Himpunan Forwarding Email View RSS

blog ni menghimpunkan koleksi2 email yang saya dapat daripada member2. Email forwarding la.. Saja syok2 simpan segala email2 yang saya dapat dalam blog nih.. senang sikit nak cari dan kongsi dengan semua orang.. Kalau anda ada email2 menarik, mai la kongsi dengan saya dengan menghantar di mrzoab@gmail.com.. terima kasih.. ohohoho
Hide details



Perspective 30 Nov 2011 7:00 AM (13 years ago)

One day, the father of a very wealthy family took his son on a trip to
the country with the express purpose of showing him how poor people
live.



They spent a couple of days and nights on the farm of what would be
considered a very poor family.


On their return from their trip, the father asked his son, "How was the trip?"


"It was great, Dad."


"Did you see how poor people live?" the father asked.



"Oh yeah," said the son.


"So, tell me, what you learned from the trip?" asked the father.


The son answered:


"I saw that we have one dog and they had four.


We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have
a creek that has no end.


We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night.


Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon.


We have a small piece of land to live on and they have fields that go
beyond our sight.


We have servants who serve us, but they serve others.


We buy our food, but they grow theirs.


We have walls around our property to protect us, they have friends to
protect them."


The boy's father was speechless.


Then his son added, “Thanks Dad for showing me how poor we are."


Isn't perspective a wonderful thing? Makes you wonder what would
happen if we all gave thanks for everything we have, instead of
worrying about what we don't have..


Appreciate every single thing you have, especially your family and friends!


Pass this on to friends and acquaintances and help them refresh their
perspective and appreciation.


"Life is too short and friends are too few."

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Dulu dan Sekarang 30 Oct 2011 5:00 PM (13 years ago)


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Rumah Transformers 14 Oct 2011 8:00 AM (13 years ago)


Cantik rumah nih. Boleh bertukaq jadi kubu.

Tengok lagi gambaq kat bawah:













Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sakitttt... 30 Sep 2011 8:00 AM (13 years ago)


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tak Tau Nak Buat Apa 14 Sep 2011 8:00 AM (13 years ago)


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Shake Hand 31 Aug 2011 8:00 AM (13 years ago)


One day a British man asked from a Muslim scholar:

English man asked: ”why Muslim women are not allowed in Islam to shake a hand with men?”

The scholar said: “could you take the hands of Queen Elizabeth in your hands?”

English man said:” Of course not, only certain people are allowed to shake hands with the Queen”

The scholar answered: Our Ladies are Queen and the Queen won’t shake hands with strange men

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jadual Darah 14 Aug 2011 8:00 AM (13 years ago)

Sedikit pengetahuan mengenai darah.

Jadual darah di bawah menunjukkan jenis-jenis darah dan juga darah apakah yang boleh digunakan untuk menderma dan juga untuk diterima.


Boleh Menerima
Jenis DarahO-O+B-B+A-A+AB-AB+
AB+YAYAYAYAYAYAYAYA
AB-YAYAYAYA
A+YAYAYAYA
A-YAYA
B+YAYAYAYA
B-YAYA
O+YAYA
O-YA

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

34 Minit Sehari 31 Jul 2011 8:00 AM (13 years ago)


Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.


Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat. 

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Nama Panjang 11 Jul 2011 7:29 AM (13 years ago)

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu "W.TAUFIK WWW".

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : "Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?".

Taufik : "Saya Cikgu…" (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : "Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?".

Taufik : "Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..".

Cikgu Ajoi : "Takpe-takpe Taufik,cakap jer..".

Taufik : "Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…".

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu "BKBKBDB DIAN".

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab "saya DIAN Cikgu…".

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : "Dian ada abang di sekolah ini?".

Dian : "Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3."

Cikgu Ajoi : "Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?".

Dian : "Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN"

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jangan Klik 5 May 2011 12:41 AM (14 years ago)

Jangan klik butang merah tu...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Forkless Bicycle 28 Apr 2011 8:19 AM (14 years ago)


Canggih basikal nih. Lain daripada yang lain.

Lagi gambaq kat bawah:




Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Teloq Ubahsuai 12 Apr 2011 10:07 PM (14 years ago)

hah, lagi cerita pasai teloq nih. Kalau haritu heboh pasai teloq tiruan.

Kali ni saya nak tunjuk teloq yang diubahsuai plak.

Sesuai bagi orang nak buat hantaran ka, hadiah harijadi ka, buat hiasan dalam masakan ka iaitu teloq yang diubahsuai menjadi bentuk hati. Atau kata lain bentuk love la. Telow ni bukan teloq tiruan, tapi teloq tulen yang telah diubahbentuk ja.

Bawah ni cara nak membuatnya.


