Blog Henry Zackery a.k.a Encik Rizal View RSS

No description
Hide details



BIODATA HENRY ZACKERY - KISAH SERAM HOTEL 6 Sep 2015 11:32 AM (9 years ago)

Saya merupakan seorang Front Office di sebuah hotel di Temerloh pada tahun 2014, sudah menjadi kebiasaan saya berhadapan dengan berbagai jenis guest hotel yang datang. Kerana di bahagian Front Office merupakan department yang menggerakkan keseluruhan hotel. Ada guest yang senang di layan, ada juga yang sangat susah dilayan sehingga membuatkan department Front Office menjadi kucar-kacir.


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari saya masuk bekerja shift petang. Ketika jam menunjukkan hampir senja, ada seorang guest call daripada bilik menyatakan siaran astro biliknya rosak. Saya terpaksa naik ke tingkat 8 untuk restart astro keseluruhan hotel. Nak panggil housekeeping mereka semua sudah balik. Bilik astro di tingkat 8 betul-betul berhadapan dengan lift. Sampai je tingkat 8 saya masuk ke bilik astro untuk restart siaran astro keseluruhan hotel. Ketika saya sedang restart astro, saya perasan lift tadi mula bergerak turun kemudian bergerak naik semula. Yelah saya boleh dengar pergerakan lift tu sebab dekat dengan bilik astro.

Tiba-tiba lift bergerak ke tingkat 8 kemudian " TING!! " bunyi lift menandakan lift sudah sampai ke tingkat 8. Apabila lift terbuka, saya menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang naik tingkat 8 sedangkan tingkat 8 memang tiada bilik untuk disewa hanya ada bilik astro dan dewan kosong sahaja. Saya tengok tiada orang yang keluar daripada lift, hanya pintu lift sahaja yang terbuka.

Saya pada mula tidak memikirkan tentang hantu, saya siap je restart astro dalam 15 minit saya pun turun semula ke ground floor selepas saya pastikan yang siaran astro disetiap bilik sudah dibaiki. Memang ada rasa meremang bulu roma tapi saya buat tak tahu je sebab saya tak nampak lagi benda tu. Sampai je di lobby saya masuk ke tempat kerja saya di kaunter Front Office, tiba-tiba kawan saya di kaunter menegur saya " eh Ery, kenapa dengan tangan awak tu ? Teruknya !! ".

Saya tak faham apa maksud kawan saya sehinggalah saya melihat sendiri tangan saya. Nak tau tangan saya kena apa ? Tengok gambar dibawah, gambar dibawah merupakan gambar SEBENAR bukan edit.


Tangan saya ada kesan cakaran 3 baris yang panjang, gambar ini diambil selepas sehari kejadian. Cakaran ini lebih jelas ketika hari pertama, dari jauh dah boleh nampak dah. Saya memang pelik sebab kesan cakaran ini seperti dicakar sesuatu yang berkuku sangat panjang. Saya tak rasa sakit pun sepanjang kesan cakaran ini ada ditangan saya.

Apabila saya bertemu dengan seorang pengamal perubatan islam, beliau berkata ketika saya masuk bilik astro benda tu memang sudah ada tinggal disitu dan benda tu ingin berkenalan dengan saya. Ini merupakan salam pengenalan daripadanya. Kisah ini terjadi kira-kira pada bulan April atau May tahun 2015.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BIODATA HENRY ZACKERY - KENAKALAN ZAMAN KULIAH 2 30 Aug 2014 5:09 AM (10 years ago)

Ini pula sambungan bahagian ke 2 selepas kenakalan zaman kuliah bahagian 1. Banyak lagi kenangan yang ingin dikongsikan, kali ini pengalaman seram pula. Biasalah budak-budak duduk asrama mana boleh lari daripada cerita seram kan. Siapa yang pernah tinggal di asrama pasti ada cerita seramnya yang tersendiri. Lalu saya bersama rakan anggota penyeludup ( rujuk bahagian 1 ) menubuhkan pula pasukan seekers kami untuk menyelidik sama ada kisah seram di asrama kami ini benar atau hanya satu pembohongan. Biasanya yang join kumpulan seperti ini pasti akan ada yang betul-betul berani, separuh berani dan penakut. Tapi disebabkan ahli boleh dikatakan 7 orang yang aktif setiap malam, maka kami bergerak secara kumpulan dan akan berpecah apabila tiba lokasi.



1- Bunyi Piano Pada Waktu Malam

Gambar diatas ialah gambar pejabat guru diwaktu malam, seram bukan ? Ini merupakan bangunan paling lama dikuliah saya. Kami difahamkan ( macam wartawan pulak ) ada piano model lama disimpan ditingkat atas bangunan ini dan akan berbunyi dengan sendiri pada waktu malam. Maka saya dan rakan seekers lain pergi ke tingkat atas perpustakaan yang bertentangan dengan bangunan ini pada jam 1 pagi. Kami cuba dengar dengan teliti bunyi piano ke biola ke seruling ke tapi haram, tak dengar bunyi apa-apa pun.

Sedang kami cuba mencari bunyi piano yang disembangkan oleh senior kami, salah seorang rakan kami berlari turun kebawah. Kami pun apa lagi kan, orang cakap rezeki jangan ditolak, bunyi piano jangan dicari. Kami pun berlari juga ke asrama. Kami pun tanya la kepada beliau, kenapa tiba-tiba berlari ? Dia cakap dia ternampak ada orang tengah duduk didalam perpustakaan tempat kami lepak nak dengar bunyi piano tadi.

Sedangkan pintu perpustakaan ditutup pada jam 6 petang. Siapakah lembaga didalam perpustakaan itu ? Bagaimana beliau boleh masuk kedalam perpustakaan sedangkan perpustakaan ditutup jam 6 petang ? Dan yang paling penting ialah, bagaimana dia baca buku didalam suasana gelap tanpa satu lampu pun menyala ? Bunyi piano yang kami cari, tapi lembaga tengah study pula yang kami jumpa.

2- Dewan Peperiksaan Ada Toyol

Sembang lebat kali ini ialah didewan peperiksaan merangkap dewan badminton kami ada toyol. Apa yang nak diambil oleh toyol di dewan tersebut ? Maka kami menjalankan aktiviti PARAH-NORMAL kami dengan membawa mainan kesukaan toyol iaitu kacang hijau. Kami taburkan ditengah-tengah dewan dan kami menunggu diatas pentas sambil memakan cekedis dan makanan ringan lain ( macam tengah tengok wayang pulak ). Suasana pada masa itu sangat gelap dan hanya kelihatan dengan samar-samar kelibat kerusi dan meja di tengah dewan peperiksaan tersebut.

