar adegan sebegini dalam novel tapi kini bila realiti semuanya jadi serba tak kena. Betul kata orang hidup tak semudah kisah hero dan heroin dalam novel. Semua jalan ceritanya boleh diubah dan dicorak oleh penulis.
“entahlah..” hanya itu yang mampu dilahirkan.
“aku faham apa yang kau rasa tapi macam apa yang kau dah dengar dari mulut-mulut laser taman ni.. semua orang dah mengata Mak Siti.. kesian aku tengok”
“shah tak kata apapun..”
“memang arr dia tak kata apa.. sebab belum sempat dia nak berkata apa kau dah buat keputusan macam ni. Nama aje dah jadi suami isteri tapi lepas seminggu kau balik ke rumah ni..”
satu keluhan berat keluar dari mulut Intan. Memang berat apa yang ditanggung sekarang. Emmm bukan dia pekak untuk mendengar semua ini,dia juga tak buta untuk lihat apa yang dah berlaku.
“macamana sekarang ni? Apa pulak yang akan terjadi lepas ni?” sekali lagi Maya mengutarakan soalan yang dia sendiri taka da jawapannya.
Intan kembali duduk lesu di hujung sofa. Baru dua hari dia bergelar isteri hati dan jiwanya tak pernah tenang. Terlalu banyak yang difikirkan sehingga ada saja yang akan membuatkan hatinya berkocak tak tenteram.
“semua ni hanya satu drama yang dipentaskan untuk menutup kononnya maruah yang sebenarnya kini juga tak bererti bagi aku..”
“itu mungkin kau boleh persoalkan sebelum kau menjadi isteri tapi sekarang kau adalah isteri Shahrul yang sah.. kenapa kau tak suarakan masa semua orang sibuk mengatur masa depan kau?..kau tak boleh salahkan shahrul ini semua salah Lokman.. entah mana jantan tak guna tu pergi aku pun tak tahu…”
“lelaki memang semuanya sama.. semuanya hanya nak mengambil kesempatan..” bisik Intan perlahan. Entah kenapa marahnya pada insan bernama lelaki menutup semua pintu hatinya.
Maya mengeleng tak setuju.memang kalau ikutkan kata-kata Intan itu berasas tapi hakikatnya yang sebenar bukan itu yang sepatutnya terjadi.
“walau apapun yang kau kata dia tetap dah jadi suami kau.. dan kau dah berdosa sebab tinggalkan dia macam ni je.. “
“aku dah minta izin..aku tak nak dia menanggung beban disebabkan aku.. kalaulah dia cintakan orang lain tak ke aku berdosa kerana menjadi penyebab kemusnahan hubungan cinta wanita lain.. tiba-tiba aku rasa macam kejam sangat, aku memang pentingkan diri sendiri”
Sekali lagi mata Maya membulat. seakan wajah temamnya itu berada dekat dengannya.
“bukan ini caranya Intan..kau akan buatkan diri kau lebih merana..”
“jadi kau nak aku buat apa Maya? Kau nak aku berpura-pura bahagia hakikatnya aku sendiri sekarang rasa macam separuh gila…”
“Ya Allah Intan.. mengucap, oklah kau beri masa dulu untuk diri kau fikir apa yang sepatutnya kau lakukan.. bukan senang nak untuk kau bangun tapi aku harap kau tetap INtan Azura yang dulu..”
Intan diam. Mampukah dia kembali kepada intan azura yang dulu selepas apa yang dah berlaku.. tak mungkin!! terasa seluruh hatinya kini sudah lumpuh. Tiba-tiba dia teringatkan yayasan..rindunya dia pada kenangan dulu. air mata menitis tanpa sedar.
Kerana kau 22
Adam tersenyum memandang wajah kerut Fariz yang memang tak tahu menahu tentang rancangan bodohnya ini. Nasib baik Aleyya nak berkerjasama kalau tak alamat tak dapatlah dia menipu sahabat baiknya ini.
“apa sebenarnya ni..kau cuba cerita sikit dekat aku?”
“ini rancangan aku.. saja nak bawa kau datang sini biar terubat sikit kepala kau yang dah berkarat tu dengan macam-macam masalah..”
“sekarang bukan masa yang terbaiklah adam.. “ marah fariz.
wajah comel disebelahnya masih diam membisu tiada lagi cerita-cerita yang keluar dari mulut kecilnya. Ayuni memandang sekali imbas wajah yang kelihatan resah itu.
“kenapa macam ada masalah aje? Nak kakak tolong?”
“habis tu kau ada ke masa terbaik selama ni.. sudahlah tu Riz, kadang-kadang kau perlu juga masa untuk berehat. Lagipun Dato Mansur sendiri dah bagi kau cuti sebulan dengan gaji siap bonus lagi kau nak apa lagi?”
Fariz mencebik. Dia tahu ini semua rancangan Adam, memang tak akan ada orang lain yang akan buat semua ni kecuali sahabatnya itu. Kalau difikir-fikirkan memang betul kata-kata adam. Dia perlukan masa untuk diri sendiri, biarlah dia berehat dari memikirkan masalah yang tak berhenti melanda.
“hal syarikat kau jangan bimbang.. akukan ada.. lagipun dah diakui yang aku lebih berkelayakan dari kau, so Encik Fariz awak diarahkan mengambil cuti dan ini dia tiket penerbangan ke langkawi... and dekat sana nanti aku kau akan jumpa kawan aku, dia akan jadi pemandu pelancong kau..” satu arahan keluar dari mulut Adam. Tiket MAS bertukar tangan.
“kau memang sengajakan...sekarang ni kita banyak masalah yang perlu diselesaikan..”
“dan sekarang juga kita dah hampir selesaikan banyak perkara.. kau jangan risaulah walaupun bukan semua tapi aku akan pastikan tugas kau berjalan lancar”
Fariz membelek tiket pernerbangan di tangannya. Hah?? 22 mei...
“minggu depan?.. hai cepatnya kau nak halau aku dari syarikat?” sindir Fariz mengundang ketawa kecil Adam.
“habis tu tak akan aku nak suruh kau pergi tahun depan? Baik tak payah..”
“kau memang sengajakan....” soal Fariz lagi.. tanpa membantah adam hanya mengangguk dan setuju. Memenag semuanya disengajakan.
Dalam masa yang sama aleyya masuk selepas dua kali mengetuk pintu bilik abangnya. Entah kenapa hari ini dia terasa teringin singgah di pejabat.
“hahhh ini lagi sorang dalang disebalik cerita?”
aleyya berkerut. Pelik tiba-tiba masuk kena sergah dengan Fariz. Namun dia cepat mendapat jawapn apabila melihat tiket yang ditempah ada di tangan abang kesayangannya. Dia akhirnya tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Adam.
“Aleyya cuma menjalankan perintah ek..jangan nak marah aleyya pulak lagipun bukan senang tau bos nak bagi cuti macam tu..” usik Aleyya lagi.
“kalau Yapun nak bagi abang cuti bagilah kke Paris ke, ke London ke, ini Langkawi? Hishhh langsung tak berbaloi..” giliran Fariz pula mengusik adiknya.
“itu dah cukup baik tau.. kalau ikutkan Leyya nak hantar abang ke Afrika.. biar padan muka..” terbayang wajah Fariz bila negeri itu disebut. Entah kenapa Fariz sejak dulu seakan fobia dengan nama negeri itu.
“kalau kat sana abang Riz rela bercuti dalam MM holding ni aje... eiiiii...”
Adam dan Aleyya ketawa. Fariz kembali duduk di kerusinya. Tiket diletakkan di atas meja.
“so macamana?” tanya Adam kembali..
“tengoklah macamana..kalau aku rasa nak pergi nanti aku pergilah...” jawab Fariz selamba.
“hahhhh baguslah jawapan tu, amalkan selalu...” adam meninggikan sura persis seorang ayah memarahi anaknya.
“abang Riz jangan nak mengada-ngada.. ini adalah arahan!!” Marah Aleyya. Wajahnya berona serius. Hishhh memang degil betul.
Fariz hanya tersenyum. Menang dia hargai usaha aleyya dan Fariz malah jauh di sudut hatinya dia sangat berterima kasih. Dia tersenyum lagi.
“kau nak pergi tak ni?..” sempat Adam mengugut.
“ok..ok aku pergi... kadang-kadang macam perompak plak kau ni..”
Adam ketawa sambil mengekori langkah Aleyya. Mereka meninggalkan Fariz dengan senyuman tak berapa sedap dipandang.
*****************
“masalah problem betullah kak..” ayuni tersenyum. Dah masalah problem pula. Macam berat aje ni. Dia berwajah serius walaupun dalam hati seakan ingin ketawa.
Duduknya dirapatkan ke tubuh kecil itu.
“kenapa?” sekali lagi dia bertanya.
“dilla susah hatilah kak...” akhirnya suara itu kedengaran.
“sudah hati sebab apa?”
“uncle Iqbal merajuk dengan dilla... dilla tak tahu nak buat macamana, dari semalam dia tak cakap dengan dilla” ayuni memandang kembali ke arah pantai. Rupanya hal itu yang dari tadi difikirkan memang budak-budak.
Lama mereka mendiamkan diri.masing-masing seakan memikirkan sesuatu. Ayuni sebenarnya malas nak ambil tahu tapi mengenangkan hanya dia yang ada di situ jadi dialah yang perlu menjadi pendengar. Ditambah pula dengan wajah comel dilla yang mengharapkan dia dapat membantu.
“kalau uncle merajuk.. dilla pujuklah dia, say sorry ke..”
“macamana? Dilla mana pernah bercinta ni..”
ketawa yang tadi ditahan akhirnya terlepas.
“apa pulak kaitan dengan cinta?” hisung kecil itu dicuit dengan hujung jari.
“ Yalah... kan orang bercinta yang merajuk-rajuk ni...dilla mana pernah bercinta nak pujuk orang merajuk..”
ayuni menganggu faham. Itu rupanya maksud disebalik apa yang tersirat.
“emmm kak Ayuni pun tak ada pengalaman tapi masa kawan akak merajuk dulu akak bagi dia coklat atas coklat tu letak kad minta maaf..”
wajah dilla kembali ceria. “boleh ekkk kak buat macam tu?” ayuni mengangguk.
“dilla buat sekarang..” pantas tubuh kecil itu berlari meninggalkan ayuni.
Ayuni mengeleng perlahan. Kadang kala dia merasakan yang dilla adalah kanak-kanak yang cukup bertuah. Dibesarkan dengan limpahan kasih sayang bukan saja dari keluarga tapi orang luar.
“Ayuni ini dari papa..” sejambak kunci dihulurkan kepadanya.
“apa ni Dato?”
“kereta baru.. anggap aje hadiah dari papa..” ceria wajah itu.
Kunci yang masih tergantung di tangan tua itu hanya dipandang dengan ekor mata. Lama dia berdiamkan diri. Renungan dihantar seakan ingin menyatakan sesuatu tapi entah mengapa satupun tidak keluar.
“saya tak perlukan hadiah mahal macam ni..”
“papa ikhlas... papa harap Ayuni terima...”
“sayapun ikhlas dato.. saya harap dato faham”
wajah itu ditinggalkan tanpa sebarang ucapan.
Ayuni mengesat airmata yang menitis di pipinya. Laju dia membuang kenangan yang tiba-tiba singgah di fikirannya. Kenapa Dato Mansur selalu gagal menawan hatinya. Atau sebenarnya hati ini sudah tawar.
-kau degil Ayuni kau ego.. kau sayang tapi menidakkannya..
-tak aku tak ego... aku tak nak dia rasa aku hanya nakkan harta..
-habis apa yang kau nak kalau bukan harta? Bisik hatinya keras.
-aku...aku...aku...
-kenapa kau takut nak cakap yang kau sebenarnya dahagakan kasih sayang?.
-bukan!!!
-jadi apa yang kau nak sebenarnya?!!
-aku nak dia rasa apa yang aku rasa... bisik sang hati lagi..
-kau bodoh ayuni...bodoh.....!!!
_Diam!!!!! kedua belah tangannya menutup kuat telinga terasa akan bisikan itu terlalu dekat.
“Ayuni...Ayuni.!!!”
“apa??!!!” sergahnya garang. Wajah Iqbal terlayar di mata. Jelas lelaki itu terkejut.
“awak kenapa?” tanya Iqbal lagi.
Ayuni enggan membuka mulut dia bangun dan terus melangkah pergi meninggalkan lelaki asing itu seorangan. Iqbal mengaru kepalanya.pelik dia melihat emosi wanita itu yang sentiasa berubah-rubah.
“mana kak ayuni tadi?” jerit si kecil dari belakang.
“dah balik...”
“kenapa dia balik?” tanya dilla sambil tangannya di pinggang.
“entah... uncle datang je dia terus balik..”
“dia tak sukakan uncle kot...” ramal si kecilitu.
Iqbal menjeling dengan ekor mata.
“ehhh kenapa uncle cakap dengan dilla? Uncle kan merajuk dengan dilla?” sambung si kecil lagi.Iqbal menahan ketawa, dia mula berwajah serius.
“bila pula uncle cakap dengan dilla... dilla yang cakap dengan uncle.. dahlah uncle nak sambung merajuk balik..jangan kacau uncle”
“hishhh kenapa orang bercinta ni suka sangat merajuk..” rungut mulut kecil itu lagi.membuatkan langkah Iqbal terhenti. Dia berpaling semula ke belakang.
“siapa pulak yang bercinta?”
“unclelah...mesti uncle cintakan kak ayuni ek..sebab tu suka merajuk..” berkerut dahi Iqbal bila mendengar kesimpulan ringkas dari anak kecil itu.
Dia melangkah semula dekat dengan dilla. Pipi tembam itu dicubit perlahan.
“ uncle bukan cintakan kakak tulah..uncle cintakan dilla.. dari dulu lagi uncle cintakan dilla..cinta sesangat..”
dilla menjerit bulat matanya.dia berlari laju ke kaunter resort Damai. Iqbal berlari-lari anak berpura-pura mengejar si kecil dari belakang.
“papa..papa..papa!!”
“ehhh apa lari-lari ni dilla nanti jatuh..”
“uncle iqbal kejar dilla...”
“weiii Iq kau jangan manjakan sangat anak aku ni.. kang habis kepala kau dia pijak..”
“papa... uncle kata dia cintakan dilla..” adu si kecil membuatkan mata Hamzah membesar.
“apa pulak kali ni kau ajar anak aku ni?”
“alaaa aku ni bukan orang lain..bakal menantu kau juga nanti baik kau layan aku baik-baik...” ketawa Iqbal hakeem semakin kuat. Suka dia melihat wajah kerut kawannya itu.
“kau kalau ada niat macam tu baik kau kemas beg out dari resort aku sekarang.. ada hati nak jadi menantu konon..” hamzah menambah. Dia tahu Iqbal hanya bergurau...
“baiklah papa saya balik dulu..”usik Iqbal dalam tawanya.
Iqbal berjalan perlahan, sempat dia menjeling ke arah rumah resort Ayuni yang ditutup pintunya. Hati kecilnya masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada wanita itu?..
Kerana kau 22
Adam tersenyum memandang wajah kerut Fariz yang memang tak tahu menahu tentang rancangan bodohnya ini. Nasib baik Aleyya nak berkerjasama kalau tak alamat tak dapatlah dia menipu sahabat baiknya ini.
“apa sebenarnya ni..kau cuba cerita sikit dekat aku?”
“ini rancangan aku.. saja nak bawa kau datang sini biar terubat sikit kepala kau yang dah berkarat tu dengan macam-macam masalah..”
“sekarang bukan masa yang terbaiklah adam.. “ marah fariz.
“habis tu kau ada ke masa terbaik selama ni.. sudahlah tu Riz, kadang-kadang kau perlu juga masa untuk berehat. Lagipun Dato Mansur sendiri dah bagi kau cuti sebulan dengan gaji siap bonus lagi kau nak apa lagi?”
Fariz mencebik. Dia tahu ini semua rancangan Adam, memang tak akan ada orang lain yang akan buat semua ni kecuali sahabatnya itu. Kalau difikir-fikirkan memang betul kata-kata adam. Dia perlukan masa untuk diri sendiri, biarlah dia berehat dari memikirkan masalah yang tak berhenti melanda.
“hal syarikat kau jangan bimbang.. akukan ada.. lagipun dah diakui yang aku lebih berkelayakan dari kau, so Encik Fariz awak diarahkan mengambil cuti dan ini dia tiket penerbangan ke langkawi... and dekat sana nanti aku kau akan jumpa kawan aku, dia akan jadi pemandu pelancong kau..” satu arahan keluar dari mulut Adam. Tiket MAS bertukar tangan.
“kau memang sengajakan...sekarang ni kita banyak masalah yang perlu diselesaikan..”
“dan sekarang juga kita dah hampir selesaikan banyak perkara.. kau jangan risaulah walaupun bukan semua tapi aku akan pastikan tugas kau berjalan lancar”
Fariz membelek tiket pernerbangan di tangannya. Hah?? 22 mei...
“minggu depan?.. hai cepatnya kau nak halau aku dari syarikat?” sindir Fariz mengundang ketawa kecil Adam.
“habis tu tak akan aku nak suruh kau pergi tahun depan? Baik tak payah..”
“kau memang sengajakan....” soal Fariz lagi.. tanpa membantah adam hanya mengangguk dan setuju. Memenag semuanya disengajakan.
Dalam masa yang sama aleyya masuk selepas dua kali mengetuk pintu bilik abangnya. Entah kenapa hari ini dia terasa teringin singgah di pejabat.
“hahhh ini lagi sorang dalang disebalik cerita?”
aleyya berkerut. Pelik tiba-tiba masuk kena sergah dengan Fariz. Namun dia cepat mendapat jawapn apabila melihat tiket yang ditempah ada di tangan abang kesayangannya. Dia akhirnya tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Adam.
“Aleyya cuma menjalankan perintah ek..jangan nak marah aleyya pulak lagipun bukan senang tau bos nak bagi cuti macam tu..” usik Aleyya lagi.
“kalau Yapun nak bagi abang cuti bagilah kke Paris ke, ke London ke, ini Langkawi? Hishhh langsung tak berbaloi..” giliran Fariz pula mengusik adiknya.
“itu dah cukup baik tau.. kalau ikutkan Leyya nak hantar abang ke Afrika.. biar padan muka..” terbayang wajah Fariz bila negeri itu disebut. Entah kenapa Fariz sejak dulu seakan fobia dengan nama negeri itu.
“kalau kat sana abang Riz rela bercuti dalam MM holding ni aje... eiiiii...”
Adam dan Aleyya ketawa. Fariz kembali duduk di kerusinya. Tiket diletakkan di atas meja.
“so macamana?” tanya Adam kembali..
“tengoklah macamana..kalau aku rasa nak pergi nanti aku pergilah...” jawab Fariz selamba.
“hahhhh baguslah jawapan tu, amalkan selalu...” adam meninggikan sura persis seorang ayah memarahi anaknya.
“abang Riz jangan nak mengada-ngada.. ini adalah arahan!!” Marah Aleyya. Wajahnya berona serius. Hishhh memang degil betul.
Fariz hanya tersenyum. Menang dia hargai usaha aleyya dan Fariz malah jauh di sudut hatinya dia sangat berterima kasih. Dia tersenyum lagi.
“kau nak pergi tak ni?..” sempat Adam mengugut.
“ok..ok aku pergi... kadang-kadang macam perompak plak kau ni..”
Adam ketawa sambil mengekori langkah Aleyya. Mereka meninggalkan Fariz dengan senyuman tak berapa sedap dipandang.
*****************
“masalah problem betullah kak..” ayuni tersenyum. Dah masalah problem pula. Macam berat aje ni. Dia berwajah serius walaupun dalam hati seakan ingin ketawa.
Duduknya dirapatkan ke tubuh kecil itu.
“kenapa?” sekali lagi dia bertanya.
“dilla susah hatilah kak...” akhirnya suara itu kedengaran.
“sudah hati sebab apa?”
“uncle Iqbal merajuk dengan dilla... dilla tak tahu nak buat macamana, dari semalam dia tak cakap dengan dilla” ayuni memandang kembali ke arah pantai. Rupanya hal itu yang dari tadi difikirkan memang budak-budak.
Lama mereka mendiamkan diri.masing-masing seakan memikirkan sesuatu. Ayuni sebenarnya malas nak ambil tahu tapi mengenangkan hanya dia yang ada di situ jadi dialah yang perlu menjadi pendengar. Ditambah pula dengan wajah comel dilla yang mengharapkan dia dapat membantu.
“kalau uncle merajuk.. dilla pujuklah dia, say sorry ke..”
“macamana? Dilla mana pernah bercinta ni..”
ketawa yang tadi ditahan akhirnya terlepas.
“apa pulak kaitan dengan cinta?” hisung kecil itu dicuit dengan hujung jari.
“ Yalah... kan orang bercinta yang merajuk-rajuk ni...dilla mana pernah bercinta nak pujuk orang merajuk..”
ayuni menganggu faham. Itu rupanya maksud disebalik apa yang tersirat.
“emmm kak Ayuni pun tak ada pengalaman tapi masa kawan akak merajuk dulu akak bagi dia coklat atas coklat tu letak kad minta maaf..”
wajah dilla kembali ceria. “boleh ekkk kak buat macam tu?” ayuni mengangguk.
“dilla buat sekarang..” pantas tubuh kecil itu berlari meninggalkan ayuni.
Ayuni mengeleng perlahan. Kadang kala dia merasakan yang dilla adalah kanak-kanak yang cukup bertuah. Dibesarkan dengan limpahan kasih sayang bukan saja dari keluarga tapi orang luar.
“Ayuni ini dari papa..” sejambak kunci dihulurkan kepadanya.
“apa ni Dato?”
“kereta baru.. anggap aje hadiah dari papa..” ceria wajah itu.
Kunci yang masih tergantung di tangan tua itu hanya dipandang dengan ekor mata. Lama dia berdiamkan diri. Renungan dihantar seakan ingin menyatakan sesuatu tapi entah mengapa satupun tidak keluar.
“saya tak perlukan hadiah mahal macam ni..”
“papa ikhlas... papa harap Ayuni terima...”
“sayapun ikhlas dato.. saya harap dato faham”
wajah itu ditinggalkan tanpa sebarang ucapan.
Ayuni mengesat airmata yang menitis di pipinya. Laju dia membuang kenangan yang tiba-tiba singgah di fikirannya. Kenapa Dato Mansur selalu gagal menawan hatinya. Atau sebenarnya hati ini sudah tawar.
-kau degil Ayuni kau ego.. kau sayang tapi menidakkannya..
-tak aku tak ego... aku tak nak dia rasa aku hanya nakkan harta..
-habis apa yang kau nak kalau bukan harta? Bisik hatinya keras.
-aku...aku...aku...
-kenapa kau takut nak cakap yang kau sebenarnya dahagakan kasih sayang?.
-bukan!!!
-jadi apa yang kau nak sebenarnya?!!
-aku nak dia rasa apa yang aku rasa... bisik sang hati lagi..
-kau bodoh ayuni...bodoh.....!!!
_Diam!!!!! kedua belah tangannya menutup kuat telinga terasa akan bisikan itu terlalu dekat.
“Ayuni...Ayuni.!!!”
“apa??!!!” sergahnya garang. Wajah Iqbal terlayar di mata. Jelas lelaki itu terkejut.
“awak kenapa?” tanya Iqbal lagi.
Ayuni enggan membuka mulut dia bangun dan terus melangkah pergi meninggalkan lelaki asing itu seorangan. Iqbal mengaru kepalanya.pelik dia melihat emosi wanita itu yang sentiasa berubah-rubah.
“mana kak ayuni tadi?” jerit si kecil dari belakang.
“dah balik...”
“kenapa dia balik?” tanya dilla sambil tangannya di pinggang.
“entah... uncle datang je dia terus balik..”
“dia tak sukakan uncle kot...” ramal si kecilitu.
Iqbal menjeling dengan ekor mata.
“ehhh kenapa uncle cakap dengan dilla? Uncle kan merajuk dengan dilla?” sambung si kecil lagi.Iqbal menahan ketawa, dia mula berwajah serius.
“bila pula uncle cakap dengan dilla... dilla yang cakap dengan uncle.. dahlah uncle nak sambung merajuk balik..jangan kacau uncle”
“hishhh kenapa orang bercinta ni suka sangat merajuk..” rungut mulut kecil itu lagi.membuatkan langkah Iqbal terhenti. Dia berpaling semula ke belakang.
“siapa pulak yang bercinta?”
“unclelah...mesti uncle cintakan kak ayuni ek..sebab tu suka merajuk..” berkerut dahi Iqbal bila mendengar kesimpulan ringkas dari anak kecil itu.
Dia melangkah semula dekat dengan dilla. Pipi tembam itu dicubit perlahan.
“ uncle bukan cintakan kakak tulah..uncle cintakan dilla.. dari dulu lagi uncle cintakan dilla..cinta sesangat..”
dilla menjerit bulat matanya.dia berlari laju ke kaunter resort Damai. Iqbal berlari-lari anak berpura-pura mengejar si kecil dari belakang.
“papa..papa..papa!!”
“ehhh apa lari-lari ni dilla nanti jatuh..”
“uncle iqbal kejar dilla...”
“weiii Iq kau jangan manjakan sangat anak aku ni.. kang habis kepala kau dia pijak..”
“papa... uncle kata dia cintakan dilla..” adu si kecil membuatkan mata Hamzah membesar.
“apa pulak kali ni kau ajar anak aku ni?”
“alaaa aku ni bukan orang lain..bakal menantu kau juga nanti baik kau layan aku baik-baik...” ketawa Iqbal hakeem semakin kuat. Suka dia melihat wajah kerut kawannya itu.
“kau kalau ada niat macam tu baik kau kemas beg out dari resort aku sekarang.. ada hati nak jadi menantu konon..” hamzah menambah. Dia tahu Iqbal hanya bergurau...
“baiklah papa saya balik dulu..”usik Iqbal dalam tawanya.
Iqbal berjalan perlahan, sempat dia menjeling ke arah rumah resort Ayuni yang ditutup pintunya. Hati kecilnya masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada wanita itu?..
Gila kau 45
mungkin bukan kali pertama atau mungkin bukan kali terakhir saya memuji awak. Awak memang istimewa malah teristimewa yang pernah singgah di hati saya. Malah bukan disebabkan rasa cinta tapi lebih dari itu. Saya menghormati awak. Tapi entah kenapa apabila saya berfikir sedalam-dalamnya antara kita ada perbezaan. Maafkan saya Intan saya mungkin bukan yang terbaik untuk awak..saya terpaksa putuskan apa yang telah kita rancangkan.maafkan saya mungkin awak akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari saya.
Selamat tinggal....
ikhlas..
lokman
helaian biru itu jatuh melayang ke lantai. Ketika itu semua yang dilihatnya seakan hitam, gelap. Tiada apa yang dapat diucapkanlagi dengan apa yang terjadi. Dibiarkan saja Maya mengutip surat di lantai. Soalan demi soalan tak mampu dijawab.
“gila ke apa si lokman ni? Dia ingat semua ni kerja main-main ke? Kurang ajar..” sekali lagi telifon bimbit lokman dihubungi tak cukup dengan itu dihubungi telifon rumah juga tak berjawab. Jelas lelaki itu cuba melarikan diri.
“Ya Allah anak aku...sabar Intan..” Mak Siti meluru ke tubuh Intan lalu didakap kejap.rasa simpatinya tumpah pada wajah yang suram dalam pakaian pengantinnya.
Sumpah seranah sudah sebakul keluar dari mulu Maya. Semua yang ada di bilik sudah hilang suara. Ummi juga hanya duduk termenung sambil matanya masih menatap wajah sayu Intan. Hilang sudah wajah cerianya tadi, senyuman yang tadinya manis langsung hilang seri. Memang dia tak sanggup nak menelan apa yang berlaku sekarang apatah lagi yang punya diri.
