Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."
Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."
Credit

Terima kasih..Kerana selama ini banyak membantu, menyokong dan melayan karenah diriku..:)
Terima kasih..Kerana tetap setia dan mencinta selalu ..:)
Terima kasih..Kerana tak jemu2 mendengar segala keluh kesahku :)
Terima kasih..
Akan kuhadiahkan kesetiaan dan kejujuran tak berbelah bahagi padamu,..
Insya Allah..
Moga direstui Yang Esa :)

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu membahayakan. Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan bagi orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemukan dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang terjerumus dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam keadaan yang membahayakan.
2. Cinta buat kita ketawa. Nafsu buat kita kecewa. Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liiar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa panen, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanami padi (cinta) itu tadi berupa buah padi (kebahagiaan) . Lain dengan orang-orang yang terkecoh yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati.
3. Cinta selalu ingin memberi. Nafsu hanya ingin diberi. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatiknya keduanya akan menerima. Tapi kalau kita dan pasangannya inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) lalu siapa yang akan memberi..?
4. Cinta yang terbaik. Nafsu yang terbalik. Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan dan selalu memperlakukan pasangan dengan cara-cara yang baik. Bagaimana dengan nafsu..? Nafsu hanya ingin selalu dipuaskan dan hanya bersifat fizikal sahaja.
What If I Say..
21 Feb 2011 1:11 AM (14 years ago)
Man:
I have found you but it seems like i have lost myself,
I want to tell you but then how do i tell?
In any language that is known,
I can't find the words alone..
To tell you, what do you mean to me..
What if i say,
a beauty like yours, can't be found in this cosmos,
Your beauty and allure i may extol,
But all this is truly,
Nothing at all...
A sparking demeanor flows from your face,
Your deep dark tresses,
Descend in a dazzling maze..
Your scarf that is flowing.. is like a whiff of loud blowing..
Draped in your embrace are both beauty and grace..
What if i say,
Charisma like yours,
Can't be found and will never be around,
Your beauty and allure i may extol,
But all this is truly,
Nothing at all..
Women:
You are very generous today,
then, here is the story from this day..
Now, me and you cruise the same way..
I'll come with you, where ever you say...
Man:
My beloved,
If i say to you,
You are a fairy, or a riveting nymph is true,
Your beauty and allure i may extol..
But all this is truly,
Nothing at all....
What a sweet song translation from a Hindi song " Main Agar Kahoon" :)
Salam, hye...entry for today saja2 nak show off my best friends :) I have lots of friends but this three person is the person i know i will be able to rely on them for the rest of my life.. Org cakap when u enter mana2 universiti, susah nak cari kawan yg betul2 boleh ada with u saat susah and senang. But, lucky for me i've found them !! They willing to lend their ears and their shoulders for me everytime i need it..Thanks friends :)
MADIHAH
Madi is my best friend since i entered UUM.. She's also my room mate. Really2 kind hearted la dia ni.. Very2 rajin of coz rajin than me. :) Madi is a very generous person.. Budak nih asal Skudai.. jauh nun di Selatan, Rina pulak org Kedah, so bila North meet South memang best :) Dia punya slang and loghat Kedah memang mcm dibuat2.. :p Macam siam pun ada.. For me, i think she is the best room mate ever ... :)
FAIRUS
Fairus..Org kedah jugak. Same city as me, Alor Setar. I know her pun since entered uum nih. Dia nih memang suka menolong lahh.. Dia ni lembut sgt orgnya sampaikan susah tu say NO to others even dia sebenarnya ada hal or problems dia sendiri. So, Madi and me selalu nasihat dia, "Fairus, feel free to say NO!" =p
FARADILA
My friend since form 6. She's now studying mass comm kat UITM Shah Alam. She's gorgeous for sure! Sorry if pic ni agak blur2 sikit muka u Farah=p. She's very funny and rasa best hang out with her. Sebab kami ni satu kepala. Then we also shared lots of interests.. I miss her..
That's all... Entry merapu utk hari ini. Amat malas utk cari info and type panjang2 sebenarnya thats why sumbat ja entry ni.. :)
Whatever it is, I love all my friends.. Thanks for being my friend.
Footnotes: Sorry if entry ini hampir sama dengan karangan budak sekolah " Kawan Saya". =p
Salam, info ni hasil survey yang pernah dijalankan oleh pihak tertentu...not me.. i am just sharing this info with u =p
MENGAPA WANITA MERAJUK DARI PANDANGAN WANITA1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
MENGAPA WANITA MERAJUK DARI PANDANGAN LELAKI
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
Tidak merasa selamat
Rasa takut ditinggalkan atau ketakutan hubungan tidak akan berhasil membuahkan perasaan tidak selamat atau insecured. Rasa tersebut merupakan faktor utama pemicu rasa cemburu. Bahkan hal kecil boleh membuat rasa cemburu dan memicu konflik besar.
Posesif
Beberapa wanita memiliki sikap obsesif yang cukup besar. Gerak-geri pasangan selalu ingin diketahui. Jika pasangan berteman dengan wanita lain, anda cepat curiga dan cemburu.
Kurangnya komunikasi
Kurangnya komunikasi adalah salah satu penyebab rasa cemburu. Contohnya jika anda dan pasangan jarang bertemu atau tidak saling mengetahui kegiatan masing-masing maka rasa cemburu mudah sekali timbul. Berkomunikasilah dengan lancar, saling mengetahui kegiatan masing-masing juga sangat penting.
Tidak percaya
Banyak wanita yang tidak pernah percaya dengan pasangannya dan begitu juga sebaliknya. Jika anda tidak percaya pada pasangan bagaimana mungkin hubungan itu berjalan lancar. Cubalah untuk mempercayai pasangan, jangan selalu mematahkan perkataannya. Hal ini akan membuatnya terluka dan hubunganlah yang menjadi taruhannya.
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti dulu persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3.
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbualyang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.
Resepi Cinta
14 Jan 2011 5:27 PM (14 years ago)
1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
No Smoking Ads
12 Jan 2011 5:02 AM (14 years ago)
Salam, after u guys look at this pictures, what do u guys see? Isn't this what we call suffering? Smoking is suffering.. You can make a change :)

