Kesedihan rakyat Malaysia memang tak terbendung lagi. emosi yang tak terkawal dapat di kesan lewat kata kata yang disertai tulisan memaki hamun, sehingga sanggup mengeluarkan ungkapan yang tidak enak. Sementara di laman Facebook serta laman laman lain media sosial sibuk bercererita pasal Kisah ini.
Di youtube pulak, sebegitu hangat para youtuber menjadi pengulas sama ada bermaklumat atau boleh dipertikai kesahihan maklumat yang mereka lontarkan. Atau, menjadi kebimbangan ialah, para pengulas hanya ingin meraih perhatian, mencari views sebanyak mungkin.
Parah, kalau semua asyik ingin menghukum sebelum kita dapat memastikan proses pengadilan melakukan kerjanya. Atau kita sibuk bermesyuarat gaya ahli mesyuarat tingkap. Sibuk menghukum.
Sepatutnya, kita mesti bersabar, ya memang kena bersabar dalam banyak hal. Biarlah sistem pengadilan yang melaksanakan tugas.
Atau, kalau kita sudah tak pernah percayakan keadilan di negara kita, biarlah kita membetulkannya dengan memperbaikinya bersama.
Kerana jika kita sibuk menghukum, andai ya orang yang kita persalahkan itu tidak bersalah, bagaimana? Sanggup Kah kita berenang dalam lautan peluh mencari mereka yang kita Fitnahkan di masyar nanti.
Jemput ke channel kami https://youtu.be/lsopbW9e20Y
Petang,
Selamat petang khamis kawan, selamat bercuti bagi yang bercuti. Dan hari ini, hari gembira bagi yang agama hindu, sebab thaipusam. Gembira la depa Walaupun tak gembira sebelum ada Covid-19.
Dan bagi orang-orang yang kerja bikin bangunan pun hari ini adalah hari gembira,sebab hari ini hari aging. Faham tak? Hari ni le para pekerja Harian belah2 negeri hat cuti esok dapat duit upah. So, hari ini kalau demam sikit2, selagi larat kerja mesti hadir bro.
Begitulah, hat mana kerja buruh kontrak. Keja jenis gaji Harian, makan pagi kais pagi, makan petang malam tido. Hari ini, hari besar. Siapa yang pernah menjawat jawatan kuli mesti tau lah.
Dan, bagi hat cuti besar dalam seminggu jatuh hari esok. Esok, jumaat. Segala bagai manusia yang cuti esok... Hari KHAMIS jugak hari yang hepi.
Petang KHAMIS, malamnya jumaat. Memang hari yang bahagia. Tambah2 bagi kaum muda yang baru menubuhkan kesatuan rumah tangga. Kamu memang bahagia na.
Psst ni ada video sikit2 : https://youtu.be/JbhIVKmanoQ
YouTube : Krai utara channel
Hai hai hai
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah dan sepenuh rasa syukur ke hadrat ilahi jugak.
Masih dok terperap atas tilam bersama leader gua, hang tau sapa leader gua? Bini gua la brader. Kenapa gua panggil dia leader, biasa la bro. Sebab, manalah ada orang laki berani sangat ngan bini ni, kan2.
Betul, encik suami tu pemimpin dalam family, tapi macam pemimpin boneka ja. Bukanlah nak kata orang laki ni tak dak jiwa pahlawan, no no no bro. Tapi, dah merasa jadi encik suami tau la langit tu tinggi. Tok sah sembang la bro. Ki3
OK la sayang abang semua... Saja nak berleter sikit... Whatever pon di jemput ke channel youtube gua ya...
Ada citer baru nak kabo
Kamon bebeh Hebat...
Datanglah juga ke channel saya,
https://youtu.be/l11r2d8qu4w
#takut bini
Assalamualaikum wbt,
Selamat petang Selasa, esok rabu.
Masih dalam perintah lagi kita ni, tak tau la bila agaknya gua nak kelik kelantan kalau macam ni. Stress, memang le stress, tapi nak buat macam mana kan. Masa dok menulis ni gua dok ronda kat tepi hospital penang ni. Cari makan sikit.
Entah le bila nak kebah Covid-19 ni, takleh nak cakap apa dah. Jalan pon nampak lengang ja. Hajat nak merewang jadi kenangan la ya. Hidup kita dah berubah.