Sok sek sok sek dari jiran tetangga sudah kedengaran. Tetamu juga sudah memakin memenuhi ruang rumah. Ada juga yang sibuk bertanya bila majlis nak bermula. Tak cukup dengan itu ada juga yang dok tambah tolak cerita.
Wajah Intan dan kemerahan. Dah tak tertanggung apa yang akan terjadi. Nak bersuarapun dia sudah tak bersuara. Maya masih lagi tak putus asa menghubungi Lokman. Dalam hatinya masih tak habis dengan sumpah seranah. Dasar lelaki suka sangat menyusahkan dan menyiksa orang.
“kita batalkan saja majlis ni..” akhirnya suara emas Intan lahir. Bersama linangan airmata yang tadinya kaku.
Saat seakan berhenti.ketika itu semua mata memandangnya dengan penuh rasa simpati. Alia adik Farid sudah turut meenitiskan airmata. Inai yang merah di jari Intan membuat dia turut sayu.
“ nanti.. jangan kita jadi orang lemah.. majlis ni tetap akan diteruskan walau apapun terjadi, Lia cari abang Farid kamu..” Ummi membuat keputusan, tiada bantahan.
“tapi long...” mak siti cuba membantah..
“dah tak payah nak tapi-tapi... Intan ni dah macam anak aku, biar kita yang buat keputusan macam orang tua, jangan biarkan orang pijak maruah kita..aku suka kalau Intan jadi menantu aku..” titik. Satu keputusan yang mengejutkan semua di situ.
Maya memandang wajah Intan yang seakan tiada reaksi. Adakah temannya itu rela bila masa depannya ditentukan sesuka hati?. Intan please say something!!! rintihnya dalam hati. Cuba memberi isyarat mata tapi gagal.
Tapi mungkin ini cara dan jalan yang terbaik untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Cukuplah dengan apa yang dah terjadi. Mungkin inilah yang dinamakan takdir.
******
“aku terima nikahnya Intan azura Abdullah dengan Mas kahwinnya RM80 tunai..”
suara itu hilang bersama air mata yang enggan menitis. Hatinya sejak tadi seakan lumpuh tak mampu lagi nak berkata-kata. Hanya bisikan-bisikan kata-kata semangat yang mampu didengar, namun satupun tak termasuk dalam kotak hatinya. Lalu bagaikan angin. Akhirnya ini rupanya mainan takdir untuk dirinya.
Acara berjalan seakan terlalu perlahan. Sempat juga telinganya menangkap suara-suara dari penduduk taman.
“haiii kesian budak ni, tak habis-habis masalah. Nasib baik ada yang sudi jadi bidan terjun kalau tak... hishhh tak tahulah aku..”
“Ya Allah malunya tak tahu aku nak letak muka dekat mana. Lepas ni tak tahulah berapa lama budak berdua ni” lagi satu suara menerjah masuk. Bisikan perlahan yang mampu membuatkan hati ini beku. Terasa darah semua naik ke muka. Wajah tenang lelaki yang baru saja menjadi suaminya itu tak dipandang.
Upacara berlangsung tak seperti yang dirancang. Semuanya menjadi serba ringkas.tiada majlis persandingan tiada majlis menyambut pengantin.
“aduhh patutlah suram aje acara ni joyah.. pengantin lelaki dah bertukar..”
“Ya ke?.. mana kau tahu senah?.. biar betul..”
“kau ni tengok ajelah dalam jemputan nama lain yang kawinnya orang lain.. entah-entah jadi pak sanggup..” bisik kak Joyah yang memang mulut tak ada lesen.
Maya yang berdiri tak jauh dari situ hanya menahan rasa geram. Tangannya digenggam kuat.
“tak sangka budak Intan tu macam tu..” suara jahat itu berbisik lagi..
“Kak Senah dengan Kak Joyah ni kalau tak mengata orang tak senang hati ek?..kalau Ya pun nak tahu kisah sebenar tanya aje saya ni, biar saya cerita satu-satu..nak dengar ke?..jangan bawa mulut nanti dekat akhirat tak mampu nak tangung dosa..” jerit Maya sedikit kuat. Melepaskan segala rasa geram dan marahnya.
“amboiii yang kau marah plak kenapa?”
“bukan marah...tapi nasihat,nasihat saya ni free je tak payah bayar..” sindir maya sebelum meninggalkan dua orang itu terkulat-kulat. malu sendiri.
Angin senja yang meniup lembut langsung tak menyentuh hati. Melihat wajah sahabat yang membeku hatinya terasa ingin menangis, tapi untuk apa tangisan yang tak akan mampu mengubah keadaan. Entah kenapa hari ini dia terasa begitu emosional, terasa macam dia pulak watak utama hari ini. Mungkin disebabkan Intan yang hanya mendiamkan diri membuatkan dia rasa lebih tertekan.
“jauh termenung..” suara Farid menyapa, Maya membetulkan duduknya. Matanya masih setia memandang langit jingga.
“hebat betul mainan Takdir.. susah nak jangka. Pagi tadi semua orang tersenyum tapi saat ini tak ada suarapun...”
“mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi..”
“dan penolakkan awak menambahkan lagi calar yang sudah ada.. tak sangka awak lelaki yang macam tu?” bisik Maya perlahan. Masih terdengar di telinganya macamana tegasnya Farid menolak rayuan maknya dan Mak Siti. Dia menolak untuk menyelamatkan maruah Intan macam menolak bola.cukup senang.
“awak masih marahkan saya?”
“entah.. buat masa ni saya pun tak tahu nak berperasaan macamana..” ringkas tapi cukupo menghantar mesej kepada Farid.mustahil peguam bijak macam dia tak faham bahasa kiasan mudah tu.
“maaf kalau awak marah.. tapi jauh di dasar hati awak, awak tahu apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan semua kan..”
Maya tersenyum pahit. Entah apa yang baiknya ketika ini dia sendiri tak pasti..
“ saya yakin Shah akan dapat bahagiakan Intan.. dan saya yakin mereka akan faham apa yang berlaku hari ni..” tegas Farid penuh yakin.
Maya menjeling wajah tenang lelaki itu dengan ekor mata.
“lelaki selalu meletakkan keyakinan pada sesuatu yang mereka sendiri tak yakin..mungkin zahirnya nampak senang tapi hakikatnya...”
“dan awak perlu juga kuat untuk hadapi semua ni..”
“saya sayang Intan lebih dari saudara saya sendiri.. tak mungkin saya akan biarkan dia..”
farid sekali lagi tersenyum dalam tenang. “dan saya juga sayangkan shah, kita perlu bersama-sama mereka untuk pastikan mereka bahagia..”
“kalaulah hidup semudah jalan cerita filem.. mungkin apa yang awak cakap tu satu yang mudah...”sindir Maya. Dia tak mahu Farid meletakkan nilai hubungan terlalu mudah.memang peguam senang mengeluarkan fakta, tapi kadang-kadang fakta itu akan menyakitkan hati ramai orang.
Farid tersenyum sambil menghantar langkah Maya yang menuju ke dalam rumah. Memang apa yang terjadi hari ini tak mudah tapi inilah dinamakan takdir. Dia pasti di sebalik apa yang tersurat ini pasti ada yang tersirat. Masih terbayang bagaimana wajah muram Maya waktu pertengkaran tadi.
“apa??!! saya tak setuju..”
semua mata masih tak lepas memandangnya. Farid masih berlagak tenang. Walaupun dia sendiri masih terkejut dengan apa yang lalu di telinganya tadi.
“ini saja cara yang ada..” suara Maya geram.
“Intan kata apa?”
Mak siti sudah tunduk memandang lantai. Semuanya berlaku terlalu cepat.tak sempat untuk berundur atau melangkah.
“Mak yakin ini saja cara yang terbaik.. Intan pun dah setuju”
“mungkin ini cara terbaik tapi saya bukan pilihan terbaik...”
Farid tersenyum bila bahunya disentuh lembut dari belakang. Wajah Shahrul yang masih segak walaupun sudah berbaju T-shirt dipandang dengan senyuman.
“aku tak tahu nak berterima kasih atau apa dengan kau ni..” ucap shahrul kasar. Tapi diakhirnya dengan pandangan redup.
“buatlah apa yang kau rasa... lagipun aku bukan tak biasa kena marah dengan kau..”
“macamana kau boleh terfikir kerja gila ni?”
farid tersenyum dengan soalan sepupunya itu.
“bukan kerja gila tapi kerja mulia.. tapi anggap sajalah semua ni takdir, memang dah tertulis yang semua ini akan jadi..” shahrul menganggu setuju. Memang dia juga masih tidak mampu memproses apa yang terjadi tapi apa yang dia tahu kini Intan azura sudah sah menjadi isterinya.
“semua berlaku dengan cepat tapi mungkin lepas ni semuanya akan jadi semakin lambat”
“maksud kau?” Farid bertanya pelik.
“dia masih tak boleh menerima aku sebagai suami... tu dekat atas tengah kemas beg nak pindah balik rumah dia..geram betul degil tak bertempat..” ada rasa marahnya tapi tindakan Intan langsung tak membuatkan dia marah,dia faham perasaan wanita itu.
Farid mengeleng perlahan. Betulkata maya bukan semua benda akan menjadi mudah dengan keyakinan.”habis tu macamana?”
“aku suami dia.. aku akan buat isteri aku jatuh cinta pada aku.. dan aku tak akan sia-siakan peluang yang dah terbuka luas untuk aku..”
“macam tulah sepupu aku..”
ketawa mereka bersatu. Mungkin bukan senang tapi segalanya boleh diusahakan.cuma yang penting semangat dan rasa cinta yang dah ada.
*****
“Intan!!” suara Mak Siti membuatkan mereka yang sedang berehat di ruang tamu berlari ke bilik pengantin.
“kenapa?”
“mak masuk tadi dia dah terbaring dekat situ.. Ya Allah, Intan..”
“Maya tolong ambilkan air..” Arah Shahrul.
Tanpa banyak soal tubuh isterinya itu dicepung naik ke atas katil. Wajah sayu dan lesu itu dipandang. Tiada lagi makep up menutupi iris itu. Kini Intannya kembali seperti biasa. Wajah mulus dan sucinya. Farid yang baru sampai di muka pintu hanya menjadi pemerhati. Bukan dia tak simpati tapi terlalu banyak yang perlu diperjelaskan.
“tadi dia elok aje dia kata letih tu yang mak suruh dia naik atas rehat... tapi tak sangka pula jadi macam ni..” ujar Mak Siti. Masih cemas.
“nak bawa ke klinik tak?” tanya Farid.
“tak apa aku dah call doktor..” jelas shahrul yang masih tak lepas memegang tangan wanita yang baru saja bergelar isterinya.
Maya hanya bertindak sebagai pendengar, dalam diam dia mengakui ada rasa kagum melihat shahrul yang prihatin dengan keadaan Intan.dia dari tadi dalam diam meneliti tindak tanduk lelaki itu. Dalam masa yang sama tanpa disedari Farid juga melakukan hal yang sama kepada Maya.dia tahu maya masih belum yakin dengan shahrul atau dengan erti sebenarnya lelaki.
“macamana doktor?”
“isteri awak tak apa-apa cuma dia stress atau mungkin dia penat tu.. biarkan dia rehat, kalau boleh jangan ganggu dia buat masa ni.” jelas doktor borhan.
“terima kasih doktor..” Farid memberi isyarat supaya Shahrul membiarkan dia yang menghantar Doktor ke pintu. Biar shahrul terus di dalam bilik yang sudah sedia ada penuh dengan keluarga mereka.
Maya menyapu air di sekitar wajah Intan. Rasa risaunya tadi hilang bila mendengar kata-kata doktor.
“biarlah dia rehat dulu...” ucap shahrul seolah memberi arahan. Mak Siti, ummi dah Maya melangkah keluar meninggalkan Intan yang sedang tidur lesu di katil.
*****
“apa lagi yang kau tak puas hati ni Mira?”
“kenapa abang Man hilang mama macam tak risau je?..bukan ke hari ni hari bermakna buat dia tak mungkin dia tinggalkan rumah macam tu aje..”
“kaupun kenal abang kau tu jenis macamanakan.. kan mama dah cakap dari dulu lagi Lokman tu tak akan pernah serius dengan perempuan..” detik Datin Maznah.
Mira bangun dari duduknya. Mengenangkan apa yang telah terjadi dia sendiri takut untuk ke rumah Kak Intan. Malah dari jauh dia hanya mampu melihat majlis berjalan seperti biasa tapi bukan abang kesayangannya yang jadi pengantin lelaki.
“tapi macam ada yang tak kena ma,, semalam abang yang beria-ria call Mira suruh mira pastikan semuanya berjalan lancar.. mesti ada yang tak kena..” jelas Mira lagi.
Tak mungkin dalam sekelip mata abangnya berubah. Memang sebelum ni Lokman tak pernah serius tapi kali ini dia yakin abangnya ikhlas. Tak mungkin semua ni terjadi macam ni saja.
“ada dia call mira?” tanya Datin Maznah.
Mira mengeleng perlahan.
“mama dah cakap semua ni buat malu mama aje.. kalau mama tahu semua ni nak jadi tak akan mama sanggup nak malukan muka macam ni..”
“tapi kita kena pergi minta maaf dengan Kak Intan mama..”
“nak buat apa?”
“nak buat apa? Kita dah buat salah mama.. jadi kita kena minta maaf, ini aje cara yang ada..”
Datin Maznah mencebik. Kadang-kadang anak perempuannya itu bercakap macam ustazah. Tak akan dia nak menambahkan malu yang dah sedia ada. Dan tak mungkin dia akan meminta maaf pada perempuan kelas bawahan macam tu. Hishhh tak mungkin.
“yang salah lokman bukan mama... kenapa pulak Mira yang sibuk-sibuk ni?.. jangan cari pasallah..lagipun papa kan dah pergi,biar papa uruskan..” Datin Maznah memberi arahan.
“tapi kenapa dia tak angkat bila Mira call?”
“dahlah Mira jangan nak bersoal jawab dengan mama.. kepala mamapun dah cukup pening, baik mama naik atas berehat..”
Datin Maznah meninggalkan anak gadisnya. Malas dilayan cerita Mira ni makin dilayan makin menjadi alkisahnya.
Mira masih tak puas hati.dia dapat rasakan bagai ada yang tak kena. Sekali lagi dia cuba menghubungi Lokman.dia nekad jika 24 jam lokman tak menjawab panggilannya dia akan buat laporan polis.
Kerana kau 21
“untuk apa menyiasat sesuatu yang tak pasti Encik Fariz? Baik kita mulakan dengan siasatan atas projek yang betul-betul sah ada bukti penyelewengannya” suara ayuni deras.
Fariz bangun. Suara Ayuni betul-betul mencabar kredibilitinya. Wajah itu dipandang lama.
“tapi apa yang kita nak siasat adalah dua projek yang berbeza, jadi kita kena mulakan satu persatu..” Fariz tak akan pernah mengalah.
Bulat mata Ayuni.
“dua projek yang berbeza tapi mempunyai masalah dah punca yang sama. Penyelewengan bahan binaan yang sepatutnya perlu menggunakan bahan yang bermutu tapi digantikan dengan bahn tiruan.. apa yang pasti kedua-duanya melibatkan orang yang sama..” jelas Ayuni lagi. Fariz terdiam.
Kini giliran wanita itu pula bangun. Dia sudah mengelilingi bilik mesyuarat yang hanya dihadiri oleh 4 orang pemegang saham dan peneraju Neraca Holding.
“bidang pemasaran dan pembinaan adalah dua bidang yang berbeza. Bidan pemasaran hanya melibatkan kerja-kerja pengiklanan dan melibatkan beberapa orang yang mahir. Tapi untuk pembinaan kita perlu mengambil kira banyak aspek terutamanya aspek keselamatan. Jika perkara ini yang Encik Fariz tangguhkan saya yakin Neraca Holding akan popular dengan kes kematian pekerjanya sikit masa lagi” Ayuni bersuara tegas. Dia mahu semua yang ada di situ memandang serius apa yang dicakapkan.
“tapi projek GIGA akan memberi pulangan besar pada syarikat dan syarikat dan membelanjakan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menarik perhatian pembeli” suara Adam pula kedengaran. Jelas Adam berada di sebelah Fariz, dia tak nampak kenapa perlu Ayuni terlalu ambil serius tentang projek kecil.
Ayuni melepaskan keluhannya perlahan.
“Ya GIGA akan memberikan kita pulangan yang berlipat kali ganda, tapi Projek Mutiara adalah projek yang melibatkan pembinaan rumah kos sederhana yang akan membawa keuntungan dalam masa panjang kepada syarikat. Anak syarikat kita dan cukup bertungkus lumus untuk memastikan yang projek ini berjalan lancar. Tapi kenapa oleh kerana kita dapat projek besar, MM holding akan cuci tangan?” nafasnya kembali deras. Rasa marahnya kembali berapi-api.
“kita dah lakukan yang terbaik tapi kita perlu tangguhkan dulu projek tu dalam 5 bulan, bukan lama Ayuni hanya 5 bulan..” Fariz mengangkat sebelah tangannya. Menunjukkan angka 5.
Ayuni menjeling wajah ahli lembaga pengarah yang tersenyum. Wajah Dato Mansur yang mengangguk seakan setuju dengan keputusan Fariz. Tiba-tiba Ayuni tersenyum.
Butang On di LCD bilik mesyuarat di tekan. bilik menjadi gelap hanya lampu LCD dilayar putih yang kelihatan. Satu persatu gambar kawasan tempat tinggal buruh dan keadaan anak-anak yang bermain di kawasan tapak projek terlayar. Ada juga antara mereka yang sedang berkongsi makanan.
“5 bulan bagi Encik-Encik yang berada di sini mungkin satu masa yang singkat atau mungkin tak akan memberi kesanpun, tapi 5 bulan bagi keluarga buruh-buruh kita adalah saat penting. Dimana 300 buruh kasar kita akan berkerja sekiranya projek ini ditangguhkan?... macamana keadaan anak-anak mereka dalam 5 bulan? Sedangkah kalau 3 hari ayah mereka tak berkerja mereka tak akan ada makanan..?”
Ayuni diam.. terasa sebab di hatinya.
“5 bulan mungkin tak ada makna pada Encik Fariz tapi 5 bulan bagi saya sangat bermakna untuk masa depan 300 buah keluarga.. jika Neraca Holding boleh terfikir menangguhkan projek kenapa tidak kos perbelanjaan bagi pemasaran GIGA yang dikurangkan?..”
Semua di situ hanya memandang antara satu sama lain. Dato Mansur berbesar hati melihat kesungguhan anaknya.
“lagi satu setiap projek Neraca holding perlulah mempunyai pemantauan ketat tentang keselamatan.. jika ada diantara pekerja kita terkorban syarikat tak akan rugi apa-apa, tapi seorang isteri akan kehilangan suami dan seorang anak akan menjadi yatim dan hilang tempat bergantung kehilangan seorang ayah yang bertanggungjawab..” sengaja ditinggikan suaranya. Ditekankan ayat akhirnya.
“abang…” suara Datin NOrmah menarik kembali kenangan di bilik mesyuarat. Dato Mansur tersenyum kepada isterinya.
Secawan kopi diletak di atas meja dekat dengan Dato Mansur. Dari tadi suaminya melayan perasaan di situ, sengaja dibiarkan. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran suaminya itu.
“apa yang abang menungkan lagi ni?” entah dah berapa kali dia bertanyakan soalan yang sama walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya.
Dato Mansur tersenyum lagi. cuba melakarkan senyuman yang cukup tawar. Sejak kehilangan Ayuni memang dia sedaya upaya cuba merahsiakan apa yang bermain di fikiran dan hati. Dia tak mahu isterinya juga merasa sedih.
“abang teringatkan Ayuni?” teka Datin Normah pada jawapan yang memang tepat. Datuk Mansur hanya mengangguk. Kopi di dalam cawan di biarkan sejuk.
“dulu abang rasakan dia perlu ada bersama abang, tapi bila dia sudah ada dengan kita abang yang cipta jurang antara kita dengan dia.. memang dalam hati abang menerima dia sebagai anak, tapi zahirnya abang langsung tak pedulikan dia. abang sia-siakan dia”
Datin Normah diam. Mungkin sengaja memberi ruang untuk suaminya terus berbicara. Dia ingin menjadi tempat untuk suaminya berkongsi masalah.. walaupun sekecil kuman.
“dia dah banyak tersiksa Mah.. malah bukan sekali dua abang lukakan hati dia, abang dah tak sanggup lagi nak terus melakukan kesilapan. Kalaulah abang diberi pilihan abang akan pastikan dia akan mendapat apa saja yang diinginkan.. walaupun harta tak mampu nak menebus dosa abang tapi abang rela kalau harta kita boleh membayar segalanya”, Datin Normah diam. Hari ini baru dia rasa apa perasaan Kak Mardina bila suaminya menyayangi orang lain.
“sabarlah bang.. kita akan cari dia..” pujuk Datin Normah, dia sendiri tak pasti dengan pujukannya itu. sampai sekarang Ayuni masih tak dapat dikesan.
“tapi bila?.. sekarang ni kita langsung tak boleh cari dia..”
“Abang, kalau berpuluh tahun dia hilang kita boleh cari inikan baru beberapa minggu.. abang kena sabar, banyak-banyakkan berdoa supaya hati dia akan lembut untuk balik pada kita, Mah yakin kalau bukan sebab dia bencikan Mah mungkin dia dan abang akan berbaik semula”
“semua ni bukan salah Mah, tapi salah abang” Dato Mansur kesal.
“Mah yakin jauh di hati, dia masih sayangkan abang.. abang papa dia, itu tak siapa boleh ubah..” suara Datin Normah tegas. Dia mahu suaminya kuat.
Malam itu disusuri dengan perasaan yang pedih. Pedih memikirkan kekesalah yang tak ada penghujung. Semua berlaku dalam sekelip mata. Tanpa diundang tanpa diusir.
“Ayuni, papa sayangkan Ayuni..” bisik Dato Mansur dalam hati.
****
Entah kenapa ketiadaan wanita itu sekarang semakin dirasai. Hampir setiap hari dia akan masuk ke bilik yang ditinggalkan Ayuni untuk melepaskan rindu??? Rindu?. Hahh!! Dia betul-betul keliru dengan perasaannya sekarang. Kalau bukan sebab apa yang berlaku sejak kebelakangan ini dia juga ingin membawa diri jauh meninggalkan masalah yang semakin sesak di kepalanya.
Semakin hari semakin jelas Nama Nur Ayuni BAlqis di hatinya, yang pelik bukan kasih sebagai adik yang terukir tapi satu perasaan yang dia sendiri sukar nak tafsirkan. Dia tak mahu kehadiran Ayuni dalam keluarga Dato MAnsur tapi dalam masa yang sama dia inginkan kehadiran wanita itu di hatinya. Biar dekat biar rapat. Adakah dia sudah jatuh cinta pada adik angkatnya sendiri?.
“macamana Adam?”
Wajah Adam yang baru melangkah masuk ke dalam bilik dipandang penuh pengharapan. Namun lelaki itu masih diam. Wajah itu sudah cukup memberi jawapan.
“aku rasa dia memang tak nak kita cari dia.. langsung tak tinggalkan jejak.. tapi hati aku cukup yakin yang kawan dia Noraina tahu dimana dia, cuma macam yang aku beritahu kita tak akan boleh buka mulut dia”
Fariz mengangguk perlahan. Memang dia tahu dari pandangan Noraina jelas yang wanita itu cukup tak suka dengan kehadiran dia dan Adam. Malah layanan Noraina juga dingin. Langsung tak melemparkan senyuman. Tapi mungkin semua itu disebabkan apa yang telah terjadi pada Ayuni sahabat baiknya.
“memang apa yang keluarga aku dah buat pada dia cukup melampau.. perkara ini memang tak sepatutnya berlaku. Padanlah muka aku, dulu aku juga yang selalu halau dia sekarang aku juga yang sibuk nak cari dia..” sindir Fariz untuk dirinya sendiri. sengaja melepaskan rasa geram yang terbuku di hati.
“sekarang ni bukan masa nak menyesali apa dah jadi.. sekarang ni kita kena cari Ayuni. Walau apapun yang berlaku dia tetap adik kau..” Adam membalas. Sengaja ditekankan perkataan adik itu, biar sampai di telinga Fariz.
Fariz bangun dari duduknya. Sekali lagi dia menghubungi penyiasat yang diupah untuk mencari Ayuni. Tapi jawapannya masih sama, dalam usaha mencari. Walau sesusah dan sepayah manapun dia akan mejejak Ayuni. tak akan dibiarkan lagi wanita itu menderita.
“semalam Aleyya ada bagi tahu aku yang kau dah selalu sangat termenung, makan pun dah tak selera, kenapa?”
Soalan Adam dibiarkan. Dia mencari alasan terbaik untuk menjawab soalan itu supaya jawapannya nanti tidak menjerat diri sendiri. masih banyak yang perlu di fikirkan.
“macamana pulak dengan kes dalaman MM holding?”
“semua dah selesai.. semuanya yang macam kita dah rancang, Cuma aku rasa kita kena tunggu sikit masa lagi untuk pastikan yang semua bukti yang kita ada mampu nak sumbat parasit ni ke dalam penjara.. aku yakin selama ni dia dah banyak makan duit syarikat.” Jelas Adam.
“dan sekarang semuanya akan terbongkar.. dia ingat orang muda macam kita ni tak mampu nak patahkan tengkuk dia. memang silaplah..” Fariz melontarkan senyuman bangga. Adam mengangguk perlahan. Memang dah lama dia perhatikan Insan yang dimaksudkan cuma dia masih mengumpul bukti, sekarang bukti dah ada.
“tapi aku rasa dia ni lebih bahaya dari apa yang kita sangkakan.. apa yang aku tahu bukan senang kita nak tumpaskan dia..”
Fariz tersenyum mendengar kata-kata Adam.
“sebab tak senanglah yang aku suka, kalau dia bahaya kan dah jadi tugas kita sumbat aje ke dalam..lagipun kan cita-cita kau nak jadi polis, so inilah masanya nak tunjuk bakat terendam..” sempat Fariz mengusik. Adam ketawa kecil. teringat cita-citanya ketika di sekolah rendah. Terlalu obsess dengan anggota polis.
“kalaulah aku ada pilihan memang aku akan jadi anggota polis, berkhidmat untuk Negara dan bangsa yang penting agama” bisik Adam dengan penuh semangat.
Fariz bangun. Mendekati Adam, satu-satu yang insan yang dipercayai. Bahu ini ditepuk lembut.
“kalau kau bukan polis pun kau boleh nak berbakti pada Negara.. sekarang ni pun MM holding sedang berbakti pada Negara, Cuma jalan dan caranya saja yang berbeza..” jelas Fariz perlahan. Dia faham semua pilihan Adam sentiasa berkait dengan budi yang telah papa taburkan. Kadang-kadang dia merasakan yang Adam seakan tersepit dengan kehendak dan rasa sayangnya pada papa dan mama. Bukan adam saja yang rasa macam tu aku juga rasakan benda yang sama.
“hahhh dahlah kau ni nak touching-touching pe hal.. aku nak buat kerja, nanti ada pula mulut yang berbunyi kata aku ni dok mengipas bos je kerjanya tak..” sambung Adam yang sudah berdiri.
“alaa kalau kau tak payah nak kipas bos, cakap aje nak apa Big bos pejam mata aje boleh bagi.” Fariz meneruskan usikan. Hilang sekejap ingatannya pada Ayuni. “apapun kalau ada apa-apa pasal ayuni bagi tahu aku cepat ok..” sempat Fariz berpesan.
“ok..” balas Adam sambil menutup pintu.
