Cerita Hati HAMBA ALLAH SWT View RSS

No description
Hide details



Perlunya Memilih Pekerjaan 23 Mar 2015 5:11 AM (10 years ago)


Aku berlindung kepadaMu ya Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah,
Selawat Salam atas Baginda SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian ketentuanNya.



Bergelar penganggur yang masih junior kerana belum mencecah setahun menganggur, terasa juga ingin berkongsi sesuatu berdasarkan pengalaman sendiri. Almaklumlah…tulisan cerita tentang perihal diri sendiri, memang tidak banyak manfaat kepada umat kerana diri ini bukan tokoh atau ilmuwan, sekadar hamba Allah SWT yang masih lagi bertatih mengenal Allah SWT. Yang baik, ambillah..semoga pahala manfaatnya dapat memberi saham buat diri ini di akhirat nanti. Yang buruk, diri ini berlapang dada sepenuhnya insyaAllah menerima teguran & kritikan.

Jawatan Kosong, Kerja Kosong..pelbagai lagi kata kunci yang terpacul keluar sepanjang proses mencari pekerjaan di laman sesawang. Memang banyak peluang kosong, banyak juga kehendak majikan, banyak juga pilihan, banyak juga keperluan jadinya pasti kita akan berhadapan dengan pelbagai pilihan.

Dek lemahnya diri & kurangnya pengetahuan tentang apa yang terbaik untuk diri sendiri, kerana itu seringlah kita berdoa semoga Allah SWT memberikan pekerjaan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama, dunia & akhirat kita.

1.       Diri sendiri.
Kita lebih maklum tentang potensi diri kita walau apa jua kelulusan pendidikan kita. Ada yang bertahun belajar tentang haiwan, tapi minat sebenarnya pada tumbuhan & berasa yakin untuk mencari pekerjaan di bidang tumbuhan iaitu bidang yang diminati. Silakan.

Kita juga lebih tahu apa kekuatan & kelebihan diri kita. Kita mampu menerima bebanan tugas yang banyak atau kita mudah tertekan dengan suasana kerja yang tegang, kita sendiri lebih tahu apa yang kita harus lakukan. Menerima suasana itu & mendidik diri untuk lebih kuat menerima tekanan atau memilih pekerjaan yang lebih menenangkan diri.

Kita juga harus tahu apa yang kita ingin sumbangkan kepada Islam melalui pekerjaan yang ingin kita ceburi. Adakah pekerjaan itu mampu menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT atau lebih menjauh? Akan kita kupas isu itu dari sudut pilihan ‘agama’ sebentar lagi.


2.       Keluarga.
Kita lebih tahu apakah kondisi keluarga kita sendiri. Jadinya, kita harus sedar & bijak untuk membahagikan tuntutan keluarga & keperluan kita mencari rezeki.

Berbicara tentang diri sendiri (bukan syok sendiri, tetapi sebagai panduan buat sahabat yang pastinya lebih hebat dalam membuat keputusan berbanding diri saya yang faqir)…
-          Ibu sering tidak sihat.
-          Seorang adik akan menghadapi peperiksaan penting pada tahun ini.
-          Seorang adik akan menghadapi peperiksaan ulangan yang penting pada tahun hadapan & dia perlu belajar sendiri kerana telah pun berhenti sekolah lebih awal.

Jadinya, saya agak bertegas untuk mendapatkan pekerjaan yang tiada shif, cukup sekadar office hours kerana tuntutan keluarga. Mereka tidak minta untuk saya berbuat demikian tetapi saya merasakan itu keperluan saya. Home Tutor untuk adik sendiri itu keperluan buat saya buat masa ini. Sememangnya gaji yang banyak turut menyumbang untuk keluarga saya gembira tetapi keberadaan saya di sisi mereka pada kebanyakan masa itu lebih utama.


3.       Agama.
Pemilihan ini yang paling penting. Redha Allah SWT terletak di sini.

Tidak dinafikan pelbagai kerja yang ada dihadapan mata & mudah sahaja untuk lepasan universiti memohon pekerjaan itu contohnya di 7 Eleven, Tesco, Aeon & sebagainya yang hampir sama. Saya mendedahkan terus industri ini bukan untuk mengaibkan, cuma ini cara untuk saya lebih membuka mata para gadis-gadis yang saya kasihi kerana Allah SWT.

Masih banyak lagi pekerjaan yang tidak meraikan ‘keperluan’ seorang gadis / wanita Muslim dengan baik. Apakah itu ‘keperluan’ gadis / wanita Muslim?
-          Solat pada waktunya.
-          Menutup aurat dengan sempurna.
-          Pemeliharaan diri daripada ikhtilat melampau.

Masih ada industri yang tidak membenarkan pekerja Musim solat pada waktunya dengan cara memberikan waktu rehat pada waktu yang tidak sesuai. Contohnya jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang sahaja sedangkan waktu Zuhur masuk pada jam 1.15 petang.

Masih ada industri yang tidak membenarkan pekerja Muslim wanita menutup aurat dengan sempurna. Mereka diwajibkan untuk memasukkan tudung dalam kemeja berlengan pendek, pastinya nampak bentuk dada sedangkan seorang gadis / wanita Muslim itu diminta untuk melabuhkan tudung / kain menutupi dada. Ada juga diantaranya yang diminta untuk memasukkan baju ke dalam seluar yang pastinya akan menampakkan bentuk punggung / bahagian belakang mereka. Ada juga diantaranya yang diminta untuk memakai baju company yang sememangnya ketat & langsung tidak dibenarkan untuk memilih saiz yang longgar.

Masih ada juga industri yang tidak memelihara kehormatan wanita sebagai aurat yang perlu dijaga. Mereka diwajibkan untuk berjabat tangan dengan para lelaki yang dikatakan berjawatan tinggi dalam company atau pelanggan sebagai tanda menghormati mereka & menjadikan itu sebagai budaya biasa dalam pekerjaan.

4.       Dunia & Akhirat
Saya tidak dapat menghuraikan lebih tentang pemilihan ini. Bagi saya, ini rahsia Allah SWT cuma kita juga perlu bijak menilai apa yang baik & buruk buat diri kita. Jauhi syubhat & perkara yang melalaikan. Segala apa yang Allah SWT berikan insyaAllah itulah yang terbaik buat diri kita. Semoga kegigihan kita mencari rezeki yang berkat atas dunia ini diberi ganjaran oleh Allah SWT kesenangan buat kita sekeluarga di akhirat kelak.

Seperti yang sering kita dengar, ‘setiap orang punya bahagian masing-masing…’. Jadinya bersyukurlah dengan bahagian masing-masing. Mungkin ada perasaan kurang berpuas hati dengan tulisan saya pada kali ini. Ini pandangan peribadi saya yang faqir. Jangan pula selepas membaca tulisan saya ini, kita berubah watak menjadi lebih sensitif dengan mereka-mereka yang berpakaian sendat di 7 Eleven misalnya sehingga banyak pula lintasan hati kita yang menghina mereka. Kita sensitif & peka dengan mereka biarlah kerana kita mendoakan mereka supaya terus dijaga Allah SWT. Siapa tahu pahala mereka bermujahadah untuk mengubah kebiasaan itu diberkati Allah SWT? Siapa tahu setiap hari dia gigih berdoa semoga Allah SWT mengubah kemungkaran yang ada dalam suasana pekerjaannya? Alam ini tersangatlah kecil jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT yang Maha Agung. Bersangka baiklah sentiasa.

Sehingga kini, saya masih lagi belum beroleh sebarang pekerjaan. Doakan semoga urusan saya & keluarga dipermudahkan Allah SWT, dimurahkan rezeki yang diberkati, dijauhkan daripada menjadi hambaNya yang berputus asa dengan rahmatNya, & diberikan kecukupan dunia dan akhirat.

Allah SWT itu Maha Agung, mintalah padaNya dalam setiap ketika. Yakinlah bahawa ketenangan hati itu juga nikmat rezeki dari Allah SWT yang Maha Baik.



.: Sedarkah kita bahawa Allah SWT mungkin sedang bersangka baik dengan kita bahawa kita akan bertaubat daripada dosa-dosa kita, kerana itulah Dia menangguhkan balasan azab buat kita sang pendosa? Bersangka baiklah sentiasa. :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Redha Allah itu Indah 23 Mar 2015 5:09 AM (10 years ago)


Aku berlindung kepadaMu Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Selawat & Salam atas Baginda SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian ketentuanNya.



Menelusuri tinggi naik iman dalam diri sepanjang hidup atas muka bumiNya, tidak terlepas saat-saat sunyi untuk kita bermuhasabah atas setiap ketentuan Ilahi..baik buruk mahupun baik di pandangan mata.

Pernah bukan kita berdialog sendirian…
“Allah mudahkan sahaja semuanya…”

Tapi akhirnya perancangan kita itu tidak pun tertunai malah ditimpa dengan ujian hingga perancangan kita itu seolah terkubur. Kemudian kita berdialog lagi…
“Apa yang sebelum ini nampak seperti Allah mudahkan semuanya itu salahkah?”

Tiada apa yang salah dalam ketentuan Allah SWT. Apa yang kita nampak seperti Allah SWT mudahkan itu ialah manifestasi bahawa kita bersangka baik dengan Allah SWT secara mudahnya tanpa memerlukan apa-apa sebab.

Itulah kehidupan hamba. Jika baik diberikan Allah, dengan mudah dia bersangka baik. Jika buruk diberikan Allah, dengan tinggi mujahadahnya untuk dia bersangka baik. Biarlah susah payah atau semudah mana pun untuk kita bersangka baik kepada Allah, yakinlah bahawa penamat untuk kita benar-benar redha dengan setiap ketentuan Allah SWT itu dengan cara sekurang-kurangnya mampu bersangka baik dengan Allah SWT.

Barangsiapa yang resah gelisah dengan nasib kehidupannya atas dunia ini, menunjukkan masih ada cintanya yang terikat dengan dunia ini. Allah SWT akan terus uji..dan uji..dan uji kita sehingga kita tidak lagi mengikat hati kita kepada perkara selain daripada Allah SWT.



.: Semoga kita dijauhkan daripada berputus asa dengan rahmat-Nya :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tidak Mampu; Terus Merindui Dia 26 Feb 2015 7:38 AM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya.





Selepas bercerai, ibulah tempat untuk dia menumpang kasih. Namun, dia tidak mampu.

Tidak mampu untuk sering menziarahi ibu dek tiadanya duit yang mampu dihulurkan kerana dirinya juga sesak menanggung hutang demi suapan buat sang anak-anak makan.

Tidak mampu juga untuk dia sering menghubungi ibu di kampung kerana segannya untuk menjawab permintaan sang ibu yang menginginkan dirinya pulang sedangkan dia tidak mampu kerana tidak berwang..tiada juga kenderaan..terlalu banyak kekangan menghalang perjalanan.

Tidak mampu juga untuk dia sering mengadu menceritakan rasa dihatinya kerana insan yang bercerai hidup dengannya ialah menantu yang sangat disayangi ibunya suatu ketika dahulu..takut terobek lagi tercalar pandangan ibu terhadap insan itu.

Tidak mampu juga untuk dia sering menceritakan masalahnya kerana sehingga kini dia masih menumpang rumah insan itu dengan izin si tuan rumah..masih menggunakan apa yang ada biarpun yang ada itu pun serba kekurangan.

Tidak mampu juga untuk dia meluah rasa kerana sedar layak dirinya hanyalah diam..kerana dia tidak mahu menambahkan susah si ibu memikirkan nasibnya.

Tidak mampu untuk banyak bercerita kerana pendam itulah pilihannya..sehingga bergolak jantungnya menahan derita yang ada.



Namun...

Aku juga bersaksi bahawa dia juga satu-satunya insan yang paling tidak mampu menahan air mata yang tumpah saat ibunya dibawa ke kuburan..diletakkan di dalam tanah. Saat orang lain semuanya tenang, dia insan yang paling teresak tangisnya..dan aku tidak pernah melihat tangisan dia sehebat itu. Selesai tamat ibunya dikuburkan pun air matanya masih laju berderai biarpun tika yang lain sudah lama tenang menerima ketentuan.

Aku juga tahu bahawa tangisan dia itu bukannya tangisan tidak redha menerima ketentuan..tetapi kerana terlalu banyak perkara yang 'terkilan'. Terlalu banyak yang dikesalkan..namun aku tahu dia bukan sengaja untuk berbuat semua itu kerana dia sememangnya tidak mampu. Segan hidup meminta, lebih segan lagi untuk hidup menyusahkan ibunya.

Aku juga tahu tangisan itu tanda dia memohon kekuatan dari Allah SWT yang Maha Kuat..bercerai hidup dengan sang suami..bercerai mati dengan si ibu sendiri.



Jadinya...

Dek kekesalan itu..dek terkilan itu..ada suatu hasratnya yang ingin ku kabulkan. Bernikah di rumah ibunya kerana itu antara hasrat terakhir ibunya untuk melihat diriku bernikah di rumahnya kerana selain mengejar cinta yang Allah SWT redha, aku ingin menjaga cinta yang sememangnya sedia ada antara aku dan dia.

Aku cinta dia.
Aku kasih ibunya.

Aku cinta dia.
Dia ialah ibuku tercinta.


Semoga syurga tempat semua insan yang aku sayangi.

Al-fatihah buat arwah nendaku, Sipah binti Mastan.
Kakyang rindu wan.




.: Berderet orang berkahwin setiap minggu, terus dikatakan 'musim orang kahwin'. Setiap hari ada yang pergi kembali bertemu Ilahi namun kita tidak katakan 'musim orang meninggal dunia'. Sungguh, kehidupan dunia ini sementara, kehidupan akhirat kekal menanti di sana :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kegembiraan Berterusan 22 Jan 2015 11:33 PM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat & Salam atas Baginda SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.




Allah SWT ajar sabar melalui ujian,
Allah SWT ajar redha melalui musibah,
Allah SWT ajar berlapang dada melalui kesempitan.

Fitrah hamba..sentiasa hidup dalam keadaan berharap kepada Penciptanya. Diberi ujian, dia berharap akan kesabaran. Diberi nikmat, dia berharap akan kesyukuran. Hati yang kecil itu penuh dengan segala kerumitan. Hati itulah yang gembira apabila dia mendapat sesuatu yang dia suka, hati itu jugalah yang menangis mendapat sesuatu yang tidak diharapkan. Namun, hanya Allah SWT yang berhak secara mutlak menjaga hati itu agar sentiasa dalam redhaNya biarpun hati itu ditimpa pelbagai jenis perasaan yang sukar digambarkan.

