Jalanan Hamba View RSS

No description
Hide details



SIAPAKAH THOIFAH MANSHURAH (Bhg. Pertama) 26 Nov 2015 6:37 AM (9 years ago)

Thoifah Manshurah ialah golongan yang sentiasa mendapat pertolongan Allah S.W.T dan sentiasa menang dalam peperangan ketika mempertahankan dan mengembangkan agama Islam. Contohnya Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri adalah merupakan golongan yang sentiasa menang dalam peperangan tidak kiralah berapa jumlahnya musuh Islam itu. Dalam peperangan badar umpamanya jumlah pejuang Islam hanyalah 313 orang tetapi terpaksa berlawan dengan tentera kafir yg berjumlah lebih seribu orang. Namun kemenangan berpihak kepada Islam. Begitulah pada peperangan2 yang lain yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Rasulullah SAW bersabda;

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang membela kebenaran, mendapat pertolongan Allah (sentiasa menang) hingga datangnya hari kiamat.”


SIAPA THOIFAH MANSHURAH?


Bukan semua boleh menjadi Thoifah Manshurah atau mengaku sebagai Thoifah Manshurah. Ini kerana untuk menjadi Thoifah Manshurah atau golongan yang akan ditolong oleh Allah S.W.T mestilah memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri tertentu yang dinyatakan di bawah ini. Sifat-sifat dan ciri-ciri itu adalah berdasarkan hadith2 nabi S.A.W. juga. Semaklah dan kajilah dengan baik.


CIRI-CIRI THOIFAH MANSHURAH


1. Tha’ifah Manshurah adalah Kelompok yang Berperang

Antara dalil hadith;


Hadith Pertama:

عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة. قال: فينزل عيسى بن مريم صلى الله عليه وسلم، فيقول أميرهم تعال صلِ لنا. فيقول: لا إن بعضكم على بعض أمراء تكرمة الله هذه الأمة

Dari Jabir bin Abdullah RA, berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang membela kebenaran, mendapat pertolongan Allah hingga datangnya hari kiamat.” Beliau berkata, “Kemudian akan datang Isa putra Maryam AS, lalu pemimpin mereka berkata (kepada Isa AS ), “Kemarilah, silakan Anda mengimami kami shalat.” Lalu Isa AS menjawab, “Tidak, sesungguhnya sebagian kalian adalah pemimpin bagi sebagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini.” (HR Muslim)


Hadith Kedua:

عن عقبة بن الحصين رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين على من ناوأهم حتى يقاتل آخرهم الدجال

Dari Uqbah bin Al-Hushain RA, berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang membela kebenaran dengan mendapatkan pertolongan Alah dalam menghadapi orang-orang yang memusuhi mereka, hingga orang yang akhir dari mereka memerangi Dajjal.” (HR Ahmad)


Hadith Ketiga:

عن عقبة بن عامر فال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا تزال عصابة من أمتي يقاتلون على أمر الله، قاهرين لعدوهم، لا يضرّهم من خالفهم حتى تأتي الساعة وهم على ذلك

Dari Uqbah bin Amir RA, berkata: Aku mendengar Rasullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yag berperang karena perintah Allah. Mereka dimenangkan Allah atas musuh mereka. Tidak memberi madharat kepada mereka orang-orang yang menyelisihi mereka, hingga datang hari kiamat dan mereka di atas yang demikian itu.” (HR Muslim)


Hadith Keempat:

عن جابر بن سمرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يبرح هذا الدين قائماً يقاتل عليه عصبة من المسلمين حتي تقوم الساعة

Dari Jabir bin Samurah RA, berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa tegak agama ini, di mana ada segolongan dari kaum muslimin yang berperang untuk membelanya hingga hari kiamat.” (HR Muslim)

Hadits-hadits tersebut menunjukkan bahwa Tha’ifah Manshurah yang dipuji Rasulullah SAW, di antara syaratnya adalah berperang di jalan Allah untuk memenangkan agama-Nya, dan golongan ini akan senantiasa tegak; tidak terputus selama-lamanya.

Dengan demikian, konteks dalam hadits tersebut
(لا تزال طائفة)

“akan senantiasa ada segolongan…” –dan kelompok ini tegak di atas kebenaran– maknanya mengikuti Salafush Shalih, mengambil petunjuk dengan petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta menolak segala bid’ah. Di sini penisbatannya adalah benar-benar asli penisbatannya kepada kebenaran.

Adapun pendapat banyak ahlul ilmi dari kalangan Salafush Shalih bahwa Tha’ifah Manshurah adalah ahlul hadits, maka makna ini adalah benar. Maksud pendapat mereka, golongan tersebut berada di atas i’tiqad (keyakinan) atau akidah Ahlul Hadits, dan akidah mereka adalah akidah yang paling selamat dan paling sesuai dengan ilmu yang benar.


2. Tha’ifah Manshurah adalah Ahli Sunnah waljamaah. Manakala dari segi amalan feqahnya pula ialah mengikut manhaj ahlul hadis.

Ini merupakan ciri asas kepada Thoifah Manshurah. Kalau setakat berperang atas nama fi sabilillah namun ghoyahnya atau matlamatnya bukan untuk meninggikan kalimah Allah maka golongan ini tidak akan menang. Begitu juga kalau ghoyahnya betul sekalipun namun manhaj pula yang tidak betul maka golongan ini juga tidak akan mendapat pertolongan Allah. Mereka bukanlah Thoifah Manshurah walaupun mereka mengaku sebagai pejuang Islam.

Maka Thoifah Manshurah adalah golongan yg betul dalam perjuangan mereka dan amalan feqah mereka iaitu mengikut manhaj ahlil hadith yang selari dengan amalan Salaf al-Shalih.

Berkata An-Nawawi RHM: “Berkata Ahmad bin Hambal RHM, “Kalau mereka bukan Ahlul Hadits, maka aku tidak tahu lagi siapa mereka...”

Berkata Al-Qadhi Iyadh RHM., “Hanyasanya yang dikehendaki Ahmad adalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan orang-orang yang i’tiqadnya di atas mazhab Ahlul Hadits.”

Dikutip dari Sumber rujukan berikut;

(Tentang Thoifah Manshurah, bagian kedua dari Risalah Ma’âlim Ath-Thâ’ifah Al-Manshûrah fî Uqri Dâr Al-Mu’minîn (Bilâdu Syâm) karya Asy-Syaikh Abu Qatadah Al-Filasthini (Umar bin Mahmud Abu Umar).

Kesimpulannya; Thoifah Manshurah itu ialah segolongan yang berperang di jalan Allah (fi sabilillah). Akidah mereka ialah akidah Salafush Shalih iaitu Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang awal iaitu akidah yang diikuti oleh Rasulullah saw, para sahabat, tabi’in dan taabi' tabi’in. Manakala dalam amalan feqah pula mereka mengikuti Manhaj ahlul hadith iaitu manhaj yg diikuti oleh para Salafush Shalih juga. Mereka itulah yang akan mendapat pertolongan Allah dan akan sentiasa menang dalam peperangan demi peperangan.

Ini kerana golongan Salafush Shalih dan golongan yang mengikuti jalan mereka ialah golongan yang sebaik-baik umat sepertimana maksud hadith, Daripada;

Imran b. Hushain radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. قَالَ عِمْرَانُ: فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا

Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata: Saya tidak ingat sama ada (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.

(HR. Bukhari)*


*Sahih: Lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 3650 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat). Memiliki beberapa riwayat yang lain dari sejumlah sahabat sebagaimana yang dikemukakan oleh pengarang, sehingga mencapai taraf mutawatir. Lafaznya mungkin berbeza tetapi maksudnya adalah sama.

Wallaahua'lam.

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tarikh Islam: Sejarah Khilafah Islamiyah 10 Jul 2014 12:24 AM (10 years ago)

Yang sudah tahu Alhamdulillah. Sebagai seorang Islam amatlah wajar mengetahui sejarah kerajaan Islam yang bermula dengan;

1. Kerajaan Islam yang berpusat di Madinah (bawah pemerintahan nabi Muhammad SAW), Tahun 1-11 hijrah.

2. Kerajaan Islam Khulafa al-Rasyidiin (pusat pemerintahan di Madinah, 5 khalifah), Tahun 11-41h.

3. Daulah Umawiyah (berpusat di Damsyik, 14 khalifah), Tahun 41-133h.

4. Daulah Abbasiah (berpusat di Baghdad, 18 khalifah) 133-320h.

5. Daulah Bani Buwaih (berpusat di Baghdad 8 khalifah) 320-468h.

6. Bani Saljuk (Berpusat di Baghdad, 11 khalifah) 468-656h.


Setelah itu kaum muslimin hidup selama 4 tahun tanpa seorang khalifah pun. Ini terjadi kerana serangan orang-orang Tartar ke negeri-negeri Islam dan pusat kekhalifahan di Baghdad.


