
Assalamualaikum,
Dek kerana terliur sangat tengok orang makan Keria Gula Melaka yang dari Melaka tu kan.. aku tekad untuk buat sendiri juga.
Resepi ni aku guna resepi
Kak Azlita masam manis yang sangat manis orangnya.. kak Azlita ambil resepi Chef Hanieliza.
Terima kasih.. semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat akak2 kita berdua.
di bawah disertakan resepinya.
 |
ini terlebih gula sudah.. kerianya sikit je.. gula lebih.. hihi.. manih letting.. |
KUIH KERIA
By: Chef Hanieliza
Source: 1 Hari 1 Resepi
500 gm keledek ( aku pakai keledek putih- konon2 nk ikut betul2 macam Keria Antarabangsa Melaka tu.. hhehe)
1 cwn tepung gandum
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng
1 cwn gula ( tukar gula melaka)
1/2 cawan air
"DO IT YOURSELF"
Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil
Masukkan keledek, garam dan air secukupnyer ke dlm periuk dan rebus hingga empuk.
Setelah empuk, angkat, toskan airnyer dan lecek keledek hingga lumat.
Gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng dlm minyak panas hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknyer
Kemudian dlm kuali lain, masak gula hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih yg telah digoreng tadi. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan.
Untuk mendapatkan kuih keria gula melaka, tukarkan aje gula pasir tu kepada gula melaka.
Selamat Mencuba.
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahu.. lamanya aku tak update blog weh... wahhhhh setahun lebih...??? ohh nooo
ada ke lagi sahabat sahabat alam maya ku yang dulu dulu seangkatan yang masih aktif .. mesti ada punya, nanti sat nak pi terjah la.. ketuk pintu Assalamualaikum, agak2 kenal ke tak lagi.. hihi..
So apa nak kemaskini?
yaa.. 2 hari lepas Hari Lahir aku.. umur dah makin meningkat weh...
sebenarnya hari lahirku ialah.. hari untuk aku menghargai ibuku.. Mama..
mama yang terhebat. Terima kasih mama kerana tanpa mu dengan izin Allah aku tidak berada seperti ini sekarang. Alhamdulillah atas segala kurniaanMu ya Allah... minggu lepas sebenarnya baru balik kampung! seronok! tenang! damai semua ada! Rindukan Ammar juga dapat duk lepak dengan Ammar beberapa hari best sangat ! wangiii jeee... siapa Ammar? hehe.. nanti kita cerita k! =)
Alhamdulillah Allah kasi peluang dapat bersama dengan mereka walau untuk seketika. Semoga Allah sentiasa memberikan peluang yang berkualiti untuk kami sentiasa bersama sama.
Semalam pun best! sekarang kan tengah Olimpik! aku peminat badminton ni memang tak lepas peluang la sokong kan... semalam bergu campuran kita tewas dengan Indonesia di peringkat akhir! tapi bagi aku tidak mengapa! mereka kalah bermaruah! mereka telah cuba sedaya upaya apakan daya Indonesia lagi hebat kan.. tidak mengapa, mereka telah tamatkan kemarau tanpa pingat acara badminton untuk Malaysia bagi acara bergu campuran. Bukan itu sahaja! mereka bukan sahaja mendapat pingat Perak, malah mereka adalah bergu campuran pertama yang berjaya masuk ke suku akhir, separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir! berjuta juta kali tahniah untuk pasangan bergu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di Olimpik Rio 17hb August 2016. Anda tidak kalah! anda Menang! Menang!
Nak cerita Raya dah lepas pula... sampai hati aku kan.. lansung lupa belog!
takpe la ada hawa2 sikit lagi Raya tu.. Selamat hari raya maaf zahir batin untuk pembaca dan kawan2 blog yang masih kenal ku.. hehe.. nanti kita sambung raya haji nanti plak k..
ok, kita kemaskini cerita itu sahaja dulu k..
nanti letak gambar.. biar gamba berbicara seketika.. =)
love muchossss...

