Tatkala siang dikunyah malam
Tatkala garisan jingga berbaris sepi
Jiwaku tenang dibelai khayalan
Cemburuku hilang melihat kau tenggelam
Pergilah kau sang hebat mentari
Selamat datang bulan
Giliran kau untuk dicemburui..
Catataan Matlutfi
11 Jan 2015
1.06am
Aku lihat kau
Tp aku tak dpt capai
Aku ckp ngn ko
Tp mksud aku tak smpai
Kau hadir saat hati ku masih terbekas luka lama
Kau datang dengan perkhabaran yang boleh ku kira indah
Kau melayan ku seperti seorang kawan
Kau diam mendengar keluhan permasalahanku tanpa rungutan
Buah fikiran mu ku ambil kira mungkin kerana faktor usiamu yang lebih matang ku rasa
Aku halang diriku dari jatuh cinta denganmu
Kerana jarak yang jauh kira mungkin akan membataskan segala
Namun ku tewas akhirnya
Ku biarkan diriku menerimamu tanpa ku sedar bila
Mungkin kerana merasa yang kau mampu menjaga dan menerima aku seadanya
Aku menerima cintamu
Aku kalah dengan mainanmu
Ku terus biar diriku hanyut dengan ilusi cinta dan sayang mainanmu
Hingga satu saat yang ku kira kau sudah tak sanggup untuk meneruskan pembohonganmu
Kau akhirnya mengaku kau hanya membohongi ku
Akhirnya kau lakukan perkara yang sama dengan teman lamaku
Sedangkan kau tau perkara itu sejak dulu lagi
Kau yang memulakan
Dan kau juga yang mengakhirkan
Aku tergamam tanpa suara
Kaku kelu tanpa bicara
Perkara yang sama datang menimpa
Patutnya dari awal sudah ku duga
Tetap aku merelakan segalanya
Mungkin ini yang membuatkan aku belajar
Untuk menjadikan diriku lebih dewasa
Mainan dunia tanpa megira siapa
Kini aku lebih tenang tanpa sesiapa
Aku selesa dan aku gembira
Bergembiralah kau disana
Selepas berjaya melukakan sekeping lagi hati wanita
Air yang tenang dipermukaan
Jangan sekali kita andaikan begitulah dasarnya
Riak wajah yang riang
Jangan sekali beranggapan begitulah hatinya
Manusia didunia hanyalah pelakon pentas hiasan
Maka bukanlah sukar untuk kita berlakon di depan orang lain
Walau bukan itu hakikat sebenar
Kita masing-masing punya tujuan
Punya pendapat dan haluan yang berbeza
Mungkin ada sebab kenapa seseorang itu menjadi sejarah dan tidak mengikut kita ke masa depan kita
Mengenang sejarah baik untuk kita jadikan panduan
Tapi bukan sebagai satu sebab kenapa kita tidak boleh maju ke hadapan
Kini aku lebih faham maksud dan erti dunia
Tidak semua yang kita impikan melutut sujud didepan mata kita
Tidak semua yang baik itu milik kita dan bukan pula yang buruk itu tidak baik untuk kita
Aku lebih faham erti sakit, erti luka, erti memberi dan menerima
Kerana dengan merasainya kita jadi lebih matang dari sebelumnya
Kau perlu jatuh untuk faham maksud sakit
Kau perlu terhiris untuk mengerti rasa luka
Memberi tak semestinya dibalas menerima
Dunia tak semua indah belaka
Bila kau mampu menerima asam garam dunia
Kau akan mampu menghadapi hari seterusnya
Langit tak selalu cerah
Hati tak selalu gagah
Nasib tak selalu mudah
Masalah tak pernah kan sudah
Tp rindu kan selalu parah
Diri kan menjadi gundah
Membuatkan airmata kan jatuh tumpah
Bila diri ini mulai pasrah
Hanya padaNya mampu berserah
Jangan dikesal yang sudah sudah
Agar masa depan kan tiba indah
Jangan sekali memandang rendah
Biar bumi letaknya dibwah
Kerna diriku tidaklah murah
Menagih janji tak sudah-sudah
Pada yang buat tak endah
Cekalkan diri menjadi tabah
madie 110110 10.30pm
Perasaan yang tidak dapat ditafsirkan atau didefininasikan
Namun rasanya yang indah dah tenang sukar untuk dilepaskan walau seketika
Orang yang bertuah sahaja akan merasakan bahagia yang tidak terhingga
Ataupun sebenarnya bahagia itu memang ada tanpa kita sedarinya
Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan itu mungkin mampu mengembalikan segaris senyuman dibibir mereka yang sengsara, atau mungkin juga perkara kecil yang kita tuturkan mampu merobek hati yang sedang tertawa
Andai sahaja semua perlakuan itu dapat dijangka kesudahannya, pasti masa depan itu bukan lagi rahsia
Andai saja mimpi itu realiti yang sudah diketahui kesudahannya, pasti kita tidak perlu berangan hingga ke pucuk langit.
