Tengkorak Emas View RSS

No description
Hide details



Ikan emas dengan jerung dalam satu tank 9 Sep 2016 8:45 AM (8 years ago)

Nope. Nope. Nope. Again. Nope. Dah banyak labah-labah bersarang. Maklumlah blog ni dah lama bersawang. Aku memang tak berniat nak bersihkan. Sekali-sekala jengukkan muka mana tau ada yang bocor atau kotor. Nak tak nak terpaksa juga bersihkan.

Cukuplah intro yang tiada kena mengena dengan tajuk entri. Niat di hati hanya nak berkongsi hobi baru. Manalah tau ada orang yang mula meminati hobi yang sama dan mula mencari maklumat di enjin carian (skema gila).

fish tank

Dah masuk 2 minggu aku menghidupkan semula akuarium 3 kaki yang dah lama terbiar. Bermula dengan pembelian penutup akuarium, seterusnya lampu, tumbuhan hiasan, batu hiasan, water pump filter, driftwood, ornament, makanan ikan dan sudah tentulah ikan.

Bercerita tentang ikan..bila dah mula minat ni memang bersemangatlah untuk cari maklumat tentang ikan. Tapi, ikan pertama yang aku beli..spesis Goldfish Tosakin dan Comet telah dibeli tanpa sebarang ilmu pengetahuan. Rupa-rupanya spesis ikan emas ni memang tak berapa gemar dengan komuniti ikan lain..dahlah nak suhu air sejuk dengan kuat makan pula tu (mana yang muat mulut). Based on beberapa pengalaman orang, ikan emas ni tak bertahan lama sebab mudah mati kekenyangan.

Sebab hati dah suka ikan emas kan..so aku layankan kerenah ikan ni..tak nak air kotor (ikan emas banyak 'membuang')  kenalah rajin periksa span penapis. Buat masa sekarang aku ada 7 ekor Ikan Emas Tosakin (fancy type Golfish), asalnya 10 ekor tapi 3 ekor dah pun selamat dikebumikan secara terhormat dengan beberapa tembakan ke udara. Dan untuk mengawal tabiat pemakanan tosakin ni, aku letakkan sekali Ikan Emas Comet (common type Goldfish) sebab comet ni laju berenang termasuk berebut makanan.
goldfish

Lepas tu, takkanlah nak tengok ikan emas je..kaji punya kaji aku pilih Angle Fish 8 ekor sebagai tank mates..walaupun ada yang kata Angel Fish ni karnivor (angel kot...mesti baik ni). Tukang cuci pula aku upah Ikan Albino Plecostomus 2 ekor..itu pun selepas diperkenan oleh Tosakin. Kalau ikan pleco lain macam Common Pleco, dengan Tosakin tu 'dicucinya'. Eh, jangan kata aku kejam pula suruh ikan yang cuci akuarium..aku ada bagi upah Zucchini.

angel fish

albino pleco


Lepas tu lagi, aku teringin nak bela jerung..so belilah ikan Silver Shark 3 ekor. Nampak je macam jerung tapi baik je. Melalui pembacaan, Silver Shark ni non-agressive so harapnya komuniti ikan dalam tank aku tu dalam keadaan aman bahagia sentiasa..

silver shark


Sekian.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Wordless Wednesday - The Beginning 22 May 2012 5:00 PM (12 years ago)


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sudah tamat latihan 9 bulan! 18 May 2012 5:33 AM (12 years ago)


Sabtu lepas (12 Mei 2012) telah berlangsung Perbarisan Tamat Latihan LK II Maritim Siri 9/2011 yang berakhir dengan jayanya. Maka dengan itu tamatlah sudah latihan asas aku selama 9 bulan di Pusat Latihan dan Akademi Maritim, Gebeng, Kuantan. Yeay!

Acara dimulakan pada pukul 8.30 pagi apabila panji-panji dinaikkan sebelum kawalan medan mula memasuki padang kawad. Seterusnya 86 pelatih tamat latihan mula memasuki padang kawad dengan penuh semangat diiringi muzik penuh bertenaga yang dimainkan pancaragam pusat Maritim Malaysia.

Menunggu ketibaan Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan bin Kurish. Berdiri tegak walau apa pun yang terjadi.


 

Pemeriksaan perbarisan oleh panglima, Ketua Pengarah APMM.


Sebaik sahaja pemeriksaan selesai, perbarisan berjalan lalu dalam masa cepat dan perlahan jalan dimulakan (abah aku rakam sikit jela =_=) 







p/s:Isnin depan mula melapor ke Pangkalan Daerah Maritim Klang...dan aku bertekad untuk sambung ijazah dan jalani latihan siri pegawai pula..dari m16 ke pedang!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Hadiah untuk diri sendiri di ewatchzone 11 May 2012 5:29 AM (12 years ago)


“Terjun dari tingkat setinggi 5m ke dalam air sedalam 4m, kemudian berenang kuak dada sejauh 50m sebelum berpatah balik dan apungkan diri di bahagian tengah kolam selama 5 minit.”

“Tanggalkan baju overall setelah mendapat arahan dan lepaskan baju dan biarkan baju tenggelam ke dasar kolam. Apungkan diri semula dan apabila mendapat arahan, menyelam ke dasar kolam untuk mengambil baju dan berenang ke hujung kolam semula.”

Begitulah ujian renang yang telah dijalani aku dengan jayanya semasa di Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia. Ya aku lulus! Dan atas kejayaan aku sendiri maka aku telah berkira-kira untuk memberikan hadiah kepada diri aku sendiri hahaha...

Hadiahnya....


Yeay!! Jam Casio Protrek PRG 130 1V yang dilengkapi triple sensor system; kompas digital, barometer, thermometer, altimeter, graf pasang surut dan fasa bulan serta menggunakan tenaga solar.


200m tu...aku pun memang mohon kursus diver...

Dibeli secara online dari website ewatchzone dengan harga RM749. Pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan pembelian secara online namun setelah meneliti beberapa aspek maka aku mengambil risiko dan...ternyata ewatchzone tidak mengecewakan aku apabila jam tersebut tiba dengan selamat ke pusat latihan semalam. Penghantaran adalah percuma!


