
Assalamualaikum semua
Kabare ?
Alhamdullilah, moga sihat sihat sentiasa dan berada dibawah lindunganNya
Dewasa ini, cewah perkataan takleh blah
Sedia kita maklum kan, sekarang ni dunia tanpa sempadan
Internet 24/7
Kedai online timbul macam cendawan
Income sampingan senang nak cari, tapi nak stay tu yang payah sikit. Tapi kene berusaha. Usaha tangga kejayaan kan :)
SO HOW TO MAKE YOUR OWN BRAND VIBRANT ?
Mestilah kene ada nice packaging
Nice printing for your pricetag
Nak senang cerita, try refer IG ni
Instagram : designbysalam
 |
haaa. ni la page depa |
Mostly printing based
- Label baju atau shawl
- Kotak kosmetik
- Paperbag
- Ribbon printed
- Wrapping shawl
- Hangtag or pricetag
- Business CArd
- String garment
- Design servis
- etc
Jemput la usha. Diorang based di Taman Cheras Jaya Balakong Selangor :)
Masalah !!!
24 Dec 2013 3:17 PM (11 years ago)
Assalamualaikum :)
Masalah ? Semua orang ada masalah nya yang tersendiri. Tapi satu tu yang sama. Jangan lari dari masalah, tapi selesaikan permasalahan itu. Bagaimana cara nya ? Itu kita kena fikir dengan baik baik , dalam dalam dan yang paling penting. Jangan lupa berdoa pada Allah. Kadang kadang bila banyak masalah, kita pening fikirkan macam macam. Sampai lupa akan pertolongan Allah yang satu. Padahal Dia lah yang maha Mendengar dan memahami setiap apa yang berlaku. Memang Allah nak menguji ummat nya, dan dia tahu kita boleh menggalasnya. Fikir kan lah begitu walaupun berat untuk kita pikul kan. Kehidupan ini warna warni. Ada suka dan duka, hadapi dengan baik walau sesukar mana pun. Jangan tertekan. Jangan stress. Kenapa ?

Sebab apabila seseorang stress, ini akan memberi kesan pada sistem pertahanan tubuh atau dalam bahasa omputih immune system kita akan jadi lemah. Apabila lemah, macam mana sistem tu nak fight from benda benda jahat kan ? Jadi badan kita senang kena penyakit. Senag sangat. Dalam pengalaman saya yang lepas, my period jadi panjang dan apabila pegi jumpa doktor, doktor duk membebel bebel. Cakap please NO STRESS !
Cara yang mudah adalah, just THINK POSITIVE. Fikir yang baik baik aja sebab setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Biar lah perkara buat mana pun, kita cuba hikmah di sebaliknya. Sebagai contoh, kita jumpa dengan orang yang suka mencuri (kita tahu dari rekod lama dia), just fikir " Allah bagi kita jumpa dengan dia sebab nak tunjuknya dunia ini ada orang yang macamni" "Or mungkin kita dan lama tak bersedekah" "Or mungkin Allah nak tarik nikmat kita sikit, ada lah tu yang besar nikmatnya akan datang". Something like that. Aku tahu bukan senang, after fikir macam tu, datang pulak yang negative nya. Tapi just keep thinking and talking about positive one okayy :)
Jadi pada musim musim peperiksaan ni, aku taknak stress. Just fokus on. XOXO
Salam :) TERIMA KASIH
p/s : Ada jubah yangggggggg cantik di sini. Just RM70 tau. Sms/whatapps 0148224685 if berminat.
Long Time
12 Nov 2013 7:07 PM (11 years ago)
Assalamualaikum :)
Dah lame rupenye i tak update my lovelyy blog ni. Erm. Memang tak ade masa la sangat kan (bajet busy la sangat) tapi tu la hakikat sebenarnye. Banyak sangat fikir. Tapi kan bila dah fikir, kita kena ada action.
NO ACTION NO RESULT. SLOW ACTION SLOW RESULT. FAST ACTION FAST RESULT!!!!!!
Sebab tu orang yang berjaya, dia mane ade mase sangat nak buat hal yang laro ni #yeke? HIHI. Ade la kan mase untuk beristerirehat :)
Okay la. Nak pegi kelas :)
XOXO
Assalamualaikum :)
Mohon sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah sahabatku. Moga berada dalam kalangan orang beriman. Amin.
