Hai dan assalamualaikum semua.
It has been a couple of years since the last time I updated this blog. Tersangat-sangat sibuk dengan tuntutan rumah tangga sebagai ibu, isteri dan tuntutan kerjaya sebagai kuli. Hahaha! Well I do miss blogging but yeah, masa sangat mencemburui. That is the answer why this post has always been in draft. Tengoklah kalau ada masa yang mengizinkan, I will try my best to be active again. The question is, ada lagi ke pembaca blog ni? LOL.
So today let's talk on some medical issues which is closely related to me that I have experienced this thing one year ago. My only aim is to share with you guys, on one of the obstetric complications that I have been through. Disclaimer, aku bukanlah seorang medical personnel. Aku bercerita berdasarkan pembacaan di jurnal bertauliah dan berdasarkan pengalaman sendiri.
Okay, here we go!
PPROM.
Apa benda ni?
Well, sejujurnya sebelum ni aku pun tak pernah dengar. Hatta sepanjang mengandung pun tak pernah ada siapa pun pernah cerita pasal PPROM ni.
Until one fine day...
13 December 2019. Circa 3.00 am. Puchong.
Entah macam mana terbangun dari tidur aku sedar tilam basah. Jadi aku ingat mungkin terkencing tilamlah gamaknya sebab yalah, masa mengandung ni asyik terbangun nak kencing. Tapi sangkaan aku ternyata meleset. Non-stop clear liquid just came out and out. Aku dah mula panik, kejut suami bagitahu rasanya air ketuban yang bocor ni. Dalam kemamaian tu, terus bergegas ke hospital. Masa tu masih tak pasti nak pergi Hospital Serdang atau PPUM. Sebabnya PPUM kena book dulu. Tapi entahlah, tawakal saja suami drive ke PPUM. Sampai around 4.00 am, aku pun blur nak pergi O&G atau ke Emergency & Trauma. Pergi the latter dulu, lepas tu disuruh pergi O&G tingkat 4. Kau orang bayangkanlah kena menapak ke sana pula time tu.
Sampai di O&G, kena soal siasat dengan nurse di kaunter. Soalan pertama, "awak ada booking bersalin di sini ke?" Ah sudah. Yes, memang aku ada ambil tarikh first appointment di sini, cuma tarikhnya 30 Disember, which means aku belum pun officially booking. Tapi atas budi bicara nurse tu, aku dibenarkan admit. Checkpoint pertama ialah di HDU. Masa ni HO akan ambil history dulu. Dan masa tu aku ingat yang this is just temporary. Siang nanti semua akan settle dan boleh balik.
But nay, sangkaan aku meleset.
MO datang untuk buat vaginal examination to see my cervix opening. You think the leaking water is scary, wait until you experience VE. Haha! Mula-mula dia bagitahu 1 cm aku dah cuak. Really? Lepas tu dia seluk lagi, she said no opening pulak. And then she explained the condition and their plans. Masa tu aku blur sangat. Buat ultrasound to check the baby's condition, the amniotic fluid and everything, doktor bagitahu aku akan kena inject dengan dexamethasone (sejenis steroid) untuk mematangkan paru-paru baby in case kena bersalin awal. Masa ni doktor dah bagi peringatan yang suntikan dexa ni 'panas'. Aku buat bodoh saja. Sampai nurse datang bawa jarum dan suntik di punggung, oh my! AZABNYA. Adalah 30 minit juga kena baring mengiring sebab suntikan tu masya-Allah, berbisa! Trauma nak ingat sampai sekarang. And yes, there will be two doses okay. Another dose will be the next 48 hours kalau tak silap. Masa dekat HDU ni juga doktor akan check betul ke tidak memang air ketuban yang keluar dengan menggunakan speculum. Haish, too many traumatizing parts lah! VE, speculum, and dexa injection. Azab semua tu!
Masa dah siang baru aku dipindahkan ke wad antenatal di tingkat 5. Yang mana aku masih mengharapkan keajaiban berlaku, sambil berdoa supaya air ketuban akan berhenti dari terus keluar. Tapi malangnya, tidak. Sampai dah tak larat nak minta stok pad dekat nurse. Huhu. Oh ya, pad sendiri tak boleh pakai, kena pakai pad hospital dan kena tunjuk dekat nurse setiap kali dia orang datang untuk check vitals. Sebabnya nurse akan pantau banyak mana cecair yang keluar. So far alhamdulillah vitals aku okey dari segi BP, temperature. Time dekat wad ni biasalah akan ada HO/MO akan ambil darah untuk buat full blood count (FBC), minta urine sample etc. Semuanya dilakukan untuk rule out any possibilities for infections ke apa. Dan disebabkan aku masuk ke hospital pengajar, jadi akan ada waktu-waktu tertentu medical students tahun empat akan datang untuk clerk case. So layankan sajalah. Sebab masa ni belum musim COVID-19 jadi dia orang boleh buat physical examination directly dekat aku. Tekan perut nak check kedudukan baby segala. Muka aku pun dah tebal hari-hari student minta izin nak check perut, haha.
Dan masa ni aku baru belajar terma PPROM. Itu pun aku dengar bila MO buat morning round dengan HO. Dan barulah kutahu situasi aku sekarang ni ialah PPROM, yakni dalam bahasa penuhnya "preterm premature rupture of membrane", satu situasi bagi ibu mengandung yang air ketubannya pecah sebelum usia kandungan mencecah 37 minggu. Masa ni bukan saja doktor O&G yang akan turun padang, tapi doktor dari bahagian Pediatrik juga datang memberikan kaunseling sekiranya muncul keadaan aku perlu melahirkan seawal 30 minggu.
Sebab ya, risiko yang terlalu banyak untuk premature baby (preemie).
Risiko pada otak, penglihatan, pernafasan, usus, perkumuhan. Dan macam-macam. Lebih-lebih lagi kandungan masih terlalu awal.
Risau. Ya, tidak dapat dinafikan memang risau. Tapi masa ni aku belum anticipate akan bersalin awal, sebab doktor ada bagi harapan kalau boleh nak hold pregnancy sampai 34 minggu. Tapi takdir Tuhan lebih mengetahui.
17 Disember 2019. Circa 9.00 pm.
Lepas solat Isyak perut aku dah mula memulas. You know, rasa macam nak berak tapi pakej dengan pinggang nak tercabut. Tapi sakit tu datang sekejap sekejap, tapi kerap. Adalah dalam setiap 5 minit sekali sebab aku kira guna apps. Aku panggil doktor. Hari sebelum tu pun dah rasa cuma bila buat CTG doktor kata tak ada contraction pun. Siap cakap "oh maybe ni Braxton Hicks kot". HO malam aku nak beranak tu siap teman aku buat timing lagi. Punyalah dia tak percaya contraction aku kerap. Haha.
Tiba kemuncak time tu dalam pukul 10 lebih kot aku dah meraung. Memang dah tak peduli dengan HO on call tu atau dengan jiran katil sebelah. Haha. Nurse dua tiga orang datang lepas tu jerit "membrane dah bulging dah ni cepat bawa ke labor room! Telefon suami dia!" Dahlah masa tu elok saja suami aku baru balik rumah lepas visiting hours pukul 8.00 malam tu. Gila betul. Patut pun lah rasa macam ada benda nak terkeluar. Aku dah nak terberanak dah. Apa lagi, kelam kabut satu wad tolak aku pergi labor room di tingkat 4. Nak turun lif tu rasa macam 10 tahun menunggu. Sakit dia, orang yang beranak saja tahu. Haha.
Dipendekkan cerita, tepat jam 11.17 malam, lahirlah seorang baby yang aku pun tak percaya tu anak aku. Haha. Cepat sangat prosesnya. Teran 2 3 kali, pop! Rasa macam meneran sembelit sebab baby aku kecil kan. Aku dengar baby tu menangis, tapi tak diberikan peluang untuk skin to skin sebab anak aku dibawa ke NICU sepantas kilat.
Habis proses jahit semua, aku ditolak balik ke wad tadi. Patutnya ke tingkat 6 (wad postnatal) tapi yalah sebab aku kan special case, jadi dia orang bawa aku ke wad asal. Balik wad pun dah tak percaya dah beranak. Suami dengan mak baru sampai. Masa ni rasa nak tidur saja haha teruk betul.
Bahagian kedua post ni nanti aku ceritakan kisah anakku di NICU.
Yang mana, hanya ibu bapa yang pernah melalui kisah yang sama saja akan faham, suka duka anak di NICU.
Sekian dulu.
Assalamualaikum.
p/s: Gambar di wad dulu nanti aku tempelkan. Banyak di IG stories. Kenangan ~
Assalamualaikum and helo guys!
Ya Allah Ya Rabbi dah bersawang bergua dah blog ni. Tiba-tiba buang tebiat nak update kehidupan terkini macamlah ada orang nak baca blog ni dah kan. Iyalah, warga maya sekarang ni mana nak tercongok depan PC nak ber-blogwalking macam zaman dulu (melainkan engkau orang boleh dapat duit dari blogging lah, haha).
Hm, dah masuk dua ke tiga tahun dah menyepi. Dari zaman masih struggle dengan pengajian master sambil menganggur, single dan sendu, sampailah ke tahap dah habis belajar, dah bekerja, dah kahwin. Alhamdulillah, sekian update terkini hahaha. Atas sebab-sebab itulah masa sedikit terkekang.
Aku betul-betul mula masuk kerja April 2018, masa tu kerja pun ditawarkan tersangatlah last minute. Hari Khamis dapat panggilan, hari Ahad dah lapor diri. Memang kalut gilalah since itu kerja aku yang pertama dan rasa nak menangis dan give up pun ada sebab banyak sangat benda kita tak tahu tapi supervisor expect kita untuk tahu segalanya. Minggu pertama aku di sana memang minggu berendam air mata jugalah. Aduh, lawak bila ingat balik betapa tisunya hati masa tu. Dah lama-lama tu dah boleh blend well lah dengan staf lain. Apa yang aku suka tempat kerja lama aku tu, tak rasa ada beza taraf langsung antara staf tetap, kontrak dengan sambilan. Aku staf sambilan saja. Tapi hubungan kami satu pejabat memang sangat rapat. Office pula banyak anjurkan aktiviti untuk eratkan hubungan kami, terutamanya makan-makanlah. Ada event sikit-sikit, makan-makan tu acara wajib okey. Siap ada kenduri durian lagi. Sampailah last day aku dekat situ pun dia orang sudi buat majlis kecil bagi hadiah apa semua. Sumpah rindu gila! Dulu sebelum aku decide nak tukar kerja, supervisor aku siap pujuk lagi, offer gaji yang sama macam tempat aku sekarang ni, haha. Sayang, memang aku sayang tempat lama tu, tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku kena juga bertukar kerjaya.
 |
Geng kami masa majlis Aidilfitri peringkat jabatan. Ni pun tak cukup kuorum lagi. |
 |
Geng staf-staf sambilan. Dengan dia orang inilah jadi kawan gaduh, kawan makan, kawan bawang. Haha |
September 2018, antara salah satu keputusan besar dalam hidup ialah bila aku
decide untuk berhijrah ke Kuala Lumpur demi sesuap nasi.
Once again kena berjauhan dengan keluarga tetapi apakan daya peluang di sini lebih menjamin (walaupun tidaklah sangat hahahahaha). Antara sebabnya tu aku nakkan suatu jaminan dalam pekerjaan dari segi gaji (sebab di tempat lama aku dibayar ikut hari dan tak ada caruman KWSP), lepas tu gaji asyik masuk lambat saja. Sebab kedua, nanti aku sambung di bawah.
Well, hidup di Kuala Lumpur ni tak sama macam zaman aku belajar
degree dulu. Masa inilah memang kena betul-betul berdikari, cari duit sendiri, cari makan sendiri, pergi kerja sendiri, buat apa pun sendiri. Bulan-bulan terawal (aku rasa sampai sekarang agaknya), aku lebih suka menyendiri.
Environment di sini
not so welcoming macam aku di jabatan lama dulu. Kalau dulu ada saja staf baru semua sibuk nak berkenalan dan membawang, di sini, hmm. Krik krik krik. Kau baru ke lama ke, tak ada siapa peduli (kecuali adalah seorang dua kakak staf yang ramah). Sampaikan aku selalu kena tegur asyik seorang saja kalau waktu
lunch break. Aku pun sejenis yang agak susah nak mulakan
conversation, tapi bila dah jumpa yang sekepala tu jadi teman membawang pula. Lagi satu
struggle aku masa awal-awal kerja KL ni aku kena berulang-alik KL-UUM sebab masih ada lagi dua subjek pengajian. Penat dia tu Allah sajalah yang tahu. Macam nak menangis kena
stay up kebanyakan malam di rumah sewa sebab nak siapkan
assignment dan kertas projek. Alhamdulillah, habis saja bulan Disember-Januari, dah habis
exam, dah
submit research paper barulah rasa boleh bernyawa dan sambung
dating dengan tunang. Hahaha. Bincang pasal kahwin khususnya.
Pejam celik pejam celik, September 2019 ni genaplah setahun aku kerja di sini. Dari zaman bujang, sampailah dah kahwin dan nak ada anak seorang dah. Haha. Benci-benci tapi hadapkanlah juga kan?
Tanggal 3 Februari 2019, ini lagi satu acara terbesar yang berlaku dalam hidup aku, yakni aku dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan yang aku tak
expect pun jodoh aku, haha.
Cliche sangat. Walhal penghujung 2017 akulah manusia paling
frust menonggeng habis
update lirik lagu sendu di Twitter sebab kena aniaya dengan makhluk Allah bertuah-tuah tu. Kisah lama kan (tapi kalau ingat sakit hati weh!). Nak cerita macam mana kenal pun malaslah, haha. Biasanya kalau kawan/saudara tanya macam mana boleh terkahwin dengan orang selatan ni,
simple saja jawapan aku. "Ada orang tolong kenalkan" LOL.
Terima kasih baitulmuslim.com sebab satukan kami. Cewah!
 |
Aku, encik suami dan kawan-kawan baik aku dunia akhirat. Banyak jasa dia orang masa majlis kahwin aku. |
Setakat ni saja dulu kot? Panjang umur insya Allah aku
update lagi dengan kisah lain. Haha.
p/s: Aku masih terima komen di blog ni yang bertanyakan pasal UIA, master dan seumpamanya. Untuk
reply sepantas kilat mohon emelkan di izzfiez@gmail.com.
Thanks!

Disclaimer: My review is based on my personal view. You might experience different result using the same product stated. Thank you.
Assalamualaikum.
Okey kali ni tibalah masanya untuk aku review tentang lagi satu produk penjagaan kulit wajah iaitu oil cleanser atau juga dikenali sebagai cleansing oil. Untuk newbies yang baru berjinak-jinak dengan basic skincare routine, oil cleanser ni boleh dikatakan penting dan merupakan salah satu bahan wajib tatkala kau orang nak buat double cleansing method. Bila namanya double cleansing bererti dua kali cuci, yang pertama menggunakan oil cleanser dan seterusnya facial cleanser yang biasa kau orang guna tu. Malas nak cerita lebih tentang double cleansing method ni sebab kau orang boleh self-explore sendiri di Google. Dulu aku ingat, since dekat botol cleansing oil ni ada tertera for removing make ups jadi aku sangatlah tak ambil kisah hahaha. Tapi hasil pembacaan aku mendapati orang yang tak make up pun perlu juga buat double cleansing. Sebab apa? Itu kau orang akan jumpa kalau baca.
Disebabkan aku agak cheapskate dan nak cuba juga double cleansing method ni, aku tercari-cari jenama cleansing oil yang sesuai dan tak terlalu mahal. Seperti yang masyarakat netizen cadangkan beberapa jenama macam Simple, Hada Labo, Biore, Neutrogena, Senka dan macam-macam lagi, harganya boleh buat menangis okey. Huhu. Memanglah nak kulit cantik dan sihat kena labur lebih sikit tapi mengenangkan banyak lagi keperluan lain, maka aku lupakan saja niat nak beli cleansing oil ni. Sampailah suatu hari tengah skrol Lazada, I came across with this cleansing oil jenama Aiken. Well, it's a well known brand yang cater masalah kulit berminyak dan berjerawat, a local product, sama syarikat yang keluarkan produk macam Safi, Eversoft dan sebagainya iaitu Wipro Unza. Jadi masa tu aku pun baru tahu rupanya Aiken dah keluarkan cleansing oil. Dan sebelum ni pun aku dah cuba produk Aiken lain macam facial cleanser, toner dan pimple cream. I could say that so far it suits my skin really well walaupun harganya murah. I mean, kalau trusted brand yang murah pun boleh bagi hasil yang memuaskan hati, why go for expensive products kan? Jadi tanpa ragu-ragu aku pun add to cart.
 |
Tadaaa |
Jadi bila
cleansing oil Aiken ni dah sampai ke tangan makanya tak sabarlah nak cuba kan. Oh ya,
double cleansing method ni kita cuma buat sekali sehari yakni waktu malam sebelum tidur.
Rules for applying this cleanser, muka dan tangan kena kering. Yang kurang menyenangkan satu saja, bau dia macam
perfume lelaki hahaha tapi untuk aku, tak ada hal. Masih boleh
tolerate.
But the most important thing is, it does its job really well. Lepas dah bilas dan cuci muka sekali lagi dengan
facial cleanser biasa, kau orang mesti macam akan terpesona depan cermin mengenangkan perasaan bila rasa kulit muka bersih gila
I tell you! No wonder ramai orang cadangkan untuk buat
double cleansing ni. Sekarang ni dah 2-3 minggu dah aku buat
double cleansing guna
oil cleanser Aiken ni. Memang puas hati.
