Berita gembira di kem Arsenal pagi ini, Newcastle United F.C. telah bersetuju menjual bek kanan Mathieu Debuchy untuk Arsenal FC dengan bayaran yang tidak didedahkan, walaubagaimanapun ia dianggarkan sekitar £12 juta.
Pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun baru saja membantu Perancis ke peringkat suku akhir Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil selepas ditunjukkan jalan keluar oleh sang juara Jerman. Debuchy juga merupakan pilihan utama Deschamps mengisi slot bek kanan dalam skuad Piala Dunia Perancis di Brazil berbanding Sagna.
Debuchy menjadi pembelian ke-2 "The Gunners" selepas pembelian sulung Alexis Sanchez dari FC Barcelona. Sudah tentunya kehadiran Debuchy adalah sebagai galang ganti kepada Bacary Sagna yang memilih ke Manchester City untuk bertemu rakan lama Samir Na$ri & Clichy.
Menurut Debuchy ketika ditemubual dalam laman web rasmi Arsenal.
“I’m very proud to be joining a great club like Arsenal and to wear its colours, it’s one of the biggest clubs in the whole world,”
“I’m looking forward to working with Arsene Wenger and to helping the team build on last season’s FA Cup success. Playing again in the Champions League is a big excitement for me and I will do my best to help Arsenal compete for trophies.”
Disebalik kegembiraan ini, kita juga digemparkan dengan trajedi terhempasnya pesawat MAS jenis Boeing 777 MH17 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.
Sama-sama kita doakan yang terbaik.
Salam Ramadhan,
Akhirnya! Wenger membuat rekod pembelian termahal ke-2 di Arsenal selepas Ozil.
Alexis Sanchez disahkan "The Gunners" sebaik sahaja selesai dengan rekod perpindahan £30million dari Barcelona.
Pemain sayap Chile telah disahkan sebagai pemain Gunners awal pagi ini (waktu malaysia) selepas menolak berpindah ke Liverpool, Juventus dan AC Milan. Ia juga atas minat dan cinta beliau dengan bandar london dan Stadium Emirates yang mampu memuat hampir 60 ribu sekali harung.
Sanchez akan menerima gaji kira-kira £ 150,000 seminggu yang merupakan antara yang tertinggi di Arsenal.
Menurut laporan yang belum sahih, beliau dijangka akan menyarung jersi nombor 17 yang diambil dari Nancho Monreal.
Diikutkan akal logik 12 bulan yang lalu, memang tak terfikirkan wenger & Arsenal mampu membawa Ozil dan Sanchez sebagai The Gunners.
Pencinta Arsenal mengucapkan selamat datang & maju jaya buat Sanchez. Semoga pemain 'chili' ini akan menambah 'pedas' lagi skuad Arsenal untuk mengharungi musim 2015 nanti.
|
Arsenal
Ramsey (5),
Mertesacker (36),
Sagna (72)
|
| Stoke City
Cameron (26)
|
|
Menakjubkan! Apabila Arsenal terus mencatatkan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua pertandingan. Arsenal bedil Stoke City 3-1 di Emirates sebentar tadi sekaligus mendorong The Gunners melonjak merajai takta liga EPL saat ini (
sedap mata memandang). Sementara Theo Walcott tidak dibawa masuk bermain hari ini akibat kecederaan dan galang gantinya adalah anak muda Serge Gnabry.
Bintang dalam form saat ini, Aaron Ramsey terus ligan mengumpul gol, apabila menjaringkan gol pembukaan buat Arsenal hasil bola mati Mesut Ozil. Namun Geoff Cameron bingkas menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat tetapi tidak lama selepas itu, Arsenal kembali mendahului selepas sepakan sudut dari Ozil menemui Per Mertesacker, dan dengan ketinggian yang ada padanya, nyata Per Mertesacker tidak mengecewakan untuk menanduk masuk tanpa dapat dijangkau dek
Begovic. Sekali lagi, Ozil mendorong assist ke-3nya ke arah Bacary Sagna bagi melengkapkan malam bahagia di Emirates, sebelum keluar dan digantikan vice captain, Mikel Arteta.
Sedutan highlights:-
Tup...tup...Itulah! Berita terkini, asal-asal pemain muda jer! Pasti Arsenal.....
Terbaru! angin sepoi-sepoi bertiup, Arsenal dikaitkan sedang cuba melamar anak muda Palermo yang kini sedang dipinjamkan ke
Parma, Afriyie Acquah. Pemain berusia 20 tahun ini dicanang-canang konon bak bintang Chelsea yang dipinjamkan ke Real
Madrid, Michael Essien.
