Penyusuan Susu Ibu View RSS

Panduan dan maklumat mengenai penyusuan susu ibu terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja
Hide details



Jangan culas mengepam di tempat kerja 27 Nov 2014 8:59 PM (10 years ago)

Assalamualaikum

Khas buat ibu berkerjaya.

Sebaiknya pam sekali setiap 3-4 jam di tempat kerja. Ini bagi memastikan pengeluaran tidak berkurangan apabila si kecil semakin membesar.

Kerja memang takkan pernah habis, dan kita akan sentiasa dibebani dengan tugas.

Minta kebenaran dan kerjasama dari majikan untuk mengambil sedikit masa untuk mengepam. Sesibuk mana pun kita, ingatlah keutamaan kita adalah sebagai ibu. Ye, memang ada limpahan susu formula boleh dibeli dari pasaraya. Tapi selagi ada, selagi berpeluang. Janganlah lepaskan peluang untuk memberikan susu yang terbaik ni pada anak kita.

Peringatan buat diri sendiri juga.

Tahun depan GST bermula. So marilah kita berjimat cermat dengan memberikan susu ibu kepada bayi. Hihihi..

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Syarat untuk berjaya dalam penyusuan 27 Nov 2014 1:41 AM (10 years ago)

Assalamualaikum

Penyusuan susu ibu tidaklah begitu sukar. Tetapi tidak seharusnya dipandang ringan oleh ibu ibu yang baru pertama kali nak menimang cahaya mata. Sentiasa lengkapkan diri dengan pelbagai bahan bacaan sebelum melahirkan anak. Ketahui masalah masalah penyusuan susu ibu yang biasa dihadapi oleh ibu ibu selepas melahirkan anak.

Pastikan anda tahu yang susu tak semestinya akan terus keluar sebaik bayi dilahirkan. Bagaimana pun, jangan panik kerana perut bayi adalah sangat kecil dan ia mempunyai bekalan yang mencukupi sehingga 10-13jam. Sementara itu, pastikan anda berusaha untuk menyusukan bayi. Walau pun tiada lagi susu/kolostrum yang keluar, ianya adalah untuk merangsang pengeluaran susu. Dan bonusnya.. Ia membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.

Pastikan anda sentiasa positif yang susu ada. Rehat secukupnya ketika bayi tidur.

Ketahui bahawa, salah satu masalah yang menyukarkan penyusuan adalah puting tenggelam. Periksa keadaan puting sebelum bayi lahir dan ada yang menyarankan agar tarik sikit sikit bagi keluar. *maaf kalau ada yang tak selesa*

Selain dari itu, pastikan anda membawa pam susu ke hospital bagi menghadapi kemungkinan sekiranya bayi perlu diletakkan di bawah pengawasan.

Persediaan pengetahuan adalah penting. Bagi hospital rakan bayi, biasanya jururawat akan mengajar cara cara lekapan yang betul. Proses penyusuan susu ibu tidak sepatutnya menyakitkan. Sekiranya puting terasa pedih dan luka, ianya mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Pastikan keseluruhan puting masuk ke mulut bayi.

Dan yang paling penting adalah minda yang positif.

Selamat berjaya

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jumlah susu yang diperlukan oleh bayi 22 Oct 2013 1:49 AM (11 years ago)

Assalamualaikum

Ilustrasi dalam gambar di bawah ni menunjukkan jumlah susu yang diperlukan oleh seorang bayi mengikut umur. Ramai ibu ibu yang baru melahirkan bayi merasakan bahawa susu mereka sedikit dan tak mencukupi. Bayi tak puas menyusu dan sebagainya. Mengakibatkan mereka memberikan susu di dalam botol. Sama ada susu ibu atau susu formula. Perlu diingat bahawa tindakan memberikan susu dalam botol terlalu awal boleh menyebabkan bayi mengalami kekeliruan puting (Nipple confuse) dan menggaggu keberjayaan proses penyusuan.

Pastikan bayi melekap dengan betul. Dan sentiasa berfikiran positif. Pengeluaran susu adalah mengikut keperluan bayi. Oleh itu, ibu ibu tak perlu risau yang susu tak mencukupi. Minum air secukupnya. Luangkan lebih masa dengan bayi. Ini kerana, pada awal kelahiran, bayi suka melekap pada ibunya kerana dunia ini adalah baru bagi mereka. Mereka suka duduk dekat dengan dada kita untuk dengar bunyi degupan jantung ibu yang selalu dekat dengan mereka ketika berada dalam kandungan.

Selamat maju jaya dan jangan putus asa.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Petua batuk selesema 15 Apr 2013 6:29 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Saya melihat fenomena menakutkan pada masa kini. Ada ibu bapa yang bila anak batuk sikit, selesema sikit.. Baru panas sikit (37.5 darjah ke bawah) dah bagi makan ubat.

Menurut kajian, ubat batuk adalah tak berkesan. Banyak gula. Seorang MA pencen bercerita dengan saya, di Klinik Kesihatan tempatnya bekerja, berkilo gula digunakan untuk prepare ubat batuk. Wallahualam tak tahu betul ke saya ditipu. Tapi, apa yang saya tahu, ubat batuk adalah berbahaya kalau beri pada budak bawah dua tahun.

Oleh sebab itu, simptom kecik kecik macam demam selesema dan batuk yang biasa. Saya cuma biarkan tanpa berikan sebarang ubat. Hanya pastikan mereka banyak berehat, minum air secukupnya dan berikan vitamin C yang dibancuh dalam air.

Ini ada satu petua yang baru saya cuba. Sangat sesuai digunakan bagi menangani masalah batuk selesema. Memang sangat berkesan sebab saya sendiri dah cuba. Bukan saja untuk anak-anak, malah orang dewasa pun boleh.

Menggunakan bawang dan madu.

Caranya, hiriskan bawang besar kemudian tuangkan madu asli secukupnya. Biarkan 10-15 minit. Air bawang akan bercampur dengan madu. Ambil airnya dan digunakan sebagai ubat batuk dan selesema. Bawang tu makan pun sedap.
madu asli manuka yang saya gunakan
Kalau hidung tersumbat di malam hari pulak. Hiriskan bawang besar. Bungkus dengan kain nipis atau tisu. Letakkan berdekatan dengan kepala ketika tidur. Insya allah hidung kurang tersumbat.

Boleh juga digunakan untuk merawat sakit tekak. 

Selamat mencuba.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Review pam avent natural (Manual) 1 Apr 2013 4:37 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut, saya telah memilih pam avent natural bagi menggantikan pam avent manual lama yang telah uzur selepas digunakan selama hampir 4 tahun.

Setelah menggunakannya beberapa kali, saya sangat berpuas hati dengan pam tersebut.

Dari segi pemasangan, memang sangat mudah kerana partnya hanya sedikit jika dibandingkan dengan pam avent versi avent isis manual. Yang saya kurang puas hati adalah ianya tidak mempunyai penutup pam seperti yang terdapat pada avent isis.

Jadi saya ambil bahagian tersebut dari pam lama untuk menutup pam ketika tidak digunakan.

Ia bukan saja ringan dan senyap, malah tidak menyakitkan. Jika dibandingkan dengan avent isis, avent natural direka bentuk agar kita tak perlu membongkok ketika mengepam. Ini adalah satu ciri yang menyebabkan saya rasa sungguh berpuas hati dengan pam ini.

Harganya pula.. Jika dibeli di kedai online, avent natural ni boleh dibeli pada harga serendah RM150-170. Berbanding jika dibeli di kedai biasa. Mencecah RM250 setiap satu.

