Biasa dengar ayat ini " Tambah sikit lagi.."? Nampak macam tiada apa-apa sebab terdapat perkataan "sikit" tetapi impaknya besar. Lebih-lebih lagi jika ungkapan ini dilontarkan oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat. Semakin kuatlah pengaruhnya.
Bila termakan dengan ayat ini, semua ketetapan yang telah dibuat akan kita langgar.
Ditambah lagi dengan usaha untuk berkompromi "sikit" dengan tidakan tersebut. Tidak mengapakan?
Satu usaha untuk menyedapkan hati.
Pantang ada tempat makan baru, keinginan untuk mencuba tentunya akan ada. Lebih-lebih lagi jika ianya berdekatan dengan kediaman. Memang cepatlah sampai.
 |
Chicken Porridge |
Kini cawangan terbaharu
Texas Chicken sudah ada di Tasek Central, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Pelbagai menu yang ditawarkan. Cuma yang menjadi keutamaan apabila makan di restoran sebegini tentunya ialah hidangan yang mesra poket.
 |
Crunchy Deals |
Menu "
Crunchy Deals" dan "
Awesome Mondays" yang ditawarkan adalah cukup berbaloi. Hidangan yang sesuai untuk sebuah keluarga kecil atau pelanggan yang inginkan sesuatu yang ringkas.
 |
Spicy Chicken |
Jika tidak sempat untuk masak makan tengahari atau makan malam, boleh
pertimbangkan hidangan ini. Pada saya ianya cukup ringkas dengan harga
yang berpatutan.
 |
Awesome Mondays |
Disaat harga hidangan pesaing terhampirnya semakin mahal, Texas Chicken tampil dengan strategi sebaliknya. Cuma berharap, menu "
Crunchy Deals" dan "
Awesome Mondays" akan dapat bertahan dengan lebih lama serta akan ditambaik baik dari semasa ke semasa.
Bila anak mengadu yang matanya sudah tidak nampak apabila berada di belakang kelas, itu adalah tanda-tanda yang dia mengalami masalah pengelihatan. Perlu segera membawanya membuat pemeriksaan mata.
Memandangkan saya tiada pengalaman dalam mendapatkan cermin mata, maka saya mula mencari maklumat mengenainya di internet serta bertanyakan kepada rakan-rakan yang sudah lama memakai cermin mata.
Pelbagai maklumat diperolehi tentang cermin mata serta kos anggaran bagi mendapatkannya. Yang pastinya ia bukalah murah. Baiklah, sekarang saya sudah dapat gambaran yang sebenarnya. Proses mencari kedai cermin mata yang sesuai dimulakan secara rasminya.
Benar, saya telah ke beberapa buah kedai cermin mata. Namun bagitu kosnya agak merisaukan. Terus terang saya katakan, saya tidak sangka yang hargan sepasang cermin mata boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit!
Sehinggalah saya terjumpa dengan
DR. SPECS cawangan Paradigm Mall Johor Bahru. Semua tanggapan awal tentang harga cermin mata terpadam. Saya sudah nampak sinar dihujung terowong!
 |
DR. SPECS Paradigm Mall Johor Bahru |
Di sini, sepasang cermin mata boleh didapati dari harga serendah RM50. Ya, RM50 untuk harga bingkai termasuk dengan kantanya sekali.
 |
DR. SPECS - Korean Frame |
Namun begitu, itu hanyalah harga untuk bingkai cermin mata dengan kanta asas. Untuk kanta yang lebih baik ia boleh dinaik taraf dengan tambahan harga mengikut ciri-ciri serta fungsi yang dikehendaki. Lebih banyak fungsi, lebih banyaklah tambahan harga.
 |
DR. SPECS - Pilih, Periksa & Bayar |
Alhamdulillah, sepasang cermin mata buat anak telah berjaya ditempah. Cermin mata yang ditempah boleh disiapkan dalam masa sejam. Namun begitu dalam kes kami, proses pemilihan bingkai yang sesuai memakan masa lebih daripada sejam!