So, tak yah berharap sangat le, tapi doa mesti terus. Kita pakat doa, in sha Allah taala moga berenti. Ok bai
https://youtu.be/l11r2d8qu4w
Assalamualaikum wbt sayang sayang semua,
Hari ni teman nak kabo kat kawan kawan seangkatan, gua baru je siap bukak satu chanel kat u tiub. Maklum le, kan pkp ni, nak keja pon rasa malas, biasalah kan? Kan Kawan2 jugak kata dulu, Melayu ni pemalas? Kan2 jangan kecam tau!
So, bagi mengembalikan nostalgia kemalasan teman tu, teman pon asik main tipon ja la. Dan lagi nak menulis belog ni pon dah macam ketinggalan zaman kot, so teman bukak je channel u tiub untuk nampak maju, macam mahadir kata tu, Wawasan 2020.
OK la na, jemput mai chanel teman.
https://youtu.be/l11r2d8qu4w
Setakat ini GPS melalui setiausahanya mengistiharkan mereka menang di sabah dengan 37 kerusi berbanding lawannya 20 kerusi.
Berjayakah datuk seri anuar Ibrahim dalam cita cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia atau tidak nampak semakin kelam dan berserabut pulak.
Tambahan dengan kenyataan datuk seri sahidan kasim yang membuat kenyataan melalui video yang menafikan beliau tidak terlibat dalam percaturan politik anuar itu. Sahidan kasim yang membuat kenyataan yang di upload ke YouTube juga memberitahu tiada seorang pun ahli parlimen UMNO menyokong anuar.
Sahidan jugak berkata, andai ada apa apa jalan hang di rintis oleh anuar pun, pihak kerajaan tidak akan tumbang dengan mudah. Dan jika berlaku sesuatu di luar jangka, maka anuar perlu bersedia untuk beradu dalam pru baru.
ntara China menangis saat dikerahkan ke zona perang India.
Penat bossku, ada sebuah video kejadian lucu di tengah memanasnya konflik perbatasan antara China dan India. Puluhan Tentara Pembebasan Rakyat China (PLA) menangis histeria ketika dikerahkan untuk bertempur di barisan terdepan garis sengketa.
Peristiwa ini terungkap setelah videonya beredar luas di media sosial. Dalam rakaman video itu, bukan hanya satu prajurit yang menangis. Bahkan puluhan orang.
Mereka menangis histeria setelah mengetahui bahwa bas tentera yang mengangkut mereka ternyata akan menuju ke wilayah konflik China dengan India di Ladakh.
Dalam video itu juga kelihatan mereka cuba menenangkan diri dengan menyanyi, tetapi nyanyian tersebut tak mampu menghilangkan ketakutan mereka.
Alhamdulillah, syukur la na... Perdana Menteri muhyidin baru ja mengumumkan bantuan perihatin nasional BPN 2.0 yang berjumlah 7 billion yang di jangka menyasar beberapa kategori... Mantap,
Peruntukan tersebut akan disalurkan kepada dua ansuran iaitu pada penghujung bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Ini adalah peruntukan dana yang akan diperolehi rakyat Malaysia yang layak:
RM1,000 kepas 3.7 juta isi rumah kelas B40
RM500 kepada 3.8 juta kelas B40 bujang
RM600 kepada sekitar 1.4 juta isi rumah kelas M40
RM300 kepada 1.7 juta kelas M40 bujang
Untuk maklumat pembaca, tiada sebarang permohonan perlu dilakukan, ini kerana bantuan tersebut akan disalurkan secara automatik kepada penerima yang layak menerima bantuan.
Bagi mereka yang tidak layak, kerajaan akan membuka ruang permohonan kelak.
Okay bai...
Assalamualaikum wbt,
Weiii, hangpa gila ka apa anuar berahim ni, sejam lepas kot dia dok canang dia dah ada majority nak bentuk kerajaan baru.
Then, siap dok offer kat muhyidin nak bagi jawatan hat sesuai. Jawatan apa tu abang anuar.
Saja nak Tanya, lu ngigau ka anuar, mimpi siang bolong kot na. Lu sedaq ka tidak. Adoiii, politik kuat la nuar ni.
Apa motif la si nuar ni, nak bagi gangguan kat PRN Sabah kot, atau memang rasa tergugat lepas guang eng belot sokong sapie afdal sebagai bakali pm.
Takpe la nuar oiii, buat la kerajaan isketambola kamu sendiri ye.