Lama tidak menaip. Duh duh. First and for most, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN ya. Kadang-kadang penulisanku membuat korang touching or pada yang kenal aku, maaf ya. Setiap manusia ade kesilapan masing2 kan.
 |
dari rumah nenek |
Okay, sebenarnya akak nak cerita pasal universiti yang akak tahu je lah. Akak ? (yela, mesti adik adik je yang baca kan, yang dah keje, pegi main jauh jauh) HIHI. Kalau takde orang bace pun, biarlah aku merapu sengsorang di sini. Time akak belajar dulu dulu, takde pendedahan pun pasal universiti ni. Lagi touching dengan cikgu sekolah, tak bagi tips langsung. Maklumla, sekolah kampung. Nak cakap akak tak rapat dengan cikgu, akak memang rapat. Sampai sekarang pegi melawat cikgu tu. So, dengan rendah diri, akak nak story story sikit pasal universiti yang akak tahu (based on cerita kawan2 akak).
Okay, after SPM. Apa yang korang nak buat ? Mesti pening kan.
1. Korang apply je segala borang yang ada
2. If dapat or tak dapat, tu belakang cerita
ASASI/MATRIK punye cerita (1-2tahun)
- If korang dapat matrik under Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Pergilah adik-adik. Belajar elok-elok kat sana. Cari kawan-kawan yang positif, jangan cari yang negatif. Pasang niat leklok :) Pointer mesti gempak, untuk dapat kos yang gempak. Make sure 3.0 and above la kan. baru senang nak duduk.
- If korang dapat asasi under universiti. Like Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Uni ni ada asasi diorang tersendiri, after masuk asasi UIAM, direct sambung study degree dekat UIAM tu. Tak kesah la pointer korang berapa. Tapi..... (akan dibincangkan dalam next entry)
- Tapi berbeza dengan Asasi under Universiti Malaya (UM), korang memang asasi under UM, tapi nak masuk degree, korang mesti pointer tinggi. Korang kena apply UPU balik untuk degree. If pointer rendah, masuk Uni lainlah jawabnya :)
Itu je lah pasal matrik aka asasi yang akak tahu. USIM pun ada asasi diorang. UiTM pun ada. Tu je asasi under Uni yang akak tahu. The most that i prefer is Matriculation under KPM. Senang nak dapat JPA. Tapi if SPM korang dah memang gempak, korang just apply biasiswa terus la. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama. Dia diambil orang :)
Tu je lah setakat ni kan. Ampun maaf ku pinta. Salam
Assalamualaikum :)
Ini cerita lama tapi aku nak cerita jugak. HAHA. Sebab aku memanggggggg la tersangat la jarang ke shah alam. Dalam 3 kali je kot aku jejak kaki ke sane. Time blajar hari tu, blajar kat Petaling Jaya kot. Area area University Malaya. Depan Jaya One. Aku pun tak tahu nama specific tempat tu apa. Tapi kalau nak bus rapid KL, kena bayar RM1 untuk ke Mid Valley or RM2 if dapat bus lain like metrobus. RM8 above if naik teksi. Sumpah rindu tempat aku belajar tu. CFS nama pendeknye. Ermm.
Okay, sebenarnya jalan jalan ke shah alam kali ini lain macam sikit sebab kawan kawan aku yang sekolah rendah and sekolah menengah pun join sekali. Macam reunion la kan. Sorang daripada USM Penang(jauh terbang oo), sorang daripada UPM Serdang, sorang lagi aku UIA, dan last dari UiTM Shah Alam(tempat beradu and act as tourist guide) HIHI. Syokk giler. Kitorang sewa kereta viva je sebab jimat minat and murah kot. Sewa untuk 2 hari RM180. Penginapan FREE sponser by mimi :)
Pagi pagi hari, aku dah gerak dari Kuantan ke KL. Dalam tengahari tu dah sampai KL. Lepak with mr-H jap. Then jumpe kawan UPM, gerak same-same ke shah alam naik tren. dalam 2jam baru sampai. Tertido tido dah aku ni. Sampai sampai je sane kitorang teros ke
1. I-CITY
Ini baru kali ke-2 aku pegi ke sane, sebelom ni dah 1 tahun lebih yang lepas kot. Lupa dah. Time tu aku masih blajar kat CFS. Just ada pokok pokok bernyala and binatang binatang bernyala je time tu. Merak memang ada. Tu je yang aku ingat. HOHO.
