SEMANGAT
17 Dec 2015 6:29 PM (9 years ago)
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt & selamat pagi.
Allahu akbar...rindunya saya menulis & update diruangan ini...Maaf lama tak bersiaran...
Apa2 pun saya tetap sihat alhamdulillah...
Saya juga berharap kalian juga begitu...
Suka saya kongsikan kata2 semangat buat anda dalam meniti kehidupan mendatang...Minda kita menentukan siapa kita...
- Manusia yang
berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
- Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
- Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
- Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
- Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
- Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
- Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
- Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
- Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
- Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
- Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
- Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
- Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
- Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
- Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
- Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
- Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
- "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
- Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
- Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
- Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
- Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
- Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
- Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
- Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
- Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
- Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
- Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
- Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
- Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
- Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
- Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
- Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
- Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
- Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
- Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
- Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
- Terseradung bukannya terjatuh.
- Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
- Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
- Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
- Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
- Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
- Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
- Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
- Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
- Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
- Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
- Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
- Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
- Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
- Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
- Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
- Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
- Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
- Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
- Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
- Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
- Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
- Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
- Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
- Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
:)

Assalamualaikum wbt..
Selamat berhujung minggu semua.. Actually, sejak petang jumaat lagi handphone saya buat cerita.. Semalam masuk wad sudah.. itu yang boleh update blog ni..huhuhu.. Namun saya pasti ada hikmahnya & yang penting Allah nak saya muhasabah diri balik..
Ialah dengan handphone ni banyak masa saya dengan gadjet tuh.. Cerita seharian & produk je taunya.. Al-Quran ntah ke mana.. Allah... Terima kasih Allah atas perhatian & teguranMu..
Anyway, mohon maaf banyak2 dari kalian semua... :)
KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN? ..
TAPI...TAK SABAR..KAYA KAN DIRI SENDIRI๐ฅ
Ramai
yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give
up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah
tak boleh tahan.
Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
Harap
berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak
sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah
lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar
belaka.
Sedar ke tak..
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji
baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar
belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. ๐Kita boleh
sabar!
Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau
malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik
Federal Highway lagi lah. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun
kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru
dapat naik pangkat jadi manager. Kita boleh sabar!
Penat-penat
bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Ikat perut hujung bulan. Barang
segala dah naik harga. Gi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak
simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!
Hari-hari
pergi kerja buat kerja yang tak suka. Boss pulak marah-marah, arah itu
ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari
macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita boleh sabar!
Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun
bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak ada nampak beza ketara.. Dari
bujang sampai kahwin.. Sampai anak 3..
Rumah kita macam tu jugak..
Kenderaan...dahh naik panauuu
Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!
Hidup
seadanya ala kadar. Rumah ala kadar.. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat
mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa..
Kita boleh sabar!
Tapi
kenapa bila berbisnes.. Baru sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat
sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang
kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita.
Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. mak ayah...
Kita nak tolong Islam lebih lagi dengan duit kita sendiri.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri?
PERSOALAN NYA...
Apakah impian anda?
Apakah matlamat anda?
Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?
Jom buat bisnes dgn hati yg ikhlas kerana ALLAH SWT..
Niat nak tolong org..
Nak meningkatkan pendapatan..
Nak jadi jutawan dunia akhirat..
Nak bawak mak ayah mengerjakan haji/umrah..IN SHAA ALLAH..
IN SHAA ALLAH setelah segala harapan impian menjadi kenyataan matlamat
yg paling tinggi dgn apa yg telah dberikan nak buat kebajikan nak
berbakti dan berjihad di jalan ALLAH..
IN SHAA ALLAH YA ALLAH..
BANTULAH KAMI DENGAN KUASA MU..BERIKANLAH KAMI KEKUATAN SEMANGAT UNTUK
KAMI MENCAPAI SEGALA HARAPAN,IMPIAN DAN MATLAMAT KAMI KERANA MU..
marilah sama2 kita tanam niat dalam hati untuk berjuang berjihad untuk
agamanya dgn apa cara sekali pun sedaya yg kita mampu sesungguhnya
kepada ALLAH.. IN SHAA ALLAH..
BEKALAN DAN SAHAM KITA UNTUK DIBAWA MENGADAPNYA NANTI..
IN SHAA ALLAH........
AMINNN....
โช
Jom kita melihat kebesaran Allah
Surat Al Fathir 27 - Gunung Berwarna Warni
Seperti halnya Surat Ar Rahman 19-20 yang menyebutkan fenomena alam
berupa pertemuan dua lautan yang tidak bercampur; ternyata fenomena
gunung berwarna-warni yang difirmankan Allah dalam Surat Al Fahir 27,
pun benar adanya.
Meskipun
demikian,mungkin masih banyak orang yang belum mengetahui fenomena alam
yang indah berupa gunung-gunung yang berwarna-warni di Zhangye Danxia,
provinsi Gansu, Cina.

Al-Qur'an telah menginformasikan fenomena alam tersebut 14 abad yang lalu.
Apakah Nabi Muhammad SAW pernah ke Cina?
Tidak pernah sama sekali.
Tiada lain tiada bukan, informasi tersebut bersumber dari wahyu Allah SWT semata,
ุฃูููู
ู ุชูุฑู ุฃูููู ุงูููููู ุฃูููุฒููู ู
ููู ุงูุณููู
ูุงุกู ู
ูุงุกู ููุฃูุฎูุฑูุฌูููุง
ุจููู ุซูู
ูุฑูุงุชู ู
ูุฎูุชูููููุง ุฃูููููุงููููุง ููู
ููู ุงููุฌูุจูุงูู ุฌูุฏูุฏู ุจููุถู
ููุญูู
ูุฑู ู
ูุฎูุชููููู ุฃูููููุงููููุง ููุบูุฑูุงุจููุจู ุณููุฏู
"Tidakkah
engkau melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air
itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya.
Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang BERANEKA MACAM WARNANYA dan ada (pula) yang hitam pekat."
(QS. Fathir 27)

Gunung yang terletak di China ini tampak seperti hamparan pelangi karena itu orang menyebutnya 'rainbow mountain'.
Gunung pelangi seluas 300 kilometer persegi ini merupakan bagian dari
Zhangye Danxia Landform Geological Park yang terletak di provinsi Gansu,
China.
Bukit dan lembahnya terdiri dari lapisan warna merah, biru, hijau zamrud, coklat, dan kuning.
Meskipun demikian, di sana tidak ditemui tumbuhan atau hewan apapun karena kondisi tanahnya yang tandus.
Fenomena alam yang menakjubkan ini merupakan contoh geomorfologi petrografi yang terbentuk karena kondisi lingkungan.
Menurut Telegraph, warna-warni perbukitan yang menakjubkan tersebut
berasal dari batuan pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak Periode
Kapur, tepatnya 24 juta tahun lalu.

Gunung ini akan
menampilkan pola warna yang berbeda-beda, tergantung pada kondisi cuaca
dan pencahayaan matahari. Warna-warni gunung ini akan semakin kontras
jika turun hujan pada hari sebelumnya.
