 |
President Donald J. Trump. 45th President of The United States |
Sempat menonton dan membaca teks ucapan, Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!
Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelompok elitis politik yang mengawal institusi politik tidak kira dari Parti Democrat atau Republican, penyumbang dana politik, termasuk para pelobi.
Yang pasti, antara para "The Establishment" yang beliau maksudkan hadir, berada dibelakang beliau, dipentas yang sama.
Beliau berkata, upacara peralihan kuasa hari ini bukan sahaja dari pentadbiran lama beralih ke pentadbiran baru, tetapi ia adalah upacara peralihan kuasa dari Washington D.C kepada seluruh rakyat Amerika! Juga, kemenangan beliau hari ini adalah kemenangan rakyat.
Sama ada "Movement" ini sekadar retorik atau tidak, sama-sama kita saksikan sehingga beliau tamat tempoh kuasanya.
Apapun, kemenangan "Movement" rakyat yang diketuai Donald Trump ini diharap memberi kesedaran dan keinsafan kepada seluruh kelompok elitis politik di dunia, termasuk di negara kita, di mana rakyat biasa(yang diluar kelompok elitis politik) juga boleh diangkat sebagai pemimpin, kerana rakyat sudah muak melihat mereka asyik berpolitik, tidak menjaga kepentingan rakyat dan bosan dengan pilihan yang ada.
Di negara kita, setelah 60 tahun kita Merdeka, jelas membuktikan Institusi Politik tanah air sekarang ke arah membentuk "Kelompok Elitis Politik".
Baik parti-parti pembangkang atau kerajaan, masing-masing sedang membina dinasti. Pusing pilih parti mana pun muka sama, susur galur sama dah puluhan tahun, ditambah lagi para elitis politik yang lompat parti untuk mendapat "nyawa politik" baru.
Kelmarin PM ajak kita fikir tentang TN50, iaitu masa depan Malaysia pada 2050.
Justeru, pada hemat saya, Malaysia pada 2050, jika sikap, pendekatan dan trend elitis politik tidak berubah, rakyat akan memilih pimpinan, kerajaan dari gerakan luar institusi politik kepartian dan luar kelompok elitis politik dari susur galur sedia ada.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
21hb Januari 2017
Marang, Terengganu
#PresidentTrump #TheMovement #Malaysia2050 #TN50
p/s: Ini adalah sekadar pendapat peribadi saya. Jika ada kekhilafan, mohon nyatakan. Untuk rekod sehingga kini saya belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik

 |
Bermunajat di Puncak Jabal Nur, Gua Hira''. Musim Haji 1431H/2010 |
Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sekali lagi sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar.
Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya.
Walaupun realitinya, saya tahu ia bukanlah titik noktah bagi sesetengah pihak yang sentiasa menjadikan aduan saya sebagai modal politik mereka. Ia jelas di mana sejak akhir-akhir ini, gerakan dan kempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim terus giat dijalankan.
Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau.
Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu/mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini.
Ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil.
Apapun, saya anggap dan menerimanya sebagai ujian dari Allah SWT buat diri saya agar saya terus Istiqamah, Sabar dan Tabah walau apa jua keadaan yang berlaku.
Sebagai hamba Allah SWT yang tidak sempurna ini, saya telah menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti.
Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga ke hadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
SAIFUL BUKHARI AZLAN
ISTIQAMAH DENGAN KEBENARAN
Baru-baru ini, saya dihubungi oleh beberapa individu untuk berjumpa. Atas dasar silaturahim sesama manusia, saya pun sudi untuk berjumpa. Lagipun saya kenal mereka ini.
Semasa perjumpaan itu, mereka menyampaikan hajat dan menjemput saya bersama-sama mereka menyertai gerakan "Deklarasi Rakyat" bagi menjatuhkan pemimpin berkenaan.
Selepas 30minit mereka kemukakan hujah-hujah mereka, serta beberapa tawaran, lalu saya pun beri maklum balas.
Izinkan saya berkongsi disini, apa yang saya jawab pada mereka. Bukan apa, saya malas nak jawab berulang kali, sebab ada juga pihak lain selepas itu menghubungi, menjemput melakukan perkara yang sama.