*****
Air tembikai susu di depannya disedut perlahan sambil matanya masih mengawasi susuk tubuh yang berdiri jauh di tepi pantai. Dari tadi matanya memandang arah yang sama. Si kecil disebelahnya dilupakan.
“uncle tengok apa?” mulut si kecil bersuara sambil matanya beralih pada arah yang sama. Bosan menjadi patung di situ.
“tengok buah hati uncle nilah… comel dengan tocang ni siapa buat?”
Dilla mencebik. Dia berdiri betul-betul di depan Iqbal Hakeem. “kenapa orang besar suka menipu?.. kan menipu tu berdosa?” soalan itu laju keluar dari mulutnya. Sekali dengan pakej nasihat.
Iqbal Hakeem menarik tubuh kecil itu naik ke atas ribanya. Dahi mulus itu dikucup perlahan. Bijak betul budak ni. Bisik hatinya.
“mana ada uncle tipu.. emmm oklah sebenarnya uncle tengok tu.” Laju jari telunjuknya tegak menuju kea rah pantai.
Dilla mengangguk faham. Seolah faham apa yang bermain di hati Iqbal Hakeem, sekali lagi Iqbal ketawa. Lucu rasanya melihat wajah kecil itu berkerut.
“kakak tu cantik kan…” kenyataan dilla menarik semula mata Iqbal menuju kea rah Ayuni. “siapa nama kakak tu, uncle?” tanya dilla lagi. pelik, kenapa mesti
Iqbal diam. Memang itulah hakikatnya sejak pertama kali berjumpa dengan Ayuni. Tapi bukan itu tujuan utama dia ke sini, masih ada tugas yang perlu diselesaikan. Walau dalam masa yang sama matanya seakan tak mampu untuk melepaskan walaupun baying wanita itu.
Nur Ayuni Balqis sama macam anak orang kaya yang lain, sombong dan angkuh dengan kekayaan yang mereka ada. Buktinya ayuni langsung tak memandang salam perkenalan yang dihulurkan. Malah wanita itu seakan melarikan diri daripadanya. Tapi lagi dia lari lagi laju kakinya akan mengejar.
“apa lagi awak nak ni?” suara itu akhirnya kedengaran.
Iqbal hakeem sudah tersenyum. Memang lelaki itu cukup suka tersenyum.
“eiii ada pula… bukan saya tapi budak ni yang nak jumpa awak..” jari telunjuk Iqbal tepat di hidung comel dilla.
Mata Ayuni beralih pada wajah kecil yang berselindung di sebalik tubuh Iqbal. Wajah itu tersenyum. Ayuni memandang lagi. dia membalas senyuman itu.
“patutlah tak nak senyum.. bila awak senyum macam angin semua berhenti..” usik Iqbal.
Senyuman Ayuni mati tiba-tiba. Dia menjeling kearah Iqbal yang berwajah selamba. Sepanjang dia di sini, lelaki itu tak putus asa ingin bercakap dengannya, malah ada saja cara yang dilakukan. Dan dia pasti Dilla juga adalah tektik yang sama.
“dahlah uncle pergilah balik.. Dilla nak berbual dengan kakak ni..” halau mulut kecil itu. bulat mata Iqbal mendengar arahan yang keluar dari mulut Dilla.. amboii dah pandai halau-halau pulak. Baru aje kenal dah jangkit perangai.
“tapi…”
“tak apalah… nanti Dilla balik sendiri.. inikan tempat dilla, dilla tahulah..” tangan kecil itu menolak kaki Iqbal. Ayuni simpan senyum. Dia berwajah selamba bila melihat IQbal cuba merayu dan memujuk si kecil itu.
“oklah uncle balik.. lepas ni jangan cari uncle lagi..” Iqbal berpaling laju. Seolah-olah merajuk. Kedengaran ketawa Dilla sambil tangan kecilnya melambai kea rah Iqbal yang sudah melangkah meninggalkan mereka. Mesti Iqbal tak puas hati.
Gila Kau 44
Hari ini masing-masing sibuk dengan persiapan terakhir. Sesekali matanya Mak Siti menikam wajah Shahrul yang menyusun satu persatu pasu bunga tamannya. Memberi lalu untuk memudahkan khemah pengantin didirikan di situ. Wajah lelah itu betul-betul membuat hatinya sayu.
“Mak menung apa lagi dekat sini ni?” tegur Shahrul yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Mak Siti menarik senyum dalam payah. Namun panahan mata anaknya itu membuatkan hati bertambah sayu.
Shahrul tersenyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran maknya ketika itu. semalam Farid dah menyumpahnya sehinggakan sepupunya itu merajuk dengannya. sehingga kini masih tak nampak baying Farid. Betul ke Farid nekad tak nak datang. Esok perkahwinan Intan. Esok juga dia akan berlepas ke Jepun atas urusan syarikat. Tapi betul ke atas urusan syarikat atau sebenarnya dia ingin melarikan diri?. Ya itulah jawapan yang sebenar.
“anak mak ok?”
Sekali lagi Shahrul tersenyum. Entah kenapa wajahnya yang serius itu sengaja disenyumkan. Nampak sangat dia sekarang sedang berlakon. Lakonan yang lari dari sifat Shahrul Iskandar yang sebenar.
Semalam dia banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Dari dalam bilik dia dapat mendengar suara gelak tawa Maya dan Intan bersama maknya dan Ummi. Ummi dan aina datang dari kampung untuk membantu dan kehadiran mereka sudah cukup memancarkan kebahagiaan di wajah Intan.
“Shahrul Iskandar!!” bahunya ditampar perlahan dari tepi. Wajah Mak kembali di ruang mata.
“Shah tak apa-apa mak.. hah.. tu Mak Jihan pesan nanti dia bawakah bunga pahang.. dia nak sponsorlah kot..” Shahrul mengubah topik. Tak mahu dibayangi perasaan yang sama.
“Farid mana ni.. dari tadi ummi call dia tak dapat?” tiba-tiba suara Ummi menjengah dari belakang.
“sikit lagi sampailah dia tu.. budak tu kan sibuk, lagipun bukan ada kerja sangat nak suruh dia datang tergesa-gesa..” giliran Mak Siti membela Farid.
“hishhh Kak Long ni selalu nak menangkan budak tu. Itu yang jadi macam ni, degil.. shah tolong ummi call Farid, beritahu dia yang ummi suruh dia datang sini sekarang..” arah Ummi tegas.
Shahrul mengangguk. Kalau ummi tak suruhpun dia akan buat perkara yang sama. Kenapa mesti Farid yang melarikan diri. Dalam hal ini yang patut lari sejauh mungkin adalah dia.
“walau apapun apa yang kau buat ni tak betul.. tak sangka aku ada sepupu yang penankut macam ni?”
“kau tak akan faham Farid.. cinta tak boleh dipaksa..”
“memang cinta tak boleh dipaksa tapi cinta perlukan keadilan.. dimana keadilannya kalau hanya kau yang memedam rasa, lepas tu kononnya nak jadi hero yang boleh selamatkan perasaan semua orang yang boleh bahagiakan semua orang..”
“jadi kau nak suruh aku buat apa?” Tegas Shahrul.
“jumpa dia katakan rasa cinta kau..”
Shahrul memejam matanya lama. Kata-kata Farid membuatkan dia menjadi seorang yang penakut. Takut dalam memperjuangkan hak dan diri sendiri. dia sendiri takut dengan perasaannya sendiri. tapi bukan kerana dia pengecut tapi sebab dia lelaki yang tak ingin menguris rasa cinta orang lain disebabkan keinginan dan rasa cinta yang hanya untuk manusia.
“aku bukan takut.. tapi aku inginkan sesuatu yang bukan hanya untuk dijadikan trofi kemenangan tapi dijadikan satu perkongsian. Kalau ada rasa cinta biarlah bukan dengan rasa paksa..” bisiknya sendiri.
****
Intan memandang jari-jemarinya yang sudah dihiasi kemerahan inai. Macam tak sangka yang secepat ini dia akan menukar statusnya. Pertamanya dia rasa sangat bertuah kerana Mak Siti sanggup menerimanya sebagai keluarga dan membuatkan dia seakan memiliki sebuah keluarga yang lengkap dengan adanya Ummi dan Aina. Semalam mereka menghabiskan malam dengan bercerita.
Pengalaman dan perasaan inilah yang selama ini dinanti-nantikan. Keriuhan suara seorang ibu, nasihat dan panduan dari seorang Mak cik dan keriuhan dan kemesraan saudara yang dianggap seperti adiknya sendiri. Cuma kadang kala dia dapat rasakan yang ada sesuatu yang tersembunyi di sebali senyuman Mak Siti, puas dia cuba merisik rahsia tapi gagal.
Selain itu rasa bertuahnya kerana hati ini terbuka untuk menerima Lokman sebagai bakal suami. Bakal yang akan membimbingnya ke jalan yang diredhai. Serta seorang lelaki yang akan membahagiakannya. Penerimaan keluarga Lokman juga di luar tanggapannya. Kalau dulu dia rasakan yang Datin Maznah tak pernah menyukainya. Tapi kini semuanya dapat diterima dengan baik.
Memang betul hatinya berkata-kata yang semua ini berlaku secara tiba-tiba. Dia tak pernah merancang tapi mungkin Tuhan yang menentukan. Siapa dia untuk menolak.
“haiii menung apa tu pengantin?” suara Maya di hujung pintu bilik yang sudah terbuka sedikit.
“bukan menung tapi cuba melihat masa depan..”
Maya tersenyum dan ketawa kecil. dalam diam dia memuji wajah ayu temannya yang berseri tanpa secalit make up. Memang Intan punya kecantikan semulajadi. Apa yang pasti temannya itu punya kecantikan dalaman yang bukan semua wanita ada. itu dia cukup yakin sebab utama Lokman memilih Intan Azura.
“kau dah call Lokman tanya sok pukul berapa?”
“emmm malaslah… kami dah janji tak akan call atau SMS biar semuanya berlalu seperti semulajadi..” jelas Intan.
Maya mencebik. Dia duduk di katil mewah yang sudah berhias cantik.
“habis tu macamana nak tahu pihak sana datang bile?.. kau tu kan nak tunang dulu lepas tu baru akak nikah.. kalau tak tahu masa macamana nak bersedia?” giliran Maya melepaskan penjelasan panjang lebar. Eiii tak faham-faham.
“kan dah tahu semua… taka pa ikut aje apa yang dah dirancang, aku yakin Lokman tak akan lewat.. dia seorang yang menepati janji..”
Maya mencebik. Intan tersenyum.
“elehhh belum jadi laki, dah puji melambong-lambong.. macam lelaki melayu terakhir pulak si lokman tu.. kalau kau tak nak call nanti aku bagi pihak kau yang call..”
Intan mengangguk setuju. Maya yang menjadi dalang majlis yang mengatur segala persiapan. Kira macam perancang perkahwinanlah tapi versi tak terlatih..
“emmm aku ikut aje..” Intan setuju. dia menarik laci dan mengeluarkan satu bungkusan kecil. dari tadi dia memang nak membuka hadiah itu.
“hadiah siapa tu?” tanya Maya. Dia bangun dari baringnya. Dia pulak yang rasmi katil pengantin. Hishhh!! Apalah..
“Shahrul..semalam dia bagi dekat aku..”
Maya diam. Matanya terus beralih kepada kotak sederhana kecil di tangan Intan. Shahrul? Nama itu tiba-tiba muncul, sejak semalam dia cuba meneliti wajah itu tapi shahrul nampak macam tak ada apa-apa. Mungkin Farid aje kot yang melebih-lebihkan cerita. Emmm peguam muda tu memang cepat gabra kalau benda macam ni.
“apa benda dalam tu?”
Maya datang dekat. Tak sabar ingin melihat isi bungkusan yang berbalut cantik itu.
“amboiii… over nampak?” usik Intan. Maya tersenyum.
“saja nak ambil tahu… tak boleh?” soalnya tak puas hati.
Bungkusan ditanganya digoncang perlahan. Senyap tak ada bunyipun. Mata mereka saling bertentang. Wajah Maya kelihata tak sabar. Intan pula sengaja melewat-lewatkan masa. Sengaja nak buat suspen.
“kenapalah lambat sangat?.. nak bukan benda ini pun lambat apa cerita, meh sini aku tolong buka..” Maya cuba mengambil bungkusan di tangan Intan. Pantas Intan menepis.
“ehhh.. tak sabar pulak..”
Belum sempat balutan hadiah dibuka, wajah Aina menjenguk di muka pintu. Intan dan maya berpaling.
“kak ummi panggil.. dia kata ada benda nak cakap..”
“nak cakap apa?” sambut Maya.
“entah.. nak bagi tips sebelum menjadi isteri orang kot..” usik Aina, mengundang ketawa dia dan Maya. Wajah Intan kemerahan bila melihat jelingan Maya. Dia tahu apa maksud jelingan itu. cihhh buat malu aje.
Mereka meninggalkan bilik pengantin. Bungkusan itu dimasukkan semula ke dalam laci. Biarlah banyak lagi masa, walaupun dalam hati terlalu ingin melihat apa yang berada di dalamnya.
****
Langkah Intan terhenti di hujung tangga. Dari situ dapat dilihat cahaya terang di hujung taman. Di situ ada satu susuk tubuh yang berdiri di hujung kolam ikan.
“menung apa tu?” Mak siti berpaling. Membalas senyuman di wajah Intan.
Wajah itu jelas ada mendung walaupun diselimut dengan senyuman. Berkerut dahi Intan, lantas tangan wanita itu digenggam, memang pada mulanya dia tak berani untuk menerima kasih sayang wanita ini tapi dia tak boleh menipu hatinya sendiri. dia begitu rindukan kasih sayang seorang ibu. Terlalu rindu!!..
“Kenapa mak termenung?”
“tak ada apa Intan.. Cuma rasa terharu bila kenangkan kemeriahan esok. Mak doakan Intan akan bahagia” ujar Mak Siti perlahan. Cukup sayu.
Intan tersenyum. Tubuh itu dipeluk erat. “Intan sayang Mak..” bisikan walaupun perlahan tapi cukup membuatkan air mata Mak Siti menitis. sayu.
“emmm Shah mana mak?.. tak nampakpun dia”
Mak Siti terdiam. dia masih teringat langkah sayu shahrul yang meninggalkan rumah dengan beg sederhana besarnya. Disebabkan itu juga naluri seorang ibunya terguris. Tapi apa yang dia boleh buat?.. cinta tak boleh dipaksa.
“Mak!!”
“emm…?”
“Intan tanya shah kemana?” soalan yang sama diulang lagi.
“dia tidur rumah Farid… si Farid dengan dia mana boleh berenggang, pantang kalau ada masa sikit dengan Faridlah dia berkepit..” Mak siti berbohong.
Intan ketawa. Memang betul kata Mak Siti tu.
“tapi Farid tak datang sinipun Mak Siti? Kalau tak silap Intan tiga hari lepas aje nampak muka dia..”
Sekali lagi soalan Intan menjerat Mak siti. Apa lagi alasan yang harus diberikan?.
“hishhh semalam dia ada datang, jumpa Ummi tapi masa tu Intan sibuk dalam bilik kot.. tak perasan..” Mak siti mereka cerita.
“emmm ye ke?”
Mereka terdiam, masing-masing seakan memikirkan sesuatu. Akhirnya tangan Intan yang sudah merah berinai memegang pipi sebelah kanan Mak Siti. Senyuman masih lagi setia di bibirnya.
“dah-dah tak mau sedih-sedih… senyumlah, kalau Mak senyum kebahagian Intan akan lebih bermakna” pelukan dieratkan. Sehinggalah mereka terdengar suara Maya yang menjerit memanggil dari dalam. Sama-sama melangkah masuk kembali ke dalam rumah.
****
Senyuman cuba diukir di wajahnya. Rona satin korea lembut yang putih bersih terbalut cantik di tubuh rampingnya. Selendang dari warna yang sama menaikkan lagi seri pengantin. Dari tadi telinganya hanya menadah pujian yang tak putus-putus dari sesiapa saja yang masuk ke dalam bilik.
“cantiknya kawan aku ni.. tak sangka aku ada kawan secantik ni.. patutlah si LOkman tu tak boleh nak toleh dekat orang lain” usikan Maya langsung tak berbekas di hatinya. Debaran di hati lebih menghantui diri.
Kalau semalam dia merasakan seolah-olah semuanya akan berjalan lancer tapi pagi ini dia merasakan yang perutnya seakan bergelora. Terasa macam-macam perasaan sehinggakan terasa nak muntah.
“dah pukul berapa ni, aku dah try call Lokman tapi tak dapatlah.” Jelas Maya. Sambil membetulkan selendang panjang yang tersangkut di kepala Intan.
“emmm dalam perjalanan kot.”
“emmm mungkinlah kot.. aduh aku pulak yang berdebar ni” usik Maya lagi. dia tahu apa yang bermain di fikiran temannya. Dia dah melalui saat itu. tiba-tiba ingatannya kembali pada Johan. Walaupun lelaki itu menghadiahkan banyak derita tapi Johan juga lelaki pertama yang membuka hatinya untuk cinta.
Sayang perkahwinannya dengan Johan tak kekal lama. Mungkin salah dia sebab terlalu sangat ikutkan rasa cinta sehinggakan tak boleh melihat kaca dan permata. Hahh mungkin jodoh mereka sudah tertulis sampai di situ saja. Jadi tak ada apa yang nak dikesalkan.
“ehhh Maya kau ni berangan pulak..”
Maya terkejut lalu ketawa. Alamak macamana boleh berangan ni?.
“emm aku try call Miralah..” tiba-tiba dia teringatkan adik Lokman. Dua kali mereka berjumpa tapi dia cukup senang dengan sikap peramah Mira. Sikap Mira sama macam Aina adik Farid.
Beberapa kali nombor itu didail tapi gagal.
Ummi menjenguk dari pintu.
“rombongan dah sampai mana ni? Orang dah tanya tu.. sikit lagi Pak Imam nak datang..” Ummi seakan mendesak. Sempat juga dia menjeling kea rah jam di dinding. Debaran di hati semakin kuat.
“tak akan jalan sesak kot.. bukannya jauh sangat pun..” rungutan Maya kedengaran lagi.
“tak apalah kita tunggu sikit lagi” bisik Intan kembali tenang. Dia duduk kembali ke atas katil indah yang ditaburi bungan ros merah yang segar. Terasa nyaman berada di bilik dengan haruman Ros putih dan merah. Suasana yang tak pernah bermain di fikirannya.
Minit berganti minit, hatinya yang tadinya tenang kembali berdebar. Kali ini bukan memikirkan perasaan tapi memikirkan apa yang terjadi pada rombongan Lokman yang tak sampai-sampai.
“Intan cuba kau call..” Maya bersuara. Dia sendiri dah tak sedap hati.
Intan membuka laci kecil di hujung katil. Telifon bimbitnya dikeluarkan. Nombor lokman didail laju. Lama ditunggu tapi gagal. Dicuba sekali lagi tetap gagal.
“tak dapat..” suara Intan hampa. Maya mengeluh.
Tiba-tiba lagu tasbih cinta bergema. Nama lokman tertera di skrin. Lokman!!.. suara Intan sedikit kuat.
“Hello, Man dekat mana ni?.. Ha arr Kak Intan ni, hah! Hilang!!?” Suara Intan bergema. dia terduduk di katil. Suara Mira di hujung talian sudah tak dihiraukan.
Cinta di ufuk Bintang
Adam Jason nama yang cukup untuk membuatkan 2000 orang pekerja di bawah Global Holding akan tunduk hormat kepadanya. Bukan kerana kekacakan atau pakej lengkapnya sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna tapi disebabkan kejayaannya dalam menakluki dunia perniagaan.
“weiii Josan ini macamana.?” Perempuan berwajah kacukan India cina sudah terlentuk di bahu kiri Robert. Jason tersenyum.
“itu kau uruskan..” ucapnya dalam langkah yang diatur agak hilang fokus. Malam ini dia terlebih minum dari biasa. Ini semua disebabkan kejayaan dalam merampas kembali saham yang hampir dibolot musuh.
Robert tersenyum mendengar arahan Jason, memang sudah lama dia mengidamkan tubuh yang mengiurkan itu. Selama ini Susan hanya tunduk kepada Jason. Wanita itu langsung tak pernah memandangnya. Kononnya cinta tapi dia tahu lelaki seperti Jason tak akan pernah percaya pada cinta.
“tapi kau ingat jangan buat benda bodoh, hantar dia balik.. dan pastikan mama dan papa dia tahu kau yang hantar balik..” sempat Jason menjerit memberi peringatan. Wajah hampa Robert tak dihiraukan. Bukan boleh percaya sangat si Robert ni, lain yang disuruh lain pulak yang dia buat.
Kereta dipecut laju. Jam menunjukkan 3 pagi. Sudah terlalu lewat untuk dia terus berada di luar rumah. Aktiviti malamnya tak pernah dibiarkan sehingga mengangguk tugasnya terutamanya Global Holding.
Mata digosok dengan tangan biar jelas. Lampu Jalan membuatkan dia hilang fokus namun pedal minyak masih ditekan. Lagi dan terus laju meluncur.
Debukkk!!!!!..
Menjerit brek MArcedes benz class E550nya. Ada tubuh yang sudah terdampar di tengah jalan. Jason panik, berlari keluar dari kereta. Dalam takut dan tangan yang masih mengeletar dia merapati tubuh itu.
Pantas nombor Robert didail, gagal.. dia menghempas keluhan berat. Tiba-tiba teringatkan Richard. Disaat susah macam ni baru dia sedar yang dia tak punya banyak kawan.
“Richard I need your help now!! No I say Now!”
****
Wajah Richard dipandang lagi. sejak peristiwa kemalangan itu dia menjadi menunggu tetap wad 201c. namun hanya menjadi penunggu dari jauh tak berani untuk masuk atau menatap wajah wanita yang dia sendiri tak tahu dari mana asalnya.nasib baik ada Richard, kalu tidak tak tahulah apa yang akan terjadi, mungkin pada dia atau perempuan yang berbaring lesu di katil itu.
“tapi macamana dia boleh tak ingat siapa keluarga dia dekat mana dia tinggal?.. tapi dia ingat nama” tapi nama itu kebetulan melalui loket emas yang tergantung di leher wanita itu. Kalau ikutkan satu apapun pasti tak akan lekat dari ingatannya.
Loket yang tertera nama Nurin Najwa itu masih ada dalam simpanannya.
Richard tersenyum. Sejak peristiwa kemalangan malam tu Jason tak ubah seperti seorang yang tak tahu apa-apa. Malah kadang kala lelaki itu akan mengulangi persoalan yang sama beberapa kali. Pelik kemana hilangnya wajah tenang dan yakin temannya itu,
“hentakan yang kuat di kepala menyebabkan pendarahan yang agak teruk. Dalam bahasa yang mudah fahamnya dia kehilangan memori atau ingatan, dan yang dia ingat hanya nama yang mungkin itu juga secara kebetulan”
“habis tu tak akan tak ada ubat yang boleh pulihkan dia?”
“dia perlu jalani terapi atau ingatan itu akan datang sendiri..” jelas Richard sekali lagi. walaupun itu bukan bidang kepakarannya tapi dia cuba untuk memahamikan kawan baiknya itu.
“maksud kau dia akan sembuh?”
Richard mengeleng perlahan. Berkerut dahi Jason. Berbelit-belitlah Richard ni. Sekejap kata ok sekejap kata tak. Marahnya dalam hati.
“dia hilang ingatan.. mungkin memakan masa sebulan , setahun, sepuluh tahun atau ingatan itu tak akan datang kembali.. dan dia akan menjadi umpama bayi yang masih perlu di ajar”
“kata kau doktor pakar tak akan tak boleh selamatkan dia?” Richard mengeleng, Josan mula mempertikaikan profesionalnya.
“aku pakar Tulang bukan pakar otak..” jelasnya sekali lagi. ayat yang sudah diulang lebih lima kali. Tapi dia tak pernah terasa dengan kata-kata Josan, dia tahu temannya itu dalam keadaan serba salah. Tapi dia tetap bangga dengan Jason kerana sahabatnya itu masih ingin bertanggungjawab.
Jason terduduk. Memikirkan apalah nasibnya selepas ini. Nampaknya masalah besar akan datang. Untuk membiarkan saja wanita itu dia tak sampai lagipun meninggalkannya sama jugalah dia lari dari tanggungjawab dan seumur hidup dia akan rasa bersalah.
“habis kalau dia tak sembuh aku nak buat apa?”
Richard diam. Dia sendiri masih tak dapat memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan. Wanita itu hanya mengigati separuh saja tentang dirinya.
“kita cuba Bantu dia..” tu saja yang paling baik dapat keluar dari doktor seperti Richard. Akhirnya akan minta berserah.
Jika dia diperlukan untuk membuat keputusan akhirnya inilah keputusan yang dia akan buat. Tapi keputusan yang bukan dari relanya semuanya adalah terpaksa.
“tapi dia melayu?”
“tapi kau ka nada Mami aku yakin dia boleh tolong..lagipun kau sendiri yang tak nak hal ni dibesar-besarkan, sekarang kita kena ambil jalan selamat, aku bawa dia ke hospital ni pun atas tiket yang dia adalah kawan kita. Jadi yang perlu menyelesaikan semua ni adalah kita.” Jelas Richard panjang lebar.
Baru dia teringatkan Mami.. pengasuhnya dari kecil. nombor wanita itu didail laju. Hanya Mami yang boleh menyelamatkan keadaan. Mami satu-satunya orang yang dipercaya, tapi sejak dia melanjutkan pelajaran ke luar negera dia tak lagi berjumpa dengan wanita itu, hanya duit dikirimkan setiap bulan.
****
Hari berganti hari minggu berganti minggu, Nurin sembuh sepenuhnya dari kecederaan fizikal. Cuma yang menjadi masalah sekarang wanita itu masih belum mendapat kembali ingatannya. Percaya atau tak kini wanita itu tinggal bersamanya tapi masih bertemankan Mami. Jika ditanya Nurin akan diperkenalkan sebagai anak saudara Mami, walaupun hakikat sebenarnya Mami tak pernahpun mempunyai saudara mara.
“Encik Adam..”
“ehhh awak ni tak faham ke?.. saya tak suka nama adam.. please call me Jason…” jeritnya pada wanita misteri itu. Sejak keluar dari hospital dia terpaksa mengadap wajah itu setiap hari. Wajah putih bersih lelaki itu kemerahan menahan marah.
“tapi saya suka nama adam..”
Jason berdengus. Memang degil. Sejak mula sampai sekarang suka melawan. Kalau dia tahu mungkin tubuh itu akan dibiarkan saja terdampar di bahu jalan. Tapi dia juga bersalah sebab kalau bukan dia yang melanggar Nurin pasti semua ini tak akan terjadi.
“bau apa ni?” terhidu deria baunya sesuatu bau yang agak pelik.
“saya masak tadi kalau awak nak makan marilah sekali..”
Jason melangkah mengekori Nurin Najwa ke meja makan. Bulat matanya bila melihat hidangan di atas meja. Masakan melayu??..
“mana Mami?”
“ada di sini..” sahut suara dari dapur. Wanita berusia 50 an keluar dari dapur. Tersenyum melihat Jason yang berdiri di tepi meja makan.
Jason memandang senyuman Mami. Aikk Mami ni pun dah berpakat nak kenakan aku ke?.. bukan dia tak tahu yang dia paling tak suka mekanan melayu. Masakan yang penuh dengan rencah yang akan membangkitkan bau pelik.
“apa ni Mami masakan melayu?”
Mami hanya senyum. Dia tahu sepanjang dia bersama Jason tak pernah dia menghidangkan makanan melayu dan kali ini dia sendiri terlalu rindu untuk makan masakan melayu. Dan Nurin sendiri yang menawarkan untuk memasak, kenapa mesti dia membantah. Tapi yang peliknya kenapa pulak Jason balik waktu makan tengahari?. Selalunya anak muda itu tak sukan membazir masa.