Ini yang best tengok semalam.. ok apa dapaat Perak!! ada pula la duk viral pagi ni.. akhbar Kosmo, di kali highlight panas plak pagi, adaka katanya depa dua pemain ni, hampakan jutaan rakyat Malaysia??? weehhh.. kami ok la, kami suka yang depa dapat masuk final pun tak abis lagi.. aisshh x sempat nak berasa hampa la weh.. depa dah cuba yang terbaik weeehhh.. im proud lagi ada lah! susah payah depa weh... hargailaaa sekurang kurangnyaaa... humm... ( eh.. emo plak!)
Gamba raya sikit je kasi.. ini dengan sahabat2 BAM... semua PA hehehe.. tq Ecjah jadi tuan rumah. =)
~ sandwich roti whole meal... bekal dan bisnes ~
~nasi kerabu in da housee.. buat hujung minggu lalu tempahan kawan kawan~
ate.. ghopenyaa... ate banyak beno tumissnyaaa... eh... hehe.. nampak 2 pinggan tu, ini untuk jiran ni.. kasi sekali pinggan lama dah.. huk huk..
~ini satu lagi pasangan harapan.. kebanggaan! #malaysiaboleh
~ masak salmon grill with caramel onion masa tengok badminton bergu atas tu.. hehe
~ 2 hari lepas buat fisio lagi.. demi kepasang kaki yang sempurna... Insya Allah moga Allah permudahkan... humm lama juga nak sembuh sepenuhnya.. nanti2 aku cerita apa jadi.. hum..
semoga ketemua lagi ya! Insya Allah.
selamat pagi!!
14 May 2015 3:04 PM (9 years ago)

Assalamualaikum,
Apa khabar semua kawan2..
selamat pagi...
Jgn lupa ambil sarapan pagi yaa..
semoga hari kita semua dipermudahkan da. Dirahmati Allah...

Assalamualaikum,
kata seorang sahabat, dia dah ketagihan yang amat teruk..
ketagihan apa tau...?
ketagihan makan brownies!!!
wahhahahahaha....
macam macam ketagihan dalam dunia ni...
kebelakangan ni, asyik buat brownies je, hari2 brownies..
brownies pula kedut2..
alhamdulillah..
kedut tang brownies je cukup ok...
jangan pergi tang mukaa yaa..
oh no.. no no..
Qaseh Gold
13 Oct 2014 6:52 PM (10 years ago)

Bismillah...
Assalamualaikum...
Inilah Qaseh Gold keluaran Ana Edar...
untuk rujukan sahabat sahabat saya yang sedang mencari cari maklumat tentang Qaseh Gold ini... yang sangat
sesuai untuk seisi keluarga..
Qaseh Gold Kekanda
Qaseh Gold Adinda
Qaseh Gold Junior
Qaseh Gold Sole
4 jenis Qaseh yang so so sooolaris..
mengapa perlu pilih Qaseh Gold?
Kerana ianya Suci lagi bersih Bersih
Kerana ianya Halalan Toyyibba
Kerana ianya buatan muslim tempatan yang sangat menitikberatkan soal kebersihan
Kerana ianya adalah Pemakanan Sunnah
Kerana bahan bahan yang terkandung di dalamnya adalan bahan terpilih dan terbaik
Kerana ianya sumber pelengkap bagi tubuh badan kita
dan..... banyak lagi.. =D
Qaseh Adinda.. adalah untuk para para wanita, anak dara, ibu ibu semua pun boleh mengamalkan Qaseh Gold Adinda...
banyak sungguh khasiatnya... =)
Qaseh Gold Kekanda untuk jejaka jejaka di luar sana yang amat mementingkan kesihatan dalaman
ini lah pemakanan tambahan yang anda semua cari selama ini...