In case you guys wondering apa kandungan dalam Aiken
cleansing oil and make up remover ni,
of course ada TTO untuk bantu kau orang yang ada masalah kulit muka berminyak macam aku. Untuk yang alergik dengan
mineral oil jangan risau sebab produk ni bebas dari
mineral oil. Cumanya mungkin untuk yang berkulit sensitif tu akan rasa muka kering dan pedih sebab salah satu kandungannya ialah ALS. Adik-beradik SLS jugalah. Sebab tu bagi aku, yang penting kita tahu jenis kulit kita sendiri, ketahanannya macam mana sebelum cuba sesuatu produk. Kalau nak berdasarkan review orang lain pun belum tentu boleh diterima pakai 100%.
* Dalam perkiraan nak cuba
moisturizer Aiken pula lepas ni, insha Allah.
Done review. Chow ~
Assalamualaikum everyone!
Okey, untuk posting kali ni nak cerita sikit tentang penjagaan muka berdasarkan pengalaman daku sendiri. Okey, to be honest, aku ni bukanlah dalam kategori perempuan yang suka melawa, melaram apa benda semua tu. Nak berfesyen, mekap ikut trend tu memang jauh sekalilah tidak disebabkan aku tak ada pengaruh daripada saudara perempuan (sebab aku anak perempuan seorang) hatta rakan sebaya masa sekolah ataupun universiti. Jadi kesedaran aku untuk jaga muka bagi elok bak Fazura tu tak berapa nak ada sangat. Haha. Masa sekolah, I did not really give a damn to my face. Pergi sekolah pun harap bedak Safi saja. Same goes to my cleanser. Tak Safi gamat, mesti Safi mentimun. So that was my skincare routine masa tu. Only cleanser. Seriously guys, sampai umur aku 24 tahun pun aku hanya guna cleanser SAHAJA. Aku memang tak tahu menahu atau terasa nak cuba produk lain macam toner, mask, moisturizer. Mentaliti masa tu, aku masih budak-budak jadi kalau dah mula guna produk kecantikan ni nanti kulit muka dah tak elok bila dewasa. Haha. Apa punya mentalitilah kan?
Lama kelamaan aku perasan. Bila cuci muka pagi saja masa mandi tu, kulit aku tak bersih dalam jangka masa yang lama. Sejam dua kemudian, minyak berkilo-kilo boleh timbang bertempek dekat muka dan bila tengok cermin boleh nampak jelas kilauan minyak tu. Kusam dan selekeh sangat. Kebetulan masa tu, I came across with a brand yang aku nak cerita dekat kau orang ni. Mula-mula tu aku ingat jenama Cosmoderm ni baru lagi and it's an international brand and obviously kalau dah international mesti mahal punyalah. But guess what, sebenarnya jenama ni dah lama ada di Malaysia dan yang lagi meyakinkan aku untuk cuba produk ni sebab it's halal guys! Dahlah mampu milik. Kebetulan masa aku beli tu dia orang buat cyber sale untuk semua set skincare jadi dapat banyak diskaun jugalah. Jadi aku buat keputusan untuk cuba oily skin set untuk selesaikan masalah kulit aku ni. Untuk set yang aku beli dulu didatangkan dengan cleanser, toner, serum, moisturizer dan facial mask. Siap dapat free gift berupa BB cream & make up remover you all. Seingat aku dulu beli satu set tak sampai RM100.
 |
Mask, toner, serum & moisturizer. Cleanser tiada dalam gambar sebab dah habis.
Hahaha. |
Step for skincare routine mengikut cara aku
, macam biasa cuci muka dulu dengan
cleanser. Setiap hari, pagi dan malam sebelum tidur. Yang
best best tentang
facial cleanser Cosmoderm ni ialah beliau ni dalam kategori
non-comedogenic yakni takkan menyumbatkan lagi pori wajah tu. Bila pori tersumbat itulah masalah kulit macam jerawat apa semua tu akan timbul.
Another one more thing, sekarang ni
cleanser TTO Cosmoderm dah ditambah dengan Vitamin E juga okey! Yang penting, pHnya sesuai dengan kulit muka.
Lepas dah siap cuci muka dengan
cleanser, bolehlah
apply mask pula. Antara
ingredient mask Cosmoderm yang menarik perhatian aku ialah
kaolin.
For your information, kaolin ni ialah sejenis
clay mineral, rasanya kandungan yang sama jugalah dalam
clay mask jenama lain tu. Fungsi
kaolin ni ialah
cleansing and exfoliating kita punya permukaan kulit wajah tu. Biasalah kalau sekali cuci memang takkan bersih betul-betul kekotoran, segala minyak, habuk, debu bagai tu. Jadi fungsi
kaolin ni ialah untuk serap segala mak nenek
impurities tu.
Mask ni juga ada kandungan
peppermint yang akan memberikan
cooling sensation.
First time pakai rasa macam tempek ubat gigi. Hehe. Yang ni aku cuma guna seminggu dua kali.
Lepas pakai
mask, biarkan dalam 15-20 minit, bilas, baru
apply toner. Rutin sama macam
cleanser, setiap hari, pagi dan malam.
Toner Cosmoderm ni dia macam sejuk sikit untuk meredakan iritasi kulit dan bagi kesegaran pada kulit kau orang lepas dah cuci. Boleh juga nak guna bila rasa kulit berminyak masa tengah hari ke, petang ke.
Ingredient toner ni selain dari alkohol ialah
salicylic acid yang berguna untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak dan jerawat. Untuk yang alah dengan alkohol mungkin tak sesuai nak guna.
Serum TTO Cosmoderm tu pula aku boleh gelarkan sebagai kecil-kecil cili padi. Tekstur dia macam gel, kaya dengan kandungan Vitamin C dan
aloe vera untuk kulit berminyak. Yang menariknya lepas pakai terus rasa muka dah tak melekit dengan minyak sebab kuasa penyerapan beliau sangatlah pantas. Cewah! Jadi bolehlah
control shine kulit muka kau orang tu kan.
And last but not least, jangan dilupakanlah pelembab. Dulu aku ingat orang yang kulit berminyak ni tak perlu pakai pelembab sebab nanti muka makin berminyak dan melekit. Tapi sebenarnya untuk orang kulit berminyak ni pelembab pun penting tahu? Fungsinya untuk kurangkan penghasilan sebum dan kulit kita pun akan jadi lebih sihat dan bebas jerawat. Dan baru tahu juga sebenarnya
moisturizer Cosmoderm ni bukan saja boleh jadi pelembab tapi juga sebagai primer. Dan lagi satu,
moisturizer ni juga ada fungsi
sunscreen dengan kandungan SPF 15 PA ++.
But still untuk kau orang yang banyak terdedah pada cahaya matahari tu,
top up lagilah dengan
sunscreen yang kandungan SPF lagi tinggi.
Surprisingly you guys, produk ni dari aku beli hujung 2016 sampai sekarang tak habis lagi hahaha! Oh ya, untuk kau orang yang ada masalah yang sama dengan aku
which is oily skin, aku sangat syorkan untuk beli produk yang ada
tea tree oil ni. Boleh hilangkan jerawat juga okey! Masa
cleanser beliau ni habis, aku tukar guna
cleanser yang tak ada TTO terus mencanak balik jerawat huhuhu. Disebabkan aku seorang yang
cheapskate dan rasa nak beli seketul
cleanser Cosmoderm ni mahal (walhal tak sampai RM20 pun kahkah), aku tukar ke produk lain yang juga ada TTO yang lebih murah (baru RM10
something).
Menurut pembacaan aku,
oily and acne prone skin ni kena cari produk yang ada TTO,
salicylic acid, benzoyl peroxide dan ada lagilah yang aku lupa namanya. Di samping gunakan produk Cosmoderm ni aku
top up sikit dengan penggunaan
facial scrub dan
oil cleanser yang sesuai dengan keadaan kulit berminyak ni. Alhamdulillah, muka pun dah kurang berminyak dan jerawat pun kalau beliau naik, terus kecut hahaha padan muka. Aku rasa untuk
beginner yang baru nak berjinak-jinak dengan penjagaan muka bolehlah cuba Cosmoderm ni. Sambil-sambil tu kau orang yang ada Twitter tu boleh
follow akaun macam Iman Abdul Rahim ke, Dr. Aris Fadzillah (ahli MedTweetMY) ke, yang banyak kongsikan tips untuk
skincare ni,
especially for the beginners.
Lastly, silalah dapatkan set-set yang anda mahukan sama ada di
physical store, drugstore, website Cosmoderm, ataupun di Lazada, Shopee, dan seumpamanya.
Done review. Chow ~
Assalamualaikum *tiup habuk kiri kanan*
Setelah hampir setahun
tak update langsung blog, akhirnya kembali juga ke pangkal
jalan. Ewah! Alhamdulillah dah selamat menamatkan semester ketiga sebagai
pelajar master di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan
tersangatlah sibuk dengan urusan duniawi sampai terabai blogku ini hahaha.
Alright. Marilah kita ke topik utama
untuk posting kali ini iaitu berkenaan tentang tips nak
sambung belajar. Well, aku rasalah dah berlambak-lambak sangat blog
di luar sana yang berkongsi untuk kau orang semua tentang tips untuk sambung
belajar, especially untuk peringkat postgraduate
studies ni. Masing-masing pun berkongsi berdasarkan pengalaman
sendiri. Lain orang lain situasi. Apa yang aku nak kongsikan dalam posting kali
ni pun diambil 100% dari situasi hidup aku sendiri.
Untuk yang baru-baru
jadi pembaca blog ni (ceh, ada ke pembaca masalahnya?), aku dah masuk semester
ketiga di UUM. Jurusan English Language Teaching atau dalam
bahasa mudahnya bila orang tanya aku jawab TESL saja. Insya Allah kalau
tak ada aral Februari 2019 barulah makcik yang seorang ni akan bergraduasi.
Lamanya! Huhuhuhu.
Okey, kita masuk topik
balik. Di bawah ni aku kongsikan apa yang aku rasa sepanjang aku bergelar
pelajar balik untuk perkongsian dengan kau orang semua.
First and
foremost, decide betul-betul kau orang nak sambung belajar sebab apa
Niat.
Aku rasa ni benda paaaaaaling penting sebelum kau orang
melangkah sebagai seorang pelajar postgraduate. Masa aku
semester satu, aku masuk kelas subjek pra-syarat di mana semua pelajar baru
waktu tu bukan asal dari bidang pendidikan. Bila ditanya tentang kenapa dia
orang nak sambung master kan, ada yang jawab sebab nak kerja
gaji tinggi. Yalah, bila dah ada master ni orang mesti pandang
kau orang sebagai seorang yang berstatus pendidikan tinggi. Lepas tu mesti expect untuk gaji pun tak adanya setakat
RM2500 macam budak fresh graduate degree kan?
Ada juga yang sambung belajar sebab ikut kawan.
Ada yang sebab menganggur lama sangat dan untuk tak
membuang masa dia orang belajar lagilah (this
was my case).
Lepas tu bila fikir balik, takkan sebab ni saja? Jadinya
yang berpeluh keringat banting tulang buat assignment
sepanjang 4-5 semester tu untuk apa?
Bukan senang. Once
kaki dah masuk ke alam pengajian ni, kau orang akan korbankan masa yang
sangatlah banyak, lepas tu duit (sebab nak bayar yuran, travel expenses ke kampus kalau stay
off-campus, research purpose dan
macam-macam lagi). Untuk yang dah memang berkerjaya tu mungkin okeylah. Untuk
yang memang full-time student itu
lagi kena fikir. Sebab itulah banyak saja kes terpaksa berhenti sekerat
jalan. Tak mampu nak bagi 100% komitmen.
Kursus pengajian
Ini pun penting. Kalau tak apa gunanya kau orang nak
sambung belajar kalau basic things macam
ni pun kelaut hahaha. In terms of the
course, ada yang masih nak teruskan apa yang dah dipelajari masa zaman undergraduate dulu. Ada yang memang
berubah 180 darjah. Zaman degree belajar
kulinari, bila master tiba-tiba ambil
education. Benda ni sendiri
dipersoalkan oleh lecturer kelas Research Methodology aku dulu. Macam kes
aku sendiri okey lagi agaknya sebab zaman degree
pun aku dah ada pendedahan dengan bidang pendidikan walaupun sekadar tahap
paaaaaaling asas yang rasanya bagi budak-budak education ni buat celah gigi saja. Tapi, walau macam mana sekalipun
agak susah juga nak adapt bila kau
orang ambil kursus lain-lain ni. Seriously
I tell you guys masa aku semester kedua bila dah mula ambil subjek teras
macam Curriculum & Pedagogy dan Measurement & Evaluation in Education
& Psychology tu macam nak menangis jugalah. Bayangkan bila budak kelas
kau semua rata-ratanya memang hardcore in
education dan kau seorang diri ibarat berada di tengah lautan tak tahu apa
itu KSSR, beza HSP dan DSKP bagai. Lagi teruk bila kau tak dapat penuhi expectation lecturer yang perfectionist sebab dia anggap kau dah
tahu semua benda tentang pendidikan. Tapi aku tak rasa semua ni cabaran kalau
kau orang semua memang jenis cintakan ilmu dan nak kembangkan pemikiran ke
bidang lain. Tak salah. Cuma orang macam kita ni kena usaha lebih. Masa aku
kelas Curriculum Design & Development,
lecturer buka topik tentang CEFR. I
was like, “what the hell?”. I totally have no idea sampai kena buka
Wikipedia then I was like “ooo, Common
European Framework of Reference for Languages.” Berhuhu jugalah dalam kelas.
Universiti
Pilihan universiti pun penting bagi aku. Mungkin sesetengah
orang lebih suka untuk sambung di universiti zaman degree sebab dah biasa dengan persekitaran dan semestinya lecturer. Jadi senang nak bertahan.
Untuk kes aku, aku pilih untuk dekat dengan kampung halaman. UUM is totally a
new environment for me okay. Sebab dulu dekat UIA aku macam berada dalam comfort zone jugalah dengan suasana dia.
Rasa secure sebab majoriti pelajar Muslim.
Jadi bila di tempat baru, aku pun tak tahu nak expect UUM macam mana. Tapi alhamdulillah, walaupun lebih kurang
saja sebenarnya cultural and ethnic
diversity di kedua-dua universiti, aku rasa aku dah boleh adapt dengan suasana di tempat baru ni.
Ceh, padahal masuk kampus seminggu sekali saja hahaha. Jadi untuk yang rasa nak
berubah angin belajar di tempat baru tu kena pandailah sesuaikan diri.
Kadang-kadang kerenah lecturer universiti
lama tak sama dengan yang di tempat baru. Lepas tu untuk yang duduk dalam
kampus lagilah. Macam UUM ni kampus dia ya Rabbi besar nak arwah. Kalau dulu
zaman UIA aku boleh tawaf satu kampus, di UUM ni jangan haraplah.
Itu soal nak sesuaikan diri. Lagi satu yang kau orang kena ambil perhatian berkaitan dengan yuran pengajian. Ada universiti yang yurannya agak mahal. Ada yang murah. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Untuk yang dah ada pendapatan it should be no problem. Untuk yang menganggur macam aku ni memang kena consider habis-habisan. Alhamdulillah yuran master UUM taklah mahal, malah tak cecah RM10K pun untuk sepanjang pengajian. Ada juga universiti yang yurannya lebih RM10K. Aku pun tak pasti atas dasar apa ada yang mahal dan murah ni. Apa pun, pilihan di tangan anda.
Mod pengajian
Seperkara lagi, mod pengajian. Sama ada coursework, mixed mode ataupun research. Ada orang cakap coursework senang sebab tak payah buat research teruk-teruk. Sila terjun
longkang sekarang sebab walaupun aku coursework
mode tapi workload dia ya Rabbi!
Yalah sebab mod ni kena buat assignment,
presentation, quiz dan sesetengah subjek tu ada peperiksaan akhir semester.
Lepas tu kau orang akan timbul rasa macam “eh kenapa aku tak ambil mixed mode or research dulu?” masa
tengah stress menghadap assignment menggunung
hahaha. Padahal mod lain pun sama saja cabarannya. Aku tak boleh nak cerita
banyak tentang mixed mode and full
research ni sebab aku budak coursework.
Tapi aku memang tak ada keberanian langsung nak menghadap viva voce seumpamanya jadi aku pilih
jalan selamat iaitu coursework PADAHAL
SUSAH JUGA TAHU TAK?! Ya padan muka sendiri hahaha.
UUM ni aku perasanlah minimum
duration of study dia tak adanya kau orang boleh habiskan master kurang dari empat semester.
Paling cepat pun memang dua tahun baru selesai. Berbanding dengan universiti
lain rasanya setahun setengah pun dah boleh habis. Itu kalau full-time student. Kalau part-time memang lagi lambat. Sebab
subjek dia ya Rabbi banyak bukan main sampai aku fikir “perlu ke belajar subjek
ni?” hahaha.
Untuk budak coursework memang kena pandai susun jadual sendiri untuk pastikan kau orang ambil subjek yang dikehendaki takut ada yang tertinggal susah pula. Dahlah kebiasaannya pihak fakulti akan buka satu kelas saja untuk subjek master sebab selalunya pelajar tak ramai.