10) Van Persie ( Belanda )
9) Fabio Cannavaro ( Italy )
8) Gonzalo Higuain ( Argentina )
7) Fabregas ( Sepanyol )
6) Yoan Gorcuff ( Perancis )
5) Kaka ( Brazil )
4) Iker Casillas ( Sepanyol )
3) David Villa ( Sepanyol )
2) Christiano Ronaldo ( Portugal )
and the winner goes to....
1) Fernando Torres ( Sepanyol )
Sekian, short entry for tonight.. Hope enjoy it...

Salam, ini adalah Top 10 for world most beautiful lips.. Kebanyakkannya dari Barat. Just wanna share it with u..
10) Keeley Hazel - a model
9) Sophie Marceau - a model
8) Laetitia Casta -supermodel
7) Ali Landry- a model
6) Angelina Jolie
5) Jessica Alba
4) Monica Bellucci- italian actress, mmg amat cantik
3) Irina Shayk- famous as model of Guess
2) Keira Knightley
and the most beautiful lip goes to..
1) Adriana Lima- supermodel
Okay, itu saja entry segera buat hari ni.. Dah agak lama tak update blog. BTW, list nih bukanlah saya yang reka2 but memang yg di search di internet.. bye2..
- Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
- Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
- Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
- Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
- Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
- Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
- Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
- Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
- Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
- Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
- Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
- Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
- Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
- Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
- Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Hati
13 Dec 2010 2:42 AM (14 years ago)
Di dalam dunia hati...
Kadangkala terjadi..
Senyuman kita ukirkan...
Namun hati di dalam karam dalam tangisan..
Hati...tiada yang tahu..tiada yang akan mengaku..
Namun..tidak akan ku bicarakan..
Dimana rahsianya kesakitan hatiku.
Keghairahan dan keinginan membara di jiwaku..
Seperti panah yang memancar ke lautan..
Namun..
Kadangkalanya nakhoda sendiri lemas..
Bersama kapalnya sendiri..
Tiada siapa yang tahu..
Di dalam dunia hati..
Kadangkala terjadi...
Senyuman kita ukirkan..
Namun hati di dalam karam dalam tangisan..
Translation from a song.. Tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg sudah meninggal dunia..
Assalamualaikum.. Entry hari ni berbaur agak geram dan terkilan. Why? Atas sikap peniaga MELAYU yang amatlah tidak profesional. Pelik dan amat pelik. Terlalu pelik untuk difikirkan. Macam ni kisahnya, kelmarin iaitu 11 Nov. Rina pi la turun dengan kawan nak p makan kat tempat kami slalu makan di KACHI MALL,UUM. Kedai yg dituju mula2 kedai goreng2, kami semua order bihun goreng. Lepas tu, pi pulak kedai sup. Kedai ni juai bihun sup, mee sup dan sebagainyalah... Seterusnya ni dialog antara Rina dan kak yg kerja kedai tu.
Saya : Kak, bagi sup ayam satu, makan.
Penjual : Jap, kak nak tanya, adik nak makan sup dengan apa?
Saya : Takpa, sy dh order bihun goreng kat kedai tu.