2. TRICK ART MUSEUM
Dekat i-city ada museum trick art kot kalau tak silap. Aku lupe dah. Hanya bayar RM5 per person, ko ambil la gambar puas-puas. Dalam museum ni ada lukisan 3D ; sangat superb sape nak lukis ni. Cantik and bravooo.
 |
Penat giler time ni. Tp best giler I-city Trick Art Museum |
Keesokkan hari nye kitorang jalan jalan dekat kedai kedai femes online tu, kitorang pegi kedai physical diorang. Sangat best. 3. WINDOW SHOPPING je pun. HIHI
 |
Yang sempat bergambar lorr. Ashamin dress lab, OBB, pearl haya, cala qisya. |
Muka penat sebab tak cukup tido. Balik dari i-city lambat giler, then berborak. Maklumla dah lama tak jumpa, macam macam cite la keluar kan. Pagi pagi dah gerak. Then petang tu kitorang ke 4. BUKIT BROGA nun jauh disana (ceh HAHA). Awal awal kitorang plan nak naik train ke serdang then mr-H datang amik, tapi tukar plan, kitorang drive je. HAHA.
 |
Letih yang berbaloi :) |
Tu je kot yang aku larat nak berceloteh. Penat jugak edit gambar yang blur tu, gune handset kawan S3. Thanks and sorry. Salam. Xoxo
Assalamualaikum :)
Perkahwinan ? Macam macam presepsi pada sebuah perkahwinan. Ada yang langsung endah tak endah. Ada yang nak kahwin muda. Ada yang nak kahwin after kewangan stabil. Apapun, ianya adalah tuntutan agama. Bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata.
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(Riwayat Al-Bukhari)
Jadi nya, doalah untuk jodoh kita kan. Lambat ke awal ke, itu sudah ditulis olehNya. Mulut manusia memang tak boleh nak tutup.
Kahwin awal, dikatanya gatal.
Kahwin lambat dikatanya tak laku.
Kahwin dengan duda dikatanya bla bla bla.
Kahwin janda dikatanya bla bla bla.
Tak bercakap lagi bab hantaran kenduri bagai tu. Nak yang grand grand je. Bila buat sederhana atau kecil kecilan dikatanya takde class. Class apa yang ko mahu ? Bagi aku tak perlu kot nak buat pinjaman just nak buat majlis kahwin tiptop. Buat keluar duit simpanan la. Macam macam. Nak cakap nye, perkahwinan aku adalah "Wedding of The Year" gitu. Nak suruh orang cakap "Wow, besar nye majlis dia, cantik nya majlis dia, grand nye masjlis dia".
Lain la dah memang kaya raya. Duit takkan habes. Boleh la buat besar-besar kan. Yang datang pun orang besar-besar. So, ikot korang la. Aku tak tergolong dalam group ni. Jadi aku malas cakap pape la :)
 |
If korang nak jelas, boleh download gambar ni, then zoooomm okay :) |
Kira-kira keluaran duit untuk SEBUAH perkahwinan
1. Rukun = RM430
2. Rukun + Sunnah = RM920
3. Semasa = RM5820
4. Adat = RM$$$$$$
Mana yang korang prefer ? Semasa okay bagi yang dah bekerja kot bagi aku la. Rukun untuk nikah gantung and rukun + sunnah untuk kahwin time blajar kot. Andaian aku la. HOHO. Bagi aku bagus kahwin awal if dah ada calon kan. Tapi tu la, mak bapak satu hal. Tak faham jiwa remaja. Lagi susah jika mak bapak yang tak de ilmu. Biasa la kan, nak nak kat kampong and yang malas nak mencari ilmu kenapa anak depa nak kahwin awal. Apa boleh buat, doa je lah. Ada jodoh ada lah kan. Doa adalah senjata orang mukmin :)
 |
Cinta sampai syurga :) |
Kenapa Baginda sangat menggalakkan golongan remaja yang mampu supaya berkahwin ?