Okey, so far itu saja
yang aku dapat kongsikan untuk point yang
sangatlah penting untuk kau orang ambil perhatian sebelum putuskan sama ada nak
sambung belajar ke tak untuk manfaat kita bersama. Anyway, to all postgraduate students out there, all the best in your
future okay! Semoga kita sukses dan dapat konvo dengan jubah double line. Hahaha!

Assalamualaikum.
Dah berbulan lamanya tak menulis di blog. Terima kasih untuk semua yang masih lagi sudi menyinggah dan tinggalkan komen atau pertanyaan di sini dan juga di emel. 7 Februari tahun 2017 baru rasa nak menulis balik. Apalah.
Alhamdulillah, selesai sudah semester satu pengajian peringkat master saya. Kelas cuma sehari seminggu yakni Sabtu dari jam sembilan pagi sampai enam petang tapi kepenatan mengalahkan kelas budak undergraduate yang hari-hari. Mungkin sebab kelas seharian, sampai rumah pun dah malam. Balik rumah terus tumbang. Itu pun kadang-kadang terpaksa gagahkan badan dan mata nak siapkan apa yang patut untuk submission. Ternyata perjalanan ambil master ini bukan satu benda yang mudah. Orang mungkin nampak "ala kelas seminggu sekali, subjek tak banyak" tapi hakikatnya tuan punya badan saja yang rasa. Padahal baru semester satu. Subjek specialization pun tak sentuh lagi dah rasa penat. Aduhai. Banyak benar merungutnya.
Despite of all ups and downs in semester one, I barely survived alhamdulillah. Ingat lagi masa kelas terakhir sempat lagi pensyarah bagi tugasan baru (walhal workload 5-10% saja pun). Tak termasuk dengan dua jenis report kena tulis. Sakit jiwa nak baca artikel dari jurnal lagi. Itu pun banyak copy paste dan ubahlah guna ayat sendiri nanti kena dakwa plagiat pula hahaha. Pendek kata, dugaan dan cabaran masa master memang menggila kalau nak dibandingkan dengan dugaan zaman degree. Kalau tak kuat, alamatnya sebulan lepas commencement of the semester pun boleh tumbang. Tak masuk lagi dengan dugaan bila tengok kawan sebaya dah dapat pekerjaan tetap, dah kahwin, dapat anak. Fuh, benda-benda ini memang menguji semangat tahu? Seriously, once you step up into this path, there's no turning back. Above all, alhamdulillah dan syukur ya Allah. Pada saat orang lain ada yang lagi susah nak sambung belajar atas masalah-masalah seperti kewangan seumpamanya, Dia berikan peluang ini. For me, learning is a lifelong journey. So make it enjoyable. Insya Allah.
 |
My Educational Psychology class |
 |
My Sociology in Education class |
Kredit gambar kepada err, tuan punya gambarlah. Hahaha.
Dan kini, semester kedua mula menjengah. Dan lepas ini tak tahu lagi bila nak update dengan entri baru hahaha. Boleh terus emel saya ataupun tinggalkan komen di blog kalau ada sebarang pertanyaan tentang entri-entri terdahulu. Well, most of the comments banyak tanya tentang UIA. Rindunya zaman undergraduate dulu.
Sekian.
Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan dalam entri ni saya nak berkongsi pengalaman mendaftar untuk program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Terima kasih untuk si Angah sebab tolong hantarkan pergi balik. Heh.
Pukul 9 pagi baru bertolak dari rumah bukan main relaks haha mentang-mentanglah dekat saja dengan rumah. Dalam 9.40 pagi sampailah ke tempat pendaftaran iaitu di School of Computing yang terletak agak ke belakang. Besar gila UUM!
 |
Lokasi pendaftaran (selepas) |
Di sini saya ceritakan
step by step prosedur hari kejadian untuk panduan bersama.
Proses 1
Cari papan tanda
start dan beratur ikut
local students (kalau anda pelajar tempatanlah). Nanti akan ada urusetia pendaftaran akan berikan anda borang
checklist untuk diisi. Sediakan siap-siap surat tawaran yang dah dicetak, slip bukti pembayaran yuran dan transkrip akademik dan borang pemeriksaan kesihatan anda. Sampai ke giliran anda di kaunter, kau orang akan diberikan fail untuk ditulis nama dan maklumat lain di situ. Isi sampai habis dan terus ke kaunter seterusnya.
Proses 2 - Kaunter Bendahari
Tak ada apa sangat, cuma bawa saja fail tadi ke kaunter untuk urusetia
Bursary Department periksa.
Proses 3 - Kaunter Pendaftaran
Dekat sini ada tujuh kaunter kalau tak silap saya. Beratur tunggu giliran, dah sampai giliran, bagi fail pelajar tadi kepada urusetia. Sediakan sekali transkrip akademik, skrol ijazah terdahulu dan juga slip keputusan MUET (jika diminta). Filem x-ray pun kena serahkan masa ni. Habis penyerahan, nanti kau orang akan diberi
postgraduate kit berupa beg galas,
academic handbook warna-warni,
user manual untuk guna perkhidmatan IT dan
lecture schedule.
Proses 4 - Kaunter UUM IT
Say cheese! Di kaunter UUM IT ni semestinya disediakan perkhidmatan kad matrik. Bagi borang
checklist tadi dekat urusetia bertugas, duduk di kerusi yang disediakan untuk ambil gambar, dan siap. Kad matrik boleh diambil di U-Assist pada tarikh yang dimaklumkan di situ.
Di kaunter sebelah ialah kaunter untuk daftar portal pelajar UUM. Dia orang sediakan
laptop banyak-banyak. Laptop tak cukup, boleh guna komputer dekat makmal komputer berdekatan. Daftarlah siap-siap sekali dengan daftar wifi di telefon pintar masing-masing. Siap sudah.
Proses 5 - Kaunter SAC
Disebabkan saya dah hantar borang dah pun sebelum ni ke SAC, jadi tak perlu isi borang baru. Patutnya terus ke SAC untuk tanya tentang DPP, tapi selamba saja keluar pergi makan tanpa
check-in asrama. Hahaha. Untuk yang belum buat permohonan penginapan mungkin boleh terus buat di situ dan tunggu keputusan dapat DPP mana.
Kalau yang tak nak duduk DPP tak perlu ke kaunter ni. Siaplah daftarnya. Sekian.
Sesi sebelah petang ialah sesi bersama dengan dekan Awang Had Salleh
Graduate School iaitu Prof. Dr. Shuhada dan wakil-wakil pensyarah dari pusat pengajian di bawah UUM
College of Arts & Sciences. Sesi berlangsung pada jam 2.15 petang bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 4/1,
School of Computing. Lepas dengar ucapan daripada dekan dan timbalan dekan, kami dibahagikan mengikut kursus masing-masing. Dengar pula taklimat daripada ketua jabatan pusat pengajian masing-masing. Tanya-tanya soalan. Dan habis.
So far simple saja hari pendaftaran untuk pelajar pascasiswazah ni. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang membaca.
Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya nak bercerita tentang prosedur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan. Diulang, KERAJAAN. Haha. Bukan apa, selalunya kalau sebut medical check-up di klinik kerajaan ni mesti lambatlah, banyak kerenahlah, nurse garanglah. Macam-macam. Saya pun belum pernah lagi buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan. Sebelum ni nak masuk belajar untuk peringkat asasi dia orang cuma nak filem x-ray saja. Itu pun pergi buat x-ray di klinik swasta. Bayar pun agaklah mahal, tapi sekejap saja dah siap. Pemeriksaan selebihnya dibuat oleh pihak universiti sendiri. Masa masuk untuk degree memang tak perlu buat sebarang pemeriksaan (the perk of being an IIUM student at that time). Mungkin sebab universiti dah ada rekod untuk pelajar lepasan asasinya.
Pertama sekalinya eloklah kau orang Google nombor telefon klinik kesihatan berhampiran kawasan anda kalau-kalau kena buat appointment untuk pemeriksaan. Macam saya, mula-mula telefon KK Kangar memang kena buat appointment lepas tu dia suruh pergi buat di KK Simpang Empat sebab lagi dekat dengan rumah. Jadi saya pun telefon KK Simpang Empat pula. Dia orang suruh walk-in saja.
Make sure pergilah klinik awal-awal kalau dah tahu KK tempat anda selalu ramai orang. Mujurlah di KKSE tak ramai sangat masa hari kejadian. Terus pergi kaunter, cakap dekat yang ada di situ kita datang nak buat medical check-up, jadi mereka akan minta borang pemeriksaan kesihatan yang selalunya disediakan pihak universiti/kolej anda. Bayaran untuk pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan ni RM20 SAHAJA murah gila kan. Sesuailah untuk mereka yang kurang berkemampuan nak bayar ratus-ratus untuk medical check-up semata-mata. Bagi borang dekat nurse dan mereka akan beritahu proses seterusnya. Macam kes saya, disebabkan KKSE tak ada kemudahan untuk x-ray jadi kena pula ke KK Kangar untuk x-ray. Sebelum tu kena ke Klinik Pergigian di KKSE untuk buat pemeriksaan gigi. Alhamdulillah gigi dalam keadaan baik walaupun doktor gigi offer nak buat tampalan dengan scaling hahaha tak pasal-pasal pula setelah bertahun-tahun gigi terbiar merongak. Tak perlu bayar pun untuk buat pemeriksaan gigi sebab dah sekali dengan bayaran RM20 tadi. Cuma sebab saya buat scaling dengan tampalan tu kenalah bayar RM9 untuk tiga batang gigi haha.
Habis pemeriksaan gigi barulah bergegas ke KK Kangar untuk x-ray. Mujurlah lancar saja urusan hari tu, dapat terus ke unit pengimejan dan diagnostik klinik sebab ada surat rujukan dari KKSE. Dalam setengah jam siap urusan di KK Kangar, maka kembali pula ke KKSE. Rasanya kalau klinik kesihatan tempat kau orang ada kemudahan x-ray cepat saja selesai.
Kembali ke KKSE, pergi balik ke kaunter cakap dah selesai x-ray. Ambil nombor giliran, tunggu sampai nurse panggil untuk periksa tinggi, berat, tekanan darah. Lepas tu pergi periksa mata untuk ujian rabun warna bagai, pergi urinate, hantar sampel urin ke makmal, tunggu sampai giliran untuk jumpa doktor. Sembang-sembang dengan doktor sikit, doktor tengok balik x-ray tadi, periksa-periksa sikit, dan dah siap! Prosedur mungkin berbeza bagi setiap universiti. Mungkin ada IPT yang perlukan keputusan ujian darah, ujian kolestrol ke apa. Kalau UUM tu benda mudah saja yang mereka nak.
Rupa-rupanya sekejap saja nak buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan ni. Ke dekat KKSE saja yang cepat sebab kebetulan kena hari yang tak ramai orang? Hahaha.
Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Kali ni nak kongsikan persiapan saya menjelang hari pendaftaran program Ijazah Sarjana Pendidikan (Master of Education - English Language Teaching) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Diharapkan entri ni dapatlah berikan panduan sikit sebanyak kepada mereka yang berminat untuk memohon untuk sambung pengajian pada peringkat sarjana sebab bila dicari-cari dalam Google, sumber sangatlah terhad. Jadi macam saya, tak ada panduan langsung nak tanya siapa *nangis tepi dinding*.
Cara memohon untuk pengajian peringkat master ni saya ada kongsikan dalam entri yang lama (sebelum ditimpa kemalangan dan terpaksa tunda daftar master *nangis lagi* di sini http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2015/12/postgraduate-studies-2016.html. So far alhamdulillah mudah sangat berurusan dengan pihak graduate school sebab laju bab balas emel masa nak minta tunda sementer pengajian hehe.
So mari kita lihat step by step untuk hari pendaftaran.
Buat permohonan (checked)
Lepas hantar borang (online/manual), tunggulah dalam lagi sebulan dua sebelum buka semester baru untuk pihak graduate school hantar surat tawaran dan segala mak nenek borang yang perlu diisi. Kalau dah dekat dua-tiga minggu nak daftar kau orang masih tak terima jawapan ataupun sebarang surat tawaran, silalah hubungi graduate school yang berkenaan ya. Manalah tahu dia orang terlepas pandang ke apa. Bukannya kau orang saja yang mohon nak sambung master hahaha.

Isi borang
Ini bahagian penting. Dalam banyak-banyak borang yang kau orang dapat tu (borang A, B, C, D dan E), ada satu borang namanya borang A yang perlu diisi dan dihantar balik kepada
graduate school masing-masing dalam tempoh seminggu dari tarikh penerimaan. Tak hantar nanti pihak UUM ingat kau orang jual mahallah tak nak terima.
 |
Wajib isi dan kembalikan pada graduate school. Hantar melalui
emel pun boleh. |
Borang B -
student's record - lebih kurang borang biodata diri saja
Borang C -
letter of undertaking - kena ada tandatangan saksi. Saya minta tolong mak bawakan ke sekolah dan dapatkan tandatangan guru kanan sekolah beliau. Senang.
Borang D -
student declaration - macam ada ikrar-ikrar sikit, kena tandatangan di hadapan
registrar universiti.
Borang E -
health examination report - borang
medical check up, nanti dah ke klinik/hospital kerajaan tu sila bawa ya.
Semua jenis borang ni jangan lupa untuk dibawa masa hari pendaftaran. Termasuklah dengan segala dokumen yang diperlukan yang dicatat pada surat tawaran.
Pemeriksaan kesihatan
Bahagian ni pun penting. Tapi puas jugalah nak memikirkan disebabkan
confuse dekat mana patut pergi buat
medical check up ni. Memang wajib hospital kerajaan saja ke atau boleh pergi klinik kesihatan kerajaan. Saya rujuk dalam
admission booklet katanya hospital kerajaan ataupun
private medical center tapi bila tengok di laman web UUM kata,
"
Local candidates are required to undergo and pass a medical examination conducted by the University Health Centre (recommended) or a Government doctor before they are allowed to register as a UUM student.The report then has to be submitted to the University Health Centre, UUM. (sumber: http://www.hea.uum.edu.my/index.php/styles/medical-examination)
Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan kerajaan saja sebab lebih dekat dengan rumah dan tak ramai orang. Yang penting kerajaan hahaha. Boleh check gigi semua bagai di satu tempat cuma x-ray sajalah kena pergi Klinik Kesihatan Kangar sebab di Simpang Empat punya tak ada. Haraplah UUM boleh terima hahaha jangan suruh pergi buat balik sudah. Saya ada ceritakan prosedur pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan dalam entri ini (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2016/08/pemeriksaan-kesihatan-medical-check-up.html)
Nak lagi senang pergi terus Pusat Kesihatan UUM, bayar RM80. Tak payah buat appointment pun, pergi walk-in saja tapi janganlah pergi lambat sangat.
Permohonan penginapan
Ya anak-anak sekalian jangan ingat kita sebagai
postgraduate student ni automatik dapat duduk asrama tahu. Kena buat permohonan asing pula hahaha nasib baik tanya pihak
Student Accommodation Center (SAC) kalau tak memang nganga sajalah. Asalnya memang nak ulang-alik dari rumah tapi memikirkan letih juga kalau kelas malam-malam jadi saya pun
apply.
Pergi ke laman web SAC dan muat turun
postgraduate accommodation application form di sini (
http://sac.uum.edu.my/index.php/2016-04-19-03-08-06/2016-04-19-03-39-23/accommodation-application-form-postgraduate-student). Tapi penempatan tu bergantung pada kekosongan. RM375 saja untuk satu semester hah murah gila berbanding UIA tu hahaha duduk berdua lagi tahu. Dekat UUM dia orang panggil DPP (Dewan Penginapan Pelajar) atau sekarang dah tukar rasanya pada INASIS (Inapan Siswa) hahaha bukan main kelas lagi nama. Untuk pelajar
postgraduate kita akan ditempatkan di dua buah DPP iaitu Proton dengan Tradewinds (ni hasil
Google, kalau salah, ampun!).
Siap isi borang, hantar balik pada pihak SAC. Mula-mula tu ingatkan dia orang akan hantar emel kita dapat DPP mana jadi saya pun tunggu punya tunggu, lepas tu saya telefon pihak SAC. Manalah tahu tak diluluskan ke bolehlah siap-siap cari rumah sewa di pekan Changlun tu hahaha. Dan pihak SAC maklumkan lepas daftar baru kena datang pejabat sana untuk daftar asrama pula.
Bayaran yuran
Bila dibuat perbandingan sebenarnya yuran untuk
master di UUM ni agak murah berbanding di universiti lain. Yuran pendaftaran ni perlu diselesaikan sebelum hari pendaftaran sebab nanti kena tunjuk bukti pembayaran.
 |
Jumlah yang perlu dibayar untuk pendaftaran,
tak campur dengan yuran asrama RM375 lagi |
Cara nak bayar pun banyak wah bagus betul UUM ni sangat memudahkan para pelajarnya. Segala urusan pembayaran secara
online terutamanya boleh dibuat di (
http://e-com.uum.edu.my/bend/paymode.jsp). Boleh bayar secara FPX, kad kredit ataupun perbankan atas talian. Memang tak kuasa dahlah nak beratur di Bank Islam tu lepas ni hahaha.
Jangan lupa untuk cetak/simpan transaksi pembayaran tu dan serahkan pada hari pendaftaran.