Sebelum itu, ingin saya tegaskan bahawa apa yang hendak saya kongsi ini tiada kaitan dengan politik. Pun begitu, ia ada melibatkan kes peribadi saya dengan Anwar Ibrahim. Justeru saya ada hak/"locus standi" untuk berbuat demikian.
Demikian adalah jawapan saya:
Tujuan utama deklarasi ini adalah untuk menjatuhkan pemimpin tertentu. Pada hemat saya, ini adalah isu politik, saya tidak berminat, dan saya tidak ada hak untuk masuk campur.
Saya sedia maklum bahawa tiada klausa dalam deklarasi tersebut terkandung agenda membebaskan Anwar. Penaung deklarasi ini juga dengan tegasnya menyatakan bahawa deklarasi ini tidak ada kena mengena dengan "Bebas Anwar".
Namun, kita juga sedia maklum bahawa rata-rata 90% daripada mereka yang menandatangani dan menyokong deklarasi, berhasrat mengunakan ia sebagai platfom untuk membebaskan Anwar. Mereka mendesak agar agenda pembebasan Anwar berjalan seiring "Deklarasi Rakyat".
Buktinya sangat jelas kerana ia telah diperakui sendiri oleh Dr Wan Azizah http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/07/setuju-atau-tidak-bebas-anwar-kini-agenda-utama-selamatkan-malaysia/
90% adalah peratusan yang amat tinggi, pada hemat saya mana mungkin kumpulan 10% ini dapat mengatasi kumpulan 90% melainkan mereka ini amat luar biasa kuasanya. Jika dibuat undian, sudah pasti kalah.
Justeru, sepertimana yang diperakui Dr Wan Azizah, maka saya juga simpulkan bahawa :
Sokong Deklarasi Rakyat= Sokong Bebas Anwar
Jadi wajarkah saya sokong gerakan tersebut? Gerakan yang mana majoriti ahlinya mahu Anwar dibebaskan?
Jika saya sokong, maka secara tidak langsung saya akan dilabel sebagai pembohong, melakukan penipuan di Mahkamah dan lebih besar lagi iaitu melanggar sumpah laknat saya yang telah saya lafazkan di Masjid Wilayah dan Masjidil Haram. Justeru, tidak sesekali saya akan berbuat demikian.
Akhir kata, buat mereka-mereka yang bakal tanya saya lagi, diharap penjelasan saya ini JELAS.
Semoga Allah terus beri kekuatan dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.
Akan Terus Istiqamah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
SETAHUN BERLALU
9 Feb 2016 7:15 PM (9 years ago)

 |
Mereka terus ditipu |
KENYATAAN AKHBAR SAIFUL BUKHARI AZLAN. 10HB FEB 2016
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini genap setahun perbicaraan kes saya berakhir.
Izinkan saya ulas beberapa perkara.
Dalam masa setahun ini, saya ambil maklum dengan gerakan/kempen oleh keluarga, penyokong dan pihak-pihak tertentu untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Namun saya mengambil pendekatan untuk tidak memberi reaksi, saya biarkan sahaja.
Saman fitnah dan tuntutan sebanyak RM50 juta yang difailkan beberapa tahun lalu pun saya hentikan. Selain atas faktor kos guaman, saya mengambil kira
faktor kemanusiaan. Kerana pada hemat saya, sudah cukup buat saya apabila aduan saya telah diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan beliau pun telah dijatuhi hukuman. Saya mahu terus ke hadapan, tutup buku.
Namun, hari demi hari, saya lihat mereka ini semakin keterlaluan. Mereka bebas mengelirukan dan melakukan penipuan terhadap fakta kes saya.
Antara penipuan dan 'spin' yang mereka lakukan adalah seperti "Tuduhan Palsu", "Tahanan Politik", perbicaraan berat sebelah, tidak dapat membela diri dan sebagainya.
Penipuan yang dilakukan ini bukan sahaja pada rakyat Malaysia, malah pada dunia. Amat malang lagi, tanpa rasa bersalah atau malu, penipuan ini disalurkan pada Negara-Kerajaan di luar negara, Individu-Individu Berpengaruh, Badan-Badan Dunia sehingga ada mereka mempercayainya dan mengambil beberapa tindakan seperti memberi "Derma Jutaan Dollar" untuk kempen pembebasan AI, juga tekanan pada Kerajaan untuk membebaskan beliau.