Happy breastfeeding!

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Takda susu, tak cukup susu 31 Mar 2013 5:25 AM (12 years ago)

Assalamualaikum

Mothers.. Tengok gambar ni betul betul. Save dalam pc, ipong, android kamu semua.. Bila nak start complain pasal susah nak breastfeed anak, tengok gambar ni. Bila rasa cam penat, sakit, leceh, malas nak pam, malas nak breastfeed tengok balik gambar ni...

Bayangkan.. Orang yang tetnya camtu pun gigih nak menyusukan anak. Apa lagi kita..

Rasa susu kurang? Tak cukup? Kawan tu nak makan pun tak cukup..

Good luck!

Tengah merajinkan diri pam kumpul stok susu. Huhu..

Feel free to share this.

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Berjimat ketika breastfeed 28 Mar 2013 7:35 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Breastfeed itu sendiri adalah satu langkah penjimatan yang baik. Tapi tentu kita happy kalau boleh jimat dengan lebih lagi..

Seperti yang ibu ibu sedia maklum, harga barangan dan peralatan untu penyusuan susu ibu tidak lah murah. Harga pam manual yang berkualiti, paling murah pun RM100+, kalau elektrik boleh mencecah ribuan ringgit.

Itu belum ditambah dengan keperluan lain seperti, cooler bag, ice pack, EBM storage bottle.

Kos keseluruhan, sekurang kurangnya 2-3 ratus jugak. Untuk permulaan. Saya pernah terbaca kat forum ada ibu yang mengeluh kerana kurang kemampuan nak beli semua tu.

Tapi.. itu bukan alasan kan.. Barang seperti ice pack dan cooler bag memang mahal kalau dibeli di kedai bayi. Tapi kalau beli di luar lebih murah.

ice pack.. kalau beli jenama autumz harganya belasan ringgit. Tapi yang ni saya beli kat Daiso. Dalamnya ada 6 pack, lima hengget je. Cooler bag pun ada dijual. Of course la kualiti dan designnya tak sehebat yang harganya RM50. Tapi cukup kalau sekadar untuk nak transport susu pergi balik kerja.

Bagi yang nak nurse in public, aurat masih perlu dijaga kan.. Selain dari nursing cover ke nursing poncho, shawl pun boleh guna. Shawl pun yang murah murah harga RM10 ada banyak dah. Saya biasa cover ngan tudung je. Takut selak baju ternampak perut, boleh guna tube.

Nursing tube yang dijual online aku tengok ada yang sampai RM40-50. Boleh dapat 4-5 helai tube yang macam kat bawah ni.

Baru berapa barang. Banyak boleh jimatkan kan..

Tak salah jadi trendy. Tapi bagus kalau dapat berjimat. Duit yang lebih boleh beli benda lain lagi.

Happy Breastfeeding!

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Iklan - Stroller untuk dijual 19 Mar 2013 5:16 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Stroller untuk dijual.

Brand : My Dear
Condition : 9/10
Harga Beli : RM150+/-
Harga jual : RM60
Nota : Untuk kegunaan toddler hingga 36kg. Ringan, boleh dilipat supaya mudah dibawa dan dilipat.

Bagi yang berminat, boleh email kesoma.rai@gmail.com. COD di Aeon BIG Bukit Rimau atau Bukit Tinggi Klang.

Rai

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Rahsia kejayaan penyusuan 19 Mar 2013 5:28 AM (12 years ago)

Assalamualaikum

Saya melihat trend pada masa ini, ramai yang berlumba lumba membeli pam yang mahal dengan harapan ianya dapat menjamin kejayaan dalam penyusuan mereka. Hakikatnya, pam yang terbaik adalah pam percuma, iaitu tangan kita sendiri. Pam termahal atau termurah hanya sebagai sokongan yang membantu proses penyusuan.

Terdapat juga trend pengambilan supplement tambahan sebagai milk booster. Sedangkan, fungsi utama supplement hanyalah membantu ibu memastikan diet mereka seimbang. Tanpa usaha untuk mengepam atau direct feeding yang lengkap, ianya tidak memberikan kesan pun.

Sebenarnya.. Tak ada rahsia untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu. Apa yang penting adalah usaha yang gigih dan juga minda yang positif.

Banyak kisah ibu ibu yang mengalami pelbagai jenis kesukaran pada mana mana peringkat penyusuan, tetapi berjaya mengharungi segala dugaan dan dapat menghabiskan tempoh saranan dua tahun penyusuan dengan jayanya.

Bagi ibu muda, adakalanya kita seronok dan cemburu bila mendengar dan melihat stok susu orang lain. Jangan sesekali membandingkan pengeluaran susu orang lain dengan kita kerana keperluan setiap bayi berbeza.

Saya tidak pernah menyimpan susu sampai penuh peti sejuk. Jauh sekali beratus botol, atau memerah sampai 20oz dalam sehari. Bagaimana pun, alhamdulillah kerana kedua anak saya mendapat kebaikan susu ibu selama dua tahun. Saya tidak perlu menyimpan stok beratus botol kerana anak anak biasanya hanya memerlukan kurang dari 15oz pada siang hari. Dan bekerja sebagai kerani, tidak memerlukan saya keluar outatation ke mana mana.

Ya. Jeles tengok stok orang banyak banyak. Tapi belek kemampuan diri. Jangan bandingkan kemampuan kita dengan orang lain. Jangan stress kan diri dengan perkara tak perlu. Yang penting. Usaha mau lebih dan pastikan kita fahami konsep supply dan demand dalam penyusuan susu ibu.

Good luck.

Rai

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Iklan : Set bersalin untuk di let go 4 Feb 2013 6:53 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Set bersalin tak lengkap untuk di let go.

Salah sorang member saya yang bersalin czer tak sempat nak guna param, pilis dan tepel dari set bersalin tropical herbs. So saya tolong dia let go bagi sesiapa yang berminat.


Param (penghangat badan) - 10 peket
Pilis (Yang sapu kat dahi) - 10 peket
Tepel (Sapu di pinggang) - 10 peket

Hanya RM20. 

Cara penggunaannya hanya dengan bancuh dengan air suam dan sapu di seluruh badan (param), di dahi (pilis) atau di perut (tepel). Sangat berkesan untuk bantu rampingkan semula pinggang dan param tu boleh scrub terus badan ketika mandi.

Review dan cara guna boleh rujuk di entry : Review set bersalin tropical herbs

Sangat sesuai bagi yang nak cuba berpantang cam orang zaman dulu. Hehehe..

Minyak baby boleh dibeli berasingan. Harga RM28

Bengkung ni pulak bengkung tali kasut. Senang nak pakai sendiri. Ada dua helai.

Ukurannya 117cmx44cm (lebih kurang)

Harga nak letgo RM25 setiap helai. Kalau ambik dedua boleh kira RM20x2.

Kalau berminat boleh email kepada kesoma.rai@gmail.com atau komen di bawah ni.

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Iklan : Nak letgo Pam elektrik Autumnz 26 Nov 2012 7:08 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Nak beriklan kejap. Bagi bakal ibu dan ibu baru yang masih mencari cari pam susu dengan harga yang berpatutan dan murah boleh tengok kat SINI.

Autumnz Marvel
Pam Autumnz Marvel ni boleh guna kuasa elektrik dan bateri. Rupanya agak mirip dengan Medela FS. Cuma ianya pam single. Kalau berminat nak tengok review dan tahu lebih lanjut pasal pam ni boleh check kat blog Puan Hanafaza (schoolmate saya).