Pendaftaran
Boleh baca catatan saya di sini (
http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2016/08/registration-day-master-of-education.html)
Setakat ni saja dulu. Jadi sementara kau orang sama-sama macam saya tengah menghitung detik nak mendaftar tu marilah kita sama-sama khatam
admission booklet yang diemel. Jumpa Rabu (24/8/2016) nanti!

Assalamualaikum.
Isnin lepas (1/8/2016) tiba-tiba saja dapat panggilan daripada pejabat Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis. Tanya tentang status sekarang sama ada dah kerja atau belum. Siap tanya course di universiti lagi. Then,
"Kalau proceed untuk mengajar Bahasa Inggeris di MRSM boleh?"
Tengah blur macam tu terus iyakan saja.
Kemudian Jumaat lepas (5/8/2016), pihak MRSM Beseri pun telefon minta datang ke temuduga untuk jawatan guru sambilan Bahasa Inggeris. Hah sudah, dah mula kalut siapkan sijil-sijil yang penting, resume dan adalah sikit-sikit Google tentang dasar pendidikan MARA, tentang MRSM semua.
Tiba hari kejadian.
Waktu dijadualkan temuduga pukul 10.30 pagi, tapi sebelum pukul 10 pagi dah sampai, masuk pejabat tanya dekat mana tempat temuduga, then terus ke bilik mesyuarat MRSM Beseri. Sampai saja dekat situ rupanya ada ramai lagi calon untuk guru sambilan untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Bimbingan dan Kaunseling dan Kemahiran Hidup. Setiap subjek tu adalah dalam empat atau lima calon guru kecuali Kaunseling dan Kemahiran Hidup yang ada cuma tiga.
Ingatkan dah sampai tu boleh terus mula temuduga, rupanya sesi untuk calon subjek Bahasa Melayu pun tak habis lagi. Jadi kita pun sembang-sembanglah dengan calon lain yang menunggu dekat luar juga. Kebanyakannya memang tak ada pengalaman mengajar kecuali seorang dua yang memang ada ijazah dalam bidang pendidikan dan pernah mengajar. Calon yang saya jumpa ada graduan lulusan UITM, UTM, UIA (senior saya), USIM dan UUM (yang sempat sembang-sembanglah).
Nak dekat pukul 1 petang baru dipanggil masuk. Punyalah lama. Panel penemuduga tu terdiri daripada pengetua MRSM Beseri sendiri, yang seorang tu tak dapat dikenalpasti jawatannya, dan yang lagi seorang mungkin guru Bahasa Inggeris di situ. Semuanya lelaki.
"How long have you been waiting outside?"
Haha kita pun jawablah dah sampai MRSM sejak sebelum pukul 10 pagi lagi. Sambil-sambil tu dia orang belek fail sijil dengan resume, tanya soalan tentang latar belakang pendidikan, family dan macam-macam. Soalan mungkin ikut mood panel agaknya. Mujur tak kena tanya tentang MARA, dahlah baca pun main-main. Mungkin sebab ni untuk jawatan guru sambilan jadi tak adalah ketat sangat temuduganya. Satu tips, kalau masa belajar dulu ada ambil subjek berkaitan dengan subjek, bolehlah cuba promosi diri sikit. Contoh macam saya pernah ambil subjek Learning and Teaching English jadi bolehlah goreng untuk yakinkan panel. In case kena tanya kenapa nak jadi guru, jawab saja apa-apa yang boleh meyakinkan panel. Yang penting, yakin. Dan, senyum jangan lupa. Jangan buat muka ketat sangat hahaha.
Fasa kedua dalam temuduga ni semestinya bahagian mock teaching. Dia orang dah sediakan tiga buku teks Bahasa Inggeris untuk calon jadi bolehlah pilih nak mengajar topik apa. Saya pun selak-selaklah buku teks tingkatan satu, jumpa topik tentang health. Jadi mengajar tentang health. Anggap saja pengetua dan siapa yang ada dekat dalam bilik temuduga tu sebagai pelajar kita. Kena buat selamba sikit. Jangan malu-malu. Itu yang termengajar nak buat esei tentang health tu. Hahaha. Tengah syok mengajar, panel suruh berhenti. Habis sudah.
Untuk seterusnya, pengetua pun tanyalah lagi macam mana nak uruskan pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Untuk subjek-subjek yang lain pun, bagi saja jawapan yang ikhlas dari hati, Janji yakin. Kalau panel dah tak ada soalan lagi nak ditanya, kita pun boleh tanya balik.
"What are your expectations towards all those candidates who come for the interview today?"
Macam biasalah, pihak MRSM mahukan yang terbaik, yang boleh menyumbang sesuatu untuk sekolah terutamanya kepada pelajar MRSM sendiri. Haruslah, sekolah cemerlang katakan. Lepas tu bolehlah nak tambah-tambah sikit. Cakap saja, I will do my best to help students ke, not just contributing my time but also my money because I want to see students achieve blablabla hah goreng saja hahaha.
Dalam 1.40 petang baru dapat keluar. Dan balik rumah.
Sekarang dalam fasa menunggu sajalah keputusannya. Kalau ada rezeki, insha Allah MRSM Beseri aku datanglah. Kalau tak ada pun mungkin tu rezeki yang terbaik.
Masa untuk fokus kembali persiapan untuk sambung master di UUM.
“Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku.” (au kama qaal), itu kata-kata Allah dalam sebuah hadis qudsinya riwayat Bukhari dan Muslim.
Rahmat Allah, jika difikir, subhanallah, luas seluas-luasnya. Tak dapat digambar dengan kata-kata. Di langit, di bumi, dalam laut. Subhanallah!
وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nahl, 16:18)
Bahkan rahmat-Nya bukan saja untuk Muslim tetapi juga untuk mereka yang bukan Islam. Lihat saja betapa banyak kesenangan dan kasih sayang yang Allah beri kepada mereka biarpun mereka masih kufur kepada Allah.
Sesebuah nikmat itu susah untuk kita hargai selagi ia masih berada di depan mata. Cuba kalau tiba-tiba hilang, masa itu barulah akan dapat rasa kehilangannya. Contoh paling mudah, sekecil-kecil perkara macam ibu jari. Hari-hari guna ibu jari tapi pernahkah kita memikirkan hikmah penciptaan ibu jari kepada manusia.
Cuba bayangkan jika bangun saja esok pagi, tiba-tiba saja tiada ibu jari. Walaupun masih berbaki lagi empat jari, fungsi memegang dan menggenggam dah tak sama macam bila ada ibu jari.
Jadi benarlah, sesuatu yang Allah ciptakan itu untuk manusia berfikir. Banyak kali kita jumpa perkataan “la’allakum ta’qiluun/tatafakkarun” dalam al-Quran.
Bila berkata tentang rahmat Allah, kita tak dapat lari dari memikirkan betapa penyayangnya Allah lebih-lebih lagi kepada hamba-Nya yang dah terlanjur melakukan dosa.
Siapa saja yang tak berdosa di dunia ini?
Aku, kau, mereka. Semuanya pendosa. Kita bukannya para anbiya’ yang ma’sum.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ
جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar, 39:53).
Ayat yang penuh dengan pengharapan buat semua hamba-Nya. Jika Allah sendiri dah beri harapan kepada hamba-Nya yang berdosa supaya tak berputus asa dengan rahmat-Nya, kenapa kita sebagai manusia biasa memperlekehkan mereka yang ingin kembali ke jalan-Nya?
Pengampunan Allah ini banyak caranya.
1) Taubat
إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا
رَّحِيمًا
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqan, 25:70).
Betapa penyayangnya Allah kepada hamba-Nya yang berdosa lalu memohon keampunan kepada-Nya. Malah Dia akan gantikan kejahatan dengan kebaikan lagi.
Dalam hadis qudsi riwayat At-Tirmizi dinyatakan, dosa setinggi langit malah sebesar bumi pun tetap akan diampunkan-Nya.
Apa lagi yang manusia mahu dustakan?
2) Ibadat
Amal ibadat yang dilakukan juga dapat menggugurkan dosa. Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda bahawa solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, dan Ramadan ke Ramadan merupakan penghapusan dosa antara keduanya jika kita meninggalkan dosa besar.
3) Penangguhan azab selagi mana dosa tak dilakukan secara berleluasa
4) Dosa ditanggung diri sendiri.
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ
وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
“Katakanlah: ”(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.” (Surah al-An’am, 6:164).
5) Pahala digandakan tetapi dosa tidak digandakan
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dinyatakan bahawa siapa saja yang berniat untuk melakukan kebaikan dan dia tak melaksanakannya, Allah akan memberikannya satu kebaikan, namun bagi yang melaksanakannya, Allah akan bagi sepuluh kebaikan sehingga 700 kali ganda. Bagi yang berniat jahat tapi tak buat, satu kebaikan yang sempurna untuknya. Bagi yang berniat jahat dan melakukannya, dicatatkan cuma satu kesalahan saja.
Benarlah apa yang tercatat dalam al-Quran.
“Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
*** Catatan kuliah dhuha bersama Dr Muhamad Rozaimi Ramle, pensyarah hadis UPSI 12 Jun 2015.
Assalamualaikum.
16 Mac 2016. Genap 48 hari post-operation. Bila tengok tajuk dah mengalahkan orang pantang bersalin pun ada. Apa kau orang ingat orang patah kaki pun tak ada pantang makan ke? Ada ya anak-anak. Sampai otak sendiri tak boleh nak fikir apa perkaitan pantang-pantang tersebut dengan kisah saya yang patah kaki ini. Almaklumlah, saya daripada generasi muda jujurnya kurang mempercayai segala jenis pantang makan. Kurang ya, bukan tak percaya langsung.
Benda-benda common yang selalu kita dengar kalau baru lepas jalani pembedahan ialah tak boleh makan telur, ayam, makanan laut, dan untuk orang patah tulang tak boleh makan sayur-sayur macam kangkung, kailan, kacang panjang, bendi, terung dan banyak lagi. Itu tak termasuk dengan pantang makanan sejuk macam agar-agar/puding, air sejuk berais. Segala yang berkait dengan pisang pun tak boleh makan (makanan berbungkus daun pisang, umbut pisang, buah pisang, jantung pisang). Gila tak gila? Bukan ke makanan dari mulut terus masuk ke perut, bukannya ke tulang?
Disebabkan saya seorang yang sangat menghormati orang tua, tahan sajalah nafsu nak melantak macam-macam. Tapi ada juga buat cheat day. Curi-curi makan telur goreng, air sirap ais, makan kangkung. Tak ada pula tulang sakit ke apa (takabbur betul haha nauzubillah). Alhamdulillah. Sebab you are what you eat. Kalau asyik fikir akan sakit lepas makan, maka sakitlah. Wallahua'lam. Lain orang lain kesan agaknya. Habis saya tanya doktor-doktor bertauliah dalam kumpulan #MedTweetMY di Twitter semua kata tak ada pantang pun. Bertekak jugalah dengan mak dan tok demi #PerangMelawanMitos. Lagi satu yang tak tahan ada yang pernah kata kalau patah tulang tak boleh minum sebarang jenis susu. What the? Susu ada kalsium, bukan ke bagus untuk tulang? Bab pantang macam ini dah jatuh hukum tak logik namanya. Hahaha. Okey, habis cerita fasal pantang. Tak boleh cakap banyak sebab selaku generasi muda saya tetap kena hormati generasi lama yang memperkenalkan pantang-pantang sebegini.
Saya nak berkongsi pengalaman pertama kali menjalani latihan fisioterapi di bawah Unit Fisioterapi Hospital Tuanku Fauziah. Mula-mula saya tak berapa tahu sangat tentang fisioterapi. Yang saya tahu selalunya orang lepas operation disebabkan accidentlah yang akan ikut latihan fisioterapi. As the name suggest, fisioterapi, terapi fisio. Fisio merujuk pada anggota badan. Eh, pandai-pandai pula haha.
Menurut Merriam Webster, physiotherapy/physical therapy is treatment of disease, injury, or disability by physical and mechanical means (massage, electricity, water, heat etc. Jadi tak semestinya orang yang operate sebab accident patah tulang macam saya saja yang perlu buat fisioterapi tapi kalau terseliuh ke, terkehel mana-mana bahagian badan, kaki kena potong ke apa-apalah. Saya mula dirujuk ke unit fisioterapi hospital lepas buat pemeriksaan susulan pertama di klinik pakar ortopedik HTF pada 2 Mac. Sesi terapi pertama bermula pada 4 Mac seawal jam lapan setengah pagi. Sampai saja dekat unit, terus daftar dan tunggu nama dipanggil. Kes saya dikendali oleh ahli fisioterapi berpengalaman iaitu Encik Hafriz yang akan terus in charge saya sampailah dah tak perlu datang ikut sesi lagi bila beliau sendiri dah luluskan pesakit seorang ini. Hahaha.
Untuk sesi pertama mula-mula kena meniarap atas katil sambil kaki kena lipat bagi serapat mungkin dan Encik Hafriz ambil pembaris khas untuk ukur berapa darjah lipatan kaki. Dekat sana ada banyak jenis latihan ikut kes yang dialami pesakit. Ada yang kena kayuh basikal gimnasium, lompat kaki sebelah atas trampolin, berjalan atas treadmill dan macam-macam lagi. Sempat borak-borak dengan pakcik seorang ini yang turut jadi mangsa kemalangan setahun lepas. Dalam satu jam tiga puluh minit tamatlah sesi fisioterapi.

Sekian saja perkongsian cerita kali ini. Terima kasih kepada mereka yang selalu mendoakan saya cepat sembuh.
Assalamualaikum.
Tanggal 20 Januari 2016 takkan saya lupakan sampai bila-bila. Nak ditakdirkan Tuhan, saya terlibat dengan kemalangan kecil. Kecil punya kecil, peha kanan mengalami kecederaan iaitu patah. Kejadian berlaku sekitar jam empat petang. Memang sangat mengejut.
Tak lama lepas jadi, jiran-jiran terus telefon ambulans. Masa menunggu ya Allah, tahan sajalah rasa sakit berbisa. Pegang peha pun rasa lembik semacam. Masa itu saya dah suspek peha sebelah kanan patah. Kaki ada luka-luka sebab kena kaca. Kecederaan lain, saya tak tahu. Sakit kena kaca tak sesakit peha yang dah terkulai ini. Masa itu, mak dah suruh mengucap banyak-banyak. Sakit tak payah ceritalah. Meraung jugalah.
Sampai saja ambulans, saya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah. Masa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) nak angkat naik atas stretcher, lagilah meraung. Kaki dah terkulai sangat. Yang pegawai JPAM asyik suruh buka mata, kita ini dah sakit sangat nak tahan sakit pejamkan mata. Stres juga, haha. Dalam ambulans tak henti-henti menjerit bila terhentak.
Sampai saja di hospital, saya dibawa ke bahagian A&E (Accident & Emergency). Dah kena letak dekat katil lain, kena angkat lagi sekali. Maka meraung menangis pun sekali lagi. Sakit tak tahu nak cakap macam mana. Doktor datang tekan-tekan bahagian badan yang lain, bila sampai dekat bahagian peha terasalah sakit macam nak mati. Masa itu medical assistant semua dah sibuk-sibuk nak cucuk lenganlah, nak ambil darahlah, nak masukkan airlah, apalah. Nak ceritakan, sakit kena cucuk ibarat 1% saja dari sakit peha yang patah. Tengok-tengok dah siap cucuk, masukkan air apa semua. Lepas itu saya diusung ke bilik x-ray. Ini lagi satu azab. Memandangkan disyaki patah di bahagian peha, habis kena selak kain depan juru x-ray, nak angkat punggung satu hal. Sakit gila! Masa itu rasa nak tidur saja. Letih ditambah dengan sakit.
Dah siap x-ray, bila doktor periksa, maka betullah yang peha kanan saya patah dua. Fuh, ngeri tengok tulang sendiri. Doktor proses macam-macam, tunggu punyalah lama, akhir sekali dia suruh masuk wad. Nak tunggu dapat masuk wad pun berjam-jam sebab wad penuh. Sudahnya saya ditempatkan di wad tingkat 3. Itu pun duduk di koridor saja katil sebab wad padat. Sedih betul. Hanya pada hari Sabtu saja saya dipindahkan ke tempat yang lebih selesa.
Hari-hari di hospital sangat jemu sampai dah boleh hafal jadual harian di sana. Jam lima pagi jururawat datang periksa tekanan darah dan bagi ubat tahan sakit, pukul 7.30 pagi mereka datang beramai-ramai untuk sesi housekeeping wad (tukar baju pesakit, cadar, sarung bantal). Pukul 8.30 pagi dapat sarapan, lepas itu penjaga kena keluar dari wad untuk sesi doktor round wad. Masa ini kalau 'bernasib baik', dapatlah tengok doktor houseman kena marah dengan doktor pakar depan-depan pesakit. Dah dua kali saya jadi saksi drama wad. Haha. Habis sesi bersama doktor, fisioterapis pula datang untuk ajar senaman kaki untuk saya. Lebih kurang jam 10.30 pagi barulah sesi round wad selesai, barulah penjaga boleh masuk semula. Pukul 12.30 tengah hari, waktu melawat bermula sampai 2 petang untuk hari-hari biasa, bersambung pada jam 4.30 petang hingga 7 malam. Untuk hujung minggu, waktu melawat sangat panjang, dari jam 12.30 tengah hari sampai 7 malam.