Justeru, ingin saya nasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan, hentikanlah penipuan ini. Cukup-cukuplah berdusta. Dari tahun 1998 hingga kini, tak habis-habis lagi. Jika tidak takut pada manusia, takut lah pada Allah SWT. Kasihanilah pada mereka yang kamu tipu itu.
Pada pihak-pihak diluar yang mempercayai, terutama pada Negara-Negara dan Badan-Badan Antarabangsa, ingin saya maklumkan disini bahawa beliau bukan "Tahanan Politik", sebaliknya adalah "Tahanan JENAYAH". Tidak ada kena juga mengena dengan penindasan Demokrasi. Juga, hentikanlah memberi dana dan sokongan, kerana ia dusta belaka.
Beliau telah didakwa atas kesalahan jenayah, dibicara dan di adili oleh sejumlah 9 orang Hakim ( 1- Mahkamah Tinggi, 3 - Rayuan, 5 - Persekutuan) , di mana perbicaraan telah mengambil masa yang lama, lebih kurang 7 tahun.
Saya juga ambil maklum bahawa rata-rata mereka ini beri tekanan dari sudut "Human Rights". Namun bagaimana pula dengan saya? Saya adalah pengadu dan mangsa dalam kes ini. Adakah saya ini bukan "human"/manusia sehingga dinafikan hak sebagai mangsa secara total oleh Badan-Badan "Human Rights"?
Pada hemat saya, agaknya realiti dunia sekarang sudah terbalik. Manusia akan membela individu yang berkepentingan kepada mereka, berkuasa, berpengaruh, berduit kaya raya.
Dan bukannya org kecil seperti saya ini, tak kaya, tak ada kuasa, tidak ada kepentingan. Adakah ini yang ingin dibudayakan?
Apapun syukur selama ini saya ada Allah SWT. Dialah tempat saya berdoa, bergantung dan memohon bantuan.
8 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu adalah aduan saya sepertimana dalam laporan polis mengenai perlakuan Anwar Ibrahim terhadap saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu. Tidak sesekali saya berasa kesal.
Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, setahun sudah berlalu. Semoga sihat dan tenang disana. Gunakanlah tempoh muhasabah ini sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun bagi hambanya yang benar-benar insaf. Sebagai bekas majikan, saya doakan yang terbaik.
Terus kehadapan, istiqamah dan sabar.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
10hb FEB 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa saya tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman dan tuntutan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saya telah failkan pada bulan Jun 2014 yang lalu.
Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini
tidak bermakna saya menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya buat ke atas DSAI pada 2008.
Perkara ini dibuat atas beberapa sebab;
Pertama,
Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya
tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu.
Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah. Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.
Kedua,
Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.
Ketiga,
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Sekian kenyataan saya.
Terus Istiqamah,
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Untuk makluman, perkara menarik balik writ saman ini juga pernah dilakukan oleh defendan di mana beliau menarik balik writ saman terhadap saya pada tahun 2012
"Anwar tarik balik saman terhadap Saiful" http://www.malaysiakini.com/news/208677 . Saman tersebut difailkan setelah saya buat laporan polis pada 2008, ia memakan masa 4 tahun sebelum ianya ditarik balik.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Fakta Kes
1. Saya sebagai Pengadu telah membuat Laporan Polis pada tahun 2008.
2. Susulan daripada Laporan Polis terbabit DSAI telah pun dituduh dan kemudiannya disabitkan, sebagaimana pertuduhan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
3. Saya telah pun memberikan keterangan secara bersumpah di Mahkamah Tinggi dan segala keterangan saya telah pun diuji dan diperiksa balas selama beberapa hari oleh barisan peguambela yang mewakili DSAI di Mahkamah.
4. Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di Malaysia telah pun membuat keputusan pada 10 Feb 2015 dan memutuskan bahawa saya adalah saksi yang 'credible'. Begitu juga Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memutuskan yang saya adalah saksi 'credible'.
5. Saya percaya bahawa proses prosidingJenayah ke atas DSAI lanjutan daripada Laporan Polis yang saya buat pada 2008 telah pun berakhir dan ke semua pihak iaitu saya sebagai Pengadu dan Tertuduh telah pun diadili dengan sebaiknya dan dengan sepenuhnya oleh Institusi Kehakiman di Malaysia.