Sistem Kompas


Barometer/Suhu


Altimeter


Pasang Surut dan Fasa Bulan

Maklumat lanjut tentang spesifikasi jam di SINI. (buku manual aku belum habis baca xD)

p/s:Kalau diikutkan, aku nampak jam ni di East Coast Mall, Kuantan dengan harga RM999...fuh!
p/s:Oh, aku tamat latihan esok! Tengkorak Emas divisyen kedua barisan belakang :D


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Wordless Wednesday VI - Full Rehearsal Tomorrow 2 May 2012 1:27 AM (13 years ago)



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Bila Tengkorak Emas cuba shuffle... 7 Apr 2012 12:43 AM (13 years ago)


“Johan keseluruhan bagi Karnival Sukan LK II Maritim Siri 9/2011, jatuh kepada kontinjen Lekiu!!”

Akhirnya berakhirlah Karnival Sukan di Pusat Latihan Maritim yang telah berlangsung selama seminggu dari 2 April hingga 6 April 2012, dan disertai 4 kontinjen iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Lekiu.

Terima kasih pihak pusat latihan kerana memberi ruang buat kami para pelatih untuk mengkoordinasikan sebuah kejohanan sukan yang berlangsung dengan jayanya. Melalui karnival inilah segala jenis bakat terpendam ditonjolkan oleh para pelatih dan jurulatih yang turut sama memeriahkan suasana kejohanan.

Dan aku, peserta kontinjen Lekiu pastinya lebih berasa gembira kerana Lekiu berjaya menjadi juara keseluruhan bagi kejohanan karnival sukan ini. Tahniah buat kontinjen Lekiu!


Persembahan pada majlis pembukaan sukan, kontinjen Lekiu dengan persembahan tarian Ska to Shuffle melalui koreografi yang disusun oleh aku dan dua orang rakan pelatih...1st time beb shuffle! Depan orang ramai pula tu..so faham-fahamlah, kami semua ni tahap beginner lagi.




 Piala kemenangan kontinjen Lekiu xD



Pingat yang diperolehi aku: Emas untuk bola sepak, Perak untuk Futsal, dan tempat ke-11 untuk acara marathon...(yang menang banyak di kalangan yang muda-muda..aku nampak muda tapi umur dah 25 kira okla kan? -----alasan xD)

Apa-apa pun memang semua program di pusat latihan Maritim ni bermanfaat dan menghiburkan. Maaf kepada semua sahabat blogger kerana tak sempat berkongsi apa yang berlaku sepanjang latihan dan tak sempat berkunjung ke blog sahabat. Oh, TE tamat latihan 12 Mei ni, dan 16 April ini bermulalah latihan kawad untuk perbarisan tamat latihan...pagi petang...fuh!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Comeback sempena raya! 28 Aug 2011 9:33 AM (13 years ago)


“Dalam rutin Alpha, kamu nampak langit, kamu kena berlari”

*****

Atas ihsan Pusat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, seramai 86 Pelatih Laskar Kelas II Maritim Siri 9/2011 (batch pertama pusat latihan baru di Gebeng) dibenarkan bercuti sempena hari raya bermula 26 Ogos jam 1700 sehingga 4 September jam 1700. Terima kasih pusat latihan!

Terima kasih juga buat Manchester United yang mempamerkan aksi world class dalam perlawanan menentang Arsenal di Old Trafford. Keputusannya membuatkan aku masih tersenyum hingga sekarang. 8-2 beb...diulang sekali lagi...8-2...hasil jaringan Danny Welbeck, dua jaringan Ashley Young, hat-trick hero Wayne Rooney, Nani dan Park Ji Sung. Cuti tambah bermakna!

Buat semua sahabat blogger yang mengenali Tengkorak Emas, selamat menyambut Hari Raya diucapkan buat semua. Semoga Hari Raya yang bakal tiba disambut dengan rasa kemenangan, gembira dan meriah di samping orang yang tersayang. Terima kasih pada yang sudi melawat blog ini semasa ketiadaanku...

Oh, kepada yang berkesempatan kelak, saksikan siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan pada 16 September 2011. Tengkorak Emas akan menyertai kontinjen Maritim Malaysia, dan membuat pertunjukan Tempur Tanpa Senjata. Kalau nak cari di sebalik muka celoreng, silakan...hehe...

p/s: Berhati-hati di jalan raya, juga di mana jua anda berada.
p/s2: Raya pertama tanpa mak dan adik-adik...mereka akan beraya di Sarawak...=_=

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Dapat surat tak berapa rasmi daripada blogger 14 Jul 2011 3:32 PM (13 years ago)

________________________________________________________________________

Ruj. TE           : 01062010/PR2
Tarikh             :13 Julai 2011/5

Salinan kepada:

