
Date : 6th May 2018
Qdees Sports Day tahun ni diadakan ditempat yang sama..jadi senang nak kesitu sebab dah tau tempatkan..sperti biasa memang kami sampai awal juga dalam pukul 8. Sukan bermula dalam pukul 8:30am..
sebelum sukan bermula..
Tahun ni tak ada adengan menangis..sangat senang hati sebab Elman dah boleh bawak diri sendiri..
Beratur ikut rumah sukan..Green Green GREAT!
with kakak & the medal..
Kakak Azuin pun dapat jumpa kawanQ-dees yang lama...semua dah darjah 1 sekarang...

24th April 2018
School excursion to Ice-cream Tart & Bread Factory.
credit to teachers for all the photos.
1 joy students just arrived at bread factory...peace!
1 Joy
Having lunch at Mc Donald before heading to Ice cream Tart factory

Tahun ni dah kena jadi rutin untuk bercuti semasa cuti sekolah memandangkan Azuin dah darjah satu..Tak boleh nak memandai ambil cuti..karang ketinggalan pulak pelajaran di sekolah.
Cuti sekolah bulan 3 tak lama cuma seminggu je..Jadi kami berpeluang bercuti di Pulau Redang. Memang Adhoc perancangan sebab memula kami nak ke Cherating je..sebab budak-budak nak main pasir...tapi 2 hari sebelum pergi Cheratng, kami tukar plan..rancang ke Redang..dalam masa 2 hari rancang..cara kami senang je..bukak website Laguna Redang dan terus book dari situ..tak payah nak sakit kepala fikir pakej mana yang ok...kat website Laguna Redang memang dah complete dah kat situ tulis bilik mana dan itinerary sekali...so, kita ikut je pakej dia..Selepas itu, terus call office Laguna di KL branch..terus dapat proforma invoice dan kena 100% payment esoknya sebab lusa dah nak ke Redang...
Untuk ke Kuala Terengganu kami naik kereta je..check fligt amatlah mahal dan tak berbaloi berbanding drive sendiri...cuma sedikit penat la..naik kereta kami spend RM311 untuk tol & petrol..kalau last minute flight dah RM1K++..lain la kalau beli awal tapi rasanya tetap mahal sebab musim cuti sekolah.
Trip kami adalah dari 22-24 March 2018.
Jadi kami gerak dari rumah pukul 2:00 pagi dan perjalanan kami mengambil masa dalam 5 jam. Pukul 7 kami dah sampai Kuala Terengganu. Sempat la nak relax sikit dan breakfast dulu sebelum ke Jeti Shahbandar. Kami sampai di jeti dalam pukul 8:15am dan parking dikawasan jeti. Parking ialah RM30 untuk 3 hari. Tempat parking memang luas dan tak risau tinggalkan kereta...Memang banyak kereta parking untuk ke Redang.
Di jeti memang ramai orang dan kami terus ke kaunter Laguna Redang untuk dapatkan boat pass. Boat gerak dalam pukul 9:30pagi...dan kami sampai di Redang dalam pukul 11:15pagi...Di Laguna Redang, bot turunkan kami di bahagian belakang pulau...di situ la tempat briefing dan berkumpul untuk naik bot ke tempat snorkeling..memang teratur la flow dia...just ikut je...
Selepas briefing kami dibawa ke main lobby dan disini la baru nampak pemandangan yang cantik tu..Selepas registration, dimana kami akan bagitau pukul berapa untuk balik 24hb tu nantu..samada bot pertama, 9:00pagi atau bot kedua, 11:30pagi..Selesai tu baru kami ke Sang Suria Restaurant untuk lunch.
Kami ikut kesemua aktiviti seperti itinerary yang diberikan oleh pihak Laguna...memang best..sempat snorkeling kat taman laut, open sea snorkeling, main pasir, mandi swimming pool...memang berbaloi datang sini..
Snorkling equipment memang kena sewa sendiri..So total 4 life jacket dan 2 snorkel ialah RM96 (RM16 EA)
Breakfast, Lunch & Dinner kami di Sang Suria Restaurant..superb!
Marine Park, Redang..Yuran kat sini kena bayar ye..beli tiket siap2 kat jeti haritu.
Our deluxe garden..boleh nampak swimming pool sikit dari sini...
Cantik view kat sini...
Dah nak balik dah....tunggu di jeti yang sama juga....masa balik tu saya dan azuin memang mabuk teruk..ada la jugak 9kali muntah...sebabnya laut bergelora giler..terhoyoh-hayang kami kat laut tu..memang mabuk la....cuma adam & papa je tak mabuk...lena pulak dorang tido....azab hokey mabuk lauk..