Afriyie Acquah kini sebagai pemain pinjaman di Parma hingga akhir musim
2012/13 dengan
option boleh beli jika berminat. Namun Parma dikhabarkan tidak memperlihatkan minat untuk melanjutkan khidmatnya samada secara pinjaman mahupun tetap.
Di tirai
transfer Januari ini, seperti dilaporkan
Daily Express,
Arsenal dikatakan sangat menaruh perhatian kepada pemain muda asal Ghana
ini. The Gunners bahkan bersedia mengeluarkan duit poket sekitar 9 juta
euro untuk membawa Acquah ke Emirates
Stadium.
Untuk rekod, kontrak Acquah di Palermo hanya akan berakhir pada Jun 2016. Musim ini sahaja di Serie A,
Acquah telah bermain di 10 kemunculan dan 4 kali masuk
starting XI Parma.
Arsene Wenger berharap tahun 2013 bakal menjadi sesuatu yang lebih baik buat Arsenal. Kemenangan sulung ke atas Southampton dijangka mampu menjadi tonik terbaik bagi The Gunners untuk meningkatkan kepercayaan diri, konsisten dan punya daya keinginan untuk menang.
Wenger dan anak buahnya akan bertandang ke St Mary's Stadium, Rabu (01.02.2012), dengan bermodal empat kemenangan dalam empat pertandingan terkini di Premier League. Dengan kemenangan terkini 7-3 ke atas Newcastle.
Menentang Saints nanti, Wenger dijangka akan kekal mempercayai Theo Walcott untuk bermain sebagai central attacker sepertimana ketika menentang Newcastle, dimana Walcott mencatatkan hat-tricknya.
Berita lain, Arsenal dikhabarkan sudah memulakan langkah awal dengan membuat tawaran rasmi kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan striker antarabangsa Sepanyol Adrian Lopez Alvarez dengan nilai £10 Juta pada tingkap transfer Januari ini.
Adrian, 24, telah berada dalam radar Arsenal sejak beberapa bulan terakhir ini. Selain Walcott, hanya ada Olivier Giroud yang kini cergas sebagai striker The Gunners. Oleh itu, tambahan pemain seperti Adrian diharapkan mampu menjadikan suntikan tenaga jentera serangan Arsenal nanti.
Match Report
English Premier
League, 30 Disember 2012
KEPUTUSAN PENUH
Arsenal 7 - 3 Newcastle
HT 1 - 1 FT 7 - 3
Theo Walcott (20, 73, 90), Alex Oxlade-Chamberlain (50), Lukas Podolski (64),
Olivier Giroud (84, 87), Demba Ba (43, 69)Sylvain Marveaux (59)
Lama betul tak buat report! huhuhuhu
Arsenal berjaya meraih mata penuh! dengan skor 7-3 menundukkan anak buah Alan Perdew di Stadium Emirates, London, awal pagi tadi
Arsenal nyata-nyata memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah dengan tampil unggul diawal permainan di depan khalayak ribuan supporter sendiri di awal babak pertama.
Dengan acapkali dilihat mempunyai beberapa peluang terhidang namun gagal dijelmakan dengan gol, The Gunners akhirnya berjaya juga menemui gol awal di minit ke-20. Hasil kerja kaki Lukas Podolski,
Theo Walcott pantas menemui gawang Newcastle setelah melepaskan
tendangan melepasi Tim Krul.
Unggul dengan jaringan awal, Arsenal kembali lemau tidak bernafsu untuk menambah jaringan. Keadaan tidak fokus ketika mendahului lawan ini terus dimanfaatkan
dengan baik oleh The Toon. Demba Ba bingkas menyamakan kedudukan berpunca dari bola mati. Wojciech
Szczesny terkeliru hasil bola yang membias setelah terkena Jack Wilshere.
Masuk separuh masa kedua, Arsenal kembali segar dan bangun menggempur kubu belakang
Newcastle yang dikepalai Fabricio Coloccini & Co. Hasilnya, Alex Oxlade-Chamberlain mencetak gol ke-2, meletakkan The Gunners mendahului berpunca dari umpanan Santi Cazorla.
Hilang konsentrasi dan kealpaan barisan pertahanan Arsenal, menjadi punca utama winger
Newcastle, Gabriel Obertan mudah menyusuri masuk dari sisi kanan pertahanan Arsenal dan
kemudian mengirimkan umpan rendah ke dalam kotak penalti. Sylvain
Marveaux yang berada pada masa dan tempat yang tepat tidak mempersiakan menyamakan kedudukan kepada 2-2.