7. Bani Abbas Kembali ambil alih, (Berpusat di Kaherah, 18 khalifah,) 660-918h

8. Bani Uthman (Daulah Uthmaniah berpusat di Turki), 30 khalifah,) 918-1342h bersamaan 1517-1924m


Khilafah Uthmaniyyah berakhir sepenuhnya setelah berlaku rampasan kuasa oleh Mustafa Kamal Laknatullah pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah menukar sistem khilafah kepada sistem demokrasi barat. Kelemahan umat Islam dan ketiadaan sistem khilafah Islam melahirkan banyak negeri dan kerajaan yang berasingan yang dipecah-pecahkan oleh penjajah. 

Padahal Kerajaan Islam yang sepatutnya adalah satu sahaja di dunia ini seperti yang telah berlaku di zaman nabi Muhammad SAW hingga khilafah Uthmaniyyah.

Hukum melantik khalifah dan mewujudkan pemerintahan berkhalifah adalah WAJIB ke atas umat Islam.

Sebab itu dalam sejarah Islam hanya 4 tahun sahaja umat Islam hidup tanpa khalifah iaitu selepas khilafah Bani Saljuk dari tahun 656h hingga tahun 660h. Ini terjadi akibat dari serangan Tartar ke negeri-negeri Islam. Selepas itu umat Islam kembali mempunyai khalifah.

Selepas kehancuran Daulah Uthmaniah, Umat Islam telah terputus daulah khilafah sekali lagi. Yang pelik dan sedihnya, umat Islam boleh terputus khalifah sehingga 90 tahun lamanya yang belum pernah berlaku dalam sejarah Islam sebelum ini.

Pada tahun ini iaitu pada 3 Mac 2014 maka genaplah 90 tahun kaum Muslimin hidup tanpa naungan Khilafah.

Ada yang mengatakan, pada June 2014 khilafah Islam telah kembali sekali lagi dan akan menyatukan negara2 Islam sehingga dapat memerintah dunia. Wallahuaklam...
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Lirik Lagu Kau Ada 20 Feb 2014 8:31 AM (11 years ago)




Diharap lirik lagu ini tak ada kena mengena dengan pemimpin dan isteri-isteri pemimpin. Ianya umum untuk pengajaran kita semua.







Lirik lagu Kau ada - 2wins

Dia ada rumah besar dua tiga (kau ada)
Dia ada kereta Bently dan Ferrari (kau ada)
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci (kau ada)
Kau ada, kau ada aku tak ada

Dia ada rumah besar dua tiga (kau ada)
Dia ada kereta Bently dan Ferrari (kau ada)
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci (kau ada)
Kau ada, kau ada aku tak ada

Kata aku yang kanan
Kata bukan temberang
Kata bukan sembarang
Bukan dari seberang

Cakap lihat-lihat
Cakap pandang-pandang
Kalau lihat wajah ludah masih tak goyang

Masih hidup berpada
Masih berpada-pada
Yang tak ada kata tak ada
Biar berserderhana

Jangan di ada-ada
Nanti porak peranda
Yang tak ada kata ada
Kata benda sengketa

Mana lah aku mampu
Nak beli semua itu
Aku driver teksi
Manalah ada pitis
Shoot sebulan pun tak sekali
Jangan kata Bently
Kelisa pun belum tentu mampu dapat ku beli

Apa yang dia ada
Tak mestinya ku ada
Apa yang aku ada
Tak semestinya dia ada
Jangan nak ngada-ngada
Jangan nak lumba-lumba
Mati pun bukan boleh bawa benda itu semua

Dia ada rumah besar dua tiga (kau ada)
Dia ada kereta Bently dan Ferrari (kau ada)
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci (kau ada)
Kau ada, kau ada aku tak ada

Besar periuk masalah kerak
Jangan sampai nanti kita yang terjebak
Ingin hidup mewah sanggup gadai sawah
Sanggup jual maruah baru boleh megah
Barulah nampak gah

Adat air pasang surut
Adat hidup tinggi rendah
Pusing-pusing ronda-ronda
Apa ada pada nama

Kata kau penuh gah
Kata kau memang penuh dengan madah pujangga
Bunga harus waspada benda kaburi madah
Kenalah jaga-jaga bila senang curiga

Ada banyak ada sikit ada lebih ada kurang
Ada turun ada naik ada rapat ada jarak
Ada adat kena ikut
Ada kata kena turut
Ada janji kena pegang
Ada susah ada senang

Sama diri sama tunduk sama buat sama turut
Sama patah sama remuk bila tinggi jangan angkuh
Kalau papa jangan kaya
Kalau kaya jangan mengada
Kalau ada kata ada
Kalau tak ada buat tak ada

Dia ada rumah besar dua tiga (kau ada)
Dia ada kereta Bently dan Ferrari (kau ada)
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci (kau ada)
Kau ada, kau ada aku tak ada

Dia ada rumah besar dua tiga (kau ada)
Dia ada kereta Bently dan Ferrari (kau ada)
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci (kau ada)
Kau ada, kau ada aku tak ada

Dia ada rumah besar dua tiga (kau ada)
Dia ada kereta Bently dan Ferrari (kau ada)
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci (kau ada)
Kau ada, kau ada aku tak ada...

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cara untuk mengambil STAM di maahad kelolaan YIK oleh pelajar dari luar Kelantan 4 Dec 2013 5:43 PM (11 years ago)

Baru-baru ini saya telah mendapat inbox dari salah seorang pelajar yang sedang belajar di salah sebuah sekolah agama di Pahang. Pelajar ini telah berminat untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Menurut pelajar tersebut, beliau telah mengambil peperiksaan Sijil Menegah Agama (SMA) di sekolah asal beliau sewaktu di tingkatan empat dan telah mendapat pangkat Jayyid Jiddan.

Pertanyaan yang diajukan ialah bagaimanakah untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Ugama Arab / Maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK)?

Jawapan:

Tujuan mengambil peperiksaan STAM ialah untuk membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya.

Syarat untuk mengambil peperiksaan STAM ialah;

1. Mesti mengikuti terlebih dahulu kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar. Ini adalah syarat yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999.

2. Telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau

3. Telah berumur 18 tahun pada 1 Januari pada tahun peperiksaan STAM diambil.

Antara sekolah yang telah lama mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar ialah Sekolah Menengah Ugama Arab / Maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), iaitu bermula dari tingkatan satu lagi.

Di sekolah arab / maahad kelolaan YIK, peperiksaan STAM diambil ketika pelajar berada di tingkatan enam bawah.

Ada 2 cara untuk mengambil peperiksaan STAM iaitu samada sebagai calon persendirian atau sebagai calon sekolah.

Sebagai Calon Persendirian:

Sebenarnya STAM dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Borang pendaftarannya boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat. Calon boleh menumpang peperiksaan di mana-mana sekolah agama di Malaysia yang ada STAM sebagai calon persendirian.

Sebagai Calon Sekolah:

Sekiranya ingin belajar dan ingin menduduki peperiksaan STAM sebagai calon sekolah, urusannya akan dibuat oleh pihak sekolah.

Misalnya ingin belajar di Maahad Kelantan, maka kenalah tunggu di hujung tahun iaitu selepas menduduki SPM;

1. Ambil surat keluar dan isi borang yang berkaitan dengan pertukaran sekolah (jika perlu) di sekolah masing-masing.

2. Kemudian pergi ke Pejabat Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri Kota Bharu Kelantan bahagian Hal Ehwal Murid. Bawa sijil-sijil yang berkaitan misalnya sijil SMU/SMA.

3. Buat permohonan kemasukan ke tingkatan 6 di Sekalah YIK atau kolej Yayasan Islam Kelantan yang baru di buka di Macang Kelantan.

Maklumat tentang Kolej Yayasan Islam Kelantan yang baru di buka;

http://yik.edu.my/blog/?p=78

Sekiranya berjaya boleh mula bersekolah di tingkatan enam bawah.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cara Kemasukan Ke Tingkatan Satu Di Sekolah Menengah Ugama (Arab) / Maahad Kelolaan YIK 24 Nov 2013 3:00 PM (11 years ago)

Saya percaya ramai ibubapa yang tinggal di luar Kelantan sedang berfikir untuk memasukkan anak-anak mereka ke tingkatan satu di sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ada 2 ketogori sekolah yang dibawah kelolaan YIK sepenuhnya iaitu Maahad-maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan dan Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

Syarat minima untuk ke sekolah maahad kelolaan YIK mengikut yang terkini adalah sebagaimana berikut;

1. Syarat kemasukan ke Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan ialah mendapat 5A UPSR.

2. Syarat kemasukan ke Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan ialah mendapat sekurang-kurangnya 2A UPSR.

Cara untuk memohon masuk ke tingkatan 1 di sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan YIK;

Para ibubapa boleh membuat permohonan kemasukan anak mereka ke sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan YIK dengan mengisi borang kemasukan yang biasanya dikeluarkan bermula awal bulan oktober setiap tahun.