Anak pertama kali masuk sekolah dan yang paling teruja ialah makpak la...Yes, saya mengaku memang sangat teruja..Dari baju sampaila buku-buku yang perlu dibeli.
Kami sudah daftar Azuin di Sekolah Kebangsaan sejak Azuin 5 tahun lagi..dan semasa 6 tahun kami cuma perlu sahkan dan hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah. Dan syukur Azuin diterima untuk belajar di salah satu sekolah kluster disini dan juga selamat daftar untuk sekolah KAFA juga.
Akan tetapi disebabkan beberapa faktor, kami membuat keputusan untuk hantar Azuin ke sekolah swasta. Ini lebih memudahkan bagi kami dalam pelbagai urusan.
28-08-2017, sempena open day sekolah, kmi terus daftarkan Azuin dan Azuin perlu buat assessment untuk kemasukan ke sekolah ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Azuin berjaya ditempatkan disekolah ni.
29-12-2017 - Orientasi Sekolah


Selepas berorientasi, bermulalah nak membeli buku semua. Dan omak memangla exited nak membalut buku bagai...dah lama tak balut buku ni..bukan setakat buku teks, buku latihan pun balut jugak..senangkan...pembalut instant dah ada..kita masukkan je..
Sesi Persekolahan bermula pada 02-01-2018. Dan saya dan suami seperti biasa akan bercuti untuk uruskan hari pertama persekolahan. Nasib baik Adam akan mula bersekolah pada 05-01-2018..Jadi tak ada la kelam kabut..Adam cuma ke taska je.
Risau jugak takut ada adengan nangis ke..tapi Alhamdulillah, senang uruskan akak..memang la sedih jugak..tapi kena kuat la..lama-lama ok la tu..
Lagipun dah besar kena belajar buat sendiri dah..Untuk hari pertama kami tunggu juga la kat sekolah tapi takla sampai nak ikut je akak..cuma tunggu di kantin je..masa masuk kelas, kami keluar makan dan datang semula apabila waktu sekolah dah habis.
Kat sini waktu sekolah adalah 8:15am-3:45pm..satu sessi je dan petang selepas kerja baru ambil akak..senang..cuma kena tunggu sekejap la...tapi takla lama nak tunggu sebab ada juga student yang balik lambat macam akak..kena berdikari sikit la..
Lunch dengan kawan-kawan..meals memang dah disediakan sebab kami pilih untuk bayar meals setahun..Jadi tak perlu lah nak buat bekal & bawa duit bagai..2 kali makan, breakfast dan lunch..settled bab makan....parents boleh pilih meals untuk students setiap quarter.
Ok..setakat ini untuk coretan persekolahan Azuin..untuk kenangan dimasa hadapan...
Love you kakak dan selamat bersekolah!!

Happy 4th Birthday Elman Adam!
Adam celebrated awal kat school sebab birthdate yang sebenar ialah on 6th December. Adam sangat excited nak sambut dengan kawan-kawan katanya. Nasib baik sempat nak tempah kek bagai sebab last minute preparation. Kali ni mama bagi kek Thomas sebab adam sangat obses dengan train!

Sharing on Azuin Amani's Activity at school. For their own photos collection as well.
Credit to Fb Q-dees for all the updates :)
1. Art - Watercolour painting
2. Art & Craft
3. Making Cup Cake
4. Learning on time
5. Learning on money & coin
6. Gift from teachers
7. Art & Craft - Bee
8. Year End Party

Congratulations Azuin!
Completed Book 23 and move to Book 24..
Well Done!!
on 22nd November, Azuin completed Book 24 and succesfully completed all nation books.

Sharing on Azuin & Elman's Activity at school. For their own photo collection as well.
Credit to Fb Q-dees for all the updates :)
1. Art & Craft
2. Circle time - Division
3. Multiplication
4. Spelling Test
5. Spelling
6. Arrange the number
7. Art & Craft
8. Letter V and "ng"
9. Maths - Addition
10. Letter Y
11. Solat

Congratulations Azuin!
Completed Book 21 and move to Book 22..
Well Done!!
Completed Jawi 5&6

Annual Concert kali ni diadakan awal 1hb October..Memang teruja sebab Adam first concert & Azuin last concert...
Annual Concert tahun di dibuat di Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam
Breakfast dulu sebelum ke Q-dees Concert di Nasi Lemak Cinta Sayang
Lagu Q-dees
Solo untuk Nasyid Dipondok Kecil Story Telling & Reading by En Newton
Lagu Turn out the love dari En Newton (kelas Azuin)
Lagu Hang p mana dari En Newton (kelas Adam)
Both of them dapat "Best Achievement in class"..Kakak dapat Best Reader jugak!!Good Job!!
Graduation...yeay, Graduation
Azuin.Mya.Khayra
Congratulations to all En Newton student. Thanks to Q-dees Puncak Alam Teachers for making them very excellent student and well-prepared for Primary School next year!