“dulu masa Jason masih kecil mama selalu masak masakan melayu. Mama dan papa Jason cukup suka masakan melayu tambah-tambah ayam masak rendang ni..”
Jason mencebik. Wanita didepannya sudah tunduk memandang bumi. Memang sebenarnya Nurin tak akan mengangkat muka bia bercakap dengannya. Mungkin takut dengan sikap panas barannya.
“dah, kali ini adalah kali terakhir saya tak nak tengok lagi masakan macam ni dalam rumah saya..” tegas tapi bukan pada Mami, dia cukup menghormati wanita itu. Kata-kata itu lebih ditujukan kepada wanita asing yang telah menganggu ketenteramannya di rumah ini.
***
“Ya encik Jason panggil saya..”
“Salina saya nak tanya sesuatu pada awak..”
“apa dia Bos?” tanya salina pelik. Pertama kali Jason memanggilnya. Terkejut juga bila dipanggil tanpa sebab dari tadi hatinya tak berhenti berdenyut.
“orang islam perempuan pakai apa kalau nak sembahyang?”
Salina mengaru kepalanya. Pelik mendengar soalan, setahu dia bosnya itu tak ada agama. Nak buat apa tanya soalan macam tu.
“salina!!” panggil Jason bila melihat pekerjanya itu masih mengelamun.
“ehhh.. maaf encik Jason.. kami panggil telekung..”
Jason mengangguk beberapa kali.
“telekung.. dekat mana kita boleh beli?.. kalau awak tak keberatan boleh awak belikan untuk saya?” permintaan yang betul-betul membuatkan Salina mahu tercekik.
“emm boleh tapi untuk siapa?”
“saya rasa tak perlulah awak tahu untuk siapa.. awak cuma perlu beli saja”
Salina mencebik dalam hati. Elehhh ingat aku nak tahu sangat ke..
“bukan macam tu encik Jason maksud saya.. untuk siapa supaya senang saya pilih saiznya. Kalau untuk kanak-kanak dan dewasa saiznya berbeza..” Jason tersenyum. Sedar kesilapannya.
“lebih kurang macam awak..”
Salina mengangguk setuju. dia cuba memadam soalan demi soalan yang bermain di dalam otaknya. Buat apa dia nak jadi busy body. Bukan dia wartawan yang sentiasa inginkan berita sensasi.
“ini duitnya..”
“Hah serbu encik Jason?” Salina meletakkan kembali kepingan RM50 di atas meja.
“kenapa tak cukup?.. kalau tak cukup nak tambah berapa?” tanya Jason pelik.
Salina ketawa. Tak tahan melihat wajah pelik majikannya. Kalau ikutkan sepatutnya dia yang terkejut tapi bila fikirkan balik bukan salah bosnya. Memang Encik Josan tak akan tahu harganya.
“saya rasa sekepingpun dah cukup..esok saya akan berikan pada Encik Josan” Jason mengangguk.
“awak yakin seratus cukup?”
Salina tersenyum dan mengangguk.
****
Jason meletakkan tangan ke dahi. Tadi dia menolak pujukan Robert untuk ke kelab. Kenapa dia sendiri tak tahu. akhir-akhir ini dia lebih suka tinggal di rumah. Tapi lebih suka duduk di dalam bilik. Tidak lagi menghabiskan masanya bersama perempuan dan minum sampai ke pagi. Kalau dulu dia cukup rimas dengan wanita misteri itu tapi kini dia lebih suka memberi keselesaan pada Nurin. Telekung yang dihadiahkan kepada Nurin cukup untuk menarik senyum di wajah itu.
Alunan surah yang mengalunkan bacaan ayat suci Al Quran membuatkankan matanya terpejam. Ya sbab inilah.. sebab alunan suara itu yang dinantikan setiap malam. Memang dia sendiri tak tahu apa yang di baca oleh Nurin tapi hatinya tenang. Sungguh!! Bukan satu pembohongan.
“budak tu nyanyi lagu apa pulak tu Mami?”
“itu bukan lagulah sayang.. Nurin sedang mengaji, baca Al- Quran..”
Berpusing-pusing lidah Jason menyebutnya tapi dibetulkan oleh Mami.
“kenapa dia mengaji?”
“dalam islam selain solat, membaca Al-Quran juga satu cara untuk mencari ketenangan jiwa…” pertama kali dia mendengar perkataan itu. Al-Quran..
Jason bangun dari duduknya. Ketukan pintu bilik membawa pergi soalan-soalannya kepada Mami semalam. Mami juga dulu sepertinya seorang yang teguh dengan prinsip tidak percaya dengan agama. Tapi sejak dia pulang dari Landon, berita pertama yang masuk ke telinganya adalah Mami sudah memeluk Islam. Dan kerana Islam juga dia menjauhkan diri dari wanita itu. Walaupun nama wanita itu termasuk dalam senarai teratas selepas mama dan papa yang sudah tiada.
“Jason tak nak makan?” tanya Mami dalam senyuman. Senyuman yang masih seperti dulu. Sikitpun tak berubah Cuma bezanya sekarang wanita itu sudah mengenakan tudung. Menutup semua rambutnya.
“tak apalah Mami makan dulu.. saya nak nanti saya ambil sendiri.” Saat itu alunan suara Nurin juga sudah berhenti.
“Mami..”
Wanita itu berpaling kembali..
“kenapa Mami masuk Islam.. dulu mami sendiri kata yang agama itu merumitkan?.. but now you’re muslim. Bukankah Islam itu agama yang paling merumit dan membebankan?” akhirnya soalan itu terkeluar juga dari mulutnya. Dah lama dia ingin bertanyakan soalan itu.
“sebab Islam buat Mami rasa bahagia.. Islam buat Mami rasa sempurna.. Islam juga arah yang Mami cari.. mungkin suatu hari nanti Jason akan faham yang Islam itu sebenarnya Indah..” bisik Mami dalam senyuman. Menanbahkan lagi kerutan di dahi Jason.
“awak tak benci saya sebab saya yang langgar awak?.. sampai awak jadi macam ni?” buat pertama kalinya Jason bertanya lembut kepada Nurin.
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah, kenapa mesti saya benci pada awak.. mungkin semua ni ada hikmahnya..”
“hikmah??” tanya Jason pelik.
“emm.. hikmah, kalau awak tak langgar saya mungkin kita tak boleh berkenalan macam ni.. dan mungkin saya tak kenal Dr. Richard dan Mami..” suara itu meresap masuk ke jantung. Jason memandang wajah itu. Wajah bersih Nurin memang mendamaikan.
Nurin berpaling. Mata mereka bertentang. Sekali lagi satu senyuman kecil menghiasi wajah itu. Jason terpana.
“tapi saya bersyukur..”
“kenapa?”
“sebab walaupun saya hilang ingatan, saya tetap ingat Allah SWT, saya tetap ingat agama saya..”
Jason mengangguk faham. Itu rupanya yang disyukurkan.
“awak sayang sangat agama awak ek?”
“bukan sayang malah cinta, kasih dan taat..awak pun macam tu kan..?” Nurin bersuara namun matanya masih memandang permandangan yang luas terbentang dari balkoni.
“entah saya tak ada agama.. dan saya juga tak percaya pada cinta..”
Nurin hanya tersenyum.
“setiap hati manusia telah dikurniakan cinta, awak boleh menafikan tapi awak tak boleh nak tipu diri sendiri..cinta tu luas, dan saya sebagai orang luas boleh nampak jelas cinta awak pada Mami.. kasih awak pada Golden kucing comel awak tu dan sayang awak pada kerjaya awak.. dan jangan cakap yang awak tak percayakan cinta”
Jason terdiam. Cuba menelan semua yang diluahkan Nurin. Betul ke itu cinta?.
*****
“Mami tak ada anak.. suami pun tak ada.. sepanjang hisup Mami hanya kelurga Jason saja yang Mami ada.. lagipun Mami jaga Jason sejak dia kecil lagi.. puan Lin memang seorang yang baik..”
Nurin mengangguk satu persatu cerita tentang lelaki itu terlayar di telinganya. Mami memang seorang yang rajin bercerita.
“tapi dia garangkan Mami..” usik Nurin walaupun memang hakikatnya betul. Cuma sejak kebelakangan ini Adam Jason sudah berubah corak.
“bukan garang tapi tegas.. dia baik Nurin..Cuma dia tak ada orang nak bimbing dia, dia kehilangan mama dan papa sejak umur 10 tahun..dia hidup sendirian sejak itu lagi. kadang-kadang mami akan layan dia macam budak kecik, Mami sayang dia” Nurin tersenyum. Dia senang dengan Mami. Mulanya dia sendiri takut bila terpaksa tinggal dengan Jason lelaki asing di rumah mewah ini. Tapi dengan adanya mami dia selesa.
“lagipun Jason tak pernah bawa arak atau perempuan balik ke rumah ni, macam yang Nurin tengok rumah ni memang sentiasa bersih dan cantik walaupun tak ada orang gaji..” Nurin mengangguk setuju. memang Jason seorang pembersih. Susuh atur barangan dalam rumahnya sudah cukup membuktikan.
Daripada gambar-gambar yang tergantung cantik di dinding juga menandakan yang Jason bukanlah sebarangan orang. Dia pernah membaca artikel tentang kejayaan Jason secara tak sengaja di majalah di ruang tamu. Mungkin sengaja diletakkan di situ sebagai kenangan.
“ehhh kenapa you ni macam dah lain aje I tengok?” jerit Susan perlahan. Bosan dengan sikap acuh tak acuh Jason.
“tak ada apa.. macam biasa” jawapan ringkas Jason menambahkan lagi sakit hati Susan.
“lagi satu sejak bila pula you kena pakai PA ni?.. perempuan pulak tu dengan berbungkus satu badan, you tak malu ken anti apa orang kata?”
Dahi Jason berkerut. Bersambung keningnya. Cuba mengawal rasa marah. Marah itu akan memusnahkan, teringat kata-kata yang pernah keluar dari mulut Nurin. Sempat matanya berpaling pada Nurin yang duduk di mejanya sambil berbual di telifon. Sudah sebulan Nurin bertugas sebagai PAnya dan ternyata wanita itu cukup cekap melakukan tugasnya.
“apa you nak sebenarnya ni?”
“ehhh soalan jenis apa ni? I nak Adam Jason I kembali..” suara Susan semakin meninggi. Matanya menikam wajah yang masih tunduk membaca fail di depan meja. Langsung kehadirannya tak dihargai.
“Susan sebelum I hilang sabar.. baik you balik dulu, you kan tahu I tak suka perempuan yang suka buat kecoh dalam ofis I”
Susan menikus. Terdiam. Melihat ketegasan di wajah Jason membuatkan dia terdiam. Dia mengangguk lalu meninggalkan bilik Jason. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Nurin. Rasa benci timbul di hatinya. Wajah perempuan itu cukup membuatkan hatinya panas.
****
Entah apa yang merasuk hatinya dia sendiri tak tahu. hubungannya dengan Nurin juga sudah semakin rapat. Itulah Jason, susah nak memulakan perkenalan tapi seorang yang mudah menerima. Langkah diatur ke Balkoni. Melihat Nurin yang dari tadi asyik memandang langit menarik dia untuk turut sama. Dia suka bila kata-kata berhias Nurin masuk ke telinganya. Tiada bantahan tiada paksaan.
“buat apa dekat sini?”
“tengok bintang..” jawab Nurin perlahan tanpa mengalihkan pandangan. Dia tahu suara itu milik Jason.
“bintang! Kenapa?” mata sama terarah ke arah kerlipan bintang yang bertaburan di langit.
“saya suka bintang.. Adam suka bintang?”
“entah.. selama ni saya suka hanya pada duit..kenapa awak suka bintang?” akui Jason Jujur. Dulu dia tak suka dengan nama Adam tapi bila nama itu sentiasa meniti di bibir merah Nurin akhirnya dia biarkan saja.
“bintang adalah cinta..” bisik Nurin perlahan. Menarik kerutan di dahi Jason.
Akhirnya Jason ketawa kuat. Lawak bila mendengar padanan Nurin, langsung tak sesuai.. kalau cinta dipadankan dengan hati boleh lagi diterima akal. Ini bintang?>
“awak ni suka buat lawak..” Nurin bangun meninggalkan Jason. Jason terkedu. Tawanya mati. Aikkk tak akan merajuk kot. Mata Jason kembali kea rah dada langit. Cuba mencari maksud cinta Nurin.
Belumpun sempat dia bangun Nurin datang kembali dengan pen dan seheli kertas. Mungkin di ambil di bilik bacaannya tadi.
“cuba adam lukiskan bintang..” permintaan NUrin dikotakan dengan mudah.
Pen di tangan Jason diambil kemudian satu persatu penjuru bintang diletakkan dengan perkataan C.I.N.T.A.
“jadi inilah bintang cinta maksud awak?”
Nurin mengangguk dalam senyuman. Lama mata Jason terlekat di gambar bintang yang dilukis Nurin di atas kertas A4.
Nurin gadis misteri yang pandai melukis, pandai memasak dan pandai berhujah.. kadang kala terkeluar juga beberapa nama tokoh falsafah dari mulut wanita itu. Siapa sebenarnya Nurin?.. kerja apa dan tinggal di mana?.. sudah hamper sebulan Nurin tinggal bersamanya, pernah juga wanita itu menyuarakan untuk pindah tapi dia tidak mengizinkan. Apa yang terjadi pada Nurin adalah tanggungjawabnya.
****
Buku nama-nama islam itu dibuka perlahan. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk membaca buku sebegini tapi pagi ini dia tertarik.
“Nurin Najwa, cahaya dan bisikan rahsia..” nama itu meniti di bibirnya, patutlah wanita itu penuh dengan rahsia.
“kenapa selalu pakai tudung?.. tak rimas ke.. dalam rumah pun awak pakai tudung?” soalan Jason dibalas dengan senyuman.
“tak..dalam Islam menutup aurat tu satu kewajipan.. wajib tu maksudnya mesti dilakukan..”
Teringat perbualannya dengan Nurin. Setiap apa yang dihujahkan pasti akan ada jawapan yang dia sendiri tak dapat pertikai logiknya.
Selama ini dia tak pernah berkawan dengan orang melayu.. baginya cukup dengan hubungan perniagaan.tak dinafikan ramai juga pekerja di Global Holding adalah orang melayu. Cuma dia tak berpeluang untuk mendekati mereka. Jason Adam adalah seorang yang cukup susah memulakan perhubungan dan dia cukup teliti dalam memilih kawan, walaupun kawannya sekarang bukanlah yang terbaik.
“nak buat apa ni..”
“sambal belacan.. pernah makan sambal belacan?” tanya Nurin. Dia tersenyum bila melihat wajah pelik Jason. Wajah putih bersih itu kemerahan.
“nak ambik ni..tumbuk lada tu sampai lumat.” Tanpa banyak soal Jason mengambil tempat Nurin. Mami yang dari tadi menjadi pemerhati hanya ketawa.
Tuk tak tuk tak… bunyi lagan lesung batu.
“Aduhhh!!!!”
“kenapa?” Nurin dan Mami berpaling risau.
“pedih!!! Mata masuk lada… sakit tolong-tolong..” tergesa-gesa Jason berlari ke sinki, setelah matanya mampu dibuka kedengaran tawa halus Mami dan Nurin. Cisshhh kena lagi dia.
Sekali lagi dia ketawa kenangan itu cukup membahagiakan. Terasa dirinya lengkap walaupun hanya berada di ceruk dapur bersama Mami dan Nurin.
****
“apa cerita kawan baik kau tu dah jumpa?” tanya salma kepada Salina. Satu keluhan keluar dari mulut itu. Soalan yang cukup membuatkan dia merindui senyuman dan tawa seorang teman.
“belum lagi.. si razak tu pun dah kena tangkap tapi bila disiasat razak sendiri tak tahu di mana wawa.. tapi aku yakin dia masih hidup”
Salma mengangguk. Walaupu baru sekali dia bertemu dengan wawa tapi wanita itu cukup sempurna di matanya. Lengkap dengan pakej seorang wanita yang baik. Entah apalah masalah si Razak tu sampai sanggup menculik wawa. Sampai sekarang wanita itu tak dapat dikesan.
“Mak Jah macam mana?”
“emmm macam tu juga. Dia rindu sangat dekat wawa sampai makan pun tak selera, tapi aku respek betul Mak Jah dia boleh lagi tersenyum walaupun aku tahu dia menangis”.
“ehh kau tolong hantarkan surat ni ke PA encik Jason ek.. aku ada hal petang ni balik awal..” Salina mencbik, ada aje jalan nak kenakan aku.
“hishhh aku kan jarang naik bilik bos.. aku ni orang bawahan laa.. malulah nak naik bilik bos”
“alaa.. aku bukan suruh kau jumpa Encik Jason tapi PA baru dia..”
“PA baru dia tu ok tak? Boleh masuk geng kita?”
“entahlah akupun tak pernah jumpa maklumlah dia kan kena berkepit aje dengan Encik Jason. Manalah boleh pekerja macam kita ni jumpa dia selalu.. tapi aku teringin juga nak jumpa.. sebab Encik Robert kata orangnya cantik and jangan terkejut sebeb melayu..”
“Melayu??.. biar betul?”
Salma mengangguk mengiyakan kata-katanya tadi. Memang kalau ikutkan tak masuk akal tapi mememang itulah yang berlaku sekarang ni.
“kalau sebab perempuan gila ni you nak tinggalkan I, you memang gila Jason memang gila..”
Jason masih memegang tangan Susan tak sangka Susan akan bertindak kasar dengan Nurin. Darah yang mengalir di dahi Nurin membuatkan dia bertambah cemas.
“kenapa ni Jason?” Robert datang ingin memberi bantuan. Sekali lagi pegangan Susan terlepas. Susan mencapai pula pasu di atas meja Nurin terus membalik ke arah Nurin.
“Ya Allah ..” tanpa sedar ayat itu keluar dari mulut Jason.
Robert memegang kuat dan menarik Susan untuk keluar dari ruang. Susan cuba menarik tangannya tapi Robert lebih kuat menarik akhirnya dia mengikut saja langkah lelaki itu. Sempay dia menjeling wajah dan renungan tajam Jason. Memang mengerunkan.
“GO!!!just go!!” jeritan Jason kuat melanjukan lagi langkah Susan. Robert mengeluh.
“Ya Allah.. wawa?” salina yang dari tadi hanya menjadi pemerhati terkejut melihat wajah wanita yang sedang memegang kepalanya yang berlumuran darah. Tuduh krim lembut yang dipakai sudah kemerahan.
Jason tak mempedulikan pandangan salina dia hanya fokusnya hanya pada Nurin.
“Nurin awak ok?”
“ok taka pa-apa.. sikit aje” suara itu perlahan. Cuba untuk berdiri. Deyutan di kepalanya semakin terasa.
“wawa kau ok tak ni.. Ya Allah banyaknya darah…”
Nurin sempat tersenyum. Mengelengkan kepala menandakan yang dia tak apa-apa, wanita di depannya dipandang sekilas belum pernah rasanya dia berjumpa wanita itu. Tapi macam suara itu selalu didengari. Jason di sebelah masih mengawasi. Tak berani untuk menyentuh wanita itu kerana dia sendiri sudah melarangnya.
Baru saja langkah di atur ke depan kakinya lemah lalu tubuhnya hilang pertimbangan. Jason sempat menyambar tubuh itu dari terus jatuh..
Pandangan Nurin gelap.. NURIN!!... namanya dipanggil beberapa kali akhirnya sepi.
****
“nasib baik kau tak apa-apa.. Ya Allah mak kau mesti gembira sangat bila tahu kau dah sembuh..dan masih hidup”
Nurin ketawa kecil. dia tersenyum lagi, nasib baik salina ada kalau tidak terpaksa dia bermalam di hospital sendiri.
“macamana aku boleh ada dekat sini?”
“kau tak ingat ke apa yang dah terjadi?” Nurin mengelengkan kepala. Wajah salina berkerut.
Tiba-tiba pintu ditolak perlahan. Wajah Mami dan Jason muncul di muka pintu dengan senyuman.
“Nurin tak apa-apa sayang?.. sampai hati dia buat Nurin macam ni..”
Kerutan didahi Nurin bertambah. Wanita didepannya dipandang pelik.
“mak cik siapa?” soalan itu membuatkan Mami terkedu. Jason pula bangun semula dari duduknya.
“kau tak kenal ke siapa ni?” tanya Salina pelik. Tadi dia sudah berbual panjang dengan bosnya, dan Jason sudah menceritakan semuanya. Dia juga sudah menceritakan segala yang terjadi pada wawa.
“siapa?”
Soalan itu sudah cukup membuatkan jantung Jason berhenti berdenyut. Adakah Nurin sudah dapat kembali ingatannya?.
Antara percaya atau tidak kini tiada lagi Nurin Najwa yang akan duduk di depan pintu menanti kepulangannya dengan senyuman. Tiada lagi suara yang akan membebel bercerita dengan golden kucing kesayanganya. Tiada lagi suara yang akan mengalunkan Al Quran untuk lena tidurnya.
Berkali juga dia mencuba untuk mendekati Nurin tapi gagal. Terasa satu perasaan yang tak pernah dirasa selama ini, terasa tangkai hatinya pedih, sakit. Setiap kali memandang wajah itu pandangan pelik Nurin membuatkan dia akhirnya mengundur diri.
“kelakarkan hidup ni Mami.. bila kita dah mula sayang, dia tinggalkan kita macam tu aje”
“setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya Jason.. NUrin dah kembali pada kehidupannya, dia tak akan tertanya-tanya lagi siapa diri dia yang sebenar..”
“tapi dia lupakan kita..”
“bukan lupa Cuma dia tak ingat.. mungkin suatu hari nanti dia akan ingat mami dan Jason, sabarlah.. Mami tahu Jason seorang yang kuat”
Jason diam. Matanya beralih kepada taburan bintang yang berkelip di ruang langit. Bintang itu cinta..
“Mami tahu taka pa yang Jason teringat bila Nurin berlumuran darah?”
“apa dia?”
“saya sebut Ya Allah… dan sampai sekarang saya tak lupa perkataan tu..”
Mami terdiam. Matanya memandang dalam wajah anak muda yang dijaga sejak kecil. dalam diam dia dapat satu cahaya menerusi wajah Jason. Ya Allah besarnya kebesaranMu…
Kalau ditanya diantara Nurin dan Islam dia dengan hati yang yakin dan ikhlas dia akan memilih Islam. Islam yang membawa cintanya pada Nurin. Ya Islam adalah cinta pertamanya. Tapi tak dinafikan yang Nurin menarik perhatiannya pada Islam.
Kerana Islam juga dia meninggalkan dunia lamanya. Itu dia yakin. Dia melakukan perubahan kerana Islam bukan kerana Nurin.
****
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
“Ya Allah andai dia jodohku kau dekatkanlah dia kepadaku, andai dia bukan insane yang kau cipta untukku maka kau jauhkanlah dia, kau hilangkan dia dari hatiku.. sesungguhnya aku tak mahu cintanya mengatasi cintaku kepadaMu..amin..” wajah diraut dengan kesua belah tangan.
“adam.. mari kita makan, sekejap lagi ustaz Muaz datang..”
Adam Jason Abdullah melipat sejadah lalu disangkut di tempat biasa. Dia tersenyum bila bau gulai masak asam pedas menusuk masuk ke hidungnya.
“sedapnya Mami..”
“semua untuk Adam.. tapi sebelum tu kita kena tunggu tetamu kita dulu..”Jelas mami.
“siapa yang nak datang Mami? Robert ke Richard, tak akan diorang makan asam pedas kot?” teringat sahabat-sahabatnya. Islam tak pernah membuatkan dia memutuskan hubungan dengan kawan-kawan, Cuma kehidupannya kini dikawal dan terkawal dengan sendirinya dengan perasaan cintakan Islam.
Belum pun jawapan keluar dari mulut Mami kedengaran suara memberi salam.
“hahh dah sampai marilah masuk..”
Adam bangun.. wajah didepannya dipandang lama..
“Encik Adam dah mula makan asam pedas?” usik Nurin. Disambut dengan ketawa kecil Mami.
Sepanjang menjamu selera mereka hanya diam. Hanya sesekali suara Mami bercerita dan ditambah sepatah oleh Nurin. Adam dari tadi hanya diam dan terus makan.
“kenapa awak datang?”
“untuk ini..” sehelai kertas tisu diberikan kepada Adam. Pelik. Tangannya menyambut juga.
Perlahan tisu yang terlipat itu dibuka.. Bintang?
Adam tersenyum.. dia kembali menatap wajah Nurin yang masih memandang langit yang terhias bintang.
“bukan ke awak tak ingat saya?”
“dulu.. tapi bila tengok bintang saya ingat awak” ucap Nurin yakin.
“Adam Jason Abdullah, saya terima awak menjadi Adam saya buat selamanya kerana Allah..” bisik Nurin perlahan.
Adam tersenyum dalam hatinya memanjatkan syukur. Akhirnya dia mengerti kini apa itu cinta dan bintang adalah bukti kebesaranNya..
GILA KAU 43
“apa yang kau buat ni Rul?, satu apapun aku tak tengok lagi?” Suara Datin Maznah menjerit di hujung talian. Fazrul menjauhkan telifon dari telingannya. Kalau dekat alamat pecahlah gegedang telinganya.
“sabarlah Mak ngah lagipun bukan senang nak dekat perempuan tu, dia ramai sangat peminat ada saja yang dok berkepit”
“aku tak kisah apa yang aku nak perkahwinan ni mesti dibatalkan. Aku tak suka dia jadi menantu aku”
“habis tu mak ngah nak saya buat apa? Bunuh si Intan tu?” soal Fazrul tinggi. Sengaja suranya dikuatkan biar mak ngahnya tahu dia bukan mudah nak diperintah sesuka hati.
“kau sanggup nak jadi pembunuh?” pertanyaan Datin Maznah mengundang ketawa besar Fazrul. Sanggup ke dia nak membunuh perempuan semanis Intan Azura?. Mungkin tidak...
“ehhh kau dengar tak apa aku cakap ni?” suara nyaring Mak ngahnya membuatkan dia kembali ke alam nyata.
“dengarlah mak ngah.. saya belum nak pekak lagi.. tak payah nak pekik-pekik macam tu nanti orang kata mak ngah gila pulak..”
“memang aku dah separuh gila ni.. kau tahu tak yang si Man tu dah mula nak rancang perkahwinan dia, kalau boleh lagi cepat lagi bagus.. aku tak tahulah apa yang dah dibagi perempuan tu dekan anak aku, sampai dia dah tak boleh nak dengar cakap mak dia”
“kenapa Mak ngah tak halang saja kan senang”
“kalau sesenang itu aku tak kisah, aku tak nak Lokman benci aku” tengkingan kuat Datin Maznah membuatkan Fazrul menjauhkan telifonnya dari telinga.
Hishhh orang tua ni ingat aku ni buat kerja sehari boleh selesai ke?. Kalau suruh bunuh anak kucing tu senanglah ini nak... hishhh masalah betul ada mak saudara macam ni. Langsung tak ada hati perut. Talian dimatikan. Tak mahu mendengar bebelan seterusnya biarlah mak ngahnya cakap seorang diri.
Datin Maznah berdengus geram. tangan digenggam kuat. panas hatinya bila memikirkan apa yang akan terjadi. Dato Hashim suaminya juga tak sabar-sabar nak menyambut menantu. Benci bila melihat kemesraan yang ditunjukan suaminya kepada perempuan tak sedar diri tu.
“ehh Datin you tahu.. anak datin Sally tu kawin dengan orang biasa dengar cerita kerja buruh ke apa..” suara Datin Mala.
“ehh.. Ye ke?..”
“itulahhh you Datin Maznah kalau nak kawinkan anak nak ke orang yang entah apa-apa?.. paling-paling tidakpun mestilah yang setaraf dengan kitakan.. entahlah I rasa Datin sally tu gila tak pun dah nyayok” ketawa Datin Mala kedengaran.