Saat gunung ini pertama
kali diketahui khalayak melalui foto yang beredar di dunia maya, banyak
yang beranggapan kalau pola pelanginya merupakan hasil rekayasa
komputer. Tetapi sekarang Zhangye Danxia Park menjadi salah satu objek
wisata paling dicari di China.
SubhanAllah.
MahaBenar Allah dengan segala firman-Nya.
MUHASABAH
9 Apr 2015 8:16 PM (10 years ago)

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga
mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan
hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa
yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini?
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita
akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak
buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki .. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah..
(Peringatan buat diri ku yg alpa)
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan Jumaat yang penuh keberkatan. saya ingin kongsikan sedikit tazkirah untuk menambah nilai hidup kita sebagai manusia.
MUDAHNYA BERSEDEKAH
=======================
Sudah bersedekah hari ini?
"Sesungguhnya dgn bersedekah tidak mengurangkan harta" HR Muslim
Sedekah itu bukan semata-mata wang ringgit. Sedekah itu adalah apa
sahaja kebaikan yang dibuat dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH . smile emoticon
Apakah agaknya kebaikan-kebaikan kecil yang boleh kita lakukan hari ini??
smile emoticon 3 idea menarik & kreatif untuk bersedekah. Ringkasan dari perkongsian Ustaz Fathuri- Mudahnya Menjemput Rezeki :
*******************
Idea 1: Tanya khabar adik beradik/ kawan baik yang sudah lama tidak
didengar beritanya. Akhiri perbualan singkat itu dengan kata-kata di
bawah:
" I just call to say I love u..."
*******************
Idea 2: Beli sepasang selipar untuk kegunaan tandas masjid. Tidak perlu
dipotong selipar itu atau ditandakan apa-apa, sebagaimana yang kerap
dibuat orang.
*******************
Idea 3: Bayarkan tol kereta di belakang kita. Sebuah , dua buah atau 10 buah, ikut keyakinan kita.
Boleh mengurangkan jammed di bahagian tunai & melancarkan perjalanan orang lain. Besar sedekahnya
smile emoticon Selamat beramal
BVSM INFO
23 Dec 2014 7:03 AM (10 years ago)
BIO VELOSITY SLEEP MATE (BVSM)
~Pelapik tilam
~Queen Saiz
~Tidak perlu dibasuh dan tidak berbau walau dah guna lama
~Mengandungi suntikan garam laut dalam + pancaran cahaya matahari waktu Dhuha diadun menggunakan teknologi moden
~Sangat istimewa lain daripada yang lain
~Tak perlu cas eletrik
~Sangat berkesan merawat asma & kahak dengan izin Allah juga penyakit lain
* Stroke
* Kencing manis
* Darah tinggi
* Sukar tidur
* Migrain & stress
* Anak2 kecil menangis malam
* Mistik
* Kebas & lenguh2 otot badan
* Artisthis
* Ibu mngandung dan pantang
In shaa Allah ini satu ikhtiar..dengan izinNYA..
More info please do wassap only 0193424700
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah hari ni sangat istimewa buat saya kerana ulang tahun kelahiran suami tercinta. Walaupun saya masih berpantang, namun hati dan ingatan saya tetap buat si jantung hati, my soulmate.
Saya tidak pandai mengarang puisi, jadi saya rakamkan tanda ingatan ini buat tatapan en suami. Moga en suami suka dan sampai maksud padanya.
PUISI - DARI IRMAFIZAH (kalau tak silap, copy paste)
For my dearest & beloved husband,
Ikatan yang terbina antara kita...
Termetrinya perjanjian penuh bermakna..
Dikaulah insan teristimewa
Yang sentiasa di hati ini bertahta
Insya allahโฆ.buat selama-lamanya
Sehari tiada kulihat wajahmu..
Terasa satu โkehilanganโ dalam diriku..
Semakin dalamnya perasaan rindu..
Terbuku bersarang di ingatan kuโฆ
Rindu yang mendalam
Terhadap dirimu yang satu...
Sekalipun dirimu tiada di sisi..
Berhempas pulas melaksanakan tugas..
Doaku sentiasa ku tujukan padamu
Kupanjatkan dengan penuh ikhlas..
Moga dirimu sentiasa dilindungi..
Diawasi olehNya di mana jua
Tak kira di mana dirimu berada..
Meskipun dirimu jauh di mata
Harapan ku diri ini tidak dilupa...
Sehari tidak bertemu..
Laksana sepurnama tidak bersua..
Tercari-cari senyum dan tawamu..
Yang sentiasa mendamaikan jiwa..
Penglipur lara di kala dukaโฆ
Buat suamiku yang tercinta..
Kan ku setia padamu sepanjang masa...
Berilah senyuman mu penuh mesra..
Bagi meredakan keresahan jiwa
Menambahkan kebahagiaan perkahwinan kitaโฆ
Kat bawah ni ucapan dari WhatsApp yang saya hantar pada jam 4 pagi tadi buat suami tersayang sebagai pengganti diri
Selamat ulang tahun kelahiran kanda..Dinda bersyukur mempunyai suami sebaik kanda yang sudi menemani dinda disepanjang hayat ini. Segala perhatian, bantuan, teguran dan kasih sayang terhadap dinda dan anak2 sangat dinda hargai dan hanya Allah yang membalasnya.. Semoga segala impian, cita2 dan harapan kanda tercapai. Semoga Allah memberi kekuatan utk kanda melaksanakan segala tanggungjawab yg dipikul. Semoga dinda dan anak2 menjadi penyejuk, pendamai, penenang dan tempat luahan hati kanda. Semoga ikatan cinta, kasih sayang dan rindu dendam kita berduasehangat cinta Rasulullah dan Saidatina Khadijah. Semoga bahtera rumahtangga kita mendapat rahmat kasih sayang Allah dan mampu kita hadapi gelombang tsunami yg datang bersama2. Moga kita mampu bersabar dan kuat serta hebat dlm membesarkan anak2. Dinda dan anak2 sayang sangat kat kanda. Kanda segalanya bagi dinda. Terima kasih suamiku...
~ Hadiah tak tahu nak bagi apa....
Sambungan dari cerita yang pertama.
23 April 2014
Bila tiba di labor room tu, nurse yang bertugas untuk bilik yang saya masuk tu bernama Norlinda. Sempat di tanya bila kali terakhir saya makan dan previous kelahiran..
Setelah alatan disiapkan, rupanya bukaan saya sudah 6 cm. Dalam bilik tu terasa aura tenang kerana kedengaran alunan suci al-Quran dari radio yang terpasang.
Mulut saya basah dengan kalimah 'Allah' dan doa Nabi Yunus, "La Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntum Minadzolimin"..
Nurse pecahkan air ketuban saya tapi rupanya ada masalah yang dihadapinya sehinggakan dia memanggil doktor lain. Saya dah rasa lain ketika itu..
"Saya dah pecahkan air ketuban tapi macam ada selaput.." Penerangan nurse kepada doktor.