Hidayat yang suka membaca,
Serol yang suka roti bakar,
Ciao Annin-sama, peminat kipas-susah-mati EXILE,
Zati, dengan lappy warna pink dan bakal doktor cinta,
Bro Fyzal, peminat Rubik’s,
Belalang Hijau, presiden bangsa Bawah Tanah,
Kie-yu yang suka kepoci,
Mama JnJnJ dengan kumpulan ‘tag team’nya,
Kak Sheila dengan pelat Adam dan Danial,
Bro Ben Ashaari dengan segmen dan bebelannya,
Bro Hasrul Hassan dengan bangku kosongnya,
ATA, dengan emosi politiknya,
Jo Qusary dengan lukisan dan kopinya,
Bro Eizil dengan khidmat blogger dan khidmat sekuritinya,
Bro Zikri Husaini dengan pemuzik uniknya,
Kak Suri dengan segala jenis tips dan komen rempit,
Bro Ismail dengan fotografi dan Transformers,
Bro Maza dengan fotografi dan cerpen lantun-lantun,
Bro Aiman Najmy dengan bakal single terbaru bulan Ramadan,
Hadi Rofiee, bakal professor,
Bro Anif dengan realiti kehidupan,
Bro Akubiomed dengan kerenah abang Koning dan Kojak Junior,
Mr Tehr dengan pantun berkiasnya,
Kak Amy Sw33tdarling dengan Zulfan dan Ika,
Bro HafizMd, penyokong kuat Terengganu,
Mrs Ayie si gadis arnab,
Mr Ayie, si putera arnab,
Kak Bee, dengan Danish yang comel,
Bro Neil aka GematriA dengan lawak-lawak,
Fitri Hadi dengan video-video lawak,
Kak Ana, dengan tour basikalnya,
Kak Fizalinolie dengan bahasa Sarawak,
Kak Azzey, tak sempat bertegur sapa di Pesta Buku,
Effy Saiful, pelajar medik yang penuh anjakan paradigma,
Bro Faizal Sulaiman dengan cerpen thriller dan Harry Potter,
Afizz, pengawas pusat sumber yang tinggi,
Amir Izzat dengan semangat bahasa kebangsaan,
Keyrill peminat siri Glee,
Landax yang suka merayap,
PKE dengan kisah hidup Stormtrooper,
Raji dengan kerenah Bunny Raji,
Ladfe Amir dengan gadget terkini,
Ali al-Ridha dengan komen rempit dan entri noktah,
Fakhruddin dengan resensi bukunya,
Nizam Ghazi dengan jiwa penggodam,
Bro Dnobiz, dengan ulasan berita,
Anisa Hang Tuah, bakal wartawan yang puitis,
Cik Su dengan shake Herbalife,
Bro Amirez, kawan Imam Muda Hassan,
Piha, teruskan cubaan cupcake,
Bro LeeAneem, dapat cahaya mata lagi,
Puan Norasikin, pengajar resipi masakan yang tegas,
Amir Said, klien dengan resipi masakan,
Yui92, pelajar medik dengan perwatakan comel,
Bro Abdullah Idris, perunding pesakit buah pinggang,
Bro Dawa, perunding hiasan dalaman,
Akulinglung, penulis buku Sperma Cinta,
Nas, dengan pemerhatiannya,
Fendi, dengan apaknya yang bertuah,
Bro Titan dengan komisen affliate,
Bro Benjy dengan imaginasinya,
Hanisah Safian dengan jemput-jemputnya,
Fareed Sairi, belajar elok-elok di Australia,
Bro Afzal dengan motivasi,
Innanie dengan rezeki wayangnya,
Afnan, si makhluk Hijau,
Joegrimjow, tauke Herbalife,
Parkcheek, yang lama menyepi,

Bro Yas, Bro MusIqbal Hakimi, Kak Fiezaradzi, Bro Jai, Bro Donny, Affan Ruslan, Syahril Hafiz, MdHafiz, Adele, Cik Sembang, Nuriz, Bro Kamarul Azri, Bro Wrizuan dengan HTC nya, Bro Sham, Bro Shamsuddin Amin, Bro Hisham, Saya Comel, Chip Coklat, Ayie, Faiz, Daus Pozi, Esempoi, Life Kami, dan kawan satu sekolah dahulu, Gadis Hanim, Fana dan Hidayah. Tidak lupa followers di SINI dan mereka yang pernah menegur aku juga.

Juga rakan kongsi dalam bidang animasi Flash dan grafik, Haikal, dan kawan sepasukan futsal, Pali, Iqbal, Din, Alang, Shafee’.

Tuan/Puan,

PESANAN DAN MAKLUMAN RASMI TENGKORAK EMAS


Dengan ini nama-nama di atas adalah dirujuk.


2.         Pertama sekali, anda semua telah banyak berkongsi ilmu dan menggembirakan aku. Belum puas mengenali kesemuanya. Tiada yang lebih baik antara kamu, (agar kita tidak memandang rendah orang lain) tetapi aku doakan anda semua sentiasa di kalangan yang terbaik.

All the love I’ve met,
I’ve had no regret,
If it all ends now,
I’m sad,

3.         Maafkan segala kesalahan aku andai ada tersinggung perasaan, artikel penuh satira, terkasar bahasa, panggilan, atau teguran, terlepas pandang, komen mengarut, sikap kebudak-budakan.

4.         Seperti yang pernah diucapkan Imam al-Ghazali, apabila kamu melihat dosa, maka bencilah dosa itu dan jangan benci orang yang melakukannya dan jangan juga merasa diri lebih baik daripada orang lain (supaya kita memperbaiki diri)

5.         Jika ada perbezaan, raikanlah dan perbezaan itu tidak perlu dihapuskan serta-merta. Asalkan kebersamaan tetap ada iaitu sama-sama mahu berkongsi ilmu dan pendapat di blog (ada batasnya) Jika berlaku perselisihan, selesaikan dengan baik, janganlah sampai air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.

6.         Jauhkan sikap hasad dengki, kerana hasad dengkilah punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Hasad dengki jualah penyebab jenayah pertama; pembunuhan Qabil ke atas Habil.

Kecuali;

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

“Tidak boleh hasad kecuali kepada dua orang iaitu, orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikan, orang yang Allah berikan ilmu (al-Quran dan sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.”

7.         Mana yang baik di dalam blog ini, ambillah dan jadikan pengajaran. Mana yang tidak baik, semua datangnya daripada diri aku sendiri. Bagi yang baik, aku cuma harapkan ia memberi manfaat, dan semoga aku memperoleh syafaat di akhirat kelak daripada kamu semua, insyaAllah.

8.         Percayalah Hari Akhirat, hari di mana setiap perbuatan menerima balasan, maka pengkhianatan dan penganiayaan yang berlaku, sila tangani dengan tenang dan sabar. Ketika itu juga kita ditanya tentang tanggungjawab kita, maka ingatlah, setiap kita ialah pemimpin.

9.         Kepada blogger bukan Islam, aku bukanlah contoh muslim terbaik. Tetapi aku harap ada artikel dalam blog ini yang dapat menjelaskan Islam dan muslim yang sebenar. Aku menyeru anda kepada Islam, kerana hanya Islam yang boleh menyelamatkan kamu. Percayalah, aku bersyukur atok aku memilih jalan yang tepat dahulu (cina muslim). Semoga hidayah diturunkan ke atas kamu.