Yang pastinya terlalu banyak pilihan boleh juga melambatkan urusan! :)
Untuk kesejahteraan anak-anak di masa hadapan, maka manfaatkanlah peluang ini sebaik-baiknya. Bagi yang sudah mempunyai akaun SSPN untuk anak-anak, tingkatkanlah tabungan manakala
yang masih belum bermula ambil peluang serta insentif yang tersedia ini
untuk memulakannya.
 |
SSPN - Simpan RM500 Percuma RM500 |
Sepertimana diperuntukkan di dalam Bajet 2018, maka bermulalah rebutan percuma RM500 kepada 500,000 akaun SSPNi/SSPNi Plus terawal (first come, first serve basis) melalui peruntukan sebanyak RM250 juta yang akan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun dengan menyimpan di dalam akaun SSPNi/SSPNi Plus sepertimana diperuntukkan di dalam Bajet 2018. Pada masa yang sama, anda juga layak untuk mendapat pelepasan cukai taksiran sehingga RM6,000 (SSPNi) dan RM12,000 (SSPNi Plus) dengan simpanan bagi tahun taksiran secara runcit ataupun sekaligus!
Elok juga jika duit-duit raya yang diterima anak-anak disalurkan ke SSPN. Sesuai dengan matlamat untuk meringankan beban ibu bapa apabila anak-anak ingin melanjutkan pelajaran pada masa akan datang.
Selain daripada itu dengan adanya simpanan untuk tujuan melanjutkan pelajaran, ianya akan meringankan beban anak-anak itu sendiri apabila tamat pengajian agar tidak terbeban dengan hutang pinjaman pelajaran yang terlalu tinggi.
Apapun ceritanya, ibu bapa perlu lebih bersifat proaktif untuk memulakan langkah pertama dengan membuka akaun di SSPN bagi menjayakan misi tersebut. Jangan hanya sekadar lihat peluang ini berlalu pergi..

Ramadan datang lagi. Besar harapan saya agar Ramadan dapat disambut dalan keadaan yang tenang serta kekal aman di negara ini.
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya dengan rendah diri dan konsisten menyarankan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga yang masih merokok supaya mengambil kesempatan sempena
Ramadan ini untuk memulakan
Misi Berhenti Merokok.
Bagi yang mempunyai anak kecil yang mahu belajar atau dilatih untuk berpuasa, boleh rujuk pautan ini [
Link] untuk sedikit tips yang sangat berkesan yang telah lama saya sekeluarga amalkan.
Dikesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama berblog dan bermedia sosial ada menyinggung perasaan mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua.

Modenas membuat kejutan lagi! Walaupun Modenas Dominar D400 ini telah pun diwar-warkan akan memasuki pasaran Malaysia sejak tahun lepas lagi, kejutan yang dilakukan oleh Modenas kali ini benar-benar istimewa.
Kejutan yang dimaksudkan ialah harga yang ditawarkan untuk model ini
agak menarik. Ditawarkan pada harga RM14,615 tentunya ianya membuatkan
ramai pemilik motorsikal "underbone" tidak senang duduk.
Modenas Dominar D400
 |
Modenas Dominar D400 |
Rekabentuk Moden
Rekabentuk yang ditampilkan oleh Modenas Dominar D400 adalah moden yang
menarik. Selain daripada itu penampilannya juga kelihatan gagah dan kukuh seterusnya menyerlahkan lagi ketrampilannya.
Dilengkapi ABS
Modenas Dominar D400 dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System). Dengan adanya sistem ini, bermaksud pihak pengeluarnya, Modenas tidak mengabaikan soal keselamatan. Ia juga menunjukkan bahawa Modenas cukup serius untuk menjadikkan model ini sebagai penanda aras baharu dalam pasaran motorsikal tempatan.