Untuk kemasukan ke Maahad Kawalan, borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan atau di Maahad kawalan tersebut atau boleh dimuat turun dari laman web YIK (Klik Sini).

Untuk kemasukan ke Maahad Pilihan, borang permohonan boleh didapati di pejabat sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa atau pelajar. Sila datang pada waktu pejabat.

Tarikh tutup kemasukan ke tingkatan satu di sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan YIK ialah 2 minggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi bersama syarat-syarat yang diperlukan sepertimana yang terkandung dalam borang ke pejabat sekolah sebelum tarikh tutup permohonan tersebut. Biasanya salinan keputusan UPSR dan salinan sijil kelahiran. Sila sediakan juga 2 keping gambar berukuran passpot.

Kad jawapan atau surat panggilan untuk sesi ujian kemasukan akan dihantar kepada calon selepas itu. Sila berkunjung ke laman web Yayasan Islam Kelantan untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

UJIAN KEMASUKAN

Setiap pemohon wajib menduduki ujian kemasukan. Ada 2 ujian yang perlu diduduki iaitu ujian lisan dan ujian bertulis.

Perkara yang akan diuji untuk calon Maahad Kawalan ialah;

  1. Ujian membaca: Al - Quran - 60 markah, Jawi - 40 markah
  2. Ujian bertulis: Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
  3. Ujian hafazan: Hafazan Al - Quran - 100 markah (MTS & MTQ sahaja)


Perkara yang akan diuji untuk calon Maahad Pilihan ialah;

  1. Ujian membaca : Al - Qur’an - 60 markah, Jawi - 40 Markah
  2. Ujian bertulis: Jawi, Al - Qur’an dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
  3. Keputusan UPSR: A = 10 Markah, B = 5 Markah


Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada hari ahad minggu ke empat bulan disember.

Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad berkenaan Sehari sebelum sesi persekolahan bermula.

Senarai nama Maahad Kawalan dan Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan;

Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

  1. MAAHAD MUHAMMADI (L)
  2. MAAHAD MUHAMMADI (P)
  3. MAAHAD TAHFIZ SAINS
  4. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT


Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

  1. MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN
  2. MAAHAD RAHMANIAH, KUALA KRAI
  3. MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
  4. MAAHAD SANIAH, PASIR PUTEH
  5. MAAHAD PENGAJIAN ISLAM, KOTA BHARU
  6. MAAHAD AHMADI TANAH MERAH
  7. MAAHAD AMIR INDERA PETRA, BERIS, BACHOK
  8. MAAHAD AR RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN
  9. MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT
  10. MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG


Alamat web Yayasan Islam Kelantan: http://www.yik.edu.my/
Link untuk download borang kemasukan ke Maahad Kawalan: Download

` SELAMAT BELAJAR`
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Isu Kalimah Allah Antara Isu Agama Yang Menjadi Perbualan Hangat Di Facebook 20 Nov 2013 7:00 AM (11 years ago)

Antara isu agama yang menjadi perbualan hangat di facebook ialah Isu Kalimah Allah. Persoalannya ialah Bolehkah Bukan Islam Termasuk Kristian Menggunakan Kalimah Allah?

Pernah hamba cuba mengetengahkan isu ini di facebook dan ternyata hamba mendapat bertubi-tubi komen yang kebanyakkannya adalah kontra berbanding pro he he..

Kepada pembaca yang ingin mengikuti perbualan ini, hamba nasihatkan supaya membacanya dari awal supaya tidak tertinggal penghujahan yang diberikan dan tidak pula berhenti separuh jalan. Ini bertujuan supaya pembaca dapat membuat kesimpulan sendiri secara betul. Tekan ruangan komen untuk melihat dan mengikuti perbualan.


Dipos oleh Mohd Shukri Mohamed.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sejarah Pembunuhan Dalam UMNO 13 Nov 2013 5:00 PM (11 years ago)

Sejarah pembunuhan dalam UMNO iaitu pembunuhan yang melibatkan orang besar dalam UMNO...

Pembunuhan Datuk Taha iaitu nama penuhnya Dato Mohamad Taha Talib adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan yang mati dibunuh di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982.
Pembunuhan akibat sengketa politik iaitu perebutan jawatan dalam politik UMNO.

Datuk Mohamad Taha Talib telah mati dibunuh oleh saingannya dalam UMNO Tampin, Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan.

Puncanya ialah mereka bermusuhan dalam politik UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing mahukan jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Datuk Taha kuat di peringkat negeri sementara Datuk Mokhtar Hashim kuat di peringkat persekutuan. Datuk Taha menang dalam perebutan jawatan dalam UMNO.

Hakim Mahkamah tinggi, Datuk Hashim Yeop Sani mendapati Datuk Mukhtar bersalah membunuh Datuk Taha dan dihukum mati di tali gantung.

Bagaimanapun selepas rayuannya diterima oleh mahkamah, Datuk Mokhtar hanya menjalani hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun). Beliau kemudiannya dibebaskan lebih awal selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu.

Perbicaraan Datuk Mokhtar merupakan yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan kes jenayah negara ini dengan memakan masa 75 hari, melibatkan 70 orang saksi pendakwa dan pembela.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gemencheh#Pembunuhan_Datuk_Mohamad_Taha_Talib

http://www.anwaraidc.com/?p=1727

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Bajet 2014: Apa Kata Akhbar-akhbar Tempatan 31 Oct 2013 11:06 AM (11 years ago)

Pada jumaat 25 Oktober 2013, kira-kira jam 4.30 petang, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet 2014 bertempat di Parlimen Malaysia dengan bertemakan 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji'.

Apa kata akhbar-akhbar tempatan berkenaan dengan bajet 2014 tersebut? Apakah yang menghiasi muka depan akhbar-akhbar tempatan dan apakah yang menjadi tajuk utama mereka? Meh lihat sini !

Meski pun pembentangan di parlimen agak berjela-jela dan mengambil masa yang agak lama juga namun hanya beberapa perkara sahaja yang menjadi topik hangat di akhbar-akhbar. Antara topik hangat yang diperkatakan di akhbar-akhbar ialah isu pemberian BRIM, penghapusan subsidi gula dan isu penyelarasan cukai baru GST. Ketiga-tiga isu ini menjadi perbualan hangat orang-orang kampung dan rakyat marhein kerana menyentuh diri mereka secara langsung.

Akhbar lidah rasmi kerajaan 'Utusan Malaysia" melaporkan bahawa bajet yang dibentangkan ini ialah Bajet Laksana Janji atau bajet janji ditepati sepertimana yang telah tercatat dalam manifesto BN sebelum PRU 13 baru-baru ini.

Dalam manifesto BN PRU13: Antara janjinya ialah BRIM akan dinaikkan kepada 1200 untuk isi rumah dan harga kereta turun 20 hingga 30 peratus.

Sedutan teks ucapan belanjawan oleh Dato' Sri Najib Razak berkenaan BRIM 3.0. Teks ucapan bernombor 210, 211 dan 212;

"Tuan Yang di-Pertua,

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

210. Selanjutnya, dalam usaha untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan pelaksanaan subsidi bersasar, sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 3.0 kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik.

211. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

212. Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit."

Pemberian BRIM ini pada awalnya telah timbul ura-ura ingin dimansukhkan tetapi mungkin atas sebab-sebab tertentu ianya masih diteruskan dalam bajet ini. Tetapi BRIM yang dicadangkan ini bukanlah RM 1200 seperti yang dijanjikan.

Perkara kedua dalam bajet 2014 yang heboh diperkatakan oleh masyarakat ialah penghapusan subsidi gula. Dalam bajet 2013 yang lalu, harga gula juga yang menjadi salah satu topik hangat dimana dalam bajet 2013 harga gula dinaikkan 20 sen. Tetapi dalam bajet 2014 ini, subsidi gula dihapuskan 36 sen.

Alasan kerajaan menghapuskan subsidi gula pula adalah bagi mengelakkan penyakit kencing manis.

Banyak pula alasan-alasan yang muncul selepas itu umpamanya DS Najib sendiri ketika merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan pada 26 Oktober 2013 mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Berikut adalah sedutan teks ucapan belanjawan yang dibentangkan oleh Dato' Sri Najib Razak;

"163. Statistik juga menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 36 sen berkuatkuasa 26 Oktober 2013. Saya menyeru agar kita bersama-sama menjaga kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman."

Sedutan teks belanjawan yang bernombor 101 pula berkenaan dengan GST.

"Tuan Yang di-Pertua,

101. Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST. Ringkasnya, perlu saya tegaskan, bahawa GST bukanlah cukai tambahan baru."

Intipati bagi GST yang ditetapkan sebagaimana berikut;

* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

* GST tidak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

(Sumber Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/nasional/inti-pati-bajet-2014-1.214469)

GST jana hasil RM 27 bilion.

Ini pula pandangan daripada salah sebuah laman di Facebook;

Dipos oleh MiLo SuaM.