Khasiat yang terkandung dalam satu botol Qaseh Gold Kekanda cukup untuk memenuhi keperluan harian anda.
Qaseh Gold Junior untuk kanak kanak seawal 1 tahun dah boleh mengamalkannya...
ajari anak anda mengamalkan pemakanan sunnah di usia yang paling muda..
namun, tidak pernah terlewat untuk mencuba sesuatu yang bagus ini.. =)
Jadi, lengkapkan pemakanan anda dengan pengambilan Qaseh Gold ini.
Sekeluarga pun boleh merasai kehebatannya Qaseh Gold..
Insya Allah.. dengan izin Allah semuanya..
=)
SMILE
24 Sep 2014 9:00 PM (10 years ago)

Assalamualaikum...
Lets smile..
Mari senyum...
Dan sebarkan kegembiraan untuk semua...
Senyumlah dari hati...
Dunia mu berseri. ..
Bismillah...
Ianya ialah Blueberry cheese tart...
Wajah cantik ramai tertawan
Mungkin kerana rasanya yg menawan
Namun hati hati semua kawan kawan
Jangan sampai kena sawan..
Astaghfirullah.... itu la akibatnya nk samakan yg belakang... pantun la konon.. maaf jgn ada yg terasa ya..
Sedang buat chese tart ni...
Tempahan dari sahabat..
Lama x kemaskini pasal cheese tart ni..
Boleh la kita kongsi gambar2 si gebu ni..
Alhamdulillah..
Buat dari hati penuh kasih sayang ni..
Terima kasih..
Setakat ini dahulu..
Ada jiran tekan loceng...
Ni mesti nk kasi makanan..
Hahahaha... penuh harapan je.. huhuhu. .
Wassalam...
Bismillah...
Terharu je.. bila buka belog tgok ada kawan2 komen
Belog ini masih lagi dikunjungi juga sebenarnya...
Zafira Nabilah... Rohani Hashim.. kak Zakie adalah orang lama yg aku kenali sejak awal aku bergelumang dgn belog... dr dulu hingga kini.. depa sentiasa ada..
Ya Allah... hubungan ini Allah jugalah yg rancang dan atur... syukur..
Ramai lagi kawan2 blog lain yg dari dulu kenal sampai skrg masih ada...
Kak ayu.. mimy, akak KA , bitt , miloais, kakcik, fara, uncle, GB, k munna,k liza, KT... dan ramai lagi.. kenal di belog sampai leh jumpa2 di luar pun ada
Itu la hubungan di belog yg blandaskan keikhlasan pasti berpanjangan. .
Tp diri sendiri tu kena pastikan la.. kena nanya kabo kawan2 juge.. tak reti2 hmm.. hihihi..
Ni nk kongsi resepi..
Kasi kawan2 rasa... famly.. semua ckp sedap plak..
Ishh harap2 betul la.. hehe..
resepi ini terilham kerana, aku kan buat chochip kukiss..lepas tu, ada kukis2 ni raya hari tu yang pecah2 hancur.. lebih.. so fikir2 apa aja yang boleh dibuat nih.. ingat nak buat kek..
tapi dah alang2 hari tu encik abi minta buat puding untuk tetamu datang.. so.. apa lagi.. idea terus datang.. buat puding letak kukis laa.. apa lagi.. heheh3..
eh... ramai plak suka...
syukurr...
Allah campakkan perasaan suka itu ke dalam rasa hati hati mereka..
Nah.. cuba ya...

Ok.. terima kasih pada kawan2 yg sentiasa sudi dtg singgah sini.. =)
datang la sokmo...
(kena update sokmo la jugop wehh... )
U're da best..
Bismillah..
Assalamualaikum
Salam Jumaat sahabat sekelian..
Tgok tajuj atas..
Ye laa..
Mana boleh tiada cerita raya 2014 di belog ini..
Dah nak masuk raya korban dah..