"Dah tiada air ketuban dah..10 cm dah ni.. Mana suami dia? Panggilkan masuk.. Nak beranak dah ni.."
(Ada sedikit pergaduahan kecil antara doktor dan nurse tersebut tambahan tidur doktor tu diganggu.. ^_^)
Ini pengalaman pertama saya melahirkan secara normal walaupun anak kedua. Semuanya serba tidak kena dan yang pasti pada mulanya saya tidak memberikan kerjasama untuk meneran dan macam-macam lagi. Tunggang langgang habis!
Saya ada meminta air dan mereka tetap beri..Saya masih dalam keadaan sopan walaupun menjerit "Allah". Ingatkan baby dah keluar, rupanya tenaga je yang habis..
Suami sempat cium dahi saya dalam saat genting begitu dan bagi semangat,
"Dinda kan nak bersalin normal. Dinda boleh"
Nurse turut memberi sokongan.
"Saya dah mudahkan puan ni. Puan perlu tenang, tarik nafas, teran, curi nafas dan teran lagi.. Kesian kat baby.. Dah nak keluar dah"
Macama-macam lagi ayat yang kedengaran..
Yang saya tahu ketika itu, suami saya yang menegakkan kepala saya untuk saya meneran. Lengan kanan suami menjadi tempat saya berpaut.. Tak larat!
Saya jerit kebas kaki kanan.. Nurse sendalkan palang untuk saya pijak.
Dan akhirnya, saya bejaya menemui rentak yang betul.. Saya buat sehabis daya dan yang pasti saya tak tengok apa yang berlaku..
Tangisan anak kami kedengaran.. Alhamdulillah..
Nurse sempata tanya,
"Bayi laki ke perempuan?"
Suami jawap, "Lelaki"
"Eh, tengok betul-betul.. Perempuan!"
Kami serentak, "Perempuan"
Bayi kami terus diletakkan ke dada saya.. Saya cepat-cepat iqomatkan baby.. Suami pun sama.. Syahdu pagi tu. 4.42 pagi bayi keluar melihat dunia..
Cepat je rasa..Macam ajaib pun ada..Bercampur baur perasaan saya.
Lepas suami keluar, saya hampir terlelap mata dan mamai..
Sekali lagi saya kurang beri kerjasama ketika nurse ingin keluarkan uri. Tapi saya cuba juga beri yang terbaik.
Nurse jahit tak sedar sangat tapi last sekali rasa sakit.. Ada nurse lain bawakan air untuk saya minum.
Nurse tu sempat pesan jaga jahitan elok-elok sebab jahitan saya banyak tambahan pertama kali dan saya tak ikut petua.. (Semua dah hilang dan lupa!)
Keluar je dari bilik setalah sejam dijahit, suami saya sambut dengan senyuman.. Rupanya, suami tolong balaskan wassap dan message yang diberi. Sebelum tu, saya sempat kabarkan pada adik dan keluarga dikampung. Mohon doa mereka agar mudah saya bersalin.
Di tepi sebuah bilik, nurse minta saya nyusukan bayi saya. Alhamdulillah bayi kami sangat pandai menyusu.. Sempat nurse bercerita yang suami saya macam tak boleh terima anaknya perempuan.. Macam-macam yang suami runsingkan.
Sebetulnya, last scan pada 17 April 2014 itu, saya dimaklumkan, bayi kami lelaki jadi saya maklumkan pada suami. Waktu tu dah pasrah walaupun hati kecil menginginkan anak perempuan. Itu ceritanya..
Kemudian, saya tiba di wad dan ditempatkan di katil yang tinggi kerana semuanya penuh. Azab rasanya.. Hampir pitam saya ketika di bilik air mujur ada kakak yang baik hati membantu..
Saya yang paling muda..huhu..tengok ibu-ibu lain relex aje.. Dugaan..
Saya pulang ke rumah hari yang sama tapi agak lewat kerana anak kami lambat buang air kecil..
Alhamdulillah.. Banyak lagi yang saya nak kongsi..tapi satu-satu dulu ye..
*** Nama anak kami, NurHasya Durrani Faqihah Binti Mohd Zaidi. Dah sebulan dah..
Assalamualaikum w.b.t.
Tiada lafaz yang lebih hebat mampu diucapkan melainkan kalimah 'Alhamdulillah'.. Selamat semuanya..
Ceritanya bermula begini..
22 April 2014
Check up mingguan di Klinik Kg. Pasir Hulu Kelang. Saya dah masuk 37 minggu. Semuanya ok melainkan saya memberitahu nurse gigi geraham sebelah kanan atas patah separuh ( suami kata sumbing ) ketika makan hari minggu lepas.
Saya telah diberikan surat bertarikh 17 April 2014 oleh doktor yang bertugas untuk dirujuk di Hospital Ampang sama ada saya boleh bersalin secara normal atau pembedahan tapi saya tidak sempat melakukannya lantaran suami saya mempunyai urusan yang lain.
Puas dah saya pujuk suami takut ada pape yang terjadi dan suami berjanji untuk membawa saya keesokan harinya.
Malamnya saya bermain dengan Akhtar dan melakukan rutin biasa tapi saya berasa tidak sedap hati. Saya tidak memaklumkan kepada suami cuma saya berlagak tenang. Akhtar pula asyik benar menyebut 'Adik' sambil bermain perut saya.
Saya terdetik di hati, "tanda aku nak sakit bersalin kat Akhtar, hari Selasa, Rabunya Akhtar lahir dah.. Ni adiknya pun macam tu ke??"
Saya sudahkan melipat baju, basuh dan sidai kain, sempat kemas baju Akhtar sekali..
23 April 2014
Dalam pukul 1.35 pagi saya sempat menjamah sedikit kurma dan minum air susu kambing..
Saya berkira-kira dalam hati, masanya dah tiba ni..
Sebenarnya, suami minta saya berehat tapi hati rasa tak tenang.. Kemudian, baru saya kejutkan suami,
"Kanda, dinda rasa dah sampai masa ni.. Tak apalah kita pergi hantar Akhtar dulu kat rumah mak. Rasa sakit tu dah makin kerap"
Saya tak pasti apa yang suami balas waktu itu..
Sekitar pukul 2 pagi, kami tiba di rumah Sentul, Mak Abah dan Kak Seri sudah menunggu kami.
Sempat saya minta maaf dari Mak dan Abah serta minta doa mereka agar saya mudah bersalin. Mak cium saya..
Mak tanya, "Dah rasa sakit sangat ke?"
Saya menganggup sambil suara terketar-ketar menjawap, "Dah agak kerap" (tengah kontraksi tu..)
Sempat saya pesan pada mak, "Tengokkan Akhtar elok-elok ye, mak. Kalau dia jaga, mak bagi air tau"
My hero yang soleh still bf with me..tu yang saya sedih sikit..
Then kami terus patah balik pergi ke Hospital Ampang..
Kali ni suami parking pada tempatnya tidak seperti kelahiran lalu, habis kena saman suami saya..