Assalamualaikum wbt, kawan kawan, pagi ni gua nak sembang pasai tepung peluta la pulak, okay tinggalkan dulu pasai politik, mood pagi ni kita citer pasal makan la dih.
Okay Kawan2 let's go to the zoo 😁
Bahan-bahan lapisan hijau:
Gula halus 1 cawan
Tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau
Daun pandan
Cara-cara penyediaan:
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan di atas untuk lapisan hijau. Panaskan periuk dan kacau sehingga mejadi pekat. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
Bahan-bahan santan:
4 cawan santan
Garam secukup rasa
4 sudu makan tepung beras
Cara cara penyediaan:
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur dengan api yang perlahan sehingga pekat. Kemudian tuang ke atas lapisan hijau tadi.
Mudah je kan sebenarnya resipi tepung pelita ini?
Selamat mencuba!
Sumber: Fb Sally Ahmad
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif
LAS VEGAS - Bagi sebahagian petarung, dibandingkan dengan juara kelas ringan UFC tak terkalahkan Khabib Nurmagomedov mungkin mereka mahu menerima. Tapi, tidak bagi Khamzat Chimaev. Petarung UFC kelas menengah itu enggan disamakan dengan Khabib kerana ingin melakar sejarahnya sendiri.
Petarung Sweden kelahiran Chechnya, Rusia, 1 Mei 1994, itu baru saja tampil mengesankan di UFC Vegas 11 melawan petarung asal AS, Gerald Meerschaer, di Las Vegas, Nevada, Sabtu (19/9/2020). Chimaev yang menang KO dengan satu pukulan yang menghancurkan, hanya mengambil masa 17 saat memasuki babak pertama.
Itu kemenangan ketiganya di UFC dalam dua bulan terakhir, sekaligus meneruskan rekod tak terkalahkan sembilan perlawanan. Pada Julai, Chimaev mengalahkan Rhys McKee (TKO di round pertama) dan John Phillips (submission round kedua).
Dengan prestasi yang diraihnya, Chimaev mengatakan dia memiliki sesuatu untuk dibuktikan di UFC Vegas 11, dan enggan disamakan dengan Khabib meski sama-sama ganas saat bertarung dan belum terkalahkan.
"Ya karena semua orang berkata, 'Anda adalah Khabib, Khabib No. 2', seperti itu. Tapi, saya Khamzat," kata Chimaev setelah kemenangannya di siang media pasca-pertarungan UFC Vegas 11. “Saya boleh melumpuhkan orang. Hancurkan orang. Segalanya. Saya memiliki segalanya."
Setelah mengalahkan tiga petarung dalam dua bulan, Chimaev siap untuk menguji dirinya sendiri menghadapi lawan terbaik yang diajukan UFC padanya, Walaupun bukan dari kelasnya.
“Saya siap sedia untuk semua petarung,” kata Chimaev. “Seperti yang saya katakan kepada Dana (White- presiden UFC), jika Anda memberi saya Demian Maia (kelas welter), saya siap untuknya. Jika mereka memberi saya Brock Lesnar (kelas berat), saya juga siap untuknya.”
Seperti di petik dari sindonews
WASHINGTON - Presiden Amerika Serikat (AS), Donald Trump mengatakan, Rusia menciptakan misil hipersoniknya setelah "mencuri" informasi tentang teknologi tersebut dari pemerintahan Barack Obama. Tapi, Trump menyebut AS memiliki rudal yang lebih canggih dibanding dengan rudal Rusia.
"Mereka (Rusia) memiliki misil, misil super-duper-hipersonik, ini dapat terbang lima kali lebih cepat dari misil biasa. Kami memiliki satu yang terbang lebih cepat, lebih cepat dari itu," ucap Trump.
"Rusia mendapat informasi itu dari pemerintahan Obama, Rusia mencuri informasi itu. Anda tahu itu, Anda tahu itu. Rusia mendapat informasi itu dan kemudian mereka membangunnya," sambungnya, seperti dipetik Tass pada Minggu (20/9/2020).
Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelumnya mengatakan bahwa sekarang Moskow memiliki senjata hipersonik dan mengatakan tidak ada gunanya negara lain mengeluarkan begitu banyak uang untuk menghalangi Rusia. Dia mencatat bahwa untuk pertama kalinya sejarah Rusia telah melampaui negara lain dalam hal pengembangan senjata canggih.