Sedang kami sedap memakan cekedis, salah satu kerusi ditengah dewan tersebut bergerak dengan sendirinya seperti ada yang sedang menarik. Kami mula berpuas hati kerana hajat untuk menangkap toyol semakin tercapai, kami berpindah ke pintu belakang dewan mana tau toyol tu nak lari kan. Kami menunggu lagi, tiada lagi kedengaran bunyi kerusi ditarik. Tiba-tiba kami dengar bunyi geseran tapak kaki betul-betul disebelah kami.

Disebelah tempat kami menunggu ni adalah pintu kaca untuk keluar dewan, bunyi geseran tapak kaki tadi disertai dengan bunyi nafas yang boleh tahan jugak la seram dia kalau dengar. Macam bunyi nafas kerbau yang disembelih. Kami pun tak sempat nak bukak pintu kaca tadi, semua dah tarik lajak 4x100 meter berpagar sampailah di asrama. Setibanya diasrama kami berbual sekejap mengenai apa yang kami alami tadi dan tidur. Rasanya malam tu sorang pun tak boleh tidur kot, pura-pura tidur ada la.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BIODATA HENRY ZACKERY - KENAKALAN ZAMAN KULIAH 1 29 Aug 2014 4:48 AM (10 years ago)

Sebut je zaman belajar dulu mesti ada memori dan kenangan yang tersendiri. Antara kenangan menarik yang saya ingin berkongsi disini ialah ketika menuntut di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar di Pekan Pahang. Bila diingatkan semula banyak kenangan yang boleh buat saya tersenyum sendiri, rasa nak semula menjadi seorang pelajar seperti dulu.



PAK CIK KANTIN

Siapa yang menuntut di kuliah ini pasti kenal pak cik kantin yang bernama pak cik Bakar. Bila waktu makan sahaja pasti akan hilang selera makan apabila pak cik Bakar yang sediakan lauk. Dengan muka bengis dan garang kelihatan seperti nak pukul orang. Tapi sebenarnya pak cik Bakar ni baik orangnya. Cuma apabila dia sediakan lauk untuk dimakan, hanya cukup-cukup ( ngam ngam ) sahaja tak boleh lebih. 

Suatu malam, saya bersama rakan lain yang berada di asrama membuat satu perancangan. Mungkin disebabkan lapar dan mungkin juga untuk memberi pengajaran kepada pak cik kantin supaya lebihkan makanan, kami menjalankan kegiatan yang dinamakan " Ops Bakar " pada waktu malam. Lebih 3 bilik mengikuti kegiatan ini. Orang pertama yang masuk ke dalam ialah Marzuki, kami memberikan penghormatan kepada beliau untuk masuk dahulu kerana mendengar kehebatan daripada sembang lebat beliau pernah lompat sungai Pahang tanpa terkena sedikit pun air. Bayangkan sungai punya besar dia boleh lompat. 

Habis semua barang kami ambik, aiskrim habis satu peti, telur ayam berbelas sarang, berpuluh tin sardin, sebaldi mihun dan macam-macam lagi. Anggota kegiatan ini sangat ramai, jadi tidak hairanlah kami mengambil banyak seperti mahu buka kedai runcit sendiri. Kegiatan kami tamat pada pukul 2 pagi, TETAPI masih ada operasi yang kedua. Operasi yang kedua diberi nama " pinjam roti canai sebakul ".

Roti canai ditempah khas daripada kedai diluar kulliah, dan taukey kedai tersebut akan menghantar roti canai yang menjadi sasaran kami itu pada jam 4 pagi. Maka anggota penyeludup kami bersiap sedia lagi mengawal sempadan kantin demi keselamatan ketibaan secara rasmi roti canai tadi. Tepat jam 4.30 pagi, sebakul roti canai yang kuantitinya beratus keping telah selamat di " pinjam " oleh kami.

Sedang kami kenduri sakan dengan hasil "pinjaman" daripada kantin tadi, warden dengan tiba-tibanya masuk kedalam bilik dan akhirnya tertangkaplah anggota penyeludup kantin yang ramai ni. Keesokan paginya selepas perhimpunan, kami dihadapkan dihadapan pak cik Bakar untuk memohon kemaafan, alangkah terkejutnya saya ingatkan pak cik Bakar nak maki hamun ke apa, tetapi beliau memaafkan kami dengan begitu mudah sekali disertai sedikit senyuman kambing. Kegiatan kami ini berlangsung banyak minggu sebenarnya, cuma saya skip cerita jadi pendek. Ada masa nanti saya akan kongsikan lagi pengalaman lain selama jadi pelajar dulu.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BIODATA HENRY ZACKERY - TAWARAN MENJADI EJEN FREEMASONS 4 May 2014 9:40 PM (10 years ago)

Seperti yang saya janjikan dulu, saya akan berkongsikan sedikit pengalaman saya ditawarkan menjadi salah seorang ejen Freemasons, didalam pendedahan ini saya akan menapis banyak perkataan seperti nama dan sesuatu yang menunjukkan seseorang individu mahupun kumpulan, peralatan dan sebagainya yang boleh dikatakan sensitif oleh sesetengah pihak. Tujuan pendedahan ini hanyalah untuk saya berkongsi pengalaman. Kerana bagi saya ini agak menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.

Masih ingatkah anda laman sosial Myspace ? Bukan Myspace yang ada sekarang ye, Myspace yang lama dulu-dulu, yang boleh buat background sendiri, buat music background sendiri dan template design sendiri. Saya mula menggunakan Myspace zaman tingkatan dulu-dulu.Apa yang menariknya Myspace zaman dulu ialah kita boleh berhubung terus atau direct kepada seseorang artis kegemaran kita tanpa perlu ditapis atau dijawab oleh PA mereka. Antara artis Malaysia yang saya berhubung secara langsung dengannya ialah Radhi Khalid. Bukan seperti Myspace dan Facebook Page sekarang nie, peminat hanya boleh mendapat tahu aktiviti dari artis kegemaran mereka selepas mengLIKE page artis tersebut. Kalau boleh hantar mesej pun belum tentu mereka akan balas dan yang balas pun ialah PA mereka.

Ketika saya mengenal Myspace, saya juga meminati music keras atau lebih dikenali sebagai Hardcore Music. Hardcore pun banyak cabang juga tapi tak perlulah saya jelaskan cabangnya disini. Antara kumpulan music kegemaran saya ialah Bring Me The Horizon dan Eyes Set To Kill.