10.       Untuk makluman, supaya tidak seperti batu jatuh ke lubuk, 18 Julai ini aku akan melapor diri di Pusat Latihan Maritim di Kuantan, bagi menjalani latihan asas maritim selama 5 bulan. Bermula sebagai pelatih bagi jawatan Laskar Kelas Dua Maritim, aku akan menjalani latihan intensif serta kuliah sepenuh masa.

11.       So no more graphic job, no more Manchester United, no more DVD hehe...(stop at 351 VCDs and DVDs – O&P), and no more update in this blog.

12.       Selepas ini jika berkesempatan, hanya update melalui MMS di Live Blog. Tidak lagi serius dan tidak lagi mesra (aku pasti merindui blog semua)

13.       Doakan kejayaan aku. Semoga aku dapat menamatkan kursus dengan jayanya. Doakan aku berani, memajukan diri, tidak patah semangat dan tidak hilang amanah.

“Tanda orang munafik ada tiga; jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, jika diberi amanah dia mengkhianati.”
(Riwayat al-Bukhari)

“Even if armed with hundreds of weapons, there are times when you just can’t beat a man with a spear of his gut.”
(One Piece)

“A wound that’d make an ordinary man unconscious, I won’t lose to it. A wound that’d would kill an ordinary person, I won’t lose to it. To face one who is extraordinary, Hawk Eyes, I can’t allow myself to be ordinary!”
(Roronoa Zoro – One Piece)

“Listen up…you can pour drinks on me, you can throw food at me, you can even spit on me. I’ll just laugh that stuff off. But…nobody hurts a friend of mine!”
(Shanks – One Piece)

14.       Kata-kata sahabat ialah doa. Jadi, sila panggil aku, Komander Maritim Tengkorak Emas hehe...(matlamat buat masa ini), semoga impian itu dapat dicapai. InsyaAllah.

15.       For someone out there,

Please forgive me for the sorrow,
For leaving you in fear,
Still I’ll be the hand that saves you,
Though you’ll not see that it is me.

InsyaAllah.

So, goodbye for now everyone. Hope we’ll meet again. Assalamualaikum w.b.t.

Yang Benar,
.........................
Hasrul Shahril
(Tengkorak Emas)


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Wordless Wednesday V - The Shichibukai 12 Jul 2011 2:40 PM (13 years ago)


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Harimau Malaya: Let this inspire us! 12 Jul 2011 2:15 AM (13 years ago)

Nama Malaysia semakin meniti di bibir penyokong bola sepak tanah air. Sana sini ada sahaja yang memakai jersi Malaysia. Lebih-lebih lagi menjelang perlawanan Malaysia dengan kelab dari England – Arsenal (13 Julai) Liverpool (16 Julai) dan Chelsea (21 Julai).

Post ini bukanlah mahu merendahkan kemampuan Malaysia. Cuma hendak menyatakan satu harapan supaya Malaysia bermain dengan baik dan mampu mengalahkan kelab-kelab itu sebagaimana yang dilakukan Manchester United (nak juga masukkan Man U tu hehe) di Old Trafford musim lepas.

Ya, Manchester United bukanlah juara antara juara, tetapi rekod kegemilangan mereka dalam sejarah bola sepak boleh dijadikan inspirasi. Dan kali ini aku mengambil keputusan untuk membuat pendedahan barisan pemain rahsia Manchester United.

So Malaysia, let this inspire us!



Nak bertemu dengan pemain-pemain? :D

1          Tehr
5          Neil
21        Keyrill
15        Fyzal
3          Aneem
87        T.E
18        Ismail
8          Iqbal
11        Hafiz
7          Raji
10        Fitri

Sub
14        ATA
24        Donny
16        Sham
17        Dean


Malaysia

p/s: Kalau Malaysia tersenarai dalam game FIFA, dah tentu aku pilih Malaysia!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kebenaran sebenar 11 Jul 2011 3:41 PM (13 years ago)

Demi tanggungjawab sebagai pemimpin, walaupun hanya pemimpin kepada diri sendiri. Walau siapa pun aku, walau setinggi mana jawatan aku, walau sekaya mana pun aku, aku memohon agar sentiasa berpegang dengan tali-tali Allah (hukum-hukum Allah).

Maka dengan ini aku juga menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini agar turut berpegang kepada tali-tali Allah agar, walau siapa pun, kita sentiasa berdiri sebagai umat Islam yang bersatu imannya.

Aku juga menyeru kepada yang bukan Islam, agar memahami Islam, dan sembahlah Allah Yang Maha Esa. Islam yang sebenarnya mampu menyelamatkan diri malah membuatkan kita menyelamatkan orang lain. Alangkah nikmatnya juga, perasaan bahawa diri dilindungi kuasa Yang Maha Hebat iaitu kuasa ALLAH.

Dan ingin aku bawakan peringatan dari-Nya, tentang perkara berkaitan mereka yang bukan Islam namun sudah ternyata keingkarannya terhadap agama Islam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang-orang yang, di luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu (karena) mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih jahat lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”
Surah Ali Imran : 118

Ini ialah peringatan benar yang sebenar-benarnya. Maka, perlukah lagi kita mengambil kira ideologi tertentu jika jelas bercanggah apa yang difirmankan Allah?

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Dialog rantai kunci 8 Jul 2011 6:44 PM (13 years ago)

“Dengar ceritanya, ada yang baru masuk kawasan kita ni.”

“Hah, mana?”

“Baru sahaja tadi aku bertemu dengannya. Dia bagus, ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.”

“Baguslah. Untung juga kita dapat kawan baru. Cuma perlu juga kita berhati-hati kalau-kalau ia musang berbulu ayam.”

“Eh, janganlah kita berprasangka pula. Walau apa pun kita layan kawan baru kita dengan budi bahasa yang baik. Bukankah yang merah itu saga, yang kurik itu kundi, yang indah itu bahasa, yang baik itu budi.”