6. Saya berpendapat Mahkamah telah memberi ruang sepenuhnya kepada ke dua-dua pihak dan mengadili kes ini dengan sebaiknya mengikut undang-undang. Untuk rekod, prosiding perbicaraan dan rayuan telah berlangsung selama hampir 7 tahun.
Pasca Keputusan
7. Pada hari ini, saya perhatikan, terdapat banyak pihak yang memberikan pelbagai pendapat
berkenaan prosiding perbicaraan dan rayuan yang telah diputuskan. Saya percaya ada baiknya sekiranya mana-mana pihak yang ingin memberikan apa jua pendapat supaya membaca dan memahami terlebih dahulu "Alasan Penghakiman" dari prosiding di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan sehinggalah di Mahkamah Persekutuan sebelum memberikan ulasan.
8. Saya percaya selepas kes telah diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, terdapat pihak-pihak yang membuat kupasan berkenaan "Alasan Penghakiman" yang telah diberikan yang mana saya percaya itu adalah hak mana-mana individu, sebagaimana hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan selagi mana ia tidak bercanggah dengan apa jua undang-undang yang menghalangnya.
Pendirian
9. Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengulangi apa jua keterangan yang telah saya berikan di Mahkamah bagi prosiding jenayah sebelum ini diluar atau mana-mana forum.
10. Saya telah memberikan keterangan di dalam Mahkamah sebelum ini dan ia adalah suatu yang telah direkodkan di dalam Nota Keterangan dan rekod prosiding perbicaraan. Justeru pada hemat saya, tidak perlu lagi saya mengulanginya di luar Mahkamah.
11. Tertuduh juga telah disabitkan, dan sedang menjalani hukuman.
Luahan, Terkilan
13. Sudah 7 tahun saya bergelumang dengan kes ini. Kehidupan saya amat sukar dan mencabar sebelum dan juga selepas kes ini selesai. Fokus saya sekarang ini untuk "survive", cari nafkah untuk anak isteri, bina hidup dan terus kehadapan. Walaupun sukar, saya percaya rezeki itu dari Allah. Allah tidak zalim.
Beberapa golongan
14. Maaf cakap, diluar sana, walau tidak semua, tapi ada segelintir yang ambil berat tentang kes ini hanya untuk kepentingan diri, politik masing-masing, bukan dengan niat membela saya, tegakkan kebenaran. Membantu jauh sekali.
15. Ada pula yang percaya kes ini benar, tapi dengan sengaja menafikan kebenaran ini pada umum, demi survival organisasi dan diri mereka.
16. Yang tidak percaya pada kes ini pula, akan terus kecam saya dan tetap tidak percaya walau apa pun bukti dibentangkan. Tidak mengapalah, saya sentiasa Doa semoga Allah buka hijjab pada mereka, diperlihatkan kebenaran. Saya tidak terkesan dan simpan dendam.
17. Apapun, yang benar-benar ikhlas membantu, membela nasib saya selama ini juga ramai, saya tahu dan sedia maklum, terima kasih saya ucapkan. Saya amat hargai. Semoga Allah balas budi baik kalian semua.
18. Akhir kata, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana dengan izinNya, kebenaran dapat ditegakkan, juga telah memberi saya peluang untuk terus hidup di dunia ini.
MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".
Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.
Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.
Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.
Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
SAIFUL BUKHARI AZLAN

Cahaya dihujung, Masjidil Haram
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah kes saya ini berlanjutan selama hampir 7 tahun( sejak Jun 2008), akhirnya pada hari selasa ini, tanggal 10hb Feb 2015 ini, ia sampai ke penghujungnya.
Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.
7 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Semasa saya buat laporan polis, saya baru berusia 23 tahun, kini saya sudah 30 tahun. Sebagai contoh betapa lamanya kes saya ini, Peguam saya Zamri Idrus masa mula kes dulu masih bujang, kini sudah berkahwin dan ada 4 orang anak.
Pelbagai jerih, susah, payah telah saya tempuhi. Juga pelbagai pengalaman pahit dan manis saya perolehi. Syukur kehadrat Allah SWT kerana kurniakan saya kekuatan, perlindungan, bantuan dan ketenangan selama ini.