Tangki Bahan Api Kecil
Agak kecewa sedikit apabila model ini hanya dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz 13 liter. Seharusnya ia perlu dilengkapkan dengan tangki minyak bersaiz lebih besar memandangkan pesaing terdekatnya
KTM 390 Duke mempunyai kapasiti tangki bersaiz 13.4 liter.
Lebih Berat
Berat motorsikal ini ialah 182 kg! Untuk sebuah motorsikal berkapasiti 400cc silinder tunggal ianya sememangnya cukup berat berbanding para pesaingnnya.
Berikut adalah spesifikasi ringkas
Modenas Dominar D400:
Enjin |
Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC, Triple Spark |
Isipadu |
373.3cc |
Gerek x lejang |
Tiada Maklumat |
Transmisi |
6-kelajuan |
Kuasa |
35HP (8000rpm) |
Fuel System |
Suntikan Bahanapi |
Suspensi Hadapan |
Teleskopic 43mm |
Suspensi Belakang |
Monoshock Pelbagai Laras |
Brek Hadapan |
Cakera Tunggal 320mm, ABS |
Brek Belakang |
Cakera Tunggal 230mm, ABS |
Tayar Hadapan |
110/70-17 Radial |
Tayar Belakang |
150/60-17 Radial |
Saiz tangki |
13 liter |
Minyak Enjin |
Tiada Maklumat |
Berat |
182 kg |
Harga |
RM14,615* |
*Harga
asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos. |
Kesimpulannya
Pada harga RM14,615*, motorsikal ini perlu dipertimbangkan secara serius bagi yang mahu "upgrade" daripada kategori "underbone". Dengan harga tersebut, boleh sahaja terus melangkau ke segmen motorsikal berkapasiti 400cc tanpa perlu mempertimbangkan segmen motorsikal berkapasiti 200 cc atau 250 cc.
Soal harga sudah nampak sinar, namun begitu halangan tetap ada apabila melibatkan soal lesen. Maklumlah untuk menunggang motorsikal berkapasiti 400cc perlukan lesen B penuh!
Apa pun ceritanya, isu lesen bukanlah isu besar. Jika sudah bertekad mahu "upgrade", semua itu boleh diatasi.
Rujukan :
Modenas

Belum reda dengan demam "
Supercub" berikutan pengenalan model-model terbaharu daripada Yamaha, Honda dan Benelli, Malaysia dikejutkan lagi dengan pengenalan model terbaharu daripada SYM iaitu
SYM VF3i.
Nampaknya MForce Bike Holding Sdn. Bhd. benar-benar serius untuk memasuki pasaran dengan pengenalan model terbaharu SYM dan seterusnya bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain yang sudah terkenal serta bertapak kukuh di negara ini.
SYM VF3i
 |
SYM VF3i |
Yang pastinya, dengan pengenalan SYM VF3i memberikan lebih banyak
pilihan kepada pengguna dan menambahkan lagi "
pening kepala" dalam
membuat pilihan. Berikut adalah spesifikasi ringkas SYM VF3i:
Enjin |
Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC |
Isipadu |
183cc |
Gerek x lejang |
65.3 x 57.8mm |
Transmisi |
6-kelajuan |
Kuasa |
13.2kW @ 17.7HP (8500rpm) |
Fuel System |
Suntikan Bahanapi, Emisi Euro 3 |
Suspensi Hadapan |
Teleskopic
|
Suspensi Belakang |
Monoshock |
Brek Hadapan |
Cakera Tunggal |
Brek Belakang |
Cakera Tunggal |
Tayar Hadapan |
90/80-17 MT 1.85 |
Tayar Belakang |
120/80-17 MT 3.50 |
Saiz tangki |
7 liter |
Minyak Enjin |
Tiada Maklumat |
Berat |
128 kg |
Harga |
RM7,988 (Normal)* / RM8,288 (Special Edition)* |
*Harga
asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos. |
Segmen Baharu - Hypercub!
Memandangkan kapasiti enjinnya sudah melebihi 150cc atau lebih tepat lagi 185cc, adalah sesuai untuk mengelarnya
Hypercub! Segmen baharu bagi kategori underbone di negara ini.