Langkah 1:
Sediakan bahan-bahan seperti getah dua apa ek. Penjodoh bilangan pun tak tau. 2 lai la senang. :D. Pastu sediakan kayu contohnya pensel ka, chopstick ka dan akhir sekali sediakan kertas kadbod atau pelepah pinang pun ok nih.

Langkah 2:
Letakkan teloq tadi atas kertas atau pelepah pinang tadi, pastu letakkan kayu tadi atas teloq tu pulak. Macam dalam gambaq tu la.

Langkah 3:
Ikatkan getah dikedua-dua hujung kayu tadi supaya teloq tu kekal dihimpit antara kertas dan kayu tadi.

Langkah 4:
Pastu tinggalkan beberapa lama. Dalam email ni tak bagitau pulak berapa lama teloq tu akan terbentuk camtu. Agak-agak ja la letak dalam sejam dua. Pastu baru bukak ikatan getah tadi tu.

Langkah 5:
keluarkan teloq tadi dari kertas tu. Walah!! cantik ja bentuk dia. Buleh ja teruih buat hiasan. Nak lagi cantik, potong macam dalam langkah 6.

Selamat mencoba.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Teloq Pelesu 7 Apr 2011 10:48 PM (14 years ago)

Wohooo...

Sekarang ni heboh pasai teloq palsu yang dijual dalam pasaran negara kita yang terchenta nih. Canggih tak canggih teknologi sekarang nih sampai teloq pun depa buleh buat.

Tapi secanggih mana pun teknologi depa nih, masih tak secanggih kuasa Allah lagi sebab teloq yang direkacipta oleh maknusia ni masih boleh dikenaipasti dengan agak mudah jugak la kalau kita perati betoi-betoi.

Bawah ni gambaq dia:

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kamera Simulator 20 Feb 2011 7:00 AM (14 years ago)


Bagi sapa-sapa yang suka ambik gambaq, yang bercita-cita nak jadi jurugambaq profesional, ataupun yang berminat nak beli kamera hat mahai-mahai macam dslr tu, tapi tak ada skill atau kreativiti untuk mengambil gambaq. Buleh cuba belajaq dalam satu website nih.

Website ni bukan macam tutorial ka apa ka, tapi lebih kepada macam simulator. Kiranya hampa buleh ambik gambaq secara online la. Kita buleh setting apa segala macam aperture ka, ISO ka apa ka yang orang selalu guna dalam teknik mengambik gambaq tu.

Jadi sebelum nak beli kamera mahai-mahai tu, buleh cuba belajaq kat sini dulu. Dah tere nanti buleh la jadi profesional photographer.

Ni website dia >> Kamera Simulator

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

LeBOSS 18 Feb 2011 6:29 AM (14 years ago)

leboss.. leboss... abih leboss duit aku... ehehe...

leboss ni nama restoran yang aku pi tadi dengan family. Makanan western ada, makanan melayu pun ada. Ni restoran melayu tapi dengan suasana moden ka apa ntah. Design dalaman kedai dia penuh dengan macam-macam barang perhiasan, dari bat besbol, sarung tangna besbol tu basikal racing, jersi kuning ltdl dan segala macam lagi la ada dalam kedai tu.

Servis ala-ala macam restoran macam secret recipe camtu. Harga pun agak melebosskan jugak la.. :D, tapi berbaloi dan puaih hati la.


 Atas ni gambaq nasik goreng kampung. Ni second time mai kedai ni, masa first time dulu tak order nasik nih, tapi dok nampak la orang lain order macam best ja, tu yang try order nih. Banyak gila nasik dia, dengan papedom 2 kepin, sate 2 cucuk, sambai belacan, dengan ulam raja pun dia bubuh. Sate dia besaq, kalau bagi sapa badan kecik tu, silap-silap, 2 cucuk sate ni pun dah kenyang sampai esok. :D.



Yang atas ni pulak ciken cop. Rasanya dalam banyak-banyak ciken cop yang aku penah makan ni kira nombot satu la. Kita siap buleh pilih 2 side dish untuk ciken cop ni atau mana-mana makan western yang lain. Ala-ala kenny rogers, nandos gitu. Side dish pun dia bubuh banyak. Makan side dish saja pun dah buleh kenyang la.

Aritu first time pi, memandangkan aku bawak anak aku hat kecik tu, depa bagi eskrem free. Ingatkan kali ni depa nak bagi lagi, tengok-tengok, tak bagi la pulak. Aritu tu dia bagi kot ada special occasion ka apa kot.

Huh, aku dok promot-promot ni macam la aku ada share kedai nih. Tarak aiih, owner dia pun aku xkenai, dia pun xtau aku tulih nih. Saja ja tulih sebab aku rasa puaih hati betoi makan kat kedai nih.. Ehehe...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jalan Kedamaian 31 Jan 2011 12:00 AM (14 years ago)

Tajuk macam gempaq ja, Jalan Kedamaian.... Huh...