Pelaburan yang berbaloi bagi ibu-ibu yang bercadang nak menyusukan anak hingga dua tahun.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ngan Puan Faza di drhana@ymail.com.

Iklan ini dibawakan khas oleh Susu Terbaik.

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Pengetahuan asas tentang susu ibu 14 Nov 2012 9:44 AM (12 years ago)

Assalamualaikum

Dari masa mengandung lagi saya cadangkan agar semua bakal bakal ibu yang ada niat nak susukan anak dengan penyusuan susu ibu dapatkan segala jenis pengetahuan tentang penyusuan bayi.
(1) Perlu positif dan sentiasa percaya bahawa susu tu ada sebaik melahirkan anak. Jadi, sebaik baby keluar, kalau dalam keadaan sedar tu terus je suakan nenen pada baby. Stimulation dalam jam jam pertama adalah sangat sangat penting.
(2) Susu yang awal adalah dipanggil kolostrum dan berwarna kekuningan (jernih). Jangan pulak picit atau pam keluar warna kuning ingat tu bukan susu lepas tu buang pulak.
(3) Breast tak bengkak bukan petanda susu sikit atau tak cukup - Awal kelahiran breast akan bengkak sebab badan nak adjust keperluan baby. Lepas dapat adjust biasanya tak berapa bengkak dah. Tak bengkak jangan pulak tunggu bengkak baru nak bagi baby. Nanti supply makin kurang.
(4) Baby kerap menangis atau suka bergayut bukan bermaksud susu tak cukup - Baby perangainya memang macam tu. Way of communication cuma menangis bila dia tak selesa, terlalu sejuk, panas, diapers basah, sakit perut, kena gigit semut, kena ketip ngan nyamuk atau saje nak perhatian dan kasih sayang.. Jangan panic. Check diapers, perut, suhu.. atau simply cuddle. Anak first saya suka kami dukung bawak jalan keliling rumah. The first few weeks jenuh la bergilir. Letih. Tapi mcm tu la jadi mak bapak..
Jumlah susu yang diperlukan oleh bayi
(5) Baby fully breastfeed ada potensi tak berak berhari hari dan ada kalanya lebih seminggu. Just check kencing banyak tak. Perut keras ke lembut.
(6) The best cure untuk jaundis atau kuning adalah susu ibu. Regardless apa orang keliling kata, atau petua diorang bagi jangan la bagi benda selain dari susu ibu. Esp jangan bagi susu kambing segar kat baby. Pernah terbaca, susu kambing segar agak "panas". Baby tak boleh digest sebab sistemnya tak matang lagi. Ini menyebabkan baby cirit birit. Sebab tu kuning turun. Jangan risikokan baby. Ok kat anak orang lain belum tentu ok untuk anak kita.
(7) Susu tak cukup nak top up dengan FM atau bagi makan bubur atau nestum cair gila - Kalau ada niat nak breastfeed sampai umur dua tahun, sila jangan start top up dengan benda lain. Nanti baby nipple confuse, langsung taknak latch dengan breast. Breastfeed is about demand and supply. Give more and you will produce more. Additionally, bagi nestum atau apa jenis makanan pun kat baby. Kalau bukan sekarang, perbuatan tu akan menyebabkan macam macam masalah dalam kehidupan anak tu. Dari obesity, diabetes sampai la ke masalah alergi dan masalah lain.
(8) Masalah puting tenggelam bukan bermaksud tak boleh direct feeding - Baby tak latch pada puting. Tapi kalau tak pandai mintak tolong nurse ajar. Kena masuk bahagian areola tu dalam mulut baby. Atau pun, ada yang suggest guna breast shield. Bila da start direct feeding, yang tenggelam tu akan timbul sikit.
(9) Breastfeed tak sepatutnya menyakitkan - Latch kena betul, posisi biar selesa. Kalau czer, tengok posisi paling sesuai.
(10) The best way to maintain and increase production adalah dengan perbanyakkan pam/direct feeding dan positive attitude.
Rahsia kejayaan penyusuan susu ibu
Never give up. Rajin doa semoga dipermudahkan. Insya allah.

Good luck.

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Penyusuan di tempat awam 8 Nov 2012 4:30 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Copied from Ourkizuna

Kecoh kat dalam group ibu ibu yang menyokong penyusuan susu ibu tentang satu entry oleh seorang lelaki yang menyentuh pasal public nursing. Ala.. breastfeeding di tempat awam.

Aku link kan salah satu nya je lah ok.. Cursing Malay

Actually.. Pada aku that guy got a point there.

Cop cop.. Ibu ibu yang breastfeed jangan emosi ya. Please try to understand his situation.

Aku pun breastfeed jugak. Pada aku breastfeeding adalah easy tapi the people around you will never get easy with you.

Kenapa? Biasa la kan.. Banyak sangat promosi pasal susu formula. Padahal susu formula tu pun tidur susu ibu jugak. Ciss..

Ok. Thats not my point today.

Aku bersetuju dengan pendapat Mantot tentang breastfeeding di tempat awam. Bukan semua. Tapi mostly la.

Breastfeeding di tempat awam bukan bermaksud kita perlu tunjuk dengan semua orang kita adalah ibu yang menyusukan anak dengan menyusukan kat atas bangku tengah tengah pasaraya. Yes, you wear your tudung, you got nursing poncho and whatnot to cover the boobs.

Aku juga sangat sangat aware yang pasaraya di Malaysia pun tak mesra ibu menyusu. Kalau ada pun, ada lah parents muda mana-mana yang baru dapat anak nakkan privacy bagi susu botol kat anak dia bergurau senda dalam tu.

So..apa choice yang kita ada..? Boleh je nursing kat public. Tapi bukan terlalu open. Pilih la tempat yang tak ramai orang lalu lalang. Kalau kat kedai makan. Dah tau anak masih breastfeed tu pilih la seat yang agak tersorok. Kalau naik flight. Kalau dah tau perjalanan agak jauh. Dan nak kena breastfeed jugak jugak. Mintaklah seat yang kat tepi tingkap. Or at least sampai atas flight tu mintak tukar kejap dengan perempuan lain yang duk kat tepi tingkap. Masa menyusu tu ngadap ke tingkap.

Shujin memang tak pernah setuju aku nursing in public. Secara open. Masa anak-anak masih kecik belum start makan semi solid atau solid food. Kitorang limitkan masa dan kekerapan keluar berjalan window sopping bagai. Unless "wajib" nak kena keluar. Nak beli barang. Aku breastfeed dia puas puas dalam kereta. Sampai tu terus ambik barang yang perlu. Lepas tu balik ke kereta sebelum next feeding. Atau kalau nak singgah makan. Kitorang pilih tempat tersorok dan aku hide budak kecik tu bawah meja. Means kena bongkok sikit la. 

Sebab kenapa? Terus terang. Shujin penah je cakap kat aku dia nampak tet pompuan tengah breastfeeding anak kat public. Ye lah. Memang lah dia larikan mata. Takkan nak pi belek bini orang pulak kot. Tapi takkan aku nak salahkan shujin dan kata dia menggatal sebab tu kot. Dah "ter"tengok. Seriously. Dia kata kat aku "Its no fun to watch it".

So ibu ibu. Tolonglah. Kita taknak menjadi orang yang akan menarik suami kita ke neraka. Selagi ada ruang. Sila la cover cover. Again.. Aku tak kata jangan nursing kat public. But don't be too open about it. Kalau just ada stroller. Dah cover ngan poncho ke nursing cover tu lindung balik stroller. Kalau muat duk dalam tu, duduk la dalam tu. *ok tak kelakar*

Dan aku rasa, itu yang Mantot cuba sampaikan dalam entry dia. At least.. apa yang aku faham.

