Kuat Merayau View RSS

Bila Merayau Itu Hobi...
Hide details



Motivasi #TownEscape 29 Sep 2013 3:55 AM (11 years ago)

Alhamdulillah dah selamat tiba di Shah Alam jam 6.30 petang tadi. Masih tergambar keseronokan dan keindahan Pulau Pangkor. Indahnya dunia. Hidup mesti diteruskan. Kuliah mesti dihabiskan. Graduasi perlu dicemerlangkan.

Esok akan ke kelas. Dengan penuh keceriaan. Dengan penuh kepuasaan. Dengan penuh motivasi utk lakukan yang terbaik dalam hidup supaya boleh selalu pergi bercuti.

Cuma muka dah gelap. Hurm. Acano?

Nota: Mungkinkah pensyarah akan anggap bertambah seorang lagi foreigner dalam kelas? Haha

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

#TownEscape @ Pulau Pangkor 28 Sep 2013 7:38 AM (11 years ago)

Esok dah hari Ahad. Akan kembali ke kampus masing-masing dan kembali ke kelas Isnin nanti. Seronok berada kat sini. Lepak, relax dan enjoy. Insha Allah,  tahun depan akan terus ada program #TownEscape lagi.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Perkongsian Hobi Untuk Motivasi & Momentum 25 Sep 2013 12:48 PM (11 years ago)

Berkongsi atau dalam bahasa Inggerisnya, 'Sharing' merupakan salah satu cara yang difikirkan sangat berkesan untuk meningkatkan motivasi diri kita untuk bergerak lebih pantas ke hadapan. Bukan mudah untuk kita bersama-sama berkongsi aspirasi di samping menginspirasikan orang untuk terus sama maju ke hadapan.

Boleh dikatakan hampir setiap hari sesi perkongsian sama ada secara langsung ataupun tidak langsung diadakan. Baru-baru ini, dengan sepupu-sepupu, kawan serumah, kawan sekelas, kawan sekerja, kawan baru dan sebagainya. Kita boleh berkongsi dengan sesiapa sahaja.

Berkongsi tentang pengalaman, tips, ilmu dan pelbagai perkara. Sekiranya ianya perkara yang baru maka kita boleh mempelajarinya. Sekiranya ianya perkara yang kita ketahui, ianya adalah proses pengukuhan. Sekiranya ianya perkara yang telah kita ketahui dan ianya lebih mendalam, ianya adalah proses pengkayaan.

Hidup ini indah. Mula berkongsi. Ceritakan. Belajar sesuatu daripada orang lain dan kongsikan sesuatu dengan orang lain juga. Insha Allah, kita akan dapat rasai perbezaannya. Jadi positif selalu, okay? Boleh?

Nota: Setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat yang selalu superduper-sibuk tapi tetap selalu ajak adakan sesi perkongsian walaupun berjam-jam lamanya. Indahnya bersahabat. Terima kasih banyak-banyak.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Mencuba Blogging Menggunakan Telefon Pintar 22 Sep 2013 8:09 AM (11 years ago)

Alhamdulillah, selesai install aplikasi blogger di telefon pintar macam tuan dia ni. Ini adalah post percubaan, tiba-tiba terasa nak blogging secara aktif kembali. Jadi kenalah fikirkan teknik terbaru yang memudahkan.

Selain aplikasi utk blogging, HY juga guna aplikasi utk Facebook Page supaya mudah utk mengemaskini maklumat di facebook page konsultan yang HY berkhidmat.

Mudahnya dgn teknologi. Jangan disalahguna sudah.

Ada apa-apa cadangan yang bagus utk pengguna telefon pintar memanfaatkan sepenuhnya kepintaran telefon tersebut?

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Melangkah ke Hadapan dalam Keadaan Samar 20 Aug 2013 1:59 AM (11 years ago)

Hujung minggu lepas sempat sertai satu kursus anjuran universiti. Mula-mula niat di hati memang nak ponteng sebab Mama ajak balik kampung Melaka ada urusan keluarga. Tapi tiba-tiba ditukarkan ke minggu ni, jadi daripada takde buat apa baiklah pergi kursus percuma menimba ilmu dan pengalaman.