Bukan dua kumpulan nie je saya suka, banyak lagi tapi nie sebagai contoh. Kawan-kawan saya di Myspace dulu ialah seramai 15K lebih dan 90 % daripadanya adalah kumpulan-kumpulan seperti contoh yang saya berikan diatas. Saya juga akan mengkaji setiap lirik lagu yang mereka nyanyikan, tajuk lagu mereka, nama kumpulan mereka dan aktiviti mereka. Saya akan mengkaji dengan berhubung secara terus kepada kumpulan berkenaan atau melaui group peminat kumpulan tersebut. Saya juga pernah bertanyakan kepada Eyes Set To Kill " kenapa kumpulan awak tidak berapa dikenali ramai seperti BMTH sedangkan awak ada dua orang perempuan cantik ? " Dan jawapan mereka " Mungkin BMTH bernasib baik dan tangan ghaib mereka kuat. "

Setiap kali saya online Myspace saya akan bertanyakan khabar dan aktiviti mereka secara direct. Walaupun bukan semua tapi saya akan tanyakan kepada kumpulan kegemaran saya sahaja. Banyak juga mutual friends saya bersama kumpulan yang saya minati ini. Walaupun saya meminati jenis music dan kumpulan begini, saya masih menjaga bahan yang saya terima. Sekiranya agak melampau, saya akan jadikan ia sebagai rujukan sahaja dan bukan ikutan.

Sehinggalah pada suatu hari, saya mendapat mesej daripada satu kumpulan yang bernama ********** dari Australia. Mesej pertama ialah sesi berkenalan kerana saya dan dia banyak mutual friends. Saya mula menyelidik latar belakang kumpulan ini yang meletakkan gambar ****** ( seorang tokoh perjuangan dikenali dunia ) sebagai picture profile mereka. Lama-kelamaan kami menjadi rapat sehinggalah mereka menawarkan saya sesuatu.

Mereka menawarkan saya untuk menubuhkan satu kumpulan penyokong music mereka di Malaysia dan saya dilantik untuk menjadi ketua kumpulan tersebut. Saya disuruh mencari seberapa banyak pengikut yang boleh. Pada mulanya tiada apa yang mencurigakan, sehinggalah saya diberitahu oleh mereka bahawa mereka akan ke Malaysia untuk berjumpa dengan saya dan pengikut yang lain.

Sebelum mereka tiba di Malaysia, mereka sudah menyatakan perjumpaan akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dan mereka pun membuka belang mereka dengan menyatakan bahawa saya perlu mengajar pengikut saya berpakaian, cara *****, **** pada rantai, ucapan dan macam-macam lagi yang memang saya tahu itu ialah sebuah gerakan Freemasons. Mereka juga berjanji kepada saya yang segala kemahuan saya akan dipenuhi sekiranya kumpulan yang saya tubuhkan ini menjadi.

Hari ketibaan mereka semakin hampir, dan saya menghantar mesej kepada mereka bahawa saya menolak sebulat suara permintaan mereka. Saya katakan saya hanya akan menyokong music mereka tetapi bukan gerakan bawah tanah mereka. Saya tolak dengan cara baik dan mereka juga menerima tolakan saya dengan cara yang baik. Akhirnya saya tahu bahawa gerakan mereka berselindung disebalik kumpulan music yang mereka ingin tonjolkan.

Sehingga kini, saya sudah tidap dapat mengaksess akaun Myspace lama saya. Saya cuba mencari mereka dan kawan-kawan lain di Myspace yang baru nie tetapi gagal. Sekian terima kasih atas pembacaan anda, banyak lagi peristiwa lain yang berlaku tapi saya skip dan tapis supaya entry menjadi lebih pendek, ringkas dan padat. Terima kasih sekali lagi, Assalamualaikum 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BIODATA HENRY ZACKERY - CINTA PERTAMA 3 1 May 2014 1:00 AM (10 years ago)

Kisa cinta pertama saya sudah masuk bahagian ke- 3. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membaca kisah cinta pertama saya BAHAGIAN 1 dan BAHAGIAN 2. Di bahagian ke- 3 nie sambungan dimana saya berjumpa semula si L di Kuantan ketika saya menyambung pengajian Diploma Business Studies saya.

Bila dah putus cinta, buat apa pun tak jadi asyik teringat si L. Saya kuatkan semangat saya ketika membuat Diploma di KIPSAS Kuantan. Saya cuba untuk melupakan si L dengan menyibukkan diri dengan aktiviti rasmi mahupun bukan rasmi. Aktiviti rasmi tu KIPSAS punya aktiviti la, yang tak rasmi tu aktiviti yang dibuat sendiri oleh saya dan rakan sebilik seperti Overnight di Teluk Chempedak dan sebagainya yang biasa dilakukan oleh remaja normal lain.

Ketika di KIPSAS saya ada seorang kakak angkat, dia pernah tanya saya kenapa saya asyik kelihatan tak happy. Saya ceritakanlah kepada kakak angkat saya yang saya nie baru putus cinta. Dia nak tengok gambar si L, saya tunjukkan kepadanya. Kakak angkat saya berhasrat untuk berjumpa si L untuk berbincang tapi saya halang. Saya cakap, tak guna lagi nak berbincang. Saya dah nampak semuanya dan kepercayaan saya kepada si L sudah tiada lagi.




Ada seorang kawan perempuan saya nie ( si A ) muka dia ada iras-iras Raja Farah yang pelakon TV tu. Si A cakap banyak lagi la bunga Henry, kenapa nak pening kepala fikir dia lagi. Saya perhatikan je si A nie macam ada gaya suka kat saya. Mungkin saya perah santan kot.

Si A ade seorang kawan lagi ( si Y ) kami bertiga boleh dikatakan rapat jugak la. Ada satu hari tu saya nak Overnight di Teluk Chempedak sebab kepala asyik nak fikir si L je. Saya nak ambil angin laut dengan kawan saya tapi si A dan si Y nak ikut. Saya tak setuju sebab diorang tu perempuan nanti apa pulak orang cakap. Hari Overnight tu tiba-tiba je si A dan si Y dah terpacak kat Teluk Chempedak. Esok harinya abang si A nie datang menyerang dorm saya sebab bawak si A keluar overnight.