Please jangan emosi. Tak payah la nak kata "eh pompuan pakai seksi nampak tet tu tak pulak ko tegur" Come on la. Kita taknak disamakan dengan pompuan seksi yang tak semena mena tunjuk tet tu. Tapi bila dalam kes macam ni emosi pulak. Pandai pulak cakap "eh lelaki kena la tundukkan pandangan".. Rasional la ok..

Nota kaki : Dan hari ni.. The argument jadi lagi ridiculous. Aku seriously tak suka ibu ibu yang hantar gambar tengah nursing kat majalah. Fine. Ianya adalah personal opinion. Still.. Aku rasa tak perlu kott...

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tak kurus walau pun full breastfeed 16 Oct 2012 10:00 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Banyak kali saya terbaca keluhan ibu ibu yang menyusukan anak secara ekslusif yang mengatakan bahawa berat mereka tidak berkurang walau pun banyak kajian mengatakan penyusuan susu ibu membantu penurunan berat badan.

Pada pandangan saya, kes ni seperti kes ibu bapa yang mengeluh anak mereka kerap sakit walau pun dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Malah ada di antara kenalan terdekat atau saudara mara yang memberikan susu formula tetapi anak mereka sihat walafiat.

Ramai lagi yang masih belum jelas dengan konsep dan asas penyusuan susu ibu. Tidak dinafikan, penyusuan susu ibu memang dapat membantu proses penurunan berat badan. Tetapi ibu ibu perlu sedar. Dalam konsep penurunan berat badan, kalori yang keluar mestilah kurang dari kalori yang masuk.

Kesimpulannya
Kalori masuk > kalori keluar = Berat badan bertambah
Kalori masuk < kalori keluar = Berat badan berkurang
Kalori masuk = kalori keluar = Berat badan maintain

Ramai ibu yang menyusukan susu ibu makan secara berlebihan (konsep makan untuk dua orang) dan kemudian mengeluh pulak bila berat tak turun turun. Sedangkan melalui penyusuan sebenarnya ibu ibu hanya memerlukan tambahan kalori sebanyak 500kalori (secara purata) Dengan kata lain, makan pada jumlah yang sama bukan untuk dua orang. 

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah menyusun program menguruskan berat badan yang selamat bagi ibu yang menyusukan anak boleh menghubungi kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut. Program tidak formal ini disediakan secara percuma bagi semua follower di blog Penyusuan Susu Ibu.

Take away key dalam program ini :-
(1) Mengetahui bentuk badan
(2) Pengiraan keperluan kalori harian
(3) Bagaimana menyusun pemakanan
(4) Senaman yang mudah dan pantas di rumah atau mana mana saja
(5) Pemakanan tambahan yang membantu dalam proses menguruskan berat badan

Tempat adalah terhad. First come first serve basis.

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Pengetahuan asas breastfeeding bagi bakal ibu 25 Sep 2012 6:12 PM (12 years ago)

Assalamualaikum


Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Saya pernah bekerja sebagai tukang angkat telefon. Kena standby depan phone sepanjang operation hours. Masa rehat yang ditetapkan adalah 1 jam untuk makan tengah hari dan 30 minit untuk ke bilik air dan rehat sekejap. Saya cuma boleh pam 3 kali sehari. Iaitu dengan bahagikan masa lunch kepada 30 minit di ambil dua kali dan sekali lagi masa untuk rehat. Saya tiada tempat untuk mengepam susu. Pernah saya pam di bawah meja. Alhamdulillah saya berjaya memberikan susu ibu sehingga anak sulung mencecah 3 tahun. Saya pernah top up susu formula selama beberapa bulan kerana mengandung anak kedua sebelum meneruskan penyusuan apabila anak kedua lahir. Adakah saya anggap saya ibu yang gagal? Tak. Saya tak akan benarkan sesiapa kata saya ibu yang gagal sebab saya dah cuba apa yang termampu.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 
.
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu
1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.
2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital
3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.
4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?
5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.
6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam 
7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.
8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.
9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch
10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu
11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan
12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T
13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.
14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.
15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Selamat maju jaya.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Set Bersalin Tropical Herbs 9 Sep 2012 11:00 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

Since sekarang ni macam musim musim orang mengandung bersalin. Saya nak kongsi sikit pasal set bersalin yang best sangat ni. kononnya



Set bersalin tropical herbs
Ramai yang biasa dengar kot. Cuma biasa lah kan. Kalau tak kenal maka tak cinta. Biasanya da pakai baru tau. Kalau da pakai pun, kalau tak gunakan dengan kaedah yang betul dan berdisiplin takkan dapat kesan baik daripada penggunaan set bersalin ni.

Set bersalin ni bukan saja banyak digunakan oleh ibu-ibu kaum melayu, malah ramai kaum cina dan india yang gunakannya. Ianya sesuai bagi sesiapa yang nak berpantang secara tradisional tapi tak perlu gaduh nak rebus akar kayu dan sebagainya. Herba serbuk cuma perlu ditambah air suam untuk jadi paste. Manakala uncang direndam dalam air panas sebelum digunakan.

Apa yang ada di dalamnya?
Mengandungi herba bagi penjagaan dalaman dan luaran bagi ibu yang baru bersalin. Set ni di datangkan sekali dengan bengkung (PERCUMA - worth RM50) 

Untuk kegunaan luaran
Minyak urut daun serai wangi untuk ibu
Minyak bayi
Pilis - Sapu di dahi
Param - Sapu seluruh badan
Tepel - Sapu di perut
Uncang mandian
Uncang cucian - untuk cuci tempat luka

Untuk dalaman
Teh herba
Pil bersalin 1
Pil bersalin 2

Bengkung - Sangat selesa. Tak panas dan labuh. Saiznya boleh diselaras bagi yang bertubuh gempal atau sedikit kecil.

Mempunyai jadual penggunaan yang lengkap bagi tempoh berpantang selama 44 hari.

Cara menggunakan
Kalau baca review di internet dan blog blog. Ramai yang rasa membazir beli set bersalin ni sebab terlalu banyak barangnya, tapi tak habis digunakan. Ada juga yang kurang rasa perbezaan, seperti masih sembelit dan kurang tenaga walau pun menggunakan set bersalin ni. Apa yang aku dapat lihat, ianya adalah kerana si penjual tak terangkan cara gunakan dan kebaikan menggunakan set bersalin ni dengan betul dan berdisiplin. So, pengguna pun tak rasa nak sungguh-sungguh guna set bersalin ni.

Ok. Cara penggunaan yang disarankan. (Mungkin ada cara yang lain. Tapi so far saya dapati kaedah ni berkesan untuk aku dan pelanggan aku yang lain)

Mandi pagi (lebih kurang pukul 10 pagi) - Gunakan uncang mandian dan cucian ikut jadual yang diberikan. Sebaiknya mandi air panas selama 44 hari ya.
Lepas mandi, sapu minyak urut daun serai wangi di seluruh badan (Minyak ni tak berapa melekit, kalau rasa cam lekit, gosok gosok bagi serap)
Kemudian, sapukan peramping perut (tepel) - Ianya mengandungi manjakani yang membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan merampingkan pinggang
Sapu penghangat badan (param) ke seluruh badan
Sapu penenang (pilis) di dahi
Pakai bengkung
Sebaiknya tidur sekejap selama 15 minit selepas habis proses ni (terutamanya seminggu pertama lepas bersalin) Paling tidak pun rehat rehat je sambil melayan baby.
Lepas hari ke lima, minum teh. Teh ni kalau minum gitu je memang payah nak lekat ke tekak. Tapi boleh campur sedikit madu (Aku campur madu manuka dari New Zealand)

Bengkung perlu dipakai sekurang kurangnya 8-10 jam. Sebaiknya mandi sekali je. Tapi kalau tak tahan boleh mandi lagi petang tu. Tapi mandi air panas (boleh recycle uncang yang pagi tadi - tapi sebaiknya jgn recycle dua hari uncang yang sama) Lepas mandi pakai semula bengkung. 