Baru mau update kaa.. hehe
Alhamdulillah masih ada kesempatan..
Hari raya tahun ni bersederhana sahaja..
Dapat jumpa kaum keluarga dua2 belah pihak..syukur..
Masih diberi peluang dari Allah untuk menikmati kebahagiaan duniawi... bersama keluarga..
Di kala kita bergembira juga..
Terdapat rakan2 kita yg tidak bernasib baik..
Peperangan di Gaza cukup menyentap sanubari...
Kempen boikot di teruskan walau pun kini peperangan telah dihentikan..
Namun doa perlu diteruskan...
Di kala kita sebak mengenang nasib rakan2 di Gaza dunia dikejutkan juga dengan berita pesawat Malaysia MH17 yg ditembak jatuh di Ukraine..
Masa tu aku dikejutkan oleh adik untuk persiapan sahur...
Buka tv.. mmg berita itu sedang hangat diperkatakan..
Seakan percaya atau tidak..
Pada mulanya aku berfikiran ianya berita yang tidak sahih!
ditembak jatuh??? jauh di negara yang sedang bergolak pulak tu?
mengapa, bagaimana, siapa.. kenapa..??? semua persolan bermain di minda ketika itu..
ya Allah.... sedih...
tidak selesai lagi tragedi HM 370..
timbul berita menggemparkan dan menyayat hati MH17
berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..
Allah semestinya lebih mengetahui segala galanya..
Ujian buat kita keseluruhannya rakyat Malaysia sebenarnya...
Allah uji kita..
Allah buka mata kita..
Allah beri petunjuk..
suruh kita sedar..
suruh kita bersatu
suruh kita berfikir..
kerana..
Allah sayangkan kita..
In Sya Allah..
sama sama kita buka mata.. buka hati..
Semoga Allah berikan kita kebaikan dunia dan juga akhirat.
Aamiin.
yaaa.. raya aidilfitri dah lama abis... dah nak tiba raya haji dah pun..
=)
Ramadhan 2014
29 Jun 2014 7:26 PM (10 years ago)

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan buat kawan kawan semua...
Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan memohon ampun
sekiranya selama ini terdapat kesalahan.. terkasar bahasa atau pernah mengguris
hati dan perasaan teman teman semua.
Harap dengan tibanya bulan penuh keberkatan ini dapat kita
sama sama membersihkan hati sesama kita, buang yang keruh ambil yang jernih.
Sama sama kita semua melakukan amal sebanyak mungkin di
bulan yang telah dijanjikan Allah pahala yang berlipat kali ganda..
Subhanallah!
Ingatan untuk diri sendiri juga yang seringkali terkhilaf.
Semoga Allah panjangkan umur dan berikan kesihatan untu kita
melalui sekali lagi Ramadhan yang penuh barakah ini hingga ke hari hari
terakhir, In Sya Allah.
Akhir kalam, Salam Ramadhan.. =)
Rohani Hashim.... saya sudah update belog.. awak datang komen ok... hehehehe...

Assalamualaikum..
tiba tiba rasa disayangi pulak!
hati berbunga bunga..
terima ksih buat kawan2 blogger yang sentiasa menyokong aku..
sentiasa ada memberi semangat dan dorongan yang positif..
ya,.. baru baru ni bejalan jalan cuti cuti sekeluarga cari makan..
nah ada gambar best yang mahu tunjuk..
Ingat nak bercerita mengenainya..
plus gambar2 yang sangat banyak minta diceritakan..
tapi belum sempat masanya lagi..
nanti kita sambung ya..
terima kasih sudi singgah sini..
=)
Assalamualaikum,
ada orang tak... hehehe...
jaga jaga.. aaaa..
kan dah kena sound..
punyala lama aku tak update blog ni!!