Panas seluruh badan saya, saya membalas semula kedatangan abang si A dengan agak sedikit kurang ajar. Saya jelaskan dengan nada yang tinggi kepada abang si A bahawa adik dia yang datang secara tiba-tiba. Bukan saya yang ajak. Saya pergi dengan kawan lelaki tak tau pulak si A datang ke tempat kami. Abang si A bawak dua orang rakan yang lain kononnya nak belasah saya. Selepas saya habis bercakap saya cabar abang si A dan dua lagi rakannya untuk beradu kalau masih tidak puas hati dengan jawapan saya. Akhirnya abang si A dan rakannya selesai dengan cara baik kemudian keluar dari dorm saya ( tak sangka gangster jugak saya nie ).

Ok tu permulaan bagaimana kehidupan kolej saya di Kuantan. Kembali kepada tajuk utama, entah macam mana kawan rapat si L nie cakap si L ada di Kuantan menyambung pelajarannya di IKIP. Si L pun berhubung dengan saya semula dan kami mengaturkan perjumpaan di East Coast Mall Kuantan. Saya macam terkedu tak tahu nak cakap apa bila berjumpa si L semula, saya banyak bercakap dengan kawan si L pulak. Bukan apa, saya dah tak tahu nak cakap apa, nanti kalau cakap jadi pergaduhan pulak. 

Tapi saya dan si L ada jugak la mengambil gambar bersama di East Coast Mall Kuantan tu. Selepas habis je sesi perjumpaan kami saya serahkan satu bungkusan plastik berwarna hitam kepada si L. Saya cakap kat si L jangan buka selagi tak sampai hostel. Si L mengiyakan sahaja percakapan saya. Saya temankan si L dan kawannya berjalan sampai di MS Garden Kuantan.

Si L lambaikan tangan tanda beliau nak balik dulu, saya hanya mampu senyum dan perhatikan si L berjalan sampai la bayang si L tak lagi kelihatan. Sebenarnya walaupun saya senyum ketika itu, hati saya sedang menangis. Sebab bagi saya itu mungkin kali terakhir saya berjumpa dengan si L.

Bungkusan hitam yang saya bagi kepada si L tu isi dia sebenarnya hadiah-hadiah, surat-surat, dan baju yang saya simpan hasil pemberian si L ketika saya dan si L couple dulu. Sedih jugak masa nak bagi bungkusan tu kat si L tetapi tu lah cara supaya tiada lagi kenangan dari si L yang saya simpan. Dalam perjalanan saya pulang ke hostel saya ada rasa sedikit sebak lah jugak. Sebab bagi saya perjumpaan dengan si L di East Coast Mall Kuantan tu adalah yang terakhir dan segala barang kenangan saya dah pulangkan kepada si L. 

Jujur dalam hati saya masih sayangkan si L walaupun si L melakukan kesilapan dulu dengan mengkhianati cinta saya tapi apa daya saya. Kepercayaan saya kepada si L sudah hancur musnah, sayang sahaja tak cukup kalau saya sendiri sudah tak percaya kepada si L. Boleh ke sayang tapi tak percaya ? Boleh jalan ke perhubungan tu? Sebab tu saya buat keputusan untuk memulangkan semua barang kenangan si L kepadanya.

Esok harinya kawan si L menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan si L menangis selepas buka bungkusan hitam pemberian saya tu. Si L tak sangka saya masih menyimpan dengan baik pemberiannya walaupun sudah lama putus. Kawan si L cakap tujuan si L nak jumpa saya adalah untuk memperbaiki semula hubungan dengan saya.

Saya pun cakap kat kawan si L walaupun dah putus tapi barang-barang kenangan si L tetap saya simpan dengan baik, sebab saya masih sayangkan si L walaupun dah putus perhubungan. Tapi walaupun saya masih sayangkan si L, saya masih tak dapat terima apa yang saya alami dulu ketika di Stesen Bas Temerloh ( Rujuk bahagian kedua  ) saya rasa satu tamparan hebat apabila saya nampak si L dan si F jalan bersama-sama. Saya tanya semula kepada kawan si L bahawa boleh ke sayang tapi tak percaya ? 

Saya cuma berharap si L boleh meyakinkan saya semula selepas saya menyerahkan bungkusan hitam tu, tapi harapan hanya tinggal harapan. Si L seperti tidak bersungguh-sungguh meyakinkan saya.

Tahun 2012 ( kalau tak silap ) si L ada menghubungi saya katanya dia ingin cuba meyakinkan saya semula tetapi, seperti saya katakan tadi. Harapan hanya tinggal harapan. Satu mesej saya hantar bertanyakan khabar di pagi hari, dibalasnya pada malam hari. Kadang-kadang dah seminggu saya hantar mesej tapi si L tak balas. Boleh dikira berapa mesej sahaja yang dihantar si L dalam sebulan. Adalah dalam 4 - 5 mesej sebulan. Dalam mesej itu juga si L hanya bertanyakan perkara yang sama " dah makan? Buat ape tu ? " tiada kata-kata yang serius untuk memperbaiki hubungan.

Bagi saya si L mungkin sudah berjumpa lelaki terbaik untuk dirinya. Saya pun cuba lagi lah untuk melupakan si L. Bagi saya kalau betul- betul mahu serius dan sayangkan seseorang, bukan begitu layanan yang sepatutnya diberikan. Hari Raya tahun 2012 saya ikut kawan saya berhari raya dari rumah ke rumah.

Entah macam mana ada seorang kawan nie boleh pulak bagi idea pergi beraya ke rumah si L. Saya pun ikutkan sahajalah kerana masa tu hari raya kan. Sampai sahaja dirumah si L menyambut kedatangan kami di pintu. Kami dihidangkan dengan mihun goreng, tiba-tiba saya terdengar satu suara cakap " mee tu si L masak tau, penat dia buat dari pagi ." Habis je sesi beraya di rumah si L saya bersalaman dengan abang si L kemudian saya keluar tanpa menoleh lagi kebelakang ( macam drama TV pulak ).

Tambah sikit lagi, semasa di KIPSAS Kuantan, adik lelaki si L pun ada di Kuantan menyambung pengajian. Saya memang rapat jugak la dengan adik lelaki si L nie. Tiap kali terjumpa dengan adik si L di bandar Kuantan, saya mesti teringatkan si L sebab wajah adik lelaki si L nie ada iras-iras si L. Rasa nak peluk je adik si L nie kalau tiap kali terjumpa ( gurau je ), tapi lelaki dengan lelaki tak haram kan. Tapi janganlah buat benda bukan-bukan.  