Param tu agak berhabuk bila dah kering. Kalau mandi petang, baki yang tinggal kat badan tu gosok gosok jadi macam scrub. Licin ko.. Satu peket tu banyak jugak. Sehari satu peket, so kalau belum habis bakinya tu gosok je. Hilang daki daki. Licin kulit.

Kebaikan
Apa baiknya kalau guna set bersalin tropical herbs ni ya. 

Ada banyak set bersalin di pasaran kan. Tapi kenapa saya rasa set bersalin tropical herbs ni bagus sangat.
(1) Set bersalin ni tak mengandungi kacip fatimah. So sangat sesuai bagi ibu yang nak menyusukan anak. Malah, pil lepas bersalin 1 tu memang untuk melancarkan susu. Boleh baca review saya pasal bahaya kacip fatimah bagi ibu menyusu dalam blog ini.
(2) Kalau digunakan dengan berdisiplin, dapat menurunkan berat badan dan merampingkan semula pinggang dalam masa 44 hari. Pil bersalin 2 pulak untuk mencergaskan balik badan dan bantu mengembalikan bentuk badan kepada asal
(3) Mengelak sembelit - Teh uncang tu untuk elak sembelit. Minum dengan madu.
(4) Tubuh lebih segar, perjalanan darah nifas lebih lancar. Salah satu feedback yang saya dapat adalah badan tak berbau. Rasa cergas je.
(5) Kalau kuning kurang dari 170, takde masalah untuk teruskan semua pil dan teh. Teh tu minum lepas 5 hari. So kalau awal-awal tu takde kuning, insya allah ok. Kalau ada pun kalau less than 170 boleh teruskan. Kalau takut gak, just skip dulu pil dan teh sampai baby sembuh dari kuning. Herba yang untuk kegunaan luaran boleh diteruskan.
(6) Boleh digunakan oleh orang bersalin normal dan czer. Tapi kalau czer tu jangan pakai bengkung  dengan tepel sampai at least 2 minggu lepas bersalin. Kalau tak confident pakai lepas sebulan. 
(7) Mudah digunakan. Memang banyak dan leceh. Tapi berkesan tau. . Hehehe..Paling obvious luka cepat je baik.
(8) Antara yang paling best adalah, minyak baby tu bau wangi dan masa dalam pantang anak-anak jarang kena kembung. Mudah je kentut bila pakai minyak baby dalam set ni.
(9) Harga berpatutan. Cuma RM293. Datang dengan moneyback guarantee. Tapi jangan da habis pulang balik pulak. Niaya.
(10) Saya bagi service ngetop baekkk punya... Hehehe..

Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Bak kata mak saya. Badan kita nak pakai lama. Berpantang memang leceh. Itu ini tak boleh makan. Nak kena jaga macam-macam. Jalan kena berkepit bagai. Tapi insya allah. Badan kita akan tahan lebih lama. Takde la baru nak masuk 40 da sakit sana sini. Tambah lagi, kalau jaga betul betul masa berpantang ni, lebih senang nak kembali ke berat asal semula. Berbanding bila lemak dah liat melekat kuat tu susah nak turun lagi parah.

Pilihan di tangan kita. Memang ada orang yang segar bugar takde masalah walau pun berpantang ngelat ngelat. Tapi kita tak tau nasib kita. Ada baiknya cegah sebelum parah.

Kalau berminat nanti email saya. Area Selangor, Kedah, Pahang (certain area), dan KL tu insya allah boleh saya usahakan kalau nak COD. Lain dari tu email untuk bincang option lain.

Email saya : kesoma.rai@gmail.com

PAGE
Kandungan herba dalam set bersalin tropical herbs

Nota kaki : Set bersalin pilihanku untuk pregnant kali ketiga ni juga :D

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Menambah produksi susu dengan kurma 15 Jul 2012 11:20 PM (12 years ago)

Assalamualaikum

 

Sempena nak masuk ramadhan ni, saya nak buat sedikit promosi bagi membantu ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak agar lebih bertenaga dan lambat rasa lapar.

Terdapat 2 jenis kurma.

(1)    Kurma Arabia jenis Khidry dengan badam (240g) - RM20

(2)    Kurma Arabia Eksotik jenis Khidry (450g) - RM18 (kurang manis)

 

Sesuai dimakan begitu sahaja atau diblend dengan susu dan kismis. Untuk pesanan boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com. Cash on delivery bagi kawasan lembah klang dan negeri-negeri Utara.

 

Selamat menjalani ibadah puasa.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Announcement : Its official 22 Jun 2012 1:49 AM (12 years ago)

Assalamualaikum

First of all, saya nak mengucapkan terima kasih di atas sokongan pembaca blog Penyusuan Susu Ibu ini. Saya akui, penulisan saya dalam blog ini agak kurang mesra berbanding penulisan di dalam blog harian saya. Apa yang ditulis dalam blog ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman saya sendiri menyusukan putera dan puteri saya selama 3 tahun (Aqil 3 tahun, Atiqah 2 tahun - Tandem nursing selama lebih kurang setahun)

Jujurnya, saya tak merasakan diri saya berjaya 100% dan masih banyak yang perlu dipelajari bagi menyempurnakan penyusuan susu ibu pada masa akan datang. Bagaimana pun, pada 9 June 2012, saya telah berjaya menjalankan tanggungjawab memberikan penyusuan susu ibu kepada puteri kesayangan Nurul Atiqah Damia seperti yang telah disarankan di dalam Al-Quran. Dengan ini, berakhirlah perjalanan penyusuan susu ibu bagi anak-anak buat masa ini.

Walau bagaimana pun, saya akan cuba sedaya upaya meneruskan perkongsian dari masa ke semasa, bagi memberikan sebanyak mungkin info yang berguna bagi ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu selama yang mungkin. Insya allah.

Bagi yang ingin terus mengikuti perkembangan keluarga kami boleh lawati blog personal saya http://ourkizuna.blogspot.com/

Semoga ibu-ibu akan terus berjaya mengharungi cabaran penyusuan, terutamanya menjelang ramadhan yang akan muncul kurang dari sebulan ini. Dalam jangka masa ini, pastikan ibu-ibu mengumpulkan bekalan EBM sebanyak yang mungkin bagi menghadapi hari-hari awal dalam bulan Ramadhan yang paling mencabar ini. Sekiranya mengalami kemeruduman, sentiasa ingat asas penyusuan adalah supply dan demand. Oleh itu, sebelum mengeluarkan belanja bagi membeli sebarang makanan tambahan, pastikan ibu ibu kerap mengepam dan menyusukan secara terus bagi menambah stimulasi. Vitamin dan supplement tambahan adalah bagi memastikan ibu ibu terus bertenaga sepanjang proses penyusuan dan bagi yang mengandung dalam keadaan berpuasa.