“mestilahhhh mestilah kita nak menantu kita ada status sama tak pun cari yang lebih dari kitakan..”
Teringat perbualannya dengan Datin Sally pagi tadi. Sedaya upaya dia cuba menutup berita yang bakal terjadi. Sungguh memalukanlah.. lepas ini mungkin cerita dia pula akan menjadi buah mulut orang. bodoh betullah budak Lokman ni..
Walaupun secara zahir dia sudah merestui perkahwinan yang bakal perlaku tapi hakikat sebenarnya dia masih perlu berusaha mencari jalan untuk tidak bermenantukan perempuan tak tentu keturunan tu. Entah anak pungut mana, ada hati nak jadi menantu aku..
*****
Intan menguis pasir yang di kakinya. Suka dia melihat ombak yang menarik lembut butiran pasir seakan menarik sama kakinya. Dia tersenyum. Lama juga tak tenangkan fikiran mengadap keindahan ciptaan tuhan macam ni. sejak akhir-akhir ini Lokman sering membawanya ke sini.
Lokman masih menatap wajah lembut yang masih tersenyum, wajah itu membuatkan dia menjadi tenang. Wajah itu seakan membawa terbang semua masalah yang melanda dirinya. Hilang kerja yang menggunung di pejabat.
“kenapa tengok saya macam tu?” pelik dia melihat Lokman yang kaku memandang tepat ke arahnya.
“cantik..” perlahan tapi cukup menghantar getar ke hati Intan.
“emmm haiii hari ni je ke cantik hari lain?”
“cantik juga.. tapi hari ini lebih cantik, sebab hari ini awak dah menjadi sebahagian dari diri saya”
“emmm sebahagian, ingatkan sepenuhnya” usik Intan sengaja menduga hati lelaki itu. Sejak dua menjak ni seakan sasterawan negara. Bijak menutur kata dan baris ayat.
“bila awak sah menjadi suri dalam hidup saya di ketika itu awak adalah hidup saya sepenuhnya” sekali lagi lelaki itu bermain ayat. Intan tersenyum lalu ketawa.
“kenapa awak pilih saya?” soalan itu bergema lagi. memang Intan ingin tahu.
“sebab awak Intan Azura Abdullah yang buat tidur saya tak pernah lena, muka awak tu kadang-kadang dalam cawan kopi tiap-tiap pagipun saya terbayang...jadi macam sayang pulak nak minum kopi tu” Lokman ketawa kecil, walaupun ayatnya berbau gurauan tapi itulah sebenarnya apa yang terjadi pada dia. Memang susah nak percaya jejeka pujaan ramai gadis selama ini yang tak pernak tunduk pada mana-mana wanita tiba-tiba layu disebabkan seorang wanita.
“awak ni main-mainlah”
“sebenarnya saya sendiri pelik kenapa saya boleh jatuh cinta dengan awak.. nak kata cantik saya rasa ramai lagi perempuan yang bersama saya sebelum ni cantik nak kata awak seksi.. emmm tak adalah seksi mana..”
Kata-kata Lokman membuatkan mata Intan bulat membesar..
“amboiii...sedap awak mengata saya ek...” mereka saling berkejaran. Persis zaman kanak-kanaknya. Intan tersenyum lagi.
Lokman melepaskan nafas besar, terasa mengah sekejap dikejar Intan. Fuhhh boleh tahan juga pujaan hatinya ni lari. Intan sudah duduk di atas batu besar. Tak jauh dari kedudukkan Lokman. Mereka berpandangan dan tersenyum.
“kuat awak lari ek...”
“juara 100 meter tau..” ucap Intan dalam tawa.
“patutlah... bakal isteri abang ni ratu pecut rupanya.. nanti jangan lari kuat macam ni sudahlah payah juga abang nak kejar”
Dialog Lokman membuatkan Intan menjeling. Dia menjulir lidah.. perasanlah tu nak berabang-abang.
“saya suka tengok awak senyum macam tu.. senyuman awak buat saya tenang” Intan menarik senyum. Dia tahu Lokman ikhlas dengan apa yang diucapkan.
“ok sekarang giliran abang.. ehhh tersasul pulak.. saya pulak nak bertanyakan soalan..”
“tanyalah...” Intan seakan tak sabar. Lokman mencebik dia tahu Intan mengusiknya.
“apa yang buat awak terima saya?”
“entahlah sebenarnya masa malam tu tersilap nak call orang lain lepas tu termiscall awak.. jadi mengenangkan awak dah salah faham, saya tak boleh nak buat apalah” usik Intan lagi. Melihat wajah Lokman yang berubah corak dia melepaskan ketawa kuat yang dari tadi ditahan.
“ooooo... pandai dah ekk kenakan kita”
Ketawa mereka bersatu. Terbit sinar bahagia di hati kecil Intan. Kenangan waktu kecil di tepi pantai menari-nari di kotak ingatannya. Entah kenapa dia sangat berterima kasih kepada Lokman ketika ini. Lokman membawanya kembali ke alam kebahagiaannya.
“oklah sayang jom kita balik lagipun dah nak asar ni..” bisik Lokman perlahan, dia sudahpun bangun dari duduknya. Intan mengangguk dan mengikut langkah Lokman dari belakang. Mereka kembali beriringan menyusuri pantai...
Intan tersenyum dalam hati, Tak tahu kenapa keputusan yang diambil membuatkan masa berlari begitu pantas. Secara jujurnya dia sendiri tak yakin dengan keputusan yang mengejutkan tapi dia bahagia bia melihat kebahagian di wajah Lokman. Lelaki itu juga buat dia sentiasa rasa selamat.
****
“kenapa kau tak berterus terang? Perasaan kau pada dia sekarang tengok apa dah terjadi?” marah Farid. Geram dia dengan sikap sepupunya itu, susah sangat bila menyentuh hal perasaan ni.
Sejak semalam Shahrul lebih banyak mendiamkan diri. Dia sendiri terkejut bila berita perkahwinan Intan sampai ke telinganya. Dia pasti berita itu juga yang akan melukai hati sepupunya itu.
“biarlah mungkin dia bukan jodoh aku”
“dia bukan jodoh kau sebab kau yang tak nak berterus terang dengan dia, kalau kau tak ego kau tak akan melepas macam ni” sekali lagi Farid melepaskan segala amarah yang berbuku di hatinya.
Shahrul merebahkan tubuhnya ke sofa empuk. Dia terasa cukup penat berlakon di depan maknya. Berlakon konon-kononnya dia tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Tapi bila dia dengan Farid dia dah tak mampu untuk berlakon, biarlah sepupunya itu yang mengetahui segalanya.
Farid mengelengkan kepalanya perlahan. Nak cakap lebih sangatpun dah tak guna nasi dah jadi bubur. Minggu depan Intan akan melangsungkan perkahwinannya. Apa yang dia perlu buat adalah mendoakan kebahgiaan sepupunya itu. Wajah shahrul yang seakan lena dipandang lagi. kalau pejam mata sepuluh tahupun tak mungkin dapat melupakan dia, bisik Shahrul dalam hati.
Mak sendiri yang meminta persetujuannya untuk mengadakan majlis perkahwinan Intan di rumah mereka. Shahrul hanya tersenyum dan memberi kebenaran dengan rela. Dia tak mahu maknya tersepit antara menjaga perasaan dia dengan kasih sayangnya terhadap Intan yang dah dianggap macam anak sendiri.
Intan akan jadi milik orang, wanita itu akan menjadi milik orang di rumahnya sendiri… hahhh hanya orang gila saja yang boleh terima apa yang berlaku sekarang. Dirumah dia juga akan dilangsungkan majlis pernikahan dan persandingan. Semalam dia sengaja balik menjenguk persiapan akhir. Senyuman yang terlakar di wajah Intan membuatkan hatinya dihambat pilu.
Dia melangkah perlahan. dilihat Intan sedang duduk merehatkan diri di taman rumahnya. Intan baru saja menyiapkan ruagan bilik. Tema warna gold membuatkan bilik tamu Mak siti bertambah seri.
“tahniah..” ucap Shahrul perlahan. Intan berpaling.
“ terima kasih”
“aku doakan kau bahagia…”
Intan tersenyum. Lalu ketawa kecil.
“kenapa ketawa?” shahrul bertanya pelik.
“tak ada apa Cuma rasa macam pelik pulak awak cakap lembut macam tu dengan saya” Intan ketawa lagi. shahrul menyambut tawanya tapi kedengaran sumbang.
“hahhh!!tapi ingat jangan lupa bayar sewa rumah. Sehari RM500” usik Shahrul sengaja mahu mengusir rasa kecewanya.
“amboiii mahalnya, tapi tak apa awak dengan Mak Siti punya pasal semua bolehlah” bisik Intan perlahan. Sambil ketawa kecil. Shahrul tersenyum jelas wanita didepannya itu bahagia menghitung hari-hari bahagianya. Tak mungkin dia akan mencacatkan kebahagiaan itu hanya kerana perasaannya sendiri.
Keputusan yang cukup membuatkan Farid membebel di telinganya. Marahnya bukan main apabila dia bersetuju mengizinkan pekahwinan Intan diadakan di rumahnya. Walau tidak memiliki tapi biarlah dia melihat gadis pujaannya dalam diam itu melangsungkan hari bahagia dengan penuh meriah dan sempurna. Semalam dia keluhan Intan yang tiada lagi keluarga yang akan meraikan berita gembira bersamanya, dan atas dasar itu dia memberi cadangan kepada Maknya agar perkahwinanan Intan diadakan di rumahnya.
“terima kasih sekali lagi...sebab buat saya rasa ada lagi keluarga di belakang saya, awak buat saya rasa terlalu gembira,” perlahan ucapan itu keluar dari mulut Intan tapi cukup membuatkan Shahrul terdiam.
“tak payah nak terima kasih dengan aku.. semua ni patut berlaku, mak sayangkan kau dah macam anak dia, jadi apa salahnya kalau kita berkongsi kasih ibu kan..” usik Shahrul dan usikan itu betul-betul membuatkan Intan selesa.
“kalau awak dengan Mak siti tak ada mesti susah juga saya nak buat semua ni..” Shahrul cuba tersenyum walaupun hati sudah cukup berdarah. Pedih. Terasa lukanya bagai disiram air limau.
“kalau kau tak ada mungkin aku pun susah nak buat semua ni..” bisikan itu seakan menghantar maksud di hatinya. Shahrul sudah menolak perasaan yang singgah, dia tak mahu keikhlasan disalah ertikan.
“awak memang baik..”
“tahu dah...” suara shahrul selamba.
Mereka ketawa.
“tak sangkakan kau akan kawin.. yang paling pelik dalam rumah aku pulak tu..” sambung Shahrul. Sengaja ingin menghabiskan masa dengan Intan. Mungkin selepas ini dia tak akan berpeluang untuk semua ini.
“emmm... takdir memang pelik, macam kita jugalah.. kalau dulu pantang jumpa mesti macam anjing dengan kucing...”
“emmm Yalah aku kucing kaulah anjing...” Intan mencebik. Sengaja membulatkan mata konon-kononnya dia marah. Tapi dia tahu shahrul bergurau.
Shahrul ketawa perlahan..
Mereka terdiam. Terasa hati bagai nak meluahkan sejuta ayat tapi tak mampu keluar. Intan juga diam entah kenapa dia juga hilang topik
“Nak makan aiskrim ?” suara shahrul tiba-tiba. Intan berpaling sambil tersenyum.
“ awak belanja?” Shahrul mengangguk..
“aku belanja pakai duit kau..”
Langkah Intan terhenti.
“Ya aku belanja pakai duit aku..” Shahrul mengubah ayat dalam sisa tawa. Intan mengangkat ibu jarinya tanda setuju.
******
Wajah segar Lokman membuatkan Datin Maznah tak senang duduk, sejak semalam dia langsung tak berkesempatan menegur anak terunanya. Kalau ikutkan hati dia sendiri akan berjumpa dengan perempuan tak sedar diri tu. tapi kalau dia bertindak macam tu mesti Lokman akan jauh darinya.
Perkahwinan yang dirancang sudah hampir tiba, walaupun hatinya geram tapi masih tak dapat berbuat apa-apa. Semalaman dia tak tidur memikirkan anaknya akan beristerikan gadis yang entah dari mana keturunannya.
Peralatan semua telah disediakan, wajah seri pengantin jelas kelihatan di wajah Lokman. Datuk Hashim bersetuju untuk menguruskan semua dan sekaligus menjadi sponsor.
“kenapa mama termenung pulak ni?” tegur Lokman yang masih dalam senyum.
“senyum semacam je anak mama ni?”
“haiii mama ni senyum tu kan sedekah...tak salah kalau kita senyum kan”
“tapi senyuman Man tu lain macam..”
kata-kata mamanya ditolak tepi. Tiada jawapan untuk soalan itu. Apa yang pasti hari ni dia ditaburi rasa gembira. Semalaman dia menghabiskan masanya mendengar suara Intan. Tak sangka panggilannya kali ini diberi peluang. Kalau sebelum ni jangan haraplah nak dengar suara lembut gadis pujaannya itu.
“Lokman hafizi...” panggil Datin Maznah. Geram.
“Man nak pergi jumpa Intan, nanti kalau mama nak apa-apa mama call atau mesej” sempat dia berpesan sebelum meninggalkan Datin Maznah yang masih bersisa marahnya. Lokman berpatah balik menghampiri mamanya. “ mama walaupun Man cintakan Intan tapi mama tetap yang pertama dalam hati Man, Man tahu mama sayangkan Man dan Man harap mama juga dapat sayang Intan...” Datin Maznah terkedu. Ciuman lembut Lokman di dahinya menambahkan lagi gejolak perasaannya.
“sebab mama sayangkan Manlah mama akan selamatkan kehidupan Man..” biik Datin Maznah perlahan menghantar langkah Lokman yang sudah jauh meninggalkannya.
kerana kau 20
Ayuni melajukan langkahnya, semakin laju dia melangkah semakin lelaki itu mengikut rentaknya. Bermacam-macam cara dilakukan oleh lelaki itu hanya untuk berbual dengannya, tapi semakin lelaki itu dekat semakin jauh dia akan melarikan diri.
“Apa awak nak sebenarnya ni?”
“Satu perkenalan..” jawab Iqbal hakeem ringkas. Kali ini lebih tenang.
Kening Ayuni berkerut. Lelaki di depannya dipandang sekilas. Kemudian matanya kembali ke arah laut yang luas terbentang. Lelaki ini asyik muncul di depan matanya. Kadang-kadang dia merasakan yang lelaki inin mengekorinya.
“Saya tak berminat dengan sebuah perkenalan”
“kalau macam tu kita jadi kawan teruslah.. abaikan proses perkenalan..”
Lalaki itu berkata selamba. Ayuni hanya membiarkan tangan lelaki itu terkapai-kapai di depannya. Salam itu tak pernah ingin disambut.
“tak baik tau menolak persudaraan sesama islam.. kan wajib kita membina sesuatu hubungan..”
“saya tak berminat dengan sebarang hubungan..”
Lelaki itu tersenyum. “kalau macam tu awak tak sayangkan keluarga awaklah.”
Ayuni mengenggam tangan kuat. terasa jantungnya berdengup kencang. Tajam mata hitam lelaki itu ditikam dengan renungannya.
“saya memang tak perlukan kasih sayang!!!” jerit Ayuni kuat. membuatkan lelaki tu terkaku.
Siapa lelaki itu nak mempersoalkan perasaan dia. Ayuni meninggalkan Iqbal, sempat dia berpesan pada lelaki itu supaya berhenti mengekorinya.
Iqbal Hakeem menghantar langkah Ayuni yang semakin jauh dengan ekor mata. Dia rasa bersalah kerana terlepas cakap, entah kenapa bila berdepan dengan wanita yang baru dikenalinya itu, apa yang dirancang tak pernah akan jadi. Lain yang dirancang lain pula yang jadi.
****
Aleyya duduk sendirian di tepi kolam. Dari selamat hanya satu nama yang sering menikam masuk ke telinganya siapa lagi kalau bukan Ayuni. Nama itu membuatkan dia cukup muak. Bukan hanya papa, mama, abang fariz malah Adam pun tak habis-habis bertanyakan hal perempuan itu.
Memang dia tak faham kenapa mesti semua orang sibuk nak mencari Ayuni sedangkan Ayuni sendiri yang memilih untuk keluar dah lari dari keluarganya. Dia juga pelik bila mama sering mengalah walau dengan apa sebab sekalipun kalau melibatkan Ayuni. Semalam dia bertikam lidah dengan Adam sebab nama itu juga.
“Leyya yang hilang masalahnya sekarang kakak you.. tak akan tak adapun rasa risau dekat hati you?”
“itu bukan masalah Leyya, dan bukan juga masalah Adam... yang hilang tu bukan kakak Adam pun... atau??”
“sudah jangan nak buat andaian tak sepatutnya...” suara Adam sedikit tegas.
Aleyya dan Ayuni darah daging tapi antara mereka memang macam langit dan bumi. Ayuni seorang yang akan bertindak dalam diam. Tapi Aleeya lebih suka berterus terangm tapi sikap terus terangnya kadang kala tak memikirkan perasaan orang lain.
“Ya itulah masalahnya sekarang yang buat Adam sibuk sangat sampai tak ada masa nak jumpa Leyya, sampai nak call pun tak sempat?”
“bukan itu saja ada sesuatu yang perlukan perhatian adan dekat Syarikat..”
“alasan...” sindiran Aleyya membuatkan Adam mengeluh.
“cubalah Leyya faham keadaan Adam.. fikir sikit secara matang, yang Adam fikirkan sekarang adalah keluarga Leyya dan seharusnya Leyya faham..”
“bukan keluarga Leyya yang Adam fikirkan tapi Ayuni dan hanya Ayuni!!!” tegas dan terus meninggalkan lelaki itu. malas untuk terus bertengkar pada tajuk yang tak akan tamat.
“kenapa duduk sini ni?.. kan semua orang ada dekat dalam?” sapa Datin Normah, Aleyya tersedar. Peristiwa antara dia dan Adam hilang, digantikan dengan wajah Mamanya.
Aleyya hanya diam, matanya masih tak beralih biarpun sedar dengan kehadiran mamanya di sebelah. Biar mama tahu yang hatinya sekarang sedang sakit.
“kenapa ni?” Datin Normah mengusap rambut anaknya. Dia sedar dua tiga hari ni anaknya itu seakan menjauhkan diri.
“tak ada apa mama, tak ada mood aje”
Jawapan ringkas yang cukup memberi gambaran sepenuhnya. Jawapan yang lahir dari mulutnya tak sama dengan suara yang berbisik di hati.
“kenapa ni cuba cakap dengan mama.. mana tahu mama boleh tolong” suara lembut Datin Normah.
Aleyya hanya diam. Membisu seperti tadi. Dibiarkan mamanya terus menanti jawapan yang entahkan keluar atau tidak dari mulutnya. Memang semalam dia dah berniat untuk meninggalkan rumah ini tapi kalau dia lari dari rumah apa faedah yang dia dapat?. Mama dengan papa pasti tak akan pedulikan dia. sekarang ni di mata mereka hanya kehilangan Ayuni.
“kenapa semua orang risaukan Ayuni?.. Leyya ni tak siapapun yang tanya ok ke tak”
“kenapa Leyya cakap macam ni?.. dia bukan orang lain dengan Leyya”
Aleyya mencebik. Dah agak itulah ayat yang akan keluar dari mulut mamanya. Tak habis-habis Ayuni! Ayuni! Ayuni!.. benci..
“kenapa ni sayang?”
“tak ada apalah mama.. Leyya Cuma penat” Datin Normah tersenyum. Memang wajah itu kelihatan lesu tak bermaya.
****
Fariz melangkah masuk ke bilik yang selama ini menjadi bilik Ayuni. Kemas dan cantik. Tak siapa yang dibenarkan masuk kebilik selepas Ayuni tinggal bersama mereka. Masih segar dalam ingatannya bagaimana mama ditengking sekuat hati oleh Ayuni kerana masuk tanpa kebenaran ke bilik ini.
Matanya melilau mencari mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan klu untuk dia mengesan Ayuni. Diatas meja tersusun kemas buku-buku Novel cinta tempatan dan luar Negara. Fariz tersenyum, patutlah suka memerap dalam bilik rupanya layan novel cinta.
Pandanganya beralih kepada kotak baldu berwarna biru di atas meja solek. Laju tangannya membuka kotak baldu itu. Bulat matanya melihat gelang emas putih pemberian papa kepada Ayuni masih elok terletak di situ. Tanganya membuka laci meja itu. Kosong. Tiada apa yang ditinggalkan Ayuni.
Fariz hampa. Almari baju yang terletak di sebelah kiri bilik pantas dibuka. Kosong. Dia mengaru kepalanya. Wajah kusutnya diraut dengan tangan. Rupanya Ayuni terlalu jauh dengan keluarganya, satupun mengenai wanita itu tak diketahui. Hanya satu nama yang disebut oleh ayahnya. Satu-satunya harapan adalah kawan baik Ayuni.
Pintu almari ditutup perlahan. Tiba-tiba perbuatannya itu terhenti. Matanya tepat memandang laci alamari yang terbuka sedikit. Dairi biru ditarik keluar. Dia yakin itu milik Ayuni. Pada mulanya dia teragak-agak untuk membukanya. Dairi adalah sesuatu yang sangat peribadi. Walaupun akal menolak tapi hatinya melonjak-lonjak ingin tahu kandungan.
Ibu…
Ayuni dah Jumpa Datuk Mansur, Ya dia lelaki yang dah buat hidup mama merana. Sekarang Ayuni menjadi pemerhati mereka. Datuk Mansur kata Ayuni sebahagian dari mereka. Hahh!! Dia tipu ibu, sejak Ayuni datang tak pernahpun di usap rambut Ayuni..TAK PERNAH!! Sejak Ayuni jejak kaki dekat rumah ni tak pernahpun dia peluk atau pegang tangan Ayuni macam dia buat dekat aleeya macam dia buat dekat Fariz. Tak pernah ibu.
Fariz duduk di penjuru katil. Satu persatu helaian itu membongkar perasaan Ayuni. Dia terlalu banyak menderita. Kenapa wajahnya langsung tak menunjukkan apa yang ditulis?.
Ibu…
Hari ni Ayuni nampak Datuk Mansur bergurau dengan Fariz. Mereka bergelak tawa bersama. Jelas senyuman di wajah lelaki itu ibu. Kenapa dia boleh jadi papa yang baik untuk anak yang bukan darah dagingnya?.. kenapa dia boleh jadi papa yang penyayang pada Insan lain kenapa tak pada Ayuni?.. Ayuni terkilan ibu..betul-betul terkilan.
Fariz menutup dairi itu. Tak sanggup lagi untuk membaca helaian ke seterusnya. Rasa bersalahnya semakin mengunung. Dalam pada masa yang sama dia rasa bersalah kerana menceroboh hak Ayuni.
“abang…” panggilan kuat Aleeya menyedarkan Fariz. Dairu itu disembunyikan di bawah bantal.
Aleyya masuk ke dalam bilik. Pelik dia melihat abangnya yang duduk termenung di atas katil Ayuni.
“apa abang Riz buat dalam bilik ni?” tanya Aleeya penuh curiga. Sempat dia meneliti sekeliling bilik. Memang betul Ayuni mengambil keputusan meninggalkan keluarganya. Dia nak Ayuni keluar dan tak payah muncul balik dalam keluarganya.
“tak buat apa.. saja tengok-tengok, mana tahu kalau-kalau ada Klu nak cari Ayuni”
Aleyya mencebik dia melangkah lebih dekat ke katil, lebih dekat dengan Fariz.
“Kenapa abang susah payah nak cari perempuan tu?.. leyya tak sukalah abang sibuk nak cari dia balik.. biarlah dia nak pergi manapun. Lagipun kalau dia dah tinggalkan keluarga kita kan lagi aman hidup kita” Leyya memang tak pernah suka dengan kedatangan Ayuni. Dia tak pernah rasa yang kehadiran Ayuni membawa makna dalam hidupnya.
“kita dah salah faham leyya, abang rasa abang kena tolong papa cari dia”
“tapi sejak kedatangan dia.. macam-macam terjadi dalam keluarga kita. Abang tak nampak ke semua ni?” suara Aleyya kembali meninggi.
“banyak yang kita tak tahu pasal dia.. abang rasa ada yang tak kena antara dia dengan ayah,” hal dairi Ayuni yang dijumpai dirahsiakan. Aleyya bukanlah pilihan terbaik
“suka hatilah.. tak tahulah apa nak jadi dengan orang dalam rumah ni... semua gila!!” Aleyya melepaskan geram. dia meninggalkan abangnya sendiri. Biarlah siapapun yang mereka nak cari dia tak pernah nak ambik tahu.
Fariz mengeleng perlahan. sikap manja Aleyya kadang-kala merimaskan. Salah dia juga terlalu manjakan Aleyya, sebelum ni apa saja yang adiknya nak pasti aku di tunaikan termasuklah kereta BMW sport special edition yang dibelinya khas untuk hari jadi Aleyya.
Dairi yang tadi disembunyikan ditarik kembali. mungkin dengan cara ini dia boleh mengenali wanita itu dengan lebih rapat dia pasti apa yang terjadi sekarang ii hanyalah satu kesilapan dan salah faham yang perlu diperbetulkan.
Pintu bilik ditutup perlahan....
Gila kau 42
Intan tersenyum manis. Matanya tepat memandang senyuman lelaki yang memandang tepat ke arahnya. Lokman membuka pintu kereta memberi ruang untuk wanita kesayangannya masuk ke dalam kereta.
“kenapa pandang macam tu?”
“awak cantik malam ni..” Intan mencebik. Menjeling kea rah pemandu di sebelahnya.
“malam nilah cantik.. sebelum ni tak cantik ek?”
“ehhh…sebelum ni cantik.. tapi malam ni sangat sangat cantik..”
Intan tersenyum, malas mengulas lanjut apa yang diucapkan Lokman. Lelaki itu memang suka mengusiknya. Tak sudah-sudah.
Intan menarik nafasnya perlahan. Dilepaskan sambil matanya terpejam. Degupan jantungnya masih laju seperti tadi.
“kenapa diam ni?”
“awak rasa boleh ke keluarga awak terima saya, saya anak yatim piatu. Dibesarkan di rumah anak yatim boleh ke mama dengan papa awak terima saya ni?”
“Intan…saya yang nak kawin dengan awak, lagipun saya dah beritahu semuanya pada mama dan papa dan mereka memang tak ada bantahan . awak jangan risau saya yakin Intan azura saya ni mampu pikat hati mereka sama macam dia pikat hati saya ni..”
Mereka tersenyum. Lokman menumpukan perhatian ke jalan raya. Kereta meluncur perlahan di jalan raya.
Intan membetulkan letak selendang yang menutipi keseluruhan mahkotanya. Debarannya dari tadi tak langsung berhenti, walaupun lelaki di sebelahnya sudah menyakinkan hatinya tetap tidak lepas dari memikirkan perkara yang bukan-bukan.
“ehhh kenapa berdiri lagi dekat luar tu marilah masuk” suara Mira menjerit perlahan dari dalan rumah.
Datuk hashim tersenyum memandang wajah gadis pilihan hati anaknya. Cantik malah lebih cantik dari gambar curi yang diambil oleh Isterinya. Mazliana cuba melkarkan senyuman walaupun ketika itu senyumannya tak semanis mana.
“mama sikit lagi turun.. biasalah orang perempuan kalau bersiap berjam-jam..” jelas datuk hashim, dia tahu Lokman sedang mencari-cari mamanya.
“tak apa Dato.. saya faham.. “ bisik Intan perlahan.