Rejimen misil pertama sistem misil jelajah hipersonik Avangard mulai beroperasi di Rusia pada akhir 2019. Selain itu, Rusia terus menguji senjata mutakhir lainnya, termasuk misil jelajah anti-kapal hipersonik Tsirkon dan sistem misil strategi Sarmat.
Sementara itu, kebelakangan ini, para penjawat senior AS mengakui bahwa negaranya sedang berusaha mengejar kemajuan Rusia dan China dalam pembangunan senjata hipersonik.
Menteri Pertahanan AS, Mark Esper menyatakan pada 7 Desember 2019, bahwa negaranya sedang merencana pengejaran dan pelaburan setiap dolar Sebaik mungkin untuk mendapatkan kemajuan dalam senjata hipersonik.
Assalamualaikum wbt, lama benar gua tak update blog gua ni dih, bersawang berkulat habis doh dih. Maklum la, lama dah tak terlibat secara langsung dalam politik ni, tambah tambah gua pon bukan ada idea mana nak menulis ni.
Brussels - Polis dari tiga negara, yakni Belgium, Perancis dan Swiss melakukan penangkapan massal terhadap para pelaku pencurian berlian spektakuler senilai US$ 50 juta . Jumlah penangkapan 31 orang. Mereka ditangkap dari ketiga negara tersebut terkait kes ini.Pencurian berlian ini terjadi lebih kurang 3 bulan lalu di Lapangan Terbang Zaventem, Belgium. Penyiasatan yang dilakukan terhadap kes ini berkesudahan pada operasi lintas negara dan kemudian dilakukan penangkapan massal yang dilakukan Selasa (7/5) dan Rabu (8/5) ini.Salah seorang pelaku utama pencuri berlian ini ditangkap di Perancis. Sedangkan 6 orang pelaku lainnya, yang merupakan anggota satu geng dengan pelaku utama, ditangkap oleh Polis Swiss. Dalam penangkapan tersebut, berhasil disita sejumlah berlian yang dicuri."Penyelidikan kes ini mengarah ke operasi polis besar-besaran," ujar juru cakap kantor pendakwaraya Brussels, Jean-Marc Meilleur, seperti dilansir AFP, Rabu (8/5/2013).Dalam operasi penggerebekan yang dilakukan Rabu (8/5) pagi, Polis Belgium berhasil membekuk 24 tersangka. Mereka juga berhasil menyita sejumlah wang tunai dalam jumlah besar. Operasi tersebut disebut besar-besaran kerana melibatkan sekitar 200 personel.Pencurian berlian yang terjadi pada 18 Februari lalu, disebut sebagai salah satu pencurian berlian terbesar oleh Antwerp World Diamond Centre (AWDC). Berlian tersebut diambil secara diam-diam oleh 8 orang pelaku, yang merangsek masuk ke dalam landasan Lapangan Terbang.Para pelaku membuka paksa pintu kargo sebuah pesawat Swiss yang hendak berlepas dari landasan dan kemudian merampas berlian tersebut.
Tentu para peminat Siti Saleha tertanya-tanya apa kaitan Siti Saleha dan lesbian. Siti Saleha memang seorang lesbian tetapi itu hanyalah dalam filem Tujuh yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.Dalam filem tersebut Siti Saleha akan berprewatakan sebagai Tina yang merupakan seorang Lesbian. Ketika ditanya mengenai anggapan orang terhadapnya selepas ini, secara ringkas dia menjawab itu hanyalah lakonannya semata-mata.“Saya akan melakonkan watak Tina, seorang Lesbian dan ini merupakan watak yang berbeza dari yang lain kerana sebelum ini saya lebih kepada watak yang baik, sopan dan ini merupakan watak antagonis, yang benar-benar mencabar keupayaan diri saya untuk melakonkannya dengan baik”“Saya tidak ada masalah tentang apa orang akan bercakap mengenai diri saya ini, kerana saya tahu ini merupakan sebuah filem — sebagai pelakon yang perlu mengikut watak & skrip yang telah diberi oleh pengarah, dan perlu untuk saya jayakannya dengan sebaik mungkin”“Saya tahu masyarakat & peminat mengerti ini hanyalah watak saya dalam filem sahaja dan di luar saya normal,” ujarnya sambil berseloroh.Dia juga membuat sedikit kajian mengenai lesbian dengan menggunakan internet, filem dan juga buku untuk melihat bagaimana kaum minoriti ini, bergaul bersama-sama dengan masyarakat.“Saya membuat sedikit kajian dengan menggunakan internet, filem yang berunsurkan lesbian dan membaca sedikit artikel mengenainya,” kata Siti Saleha.Sementara itu, bercakap mengenai kisah percintaan beliau, Siti Saleha mengaku yang beliau masih solo dan tidak mempunyai hubungan dengan mana mana lelaki.“Sejujurnya saya masih solo dan tidak mempunyai mana-mana teman lelaki dan biarlah itu semua datang kemudian, yang penting biarlah saya fokus kepada dunia lakonan ini dahulu,” tambahnya lagi. Rotikaya