Sekiranya ada yang berminat nak mengetahui jenama vitamin dan supplement yang saya amalkan boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut. Insya allah, saya akan cuba membantu.

Selamat berjaya.

Rai

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Penyusuan susu ibu mengurangkan keinginan seksual wanita 3 Jun 2012 11:32 PM (12 years ago)

Assalamualaikum


*Maaf, tajuk agak daring :D


Actually, there are a lot of reasons to breastfeed, as well as not to breastfeed. Ianya terpulang pada pilihan individu. Dan saya bukan menulis untuk menghukum pilihan sesiapa.


Benar. Penyusuan susu ibu sedikit sebanyak menyebabkan seorang keinginan seksual seorang wanita berkurang.  Antaranya adalah faktor gangguan oleh hormon yang dirembeskan ketika penyusuan berlaku. Ini biasanya menyebabkan, cairan dari vagina lebih cair dan seterusnya mengakibatkan proses tersebut menyakitkan. Oleh itu, setiap kali hendak melakukan hubungan, secara tidak langsung, tubuh akan menjadi tertekan dan seterusnya menyebabkan kebanyakan mereka mengelak dari melakukan sebarang hubungan dengan pasangan masing-masing.


Faktor penyesuaian diri juga sangat berkait rapat. Menyesuaikan jadual diri dengan kehadiran insan yang baru lahir saja sudah cukup bagi memberikan tekanan kepada tubuh. Ia juga menyebabkan kepenatan akibat terpaksa berjaga malam dan juga melakukan tugas sampingan selepas kelahiran cahaya mata. Apa lagi untuk menyusukan bayi dan memastikan keperluan penyusuan bayi mencukupi.


Sekiranya tekanan ini tidak di kawal dengan baik, ia akan menyebabkan perkara yang lebih buruk lagi seperti kemurungan.


Oleh itu, suami sepatutnya memainkan peranan dalam usaha membantu isteri mengendalikan urusan rumah tangga. Simptom ini bukanlah satu simptom yang berpanjangan. Sebaik bayi mencapai usia satu tahun atau berhenti, simptom ini akan berkurang dan seterusnya berhenti. Cabarannya adalah bersama-sama menghadapi situasi ini dengan tenang. Suami seharusnya lebih memahami dan membantu isteri menghadapi situasi ini. Dalam proses ini, simptom kekurangan keinginan seksual ini mungkin tidak dapat dihapuskan sama sekali, tetapi boleh dikurangkan melalui pengambilan supplement tambahan seperti vitamin E.

Sesetengah herba seperti manjakani dikatakan selamat digunakan oleh ibu yang menyusu. Bagaimana pun, elakkan herba seperti kacip fatimah memandangkan ia mempunyai cleansing effect yang mungkin boleh mengancam kesihatan bayi.


Apa pun, bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Simptom ini adalah normal. Berbincang dengan suami sekiranya anda menghadapinya.

Bagi mengurangkan simptom boleh cuba amalkan nutrilite vitamin E+Lecithin (dalam satu tablet yang boleh dikunyah, ianya dibuat dari kekacang yang kaya dengan vitamin E semulajadi) . Mengapa tablet ini mengandungi lecithin adalah kerana, lecithin membantu untuk transport vitamin E di dalam sistem badan kita. Dan kesan tambahan pengambilan supplement ini adalah ia membantu mengemulsifikan lemak menjadi titisan kecil supaya lebih mudah dihadamkan. Dalam masa yang sama, membantu proses penurunan berat badan. Bagaimana pun untuk kesan penurunan berat badan yang lebih berkesan, saya lebih mengesyorkan pengambilan supplement tambahan lain.

Hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjutDaa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Hati hati ketika memilih set bersalin 5 May 2012 7:08 PM (12 years ago)

Assalamualaikum


Saat saat menimang cahaya mata adalah amat dinanti nanti kan oleh pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga. Segala persiapan bagi menyambut si kecil dilakukan dengan penuh perasaan gembira.


Walau pun dengan tubuh yang sarat membawa kandungan yang semakin  ligat berpusing dan menendang, ibu ibu pasti tidak melepaskan peluang untuk memilih sendiri persiapan bagi bayi yang bakal lahir.

Selain dari persiapan bagi bayi, persiapan bagi ibu untuk menyambut kelahiran juga penting. Terutamanya keperluan bagi penjagaan diri ibu selepas melahirkan anak. Penjagaan rapi penting bagi membantu proses penyembuhan dan juga proses mengembalikan tubuh si ibu ke bentuk asal.

Kandungan herba dalam set bersalin tropical herbs

Bagi ibu ibu yang berhasrat menyusukan bayi mereka, pemilihan set bersalin yang bersesuaian amatlah penting. Ini kerana sesetengah herba yang biasa digunakan seperti kacip fatimah adalah berbahaya sekiranya digunakan oleh ibu yang menyusu.
Bahaya kacip fatimah bagi penyusuan bayi
 
Jangan sampai terlalu ghairah nak cantik sampai membahayakan bayi yang ditunggu tunggu sekian lama..

Daa

Bengkung percuma bagi belian set bersalin. Bengkung labuh sampai ke punggung. Tak risau bengkung bergulung ke perut bila duduk atau berbaring. Selesa tak panas. Boleh resize bagi yang berbadan kecil mahu pun gempal. Email kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

18SX : Untuk bacaan kaum wanita sahaja - Cara cara mengatasi payudara kendur 24 Apr 2012 10:34 PM (12 years ago)

Assalamualaikum
Ramai wanita yang menghadapi masalah ini apabila usia semakin meningkat. Bukan sahaja mereka yang menyusu dan melahirkan anak. Umumnya ia adalah disebabkan oleh elasticity yang menyokong payudara menjadi semakin kurang dan menyebabkan payudara semakin kendur.

Walau pun ramai yang menyangkakan penyusuan susu ibu menjadi salah satu faktor payudara menjadi kendur, ia adalah tidak benar
sama sekali.

Penyusuan susu ibu menyebabkan payudara kendur?

Sebagai wanita, tentunya mahukan penampilan yang menarik tak mengira usia. Payudara menjadi kendur adalah lazim berlaku tetapi ianya boleh diatasi dan boleh dielakkan.

(1) Melakukan urutan - Circular massage (ke arah dalam) dilakukan dua kali sehari selama 30 minit setiap kali. Boleh gunakan olive oil atau flaxseed oil. Sebelum mulakan urutan, gosok kedua belah tapak tangan bagi menghasilkan haba. Ia dapat melancarkan pengaliran darah dan mengembalikan ketegangannya.
(2) Makanan yang kaya glukagon - Makanan yang boleh boost pengeluaran susu ibu turut membantu pertumbuhan payudara. Oleh itu, boleh terus amalkan walau pun
dah berhenti dari menyusukan anak. Contohnya adalah seperti halba (direndam minum airnya atau pun ambil dalam bentuk pil)

(3) Senaman bagi menguatkan otot dada - Otot dibahagian dada dapat membantu menyokong payudara bagi mengelakkan ia kendur. Oleh itu senaman seperti push up pada dinding dapat membantu. Lakukan 3 kali seminggu, beberapa set setiap kali.

Sekiranya dilakukan dengan cara berdisiplin, perubahan akan dapat dilihat seawal 30 hari.

Selamat berjaya!