Sharing on Azuin Amani's Activity at school. For her own photo collection as well.
Credit to Fb Q-dees for all the updates :)
1. Mya's Birthday
2. Concert practice for En Newton
3. Concert Rehearsal
4. Affan's Birthday
5. Khaiser's Birthday
6. Phonics - Letter W
7. Practice for Concert by En Edison

Akhirnya dah dah lengkap melawat satu Malaysia. Negeri Sabah la pelengkapnya.
Trip kali ni adalah 4 hari 3 malam dan kami pergi berlapan...ramai dan seronok!
Cukup 8 tiket untuk kami semua..
16 September 2017, Sabtu
Flight
adalah pukul 9:30 pagi dan seawal pukul 5 pagi kai dah gerak ke KLIA
sebab last bag drop off pukul 8:15am..taknak terkocoh-kocoh..tu yang
bagi ada buffer time banyak sikit...lagipun p beramai ni tak la selaju
pergi berdua nak pulak ada mak ayah..kena budget time betul-betul..
Sempat
la kids tengok aeroplane..kami lepak kat anjung tinjau sampai pukul
7:15pagi..selepas tu baru p bag drop off dan masuk dalam...
Budak
kecik ni sangat berani naik aeroplane..sebelum ni dia takut dan akan
pegang kuat..kali ni relax je..sebab dah besar ni..tu yang dah pandai...
Sampai kat KK Airport dalam pukul 12:15pm jugak la...sampai airport je terus dapat call dari kereta sewa..dah siap tunggu dah..Kami sewa kereta Exora, RM600 (sehari RM200).
Selepas
tu, kami terus gerak ke Kundasang..sepanjang perjalan ke Kundasang tu,
kami sempat siggah di Rumah Terbalik, Pekan Nabalu dan Kinabalu
Park..Jambatan Tamparuli kami tak singgah sebab dah terlajak dan banyak
kereta yang berhenti kat situ...Jadinya, masa balik nanti baru singgah
semula..
Di
rumah terbalik cuma dapat bergambar diluar sahaja..masa untuk masuk
dalam rumah tu pun sekejap je...tapi kat luar pun banyak tempat yang
boleh ambil gambar..jangan risau..
Tiket adalah RM 12.70 untuk dewasa dan RM 5.30 untuk kanak-kanak.
Kami
cuma kena bayar untuk 6 orang dewasa je..dapat diskaun untuk
kanak-kanak. Mungkin sebab Hari Malaysia kot. Jadi, total kena bayar
adalah RM76.20
Bergambar di pintu masuk
Selepas tu, kami pun gerak ke Kundasang dan spenjang perjalanan tu sempat kami singgah di Pekan Nabalu dan Kinabalu park. Kami tak jalan-jalan pun kat Pekan Nabalu sebab hujan dan agak jem dengan kenderaan yang berhenti di situ..
Di
Kinabalu Park, kami masuk pusing-pusing je..keluar sekejap je untuk
bergambar sebab hujan renyai-renyai..Nak masuk sini kena bayaran RM3
untuk dewasa..Total kami kena RM18..kids tak payah bayar ada diskaun kot..kalau tak kena RM1.
Sebelum
gerak ke Kiram Village untuk check-in, kami singgah di Pekan Kundasang
dulu..solat di Masjid Jamek Kundasang & Makan di Restoren
Hidayah..dekat je dengan masjid ni...berhadapan dengan Restoren
Intan..Makanan tak boleh la rasa macam makan kat sini..tomyam dia biasa
je..tapi sup memang sedap...
Kami
sampai di Kiram Village dalam pukul 6:30pm..dah nak gelap dah tu...kami
menginap di sini 2 malam jugak sebab nak rasa sejuknya di
Kundasang..memang sejuk sungguh...
Pumpkin Cabin - RM 560 (untuk 2 malam)
17 September 2017, Ahad
Bangun pagi dah nampak dah Gunung Kinabalu....sangat cantik...dekat sungguh nampak dari sini!!
Kami pilih Pumpkin di Kiram Village...sesuai untuk kami sekeluarga..Selesa ya amat.
Pemandangan di belakang rumah kami ni...pagi cantik sungguh!!
Dalam
pukul 7:30pagi kami gerak ke Desa Cattle Dairy Farm..Tak jauh pun dari
sini...Tapi hari kami pergi tu gunung kinabalu dah hilang awal
pagi...Jadi gambar di Desa Cattle tak nampak la gunung...tapi memang
cantik sungguh tempat ni...
Bayaran Masuk = RM 34 (RM 5 dewasa, RM4 kanak-kanak. Adam free)
Dalam
pukul 10:30am kami gerak turun ke Kundasang War Memorial dan seterusnya
terus gerak ke Fish Spa..tak singgah pun kat Sabah Tea sebab semua dah