Itulah dia bahagian ke- 3 iaitu bahagian terakhir kisah cinta pertama saya bersama si L. Kalau tak silap saya mula jatuh hati dengan si L tahun 2003 dan rasmi jadi couple tahun 2004 sehinggalah sekarang tahun 2014 saya masih ingat lagi kisah cinta pertama saya nie.

Apa-apa pun saya sudah lama maafkan si L, sekiranya si L sudah bertemu jodoh saya harap pasangannya tu akan jaga si L dengan baik. Si L nie lembut sebenarnya, suka dengan perkara baru, banyak berdiam diri dan banyak lagi la tentang si L yang saya tahu selama saya kenal dia. 

Terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi membaca kisah cinta pertama saya nie. Assalamualaikum

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BIODATA HENRY ZACKERY - CINTA PERTAMA 2 29 Apr 2014 11:24 PM (10 years ago)

Masuk bahagian ke- 2 kisah cinta pertama saya bersama si L, terima kasih kepada mereka yang membaca BAHAGIAN PERTAMA kisah cinta pertama saya. Biarlah pengalaman cinta pertama saya nie saya abadikan dalam blog nie. Ada masa nanti boleh jugak saya baca semula daripada saya simpan dalam hati nanti boleh terlupa pulak setiap episodnya kan ? Bagi yang sudi membaca saya ucapkan terima kasih membaca hasil karangan cinta pertama  saya ala-ala ombak rindu nie.

Okay kembali kepada tajuk, setelah saya dan si L secara rasminya menjadi pasangan kekasih, bermacam-macam perkara yang datang. Selepas kami rasmi bercouple, boleh dikatakan setiap hari selepas habis sesi persekolahan, jam 2 petang mesti saya dan si L akan dating di bandar. Tempat pertama dan wajib kami dating ialah KFC Bandar Mentakab. Biasalah dah couple, makan pun bersuap-suap. Makan tak banyak pun tapi sebab bersuap tu, kenyang macam makan seguni beras. 

Habis makan saya dan si L mesti pergi The Store Mentakab, saja pusing-pusing tengok barang. Kadang-kadang lalu tempat pakaian baby, saya mulalah bergurau ( paham-paham je lah ). Ada suatu hari tu si L ternampak bag perempuan yang ada kartun Emily. Sayang punya pasal, saya belikan untuk dia asalkan dia puas hati. Saya masih ingat lagi, pakaian pertama si L masa first dating dengan saya ialah baju kurung berwarna hitam merah.


                            
Waktu di sekolah, setiap hari saya lalu depan kelas si L, nak tunjuk muka yang kononnya saya sentiasa perhatikan dia. Ada satu malam tu, si L demam. Saya tau sebab saya call dia malam tu, apa lagi saya pun berlari pergi farmasi beli ubat demam dan nasi goreng untuk si L makan. Siap je saya beli semua tu, pagar sekolah dan asrama dah tutup. Saya gagahkan hati panjat pagar belakang sekolah, akhirnya saya dapat jugak bertemu si L dan serahkan ubat demam dan nasi goreng tadi. 

Hari valentine day ( betul ke ejaan tu ) saya pergi Bandar Mentakab beli jam perempuan ( kalau tak silap ) saya suruh amoi tu bungkus cantik-cantik siap dengan kad lagi. Malam tu pagar sekolah ditutup lagi, mungkin warden dah tau hari tu valentine day mesti balak-balak dari asrama lelaki nak masuk sekolah dan bertemu pasangan masing-masing. Tapi tu semua tidak menghalang saya untuk bertemu si L, saya terpakasa melalui sebuah rumah buruk yang dah lama ditinggalkan di sebelah sekolah semata-mata nak masuk pagar yang sudah dilubangkan oleh pelajar yang kerap ponteng sekolah. Bayangkan betapa seramnya saya terpaksa lalu sorang-sorang kat rumah buruk tu nak masuk sekolah. Sampai je di pagar tu, saya call si L untuk datang ke pagar dan mengambil hadiah valentine day dari saya tu. Segala penat lelah hilang bila saya nampak wajah si L senyum masa mengambil hadiah tu. 

Di sekolah pula, si L memberi saya sepucuk surat yang didalamnya tertulis lirik lagu Once - Dealova. Si L cakap bahawa hatinya sama seperti dalam lirik lagu tu. Dan ketika hari bertukar coklat ( saya pun tak ingat apa nama program nie ) si L memberi saya coklat disertai kad yang didalamnya tertulis HACKS bermaksud ( Hanya Aku Cinta Kau Seorang ).

Semua surat dan hadiah yang diberikan oleh si L dari tahun 2004 saya simpan sehinggalah tahun 2007. Tapi tu lah mesti ada jugak kenangan pahitkan.

Selama kami bahagia bercinta, seorang lelaki tingkatan atas daripada saya cuba menghalang cinta kami ( cewah ) dia selalu kacau si L sehinggakan si L suruh saya cakap kat lelaki tu jangan kacau dia lagi. Nama lelaki tu si F, dan si F kelihatan seperti faham bahawa saya ialah boyfriend si L. Ketika tu tiada apa lah yang terjadi. Saya sentiasa percayakan si L walaupun ada kawan-kawan yang beri maklumat yang si L nie curang. Saya cakap saya takkan percaya selagi saya tak nampak dengan mata sendiri.

Sehinggalah pada suatu hari, si L nak pinjam phone saya kerana phone dia rosak. Nak call family katanya, saya pun berilah kepada si L untuk digunakan selama satu hari. Malam tu saya bergayut pakai public phone je la dengan si L sebab si L dah pinjam phone saya. Keesokannya si L pulangkan kepada saya semula phone tersebut. Apa yang bagusnya phone saya nie, phone saya boleh save secara automatik nama yang sama dalam sim kad lain walaupun sim kad tersebut sudah dikeluarkan.

Saya check panggilan keluar dari phone saya ada nama si F, saya check lagi mesej keluar juga ada nama si F. Rupanya si L sudah berhubung dengan Si F dalam diam. Saya cuba dapatkan penjelasan si L tapi jawapan si L membuatkan hati saya makin hancur. Si L mengaku yang dia ada call dan mesej si F tapi hubungan mereka setakat abang angkat je. Walaupun sebenarnya saya dan si L tak bergaduh lagi selepas tu, saya masih tersentap dengan jawapan si L. Saya berfikir mengapa mahu berabang angkat sedangkan si L memang sudah ada abang kandung? Saya diamkan sahaja kerana tak mahu hubungan saya dan si L rosak.