Nak dijadikan cerita, betapa ramai sangat pesakit yang kena lalui pembedahan sampai OT (operation theatre) selalu penuh, saya pun tak dapat tahu bila saya kena bedah untuk masukkan implan besi. Asyik-asyik bertangguh sampai stres menunggu. Masa doktor round wad pun tak dapat jawapan yang pasti. Kena pula operation day untuk bahagian ortopedik (tulang) hanya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat saja. Bayangkanlah azab menunggu ditambah dengan kecemburuan melihat seorang demi seorang pesakit diusung ke OT. Lagi cemburu berganda tengok ramai pesakit wad yang sama dah boleh balik. Mujurlah ada penghibur di wad. Jururawat pun baik, makcik-makcik jiran katil rajin berborak, siap hulur makanan semua. Tapi tak dapat tipulah, bosan nak mati. Hahaha. Mula-mula doktor houseman beritahu yang giliran saya dipercepat ke hari Isnin (25 Januari) sebab ada pesakit yang patutnya menjalani pembedahan hari tersebut disuruh balik dulu sebab ada masalah kesihatan. Masa itu dah siap sign borang persetujuan pembedahan dah hari Ahad (24 Januari). Dr. Saw (houseman) dah siap pasang jarum hijau dan ambil darah. Ingatkan dah jadilah nak bedah keesokan harinya, tiba-tiba saja malam itu datang pula Dr. Asrul selaku doktor pakar yang in charge kes saya memaklumkan yang operation terpaksa dibatalkan sebab lampu OT terbakar. Kecewa okey! Masa kita dah excited sangat nak kena bedahlah lampu nak rosak.
Sampailah tarikh keramat Jumaat, 29 Januari 2016. Sebelum itu, malam sebelumnya doktor datang maklumkan saya kena puasa. Padahal hari sebelum itu pun dah puasa, lepas itu dapat tahu tak jadi nak bedah pula. Yang Jumaat itu, saya malas nak berharap sangat untuk dibedah. Sebabnya mungkin kena batal sekali lagi. Almaklumlah, bak kata mereka kes saya ini tak kritikal mana. Pagi masa doktor round wad, saya dengar-dengar macam mereka nak lakukan operation pagi itu juga. Masih lagi tak bergarap, sampailah ada jururawat datang dekat katil suruh tukar baju nak ke OT. Akhirnya! Padahal dah berdebar juga masa itu.
Siap tukar baju, saya pun diusung dari wad ke OT. Hah, masa ini baru rasa nak meletup jantung. Masuk-masuk saja OT, teruslah didatangi beberapa orang doktor antaranya pakar bius yang suruh saya tandatangan borang persetujuan untuk dibius. Gila kau tak nak bius? Nak rasa sakit sepanjang dalam OT, cubalah. Lepas dah tandatangan semua, sesi cucuk jarum berlaku lagi. Jarum hijau untuk operation. Masa di wad jarum merah jambu untuk masukkan IV drip. Dah siap cucuk, barulah diusung ke OT yang sebenar. Berdebar betul ya Allah. Dah nampak semua lampu, mesin-mesin bagai. Masa itu doktor dah sibuk nak suntik epidural apa semua. Saya kena tegakkan badan untuk dicucuk di bahagian tulang belakang. Tak nampak pula besar mana jarum bius, tapi bila dah ditusuk fuh, nak nangis rasa. Sumpah, walaupun bius untuk bagi tak rasa apa-apa sepanjang operation, suntikannya berbisa! Lepas epidural, anaes suntik ubat apa benda entah dekat jarum. Yang saya pasti salah satunya ubat tidur yang sekali kena rasa pening dan terus ngantuk. Maka tidurlah dulu. Konon bila dah bangun operation dah siap. Walhal sebenarnya tak pun. Boleh pula terjaga tengah-tengah proses. Itu pun sebab tak tahan nak muntah. Dengan sejuk lagi. Maka panggil doktor cakap yang saya nak muntah. Belum sempat doktor buat apa-apa, habis keluar isi perut. Jadi doktor datang terus sedut guna ala-ala paip vakum begitu. Ingatkan dah habis, tapi ada lagi. Kuat betul penangan ubat bius. Tak tahulah berapa lama saya di dalam, tapi memang sangat lamalah. Siap dengar bunyi gerudi lagi. Tapi tak nampak pun apa yang pakar bedah tengah buat sebab kena hadang dekat bahagian dada. Masa itu takut ubat bius habis sebelum sempat doktor jahit kawasan bedah. Tunggu punya tunggu, akhinya doktor beritahu "adik, operation dah siap." Akhirnya!
Habis saja prosedur, serius pening tak habis lagi. Kena duduk dalam OT lagi sebab doktor nak periksa hemoglobin, tekanan darah dan macam-macam. Kira saya masuk OT dari jam 10.30 pagi, dalam jam 3 petang ke atas baru dapat keluar. Masa ini kaki pun tak rasa apa-apa lagi. Seronoklah. Azab sakit sejak 20 Januari tamat seketika. Dari OT, bila dah selesai semua saya dibawa pula ke bilik x-ray. Sempat lagi tidur masa tunggu giliran sampailah dibawa balik ke wad. Balik wad, muntah lagi buat kali ketiga dan keempat. Nak makan pun masih tak boleh sebab kena puasa lagi lepas enam jam pembedahan. Azab gila! Perut dah memulas sangat, ditambah pula dengan kesan ubat bius yang perlahan-lahan hilang. Dah mula dapat gerakkan kaki, dan ambil kau, baru rasa sakit dekat tempat operation! Mengerang jugalah, sampai ke tahap tak tahan dan terus mengadu dekat HO yang datang periksa. Oh, sebelum itu balik saja dari OT, HO datang lagi ambil darah untuk periksa hemoglobin. Dah cuak sikit bila dengar mereka kata paras hemoglobin saya menurun lepas bedah. Kalau terus turun, berkemungkinan kena lalui blood tranfusion. Mujurlah tak kena. Jam 10 malam, dengan tengah tahan sakit, terus minta makanan. Rasa sakit hilang bila jururawat datang dan suntik ubat tahan sakit. Dapatlah tidur lena. Esoknya, dah tak rasa sakit langsung dah.
Esoknya Sabtu masa MO (medical officer) datang buat ward round dia siap lipat-lipatkan kaki yang baru lepas letak besi. Sakitnya bukan main! Yalah, bila dah lama tak gerakkan kaki rasa tegang semacam urat-urat betis dan peha tetapi alhamdulillah dapat gerakkan kaki sikit-sikit. Jadi rutin harian hujung minggu itu macam biasa, tengok doktor buat ward round, layan saudara dengan kawan-kawan datang ziarah, makan, tidur. Paling tak seronok masa ini bila nurse suntik ubat antibiotik busuk (hahaha), ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, sampai saya pun tak tahan! Sakit dekat tempat dicucuk jarum itulah. Berdenyut lima minit, lepas itu mujurlah hilang. Kalau tak silap dalam sehari adalah dua kali sesi cucuk ubat oleh nurse. Dek kerap sangat dicucuk sampai satu masa ini jarum hampir tercabut sampai terpercik darah. Mujur ada nurse baik hati tolong tampalkan balik plaster.
Isnin, 1 Februari 2016. Masa MO Dr. Hanani datang buat ward round ada dengar dia sebut fasal discharge dekat HO. Jadi berharap jugalah dapat balik. Lepas itu fisioterapis Dr. Shakir datang ajarkan saya cara guna tongkat. Sempat dia tanya sebelum sesi berjalan guna tongkat, "nak balik tak hari ni?" Hah, siapa yang tak nak balik? Kalau tak silap, once fisioterapis nampak ada perkembangan (dah boleh berjalan, guna tongkat), maka dia boleh luluskan kita untuk discharge. Dan benarlah tekaan saya. Tengah hari itu nurse datang cakap dah boleh balik. Terus beritahu mak dan mak pun tolong bayarkan bil hospital dan ambil ubat. Alhamdulillah, disebabkan mak penjawat awam jadi dapat potongan istimewa untuk bil hospital. Nak ikutkan biaya operation memang mahal. Tapi tak semahal kos di hospital swasta yang mencecah RM20000 untuk pembedahan saja. Tak masuk kos bilik wad, ubat-ubatan, makan. Kopak. Dah siap bayar, maka kita balik! Dah dua belas hari tak balik rumah.

Perkembangan terkini, alhamdulillah dah makin sihat. Makan pun dah banyak sangat walaupun kena pantang makan. Sampai risau takut berat bertambah nanti kaki tak dapat tampung berat badan, haha. 12 Februari lepas saya ke Klinik Kesihatan Simpang Empat untuk
remove suture. Mula-mula takut kalau sakit tapi bila dah selesai rasa macam kena garu-garu saja. Mungkin sebab
suture pendek-pendek. Dua hari lepas buka jahitan dah boleh mandi macam biasa, tak payah nak tutup dengan plastik lagi dah. Bulan depan ada
appointment di hospital untuk
review di klinik ortopedik. Kalau dah tak ada apa-apa masalah, mungkin dah boleh tetapkan tarikh fisioterapi.
Jutaan terima kasih untuk warga Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang tolong saya dari awal sampailah dah keluar wad. Doktor-doktor HO, MO, jururawat dan MA (
medical assistant) di Jabatan Kecemasan, yang tolong usung saya dari A&E ke wad,
nurses Wad Tingkat 3 yang
super duper baik hati (sanggup berjaga malam untuk tukar pampers, tukarkan baju, ambilkan makanan, periksa tekanan darah, bagi ubat semua), doktor-doktor HO yang setiap masa ada dekat wad walaupun kena marah dengan MO atau
specialist, MO,
specialist dan semua
and of course mak yang sanggup berjaga di wad sepanjang saya di hospital,
families, relatives and friends yang datang ke hospital dan rumah untuk ziarah.
May Allah bless all of you.
Pray for my speedy recovery.
Assalamualaikum.
Okey, kita sambung kisah percutian saya di Langkawi dari entri saya sebelum ini.
Ahad, 17 Januari 2016.
Pagi-pagi lagi lepas makan alas perut di bilik kita orang berkemas-kemas untuk balik. Tapi tak balik lagilah, hari masih muda. Asalnya nak pergi Dataran Lang untuk ambil gambar sebab cuaca masih redup dan tak panas tapi memikirkan minyak kereta sewa yang masih banyak, last minute decide untuk pusing-pusing pulau. So kita orang buat keputusan untuk ke Tanjung Rhu sebab nak sangat tengok pantai dan nak habiskan minyak. Tak jauh pun nak ke Tanjung Rhu. Bertolak pukul 8.30 pagi, sebelum pukul 9 dah sampai. Langsung tak guna apps Waze atau Google Maps sebab tak risau sesat. Gamak nak sesat, dalam pulau juga. Balik-balik akan jumpa signboard ke pekan Kuah. Lepas itu jalan pun dalam kampung saja, tak banyak kereta.
So here's some pictures at Tanjung Rhu.
 |
The siblings |
Lepas balik dari Tanjung Rhu kita orang saja-saja lalu ikut
airport Langkawi sebab nak luakkan minyak, haha. Tak ada kerja kan?
Kembali ke pekan Kuah, lagi sekali saya dan mak menuju ke Haji Ismail Group. Kali ini bukan di kompleks tapi di bangunan lama. Sempat teman mak belek-belek pinggan mangkuk. Bukan belek saja okey, beli lagi. Dasar mak-mak sangat, hahaha. Disebabkan Kedah cuti umum sempena keputeraan Sultannya maka banyak juga kedai yang tak dibuka.
Balik ke hotel, terus kemas-kemas barang sebab nak balik. Tiket feri ke Kuala Perlis jam dua setengah petang jadi dalam pukul 12 tengah hari lepas makan,
check-out hotel apa semua, terus bergerak ke jeti. Lagipun dah janji nak hantar balik kereta dalam pukul 12 tengah hari ke atas. Disebabkan lambat lagi nak dapat masuk balai menunggu, saya, mak dan adik bergambar kenangan di Dataran Lang.
Dah puas bergambar kita orang pun bergerak masuk ke balai menunggu.
For your information, balai menunggu jeti ini hanya boleh masuk sejam sebelum waktu berlepas. Contoh kalau tiket kau orang jam 2.30 petang, pukul 1.30 petang baru petugas jeti bagi masuk. Ingatkan nak periksa beg setiap seorang sebab borong kain batik banyak-banyak, tapi pegawai kastam nak pandang kita pun tak nak. Agaknya sebab hari itu ramai sangat orang dan dia orang pun malas jadi terlepaslah dari pemeriksaan kastam. Yay! Kalau nak diikutkan memang tak boleh bawa keluar kain batik dari pulau sebabnya, entahlah. Tanya mak, mak kata kalau bawa keluar juga nanti kena bayar cukai. Eh, tapi kata pulau bebas cukai? GST pun ada.
Masa menunggu di balai menunggu ya Allah panas gila macam sauna. Lepas itu kau orang dapat tengoklah orang yang nak keluar pulau borong berkotak-kotak barang macam perkakas dapur semua. Macam dekat tempat sendiri tak ada saja hahaha biarlah dah duit sendiri kan, bukannya kacau duit kau pun. Tapi panas memang panas. Mohonlah pihak pengurusan jeti lepas ini
upgrade sikit balai menunggu itu supaya tak kepanasan macam cacing lagi.
Dalam pukul 2.15 petang dah boleh masuk feri. Maka berpusu-pusulah anak-anak ayam yang baru terlepas dari reban lari-lari ke feri. Ingatkan dapat merasa kesejukan
air-cond macam feri dari Kuala Perlis ke mari tapi ya ampun panas lagi macam sauna. Kalaulah boleh kurus. Haha. Maka sejam jugalah bertahan siap sinsing lengan baju lagi. Mujur yang duduk di sebelah saya perempuan. Sempatlah tertidur dalam feri dek keletihan. Dalam 3.30 petang dah sampai di Kuala Perlis.
Sekian saja kisah percutian singkat saya yang tak seberapa ini.
Bila pula agaknya nak pergi Langkawi lagi?
Assalamualaikum.
Akhirnya setelah lama memerap dekat rumah dapat juga bercuti dengan keluarga tercinta. Rancang last minute punya. Hari Jumaat buat keputusan, Sabtu terus pergi. Kadang-kadang, perancangan dalam keadaan kalut-malut macam ini baru menjadi. Kebetulan Angah pun baru balik dari KL untuk cuti semester, dan-dan pujuk mak selaku sponsor utama.
First thing first, apa yang saya buat ialah tempah hotel. Haruslah, buatnya tak ada tempat nak bermalam, kau nak ke tidur jeti? Haha. Kali ini agak memeningkan nak pilih hotel yang okey, sebab tengok review untuk hotel-hotel yang bawah RM100 semalam semuanya kurang memberangsangkan. Yalah, agak-agak nak yang selesa ambillah resort tepi pantai dengan harga RM500 semalam. Memang taklah, melainkan ada orang sponsor. Haha. Dah cari di Booking.com asalnya, lepas itu saja-saja cari di Trivago pula untuk pilihan hotel yang lain. Bila dah jumpa, ada masalah nak bayar pula. Dua kad debit kena tolak maka kembali ke Booking.com dan tempah hotel yang sesuai lepas baca semua review. Review ini penting ya anak-anak. Boleh tengok pengalaman pelanggan hotel yang kita nak tempah sebelum kita yang menempah bilik. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tak berkenan di hati. Yang penting bagi saya, tandas mesti bersih. Nak bagi kolah ke apa ke, janji bersih tak berbau. Lagi satu, pengudaraan kenalah baik. Kalau tak ada aircond pun kipas siling pun jadilah. Lepas itu kau orang kenalah tengok lokasi tempat penginapan juga. Macam kita orang nak yang dekat dengan bandar, senang nak keluar ke mana-mana (HIG especially), tempat makan, tak jauh terceruk ke dalam hutan.
Bila dah selesai bab hotel, kalau kau orang rajin, cari-carilah nombor telefon penyewa kereta di Langkawi yang berlambak-lambak di internet. Tapi disebabkan malas dan tawakal sajalah mesti ada punya sebab bukan cuti sekolah, jadinya tak cari siap-siap pun kereta sewa.
Hari yang ditunggu pun tiba.
Sabtu, 16 Januari 2016.
Pukul 8.30 pagi kita orang dah bertolak ke jeti Kuala Perlis. Dalam pukul 9 pagi sampai terus ke kaunter tiket feri. Untuk pengetahuan kau orang, sekarang ni dah boleh beli tiket feri secara online melalui ticket.langkawiferryline.com. Tak tahulah sejak bila mereka gunakan perkhidmatan secara online ini tapi agak menyenangkan untuk mereka yang nak buat tempahan awal. Harga untuk dewasa RM18, untuk kanak-kanak tak ingat pula. Tak payah nak beratur panjang tadah muka di depan kakak jaga kaunter tiket dah. Haha. Kita orang dapat tiket paling awal pukul 10.45 pagi okey? Ini semua gara-gara satu rombongan bas dah tempah tiket pukul 9.30 pagi.
 |
Balai menunggu di Terminal Feri Kuala Perlis |
Perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Jeti Langkawi cuma ambil masa selama sejam. Tak sempat nak tidur sangat sebab konon-konon
excited nak tengok laut lepas kali terakhir kau pergi Langkawi tahun 2008. Sila bersedih. Feri masa pergi ini
quite nice, sejuk cuma biasalah sempit sedikit (ke aku yang besar?).