Podolski sekali lagi membawa The Gunners mengungguli pasukan lawan. Setelah memanfaatkan kemelut di depan
gawang dan langsung menanduk bola liar tanpa mampu dihalangi
pemain Newcastle.
Malapetaka seperti melekat bagi Arsenal. Hanya lima minit berselang,
gawang yang dikawal Wojciech
Szczesny bolos lagi ditembus Demba Ba. Kali ini hasil umpanan ke dalam Marveaux disondol dengan mudah oleh Ba tanpa mampu dihalang
Szczesny.
Suasana di Emirates semakin mencemaskan dengan pasukan pelawat dilihat semakin bernafsu untuk mencari gol. Namun Walcott hadir mencatatkan gol keduanya di setelah menerima assist dari Kieran Gibbs.
Olivier Giroud yang masuk menggantikan Podolski pada minit ke-82 pantas menukar sengat di jentara serangan The Gunners dengan mencatatkan nama selaku penjaring gol
dengan dua golnya, masing-masing pada minit ke-85 dan 87.
Seperti ingin menutup malam tahun baru 2012 supaya lebih indah lagi bermakna, diminit-minit masa kecederaan, Walcott tidak persia-siakan peluang dengan mencatatkan hat-trick, sekaligus
meletakkan kemenangan Arsenal atas Newcastle dengan keputusan penuh 7-3. Tambahan
tiga mata ini membawa Arsenal melonjak naik dua tangga ke tangga ke-5, menepis Everton dan West Bromwich Albion.
Susunan penuh pemain:-
Arsenal: 1-Wojciech Szczesny; 3-Bacary Sagna,
6-Laurent Koscielny, 5-Thomas Vermaelen, 28-Kieran Gibbs; 8-Mikel
Arteta, 10-Jack Wilshere; 15-Alex Oxlade-Chamberlain (12-Olivier Giroud
74), 19-Santi Cazorla (22-Francis Coquelin 86), 19-Lukas Podolski
(16-Aaron Ramsey 82); 14-Theo Walcott
Newcastle: 1-Tim Krul; 5-Danny Simpson (31-Shane
Ferguson 86), 14-James Perch, 2-Fabricio Coloccini, 3-Davide Santon;
22-Sylvain Marveaux (34-James Tavernier 89), 20-Gael Bigirimana
(23-Shola Ameobi 82), 24-Cheik Tiote, 25-Gabriel Obertan; 9-Papiss Demba
Cisse, 19-Demba Ba
Match Report
English Premier League, 02 Sept 2012
0 - 2
Lukas Podolski (31), Santi Cazorla (68)
Liverpool
|
|
Arsenal
|
J Reina, D Agger, J Enrique, M Skrtel , G Johnson, R Sterling, S Gerrard, N Sahin (J Shelvey , 67), J Allen, L Suarez, F Borini (S Downing, 54) |
|
V Mannone, T Vermaelen (L Koscielny, 89), P Mertesacker , K Gibbs, C Jenkinson, S Cazorla, A Diaby, A Oxlade-Chamberlain (A Ramsey, 73), M Arteta , L Podolski (A Santos, 82), O Giroud |
Subs not used: J Carragher, S Coates, J Henderson, M Kelly, B Jones |
|
Subs not used: D Martinez, Gervinho, F Coquelin, T Walcott |
- Referee: Howard Webb
- Kehadiran: 44,932
- Stadium: Anfield
-
- Yeahhhhh.....
- Berkat kemenangan di match ke-3 Premier League, kini Arsenal
melonjak ke tangga ke-8. Sementara Liverpool
terperosok ke tangga-18 dengan mengumpul satu point setakat ini.
-
Preview Match
English Premier League, 02 September 2012
Rekod Perlawanan Terakhir |
Last Head-To-Heads @ Anfield
|
Rekod Perlawanan Terakhir |
|
-
Liverpool 1 - 2 Arsenal
-
Liverpool 1 - 1 Arsenal
-
Liverpool 1 - 2 Arsenal
- Liverpool 4 - 4 Arsenal
|
|
|
Statistik perlawanan:
Arsenal kini dalam mood syok seri, apabila dilihat mencatatkan 5 keputusan seri dalam 6 perlawanan liga terakhir.