" Hantu pun ada! " kata uncle Gedek!
waaaa... kalo tak paham lagi tak tahu la weii....
hehehe.....
ok ok.. mari bersih bersihkan mana yang patut..
baca mana2 yang patut..
kasi keluar itu hantu.. uuuu...
hehe.. ok uncle, nanti sila la datang lg..
insha Allah.. harap2 uncle tak jumpa lagi.. huhuhu..
(^_^)v
Durian Crepe
10 Sep 2013 1:20 AM (11 years ago)

Assalamualaikum,
lamanya tak kemaskini belog ni..
dari sawang sawangannya makin menebal..
baik tepek gambo durian crepe ni.. buat bahan kemaskini...
=)
Have a nice day to all of you...
lots of love...
Ulangtahun
19 Aug 2013 7:41 PM (11 years ago)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah..
16hb Ogos lalu.. hari kelahiranku yang keberapa tahun entah.. (;p )
umur ku meningkat sudah..
semakin menghampiri ke penghujung yang entah bila tidak kan ketahui..
di tarikh yang sama juga turut sama memanjatkan kesyukuran atas ulangtahun perkahwinan yang ke5..
5 tahun telah berlalu..rasa macam sekejap je masa berlalu..
selama itu susah senang diharungi bersama..
pahit getir dilalui bersama..
Alhamdulillah..
sehingga kini, ikatan ini masih utuh dan diharapkan berkekalan hingga ke Jannah..
semoga diriku dapat menjadi isteri solehah yang diredhai olehmu wahai suami..
dan semoga dikau wahai suami.. sentiasa membimbing dan membawa ku ke jalan Allah..
kamu sahabatku
kekandaku..
kekasihku..
suamiku..
imamku..
segala yang terbaik dan terhormat hanya untuk mu...
Segala puji bagimu ya Allah atas segala kurniaan..
kebahagiaan, kesenangan, ujian dan dugaan yang diberikan menjadikan aku lebih mengenalimu dengan mendekatkan diri padamu.
terima kasih ya Allah..
=)

Assalamualaikum,
nak berkongsi dengan rakan rakan semua apa yang sempat ku dengar pagi tadi dari Prof Muhaya..
Apa yang sempat aku tangkap..
katanya kita perlu amalkan doa ini hari hari kalau boleh.. sentiasa berdoa..
" Ya Allah ya Tuhanku.. kurniakan ku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa"
supaya katanya masa kita itu tidak berlalu dengan sia sia..dan kita tidak berada dalam kerugian tapi mendapat keberkatan Allah.. bila berkat.. jiwa kita pun tenang..
sentiasa berniat untuk buat sesuatu pekerjaan ini kerana Allah. melangkahkan kaki sahaja.. terus berniat kerana Allah..
" Ya Allah ya Tuhanku.. kurniakan ku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa"
~ kita ini merupakan tempat lalu rezeki..Allah jadikan kita ini laluan untuk sampaikan rezeki kepada orang lain..
~orang yang tenang adalah orang yang mengingati Allah.. orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa mengingati Allah..
~3 perkara yang perlu buat ; Aqidah mesti kuat
Solat perlu cukup
dan akhlak juga mesti bagus..
~katanya.. antara tanda tanda ramadhan kita di terima Allah ialah..
- Akhlak baik dari Ramadhan kita bawa sehinggalah ke syawal..dan seterusnya..
- hati lebih tenang
- senang mengawal nafsu
- Hati sentiasa mengingati Allah..
(ada lagi lain lain.. tapi tak sempat ku take note...)
~ jangan kita menjadi 'Ramadhans Muslims' sahaja...
semoga aku dan teman teman semua mendapat manfaat dari semua ini..
peringatan untuk diri sendiri dan juga teman teman semua..
Wallahua'lam..
Wassalam..

Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri dari kami untuk semua teman teman di luar sana..
Ampun maaf di pinta atas segala keterlanjuran baik disengajakan atau tidak..
semoga kita merayakan kemenangan ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. (^_^)

Assalamualaikum. . Lama da tak ber wordless.. meh layan..