Insyaallah, jika ada kesempatan nanti, saya akan nukilkan sendiri dalam buku buat bacaan umum. Tak dapat saya nak tulis disini kerana ia terlalu panjang.
Apapun yang pasti, sehingga kini saya tetap Istiqamah, tidak sesekali saya menyesali tindakan saya melaporkan perkara ini.
Terkilan
Terus terang saya ingin luahkan, muktahir ini, saya amat berdukacita dan terkilan. Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting. Walhal saya ini mangsa, Anwar Ibrahim orang yang dituduh.
Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai dikalangan (Parti Kerajaan & Pembangkang, penganalis bebas, orang ramai) yang berbicara dan lebih "prihatin" tentang kesan kes ini terhadap senario Politik , berbanding kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa.
Apapun saya sedar dan insaf, siapalah saya.. Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia..
Hipokrit
Saya juga berasa pelik dan jelek apabila membaca saranan Anwar dan pelbagai pihak terutama penyokong "Clean & Independent Judiciary" yang mahukan Kerajaan-Perdana Menteri mencampuri urusan Badan Kehakiman agar membebaskan AI. Pada hemat saya, itu secara jelas dan terang-terangan tindakan yang menyalahi Undang-Undang. Bukankah itu satu Hypocrisy of the Highest Order? Perjuangkan "Clean & Independent Judiciary" tapi dalam kes saya ini, mereka desak ada campur tangan.
Saya mohon dan berharap agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.
Keyakinan
Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes ini dengan bebas, seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.
Jika keputusan sebaliknya..
Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.
Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran. Pasti ada hikmahnya.
Jika tidak didunia, di Masyar pasti…
Penghargaan
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama hampir 7 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.
Doa
Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.
AI, sanggup buat apa sahaja..
MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Whatsapp arahan kepada Isteri saya, Nik Suryani Megat Deraman pada 25hbNov2014
Salam,
Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?? That low Datuk Ashraf Abdullah, Manja Ismail? Boleh explain why?
Di sini saya sertakan bukti arahan "MUST COVER AND USE" yang diberikan di TV3 oleh seorang Editor kepada isteri saya, Nik Suryani Megat Deraman, yang datangnya dari bigboss Datuk Ashraf Abdullah pada hujung Nov lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu sahaja, rupanya makin menjadi-jadi.
Untuk makluman, isteri saya kini sudah tidak berkerja dengan TV3-Media Prima(last day kerja 15Dec). Ambil MSS(Mutual Separation Scheme) yang ditawarkan tempohari. Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam Tokoh yg beliau sendiri hormati.
Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki ditangan Allah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.
Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.
Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.
Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.
Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal', harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.
Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.
Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.
Jika tidak didunia, di Masyar pasti…
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.
Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Gambar hiasan
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.
MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Pada April 2012, setelah beberapa bulan keputusan Kes
Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT
ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana,
saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012,
selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan
tertekan.
Beberapa hari sebelum saya
pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah,
saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah
Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada
November 2010.
Selepas sahaja Solat
Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan
perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya
pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan
merakamnya sendiri.
Terus terang, selepas saya
melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti
hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar
rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah
keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja
tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang
dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.
Semasa itu, saya pun tidak
pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.
Berikut adalah rakaman
sumpah laknat, bertarikh 9hb April 2012 yang saya rakam sendiri melalui
telefon bimbit saya.
Menyingkap Kembali
Ingin saya tegaskan bahawa
idea Sumpah Laknat/Mubahalah pertama yang saya lakukan pada 2008 bermubahalah ini bukan datang dari pihak
saya, ia disarankan sendiri oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri beberapa hari
selepas saya membuat laporan polis dan ia disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul
Aziz. Boleh rujuk disini,
http://jasindaily.blogspot.com/2008/07/sumpah-dengan-junjung-al-quran-untuk.html
Jadi selepas mendengar
saranan tersebut, pada 7 July 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk
bermubahalah. Namun setelah pelbagai dolak-dalih diberi untuk tidak
melakukannya, jadi saya terpaksa melakukannya sendiri demi untuk
mempertahankan kebenaran.