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkhawinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi aku tak salah mak bapak nak support sikit anak depa, if anak depa tak cukup duit nak khawin. Bukan nya habes pun duit tu, tak masuk kubur pun duit tu. Tuntutan agama lagitu. Halal kan hubungan mereka, daripada gangguan syaitan tu. "Alah, jangan la jumpe, jangan la contact" Setakat mana nye dapat bertahan?
Grhhhh, banyak pulak aku merapu, ni gara-gara sepupu aku nak kahwin. Tempias sikit kat aku #Eh, tetiba :)
Amfun maaf jika ada terkasar. Salam and terima kasih. XOXO
Assalamualaikum :)
Okay now i just finished my second last paper that is medical microbiology. Nothing to say lah, just tawakal to Allah. I just do my best :) Cewah. Gitu.
Okay, setiap kali musim study week, this question is always berlegar-legar in my mind actually. So, this is the time. Time untuk aku luahkan la kot. Hoho. Before this, not in my mood (ko bayang tak brape banyak dah study week yang aku tempoh, sekarang baru nak taip)
Okay, study week? Means ? Time tu kelas dah takdak dah kan, all student focus nak study apa yang depa dah blaja kan. BUTTTTTTTT. Some people ask me or whoever these question.
- Eh, study ? Rajin nye
- Relax la, lambat lagi kot
- Pegi library, rajin giler
- Eh, lame tak jumpe ko? Mesti study je ni (padahal sebelum ni tak jumpe sangat pun)
- Buat ape tu ? Study sokmo mg
Okay, itu antara soalan yang biasa di tanya la. Tu yang aku ingat la.
Okay, meh aku nak habak mai. Kita berbalik balik pada maksud study week itu sendiri. Masa belajar. SOOOOO, salah ke aku study time study week ? What do you want me to do actually ? Aku study time study week je pun. Is that the problem ?
Is it wrong if i want to study during my study week ?
Okay, another point is IT IS ABOUT WHAT DO YOU WANT???
All right, what is your target. What grade do you want for medical microbe subject, for example in my case la.
Okay, if i want A+++ or A++ or A+ or A or A- or B or B+ or B- or
JUST PASS SUDAH LA
What is your choice ?
If you just want pass on that subject, you just act or you just study cikai-cikai just untuk lulus je kan. Bace sekali, hafal, then sudah. Eh, tak faham la ? Tak pela tak masuk kot (like me)
kuikui
BUTT it is different to the people who has highest target. She want A++++ for example. THEREFORE, she must act, she must study setinggi-tinggi darjat study dengan cita-cita dia yang tinggi itu. Ada faham dak ?
KONKLUSI nye, jangan la awak-awak merendahkan semangat orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi ini. If awak just nak just lulus, or B+ pun dah okay, tu lu punye pasal la. Yang awak-awak nak susah tengok depa study kenape? Bagi semangat kat depa kan lagi bagus.
Okay, jum rehat sebentar bersama kitket. EH. Hihi
Okay, next. Mak bapak punye pasal pulok. For example, there is certain parents who want their daughter to get this and that. If your mom doesn't care about your achievement, it is okay to lazy lazy in studying. Just think other people, yang mak bapak dia just ask about their achievement, mesti depa sedih ada kawan yang NEGATIVE.
Selain itu, maybe depa-depa ini pernah gagal sebelum ni. Yela, macam aku, sekolah menengah kat sekolah biasa-biasa je. Bukan nye MRSM bukan nye sekolah sains, bukannye sekolah who so ever tu. Dah la tak pernah duduk kelas nombor satu, so depa-depa ni also have desire to show to their parents, yang depa ni can success. Gitu. So, orang-orang macam depa ni, ingin jugak berjaya satu hari nanti. AMIN. IN SHAA ALLAH
Okay, lagi satu ni. MAYBE MAK BAPAK NENEK MOYANG ko memang dah kaya. Kerja awak kat uni ni, just untuk dapatkan degree. Lepas degree, memang ko akan jadi PENGURUS SYARIKAT teros. Your family, keluarga kaya-raya. Untong la awak. Saya ni ? Mak bapak kerje dengan kerajaan, so saya ni nanti kene cari kerje sendiri. Entah ada yang nak or tak. Tapi tu semua rezeki dari ALLAH. So, kita kene berusaha la. Macam mane nak berusaha? Study la dengan bersungguh-sungguh. Bukan main2. At least, ada usaha.