Manakala tajuk utama Sinar Harian edisi Selangor & KL 27 Oktober 2013 pula mempersoalkan pihak yang mendapat keuntungan sebenar daripada GST yang ditetapkan kepada rakyat.

Secara keseluruhannya menurut Keadilan Daily, bajet 2014 hanyalah menambahkan bebanan rakyat.



Menurut Harakah Daily pula, bajet 2014 gagal mengimbangi hutang negara.



Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan sebenarnya ialah memastikan tidak ada ketirisan, pembaziran, keborosan dan penyelewengan di jabatan-jabatan kerajaan. Jika ini dapat dilakukan maka berapa banyak perbelanjaan boleh dijimatkan dan dengan ini sudah tentu tidak timbul lagi masaalah bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.


Dipos oleh Buletin Pakatan Rakyat.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kerajaan tidak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak 17 Oct 2013 9:11 PM (11 years ago)

Tujuan kenaikan harga minyak (opss maaf.. tujuan mengurangkan subsidi minyak) adalah untuk menampung bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Kalau itulah sebab dan alasannya maka kerajaan sebenarnya tidak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak.

Sepertimana yang kita sedia maklum, begitu banyak ketirisan dan penyelewengan yang berlaku pada jabatan-jabatan kerajaan seperti yang telah dilaporkan oleh Ketua Audit Negara untuk tahun 2012. Jika kerajaan dapat menghapuskan atau mengurangkan ketirisan dan penyelewengan yang berlaku sudah tentu bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan dapat dikurangkan.

Sila baca entri yang lalu (Ringkasan Audit 2012) bagi melihat sebahagian angka-angka yang berkaitan dengan jumlah kerugian yg dialami kerajaan akibat ketirisan dalam pengurusan kerajaan.

Jumlah ketirisan / kebocoran berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2012 = RM6.5 bilion.

Manakala "Penjimatan" subsidi minyak dari kenaikan harga petrol & diesel = RM3.1 bilion.

Anda pandai mengira tak?

Jadi kerajaan sebenarnya tidak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak. Jika kerajaan berjaya memastikan tidak ada ketirisan dan penyelewengan di jabatan-jabatan kerajaan, maka berapa banyak perbelanjaan boleh dijimatkan dan dengan ini sudah tentu tidak timbul lagi masaalah bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

Kenapa rakyat yang perlu menanggungnya apabila kenaikan harga minyak dan harga barang terpaksa dilakukan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan???
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Ringkasan Audit 2012 11 Oct 2013 4:30 AM (11 years ago)


Sumber Asal:
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Siri 2

Tak banyak... Lebih kurang 600 muka surat sahaja. Laporan Ketua Audit Negara ini ditulis bersama analisis angka yang berupa fakta dan bahan bukti bergambar. Boleh muat turun dalam format pdf melalui link seperti yang tertera di atas.

Berikut adalah ringkasan sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2012;

  1. Kempen Kementerian Kesihatan di Facebook dan Twitter = RM 320 000
  2. Kontrak keselamatan 35 sekolah tak memuaskan. = RM 2.051 billion
  3. PDRM hilang 156 gari, 44 senjata api, 29 kenderaan, 25 walkie talkie dll = RM 1.33 juta
  4. Pembekalan makanan tamat tarikh luput TLDM kerajaan rugi = 34.5 juta
  5. Kempen 'bodoh' Kementerian Kesihatan untuk Perokok. Bahan kempen tidak boleh digunakan kerana bahasa yang digunakan tidak sesuai dan berlaku kesilapan ejaan. Rugi = RM 38,750
  6. Kastam beli 7,659 pasang kasut yang tak sesuai. Tak boleh diguna & rosak dalam stor = RM 600,000
  7. Jumlah jam penerbangan pesawat PDRM tidak memadai dengan kos pembelian = RM 175 juta
  8. Pangkalan Udara JBPM (Jab. Bomba & Penyelamat Malaysia) Bertam rosak = RM 43.56 juta
  9. Khazanah Nasional Berhad beli 55 lukisan hanya untuk disimpan, tidak dipamer = RM 3.05 juta
  10. JKR gagal tuntut bayaran dari bank/syarikat insurans bagi 3 projek dimansuhkan. = RM 4.89 juta
  11. Perbelanjaan untuk Hari Belia Negara 2012 (termasuk bayar K-P0p RM 1.6 juta) = RM 2.94 juta
  12. Pembayaran tidak wajar Projek Malaysian Emergency Response Serv. (MERS) 999 = RM 13.54 juta
  13. Kem. Penerangan bayar Program School Children /Student Kits yang tidak wujud = RM 3.19 juta
  14. RTM beli 20 jam dinding pada harga RM 3,810 tiap satu (harga pasaran RM 100) = RM 72,600
  15. Perbezaan harga CCTV di 4 kolej Komuniti - RM 35,350; RM 139,200; RM 281,249 dan RM 144,900
  16. Kos projek pembentungan di Seremban, meningkat daripada RM 81.45 juta kepada RM 121.65 juta
  17. Tiada tindakan 51 ahli lembaga pengarah syarikat ada 155 kes tunggakan cukai = RM 35.39 juta
  18. K.Penerangan bayar tuntutan sem/lawatan luarnegara tanpa dokumen sokongan = RM 3.34 juta
  19. Tiga syarikat penyelenggara 64 bangunan Persekutuan dibayar = RM 1,447 billion setahun
  20. Projek naiktaraf airport K.Kinabalu Sabah dilanjutkan tempoh, kos tambahan = RM 19.77 juta
  21. K.Penerangan bina sistem Phonecall Emer. Service via 999, rundingan terus = RM 801.55 juta
  22. LKIM Jual Diesel Pada Harga Salah, Kerajaan Tanggung Kerugian = RM 8.14 Juta
  23. KWAP labur dalam TdC rugi = RM 209.55 juta
  24. RTM beli sebuah Scanner A4 pada harga RM 14,670 (Harga pasaran = RM 200 iaitu 7,235% melebihi harga asal) tetapi Scanner tersebut tidak digunakan kerana Pegawai Aset tidak tahu pun benda tu ada. Rugi = RM 14,470

Dan banyak lagi ketirisan, penyelewengan, pembaziran dan kerugian yang berlaku dalam urustadbir kerajaan persekutuan dewasa ini. Yang jelasnya rakyat yang perlu menanggung segala pembaziran dan kerugian ini.

# Lihat juga; Sebenarnya Harga minyak tidak perlu dinaikkan pun... (#Subsidi minyak tidak perlu dihapuskan pun...) next entry... Kerajaan tak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kenaikan 20 sen tu berapa peratus? 30 Sep 2013 9:21 PM (11 years ago)

Kenaikan 20 sen tu berapa peratus? Tak pernah kira ke?  Ini penting agar kita tidak tertanya-tanya kenapa gaji kita untuk sebulan semakin kurang bakinya (ballance). Bagi yang belum kira lagi tu, mari kita kira agar kita tahu berapa penambahan kos untuk minyak kenderaan kita sebulan.

Harga asal ron 95 ialah RM 1.90 naik 20 sen. Peratus kenaikannya ialah;

0.2/1.9 X 100 = 10.53 peratus.

Oleh kerana jarak rumah saya dengan tempat kerja jauh sedikit maka kos minyak kereta untuk saya ulang alik ke tempat kerja saya dengan dicampur pergi situ sini ialah RM 500 sebulan. Setelah harga minyak petrol ron 95 naik 10.53 peratus maka berapakah peningkatan kos untuk minyak kereta saya?

10.53/100 X 500 = 52.63

Peningkatannya adalah sebanyak RM 52.63 sebulan.

Sebagaimana sedia maklum, kesan kenaikan harga petrol akan menyusul pula kenaikan berbagai barangan keperluan lain. Maka pertambahan kos perbelanjaan bulanan tidak hanya terhenti kepada minyak petrol semata-mata. Jadi di sini ballance yg surut bukanlah RM 52 malah lebih daripada itu.

Bagi yang masih ada ballance tidak menjadi masaalah. Tidakkah kita terfikir bahawa di luar sana ramai yang mempunyai pendapatan bergaji bulanan yang cukup-cukup untuk sebulan. Mereka tidak ada ballance.

Apa akan jadi kepada mereka apabila berlaku kenaikan harga minyak dan harga barang. Mereka terpaksa berbelanja lebih untuk sebulan sedangkan sebanyak itu sahaja wang yang mereka ada. Perbelanjaan mereka mengalami defisit. Dalam ertikata lain, setiap bulan mereka terpaksa berhutang dan hutang mereka sentiasa bertambah.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Detektif Conan: Misteri Pembunuhan Yang Terbaru 25 Sep 2013 11:30 AM (11 years ago)

Saya minat detektif Conan. Banyak kes pembunuhan atau kematian misteri berjaya dirungkainya. Saya sedang menunggu detektif Conan menyelesaikan satu lagi misteri pembunuhan terbaru. Melibatkan seorang perempuan yang dikatakan membunuh dirinya sendiri.