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

WAJIB BACA : Pengalaman menyusukan anak yang patut kita contohi 19 Mar 2012 7:57 PM (13 years ago)

Assalamualaikum

Saya sangat terharu pada apabila membaca kisah ibu ibu yang mengalami kesukaran dalam menyusukan anak. Ini adalah pengalaman seorang ibu bernama Rose yang di kongsikan di ruangan komen pada entry Memalukan sungguh!
---------------------------
Just nak shara pengalaman. Dulu sy tkilan, marah & rasa org tak memahami apa yg sy lalui bila tak berjaya menyusukan Ank 1st sy. Sy rasa Alasan sy cukup kuat, pertama, nipple saya tak kluar Dan menyukarkan proses penyusuan. Kedua, ank saya jaundice, Dlm masa yg sama menghadapi critical constipation problem. Jd dia asyik menangis siang mlm. D hospital sy terpaksa berjaga siang malam hingga bleeding. Bila saya bg dia BF dia akn menangis menjerit hingga sy pun mnangis. Sy betul2 give up tambahan dgn kadaan kesihatan saya yg mkn lemah.

Sblm mngandung ank k2, sy tlh mdengar cerita sorg kwn yg tak berjaya menyusukan ank tp  berjaya utk ank ke 3 nya. Saya jd bsemangat utk menyusukan ank k 2 sy. Baru sy sedar selama ni kesedaran sy kurang sb tu cepat putus asa. Ilmu juga kurang, mlh persediaan juga kurang...apa yg sy baca selama ini tak cukup.

Tapi cabaran Kali ini lbh hebat sb sy akn bersalin scara elective c-sec due to spondylosis(sakit belakang yg sy hidapi slps bsalin ank 1st). Sy brusaha mencari ilmu secukupnya,persedian & kemungkinan masalah yg akn sy hadapi. Ketika usia kandungan 8 Bln sy dinasihatkn bercuti kerana keadaan sakit belakang sy yg makin serius. Doc jg mnyatakn sy mungkin dpaksa bersalin awl jika bacaan diabetes sy tinggi. Jd sy terpaksa mjaga mkn...

Waktu ini, sy mulakan urutan di nipple dgn nipple cream supaya tak tenggelam. Sy tlh sediakn electric pump utk kegunaan slps bsalin. Cooler bag Dan lain2 barang untuk persediaan EBF. Seperti yg telah sy jangka Kali ini lebih sukar proses EBF sy, pelbagai posisi sy cuba untuk BFkn ank sy tp tak berjaya... Belakang sy ni terlalu sakit, tangan saya agak lemah.... Akibatnya tiap kali mencuba Akhirnya sy pasti menangis kecewa & kesakitan yg teramat. Alhamdulillah dorongan kuat hubby & MIL. Akhirnya sy teruskan dengan pumping. Buat pmulaan Setiap 2 jam, bila susu da byk sy teruskn stiap 3 jam non stop siang mlm, consistently spaya susu tak kurang. Alhamdulillah sy berjaya EBF walaupun scara indirect. Sy terpaksa berkorban bila indirect EBF ini diteruskan selama 4 bln. Meskipun kurang tidur & terpaksa bkerja esoknya sy puas hati Dan rasa sangat berbaloi. Ketika usia baby mencecah 4 Bln, sy berjaya menyusukan scara direct kerana sakit belakang sy telah berkurangan. Skrg Baby telah berusia 18 bln & masih BF, akn dteruskan hingga 2 thn InsyaAllah. Sebenarnya kl kita tekad & bsabar InsyaAllah, Allah akn Bantu. Tiada yang mustahil. Semoga sdikit pngalaman sy ini dpt mberi sdikit inspirasi buat ibu2 lain utk mcuba penyusuan susu ibu.
---------------------------
Bagi ibu-ibu yang mengalami sedikit kesukaran seperti masalah tiada masa nak mengepam atau kekurangan susu. Sila lah contohi ibu ini. Dalam keadaan fizikal yang sukar pun masih berjaya menyusukan bayinya sehingga 18 bulan.

Bila kita susah, jangan lupa ada orang yang lebih susah dari kita.

Buat Rose, saya mintak halal share kisah ni dalam blog Penyusuan Susu Ibu.

Selamat berjaya.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Anak tak suka bubur 16 Jan 2012 4:59 PM (13 years ago)

Assalamualaikum

Bagi ibu-ibu baru, saat memperkenalkan makanan separa pejal kepada bayi adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Namun, tidak sedikit yang kecewa kerana bayi mereka kurang menunjukkan minat kepada makanan. Ada juga yang diserang rasa bersalah apabila keterujaan mereka menyebabkan bayi mengalami masalah sembelit yang teruk. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menjayakan proses pengenalan makanan separa pejal kepada bayi.


ratah bawang goreng tepung

Pastikan si manja telah benar-benar bersedia - Bersediakah si manja anda ? Pengenalan kepada makanan separa pejal yang terlalu awal boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit dan masalah kesihatan sepanjang hayat bayi tersebut. Walau pun mungkin ada yang merasakan kenyataan tersebut adalah keterlaluan, tetapi banyak kajian yang dilakukan mengaitkan masalah kesihatan seperti gastrik, asma dan berat badan berlebihan dengan pengenalan kepada makanan pejal yang terlalu awal.

Berbalik kepada tips untuk menjayakan proses pengenalan makanan. Saya yakin ramai ibu-ibu yang teruja hendak memperkenalkan makanan selain dari susu ibu kepada bayi akan membelek segala macam jenis resepi makanan bayi di internet. Saya pun begitu. Dan tak kurang yang kecewa kerana bayi tidak sukakan makanan yang telah disediakan. Mungkin terlalu tawar? Tak ada perisa? Saya sering disuruh menambah sedikit garam ke dalam bubur bayi bagi menambah perisa. Bubur yang tawar tidak disukai bayi. Kata mereka.

Hakikatnya. Pada umur seawal enam bulan, deria rasa bayi masih belum develop sepenuhnya (sori tak tau BM). Sekiranya bayi menolak makanan yang disuakan kepada mereka. Biasanya bukan kerana ianya tak sedap. Tapi kerana tekstur dan baunya. Buatkan makanan yang lebih mesra bayi. Iaitu makanan yang mempunyai tekstur yang berair. Jangan terlalu pekat. Tambahkan susu ibu bagi memberikan rasa dan bau yang mereka biasa. Pada peringkat awal, jangan terlalu ghairah menambah segala macam sayur, ikan dan lauk pauk ke dalam bubur. Cukup dengan bubur kosong. Tanpa garam. Tambahkan susu ibu (EBM) ke dalam bubur tersebut supaya tidak terlalu pekat. Selain dari memastikan bayi lebih bersedia, ia juga menyelamatkan bayi dari mengalami masalah sembelit.

Antara makanan pertama yang dicadangkan (dikisar halus dan dicairkan dengan susu ibu)
(1) Bubur nasi
(2) Puri buah buahan - Pisang, betik, avocado
(3) Puri sayur-sayuran yang di kukus/rebus - Lobak merak, brokoli, kentang
(4) Oat

Tambahkan kepekatan sedikit demi sedikit. Sekiranya ingin menambahkan sayur ke dalam bubur, gunakan 4 days rule setiap kali bahan baru ditambahkan ke dalamnya. Selain dari tekstur, faktor lain seperti suhu makanan juga perlu dititikberatkan. Pastikan ia tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Sebaiknya buatkan supaya suhunya mendekati suhu bilik atau sedikit suam.

Pastikan bayi tidak terlalu lapar ketika mula memperkenalkan makanan. Ini kerana, ia akan membuatkan mereka tidak sabar dan cranky. Sebaiknya, mulakan pada waktu tengah hari pada hari cuti selepas kira-kira 10-20 minit mereka disusukan. Ini kerana, sekiranya berlaku reaksi alahan, kita mungkin perlu segera membawa mereka ke klinik. Sekiranya ia berlaku pada waktu malam, mungkin akan menghadapi masalah ketiadaan doktor dan sebagainya.