Sesudah mendaftar, saya terus disiapkan dan nurse sempat marah ringan setelah saya ajukan surat doktor tempat saya check up.
"Patient lambat buat tindakan"
Terus doktor India datang,
"Siapa yang advice awak untuk bersalin normal?"
Saya geleng..
"Ok, kita cuba bersalin normal tapi kalau tanda-tanda perut awak akan pecah, kita terus buat pembedahan"
(Dalam hati, tersentap dengar ayat doktor tu... Kuasa Allah. Dulu aku emergency czar la)
Melihat saya sakit semakin kerap, terus mereka bawa ke labor room, tingkat 4.
========
Ok, bersambung di lain kali..batuk teruk la..
1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, โJika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.โ
2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah
shallallahu โalaihi wa sallam,
โBukanlah orang yang kuat itu diukur
dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu
menahan dirinya ketika marah."
3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Masโud al-Badri, dia berkata, โ(Suatu hari) aku memukul
budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara
(teguran) dari belakangku, โKetahuilah, wahai Abu Masโud!โ Akan tetapi,
aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat).
Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah
Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, โKetahuilah, wahai Abu Masโud!
Ketahuilah, wahai Abu Masโud!โ Maka aku pun melempar cemeti dari
tanganku, kemudian beliau bersabda, โKetahuilah, wahai Abu Masโud!
Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang
kami seksakan terhadap budak ini,โ maka aku pun berkata, โAku tidak akan
memukul budak selamanya setelah (hari) ini."
4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh
Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu โalaihi wa sallam,
โBarangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan
terhalang dari mendapat kebaikan.โ
5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan
yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit.
Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan
peringatan kepada anak.
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara
mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan
maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:
Soalan Pertama
Atheis: โPada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?โ
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: โAllah Taala tidaklah sesuatu
yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah
juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya
anak.โ
Soalan Kedua
Atheis: โKalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?โ
Pemuda itu seraya menjawab: โAllah Taala itu wujud sebelum adanya
zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin
pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.โ
Soalan Ketiga
Atheis: โCuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang
kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu
itu ada tanpa ada permulaannya?โ
Pemuda itu menjawab: โKamu pandai mengira?โ
Kelompok Atheis itu menjawab: โTentu sekali kami pandai mengira.โ
Pemuda itu meneruskan ucapannya: โBolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?โ
Atheis: โNombor 3โณ
Pemuda: โNombor sebelum 3?โ
Atheis: โNombor 2โณ
Pemuda: โNombor sebelum 2?โ
Atheis: โNombor 1โณ
Pemuda: โNombor sebelum 1?โ
Atheis: โTiadaโ
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: โNah, kamu sendiri
mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan
ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya.
Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?โ
Terpinga-pinga
kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada
pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan
anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah
dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu
lebih berhati-hati.
Soalan Keempat
Atheis: โTahniah anak
muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam
keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada
bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?โ
Pemuda itu menjawab: โJika
aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang
gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?โ
Kelompok Atheis menjawab: โCahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.โ
Pemuda itu berkata: โJika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua
tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang
Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?โ
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
Atheis: โBolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu?
Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut
seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?โ
Pemuda itu
sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya
perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini.
Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan
diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: โKamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?โ
Atheis menjawab: โTentu sekali.โ
Pemuda itu meneruskan: โBila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?โ
Atheis menjawab: โBagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?โ
Pemuda itu meneruskan: โSebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap
dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan
tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?โ
Kelompok
Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: โAdakah soalan seperti ini kamu
tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati
itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah
daripada jasadnya.โ
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan
mereka lalu berkata: โBaik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah
daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,
bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau
ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang
berterbangan?โ
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana
mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka
sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: โMaaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.โ
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: โJika makhluknya seperti roh itu
pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin
kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh
serta sekalian alam ini?โ
Soalan Keenam
Atheis: โDi manakah Tuhan kamu duduk sekarang?โ
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: โJika kamu
membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu
tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya,
dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?โ
Kelompok Atheis
menjawab: โKami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan
lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan
bahagian susu tersebut.โ
Pemuda itu seraya berkata: โKamu
sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku
sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus
baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy
itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan
persoalan-persoalan kamu ini.โ
Soalan Ketujuh
Atheis:
โKami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu
selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana
sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada
kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?โ
Pemuda
itu tersenyum lagi lalu menjawab: โMengapa kamu pelik dengan perkara
tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu
bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang
terakhir di dalam senarai nombor?โ
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung bicaranya: โNah, kamu sendiri tidak mampu
untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya
sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.โ
Soalan Kelapan
Atheis: โKami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam
syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka
juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.โ
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: โAku
dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan
bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil
darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di
dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?โ
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.
Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada
pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu
ialah berkenaan: โJika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh
Tuhanmu sekarang?โ
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang:
โSebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar
tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada
di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas
mengambil alih tempatmu.โ
Kelompok Athies itu lalu bersetuju
dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu
naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana
pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: โKamu bertanya
sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya
ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu
ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis
tersebut ke bawah).โ
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi
persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh
pemuda itu dengan penuh hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun
pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah
beliau masih hidup di sisi kita.
Al-Fatihah buat al-Imam
al-Aโdzam Abu Hanifah Nuโman bin Thaabit r.a serta kepada seluruh
gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau
yang telah wafat.
- Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari

1) REKOD JUALAN
Rekod jualan ini termasuklah berapa jumlah unit terjual, berapa RM jualan serta berapa RM untung.
Rekod perlu dibuat secara harian, bulanan & tahunan. Nanti boleh digunakan
utk tengok prestasi bisnes.
2) REKOD INVENTORI KELUAR/MASUK
Setiap unit produk yang masuk & keluar perlu dicatatkan. Gagal merekod aktviti keluar/masuk stok bakal membawa kerugian.
Bukan sahaja kerugian kerana stok hilang, tetapi kerugian akibat hilang pelanggan kerana stok habis & tak sempat restok!
Paling asas, catatkan unit masuk, unit keluar, tarikh & person in charge.
3) REKOD CASHFLOW
Akaun bank untuk bisnes wajib diasingkan dengan akaun bank peribadi.
Catatkan segala aktiviti duit masuk & duit keluar untuk akaun perniagaan. Sebolehnya setiap sen.
Pastikan resit pembelian disimpan rapi. Nanti berguna untuk claim income tax.
4) REKOD DATA PELANGGAN
Haa..rekod ini tak kurang pentingnya. Tetapi raaaaamai usahawan pandang remeh database pelanggan!
Paling asas, anda perlu ada 4 elemen 'N.A.M.E' : Nama, Alamat, Mobile (No Tel), Email pelanggan.
Ada 4 elemen ini dah cukup untuk tanya khabar, follow up, upsell/cross sell, wish birthday, pos kad dan sebagainya.
5) REKOD FOLLOW UP
Rekod follow up ini memastikan anda 'keep track' pelanggan & tidak membuat pelanggan meluat akibat promosi yang sama.