“Oh baiklah. Mari kita jumpa kawan baru kita. Tak sangka pucuk dicita ulam mendatang.”

Penyu comel yang ceria hadiah pemberian Kak Amy Sw33tdarling. Thanks kak!

Komuniti ‘keychain’

p/s:Terima kasih kak atas tanda penghargaan itu :D

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Selamat dengan Islam 6 Jul 2011 5:13 PM (13 years ago)

Islam itu berasal dari kata ‘salam’ atau ‘salamah’ yang bermakna selamat. Maka orang Islam sentiasa berasa selamat malah menyelamatkan. Mengapa pula boleh jadi demikian?

Ini kerana secara asasnya seorang yang beragama Islam sedia mematuhi Rukun Islam dan Rukun Iman. Dua rukun ini jika dipatuhi nescaya menjadikan orang Islam itu berasa selamat malah berpeluang menyelamatkan orang lain mahupun keadaan.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadan.”
Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim

Mari kita bermula dengan Rukun Islam Pertama, iaitu mengucap dua Kalimah Syahadah: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah”

Renungkanlah. Penyaksian yang telah kita ucapkan itu membuktikan kita mengaku segala zat Allah Yang Maha Suci. Allah Yang Maha Esa serta Maha Mengetahui segala sesuatu. Dan Allah s.w.t pencipta kita, dan kita sebagai hamba-Nya. Kita juga percaya bahawa Allah jualah yang mencipta seluruh alam serta segala isinya.

Dengan itu juga kita percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah. Dan baginda mengajak kita ke arah kebenaran, menyembah Allah Yang Maha Esa serta mengabdikan diri kepada-Nya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
Surah al-Dhariyat: 56

Maka, rentetan daripada itu, kita tidak banyak soal untuk melaksanakan baki empat Rukun Islam lagi iaitu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat, serta menunaikan Haji menurut apa yang diperintahkan Allah melalui kalam-Nya dan semua itu punya hikmah tersendiri. Antaranya, solat itu mencegah kemungkaran, dan puasa mendidik nafsu.

Malah kita juga menjaga diri daripada melakukan kemungkaran kerana kita tahu Allah s.w.t sentiasa memerhatikan kita dan setiap apa yang kita lakukan dicatat Malaikat dan bakal menerima balasan di akhirat kelak. Kita juga mematuhi dan mengambil berat setiap peringatan-Nya, juga apa yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w.

Antaranya, firman Allah s.w.t yang bermaksud,

Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara dua saudaramu  (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”
Surah al-Hujurat: 10

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

“janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka  dan mereka menjadi berpuak-puak. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.”
Surah al-Rum:31-32

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudara Islamnya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Maka, semua itu antara bukti bahawa kita juga sudah melengkapkan Rukun Iman yang enam; Percaya pada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Kitab, percaya pada Rasul, percaya kepada Hari Kiamat, percaya kepada Qada’ dan Qadar.

InsyaAllah, dengan kepercayaan itu, kita selamat dunia akhirat kemudiannya.

Rujukan
al-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasqi, Intipati Ihya’ Ulumuddin Imam al-Ghazali

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Wordless Wednesday IV - Going Extreme 5 Jul 2011 3:34 PM (13 years ago)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Burung yang sedia berkorban 1 Jul 2011 1:26 AM (13 years ago)

Harta yang menggunung tidak diperlukan. Cukuplah dengan apa yang sedia dimiliki. Dan itulah jua yang akan dipertahankan sebaiknya demi kebahagiaan. Kebahagiaan yang dirangkul bukanlah dengan hasil penipuan dan penindasan, tetapi hasil usaha sendiri.

Ya, kebahagiaan itu akhirnya dirangkul. Namun cuba dirampas semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah kali ini, bukan kebahagiaan mereka sahaja yang diragut. Maka, pihak yang cuba mengaut keuntungan itu memang layak ditentang! Mereka memang layak untuk marah!

Angry Birds kembali dengan versi Angry Birds Rio! Dalam versi PC!

Video intro



Kali ini permainan popular tersebut kembali dengan 3 level, di mana setiap level mempunyai 30 sub-level. Jangan risau, kali ini tiada ‘mahkluk hijau’ seperti versi yang pertama, cuma ada monyet yang comel. Namun ia perlu dihapuskan kerana menolong Nigel, watak burung yang jahat.

Pada level pertama, angry birds red, blue dan yellow hanya perlu ‘berkorban’ dengan kelebihan masing-masing bagi menyelamatkan burung-burung yang dikurung dalam sangkar, (termasuk Blu, watak dalam animasi Rio) setelah mereka dibawa ke Rio De Janeiro untuk diseludup.

Lihat video



Pada level kedua, Angry Birds bertemu dengan sekawan monyet yang cuba menghalang mereka melarikan diri.

Lihat video



Pada level ketiga....er...belum main lagi xD

Konsep Angry Birds

Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, konsep permainan Angry Birds lebih kurang sama dengan Worms Armageddon dan Worms Reloaded. Yang pasti, Angry Birds ini sudah jadi lebih popular.

Pernah dengar “Kill two birds with one stone”? Begitu jugalah konsep yang diaplikasikan dalam permainan ini. Namun ia boleh diolah dengan “Kill all monkeys with one bird”. Ya, anda perlu berfikir di luar kotak dan kreatif, selain daripada ketepatan arah dan darjah lontaran ketika melontar sekumpulan Angry Birds yang sedia berkorban :D

Lihat video



Berminat? Sila ke Nuriz Space untuk link download. Aku pun dapat dari sana :D


p/s: Aku gunakan Angry Birds untuk takutkan pembuli jalan raya...haha


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tengkorak Emas page 9 28 Jun 2011 4:11 PM (13 years ago)

Oh, aku minta maaf awal-awal. Ini tiada kaitan dengan Page Rank :D

Rasa teruja. Kali terakhir pendapat aku disiarkan dalam akhbar adalah pada Tahun 2000. Ketika itu pendapat aku yang disiarkan dalam Minda Pelajar berjaya memenangi wang tunai RM40. Sejak itu, ada juga sesekali aku menghantar pendapat dan esei ke Dewan Siswa. Namun, usaha dan semangat menulis ketika itu kian merudum.