“ehhh nak buat apa berdato-dato ni.. saya belum lagi ada cucu, panggil Pak cik saja tapi kalau nak lebih mesra panggil papa pun boleh..” usik Datuk hashim. Sikap Datuk hashim memang sebijik macam Lokman. Menyenangkan dan sentiasa membuattkan orang di sekeliling mereka selesa.
Marilah kita makan, nanti kalau tunggu lama sejuk pula lauk yang Mak kiah masak..” pelawa mira. Dia tersenyum manis, sejak pertama kali bertemu dengan Intan dia sudah jatuh sayang dengan wanita itu. Kalaupun Intan bukan pilihan abangnya dia senang dapat berkenalan dengan insan bernama Intan Azura.
“haiii tak akan tetamu makan dulu dari tuan rumah” sindiran kuat dari arah belakang membuatkan tiga pasang mata berpaling. Dalam hati Intan tahu itulah Datin Maznah. Mama lokman.
Malam itu menyaksikan sandiwara Datin Maznah. Senyuman tak pernah lepas dari wajah tapi dalam hati beribu sumpah seranah. Berbulu matanya bila melihat Lokman yang terlalu mesra dengan perempuan tak tahu malu itu. Malah bertambah sakit hati bila adegan suap menyuap berlaku di depan matanya.
“Intan ni ada berapa adik beradik?” soalan awal yang bakal membubuh. Soalan itu membuatkan Intan terdiam. Bukan dia tak mahu menjawab tapi dia cukup bimbang bila orang bertanya mengenai latar belakangnya.
“saya tak ada adik beradik lain Datin, mak ayah saya pun meninggal sejak kecil..”
“Hah??!! Habis tu selama ni tinggal dengan siapa?” lagak Datin Maznah dengan penuh kepura-puraan.
“saya dibesarkan di yayasan, rumah anak-anak yatim”
Datin Maznah tersenyum., sengaja memaniskan muka. Biar Lokman tahu yang dia bukanlah penghalang hubungan cinta anaknya. Maah dia mahu lakonannya juga berkesan di mata Mira dan Datuk Hashim.
Biar satu dunia menyatakan perempuan di depannya ini perempuan baik namun dia seincipun tidak akan menerima. Dia tak akan boleh bermenantukan orang yang tak kenal asal usul, tak tahu dekat mana dilahirkan. Entah-entah dekat sebelah tong sampah.
“tak apalah Intan jemputlah makan, ini semua untuk Intan jangan malu-malu.. Man tambahkan lauk untuk Intan”
Mira diam sambil meneruskan suapannya, dalam diam dia menjeling kea rah mamanya dengan ekor mata. Tak mungkin mamanya sebaik itu melayani Kak Intan yang tak pernah disukai. Walaupun mama nampak baik tapi dia tahu ada agenda lain kenapa mama melayan kak intan begitu baik. Macam tak pernah terjadi apa-apa.
****
Intan duduk bersandar di sofa ruang tamu, dari dapur dia mendengar bebelan Maya yang tak tahu hujung pangkal.
“kau pasti dia pilihan kau?”
“aku yakin dia boleh bahagiakan aku..”
“tapi masalahnya sekarang ni kau boleh bahagiakan dia?”
Percaya atau tak nadi cintanya semakin marak, semalam dia menerima lamaran Lokman. Dia dapat rasakan yang lokman adalah insan yang akan melindungi dan membahagiakannya. Terbayang aksi lucu Lokman Hafizi yang melompat riang persis kanak-kanak bila mendapat jawapan dari mulut Intan Azura.
“aku dapat rasakan yang dia bahagia..”
“dato dengan Datin tak cakap apa-apa ke?”
Soalan Maya membuatkan dia tersenyum. Terbayang layanan baik Dato hashim dan datin Maznah, dia dapat rasakan dalam masa terdekat ini dia akan memiliki keluarga yang lengkap.
“tapi bulan depan tak ke satu masa yang terlalu cepat?.. lagipun banyak benda yang kau kena uruskan nanti”
“kami dah rancang akan buat majlis sederhana aje, aku dah bincang dengan Mak Siti dah dia dah setuju nak tolong kita..” ucap Intan bahagia. Tak sangka dia ada membuat keputusan dalam masa yang cukup singkat.
Maya duduk dekat dengan Intan, kali ini matanya tak lepas memandang wajah Intan. Biar betul apa yang dia dengar sekarang ni?>
“kau minta tolong Mak siti?”
“Yalah.. kan dia dah macam mak aku, aku dah cakap dulu kalau aku nak kawin dia adalah orang pertama yang akan tahu.. dia dah macam tempat aku menumpang kasih sayang”
Maya mengangguk faham. Dia tahu itu semua itu. Tapi perlu ke dia bongkarkan rahsia hati Shahrul pada Intan?.. apa perasaan sharul kalau Mak Siti yang menjadi orang penting yang akan menguruskan kerja Kawin wanita pujaan hati anak tunggalnya. Apa yang pasti pasti Farid si peguam muda tu akan membebel di telinganya nanti.
“kenapa? Kau macam tak suka aje?”
“ehhh bukan tak suka tapi akukan ada.. kenapa nak susahkan orang?”
“kau memanglah orang penting tapi aku kalau boleh nak ada orang tua yang jadi orang di belakang kita. Masa tu aku akan rasa yang aku ada keluarga”
****
Anita menarik muncung panjang. Berita yang baru diterima tadi langsung tak menyenangkan hati. Penat dia bertungkus lumus selama ni untuk memikat hati Lokman tapi langsung tak dipandang.
“kenapa you ni I tengok macam ada masalah aje?” johan mencapai lembut tangan kekasih hatinya.
“tak ada apa banyak keje nak buat..”
Johan tersenyum. Banyak keja? Setahu dia Anita tak berkerja, apa yang pasti setiap hari kerjanya hanya shoping dan shopping. Pelik alasan kekasih hatinya itu.
“bila lagi you nak kenalkan I dengan Family you?.. kan you janji yang kita akan kawin bila I lepaskan isteri I?”
Anita mencebik. Ia bosan bila setiap kali terpaksa berdepan dengan lelaki ini. Johan sudah mula menuntut janji dan sudah mula memaksa dia mengotakan janji palsunya. Gila!! Mana mungkin dia akan mengadaikan diri di sebabkan lelaki yang belum tentu masa depan ni. Cintanya hanya untuk Lokman dan selamanya akan untuk lelaki itu.
“nantilah you kan tahu papa I tu sibuk, dia tak suka kalau I ganggu masa kerja dia..”
“tapi you kena ingat jangan sesekali you cuba permainkan I, I dah korbankan segalanya untuk you. You kena ingat!” ugut Johan. Mata lelaki itu memandang tepat ke muka Anita.
Kata-kata Johan langsung tak berbekas di hatinya. Apa yang bermain di fikirannya sekarang adalah majlis perkahwinan yang dah dirancang oleh Lokman. Kenapa Lokman begitu bodoh memilih perempuan murahan macam tu. Kalau nak bandingkan dia dengan perempuan tu memang macam langit dengan bumi.
“you macam ada sembunyikan sesuatu dari I ?” soal johan tiba-tiba.
“hishhh merepeklah mana ada apa-apa.. I cuma penat laaa itu aje, boleh tak you jangan soal I bukan-bukan” Anita rimas.
Johan meneruskan pemanduannya. Dia sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk memenuhi hasrat hati kekasih hatinya itu, tapi sejak kebelakangan ini seakan ada yang tak kena dengan Anita. Anita seolah-olah melarikan diri darinya. Kalau dulu sehari tak jumpa mesti telifonnya akan berdering, tapi sekarang jangan katakan sehari, seminggu tak jumpapun jangan harap wanita itu akan menghubunginya.
“siapa lelaki yang jumpa you semalam?” lagi soalan keluar dari mulut johan.
“dia tu saudara I, you janganlah nak cemburu dengan dia tu, I dengan dia dah macam adik beradik.. lagipun tak mungkin I akan suka lelaki macam dia.. not my taste”
Johan tersenyum, melepaskan nafas lega. Memang dia tak suka cara lelaki itu memandang Anita. Jelas sangat lelaki itu mata keranjang dan tak boleh dipercayai.
Kerana kau 19
Langkah diatur satu persatu, perlahan tapi hempasan ombak yang menyentuh kakinya. Seluar yang sudah basah dibiarkan. Biar basah.. langkahnya sengaja dibiarkan melawan arus.
Ayuni duduk di sebuah batu yang sederhana besar betul-betul di gigi pantai, terasa di kakinya percikan ombak yang menghempas batu. Matanya masih tepat memandang ke arahlangit yang luas terbentang. Tiba-tiba di atas sana dia terbayangkan wajah Dato Mansur.
Senyuman, suara, wajah bengis, semuanya melintas di matanya.
Hatinya sakit bila mengingatkan peristiwa malam tu. Terasa luka lama berdarah kembali, tapi dalam masa yang sama ada satu perasaan lain yang menusuk masuk di hati kecilnya. Bukan marah tapi gembira?? Gembira kenapa dia perlu gembira?.
Tanganya meraba pipi yang masih terasa berbekas. Malam itu juga kali pertama tangan Dato Mansur menyentuhnya. Menyantuh anak yang selama ini diakui sebagai anak. Malam itu juga dia dapat melihat renungan mata Dato mansor yang hanya tertumpu kepadanya. Di ruang mata hitam itu hanya ada wajah dia. Tiada Fariz, Aleyya, ataupun isteri kesayangannya itu.
Mungkin betul kata kawan-kawan sekolahnya dulu, Ayuni gila! Ayuni tak sedar diri! Ayuni anak tak cukup kasih sayang!..dia tersenyum. Tak cukup kasih sayang?.. perkataan itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tak pernah sekalipun meminta kasih sayang . Dia tak pernah meminta kepada sesiapa macam meminta sedekah dan itu tak akan pernah dilakukan.
Nur Ayuni Balqis Bt. Mansur hanya tertulis di dalam Kad pengenalan. Di buku sekolahnya tak pernah tertera nama Mansur. Kenapa perlu sekarang dia memikirkan nama itu.
“ayuni kenapa tak isikan nama penuh?” soal cikgu Mariam.
“saya dah isi cikgu..”
“mana nama ayah awak?”
“saya tak ada ayah.. dan saya tak perlu nama ayah di belakang nama saya..” jeritnya kuat.
Masih terbayang wajah cikgu yang terkedu bila dia mengeluarkan kata-kata itu. Kata-kata yang dikeluarkan dari seorang kanak-kanak yang baru meningkat remaja. Memang itu kebenaran dan memang itu kenyataan yang ada dalam hidupnya.
Biar beribu soalan yang akan bertanya jawapannya tetap satu, dia tak perlukan orang yang selama ini telah membuang ibunya. Dia tak perlukan insan yang telah meletakkan namanya tanpa binti. Bukan kehendak dia tapi kemahuan Dato Mansur.
Masih terbayang bagaimana dia meniti kehidupan berbelas tahun keseorangan. Dunia yang berwarna warni hanya dilihat hanya warna hitam dan putih. Kemana saja kakinya berhenti di situlah tempat dia akan berhenti. Hinaan adalah halwa telinga yang hanya mampu membuatkan dia tersenyum. Senyuman yang hanya dia yang tahu.
Selama ini dia meniti kehidupannya seorang diri dah selamanya juga dia tak akan takut untuk melangkah seorang diri. Perlahan-lahan airmatanya jatuh menyusuri pipi.
“kenapa kau menangis Ayuni?!!” laju airmata disapu kasar. Tak ada faedah dia menangisi sesuatu yang tak sepatutnya.
Ring tone ketika cinta bertasbih membangunkan dia dari duduk. Dicapai telifon di celah poket jeansnya.
“Ayuni kau dekat mana?” suara Noraina di hujung talian.
“masih lagi dalam Malaysia.. kau jangan risau aku ok..”
Balasnya perlahan. Dia tahu satu-satunya insan yang akan menghubunginya adalah sahabatnya itu. Hanya Noraina saja yang tahu nombornya itu.
“Encik Adam dan Fariz cari kau.. macam ada hal penting je aku dengar” suara sahabatnya bimbang, lepas ditemui pengsan di tepi jalan Aina langsung tak membenarkan sahabatnya itu keluar sendirian. Namun siapa yang dapat menahan Ayuni, dia sendiri tak sedar bila sahabatnya itu meninggalkan rumah.
“apa kau cakap?”
Terdengar keluhan Noraina di hujung talian, “ aku tak cakap apa-apa, sebab aku tahu kau tak akan suka aku pandai-pandaikan. Tapi aku ada cakap yang kau ada balik lepas tu hilang entah kemana.. dan memang itu yang terjadipun kan..” Aina sempat menyindir. Kadang-kadang dia geram dengan sikap Ayuni yang langsung tak menghormati perasaannya sebagai kawan.
“aku minta maaf, tapi aku rasa aku perlukan ruang untuk diri aku.. aku harap kau faham.. dan aku pasti kau memang faham sebab itu aku keluar, kalau aku jumpa kau dulu mesti kau haling akukan”
Noraina tak menjawab. Dia Cuma membisu di hujung talian, walaupun memang itu yang akan dilakukan. Dia tak mahu temannya itu tersiksa lagi. Walaupun tiada satu ceritapun yang keluar dari mulut temannya itu tapi dia tahu mesti ada sesuatu yang berlaku di Rumah Dato Mansur.
“walau apapun kau cakap aku tak peduli, lepas ni kalau ada apa-apa call aje aku, kau ingat dalam dunia ni kau hidup sorang? Kau masih ada aku..” bisikan lembut Noraina menimbulkan rasa sebak di hatinya.
“kau memang baik..dan aku akan sentiasa doakan kau..”
Noraina terkedu. Kenapa Ayuni cakap macam tu?. Adakah dia dah buat keputusan tak nak balik lagi. Atau sahabatnya itu sudah ada agenda lain yang dia tak tahu.
“Ayuni aku nak kau tahu, aku sayang kau macam saudara kandung aku.. aku tak mahu kau buat sesuatu yang boleh merosakkan diri kau..”
Noraina memberi amaran. Kali ini suaranya kedengaran keras. Dalam sisa air mata Ayuni tersenyum. Perwatakan Noraina sering berubah, kadang-kala menjadi ibunya, kakaknya, teman.. dan kadang-kadang manja macam adiknya.
“aku akan sentiasa ingat.. “
Talian dimatikan. Dia merenung kembali laut yang luas terbentang. Angin laut yang bertiup membuai rambutnya. Dibiarkan helaian rambut itu menutup wajahnya. Kerana bukan padangan matanya sekarang yang penting apa yang penting kini mata hatinya yang tercari-cari. Apa sebenar yang dicari?. Dia sendiri tak pasti.
Ukiran awan yang berselang biru dan putih amat menenangkan.
“haii..jauh menung?” suara garau kedengaran dekat dengannya. Ayuni berpaling.
Berdiri tak jauh darinya seorang Lelaki yang hanya berseluar paras lutut dengan baju T shirt hitam bersama topi yang menutup sedikit mukanya. Dia cuba meneliti wajah itu namun lelaki itu terus memandang ke depan dan duduk di batu yang tak jauh dari tempat duduk Ayuni.
Dalam beberapa minit dia sekadar menjadi pemerhati.
“tak payah tenung saya macam tu awak memang tak kenal saya” suara garau itu berbisik lagi. Kali ini topi dikepalanya ditarik. Wajah itu tersenyum, “saya Iqbal Hakeem, nama cantikkan..sehensem orangnya”sempat dia memuji diri sendiri, tangan kanannya di hulurkan kearah Ayuni. wanita itu masih beku.
Ayuni pantas bangun dari duduknya. Dia berkira-kira untuk melangkah pergi. Dia tak pernah kenal dan tak akan ingin memulakan perkenalan dengan lelaki itu. Dia paling tak suka bila diganggu waktu fikirannya tak tenang begini.
“lari tak boleh selesaikan masalah” suara itu bergema lagi. Membuatkan langkah ayuni terhenti. Dia berpaling, wajah lelaki itu masih tenang memandang kea rah matahari yang baru ingin menjengahkan sinar. “kadang kala kita perlukan orang lain untuk dengar masalah kita.. betul tak cik Nur Ayuni Balqis..” bulat mata Ayuni apabila namanya meniti di bibir merah lelaki itu.
Pandangan tajam menikam wajah yang masih tenang. Ayuni meneliti kembali wajah lelaki yang santai duduk di batu seperti dia tak wujud di situ.
“siapa awak?.. macamana awak kenal nama saya?”
Iqbal hakeem tersenyum. Akhirnya suara merdu itu keluar, menghantar getar di jiwanya. Seharian dia mengekori langkah wanita ayu itu. Mereka menginap di hotel yang sama, malah bilik mereka bersebelahan tapi mata wanita itu tak pernah diarahkan kepadanya. Hari ini dia membuat keputusan untuk bertentang mata dengan wanita itu.
“awak tak kenal saya tapi saya baru saja kenal nama awak, bagaimana caranya tak perlulah awak tahu nanti awak kata saya gila pula” suaranya dalam senyum. “kalau awak tak keberatan.. boleh kita jadi kawan?” Iqbal Hakeem sekali lagi menghulurkan perkenalan. Kali ini dia hanya berada dua langkah dari Ayuni.
Ayuni masih diam. Hanya bahasa mata yang mengambil tempat.
“seharian saya perhatikan awak, mungkin awak tak akan suka tapi saya perlu katakana yang awak lebih cantik kalau tersenyum. Mungkin terlalu awak saya menilai awak tapi saya rasa tak terlambat jika saya katakan yang awak ada aura yang buat saya tak boleh pandang tempat lain”
“saya tak suka awak”
“saya tak suruh awak suka atau benci saya.. saya Cuma nak berkenalan”
“saya tak berminat” balas ayuni kasar.
“saya tak perlukan minat awak untuk kita bersahabat, tapi cukuplah sekadar kesudian dan keikhlasan”
“kadang kala keikhlasan saja tak cukup pada perhubungan yang tak pasti..” sindir Ayuni.
Ayuni berundur selangkah ke belakang. Wajah lelaki itu dipandang seakan lelaki itu sudah silap percaturan. dia terus berpaling dan melangkah tanpa berpaling. Biar lelkai itu tahu dia memang tak pernah sudi.
Iqbal meletakkan kembali topi jenama Adidas lekat dikepalanya. Dia tersenyum sambil melihat langkah yang semakin jauh meninggalkannya. Bukan mudah nak mendekati wanita yang sehebat ini. Biarpun susah tapi itulah yang dikatakan cabaran. Apa yang pasti Iqbal Hakeem memang sukakan cabaran.
Nur Ayuni Balqis.. nama seindah wajahnya namun mata itu menyembunyikan seribu persoalan. Sayang mata itu tak dapat ditatap lama kalau tidak mungkin banyak rahsia yang akan terukai.
Aleyya baru saja menghilangkan diri ke dalam bilik. Wajah lesu adiknya itu jelas keletihan. Dari semalam mereka bersengkang mata dengan bila keluarga yang tak sudah-sudah dilanda masalah. Aleyya dari semalam tak sudah-sudah mengalahkan kehadiran Ayuni. Sememang hati kecilnya juga berkata-kata kedatangan Ayuni membuatkan banyak perubahan pada keluarganya. Wajah suci mamanya juga jarang ceria.
Dia sudah berusaha mencari Ayuni tapi masih belum ada tanda untuk menjejaki wanita itu. Malah kehilangannya kali ini cukup mengambarkan yang mereka tak pernah mengambil tahu butiran Ayuni. Nombor telifonpun tak ada. Macamana dia mengaku yang dia seorang abang yang menjalankan tanggungjawab?. Walaupun menurut Noraina Ayuni tak memakai Telifon bimbit, dia tahu wanita itu menipu.
Adam kembali duduk di sebelah Fariz. Dr Rahman baru saja balik, nasib baik Datuk Mansur tak apa-apa. Dia dah agak yang semua ini akan terjadi. Nur Ayuni Balqis memang tak bersalah. Kalau dari awal semua ini diselidik dulu mesti perkara macam ni tak terjadi.
“aku menyesal sebab tak ikut cakap kau”
“tak apalah lagipun benda dah lepas, sekarang ni apa yang perlu kita buat adalah cari Ayuni, aku yakin dia tak akan ke mana-mana”
Fariz meraut wajahnya yang agak kusut. Semalaman dia tak dapat tidur bila mata papanya asyik tertutup. Sejak semalam juga bibir papanya tak habis-habis menyebut nama Ayuni. Mungkin papanya masih kesal dengan apa yang terjadi.
“Aku dah cuba kesan dia tapi masih gagal, apa yang pasti aku tak yakin yang dia akan balik ke sini walaupun kita dapat kesan dia..”
Adam diam. Dia juga memikirkan benda yang sama.
“kita cuba dulu, aku rasa Ayuni tak sekeras yang kita sangka” dia pernah melihat senyuman manis wanita itu, dan senyuman itu tak mungkin dapat dilupakan. Senyuman yang cukup payah ditemui pada wajah manis Ayuni.
“aku dah tak tahu nak cari dia dekat mana.. Aina sendiri tak tahu dimana dia, mesti dia betul-betul sakit sakit dengan semua ni”
Suara Fariz agak berlainan. Suara yang cukup lembut bila memperkatakan mengenai Ayuni, kalau sebelum ini setiap kali nama itu meniti di bibirnya pasti nadanya keras dan tak pernah cerita baik.
“aku dah suruh kawan aku cari dia.. Cuma kita kena tunggu sikit masa, kalau ayuni tak tinggalkan Malaysia lebih mudah nak kesan dia” jelas fariz.
Wajah adam dipandang sekilas, sejak kehilangan Ayuni dilihat wajah itu sering kerisauan. Walaupun dia menidakkan tapi dalam hatinya berkata-kata, mungkinkah ada sesuatu di hati Adam?. Dalam masa yang sama dia cuba menganalisi wajah di depannya itu.
“kenapa kau tengok aku macam tu?”
“kau ada apa-apa ke dengan adik aku yang sorang tu?”
Soalan terus kepada Adam. Fariz masih tepat memandang mata yang dilarikan. Adam sengaja mencapai majalah di atas meja, cuba melarikan soalan yang tak mampu dijawab. Pandangan mata Fariz bakal membuatkan dia hilang kawalan. Dia takut andainya bahasa jiwanya terkeluar secara paksa. Tak mungkin, sekarang bukan masa yang sepatutnya.
“kau sukakan Ayuni..”
Adam cuba bertentang mata dengan Fariz, walaupun Fariz seorang sahabat yang baik tapi Fariz juga seorang abang yang sempurna. dia pasti sahabatnya itu tak akan duduk diam jika perkara yang melibatkan Aleyya. Itu dia pasti.
“kau ni cuba jangan merepek.. hati aku masih untuk Aleyya, dan kau ingat aku nak cari nahas ke mainkan perasaan adik kau yang garang macam harimau tu?” usik Adam, sengaja ingin mengubah topik.
Pandangan Fariz beralih, Adam melepaskan keluhan perlahan.
“kau kan tahu aku sayangkan Leyya, aku tak suka orang mainkan perasaan adik aku.. dan aku tak akan diamkan diri bila orang usik keluarga aku”
Adam diam. Namun dia mengangguk faham. Bukan sehari dua dia mengenali Fariz, malah dia cukup kenal dengan lelaki itu. Walaupun Nampak tegas tapi sahabatnya itu seorang yang penyayang. Tapi jauh di dasar hatinya rasa sayangnya tergugat bila kehadiran Nur Ayuni Balqis. dalam dia dia sentiasa memerhatikan gerak geri wanita itu dalam diam.
“perasaan kau pada dia macamana?” giliran Adam pula menekan. Sengaja menguji, pandangan Fariz lain bila bertentang mata dengan Ayuni. Dia yakin bukan pandangan yang sama bila Fariz dengan Aleyya.
Fariz mengeleng perlahan, dia tahu tektik Adam.
“memang selama ni aku tak pernah Nampak dia, aku sendiri macam Aleyya. Macam kau tengok bila dia hadir dalam keluarga kami macam-macam yang jadi. Tapi sekarang aku sedar kesilapan aku, aku tak pernah jadi seorang abang yang baik pada ayuni. aku akan cuba menjadi abangnya lepas ni” jelas Fariz panjang lebar. Itu perasaannya sekarang. Setiap kali melihat Aleyya dia akan terpandangkan Ayuni.
Adam bangun dari sofa. Wajah Fariz yang masih berdiri membuatkan dia tersenyum. Bijak Fariz menyembunyikan rasa hati. Sebijak manapun mata itu tak mungkin menipu. Mungkin bibir boleh mengucap seribu ayat dusta tapi mata tak akan mampu menyembunyikan kata hati.
Bahu Fariz ditepu perlahan. Tanpa memandang ke arah mata itu.
“tapi kau kena ingat dia memang bukan adik kau.. antara Leyya dengan Ayuni situasinya berbeza”
Fariz diam. Matanya menjeling langkah Adam yang meninggalkannya di ruang tamu.
“leyya dan Ayuni situasinya berbeza..” ayat itu bermain-main di mindanya.
Datin Normah berdehum. Dia cuba mengagahkan diri untuk mendekati suami yang masih lesu di katil. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran suaminya itu. Cukup payah suaminya memujuk Ayuni untuk tinggal bersama mereka tapi dalam beberapa minit saja kesilapan yang sama berulang.
Kata-kata yang terkeluar dari mulutnya kelmarin masih terdengar-dengar di hujung telinga. Begitu kasar, dia memandang kembali tangan yang sudah menyakiti anaknya itu. Rasa marahnya pada diri sendiri masih tak mampu diusir biarpun sudah berpuluh kali dia menapis nasihat yang keluar dari mulut anak dan isterinya.
Macamana kalau sesuatu terjadi kepada anaknya?.. mungkin dia akan menyesal seumur hidup.
“abang dah melampau Mah.. kenapalah abang tak sudah-sudah nak susahkan dia?, sudahlah dengan arwah ibu dia abang tak pernah berlaku adil sekarang..” Dato Mansur berbisik perlahan. Dia duduk di hujung katil sambil kepalanya disandar lesu di kepala katil.
Datin Normah mengambil tempat di depan suaminya, mata itu ditatap lama, suaminya menangis??.. laju tangannya menahan air mata dari terus membasahi pipi. Sebak di hatinya mengunung.
“bukan salah abang.. tapi semua ni salah Mah, sebab Mah juga abang tersilap langkah.>”
“kalau dia kembali, abang janji abang tak akan pernah sakitkan dia Mah, abang janji..” kali ini suara itu medikit mendatar. Namun genggaman tangan isterinya diperkemas. Mengalirkan rasa kesal yang semakin membuatkan dia sesak nafas.
“abang jangan macam ni.. abang kena kuat, anak-anak risaukan abang kalau abang terus macam ni” datin Normah kesian melihat suaminya namun dia juga kesian melihat Fariz dan Aleyya yang dari semalam susah hati melihat keadaan papa mereka.
Tiba-tiba rasa rindunya melimpah luah pada wajah mulus anaknya itu. Dia yakin yang ayuni sekarang selamat tapi dia tak yakin anaknya itu akan mengubati hati yang dah terluka. Entah berapa kali lagi hati anaknya itu akan terluka, entah berapa lama lagi agaknya anaknya itu terpaksa menanggung rasa seorang diri.
Gila kau 41
Farid sekali lagi menarik perhatian Maya. Muka hensem tapi gabra semacam, baru cerita sikit dah macam kucing nak beranak. Maya tersenyum sendiri.
“betul ke semua ni?”
“tak betul saya saja reka cerita.. bagi cerita lagi best” sindir Maya. Kalau tidak sebab desakan peguam muda ni tak mungkin dia akan menceritakan hal peribadi kawan baiknya sendiri.
Maya menjeling lagak Farid. Sekejap berdiri sekejap duduk.
“habis tu shah macamana?”