Saja nak share gambaq jalan raya dengan pemandangan yang cantik. Rasanya kalau bawak kereta kat jalan ni mau boleh tertidoq tengah jalan nih. Tenang ja rasa.


 Lagi gambaq kat bawah.












Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tayar Tarak Angin 23 Jan 2011 7:21 PM (14 years ago)


Huhuuuu... tayar tarak angin. tensen.. tensen...

Dulu masa zaman bawak moto pi kerja, kerap la terjadi tayar pancit nih. Dua-dua eskali tayar pancit serentak pun pernah. Memang seksa. Huh.

Pengalaman bawak kereta pun pernah jugak sekali mengalami kejadian tayar pancit.

Tapi kalau dengan teknologi baru Michelin nih, mesti best. Tak gaduh nak pikiaq pasai nak bubuh angin tiap-tiap minggu ka. Tak gaduh nak pikiaq tayar pancit tengah jalan ka.

Sebab, memang tayar ni tarak angin... Ehehe...

tengok lagi gambaq kat bawah:










Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cadillac One 29 Dec 2010 12:01 AM (14 years ago)

Pernah tengok kereta kebal? Kadang-kadang dok nampak ataih hiway kereta kebai tentera yang bergerak mahupun yang tersadai tepi hiway sebab rosak. :D

Bentuk kereta kebai ni besaq-besaq. Kiranya besaq daripada saiz kereta biasa la.

Pernah tengok kereta kebai dalam bentuk kereta biasa?

Ni ada satu kereta kebai macam tu. Silap-silap, lagi kebai daripada kereta kebai hat selalu kita dok nampak tu. Kereta ni namanya Cadillac One. Kereta untuk presiden USA.

Tengok gambaq kat bawah. Ada cerita detail pasai kereta nih.



Sampai tahap kalau taya pecah pun, kereta ni buleh ja jalan dengan hanya ada rim dia saja. 2-3 kali bom baru buleh nak hancoq kot kereta nih.

p/s: nak try buat kereta aku jadi Viva One la...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Zaman Awal Komputer 20 Dec 2010 9:39 PM (14 years ago)


Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.
Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya bantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Mai San 15 Dec 2010 6:26 PM (14 years ago)

Huh, lama gila tak memosting dalam nih. Last post pun 31 Oktober. Bukan apa, besdey saya dalam bulan 11, jadi cuti sebulan la dalam bulan 11 tu menyambut besdey... ehehe.

Memandangkan dah tak tau sangat nak tulih apa, balon ja la apa pun nooo... :D

Bagi sapa-sapa yang tak tau lagi tu, pada 1 Disember 2010 yang lalu bersamaan 24 Zulhijjah 1431, isteri saya dah selamat melahirkan anak kedua kami seorang bayi lelaki.

Nak tengok gambaq? Klik la post ni untuk baca keseluruhan posting nih. ehehe....


Doakanlah supaya anak ni membesar dengan sehat dan menjadi anak yang soleh dan yang patuh pada agama dan taat kepada ibu bapa. huh.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cara Menentu Arah Kiblat 31 Oct 2010 6:35 AM (14 years ago)

Hah, bagi sapa-sapa yang berpindah ke rumah baru ka, ke pejabat baru ka. Bagi yang beragama islam, mesti kena cari arah kiblat dulu.

Nak tau arah kiblat ni, kita buleh ja tanya jiran kita yang dah lama duduk di kawasan baru yang kita pindah tu. Ataupun kita buleh gunakan kompas. Kalau lagi cekap, tengok ja bayang kayu yang dipacakkan di atas tanah.

Tapi macam mana kalau jiran-jiran kita semuanya bukan beragama Islam? Depa mesti taktau arah kiblat kita nih. Kompas pun kita takdak. Kompas ni dah la barang yang jarang-jarang orang guna. Kita nak keluaq beli kat mana pun taktau. Kena pulak musim hujan, cahaya matahari takdak, nak tengok bayang macam mana ek?

Macam ni caranya...

La ni kita buleh check arah kiblat di rumah atau pejabat kita melalui komputer kita ja. Janji kena ada internet la. yang mana ada guna apa-apa jenis smartphone pun buleh kot. Caranya ialah dengan masuk ke website ni >> http://www.qiblalocator.com/.

Masuk ja website tu, akan keluaq la peta macam kita dok tengok dalam google earth. Lagipun peta dalam website tu dipowerkan oleh google jugak.

