*Credits di akhir post ini
Maafkan saya kerana lambat mengupdate blog pada hari ini. Hari ini saya teramatlah sibuk. Key in data untuk projek konsultasi dan menguruskan tempahan biskut dan kek raya untuk pelanggan-pelanggan saya. Al-maklumlah memang sedap sampel percuma biskut-biskut raya yang saya bagi. Tu tetiba banyak tempahan yang datang.
Tengah-tengah ulang alik hantar biskut raya dalam kampus, terlintaslah pulak dalam hati saya nak kongsikan dengan para pembaca sekalian keadaan UNIMAS yang berjerebu. Sambil-sambil naik moto, berhenti sekejap kat tasik kampus snap-snap gambar. Thanks to otai Mr. Zaidi kerana sudi meminjamkan kamera Kodak beliau yang amat mahal untuk saya snap gambar untuk dikongsi kepada anda. Dah agak lama la fenomena ni berlaku. Tambahan pulak dengan cuaca yang selalunya panas dari hujan, jerebu kali ini boleh dikatakan sederhana. Namun boleh menjadi teruk sekiranya puncanya tidak dibendung dan dikawal.Then saya surf la kat internet nak tahu berapakah kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) area Kota Samarahan sekarang. Sehingga pukul 11 pagi tadi indeksnya adalah 73* iaitu di tahap sederhana. Simbol * tu menunjukkan komponen-komponen yang menyebabkan jerebu iaitu dari jenis habuk-habuk halus (PM10). Sila rujuk laman web jabatan metereologi untuk maklumat lanjut.
Berdasarkan akhbar tempatan, Sarawak sekarang dilanda gelombang jerebu kedua yang dijangka berlaku dalam tempoh kurang dari sebulan. Fenomena ini berlaku disebabkan masih terdapat banyak titik panas di kawasan Sumatera dan Kalimantan dan dijangka akan berubah-ubah kadarnya berdasarkan arah tiupan angin serta keadaan fenomena El Nino yang diramal berlarutan sehingga penghujung Oktober ini.
Nasihat saya, kurangkan tempoh berada di luar rumah, pakai face mask dan jaga kesihatan anda. Tambahan pula kes H1N1 ni. Mungkin ini ujian Tuhan buat kita supaya kita ingat padaNya.
Credits to APIMS, Jabatan Meterologi Malaysia
*Credits di akhir post ini.
Assalamualaikum WBT.
'Indah' betul pemandangan sungai di atas,dengan sampah sarapnya yang memang padat. Untuk makluman para pembaca sekalian, sungai ini merupakan antara sungai yang paling kotor di dunia. Nak tahu sungai apa? Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk mengetahuinya. Di samping itu, saya sertakan juga gambar-gambar sungai ini pada sudut yang lain. Bagi sesiapa yang belajar bidang kualiti air atau tengah buat penyelidikan nutrien air, sungai ini mungkin boleh di jadikan sampling site anda. Hehehehe.
Berikut adalah panaorama sungai ini. Selamat menikmati pemandangannya...Sungai ini namanya Sungai Citarum di Jawa Barat, Indonesia. Amacam? Ada brannnn????
Credits to Sekam Padi from carigold.
Alhamdulillah, saya telah pun mendapat voucer bonus kedua dari CNI walaupun baru 2 bulan saya menjadi ahli. Konsep pengguna bijak yang saya teruskan berjaya membuahkan hasil. Walaupun hasilnya tidak selumayan konsep usahawan, namun lebih baik kita buat daripada tak buat langsung. Maksud saya tak buat langsung tu kita tak guna barangan CNI, guna barang lain, hanya bayar, dapat produk tapi tak dapat bonus. Namun jika kita menggunakan barangan CNI, kita akan dapat 3 perkara iaitu:
1. Produk
2. Kualiti
3. Ganjaran (dalam bentuk bonus dan point value)
Salam semua..Ini adalah antara teknik mencari menantu. Siap dengan syarat-syarat kelayakan lagi. Agak-agak kenapa ek cara ni digunakan untuk cari menantu? Anak terlalu memilih? Ibu terlalu memilih? Atau anak yang tak laku? Kerenah..kerenah.
Sumber dari forwarded email.
*Credits di akhir post ini
Wah, macam-macam Jepun cipta produk. Tang produk macam ni memang depa pakar. Khas untuk wanita. Tak perlu risau lagi kalau nak buang air kecil. Faham-faham jela sebab apa kan?
"Tringggg (sound effect). Sekarang saya tak kencing bersepah lagi" Mungkin tu kot moto iklan produk ni.
Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar demo menggunakan produk istimewa ini.
Berikut adalah cara-cara menggunakan alat ini (dibantu dengan gambar).1. Mula-mula, posing dengan sampel produk sebagai tanda bangga boleh berdiri sama tinggi dengan lelaki (boleh kencing secara pancutan)
3. Regangkan alat. Masa dalam bungkusan, alat tu terlipat. So bila dikeluarkan kena regangkan supaya bentuk seperti alur terbentuk
"Kali ini saya boleh jadi seperti lelaki, pancut di mana-mana saya suka. Hahaha" Kata model ni dengan megahnya.
Credits to Tebbaloi (nickname)
*Credits di akhir post ini
Sekadar tatapan untuk kita di hari Khamis ini. Ada yang kelakar, ada yang pelik. Macam-macam perihal. Macam-macam kerenah. Uniknya 1 Malaysia.
Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat gambar-gambar lain.
Macam-macam kan? Hehehehe.
Credits to Cheong for forwarding these photos.
*Credits di akhir post ini
Kejadian ni berlaku di Manila. Seorang lelaki yang berada dalam pengaruh dadah cuba menjadikan seorang kanak-kanak sebagai tebusan untuk melepaskan diri. Kesudahan yang amat tragis. Polis menembak mati lelaki tersebut DAN JUGA kanak-kanak itu sekali. Haiya. Tersalah tembak ke? Atau memang terpaksa bunuh dua-dua. Sama-sama kita bagi pendapat ye.
Sila klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk melihat detik-detik menyedihkan ini. Tak pasal kanak-kanak tu kena. Kesian.Kesiann...budak tu. Mamat tu biarla mampus. Nyusahkan orang je.
Credits to www.ogrish.com
Assalamualaikum WBT semua. Saya nak kongsikan berita gembira yang saya dapat pada hari Jumaat lepas. Saya telah mendapat voucer pertama dari CNI setelah sebulan mengamalkan konsep pengguna bijak yang diterapkan syarikat yang telah 20 tahun bertapak di Malaysia ini.
Konsep pengguna bijak yang saya maksudkan ialah menukar jenama barangan yang kita selalu guna kepada jenama CNI. Sebelum itu, saya ingin perkenalkan CNI. CNI adalah singkatan Creative Network International, sebuah syarikat MLM (multi-level marketing) yang telah ditubuhkan pada tahun 1989. Dalam banyak-banyak syarikat MLM yang saya kenal, CNI merupakan satu-satunya CNI yang paling lama bertapak di Malaysia serta menjual produk-produk keperluan harian, barangan kesihatan, makanan dan minuman dan juga barangan kosmetik.
Saya tak nak bercakap panjang, saya kongsikan dengan gambar-gambar yang saya abadikan untuk tatapan anda.Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut tentang strategi saya memperoleh bonus dengan hanya menjadi pengguna bijak dalam post saya yang akan datang.
Saya dah nampak 'The Beauty of MLM'. Anda?
*Credits di akhir post ini
Berdasarkan sumber, kes ini berlaku pada 4 Februari 2009 lepas di Miri, Sarawak. Walaupun dah lama berlaku, namun saya paparkan juga buat iktibar untuk semua. Ni akibat buat mercun buatan sendiri (gambar atas). Sampai terkeluar otak. Kepada sesiapa yang plan nak test design baru mercun, tambahan pulak raya lebih kurang 2 bulan lagi ni, RENTIKANLAH. Malang tak berbau, kalau tak mati macam dalam gambar ni, mau jadi OKU. Hehehe..
Klik topik di atas atau 'Full Post' di bawah untuk melihat gambar-gambar lain. Yang lemah semangat jangan tengok.
Yang lemah semangat diingatkan jangan tengok...Jangan main mercun. Jangannnnn....
Credits to globaltent (carigold)
Adakah babi halal di Sarawak? Saya bukan nak burukkan negeri tersebut. Saya pun student di bumi kenyalang. Tapi cuba lihat label di dalam gambar. Mengapa hal ini berlaku? Adakah kesalahan pembungkusan? Ataupun sengaja dilakukan untuk merosakkan umat Islam di sini?
Walaupun label halal sudah ada yang baru dan standard. Jangan sewenang-wenangnya gunakan perkataan halal di makanan yang sudah sedia maklum haram. Jangan bermain dengan api. Jangannn..
Apa-apa pun. Berhati-hati lah.