setuju nak gerak terus ke hot poring...
Bayaran = RM 37
Kami
di Hot Poring sekejap je..cuma jalan-jalan sekitar je sebab hari dah
nak hujan...naknya dengan budak kecil..kenala cepat-cepat..karang demam
pulak...
Kami
terus balik ke Kundasang dan singgah tapau makanan di Restoren
Intan..Tapau nasi korong, Sup Ayam, Bihun Sup dan jugak beli kepak ayam
popular kat sini....Jadinya, kami makan di Kiram jela...senang sebab
lagipun perut tak lapar sangat pun..
18 September 2017, Isnin
Keesokkan
harinya, kami gerak ke Kota Kinabalu dalam pukul 6:30am..sepatutnya nak
gerak lagi awal...tapi dah nampak gunung Kinabalu rasa excited
bergambar...
Singgah di Pekan Kundasang jugak, sebab nampak cantik pemandangan berlatar belakang Gunung Kinabalu ni...
Tada...baru sempat singgah Jambatan Tamparuli ni..masa datang tak dapat nak singgah...
Kami
sampai di Jesselton Point dalam pukul 9:00am..terus parking kereta
bersebelahan dengan Jesselton Point ni..Parking rate adalah RM 1
sejam...
Hari
ketiga ni adalah trip ke pulau pulak...banyak kaunter yang ada kat
situ..kami ke kaunter 10, Island Hop Express..pergi ke 3 buah Pulau
iaitu Sapi, Manukan & Mamutik.
RM43 dewasa, RM 28 kanak-kanak untuk 3 Pulau = RM 314
RM 22.58 untuk life jacket + snorkel & Mask(6 sets) =RM 22.58
RM7.63 dewasa, RM 3.82 kanak-kanak untuk bayaran terminal =RM 53.42
RM 10 sewa tikar = RM10
RM3 dewasa, yuran
Taman Laut Tuanku Abdul Rahman (Wajib bayar) =Rm18 (yang ni kids tak dikira pulak)
Boleh
tapau makanan siap-siap la kat sini...kami tapau nasi dan lauk-pauk
jugak la...yela, semuanya perut nasi..so, mana nak layan benda-benda
ringan..nak pulak lepak main air mesti lapar kan..
Total 3 Pulau = RM418
Kos Tapau Makanan & Breakfast = RM100
Parking untuk 8 Jam = RM 8
Total untuk Pulau = RM 526
First
pulau kami p ialah Pulau Sapi..selepas tu Manukan dan yang terakhir
pulau Mamutik..Kena ikut masa yang diorang dah tulis kat tiket tu..kalau
tak kena tinggal dengan bot pulak...
First sampi pulau sapi...cantik ya amat....memang jernih air dan nampak ikan yang cantik....
Yang ni kat Manukan...tapi rasa macam sikit kotor la Manukan ni....suka kat Pulau Sapi lagi...
Kami balik dalam pukul 4 dari Pulau Mamutik dan sampi Jesselton Point dalam pukul 4:30 pm macam tu..tak jauh pun..
Selepas tu terus gerak ke Marina Courts untuk Check-in...
Di Marina Courts kami ambil Corner Lot unit Waterfront View = RM 369. Ada 3 Bilik dan 2 Bilik Air..Hall memang luas dan ada washer jugak...sempat la kami basuh baju yang basah masa kat pulau tu...
Dalam pukul 6:00pm kami keluar jalan-jalan ke Pasar Filipina & Kraftangan pulak...nak beli ole-ole sikit...
antara yang diborong kat sini...
Memandangkan
perut dah lapar, terpaksa la kami lupakan hasrat nak makan di Dataran
Todak tu...kami makan kat pasar filipina ni je..kat sebelah belakang
sebab mak dan yang lain sibuk nak membeli lagi di pasar kraftangan..
Kami makan di Islamic Seafood..Pilih sendiri lauk dan minta dimasak ikut apa yang kita mau...
Dinner
kami ialah Siakap masak stim, Siakap 3 rasa, ketam telur masin, sotong
goreng tepung,kailan ikan masin, lobster masak cili...
Total semua ialah = RM 236
19 September 2017, Selasa
Pagi
tu kami breakfast di Marina Courts je..cuma kami je keluar tapau
makanan sekitar pasar filipina tu dekat area market..dari Marina Courts
kami naik grab je dan balik cuma jalan kaki...
Selesa sikit makan kat Marina sebab kami dah nak keluar ke airport dalam pukul 11:00am. Flight ke KLIA pukul 1:20pm..
Bye Sabah...Till we meet again...
Nak
share tentatif kami sepanjang di Sabah...Tapi ada jugak yang dah tak
berapa nak ikut tu..tap masih tak lari dari apa yang dirancang..