Almost pukul 12 tengah hari dah sampai Langkawi. Turun saja dari feri terus bergerak ke kaunter tiket di jeti tersebut untuk beli tiket balik ke Kuala Perlis. Kenalah beli siap-siap untuk mengelakkan kau terkandas dekat pulau yang serba nan cantik ini okey. Nak beli
online pun boleh. Lepas selesai, terus cari kereta sewa.
See, dah cakap dah berlambak-lambak kereta sewa ada. Kita orang sewa Viva MT dengan kadar RM60 untuk sehari (padahal kalau tempah awal boleh dapat RM50 sehari).
Normally dalam RM50-70 harga sewa kereta untuk sehari bergantung pada jenis kereta. Gamak kau bawa satu rombongan pasukan bola, bolehlah sewa bas catar terus.
Memandangkan belum sampai masa
check-in hotel yakni pada pukul 2 petang, maka mak pun
decide untuk ke Kompleks Haji Ismail Group yang baru dan gedabak itu untuk makan tengah hari dan apa lagi,
shopping!
Well, mula-mula agak teruja tengok
food court kompleks yang agak besar dan banyak pilihan makanan. Tapi agak sedikit kecewa dengan servis penyediaan makanan yang sangat lambat, lepas itu boleh pula silap hantar
order. Order nasi ayam penyet dikasinya nasi ayam. Rasa pun
quite hambar. Pakcik makcik meja depan kita orang dah siap perli lagi "lama ni tak habis lagi sembelih ayam ke?" haha. Disebabkan lapar sangat telan sajalah nasi ayam pun. Rezeki tak baik merungut. Lepas makan terus masuk ke dalam untuk
shopping. Benda yang seronok tentang Langkawi ini tak lain tak bukan mestilah coklat dan barangan perkakas dapur macam pinggan mangkuk dan kalau tak berhabis beratus itu baik tak payah datang Langkawi. Baik pergi beli dekat kedai dua ringgit sana.
 |
Syurga dunia, bagi kaum perempuan |
Lepas berhabis di Kompleks HIG, kami terus
check-in di hotel yang dah pun ditempah awal. Cattleya Inn namanya, terletak sangat berdekatan dengan Kompleks Pekan Rabu Langkawi. Serius, dari segi kestrategikan lokasi hotel, sangat-sangat strategik. Nampak laut terbentang luas, depan hotel itu ambil kau, sebentang luas pasar raya bebas cukai Rams (lebih kurang HIG), bawah hotel ada kedai makan,
mart, dan macam-macam. Nak
parking kereta pun sangat mudah sebab kawasan ini tak sibuk. Tapi tak adalah sunyi sangat macam pekan koboi.
Just nice.
Cumanya, bagi saya bilik hotel macam kurang sedikit. Sangat sempit untuk empat orang. Nak solat kena tumpang bilik kosong di depan. Dahlah tak ada TV! Bayarannya RM100 semalam dikira agak mahal jugalah. Kita orang pilih
family room ada satu katil saiz
queen dan satu
double decker. Bab tidur itu tak ada masalah, selesa sangat. Tuala pun disediakan setiap seorang. Patutnya dapat
breakfast free, boleh makan roti bakar dekat tingkat bawah sebab dah disediakan roti, jem, siap ada
toaster lagi.
Microwave, peti ais,
coffee maker semua dekat bahagian
receptionist. Nak pinjam pinggan, mangkuk, kutleri cuma beritahu kakak
receptionist yang sangat
friendly siap sudi tunjukkan kita orang bilik untuk solat lagi.
 |
Suka dengan konsep katilnya bunga-bunga cinta begitu,
feeling honeymoon katanya |
 |
Bilik air, okey sangat. Air laju gila, siap ada water heater |
 |
Grammatical error detected, hahaha |
Dah siap solat dan rehat-rehat, dalam pukul 3 ke 4 petang kami dah siap-siap untuk keluar. Destinasi kami petang tersebut ialah Pantai Cenang walaupun dah dibagi
warning oleh abang kereta sewa yang kawasan pantai agak padat. Masa
on the way ke Pantai Cenang kita orang singgah dekat kedai menjual produk berasaskan gamat yang sangat terkenal dekat Langkawi iaitu Nusantara. Selain Nusantara ini banyak lagi perusahaan menjual produk gamat macam Warisan Saljulah apalah, tinggal tak ada nama saya saja lagi. Haha.
Habis membeli, perjalanan diteruskan. Memang betul, Pantai Cenang punyalah sesak, pembangunan kiri dan kanan sampai dah tak cam pantainya. Disebabkan susah nak
parking jadi kami teruskan perjalanan entah ke mana, menonong saja Angah
drive sampailah betul-betul depan Resort World Langkawi (yang dulunya dikenali sebagai Awana Porto Malai). Sempatlah ambil gambar buat kenangan.
 |
Tak silap nama tempat ini Teluk Baru |
 |
Tunggu jodoh tak balik-balik lagi, sesat di lautan gamaknya. Baliklah awak oi,
rindu. |
Lepas selesai urusan di Pantai Cenang, kami pun balik ke hotel semula untuk rehat dan solat lepas itu turun makan malam di restoran berhampiran dengan hotel. Ikutkan boleh saja nak jalan kaki tapi dah siapa suruh isi minyak kereta banyak sangat nanti membazir jadinya kita kenalah gunakan kemudahan yang ada di depan mata. Hidangan malam itu ialah
chicken chop. So far restoran ini okeylah makanan pun sedap cuma tak
best sikit sebab harga makanan agak mahal. Mi goreng kosong tak ada telur, udang, sotong dihentamnya RM9. Baik makan
chicken chop, mahal seringgit saja pun. Jumlah harga makan malam kita orang sampai RM44.20 untuk empat kepala. Okeylah kan, nak makan murah-murah kasi bawa mi segera banyak-banyak, tak pun masak sendiri, bakar unggun api ke.
Lepas makan mak ajak teman
shopping lagi di Rams berhadapan dengan hotel. Macam biasalah
specialties mana-mana kedai bebas cukai di Langkawi ini ialah
kitchenware dan coklat lepas itu adalah kain batik pelikat mak nenek. Sempat rembat dua botol
perfume jenama Versace yang sumpah wangi gila dan lagi satu Dunhill untuk adik. Tak sempat nak belek lama-lama sebab kita orang jadi warga terakhir meninggalkan Rams. Rasa berdaulat betul jadi pelanggan terakhir yang keluar kedai. Haha.
Balik hotel, dengan tak ada TVnya maka marilah kita
berhuhu tidur. Tamat hari pertama.
Bersambung di entri seterusnya. Nantikan.

Assalamualaikum.
Selamat tahun baru 2016 semua! Dan rasanya walaupun dah terlambat tapi saya masih nak ucapkan Salam Maulidur Rasul 1437H kepada semua muslimin dan muslimat.
Alkisahnya minggu lepas nak beli headphone. Mula-mula saya skrol di Instagram, saja-saja nak semak harga pasaran dan juga jenis-jenis headphone yang ada. Memang banyak. Letak saja hashtag #headphonemurahmalaysia and so on, berketul-ketul gambar headphone keluar. Beats by Dr. Dre, Sony, dan macam-macam jenama lagi yang saya tak pernah dengar. Harga pun pelbagai. Ada yang murah bawah RM50 dan mahal sampai beratus. Tak naklah beli mahal-mahal. Saya bukan kaki game atau terlalu pentingkan kualiti sangat. Asal ada, rembat. Lagipun sekadar nak melalak dalam aplikasi Smule saja pun.
Ops.
Saya berkenan dengan Beat Monster by Dr. Dre, harganya RM65 termasuk kos penghantaran. Tapi lepas hubungi nombor telefon penjual, lambat pula dapat respon. Dengan sikap tak sabar dan malas menunggu, saya saja-saja tengok koleksi headphone di Lazada. Tak ada yang berkenan di hati langsung. Mahal pula bila difikirkan. Nak beli yang murah sangat, takut nanti minggu depan dah rabak. Bajet pun sekadar dalam lingkungan RM50-60 saja. Jadinya biarlah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kaitan?
Entah macam mana tiba-tiba dapat ilham nak buka 11 Street. Laman web ini sama macam Lazada juga, jual pelbagai perkakas elektronik, rumah, gajet dan lain-lain. Saja nak mencuba-cuba sampai tak sengaja men'sign up'kan diri di 11 Street.
Berita gembiranya, terus dapat kupon diskaun RM10. Siapa tak bahagia? Lepas itu terus cari headphone. Masya-Allah banyak betul jenis headphone! Dari yang beringgit-ringgit sampai beratus semua ada. Pelbagai jenama. Cari punya cari, jumpa yang berkenan di hati. Memandangkan tengah tahun baru jadi 11 Street bagi diskaun kaw-kaw punya. Harga asal headphone yang saya nak RM120 tapi lepas diskaun tinggal RM59 saja, lepas itu dah guna kupon diskaun cari saya cuma bayar RM49. Yang penting, servis penghantaran adalah PERCUMA. Tapi tak semua seller tawarkan free postage. Jadi masa tengah nak cari itu bolehlah letak di search filter yang anda nak free postage. Alah, kalau pos pun RM6 saja untuk Semenanjung Malaysia.
Saya pilih cara pembayaran melalui kad kredit/debit. Malas nak login internet banking bagai. Cuma masukkan nombor kad, kod CVC, tarikh luput kad bagai. Lepas itu bank akan hantar kod khas ke nombor telefon kita. Dah siap bayar, 11 Street akan hantar emel untuk mengesahkan pembayaran. Bukan setakat emel, SMS pun dia hantar. Bagus sungguh. Keesokan harinya dapat lagi emel dan SMS yang memaklumkan kita barang yang dipesan itu dah dihantar melalui Poslaju.
Ini yang saya suka berurusan dengan laman web seperti Lazada, 11 Street dan Zalora. Pantas dan cekap. Tak macam beli terus daripada orang. Nak kena tunggu reply Whatsapplah, tak dapat pos cepatlah, apalah. Eh, termembebel pula.
Selain order headphone, saya juga membeli produk jus delima Pamoga keluaran Vida Beauty untuk mak menerusi 11 Street juga. Cuma untuk pembelian kali ini disertakan sekali dengan caj penghantaran sebanyak RM12. Mahal sikitlah sebab berat botol Pamoga ini. Servisnya sangat cekap dan pantas, dah pun sampai barangnya.
Lepas kau orang dah terima barang yang dipesan, buka balik profil 11 Street dan pergi ke "view orders/shipping", tengok dekat bahagian order anda dan klik pada "confirm purchase". Ini kiranya kita nak maklumkan kepada penjual yang kita dah pun terima barang yang dipesan. Boleh sertakan sekali komen untuk penjual kalau ada yang tak berpuas hati dan sebagainya.
Terima kasih 11 Street dan tak lupa abang Poslaju yang sudi ambil dan hantar parcel sampai depan pintu rumah.
Assalamualaikum.
Bila berkait dengan masa depan, nak tak nak kena fikir semasak yang mungkin. Disebabkan mengenangkan masa depanlah saya ambil keputusan untuk cuba-cuba memohon melanjutkan pengajian di peringkat sarjana atau master. Mulanya teragak-agak juga memandangkan kos pengajian bukannya seringgit dua. Mana dengan tak ada pendapatan yang tetap lagi. Maklah tak henti-henti pujuk untuk sambung sementara usia masih muda. Tunggu kerja pun tak dapat-dapat lagi.
Lalu saya mencuba nasib.
Nawaitu awal nak sambung sarjana pada mulanya sebab dah tak ada pilihan lain. Takkanlah nak terus menganggur sampai ke sudah? Dari terus menunggu sesuatu yang tak pasti, lebih baik cari peluang lain. Bila bermuhasabah sendirian, takkanlah nak menuntut ilmu sebab terpaksa dan tak ada pilihan lain? Cukuplah saya bazirkan lima tahun zaman
undergraduate lepas itu ilmu langsung tak ada yang melekat di otak, hati apatah lagi. Dulu-dulu memang nak sambung
master ialah impian saya. Tapi memikirkan isu kewangan terpaksalah lupakan seketika sampailah dipujuk mak. Itu tak termasuk cakap-cakap orang lagi.
"Ada
degree pun susah dapat kerja,
master apatah lagi."
"Anak orang lain SPM saja tapi gaji dah beribu. Tak payah ada
degree pun."
"Kalau ada
master nanti susah cari pasangan hidup."
Dan sekian-sekian kalam orang. Sakit hati tak payah cerita. Lepas berbicara dengan seseorang, terbuka mata hati saya sekian lama.
"Nak menuntut ilmu kerana ilmu milik Allah. Nak terokai bidang baru. Bukan semata-mata kerana nak dapatkan kerja bergaji besar. Hati kena ikhlas. Niat kena betul."
Saya bermuhasabah. Selama ni jauh betul tersasar. Akhirnya saya menggagahkan diri untuk mencuba. Belajar kerana ingin mendalami ilmu Allah. Dapat atau tak itu soal nombor dua. Mak paling positif sejak dari awal, banyak bagi dorongan untuk sambung. Kalaulah arwah abah masih ada, dia pun akan buat benda yang sama. Memang ini impiannya.
Untuk memohon ke program ijazah sarjana di UUM ada dua cara iaitu secara
online melalui laman web (
http://www.uum.edu.my/index.php/en/postgraduate-admission-procedures), pilih
graduate school yang berkaitan dengan kursus yang nak dimohon. Contoh untuk program ijazah sarjana pendidikan boleh klik pada Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (panjang benar namanya). Nak mohon secara
manual pun boleh, kalau rumah dekat dengan UUM tu bolehlah ke
graduate school yang berkaitan, minta borang. Isi sampai lengkap. Permohonan memerlukan kita untuk dapatkan dua orang individu untuk jadi
academic referee sebab nak sahkanlah betul atau tak kita ni berkelayakan untuk mohon kursus yang kita nak. Permohonan saya serahkan secara atas talian pada 19 November 2015 usai meminta bantuan dua orang bekas pensyarah di UIA untuk menjadi
academic referees.
Permohonan perlu disertakan dengan yuran pemprosesan sebanyak RM100 yang boleh dibayar di mana-mana Bank Islam (ditambah GST sebanyak RM1.06, berkira betul), sijil-sijil berkaitan seperti yang dimaklumkan sewaktu membuat permohonan
online, dua keping gambar berukuran pasport dan, okey dah lupa. Lepas siapkan segala dokumen, terus pos benda-benda tersebut ke UUM (walaupun boleh saja nak hantar terus ke fakulti terbabit).
Pastikan hantar sebelum tarikh tutup. Selalunya dekat laman web yang saya letak tadi memang dah dinyatakan tarikh tutup untuk hantar
application. Lepas dah hantar selalu-selalulah periksa emel sebab pihak
graduate school akan maklumkan permohonan berjaya ke tak melalui emel. Surat tawaran dan segala borang untuk pendaftaran pun akan dimaklumkan melalui emel. Jangan biar emel bersawang atau kena
hack sudah hahaha.
Dan petang tadi saya dikejutkan dengan berita gembira ini.
Moga Allah bukakan jalan dan kemudahan untuk perjalanan baru ini, insya Allah.
UUM, tunggu saya.

Assalamualaikum.
Each and every one of us tahu betapa pakaian sangat penting dalam kehidupan
seharian manusia. Pakaian ini pula ada macam-macam jenis. Tambah pula peredaran
zaman membuatkan fesyen turut berkembang. Kalau dulu orang cuma kenal tudung
bawal, sekarang, you name it.
Tenggiri, siakap, keli, belanak. Itu tak termasuk jenama-jenama pakaian
berdasarkan nama artis. Tudung Neelofa, tudung Datuk CT, Fauziah Latiff, Ziana
Zain (ada ke?), jubah Hafiz Hamidun, Fattah Amin (eh?).
Memandangkan
si penulis blog ini bakal mencecah usia 24 tahun menjelang 2016, jadi untuk
entri kali ini saya ingin bercerita tentang trend pakaian formal. Anda mesti
tertanya-tanya, apa kaitan umur 24 tahun dengan nak cerita fasal pakaian
formal? Tidakkah tebiat namanya? Sabar, sabar. Usia sebegini sememangnya
sinonim dengan alam pekerjaan profesional, lebih-lebih lagi kepada graduan yang
baru saja tamat pengajian di universiti. Masa dekat universiti, pakai baju apa
ke kelas pun tak ada siapa kisah. Formal atau tak formal, who cares? Asal ikut dress
code, tak kena saman, sudah (situasi
di universiti saya, hehe). Lagipun dekat universiti jarang ada orang yang bagi
panduan berpakaian ketika bekerja, melainkan jika anda mengikuti mana-mana
kursus grooming alam pekerjaan.
But but but, bila dah melangkah ke alam pekerjaan, perkara
sebegini harus diberi perhatian. Saya sendiri akui saya sangatlah tak mahir
dalam bidang pemilihan pakaian. Apa yang sedap dipakai dan nampak cantik di
mata saya, itulah pakaian saya. Yang penting, syariah compliance. Bila bekerja, mana boleh main hentam pakai apa yang
kita suka. Lagi-lagi bekerja dengan syarikat gergasi dan raksasa yang sangat
menitik beratkan isu professionalism
kepada pekerja mereka. Jangan nak buang tebiat pergi pakai t-shirt dengan
seluar pendek macam dekat rumah ke pejabat kalau tak sudi dicepuk oleh bos.
Takkan nak pakai seksi-meksi pula. Jangan cari fasal!