Alhamdulillah.. masak dari hati.. mask dengan iman...
Lailatul Qadar
30 Jul 2013 6:31 PM (11 years ago)
Assalamualaikum,
kita telah tiba di hari hari terakhir Ramadhan..
Ya Allah begitu cepat masa berlalu..
Moga kita semua dapat lakukan yang terbaik untuk dapatkan begitu banyak juta juta juta ganjaran yang Allah ingin berikan ...
Mari lewati.. keistimewaan keistimewaan Malam lailatul qadar
Setiap
muslim pasti menginginkan malam penuh kemuliaan, Lailatul Qadar. Malam
ini hanya dijumpai setahun sekali. Orang yang beribadah sepanjang tahun
tentu lebih mudah mendapatkan kemuliaan malam tersebut karena ibadahnya
rutin dibanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
Edisi kali ini kita akan melihat keistimewaan Lailatul Qadar yang begitu utama dari malam lainnya.
1- Lailatul Qadar adalah waktu diturunkannya Al Qur’an
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al Qur’an
secara utuh sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah yang ada di
langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al Qur’an kepada Rasulullah
-shallallahu ‘alaihi wa sallam- tersebut secara terpisah sesuai dengan
kejadian-kejadian yang terjadi selama 23 tahun.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 14: 403). Ini sudah menunjukkan keistimewaan Lailatul Qadar.
2- Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan
Allah Ta’ala berfirman,
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al
Qadar: 3). An Nakho’i mengatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik
dari amalan di 1000 bulan.” (Lihat Latho-if Al Ma’arif, hal. 341).
Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahwa yang dimaksud
dengan lebih baik dari seribu bulan adalah shalat dan amalan pada
lailatul qadar lebih baik dari shalat dan puasa di 1000 bulan yang tidak
terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir, 9: 191). Ini sungguh keutamaan
Lailatul Qadar yang luar biasa.
3- Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkahan.
Allah
Ta’ala berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“
Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
(QS. Ad Dukhon: 3). Malam penuh berkah ini adalah malam ‘lailatul
qadar’ dan ini sudah menunjukkan keistimewaan malam tersebut, apalagi
dirinci dengan point-point selanjutnya.
4- Malaikat dan juga Ar Ruuh -yaitu malaikat Jibril- turun pada Lailatul Qadar.
Keistimewaan Lailatul Qadar ditandai pula dengan turunnya malaikat. Allah
Ta’ala berfirman,
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا
“
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril” (QS. Al Qadar: 4)
Banyak malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar karena banyaknya
barokah (berkah) pada malam tersebut. Karena sekali lagi, turunnya
malaikat menandakan turunnya berkah dan rahmat. Sebagaimana malaikat
turun ketika ada yang membacakan Al Qur’an, mereka akan mengitari
orang-orang yang berada dalam majelis dzikir -yaitu majelis ilmu-. Dan
malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu karena
malaikat sangat mengagungkan mereka. (Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim,
14: 407)
Malaikat Jibril disebut “
Ar Ruuh” dan dispesialkan dalam ayat karena menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
5- Lailatul Qadar disifati dengan ‘salaam’
Yang dimaksud ‘
salaam’ dalam ayat,
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر
“
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (QS.
Al Qadr: 5) yaitu malam tersebut penuh keselamatan di mana setan tidak
dapat berbuat apa-apa di malam tersebut baik berbuat jelek atau
mengganggu yang lain. Demikianlah kata Mujahid (Lihat Tafsir Al Qur’an
Al ‘Azhim, 14: 407). Juga dapat berarti bahwa malam tersebut, banyak
yang selamat dari hukuman dan siksa karena mereka melakukan ketaatan
pada Allah (pada malam tersebut). Sungguh hal ini menunjukkan keutamaan
luar biasa dari Lailatul Qadar.