Kursus kali ni buat di Dungun. Jauh woi kat Terengganu. Lebam punggung duduk dalam bas. Banyak sangat berhenti dalam perjalanan pergi. Balik sekejap je. Ke perasaan je tu? Hahaha

Alhamdulillah, lot of fun and I really enjoyed the environment. Untuk kursus kali ni, yang mana yang dah pernah kenal tu makin rapat dan mana yang belum pernah dikenali mula ditambah dalam senarai kenalan.

Aktiviti yang paling banyak bawa pembelajaran rasanya "Berjalan Malam Menuju ke Teluk Mayat". Sebabnya, tak dapat informasi sebelum kursus untuk bawa lampu suluh. Alih-alih kena masuk hutan turun naik empat bukit tengah malam menghala ke Teluk Mayat. Boleh bayangkan?

Dalam perjalanan kita menuju ke hadapan, adakalanya tak secerah yang kita sangka. Kalau nasib baik adalah cahaya rembulan yang menerangi jalan, kalau takde mungkin kita boleh tumpang cahaya daripada lampu suluh orang lain. Apa guna hidup bermasyarakat kalau tak saling membantu antara satu sama lain, bukan? Cuba kaitkan dengan kehidupan kita.

Kalau perjalanan kita menuju ke hadapan itu gelap, memang kita akan bergerak sangat perlahan dan berisiko tinggi. Untuk atasi, kita perlukan pencerahan supaya langkah yang diatur lebih tepat dan teratur. Tidaklah kita mudah terjatuh kerana tersilap langkah.

Tetapi, terpaksa berjalan dalam kegelapan juga membantu kita memahirkan diri. Kita jadi lebih istimewa. Mula-mula memang kita bergerak perlahan, tapi lama-lama kita akan biasa dan bergerak semakin laju. Kalau kita dah biasa dalam keadaan cerah tiba-tiba kita hilang cahaya, kita mungkin akan tersungkur dek kerana tak biasa melangkah ke hadapan tanpa cahaya.

Setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Terpulang kepada kita bagaimana kita membuat keputusan dan pilihan yang terbaik untuk kita.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Puasa Kali Pertama di Padang Jawa 17 Jul 2013 3:06 PM (11 years ago)

Hai! Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama berpuasa di Padang Jawa. Yup! Rumah sewa kat Padang Jawa, Selangor. Meriah sungguh kat sini. Lalu dekat jalan utamanya (jalan mati) meriah macam masuk bazar naik kenderaan sendiri. Boleh beli ala drive thru tau. Haha. Seronok!

Apa-apapun, setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan serumah yang sungguh rajin masak sahur. Kadang-kadang je beli. Ikhlas daripada HY yang tak reti masak. Apa yang boleh bantu, tolong bawak 'rice cooker' jela dari rumah. Pinjam dengan mama. Macam-macam menu yang dimasak tau. Antaranya tomyam, telur sambal, telur goreng, sardin, spagheti dan lain-lain. Masakan mudah? Lelaki bujang kalau nak bangun sahur pun kira eksklusif ya. Haha. Thank you, guys!

Semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tukar Tayar Kereta 1 Jul 2013 3:00 AM (11 years ago)

Tadi tukar tayar kereta. Guna duit sendiri. Perasaannya adalah seperti mahu simpan kereta diam-diam supaya tayar tak botak. Hidup dah terbiasa disubsidi. Kena keluar duit sendiri pun rasa berat. Padahal patut sudah rasa bersyukur tinggi melangit sebab diberi peluang guna kereta tu. Manusia, mana pernah rasa puas. Selagi boleh minta kita minta, selagi boleh rayu kita rayu. Dah tak boleh, baru kita paksa diri. Apa punya mentaliti ini. #MotivasiDiriSendiri

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Makanan Mempererat Hubungan 29 Jun 2013 7:31 AM (11 years ago)

Hai semua! Ini sepatutnya update yang sangat ringkas. Untuk meluahkan pendapat. Makanan sangat berupaya untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Setuju atau tak?

Petang tadi sempat sertai beberapa orang rakan Anak Ayam WAWI 2013 yang buat makan-makan di Tasik Seksyen 7, Shah Alam. Makan-makan ringkas je. Saja kumpul berborak di kala ada kesempatan. Kebetulan ada yang beli ikan patin dan masak kat rumah sewanya. Sebelah malam pula, rakan serumah belanja makan pizza. Dua pizza besar! Haha. Dia belanja sebab dapat gaji bulanan dia. 

Seronok dapat makan macam ni. Rasa mcm best! Jadi, tak rasa ke makanan, makan-makan dan makan bersama dapat merapatkan hubungan sesama manusia? Betul tak? Setuju tak?

