CERITA LAMPU JALAN DAN SATU DAERAH NAMANYA PENDANG
CERITA LAMPU JALAN DAN SATU DAERAH NAMANYA PENDANG
ini malam
calon Yang Berhormat masuk berita
laporan tentang lampu jalan
berdiri tegak berkilat
hasrat penduduk katanya tertunai sudah.
esok malam
masuk berita lagi
calon ini tertewas jua.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
04 - 05 Mei 2013.
KE PINTU RAMADHAN (iii)
mencariMu
inilah bulanMu
aku sesat lagi
kembali ke pintuMu
angkatlah setiap doa hambaMu ini
aku ingin membasuh seluruh diri ini.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
21 Julai 2012.
INGIN KEMBALI TERBANG
rinduku penuh
kepada setiap aksara
sering tertinggal
dalam gumpalan rasa
berikan aku sayap kata
juga tenang angin
moga setiap rindu lalu
mampu kutuliskan kembali.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
15 Jun 2012.
WWW
1 Jun 2012 10:06 AM (12 years ago)
WWW
ada wang
semua jalan
betul lagi hebat
ada wang
tunjuk-tunjukkan.
tiada wang
diam-diam
tiada wang
suara anda
siapa ambil peduli.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
30 Mei 2012.
KUALA LUMPUR
19 Mar 2012 1:53 AM (13 years ago)
KUALA LUMPUR
(setelah 11 tahun, aku kembali jejak ke sini)
/1/ hotel lima bintang
bertapak masuk, di pintunya iras manusia Nepal
maju ke meja daftar masuk, gadis manis berbicara Inggeris
aku belasah Bahasa Melayu (peduli apa aku, ini bukan tanah jajahan)
aku pun bayar RM417.60 satu malam, darab 3 malam
banyak tu !, bayar mahal, aku nak berbahasa Melayu (suka hati akulah).
/2/ Aquaria KLCC
pengawal yang legar di kaki lima masih iras manusia Nepal
bayar lagi RM99.00 satu keluarga masuk
pusing-pusing semua ikan
selain ikan, dalamnya pun manusia iras Nepal
lihat baju memang dibayar sebagai pengawal keselamatan
aku tanya bahasa Melayu
bahasa tangan pulak dia jawab
oh Malaysia ku !.
/3/ hotel lima bintang
rehat-rehat di ruang lobi
yang keluar lif semua hidung mancung-mancung
serupa Arab pun ramai sekali
(aku di Malaysiakah sekarang ?).
/4/aktiviti makan-makan
masuk Medan Selera, ramainya manusia
pesanan sampai, makan, sila kira
tapi kenapa slanganya begitu ?
ini Jawa Selangor atau Indonesia ni ?
/5/empat hari tiga malam
selamat tinggal Kuala Lumpur
ibu kota Malaysiaku
apa ceritanya 11 tahun akan datang ?
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Tingkat 29, Sunway Putra Hotel
Kuala Lumpur
12 - 15 Mac 2012.
PATAH SERIBU
22 Feb 2012 4:54 AM (13 years ago)
PATAH SERIBU
harus begini
terus larut
tanpa ruang
kembara derita
berlipatan rapi.
saat berulang
waktu berdiri
simpuhkan seluruh.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
22 Februari 2012.
OMBAK RINDU
1 Jan 2012 7:09 AM (13 years ago)
OMBAK RINDU
terpecah satu-satu
terasing jauh-jauh
berpintalan busa
semakin jauh
semakin pedih.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Lot 144, Darul Iman
31 Disember 2011.
KENANGAN
23 Dec 2011 7:21 AM (13 years ago)
KENANGAN
bukan satu
bukan dua
usah dibilang.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
24 Disember 2011.
KARMA
23 Nov 2011 5:08 AM (13 years ago)
KARMA
perang api
bermerahan terus
menyentuh ruas-ruas rasa.
hangus seluruhnya
di mana Sita ?
saat Rama terbahang begini ?.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kerteh, Darul Iman
21 November 2011.
JIKA KITA MASIH MANUSIA
(i)
jika bercakap tentang esok
hasilnya dari hari ini
kenapa masih ramai ketololan otaknya
memberi makna untuk songsangnya hidup.
(ii)
jika esok
anak-anakmu
bernoda dengan seks sejenis
bernoda dengan segala kesongsangan
siapakah lagi layak dinamakan manusia ?
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
03 November 2011.
SEORANG PEREMPUAN DI PELABUHAN ( vi )
waktu bergulir
bercantum antara ruang
hadir berulang
memamah yang tersisa
menikmati satu persatu
aku gembira untukmu
perempuanku yang dahulu.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Ayer Puteh, Darul Iman
04 Oktober 2011.
ANAK-ANAKKU, BAPAMU INI TELAH GAGAL(mari kita belajar Sejarah Malaysia yang tidak pernah dijajah ini)
(i)
anak-anakku
sama ada anak-anak kandungku
atau anak-anak pelajarku
bapamu ini telah gagal biarpun
telah menyelesaikan latihan ilmiah
gurumu ini telah gagal biarpun
telah memberikan titisan ilmu.