Contoh rekod follow up yang saya gunakan: Bila follow up, Tujuan follow
up, Follow up kali ke berapa, Feedback, Upsell/ Cros sell.
6) REKOD PEMBELIAN
Sepatutnya anda boleh tahu siapa pembeli setia melalui rekod pembelian pelanggan.
Dari rekod ini anda boleh pecahkan pelanggan kepada pembeli pertama kali, pembeli berulang, pembeli setia, pembeli premium.
Beri diskaun kepada pembeli pertama kali supaya beli lagi, layan baik
punya pelanggan setia & premium. Bisnes anda pasti BOOM!:)

Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, t
idak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit.
Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu.
Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu
gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang
mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis
itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.
Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana
harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel,
tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali
mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap
akhbar mencari kerja.
Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu,
sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya, cuma
senaskah Al Quran, dan mas kahwin cuma RM80.00. Lebih menghairkan, semua
kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis.
Mengapa? Bertambah
aku tidak mengerti, apabila, orang tua gadis itu, mengahwinkan aku
dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya, aku ada
melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah, aku walaupun dengan
semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur
keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulusan universiti luar
negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya, cukup bagi
membayar ansuran kereta BMW.
Pada mulanya, aku fikir aku ibarat
tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin
hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar
yang diberi sama dengan wajah aslli perempuan itu? Adakah perempuan itu
sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu
sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi 'pak sanggup'.
Lalu, daripada sinilah kisah aku ini bermula.
***
Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasar latar
belakang bakal isteri, dan mengapa ibu bapanya, sanggup melepaskan
anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk
menyiasat, dan semasa di dalam bas aku kira beruntung, duduk di sebelah
seorang lelaki yang peramah.
Kepada lelaki itu aku bertanya, โBagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?โ
โSenang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama
penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah
sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya
jiran-jiran dia.โ
Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di
internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu,
namanya, Sarimah. Berapa ramai orang nama Sarimah di internet? Lalu aku
ambil nasihat kedua lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur
aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.
Sampai
sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS.
Aku tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai
sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus
masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku
ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.
Aku
fikir, mungkin pada waktu makan tengah hari, Sarimah dan wakan-kawannya
akan keluar dan, apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik
nanti boleh tanya tentang Sarimah. Itulah rancangan aku, rancangan yang
diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat
kemas yang cuma setingkat.
Kemudiannya datang pula rasa
menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum
ada pokok yang rendang, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya.
Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik
meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu
lalang di situ turut memerhati.
Aku lupa, ini pekan kecil, jadi
segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian. Perbuatan
aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa.
Nampak terlalu aneh.
Akhirnya, aku semakin berasa menyesal
kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat.
Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya
semakin jelas, dengan tudung kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia
adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Saramih.
Hanya itu.
Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan
kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat
apabila Sarimah berkata, โAwak Salman?โ
Aku memberikan senyuman
yang paling terpaksa pernah saya buat. Lebih terpaksa daripada senyum
terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.
โYa, saya. Awak boleh cam?โ
โKawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di sebearang jalan. Mereka
mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama
dengan gambar yang emak saya beri.โ
Satu pejabat perasan aku
menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat.
Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Sarimah, dan ternyata wajah
aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu
gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak
gambar pasport anak dia pula. Enhtah-entah, emak ayah aku pun berikan
gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat
aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur.
Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda
perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati itu, aku perasan dia
terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu. Mesti
dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikirannya
sekarang.
Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Sarimah ini
perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau
perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah
pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan
yang agak aneh.
Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam.
Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang
sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan
Sarimah memandang ke arah motosikal ayah aku.
Aku tahu, ini
keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh
yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan
memberanikan diri, aku berkata, โSudah makan?โ
โSaya diet.โ
Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita
makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima
ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.
โSaya mahu masuk pejabat balik,โ kata Sarimah sopan dan membuatkan aku lega.
โSaya pun mahu balik,โ balas aku, dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.
โMalam ini jemputlah datang rumah.โ
โDatang rumah awak?โ
โYa, makan malam dengan keluarga saya.โ
Aku diam. Berdebar-debar.
โJemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.โ
โBaiklah, selepas maghrib saya saya sampai.โ
***
Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku.
Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku
banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.
Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Sarimah, aku
boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku
sekali? Tidak.. tidak.... Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak
ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita
rahsia anaknya.
Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut
Sarimah dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan
beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit
daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri
pula, memang aku tidak yakin.
Akhirnya, aku ada idea paling
bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Rudy. Bukan setakat
kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana
dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia
bertarung hidup di kampung, dan aku bertarung hidup di kota.
Sampai sahaja di rumah Rudy, aku lihat Rudy sedang duduk di tangga
sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Rudy yang aku sangat cemburu. Aku
tidak pandai bermain gitar dan akibatnya.... oh... ada lagi rupanya
kemahiran Rudy yang aku tidak ada. Rudy pandai mengorat gadis dengan
bermain gitar, dan Rudy sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak
seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila
berhadapan dengan perempuan.
โLama tak nampak,โ kata Rudy sebaik aku duduk di sebelahnya.
โTaklah lama mana. Baru dua bulan lebih.โ
โLamalah tu.โ
Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, 'Suci
Dalam Debu'. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku
malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus.
โAku dengar
seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,โ kata Rudy, dan
itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan
rancangan aku.
โIni majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jempur sebelah perempuan sahaja.โ
โSebelah lelaki bila?โ
Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu.
โTengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.โ
Rudy semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula,
'Someone like you'. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia
mainkan petang ini.
โDia cantik tak?โ Rudy memandang dengan senyuman penuh berharap.
โCantik.โ
โMacam mana kau jumpa dia?โ Senyuman Rudy kini semakin tinggi
harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk
melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula
harapan itu wujud daripada Rudy.
โAyah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.โ
โKau tidak pernah jumpa dia?โ
โBaru tadi.โ
โMemang dia cantik?โ
โMemang cantik.โ
Rudy kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.
โApa kerja dia?โ
โPengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.โ
โHmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.โ
Aku menelan liur. Nampaknya Rudy juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.
Rudy menyambung, โKau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.โ
Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.
โKau tidak hairan?โ soal Rudy.
โMemang aku hairan.โ
โKau sudah periksa latar belakang perempuan itu?โ
Aku pandang wajah Rudy. Akhirnya peluang aku tiba.
โMalam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.โ
โBuat apa?โ Rudy memandang hairan.
โDia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.โ
โJadi kau pergilah sendiri.โ Rudy kembali menyambung memetik gitar.
โKau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku.
Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.โ
โSiasat-siasat? Macam mana?โ
โTanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.โ
Akhirnya selepas lama aku pujuk, Rudy pun setuju.
***
Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap
jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib.
Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah
sejuk. Mungkin perut Sarimah dan orang tuanya juga sudah lapar.