Teringat kalau bulan puasa, berbuka puasa bersama keluarga. Kalau hari biasa, biasanya tak makan bersama. Sebab masing-masing punya masa makan sangat berbeza. Terutamanya diri sendiri. Haha. 

Tak sabar tunggu bulan puasa. Dah tak lama lagi. Oh ya, duduk Shah Alam ni memang menjadikan diri ini seorang insan yang sentiasa maju ke hadapan dalam pelbagai perspektif, termasuklah juga perut. Harap maklum.

Masihkan ada ruang untuk kembali tough kurus seperti dahulu? Berfikir...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Apa Apa saja & Ada Ada Saja 30 May 2013 8:35 AM (11 years ago)

Baru-baru ni alhamdulillah, banyak program dan banyak aktiviti yang ada. Almaklumlah, pilihanraya dah pun berlalu jadi banyaklah program yang tergendala dijadualkan semula dan dilaksanakan. Antara program yang ada ialah Kursus Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi (WAWI 2013), Lawatan Akademik ke Cameron Highlands, Lawatan Akademik ke MASkargo, IP Summer Camp, Festival Belia Putrajaya 2013 dan banyak lagi.

Bila banyak program mulalah terasa masa itu sangat berharga. Jadi, barulah seronok nak susun jadual harian. Takdelah jadual harian sama je.

Langit tak selalunya indah. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sang Wira kesayangan ada kesukaran untuk dihidupkan dan agak tersengguk-sengguk. Kadangkala terbersin lalu tertidur. Tapi bersyukur juga kerana masih boleh dipandu hingga ke bengkel Sucimuci Motorsport di Sentul walaupun dalam sedikit kesukaran.

Hampir selesai. Tapi belum sepenuhnya. Modal tiada. Penaja pun mohon tangguh dulu. Jadi apakan daya. Hanya sekadar mampu menurut kata. Tapi masih bersyukur, tiada apa-apa perkara yang tak diingini terjadi.

Insha Allah, pasti akan ada pelangi.

"Langit tak selalunya indah. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Jangan risau, pelangi akan muncul selepas hujan itu".

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jelajah Marketing Research 651.6km 26 Apr 2013 12:34 AM (11 years ago)

Baru je tiba di rumah sewa di Padang Jawa. Dari Ipoh, Perak. Buat assignment untuk subjek Marketing Research bersama-sama dengan ahli kumpulan yang berwibawa dan terbaik!

Kerana Marketing Research, sang wira beroda empat di'cermin-gelap'kan;
Kerana Marketing Research, sang wira menjejakkan rodanya di Perak;
Kerana Marketing Research, mesin pencetak diletakkan tabung dakwat di luar;
Kerana Marketing Research, kami ber'homestay' di Sungai Siput tajaan Opah Haziq Hamid;
Kerana Marketing Research, kami makan roti berhari-hari tanpa jemu;
Kerana Marketing Research, kami bersungguh-sungguh menegur orang;
Kerana Marketing Research, kami kenal ramai orang;
Kerana Marketing Research, kami adalah team yang best!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Perkongsian Perjalanan Hidup 20 Apr 2013 5:40 AM (12 years ago)

Semakin jauh perjalanan hidup yang kita lalui, semakin banyak perkara yang kita tempuhi. Perkara apa? Sahabat, kenalan, cabaran, peluang, keistimewaan, kekurangan dan pelbagai lagi.

Dalam roda hidup yang terus berputar ini jugalah, semakin banyak kenangan yang tersimpan dalam memori kita. Ada yang sangat kuat sehingga boleh kita ingati setiap perinciannya. Ada juga yang sekadar kita ingati secara kasar. Tapi semuanya terlalu berharga. Masa tidak boleh diputar kembali.

Sejarah hidup kita sama penting dengan masa depan kita. Merancang masa depan kita adalah bermaksud kita sedang bercadang untuk mencipta sejarah terbaik untuk diri kita. Sebagai contohnya, adakah para pejuang kemerdekaan kita tidak pernah merancang untuk mendapatkan kemerdekaan, alih-alih dapat percuma?

Setiap cita-cita perlu disertai dengan usaha. Cita-cita tanpa usaha kita panggil angan-angan. Cita-cita adalah persoalan yang sering ditanya sedari kita berusia 6 dan 7 tahun. Selalu berubah-ubah. Tidak spesifik. Adakah sejarah hidup kita hanya akan jadi sejarah picisan? Atau kita mahu sejarah hidup kita merupakan sejarah hidup orang lain juga?