Perempuan tersebut dikatakan datang dari jauh semata-mata untuk membunuh dirinya di sebuah hutan belantara di Malaysia. Dia berjaya masuk dengan mudahnya tanpa menggunakan paspot dan visa kerana tidak ada satupun rekod kemasukannya ke Malaysia.

Bukan itu sahaja, dia juga berjaya mendapatkan bahan letupan C4 dimana bahan letupan ini, askar dan polis biasa pun tidak ada ekses untuk mendapatkannya melainkan dengan kebenaran khas dari Kementerian dalam negeri.

Perempuan yang tidak pernah datang ke Malaysia ini telah pergi sendiri ke dalam hutan belantara tersebut dimana rakyat biasa Malaysia sendiri pun tidak pernah sampai ke sana.

Sambil membawa C4, dia telah meredah hutan tersebut. Sampai di tengah hutan dia telah menembak dirinya dua kali. Sekali di rusuk tetapi tidak mati. Kemudian dia menembak lagi sekali di kepala sehingga mati.

Apa yang perlu detektif Conan siasat ialah bagaimana dia mengikat dirinya dengan C4 dan meletupkannya hingga berkecai. Bagaimana pula dia memberitahu polis agar mencari cebisan mayat dan tulangnya di tengah hutan belantara tersebut. Atau betulkah semua cerita di atas? Tunggu... detektif Conan sedang menyiasat... semuanya sedang bermain di fikiran detektif Conan...

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Mari Hayati Perjuangan Tok Janggut 7 Sep 2013 8:47 PM (11 years ago)

Makam Tok Janggut di Pasir Pekan. Di sinilah Tok Janggut disemadikan setelah jenazahnya digantung selama beberapa hari di Padang Merdeka Kota Bharu.


HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS

Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).

Tok Janggut atau nama sebenarnya, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.


Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani ketika itu dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu.

Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.


Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914.

Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Kerajaan Islam Uthmaniah yang berpusat di Turki dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Perjuangan Tok Janggut yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang `pintar’ akan terjejas.


Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Setelah Tok Janggut dibunuh, jenazahnya diarak keliling bandar Kota Bharu dan digantung selama beberapa hari di Padang Merdeka Kota Bharu.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

P.Ramlee VS Gangster Samseng 1 Sep 2013 8:21 AM (11 years ago)

Kewujudan gangster dan samseng dalam masyarakat melayu telah bermula sejak dahulu lagi. Kisah masyarakat ini telah banyak difilemkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee antaranya cerita berbentuk komedi "Pendekar Bujang Lapok".

Mempelajari ilmu persilatan adalah suatu alternatif kepada masyarakat apabila mereka seringkali berhadapan dengan masalah gangsterisme.

Ini cerita dulu iaitu apabila tidak ada undang-undang dan kerajaan yg telus dan boleh dipercayai. Harap-harap sekarang tidaklah seperti dulu. Justeru, kita inginkan sebuah kerajaan yang mengamalkan undang-undang yang telus dan boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun ilmu persilatan tetap sesuai dipelajari walaupun pada masa sekarang bukan semata-mata untuk berhadapan dengan samseng-samseng.

Sinopsis Pendekar bujang lapok:

P.Ramlee, Aziz dan Sudin berguru ilmu persilatan dengan Pendekar Mustar setelah menyaksikan sendiri kehandalan Pendekar Mustar berlawan dengan samseng-samseng di Penambang. (Gangster upahan Datuk yg memiliki syarikat perkapalan hehe... Lakonan Ahmad Nisfu)

Dalam perguruan tersebut, Ramlee, Aziz dan Sudin terpaksa melalui Cobaan memantapkan ilmu dan keberanian iaitu mesti bersendirian di tempat yg sunyi dan di malam yg gelap. Ini dipanggil Suluk. Bacaan ketika suluk dalam cerita tersebut hanyalah untuk komedi dan bukanlah melambangkan yang sebenarnya.

Namun ketiga-tiga mereka gagal dalam ujian tersebut termasuk Ramlee. Ramlee gagal dalam cubaan ketika berhadapan dengan Geng Hantu Jepun. (Macam gangster juga). Hantu bawa geng kata P.Ramlee.

Walaubagaimanapun mereka bertiga akhirnya tetap mendapat gelaran pendekar setelah berjaya menyelamatkan anak gadis Tok Guru (Pendekar Mustar) dari cengkaman samseng-samseng tersebut.

Cerita tamat...

Hahaha... Maaf Sekadar hiburan sahaja... harap terhibur... :)

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

2 modal lapok UMNO 11 Apr 2013 11:20 AM (12 years ago)

2 modal lapok UMNO/BN dlm memainkan fikiran rakyat untuk terus berkuasa;

1. Bersyukur terhadap pencapaian kerajaan sekarang dan hendaklah terus menyokong kerajaan UMNO'll Be End

2. Jangan memperjudikan nasib anak cucu dengan menyokong parti pembakang yg tiada rekod kecemerlangan

Berdasarkan rekod pencapaian cemerlang yg disahkan sendiri dan dipuji oleh ketua audit negara terhadap ke semua 4 buah negeri yg ditadbir PR, maka rakyat seharusnya boleh menilai samada utk terus terkongkong dlm ketakutan bayang2 ciptaan UMNO/be end atau membebaskan diri mereka dan bertindak lebih matang dan cerdik...

Empat Negeri Pakatan Rakyat Terus Dipuji Ketua Audit Negara!

Laporan 2011 Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.- Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi berkenaan dengan modal lapok UMNO iaitu untuk terus berkuasa iaitu mengeksploitasi perkataan Bersyukur dan dengan itu hendaklah terus menyokong UMNO'll Be End...

Nah inilah dia di antara rekod pencapaian kerajaan be end mengikut Laporan Audit Negara 2011 yg dikeluarkan 17 oktober 2012...

Bawah kerajaan Be End sehingga 2012...Lagi kes duit hilang dan tak dapat dikesan.. Sumber Sinar Harian berkaitan Laporan Audit Negara 2011 yg dikeluarkan semalam : RM147 Billion tidak dapat dikesan... "23 Syarikat Kerajaan catat keuntungan RM 256b, hanya 10 bayar dividen RM 109b." "Pada umumnya terdapat kelemahan seperti improper payment (pembayaran tidak wajar) kerja atau bekalan tidak mengikut spesifikasi, tidak berkualiti atau tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran pengurusan hasil dan pengurusan asas kerajaan." Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. 147 billioni.. Kalau kita rakyat marhaen dapat, makan 10 generasi pun tidak abis...tetapi kalau kroni2 yg makan memanglah tak cukup...
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cerita Si Kaki Pancing Yang Berjanji 24 Feb 2013 9:17 PM (12 years ago)



Pada suatu hari, Si kaki pancing telah berjanji untuk memberikan umpan yang terbaik kepad ikan-ikan pancingannya. Dalam diam-diam dia juga telah berjanji pada dirinya untuk menangkap sebanyak mungkin ikan.

Bermula dari janjinya itu, Si pemancing pun berusahalah untuk mengotakan janjinya demi untuk mendapatkan sebanyak mungkin ikan-ikan tersebut. Ini kerana jika mengena, ikan-ikan tersebut akan dibakar dan diratah sesuka hatinya. Pulangan dan keuntungan yang bakal diterima jauh lebih banyak dari harga umpan dan kail tersebut.

Untuk dijadikan cerita, ikan-ikan pancingannya semakin hari semakin terbiasa dengan umpan-umpan dan teknik yang digunakan. Manakala si kaki pancing pula tidak menyedari yang ikan-ikan pancingannya sudah mula cerdik dan pandai memakan umpan.

Ikan yang cerdik itu rupa-rupanya tidak terus menelan umpan tersebut, sebaliknya ia hanya menggigit dan mematut umpan tersebut sedikit demi sedikit sehingga habis. Tinggallah kail tersebut tanpa umpan dan si kaki pancing tersebut gagal mendapatkan tangkapan... Sekianlah cerita si kaki pancing yang berjanji.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Apa maknanya 'Pencacai' ? 8 Feb 2013 6:30 PM (12 years ago)


Perkatan pencacai adalah perkataan baru. Semasa blog ini ditulis, ia masih belum terdapat dalam mana-mana kamus lagi. Sebab itu kalau kita cari dalam kamus bahasa melayu, kita tidak akan berjaya menjumpai maksud perkataan ini.

Berikut adalah soalan yang pernah ditanya terhadap Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (PRPM DBP) mengenai maksud pencacai.
(((Klik untuk zoom)))


Soalan 1 : 

Salam. Apa maknanya ' Pencacai' ? Daripada bahasa sukuan apa perkataan ini? Terima kasih.

Jawapan DBP :

Tidak ada maklumat tentang perkataan pencacai dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan perkataan tersebut merupakan dialek dan hanya dituturkan dalam kelompok tertentu.