Credits to www.muslimconsumer.org.my
Selain mengumumkan yang saya akan aktif semula dalam Kerenah Dunia. Saya juga menerima email-email cadangan dari rakan-rakan saya dan juga para pembaca setia Kerenah Dunia bagi memastikan Kerenah Dunia sentiasa konsisten dengan isu dan tersenarai dalam 10 search results teratas dalam search engine.
Setelah membuat penelitian terhadap cadangan-cadangan tersebut, saya dengan ini mengumumkan bahawa update blog kerenah dunia akan dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu iaitu hari isnin dan khamis atas sebab-sebab berikut:
1. Update sebanyak 2 kali seminggu sudah memadai untuk meletakkan Kerenah Dunia berada dalam 10 tangga teratas search engine. Sebagai panduan para pembaca, sekiranya anda lupa URL penuh Kerenah Dunia, cuma taip 'Kerenah Dunia' dalam search engine dan anda akan jumpa link blog ini.
2. Berdasarkan pemerhatian saya yang lepas, update setiap hari menyebabkan ada pembaca yang tercicir ataupun terlepas isu-isu yang pada pendapat saya amat penting dan perlu di baca oleh semua. Oleh itu , pengurangan kekerapan update kepada 2 kali seminggu memberi peluang kepada semua pembaca untuk mengikuti perkembangan blog ini secara keseluruhan.
3. Walau bagaimanapun, sekiranya ada berita terkini yang penting di ketahui, saya akan postkan dalam blog ini dengan kadar segera tanpa mengikut kererapan 2 kali seminggu tersebut.
Saya harap para pembaca semua akan berpuas hati dan teruskan kesetiaan anda bersama KERENAH DUNIA
*Credits di akhir post ini
Salam sejahtera semua..Ini adalah isu pertama saya setelah lama menyepi. Untuk makluman semua pembaca, saya baru pulang dari ekspidisi ke Nanga Merit, Kapit selama 10 hari (15-25 Jun 2009) untuk projek penyelidikan di sana. Mungkin dalam post2 akan datang akan saya kongsikan pengalaman beserta foto di sana.
Hari ni saya nak kongsikan hasil tulisan rakan saya, Zamzuri Mustapha. Beliau ni sekarang dah jadi macam sasterawan. Menulis dan melakar kata, pejuang bahasa. Dulu beliau sama sekolah dengan saya dan sekarang beliau telah menjadi pejuang bahasa muda yang amat saya segani dalam diam.
Saya terbaca petikan blog beliau mengenai mentaliti orang kita mengenai PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Saya sependapat dengan beliau. Kebanyakkan orang yang mengagungkan Inggeris adalah bangsa kita sendiri. Bangsa kita yang mengaku orang Melayu (ada jugak yang malu mengaku), bangsa yang makan tempoyak, bangsa yang pakai baju melayu, bersongkok. Tapi perasan bermata biru.
Pepepun, saya kongsikan nukilan beliau ini untuk tatapan semua. Dan semoga sedikit sebanyak menyedarkan kita yang selama ini perasan bermata biru, dan memandang bahasa Melayu layak dituturkan di rumah sahaja.
Saya melayari laman web PTS, sebuah penerbit buku yang memperjuangkan penerbitan dalam bahasa kebangsaan. Ada masukan ('entry') dan komen daripada Puan Ainon Mohd (Sifu PTS) dan pembaca.
Di bawah ini saya perturunkan sebahagian komen daripada web tersebut.
Klik topik di atas atau 'BACA LAGI SETERUSNYA' di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.
Saya melayari laman web PTS, sebuah penerbit buku yang memperjuangkan penerbitan dalam bahasa kebangsaan. Ada masukan ('entry') dan komen daripada Puan Ainon Mohd (Sifu PTS) dan pembaca.
Di bawah ini saya perturunkan sebahagian komen daripada web tersebut.
Puan Ainon Mohd menulis:
Tuan Kamal Shamsuri,
(Kalau saya tulis apa yang akan tulis, banyak orang pasti tidak setuju, namun saya tulis juga.)
Saya dapati, di kalangan orang Melayu, Cina, India dan lain-lain, ada dua kelompok.
Kelompok pertama adalah golongan makan gaji: Mereka yang hidup makan gaji dengan kerajaan ataupun koporat besar, baik korporat nasional mahupun multinasional, mereka yang naik gaji dan naik pangkat disebabkan mereka pandai berbahasa Inggeris, maka mereka itu amat bangga berbahasa Inggeris. Mereka juga yakin bahawa bahasa Inggeris adalah syarat wajib jika mahu maju dan mahu berjaya dalam pekerjaan.