Thats all kot. Aku pun tak tahu dah nak tulis ape. Okay, ada lagi satu. If you want something, jangan tunggu something tu datang pada you all. You must find it. For examples, oh! Aku tak faham la soalan ni. Then you text at your friend, eh nanti ajar aku ye. Your friend reply : Okay. BUT you must go at your friend first, bukannye tunggu kawan awak datang, meh saya nak ajar. Awak tak faham yang ni kan (Kalau ada kawan macam ni, untongla~~~) Tapi tak mustahil wujudnye kawan macam ni. Dia pun dapat tambah and kuatkan ilmu yang dia ada :)
Okay, ada satu lagi. Memang sifat semulajadi dia suka membaca, nak buat macam mana. Maybe mak bapak dia dah ajar dari sejak azali lagi. Bak kata pepatah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya (Cara aku nak ajar anak aku nanti) HAHA in shaa Allah.
Okay. Cool. Saya ada 1 more paper. LAST PAPER wohooo. Okay tak excited pun sebab banyak tahun lagi aku nak abeskan degree aku ni, sedangkan kawan aku dah last semester dah. UIA punye pasal. Goodluck babeh.
AKhir kata, jadilah seorang kawan yang positive untuk kawan-kawan sekeliling anda. Memang la. Ape la sangat dengan result degree kite ni, bukan confirm you can get job kan.
Ampun maaf ku pinta. Wasalam :)
asal la ko ni -_-
22 Oct 2012 11:45 PM (12 years ago)
Assalamualaikum wbt
Hari ini guwe nak bercakap tentang keharuman. Maksud guwe kewangian la kan.
Kite semua meesti suke bau bau yang wangi wangi kan. Ade ke suke bau busuk.
Tapi kadang kadang, bile kite duduk berdekatan antara satu sama lain,
timbullah bau yang kurang menyenangkan kan
Saya , eh guwe memang tak tenang kalau bau itu ya
Guwe akan tahan nafas seboleh boleh nya. Tapi apakan daya. Guwe tak mampu
So nasihat guwe pada yang berkenaan, harumkanlah diri anda.
Bukan nye guwe suruh lu orang pakai minyak wangi satu botol sehari.
Pakai deodorant pun jadi lah. Biar org sekeliling anda selesa dengan anda okay.
Bukan nye nak suruh bukan muhrim bau anda. Bukan Bukan ye kawan kawan.
Just supaya kawan kawan kite tak bau bus** badan kita itu
Cube tanya kawan kawan anda, "eh, busuk tak bau aku?" tak samlah kan.
Jangan la malu derrrrr. Lex r. Kalau lepas bersukan tu, aku eh guwe tak kesah sangat la.
Tapi kadang kadang, kalau kite pakai deadorant or perfumes still kurang bau busuk itu.
Jagalah sikit kan. Bukan nye susah sangat pun. Ke susah ?
or Tak de mase nak beli perfumes ? Haaa. xde mase ae. So, jum beli kat
online shopping je la kan. Sekarang FAMILIA SHOPS ade menjual perfumes
daripada original, reject original and sephora/AAA :)
harga yg murah ade yang mahal pun ade. meh guwe kasi tau average harga
original perfumes 2ml (VIAL) = RM10
Sephora/AAA = RM50
reject original = RM160 and above
original = Above from reject original la kan. hihihi
TAPI ORIGINAL kitorang tak semahal kat kedai, coz kitorang xde la sewe kedai yang
mahal2 kan. Kitorang beli direct from US. sebab tu murah :) wink wink.
Pape pm (private message) me k at http://www.facebook.com/messages/494379043909438 ♥ :)
regards ; familia shops
Assalamualaikum w.b.t. :)
Aku tak tahu nak story daripada mane ni. Banyak sangat yang nak dicerita nye. Haha. Oklah, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN ya :) Maaf sangat sangat kalau ade terasa hati dengan aku ke, ape ke.
Next story adalah, hari raye macam ni la baru semua kawan kawan yang belajar jauh jauh tu, pulang ke kampung halaman masing masing , same goes to my pakcik and makcik. Jadi nye, time ni la kitorang dapat berkumpul dan bermesra bersama sama. Lame tak jumpe, macam macam yang nak di bual kan. Miss that moment :) Gambar takde lagi, our photographer busy, tak sempat nak upload. Hihi. Kidding. Ade masalah teknikal je.
