Pihak Kodomo Lion datang ke SKPK setiap tahun untuk menjalankan Kempen Penjagaan Gigi Murid Tahap 1. Para pelajar diberi penerangan tentang penjagaan gigi yang betul.
Satu kejadian ribut yang luar biasa telah melanda kawasan SKPK. Kejadian ribut itu telah mengakibatkan atap genting dari tingkat 4 jatuh dan menghempap kereta seorang guru. Kereta itu mengalami kerosakan kecil,tidak ada pelajar yang tercedera.
Setiap tahun Program Transisi Tahun 1 diadakan bagi menarik minat murid Tahun 1 untuk belajar dalam suasana yang seronok dan ceria.
Murid-murid Tahun 1 mula menjejakkan kaki sebagai Pelajar Tahun 1 pada 2 Januari 2013 . Berbagai telatah dan kerenah mereka dapat dilihat pada hari pertama ini .
Program Bantuan Awal Persekolahan (RM 100) dijalankan pada 16 Januari 2013 . Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar yang menuntut di sekolah ini iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 6 .
Mesyuarat Guru Awal Tahun dan LDP telah diadakan pada 25 Disember 2012 di Bilik Mesyuarat SKPK . Guru-guru telah mendapat banyak manfaat dan makluman dari mesyuarat yang diadakan .