Bila
buat beberapa kajian sedikit, barulah terbuka mata tentang trend pakaian
formal wanita. Untuk lelaki mungkin
kena Google di blog-blog bloggers
lelaki (kot, hehe). Selalu orang akan tanya, pakaian formal itu macam mana?
Macam mana nak kelihatan formal tetapi pada masa yang sama masih lagi nampak
elegan dan yang penting, syariah compliance.
Pakaian berwarna putih/pastel
Pergilah
mana-mana pejabat pun, hatta swasta mahu pun kerajaan, putihlah warna yang
sinonim dengan formaliti. Lagi-lagi kalau dipadankan dengan hitam. Tengok
sajalah lawyers yang sinonim dengan
warna sebegini. Nampak sangat smart,
dan yang penting formal dan sesuai dengan pekerjaan mereka. Tak kisahlah sama
ada nak berbaju kurung putih atau berkemeja putih, memang nampak segak di mata
sesiapa yang memandang. Kadang-kadang mungkin ada yang tak selesa berbaju
putih. Katanya nanti cepat kotorlah, nampak suci sangatlah (boleh pula
begitu?). Tak nak putih, no problem.
Pilih pakaian berwarna pastel macam lavender,
light peach, light mint dan semua light
light yang lain (macam pilih warna cat rumah pula).
Agaknya
kena reject temuduga tiga bulan lepas
sebab pakai dark purple (kot,
hahaha).
Pakaian hitam
Bak
kata orang putih, you can never go wrong
with black! Pilihan paling selamat katanya. Selain meningkatkan level of confidence kita, pakaian
berwarna hitam juga akan memberi ilusi tubuh badan yang lebih kurus dan
penampilan yang lebih elegan. Wah, wah. Tak teruja ke anda lebih-lebih lagi bab
kurus? Haha.
Mix
and match attire
Ini
dah terlalu biasa bagi kaum perempuan. Tambah-tambah trend sekarang banyak
betul blaus dan skirt berwarna-warni macam lollipop.
Cantik memang cantik, lagi-lagi kalau kena padanannya. Lepas itu dipadankan
pula dengan tudung yang bermacam-macam jenis. Sampai keliru, “eh dia ni nak
pergi bekerja atau nak berjalan-jalan dekat Suria KLCC?”. Mix and match pun yalah juga, tapi jangan sampai main hentam pilih
warna kontra yang nampak serabut di mata orang. Takut orang tengok dah serupa
pokok krismas. Meriah!
Outerwear – blazer/jaket
Ini
pun trend yang agak baru saya lihat pada zaman sekarang. Bukan trend pakai
blazer macam kot lelaki ala-ala Tuan Anas Mikael dalam TV itu, bukan! Jaket dan
blazer untuk wanita sekarang pun banyak dah dimodenkan. Ada pelbagai warna dan
fesyen yang sangat menarik perhatian. Nampak bergaya pun ada. Yang penting, masih
mengekalkan ke’profesionalisme’an anda sewaktu bekerja.
Macam
mana, dah dapat pencerahan tentang pakaian formal wanita yang terkini? Lepas
ini dah bolehlah periksa wardrobe
masing-masing, tengok mana pakaian yang sesuai dengan pekerjaan masing-masing.
Kalau yang tak banyak koleksi pakaian yang sesuai dengan situasi formal,
bolehlah beli buat koleksi. Thanks to ZALORA Malaysia yang ada banyak
koleksi pakaian sesuai dengan kehendak pengguna, dari formal to casual, busana Muslimah dan banyak lagi.
Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan dalam beberapa entri yang lepas, saya dengan suka dan citanya nak berkongsi pengalaman naik pelamin pentas sempena majlis konvokesyen saya. Alhamdulillah, tanggal 8 November yang lalu, akhirnya ditauliahkan jua sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemanusiaan dalam pengkhususan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan. Konvokesyen edisi ke-31 kali ini menyaksikan lebih 5000 graduan UIA menerima ijazah dalam bidang masing-masing, termasuklah bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Memandangkan sesi konvokesyen bagi kulliyyah saya berlangsung pada bahagian petang, saya dan keluarga bertolak dari hotel ke UIA sekitar jam sebelas pagi. Lepas makan tengah hari dalam keramaian makhluk di UIA pada waktu itu, saya pun bersiap-siaplah sarung jubah apa semua. Masya Allah jubah konvokesyen UIA sangat rumit, bertali dan berhud bagai. Hahaha. Bila dah siap, terus gerak ke Pusat Aktiviti Kebudayaan UIA untuk berkumpul bersama-sama dengan graduan yang lain.
Jangan risau, dekat CAC (Cultural Activity Center) dah dilabelkan siap-siap dekat mana nak berkumpul. Masuk terus ke CAC melalui pintu yang ditetapkan, terus gerak ke label barisan tempat duduk masing-masing. Jangan lupa periksa nombor kerusi sebelum masuk ke dewan, walaupun nanti masa berbaris akan ada kakak-kakak committee majlis konvokesyen yang akan bariskan anda ikut nama. Yang penting kena tahu nombor baris kerusi anda. Jangan lupa juga untuk bawa bersama kad konvokesyen masuk ke dalam dewan. Itu nyawa! Haha. Tak ada kad, nama anda tak terpaparlah di skrin waktu ambil skrol di atas pentas. Lagi parah kalau nama tak disebut. Tak seronoklah. Seperkara lagi, lebih baik tak perlu bawa beg bersaiz besar ke dalam dewan. Nak bawa handphone, dompet semua itu, selit dalam kocek baju (lebih elok pakai baju berkocek). Kalau baju tak ada kocek dan terbawa beg tangan masa beratur alamatnya soroklah beg dalam jubah. Nampak habislah kembung sana dan sini, hahaha. Sebab tak digalakkan bawa beg ini tak naklah nampak beg macam-macam warna bila ada live streaming majlis dalam dewan. Tak cantik pula orang di luar dewan nampak.
Habis majlis, esoknya dah pun nak bersiap untuk balik ke Perlis semula. Sebelum balik, sempat lagi bergambar kenangan dengan rakan-rakan sebelum pergi hantar jubah, ambil skrol dan gambar pentas. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar sekali. Bahagian paling menyentuh hati bila dapat menyanyikan lagu UIA Leading The Way untuk kali terakhir. Sebak dan bangga. Lepas dah habis majlis sesi saya pun masih tak boleh nak move on lagi. Konvokesyen mempertemukan saya kembali dengan rakan-rakan seperjuangan di UIA selama lima tahun.
Agak-agaknya bila lagi dapat berkumpul macam zaman belajar dulu?

Assalamualaikum.
Dah habis belajar di UIA barulah perasan yang tak ada satu pun entri di blog bercerita fasal bidang pengajian sendiri. Apa punya seniorlah saya ini. Memandangkan saya dah pun berjaya mengharungi pahit manis menjadi pelajar BENL di UIA, rasanya tak salah kalau saya kongsikan serba sedikit berkenaan pengajian ini yang mungkin boleh jadi panduan kepada bakal penuntut jurusan yang sama.
Di UIA, jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan ini dipanggil BENL, as it stands for Bachelor of English Language and Literature. In case ada yang tertanya, "akak ni course BENL why don't you just write in English?" eh suka hati sayalah nak tulis bahasa apa pun (hehe, gurau saja). Rojak campur pun sedap, lagi-lagi dinikmati ketika perut sedang kelaparan okay cut the crap. BENL merupakan salah satu kursus di bawah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS) dan di bawah Human Sciences (HS) Division. Selain BENL, terdapat kursus seperti History and Civilization, Communication, Sociology and Anthropology, Psychology dan Political Science.
BENL terbahagi pada tiga bidang pengkhususan iaitu:
1. Linguistics
2. Literature
3. Combination of linguistics and literature.
berserta 18 subjek major yang perlu diambil bersamaan dengan 54 jam kredit. Untuk subjek pengkhususan, anda dikehendaki mengambil 6 subjek yang bersamaan dengan 18 jam kredit. Tapi khabarnya bagi intake baru bermula tahun 2012, mereka perlu mengambil 7 subjek pengkhususan. Siap ada internship lagi. Tak adil betul, zaman saya dulu mana ada. Kempunan nak merasa pengalaman berpraktikal. Hah, nampak macam sedikit subjek BENL ini tapi itu belum lagi dicampur dengan subjek fundamental core courses HS disebabkan BENL di bawah HS Division dan subjek-subjek di bawah IRK Division, bahasa Arab, subjek kokurikulum dan sebagainya. Nak cerita panjang nanti tak faham pula. Ada baiknya rujuk study plan yang terdapat di laman web UIA sendiri.




Jadi, kalau anda fikir pelajar BENL cuma menghadap subjek linguistik dan sastera semata-mata, sila hapuskan persepsi itu ya, kerana seiring dengan matlamat universiti (ewah, apa mak merepek?) untuk melahirkan graduan
all-round makanya banyak juga subjek yang perlu diambil yang tak ada kena-mengena dengan bahasa Inggeris. Contohnya seperti lapan subjek IRK
Division yang perlu diambil bagi pelajar
single major. Yang nak buat
minor itu lain cerita.
 |
Lapan subjek IRK yang saya ambil (highlighted in yellow) |
Well, bila jadi pelajar BENL ini ada sedikit sebanyak persoalan yang timbul daripada orang sekeliling yang kurang arif berkenaan dengan bidang pengajian ini. Ada yang kata BENL macam TESL, ada yang kaitkan lepasan BENL kebanyakannya sekadar bekerja sebagai guru atau kerjaya dalam bidang pendidikan. Saya malas nak cerita panjang disebabkan isu ini ada saya tulis dalam entri 'UIA dan Asasi Bahasa Inggeris' suatu ketika dulu (entri tersebut masih wujud). Yang paling
hot bila orang selalu ingat belajar bahasa Inggeris ini cuma berkisar tentang
English grammar, padahal apa yang dipelajari itu jauh lebih
advance dari tatabahasa. Kalau linguistik, sedalam-dalam aspek bahasa dikaji seperti aspek fungsi sesebuah peraturan tatabahasa (
grammar rules), semantik, morfologi dan banyak lagi. Bagi pengkhususan sastera, pelajar didedahkan dengan seasas-asas perkara dalam bidang ini seperti puisi, drama, novel dan prosa, sastera Islam, Amerika dan pelbagai lagi,
which I find way more interesting of discovering the language itself. Sebenarnya,
English is beyond the language. It's everything. Dulu zaman sekolah punyalah tak suka bahasa Inggeris ini tapi Allah takdirkan saya sendiri untuk meneroka bidang yang selalu orang cakap, "ala,
English je pun. Bukannya
medic/engineering/accounting/laws etc.."
Setakat ini saja coretan saya untuk entri kali ini. Macam biasa, sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh emel di izzfiez@gmail.com.
Wassalam.
Assalamualaikum.
Sejak dua tiga menjak, saya banyak membaca dengan kisah-kisah rumah tangga yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Facebook. Tak kurang dengan membaca confessions berkisar perkara yang sama di fanpage IIUM Confession. Selain masalah biasa bagi seorang pelajar, saya tertarik dengan beberapa luahan mereka yang memilih untuk menjadi anonymous demi menyampaikan apa yang dah lama terbuku di hati. Jujur, saya pernah juga buat pengakuan di IIUM Confession. Yang mana satu, rahsia! *emotikon ungu bertanduk sedang tersengih*
Saya terpanggil untuk menulis setelah membaca pengakuan di bawah.

Tunjang utama dalam pengakuan di atas ialah masalah suami atau lelaki yang bergantung kepada perempuan, dalam situasi ini, isteri. Bila baca banyak sangat fasal kemelut rumah tangga, siapa kata tak tergugat nak kahwin bukan? Rasa macam tak sanggup bila nak berhadapan dengan spesis manusia seperti ini. Lagi baik tak kahwin terus. Tapi, dah macam menidakkan fitrah pula. Tapi bila mengenangkan kehidupan lepas kahwin yang berjuta onak dan ranjau, baik lari menyorok dalam gua. Suami jadi macam ini satu saja masalahnya. Kurangnya memahami tanggungjawab sebenar seorang ketua keluarga.
Kalau mereka faham, agak-agak ada tak nak minta duit isteri untuk beli keperluan sendiri padahal untuk kegunaan isteri pun tak cukup?
Agak-agak mereka sanggup nak lepaskan tanggungjawab cari nafkah dekat isteri seorang?
Dan macam-macam hal lagi. Menyedihkan, namun inilah realiti kehidupan perkahwinan sekarang. Bukanlah saya nak memomokkan para pembaca semua. Alhamdulillah, walaupun banyak kita dengar masalah rumah tangga berlaku dalam kalangan masyarakat kita, namun masih ada lagi mereka yang tengah mengecap bahagia bersama keluarga masing-masing.
Pendek kata, masing-masing kena faham tugas dan tanggungjawab. Suami kena cari nafkah, sediakan segala keperluan isteri dan anak-anak. Janganlah duit belanja dapur pun tak pernah bagi, lepas itu mengadu isteri tak masak sedap-sedap, tak berhias. Nak masak sedap atau berhias apanya kalau dalam sebulan satu sen pun tak keluarkan untuk isteri dan anak-anak. Kalau isteri itu bekerja tak mengapalah, sekurang-kurangnya mereka ada pendapatan sendiri. Yang tak bekerja? Makan hati sajalah. Itu pun sampai bila nak tahan. Yang si isteri pun sama juga. Bila suami bagi cukup keperluan, jangan terlalu mendesak nak itu ini. Tengok kawan ada beg tangan baru, paksa suami belikan walaupun dia tahu suaminya bergaji kecil. Nak bayar kereta, rumah, bil api, air, Astro dan macam-macam lagi. Tengok kawan bercuti ke luar negara, dia pun nak juga tanpa mengetahui suami itu dah bersusah payah kerja
overtimelah, apalah.
Jadi dah merepek merapu panjang fasal tanggungjawab suami isteri ini, apa pula kaitannya dengan tajuk entri saya? Orang dulu
versus orang sekarang.
Agak-agak?
Saya nak bercerita sedikit tentang mak dan arwah abah saya, ada kaitan dengan tajuk entri kali ini. Memandangkan dah setahun arwah abah pergi, entri ini saya dedikasikan untuk beliau, untuk menunjukkan kepada para pembaca semua tentang tanggungjawab.
Mak dan arwah abah berkahwin selepas beberapa tahun bekerja sebagai guru. Masa itu, abah cuma lepasan Diploma Perguruan dari sebuah maktab perguruan di selatan tanah air. Mak pula ada ijazah sarjana muda dari USM Pulau Pinang. Dari sini secara kasarnya anda dapat melihat ada sedikit perbezaan taraf pendidikan mak dan arwah abah saya. Dari segi tangga gaji juga berbeza. Umum sedia maklum, waktu itu guru yang ada ijazah selalunya gaji lebih mahal daripada guru yang cuma lulusan diploma. Perbezaan itu tak dijadikan masalah untuk mereka berdua membina rumah tangga.
Selama saya hidup bernafas mengenali arwah, abah saya seorang yang sangat bertanggungjawab. Sangat sangat sangat! Dengan gaji kecilnya itulah dia menyara kehidupan kami sekeluarga walaupun mak sama-sama bekerja. Tak pernah sesekali dia sewenang-wenangnya ambil duit mak untuk kepentingan diri sendiri. Abah cuma orang kampung biasa. Datang pula daripada keluarga yang susah. Jadi dia tahu macam mana nak hargai setiap rezeki yang dia ada. Tak pernah sedikit pun riak dengan apa yang dia miliki.
He stayed humble at all time.
Dengan gaji kecil arwah, duit itulah guna untuk beli makan untuk kami adik-beradik, guna bayar kereta, bil api, air, Astro dan banyak lagi. Bayar memang
on time! Bukan jenis suka buat tunggakan dua tiga bulan biar tak berbayar sampai kena potong. Dulu pernah langgan pakej
broadband, abahlah tukang membayarnya. Sekali pun tak pernah kena
blocked sebab abah selalu bayar bil anak bertuahnya ini. Kadangkala, abah akan mesej saya beritahu dia dah masukkan sejumlah duit belanja. Abah bukannya guru berpangkat tinggi, sekadar guru biasa yang tahu tanggungjawabnya.
Tak pernah sekalipun saya tengok dia terpaksa meminjam. Kawan-kawan pinjam itu banyaklah. Tapi arwah jenis bukan yang kedekut. Gaji kecil itulah dapat tolong anak saudaranya masuk ke universiti. Dia tak lupa bersyukur. Gaji kecil itulah dikumpulnya untuk dia, mak dan adik-adik saya ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada tahun 2013. Sesen pun duit mak tak keluar walaupun belanja ke tanah suci memerlukan kos yang tinggi, kira-kira RM5000 setiap orang (pada waktu itu). Kata mak, waktu itu mak sudi nak berkongsi kos perbelanjaan yang perlu dibayar kepada ejen syarikat menunaikan umrah. Yalah, mak pun keberatan nak biarkan abah bayar seorang diri.
Tapi, abah kata kepadanya, "simpanlah duit tu. Lepas ni nak guna lagi."
Lepas abah meninggal dunia barulah kami faham apa yang arwah maksudkan. Dengan sikap bertanggungjawab arwah menguruskan kewangan keluarga, mereka berempat (kecuali saya yang bakal menjalani peperiksaan akhir semester waktu itu) dapat ke tanah suci untuk pertama kali (yang pertama dan terakhir untuk arwah). Dengan sikap itulah, dari kecil lagi kami tiga beradik dah ada akaun Tabung Haji dan dah pun mendaftar haji sejak tahun 2010. Abah dan mak punya kesedaran untuk pengurusan kewangan masa depan anak-anak. Alhamdulillah, sampai sekarang masih tak berusik simpanan Tabung Haji saya dan adik-adik. Harapnya kami dapat gunakan peninggalan arwah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah.