Namun sejak bergelar blogger, semangat untuk menulis kembali semula. Dan hasilnya? Pendapat aku akhirnya disiarkan dalam bahagian Respons, Majalah SOLUSI, di muka surat 9.

Aku sebenarnya ada meletakkan ‘TE’ pada ruangan nama, tetapi mungkin ianya tidak begitu penting buat editor. Namun memang niatku untuk menjadikan Tengkorak Emas sebagai nama pena. Agak-agak orang takut tak? xD

Antara petikan artikel tersebut,

“Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran, ayat 7 yang bermaksud,

“Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.”

Tafsir dan terjemahan adalah dua hal yang berbeza. Terjemahan adalah makna ayat secara langsung berdasarkan bahasa manakala tafsir adalah mengenai maksud sebenar yang tersirat di sebalik ayat itu.

Maka di sini saya melihat ruangan Tafsir adalah ruangan yang penting bagi memberi kefahaman kepada kita tentang apa yang dibawa oleh Al-Quran. Kefahaman tentang isi kandungan Al-Quran juga mengelakkan kita supaya tidak membuat anggapan secara membuta tuli serta mencari alasan berselindung di sebalik ayat Al-Quran yang kita salah tafsirkan.”

Mahu baca lebih lanjut? Mahu baca artikel-artikel lain yang jauh lebih hebat? Sila dapatkan Majalah SOLUSI isu terbaru #33 secepat mungkin :D

Oh, cenderahati dan honorarium hanya sebagai bonus. Tetapi bila dapat memberikan pandangan, ia satu kepuasan! Dan jika dapat memberi manfaat, ia adalah ‘pelaburan’! Maka aku mahu berusaha lagi! Kerana aku umpama tin kosong yang perlu diisi!

Terima kasih Solusi!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Israk Mikraj: Tiada masalah bagi yang beriman 27 Jun 2011 8:52 PM (13 years ago)

Sempena meraikan peristiwa Israk Mikraj yang dialami Nabi Muhammad s.a.w pada 27 Rejab, maka ingin aku kongsikan secara ringkas kronologi peristiwa tersebut melalui peta minda.


Sebenarnya ini masih kurang. Yang lebih terperinci ada di blog Denaihati.

Mengapa peristiwa Israk Mikraj ini berlaku?

Ini sebagai penghibur hati baginda, Nabi Muhammad s.a.w yang ketika itu telah pun kehilangan bapa saudara serta isteri kesayangan baginda pada tahun ke 10 kenabian, dua tahun sebelum peristiwa ini berlaku. Maka diperlihatkan kepada baginda oleh Allah, kerajaan Allah Yang Maha Berkuasa, serta janji-janji Allah buat hamba-hamba-Nya.

Apakah simbolik Buraq?

Buraq yang ditunggang Nabi Muhammad s.a.w, mampu bergerak pantas hinggakan dalam satu malam sahaja baginda bergerak dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis, malah ke Sidratul Muntaha. Ia adalah satu teknologi canggih yang tidak boleh ditandingi mana-mana ciptaan manusia.

Apakah simbolik dada Nabi dibelah?

Ya, sebelum perjalanan dimulakan, dada baginda dibelah dan dibersihkan segala kotoran serta diberikan hikmah dan ilmu pengetahuan. Ini boleh jadi kerana baginda ketika itu bakal berdepan dengan teknologi yang sungguh tinggi ciptaannya iaitu kelajuan Buraq serta tayangan balasan-balasan kejahatan.

Simboliknya pada kita, yang kini berdepan dengan teknologi yang saban hari semakin canggih dan adakalanya melampaui batas, agar bersedia menghadapi perkembangan ini dengan hati yang bersih dan akal fikiran supaya teknologi tidak disalahgunakan.

50 waktu solat bertukar 5?

Nabi Musa a.s mengatakan umatnya yang lebih kuat pun tidak mampu menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam. Atas sebab itu Nabi Musa a.s menyuruh baginda menghadap Allah semula, memohon agar jumlah itu dikurangkan. Setelah 9 kali ulang-alik, dan dikurangkan 45 waktu, maka tinggallah 5 waktu solat sehari semalam sebagai kewajipan yang perlu kita tunaikan.

Benarkah ada yang murtad setelah peristiwa ini?

Tidak benar. Kenapa mesti orang yang sanggup diseksa demi kebenaran Islam tiba-tiba berpaling hanya kerana peristiwa ini dikatakan satu penipuan? Jika sebelum ini mereka hanya mendengar daripada Nabi tanpa sebarang bukti malah mempercayai baginda dengan sepenuh iman, mengapa pula dengan adanya bukti mereka perlu berpaling?

Malah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq sendiri berkata, “andai ianya datang dari Muhammad, jika berlaku lebih dari itu aku tetap mempercayainya.” Ini sebagai tanda, bahawa jika ia datangnya dari Islam, sudah termaktub di dalam al-Quran, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi melainkan isu-isu baru yang perlu kepada perbincangan para ilmuwan.

Sekian sahaja mengenai Israk Mikraj. Masih kurang lengkap sebenarnya tapi ia adalah kerana kekurangan aku sendiri yang kurang membaca sumber-sumber lain. Namun, diharap dapat memahami apa yang disampaikan.

Rujukan
Edisi Lengkap Riwayat Rasulullah s.a.w, Maulana Syed Abul Hassan Ali an Nadwi.
Beduk Diketuk, Pahrol Mohd Juoi.

p/s:Jika ada tambahan, silakan. Jika ada kesilapan, perbetulkan.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Terima kasih Pak Asraf 26 Jun 2011 10:10 PM (13 years ago)

Awan-gemawan putih berarak di langit. Cuaca kelihatan baik. Sesekali, matanya mengecil dek kerana silauan matahari terang-benderang. Dari tadi dia asyik mundar-mandir. Menunggu seseorang yang entahkan bila mahu tiba di sebalik orang yang lalu-lalang.