Ketika di asrama, si F kecoh bercerita tentang perempuan yang dia sudah rosakkan di Genting Highland, si F sengaja buat saya panas dengan bercerita kuat sengaja nak bagi saya dengar. Dalam hati saya " bagaimana la si L boleb berabang angkat dengan si F nie, habisla girlfriend saya nanti ".

Si L juga menyatakan hasrat mahu handphone baru sebab handphone yang dia pakai sekarang bukanlah miliknya. Susah nak berhubung dengan saya katanya. Saya dengan sayangnya bawa si L pergi kedai handphone dan membeli handphone pilihannya. Tapi selepas kemunculan si F nie hubungan saya dan si L macam makin renggang. Dah tak selalu dating macam dulu. Asyik busy je si L. Saya cuma bersangka baik kerana sayangkan si L. Banyak kali sebenarnya kami bergaduh tapi baik semula. Gaduh paling lama pun seminggu lepastu baik semula. Si L juga berjanji dengan saya takkan berhubung lagi dengan si F.

Maka bermulalah titik hitam dimana hubungan saya dan si L putus. Saya dan si L sama-sama menyambung pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia di Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan Pahang. Kebanyakan pelajar disitu menaiki bas ekspress dari Temerloh ke Kuantan dan kemudian menaiki bas Bee Huat dari Kuantan ke Pekan. 

Dalam tempoh pengajian tu, adalah satu cuti tu semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing. Habis je cuti saya dan kawan-kawan yang lain berkumpul di Stesen Bas Temerloh untuk pulang ke Pekan. Dalam masa saya menunggu bas tersebut saya ternampak si L seperti sedang call seseorang. Si L tak perasan saya ada di situ, kemudian saya sengaja duduk di hadapan bas nak tengok si L naik bas dengan siapa.

Alangkah terkejutnya apabila si L lalu dihadapan saya bersama si F. Si F siap tolong bawakkan bag baju si L lagi. Panas dan menggigil badan saya rasa nak hentak sampai mati si F tu. Mereka betul-betul lalu dihadapan saya, si L masih tak perasan saya sehinggalah si F terpandang ke arah saya dan menegur " eh ? Henry ? " kemudian si L pandang kearah saya. Si L kemudiannya berjalan dalam keadaan yang cepat menaiki bas.

Saya sudah menggenggam penumbuk untuk dihayunkan kepada si F tetapi ditarik kawan saya si U. 

Si U kemudiannya menarik saya kesebuah kedai makan berhampiran untuk menenangkan saya. Air minum yang sampai saya hentak atas meja sambil membebel tak puas hati. Mata saya pun dah mula berair sebab tak sangka seorang wanita yang saya sayang dan percaya akhirnya mengkhianati saya. Maka disitulah berakhir hubungan saya dengan si L selepas semuanya sudah kelihatan.

Si U menenangkan saya, si U juga tahu semua kisah cinta saya dan si L. Kemudian si U cakap " kalau betul dia sayang ko, tak mungkin dia akan buat macam nie. " Saya pun mulalah berfikir mungkin saya tak sebagus si F, yelah orang mesti nak yang terbaik kan. Jadi saya anggap saya bukanlah yang terbaik di mata si L.

Disebabkan kisah ini jugaklah saya membuat pengajian Diploma Business Studies ketika sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia pada masa yang sama kerana tak nak lagi berjumpa dengan si L di Pekan dan saya cuba untuk melupakan si L ketika membuat Diploma di Kuantan.

Maka berakhir lah sudah kisah cinta ombak rindu saya dengan si L. Dalam membuat Diploma, berat jugak kepala saya kerana asyik teringat si L yang mengecewakan saya. Terima kasih kepada yang membaca kisah cinta pertama saya nie. Ada masa lagi saya akan sambung kisah saya bertemu semula si L di Kuantan ketika membuat Diploma. Assalamualaikum

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BIODATA HENRY ZACKERY - CINTA PERTAMA 1 29 Apr 2014 2:41 AM (10 years ago)

Cerita tentang cinta pertama atau pandang pertama saya pula bagi saya menarik la juga sebab nie cerita cinta saya kan, sebab tu saya cakap menarik. Terima kasih saya ucapakan kepada mereka yang membaca biodata pendidikan saya sebelum nie. Kali nie saya nak cerita tentang cinta pertama saya. Dimana saya mula mengenal cinta dan kenapa berpisah. Bagi yang terdekat mungkin kenal, tujuan saya menulis cinta pertama saya nie bukanlah untuk membuka kesalahan lama, cuma mahu dibuat kenangan dalam blog saya nie. Mana tahu dah tua-tua nanti boleh baca balik kan ?

Saya mula mengenal cinta pertama saya  di Sekolah Menengah Agama Al- Khairiah Temerloh Pahang, pada masa mula-mula masuk sekolah tu masih tak bertemu lagi dengan si dia ( saya gantikan nama dengan si L ) sehinggalah pada suatu hari saya ternampak si L nie turun tangga depan bilik guru. Mula-mula sekali ayat yang terkeluar dari hati saya ialah " cantiknya... mesti da ade boyfriend nie " saya pun hanya memasang hasrat tengok dari jauh je la, nak ayat jadi girlfriend memang saya sedar diri saya siapa masa tu. Mana lah perempuan pandang saya masa tu.

Setiap hari saya cuba nak melihat si L dari jauh tanpa disedari si L nie, yela kalau dia nampak saya asyik pandang dia je nanti mesti dia rimas dan menyampah dengan stalker macam saya nie. Jadi saya hanya pandang dari jauh dan cuba jugak la selidik latar belakang si L nie secara diam- diam. Apa yang saya dapat tau si L nie sudah lama kehilangan bapa kesayangannya akibat kanser tulang. Saya pun mula la berangan masa tu, dalam hati saya cakap " jangan risau L, saya ada untuk menjagamu " cewah yelah budak-budak lagi. Konon nak kawen terus la masa tu nak jaga dia.





Tapi apakan daya, saya hanya seorang budak sekolah biasa, tiada seorang perempuan pun yang nak pandang saya masa tu ( form 3 kalau tak silap ) saya hanya mampu pandang si L dari jauh, berangan-angan nak jadi suami dia, nak jaga dia dan macam-macam lagi lah. Bila ada lelaki tegur dia, saya ada rasa geram la jugak tapi kenapa saya nak geram kan ? Bukan girlfriend saya, jadi saya terpaksa relakan je la mata saya melihat lelaki berborak dengan dia. Saya pendekkan cerita, sehingga suatu hari saya ternampak si L sedang basuh tangan, masa tu saya ada di belakang si L tak jauh dari si L nie la. Tapi terjadi salah faham pula sebab masa saya dibelakang si L, ada seorang kawan saya nie buat lawak disebelah saya sehingga saya tergelak kuat sampai si L terdengar. Jadi Si L ingat saya gelakkan dia, sedangkan saya tergelak sebab kawan saya buat lawak.