Sayyidah Hakama…berhadapan dengan ujian kehidupan & peribadi, memberinya rasa syukur yang tinggi apabila dirinya ditunangkan dengan hamba Allah SWT yang dilamarnya. Melihat cinta sang jejaka itu yang tinggi terhadap Rasulullah SAW, hatinya terpaut untuk menjadikan sang jejaka itu pembimbing dirinya & keluarganya kerana hanya yang cinta kepada Rasulullah SAW akan dapat menyayangi umat Rasulullah SAW. Biarpun belum dapat Islam itu diamalkan sepenuhnya dalam keluarganya, sunnah Rasulullah SAW pun masih lompang dalam gaya hidup keluarganya namun dia masih tidak berputus asa untuk membawa sekurang-kurangnya tempias keberkatan Rasulullah SAW ke dalam keluarganya.

Almaklum hati yang sudah berpunya pasti akan merasa gembira apabila penantian kepada seorang pemimpin qawwiy yang didambakan untuk membawa diri & keluargnya ke syurga semakin ke penghujungnya. Tarikh walimah itu sudah dihebahkan tanpa dimaklumkan siapa bakal suaminya. Tidak disangka, ramai sungguh insan yang menyayangi dirinya sebenarnya. Pelbagai respon bahagia & positif yang diberikan oleh insan-insan sekelilingnya. Dia juga berbahagia melihat respon sahabat-sahabat yang turut bahagia. Dirahsiakan siapa pasangannya kerana segan & niatnya untuk mengelakkan ruang fitnah yang mampu terbuka & paling penting kerana belum lagi sampai kepada keperluan untuk mendedahkan insan itu.

Beberapa ketika kemudian, hebahan walimah perlu didedahkan beserta nama pasangannya untuk memudahkan urusan sahabat-sahabat datang ke walimah mereka bersama. Tersebar luas sudah hebahan itu. Panas disangkan hingga ke petang tapi hujan bersinggah di tengah hari. Walimah tersebut terpaksa ditangguhkan. Tarikh nikah terpaksa diubahkan. Segala perancangan dirombak, perancangan Allah SWT juga yang menjadi sesuatu yang pasti.

Tumbang dirinya. Demam tiba-tiba. Allah SWT bagi hadiah. Hadiah yang sungguh merobek hatinya. Selepas satu..satu lagi ujian yang Allah SWT beri. Dia mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar redha dengan segala apa yang Allah SWT beri.

Dah ramai ni nak survey bas untuk pergi walimah kau.

Sepantas mungkin terus laju laptop nya dibuka, gambar diedit, dipost kan dalam Facebook untuk hebahan walimah itu ditangguhkan supaya tidak ada pihak yang bersusah-susah untuk ke walimah mereka yang tidak tahu bila.


“Berhijrahlah kamu untuk mencari ketenangan.”


Beberapa hari selepas peristiwa itu, hatinya masih lagi lemah. Pantang mendengar perkataan yang mengusiknya tentang perkahwinan, pernikahan & seangkatan dengannya pasti bergenang sekolam mutiara matanya walaupun niat kawan-kawan hanyalah untuk bergurau senda. Hanya Allah SWT tahu betapa rapuh hati itu menerima ketentuan waktu itu.

Selepas selesai urusan boring audit pengijazahan & sebagainya di fakulti, dia akan kembali ke kampung halaman yang jauh nun di utara. Dia sering termenung sewaktu itu untuk mencari kekuatan dirinya. Diluahkan rasa kepada sahabat baiknya, “Tak tahu nak kerja apa. Boleh ke nak kerja jadi penulis buku je? Minat menulis je ni.” Saja dialihkan fokus hidupnya untuk terus mencari pekerjaan sedangkan Allah SWT maha tahu bahawa dia sedang berusaha untuk melupakan segala pahit yang dirasa. Pada waktu itu, dia dalam keadaan beruzlah sebenarnya..menjauhkan diri daripada sahabat-sahabat yang mengenalinya kerana belum cukup kuat masih lemah & kurang lagi keyakinan berhadapan dengan orang lain. Namun, Allah SWT mengizinkan juga sahabatnya menemuinya sebelum keberangkatan ke kampung halaman.


“Kami sahabat-sahabat mampu sumbang sebanyak ini kepada awak.
Tidak kisahlah bila-bila pun walimah awak, nanti gunalah duit ini.”


Allahuakbar..mengalir terus air matanya. Badan yang lemah itu dirangkul erat dalam pelukan sahabat. Dua sahabat itu menangis bersama. Pesanan turut sempat disisipkan buat dirinya. Syukur. Hanya terima kasih mampu diucapkan tika itu. Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak juga berterima kasih kepada Allah SWT. Dia juga sedar sumbangan itu turut diberikan oleh sahabat-sahabatnya yang juga tidak begitu berkemampuan. Sungguh, kadangkala sedekah daripada orang yang tidak mampu itu lebih tinggi nilainya daripada sedekah orang yang kaya-raya. Allah SWT mengasihi orang-orang yang kurang mampu dalam harta tetapi masih berkemampuan hebat untuk bersyukur. Syurga itu kebanyakan ahlinya ialah yang kurang berharta di dunia namun tinggi nilai syukurnya.

Dalam perjalanan ke kampung halamannya itu, Sayyidah Hakama memikirkan secara dalam & tenang atas setiap ketentuan yang berlaku dalam hidupnya kini. Di saat dia sudah redha bahawa urusan pernikahannya ditangguhkan, Allah SWT berikan sesuatu yang diluar jangkanya. Sumbangan daripada sahabat sangat banyak untuk dirinya. Sungguh, dia tidak berharta untuk membalas segala jasa mereka melalui harta juga, insyaAllah doa dititipkan buat mereka agar mereka di syurga-Nya kelak bersama keluarga mereka semuanya.


 ***


Setibanya di rumah, pelbagai kata-kata kurang sedap terimbau kembali di mindanya. “Dah lah hidup susah tak berduit, tak minta hantaran pula.” Suatu lagi kekuatan dimintanya daripada Allah SWT untuk berhadapan dengan pelbagai kata yang bakal mendatang jika dimaklumkan bahawa pernikahannya ditangguhkan. Allah..berat ujianMu kali ini. Hanya itu yang dirasainya. Hanya Allah SWT yang Maha Tahu segalanya setia disisi. Dia yang memerhati, Dia yang memberi kuat, Dia yang memiliki dirinya mutlak, Dia berhak atas segala-galanya.

Di saat dia merasa dia sudah mula kuat, sering dia diajukan soalan “bila walimah?..akak nikah bila?..” & segala macam persoalan yang berbunyi sama. Bergenang lagi air matanya. Dia belum kuat lagi sebenarnya, itu yang Allah SWT ingin tunjukkan. Namun, dia menggagahkan diri untuk menjawab persoalan sahabat-sahabat yang disayanginya itu kerana dia sedar mereka sedang mengambil berat tentang dirinya. Cara Allah SWT mengasihi dirinya ialah Allah SWT memberikan dirinya sahabat-sahabat yang sering mengikuti sunnah Baginda SAW yakni sering membantu orang lain yang memerlukan. Betapa dekat diri sahabat-sahabatnya itu dengan Rasulullah SAW dek kehidupan mereka yang sentiasa dalam sunnah Baginda Rasulullah SAW itu. Kemudian, dia dijemput pula oleh sahabatnya untuk menghadiri walimah mereka, tersentuh lagi hati itu. Aishh..rapuh yang tidak kuat sepenuhnya lagi rupanya. Allah SWT akan menguji selagi kita tidak melepasi ujian tersebut dengan baik. Itulah permainan kehidupan ini. DIa bersangka baik bahawa rezeki setiap insan itu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mendoakan kebahagiaan sahabat itu kewajipan buat dirinya & itulah ubat untuk dirinya gagah melihat nikmat kebaikan yang Allah SWT berikan atas hambaNya yang lain. Dirinya yang sakit digagahkan untuk menjaga amalan supaya dapat dirinya terjaga & sakitnya tidak semakin memburukkan keadaan. Kekuatan diminta daripada Allah SWT, merintih merayu kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala buat dirinya & keluarganya.


“Dan bersabarlah (Muhammad) menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika engkau bangun, dan juga pada sebahagian malam bertasbihlah kepada-Nya dan (juga) pada waktu terbenamnya bintang-bintang (pada waktu fajar)”
– At-Tur : ayat 48-49 -


Akhirnya keputusan bilakah pernikahan dirinya & tunangnya itu mencapai kata sepakat hasil perbincangan keluarga kedua-dua pihak. “Ini mama..boleh ke kalau…”. Itulah kata-kata bakal ibu mertuanya yang ingin memaklumkan sendiri kepada dirinya keputusan yang telah disepakati hasil perbincangan bersama ibunya. Sungguh, masa yang panjang itu lebih baik buat semua pihak. Membolehkan dirinya memuhasabah diri, memberi peluang buat tunangnya gigih dalam majlis ilmu, melapangkan dada kedua-dua buah pihak keluarga. Jika sebelum ini pernikahan itu hanya ingin diraikan bersama keluarganya sahaja, kini perspektif dirinya berubah untuk turut meraikan pernikahan bersama sahabat-sahabatnya. Mencari rezeki lebih untuk meraikan tetamu dengan lebih baik itu cita-citanya dalam majlis pernikahannya nanti.


“Keputusan yang terbaik ialah keputusan yang paling menenangkan hati &
melapangkan jiwa kebanyakan insan di sekeliling kita.”


Jika ditanya oleh orang kepada dirinya, ‘apakah yang dimaksudkan dengan keputusan yang terbaik?’, dia sudah tahu apa jawapan yang mampu diberinya berdasarkan tarbiyyah yang diterimanya daripada Allah SWT yang Maha Tahu. Semoga barakah yang berterusan buat semua insan disekelilingnya.


“Barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW,
Allah SWT akan mencukupkan keperluan dunia akhiratnya.”


 Selawat itu menjadi pegangan & keyakinannya. Tidak diminta agar Allah SWT memberi lebih. Cukup sekadar Allah SWT memberikan apa yang perlu & dia masih tetap terus mampu untuk bersyukur dalam setiap kecukupan yang ada biarpun kecukupan itu tampak kurang di mata insan lain. Allah SWT Maha Kaya lagi Maha Pemberi Rezeki Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya.


***


Selepas beberapa peristiwa yang berlaku, membuatkan dirinya berfikir adakah salah dirinya menghebahkan walimah itu sebelum ini? Salahkah dia menghebahkan kegembiraan buat dirinya walhal sebelum ini pun dirinya sering menceritakan kedukaan yang dialaminya? Salahkah segala-gala yang dibuatnya? Apakah yang patut dibuat sebenarnya? Apakah yang terbaik buat dirinya?

Semakin lama, semakin dia faham apakah permainan yang sedang berlaku. Perkara yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah sentiasa bersangka baik kepada Penciptanya kerana segala baik buruk itu hanya di pandangan mata manusia sedangkan di sisi Allah SWT yang Maha Tahu itu tersimpan seribu hikmah. Jika kita sudah mampu untuk bersangka baik & menerima segalanya dengan redha seikhlas hati, Allah SWT akan berikan lebih lagi nikmatNya, semakin tinggi lagi ganjaran daripadaNya.

Kisah Rasulullah SAW yang menghebahkan kegembiraan apabila taubat Kaab bin Malik diterima Allah SWT membuatkan dirinya semakin tenang. Tidak salah dirinya menghebahkan kegembiraan sebelum ini kerana itulah sunnah Rasulullah SAW. Baginda SAW menghebahkan kegembiraan dirinya, menunjukkan juga nikmat yang Allah SWT berikan kepada Baginda SAW. Itu sunnah Baginda SAW. Hatinya lebih tenang. Dia bersangka baik bahawa setiap tindakannya dalam jagaan Allah SWT. Biasalah lumrah hidup kadang kita suka, kadang kita duka tetapi walau apa yang berlaku sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT itulah rahsia untuk terus gagah. Biarpun lambat namun biarlah mujahadah itu akhirnya bertemu dengan keredhaan kerana adanya pertolongan Allah SWT atas keredhaan hambaNya. Sungguh kegembiraan yang hakiki ialah apabila kita dapat bertemu dengan Allah SWT & Rasulullah SAW kelak di akhirat sana. Semoga dirinya, keluarga & sahabat-sahabatnya berserta keluarga mereka dapat bertemu bersama untuk mendapat kegembiraan hakiki itu.



.: Lihat kehidupan ini dari kaca mata hamba, pasti hidup ini akan lebih bahagia dalam kesederhanaan yang ada kerana itulah pemberian dari Dia :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Pemergian Nenda 22 Jan 2015 11:27 PM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ketentuanNya.



Bismillah. Tidak pernah lagi setakat ini minggu belajar yang mudah dikenal pasti sebagai ‘study week’ sunyi daripada perhatian Allah SWT. Jika sebelum ini, pernah Allah SWT berikan amanah menjaga adik yang sedang dalam proses untuk meninggalkan tabiat ketagih hidu gam yang agak teruk…kini Allah SWT berikan hadiah istimewa melalui pemergian nenda tercinta kembali bertemuNya. Al-fatihah~

Dalam masa merehatkan minda daripada soalan matematik yang benar-benar menguji otak & keikhlasan jiwa di saat tempoh peperiksaan yang semakin dekat, jari-jemari ini terasa ingin menari riang atas papan kekunci computer riba pinjaman ini. Terasa benar lain debarnya untuk menghadapi peperiksaan akhir pada se mini, mungkin kerana status ‘repeated’…jadi fokus, usaha, & harapannya luar biasa.


Pemergian nenda tercinta



Mesej pagi tadi daripada ibunda tercinta benar-benar membantutkan fokusnya untuk kembali menelaah pelajaran sempena peperiksaan akhir setelah hampir seminggu tidak langsung menyentuh buku dek sibuk cutinya bersama urusan keluarga. Ayah berjanji akan pulang ke kampung bersamanya pada keesokan harinya untuk menziarahi nenda yang sedang tenat di hospital & dikatakan tiada harapan mengikut logik akal seorang doktor perubatan yang lebih berilmu pengetahuan.