Dia tidak menyedari, bahawa gerak-gerinya sedang diperhatikan seseorang. Mulut orang itu kumat-kamit membaca sesuatu sambil berjalan ke arahnya.

“Encik mahu beli saham saya tak? Mahu beli?”

Dia terkejut apabila orang yang berpakaian compang-camping itu menegurnya. Dengan gopoh-gapah dia berlalu dari situ. Orang itu pula masih bertanyakan soalan yang sama serta kata-kata karut-marut yang tidak difahami. Namun tidak dipedulikan orang yang lalu-lalang.

Kasihan, kurang siuman barangkali, fikirnya. Lantas dia faham bahawa nikmat pemikiran orang itu sudah ditarik-Nya.

Tiba-tiba dia teringat. Solat zohor masih belum dia tunaikan. Sedangkan masa yang dimilikinya milik Allah, yang kelak lambat-laun akan diambil-Nya semula.

Ya Allah, memang sewajarnya hatiku gundah-gulana. Rupa-rupanya aku belum menunaikan kewajipanku sebagai hamba-Mu. Dia bermonolog sendirian lalu menghadirkan diri ke sebuah masjid berhampiran.

*****

Oh, berjaya juga menghasilkan cerita! Bagaimana? Lihat kata ganda bersajak yang digunakan. Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi dengan penambahan kata yang berbeza daripada kata dasarnya. Contoh kata ganda itu seperti di atas.

He...cuma mahu berkongsi pengetahuan tatabahasa yang aku perolehi melalui sebuah buku.


Bagus buku terbitan SASBADI ni. Buku setebal 307 muka surat ini merupakan susunan Pak Asraf (Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab) yang pernah menerima Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Sepanjang Masa.

Memetik kata-kata beliau,

“Bagi masyarakat terbanyak, bahasa hanya suatu alat komunikasi, dan yang penting bagi mereka ialah asalkan orang paham akan bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Jika ada antara ahli-ahli bahasa yang berpendapat bahawa jumlah yang terbanyak dapat dijadikan ikutan, maka tidakkah ahli bahasa itu seperti tukang pancing yang dilarikan ikan?”

Jadi, boleh dapatkan buku ini di pasaran. Bernilai untuk dibuat rujukan terutama kepada pelajar-pelajar dan penulis.

Terima kasih Pak Asraf!

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sikap sabar nadi kebaikan 23 Jun 2011 4:11 PM (13 years ago)

Entri ini terhasil melalui cetusan idea semasa aku menonton semula tayangan filem Kungfu Hustle di slot Pearl Screen, TV3 Isnin lepas. Kalau tak silap, filem Stephen Chow ini memang merupakan satu fenomena ketika kemunculannya. Memandangkan Stephen Chow sendiri sudah dikenali melalui filem Shaolin Soccer sebelum itu.


Tetapi aku bukanlah mahu memfokuskan kepada filemnya. Melainkan beberapa pengajaran yang aku dapati dalam filem itu. Antaranya pendirian Chow sebagai watak utama yang tidak mahu membuat kebaikan kerana baginya tiada guna berbuat kebaikan melainkan hanya dibuli sewaktu kecil.

Adakah mudah melakukan kebaikan?

Ya. Cuma agak sukar untuk kita terus melakukannya melainkan kita tergolong dalam golongan orang yang sabar. Sabar itu dinilai apabila kita terus mentaati Allah walau apa jua yang berlaku. Itulah sabar menurut Islam. Termasuk juga sabar dalam meninggalkan maksiat (pesanan untuk diri ini juga)

Contoh: A kebiasaannya akan mengaji al-Quran selepas maghrib. Tapi disebabkan perlawanan bola Inggeris itu bermula pada pukul 7.40 malam, maka dia meninggalkan urusan kebiasaannya (boleh terkena batang hidung sendiri)

Contoh: B berbuka puasa dengan penuh kesyukuran. Moga-moga lapar dan dahaganya diganti dengan pahala, fikirnya. Selesai menjamah juadah berbuka, dia lantas menyalakan sepuntung rokok. Fuh...leganya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
Surah az-Zumar: 10

Seterusnya dalam filem tersebut, Chow akhirnya memilih jalan kebaikan, apabila dia memukul kepala Fo Wang, watak antagonis yang mempunyai kemahiran kungfu yang hebat.

Hipokritkah bila buat kebaikan?

Firman Allah yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
Surah an-Nahl: 90

Allah sukakan kebaikan malah Allah melarang kita berbuat kejahatan. Maka, apabila kita berbuat kebaikan, ia tidaklah boleh dianggap sebagai hipokrit. Kita hanya cuba untuk kembali kepada fitrah. Dan jika ada yang tidak sukakannya, apa lagi yang kita mahu jika Allah sukakannya? Persoalan lebih penting, mampukah kita terus taat pada-Nya?

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Windows 8 on Windows XP 22 Jun 2011 4:40 PM (13 years ago)

Ok. Rasa teruja. Sepatutnya aku buat siap-siap dan boleh publish entri ni untuk Wordless Wednesday semalam. Tapi biarlah ia jadi ‘warm-up’ untuk entri yang lebih serius.

Rasanya mesti ramai yang dah tau tema Windows 8. Aku ada dapat sesuatu dari blog Nizam Ghazi, melalui artikel yang ditulis Mohd Daniel. Jika diikutkan, artikel itu bertujuan untuk memberi panduan bagaimana menukar tema Windows 7 kepada Windows 8.