Lalu si L berlari pergi dari situ dalam keadaan macam menangis la sampai tutup muka, saya pun panik la kan. Apa saya sudah buat nie, saya pun masuk la kedalam kelas dengan hati yang tak berapa nak sedap sebab nampak si L macam menangis sebab saya. Tiba-tiba datang seorang kawan si L nie kepada saya dalam keadaan marah. " ko buat ape kat L ha ? " ayat kawan si L yang keluar marah kepada saya. Saya makin panik, tak tau nak jelaskan macam mana jadi saya pun terkeluar pulak ayat " malam nie saya jelaskan dengan L boleh ? jumpa malam nie belakang pejabat pengetua  ye. " Dengan hati kering tiba-tiba saya ajak si L jumpa kononnya nak jelaskan salah faham tadi.

Kawan si L pun setuju, dan saya macam tak sabar pulak nak habiskan sesi persekolahan masa tu, tak sabar nak tunggu malam nak jumpa si L, berdebar pun ada. Bila hari dah mula malam ( jam 8 lebih ) jantung saya makin berdebar, macam nak tercabut dah rasa. Belum jumpa lagi tu. Saya tunggu di belakang pejabat pengetua, dalam tempoh menunggu si L datang tu, jantung berdegup laju macam nak tercabut. Tiba-tiba nampak si L dalam perjalanan ke arah saya, degupan jantung saya masa tu laju tak terkata. Macam nak pengsan rasanya bila saya dapat berjumpa dengan si L secara peribadi.

Saya pun mulakanlah perbualan dengan menceritakan hal sebenar kenapa saya tergelak masa dibelakang si L nie, saya jelaskan semuanya yang saya tergelak sebab ada kawan buat lawak disebelah saya. Akhirnya si L faham dan kemudiannya entah macam mana saya boleh tercakap " buat apa saya nak bergaduh dengan awak, sebenarnya saya sayangkan awak tau " terkeluar ayat Ombak Rindu tiba-tiba. Masa tu saya rasa macam bodoh sangat macam mana saya boleh tercakap benda tu. Saya lihat si L hanya berdiam diri kemudia si L cakap " esok datang sekolah tau, jangan ponteng. "

Saya pun hanya mengiyakan sahaja apa yang si L cakap tu, kemudian kami bersurai. Selesai masalah, tapi saya terfikir banyak kali kenapa saya boleh terlepas cakap sayang kat si L tadi dan apakah motif Si L cakap kat saya esok datang sekolah jangan ponteng ? Adakah dia ambil berat tentang saya selama nie, dia mcam tau je saya kadang-kadang ponteng ? Mulalah saya perasan atau perah santan seorang diri.

Kemudian dipendekkan lagi cerita, saya berjumpa si L dan cakap kat dia saya nak jumpa petang nie kat luar sekolah. Kami pun set tempat berjumpa di KFC Bandar Mentakab. Saya pun order la set ayam goreng untuk dua orang, si L sudahpun tunggu kat tingkat atas KFC tu. Saya bawak makanan naik tingkat atas dan duduk berhadapan dengan si L. Sebelum kami mula makan, saya keluarkan sebentuk cincin silver dan saya pegang cincin tu berhadapan dengan si L. Masa tu hanya kami berdua je di tingkat atas KFC tersebut.

Kemudian keluarlah ayat Ombak Rindu saya " L, saya sangat sayangkan awak selama nie tau, awak sayang saya tak ? " kemudian si L cakap sambil senyum manja " sayang... " kemudian saya sarungkan cincin tu ke jari si L. Dan saya pun keluar ayat Ombak Rindu lagi " Awak jangan tinggalkan saya tau, cincin nie bukti kita dah couple start hari nie. Awak jaga elok-elok tau cincin nie. "  Segar lagi dalam ingatan saya kata-kata dan suasana ketika ini, KFC Bandar Mentakab menjadi saksi bermulanya cinta saya dan si L.

Itulah serba sedikit cinta pertama saya, InsyAllah akan saya sambung lagi cerita cinta pertama saya nie. Nampak macam tak logik kan tiba-tiba saya dan si L couple kan ? Tu lah orang cakap, cinta itu buta, cinta tak mengenal siapa. Selepas kami couple, macam-macam dugaan yang datang tapi kami tetap harungi bersama. Berpeluh taip entry nie, InsyAllah saya akan sambung lagi cerita cinta pertama saya nie. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BIODATA HENRY ZACKERY - PENDIDIKAN 26 Apr 2014 9:46 PM (10 years ago)

Pengenalan penulis dan pemilik blog, saya pun sebenarnya tak suka sangat nak cerita pasal diri sendiri kat dalam blog saya nie. Tetapi ada seseorang suruh saya berbuat demikian maka saya pun buatlah. Bukan apa, beliau juga seorang yang baik dengan saya jadi saya ikutlah kehendaknya kali nie. Lagipun dah bertahun-tahun blog nie wujud tapi saya tak perkenalkan diri saya. Macam ramai je yang nak baca kan ?

Pemilik gambar dibawah ( Saya ) memang nama dia Henry, nama penuh ? Nantilah masa akad nikah nanti Tok Kadi beritahu pakai microphone. Satu masjid boleh dengar. Saya dilahirkan di Hospital Besar Mentakab Pahang Darul Makmur. Sekarang hospital tu dah berpindah ke HOSHAS di Temerloh. Saya juga menetap di Temerloh Pahang. Umur saya 25 tahun pada 21 June 2014 yang bakal tiba nie.





Latar Belakang Pendidikan

Mungkin kalau dilihat pada gambar saya diatas, kelihatan tidak sesuai dengan latar pendidikan saya. Tapi itulah pepatah dan pepatih mengatakan jangan menilai seseorang pada sifat luarannya. Pendidikan saya dari kecil sehingga sekarang boleh dikatakan 99 % berkaitan dengan agama. Bukanlah saya nak beritahu saya nie bijak bab agama, cuma apa yang saya nak terangkan disini ialah sesiapa yang pernah berjumpa dengan saya secara berhadapan memang tidak akan menjangkakannya jika dilihat dari sudut penampilan saya.