Namun, bentak hatinya tetap ingin bertola ke kampung pada hari itu juga. Izin diminta dari sang ayah untuk pulang ke kampung pada hari itu juga & ayahnya perlu menyusul kemudian dek cuti yang diluluskan untuk ayahnya bermula pada keesokan harinya. Izin diberi, barang-barang dikemas rapi. Dalam kelam-kabut mengejar waktu perjalanan bas yang entah bila targetnya, Allah SWT datangkan 2 orang hamba Allah SWT yang solehah yakni adik-adik kampus tercinta, Amirah & Athirah (bukan nama sebenar) untuk menghantarnya ke terminal bas. Dalam kesempitan wang yang mereka ada, turut juga dihulurkan sedikit sumbangan wang bagi menemani perjalanan kakaknya itu. Allah SWT yang Maha Pemurah mengurniakan sahabat-sahabat & insan-insan yang pemurah juga hatinya.

Dalam perjalanannya, mesej daripada adik tercinta diterima;
“Along, nanti kau balik rumah tolong singgah tempat kerja aku boleh ke? Aku nak RM5, aku tak makan pape lagi dari semalam, hari ni makan kentang goreng je. Malam ni ada pasar malam.”
“Boleh.” Laju mesej adiknya dibalas.

Belahan dompetnya diselak, sekeping nota RM 20 miliknya sahaja yang tinggal. Andai itu diberi pada adiknya, tiada lagi wang yang tertinggal buat dirinya kerana dia tidak pernah meminta baki daripada adiknya malah sering memberi lebih sedangkan dirinya sendiri tidak berwang. Baru dia teringat, beberapa keping duit yang diberi sang adik-adik kampus tercinta sebelum dia bergerak menuju ke bas. Alhamdulillah sekeping nota wang RM 5 ada diselitkan oleh mereka. Setibanya di taman perumahannya, dia memberikan RM 7 buat adiknya itu.

Bersangka baik sentiasa dengan Allah SWT.
Bersangka baik sentiasa dengan Allah SWT.
Bersangka baik sentiasa dengan Allah SWT.

Hikmah yang besar dalam kesempitan yang diberi Allah SWT kepada dirinya & keluarganya ialah kini adik-adiknya lebih bertanggungjawab mengambil kakak mereka di hentian KTM. DI balik titisan hujan yang agak lebat, pulanglah 2 beradik itu ke rumah. Menarik, indah dalam susah. Selepas mengemas rumah, bergeraklah mereka bertiga ke hospital dengan menaiki 2 motor; dirinya menumpang adiknya yang agak ‘nakal’ manakala adiknya si penuntut universiti itu menaiki motor yang lain. Benarlah lain biah, lain sikapnya. Adiknya yang agak nakal menunggang motor ibarat pelesit di tengah lebuhraya dalam kehujanan yang agak lebat & gelapnya suasana sedangkan adiknya yang menunggang motor keseorangan entah di mana posisi nya yang pastinya tidak begitu jauh dari posisi mereka. Menarik, biar kuyup namun terasa berkat susah yang Allah SWT beri...ikatan keluarga itu makin dekat.

Bersangka baik sentiasa dengan Allah SWT.
Bersangka baik sentiasa dengan Allah SWT.
Bersangka baik sentiasa dengan Allah SWT.

Setibanya di hospital, keadaan nenda sememangnya tenat. Beliau sudah tidak sedarkan diri. Kata orang jika sudah ‘jatuh’ anggota tubuh seseorang, ajalnya semakin hampir. Tubuh beliau sememangnya jatuh, baik kaki mahupun hidungnya. Semua yang hadir sudah redha untuk melepaskan beliau pergi menghadap Ilahi kerana dia hanya bergantung dengan mesin untuk terus bernafas. Masa lawatan yang semakin hampir ke tamatnya, memaksa tiga beradik itu untuk mengundur diri terlebih dahulu. Dalam hujan yang lebat itu, ditunggang laju motor masing-masing untuk ke kampung menemani ibu yang tinggal seorang diri. Ibu memasakkan telur dadar buat santapan mereka bertiga yang kelaparan. Selepas isya’, kembali mereka menunggang motor ke rumah dalam hujan yang lebat. Tinggallah si kakak itu sendirian apabila adik-adik lelakinya keluar untuk urusan masing-masing pada malam itu.

Tika sedang lena tidur dek kepenatan seharian dibasahi hujan, panggilan daripada ibu mengejutkannya. “Wan dah takde.” Fahamlah dirinya nenda beliau sudah kembali ke rahmatullah. Ayah yang tiba di stesen bas terus menuju ke hospital menaiki tekssi untuk bertemu dengan nenda buat kali yang terakhir. Namun, baru sahaja tiba di pintu hospital ayah dikejutkan dengan berita pemergian nenda tercinta pada waktu itu. Terkilan benar hatinya apabila mendapat berita itu kerana sejak perceraian antara ibu & ayah, ayah belum sempat bersua muka dengan nenda.

Kini jasad itu telah selamat kembali ke rahmatullah. Doa-doa yang dititipkan ketika pengebumian jasad itu cukup memberi kesan kepada hati-hati yang berfikir. Sejauh mana dakwah itu digagahkan buat insan sekeliling terutama buat ahli keluarga yang masih jauh dari Allah. Semoga Allah SWT redha atas setiap usaha.

Al-fatihah buat arwah nenda…


.: Cinta itu akan benar-benar utuh jika terus gagah ditempuh ujian. Begitu juga kasihnya Allah SWT, semakin Dia sayang…semakin banyak ujian yang Dia beri. Bukan kerana Dia ingin menjatuhkan pencinta-Nya tetapi kerana Dia ingin pencinta-Nya sentiasa dekat dengan Dia :.  



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cuti yang Bermakna 20 Dec 2014 3:38 PM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para rabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ketentuanNya.



         Hampir seminggu dirinya menghabiskan masa cuti di rumah. Mengubah angin bergembira bersama keluarga dengan kesederhanaan yang ada. Cuma kali ini, ada insan asing yang baru bersamanya. Bakal menantu ibunya. Apabila niatnya ingin memudahkan urusan supaya si ibu tidak lagi berasa lemah jantung membantunya menguruskan urusan pernikahannya yang sudah semakin dekat, terpaksa diizinkan juga tunangnya ikut sekali membantu segala urusan di rumah.

     Beberapa hari sebelum berangkatnya dia kembali ke rumah untuk menguruskan hal pernikahannya, air matanya tertumpah lagi di hadapan kawan-kawan yang sekepala dengan dirinya. Sebak, lemah, sungguh rasa tidak mampu. Sejak dirinya bekerja, hampir segala tanggungjawab menjaga keluarga diserahkan kepadanya secara total sedangkan menyara dirinya sendiri pun dia masih tidak mampu; berhutang keliling pinggang, meminta tidak kira masa asalkan keluarganya tidak melata.


"Kamu ada duit x? Kalau ada, tolong masuk kat akaun adik jap. Dia takde duit nak makan tu."
"Owh..ada..ada.."

1 mesej ditaip...

"As salam wbt awk. Nak pinjam RM50 boleh? Nak bank in kat adik. Saya tengah takde duit sgt ni."
"Boleh.."

___

"Ayah, hujung minggu ini akak nak balik rumah sebab tak sempat dah nak uruskan hal nikah kalau tak uruskan dalam minggu ni juga."
"Ha..boleh. Nanti sampai sana, tolong repairkan kereta, buka akaun bank adik, bla..bla..bla.."
"Baik ayah."

_______________________________________________________

Sesak. Dalam kesempitan masa & wang, masih lagi pelbagai harapan diletakkan atas bahunya. Harapannya untuk sang ayah cuba memahami dirinya walau untuk seketika pun seakan tinggal harapan. Kata-kata ibu menambahkan lagi beratnya amanah itu terasa, "Nanti kamu dah kahwin, ayah akan bagi semua tanggungjawab pada kamu sebab kamu dah ada suami." Kata-kata itu seakan betul, daripada urusan belanja adik hingga kepada urusan rumah yang jauh beratus kilometer dari tempat tetapnya kini terletak bawah tanggungjawab.

Menangis. Lemah dalam doanya kepada Allah SWT sebagai tempat mengadu penat dirinya menghadap semua. Kemudian, hatinya mampu ditenangkan apabila mengenangkan mungkin inilah caranya Allah SWT mengabulkan doanya bahawa dia ingin sentiasa bersama keluarganya..menjaga mereka hingga ke akhir hayatnya kerana hanya dialah harapan keluarga.

Alhamdulillah. Sehari sebelum keberangkatan pulangnya ke kampung halaman, dia mendapat beberapa kejutan daripada kawan-kawan yang memberinya hadiah duit hingga beratus. Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Rezeki. Benarlah, Allah SWT itu pemilik segala. Dalam keadaan dirinya yang sudah tidak ada walau sekeping duit RM 1.00, Allah SWT berikan rezekinya melalui kawan-kawan yang sangat pemurah. Allah SWT benar-benar menunjukkan kekuasaanNya melalui kesusahan yang diberi kepada hambaNya kerana pastinya sifat hamba itu...dia akan kembali kepada Tuan-nya terutamanya dalam keadaan kesempitan. Alhamdulillah bersyukur atas nikmat kesempitan yang diberikan.

       Setibanya di rumah, pelbagai cerita yang dikongsikan oleh ibu yang sudah lama memendam rasa. Jantung ibu sudah mulai tidak stabil dek tekanan yang diterimanya. Tambahan ibu tidak lagi bergantung dengan ubat kerana tiada kewangan yang mencukupi. Rumah yang akan dilelong, keluarga yang menekan berkenaan majlis pernikahan, hutang yang meninggi, salah faham dengan ayah, nenek yang sakit, keperluan sekolah adik...terlalu banyak hingga di benak hatinya terusik bahawa 'ibu sangat tabah.' Allah SWT berhak menarik nyawa ibu bila-bila masa sahaja & sungguh sering dirinya berbisik kepada Allah SWT bahawa dia masih lagi mampu redha dengan pelbagai ujian tetapi dia tidak mampu kuat andai nyawa ibu ditarik. Allahu Allah.


"Wahai Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Rezeki, hampar luaskanlah rezeki buat diriku & keluarga dan jadikanlah kami sebagai hambaMu yang bersyukur."


       Si ibu tetap tabah. Dia bergantung penuh pada Allah SWT. Setiap kali selepas solat, dia akan mengambil masa yang lama ketika mengaji kerana katanya semua ayat yang dibacanya itu ialah ayat untuk ubatnya; kanser, sakit jantung, stress & sebagainya. Sungguh tabah si ibu walau dirinya sering berduka.

       Namun, di sebalik dukanya si ibu..rumah itu tetap riuh rendah dengan gelak tawa adik-adiknya baik lelaki mahupun perempuan kerana mereka sangat suka mengusik tunangnya yang sangat pemalu & terlalu sering mengucapkan 'tak kisah'. Semua benda ditanya jawabnya 'tak kisah', memang jadi bahan sungguh la di rumah itu.

       Sepanjang keberadaan dirinya & tunangnya di rumah itu, solat fardhu berjemaah 5 waktu tidak pernah missed dilakukan di rumah itu. Tunangnya itulah imamnya, hinggakan adik lelakinya yang sudah bertahun tidak solat bersiap awal untuk solat maghrib berjemaah walaupun kecundang di saat akhir. Jelas nampak walaupun tunangnya itu tidak banyak berbual, sekadar menjadi bahan utama menjadi lauk oleh dirinya & adik-adik...semua adik-adiknya menghormati dirinya. Yang sebelum ini sudah biasa berseluar singkat sangat, kini berkain pelikat sokmo di hadapan bakal abang iparnya. Memang kena gelak sahaja kerana pelik tengok tiba-tiba jadi sopan hanya kerana segan dengan nakal abang ipar.hehe

     Agak teruk tunangnya itu dibahan oleh dirinya & adik-adik tapi si ibu setia mem'back up' tunangnya itu. Sungguh istimewa layanan mak padanya. Hingga ada ketikanya mak menegur dirinya, "cuba lembut sikit kak. Awak tu kasar sangat." Gelak sahaja menjadi responnya kepada bebelan si ibu. Rumah itu bahagia dalam senda gurau. Tiba-tiba adik yang sebelum ini cukup membantah untuk kakaknya menikah awal sehingga bengkak-bengkak matanya menangis kerana tidak mahu melepaskan kakaknya menikah kini meluahkan rasa, "Aku suka korang balik rumah." Disambung oleh adik bongsunya yang agak brutal, "Aah. Tak yah balik U la korang ni." Dirinya sekadar gelak & bertanyakan beberapa soalan, "So boleh la akak nikah awal? Boleh la akak nikah dengan dia? Boleh la dia jadi abang ipar korang?" "Semua bolehhhh!" Alhamdulillah syukur atas segala kurniaan Allah SWT.


-Allah akan berikan sesuatu yang kita perlu bukan yang kita mahu.-


      Kini, dia semakin yakin insan yang dilamarnya itu ialah pemuda yang cukup qawiy untuk bersama keluarganya & Alhamdulillah keluarganya dapat menerima tunangnya itu dengan sangat baik. InsyaAllah tunangnya yang pada asalnya sekadar 'perlu' kini semakin dia 'mahu' demi dakwah kepada keluarganya. Benarlah jika ingin dicintai manusia, cintailah Allah & Rasulnya. Dek cintanya tunangnya itu pada Allah & RasulNya, dia melamarnya supaya tempias cinta itu terkena pada dirinya. Alhamdulillah tidak salah memilih cinta Allah & RasulNya sebagai yang utama kerana Allah SWT akan melengkapkan cinta yang lainnya.