Apa maksudnya? Contoh sejarah kita yang melibatkan sejarah orang lain, Tan Sri A telah membuka sebuah syarikat besar, Syarikat ABC dan memberi banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Jadi, sejarah hidup masyarakat setempat ialah membina kerjaya di Syarikat ABC yang dimiliki oleh Tan Sri A.

Boleh juga sejarah kita melibatkan sejarah orang lain tapi dalam bentuk negatif. Boleh fikirkan contohnya? Tak perlu diulas. Kerana blog ini hanya untuk yang positif!

Nota: Setinggi-tinggi penghargaan buat semua insan dan individu yang telah terlibat dalam sejarah hidup ini. Anda semua sangat berharga. Terima kasih!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kepercayaan 28 Feb 2013 5:04 AM (12 years ago)

Hari ini hari yang penuh dengan kepercayaan. Keluar dari rumah seawal jam 9 pagi untuk tiba di Plaza Low Yat pada jam 10 pagi. Yup, pusat barang-barang teknologi berkumpul dan mempromosikan diri. Ayah bagi duit untuk belikan dia laptop dan printer. Dia baru bagitau malam tadi. Haha. Serah bulat-bulat macam tu je. Percaya habis kan? Dengan bagi kad ATM nya suruh pergi keluarkan duit dia sendiri untuk beli laptop dan printer tu.

Tengahari menjelma. Aku menghadiri mesyuarat dengan konsultan-konsultan yang aku attach selalu sebagai fasilitator. Aku hadir sebagai siapa? Sebagai pembantu? Sebagai pemberi idea? Siapa aku? Haha. Aku bukan siapa-siapa. Tetapi hari ni mereka memberikan kepercayaan kepada aku. Asalnya memang niat di hati nak menolak tapi bila aku fikirkan semula, lebih banyak baiknya. Dan ianya juga sebagai sesuatu pembelajaran yang baru untuk aku. Peluang yang tidak semua orang dapat. Cabaran untuk diri sendiri. Semoga aku dibantu untuk membantu mereka.

Balik je rumah, macam biasa kerja aku. Online lah. Apalagi kan? Tiba-tiba nampak kawan aku 'share' status yang aku tulis sebelum tu. Dan dia kata...

"Bila tgn dia berbicara,aku kagum.. Huhu..proud he's one of my close friends.."

Besarnya kepercayaan orang di sekeliling aku terhadap aku. Semoga tidak akan aku persiakan. In Shaa Allah.

Nota: Nak tau apa status yang aku tulis?

"Kepercayaan yang diberikan adalah satu penghargaan. Namun, jangan leka dan mudah terbuai dek indahnya penghargaan. Kepercayaan harus dijaga. Mudah-mudahan dipermudahkan, amin.."

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

"Biarlah hari ini kita menunduk seinci tetapi esok kita meninggi sekaki;
Jangan hari ini kita meninggi sekaki tetapi esok kita rebah menyembah bumi."

Ini adalah antara kata-kata yang sering aku sematkan dalam hati sejak zaman sekolah menengah.
Faham apa makna ayat ni?

Membina Jaringan 25 Feb 2013 5:58 PM (12 years ago)

Dah pukul 5 pagi. Mata aku masih bulat-sebulat-bulatnya. Haha. Ni mesti sebab aku minum white coffee tadi masa lepak kat Old Town. Memandangkan aku tak boleh tidur, jadi aku pilih untuk berkongsi sesuatu di sini.

Tadi di Old Town, Kak Zue datang jumpa aku untuk bagi gambar-gambar dia buat sesi kecantikan untuk klien dia. (Kak Zue merupakan seorang wanita yang bekerja keras untuk menjayakan idea-ideanya best gila dan gila-segila-gilanya. Dia merupakan penceramah untuk kecantikan dan juga penganjur untuk sukan 'rugby touch'.)

Banyak perkara yang Kak Zue kongsikan dengan aku pasal dunia perniagaan atau lebih spesifik lagi dunia pemasaran. Untuk kali ini mungkin aku hanya akan sentuh sikit sahaja.