Arsenal kelihatan "berkarat" dalam dua perlawanan pembukaan liga EPL kali ini, gagal menemui sentuhan gol - Dengan Liverpool menjadi lawan seterusnya, dijangka ini akan menjadikan ujian jauh lebih berat buat anak buat Wenger berbanding perlawanan sebelum ini (Sunderland atau Stoke). The Reds tampak positif dengan pengenalan taktik tiki-taka tic-tac ala Barca mereka selepas seri 2-2 dengan Manchester City dan pasti bakal menuntut kemenangan liga pertama mereka sementara kita terus membina semula pasukan sejak 7 tahun lalu selepas kehilangan Robin van Persie dan Alex Song.
Jangkaan keputusan perlawanan:
Liverpool mungkin mampu memberikan kita 'pengajaran'. Namun aku masih mengharapkan agakkan aku ini silap!
English Premier League 2012
Ahad, 26 Ogos 2012
0 - 0
Stoke City
|
|
Arsenal
|
A Begovic, R Huth , A Wilkinson , M Wilson, R Shawcross, G Cameron, G Whelan (W Palacios, 81), M Kightly, J Pennant (C Jerome, 66), J Walters, P Crouch (R Shotton, 79) |
|
V Mannone, T Vermaelen, P Mertesacker, K Gibbs, C Jenkinson, S Cazorla (A Ramsey, 81), A Diaby, M Arteta, L Podolski (A Oxlade-Chamberlain, 72), Gervinho (T Walcott, 72), O Giroud |
Subs not used: R Delap, T Sorensen, M Upson, K Jones |
|
Subs not used: F Coquelin, J Djourou, D Martinez, A Santos |
- Referee: Lee Mason
- Kehadiran: 27,072
- Stadium: Britannia Stadium
Arsenal sesatunya yang masih ketandusan gol dalam 2 perlawanan awal ini....huh!
Jadual Perlawanan EPL melibatkan Arsenal 2012/2013 yang akan bermula 18 Ogos 2012
August
18 Sunderland (H)
25 Stoke (A)
September
1
Liverpool (A)
15 Southampton (H)
22 Man City (A)
29
Chelsea (H)
October
6 West Ham (A)
20 Norwich (A)
27
QPR (H)
November
3 Man Utd (A)
10 Fulham (H)
17
Tottenham (H)
24 Aston Villa (A)
28 Everton (A)
December
1
Swansea (H)
8 West Brom (H)
15 Reading (A)
22 Wigan
(A)
26 West Ham (H)
29 Newcastle (H)
January
1
Southampton (A)
12 Man City (H)
19 Chelsea (A)
29
Liverpool (H)
February
2 Stoke (H)
9 Sunderland (A)
23
Aston Villa (H)
March
2 Tottenham (A)
9 Everton (H)
16
Swansea (A)
30 Reading (H)
April
6 West Brom (A)
13
Norwich (H)
20 Fulham (A)
27 Man Utd (H)
May
4
QPR (A)
12 Wigan (H)
19 Newcastle (A)
Welcome Podolski....
Semua sudah tahu....Lukas Podolski akhirnya dengan rasmi ke Arsenal untuk menganas pada kempen musim depan. Harapnya la! Ini merupakan pembelian awal dari Prof! Setelah rumours ini menajdi bualan hangat di media dalam beberapa bulan terakhir ini, striker yang memiliki 95 caps antarabangsa bersama Jerman ini akhirnya memutuskan berlabuh ke Emirates dengan nilai £11 juta.
Harap keseriusan yang ditunjuk The Prof ini...membuat suntikan awal yang berkualiti dengan kemasukan Lukas ini sekaligus akan menaikkan semangat berpasukan, meningkatkan persaingan dan memberi kita harapan untuk mencabar dan menyambar saingan kejuaraan musim depan dengan lebih padu.
Ikut statistik memang sedap mata memandang...Statistik beliau pun bukan calang-calang! Kira menakjubkan jugalah!. Dalam dua musim terakhir dengan Cologne dia dimainkan 63 kali, dan mampu menjaringkan 33 gol dan membuat 13 asisst. Walaupun bila kita sorotkan sedikit sejarah beliau di Bayern Munich, ketika ini beliau agak tenggelam! namun dengan 32 permainan dalam dua musim terakhir, beliau mampu milik menjaringkan 19 gol dan melakukan 12 asisst. Bila kita buat skit perbandingan, 60 penampilan terakhir Theo Walcott, Enjin pemecut kita ini telah berjaya melakukan 22 gol dan 16 asisst.
Walau bagaimanapun. ketibaan Podolski ini diharap bukan hanya menjadi satu isyarat kepada para penyokong. Kita harus menamatkan penantian 7 tahun tanpa "cawan" (
cup)
Kini Ia pasti: Podolski ketika mengenakan jersi Arsenal selesai perlawanan persahabatan musim lalu