โMaafkan saya sebab lambat.โ
โTidak mengapa, masuklah,โ kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Sarimah dan bakal ayah mertua aku.
โOoo... inilah Salman. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula
kamu balik,โ tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak
Sarimah.
โAda hal sedikit,โ balas aku dan kemudian berkata, โKenalkan ini kawan saya Rudy. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.โ
Kemudiannya, Sarimah keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat
cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Rudy yang ikut
terpegun.
โUntunglah kau,โ bisik Rudy.
Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Rudy supaya mula menjalankan kerjanya.
โSalman beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan
mak cik. Malah dengan Sarimah pun baru semalam berjumpa,โ kata Salman
memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.
โYa, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,โ jawab ayah Sarimah.
Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.
โTidak sangka, orang betulnya, kacak juga,โ sambung emak Sarimah pula.
Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak.
Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Sarimah
pun cuma mahu menjaga hati.
โItulah saya hairan. Sebab Salman
beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih
ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak
cik?โ Rudy memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil
ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak
seperti bergurau.
โTidak ada rahsia apapun. Salman tidak beritahu kamu?โ
Rudy pandang aku, kemudian dia padang ayah Sarimah dan menggeleng.
Terus aku kata, โSebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.โ
โKamu tidak tanya ayah dan emak kamu?โ
Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun
ayah dan emak aku mengapa dia pilih Sarimah. Yang aku tahu, emak aku
cuma tanya, โMahu emak carikan kamu jodoh?โ Aku pun terus kata, โBoleh.โ
Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa
sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan
betul.
โSaya tidak tanya.โ
Ayah Sarimah mula ketawa kecil.
โBegini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari,
borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing,
kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada
rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang
terjadi,โ jelas ayah Sarimah.
โBegitu sahaja pak cik? Mudahnya!โ Rudy nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.
Emak dan ayah Sarimah hanya tersenyum lebar.
Ayahnya berkata, โTidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik
untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Salman.โ
โJadi pak cik tahu yang Salman ini menganggur dan tidak ada duit?โ soal
Rudy dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat
malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya
senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik
bantal.
โTahu,โ jawab ayah Sarimah sambil ketawa kecil lagi.
โJadi?โ Rudy menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak
Rudy sebenarnya mahu kata, โJadi, mengapa masih pilih Salman?โ Mungkin
kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku
tahu betul sebab sudah lama aku kenal Rudy.
โItulah yang
diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja
tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi,
daripada situlah pak cik tahu, Salman ini akan menjadi suami yang
baik.โ Ayah Sarimah tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandnag aku
dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku.
Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan
daripada emak aku.
โJadi?โ Rudy sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.
โAyahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling
kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap,
kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali
mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan
sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun
hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada
perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!โ
Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Sarimah.
โOoo... tanggungjawab,โ Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk
Ayah Sarimah menyambung, โTanggungjawab itu, bukan bermakna apabila
kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah
sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu,
dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya.
Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam
tangan lelaki yang bertanggungjawab.โ
โBetul juga pak cik.
Lagipun Salman ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan
tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,โ tambah Rudy yang membuatkan
aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku.
โSembahyang
itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan
girlfriend pun pak cik ada tanya.โ Ayah Sarimah kembali ketawa kecil.
โSusah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang,
semua mahu menantu kaya,โ tambah Rudy lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba
murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak
sedar.
โSemasa pak cik mengahwini ibu Sarimah, hidup pak cik
pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani,
sedangkan ibu Sarimah itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah,
keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak
memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun
diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas,
tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang
belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur
berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,โ jelas ayah Sarimah
dengan panjang lebar.
Aku berasa mula sedikit lega. Tidak
sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Sarimah. Perlahan-lahan,
perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku
kepada Sarimah ikut berkurang.
โAnak pak cik pun hebat juga.
Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada
boyfriend dan girlfriend,โ kata Rudy. Aku tahu, Rudy juga sedang
memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Sarimah pula. Aku kembali
berdebar-debar.
โAlhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi
anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu,
Sarimah kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju,
mungkin Salman boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,โ kata ayah
Sarimah, lalu dia, isterinya dan Rudy ketawa bersama. Tinggal aku dan
Sarimah sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling
Sarimah, dan bertanya dalam hati, โMengapa kamu setuju dengan lelaki
seperti aku?'
***
Alhamdulillah. Allah permudahkan
kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Sarimah, dan selepas
bersalaman dengan Sarimah, gentar dan malu aku kepada Sarimah mula
berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri,
kini aku dan Sarimah sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk
pertama kalinya.
Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati,
pada malam aku bertemu ayah dan emak Sarimah. Kini pertanyaan dalam hati
itu aku luahkannya dengan lidah, โSayang, mengapa sayang setuju untuk
bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa
depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.โ
Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.
Sarimah yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu
menyalami tangan aku, dan berkata, โAmpuni Sarimah bang, ampuni
Sarimah.โ
Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.
โAmpuni apa sayang?โ
โSebab, Sarimah sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Sarimah
sempat tidak yakin dengan abang. Malah Sarimah minta tolong kawan
Sarimah, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya
menyiasat latar belakang abang. Malah, Sarimah juga solat iskhtikarah
hanya kerana ragu-ragu kepada abang.โ
Debar aku kembali
menurun. Rupa-rupanya, Sarimah lebih dahulu menyiasat latar belakang
aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku
angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.
โAbang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.โ
Sarimah tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang
perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut
membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang
datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi
persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.
โJadi, apa kata kawan sayang?โ lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.
โKatanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal
kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar
mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat.
Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia
tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun
abang buat berjemaah di surau.โ
Aku mula tersipu-sipu. Jadi
bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, โTetapi orang secantik
sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan
mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.โ
Sarimah sekali lagi tersenyum.
โYa, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Sarimah, tetapi Sarimah sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Sarimah?โ
โMengapa dengan kakak, sayang?โ soal aku segera.
Sarimah pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia
sudah meninggal. Kakak Sarimah dahulu juga seorang perempuan cantik, dan
ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki
pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan
bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin,
suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat
dan sering marah-marah.
Malah, apabila suami kakaknya dibuang
kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami
kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik
berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah
dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami
kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati
yang kusut, kakak Sarimah gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan
meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Sarimah
erat-erat.
โSebab itulah, Sarimah takut bagi menerima mana-mana
lelaki dalam hidup Sarimah. Malah, Sarimah juga sebenarnya sudah
mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Sarimah.
Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan
hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.โ
Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Sarimah memilih
lelaki seperti aku, dan mengapa Sarimah menerima aku dalam hidupnya.
Genggaman tangan aku semakin kuat.
โAbang... jaga Sarimah. Jaga
dan mohon jangan lukakan hati Sarimah. Mohon bang,โ rayu Sarimah dan
aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air
itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Sarimah.