Pemasaran sungguh berkaitrapat dengan membina jaringan (building networking) dan membina hubungan (building relationship) di kalangan setiap orang yang kita jumpa. Kebanyakan tips-tips yang Kak Zue kongsikan aku tak pernah tau. Kemungkinannya hanya ada dua - pertama, aku tak fokus dalam kelas sampaikan aku tak perasan rupanya lecturer ada ajar dalam kelas atau, yang kedua, perkara-perkara yang Kak Zue kongsikan tu memang tak pernah wujud dalam buku teks yang selalu aku buat alas tetikus aku.

Kak Zue ada bagi tips untuk kita berkenalan dan berbual dengan lebih lanjut dengan seseorang yang baru kita kenali. Kita boleh masuk macam-macam topik tetapi jangan sesekali sentuh topik yang berkaitan dengan bangsa, agama dan politik.

Kak Zue juga ada sharing, dia kata kalau kita dah jumpa seseorang tu. Jangan lupa untuk hubungi atas sms orang yang kita jumpa tu. Dan semestinya dalam masa tiga hari..

Kalau lebih dari tiga hari kalau kita tak contact, akan berkemungkinan besar kita akan dilupakan terus.

Unik kan? Jom try amalkan.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jejak Melaka 24 Feb 2013 1:37 AM (12 years ago)

Semalam tengahari aku bergerak ke Melaka. Objektif utama hantar mama nak tempah jubah dekat makcik aku punya kawan. Alasan baik punya. Haha. Sampai je Melaka pukul 2 petang, turunkan mama kat rumah makcik aku. Aku salam-salam minum air lepas tu terus chow. Haha.

Masing-masing buat spekulasi masing-masing aku keluar dengan siapa. Tapi aku memang dah cakap dengan mama nak keluar dengan kawan.

Mama pesan, kalau boleh balik malam tu lepas isya', balik malam tu jugak. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Aku sampai rumah makcik aku balik pun pukul 2 pagi.

Dah nak balik, dah nak balik, sambung borak lagi. Borak meleret. Haha. Ayoyo. Apa sudah jadi. Nasib baik makcik aku sporting. Hehe.

Melaka adalah satu tempat yang sangat seronok dan banyak kenangan bagi aku. Kalau di sekolah menengah aku "dimatangkan" tetapi di Melaka, aku "mematangkan" diri aku sendiri. Aku belajar banyak perkara.

In shaa Allah, minggu akan ke Melaka lagi. Untuk majlis walimatul urus kawan sekelas aku masa diploma. Dah nak kahwin dah budak ni. Haha. Aku bila?

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Nervous Dengan Kerja Sendiri 19 Feb 2013 4:03 AM (12 years ago)

Minggu ini, aku bertungkus-lumus memerah otak untuk mengeluarkan idea untuk update blog rasmi sebuah syarikat yang aku buat part-time ni. Dan akhirnya aku pilih jalan selamat supaya blog tu tak nampak x update sangat sekiranya aku terlalu busy dengan kuliah.


Yup, kuliah dah nak bermula lagi seminggu lebih. Jadi, aku pertimbangkan pelbagai jalan dan akhirnya aku buat keputusan sendiri. Bukan apa, sebab bagi aku benda tu nak kena tunjuk baru nampak. Haha.

Jadi dua hari aku siapkan idea aku tu. Dan update. Lepas aku update bahagian tu, aku terus emel dan maklumkan pada akak tu. Dia tak balas apa lagi sebab dia ada meeting petang tu.

Malam tu lepas maghrib, dia balas emel tu, "Ada nak kena buat pembetulan pada blog". Instant messaging di facebook pun ada jgk akak tu tegur aku. Mungkin sebab akak tu ingat aku online, walhal cuma laptop je yang terbuka dalam bilik. Pada handphone pun ada miss call. 

Aku dah mula 'nervous'. "Habislah, akak tu tak suka apa yang aku update," fikir aku dalam hati. Dah bersedia dengan pen dan kertas aku call akak tu balik.

Rupa-rupanya akak tu suka sangat dengan apa yang aku update tu. Haha. Yang nak buat pembetulan tu bahagian-bahagian lain. Ceh! Buat aku 'nervous' je! 

Tetapi, alhamdulillah, akak tu suka. She was quite impressed with that update. Therefore, she suggested to update the other part according to the part that I update.