Penjual : Oo, maafla dik, bukan kak tak mau juai, tapi abang ( tokey kedai ) tu ckp, kalau nak beli sup makan dengan nasik ka, apa ka kat kedai tu, kak tak boleh juai sup kat adik. Kalau beli kat kedai lain takpala...Kak pun tak tau pasaipa.
Paham dak, maksudnya, kalau kita p beli nasik ka apa2 benda la kat kedai goreng2 tu, dia x mau juai kat kita sup. Kalau kita beli makanan kat kedai lain lepas tu nak beli sup kat dia, x pa laa... Pelik, sedangkan sebelum ni dok beli boleh pulak. Ni mesti sebab kes dengki mendengki. Ishh, bukan terkilan sebab xdpt makan sup, tapi sebab perangai peniaga yang dok mendengki. Bukan ka depa gak yang dapat untung kalau kita beli? Bukannya depa rugi, depa lg untung..tapi bila depa buat macam ni, depa la rugi..
Macam mana peniaga Melayu nak maju macam ni? Gaduh sikit dah jadi macam tu. Perangai dengki mendengki. Tak boleh tengok orang lain untung sikit.. Mulaalaa.. Saya penah teman kawan pi beli topup kat kedai cina, dia kata topup kedai dia habih, dia tunjuk pulak kedai satu lg atas sana, dia kata situ ada topup. Kalau kedai Melayu?? Jangan harapla.. Yang tau dok buat pelaris, sihir sana sihir sini...tp tak semuanya, tp blh kata majoriti camtu kot noo?
Assalamualaikum n salam sejahtera. Tonight punya entry is about ciri-ciri rumah yang berhantu. Menurut Islam ok? Info ni saya share setelah membaca buku hasil Ustaz Sharhan bin Shafie. Ustaz yang terkenal sekarang ni mengubat gangguan-gangguan jin iblis.
Okay, apa ciri-ciri rumah berhantu?
1) Mempunyai suasana yang suram dan muram. Rumah tersebut kebiasaannya kelihatan tiada nur' atau hilang keceriaan dan serinya.
2) Seringkali gejala atau simptom yang terjadi kepada rumah ini adalah kedengaran bunyi-bunyi aneh pada waktu malam terutamanya selepas pukul 12 malam. Antara bunyi tu seperti bunyi barang jatuh berkali-kali, balingan batu, hilaian ketawa, orang menangis, bayi merengek, bunyi tapak kaki dan berbagai-bagai bunyi yang menakutkan.
3) Rumah yg terdapat bnyk kelawar bergantungan di bahagian atap. Kebiasaannya tahi kelawar memenuhi siling dan kawasan sekitar rumah. Ini mengundang jin bertandang ke rumah kerana kotor.
4) Selalunya rumah yang berpotensi mengalami masalah rumah berhantu adalah rumah yang diperbuat drpd kayu kayan bukit.
5) Rumah yg tidak dijaga rapi kebersihannya drpd sebarang kotoran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan najis haiwan seperti kelawar, burung dan haiwan-haiwan ternakan.
6) Rumah yg mengandungi gambar-gambar benda hidup dan gambar yg tidak dibenarkan syarak, patung-patung dan perhiasan-perhiasan yg tidak menggambarkan biah dan suasana Islam.
7) Berkaitan dgn penghuninya pula, selalunya penghuni rumah ini terdiri drpd mereka yg kurang pegangan agamanya seperti tidak bersolat, tidak menutup aurat dan memasang lagu-lagu yg tidak masyru'.
Moga-moga lepas ni bolehlah kita sama-sama memperbetulkan segala kekurangan supaya rumah kita ni terhalang dari dimasuki penghuni-penghuni lain. Insya Allah.
Ni lah rupa buku tu, sapa2 berminat leh beli kt kedai2 buku. Macam-macam cara utk kita jauhkan drpd gangguan jin. Memang best, Tajuknya Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.