Langit itu tinggi, tinggi lagi impian mereka yang ingin berjaya
Berjaya bukan saja erti kata dunia tapi juga akhirat sana
Dunia bukan untuk selamanya, namun bukan juga penyebab untuk kita leka dan alpa dengan keindahan sementara
Siapa kata kita tak perlukan wang untuk hidup bahagia
Siapa pula yang pasti bahawa wang mampu menjamin kebahagiaan kita
Semalam seringkali dijadikan sempadan yang terbaik untuk kita terus memperbaiki diri menjadi lebih baik pada hari ini. Dan esok akan terus menjadi misteri yang belum pasti.
Orang datang dan pergi dalam hidup kita
Mencari kawan yang sentiasa berada dengan kita sangat sukar
Kerana mereka juga mempunyai persoalan sendiri
Apa yang tinggal dengan kita hanyalah kita sendiri dan Illahi
Kita sendiri perlu belajar untuk berdikari
Bila kita memanjakan diri untuk bergantung kepada orang lain
Maka itu juga yang mungkin menjatuhkan kita
Seteguh mana kekuatan orang untuk kita pinjam bila kita sendiri tidak mempunyai niat untuk kuat
Jangan jadi manusia yang hanya pandai meminta dan mengemis simpati orang lain
Jadilah manusia yang pasti arah tuju hidup dan landasannya.
Bahagia atau derita kita yang mencorakkanya.
dalam kamar yang sepi ini
aku ditemani angin bisu
menyapa lembut permukaan wajah
yang tak terlintas difikiran
apakah yang dicari
apakah yang ingin dimengerti
mengapa sulit sekali jawapan itu menghadirkan diri..
manusia sering mengambil jalan mudah dengan melarikan diri
atau berpura seolah mengambil berat
sedangkan tiada sekelumit ikhlas tersirat dihati
apa erti pembohongan itu
pada siapa ingin ditonjolkan
atau untuk apa melakonkan watak baik sedang itu bukan kita..
ingin menjadi diri sendiri dihukum keji oleh masyarakat
ingin meluahkan rasa hati dituduh tidak peka pada hati yang lain
lantas penyelesaian cukup mudah
berpura dan terus berpura
demi terus diterima insan
demi tidak dianggap lain dari mereka
walau hati berlagu sumbang kerana itu bukan kita..
terusan-terusan menjadi boneka dunia
hingga lupa pada sang Pencipta
sedang yang menanti pasti kekal abadi
sampai bila-bila..
usah dikejar yang sementara
andai dalam kita mengejar itu ramai pula hati yang terluka
usah mengikut rentak mereka
kerana mereka tidak tahu apa
makna dunia..
andai kata sayang menguasai diri, lautan luas sanggup direnangi.
andai diri terlalui merindui, jarak jauh tidak dirasai.
gila, aku sendiri tak tahu mendefinasikannya..
tapi aku serasa ingin cepat bertemu dengannya..
sekian lama tidak bersua, banyak perubahan berlaku pada si dia..
namun tutur kekal mesra, tiada yang kelu tidak berbicara..
seakan baru semalam kita berjumpa..
masa pantas berjalan rupanya..
sekejap terasa pabila bersama..tidak puas hati berkata..
namun apa hendak dikata, mlm hilang tanpa menyapa..
pabila pagi menjengah muka..layak la kita pulang hendaknya..
andai ada masa dan ketika
panjang umur dilain masa..
insyaallah pasti kita kembali bersua..