For those who are interested to see what I've did, come here and take a look at twinsresourcesmgt.blogspot.com

I am the admin of that blog. Care to share? Please do! Haha

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Terkesan Dek Bahang Pilihanraya 17 Feb 2013 4:34 AM (12 years ago)

Baru-baru ni aku beli Malaysian Business, saja mula nak membaca majalah yang 'businessman' selalu baca. Haha. Dan aku cabar diri aku untuk habiskan baca majalah tu sampai habis. Yup, aku habis baca. Antara yang disebut dalam tu adalah pasaran saham yang mulai dibayangi ketidaktentuan berikutan bahang pilihanraya yang kian terasa.

Seluruh cuti semester aku kali ini aku berkhidmat untuk konsultan-konsultan latihan. Sejak mesyuarat dari Januari lagi, aku dah dimaklumkan bahawa faktor pilihanraya telah mula diambil kira. Program yang dijangka pada tahun lalu untuk diadakan pada bulan Mac ditunda kepada bulan Mei. Jadual aku pada bulan Mac kosong.

Untuk bulan-bulan lain, perancangan untuk program adalah seperti biasa. Namun, petang tadi aku terima panggilan daripada konsultan. Beliau maklumkan ada program yang akan ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sedikit sebanyak faktornya adalah musim pilihanraya yang bakal menjelang. Aku boleh kesan nadanya sedikit kecewa. Iya, aku sedar, inilah asam garam dunia perniagaan.

Bulan Mac juga dijadualkan ada cuti sekolah. Kebiasaannya pasti akan ada program pengisian cuti para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan air terjun dan resort. Tetapi kali ini, bagi jadual aku tiada dan pasti syarikat penyedia kemudahan penginapan atau kem pasti juga terkesan sedikit sebanyak.

Orang ramai sudah mula fokus kepada pilihanraya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Semoga segalanya akan bertambah baik pada masa hadapan.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

14 Februari 2013 15 Feb 2013 5:33 AM (12 years ago)

14 Februari 2013. Nak tau apa aku buat?

Kawan-kawan aku dari Melaka datang - Ajim & Munir. Yup, antara orang yang paling rapat dengan aku masa diploma. Bertepuk, bertampar, bergurau senda, bermaki-hamun, bersusun ramai-ramai tidur di ruang tamu, geletek-menggeletek dalam kereta kancil naik lima org, countdown kuat-kuat tunggu lampu trafik kat Melaka, berkampung kat library 7 hari seminggu sepanjang musim exam dan macam-macam lagi.

Sebenarnya ramai je yang aku rapat masa kat Lendu dulu. Yup, tapi takdelah bergurau se'ekstrem' diorang ni. Diorang boleh angkat aku macam superman kat pusat beli-belah terkemuka kat Melaka - Dataran Pahlawan. (Oh, malunya kalau anak bini aku baca pasal benda ni. Hahaha.)

Yes, sebab persahabatan jugalah aku tolak-tepi soal hati. Aku jadikan soal hati juga sebuah persahabatan. Sebab aku percaya nilai persahabatan itu lebih kekal. Lebih indah.

Dan aku terima respons, tak sangka kami masih bersahabat walaupun sudah jarak jauh. Iya, aku rindu Melaka. Selalu dan selamanya. Di sini aku belajar erti kebebasan, dan bagaimana untuk menghargai kebebasan. Ianya juga turut berkait rapat dengan kepercayaan yang diberikan dan bagaimana kita menghargai sebuah kepercayaan.

Oh, indahnya hidup. Semoga hari esok akan lebih indah dan aku bertambah baik dari pelbagai perspektif. Insya-Allah. Aku tak sabar sebenarnya, tapi apa boleh buat. Tiada apa yang boleh dijanjikan selain menanti masa yang sesuai. Pasti akan tiba. Insya-Allah.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Minat & Daya Tahan 2 Feb 2013 12:51 PM (12 years ago)

"Jika kita memilih untuk melakukan sesuatu yang kita minati,
daya tahan kita lebih."

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Berfikir Ke Hadapan 26 Jan 2013 3:32 AM (12 years ago)

"Seorang pemimpin yang baik berupaya melihat jauh ke hadapan"

Apa agaknya akan jadi 5 tahun akan datang? 10 tahun lagi? 50 tahun lagi?
Kalau masih wujud dunia ini 100 tahun lagi, apakah rupanya?
Bagaimana gaya hidup? Teknologi? Sosial?
Adakah ekonominya masih lagi menggunakan sistem ekonomi kapitalisme?
Bagaimana pula dengan sistem politiknya?
Adakah masih ditakuk lama? Atau jauh lebih matang?