6- Lailatul Qadar adalah malam dicatatnya takdir tahunan
Allah
Ta’ala berfirman,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
“
Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(QS. Ad Dukhan: 4). Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya (12: 334-335)
menerangkan bahwa pada Lailatul Qadar akan dirinci di Lauhul Mahfuzh
mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal dan
rizki. Dan juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun.
Demikian diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhohak
dan ulama salaf lainnya.
Namun perlu dicatat -sebagaimana keterangan dari Imam Nawawi
rahimahullah dalam Syarh Muslim (8: 57)
-
bahwa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu
dan penulisan Allah. Takdir ini nantinya akan ditampakkan pada malikat
dan ia akan mengetahui yang akan terjadi, lalu ia akan melakukan tugas
yang diperintahkan untuknya.
7- Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampuni oleh Allah
Dari Abu Hurairah, dari Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“
Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar karena
iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu
akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 1901)
Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan bahwa yang dimaksud ‘iimaanan’
(karena iman) adalah membenarkan janji Allah yaitu pahala yang diberikan
(bagi orang yang menghidupkan malam tersebut). Sedangkan ‘ihtisaaban’
bermakna mengharap pahala (dari sisi Allah), bukan karena mengharap
lainnya yaitu contohnya berbuat riya’. (Lihat Fathul Bari, 4: 251)
[1]
Ya Allah, mudahkanlah kami meraih keistimewaan
Lailatul Qadar dengan bisa mengisi hari-hari terakhir kami di bulan
Ramadhan dengan amalan sholih.
Aamin Yaa Mujibas Saa-ilin.
Wallahua'lam..

Assalamualaikum..
Suara tiada.. lansung sedang sakit tekak pula sekarang ni.. sekali dengan batuk2..
cuma nak kongsi gambar di bawah ini yang kelihatan sungguh manis sekali..
Mereka melahirkan di hospital yang sama..
Di tempat William dipangku oleh Diana..
di situ jugalah William memangku anak lelakinya pula..
(sumber gambar dari emel seorang sahabat, tiada dinyatakan..)
seronoknya dapat baby.. bau baby harum.. bak bau syurga.. =)
Jumpa lagi..
~kepalaku jadi pening sebab dok batuk2 tak henti2.. penangan jerebu jugak ni kot..
semoga tidak memudaratkan.. in shaa Allah..~
Assalamualaikum..
Apa khabar semua kawan2..
salam ramadhan ke 10 kita hari ni..
semoga semuanya masih kuat menghadapi Ramadhan ini..
hari ni nak share resepi lah..
dah lama tak kongsi masak2..
nak kongsi resepi kueh bakar yang sangatlah mudah disediakan..
setelah sekian lama baru ku tahu bahawa ini ialah kueh kegemaran si dia!?
ya ampun, pencetusnya hari tu tgok dia balik bawa kueh bakar potong2 tu...beli dari Bazaar..
" isshh.. dah tak ada kueh lain la tu ya.. mesti u buntu tak tahu nak beli kueh apa, terus beli kueh ni je.."
" err.. tak lah, memang sengaja beli, sebab i sukaa.......lama tak makan.."
"aaaaaa....." ok..
" tulaa.. kalau isteri i tahu buat.. alangkah bagusssnyaa... "
wah wah wah.. itu ayat mencabar namanya..
makanya mula lah proses mencari resepi kueh ini..aku dapat dari seorang kakak senior yang pandai masak..
Resepi Kueh Bakar Pandan
1 cawan Gula
1 cawan air pandan (pandan di kisar dan di tapis airnya) boleh dicampur sedikit kaler hijau untuk warna lebih menarik
2 cawan tepung
2 suku cawan santan kelapa -
aku tak cukup santan dalam 1 cawan setengah je ada.. jadi aku tambahkan sedikit whipping cream dalamnyaa... haaaa... walla...