      Dalam sesuatu keindahan pasti terselit beberapa kesedihan. Ketika dia ingin menguruskan hal pernikahan dirinya, ibu meminta dia mengambil sijil cerai ibu yang belum dituntut di pejabat agama. Jadinya, dia dihantar ke pejabat agama tersebut oleh ibunya & adik-adiknya bersama tunangnya. Dia menguruskan dahulu urusan penceraian ibunya. Hati anak mana yang tidak meruntuh ke tanah apabila menurunkan tandatangan sebagai wakil yang mengambil sijil cerai tersebut & melihat nama-nama insan yang bercerai itu ialah nama ibu & ayahnya yang disayangi. Menulis perkataan 'anak' dalam ruangan hubungan di borang tersebut menggagahkan dirinya supaya tidak mengalirkan air matanya di hadapan tunangnya itu. Selesai sahaja urusan itu, tunangnya pula membuka bicara kepada pegawai yang bertugas itu untuk urusan pernikahan dirinya. Pelik tapi itulah yang benar, tika si ibu baru sahaja bercerai...si anak pula ingin menikah. Namun, masing-masing sudah lali dengan fenomena unik yang berlaku sepanjang hidup. Inilah yang dinamakan 'bahagian masing-masing'.



.: Tidak salah memilih cinta Allah & RasulNya sebagai yang utama kerana Allah SWT akan melengkapkan cinta yang lainnya. :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tarbiyyah Tahun Akhir 19 Nov 2014 11:01 PM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.




Menyambung kembali rutin 'blogging' yang semakin sepi dek banyaknya urusan, post terbaru berkenaan tahun akhir! Walaupun diri ini sudah extend student, diri ini masih lagi dikelilingi dengan suasana tahun akhir. Siapa kata extend student tidak sibuk? Mungkin mereka yang berpandangan begitu terdiri daripada fully academician minded. Sibuk dengan pelbagai isu junior-junior yang ingin membantu umat, semoga ganjaran dariNya dapat ditempiaskn kepada diri yang banyak dosa ini.


          Pengalaman diri tidak banyak, cukup setahun Alhamdulillah bergelar pelajar tahun akhir jurusan Sains Biologi di salam sebuah kampus di bumi selatan semenanjung Malaysia. Hanya Allah SWT yang tahu betapa perit, sakit & pelbagai lagi kedukaan menghadapi tempoh fasa penuh tragis itu namun, disebalik setiap kedukaan ada kebahagiaan yang Allah SWT hadirkan, di sebalik setiap keperitan ada semangat tidak pernah putus asa yang Allah SWT selitkan. Melihat segalanya dengan kaca mata sebagai hamba Allah SWT, itu kunci untuk terus ‘survive’ sebagai pelajar tahun akhir yang perlu membawa amanah menyiapkan projek tahun akhir yang agak tidak mudah.


Bukan membodek pensyarah menjadi kunci berjaya kerana ada pensyarah yang tidak makan bodek walau sekelumit kuman. Bukan juga tunjuk result gempak kepada pensyarah menjadi kunci berjaya kerana ada pensyarah yang tidak memandang result yang gempak itu jika proses mendapatkan keputusan itu penuh dengan ketidakjujuran & etika yang buruk sebagai pelajar & penyelidik. Bukan jua pembacaan yang sangat luas bertebal-tebal buku dan bentangkan kepada pensyarah menjadi kunci berjaya kerana tetap juga kita dipandang sepi jika ilmu pengetahuan setinggi gunung pun masih tidak mampu menjawab soalan asas atau konsep mudah dalam projek kajian.

Hanya SATU syarat untuk berjaya…iaitu PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH SWT.



Perkara ‘biasa’ bagi pelajar tahun akhir ialah :

. Hati tidak tenang
. Jiwa kacau
. Stress di tahap puncak
. Kurang keyakinan diri
. Takut dengan pelbagai perkara
. Terlalu sibuk
. Berasa masa tidak pernah cukup


Punca perkara ‘biasa’ tersebut ialah :

. Solat dalam keadaan tergesa-gesa
. Solat bukan di awal waktu
. Merasakan solat sebagai kewajipan semata-mata



Apabila berhadapan dengan Allah SWT pun kita dalam keadaan tergesa-gesa, pastinya kebanyakan perkara dalam hidup kita dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.


Apabila hati tidak dapat diusahakan untuk khusyuk dalam solat, amatlah sukar untuk hati kita merasa tenang walau ditimpa tekanan bertimpa.


Apabila hati kita masih lagi asyik memikirkan dunia ketika berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Agung, amat logik jika kita tidak merasa yakin dengan diri kerana kita tidak pun meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah SWT untuk mencaturkan kehidupan kita.


Jadikanlah solat itu sebagai medan sebenar untuk kita berehat dengan sebaik-baiknya rehat bersama Allah SWT supaya kita tidak mudah penat dengan urusan dunia kerana kita perlu terus kuat untuk menuju akhirat sana! ^_^



.: Hanya hati yang mengingati Allah SWT akan berasa tenang  :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tunangan Orang 24 Oct 2014 1:12 AM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.






Dalam turun naiknya kehidupan
Dalam suka dukanya peristiwa
Allah SWT selitkan sesuatu
Yang disebut sebagai hikmah
Yang diterima sebagai hadiah

Ada yang Allah SWT berikan
Ada yang Allah SWT hilangkan
Ada yang Allah SWT mudahkan
Ada yang Allah SWT sukarkan
Sebalik setiap yang berlaku itu…
Ada sesuatu yang pasti!
Iaitu segalanya datang daripada Allah SWT

Allah SWT lebih tahu tingginya mujahadah
Allah SWT lebih tahu hebatnya mehnah
Allah SWT lebih tahu lemahnya iman di jiwa
Allah SWT lebih tahu kotornya sang pendosa
Namun Allah SWT juga lebih tahu…
Sang pendosa itu bergantung hanya padaNya!

Dalam gagahnya berjalan,
Dalam lebatnya tangisan,
Dalam remuk redam perasaan,
Allah SWT ajarkan kesabaran.
Sabar untuk menanti kejutan

Apabila Allah SWT katakan jadi,
Maka jadilah!

Bukan tunggu baik, baru Allah SWT bagi nikmat!
Bukan tunggu lengkap, baru Allah SWT bagi nikmat!
Bukan tunggu taubat, baru Allah SWT bagi nikmat!
Tapi tunggu Allah SWT bagi izin, baru Allah SWT bagi nikmat!

Allahu..Allah.
Engkau yang Maha Berkuasa
Saat air mata penuh harapan itu dialirkan untukMu

Terimalah air mata penuh kesyukuran ini juga untukMu.




.: Hebahkan status pertunangan & hebahkan siapakah si tunang ialah 2 perkara yang berbeza :.


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Minggu 'Final Exam' Medan Redha-Nya 3 Jun 2014 8:14 AM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat & Salam atas Baginda SAW, ahlul bait,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ketentuanNya.



Setiap apa yang ditentukan Allah SWT itu ada hikmah-Nya, kita sebagai hamba...wajib atas diri kita untuk sentiasa bermujahadah me'redha'kan hati menerima setiap ketentuan itu sebagai hadiah istimewa daripada Ilahi pencinta hakiki.

Minggu ini sudah masuk minggu kedua peperiksaan akhir bermula. Mujahadahnya hanya Allah SWT yang tahu. Termuhasabah diri atas beberapa perkara yang melibatkan para pendakwah di alam kampus.

Pendakwah di alam kampus, medan akademik juga ialah jalan jihad menegakkan Islam buat dirinya. Akhlak kepada guru, adab kepada ilmu, keikhlasan mencari restu & pelbagai perkara yang mendatangkan redha Allah SWT atas diri para du'at itu.

Namun, alangkah rugi apabila para du'at itulah golongan yang lemah dalam mujahadahnya ketika bermulanya peperiksaan. Para du'at yang berdakwah kerana Allah SWT bukanlah mereka yang hebat berbicara tentang jihad, pengorbanan, mehnah tribulasi dalam perjuangan Islam ketika usrah...namun, di alam hakiki kehidupan mereka sebagai pelajar semua bicara ilmiah itu seperti tidak wujud dalam jiwa mereka.


Para pendakwah yang bergerak kerana Allah SWT bukanlah insan yang ;

Menafsirkan 'Jihad' itu sebagai sungguh-sungguh dalam perbuatan, tetapi ketika menelaah pelajaran bibirnya yang paling lancang mengutuk keji ilmu itu 'entah apa-apa', 'merepek sungguh' & seangkatan dengannya.

Mengatakan 'Pengorbanan' itu melepaskan apa yang dicintai, tetapi dalam kehidupan hakiki katil yang empuk itulah peneman. Mengangkat tubuh untuk bangun sujud bertahajjud kepada Allah SWT ketika sepertiga malam itu ibarat mustahil. Andai mampu mata itu bertahan bersengkang lama, bukan kerana ibadat kepadaNya...tetapi kerana persediaan sebelum menghadapi kertas peperiksaan esoknya.

Merungkaikan 'Mehnah & Tribulasi' itu sebagai ujian luaran & dalam atas diri sendiri, tetapi hakikat kehidupan realiti dirinya sendiri yang hanyut dengan mehnah & ujian tersebut. Munajat pada Allah SWT berkira-kira, berdoa pun tidak bersungguh-sungguh, bersolat pun laju pergerakan tanpa sempat makna zikir dihayati, tidur berjam-jam menggantikan 'hutang tidur' yang tertunggak hingga lewat waktu menunaikan solat pada-Nya, kebergantungan yang kurang pada Allah SWT hingga merasakan setiap usaha itu atas diri mereka sendiri.


          Pendakwah yang berdakwah kerana Allah SWT ialah insan yang mesti sedar bahawa mereka sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT & setiap bait kata serta amalan mereka dicatit malaikat yang setia di kiri & kanan.

          Andai Rasulullah SAW sanggup berdiri tegak beribadat hingga sakit-sakit kakinya membengkak sebagai tanda dirinya menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT pemilik sekalian alam, apakah hak pendakwah yang baru sahaja bertatih melangkah melakukan amar ma'ruf & nahi munkar itu untuk berkira-kira dalam ibadatnya? Andai pendakwah itu meletakkan 'sebab duniawi semata' sebagai alasan mendekati Allah SWT, apakah jaminan Allah SWT sudi melihat wajahnya di akhirat sana kelak?








.: Semakin hebat diuji, semakin besar peluang untuk meletakkan diri di sisi Ilahi. :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Khas untuk kamu, kalian. 31 May 2014 7:59 AM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.



Bismillah...
Ini coretan diriku yang terbaru setelah bercerainya kedua ibu bapaku dengan sah. Hati ini meruntun lemah hanya seketika, mengharapkan redhaNya & kemudahan daripada Allah SWT itu sentiasa insyaAllah.

     Diri ini mengakui, medan tulisan ini bukan sekadar tulisan pada pandangan mata beberapa insan dalam kalangan kalian wahai pembaca. Ada yang menjadikan ini medan untuk mengetahui perkembangan hidupku. Buktinya, kadang kala tengah-tengah pagi buta aku akan mendapat mesej betapa simpatinya mereka pada diriku. Diulasnya komen berjela dalam mesej tentang pengisian tulisanku yang terbaru dalam blog ini kemudian diselitkan beberapa kata-kata bernada simpati, dan kadang kala beberapa kata-kata yang mengatakan bahawa aku mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan diri kalian dek kebencian. Terus ku abaikan, malah ku padam terus mesej-mesej sedemikian. Diri ini mengharap tulisan kali ini membuka mata kalian wahai pengikut setia perkembangan hidupku & memberi penjelasan selebar-lebarnya tentang perihal diri ini.

1. Sila jauhi sangka buruk bahawa aku membenci kalian dek kisah silam kerana hakikatnya aku tidak membenci cuma meletakkan jurang kerana kalian ialah masa silamku & aku dalam mujahadah menuju penambahbaikan diriku.

2. Setinggi penghargaan atas kata-kata semangat kalian untuk setiap musibah yang berlaku dalam hidupku namun jangan menganggap aku sedang lemah hingga diri kalian merasakan kalian berhak untuk bersangka-sangka tentang diriku. Sangkaan yang bagaimana? Sangkaan bahawa aku perlu ditemani oleh kalian.

3. Sila jangan mengaitkan sepenuh tulisan dalam blog ini berkenaan diriku mutlak walaupun ada masanya watak itu seperti diriku kerana tulisan dalam blog ini hanya cerita buat aku meluahkan rasa melalui penulisan yang panjang.

4. Terima kasih kerana ingin mengikuti perkembangan hidupku yang terkini dari dulu hingga kini, cumanya aku mengharapkan kalian tidak perlu mengikat diriku dengan mesej-mesej istimewa berbaur simpati. Cukup sekadar doa daripada kalian.

Ya, aku akui agak kasar penulisan blog pada kali ini tapi perlu ku tegaskan prinsip diri kepada kalian wahai insan-insan yang setia memerhati & mengambil tahu perihal kehidupanku kerana kalian ialah kisah silamku yang dilahirkan Allah SWT sebagai seorang Adam & hakikatnya diriku sebagai muslimah merasa sedikit lemas dengan perhatian sedemikian. Aku menghormati kalian hanya sebagai sahabat & pemuda agama.

Semoga kalian berlapang dada membaca penulisanku pada kali ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku serentak ditambah pula dengan perkara-perkara sampingan seperti 'perhatian' kalian yang agak merisaukan diriku membuatkan diri ini harus bersuara. Aku menjaga diriku & berjauhan daripada kalian itu terbaik buat diriku, bukan membenci tetapi atas dasar menghormati diriku & diri kamu, kisah yang silam itu pengajaran & tidak pernah aku jadikan ianya sebagai bahan permusuhan. Berbahagialah dalam kehidupanmu sebagaimana aku bahagia dengan kehidupanku. Bagaimana bahagia hidupku? Hanya Allah SWT yang tahu cara aku menafsirkan bahagia hidupku.

Doa buat kalian semoga terus dalam redhaNya~






.: Allah SWT akan setia dengan hambaNya yang tabah menerima ketentuan-Nya :. 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Budaya HADIAH! 2.5.14 10 May 2014 9:08 AM (10 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat SALAM atas baginda Rasulullah SAW, ahlul bait,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas segala nikmat & ketentuan-Nya.





Saat sudah semakin hampir dengan pembentangan akhir projek Tahun Akhir, bertimpa-timpa hadiah yang Allah SWT berikan. Komputer riba yang secara tiba-tiba rosak tanpa sempat dirinya menyediakan 'back-up' untuk projeknya mengundang sesak dada di mana nak dikorek beratus ringgit di saat dirinya juga sedang merasa papa, berbahagi rezeki buat lebih daripada 8 orang ahli keluarga. 