Dahi maya berkerut. Shah?? Apa kaitan pulak shah dalam cerita dia tadi? Rasanya dalam ceritanya tadi hanya ada Lokman dan Intan tak ada pulak nama shah dimasukkan sekali. Cuba mengingat kembali cerita yang keluar dari mulutnya.
“kenapa pulak dengan shah?”
Aduhhh!! Farid menepuk dahinya perlahan. Tak akanlah maya tak boleh tangkap apa yang bermain di fikirannya sekarang. Kalau hal Intan tak ada kena mengena dengan dia tak akan dia semangat nak tahu hal peribadi wanita tu. Langsung tak guna logic akal betul.
“cik Maya Kirana tak akan awak tak perasan yang sepupu saya tu ada hati dengan kawan baik awak tu?” bulat mata maya mendengar soalan Farid. “hahhh…jangan nak buat muka terkejut sampai macam tu.. orang butapun tahulah yang si shah tu dah jatuh sayang dengan Intan” sekali lagi Farid menguatkan faktanya.
Maya cuba memproses apa yang didengarnya. Memang dia pernah menduga semua itu tapi bila tengok lagak lembab shahrul, tak mungkin dugaannya tu betul. Shahrul tak pernahpun nampak macam sukakan Intan, asyik bergaduh je adalah. Tapi kalau ditimbang kira lagi sekali macam betul pulak fakta si penguam ni.
“macamana sekarang?” sekali lagi Farid bertanya. Cerita Intan bercinta dengan anak Datuk hashim itu sudah tersebar dalam dunia koprat. Bukan dia tak tahu pengaruh Lokman bukannya kecil. malah pemuda itu mampu mengegarkan dunia dengan kejayaannya menguruskan syarikat perkapalan milik datuk hashim.
“macamana? Macamana pula… kalau dah takdir yang Intan akan bersama Lokman kita tak ada kuasa nak halang.. biarlah datang sepuluh lelaki macam shah sekalipun” jelas Maya.
Farid gigit bibir tak senang dengan jawapan maya tadi. Emm perempuan kalau dan dapat gading emas tak akan nak gading buruk lagi. bisik hatinya. Bukan dia nak kecilkan kemampuan sepupunya tapi kalau nak dikira Lokman punya pakej lengkap sebagai lelaki idaman,
“habis tu Shahrul macamana?” Maya mencebik mendengar soalan itu.
“siapa suruh sepupu awak tu lembab sangat.. siapa cepat dia dapatlah”
“cara awak bercakap macam tak berperasaan Cik Maya”
Maya diam, mengigit bibirnya. Cuba menahan marah.
“ Encik Farid, kalaupun saya ini tak berperasaan dan Encik Farid punya perasaan cuba fakir sekejap guna akal jangan guna perasaan, sekarang ni Intan dan memilih Lokman. Sekarang ni saya nampak dia dah cukup bahagia dengan pilihannya. Untuk mengetahuan Encik Farid jodoh, ajal, maut ni bukan kerja kita…saya balik dulu , terima kasih sebab sudi nak belanja minum”
Maya bangun lalu meninggalkan Farid yang terpinga-pinga. Aikk aku salah cakap ke?. Farid mengaru kepalanya yang tak gatal.pantas RM20 diletakkan di atas meja dan berlari mengejar langkah Maya yang jauh meninggalkannya.
“Awak marah..maaflah saya akan jadi sedikit sensitive bila hal berkaitan dengan Shahrul” jelas Farid. Hakikatnya dia memang tak pandai untuk berbahasa seindah dan sepuitis sasterawan Negara bila bercakap dengan mana-mana perempuan.
“kalau Encik Farid boleh sensitif sebab Shah, saya juga tak boleh diamkan diri bila hal kawan baik saya dibincangkan, tolonglah Encik Farid biarkan dia bina bahagianya sendiri, jangan masuk campur, biarkan dia bahagia”
Langkah Farid terhenti di situ. Bukan dia tak inginkan kebahagian Intan, tapi ada sesuatu tentang Lokman yang membuatkan dia mengambil berat tentang Intan. Dia kenal siapa Lokman. Dia juga tahu sejauhmana kisah lokman dengan bekas-bekas kekasihnya.
****
“kenapa kita datang sini?”
“sebab laut mendamaikan buah hati saya ni..” Intan tersenyum membalas senyuman yang terukir di wajah Lokman.
Mata Intan terarah terus kearah laut yang luas terbentang. Senyumannya dari tadi tak hilang. Lama juga dia tak ke laut.
“lama Intan tak ke laut.. kali terakhirpun masa Maya baru kawin dengan Johan, lepas tu sibuk”
“tahu dah..” lokman ketawa kecil. Intan memang seorang wanita yang sibuk dengan butik-butiknya. Dia kena bijak menarik buah hatinya itu keluar dari kesibukan.
Lokman turut sama menikmati udara segar. Ada beberapa orang kanak-kanak sedang asyik bermain dengan pasir dan berlari-lari melawan ombak. Mindanya membayangkan bagaimana jika ditempat itu nanti anak-anak dia dan Intan. Mesti comel. dia tersenyum lagi.
“haiii ni apa kes senyum seseorang ni?” pertanyaan Intan membawa dia kembali kea lam nyata.
“ehhh senyum pun salah?”
“senyum macam ada makna je… tengok apa dekat sana?”
Jari telunjuk Lokman lurus ke arah kanak-kanak yang bermain di gigi pantai, Intan memandang tepat ke arah wajah si kecil lalu tersenyum.
“kalau anak-anak kita nanti mesti comel macam tu kan”
“ehhh anak kita??.. siapa nak kawin dengan awak?”
“laaa… mestilah cik Intan Azura, tak akan saya nak kawin dengan mak cik yang jual ais krim tu..”
Intan ketawa kecil. wanita bertubuh gempal yang menjual ais krim memandang ke arah mereka.
“hahhh padan juga awak dengan dia..” ketawa mereka bersatu.
“amboiii padan ekk…” lokman menangkap lengan Intan.
“auuchhh..”
“kenapa?” lokman bertanya cemas. Intan memegang lengannya. Terasa pedih.
“hah??..tak ada apa-apa.. sakit sikit terjatuh semalam” bohong Intan. Tak mahu menceritakan apa yang terjadi. Biarlah.. nanti jadi panjang pulak cerita.
“macamana boleh jatuh”
“entah… berangan banyak sangat..tup..tup dah tergolek” jelas Intan dalam sisa tawanya.
Mereka berjalan menyusuri pantai. Ditemani gelak ketawa. Intan terasa bahagia bila di sisi lokman. Ada saja lagak lelaki itu yang mengusik hatinya. Intan melabuhkan punggungnya di atas sebuah batu yang agak besar. Lokman duduk tidak jauh tempat mereka.
“apa yang buat Intan terima Man?”
Pertanyaan Lokman dibiar lama. Intan sendiri tak ada jawapan dari soalannya itu, “entah” jawabnya pendek.
“entah?” berkerut dahinya. lokman mengangkat kening tak puas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut Intan.
“mungkin betul kata orang bila kita dah sukakan seseorang tu kita tak perlukan alasan”
“ek??” duga Lokman. Sengaja menghantar pandangan keliru.
“betullah… ini kira jawapan tak ada tlian hayat tau..” Intan ketawa kecil. Lokman tersenyum, cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata yang baru didengarnya.
“jomlah…”
“kemana?” tanya Intan pelik. Tak senang dengan pandangan mata Lokman. Lokman ketawa lagi. niat jahatnya muncul.
“buktikan yang cinta Intan Azura hanya untuk Lokman hafizi”
“macamana?” tanya Intan lagi, wajahnya berkerut hebat.
“terjun laut bersama-sama insane yang tercinta”
“gila ke??” Intan sudah bangun dari duduknya. Berkira-kira mahu melarikan diri.
“memang gila pun.. gilakan kau…” Lokman menyambung ketawanya. Menambahkan lagi kerutan di dahi Intan. Wajah itu jelas keliru membuatkan Lokman bertambah suka mengusiknya. “kenapa takut?”
“cinta Intan Azura bukan untuk Lokman hafizi saja… cintanya pada Yam aha pencipta lebih besar” Lokman tersenyum lagi. suara Intan sudah mula tegas.
Itulah yang membezakan Intan dengan perempuan-perempuan yang selama ini mendekatinya. Kalau selama ini wanita yang mengejarnya tapi hari ini dan detik ini hatinya terkejar-kejar untuk mendapatkan seorang wanita biasa bernama Intan Azura. Pelik, tapi itulah hakikatnya.
“marah nampak?” duga lokman lagi.
“mestilah…”
“Man gurau je… jom tu maksudnya mari kita balik.. lagipun dah nak asar dan ni, lagipun tak elok kalau kita berdua-duaan macam nikan, nanti tak pasal-pasal kawin free..” bisik Lokman perlahan dengan tawa kecilnya.
Muka Intan merah menyala. Malu. Tapi akhirnya dia turut sama tersenyum. Macamanalah dia boleh terfikir sejauh itu. Adakah dia masih tidak mempercayai Lokman?.
“silakan tuan puteri…”
***
Farid berjalan mengelilingi shahrul yang tekun mengadap computer ribanya. Bercakap dengan budak ni macam bercakap dengan batang pokok mempelam dekat belakang rumah. Langsung tak ada tindakan, tak ada respon. Farid berdengus geram.
“kau ni tak ada perasaan atau buat-buat tak berperasaan?”
“apa pulak hal ni?..angin tak ada ribut jauh sekali tiba-tiba nak mengamuk ni kenapa?” Shahrul pura-pura tak tahu. Tangannya masih laju melarikan mouse ke sana ke mari.
“kau jangan kata kau tak tahu tentang Intan dan lokman” tegas Farid. Terkejut juga dia dengar berita yang keluar dari mulut Maya tadi. Hishhh sejak bila pulak Intan bercinta dengan si lokman ni.
Shahrul diam, dia tahu memang isu ini yang akan dikeluarkan sepupu kesayangannya tu. Jelas wajah tak puas hati Farid. Macam kalah kes dekat makhamah pulak budak ni.
“habis kau nak duduk je dekat sini melayan perasan tak payah buat apa-apa?” soal Farid geram. Lembab betullah shahrul ni.
“habis kau nak suruh aku buat apa?.. biarlah kalau dia dah buat pilihan lagipun apa kaitannya semua ni dengan aku.. lagi satu yang kau nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa?”
Shahrul tersenyum. Walaupun hakikatnya hatinya menjerit sejak semalam. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menghalang hubungan yang tak langsung direstui. Tapi cinta tak semestinya dimiliki, dan cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan.. ehhh cinta? Sejak bila cinta wujud antara dia dan Intan?.
“kau cuba cakap dengan aku betul-betul… apa perasaan kau pada Intan?”
Shahrul diam cuba mengukirkan senyuman palsu. Apa jenis soalanlah yang sepupu aku buat ni, langsung tak kena dengan keadaan. Dia hanya diam. Soalan tak berjawapan itu dibiarkan berlalu. Biarlah si Farid ni hidup berteka teki.
“aku dengan diorang rancang nak kawin dalam masa terdekat ni”
Shahrul diam. Cuba mengawal gejolak perasaannya.
“baguslah.. lagipun buat apa kawan lama-lama, kawin terukan lebih elok..”
Farid menggaru kepalanya yang tak gatal. Rimas pulak dengan sikap selamba sepupunya itu. Berlagak tenang konon dalam hati tuhan sajalah yang tahu. nak kata tak matang umur dah tua.
“kau tak kenal siapa lokman tu.. dia tu buaya darat KL kau tahu tak… aku kenal sangat dia”
Shahrul mengeleng perlahan.
“ehhh kau ni peguam ke wartawan ni?. Ikut suka dialah nak bercinta dengan buaya ke biawak ke monyet ke aku peduli apa.. dan satu lagi nasihat ikhlas aku untuk kau, jangan suka sangat jaga tepi kain orang nanti aku takut si Intan tu ketuk kepala kau dengan payung pulak.. masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah”
“aku serius kau main-main pulak..”
“dahlah Encik Farid… kalau nak berdebat tunggu esok pagi ekk.. mata aku dan nak tertutup ni.. esok aku ada meeting dengan lembaga pengarah.. so abik aku tidur dari layan kes kau ni… nite” shahrul bangun dari duduknya dan membimbit sama computer riba lalu meninggalkan Farid.
“hishhh degil betul mamat ni..”
Pintu bilik ditutup rapat. Tubuhnya bersandar lesu di katil. Kata-kata farid termain-main difikirannya. Baying wajah Intan tiba-tiba menjelma di matanya.
“Ya Allah….” Bisik Shahrul perlahan sambil menutup matanya. cuba melupakan apa yang bakal dan akan terjadi.
Kerana kau 18
Kenapa kau takut?
Aku tak takutlah.. padan muka perempuan tu..lagi elok kalau dia mati je..
Tapi kau nampak macam risaukan dia?
Mana ada tak mungkin aku risau
Kau dah sayangkan diakan..
Hah!! Jangan jadi gila.. aku tak akan sayangkan perempuan yang dah musnahkan keluarga aku.
Tapi hati kau memang dah sayangkan dia.. kau sayang kan dia ayuni.. mengaku saja kau sayangkan dia..
Tidak!!!...tidak!!...diam!!!!!
Ayuni tersedar dari mimpinya. Dia tertidur di sofa rupa. Wajahnya diraut perlahan. Melihat jap di dinding sudah menunjukkan jam 3 pagi. Dia bangun perlahan menuju ke jendela, meninjau ke arah garaj kereta milik Datuk Mansur. Melihat kalau-kalau orang yang ditunggu sudah balik.
Mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah dia terus mencapai majalah di atas meja lalu dibuka satu persatu. Kemunculan dua insan di muka pintu seolah-olah tak menarik minatnya langsung. Ayuni bersantai seperti tiada apa yang terjadi. Walaupun sejak tadi dia bertanda tanya sendiri.
Datuk Mansur berdiri betul-betul di hadapan anaknya yang kelihatan tenang membaca majalah. Wajah tak bersalah Ayuni menambahkan lagi rasa marah yang memuncak di hatinya. Kalau ikutkan hati sudah lama tangannya naik hinggap di pipi anak itu. Tak salah kalau dia ingin mengajar anak tapi entah kenapa ada satu perasaan yang menghalang dari dia melakukannya.
“apa sebenarnya yang Ayuni nak dari papa?” tanyanya tegas. Matanya merenung tajam. Ayuni masih bersahaja. Tiada lagi air mata untuk ditangisi. Dia sudah puas menangis, dan tangisan tak membawa apa-apa makna bagi lelaki yang sedang marah di depannya kini. Memang hatinya ingin bertanya keadaan perempuan itu tapi entah kenapa mulut seakan berat memaksa untuk terus diam membisu.
“papa tak tahu apa lagi nak cakap dengan Ayuni ni?.. apa lagi yang tak cukup cuba Ayuni beritahu papa?..” sambung Datuk Mansur sayu. Anaknya itu hanya diam membisu.
Kenapa anaknya tak pernah cuba menerima apa yang dah terjadi adalah takdir, kenapa tak pernah anaknya mengerti yang dia dah cukup menderita disebabkan dosa lamanya.
“kalau papa orang yang sakitkan ayuni... jangan sesekali ayuni sakitkan hati Mama Normah, dia tak bersalah. Apa yang papa buat selama ni bukan disebabkan dia. Dia tak pernah memaksa papa” Ayuni mengigit bibir. Sakit hatinya mendengar pembelaan Datuk Mansur.
“kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..dasar perempuan tak tahu malu” bidasnya tegas. Kali ini matanya tepat memandang wajah suram datuk Mansur. Biar lelaki itu tahu hatinya masih belum puas.
Pang!!! Fariz terkedu, Ayuni meraba pipinya. Terasa kebas. “jangan kurang ajar!! Kalau macam nilah keadaaannya papa rasa ayuni tak sesuai tinggal di sini.. apa yang dah terjadi pada ibu ayuni semuanya takdir tak ada kaitan dengan mama Normah.” Ayuni masih tersenyum, dia tahu ini juga akhirnya nanti.
Tamparan itu mengejutkannya tapi dia puas kerana akhirnya lelaki itu berani menyentuhnya, memegang dia yang selama ini diakui sebagai anak.
“kalau Datuk rasa semua yang berlaku pada ibu saya adalah takdir, kenapa tak Datuk terima saja apa yang berlaku pada perempuan tu sebagai takdir??” perlahan tapi cukup membawa Datuk Mansur kembali menatap wajah pucat anaknya.
Mar!! Tolonglah abang tak mampu nak memahami anak kita.. abang gagal nak memenuhi apa sebenarnya yang dia nak.. bisikan Datuk Mansur perlahan.
Faris masih lagi bertindak sebagai pemerhati. Tidak pernah dia melihat papanya bertindak macam tu. Wajah Nur ayuni Balqis juga cukup sukar di baca. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran wanita ini. Tiba-tiba jantungnya berdebar, wajah sayu ayuni membuatkan dia sendiri tak tentu arah. Kenapa?!!
“sejak mula lagi saya dah cakap saya memang tak sesuai di mahligai ni, tapi datuk juga bersungguh-sungguh. emmm akhirnya Datuk sedar juga dan mengulangi kata-kata yang sama. Tapi tak apa Datuk jangan risau saya memang dah bersedia dan sudah hampir 20 tahun saya bersedia..” kata-kata itu perlahan menusup masuk ke hatinya. Datuk mansur terkedu.
“Ya Allah apa yang aku dah buat ni?’ bisik Datuk Mansur sambil meraut wajahnya dengan tangan. Dia gagal mengawal kemarahannya.
Ayuni melangkah perlahan meninggalkan dua lelaki yang masih berdiri di ruang tamu. Tiada apa lagi yang nak dibincangkan. Tak sampai lima minit dia keluar dari bilik membimbit beg sederhana besar yang menjadi temannya ketika sampai ke rumah ini dulu. niatnya satu ingin jauh dari insan yang salama ini diburu.
“Ayuni..” panggil Faris. Kuat panggilan itu tapi tiada respon. Datuk mansur hilang suara. Dia sendiri tak tahu apa yang ingin dilakukan. Kalau hatinya memang mendesak agar menahan langkah anaknya itu tapi entah kenapa fikirannya gagal memproses apa yang sepatutnya dilakukan.
“Ayuni awak nak kemana ni?” fariz menarik lengan wanita itu membuatkan dia berpaling.
“kalau kau sayangkan keluarga kau.. lepaskan aku” pegangan dilepaskan, kata-kata itu betul-betul membuatkan fariz terkedu. Pandangan mata Ayuni penuh dengan kebencian.
Ayuni terus melangkah meninggalkan mahligai itu tanpa berpaling.
Sebak di dalam dadanya masih mampu ditahan. Ini bukan kali pertama dia diperlakukan macam ni. Semua ni dah biasa, kalau ibu masih ada mesti dia akan menjadi lebih kuat berbanding sekarang. Semua ini bukan salah satu dari rancangannya tapi inilah yang telah terjadi. Tapi perasaannya??!
Langkah dibawa entah ke mana. Kakinya terasa kebas, sudah jauh dia berjalan meninggalkan mahligai Indah Datuk Mansur. Kalau dia dengar cakap Noraina mesti semua ni tak akan jadi, pasti dia tak akan dihalau macam anjing kurap seperti apa yang telah ibu alami. Hah!! Ayuni tak akan maafkan dia mama... dia dah banyak buat salah dengan kita, ayuni tak mungkin maafkan dia.
Memang dia akui hatinya mula terbuka melihat layanan Datuk Mansur yang tak jemu-jemu cuba mengasihinya tapi semua itu lesap apabila benda yang sama berulang kembali. Kenapa dia menuduh sesuatu tanpa usul periksa?..
Jalan raya lengang, tiada kereta yang menghiasi malam yang semakin sunyi, bukan malam tapi sekarang dah hampir 4 pagi. Mungkin Datuk mansur sendiri terkedu yang dia akan mengambil langkah senekad ini. Ayuni menanggal kasut yang tersarung di kakinya. Terasa sakit. Cuba melihat ke kiri dan ke kanan jalan kalau-kalau ada teksi. Jauh dia berjalan tanpa tujuan. Dia cuba menghubungi noraina, sudah bepuluh mesej dihantar. Sekali lagi nombor yang sama didail.
Lama dia meniti jalan akhirnya dia terduduk di tepi, kakinya sudah tak mampu untuk melangkah..tak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan. Ayuni menutup matanya, cahaya lampu yang cukup membuatkan matanya silau..pedih..
“ayuni!!!” kuat suara itu memanggil namanya. Namun semakin lama semakin perlahan semakin jauh suara itu, permandangannya gelap tiba-tiba.. Ayuni rebah di situ.
“Ayuni!!!”
***
Adam memandang wajah kusut Fariz cukup menerangkan apa yang berlaku. Dari apa yang didengarnya dari aleyya tadi Datin Normah ditolak oleh ayuni, tapi hatinya separuh mengatakan tak mungkin, tak mungkin Ayuni akan bertindak macam tu.
“apa sebenar yang terjadi ni Riz?” tanya Adam sebaik saja melihat kelibat Fariz keluar dari wad yang menempatkan Datin Normah. Doktor dah sahkan yang Datin Normah tak apa-apa Cuma tekanan darah rendah.
“entahlah akupun tak tahu, bila aku sampai je dekat dapur aku tengok mama dah terbaring dekat lantai yang si Ayuni tu berdiri dekat dengan mama” jelas Fariz sambil duduk di bangku yang tersedia di laluan setiap bilik. Papa dan aleyya masih berada di dalam wad menemani mamanya.
“habis tu sekarang ni Ayuni mana?” gesa Adam. Ada nada risau di wajahnya.
Fariz memandang tepat ke arah Adam, kenapa sahabatnya itu nampak begitu resah?.tak mungkin sebab ayuni?..
“entah..semalam papa marah, dia terus keluar rumah. Aku peliknya dia langsung tak ada riak sedih ke gembira ke.. aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya” Fariz meluah rasa. Hanya adam sekarang yang masih rasional. Kalau dia meluahkan pada Aleyya semua itu hanya sia-sia. Adiknya itu memang bencikan Ayuni.
“habis dia keluar macam tu papa kau tak kata apa-apa?”
“aku tengok papa macam berat hati, tapi dia diam je bila ayuni keluar semalam” Adam mengeleng perlahan. Dia meraut wajahnya melepaskan keluhan berat. Entah kenapa dia memikirkan nasib wanita itu.
Adam masih tak tenang di duduknya. Sekejap dia berdiri sekejap lagi dia duduk. Dahinya berkerut seakan memikirkan sesuatu.
“kenapa kau biarkan dia macam tu je Riz.. kau rasa dia yang tolak mama kau?” soalan itu muncul dari mulutnya, soalan yang masih belum ada jawapan.
Tubuh yang terlantar lesu mengundang seribu kekesalan di hati Datuk Mansur. Fariz duduk di sisi mamanya. Datuk Mansur masih memegang kuat tangan isterinya. Pagi tadi selepas subuh mereka terus ke hospital. Wajah letih aleyya adiknya dipandang mungkin adiknya itu penat menjaga mama sejak semalam.
“Leyya, apa kata liar balik dulu..rehat nanti petang leyya datang balik” cadang Fariz.
“tak apalah..leyya ok”
Semua mata kembali menatap wajah Datin Normah yang sudah membuka matanya perlahan.
“abang...” suara itu berbisik perlahan. Datuk Mansur memegang kuat tangan isterinya tak ingin dilepaskan. Melihat mata itu kembali bersinar memandangnya. senyuman kembali mekar diwajah Datuk Mansur.
“Mah.. mah dah sedar?” Datin Normah mengangguk perlahan. Dia tersenyum memandang wajah suami dan anak yang setia di sisi.
“macamana Mah boleh ada dekat sini?”
“dah...jangan banyak cakap Mah rehat dulu..nanti kita bincang” mata Datin Normah kembali layu. Mungkin kesan ubat membuatkan matanya begitu berat.
Dua hari menjadi penghuni di hospital tawakal datin Normah semakin sihat. Malah dia sudah kembali seperti biasa.
“abang Ayuni tak datang tengok saya?” pertanyaan datin Normah tidak dijawab.
“mama nak buat apa ingat lagi anak tak guna tu?”aleyya geram. Dalam keadaan macam nipun sempat juga nak ingat perempuan tak guna tu. Marah aleyya.
“Mah rehat dulu.. lagipun kan doktor dah nasihatkan jangan banyak bergerak” nasihat Datuk Mansur disambut dengan bibir muncung Datin Normah. Datuk Mansur tersenyum bukan dia tak tahu, isterinya itu cukup pantang duduk diam tanpa buat apa-apa. Sejak semalam lagi isterinya itu sudah bising nak balik ke rumah. Habis semua orang dipujuknya.
Kedengaran ketawa mereka sekeluarga memenuhi ruang. Celoteh Aleyya menghiburkan semua yang ada disitu, ada saja aksi manja yang menarik perhatian mama dan papanya. Fariz pula mengambil kesempatan mengusik adiknya berganding bahu bersama adam.
“alaa kalau mama nak tahu Si Leyya ni kalau tak ada Adam ni yang nak.. alamatnya tak ada siapalah yang nak...”
“apa abang Riz cakap??.. ehhh tengok oranglah... lagipun Adam memang cintakan Leyyapun, betul tak sayang?” semua mata memandang ke arah Adam.
“entah...” jawapan Adam mengundang lagi tawa mereka seisi keluarga. Datin Normah menahan tawanya. Tak mahu anak manjanya terasa. Namun Datuk Mansur tidak langsung bersembunyi. Ketawanya yang paling kuat.
“amboiii papapun sama ekk... suka kalau anak papa ni kena buli?” rajuk Aleyya. Walaupun sebenarnya dia tak terusik langsung dengan kata-kata Fariz dan Adam. Hatinya senang melihat senyuman dan tawa mama.
Ketawa mereka terhenti. Doktor Ramli dan seorang jururawat muncul di muka pintu. Dia meminta izin untuk membuat pemeriksaan keatas Datin Normah. Datuk Mansur memberi laluan kepada doktor untuk menjalankan tugas.
“macamana doktor?”
“Datin Normah tak ada apa-apa, semuanya dalam keadaan terkawal. Petang ni datin boleh baliklah” jelas Dr. Ramli.
Datin normah tersenyum kemenangan. Memang kalau ikutkan cadangan suaminya pasti dia akan berada di hospital ni dalam dua tiga hari lagi. Tak sanggup rasanya nak terus hanya memandang ke dinding dan kipas. Dia juga tak sanggup melihat suami dan anak-anaknya keletihan terpaksa menunggunya di wad.
“alaa mama sukalah tu dapat balik” usik Fariz. Dia baru saja selesai menguruskan urusan projek mega terus ke hospital. Badannya sudah rasa melekit, tapi mama mesti didahulukan. Nasib baik ada adam sanggup membantunya sama-sama menyelesaikan masalah yang semakin besar di MM holding, kalau tak mesti dia tak cukup tangan.
“mestilah kalau ikutkan semalam lagi mama dah boleh balik rumah tapi papalah yang tak bagi macam dia pula doktor” sindir Datin Normah.
“alaaa yalah awak menang.. sekarang ni tuan permaisuri dah boleh berangkat pulang jangan risau, jangan tarik muncung macam itik tu lagi” usik datuk Mansur mengundang tawa semua yang ada disitu. Datin Normah tersenyum. Terasa malu pulak dilayan sebegitu depan anak-anak.
****
Datin Normah menghembuskan nafas lega. Dia duduk di sofa sambil merehatkan kepala yang terasa ringan. Rumah sendiri juga tempat yang paling tenang. Matanya dari tadi mencari susuk tubuh yang langsung tak kelihatan dari tadi. Sejak dia balik semalam langsung tak nampak kelibat budak ni.. mana dia?..
“mana Ayuni dari semalam Mah tak nampak dia?” tanya Datin Normah sekali lagi. Pertanyaannya sama dibiarkan berlalu. Datuk Mansur masih tekun membelek surat khabar di tangannya.