Tangki Minyak Lebih Besar
Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Biasanya bagi untuk kategori underbone isipadu tangki minyaknya adalah tidak melebihi 5 liter. Bagi SYM VF3i, tangki minyaknya adalah berkapasiti 7 liter dan menjadikannya underbone yang pertama mempunyai tangki minyak berkapasiti melebih 5 liter. Sesuai untuk digunakan bagi melakukan perjalanan jauh.
Sepatutnya Sudah Ada ABS (Anti-lock Braking System)
Apa pun ceritanya, didalam memperkatakan tentang teknologi dunia dua
roda kita tidak boleh lari dari memperkatakan juga soal keselamatan.
Jika dilihat daripada angka-angka yang dipersembahkan oleh setiap
pengeluar, kesemuanya menunjukkan peningkatan dari segi kuasa.
Sepatutnya untuk motosikal yang telah dilabel sebagai "
Hypercub", sistem
brek
ABS (Anti-lock Braking System) perlu dilengkapkan sebagai alatan
standard.
Sejujurnya, peminat jentera dua roda di negara ini sebenarnya sedang
tertunggu-tunggu pengeluar pertama yang berani memperkenalkan sistem
tersebut pada motosikal "Underbone".
Foto kredit :
mekanika.com.my

Khas buat pengguna yang meminati varian "Naked", baru-baru ini KTM Malaysia telah memperkenalkan KTM Duke 250 (2017) yang telah dikemaskini sedia untuk ditawarkan.
Pelbagai penambahbaikan telah pun diperkenalkan terhadap KTM Duke 250 (2017). Antara penambahbaikan yang agak ketara tentunya dari segi penampilan, chasis serta enjinnya.
 |
KTM Duke 250 (2017) |
Rekabentuk Moden
KTM Duke 250 (2017) ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik serta dalam masa yang sama masih berupaya mengekalkan identiti yang diwarisi daripada model sebelumnya.
Perubahan paling ketara tentunya paip ekzos yang dikeluarkan dan dihalakan ke sisi kanan berbanding model sebelumnya yang terletak di bahagian bawah enjin.
Dilengkapi ABS
Seperti model terdahulu, KTM Duke 250 (2017) dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System).
Dengan adanya sistem ini, KTM Duke 250 (2017) sekali lagi telah mengesahkan statusnya sebagai satu-satunya motosikal didalam kategorinya yang dilengkapi dengan sistem ABS. Ianya juga merupakan satu penanda aras bagi motosikal berkuasa 250cc perlu dicabar oleh para pesaingnya.
Tangki Bahan Api Lebih Besar
Antara perubahan paling ketara adalah kapasiti tangki bahan api yang lebih besar. Kapasiti tangki bahan api bagi model sebelumnya adalah 11 liter manakala kapasiti tangki bahan api KTM Duke 250 (2017) ialah 13.4 liter.
Perbezaan 2.4 liter berbanding model sebelumnya adalah amat besar dan membolehkan KTM Duke 250 (2017) menambah jarak perjalanan sebanyak 74km.
Memandangkan motosikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki bahan api yang lebih besar berbanding para pesaingnya, secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian dan sebuah "Sports Tourer". Isian penuh tangki bahan api membolehkan motosikal ini melakukan perjalanan sejauh 413.5km.
Enjin - Kuasa Kurang 1HP
Enjin baharu yang dilengkapkan pada KTM Duke 250 (2017) mampu menjana 22kW (30HP) kuasa.
Walaubagaimanapun, kuasa yang dijana oleh enjin tersebut adalah kung 1HP daripada model sebelumnya. Namun bagitu dari segi positifnya, enjin tersebut adalah mematuhi piawaian
Euro 4 yang menghasilkan kurang pencemaran.
Lebih Berat
Pelbagai penambahbaikan bagi KTM Duke 250 (2017) dari segi penampilan, casis serta enjin telah mempengaruhi berat motosikal ini. Kini ianya 8kg lebih berat berbanding model sebelumnya.