โAbang, bukan
lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang
terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi
lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk
sayang,โ kata aku perlahan, dan Sarimah terus memeluk aku, dan aku
perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Sarimah.
Tulisan: Tuan Bahruddin Bekri
kredit Pakar diari hati
Assalamualaikum w.b.t.
Minggu lepas ketika buat check up kandungan 33 minggu di Klinik Desa Kg. Pasir, Ampang, for the first time air tiada (saya sangka klinik tak masuk senarai) . Bayangkanlah macam mana para ibu-ibu yang nak cek perut dan bawa bayi menghadapi situasi itu. Walaupun ada disediakan air simpanan, kami semua perlu bekerjasama berjimat cermat.
Lagi tambah haru bila saya berbual dengan ibu-ibu lain, dimaklumkan kediaman mereka tiada air dan tidak mengikut jadual. Fasa kediaman saya sudah berlalu tapi saya tetap simpan air. Ada anak kecil dan diri tengah sarat mengandung perlu buat langkah berjaga-jaga agar bekalan air kami sekeluarga mencukupi.
Balik Kampung Jenjarom hujung minggu lepas pun sama. Rumah Ummi dan Abah tiada masalah tetapi Kampung Cina iaitu Sg. Jarom, menghadapi masalah ketiadaan air.
Di bawah ini saya kongsikan notis terbaru fasa 4 catuan bekalan air.

NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR,WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Adalah
dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk
meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter
Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH
dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan
Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat
Keempat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air
terawat yang disebabkan oleh keputusan ini.
Pelan
Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini telah diluluskan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014.
Perlaksanaan
Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa
kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di
dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah
iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah
Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor. Pelan
Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat akan berkuatkuasa
mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama,
Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat.
Adalah
dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat
Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan
jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat
Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2). Kawasan tambahan yang telibat di
dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat dibahagikan kepada Zon
3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada
Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti
yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat
ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.
Kawasan-kawasan
yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 didalam Pelan Catuan Peringkat
Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam
notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari
2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai
kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis
tersebut di laman web SYABAS (
www.syabas.com.my).
Untuk
makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh
pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor,
Kerajaan Persekutuan dan SYABAS.
1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA, KETIGA DAN KEEMPAT
Bermula pada 27 Februari (Khamis) hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
2. KAWASAN TERLIBAT
Kawasan yang terlibat adalah:-
Peringkat Pertama (Zon 1 dan 2) โ seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 25 Februari 2014
Peringkat Ketiga (Zon 1 dan 2) โ seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 7 Mac 2014 dan kawasan tambahan seperti di dalam JADUAL 16, 17, 18 dan 19
Peringkat Empat (Zon 3 dan 4) โ seperti tersenarai di dalam JADUAL 1 hingga 15.
3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
- J
adual
catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua
(2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan
Zon 2; Zon 3bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing -
Untuk zon yang dijadualkan ada air,
pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari
pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangkaberterusan
selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari
selepas itu. -
Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air,
bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi
pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air.Tempoh tiada air
dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4
petang 2 hari selepas itu. - Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam
air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian
kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat
bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.
 |
Jadual Agihan Air Mengikut Zon |
 |
Zon Gombak |
 |
Zon Kuala Lumpur |
 |
Zon Kuala Lumpur |
 |
Zon Kuala Selangor |
 |
Zon Kuala Selangor |
 |
Zon Petaling/Sepang |
 |
Zon Petaling/Sepang |
 |
Zon Hulu Langat |
 |
Zon Hulu Langat |
 |
Zon Klang/Shah Alam/Kuala Langat/USJ |
 |
Zon Klang/Shah Alam/Kuala Langat/USJ |
 |
Zon Hulu Selangor |
 |
Zon Kuala Langat |
 |
Zon Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Klang, Shah Alam, Kuala Langat (Peringkat Ke 3) |
|
|
Info di atas ni juga boleh didapati dalam akhbar Berita Harian (yang saya baca)
Assalamualaikum w.b.t.
Yaumul Jumuah..Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk saya merasai nikmatNya yang tidak terperi. Itu tanda Allah masih sayangkan hambanya. Amin
08/03/2014
Malaysia dan dunia dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH370 hilang dari radar ketika membawa penumpang dan anak kapal (239 orang) dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China.
Saya tahu melalui berita ringkas di TV 3 jam 9.30 pagi ketika bersiap untuk ke rumah Ummi saya. Rasa berdebar dan terkejut.
Pelbagai spekulasi dan andaian yang keluar serta bukti-bukti penemuan yang dijumpai namun ia masih tidak menampakkan hasil.
Paling saya terkesan dengan ucapan dari Kapten Norudin Abd Majid iaitu bekas juruterbang B777 dan orang pertama yang bawa kapal terbang tu masuk ke Malaysia.
"Di mana sains berakhir di situ..kekuasan dan kudrat Allah bermula"
''Kuncinya ada pada orang-orang yang soleh dan keluarga penumpang serta anak kapal MH370. Teruskan berdoa dan dekatkan diri dengan Allah"
"Solat taubat dan solat hajat untuk minta petunjuk dariNYA"
Opps..lupa, ada antara penumpang MH370 tu orang kampung saya, En. Muzi Bin Yusof
(pelik la, kenapa video rakaman tu dipadam ye?????)
Moga segala misteri kehilangan pesawat MAS MH370 akan terungkai dengan izin Allah. Masa yang akan tentukannya..
10/03/2014
Balik je dari office dan ambil anak petang tu, bertegur dengan kenalan yang sama-sama bawa anak untuk check up di klinik ketika kami terserempak di lift. Dia maklumkan tiada air dalam laman facebook apartment kami pada 12 Mac.
Dan ada seorang lelaki dalam lift tu pula memaklumkan, hari ini iaitu 10/03/2014 dah tiada air..
Wah..panik saya sebab tadah air tak cukup banyak pun..
Masuk je rumah, air tiada. Sah.. Nak mandi pun tak lalu.. Kebetulan anak berak, jimat cermat guna air..
Air yang tadah tu cukup untuk berwuduk dan lepas hajat..
Malam tu dalam jam 9.30 -10.00 suami balik dari beli air mineral 2 kotak jerit
"Dinda. air dah ada! Cepat mandi!"
Semangat ko bangun dari tidur (tertidur sebab tidurkan anak sekali)..
Malam tu anak muntah banyak sangat dan kebetulan kena selimut darn cadar.. Terus basuh sebab takut air tiada..
12/03/2014
Waktu ambil anak tu, saya dah rasa pedih hidung dan penglihatan kabur sebab jerebu yang agak teruk..
13/03/2014
Sempena ulang tahun kelahiran saya, saya dan anak pergi ke klinik untuk pemeriksaan bulanan kandungan saya. Manakala, Akhtar cek untuk 1 tahun 4 bulan dia. Kira tengok perkembangan anak.
Waktu tu, kami sekeluarga rasa tak sihat dengan jerebu dan udara kering. Batuk-batuk, sakit tekak dan hidung. Siap pakai mask lagi..