     Perihal urusan peribadi dirinya memang sedang serabut tapi banyak Allah SWT tolong 'cover'kan. Selagi berpeluang, jadilah insan yang bermanfaat untuk umat..itu pegangannya. Secara tiba-tiba suatu hari, dia mendapat mesej daripada mak, "ayah dah lafaz 2 mei lepas...ibadah mak lebih khusyuk sekarang." Dia terkejut namun masih mampu menaip kata dasar kepada syukur iaitu "Alhamdulillah mak.. :) ". Itu hipokrit! Depan keluarga, dia seakan tabah sungguh..tetapi hakikatnya di hadapan Allah SWT dia jatuh lemah rebah menerima hadiah yang Allah SWT berikan kepadanya satu demi satu tanpa sebarang senggang waktu untuk dia merasa 'rehat daripada kesedihan'. Allah SWT ajar dirinya terus tabah! "Wahai diri, bertabahlah kerana Allah SWT kerana Allah SWT lebih mengetahui perihal dirimu. Kamu hanya ada Dia..hanya Dia!"

     Seingat dirinya, dia ada memberi pesan kepada ibunya jika ada sebarang insan yang hadir di rumah untuk merisik atau meminang, tolak sahaja kerana dirinya tidak mahukan sesiapa & tidak terbuka untuk siapa-siapa. Mak yang semakin risau dengan perihal anak sulungnya itu yang sering menolak perihal jodoh sekadar mengiyakan kehendak anaknya.

     Seingat dirinya, adik bongsunya sering mengatakan ayat yang sama dengan intonasi yang sama setiap kali dia membawa adik-adiknya keluar rumah berjalan-jalan melihat dunia luar memandangkan hanya dirinya yang menjadi harapan keluarg. Dialah ibarat suami yang menenangkan isteri apabila maknya mengadukan pelbagai permasalaha, dialah ibarat anak tunggal yang berdikari membawa urusan dirinya sendiri, dialah ibarat abang sulung yang menjaga ibadah adik-adik perempuannya, dialah juga ibarat sang ayah yang membawa anak-anak menikmat sedikit rezeki kurniaan Allah SWT. Ayat adiknya yang tidak pernah berubah setiap kali keluar bersama kakak-kakaknya ialah, "Bestnya..semua orang keluar dengan family masing-masing." Setiap kali kata-kata itu keluar, hati kecil si kakak pasti tersentuh. Bawa lah adik-adik itu ke mana sahaja pun...tunaikanlah hak yang pelbagai pun kepada adik-adik, pasti takkan dapat menyamai nikmat keluarga bahagia yang sebenar. Dalam hatinya hanya terusik "Maafkan kak dik...hidup kamu sejak kecil tanpa keluarga yang sempurna." Namun, dek perhatiannya kepada keluarga...setiap minggu dirinya diminta balik ke kampung halaman untuk si adik-adik itu melepaskan rindu & si mak meluahkan rasa yang terbuku di jiwa..hingga ada ketika si adik bongsu sanggup untuk memberi kakak sulungnya itu duit tabung simpanannya untuk membeli tiket pergi & balik kampung halaman dari kampusnya.

     Walau apa pun yang dia ingat. Hakikatnya sudah tertulis kini. Jodoh antara mak & ayahnya hanya bertahan sehingga 23 tahun umurnya. Di saat umur sebegitu, kebanyakan teman taulannya sibuk memikirkan tentang perihal hidup berumahtangga dengan restu ibu ayah, tetapi ketentuan atasnya ialah jodoh ibu ayah yang hampir di waktu sudah. Mungkin itu hadiah hari lahirnya yang ke-23 kerana tarikh perceraian itu sama bulan dengan tarikh lahirnya. Alhamdulillah..segala puji bagi Allah SWT atas setiap ketentuan-Nya. Cita-citanya untuk menyatukan kedua-dua keluarga punah dengan izin Allah SWT dan dirinya sebagai hamba Allah SWT hanya mampu tabah kerana Allah SWT.

     Bertimpa-timpa hadiah Allah SWT beri tanpa sebarang petunjuk dan semua hadiah itu bertemakan 'kehilangan'. Namun, tidak mengapalah jika itu caranya untuk dirinya menjadi hamba Allah SWT yang diredhai Tuhannya. Dalam kehilangan, Allah SWT ajarkan erti kebahagiaan. Ya..sungguh sakit...terasa pilu yang paling dalam tetapi siapalah hamba Allah SWT untuk mempertikai segala pemberian-Nya, cukuplah sekadar meredhai dengan hati yang tinggi mujahadah untuk diikhlaskan. Syukur atas setiap apa yang Allah SWT berikan kepada dirinya kerana dirinya tahu ujian yang diberikan kepada dirinya masih kecil sebenarnya kerana Allah SWT pastinya memberikan ujian yang mengikut kemampuan dirinya. Ya, kerana Allah SWT dirinya masih mampu & terus bertabah tanpa merintih sedikit pun kepada orang tuanya. Dia hanya ada Allah SWT.

     Mengambil Saidina Umar r.a sebagai idola nya yang sering meletakkan musibah itu sebagai nikmat & berpegang pada pesanan sahabatnya bahawa golongan sufi sering mendoakan diri mereka dalam kesusahan supaya mereka terus sentiasa mengingati Allah SWT & merintih kepada-Nya, menjadikan dirinya lebih kuat untuk bertahan dalam dunia yang sementara. Ya Rabb, andai nyawa perlu dicabut dari badan..cabutlah ia dalam keadaan sang tubuh badan mempunyai hati yang penuh dalam keimanan.





.: Apabila Allah SWT ingin menyayangi seseorang hamba, Allah SWT ingin sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya itu. Demi Allah SWT, rintihan ini untuk Kamu Ya Rabb :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

DOA : Jangan Berhenti Berharap 16 Apr 2014 12:28 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya




Alhamdulillah...sudah semakin hampir pada garisan penamat sebagai pelajar kampus. Kata mak, "Dulu hampir tak masuk U kamu ni kan sebab kita takde duit nak bayar pendaftaran kamu. Alhamdulillah dapat pinjam duit makcik kamu. Nanti, ada rezeki..kamu bayarlah semula RM3000 tu ye."

Alhamdulillah...dalam menempuhi beberapa fasa turun naik sebagai pelajar, Allah SWT mudahkan urusan tawaran menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi daripada 2 orang pensyarah. Kata sahabat, "Orang lain punyalah susah nak dapat buat master..hang ni untunglah dapat tawaran dari 2 orang Doktor plak tu."

Alhamdulillah...dalam setiap nikmat yang Allah SWT berikan...pasti tanpa ragu, Allah SWT selitkan sedikit pahit yang membuat hidup lebih bererti.

"Maaf kak, saya tidak dapat menyambung master bawah Doktor akak sebabnya saya perlu kerja kak. Memang nanti saya akan dapat duit semasa sambung master, tapi saya tetap rasa saya perlu bekerja. Saya anak sulung. Duit & keberadaan saya di rumah amat penting. InsyaAllah ada yang lebih baik Allah SWT simpan untuk kita menurut bahagian masing-masing."

"Maaf Doktor, saya tak dapat terima tawaran Doktor sebab saya nak kerja. Maaf Doktor."

Melepaskan sesuatu perkara yang kita suka itu tidak mudah tapi insyaAllah jika segalanya berniatkan hanya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT, segalanya akan menjadi indah. Yang kita suka tidak semestinya yang terbaik buat kita, yang kita harapkan tidak semestinya yang diperlukan oleh kita...kerana apa yang Allah SWT simpan itu pastinya jauh lebih baik.

"Maaf mak, ayah. Ya...mak ayah memang suka anak dia sambung belajar tinggi-tinggi kan, tapi hakikatnya kita lebih tahu. Tidak semestinya benda yang kita suka itu terbaik untuk kita. InsyaAllah adalah nanti tu peluang di mana-mana."


Kelakar...sudah terlalu banyak yang dirancang tetapi tiada yang berkekalan. Itulah lumrah hamba Allah SWT. Tidak ada istilah putus asa kerana Allah SWT mengajarnya bahawa 'Aku Maha Pengasih lagi Penyayang, jangan berhenti berharap kerana Aku setia mendengar rintihanmu'.





.: Ya Allah SWT, berikanlah jodoh untuk Nur dan adik-adik Nur. Yang baik buat diri kami, keluarga kami, agama kami, dunia kami, akhirat kami & jadikanlah kami sebagai pimpinan bagi orang yang bertakwa :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Masih Belum Kecewa 30 Mar 2014 7:15 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah syukur atas nikmatNya, Alhamdulillah redha atas ketentuanNya.



Sehingga kini, masih belum pernah kecewa kerana yakin bahawa Allah SWT sentiasa ada. 





.: Berbahagialah dalam jagaan Dia :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Aku Belum Pernah Kecewa 1 Mar 2014 12:46 PM (11 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahlul bait, para sahabat, para tabii-tabiin, seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian & ketentuanNya.

 


Jatuh bangun dirinya dalam mujahadah tetap dahinya masih mampu terus tunduk pada sejadah, baik terletak dahi...bibir bergerak kecil meminta pada Ilahi.

"Ya Allah SWT yang Maha Tahu perihal diri yang serba hina ini..diri ini sudah tidak tahu doa apa yang harus diri ini panjatkan. Diri ini buntu ya Allah..berikanlah apa yang terbaik buat diri ini dan keluarga. Walau apa yang terjadi pada diri ini, jangan biarkan diri ini menjauhi-Mu walau sekelip mata. Izinkan diri ini setia di sisi-Mu. Sungguh...diri ini tidak pernah kecewa dalam bermohon pada-Mu."


Sayyida Hakama...seteguh ertinya 'pemimpin perempuan yang bijaksana', dirinya dikenali sebagai insan yang bijaksana dalam mengendalikan urusan kepimpinannya & pengurusan hidupnya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui segalanya.

Seminggu lamanya masa dihabiskan untuk bercuti di rumah dengan izin pensyarahnya. Ibu yang jatuh sakit, adik-adik yang semakin berubah ke arah lebih baik, membuatkan hatinya membuak lebih untuk menjenguk ahli keluarga di utara sana.

Setiap ketentuan Allah SWT atasnya pasti berhikmah. Kejadian beberapa hari sebelum keberangkatannya pulang ke rumah membuatkan dirinya tersenyum hingga ke telinga setibanya di rumah melihat adik bongsunya.



"Mak...birthday adik lagi 2 hari. Ini adik dah beli mainan dengan duit tabung adik sendiri. Nanti mak tolong balutkan hadiah adik ini ya." kata adiknya.
"Eh, mana ada orang beli hadiah sendiri." balas si ibu.
"Takde siapa nak bagi adik hadiah, adik beli sendirilah hadiah adik". jawapan adik yang mampu mewujudkan se-kolam air mata di benak hati si ibu kerana selama ini duit adik sering habis untuk membeli keperluan dapur.

"Mak, ini adik dapat bantuan RM100 untuk semua murid. Mak gunalah beli gas dapur mak & lauk-lauk yang mak nak beli." bicara si adik.
"Haa..bolehlah adik beli meja belajar macam kawan kak long, pastu adik boleh gunting rambut kat kedai." balas si ibu.
"Eh, mak.....mak ingat adik dapat RM 1000 ke nak beli benda-benda macam tu? Mak gunalah duit tu beli barang dapur dan gas mak. Nanti kalau ada duit, adik nak kumpul lagi untuk bayar roadtax kereta pulak." bicara si adik dengan petah matangnya.

Kepulangan Sayyida ke rumahnya membawa sebungkus hadiah dengan bungkusan cantik kemas tersimpan rapi dalam beg kertas yang besar lagi comel, hasil pemberian hadiah daripada adik-adik juniornya di kampus. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik adik-adik juniornya itu yang sering membuat kebaikan untuknya. Hadiah itu diberikan kepada adik bongsunya sempena hari lahir yang ke-11. Hadiah itu mampu membuatkan adiknya itu tersenyum sambil berkata seikhlasnya, "terima kasih kak long".

Jam menunjukkan tepat jam 7.00 petang. Tiba-tiba adik lelakinya, Saiful bergegas ke bilik air. Jam 7.20 petang, adiknya itu keluar daripada bilik persalinan dengan sepersalinan lengkap set jubah & kopiah..serba hitam. Demi Allah SWT, hatinya sebak melihat perubahan adik lelakinya itu. Azan maghrib bergema, Saiful terus menaiki motor ke masjid bersama rakan-rakannya. Alhamdulillah Saiful & rakan-rakannya berubah ke arah lebih baik walaupun sebelum ini cacian, makian, sindiran ramai manusia menjadi kebiasaan. Sayyida teringat kisah adiknya itu dimarahi oleh guru kelas di sekolahnya.



Saiful dikenali sebagai kepala taiko / budak nakal di sekolahnya hanya kerana dia pernah berhenti bersekolah ketika di tingkatan empat & kemasukannya semula ke sekolah ketika tingkatan 5 bukanlah kerana dirinya ingin belajar tetapi hanyalah semata-mata untuk mendapatkan sijil SPM.

"Assalamualaikum wbt cikgu, saya nak jumpa Ah Tai sekejap boleh cikgu? Kawan-kawan saya nampak dia curi beg duit adik saya, Syafiqah." bicara Saiful.
"Eh, tak payah. Tak payah. Keluar dari kelas saya, kau tu dah lah macam orang takde agama." balas gurunya.

Dengan rasa hormat walau hati yang membengkak, melangkah kakinya keluar berundur dari kelas tersebut. Waktu rehat tiba, Saiful & rakan-rakan lepak makan bersama-sama. Geng Ah Tai tiba di kantin sekolah. Pelbagai bunyi, sindiran & perkara yang menjengkelkan dilakukan Ah Tai terhadap Saiful.

"Weh..panas aku rasa. Ada yang kena ni kang."
bicara Syafiq, antara kawan-kawan Saiful yang lepak bersama Saiful.
"Relaks..."
bicara Saiful sambil menghirup perlahan air dalam cawannya dengan mata yang memandang tajam ke pandang di hadapan kantin beserta hentakan perlahan kakinya yang seperti mengikut irama.

Hebat...geng Ah Tai masih lagi melakukan perbuatan yang menguji kesabarannya sebagai seorang lelaki dan juga egonya sebagai abang yang melindungi adiknya.