Bagi golongan ini, bahasa Inggeris adalah sumber estim mereka yang paling utama. Mereka mempersepsi diri mereka lebih pandai, lebih istimewa, lebih bergaya daripada orang lain yang kurang fasih berbahasa Inggeris.
Golongan ini sangat mementingkan anak-anak mereka belajar bahasa Inggeris, dengan matlamat supaya senang mendapat pekerjaan (makan gaji), bukan mengajar anak-anak mereka bagaimana menjadi orang kaya (yang membayar gaji).
Kelompok kedua adalah golongan yang memiliki banyak wang. Mereka ini mempunyai banyak wang hasil titik peluh mereka sendiri.
Golongan berwang ini mempunyai sikap amat pragmatik terhadap bahasa Inggeris. Bagi mereka, yang paling penting adalah WANG. Golongan ini melihat bahasa daripada sudut nilai ekonomi bahasa itu.
Bagi golongan ini, kalau dengan bahasa Inggeris mereka boleh buat duit, ok. Kalau mereka boleh dapat banyak duit tanpa bahasa Inggeris, ok.
Sumber estim golongan ini adalah WANG, yakni saiz bisnes mereka, akaun bank-bank mereka, kilang-kilang kepunyaan mereka, bangunan-bangunan tinggi mereka, jumlah cawangan kedai-kedai mereka, produk-produk mereka, jumlah pekerja mereka. Pendek kata, MONEY talks.
Itulah sebabnya kita lihat, yang menjadi juara bahasa Inggeris, yang mati-mati yakin hanya bahasa Inggeris dapat memajukan bangsa, adalah orang-orang yang makan gaji, ataupun mereka yang hidup dengan ikhsan kontrak kerajaan (senang cakap, mereka yang tidak memiliki wang berjuta-juta dalam akaun banknya).
Di sekeliling kita dapat kita lihat banyaknya individu yang fasih berbahasa Inggeris, tetapi setiap hari mereka bangun pagi-pagi kerana terpaksa pergi makan gaji dengan kerajaan, ataupun dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh bangsa-bangsa yang penguasaan bahasa Inggerisnya “entah di mana”.
Orang Melayu (termasuk Jawa) mesti berani berhenti daripada menjadi suatu bangsa yang hanya mengeluarkan anak-anak yang hidup makan gaji.
Orang Melayu mesti belajar menjadi suatu bangsa yang melahirkan anak-anak yang mampu membayar gaji.
Orang Melayu mesti belajar menjadi Tuan kepada tenaga kerja yang terdiri daripada bangsa-bangsa lain, dan rakyat negara-negara lain.
Kemudian, Kamal Shamsuri membalas:
Puan Ainon,
Meminjam kata-kata Puan:(Kalau saya tulis apa yang akan saya tulis, banyak orang pasti tidak setuju, namun saya tulis juga.)
Saya setuju dengan tulisan Puan tentang kerja makan gaji dan kerja sendiri dalam kalangan bukan Melayu. Ketika era kolonial, bahasa Inggeris diberi nilai ekonomi yang tinggi. Lulusan sekolah Inggeris mempunyai lebih peluang pekerjaan di sektor awam berbanding lulusan sekolah Melayu.
Penjajah turut menyemai pemikiran bahawa Melayu malas, untuk merasionalkan kedatangan mereka. Hal ini disentuh oleh Allahyarham Syed Hussein Al-Attas dalam bukunya Mitos Peribumi Malas. Semua bangsa di dunia ada ahlinya yang malas. Tetapi bangsa Melayu diberi tumpuan untuk melemahkan semangatnya demi kepentingan ekonomi kapitalis penjajah.
Penjajah juga menanam fahaman bahawa orang Melayu sesuai makan gaji, susah kalau ingin berniaga. Orang Cina pula sesuai berniaga, susah kalau kerja makan gaji. Seoalah-oalah yang pandai berniaga ialah orang Cina sahaja. Ann Wan Seng menafikan fahaman tersebut dalam ‘Rahsia Bisnes Orang Cina’.