Untuk makluman, Rakaman
sumpah laknat ini adalah untuk rekod peribadi, namun saya percaya persoalan pada semua
adalah mengapa baru sekarang saya siarkan rakaman sumpah laknat di hadapan
Kaabah ini? Ini adalah berkenaan maruah dan nama baik saya dan seluruh
ahli keluarga. Secara Jujur, saya amat tertekan setelah bapa saya membuat
tuduhan yang tidak benar, memohon maaf pada DSAI pada 8hb Mac 2013 yang lepas.
Walaupun tidak pernah
terlintas untuk mendedahkan rakaman ini sebelum ini, namun semalam,
apabila bapa saya menarik semula tuduhan beliau, saya percaya ia boleh
mengelirukan semua dan menimbulkan banyak persoalan. Oleh demikian, saya
mengambil keputusan untuk menyiarkan rakaman sumpah laknat ini bagi
membuktikan kebenaran kata-kata saya bahawa saya dengan sebenar-benarnya
telah diliwat oleh DSAI dan sekaligus membersihkan nama saya dan keluarga
dari apa jua tohmahan yang tidak sepatutnya.
Sumpah Laknat saya
dihadapan Kaabah ini adalah benteng perjuangan terkuat dalam perjuangan
sebagai seorang Muslim dalam episod saya menegakkan kebenaran. Telah 5
tahun saya Istiqamah dan Sabar. Pelbagai pahit manis telah saya lalui,
juga banyak permata yang telah saya kutip.
Saya ingin menyatakan
sebagai seorang Muslim, Saya yakin lafaz sumpah dihadapan Baitullah ini
bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan dalam sejarah Islam pun
perkara-perkara begini adalah sangat serius. Dan dari segi nasihat yang
saya terima dari Ulama pun amat lah besar kesan dan akibatnya jika ia satu
dusta.
Untuk makluman semua, Saya
telah dua kali bersumpah laknat termasuk dihadapan Baitullah didalam
kawasan Multazam(Pintu Kaabah) namun DSAI masih lagi enggan bersumpah
laknat untuk menafikan bahawa beliau tidak pernah meliwat saya,
sehinggakan ketika prosiding membela diri di Mahkamah juga beliau enggan
memberi keterangan secara bersumpah.
Saya percaya yang DSAI
tidak akan berani bersumpah walau dihadapan siapa atau dimana sekalipun.
DSAI akan terus berdolak-dalik dengan penafian kosong semata-mata dan saya
percaya beliau akan terus melarikan diri dari bersumpah laknat.
Pada hemat saya, jika
ditakdirkan saya sudah tiada, sumpah laknat dihadapan Baitullah ini lah
yang akan menjadi benteng dan saksi kebenaran kepada semua umat Islam yang
percaya pada kekuasaan Allah S.W.T, dan juga bagi meneruskan perjuangan kebenaran
ini.
Ingin saya tegaskan disini
bahawa walau apa jua yang terjadi, saya akan terus sabar dan istiqamah
dengan kebenaran yang saya bawa selama ini. Tidak sesekali saya akan
menyerah kalah . Kepada semua, Demi Allah saya tidak berbohong didalam
laporan Polis yang saya buat pada 2008.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
Illahi antal maksudi waridha kamath lubi
Kepada Allah saya berserah
MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN
2hb Mei 2013
KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.
9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim , beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.
Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih.
Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.
Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal. Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah "intact".
Saya juga percaya bahawa bagi mana-mana perbicaraan saman sivil, plantif (dalam kes ini adalah DSAI) pada kebiasaannya perlu memberikan keterangan secara BERSUMPAH dari kandang saksi untuk disoal balas oleh pihak defendan. Adakah keadaan ini yang membuat beliau gusar dan takut?
Kebiasaannya, setiap langkah beliau ada muslihat disebaliknya. Semoga saya terus dibawah bimbingan dan perlindunganNya.
Apapun saya telah lama bersedia dan tidak gentar. Jauh sekali berganjak dari apa yang saya perjuangkan selama ini.
Yang pasti, saya akan terus berdoa, Istiqamah dan sabar.
Berani kerana benar
SAIFUL BUKHARI AZLAN

KENYATAAN MEDIA BAPA, AZLAN MOHD LAZIM.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
1. Saya difahamkan melalui berita bahawa Alasan Penghakiman Penuh kes anak saya telah di keluarkan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi.
2.Sehingga kini, saya dan keluarga belum dapat membacanya, justeru kami tidak dapat mengulas mengenainya.