Akhirnya...cawan di tangan diletak rapi atas mejanya, hentakan kaki dihentikan, nafasnya ditarik dalam kiraan satu.........badan dipusingkan beserta seluruh tubuhnya dengan tangan yang berhayun.

Dush!! Paduan tumbukan tepat di muka Ah Tai.

"Aku senyap, kau main taik plak, hambek!" tempik Saiful.

Keadaan di kantin sudah kecoh. Guru-guru meleraikan keadaan.

Suasana yang tenang mendatangkan rasa yang tidak sedap dalam hati Saiful pada hari itu. Rupanya geng Ah Tai sudah bersedia menunggunya di luar pintu pagar sekolah. Melangkah sahaja kaki Saiful sebanyak 10 langkah, dirinya terus dikepung sendirian oleh 10 orang geng Ah Tai. Saiful dibelasah seteruk-teruknya oleh geng Ah Tai. Setibanya di rumah, penuh darah di bajunya dek hidugnya yang patah. Si ibu terkejut tetapi si ibu tidak dapat menafikan itulah kebiasaan.

Itu cerita lama dan hanya secebis catitan kehidupan kisah si Saiful adiknya. Adiknya yang dahulu di caci maki oleh gurunya sendiri dengan tuduhan membabi buta 'tiada agama' kini menjadi orang yang menjaga solatnya, pasti mandi sebelum azan berkumandang, set jubah atau baju melayu berpasangkan kain pelikat serba kehitaman pasti menjadi pakaian rasminya untuk solat dengan sedikit haruman yang sungguh menampakkan betapa berhiasnya dirinya untuk menuju Tuhan sebelum bergerak menyahut seruan solat berjemaah di masjid berdekatan rumahnya.

Sayyidah, anak sulung daripada 6 orang adik beradik tidak mampu untuk mengubah adik-adik lelakinya yang semakin membesar agar mendekati Tuhan mahupun menjaga tuntutan solat fardhu 5 waktu. Jadinya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT untuk menjaga, melindungi, memelihara keluarganya kerana Allah SWT sebaik-baik penjaga, pelindung, pemelihara. Di kampus dan dimana sahaja letak dirinya, sentiasa dia menyibukkan diri dengan kerja dakwah. Ya, orang nampak dia kuat dalam berdakwah..orang nampak dia agak komited menjalankan amanah..orang nampak dia hebat dalam kecekapannya mengendalikan pengurusan. Namun, orang tidak tahu segala yang terzahir itu hanya kerana segala berkat usahanya itu ialah bayarannya kepada Allah SWT untuk menjaga ahli keluarganya, satu-satunya kekuatan dirinya.

"....aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada-Mu, ya Tuhanku"
- Surah Maryam : ayat 4 -






Kehidupannya di alam kampus semakin menuju ke akhirnya. Kepulangannya ke rumah selama seminggu memberikannya peluang untuk berbincang dengan ibunya tentang perancangan masa hadapannya. Dia mendapat tawaran untuk menyambung pengajian Master dalam bidang Cell Culture, salah satu bidang yang dikatakan sukar dan sering ditolak mentah oleh rakan-rakannya yang lain. Dek projek tahun akhirnya yang berfokus kepada bidang itu, Sayyidah semakin pakar dalam menjalankan eksperimen untuk memenuhi 5 objektif projeknya itu. Alhamdulillah, walaupun dia sering dikatan 'u're too slow', 'I want to kick you out from being my student', 'I want to fail you'...dek kesalahan-kesalahan yang sering dilakukannya, namun akhirnya dia berjaya memenuhi 2 objektif eksperimen tanpa sebarang repetition. Sekali buat terus dapat keputusan yang baik. Alhamdulillah.

"Saya tak sangka Sayyidah mampu siapkan assay itu dalam tempoh 2 jam je sedangkan kebanyakan orang akan buat assay itu dalam masa 4 jam" bicara pensyarahnya yang sering memarahinya.
"Ya Doktor. Sayyidah memang agak perlahan sedikit tapi bila saya push dia untuk cepat belajar, dia mampu belajar dengan cepat.. teknik dia lebih baik & keputusannya lebih baik daripada kawan-kawan lain." sokong kakak seniornya.
"Saya memang merancang nak ambil Sayyidah jadi research student saya selepas ini." bicara akhir pensyarahnya itu.

"Sayyidah, akak nak beritahu awak yang pensyarah akak nak minta awak sambung master bawah dia. Nanti dia akan bayar awak RM 1000 lebih sebulan. Tapi...awak fikirlah dulu ye, istikharah. Peluang itu sentiasa terbuka untuk awak, fikir masak-masak. Setakat ini dah 2 orang Doktor nak awak sambung bawah mereka, jadi buat keputusan yang terbaik...nak sambung atau tidak, kalau sambung nak buat projek bawah siapa." bicara kakak seniornya yang menyebakkan jiwanya. Dia tidak tahu apa perancangan Allah SWT terhadapnya. Dia minat untuk mendalami bidang Cell culture tetapi pada masa yang sama dia ingin bekerja menanggung keluarganya. Namun, dengan bayaran bulanan yang dia akan perolehi jika menyambung pelajaran di bawah Doktor kepada kakak seniornya insyaAllah mampu untuk menanggung serba sedikit keluarganya. Tetapi dia seperti tidak mahu berjauhan dengan keluarga untuk 3 tahun lagi. Buntu...

Berita gembira itu dikongsikan bersama ibu dan ayahnya. Sang ayah mengalir air mata, si ibu mengharapkan dirinya untuk sambung namun Sayyidah yang masih berbolak-balik kerana tidak mampu untuk berjauhan lagi 3 tahun daripada keluarga.

Sayyidah tidak langsung memikirkan tentang pembinaan keluarganya sendiri. Beberapa fasa kehidupannya mempertemukan dirinya dengan beberapa orang lelaki. Namun, sebagai kesimpulannya...Sayyidah meletakkan semua lelaki yang hadir itu sebagai lelaki yang pengecut kerana hanya tahu berimpian tetapi tidak berani berhadapan kenyataan bahawa dirinya ada wali.

"Mak, nanti kalau adik nak kahwin...mak tolong carikan suami untuk adik ya sebab adik tengok memang betul cakap orang tua..bila kita kahwin dengan orang pilihan mak ayah mesti kita bahagia. Tengok macam mak, ayah tu pilihan mak sendiri kan? Mak tak bahagia pun akhirnya." bicara petah adik Sayyidah yang bongsu. Sayyidah sekadar senyum dengan kepetahan bicara adiknya itu.

"Kak long, selalunya orang yang 'gila-gila' ni nanti dah kahwin, dia tak gila dah. Tengok macam abah kau. Dulu baik je tak gila pun, selepas kahwin terus buat benda gila-gila, mak kau ni yang kena tanggung." bicara si ibu memberi isyarat pada Sayyidah.

Sayyidah mengerti benar maksud ibunya. Ibunya berkenan pada seorang kawan lama Sayyidah, Haikal namanya. Dulu, Haikal itu memang budak paling nakal di sekolah, sosial jangan cakaplah naudzubillah. Cuma suatu kebaikan yang buatkan si ibu seolah suka pada Haikal iaitu Haikal sangat menghormati orang tua & mesra dengan ibu Sayyidah. Sebagai seorang gadis yang masih lagi belum terikat pada mana-mana komitmen perhubungan, Sayyidah cuba untuk membuka hatinya untuk berkawan dengan Haikal semula namun gagal kerana berdasarkan pemerhatiannya Haikal masih lagi bersosial tinggi. Berita terbaru, Haikal dimasukkan ke lokap semalaman atas kesalahan lumba haram namun berita itu masih tidak mampu untuk mencalarkan keinginan ibunya. Artis yang mendedahkan aurat terutama artis Hollywood masih lagi menjadi page yang di-like oleh Haikal di Facebook. Sayyidah menjadi stalker untuk beberapa ketika dengan niat untuk mengenali siapakah Haikal buat masa ini. Solat yang tidak terjaga, pergaulan yang terlalu bebas masih lagi menjadi budaya Haikal. Tidak salah meminati artis kerana Sayyidah juga ada memiliki artis kegemarannya sendiri namun bukti-bukti yang diperolehnya menunjukkan yang Haikal bukanlah jenis yang menjaga pandangan,bukan juga insan yang mampu memenuhi kehendak hatinya sebagai seorang muslimah. Bukan itu ciri suami yang Sayyidah inginkan. Lelaki yang baik tidak mampu memberi komitmen, lelaki yang kurang baik pula mendapat lampu hijau daripada ibunya. Buntu...




Akhirnya, Sayyidah menyibukan dirinya dengan kegiatan dakwahnya. Soal pasangan hidup, ditolak tepi mentah. Perasaan benci pada lelaki pengecut ditanam untuk menjaga hatinya. Janji untuk terus meletakkan Allah SWT yang utama terus dipegang erat. Sayyidah sudah memulakan perancangannya untuk mewujudkan usrah di sekolah yang banyak berjasa kepadanya. Sekolah yang dikatakan paling teruk di negerinya itu menjadi destinasi seterusnya untuk dia meneruskan kerja dakwahnya selepas tamat alam kampus. Alhamdulillah respon yang diberikan pihak sekolah sangat baik. Kerja dakwah itu yang menyibukkan dirinya, pahala setiap amalan itu disalurkan kepada setiap ahli keluarga, soal hatinya itu urusan Allah SWT atasnya. Cukuplah dalam hatinya ada Allah SWT.

  



.: aku belum pernah kecewa berdoa kepada-Mu :.



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Alhamdulillah :) 25 Jan 2014 8:10 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian ketentuanNya



Sebaik-baik penjaga ialah Allah SWT. Senyumlah kerana Allah SWT.
("(^-^)")






.: Mohonlah pertolongan pada Allah SWT dengan sabar dan solat :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

MOHON 'Move Forward' 24 Jan 2014 10:01 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para tabii tabiin, seluruh umat Islam,
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian ketentuannNya.





Nak kuat?
Minta pada Allah.

Nak nangis?
Mengadu pada Allah.

Nak menjerit?
Eh,jangan! hee~


Hidup ini bukan kisah dongeng fairy tales indah yang pernah kita tonton di televisyen. Hidup kita ini penuh kejutan. Adakalanya Allah hadirkan nikmat namun dek tersalah guna, jadi bala akhirnya. Pada mulanya, terasa bahagia..namun akhirnya parah koyak rabak jiwa jadinya. Allah SWT hadirkan ujian yang sama berulang kali...kerana kita tidak pernah lepas ujian itu dengan baiknya. Jadinya belajarlah untuk move forward. Move forward to be the better person. Cara untuk move forward? Be near to Allah SWT kerana hanya Allah SWT yang tahu kekuatan dan kelemahan diri kita. Tidak perlu berpura-pura dengan Allah SWT sepertimana kita berpura-pura dengan manusia bahawa kita kononnya 'kuat' kerana Allah SWT knows better. Allah SWT Maha Melihat lagi Maha Mengetahui biarpun yang tersembunyi. Thus, just be yourself.

Hidup ini pasti akan didatangkan dengan pelbagai makhluk bernama 'orang'. Mereka ialah makhluk Allah yang kadangkala kita sendiri tidak terlintas di kepala akan kewujudan mereka, but they have been part of our life. Makhluk Allah ini boleh terbahagi kepada beberapa jenis ; mendekatkan kita kepada Allah SWT, menjauhkan kita daripada Allah SWT. SILA...terus redha dengan kehadiran mereka yang mendekatkan kita kepada Allah SWT dan SILA...terus mujahadah menghapuskan jejak-jejak mereka yang mampu menjauhkan kita daripada Allah SWT (khas berkenaan hubungan lelaki-perempuan).

Hidup ini persinggahan menuju akhirat. Risau dengan jodoh..sering didengari menjadi topik perbualan sekitar terutama para gadis. Kasihan pada mereka yang kecundang, sedih, merana dengan segala yang berkaitan perihal itu. Mereka nampak kuat padahal hakikatnya mereka sering bersedih. Hati perempuan itu lembut, mudah terusik lagi tersentuh. Namun, sayang hati perempuan itu juga sering menangis kerana benda-benda jodoh. Sahabat, be strong! Kita sama-sama tahu apabila Allah SWT menguji berkenaan perkara yang menjadi fitrah, ianya lebih susah..mujahadahnya perlu lebih gagah. BUT..please bear in mind my dear that Allah SWT always beside you.

Hidup ini betul-betul sementara. Daripada kamu terus menunggu si dia yang tidak pasti jodohmu, yang takut pada komitmen, yang suka cakap pusing-pusing, yang suka janji pening-pening, yang suka cakap tak serupa bikin, yang macam-macam lagi lah (khas pada lelaki yang sering membuat para gadis menangis), lebih baik dan lebih afdal kamu menumpukan hidup kamu ke arah yang lebih baik. Serius...sangat sia-sia habiskan air mata pada lelaki yang entah datang dari mana & kemudiannya entah kemana-mana. Sangat sia-sia habiskan masa menanti lelaki yang entah bila-bila hadir dalam hidup & kemudiannya akan hilang bila-bila masa. Permantapkan iman kamu sayang menjadi hambaNya yang lebih dekat denganNya, yang hidupnya terisi dengan cinta dan kasih dari Allah SWT.

Hidup ini bukan berkenaan diri kita sahaja sahabat. Kita ada ibu bapa & keluarga yang pastinya sentiasa di sisi kita. Letakkan hormat & sayang kamu pada ahli keluargamu tinggi dan makin tinggi. As time goes by...aku menjadi orang yang rasa annoyed pada mereka yang bergelar lelaki. Faktornya ialah kerana aku melihat terlalu ramai perempuan yang menangis kerana lelaki, fitrahku sebagai perempuan turut merasa benci melihat insan sekelilingku menangis kerana lelaki.



Katanya lelaki yang menjaga wanita,
tetapi teguran berhikmah pada wanita itu tiada.

Katanya lelaki memimpin wanita,
tetapi dibiarnya wanita terdedah dengan fitnah dunia.

Katanya menjaga diri tidak mahu terikat,
tetapi khusyuk melayan para gadis merata tempat.

Katanya tidak mahu memberi harapan,
tetapi tidak berhenti mengetuk perasaan para perempuan.