Search atau cari la lokasi rumah atau pejabat kita tu. Pastu dalam peta tu akan ada satu line merah yang menunjukkan arah dari rumah kita ke arah Kaabah di Makkah. yang tu la arah kiblat kita. Peta tu menunjukkan pandangan atas dari rumah kita. Dari situ kita dah buleh tau arah kiblat rumah kita tu.


p/s: Kalau internet pun tarak, cuba la mana-mana cara di atas sampai buleh jugak. Takpun pi ja mana-mana masjid atau surau terdekat

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Anime Hang Tuah 22 Oct 2010 12:57 AM (14 years ago)

Selama ni, kalau sebut anime ja, mesti kita dok nampak Naruto la, Bleach la apa la. Kali ni, Hang Tuah pun akan dianimekan.

Anime ni adalah dengan kerjasama Finas dengan Jepun punya syarikat studio animasi Funcel. Kalau tengok dalam website ni (wakariikanmasenlol.com), kerjasaman ni dibuat sejak tahun 2007 lagi. Dijangka anime ni akan keluaq dalam tahun 2012.

Tajuk dia Satria - The Warriors Of The 7 Elements. Huh, mesti ada power-power nih. Tapi dia buat sikit ja la episod dalam 26 episod ja. Kalau ikut anime jepun betoi-betoi, mau sampai beratuih-ratuih episod.

Taktau la akan menjadi ka dak anime ni. Kita tunggu dan lihat saja.

Kat bawah ni ada lakaran bagi watak-watak dalam anime tu.

Watak-watak hero:

Watak-watak antagonis:

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cegah Nyamuk 17 Oct 2010 7:03 PM (14 years ago)

Ni aku dapat daripada emel. Cara senang dan murah nak bunuh nyamuk. Tak payah semboq ubat nyamuk, tak payah pakai ubat nyamuk letrik apa semua tu. Tapi jangan la hampa tak cuci tempat-tempat pembiakan nyamuk pulak. Cuci tetap cuci, baru la rumah dan persekitaran nampak bersih. Cewahhh!!!. :D

Cara dia senang ja.

Bahan-bahannya adalah (cewah, macam nak memasak plak):

bahan-bahan ni anggaran ja, hampa buleh masukkan kadar yang sesuai secukup rasa


Cara-caranya;
1. Potong botoi plastik tadi kat tengah-tengah. Potong elok-elok sebab kita nak pakai dua-dua bahagian.


2. Pastu tuangkan air panas kat bekas lain. jangan tuang dalam botoi tu, nanti kemek-kemek plak botoi tu sebab botoi tu plastik. masukkan gula merah ke dalam air panas tadi. Tunggu sampai sejuk, lepas tu tuang air gula merah tadi dalam botoi tadi. Tuang agak-agak setengah botoi tadi pun dah cukup.


3. Lepas tu bubuh ragi dalam air gula merah tadi. tak payah gaul hingga sebati. Bubuh ragi macam tu ja, tak payah kacau-kacau.


4. Pastu bubuh bahagian atas botoi yang kita potong tadi dalam bahagian bawah botoi yang kita potong tadi dalam keadaan terbalik macam corong.


5. Pastu balut keliling botoi tadi dengan kertas hitam ka apa-apa yang hitam la. Jangan la tutup bahagian atas pulak. klu tutup, camna nyamuk nak masuk.


6. Akhir sekali, letak la botoi tu kat mana-mana bahagian dalam rumah hampa yang hampa rasa ada banyak nyamuk tu. lama-lama, penuh la nyamuk mati dalam tu.



p/s: Aku sendiri pun tak pernah cuba. Klu hampa pernah cuba, bagitau la kat sini ek. Jadi ka tak jadi.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Maksud Hon 10 Oct 2010 10:04 PM (14 years ago)

Selama ni orang banyak dok kata, bunga, hidung, nama ada maksud-maksud yang tersirat. Ni nak habaq, bunyi hon pun ada maksud tersirat.

Kadang-kadang kan masa kita bawak kereta ka moto ka, sama ada kereta yang berselisih ngan kita ka, yang dok belakang kita ka dok bunyi-bunyi hon. Cara depa bunyikan hon tu ada maksud-maksud tertentu.

Ada yang bunyi pendek-pendek, ada yang bunyi panjang-panjang.

Baca lagi untuk tau maksud-maksudnya


1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap:
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BMI 4 Oct 2010 7:00 PM (14 years ago)

huh... lama tak memosting dalam nih... dah tarak idea.
ni posting first dalam bulan Oktober 2010. bagi sapa2 yang nak kira BMI atau Body Mass Index, try la kat bawah nih. Tengok hampa ni kategori terkurang berat ka, normal ka, terlebih berat ka.

yang mana kurang berat tu, banyak2kan la makan. yang terlebih berat tu, banyak2kan la bersenam dan kontrol pemakanan.



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?