3. Walaupun beberapa bulan (6bulan) menanti ia dikeluarkan, namun saya dan keluarga menyambut baik dengan perkembangan terbaru ini.
4. Namun, apa yang penting bagi saya dan keluarga adalah agar Yang Berbahagia Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam memfailkan Petisyen Rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi.
5. Saya percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.
6. Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Yang Berbahagia Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan satu petisyen rayuan yang terbaik.
7. Apapun saya berharap, Yang Berbahagia Peguam Negara tidak akan mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak yang tidak mahu petisen rayuan tersebut difailkan.
AZLAN MOHD LAZIM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.
Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.
Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar
Kepada Allah saya berserah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012

Assalammualaikum,
Untuk makluman semua, semalam, peguam saya Tetuan Zamri Idrus & Co telah menghantar sepucuk surat rasmi bagi pihak saya kepada YBhg Tan Sri Abd Ghani Patail, Peguam Negara, memohon beliau untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012.
Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.
Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.
Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara.
Pada hemat saya, saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dimana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi.
Saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini.
Terima kasih saya ucapkan pada rakan-rakan dan semua pihak yang mendoakan dan menyokong saya untuk permohonan rayuan ini.
Saya akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
19hb Januari 2012

KENYATAAN MEDIA
1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.
2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.
4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.
5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.
AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012

KENYATAAN MEDIA
1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan berasa amat kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.
2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.
3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.
4) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia? atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?
5) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan/permohonan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja?
6) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.
7) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.
AZLAN MOHD LAZIM
11hb Januari 2012

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.
Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.
Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu,
Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.
Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.
Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.
Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri,
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Kepada Allah saya berserah.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
SAIFUL BUKHARI AZLAN

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Saksi utama kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menyatakan bahawa dia reda dengan apa juga keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi di sini esok.
Mohd. Saiful Bukhari yang sebelum ini melalui detik sukar bagi mendapatkan keadilan bagi dirinya yakin kebenaran akan bangkit dan dia akan terus berdoa kepada Allah, selain bersabar atas semua dugaan yang diterimanya.
"Reda apa jua keputusan. Kepada Allah saya berserah. Akan terus doa, istiqamah dan sabar," katanya di dalam laman sosial
Facebook miliknya hari ini.
Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini menetapkan esok sebagai tarikh keputusan bagi kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang dan Mohd. Saiful Bukhari itu.
Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.
Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.
Mohd. Saiful Bukhari dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya sebelum ini. Dia juga meminta semua terus berdoa agar kebenaran membabitkan kes itu muncul. -
Utusan
---------------------------------------------------------------------------------------------
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Tidak di dunia, di Masyar pasti. Yang Pasti, jika diambil nyawa, akan pergi dengan tenang, tiada lagi berhutang "Kebenaran" dengan sesiapa. InsyaAllah
Terima kasih diatas doa dan sokongan kalian selama ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Kepada Allah saya berserah..
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Kenyataan reaksi saya mengenai keputusan penghakiman akan saya paparkan diblog ini. Harap maklum. Tk

Bermunajat pada Allah di puncak Jabal Nur, Gua Hira'.
Musim Haji yang lepas, November 2010. Cahaya dihujung, Masjidil Haram
Assalammualaikum dan Salam Hormat buat semua
Kelmarin, pada tanggal 15hb Ogos 2011, genaplah tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Semalam, saya kembali semula ziarah masjid yang penuh bersejarah buat diri saya ini.
Saya merasa amat terharu apabila pulang semula ke masjid ini. Peristiwa yang penuh bersejarah itu masih segar dalam ingatan saya. Pelbagai kisah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 3 tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada diantaranya diketahui umum, ada juga yang tidak pernah saya kongsikan. Justeru, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah tersebut.
Sebelum
Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan juga yang dituduh pada ketika itu, DS Anwar Ibrahim. Namun setelah dipelawa dan sering berdolak-dalih untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat.
Untuk makluman, walaupun saya sendiri dengan rela hati untuk melafazkannya, tindakan saya ini tercetus apabila ia disarankan oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri pada dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz pada awal Julai 2008. Boleh rujuk artikel
ini
Justeru, selepas berfikir, berbincang dengan keluarga dan beberapa ahli agama, pada 7 Julai 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun beliau tidak membuat apa tindakan untuk bermubahalah.