Siapa kau untuk menghukum diriku
Kau bukan sesiapa dalam hidupku
Baru seminit dua mengenaliku
Dengan megah kau menghakimi diriku
Kau tak layak menjadi penentu siapa aku
Kau bukan orang yang pantas untuk menilai perilakuku
Dengan mudah kau menuduhku yang bukan-bukan
Sedangkan kau sendiri tidak pernah ketemuiku
Apa kau kira denga berbalas pesanan kau sudah terlalu layak menilaiku
Ternyata kau silap
Aku punya maruah dan harga diri
Apa kau kira aku boneka yang senang kau permainkan
Ku kira kau tersilap duga
Percaturanmu masih belum bijak untuk membeli hatiku
Kau tersilap langkah dengan memandang endah kata-kataku
Perasaan ku juga tidak pernah kau selami
Tanpa ragu kau menyatakan prasangka mu itu.
Mudah bagimu berkata-kata
Sedangkan aku terasa ibarat dihina
Apa maafmu akan ku terima
Tidak semudah itu
Setelah hatiku terhiris dengan kata-katamu
Tegar kau melafazkan ayat itu
Membuatku tiba-tiba benci dengan mu
Kau bukan sesiapa dalam hidupku
Kau tak layak mengatur hidupku
Kau tidak mengenaliku
Kau tidak pernah kenali siapa aku sebenarnya
Kau hanyut dengan khayalanmu sendiri
kau angkuh dengan dunia ciptaanmu
kau tidak pernah mencuba menyelami hatiku
walau berkali ku cuba meingkatkanmu
tetap jua kau dengan sifatmu
menghakimi dan terus menghakimi
tanpa mahu memahami
apa gunanya aku menjalin persahabatan dengan mu
andai kau tidak pernah mahu memahami ku
Aku melakar cerita berdasar pengalaman
Aku menulis karangan kehidupan realiti
Tinta bergerak lembut dijemariku
Menggambarkan perasaan untuk dikongsi bersama
Andai ada yang sudi bermadah seirama
Ceritera cinta ku biaskan di halaman putih
Kisah rindu sering bermain difikiranku
Aku prejudis atau obses??
Mungkin ini sekadar coretan hatiku
Tidak terlintas menyindir sesiapa
Kerana adunan ku berdasarkan realiti
Bahasa juga merupakan satu wadah luahan
Andai penyanyi mendendangkan lagunya berdasarkan perasaan
Andai pemuisi dan penyajak mendeklamasikan sajaknya dengan harapan
Andai pujangga menitiskan airmata di satu karyanya
Pasti tidak salah rasanya aku turut sama melahirkan resah hatiku melalui
Cetusan rasa penglipur lara.
Bilamana benci berleluasa
Ingat sayang paling bahagia
Bilamana dendam menghantui
Ingat memaafkan lebih bererti
Bilamana takbur menguasai
Ingat besederhana sifat diri
Bilamana duka mengelabui
Ingat Tuhan sedang menguji
Bilamana mendung berarak kelabu
Ingat matahari kan muncul kembali
Bilamana gagal bertimpa-timpa
Ingat kejayaan pasti menyusuli
Bilamana lemah makin bermaharajalela
Ingat kekuatan kita lebih berkuasa
Bilamana amarah sedang hampiri
Ingat sejuk kan hati dan juga diri
Bilamana cinta semakin tiada
Ingatlah bahawa cinta pengubat jiwa yang lara
Cinta pada Yang Esa perlu diutama
Cinta pada Rasulnya pemangkin keteguhan jiwa
Cinta pada keluarga abadi setia
Cinta pada Akhirat membawa bahagia
setahun sudah berlalu
dirimu kini semakin ku lupakan
pelahan perlahan ku hapuskan bayangmu dari mataku
sedikit demi sedikit ku buang jauh kenangan kita.
tidak ingin lagi ku mengenangkan mu yang hanya menyesakkan dadaku
ku lontar jauh cinta dan sayang yang ku semai dulu.
