My next project coming in. Budget mini pelamin. Those pengantin yang ingin dapatkan pelamin - pelamin budget buleh la lepas ni call classic bridal. Kami buleh membuat pelamin mengikut kehendak dan budget yang anda ada. Untuk DIY pun buleh juga hubungi kami...
Today, lets we talk about studio shoot, Minggu lepas ada invitation dari one of my colleagues untuk makeup dia for studio shoot. Dah 6 years dia menjadi customer aku sampai dia nak shoot studio pun masih panggil aku untuk makeup kan dia dan one of their colleagues. Baju - baju yang da shoot sangat cantik dan attractive. This is sebahagian dari koleksi baju - baju yang di hasilkan dari koleksia alia. Untuk follow if alia ni buleh follow @aliahabrashid
Jom kiter cuci mata sambil tengok hasil makeup ....
Setelah Sekian lama menyepi.. lupe pulak nama customer ni. Actually aku makeup customer ni sebagai gantian pada one of kawan aku yg tetibe tak dapat nak makeup dia masa ni. So dia mintak aku makeup untuk sepupu dia. So dia request smokey eyes supaya nampak galak sikit mata nye.
Ini adalah hasil dari contengan muka dia .. Sekarang ni dah macam - macam skill makeup yang ada masa kini... tapi aku harap dapat tingkat kan skill aku di masa akan datang untuk tingkatkan mutu makeup skill aku in sha allah....
amin.. doakan ye kawan2.
Anne Jorenna sahabat aku ketika study kat Uitm dulu. Alhamdullilah berumah tangga tahun 2013. Seorang yang cantik dan bijak Anne ni. Pakej yang dia ambil dari aku nikah, Malam Berinai dan Sanding. Makeup nikah kurang cahaya menyebabkan gambar agak gelap. Masih kosep simple untuk makeup nikah. Makeup sanding pula berkonsepkan Minangkabau dan baju yang di pilih dari busana kami bewarna Hijau Zamrud. Agak menyerlah warna busana menyerlahkan warna kulit yang dimiliki Anne. Lipstik merah berkonsepkan klasik amat menarik di kenakan pada Anne.
Makeup nikah yang natural untuk customer yang lokasi dia agak jauh sedikit. Lokasi di Kuala Selangor. Dia menginginkan makeup yang natural tapi 'heavy' sedikit di bahagian mata sebab mata dia agak kecil. Jadi aku buatkan sedikit smokey supaya menyerlahkan sedikit kelopak mata tapi tidak terlalu tebal sebab untuk nikah aku sesusaikan dengan konsep simple and natural. Busana dan veil adalah koleksi si pemakai sendiri.
Hafieza customer aku dari Sg Buloh dia amik pakej untuk makeup dan hairdo. Makeup simple untuk majlis pertunangan Fieza dan rambut aku buat curly sebab rambut dia tak cukup banyak dan panjang so aku buat se simple yang mumgkin. Tema kaler purple so eyeshadow aku buat purple dan nude kaler untuk lipstik dan blusher.
Anis nie ambil full package dari nikah sampai ke sanding. Pakej yang dia ambil dari aku Pelamin, Makeup dan baju baru. Customer ni simple je baju nye pun jenis kurung moden sahaja dan pelamin yang dia ambil pelamin rumah satu panel. Pakej dia hampir RM2500 dari tempah baju sekeluarga dan baju nikah dia dan baju sanding dia . Dia request kening tak nak dicukur tapi senang je sebab kening dia memang dah kemas.
Zaza amik pakej full lelaki dan perempuan. Pelamin baju dan Makeup untuk belah lelaki dan perempuan. Kali ni makeup untuk nikah dan Sanding tanpa cukur kening. Agak mencabar sebab kening nye tebal sikit tapi aku wat dah wat yang terbaik.. Natural Makeup requested by Zaza
Dah lama rasa nye tak update blog kan..
Sekarang dah 2014 saya nak bukak cerita yang lain asyik upload pic je kan dah berabuk blog nie rasanya.. ok sekarang kiter citer pasal customer ni... dia nak simple makeup untuk reception dia. Aku makeup dia pada 17th August 2013 tahun lepas.