Congratulations Azuin!
Completed Book 21 and move to Book 22..
Well Done!!
Jawi completed Book 4.

Sharing on Azuin Amani's Activity at school. For her own photo collection as well.
Credit to Fb Q-dees for all the updates :)
1. Spelling Test
2. Thunder & Lightning
3. Adam Haris's Birthday
4. Anggun's Birthday
5. Hana's Birthday
6. Khayra Izzoura's Birthday
7. Spell with an action
8. Merdeka Sand Art
9. Substraction
10. Merdeka Day Activity
11. Maths Revision
12. Qalish Iman's Birthday

Bulan August bulan jalan-jalan lagi..ke Penang lagi kami kali...
Kali ni sebab dapat jemputan kahwin kawan...jadi terus la buka buku tempat makan yang nak p kali ni...
11 Aug 2017
Kami gerak ke Ipoh dulu naik ETS..yer, saya ambil halfday je Jumaat tu..balik terus ambil kids kat taska..memang dah pesan awal-awal tukar baju jalan..so tak la terkejar-kejar nanti...Kali parking kereta di train station je..senang sikit..ETS kami pukul 2:36pm..sampai dalam 4:20pm macam tu..
sementara tunggu train ni..
Sampai Ipoh sudah...kena lepak sini dulu sementara tunggu papa habis kerja....selepas tu terus gerak balik Taiping..
Makan di Lepak Kitchen, Simpang
Lepak Nasi Goreng ni sedap hokay!!
Jom layan gambar kat rumah tokyah & opah pulak...
Berinai celup ni..teringin sangat pakai inai...nasib baik ateh dah belikan..murah je RM 5 satu bekas...
Azuin Amani & Muthmainnah...
12 August 2017
Kami gerak ke Penang sebab nak ke Kenduri kawan kami dan terus lepak Penang...
Dapat jumpa kawan opis lama...all ex-venturians
with pengantin, Tahniah Halma & suami..semoga berkekalan hingga akhir hayat
Hari kenduri hujan agak lebat dan alkisahny akmi nak p la makan kat laksa janggus...lama kot tak makan laksa tu..dekat 8 tahun kot...tapi malangnya kedai masih tutup..kedai bukak pukul 3:30pm tapi kami kat sana dalam pukul 2pm..lambat lagi nak tunggu bukak dengan keadaan hujan lebat ni..
Jadinya, kami terus lencong ke Kapitan jela..pekena roti nan cheese dia..sini pun lama gak tak makan sini...nak makan nasi beriani masih kenyang lagi...layan nan cheese je la..
Nan Cheese dengan Tandori
Selepas makan terus kami check-in di Hotel Equatorial..kali ni memang saja ambil hotel belah sini...nasib baik juga la..kalau ambil belah Georgetown or Feringgi memang tak dapat la nak main pantai sangat..sebab dok hujan je...lagipun target kali ni nak cari makan belah sini pulak...
Malamnya kami makan di Bangkok Tomyam...sedapnya!! dulu memang Bangkok Tomyam ni tempat dok lepak dan kalau ada farewell ke mesti sini la tempat dia..tapi bukan la yang kami makan ni...yang ni cawangan dia...kami makan kat Sunway Tunas..dulu-dulu makan yang kat Bayan Lepas tu...
Jom layan, gambar kat EQ pulak...cantik EQ ni..especially swimming pool dalam cave tu..
Next time boleh stay sini lagi...percutian singkat memang la penat tapi seronok!!