- Tahun 1994

Saya bertadika di Taman Tadika Sagumpas Temerloh. Kalau sekarang nie mungkin tak wujud lagi, belakang syarikat jualan Perodua Temerloh. Saya pun tak berapa ingat ketika di tadika nie, apa yang saya tau makan - tadika - tidur.

- Tahun 1995 - 2001

Saya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Al- Mukmin Temerloh Pahang. Belakang pasaraya Cowboy Temerloh, sekolah nie memang berdekatan paya. Bila musim hujan je sekolah banjir. Disinilah bermulanya saya mengenal huruf jawi dan bacaan Al- quran. Tak cukup dengan itu, saya juga semakin tertarik untuk mempelajari Al- Quran dengan mengambil Kelas Fardhu Ain di Pusat Pengajian Agama Kg. Batu Satu KAFA pada waktu petangnya pula. Saya juga berlumba-lumba dengan rakan-rakan lain untuk azan solat asar bila habis waktu kelas KAFA. Bila tiba bulan Ramadhan pula, saya dan rakan-rakan yang memenuhi saf belakang imam, orang tua pulak duduk belakang. Boleh dikatakan pada umur inilah saya sangat mencintai ilmu agama sehinggakan saya pernah terfikir untuk membeli satu papan hitam untuk mengajar keluarga saya pula dirumah.

Dan pada usia inilah pada suatu malam, saya bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W di sebuah bandar batu- bata seperti bandar Arab zaman dahulu. Saya berada di sebuah jalan yang menurun dan di kiri dan kanan saya semuanya rumah batu-bata seperti kota Arab zaman dahulu. Sedang saya terpinga-pinga dimanakah saya, tiba-tiba datang seseorang berjubah putih kearah saya sambil ditangan kanan dan kirinya memegang seekor kambing berwarna putih dan hitam.

Tiada sesiapa pun di situ melainkan hanya kami berdua. Baginda memperkenalkan dirinya bahawa baginda ialah Nabi Muhammad S.A.W, kemudian baginda membawa saya berjumpa dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Apa yang buat saya menangis setiap kali teringatkan mimpi ini ialah, Nabi Muhammad S.A.W memegang bahu saya dari belakang seperti hendak memeluk saya dan baginda berkata kepada Saidina Abu-Bakar As-Siddiq dalam keadaan sambil memeluk saya " Ini sahabatku " merujuk bahawa saya ialah sahabat baginda. Siapa yang tidak sebak jika Nabi Muhammad S.A.W mengatakan saya sahabat baginda kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kemudian saya bersalaman dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Selepas itu saya tidak ingat apa-apa lagi, bila saya bangun dari tidur saya rasa pipi saya basah, rupanya saya sedang menangis dalam tidur. Waktu saya terjaga tu waktu nak masuk solat subuh, saya terus memanggil mak dan ayah saya yang kebetulan ada diruang tamu sedang menunggu solat subuh. Saya ceritakan semuanya kepada mak ayah saya, mereka terkejut dan bertanyakan pada ustaz yang berdekatan, jawapan ustaz itu ialah memang benar apa yang saya mimpikan itu sememangnya Nabi Muhammad S.A.W.

- Tahun 2002 - 2006

Saya bersekolah di Sekolah Menegah Agama Al-Khairiah. Disini bermulalah saya meminati sukan Badminton dimana saya menjadi juara di peringkat Zon 3. Dan disini jugalah saya bertemu cinta pertama saya, tetapi itulah orang cakap pergi sekolah belajar bukan bercinta. Hubungan kami akhirnya putus di tengah jalan.

- Tahun 2007

Saya mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Kuliah Sultan Abu Bakar di Pekan Pahang, bersebelahan dengan istana Sultan Pahang. Disini pula saya mula tertarik dengan kisah-kisah mistik di sekolah saya dan juga di sekitar bandar Pekan nie. Saya siap ada kumpulan sendiri untuk mencari hantu-hantu nie pada malam hari. Banyak jugalah pengalaman saya ketika itu antaranya ialah kerusi dan meja bergerak sendiri seperti ada orang sepak di dalam Dewan Peperiksaan dan juga kedengaran bunyi tapak kaki tetapi tidak kelihatan orangnya walaupun bunyi tapak kaki tu sudah pun berada disebelah saya.

- Tahun 2007 - 2009

Pada waktu yang sama mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Pekan Pahang, saya berulang-alik dari Pekan ke Kuantan menyambung pengajian saya dalam bidang Diploma In Business Studies. Kiranya pada waktu ini saya buat dua pengajianlah, satu Sijil Tinggi Agama Malaysia di Pekan dan satu lagi Diploma Business Studies di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( KIPSAS ) Kuantan Pahang. Tapi masa saya lebih banyak habis di KIPSAS dalam membuat Diploma nie. Di KIPSAS juga saya mengikuti kawan-kawan yang lain mencari perkara mistik-mistik nie. Bilik tingkat atas sekali yang dilarang oleh warden untuk sesiapa pun mendekatinya selamber je kami masuk. Masa tu kami buat macam program Seekers kat NTV7 tu, letak kamera di ruang tamu dan sukarelawan akan duduk didalam tanpa ditemani sesiapa pun. Tapi masa tu mungkin agak kecut perut jugak, maka diletakkan dua orang sukarelawan di dalam bilik tersebut bersama dengan kamera. Sukarelawan itu ialah saya dan Hasnal ( Nama Sebenar ) masa tu saya dan Hasnal dengar suara memanggil dengan sayup-mayup suara kawan saya tu " Hasnal ~ Hasnal ~... " keesokannya Hasnal demam dan tidak mengikuti kelas pengajiannya kalau tak silap saya 3 hari.

Tahun 2010

Saya mengambil Sijil Basic Safety Training dan Sijil Tanker Familiarization di Manjung Perak bersama-sama dengan Kapten Tentera Laut Diraja Malaysia Perak. Masa dalam kelas biasa je, bila latihan di air habis la kami semua kena belasah dengan latihan berat yang disajikan. Sampai nak tidur pun kaki jadi kejang dan tak lena tidur sebab badan sakit-sakit sebab latihan yang sangat berat.

Itulah serba sedikit tentang saya dan latar pendidikan saya, ada jugak terfikir nak sambung degree tapi biarlah dulu. Mungkin lepas kawen nanti kot. InsyAllah <3



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

SITEMAP 14 Aug 2010 5:35 AM (14 years ago)

Loading TOC. Please wait....

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?