“abang saya tanya ni...”
“hishh.. apalah mama ni, tak habis-habis nak tanya pasal perempuan tu buat apa? Dia dah buat mama macam nipun mama masih nak tanya pasal dia?”
“Aleyya..” panggil Fariz, tak selesa mendengar nada suara adiknya. Dia tak mahu mamanya tertekan lagi.
“hahh... abang Riz pun nak sebelahkan perempuan tu.. tak cukup lagi ke apa dia dah buat dengan mama..? nak sampai macamana baru puas hati? nak tunggu semua mati macam tu?” satu persatu persoalan diluahkan dari mulut Aleyya.
“leyya please...” giliran Adam pulak menyampuk, tak mahu mulut lepas aleyya akan membuatkan keadaan lebih buruk.
“hahh... you pun nak sebelahkan dia ke?” marah Aleyya. Hatinya bertambah panas bila Adam juga di pihak Fariz. Tapi memang adam tak pernah berada di pihaknya walau apapun masalahnya.
Datuk Mansur berdehum kuat. Memberi isyarat pada anak-anaknya supaya menghentikan semua ini. Walaupun dia sendiri tak tahu macamana nak menjawab soalan isterinya tapi dia tak mahu anak-anaknya bergaduh di sebabkan benda yang tak sepatutnya. Aleeyya duduk di semula di sofa sambil menjeling wajah Adam dan Fariz, jelas tak puas hati.
“apa dah berlaku ni?” tanya Datin Normah sekali lagi, kali ini lebih tegas dari tadi. Soalan yang diajukan khas kepada suaminya, dia hanya inginkan jawapan dari mulut suaminya yang tak pernah selama ini membohonginya.
“papa dah halau dia keluar dari rumah kita ni” jelas Aleyya. Dia dah tak tahan dengan sifat lembut mamanya sampai nanti kena pijak kepala.
“hah!! Halau..apa semua ni?” Datin Normah masih tak faham.
“Abang tak boleh terus diamkan apa yang telah dia buat pada Mah..sekarang dia dah berani sakitkan mah, abang tak boleh biarkan...” giliran Datuk Mansur menjelaskan apa yang terjadi.
Datin Normah pelik.. sakitkan?? Apa maksud suaminya?. Apa yang dah ayuni buat?. dia tertanya sendiri. Datin Normah cuba memproses apa yang baru didengarnya.
“abang kan Mah dah cakap apapun yang terjadi mah tetap akan anggap dia anak Mah, Mah tak kisah kalau dia tak sukakan mah..”
“tapi dia dah cuba cederakan mama... mama nak buat baik lagi dengan dia?” aleyya geram. Mamanya seolah terlalu bagi muka dengan Ayuni.
“bila pulak dia cederakan mama?” soalan itu diajukan semula. Betul Datin Normah langsung tak dapat menangkap apa sebenarnya yang sedang dibincangkan.
“mama dah lupa sebab apa mama bermalam dekat hospital??”
“Ya Allah aleyya... mama terjatuh masa tu.. Ayuni tak salah dan dia tak adapun masa mama pengsan dekat dapur, abang apa abang dah buat ni..kenapa bertindak terburu-buru macam ni?”
“Mah jangan nak bela dia lagi... jangan kerana Mah rasa bersalah Mah nak biarkan apa saja dia buat pada Mah..”
Datin Normah mengeleng perlahan. Nampaknya betullah apa yang dia sangkakan keluarganya memang salah faham. Tiba-tiba dia terkenangkan Ayuni, Ya Allah macamanalah keadaan budak ni.. Ya Allah selamatkan anakku.
“Ayuni tak bersalah..bang, abang dah salah faham”
Datuk Mansur bangun dari duduknya, wajah sayu anaknya itu terbayang kembali. Wajah yang membayangkan seribu rasa benci kepadanya seribu rasa yang sukar ditafsirkan.
“Ya Allah apa yang aku dah buat ni??” Datuk Mansur meraut wajahnya beberapa kali dengan telapak tangan. Aleyya tadinya riuh kini diam membisu. Fariz dan adam berpandangan cuba membaca fikiran masing-masing.
“Riz cari dia riz.... cepat.. cari dia...” jerit Datuk Mansur. Kali ini dia ibarat hilang pertimbangan.
“papa!!!” Datuk Mansur rebah di permaidani. Matanya terpejam rapat.
Gila kau 40
“Ya?”
“tak”
“ya”
“tak?”
Dua perkataan itu masih berlegar-legar di mindanya. Intan masih melayan menungnya. Sekejap dia mengangkat baju ke katil, sekejap dia memegang bantal. Otaknya masih memproses apa yang terjadi semalam. Biar betul tak pernah bermain di mindanya Lokman akan bertindak seperti semalam. Macamana pulak kalau dia katakan ‘tidak’ semalam? Tapi hakikatnya dia masih tak memberi jawapan apa-apa lagi.
Peristiwa petang tadi membuatkan dia tak senang duduk. Rasa macam panas di tahap mendidih walaupun hakikatnya kipas berpusing laju.
“apa kita buat dekat sini?” tanya Intan. Melihat senyuman mekar di bibir lelaki di depannya itu dia turut sama tersenyum.
“saya ada sesuatu nak katakan pada awak dan saya rasa di sini adalah tempat yang sepatutnya” tasik buatan manusia didepannya cukup mendamaikan. Hanya ada dua tiga pasangan yang duduk tidak jauh dari mereka menikmati keindahan tasik.
“apa dia?” Intan masih menumpukan perhatian pada keindahan Tuhan di depannya.
“saya seorang lelaki yang selalu mendambarkan seorang perempuan yang sempurna, sejak itu saya sering memburu perempuan-perempuan. Bagi saya perempuan adalah satu perhiasan yang wajib di sisi saya...” kata-kata Lokman membuatkan Intan berpaling, memandang tepat ke arah lelaki di sebelahnya. Namun mata Lokman masih mengarah ke depan.
“maksud awak?”
“macam yang awak dengar tentang diri saya.. macam-macamkan yang kadang-kadang saya sendiri rasakan diri saya ni cukup jahat...” jelas Lokman lagi.
“tapi awak tak buatkan semua tu?” pertanyaan intan membuatkan Lokman tertawa.
“saya bukan sebaik yang awak sangka Intan.. tapi kini saya cuba untuk menjadi yang terbaik demi awak..” bisiknya perlahan. Intan diam memberi ruang untuk Lokman meneruskan kata-katanya. “saya nak awak kenal saya sebagai Lokman Hafizi yang sekarang, saya cukup yakin hanya awak wanita yang mengenali dan sudi berkawan dengan saya sebab saya Lokman Hafizi bukan sebab saya Lokman Hafizi Datuk Hashim” intan masih tak dapt menangkap apa sebenarnya yang ingin disampaikan lokman.
“saya tahu awak terkejut dan mungkin lepas ni awak tak akan nak berdepan dengan saya lagi, tapi Demi cinta saya pada Allah SWT yang masih kerdil ni saya dapat rasakan cinta saya insan bergelar wanita iaitu awak”
“hah??” Intan terkedu. Kaku. Seakan tak dapat menangkap apa yang didengarnya sebentar tadi. Tapi hakikatnya memang jelas, terang lagi bersuluh.
“Intan azura, saya Lokman Hafizi merendahkan hati saya untuk memiliki awak bukan sebagaimana perempuan yang saya kejar dulu tapi sebagai pendamping, sebagai teman, sebagai isteri yang sentiasa bersama saya saat saya senang dan susah”
“apa ni lokman??” degup jantung bergerak laju.
“walau apapun keputusan awak saya redha...saya ingin kita sama-sama tahu yang pertemuan kita kerana Allah dan berpisah kita kerana Allah” Intan terkesima, bukan kerana Lokman anak Datuk Hashim melamarnya tapi kata-kata yang dilafazkan betul-betul menyentuh hati wanitanya.
“sudahlah Lokman.. macam yang pernah saya beritahu awak...”
“Intan.. ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. Biar satu dunia menuduh awak membawa sial atau apa saja yang awak definisikan, saya tetap yakin dengan perasaan saya. Kalau mungkin ajal saya dah sampai, saya nak awak ingat semuanya bukan sebab awak tapi sebab Allah dah tetapkan masa saya” bisik Lokman syahdu.
“tapi...”
“saya tak paksa awak Intan, tapi saya perlu luahkan rasa hati saya.. desakan itu membuatkan saya sentiasa rasa sakit dan saya harap awak pertimbangkan”
“awak buat saya takut..”Mazliana menjauhkan diri dari Lokman dia bergerak sedikit ke hadapan. Matanya langsung tak memandang ke arah lelaki itu. Kenapa? Dia sendiri tak tahu.
“saya ingin menjadi pelindung awak Intan dan saya juga akan pastikan awak bahagia andai masa yang awak perlukan saya akan bagi awak masa, selama mana awak inginkan ” kata-kata Lokman betul-betul membuatkan Intan hilang kata-kata.
Intan masih duduk kaku di atas sofa biliknya. Masih bemain-main dengan kenangan petang tadi. Debaran yang masih belum reda. Buat kali pertama dia dilamar seorang insan yang tak pernh ada dalam kotak fikirannya. Bukan disebabkan Lokman bukan pilihannya tapi dia sendiri takut membayangkan apa-apa untuk masa depannya sendiri.
“weiii... ni nak lipat kain ke bungkus kain?” sergahan Maya membuatkan dia tersedar, matanya memandang kain yang berbungkus di tepi sofa.
Intan tersedar cepat-cepat tanganya mencapai lipatan yang tak serupa bikin disebelahnya. “alamak apa aku buat ni..” rungutnya sendiri sambil tangan ligat mengemas semula lipatan yang kononnya tadi dah siap.
“beranganlah tu.. hishhh kau ni kenapa aku tengok asyik berangan je ni?” usikan Maya langsung tak berbekas di hatinya.
“Lokman lamar aku petang tadi..” ucap Intan perlahan.
“alaa.... baru lamar kau dah jadi macam ni...” Maya ingin melangkah ke katil, langkahnya terhenti cuba memproses semula apa yang diucapkan Intan sebentar tadi “apa??!! Melamar kau?” jeritnya perlahan. Dia meloncat terus duduk di tepi Intan.
Maya Kirana memandang tak percaya, matanya cuba mencari kebenaran di sebalik mata bundar milik temannya itu. Biar betul. Memang hatinya dari dulu menganggak yang Lokman ada perasaan dengan Intan tapi tak sangka pulak yang lelaki itu akan bertindak sebegini cepat.
“habis tu kau terima ke tak?” tanya Maya lagi. Rasa tak sabar menunggu jawapan dari Intan.
“emmm aku tak tahu.. aku serabut sekarang ni”
“apa kata hati kau?”
“aku takut Maya... aku takut dia akan ikut jejak langkah siapa sebelum ni yang cuba sayangkan aku” bulat mata Maya mendengar apa yang keluar dari mulut temannya itu. Hishh tak habis-habis..
“kan dah banyak kali aku cakap kalau kau terus percaya kata-kata tu maknanya kau akan terus hayut dalam dunia yang kau cipta sendiri, kau tak percaya dengan tuhan ke? Ya Allah...” marah Maya.
Kadang kala maya sendiri hairan dengan fahaman sahabatnya itu. Sejak dari mula mulut Intan selalu saja menggunakan perkataan ‘sial’ sedangkan dia sendiri tahu yang tidak ada didunia ini yang dilahirkan membawa malang. Ini semua mesti disebabkan pengaruh zaman kanak-kanaknya. Peristiwa yang sedikit sebanyak pernah diceritakan sendiri oleh Intan. Dia simpati dengan nasib Intan tapi sebagai sahabat yang dah dianggap seperti saudara tak mungkin dia akan percaya semua benda karut itu.
Intan hanya berdiam. Kata-kata Maya memang betul. Bukan dia yang membawa sial. Semua itu dah ketentuan Ilahi.
Lokman masih gelisah di duduknya. Dari tadi dia berteleku di depan meja bacaan sambil melihat tepat ke arah telifon bimbit yang sepi di atas meja. Kenapa hatinya masih kecang seperti tadi, tak pernag surut sejak dia lafazkan sayang dan cinta pada wanita yang sudah menjadi suri dalam hidupnya. Dia nekad jikan bukan Intan pilihannya tak mungki ada lagi wanita lain selepas ini.
‘sy dah bg awk ms selama 12 jam...skrg sy nk jwpn..sy bg awk 2 pilihan . kalau jawapannya YA awak miscall sy, kalau jawapannya TIDAK awak abaikan mesej ni dah terus berdiam diri’
Intan tersenyum membaca mesej dari Lokman. Tak sangka masa yang diberi tak sampai sehari. Bijak betul lelaki ini membuatkan perasaan dia serba tak kena. Hishhh mamat ni suka-suka hati dia tetapkan pilihan jawapan. Sekali lagi Intan menarik senyum.
Lokman memejamkan matanya beberapa kali. Hati dan mindanya masih ingin mendengar deringan telifon. Apa sebenarnya jawapan Intan tapi walau apapun jawapan yang diberi Intan dia tetap akan terima. Terima seadaanya.
Lagu kaulah segalanya bergema di ruang bilik. Lokman berpaling ‘miscall??!!!’ Lokamn menarik laju telifon bimbitnya yang berada di atas meja. ‘Intanku’ tertera di skrin. Dia tersenyum, ketawa dan akhirnya menjerit suka sambil melompat-lompat keriangan sambil. Miscall maknanya??...Yes!! jeritan itu bergema di bilik bacaan.
‘esok saya jumpa awak, tepat biasa masa yang sama’
Pesanan SMS itu sekali lagi membuat Intan gelak kecil. Hatinya berkata ya pada Lokman hafizi, sekan tak percaya tapi itulah kenyataan. Tak mungkin hati ini boleh menolak kasih orang yang jujur ingin mengasihi. Tak mungkin akalnya sanggup membiarkan harapan yang tinggi menggunung hancur berderai.
Kali ini buat pertama kali dalam hidupnya, dia yakin dengan kata hati, dia pasti yang hatinya sudah terbuka untuk memilih Lokman. Tapi kenapa macam ada sesuatu yang sekan tersekat di hatinya?. Kenapa dia nampak bayang orang lain yang sepatutnya berada di sisinya. Tapi tak mungkin dia!!..
“betul ke apa kau buat ni?” maya bertanya perlahan. Intan hanya mengangguk.
“kau yakin dengan apa kau buat ni?... kau jangan bagi harapan palsu dekat orang Intan” nasihat Maya membuatkan dia erdiam seketika. Memang hatinya sudah menerima kehadiran Lokman. Akalnya juga menilai jawapan yang sama. Tapi kenapa soalan maya membuatkan dia membisu?.
“kau betul-betul yakin yang kau cintakan dia?” sekali lagi maya bertanya. Terkejut juga dia dengan keputusan Intan. Angin tak ada pokok tak goyang, tiba-tiba terus nak mendirikan rumah tangga. Keputusan yang sepantas kilat.
“entah...” jawapan Intan mengundang kerutan tebal di dahi Maya.
“entah??. Hishhh kau ni biar betul ni Intan, ni kes masa depan kau ni”
“dia seakan membawa aku ke satu dunia yang selama ini aku tak pernah rasa. Dia buat aku rasa semua insan yang aku sayang kembali ke sisi aku. Tengok aku, tersenyum dekat aku.. lokman bagi aku satu keyakinan yang dialah insan yang akan membahagiaankan aku” ucap Intan hiba.
Memang kalau ikutkan dia sendiri masih tak percaya yang dia sudah membuka pintu hatinya untuk seorang lelaki yang bernama Lokman Hafizi. Tapi memang sudah beberapa kali dia memohon petunjuk. Hatinya masih seakan bersetuju dengan keputusan yang dah dibuat. Dia akur mungkin ini ketentuaanNya.
“aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau walau siapapun yang kau pilih, walaupun Pak Mail goreng Pisang simpang tu” usik Maya. Mereka ketawa lalu tubuh temannya itu didakap kuat. Hahhh maya adalah teman dunia akhirat yang tak mungkin ada penganti.
“kau memang kawan terbaik aku” bisik Intan perlahan.
Datin Maznah berdengus geram, apa yang dia tak nak sekarang ni berlaku juga. Selama ini sedaya upaya dia menjaga pergaulan anak-anaknya supaya jangan bergaul dengan orang miskin yang tak sedar diri tapi akhirnya semua ini terjadi juga.
“mama tak setuju... apa gila ke Man nak pilih perempuan yang tak tentu asal usul, entah anak jumpa sebelah tong sampah” kata-kata Datin Maznah mampu membuat Lokman hilang sabar. Tapi syurga itu di bawah kaki ibu,
‘teman wanita atau isteri mungkin ada penganti tapi seorang ibu tiada lagi pengantinya walaupun sanggup menanti beribu tahun’ teringat kata-kata Imam Saad semasa kuliah magrib di surau.
“mama... Man sayangkan mama lebih dari segala yang Man ada, kalau Mama mintak nyawa man sekalipun man akan penuhi, tapi Man merayu pada mama tolong cuba faham hati dan perasaan man” rayu Lokman. Datin Maznah menyimpan amarahnya. Dia memang sukar melawan kata anak manjanya itu. Lokman adalah pengarang jantungnya.
“tapi Man kena ingat pilihan perlulah tepat Man bukan nak kawin dua tiga hari, nanti kalau apa-apa terjadi macamana? Mama tak akan masuh campur dan masa tu” ugutan Datin Maznah langsung tak meninggalkan kesan.
Datin Maznah menjeling dengan ekor mata, cuba melihat reaksi wajah anaknya. Wajah mengharap lokman tidak dipandang lama.
“mama tak suka dia, kalau Man nak yang lebih cantik dan baik dari dia mama boleh carikan but please not that girl”
“tapi Man sayang dia.. Man dah letakkan cinta Man pada dia mama... I need you to understand ma...”
Datin Maznah meninggalkan Lokman. Kalau sekali dia tak suka jangan harap dia akan ubah keputusan. Apa dia nak cakap dengan kawan-kawan dia nanti bila menantu Datin Maznah tak tentu keturunan.. malu!! Nak letak dekat mana muka ni. Kurang ajar punya perempuan kalau aku dapat kau memang aku kerjakan cukup-cukup.
“apa yang awak membebel sesorang ni?”
“hahhh!! Awak apa yang awak tahu?, apa yang berlaku dalam rumah ni langsung awak tak nak ambik tahu” marah Datin Maznah.
Datuk hashim mengeleng perlahan. Isterinya itu tak pernah menunjukkan hormat pada seorang suami. Mungkin salah dia juga yang salah mendidik, dia terlalu manjakan Isterinya sampai Maznah tak tahu menilai perasaannya sendiri.
“apa yang berlaku sampai awak kusut macam ni?”
“anak awak tu nak kawin...”
“siapa Lokman??.. nak kawin. Hahh baguslah tu, apa tunggu lagi dia bukannya muda lagi, memang dah wajib dia ada keinginan nak kawinkan. “
“masalahnya dia nak kawin dengan perempuan yang entah dekat mana asal usulnya, entah anak luar nikah mana..entah mana dia jumpa perempuan tu pun saya tak tahu”
“awak dah jumpa perempuan tu?”
“dah saya dah banyak kali jumpa..” suara Datin Maznah masih meninggi. Tiada tanda-tanda ia akan kembali ke tahap rendah.
“dia dah besar, dia tahu nak tentukan masa depannya sendiri.. awak tak payah nak paksa-paksa dia.. kita jumpa dulu budak perempuan tu lepas tu baru kita buat keputusan”.cadangan Datuk hashim ditolak mentang-mentang. Tak mungkin dia akan benarkan perempuan tu jejakan kaki ke rumah ni.
“langkah mayat saya dulu..” Datin Maznah tegas. Dia berlalu meninggalkan suaminya tanpa rasa bersalah.
Datuk hashim mengeleng perlahan. Isterinya itu tak pernah nak mendengar pendapat orang lain. Asyik dia saja yang betul, kadang-kadang dia sebagai suami pun tak ada kepentingan di rumah ini. Walaupun pada dasarnya dia adalah ketua keluarga.
“hello... Rul, aku nak kau selesaikan budak perempuan tu, buat dia sampai tak sanggup lagi nak berjumpa dengan Lokman” Fazrul tersenyum. Arahan mak saudara kesayangannya seakan satu rezeki, kali ini tugasnya aan berjalan lebih lancar.
Langkah diatur semakin laju sesekali dia menoleh ke belakang. Kenapa dia rasa macam ada yang mengekori langkahnya sejak tadi?. Tapi siapa?, Fazrul masih mengekori langkah Intan. Dia cuba untuk dekat dengan wanita itu. sejak semalam langkahnya hanya mengekori ke mana saja wanita itu pergi. Tiba-tiba dia terasa ada yang tak kena.
“kenapa awak ikut saya?” langkah fazrul terhenti. Tak sangka yang Intan akan menyedari kehadirannya.
“saya Cuma nak beritahu sesuatu dekat Cik Intan” bisiknya lembut. Memang ayat lelaki itu lembut tapi pandangan mata Fazrul membuatkan Intan langsung tak selesa.
“saya tak ada masa nak dengar”
“nantilah dulu Cik Intan saya ada sesuatu yang penting untuk Cik Intan tengok dan dengar” fazrul sempat memegang kuat tangan wanita itu. Membuatkan langkah intan berhenti seketika.
“ehhh apa ni!!” jerit Intan sambil berusaha ingin melepaskan tangannya. Terasa gengaman itu kuat mencengkam.
“cuba Cik Intan ikut cakap saya mesti tak sesakit ini”
“saya kata lepaskan saya kalau tidak saya mejerit dekat sini.. lepaslah... tolong!! Tolong!!” Intan sudah mula menjerit kuat.
Fazrul tersenyum mendengar jeritan Intan yang tidak langsung menarik perhatian mata yang memandang. Gengaman kuat di tangannya membuatkan Intan bertambah takut.
“hoiiii apa kau buat tu?” satu suara kedengaran dari arah belakang. Intan menghembuskan nafas perlahan. Terasa nasibnya baik. Fazrul berlalu tanpa sebarang kata, dia melajukan lagi langkahnya.
“siapa tu? Peminat?” tanya shahrul kasar.
“tak kenal..”
“tak kenal apa siap main pegang-pegang tangan segala ni?” suara lelaki itu semakin meninggi. “kau tu perempuan cuba jangan suka berjalan tempat-tempat macam ni” Shahrul geram.
“saya tak kenal dialah” giliran Intan pula melepaskan geramnya. Hishhh tanya macam polis. Dia meraba pergelangan tangannya yang sudah memerah. Terasa perit.
“sakit ke?” Tanya shahrul kembali. kali ini nadanya berlainan.
“taklah seronok..” sindir Intan sambil mengusap tanganya yand sudah jelas kemerahan.
“sini aku tengok..”
“tak payah..” Intan cuba melarikan tangannya tapi gagal. Tangan shahrul bertindak lebih cekap.
“sini... cuba jangan degil”
Shahrul meneliti pergelangan tangan Intan yang merah. Kurang ajar punya jantan, sesuka hati buat perempuan macam ni. Nasib baik lengan baju kurung intan yang panjang menjadi lapik kalau tidak tak pasal-pasal dua orang lelaki sesuka hati memegang tangannya.
“nak pergi klinik ke?”
“tak payahlah sikit je” balas Intan perlahan.
Intan tersenyum mesej yang tertera di skrin telifonnya. Senyuman manis itu menarik perhatian shahrul yang sedang berjalan disebelahnya.
“suka nampak.. dari siapa?”
Intan hanya membalas dengan jelingan. Langsung tak berminat nak menjawab soalan shahrul. Kalau lagi dilayan lagi bertambah sakit hatinya.
“kalau dia dah tak boleh nak berenggang suruh je masuk meminang” cabar Shahrul. Geram juga dia melihat perhatian Intan yang asyik dengan Telifon di tangannya. Kalau ikutkan hati nak je dia merampas dan terus campak dalam Tong Sampah.
“memang dia nak masuk meminangpun, awak tunggu sajalah ekk nanti saya bagi kad jemputan” kata Intan girang. Menutup gelak shahrul. Senyumannya mati. Kata-kata intan tadi bagaikan halilintar yang melintas di jambatan hatinya. Tiba-tiba jantungnya hilang degup.
Intan berpaling, pelik melihat shahrul yang sudah dia membisu di tempat dia berdiri.
“kenapa?” tanya Intan sambil melambaikan tangan dekat dengan wajah lelaki itu. kena sampuk ke apa?.
“betul ke apa kau cakap tadi?.. siapalah lelaki malang tu?” bergetar ayat yang keluar tapi cuba dikawal sebaik mungkin, ketawa kecil yang kedengaran sumbang dikuatkan. Motifnya nak menutup rasa di sebalik hatinya.
“nama dia Lokman Hafizi.. “ lembut nama itu meniti di bibir Intan. Membuatkan shahrul terkaku. Intan tersenyum dan berlalu meninggalkan shahrul yang masih membohongi diri sendiri dengan ucapan tahniah palsu. Ikhlas ke dia??!! Tak!!!.
Dauk hashim masih memandang tepat ke arah wajah masam isterinya. Memang wajah itu sentiasa mencuka. Petang tadi dia sendiri bertentang mata dengan anaknya lokman bertanya dari hati lelaki, apa keputusan sebenar anaknya itu. Jelas apa yang diucapkan isterinya langsung terpesong tak ada satupun yang betul.
“Ingat saya tak suka awak paksa-paksa anak macam tu, kalau betul Intan dah menjadi pilihan Lokman biarkan” kata-kata Datuk hashim seakan satu arahan.
“mesti anak manja abang tu mengadu yang bukan-bukan, dasar anak manja tapi saya memang tak boleh terima perempuan tu..” tegas Datin Maznah, hatinya tetap keras dengan apa yang diucapkan tak mungkin akan berubah. Itu pasti.
“kenapa?” tanya Datuk Hashim lagi. Dia sudah duduk di sofa tak sanggup nak mengikut rentak isterinya itu. Yang nampak masih muda walaupun hakikatnya sudah membilang usia. Walaupun uban di rambut ditutup dengan warna perang tak sedikitpun menutup umur sebenar isterinya itu. Dia menyimpan senyum.
“sebab dia tak setaraf dengan kita, asal-usul entah dari mana” sekali lagi mulut isterinya dilihat tak segan silu menghina orang.
“dimana taraf kita cuba awak bagi tahu saya?.. awak tu sebenarnya kena tahu setakat mana taraf kita sekarang, jangan pandang taraf orang lain kalau kita tak tahu taraf kita sendiri”
“masalahnya awak tak tahu macamana perangai perempuan tu, semua jantan dia nak kepit kalau boleh. Bukan saya tak tahu jenis perempuan macam tu, dia Cuma tengok duit kita abang tahu tak?”
“awak cakap macam tu sebab awak tak kenal dia lagi, saya dah tengok gambar budak tu, elok je tak ada cacat celapun saya tengok dah sejuk mata memandang. Cuba awak kenal dulu hati budi dia”
Datin Maznah berdengus geram. Dalam hatinya sudah merencanakan sesuatu. Sesuatu yang mungkin akan menyelamatkan anaknya. Tak mungkin dia akan membiarkan anaknya jatuh ke tangan perempuan tak tahu malu tu.
“dahlah suka hati abanglah nak buat apa. Tapi apa yang saya tahu jangan bagi saya tengok perempuan tu”
Datuk Hashim tersenyum. Itulah perangai Datin Maznah. Kalau ada yang tak puas hati mesti dia akan tinggalkan separuh jalan macam ni. Akhirnya dia akan melarikan diri tak pernah nak selesaikan sebaik mungkin. Haiii maznah.. maznah... kenapalah kau berubah sampai macam ni. Keluh hati kecil Datuk Hashim.