Soalan 2 :

Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta nasihat DBP tentang maksud perkataan 'pencacai' yg saya percaya kata dasarnya 'cacai'. Saya dapati akhir-akhir ini banyak orang menggunakan perkataan ini. Saya berharap pihak DBP dapat memberi maksud pencacai/cacai itu. Untuk makluman saya sudah cuba menggunakan khidmat PRPM DBP dalam talian namun gagal. Sekian.

Jawapan DBP :

Seperti yang tuan maklumi, perkataan cacai atau pencacai tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun apabila sesuatu perkataan itu banyak dirakamkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, perkataan itu akan dimasukkan sebagai entri dalam penerbitan kamus terbaharu. Maklumat ini akan disampaikan kepada Bahagian Perkamusan yang masih dalam proses penyusunan kamus baharu bahasa Melayu.

Jadi setakat ini tidak ada jawapan mengenai maksud pencacai kerana belum terdapat dalam kamus melayu. Namun begitu bukanlah bererti perkataan ini tidak membawa apa-apa makna. Apabila perkataan ini sering digunakan oleh orang ramai maka secara automatik ia akan menjadi suatu bahasa yang dipertuturkan oleh orang-orang melayu dan seterusnya akan direkodkan di dalam kamus bahasa melayu.

Berbalik kepada perbahasan dalam blog ini mengenai maksud "Pencacai".

Perkataan Pencacai ada hubung kait dengan politik juga. Sebabnya menjelang PRU13 baru perkataan ini mula muncul dan digunakan secara meluas di kalangan masyarakat siber. Sebelum ini jarang pula kedengaran perkataan ini digunakan.

Sebenarnya perkataan ini mula wujud setelah berlakunya perang saraf terhadap kumpulan politik masing-masing, contohnya UMNO dan PAS. Penyokong PAS/PR mula menggelarkan segelintir penyokong UMNO/BN sebagai pencacai sebelum penyokong UMNO/BN turut menggunakan perkataan yang sama terhadap penyokong PAS/PR.

Pada pendapat saya, pencacai dalam kontek perbincangan dan perdebatan sering membawa maksud seseorang yang merapu, tahu menentang sahaja tetapi tidak pernah menggunakan hujah yang betul, suka menjawab tetapi kosong. Apabila berhadapan dengan sesuatu isu, suka menyibuk tetapi sentiasa lari dari topik. Tidak pula menjawab persoalan yang dikemukakan.

Ini pada pendapat saya. Kita tunggulah jika perkataan ini dimasukkan dalam kamus dewan nanti, apakah makna yang akan diberikan.

Untuk difikirkan;

"Semakin ramai menjadi 'Pencacai' kerana semakin ramai yang bodoh berhujah".




Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Keperibadian Tuanku Sultan Kelantan "Sultan Muhammad 5" 22 Dec 2012 8:57 PM (12 years ago)

Apa yang dipaparkan di sini hanyalah beberapa gambar yang dilink secara terus dari facebook page Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan. Untuk melihat dan membaca selengkapnya silalah berkunjung ke fanpage Baginda di alamat;
https://www.facebook.com/pages/Duli-Yang-Maha-Mulia-Tuanku-Sultan-Kelantan/147797738592383



Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13hb. September, 2010.


"Allahu Akhbar" Ganti "Daulat Tuanku" - Sultan kelantan


Jika sebelum ini rakyat Malaysia cukup sinonim dengan lafaz dan ucapan “Daulat Tuanku” bagi menggambarkan kepatuhan dan penghormatan kepada institusi raja dan sultan.. namun sejak YM Tuanku Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, seruan “Daulat Tuanku” telah diubah kepada seruan “Allahu Akbar”



Sesungguhnya rakyat Kelantan cukup bertuah kerana dikurniakan seorang sultan yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi juga 'berjiwa agama'.



Tuanku Sultan Perihatin terhadap Rakyat.



Tiada beza cara Tuanku Sultan berpakaian.



Peminat setia red warrior.



Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali.


Semuanya dalam fanpage Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.
Silalah berkunjung ke fanpage Baginda di alamat;

https://www.facebook.com/pages/Duli-Yang-Maha-Mulia-Tuanku-Sultan-Kelantan/147797738592383

Atau KLIK pada gambar.... untuk mengikuti cerita selanjutnya.

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Ulasan Sekitar Bajet 2013 di Facebook 4 Oct 2012 10:16 AM (12 years ago)



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan Malaysia sedang membentangkan belanjawan 2013 bermula jam 4.00 pm pada 28 September 2012 (Jumaat) di Parlimen.



Ramai menganggap belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib ini merupakan belanjawan pilihanraya” yang bertujuan untuk membeli sokongan rakyat dengan pemberian yang banyak secara sekali atau “one-off”.

Antaranya ialah pemberian BR1M bagi kali kedua yang lebih dikenali sebagai BR1M 2.0. Selain dari pemberian RM 500 bagi setiap keluarga yang jumlah pendapatan bawah RM 3000 sebulan,pemberian (BR1M) diperluaskan lagi kepada individu bujang sebanyak RM 250 dan rebat RM 200 telefon pintar untuk belia berumur 21-30 tahun yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, kesemuanya berjumlah RM 251.6 bilion. Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.



Berikut adalah ulasan sekitar bajet 2013 di facebook.


Ruslan Mamat
29hb September
Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.
Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.
Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.
Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara. MINTA NYAWAAAAA...


Mohd Shukri Mohamed
28hb September
Sebab nak bagi gula-gula la ni... Gula-gula pilihanraya.. Subsidi gula terpaksa dikurangkan 20 sen... bila Subsidi gula dikurangkan 20 sen, harga gula akan naik. Bila harga gula naik, semua harga makanan berasaskan gula akan naik... bila semua harga makanan berasaskan gula naik.. entahlah apa lagi yg akan naik selepas budget gula-gula ni...


Elmid Banjar
29hb September‎ melalui ‎mudah alih
Sebagai menunjuk rasuah jenayah terkutuk yang mesti cegah, bn mesti ditolak di pilihanraya akan datang kerana membentangkan budget dalam bentuk rasuah


Ahmad Affzan Abdullah
29hb September‎ melalui ‎mudah alih
Saya tidak nampak bagaimana peruntukan rebat RM200 untuk pembelian smartphone dapat mengurangkan masalah sosial golongan muda atau dapat menjauhkan mereka dari budaya 'materialistik' atau dapat meningkatkan daya saing mereka dalam universiti/kerjaya. Saya merasakan peruntukan tersebut boleh disalurkan ke arah yang lebih baik. Mungkin bonus RM200 untuk bantuan mendirikan rumah tangga?



Kenapa dlm bajet tak sebut soal kesihatan bagi rakyat? Bil hospital tak kira swasta dan kerajaan meningkat tinggi. saya selalu berdepan dgn rakyat masalah ini. Ada dua perkara yg dihadapi oleh pesakit, kos ubat dan kos rawatan. Kementerian kesihatan sudah sewajarnya buka farmasi jual ubat subsidi.. pesakit diberikan resit ubat, hantar ke farmasi kementerian kesihatan.. Ubat dihantar terus ke hospital yang berkenaan, pesakit hanya bayar kos rawatan dan bukan ubat. — di ‎Pejabat Barisan Nasional P124 Bandar Tun Razak‎.



... ada tak dalam belanjawan peruntukan untuk melawan gejala dadah, sampai orang tua di kampung pun risau untuk tidur takut rumah kena masuk, dulunya di kampung rasanya masalah ini tak begitu ketara.



Ali Abu
Semalam‎ melalui ‎mudah alih
Najib tidak mesra murid

Sepatutnya bajet aritu menyediakan peruntukan khas kpd setiap sekolah kebangsaan utk membina atau membeli loker bagi murid2 di setiap kelas atau koridor sekolah. Bilo ado loker tersebut x perlu lah para murid membawa kesemuo buku teks dan buku latihan ke sekolah.