(ii)
Profesor Datuk
saya hanya memikirkan beberapa perkara
jika membaca tulisan ini
jawablah untuk anak-anak saya
juga untuk anak-anak pelajar saya
"jika Tanah Melayu tiada pernah dijajah
maka kenapa saya diajarkan tentang
Rombongan Merdeka 1956, tentang
Perjanjian London 1956, tentang
Suruhanjaya Reid 1956, tentang
Perlembagaan Merdeka 1956, tentang
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957, tentang
turunnya bendera Union Jack malam 30 Ogos 1957, tentang
naiknya bendera Persekutuan Tanah Melayu pada malam yang sama ?".
(iii)
Tanah Melayu
kemudian Malaysia ku
kita hanya menyambut sambutan kemerdekaan palsukah pada setiap
31 Ogos saban tahun ?.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai. Darul Iman
09 September 2011.
DERU OMBAK
2 Sep 2011 4:47 PM (13 years ago)
DERU OMBAK
bahasamu tersendiri
membiru dan damai
menghijau dan keras
berulang rapat ke tepian
berulang pergi ke laut lepas.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kuala Terengganu, Darul Iman
30 Ogos 2011.
KE PINTU RAMADHAN (ii)
bulanMu berkunjung kembali
panas membakar
kesabaran setiap hambaMu
meleburkan kemungkaran
tertanam dalam-dalam
berdebu
bersatu
setahun yang lalu.
pencerahan demi pencerahan
satukanlah dalam rahmatMu.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
08 Ogos 2011.
BAHASA KITA
7 Jul 2011 4:34 AM (13 years ago)
BAHASA KITA(baca bersama ruangan Sastera dalam BERITA HARIAN hari ini, 07 Julai 2011)
terima kasih Dr. Collins
belajar bahasa kami
bertutur bahasa kami
menegur tentang bahasa kami.
malunya aku ini
melihat dasar kepimpinan kami
tentang bahasa Melayu kami ini.
malunya aku ini
bila politikus kami
tanpa segan berbahasa Inggeris fasih
melebihi bahasa ibuanda sendiri
saat berkomentar dalam berita-berita
berbahasa kami.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
07 Julai 2011.
SEHABIS DAYA
1 Jul 2011 11:03 PM (13 years ago)
SEHABIS DAYA
pergilah
aku melepaskanmu
jangan menoleh kembali
aku menelan sehebat rasa.
aku belajar
menerima kekalahan ini.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
02 Julai 2011.
DONGENG KADUK
29 Jun 2011 4:10 AM (13 years ago)
DONGENG KADUK
(i)
dalam dongeng Melayu
Pak Kaduk malang sekali
silap pilih baju
berbogel akhirnya
dan kampungnya tergadai.
(ii)
hari ini
ada berkira-kira
baju mereka - kuningkah ?, merahkan ?
masing-masing bersuara
masing-masing berhujah.
(iii)
janganlah dongeng Melayu lama itu
menguntungkan bukan orang kita.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
29 Jun 2011.
MALAM (ii)
22 Jun 2011 5:50 AM (13 years ago)
MALAM (ii)
dingin
hangat
merentas urat
bawakan secebis rasa
rahsia ini
menyatu dalam genggamMu.
ZULKFLI BIN MOHAMED
Marang Village Resort and Spa, Darul Iman
21 Jun 2011.
LANGIT BIRU
26 May 2011 1:49 AM (13 years ago)
LANGIT BIRU
memayungi
membasahi
mendamaikan.
aku hambaMu.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
26 Mei 2011.
21 FEBRUARI
18 May 2011 5:09 AM (14 years ago)
21 FEBRUARI
(i)
21 minit
empat segmen
sebuah ruang
seorang perempuan
dua lelaki.
(ii)
mari tonton
ramai-ramai
kemudian kita
sidangkan isu moral.
(iii)
politik bukan lagi
kuasa dan wang
tapi seks
boleh muat turun
di mana-mana.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
21 Mac 2011.
BAHASA ALAM
17 May 2011 6:24 AM (14 years ago)
BAHASA ALAM(Tsunami Jepun)
semuanya pecah
membelah setiap
zat dan zarah.
bahasanya
hanya satu
bumi ini terlalu tua.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
13 Mac 2011.
SAAT PERGI, KITA MENGUKIR MIMPI
tanpa bulan
malap cahaya menikam lagi senja kita yang lalu
dusta kata membakar hingga ke titis hati, dalam dan kejam sekali
berulang malam, aku memegangmu dari kamar hati yang sehabis calar
patah sudah sayap takdir kita ini
malam ini mimpi masih serupa.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Lot 144, Darul Iman
05 Mac 2011.
BERIKAN SENJAMU
10 May 2011 4:43 AM (14 years ago)
BERIKAN SENJAMU
(i)
hanya suram
ghairahnya pekat.
(ii)
paginya hilang kembali
jejari angin mengeluh
sayup-sayup ke langit
tiada bintang.
(iii)
Tuhan
berikan sekali lagi
senjaMu itu.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
07 November 2010.
KE PINTU SEPI
9 May 2011 4:29 AM (14 years ago)
KE PINTU SEPI
saat diam
saat sunyi
dua pintu
berdaunkan waktu
makin ke dalam
pekat memeluk kukuh.
ke pintu sepi
salam membelah
dalam diam
dalam sunyi
biarlah
utuh begini.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Geliga, Darul Iman
01 November 2010.
DI DAERAH INI, SAAT BAYU BERTIUP
satu-satu
dikutip kembali
tapi seluruhya
tidak di sini.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
16 Oktober 2010.