Pelana Lebih Tinggi
Manakala perubahan pada ketinggian sebanyak 30mm pada pelana
motosikal ini juga akan memberi kesan kepada penunggang yang lebih
rendah.
Berikut adalah spesifikasi bagi
KTM Duke 250 (2017):
Enjin |
Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang DOHC |
Isipadu |
248.8cc |
Gerek x lejang |
72 mm x 61.1 mm |
Transmisi |
6-kelajuan |
Kuasa |
22kW (30bhp) @9000 rpm |
Fuel System |
Suntikan Bahan Api |
Suspensi Hadapan |
WP Teleskopic Terbalik |
Suspensi Belakang |
WP Monoshock |
Brek Hadapan |
Cakera Tunggal 300mm |
Brek Belakang |
Cakera Tunggal 230mm |
Tayar Hadapan |
110/70 - ZR 17 |
Tayar Belakang |
150/60 - ZR 17 |
Saiz tangki |
13.4 liter |
Tinggi Pelana |
830 mm |
Berat |
147 kg |
Harga |
RM21,730* |
*Harga
asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos. |
Kesimpulannya
KTM Duke 250 memang sudah terkenal sebagai sebuah motosikal yang ringan serta berkuasa. Atas faktor inilah ia mudah untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan.
Akibat daripada pelbagai penambahbaikan terkini bagi
KTM Duke 250 (2017) menjadikkan ianya lebih berat berbanding model sebelumnya. Model terbaharu ini juga didatangkan dengan kurang 1HP daripada kuasa enjinnya. Didalam dunia motosikal, kuasa kuda sebanyak 1HP adalah besar. Namun begitu, ia masih lagi sebuah motosikal yang teringan dan berkuasa didalam kelasnya.
Rujukan:
KTM Malaysia

Tentunya
inilah berita yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun oleh golongan
pekerja yang berada di sektor swasta. Berita yang
ditunggu-tunggu itu adalah berita mengenai
pengumuman dividen oleh
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengumuman mengenai dividen Simpanan Shariah tentunya menjadi tumpuan kerana ianya adalah skim simpanan terbaharu yang diperkenalkan oleh KWSP berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017.
 |
Dividen KWSP 2017 |
Alhamdulillah dividen yang diumumkan bagi Simpanan Shariah agak memberangsangkan iaitu 6.40%. Peratusan pulangan yang dikira amat baik bagi dividen yang pertama (2017).
Diharap prestasi dan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Shariah akan kekal kompetetif untuk tahun-tahun yang akan datang.
Alhamdulilah masih lagi diberi kekuatan untuk menghidupkan kembali blog ini. Memang sudah beberapa tahun tidak aktif. Namun begitu kecintaan saya pada dunia blog sebenarnya masih belum pudar. Buktinya saya masih lagi memperbaharui domain dot com pada setiap tahun walaupun pada tahun 2016 tiada satu pun artikel yang saya tulis manakala untuk tahun 2017 hanya ada 11 artikel di blog manakala 1 artikel berada didalam mod draft sehingga kini.
 |
Bila Encik Anif Menulis |
Untuk menaikkan semula semangat untuk kembali berblog pada tahun 2018, langkah pertama yang diambil ialah mengemaskini template untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Rasanya sudah banyak widget, keyword dan kod HTML yang sudah tidak releven yang masih ada diblog. Maka ia perlu dibersihkan.
Langkah kedua ialah penjenamaan semula blog daripada
Anif - Version 2.0 kepada
BEAM (Bila Encik Anif Menulis). Untuk menjawab kenapa perlu penjenamaan semula tentunya disebabkan oleh keadaan diri yang semakin liat untuk menulis. Jadi penjenamaan ini umpama program untuk memotivasikan diri sendiri.
Persoalannya ialah
Bila Encik Anif Menulis? Jawapannya mudah, apabila ianya dirasakan perlu :)