Saya lansung tak tengok whatsapp dan facebook hinggakan keluarga risau kenapa Birthday Mommy tak beri tindak balas atas ucapan ulang tahun kelahiran yang diberi.
Suami saya pula buat-buat jual mahal..Kelakar bila ingat balik..
Petang tu pula ketika saya nak masak spaghetti untuk makan malam kami sekeluarga, air tiada. Ujian sungguh!
Moralnya, ujian musibah yang didatangkan Allah buat hambaNya, adalah sebagai peringatan dan tanda kasihNya.
Walaupun umur saya bertambah dengan berita gembira namun berita sedih dengan musibah ini tetap saya hargai kerana itulah warna kehidupan kita. Itu peringatan dan itu juga amaranNya. Perasaan itu Allah beri untuk kita mencari hikmahnya yang tersembunyi... :)

Cerita Benar!
Berlaku pada office mate saya pada tengah hari Selasa 4 Mac 2014 ketika sedang menyelesaikan urusan pembaharuan lesennya. (Situasi kalut dan memberi peluang kepada si penipu untuk bertindak!)
Ketika tiba di office, Kak H memberitahu kami tentang masalahnya..
Kes : Memiliki Kad Kredit AmBank yang sedang digunakan di Kedai Emas KLIA berjumlah RM 3000 ++
Report: Boleh menghubungi pegawai di BANK NEGARA MALAYSIA.
Keterangan di ambil oleh: Sarjan Micheal..
Soal jawap berlaku antara Kak H dan Sarjan Micheal penipu tu..
Antara lain
1. Tidak membocorkan maklumat laporan siasatan kepada pihak ke tiga iaitu pegawai bank, bank dan sebagainya.
2. Memberi nombor laporan kes dengan segera.
3. Akan ada orang lain yang akan menghubungi anda untuk menerima report (lebih kurang macam tu la), nama En Teo
4.Tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tiga hari.
5. Bertanya tentang segala maklumat yang ada tentang diri kita, rumah, tempat kerja, saving account, current account, perkongsian syarikat dan lain-lain lagi.
6. Masih cuba mengorek rahsia dengan bertanya berapa jumlah kad atm yg ada dan lain-lain lagi.
7. Meminta menukarkan kod hitam atau kata laluan yang terdapat di kad atm yang anda miliki di atm machine yang berhampiran. (Untuk maklumat sahabat, kad atm kita sekarang ni termasuk ic dan sebagainya mempunyai cip mirco ynag memang selamat dan sukar diceroboh oleh orang lain, tapi dasar penipu ni akan cuba memainkan suasana panik@reverse psychology untuk cuba mendapatkan maklumat kita).
8. Meminta anda membuang segala kertas yang dikeluarkan oleh CDM ketika anda membuat transaksi penukaran tadi.
Rabu 5 Mac 2014
Petang tu saya baru terbaca artikel mengenai penipuan kad kredit palsu, sah, Kak H sudah terkena.. Actually saya tahu cerita penuh tentang masalah Kak H pada petang tersebut. Namun sudah terlambat kerana Kak H sudah terkena..
Bila saya maklumkan kes penipuan ini, dia bertambah risau maklumlah rupanya pagi itu Kak H terlibat dengan kemalangan dan kes tipu kad kredit pula kembali berbangkit. Terus Kak H call Maybank (satu2nya kad atm yang Kak H miliki) dan membuat laporang polis.
Siap tiga report ko!!! 1 report kemalangan dan 2 report penipuan kad kredit.
Khamis 6 Mac 2014
Kak H maklumkan pada saya baki di akaun Maybank dia hanya tinggal RM 15.00 sahaja. Saya tidak bertanya jumlah duit yang hilang, tapi dari agakan saya yang saya dengar apabila Kak H memberitahu kawannya, lebih kurang RM 10,000.00 ++.
Bila ku lihat Kak H, dia sudah kelihatan redha bila hati sudah sepenuhnya berserah pada Allah. Walaupun duit tu baginya dan bagi saya sangat banyak, tapi duit boleh dicari...dari tergadai yang lain, bahaya diri.
Dalam akaun dia tu, ada duit anak jika dapat masuk asrama, duit orang sewa rumahnya, duit nak baiki kereta dia, duit insuran kereta suaminya, dan duit untung kedai basikalnya untuk 2 bulan.
Banyak hal macam ni sudah terjadi.. Boleh baca di
Oh! Taktik penipuan kad kredit
Jangan Terperdaya Dengan Panggilan Yang Mahu Maklumat Kad Kredit
Taktik Terkini Penipuan Kad Kredit
Cerita di bawah ni sebijik dan copy paste sama kes Kak H.. Saya ambil di
sini
Baru
baru ini aku telah menerima satu panggilan telefon yang sungguh
mendebarkan dan nyaris nyaris aku tertipu......so di sini ingin aku
bongkarkan satu taktik penipuan kad kredit yang terbaru dan aku akan
terangkan secara jelas modus operandi mereka
1. Penipu ini menggunakan telefon bernombor 03-21788888(ni no. Ambank customer service)
2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa
kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya
RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk
batal dan 5 utk bantuan dari customer service.
3. Anda yang telah kompius akan mendail 5 dan panggilan anda akan
dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.
4. Anda akan menerangkan bahawa kad kredit anda telah digunakan dan anda ingin mendapatkan lebih penjelasan.
5. Penipu akan menjawab yang kad kredit anda telah dicajkan sebanyak RM3600.00 di PohKong KLIA.
6. Anda akan panik, kemudian dia akan mengatakan bahawa kad kredit anda
telah juga digunakan sebanyak RM2000.00 sebelum ini. Maka jumlahnya
ialah RM5600.00.
7. Beliau akan menanyakan adakah kad kredit anda bernombor bla,bla
(5455-1932-8653-2004 di pohon pada 02/04/09 di Plaza OSK). Anda akan
menjawab tidak.
8. Penipu akan menyambungkan anda kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM. (Camne dia sambung yer?...hehehehe.
9. Seorang perempuan berbangsa Cina yang agak pekak badak sikit akan
menjawab panggilan tersebut seolah-olah beliau adalah staff Bank Negara.
10. Penipu akan menanyakan berberapa soalan berserta aku janji yang
begitu meyakinkan seolah-olah anda seorang yang membuat laporan palsu
dan akan menggertak anda dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu
akan membuatkan anda meringkuk dalam penjara.
11. Beliau akan bertanya.." Encik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"
12. .Anda akan menjawab ada. Dia akan meminta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank anda.
13. Penipu akan menyuruh anda untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad
tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap
penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan
kad kredit.
Ini semua adalah PENIPUAN!! JANGAN SEKALI KALI ANDA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NOMBOR-NOMBOR BERKAITAN BANK ANDA.
Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya JANGAN PANIK. Ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.
1.03-21788888 adalah nombor AMBANK. Nombor ini hanya boleh digunakan
untuk panggilan dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF
BANK!.
2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.
3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.
4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.
5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya
sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.
6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.
7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.
8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.