Selepas sumpah
Selepas saya melafazkan sumpah tersebut, ia telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian oleh beberapa pihak. Sebagai contoh saya telah ditohmah sakit tenat, membuang air besar mengunakan tiub dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata sekali adalah tidak benar. Akhirnya, setelah 2 tahun, pihak yang memfitnah saya itu sudah pun memohon maaf secara terbuka. Boleh rujuk
disini
Bagaimana atasi cabaran
Dari awal hingga ke hari ini, saya tidak pernah putus mohon bantuan dari Allah. Saya buang sifat 'AKU' dalam diri kerana saya memang tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, semuanya datang dari Allah SWT. Hanya Allah tempat saya berserah dan tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar.
Selain itu, saya berpegang pada prinsip " Biarlah diri ini dihina oleh Jutaan manusia, hilang segala nikmat dunia, daripada ditarik nikmat di akhirat dan dihina oleh Allah SWT, kerana tidak berani berkorban menegakkan Yang HAK"
Perjuangan dan kisah Rasulullah SAW juga sentiasa saya jadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi apa jua rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan yang HAK.
Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan, namun saya bersyukur kerana saya dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan dari Allah yang saya terima. Alhamdulillah...
Prosiding Mahkamah
Walaupun proses prosiding berjalan agak perlahan atas sebab-sebab tertentu, saya berkeyakinan penuh terhadap sistem perundangan kita. Di peringkat ini, Saya bersyukur kerana saya telah memberi keterangan dan kes dipihak pendakwaan telah selesai dan kini adalah kes diperingkat pembelaan. Lebih pada itu saya redha dan serah pada Allah.
Ternyata, ada hikmah disebalik kelewatan dan penangguhan ini. Banyak permata yang saya kutip sepanjang perjalanan selama 3 tahun ini. Antaranya, ia mendidik saya tentang ilmu sabar. Hatta, ia telah menjadikan saya seorang yang lebih kental dan berkeyakinan untuk tempuhi apa jua rintangan dan cabaran dimasa akan datang. Insyaallah..
Kenangan manis sepanjang 3 tahun
Antara kenangan manis yang saya perolehi setelah 3 tahun ini;
Pertama, Pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak yang berdoa dan benar-benar ikhlas membela saya, sebagai contoh para blogger yang dari awal hingga kini masih istiqamah membela saya. Mereka melakukan ini dengan penuh ikhlas, tanpa meminta balasan. Begitu juga dengan dengan rakan-rakan dialam maya yang lain seperti di Facebook, Twitter, Forum-Forum online yang lain.
Kedua, saya telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi.
Ketiga, Berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadah Haji pada November 2010. Boleh rujuk
disini .
Keempat, saya rasa bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya walaupun aib dan maruah sudah hancur berkecai.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terus mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doa untuk kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.
Insyaallah, dibulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar
Kepada Allah saya berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Terima kasih pada pihak TV3, khasnya buat Unit Berita & Hal Ehwal Semasa kerana sudi menemurah dan memberi ruangan Ekslusif untuk saya di Buletin Utama semalam dan hari ini.Penghargaan juga buat akhbar Utusan Melayu yang sudi menemuramah saya.
KENYATAAN MEDIA
Saya Azlan bin Mohn Lazim bapa kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu didalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur dan menerima baik keputusan Mahkamah Tinggi pada pagi tadi yang telah menetapkan supaya tarikh sambung bicara ditetapkan pada 8hb hingga 26hb Ogos 2011 bagi perbicaraan kes diperingkat pembelaan, iaitu genap 3 tahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertuduhkan pada 7hb Ogos 2008.
Walaupun setelah 3 tahun, saya dan keluarga tetap bersabar dan saya amat berbesar hati dan berharap daripada ini, prosiding kes diperingkat pembelaan dapat diteruskan dan dapat dijalankan dengan lancar tanpa adanya apa-apa perkara yang mempunyai implikasi penangguhan ke atas prosiding perbicaraan tersebut.
Saya sentiasa bersabar, berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan dan semoga pengaduan anak saya dapat diadili tanpa mengambil tempoh masa yang panjang.
Bertarikh pada 13hb Julai 2001
AZLAN MOHD LAZIM