Sayang yang dulu bermaharajalela kini tidak lagi berkuasa dalam hatiku
Selayak perkara ini ku lakukan sedari dulu lagi namun tidak terdaya.
Kini aku semakin matang dan mula mengerti apa itu erti pengorbanan
Mungkin inilah masa yang terbaik untuk ku yakinkan diriku kau bukan sesiapa
Dan sememangnya kau tidak layak menerima cinta dan kesetiaanku.
Kerna kau bukan insan yang setia
Aku bukan insan kejam dan tak berperikemanusiaan sepertimu yang akan mendoakan kau jatuh tersungkur suatu masa kelak.
Akan ku doakan kau suatu hari nanti menemui pencarianmu yang hanya kau sahaja mengetahuinya.
Apabila kalimah cinta dipersenda sebegitu rupa, aku sedih tidak bermaya
Kini hidupku bukan lagi sebagai pungguk yang merindukan bulannya.
Aku tidak perlu menjadi perindu sepi yang tidak bermakna.
Aku harus bangkit dari kejatuhanku.
Aku harus tegar mengalami kegagalanku
Kerna semua itu yang akan mengagahkanku di masa depanku
Mendewasakan ku dari segi pengalaman.
Hidup ini tidak sentiasa indah
Bukan juga sentiasa dirundung derita.
Bila akal dan hati bersatu
Perkara mustahil kita tidak lagi mustahil.
kesejukan yang mencengkam diri, membuatku jadi termangu.
beku diriku dan akalku untuk memikirkan persoalan dalam hatiku.
lantas ku biarkan diriku hanyut dibuai perasaan yang mendamaikan ku
perasaan itu tiba-tib menjadi penawar kekusutanku
ketenangan dan kedamaian daripada birunya laut dan hijaunya dedaunan
menjadikan aku seolah diawangan
hembusan bayu yang dingin mendodoiku terbang ke langit tujuh
keresahanku hilang
kerumitanku terungkai
kesedihan ku berundur tanpa pesan
indahnya perasaan ini.
aku kini tiba-tiba seperti seorang insan yang sangat gembira
keceriaan itu muncul tiba-tiba.
senangnya perasaan ini
aku menyukai perasaan ini
aku mahu sentiasa bahagia begini
ketenangan tanpa masalah.
biarkan aku disini
biarkan aku sendiri
biarkan aku begini
biarpun ia cuma sehari.
Malam itu umpama mimpi bagiku. Kau jadikan mimpi ku jadi kenyataan. Walau telah lama ku impikan, baru malam itu fantasiku jadi realiti. Walau sekejap Cuma, namun kau tetap menjadikan aku seperti satu-satunya insan yang paling bahagia yang wujud dimuka bumi. Keterlaluan bukan ungkapan ku. Kau temani ku dikala sunyi, kau hiburkan ku dikala bosan. Kau bawaku bersiar menikmati keindahan bintang bergemerlapan dilangit hitam.
Sayang.. memang perasaan itu wujud untukmu. Namun aku tidak akan sesekali terlena dan terleka dengan layananmu. Kita tetap akan menjadi teman yang baik sampai bila-bila. Bolehkan kau berjanji padaku bahawa kau akan kekal begini. Bolehkan temanku. Aku tau kau mampu melakukannya. Aku pasti.
Sedang aku terkapai-kapai ditinggalkan teman lama, kau datang menemaniku. Aku ibarat orang mengantuk disorong bantal menerima pertolonganmu tanpa ragu. Sedikit sebanyak hibaku hilang dibawa angin. Sedang masa berputar, teman lamaku semakin dilupakan. Terima kasih kepada dirimu yang tanpa jemu disampingku.
Namun, badai tiba-tiba bergelora, kau seolah-olah menjauhkan ku. Mengapa temanku? Mengapa aku ditinggalkan begitu tanpa ku mengerti. Lama ku mencari jawapan persoalan yang tidak terungkai itu. Mujurlah kau terbuka pintu hati untuk kembali pada diriku ini sebagai temanmu. Aku mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kepercayaan dirimu padaku. Benar-benar ku tak ingin kehilanganmu. Aku takut kehilanganmu. Aku tak mampu.