Then, biasalah kan, raye raye macam gini, ramai la yang kawen nye. So one of my friend, skolah menengah together gather, juge melangsungkan perkhawinan dye bersama insan tercinta. Di sini ade beberape keping gambar yang sempat kami captured :)
 |
pengantin takde. Haha |
Apabila pengantin menghilang, kami buat pelamin itu kami yang punye. Hihi. Eh, satu je la gambar, malas pulak nak upload banyak :)
ps : bile la nak merasa naik pelamin sendiri punye.
ps : sem baru dah nak start. prepare
ps : jangan lupe ke FAMILIA SHOP :)
K, bye. Assalamualaikum :)
holiday yeah ~ !
19 Dec 2011 7:26 PM (13 years ago)
Assalamualaikum :)
OK, straight to the point. Tanpa diduga tanpa dirancang, aku pegi holiday dalam masa kawan kawanku tengah bertungkus lumus study untuk FINAL exam. FINAL k. Bukan calang calang exam, exam yang menentukan hidop mati tu. Hahaha. Tanpa aku fikir panjang aku bertolak ke sane demi untuk meng "enjoy" kan diri aku. Arghhh. I really need it. HOLIDAY. Puas hati aku dapat ke sane walaupun mostly dah ramai yang dapat ke sane. Take a look this picture :D
Memang dah lame aku nak pegi sini. Dulu dulu aku penah main kat cosmo world, berjaya times square konon konon tu lah genting kan. Haha. CERITA DULU di sini. Time aku main main kat cosmo world memang mabuk la and memang aku pikir memang tak dapat la nak naik genting. Damn. Tapi aku nak pegi jugak genting. Haha. Dapat jalan jalan sane pun, jadi la kan. Bukan nak main sangat pun mende alah tu. Huhu.
Walaupun genting hujan time aku pegi tu, itu tidak menghalang aku. Banyak persediaan yang aku buat sempena musim hujan ni. Memang ramai gilerrrrrr manusia / pelancong kat sane weh. Maklumlah cuti sekolah ditambahkan lagi dengan chrismas yang hampir nih. Tak boleh nak gambarkan betape ramainye. Arghhh.
 |
Cerismes :D |
Actually best jugak riplay's belive it or not ni. Tapi tu lah, aku malas nak bace keterangan keterangan yang disediakan tu. Jadi bosan la.
Setakat ni saje la kowt. Banyak jugak gambar yang aku ade ni, takkan la nak masukkan semua kan. Oh ade satu gambar lagi yang aku nak letak. :)
Arghhh cam tak nampak je...... Tapi tak pe lah.... Wap kuar dari mulut tu, membuatkan aku rase like i am at Korea right now. Hahaha. Teringin nak pegi koreaaaa. OK. see you.
TQ 4 ur reading :) GOODLUCK for FINAL exam. most thankful to Mr-H. :D
Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. :D
Dah lame aku tak menaip dan sememang aku dah tak de semangat nak menaip meraban macam dulu dulu kala. Aku ingat lagi, first first aku start berblog and time tu, blog memang best giler arhh bagi aku. Blogger blogger yang hebat sekarang, memang tengah naik time tu, memang seronok sangat. Tapi sekarang...... Aku rase sunyi je, dah tak semeriah dulu. Maybe perasaan aku je kowt, padahal orang lain tengah kencang blogging sekarang kan. Teruskan :D
Tu baru chapter satu. Haha. Jum ke chapter dua iaitu rindu. Tak salah kan beb aku nak rindu rindu ni. Yang jauh jauh, memang dirindui. Yang dekat dekat, memang disayangi. Fren 4eva. Mr-H lame tak jumpe. Haha. See you ya :P Last but not least, Senyum tak perlu kata apa apa. GoodLuck olzz. Aku sediakan gambar sebagai penutup bicara. Salam. :D
 |
my cikgu :( |
Assalamualaikum :D
A big thankful to Allah kerana masih panjangkan umur aku dan tak lupe juge buat parents ku terutamanye ibuku yang melahirkan aku ke dunia ini. :D
~HAPPY BIRTHDAY TO ME~
p/s : Moga hari hari yang mendatang lebih baik dari hari sebelum nye :D
bye2. salam