Karang bebudak ni bwk beg lg bosa drpd diorg. Mengalahkan beg pramugari. Hoi xdo perasaan kesian kek bebudak ni kor? Muhyidin mano kau, jgn nk main sorok2 pulak.
Langgani · Isnin

bajet najib menunjukan bajet budak bodoh org tua tapi akai mcm budak tadika kemas...????
rebet rm 200 beli tel 3G....??siapa pembekal tel 3G itu..??tentu la kroni najib yg bodoh lagi sangap....akai letak di lutut..??rakyat mahu minyak murah,barangan2 murah ,kehidupan yg selesa bukan mau bagi pd anak2 muda tel 3G tapi line kena bayar ...akai najib dan pemimpin2 umno mcm lembu kak jat saja...???rakyat mahu keperluan hidup yg manpu utk meneruskan kehidupan....??tak kan nak amkan HP ..kerja tak dak juga ..??booooohhhhhhhh umno...
 — ‎bersama ‎Zamzuri Mohamed Tahir‎, ‎Mazlan My‎, ‎Quedine Paroi‎ dan ‎‎28‎ yang lain



Kesimpulan Yang Dapat Dibuat Setelah Membandingkan Bajet PR Dan Bajet BN.. Bajet BN Lebih Kepada Bajet Pilihanraya.. Pemberian Banyak "Imbuhan" Secara One-Off Hanyalah Bersifat Sementara Serta Golongan Kaya Bertambah Kaya, Golongan Miskin Bertambah Papa. Bagi Bajet PR Pula, Kekayaan Negara Diagih Kepada Rakyat Secara Sama Rata Serta Lebih Memberikan Kesenangan Kepada Rakyat Dalam Jangkamasa Panjang Seperti Mansuh Tol, Mansuh PTPTN, Elaun RM500 Untuk Guru, Royalti Minyak 20% Untuk Negeri Yang Berhak Termasuk Sabah; Sarawak, Kenaikan Imbuhan Buat Anggota Polis, Kurangkan Harga Minyak, Lebuhraya Dari Sabah Ke Sarawak, Elaun Khas Untuk Surirumah Dan Banyak Lagi... Sebagai Rakyat, Pilihan Ditangan Kita... Bak Kata Lagu Yang Diubahsuai Oleh DS Anwar, "Madu Ditangan Kanan Mu, PR.. Racun Ditangan Kiri Mu, BN.. Aku Dah Tahu Mana Satu Pilihan Mu"...



Kesan dari Budget gula2 2013 baru2 in dah mula terasa.. Terkini harga gula dah mula naik. Ekoran dari kenaikan harga gula ini, barang2 makanan lain yg berasaskan gula akan turut menyusul.. tunggu dan lihat... Ini belum lagi pilihanraya... Selepas pilihanraya nanti, jika masih lagi drebar yg sama maka banyak lagi kenaikan2 harga barang yg bakal menjadi hadiah atau kejutan buat rakyat...

Klik pada gambar untuk mengetahui cerita selanjutnya



P/s : 

Kan betul tu.. Harga gula dah mula naik. Harga barang-barang lain pun akan turut naik selepas ini.



Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Mengapa kita perlu mengetahui statistik blog? 29 Aug 2012 7:13 PM (12 years ago)


Begitu lama dah tidak update blog ini. Tuan punya blog ni tak ada masa sebenarnya. Tiba-tiba teringat pula nak update blog. Bila tengok tarikh terakhir entri blog ni alamak ! dah lama rupanya tak update. Tu laa sibuk sangat. Bila semua kerja menjadi penting maka terpaksalah beberapa kerja dikorbankan he he.

Ingatkan blog ini dah terpelosok dalam enjin carian google dan lain-lain, rupa-rupanya belum lagi he he. Hamba mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung blog ini yang datang berkunjung saban hari bagi mencari tajuk-tajuk yang mereka perlukan. Walaupun blog ini dah lama tak update namun statistik menunjukan tajuk-tajuk yang ditulis 1, 2 dan 3 tahun yang lalu masih lagi dibaca dan menjadi carian pengunjung walaupun mungkin bukan dari pengunjung yang sama.

Hamba mengaku blog ini bukanlah blog yang terkenal seperti blog-blog yang lain, dan blog ini pun tujuan utamanya bukanlah untuk berbisnes, tapi tujuan sebenar blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja di luar sana yang suka membaca entri-entri dalam blog ini.

Dengan melihat kepada statistik blog, kita dapat mengetahui jumlah pengunjung blog setiap hari dan apakah tajuk-tajuk yang sering dicari oleh mereka.

Contohnya jumlah pengunjung blog ini adalah dalam sekitar 100 hingga 200 orang setiap hari, namun tajuk-tajuk yang seringkali digelintar oleh mereka merupakan tajuk-tajuk yang sama.

Mengetahui tajuk-tajuk ini amat penting. Ini kerana jika kita ada masa, kita boleh terus menulis berdasarkan tajuk-tajuk yang menjadi kegemaran mereka. Barulah blog kita akan sentiasa mendapat kunjungan walaupun kita sibuk dan jarang menulis blog.

Namun begitu bukanlah semua tajuk boleh ditulis. Kita perlu menjaga nilai dalam setiap tulisan kita. Bagi hamba, hamba hanya akan menulis berdasarkan ilmu yan hak dan diukur dengan  kemampuan yang ada.

Sekian.

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Urutan Kejadian Bersih 3.0 14 May 2012 3:15 AM (12 years ago)

Bagi sesiapa yang terlepas peluang dalam mengikuti urutan peristiwa atau liputan berita semasa Himpunan Bersih 3.0 yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April 2012 boleh membacanya di sini. Tidak ada ulasan tentang Bersih 3.0 dalam blog ini cuma sekadar memaparkan rentetan peristiwa tersebut sahaja. Penilaian yang sebenarnya diserahkan kepada pembaca.

Memang susah untuk mendapatkan urutan kejadian yang lengkap 100 peratus. Namun setakat ini kebanyakan media tidak berani melaporkan berita secara sepenuhnya walaupun wartawan  mengetahui kejadian yang sebenarnya.

Sebahagian besar berita telah disembunyikan dan hanya sebahagian yang kecil sahaja dipaparkan, Kebanyakan media hanya memaparkan bahagian ekornya sahaja dalam sesuatu kejadian dan tidak memaparkan keseluruhan kejadian.

Rentetan Peristiwa Bersih 3.0 Duduk Bantah


4.10pm - Jalan TAR – Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.
FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.
4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.
3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.
3.58pm Masjid Jamek – Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.
3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.
Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.
Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.
3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.
3.50pm Pusat membelibelah Sogo – Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.
3.42pm Stesen LRT Dang Wangi – Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.
Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.
3:29pm Majlis Peguam – Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.
3.24pm Masjid Jamek – Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan “BERSIH” walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.
Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.
3.20pm: Dataran Merdeka – kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.
Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.
Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.
Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.
3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.
3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.
3pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka.
2:34pm Masjid Jamek – Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.
Bagaimanapun, orang ramai melaungkan “Dataran! Dataran!”
Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.
Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.
2.15pm: Puduraya – Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.
2pm Masjid Jamek – Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.
Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.
Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya – PKFZ: A Nation’s Trust Betrayed – bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.
2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama – Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.
Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.
Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat.
1.55pm: Pasar Seni – Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka.
“Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid,” katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu.
1.50pm Masjid Negara – Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama.
Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen keretapi yang mengarah ke Pasar Seni.
Dengan diterajui anggota Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng manusia.

1.45pm:
 Pasar Seni – Kira-kira 30 orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad ‘duduk bantah’ di atas jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT.
1.38pm Masjid Negara – Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba.

1.30pm
 Dataran Merdeka – Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong.
Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan “duduk” dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis.
Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.

1:33pm 
Pasar Seni – Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah.
1:30: Pasar Seni – Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri.
1.40pm Polis keluarkan kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.
Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.
“PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak,” kenyataan itu dipetik.
Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.
1.23pm: Pasar Seni – Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.
1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.
12.43 thr Masjid Negara – PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.
12.40 thr Pasar Seni – Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan “BERSIH”.
12.35 thr Jalan Tun Perak – Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.
“Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi,” katanya.
“Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil.”
12.32pm Pasar Seni – Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ
Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.
12.30pm: Pasar Seni – Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.
Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, “Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. ”
Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.
12.14pm Masjid Negara – Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara – Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.
12.10pm Jalan Sultan – Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.
12:07pm Jalan Tun Perak – Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.
Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan “BERSIH” dan “Stop Lynas”.
12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning.
12:03: Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.
Pudu (peserta berarak dari KLCC) – 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) – 10,000
Jalan Petaling – 3,000
Masjid Negara – 2,000
11.51am Pasar Seni – Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.
Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
11.47am Dekat Dataran Merdeka – Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk ‘Rasa Sayang’.
11.46am Pasar Seni – Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.
“Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!” jerit mereka.
Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.
1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak “Tolak SPR”
11.40am Pasar Seni – Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.
Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.
11.38am Dataran Merdeka – Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.
11.35am Brickfields – Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka.
Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu.
11.30am Brickfields – Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan.
Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.
11.25am Jalan Tun Perak – Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka.
Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas.
11.19am Masjid Negara – Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai.
11.15am Masjid India – Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.
11.15am Masjid Negara – Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.
11:13am Jalan P Ramlee – Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.
Mereka melaungkan “Bersih” dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.
Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
11.10am PASAR SENI 20 Unit Amal mengawal Ambiga yang tiba bersama anggota j’kuasa BERSIH P Subramaniam & Andrew Khoo.
11.10am PASAR SENI Pemimpin BERSIH Andrew Khoo memberitahu media, polis membesarkan kawasan yang dilarang mahkamah.
11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau
11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu bidas menteri dalam negeri bahawa dia serbu Dataran pagi tadi.
10.55am Masjid Negara – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.
10.54am KLCC – Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.
Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.
10.53am Masjid India – Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.
10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.
KLCC – 5,000
Jalan Sultan – 4,000
Masjid Jamek – 2,000
Masjid Negara – 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka – 3,000
10:44am JLN TUN PERAK Warga emas Cik Ani berkerusi roda turut berhimpun.
“Kalau FRU kejar, saya takkan lari… Angkat saya masuk lokap,” kata Cik Ani, 56, di Jln Tun Perak.
10.40am: KLCC – Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.
Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.
10:40am: Masjid Negara – Datuk S Ambiga dilihat  berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.
10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.
10.31am Tweet dari PDRM – 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.
Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.
10.20am: Masjid Negara – Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am
 Brickfields – Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer – Angry Birds.
10.16am Dataran Merdeka – Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.
10.15am Bangsar  – Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am
 Brickfields – Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.
Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.
“Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api.” kata Kelly Tui.
10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.
9.57am Central Market – Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.
9.40am Dataran Merdeka – Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.
Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.
9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.
9.37am KLCC – Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.
Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