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Berani 23 Jan 2013 7:14 AM (12 years ago)

"Tanpa keberanian, impian tidak bermakna"

Segalanya bermula dengan satu tawaran kerja satu hari RM50.00 bertempat di Sabak Bernam. Dan masa tu, aku perlu memandu Kancil aku seawal jam 4 pagi untuk bergerak beratus kilometer. Tiba kembali di Bangi setelah kerja selesai pada jam 9 malam.

Penat? Of course! Tapi aku puas. Perkara yang aku minat. Perkara yang aku seronok lakukan. Hingga sekarang masih ada rezeki tidak putus-putus. Tidaklah sehingga boleh menjadi jutawan dalam masa setahun. Tapi yang pasti, nilainya tidak diukur dengan nilai wang ringgit semata-mata.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Pantas Masa Berlalu 21 Jan 2013 8:22 AM (12 years ago)

Exam dah berakhir pada 21 Januari 2013 pada jam 5.15 petang. Lepas exam layan ABC kejap di medan selera. Makan ABC walaupun hari hujan. Hahaha.

Tamat exam masing-masing, semua pakat balik rumah. Aku rasa baru je daftar untuk memulakan semester.
Paling awal balik, Kipin. Laju je balik kemas barang-barang dia hari tu.

Tadi hantar Anam pergi stesen bas. Giliran Anam pula balik ke Kelantan. Esok Kerey plak balik Kelantan, dia naik motor - gila dahsyat. Kalau aku, kebas punggung. Haha.

Esok semua orang secara rasminya akan balik. Aku, Wan, Naim, Zikri dan Haziq Hamid. Sekejap je semester ni dah berakhir. Pantasnya masa berlalu meninggalkan kita.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Hidup Ini Adil 20 Jan 2013 5:32 AM (12 years ago)

Kelmarin keluar pergi main boling dengan kawan-kawan sebilik di Perindu - Kipin, Kerey, Anam, Wan dan Redzuan. Selepas main boling kami bergerak ke sebuah restoren makanan segera untuk makan tengahari. Nak dijadikan cerita, ada iPhone terletak pada salah satu meja kosong di situ.

Tapi kami tak ambil iPhone tu. Kitorang try untuk cari tuan empunyanya untuk dipulangkan semula. Yes, kalau ikut kepala jahat, baik ambil je dan hantar 'trade in', dapat duit bahagi sama rata dan pergi main boling lagi kan? Haha.

Yes, aku percaya hidup ini adil. Memang bila kitorang pulangkan iPhone tu, kitorang dapat apa-apa - duit, hadiah dan sebagainya. Tetapi, semenjak dari kejadian itu, rezeki tak putus-putus.

Dari pengalaman sendiri, petang tu diadakan mesyuarat dengan team untuk kem motivasi yang akan datang. Alhamdulillah, rezeki tak diduga, Abang Zafri belanja makan nasi arab. Tersandar kekenyangan makan nasi arab kat situ. Aku selalu lalu kedai nasi arab tu tapi tak berani nak masuk sebab takut melebihi bajet makanan harian. Hahaha.

Malam tu pulak, member bagi keropok lekor. Punyalah banyak! Sedapnya! Hahaha. Ngam-ngam lepas habis meeting petang tu, dia suruh singgah rumah sewa dia ambil keropok lekor yang dia baru goreng panas-panas tu. Thank you so much, Fendi!

Hari ni pulak, dalam pukul 4 tadi dapat mesej dari Alfi. Katanya Dr.Adzrool ajak lepak makan. Pergh! Rezeki lagi. Lalu melepaklah kami sambil bincang pasal benda-benda teknologi. Haha. Alhamdulillah. Rezeki tak putus.

Apa yang aku percaya? Boleh teka tak agak-agak?

Whatever it is, thank you so much to Abang Zafri, Fendi & Dr.Adzrool!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Musim Exam Dah Nak Berakhir 16 Jan 2013 1:15 AM (12 years ago)

Musim exam dah berakhir, cuti semester dah nak bermula. Tak lama lagi semester baru pula menjelma tiba. Pantas masa berlalu, tak lama lagi kahwin. Bahahaha.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Musim Exam 10 Jan 2013 1:09 AM (12 years ago)

Musim exam, kosong. Lapang. Seorang.

"What doesn't kill you make you stronger."

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?