Salam, tadi ronda-ronda sekitar Aloq Staq, sempat jugak Rina snap gambaq2 banjir untuk tatapan... Even sampai depan rumah pun ayaq dh naik .. Ni gambaq fresh punya... Baru lepas captured..
Ni kat tmn PKNK
sempat g ada yg dok pancing ikan..tgk..ayaq dh naik tgi sekitar
Jalan Tun Razak
bwh ni gmbaq spjg Jln Langgaq
ni kt bwh pulak Jalan Stadium
ni kat Jln Teluk Wan Jah, sempat lagi meniaga dlm ayaq dok naik
pandangan dari atas rumah, jalan belah sana dh mcm sungai
harap-harap sangatla banjir ni cepat surut...

Apa itu Anorexia?
Anoreksia nervosa (AN) adalah sebuah gangguan makan yang berkaitan dengan penolakan untuk mempertahankan berat badan yang sihat dan rasa takut yang berlebihan terhadap peningkatan berat badan akibat pencerminan diri yang menyimpang. Pencerminan diri pada penderita AN dipengaruhi oleh bias kognitif (pola penyimpangan dalam menilai suatu situasi) dan mempengaruhi cara seseorang dalam berfikir serta mengevaluasi tubuh dan makanannya. AN merupakan sebuah penyakit kompleks yang melibatkan komponen psikologikal, sosiologikal, dan fisiologikal, pada penderitanya ditemukan peningkatan ratio enzim hati ALT dan GGT, hingga disfungsi hati akut pada tingka lanjut. Seseorang yang menderita AN disebut sebagai anoreksik atau (lebih tidak umum) anorektik. Istilah ini sering kali namun tidak benar disingkat menjadi anorexia, yang berarti gejala medis kehilangan nafsu makan. Anorektik dapat juga merujuk kepada ubat penahan nafsu.

So, kiranya orang yang dh kurus kering nih akan perasan diri depa itu gemuk sangat2lah..
EFEK ANOREKSIA
( kecik...so,sila besarkan bola mata )
Ini adalah antara gambar model-model cun
sampai nmpak urat2 tuh.. ngeri
Cun atau tidak? itu pendapat anda.. For me, its far from beautiful. Not beautiful at all.. Natural beauty? Lagilah tidak, because ini bukan natural beauty..Ini kurang zat..
Whatever it is.. there is one thing for sure.. U have just to
LOVE YOURSELF