Saya berpendapat sesetengah orang Melayu tidak dapat menangguhkan kepuasan. Buat apa mereka berniaga, kerana hasilnya belum pasti, sedangkan ketika di universiti, mereka sudah berkira-kira untuk berkahwin setelah setahun dua bekerja kerana sudah ada calon pilihan dan takut si buah hati terlepas ke tangan orang lain. Kerja apa? Makan gaji lebih afdhal bagi mereka. Boleh buat pinjaman perkahwinan dan kereta sebab mereka ada slip gaji. Kalau ingin berniaga dengan modal yang kecil seperti berniaga di pasar malam atau pasar tani, tidak sesuai bagi mereka, kononnya tidak ada kelas. Mereka perlukan suasana yang selesa, ada pendingin hawa, memakai kemeja bertali leher, sesuai dengan ijazah yang diperoleh. Hal itu tidak termasuk kereta apa yang perlu digunakan untuk ke tempat kerja. Ibu bapa juga dua kali lima. Menantu lelaki mereka mesti makan gaji, walau gajinya kecil. Senang sahaja alasannya, anak mereka tetap dapat makan hari-hari kerana suaminya ada gaji tiap-tiap bulan. Walhal kawan kepada menantunya tadi yang jadi petani atau peniaga kecil pendapatannya berganda-ganda. Tapi biasalah bagi yang mula-mula menceburi pertanian dan perniagaan, hasilnya memang tidak menentu. Hal itulah yang dibimbangi oleh sesetengah ibu bapa Melayu.
KALAU MAHU MELIHAT KEJAYAAN BANGSANYA, ORANG MELAYU MESTI BERKORBAN SESETENGAH PERKARA ATAU KESERONOKAN.
Memang susah untuk mengikis mentaliti makan gaji orang Melayu. Sebab pemikiran sebelum merdeka masih melekat kuat. “Jangan jadi petani, hasilnya tidak menentu” sudah tidak relevan lagi pada hari ini kerana kita boleh mengaplikasikan kaedah teknologi yang terkini dan canggih. Zaman dulu, menjadi petani memang azab kerana harga getah RM 0.30 sekilogram. Sebab itu orang tua-orang tua selalu berpesan:"Belajar rajin-rajin, nanti dapat jadi pegawai kerajaan.”
Dalam satu seminar tentang ekonomi, seorang pembentang kertas kerja Melayu menegur orang Melayu. Kata-kata ini akan kedengaran dalam kalangan orang Melayu:
“Aiman belajar rajin-rajin. Bila besar nanti boleh kerja dengan Petronas.”
“Ros belajar biar pandai. Nanti bila SPM dapat semua A, boleh minta biasiswa JPA atau MARA. Lepas itu, sambung belajar di UK dan balik jadi pensyarah di UIA.”
“Periksa SPM ini, kau buat yang terbaik. Kalau dapat masuk universiti, keluar nanti jadi pegawai. Kalau tidak dapat masuk, mintalah kerja yang sesuai dengan kerajaan. Gaji ada, elaun ada, pencen pun ada! Bulan-bulan dapat gaji. Tidak payah fikir banyak-banyak.”
Saya juga selalu mendengar ayat-ayat seperti:
“Kau kerjalah sebagai guru, banyak cuti.”
“Baik kerja kerajaan. Senang bila tua nanti, ada pencen. Anak-anak pun boleh merasa.”
Kita sepatutnya berpesan sebegini:
“Aiman belajar rajin-rajin. Bila besar nanti boleh buka ladang kelapa sawit yang paling luas di negara kita.”
“Ros belajar biar pandai. Nanti bila dapat keputusan SPM semua A, boleh minta bissiwa JPA atau MARA dan belajar di UK. Balik nanti boleh buka kompeni perkapalan.”
“Periksa SPM ini, kau buat yang terbaik. Kalau dapat masuk universiti, keluar nanti kau usaha sampai dapat beli syarikat asing yang ada di negara kita.”
Kita perlu bercakap benda-benda yang besar, tetapi realistik dan berperancangan.
Puan,
Fenomena minda tertawan tetap dan masih kelihatan. Kekaguman kepada bangsa yang menjajah masih ada. Yang cantik mesti berhidung mancung, berkulit putih atau berwajah Pan-Asia seperti yang terdapat dalam iklan-iklan komersil. Seorang pengkaji dari UNIMAS mendakwa pengagum penjajah menganggap karya-karya sastera yang ditulis oleh peribumi Afrika dalam bahasa Inggeris tidak sebagus karya yang ditulis oleh orang Inggeris. Bagi mereka, yang bagus ialah Inggeris.
sumber:
UNIKA PTS
Credits to
http://zamzuribinmustapha.blogspot.com
UNIKA PTS
Berikut saya nak kongsikan sebuah email yang diforwardkan kepada saya. Tolong baca dan sebarkan ye...
Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3 minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin" .
Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut sedikit perkongsian. Mohon sebaran.
Ulat Mulong
Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.
Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.
Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".
Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.
Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.
Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.
Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin
Wallahualam.