Tak tahu macam mana nak ucapkan syukur kepada Allah. Lepas arwah meninggal banyak betul hikmah untuk kami. Rezeki datang tak disangka-sangka dari pelbagai sudut. Alhamdulillah, berkat kejayaan abah memacu bahtera keluarga kami sejak dari dulu mengikut apa yang ditetapkan Islam. Arwah faham tugas dan tanggungjawab seorang ketua keluarga kepada keluarganya.
Manalah nak cari lelaki macam ini lagi sekarang?
 |
Hopefully we'll reunite in Jannah one day, abah |
Baik lelaki mahupun perempuan, sama-sama kita cuba memahami tugas dan tanggungjawab kita bukan saja sebagai bakal suami/isteri orang, tapi tanggungjawab kita sebagai khalifah, hamba Allah, anak, pelajar, pekerja dan macam-macam lagi *tengah nasihatkan diri sendiri*. Contohi zaman mak dan ayah kita yang kerja tak seberapa, gaji kecil, hidup susah, tapi masih mampu besarkan kita adik-beradik sampai berjaya dan dah mampu tersenyum melihat kejayaan anak-anak mereka.
Assalamualaikum.
Hai anda semua kembali bersama saya yang bersedia untuk merepek bahagian kedua persiapan menghadapi majlis terbesar dalam hidup selain majlis akad nikah. Jika bahagian pertama saya ceritakan tentang persiapan fasa pertama, kali ini saya mahu kongsikan pula perkembangan persiapan tersebut. Means apa dah jadi lepas beberapa bulan menganggur di rumah selepas graduasi dan sebagainya (status terkini: masih menganggur).
Okey, dalam entri lepas saya tamatkan perkongsian lepas dapat tahu graduation list untuk konvokesyen kali ini. Waktu itu tarikh sebenar konvokesyen pun masih tak diketahui mengikut giliran kulliyyah masing-masing. Tak lama lepas itu barulah dikeluarkan tarikh sebenar. Alhamdulillah, untuk kulliyyah saya, Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (IRKHS), sesi penerimaan skrol akan berlangsung pada 8 November 2015, sesi sebelah petang.
 |
Berkonvokesyen sekali dengan graduan Kulliyyah of Nursing |
Lepas tarikh dikeluarkan, maklumat berkenaan dengan proses mendapatkan jubah konvokesyen masing-masing dikeluarkan oleh pihak universiti.
 |
Boleh mula mengambil jubah konvokesyen masing-masing mengikut tarikh dan masa
yang ditetapkan |
 |
Maklumat berkenaan dengan kod pemakaian sewaktu istiadat konvokesyen |
Untuk mendapatkan jubah konvokesyen masing-masing, para graduan diwajibkan untuk mengisi
robe collection form bersama-sama dengan
online tracer study yang boleh mula diakses pada 5 Oktober sehingga 7 November (kena menunggu lagi).
 |
Sudah siap diisi |
Tak isi semuanya,
say goodbyelah pada jubah konvokesyen anda ya. Bukan itu saja, anda akan gagal untuk mendapatkan kad jemputan untuk dua ahli keluarga atau sesiapa saja yang ingin dibawa anda untuk masuk ke dalam dewan konvokesyen.
Sekian saja bahagian kedua. Nak cerita panjang pun, banyak lagi benda tak selesai sebab masih menunggu bila nak isi
tracer study dan
robe form serta menunggu keluarnya
seating arrangement. Bahagian ketiga akan menyusul, tapi lambat lagilah. Sebab bahagian ketiga saya nak cerita perjalanan hari konvokesyen (masa hari kejadian).
Which means lepas 8 November baru boleh tulis entri berkaitan!
Temuduga Pertama
29 Aug 2015 3:45 AM (9 years ago)
Assalamualaikum.
As the title written up there, maka untuk kali ini saya nak bercerita fasal pengalaman pertama saya melalui proses temuduga kerja. Well, itulah urusan masa depan yang saya sempat catat pada akhir entri sebelum ini. Berdebar itu jangan diceritalah. Mana taknya kalau ini merupakan temuduga pertama saya yang membabitkan soal masa depan. Masa zaman di UIA dulu setakat interview nak jadi fasilitator itu adalah. Lepas itu masa semester akhir kebetulan belajar fasal subjek kerjaya jadi saya dah pun diberi pendedahan tentang the do's and the don't's masa temuduga.
Alkisahnya, jawatan yang saya mohon ialah sebagai information analyst di sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Finland. Eh, saya tak ke Finland, sebaliknya ke pejabat cawangan syarikat ini di Kuala Lumpur. Skop tugas merangkumi kerja-kerja menganalisis artikel dan akhbar setiap hari dan jumlah artikel yang perlu ditulis dah pun ditetapkan oleh pihak atasan. Dan memandangkan syarat-syarat yang dikemukakan untuk kerjaya ini menepati kelayakan saya, saya terus hantar resume dan surat permohonan kerja ke emel syarikat. Hantar hari Sabtu, tak sangka pula dapat emel ke temuduga pada hari Selasa (18 Ogos) walhal tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos. Memandangkan tak sempat nak siapkan apa yang patut untuk hari tersebut dan saya rasa macam terlalu tergesa-gesa, saya mohon supaya tarikhnya ditangguhkan. Alhamdulillah, tarikh cadangan diterima iaitu pada Khamis, 27 Ogos 2015.

Nak cerita dari segi persiapan itu, sebenarnya
last minute baru siapkan apa yang patut. Cetak resume, sijil-sijil akademik dan Google fasal syarikat. Ini penting, manalah tahu si penemuduga nak duga pengetahuan anda tentang syarikat mereka. Nama pun temu dan duga. Hahaha. Sempat juga saya bertanya rakan yang dah pun melalui proses ini dari segi soalan yang bakal ditanya, pakaian yang sesuai dan banyak lagi. Untuk temuduga kali ini, saya memilih jalan selamat. Baju kurung tak banyak warna dan blazer arwah abah (konon bawa semangat arwah sekali, hehehe). Selesai segalanya, saya bertolak ke Kuala Lumpur pada Rabu (26 Ogos) dan bermalam di rumah rakan saya, Najla, di PV5 Taman Melati. Sempat lagi menjengah ke NU Sentral sebab perut teringin nak menelan Dubu Yo.
Hari yang dinanti telah tiba. Seawal jam 8 pagi saya dan Najla bertolak keluar di UIA (hah nampak sangat masih tak boleh
move on dengan mantan universiti, huahuahua). Memandangkan Najla bekerja pagi tersebut, saya akan ke tempat temuduga sendirian dari UIA. Sekitar jam 10.30 pagi baru ambil bas T231 ke LRT Gombak. Nak dekat jam sebelas baru sampai di KLCC. Mak peduli apa orang ramai tengok mak macam dah lambat masuk kerja. Hahaha. Mana taknya, dengan berbaju kurung, blazer, kasut tinggi tengah hari buta. Keluar dari Suria KLCC, ingatnya nak pergilah tengok jalan nak ke tempat temuduga di Wisma UOA 2 Jalan Pinang. Panas terik dan akhirnya mengalah bila terpaksa buka blazer sambil berjalan. Mula-mula, saya lalu di sebelah Suria KLCC, bila tengok macam jauh pula nak ke tempat temuduga. Lepas itu redah punya fasal, ambil jalan sebelah KL Convention Centre, lalu di sebelah Mandarin Oriental Hotel, akhirnya jumpa pun Jalan Pinang. Masa itu menyesal tak sudahlah sebab pakai kasut tinggi. Taubatlah mak lepas ini, hahaha.
Nak dekat 11.30 pagi tibalah mak ke tempat yang dituju. Masa itu berbelah bahagi sama ada nak naik terus atau nak tunggu di bawah, tapi kaki ini laju saja melangkah. Awal sangat pun awallah. Nampak tak betapa mak
desperate nak pergi temuduga? Hahaha. Lepas daftar di sekuriti bangunan, naiklah ke tingkat tiga belas. Eksklusif betul pejabat dekat sini, macam bilik hotel pun ada. Lepas mundar-mandir sekejap dekat luar pintu pejabat sebab segan nak ketuk pintu, saya beranikan diri nak tanya pekerja dekat situ. Alhamdulillah, terus jumpa dengan Ms. Iris,
administrator syarikat. Yang penting beliau ingat nama saya. Lepas itu saya terus dibawa ke bilik temuduga. Untung datang awal, boleh habis awal, balik awal.
Masuk saja dalam bilik, saya diberi informasi ringkas tentang apa yang akan berlaku. Oh ya, temuduga ini terdiri dari dua peringkat iaitu
English test dan
oral interview. Untuk ujian, calon dikehendaki menganalisis artikel dan berita berkaitan perniagaan yang dah disediakan. Ada empat semuanya, campur bahasa Melayu dan Inggeris. Berbekalkan ilmu secebis dari kelas
Intensive Expository Writing Mr. Mazlan dulu, mak main tulis saja. Betul tak betul tolak ke tepi. Yang penting, siap! Lepas habis sesi pertama dapatlah rehat sepuluh minit sebelum bermulanya temuduga sebenar.
Sesi kecut perut pun bermula! Lupa pula mak nak tanya nama tukang temuduga itu, tapi merupakan seorang lelaki berbangsa Cina. Alhamdulillah,
everything went very well. Entah apa saya merapu bila jawab soalan itu tak tahulah. Tak lama pun sesi berlangsung. Sekitar jam 2 petang, segalanya berakhir. Namun, tak semestinya dapat lagi kerja ini bila akan ada saringan dengan calon lain untuk ke pusingan kedua temuduga.
Let's hope for the best lah katanya. Mak simpan harapan sikit saja. Selebihnya tawakal kepada Allah. Ada rezeki di sini, insya Allah.
Begitulah cerita temuduga pertama. Sebenarnya, masa nak menunggu hari kejadian saja yang berdebar. Bila dah berada di dalam bilik temuduga, tak rasa apa-apapun. Macam berborak dengan
lecturer. Tapi, tak tahulah. Mungkin sebab masih di peringkat pertama. Untuk peringkat kedua, boleh terkucil dengan bos besar.
Doakan saya ya!
Assalamualaikum.
Hari ini nak tulis entri lebih serius setelah dua entri yang lepas kerja nak meroyan dekat blog. Alhamdulillah, setelah setahun menuntut ilmu di pusat asasi dan empat tahun di kampus utama, saya telah pun berjaya mengharungi hidup sebagai seorang pelajar undergraduate. Tamat sudah fasa pertama. Fasa lain bertingkat-tingkat lagi ya anak-anak. Doakan mak kau orang ini berjaya harungi fasa hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Okay, cut the crap.
Kisahnya hari ini saya nak berkongsilah apa yang kami selaku pelajar (or should I call myself an ex-student already?) UIA ini akan buat menjelangnya tarikh keramat ini. Insya Allah, bagi tahun ini, istiadat konvokesyen ke-31 UIA akan berlangsung pada 7-9 November 2015. Makna kata adalah lagi dua tiga bulan lebih macam itu. Sempat lagi nak kahwin supaya kau tak keseorangan masa terima ijazah nanti. Hahaha. Kembali ke topik asal, persiapan nak bergraduasi ini dilakukan seawal semester akhir lagi. Masa itu kena peka dengan notis yang dikeluarkan kulliyyah. For your information, kita orang ini kena memohon untuk graduasi okey? Isi permohonan secara online melalui aplikasi i-Grad dan hantar. Saya pun dah tak ingat bila aplikasi boleh mula diakses.

Sebelum atau selepas itu, kenalah hantar dokumen seperti borang graduasi dan salinan kad pengenalan kepada pihak kulliyyah supaya mereka dapat memproses permohonan graduasi kita ke pihak AMAD (
Academic Management and Admission Division). Kau tahu sampai sekarang mak tak dapat hafal nama penuh AMAD? Teruk betul. Mujur ada Google.
Lepas dah selesai, menantilah dengan sabar sampai mereput, ambil peperiksaan akhir dan tunggu keputusannya keluar. Masa ini bolehlah nak
tweet di Twitter atau
update Facebook dengan status '
unofficially graduated'.
Habis saja peperiksaan, mereputlah dekat rumah atau cari kerja sementara nak tunggu nama di'
endorse' oleh IIUM
Senate yang merasmikanlah bahawa seseorang itu sudah benar-benar bergelar graduan UIA. Bagi tahun ini, keputusan peperiksaan keluar pada 19 Jun 2015, manakala transkrip rasmi keluar pada 31 Julai 2015.
Untuk dapatkan transkrip penuh, apa-apapun kena selesaikan bab
clearance. Kiranya bayar hutang kalau ada baki tertunggak dengan UIA (yuran, saman trafik, denda).
Jadi bila dah selesai di setiap checkpoint, statusnya akan berubah menjadi sebegini. Bolehlah terus ke AMAD untuk dapatkan transkrip penuh dan release letter. Jadinya boleh dah kalau nak mula minta kerja dan sebagainya menggunakan transkrip tersebut.
 |
Release letter saya |
Tak lama lepas itu,
graduation list pun keluar. Periksa nama masing-masing, manalah tahu tiba-tiba dia main acah tak nak keluar boleh rujuk ke AMAD dengan kadar yang segera.
 |
Nama saya di tangga ke-56! |
Rasanya setakat ini saja untuk bahagian pertama entri kali ini. Lagipun tarikh dan giliran apa semua masih belum dikeluarkan pihak berkaitan. Kita sabar sajalah ya. Apa-apa perkembangan saya akan masukkan di entri bahagian kedua, insya Allah. Manalah tahu boleh jadi panduan bakal graduan konvokesyen tahun depan pula.
Doakan saya untuk sebuah urusan membabitkan masa depan Khamis ini.

Assalamualaikum.
Pernah membeli-belah di Lazada, portal beli-belah yang terkenal itu? Lazada menawarkan banyak barangan termasuk pakaian, perkakas rumah, barangan elektronik dan banyak lagi. Dari dulu lagi suka survey harga smartphone di Lazada yang selalu bagi diskaun. Nak beli teragak-agak lagilah sebab takut juga kalau kena tipu dan sebagainya. Kalau setakat dua tiga ringgit bolehlah lagi. Kalau melibatkan urusan beratus ringgit memang tinggi juga risikonya.
Kebetulan, saya baru develop semula minat pada bidang jahitan lepas dipengaruh oleh rakan saya sendiri. Dah lama betul tak menjahit sejak zaman ambil subjek Kemahiran Hidup - ERT. Akhirnya saya putuskan untuk beli mesin jahit sendiri, jadi lepas ini senanglah nak jahit baju raya untuk keluarga. Manalah tahu lepas itu dapat kembangkan bakat jadi tukang jahit pula. Hehe.
Saya survey harga mesin jahit di Lazada. Memang ada banyak jenis mesin dan ada diskaun. Pilih punya pilih, saya buat keputusan untuk beli mesin jenama Brother GS2700 sebab dah terbiasa guna mesin jahit kepunyaan kawan jenama yang sama and it turned out to be saya memang suka mesin jahit ini! Maka dekat sini saya nak war-warkan kelebihan GS2700 ini berbanding mesin jahit portable yang lain.
Quick set bobbin.
Bab ini saya paling teruja bila tengok kawan yang tak perlu susah-susah nak manually gulung benang ke bobbin dengan hanya automatically set benang untuk bergulung sendiri pada bobbin. Mudah, dan yang paling penting sangatlah menjimatkan masa. Memang sesuai untuk budak-budak baru nak belajar menjahit macam saya (belajar menjahit balik, hehe).
User-friendly
Bab ini pun mengkagumkan saya juga. Dekat mesin dah ada label step-by-step macam mana nak pasang benang atas. Tak perlu pening-pening nak baca buku panduan, melainkan anda memang baru pertama kali berhadapan dengan mesin jahit. Buku panduan mesin jahit ini pun sangat mudah untuk difahami. Dari mengenal komponen mesin sampailah cara-cara nak pasang benang atas dan bawah, nak tukar stitches, nak pasang jarum dan sebagainya, semua ada.
Harga mampu milik
Rajin-rajin survey di Lazada anda akan dapat harga terendah di pasaran. Lazada selalu saja tawarkan diskaun untuk para pembeli. Masa mula-mula saya tengok harga yang ditawarkan ialah RM650, tetapi saya beli dengan harga RM695. Harga termasuk GST dengan kos penghantaran yang percuma menggunakan khidmat syarikat kurier SkyNet.
Saya tempah mesin ini pada hari Jumaat (12 Jun) dan mesin jahit selamat tiba di rumah pada hari Isnin (15 Jun). Cepat bukan? Lazada siap sediakan tracking number untuk kemudahan kita track and trace lokasi barangan kita sekarang. Yang paling penting bila mereka akan memaklumkan kepada kita sejurus selepas barang siap di'bungkus' dan dah dipos melalui kurier. Lepas dah sampai ke pembeli pun mereka akan hantar emel pengesahan. Jadi kalau ada apa-apa masalah (barang rosak, tersilap hantar dan lain-lain) boleh terus hubungi bahagian khidmat pelanggan mereka.
Tak sabar nak siapkan dres yang baru selesai 50% dan baju kurung sendiri!