Mungkin ada ibu yang berpendapat, bijirin sarapan bayi lebih mudah, lebih sedap dan lebih sihat. Malangnya. Hakikatnya tidak begitu. Ia mungkin lebih mudah, tetapi ia tidak semestinya lebih sihat. Pastinya bijirin sarapan bayi yang tersedia mengandungi bahan preservative yang tidak sepatutnya diberikan pada bayi pada awal usia mereka. Seperti yang saya katakan, bayi masih belum develop deria rasa mereka sepenuhnya, oleh itu, tidak penting ia sedap atau tidak. Oleh kerana itulah, kalau nak pastikan anak anda suka makan lobak merah, biasakan mereka dengan lobak merah seawal yang mungkin.

Ia akan dapat mengurangkan masalah sakit kepala ibu bapa dari masalah susah nak bagi anak-anak makan sayur bila mereka membesar nanti. Melentur buluh biar dari rebungnya kan :D

Selamat mencuba.

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Pam Susu Mahal VS Pam Murah 20 Nov 2011 5:04 PM (13 years ago)

Assalamualaikum

Menjadi ibu adalah saat saat yang sangat mendebarkan dan ditunggu oleh setiap insan bergelar wanita yang telah mendirikan rumah tangga. Sebagai ibu, pastinya mereka mahu menyediakan yang terbaik buat si manja yang bakal menyerikan lagi rumah tangga yang telah didirikan.

Yang pastinya mengujakan setiap insan yang bakal bergelar ibu adalah membeli belah bagi menyediakan keperluan bayi mereka. Dari soal pakaian sehinggalah ke keperluan penyusuan. Bagi ibu-ibu yang berhajat ingin memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi mereka tentunya akan menghadapi saat yang sukar dalam memilih pam yang terbaik bagi menjayakannya.

Percayalah. Alat yang terbaik bagi memerah susu adalah tangan sendiri. Dan berita baiknya adalah ianya PERCUMA!  Walau pun mungkin ada ibu-ibu yang berpendapat lebih mahal pam, lebih tinggi kebarangkalian mereka untuk berjaya dalam penyusuan secara ekslusif. Malangnya, hakikat sebenar tidaklah begitu. Ramai ibu-ibu yang memerah dengan menggunakan tangan, tetapi mereka berjaya dan dapat menghasilkan lebih banyak susu.

Memilih pam adalah dengan melihat pada keperluan seseorang itu. Bagi seorang pekerja biasa yang tidak mempunyai tempat khas untuk memerah susu seperti saya, pam manual adalah yang terbaik. Ini kerana ia tidak memerlukan saya mencari electric point bagi memulakan aktiviti saya. Di mana-mana saja. Tambah lagi, ia sangat ringan dan tidak memerlukan saya risau tentang motor yang mungkin akan rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Walau pun mungkin ada yang berpendapat mendapatkan let down dengan pam manual adalah sukar dan tempoh mengepam menjadi lebih lama, ia tidak berlaku pada diri saya. Dengan beberapa teknik yang saya amalkan, tempoh mengepam bagi sebelah payudara mengambil masa kurang dari 10 minit.

Keperluan setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya mengambil kira keperluan diri masing-masing dan bukan berdasarkan jenama atau harga sesebuah pam tersebut. Pam yang mahal tidak semestinya lebih baik, dan pam yang lebih murah bukan semestinya tidak memberikan hasil yang lumayan. Bagi menjamin keselesaan, saya lebih suka menyarankan agar ibu-ibu mencuba sendiri pam yang ingin dibeli di kedai yang menyediakan perkhidmatan test drive.

Sedikit info tentang perbezaan antara pam elektrik dan manual.

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak akan dapat membantu bakal-bakal ibu yang masih buntu dalam pemilihan pam yang bersesuaian dengan mereka.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Isu derma susu ibu 2 Nov 2011 11:16 PM (13 years ago)

Assalamualaikum

Actually topik ni dah agak suam suam kuku, tapi saya yang agak ketinggalan keretapi baru nak bagi ulasan.



Sebelum pregnant, saya memang tak pernah terfikir nak jatuh cinta pada breastfeeding. Malah kalau fikir pasal susu, mesti fikir nak bagi susu formula yang mana satu. Kuat betul pengaruh iklan susu formula kat televisyen kan. Mujur saya tergerak hati untuk membuat research dan berkenalan dengan komuniti ibu-ibu yang menyokong susu ibu.

Keazaman saja belum tentu menjamin kejayaan dalam penyusuan. Malah, perkataan kejayaan itu sendiri adalah berbeza mengikut individu. Setiap ibu yang mencuba untuk menyusukan anak mereka adalah ibu yang berjaya. Tidak kira selama mana tempoh penyusuan itu. Sekejap atau pun lama. Yang penting adalah usaha. Sekiranya tempoh penyusuan lebih singkat berbanding ibu-ibu lain, belajarlah menerima takdir dan redha dengan rezeki yang telah Allah berikan.

Kira-kira dua tahun lepas, sangat jarang saya mendengar sesiapa mencari ibu susuan atau cubaan mendermakan susu ibu di media-media sosial. Baru-baru ini, isu ini telah di highlight kan di dalam suratkhabar. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai ibu-ibu di Malaysia yang mula sedar akan kebaikan susu ibu. Ramai yang rela mencari ibu susuan atau mencari stok susu dari ibu-ibu lain dari memilih susu formula.

Sebagaimana yang telah ditekankan dalam Islam, penyusuan susu ibu adalah tanggungjawab ibu bapa. Ia hendaklah dipenuhi sehingga anak tersebut berumur dua tahun. Bagaimana pun sekiranya tidak mampu dengan sebab kesihatan dan faktor yang relevan, diharuskan berhenti dengan keizinan daripada suami. Kemudian, sebaiknya suami perlu mencari ibu susuan bagi mencukupkan tempoh penyusuan anak tersebut sekiranya belum cukup 2 tahun.

Bagi saya, ini adalah satu perkembangan yang menarik dan sangat baik. Tetapi ini bukan bermaksud saya menyokong tindakan mengiklankan susu untuk di dermakan sewenang-wenangnya.

Perlulah diingat bahawa, susu yang diminum akan menjadi darah daging anak tersebut. Oleh itu, sebaiknya ibu bapa hendaklah mencari seseorang yang baik akhlaknya, sekiranya berkenalan di media sosial sekali pun. Ambil masa untuk mengenali budi bicara penderma. Kenali dirinya, keluarganya, kemudian barulah dinilai semula. Dan telah disebutkan bahawa haram bagi adik beradik susuan berkahwin. Sekiranya susu didermakan dengan sewenang-wenangnya, ditakuti, anak-anak yang menjadi adik beradik susuan ini tidak mengenali satu sama lain, dan kemungkinan mereka berkenalan dan saling jatuh cinta apabila telah besar kelak.

Saya kira, adalah satu tindakan yang bijak mencari ibu susuan bagi anak, bagaimana pun harus diingat, Islam telah memberikan garis panduan yang lengkap dalam melaksanakannya. Bagi yang ingin menjadi ibu susuan, jangan lupa dapatkan keizinan suami sebelum membuat sebarang tawaran.

Besarnya pahala kerana menderma sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Dermalah dengan berhemah..hehehe..

Daa

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?