9.36am
 Jalan Sultan – Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema ‘Protect Jalan Sultan’ akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.
9.35am: Masjid Negara – Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.
Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.
Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.
9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta
9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
9.32am: kemaskini pengangkutan awam – Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.
“Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL.”
9:30am Jalan Sultan – Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.
Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.
9.36am: Jalan Tun Perak – Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.
Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.
Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut.
9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) – Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.
Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan ‘Free Education’.
Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.
Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.
9.21am Jalan Tun Perak – Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.
Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am
 Masjid Jamek LRT – Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.
Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.
9.18am Pasar Seni – Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.
Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
9.15am KLCC – Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.
Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.
Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.
Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan “Stop Lynas”.
Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.
9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.
9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.
859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.
8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am 
JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am
 JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am
 JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.
8am - JLN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.
8am - JLN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.
Sumber : http://www.harian-metro-online.com/terkini-ribuan-penyokong-bersih-banjiri-kl
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tanaman Tembakau di Bachok 13 Apr 2012 12:45 AM (13 years ago)



Bachok terletak kira-kira 30 km dari Pusat Bandar Kota Baru. Sumber ekonomi utama penduduknya ialah pertanian. Kebanyakan penduduk Bachok terlibat dengan penanaman tembakau.



Penanaman tembakau biasanya dimulai setelah berakhirnya musim tengkujuh iaitu seawal bulan januari atau februari.



Ada juga petani yang memulakan penanamannya pada bulan mac. Ini kerana mereka ingin memastikan musim hujan betul-betul telah berakhir.

Gambar ini menunjukkan pokok-pokok tembakau
yang telah musnah akibat ditimpa hujan.


Pokok tembakau sangat alahan dengan hujan yang lebat. Pokok-pokok tembakau ini akan musnah jika ditimpa hujan yang berterusan. Inilah risiko yang terpaksa ditanggung oleh para petani yang menanam tembakau di Bachok.




Harap-harap hasil tanaman mereka sentiasa menjadi sepanjang tahun.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Pencuri Pecah Masuk Rumah Di Siang Hari 19 Jan 2012 11:07 PM (13 years ago)

Ini betul-betul kejadian. Kes ini pernah berlaku pada kakak ipar aku sendiri beberapa tahun yang lalu. Sengaja aku paparkan di sini sebagai pengajaran agar kita lebih berhati-hati terhadap keselamatan rumah dan harta benda kita.

Sebenarnya kejadian pecah rumah lebih mudah berlaku pada siang hari berbanding pada malam hari, terutama di kawasan bandar atau perumahan. Ini kerana kebanyakan penduduknya keluar berkerja di siang hari.

Pada malam hari kebanyakan penduduk ada di rumah dan ini menyukarkan kerja jahat mereka.

Di bandar, kebanyakan rumah kosong pada siang hari. Suami dan isteri kedua-duanya keluar berkerja. Anak-anak dah pergi sekolah. Yang kecil pula dihantar ke pusat asuhan. Jadi apa lagi, waktu beginilah lebih senang bagi pencuru untuk melaksanakan agenda mereka. Rumah yang bergril pun senang-senang aje mereka cungkil. apatah lagi rumah biasa yang tak bergril.

Jadi fikir-fikirkanlah...

Kesan Tapak Kaki Pencuri

Apa yang berlaku ni kemungkinan besar dilakukan oleh budak-budak nakal yang tinggal di kawasan perumahan yang sama. Mereka memanjat tembok di belakang rumah mereka dan berjangkit dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain yang berkongsi tembok yang sama.

Masuk dengan memanjat tembok belakang rumah lebih memudahkan berbanding masuk melalui hadapan rumah. Di hadapan rumah keadaan lebih terbuka dan terdapat pintu pagar yang sentiasa berkunci.

Di sini aku meninggalkan kepada pembaca untuk menilai dan memikirkan sendiri bagaimanakah cara untuk meningkatkan keselamatan di rumah kita apabila semakin hari kita berhadapan dengan pencuri atau penjahat yang semakin cerdik.
Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

UKAYS - Bila Purnama Mengambang (Lirik Lagu) 10 Jan 2012 9:53 PM (13 years ago)

Lagu : Bila Purnama Mengambang
Nyanyian : Ukays
Ciptaan : Saari Amri

Berkat Dari Kesungguhan
Terbentuklah Kejayaan
Ku Merasa Oh Nikmatnya
Bersyukur Tak Terhingga
Dengan Pemberiannya
Hidup Aku Sekarang Ceria...

Dahulu Aku Tewas
Tiada Siapa Peduli
Dan Yang Menyedihkan Ku
Insan Yang Ku Sayang Pun Berlalu

Hilang Semua Rasa Benci
Melangit Ku Dipuji
Menjelma Semula Saudara
Walau Dulu Penah Sengketa
Kini Ke Depan Bertanya Berita...

Begitulah Kehidupan
Bak Purnama Mengambang
Memuja Bila Terang
Hilang Bila Dilindungi Awan
Tak Siapa Lagi Memandang

Dahulu Ku Tersisih Sendiri
Tanpa Oh Kekasih
Kini Tak Terbilang Menjelma...

Tidak Tergoyang Keimanan Ini Sayang
Walau Selautan Kasih
Yang Engkau Janjikan Kepadaku Itu Tidak Ikhlas
Ingin Ku Ketepikan Rasa Cinta Pada Seseorang
Kerna Bimbang Hilangnya Setia
Bila Mana Hidup Aku Sudah Tidak Lagi Ceria...

Yang Lebih Utama
Terus Membuktikan
Kukuh Kedudukan
Usung Kejayaan...




Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kemaluan terputus ketika berkhatan 18 Dec 2011 5:21 AM (13 years ago)

Berita ini sengaja aku paparkan di sini selain menjadi sebagai arkib berita, ia juga supaya ibubapa sentiasa berhati-hati ketika membawa anak-anak berkhatan di klinik-klinik kerajaan atau swasta. Pilihlah klinik yang menyediakan perkhidmatan berkhatan terkini seperti klinik yang menggunakan peralatan plastik pakai buang, Sunathrone. Kerana teknik ini terjamin tidak akan menyebabkan kepala kemaluan terpotong ketika berkhatan.

Berikut adalalah berita yang pernah berlaku pada tahun 2006 dan pernah tersiar di Berita Harian 3 dec 2006.

3 dec 2006
Kemaluan terputus ketika berkhatan

JOHOR BAHRU: Kecuaian seorang pembantu perubatan menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hilang sebahagian kemaluannya ketika berkhatan di sebuah klinik swasta di Mersing, Khamis lalu.

Bapa mangsa berusia 46 tahun yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, dia membawa dua anak kembarnya bersama lapan kanak-kanak lain untuk berkhatan di klinik swasta berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

Beliau berkata, adik kepada pasangan anak kembarnya terlebih dulu menjalani proses bius sebelum kulit kemaluannya dipotong seorang pembantu perubatan berusia lewat 40-an dengan ditemani doktor klinik menggunakan kaedah berkhatan cara biasa.

"Selepas memotong kulit berkenaan, dia kemudian menyepit lebihan kulit pada zakar anak saya. Bagaimanapun, apabila mendapati sebahagian kemaluan anak saya tiada, dipercayai terpotong, dia terus berbisik kepada doktor.

"Mereka menjumpai sebahagian kemaluan bersama kulit yang dipotong sebelum memberitahu saya. Mereka mengaku tersalah potong kemaluan anak saya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam.

Bapa mangsa, seorang kakitangan kerajaan berkata, anaknya bersama bahagian kemaluan yang disimpan di dalam bekas berisi ais dikejarkan ke Hospital Mersing dengan ambulans. Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HSA.

"Kami tiba di HSA kira-kira jam 2.30 petang tetapi terpaksa menunggu selama empat jam kerana bilik pembedahan penuh," katanya yang mendakwa keputusan kejayaan pembedahan ke atas anak keenam daripada tujuh beradik itu akan diketahui selepas tiga hari iaitu hari ini.

Beliau yang kesal dengan kejadian berkenaan sudah membuat laporan polis di Balai Mersing, kelmarin.

Jika ada komen atau ulasan, silakan ...

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?