Katanya tidak mahu sebarang komitmen tanggungjawab,
tetapi tidak habis menunjukkan aksi yang tidak serupa dengan apa yang dicakap.
 


Daripada yang ber-f.i.k.r.a.h hinggalah kepada yang bertahap b.i.a.s.a, semua itu dapat dilihat di merata. Akhirnya, para gadis & wanita juga yang mengalirkan air mata. Kasihan...


Gadis, berubahlah. Hapuskan terus jejak mereka yang menguji hatimu, mengusik perasaanmu, membazirkan masa & komitmen dirimu. Cukupkanlah dalam hati kamu cinta kepada Allah SWT & Rasul SAW. Ya, itu sukar tapi tidak mustahil. Gadis, jika dirimu engkau jaga sebaiknya...jangan risau Allah SWT telah titipkan kekasihmu di langit..hanya menanti bertemu di syurga suatu hari nanti. Dalam kesolehan dirimu, lelaki-lelaki itu tidak layak pun untuk mendekati dirimu, kerana itulah Allah SWT menjadikan mereka tergolong dalam golongan yang patut di black list kan dalam hidupmu.


Be strong! for the sake of Allah SWT, Rasul SAW, family...







Jika 'budak haraki-an' mengatakan segala ini 'masalah hati', beruntunglah kamu menjadi 'bukan budak haraki-an' kerana kamu lebih mampu melihat hal ini ialah berkenaan mujahadah hati menuju cinta Tuhan.









.: Sahabat, bersabarlah kamu dalam segala apa yang dibicarakan mereka.
Bertasbihlah kamu pada Allah SWT siang dan malam.
Moga cinta Allah SWT terpasak di benak hatimu.
Muslimah itu tidak lemah, cuma perlu mujahadah untuk setia di sisi Allah :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

KAMU, Jaga Diri 21 Jan 2014 7:25 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya.


Nur Athirah Mohamad


Dalam penantian sendiri,
Ada Allah SWT di sisi,
Melindungi, memerhati,
Setiap gerak geri.

Dalam pengharapan sementara,
Ada Allah SWT titipkan bahagia,
Menjaga hati dalam redhaNya,
Hingga apa yang dicita itu nyata.

Dalam pembawakan sederhana,
Ada Allah SWT menjadi teman sentiasa,
Tempat merintih & mengadu duka,
Juga sumber kekuatan membawa diri sebagai hamba.

Dalam perancangan kehidupan,
Ada Allah SWT menjadi penentu utama hala tujuan,
Melindungi daripada segala kemungkaran,
Mendekatkan kepada segala keredhaan.

Dalam hidup yang sementara,
Ada Allah SWT menjadi pendengar setia,
Menitipkan rindu & cinta pada mereka,
Ibu, ayah, dan keluarga tercinta.

Dalam segala ujian dunia yang sementara,
Ada Allah SWT yang memberi ganjaran sebagai bekalan akhirat sana,
Redha & syukur sentiasa walau terasa awalnya bisa,
Itu penguat kebergantungan padaNya sebagai seorang hamba. 




.: Allah SWT tidak pernah mengecewakan hambaNya :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

MAHA Mendengar 21 Jan 2014 6:46 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya


Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA

Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama

Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan

Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH.... 




          Hari ini Allah SWT tunjukkan lagi bahawa Dia ialah Tuhan, Nur ialah hamba-Nya. Satu demi satu ujian yang Allah SWT berikan bak menanti giliran. Kesibukan hari ini belum mampu membuatkan hatinya terus rasa bahagia. Seawal pagi menyiapkan 'weekly thesis writing', kemudian bergegas ke bank membeli no unik ID untuk adik bujangnya.Bergegas pula ke 'Tissue Culture Lab' kemudian diberi kata putus oleh 'supervisor' yang dihormatinya kerana Allah SWT. Kembali menyibukkan diri menyiapkan permohonan adik lelakinya itu ke Universiti dengan memerah otak memikirkan sendiri kecenderungan adiknya itu untuk memenuhi 8 petak kosong pilihan kursus yang ditawarkan di Universiti. Alhamdulillah terasa nikmat kepuasan menguruskan segalanya untuk adik-adiknya. Sudah dipasakkan dalam hatinya, berbakti kepada keluarga itu prioriti sehingga ke akhir hayatnya.



          Seusai berjam lamanya di fakulti, melangkahlah kakinya meronda kawasan kampus menyediakan masa untuk dirinya sendiri menikmati keindahan alam bersama rakan sekelas. Indah, setiap isi alam bertasbih kepada Tuhannya, yang Maha Esa. Pelbagai kisah dikongsikan bersama rakannya, ya pastinya perkongsian itu berbentuk luahan hati. Kesimpulan luahan hati yang semakin membuatkan 2 rakan sekelas itu semakin akrab ialah 'perancangan Allah SWT itu jauh lebih cantik, hanya pemeliharaanNya yang terbaik'.

'Weh..results PSM dah keluar.'

Terus laju jemarinya menaip kata kunci dan namanya di ruangan daftar masuk.
'Subhanallahiwabihamdih...results PSM aku OK tapi Biochem...'

          Hatinya sebak, senyuman dipaksanya untuk diukir pahit. Kelemahan dirinya yang paling nyata ialah dia sangat mudah merasa jatuh lagi lemah apabila dia seolah merobek harapan keluarga kepadanya. Ya, ibunya tidak pernah memaksanya untuk terus cemerlang dalam pelajarannya kerana ibunya lebih tahu apa yang ditanggung anak gadisnya itu namun sebagai anak yang betul-betul meletakkan hanya cinta keluarga teratas selepas cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kecundang itu mengujinya. Allah~



Dalam hidup yang sementara dan penuh duga, Allah SWT tidak pernah meninggalkan hambaNya sendirian. Pasti Dia hadirkan satu demi satu ujian. Itu tandanya Allah SWT sayang. Aish...jika sayang seseorang, pastinya kita akan membahagiakan orang itu, memberikan apa yang orang itu mahukan kerana ingin dia gembira..kan? Ya...sangat betul!

Kerana itulah berkasih sayang dengan Allah SWT itu sangat istimewa dan indah dalam kesederhanaan perhubungan itu. Sayang manusia kepada manusia sangat berbeda dengan sayang Allah SWT kepada manusia. Allah SWT membahagiakan insan yang menyayangiNya dengan memberikan pelbagai hadiah berupa ujian dan dugaan kerana Allah SWT ingin insan itu kuat untuk sentiasa di sisi Allah SWT walau apa pun yang terjadi dalam perhubungan.

Allah SWT tidak memberikan apa yang insan itu mahukan kerana ada kalanya insan itu sendiri terlalu terburu-buru dengan kemahuannya. Allah SWT berikan insan itu apa yang diperlukan, jauh lebih sweet daripada cara manusia menjaga perhubungan. Allah SWT...sayangi kami.


Terjumpa sepupu-sepapat Toti.



.: Keluarga itu keutamaan, Dakwah itu jalan perjuangan, Syahid itu impian :.



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

BAHAGIA punya Mereka 17 Jan 2014 6:37 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian ketentuanNya.


Nur Hakimi Asyraf bin Zainudin, lepasan SPM.haha

"Yang, aku dapat tak GiatMara?"

"Aku dah call, katanya intake untuk ko bulan 6 nanti. InsyaAllah dapat je tu nanti."

"Alhamdulillah"


     Sejuk hati...melihat kalimah seperti itu sudah mampu keluar daripada mulut adik-adik yang dicintai. Hidup ini putaran yang terlalu indah telah Allah SWT aturkan. Ketika sahabat-sahabat sekelas menamatkan pengajian pada bulan Jun 2014, aku perlu menguruskan kemasukan Hakimi ke GiatMara di Johor kelak. Berkesempatanlah aku untuk menemani Hakimi di Johor sekurang-kurangnya beberapa bulan terawal kemasukannya memandangkan aku bakal menamatkan pengajian di UTM pada bulan Februari 2015 selepas selesai 'repeat paper' Mathematics.hee

     Aku bahagia punya mereka yang aku cinta. Tidak putus bibir ini mendoakan kesejahteraan mereka yang aku cinta. Allah SWT punya kuasa memakbulkan segala doa hamba-hambaNya, bezanya hanya kadar masanya; cepat, lambat. Bukan Allah SWT tidak mahu beri apa yang kita mahu tetapi kerana Allah SWT Maha Tahu apa yang kita perlu sekadar apa yang kita mampu.

    Aku bahagia punya mereka yang aku cinta. Mereka ada pelbagai watak cerita, pelbagai pembawakan gaya, pelbagai persepsi gaya fikirnya, pelbagai karakter jiwa namun mereka punya satu perkara yang tetap sama sampai bila-bila insyaAllah ; mereka insan yang aku cinta. Bukan cinta melalui kata-kata luahan semata, tetapi melalui perhatian & usaha menjaga mereka.

    Aku bahagia punya mereka yang aku cinta. Ya, ada kalanya diri terasa dengan beberapa persoalan mudah yang sangat padu tajam intipatinya.

"Eh, kakak yang belikan adik baju sekolah ke? Mak mana?"
"Eh, kamu ke yang uruskan hal berhenti sekolah adik? Ayah mana?"
"Eh, kamu ke yang ...."
"Eh, kamu....

Pendek kata, macam-macam. Daripada sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besar perkara..semua benda mesti ditanya. Semua yang ditanya itu pasti membuat diri terasa. Alhamdulillah 'terasa' itu mendidik diri menjadi lebih matang, lebih berdikari..dan kini lebih yakin menjawab setiap persoalan perihal keluarga. Biarpun jauh di bumi selatan, tidak terlepas perhatianku daripada keluarga sehingga segala-galanya aku tahu dan risau itu hanya Allah SWT yang Maha Tahu. Kini, semakin yakin..."Ya Allah SWT, Nur sudah besar rupanya. Terima kasih menjaga Nur."

Budak kecik yang matang + senang nak handle.

Shopping baju sekolah dalam masa kurang daripada 45min. Aqilah semakin membesar.wee~

Alin yang semakin sihat dari sakitnya & Aqilah yang semakin 'sihat'.haha


Muka bahagia urusan beli barang sekolah selesai~


.: Hidup ini sementara. Dalam sementara, aku punya mereka yang aku cinta. Demi cinta, aku ingin membawa mereka ke syurga :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Keturunan SYURGA 15 Jan 2014 6:37 PM (11 years ago)


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya.


 
Seorang bapa yang sabar dalam solatnya kepada Allah SWT yang Maha Sabar.


Seorang abang yang menghantar adiknya yang syahid dalam peperangan pulang kepada Allah SWT.

Kerana apa aku memandang lelaki sebagai suatu susuk tubuh yang benar-benar aku beri perhatian?
Kerana insan itu yang menunjukkan jalan hidup aku sebagai seorang perempuan ini sama ada ke syurga atau ke neraka. Aku juga menjadi asbab untuk mereka ke syurga atau ke neraka.

Dalam hidup yang sementara, aku bahagia punya mereka yang aku cinta.

Walau bengkok jalan yang ditempuh semoga semua insan itu terus Allah SWT berikan kekuatan menjadi hambaNya yang lebih baik sentiasa

Dalam hidup yang sementara, aku punya cita-cita menyampaikan pahala perjuangan yang berpanjangan kepada mereka..ibu, ayah, adik-adik lelakiku, adik-adik perempuanku.



Ya Rabb..
Jadikanlah keluarga Nur
Sebagai hambaMu yang sabar
Mendirikan solat
Menjadi pimpinan bagi hambaMu yang bertaqwa

Ya Rabb..
Jadikanlah keluarga Nur
Sebagai hambaMu yang sabar
Mendekati redhaMu
Melahirkan ahli syurga-Mu





.: Hidup ini sementara, dalam sementara ini Nur harap Kamu beri kesempatan kepada Nur membawa mereka kembali kepada jalan Kamu dengan sebenar-benar pengabdian :.


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Rindu - TERLALU PADAMU 11 Jan 2014 9:52 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatMu, ALHAMDULILLAH atas ujian ketentuanMu



Terimbau kenangan...sendirian di surau itu. 2009 tahun penyaksian. Sendiri namun tidak sunyi. Seorang namun terasa ramai. Indah...hanya itu suatu kata yang mampu aku ungkapkan bagi menyimpulkan kenangan itu.

Rindu..terlalu pada-Mu
Tiada tertanggung...
Tiada penghujung...

Tidak semudahnya melupakan waktu itu
Inilah suratan lumrah kehidupan
Dunia yang sementara
Rasa yang seketika

Rindu terlalu pada-Mu
Tiada tertanggung...
Rindu terlalu pada-Mu
Tiada penghujung...

Sukar mengakui perasaan hati
Kepiluan bersemi
Hanya pada doa memohon pada-Mu
Sejahtera hidup ini terus di sisi-Mu



           Bertahun-tahun berlalu...Engkau Maha Tahu. Segala sembilu yang aku tempuh dengan sayu. Bertahun-tahun berlalu..aku ada rasa bahagia, ketawa, gembira bersama insan-insan yang Engkau hadirkan mengisi ruang diari catatan hidupku. Namun, itu semua dusta. Akhirnya pasti aku kembali padaMu. Logik fikirku, aku tidak layak memperoleh cinta-Mu. Rasa hatiku sebagai hamba-Mu, tidak aku putus asa cuba usaha melayakkan diriku untuk memperoleh bahagia cinta-Mu.

          Allah...aku hanya ada Kamu. Aku hanya ingin rasa yang dahulu. Rasa hanya aku dan Kamu. Rasa sunyi dunia tapi bahagia dalam perhatianMu. Hanya rasa itu..yang aku mahu! Aku mohon jangan diuji lagi diri ini dengan ujian yang mampu melemahkan imanku, yang mampu menjauhkan diriku dari Kamu, yang mampu melonggarkan tali ikatan kebergantunganku pada Kamu, yang mampu menjauhkan ingatan aku pada Kamu, yang mampu membuatkan aku berpaling dari jalan cinta Kamu, yang mampu membiarkan aku terus berjalan tanpa Kamu.