Polis tahan penulis blog pro-Umno Papagomo Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan polis.Beliau ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason".Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini. Sebab penahannya setakt ini belum diketahui.Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching. -mk
GREENBOC
ADUN Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, pagi SelasaARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, Azlan Man mengangkat sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, di sini pada Selasa.Azlan, 55, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pukul 10 pagi.Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azlan yang merupakan calon muka baru memenangi kerusi DUN Pauh dengan menewaskan calon PAS Idris Yaacob.Azlan menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada PRU-13.Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.Azlan juga pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan.* Sumber mStar Online
Kalau anda mempunyai masa untuk peduli akan dunia hiburan tempatan semalam ketika sibuknya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13), anda pasti terbaca tulisan tentang Diana Danielle ini di Berita Harian.Menerusi ruangan Desas Desus dalam sisipan Bpop semalam, Zubir Yunus menyampaikan cerita yang katanya kehidupan Diana Danielle di Sydney, Australia ketika ini adalah atas tajaan seseorang. Baca lagi di rotikaya
BN batal janji makan percuma
Tawaran makanan percuma dua kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota Laksamana pada pilihan raya umum ke-13. Calon BN kawasan itu Datuk Chiw Tiang Chai, yang menawarkan janji berkenaan dalam aku janjinya, berkata penduduk di DUN itu boleh berjumpa dengan wakil rakyat baharu mereka bagi mendapatkan bantuan."Apa yang saya janji ialah makan percuma, insurans percuma. Semua itu batal sebab saya tak menang, dia (pengundi) dah pilih calon yang dia nak, jumpalah wakil rakyat baharu," katanya kepada pemberita di Melaka.Chiw yang juga Pengerusi PPP Melaka tewas kepada calon DAP Lai Keun Ban dengan majoriti 3,462 undi manakala Lai mendapat 11,969 undi.Beliau berkata kekalahan itu memperlihatkan bahawa kebanyakan pengundi Cina di DUN berkenaan tidak berlaku adil kepada kerajaan BN yang banyak membantu mereka selama ini.Chiw juga sedih dengan kekalahan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447 undi.- Bernama
Pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.SEKUMPULAN saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga.Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering."Lagi banyak lembapan diserap, lagi kuat bunyi ultrasonik dikeluarkan. Namun, bunyi berkenaan 100 kali lebih pantas daripada pendengaran manusia," kata ketua pengkaji, Philipe Marmottant.Penyelidik dari Universiti Grenoble, Perancis itu turut percaya, tumbuhan yang bernyawa dengan karbon dioksida mampu memperlahankan proses penyerapan dan mengurangkan julat ultrasonik di udara. Menurut laporan MailOnline.
Sarat keraguan & penipuan, Pakatan Rakyat tolak keputusan PRUAedi AsriKUALA LUMPUR 5 MEI: Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi penjelasan terhadap pelbagai keraguan yang berlaku sepanjang tempoh pengundian.Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai penipuan dikesan sepanjang hari pengundian, antaranya kewujudan warga asing sebagai pengundi dan dakwat kekal yang tidak kekal.“Jumlah undi awal dan undi pos (kepada Pakatan) juga tidak konsisten dengan trend pengundian semasa,” katanya pada sidang media tengah malam tadi..Beliau berkata, Pakatan sejak dari awal berterusan menyuarakan perkara ini, namun SPR tidak mengendahkannya.“Kita secara konsisten menegur tentang perkara ini…(tetapi) SPR bersikap tidak mengambil endah.“(Justeru) SPR perlu memberi jawapan mengapa penipuan sebegini berlaku dan dibiarkan,” katanya.“SPR sudah menggagalkan negara ini (EC has failed the country),” katanya lagi.Turut hadir, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.