2 sb mentega
3 biji telur
sedikit garam
Bijan - tapi aku tiada bijan.. lantas ditukarkan kepada choclate rise.. (serius sedap!!)
Cara2nya:
masukkan semua bahan2 di atas di dalam pengisar (blender) - sebati
panasnya oven bersama loyang yang telah di oleskan minyak di dalamnya..
bila loyang dah panas.. keluarkan loyang itu dan isikan adunan itu semua ke dalam nya..
bakar suhu 150-170 dalam masa 1 jam setengah macam tu la..
setelah beberapa minit di dalam oven.. taburkan coklat rise di permukaan adunan tadi..
ok.. selamat Mencuba.. =)
~ maaf lah tak sempat snap pic yang dah potong2.. masa tu dah nak berbuka.. sempat la kasi sepiring 2 kat jiran jiran... confident je kasi.. walaupun ini percubaan pertama... hehe..
dan malam tu juga kueh ini habissss...
puas hati kan .. dapat makan kueh kegemaran byk mana yang disukai..
Post Mortem:
- aku dapati bila bubuh whipping cream tu..ekstra sikit sedapnya.. =)
- Chocolate rise itu juga sesuai sebab bila makan ada rasa rangup2
(ini ialah idea si dia.. aku minta pendapatnya.. bijan tiada.. apa harus ku ganti? terus dia cakap.. "coklat rise!" huumm... terserlah kesedapannya.. hehe
- komen si dia.. lain kali cuba buh telur lebih sikit.. mungkin lg sedap..
motif up entri ni sebenarnya sebab malam ni ingat nak buat lagi..
request dari si dia la..
Moga dapat membantu rakan2 yang sedang mencari resepi ini.. =)
Assalamualaikum,
Sebenarnya tadi sedang terkenang kenangkan masa makan sahur tadi..
berselera sungguh kami semua makan..
Nasi panas.. dengan sambal bilis petai dan daging masak kicap..
Lauk pauk berbuka semalam..
Lauk pauk dari kampung.. masakan mama...
ouhhhh... sedapnyaaaaa...
Jauh diterbangkan dari timur ke barat...
kisahnya adikku balik kampung hujung minggu lalu...
lalu apa lagi dibekalkan mama dengan lauk pauk dan kuih2 tradisi di sana yang memang kegemaran aku!
ouh...
Jadi semalam.. aku tak perlu susah2 nak pening kepala nak fikir2 apa nak masak kan..
syukur ada rezeki dari kampung ini..
love u mama..
~ Lauk pauk untuk berbuka semalam.. di bawa lah hingga ke bersahur pagi tadi.. memang sangat2 mencukupi untuk seisi rumah.. bahagianya rasa.. cuma perlu masak nasi je..~
~ ini sira pisang kegemaran aku.. mama bekalkan juga.. hadap ni je masa buka semalam.. ~
~ Akok! so sure korang dah tahu la dari negeri mana semua makanan ini diterbangkan..
geddik molek akok ni!! ~
~ ok.. aku betul2 lupa apakah nama kueh ini.. beko ke hape.. dia dibuat dari kelapa.. lemak2 manis gitu.. ~
Alhamdulillah..
semalam dan pagi tadi setel seperkara..
humm untuk hari ini berkematu pulak la nak mikirkan apa yang mahu di masak..
dia pun alami masalah sama rupanya..
pening mikirkan apa lah nak masak..
(humm.. namun sardin n telur dadar pun sedap jugak ya farra! haa.. susah2 karang menu ini la nanti.. hehehe..)
ok... tengahari pun belum, dah tayang makanan yaa...
teruja nak kongsi masakan bonda... hehe
ok.. kalau kawan kawan baik hati nak kongsi idea menu2 yang best untuk di masak.. dipersilakan..
buntu tu bukan sebab apa.. sebab si dia dok minta menu bukan nasi..
menu bukan nasi..
menu bukan nasi
hapeee...
humm...