Sebelum ni aku sudah pun menggunakan theme Windows 7 pada Windows XP aku. Ya, laptop aku yang sudah berusia lima tahun ni masih menggunakan Windows XP, dengan 700MB RAM, dan 40GB Hard Disk, tanpa Graphic Card. (Jadi, laptop ini selamat daripada ‘kaki gaming’ dan ‘kaki download’ video :D)


Hasilnya? Berjaya! Tersenyum aku tengok interface Windows XP aku sekarang. Lepas ni explore untuk tukar boot skin pula :D (Siapa yang berminat nak tahu sila rujuk link awal tadi)

p/s: Laptop ni memang buat kerja je...gaming layan laptop lainla..hehe

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Wordless Wednesday III - Bragging Rights 21 Jun 2011 7:59 PM (13 years ago)


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Selamatkan daripada perpecahan 16 Jun 2011 6:14 PM (13 years ago)

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a,  daripada Nabi Muhammad s,a,w, baginda bersabda:

“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Wahai sahabat-sahabatku, masih ingatkah lagi dengan apa yang aku pernah tulis sebelum INI? Maka kisah ini adalah kisah lanjutannya. Kisah mengenai Abdullah bin Ubai yang tidak mahu berlaku perpaduan di kalangan kaum Ansar dan Muhajirin.

Abdullah bin Ubai kemudiannya cuba mengapikan kaum Ansar dan Muhajirin namun cubaannya gagal. Lalu dengan perasaan marah, terhamburlah kata-kata dan ungkapan bahawa Nabi disamakan dengan satu pepatah, ‘gemukkan anjing kamu dan biar ia menggigit kamu’.

Kata-kata yang bertujuan menghina Nabi itu didengari jelas oleh Zaid bin Arqam lalu dia mengadukan hal tersebut kepada baginda, Nabi Muhammad s.a.w.

Apa yang dilakukan Abdullah bin Ubai?

Dia datang ke hadapan baginda untuk membela diri, dan pastilah dia menafikan sekeras-kerasnya ucapan itu. Dan penafian itu diterima oleh baginda.

Bagaimana dengan Zaid bin Arqam? Adakah apa yang disampaikannya tadi tidak benar?

Memang benar wahai sahabat. Malah Allah menurunkan ayat al-Quran, ayat 1-8, surah al-Munafiqun bagi membela Zaid bin Arqam, juga sebagai pengajaran tentang kerenah orang yang berdusta. Tapi mengapa pada awalnya aduan Zaid itu tidak diterima baginda?

Ini kerana pada awalnya Nabi Muhammad s.a.w tidak mahu memburukkan keadaan dengan sesuatu yang kurang jelas. Ya, hanya Zaid sahaja yang mendengarnya. Lebih-lebih lagi bila Abdullah bin Ubai menafikan sekeras-kerasnya hal itu.

Lantas, bagi menghilangkan fokus para sahabat terhadap kes itu, baginda mengarahkan semua kaum muslimin pulang ke Madinah. (Kejadian berlaku ketika mereka pulang dari Perang Bani Mustaliq)

Siapakah yang kemudiannya bertemu baginda?

Usaid bin Hudhair, dari kaum Ansar dan salah seorang ketua suku Aus berasa bimbang baginda murka dengan Abdullah bin Ubai.

“Wahai Rasulullah, kasihanilah kepadanya. Sewaktu tuan datang kepada kami, kaumnya telah bersiap-siap dengan mahkota rotan untuk memahkotakannya. Tiba-tiba dia melihat seakan-akan tuan merampas kerajaan darinya.”

Sayyidina Umar bin al-Khattab yang bersikap tegas.

“Wahai Rasulullah, izinkan saya memenggal leher munafik itu.”

Baginda menjawab,

“Biarkan dia wahai Umar. Supaya nanti jangan sampai manusia mengatakan Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya.”

Abdullah bin Abdullah bin Ubai, anak kepada Abdullah bin Ubai. Dia terdengar berita tentang ayahnya yang mahu dibunuh. Lalu kerana takut dia pula akan membunuh orang yang membunuh ayahnya, maka dia menawarkan diri untuk membunuh ayahnya.

Nabi Muhammad s.a.w berkata, ucapan yang melegakan hati anak Abdullah bin Ubai.

“Jangan! Tetapi berbuat baiklah kepadanya.”

Apa yang diselamatkan?

Ya. Semua yang dilakukan dan diucapkan Nabi kita itu punya satu tujuan. Iaitu mengelakkan perpecahan di kalangan kaum Muslimin. Malah dalam perjalanan pulang itu baginda sempat menganjurkan perlumbaan unta dan semua para sahabat menjadi gembira.

Bolehkah kita pula mencontohi baginda? Elakkan perpecahan walau apa jua perbezaan?

Rujukan: Edisi Lengkap Riwayat Rasulullah s.a.w nukilan Maulana Syed Abul Hassan Ali an Nadwi.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

(No idea) 16 Jun 2011 1:36 AM (13 years ago)

Maaf.

Siapa yang hack idea aku ni?

Sampai terputus idea nak update apa.

Sudahnya aku melayan gaming, melatih Optimus Prime untuk berdepan Decepticons dalam Transformers: Dark of the Moon tidak lama lagi. Dengarnya Sentinel Prime (Mentor Optimus) bakal membuat kemunculan.


Shot Routine



Oh tentang entri Wordless Wednesday semalam. Ini adalah versi Hidden Words yang sudah direvealed.


Your names revealed...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Wordless Wednesday II - Hidden Words, still Wordless 14 Jun 2011 3:54 PM (13 years ago)

Blogger Maze

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Doa selepas Solat Hajat 14 Jun 2011 1:38 AM (13 years ago)

Doa hajat Nabi Muhammad

Maksudnya:

“Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemelihara Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemelihara langit dan bumi, Tuhan pemelihara Arasy yang mulia.”

(Riwayat al-Bukhari no 6354, 6346, Muslim no 2730 dan al-Tarmizi no 3435)

Digalakkan membaca doa ini selepas solat sunat hajat, bagi menghadapi sesuatu kesukaran atau urusan penting. Sebagaimana yang pernah dilakukan Nabi Muhammad s.a.w menurut riwayat Muslim. Selesai membacanya, pohonlah kepada Allah hajat bagi keperluan dunia dan akhirat.

Doa ini aku perolehi dari Majalah SOLUSI isu #32, yang dipetik dari Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed.

p/s: Harap tulisan itu boleh difahami...dan boleh terus diamalkan.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?