          Tolonglah aku ya Allah. Aku lemah. Aku ingin bertemu Kamu. Aku ingin kasih dari Kamu. Jauhkan aku sejauh-jauhnya dari segala apa yang mampu melemahkan rasa cinta aku pada Kamu. Hidup ini untuk bertemu Kamu. Hidup ini untuk merasai redha Kamu pada aku. Hidup ini untuk aku kenal siapa Kamu di hatiku. Hidup ini untuk aku menghargai nikmat kasih dari Kamu. Hidup ini untuk Kamu...hanya Kamu...hanya Kamu.....

          Allah...jadikan mata ini hanya mengalirkan air mata kerana Kamu, lintasan hati ini hanya membisikkan nama Kamu, telinga ini hanya mendengar bisikan rahmat Kamu, bibir ini hanya menyebut keagungan Kamu. Ampuni dosa mengkhianati Kamu, mendustai Kamu, mengasingkan Kamu, mengenepikan Kamu, membiarkan Kamu. Allah...kembalikan aku kepada rasa itu. Rasa hanya ada Kamu dan aku.





.: Hidup ini sementara. Dalam sementara ini, aku ingin setiap saat hidup ini ada Kamu :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Rindu IMAM-ku 10 Jan 2014 11:08 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian ketentuanNya.


Mentang-mentang polis, slumber tak nak pakai baju wad.haha

Masuk tahun ke-4 pengajian aku di UTM Skudai, ayah antara insan yang rapat denganku. Mungkin kerana hanya kami berdua di tanah selatan ini. Dialah teman borak, dialah teman sharing, dan yang paling penting dia lah teman gaduh. Bukan gaduh biasa-biasa, tapi luar biasa. Kalau sebelum ni sewaktu ayah sihat, kami sering sparring (karate) bersama namun apabila ayah kurang sihat, kami sering bahan-bahan mulut sebagai medium gaduh gurau cari pasal. ^^,

          Ketika beliau sakit di Hospital Sultanah Aminah, hanya Azizi & Syahida sahabat yang melawat ayah kerana mereka tolong hantarkan aku. Serius, aku kekok pada mulanya, Blur bagaimana mahu jaga ayah. Namun, lama-kelamaan aku biasa sudah. Tidur tepi katil ayah dalam keadaan duduk atas kerusi dan terjaga setiap 1 jam memang menarik. Ketika ayah mandi, aku tunggu beliau berdekatan pintu hadapan bilik air tersebut kerana segala baju kotor ayah tersebut ingin aku masukkan terus ke dalam plastik bungkusan baju. Ayah nampak sangat lemah, pegang baju kain kotor pun terketar-ketar tangannya. Ya, orang lelaki tengok aku pelik. Lama-kelamaan mereka faham, aku tunggu ayah! :)

         Antara kenangan terindah di hospital ialah solat berjemaah bersama ayah. Setiap kali doa selepas azan habis kami aminkan, tirai katil ayah akan ditarik menutup seluruh sisi katil, sejadah & kain pelikat buat alas dibentang. Solat berjemaah lengkap 5 waktu sehari semalam kami tunaikan bersama. Memang prinsipku untuk sentiasa bersolat jemaah walau di mana aku berada terutama di sisi keluarga. Alhamdulillah Allah banyak bantu memudahkan prinsip itu tidak goyah. Solat berjemaah juga memberikan kekuatan kepada ayahku untuk solat bersama. Memanfaatkan masa yang ada sebelum anaknya ini bertukar imam (ouch..tetiba sedih rasa kalau masa itu Allah wujudkan).


Jururawat : "Dik, nanti kalau nak solat..pergi solat kat surau ye. Ada surau kat belakang."

Aku : "Eh, takpe kak. Saya nak solat berjemaah dengan ayah."

Jururawat : "Owh..ok."


Alhamdulillah insan sekeliling memahami kehendak aku & urusan aku untuk terus berpegang pada kekuatan solat berjemaah dipermudahkan. 

         Ayah mendapat makanan first class. Orang lain berpinggan lekak-lekuk berwarna seragam biru semuanya, ayah mendapat pinggan & cawan yang khas. Orang lain makan benda biasa, ayah makan luar biasa sedikit. "Eleh..ni mesti sebab ayah bagi warranty letter polis tu." Aku sekadar tergelak melihat gelagat ayah yang nampak tidak selesa dengan keistimewaan & kelainan itu.

         Kami duduk di hospital sekejap sahaja dek proses pemulihan ayah daripada sakit denggi itu sangat cepat. Mana tidak cepatnya, sehari sampai 5 atau 6 botol air mineral besar diminumnya. Buang air ke tandas, jangan cakap lah berapa kali. Sungguh, ayah comel membebel je kerjanya, aku pula suka jadikan ayah 'bahan'.haha Kemudiannya, kami bertolak ke Seremban.

"Bagus anak ayah ni, pandai jaga ayah sakit." kata ayah pada mak.

"Well..." responku.

Mak sekadar ketawa kerana aku buat muka yang tersangatlah poyo depan ayah.haha Sepanjang beberapa hari di Seremban, gaduh sahaja hobi aku & ayah tapi waktu solat memang baik-baik solat jemaah bersama.hehe

"Bila anak ayah dah balik johor, sunyi plak rasanya."mesej daripada ayahku setibanya aku di Terminal Larkin.

"Eleh..rindu kakyang lah tu. Haa..tu lah lain kali jangan cari pasal dengan kakyang.hehe Ayah, minta maaf ye atas semua gaduh gurau cari pasal tu.hee"
responku.
"Rindu la. Eh, ayah sentiasa maafkan anak-anak ayah"
respon ayah yang buat aku lebih tenang untuk study.hee 





.: Hidup ini sementara. Dalam sementara hidup ini, kita punya lebih banyak sebab untuk bahagia daripada derita. Walau tidak dapat dibuang terus punca derita itu, sekurang-kurangnya kita dapat lebih dekat dengan sumber bahagia.
Allah, jaga hati Nur untuk Nur terus bahagia dengan janji-Mu :.



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Menangis-lah 10 Jan 2014 8:02 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ujian ketentuanNya.






Allah...
betapa duniaMu ini sementara
yang penuh dengan ujian
sakit dan dugaan
merintih dan menjatuhkan
semangat diri ini dalam beberapa langkah perjalanan

Allah...
sampaikan pada bulan
jangan berhenti tasbih untukku hambaMu
aku ingin menjadi sepertinya
habis buruk lopak lubang pada tubuhnya
namun tidak serik memantulkan Nur (cahaya)
seluruh alam merasai nikmat cahaya kasihMu

Allah...
sampaikan pada laut
jangan berhenti tasbih untukku hambaMu
agar diri ini terus tabah dalam tegak sendiriku
membawa kaki melangkah mencari cintaMu
diuji lagi dan lagi dengan makhlukMu
namun sesekali tidak aku tinggalkanMu

Allah...
sampaikan pada awan
jangan berhenti tasbih untukku hambaMu
menjadi awan itu angan-angan
tubuh si awan rapuh
rapuh yang mengalirkan nikmat hujan
buat sekalian alam
jadikan hati ini rapuh dalam tangisan hamba
terus-terusan mengalirkan nikmat cinta pada alam

Allah...
tanpa kekuatan dariMu, aku lemah
tanpa petunjuk dariMu, aku buntu
tanpa perhatian dariMu, aku sepi
tanpa kasih dariMu, aku sunyi
tanpa rahmat dariMu, aku tumbang

Allah...
hati ini luluh bisa
jiwa ini punah rasa
bibir ini mati bicara
mata ini gelap gelita

Allah...
dunia ini sementara
dalam sementara ini aku merasa sakitnya
gagahkan diri setia dalam rasa hamba
redha menerima ketentuan
syukur menerima nikmat Tuhan

Allah...
tiada yang lebih mengasihiku
melainkan Kamu wahai yang Maha Tahu
Jangan sesekali diri ini Engkau izinkan jauh pergi
Walau selangkah dari sisi Engkau Tuhan alam ini

Allah...
hati ini peganglah
jiwa ini lindungilah
minda ini tenangkanlah

Allah...
matikan Nur dalam ketakwaan





 


.: Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih
Kasihanilah diri ini yang makin haus dari merasai kasih dunia
Limpahkan diri ini kasih-Mu yang pasti di akhirat sana
Jatuh terduduk sentak jiwa ini dengan setiap ujian bukti kasih-Mu :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Menjadi GADIS untuk AYAH 5 Jan 2014 2:01 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mahe Pengasih
Selawat & salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,
para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam.
ALHAMDULILLAH atas nikmatNya, ALHAMDULILLAH atas ketentuanNya.



Credit to driver - Azizi 'pilah'.

Terkejut apabila secara tiba-tibanya teman 'kuat gaduh' ku jatuh sakit melarat & hanya mampu terlantar sendirian di bilik. Risau, hanya itu yang dibenak minda..tidak mampu untuk fokus dalam ulangkaji untuk peperiksaan yang memang dekat sangat dah. Akhirnya, ayah dibawa ke hospital menggunakan ambulans. Hanya Allah SWT mampu membalas jasa-jasa kalian yang turut membantu tika saat kelam-kabut itu. Peminjam kereta, pemberi pinjam duit, pemberi doa...semoga Allah SWT memberi rahmatNya pada kalian di akhirat nanti.

Terima kasih dear menjadi peneman setia aku. -syahida-

"Hikmah haid ialah melatih kaum wanita supaya sentiasa membersihkan kotoran & pelbagai najis sehingga tidak berasa jijik sekiranya membersihkan najis anak ataupun suami yang uzur"
-kepada yang tiada suami, sila jaga sang ayahmu-

Bubur free vs nota ecology!

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan & kasih sayang kamu. Dan doakanlah mereka dengan berkata, 'Wahai Tuhanku, cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang, memelihara serta mendidik aku semasa aku masih kecil.'"
-surah Al-Isra' : ayat 24-


Cara anak gadis membahagiakan & mentaati ibu ayah
* bersungguh-sungguh menuntut ilmu *
* menggembirakan hati kedua ibu ayah dengan menghadiahkan kejayaan buat mereka *
* menjadi anak solehah daripada segi aqidah, ibadah & akhlak *
* menjaga ibu ayah ketika sakit *
* bercakap dengan ibu ayah secara lemah lembut *
* mendoakan ibu ayah *

Credit to Abang Alin 'Polis kepong' bawa kami balik ke Seremban. Selamat bernikah bulan 3 ni! ^_^

Umur yang sudah memasuki tahun ke -23 walaupun belum genap memang sudah biasa dengan cerita-cerita tentang ikatan, tunang, nikah & seangkatan dengannya terutamanya untuk aku yang merupakan anak sulung perempuan dalam keluarga. Cerita-cerita itu lebih terkesan apabila keluar daripada bicara ibu ayah sendiri. Apa bicara mereka? Rahsia. ^^,

Sebagai anak sulung dalam keluarga yakni si gadis, masa untuk fikir tentang hal ikatan & sebagainya tidak banyak kerana tuntutan keluarga melebihi segalanya. Andai tiba masanya, jangan dirisau..pasti datang seorang pemuda berketurunan Raja, memiliki 10 mahligai istana yang menaiki kereta kuda. Boleh?haha Allah SWT lebih tahu kesederhaan yang ibu ayah inginkan dalam diri calon yang berniat menyunting. Syaratku? Cukup sekadar menjaga solat berjemaah 5 waktu lengkap sehari semalam. Urusan pernikahan bukan mainan, walau aku dibesarkan dalam keluarga biasa...diri ini turut mengimpikan lahirnya pejuang agama daripada darah keturunan kacukan Pakistan + Bugis dalam diri aku & adik-adik.

Masa muda ialah masa yang paling sesuai untuk membentuk diri menjadi insan bertakwa. Hidup sebagai gadis hanya sekali, so..kita manfaatkan! ^^,



Nabi Muhammad SAW menyebut dalam hadith,
"Tujuh golongan manusia akan dilindungi Allah SWT pada hari ini, ketika tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah SWT, iaitu...
1. imam yang adil
2. pemuda/remaja yang tekun beribadah kepada Allah SWT
3. seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid sejak dia keluar dari masjid hingga pulang semula ke masjid
4. dua orang lelaki yang berkasih-sayang dalam mencari redha Allah SWT bertemu berpisah kerana Allah SWT,
5. seorang lelaki yang mengingati Allah SWT pada masa sunyi sepi hingga menitiskan air mata,
6. seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita untuk melakukan perbuatan jahat dan dia berkata 'Aku takut kepada Tuhan seluruh alam',
7. seorang lelaki yang sedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya."
-riwayat Bukhari & Muslim-




Bagaimana menjadi GADIS yang mendapat perlindungan ALLAH SWT
- Memiliki sifat warak - 
- Memelihara pandangan -
- Memelihara percakapan - 
 - Sifat sabar & hikmah - 
- Berani menyatakan kebenaran -
- Pemurah & suka bersedekah -
- suka kepada majlis ilmu -





.: Hidup ini cuma sementara...semoga dalam sementara itu ada pahala berpanjangan yang sampai pada ibu ayah. Beruntunglah menjadi remaja yang disibukkan dengan kebaikan di jalan Allah SWT :.




Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

TEMAN Riang Ria 19 Dec 2013 4:52 AM (11 years ago)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
Alhamdulillah atas nikmatNya, Alhamdulillah atas ujian & ketentuanNya.







Hampir Empat Tahun Bersama
Jarang lepak.
Kurang borak.
Tapi..
masing-masing faham perangai masing-masing.

Hampir Empat Tahun Bersama
Tahun ini paling gempak.
Projek Tahun Akhir memang sesak.
Akhirnya..
Semua orang gila-gila melalak.

Hampir Empat Tahun Bersama
Kurang daripada setengah tahun masa tinggal
Untuk semua lepak, borak,  memekak
Harapnya..
Semua urusan dipermudahkan.

Hampir Empat Tahun Bersama
Ini insyaAllah tahun terakhir meng'gila'-'gila'
Moody, masam, ketawa, senget, semua ada
Walauapa pun..
Kita geng selamanya.

Hampir Empat Tahun Bersama
Masing-masing akan membawa hala tuju masing-masing
Kerja, Belajar, Nikah, macam-macam
Jadinya..
Jangan putus doa untuk kita semua.

Sayang kalian kerana Allah SWT.



.: Dalam ketawa, ada ceria. Dalam tangisan, ada sedih. Dalam hidup, ada kenangan. Dalam gila-gila, ada kalian. Semoga bertemu semula di syurga! ^^, :.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?