Mengapa tidak kau khabarkan padaku ada insan yang ingin menjauhkan kita. Sungguh aku tak menyangka itulah punca kau menjauhiku dulu. Aku juga tak tahu siapa insan itu temanku. Maafkanku andai ku pernah menyakitiku dengan tingkahlaku atau kata-kataku. ku juga insan yang lemah. Maafku pinta sayang.
Kini, kita telah kembali seperti sediakala, syukur ku panjatkan pada Yang Kuasa telah mengembalikan kau kepadaku temanku. Moga kita kekal begini selamanya. Jangan kau pergi dariku lagi. Jangan sesekali kau izinkan sesiapa memisahkan kita. Kau semangatku.
Aku menumpang kasih pada yang sudi. Walau kami tiada ikatan lain selain teman, dia tetap sabar melayan kerenahku. Siang malam tanpa jemu. Saatku sunyi, gembira, sedih, keliru atau kecewa. Untuk mencintai si dia adalah perkara yang paling tidak akan ku lakukan, kerna dia telah mempunyai teman yang terpahat bertakhta dihati. Lantas kami juga turut mengakui sayang hanyalah terbatas sebagai teman. Aku lebih senang begitu, malah telah selesa begitu.
Teman tapi mesra, mungkin ungkapan itu terlalu klise, namun bagiku mungkin itulah yang terbaik untuk diri ini mengungkapkan betapa pentingnya kehadiran dirinya dalam hidupku. Aku perlukan dia, jujur ku katakan, kini aku tak betah tanpa dirinya. Gelak tawanya, usikan kepada diriku. Sering diri ini tersenyum menerima pesanan darinya. Bukan bermakna aku bercinta dengannya, bukan juga ku akui bahawa ku telah serahkan hati ini padanya. Tidak sekali. Aku boleh yakin itu. Malah sangat yakin.
Sekadar teman yang terlalu memahami diri ini, sekadar teman yang ku selesa mencurahkan segala masalah, aduan,pendapat atau juga curahan hati. Rahsia, tiada dalam kamus hidup kami berdua. Segala-galanya terungkap dan tersingkap. Malu? Mungkin tiada lagi. Walau aku dan dia merupakan dua insan yang sangat berbeza. Siapa kata lelaki dan perempuan tidak boleh kekal sebagai kawan.
Harapanku kami sentiasa bersama seperti kini. Aku bahagia. Walau tanpa teman istimewa, aku tetap rasa seperti dimanja. Biarlah aku hidup begini buat sementara ini. Untuk apa ku mempunyai kekasih andai hanya untuk menyakitiku. Aku perlukan pelindung, bukan pemusnah. Lantaran itu, biarkan aku hanyut dalam duniaku. Aku tidak menganggu sesiapa, menyakiti sesiapa. Aku tenang begini.
Pada sang pencinta yang setia,
Usah dikenang pengorbanan mu pada kekasihmu
Tapi anggaplah ianya bukti keunggulan cintamu
Kerana sepasang hati telah terpaut erat
Menghidupkan suasana dingin menjadi hangat
Menceriakan gerimis setelah matahari berlalu pergi
Mendendangkan puisi pujangga seluruh dunia.
Pada sang pencinta setia,
Kekasihmu itu perlu dibelai hatinya
Perlu disemai benih kasih sayang
Perlu dijaga dan dibaja cintanya
Perlu dibelai manjanya
Kerna dia hanyalah manusia biasa.
Pada sang pencinta setia,
Ku titipkan pesanan ini agar kau tidak kecewa
Agar kau tidak merana
Agar kau tidak berduka
Dikala kasih yang kau harapkan
Kecundang saat kau mengharapkan bahagia.
Malap ketika baru api cinta mula membara
Tatkala kau seorang pencinta yang setia.
Jagalah tarimu,
Jagalah nadamu,
Agar ia tidak sumbang
Ketika kau menarikan lagu cinta
Ketika kau menyanyikan puisi cinta
Ketika kau dan si dia memadu asmara
Di dalam bahtera bahagia
Moga kekal selamanya
Cinta sang pencipta setia bersama kekasihnya
Berdoalah pada Sang Pencipta
Biar dirimu kekal bersama
Hingga ke hujung nyawa.