Kuih Terengganu
1 Nov 2010 7:29 PM (14 years ago)

Jala emas dibuat dari telur. Rasanya sedap dan manis
Bike ubi dan rasanya memang lemak.
Bronok diperbuat dari sagu dan diatasnya diletak kelapa.
Hasidoh adalah kuih lama orang Terengganu. Rasanya manis diatasnya diletak bawang goreng.
Koleh kacang sedap dimakan diwaktu petang.
Kuih tersebut mudah didapati di Gerai Kuih di Pengadang Akar, Gerai kuih di Jalan Sultan Sulaiman, Pasar Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga dan Pasar Kedai Buluh.

Kereta C6008 kepunyaan Ibrahim loteri,digunakan untuk membawa penerima Pingat Hang Tuah iaitu Mamat b Taib pada tahun 1963. Kereta ini melalui depan pasar iaitu Jalan Sulaimani.
Pemandangan Kuala Kemaman yang mempunyai keindahan semulajadi.
Perkampungan tradisional maseh boleh dilawati dan melihat kehidupan nelayan.
Jalan Sulaimani yang sibuk dengan kenderaan dan deretan bank serta kedai.
Bangunan Tenaga Nasional Berhad yang tersergan indah.
Jalan Sulaimani terdapat perhentian teksi dan bas.

INFO
- Perlumbaan ini diadakan dua hari bermula pada pada 30-31.10.2010
- Di adakan di Terusan buatan manusia sepanjang kira-kira 700 meter di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.
- Perlumbaan sejauh 2.2 kilometer mengikut tiga kategori yang membuat satu pusingan mengelilingi Pulau Warisan dan tamat di terusan.
- Diadakan Sungai Terengganu berhampiran muara dan Pulau Warisan itu sebagai simbolik serta satu manifestasi rakyat Terengganu suatu ketika dahulu yang mengayuh perahu mudik ke hulu untuk mencari kayu api.
- Pertandingan seperti ini juga adalah yang tertua diadakan di Terengganu sejak 1970-an dan sebelum ini pernah diadakan di Jeram Hilir, Jeram Manir, Tanjung Sabtu serta di tasik berdekatan tapak stadium di Gong Badak
- Johan pertandingan akan mewakili Terengganu ke peringkat antarabangsa di tempat yang sama Mac tahun depan yang dijangka disertai Thailand, Brunei, Indonesia, Vietnam serta Myanmar.
- Tiga kategori pertandingan yang berlangsung hari ini dan esok terdiri daripada 20 pendayung ujian masa, 20 pendayung trek dan 10 pendayung trek.
- Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
- Bagi 20 pendayung ujian masa, hadiah pertama menawarkan wang tunai RM3,000 diikuti RM2,500 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
- Kategori 20 pendayung trek pula, tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM4,000 disusuli RM3,000 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).
- Manakala bagi 10 pendayung trek, hadiah tempat pertama adalah RM2,000 diikuti RM1,500 (kedua), RM1,000 (ketiga), RM700 (keempat) dan RM500 (kelima).
- Kesemua 10 pasukan yang bertanding terdiri daripada Tanjung Sabtu, Kenu Terengganu, Penjara Marang, Jeram Manir, Banggol Peradong, UnisZA, Petai Bubus, Jeram Kuala Nerus, Buluh Gading dan Primula.
Lain-lain info - sila klik
Hotel
Agensi Pelancongan
Teksi
Bas
Penerbangan

INFO
- Mempunyai landasan ketiga terpanjang di Malaysia.
- Lapangan Terbang Sultan Mahmud terletak di Telaga Batin dengan jarak perjalanan 15 km dari pusat bandaraya.
- Bangunan baru dan penambahan landasan ini siap dibina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM200 juta
- Seluas 128 ekar, termasuk memanjangkan landasan, pemasangan lampu pendaratan dan kawasan keselamatan penerbangan.
- Rekabentuk bangunan terminal baru setinggi dua setengah tingkat itu pula berasaskan alam semulajadi dan ciri-ciri tradisional Terengganu bagi menggambarkan budaya dan warisan negeri ini
- Mampu menampung dua kapal terbang Boeing 737 dan dua Airbus 330 pada satu-satu masa.
- Pada 11. Oktober 2008, kapal terbang kepunyaan MAS Boieng 747 -400 telah mendarat di lapangan terbang ini.
- Taraf lapangan terbang ini bersedia bertaraf antarabangsa. Setiap tahun membawa jemaah haji terus ke Jeddah.
- Mampu menguruskan 500,000 penumpang dengan 10,000 pergerakan kapal terbang
Traffic | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 |
Passengers | 394,240 | 435,620 | 419,475 | 398,252 | 430,800 | 487,495 |
Cargo handled
(metric tonnes) | 160 | 124 | 94 | 70 | 47 | 24 |
Cargo handled (KG) | - | - | - | 69,668 | 47,127 | 23,842 |
Aircraft movements | 5,508 | 5,834 | 5,622 | 3,792 | 8,781 | 10,045 |
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu,
MALAYSIA.
Tel: +60 (0) 9 667 3666 begin_of_the_skype_highlighting +60 (0) 9 667 3666 end_of_the_skype_highlighting
Fax: +60 (0) 9 666 3084

Ketibaan anda di bandaraya Kuala Terengganu disambut dengan doa Allah Peliharakanlah Terengganu yang terletakdi atas Bukit Besar. Berdekatan dengan Mydin Mall dan Giant.
Jengok kelangit melihat keindahan bintang yang berkelip-kelipan dan bertaburan di angkasa Terengganu.
Lampu isyarat yang dipasang di muara Sungai Terengganu menambah kecantikan malam.
Taman Shahbandar bermandi cahaya
Pemandangan dari atas Bukit Besar untuk melihat jalan ke jambatan Sultan Mahmud.
Pemandangan Pantai Batu Buruk di waktu malam.
Kecantikan bandaraya di waktu malam kelihatan bangunan tinggi yang bercahaya.
Suasana pantai yang memukau

 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B. Dato' Seri Amar Di Raja
(Haji Ngah Muhammad bin Yusof, MBE)
dari 21.04.1925 - 28.06.1940 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.B.M. Tengku Seri Setia Raja
(Tengku Omar bin Othman, OBE)
dari 15.07.1940 - 9.12.1941 |
 |
Menteri Besar Terengganu
. Y.A.B Dato' Jaya Perkasa
(Encik Da Omar bin Mahmud, CMG, MBE)
dari 10.12.1941 - 01.12.1947 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.B.M. Tengku Panglima Perang
(Tengku Muhamad bin Al-Marhum Sultan Ahmad (Pahang), MBE)
dari 17.12.1945 - 26.12.1949 |
.jpg) |
Menteri Besar Terengganu
. Y.A.B. Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Di Raja (Haji Kamaruddin bin Haji Idris, PPT., MBE,.MCS.)
dari 27.12.1949 - 31.05.1957 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B. Encik Daud bin Abdul Samad
dari 29.06.1959 - 08.11.1961 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B. Tan Sri Dato' Ibrahim Fikri bin Mohamad PMN,. SPMT,. PPT,.
dari 09.11.1961 - 30.09.1970 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B Dato' Mahmood bin Sulaiman DPMT.
dari 01.10.1970 - 04.09.1971 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B Dato' Haji Nik Hassan bin Haji Wan Abdul Rahman SPMT,. PSD,. KMN,.
dari 05.09.1971 - 31.08.1974 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, SSMT,. PSM,. SPMT,. DA,. DPMJ,. KMN,. JP,. PJK,.
dari 01.09.1974 - 29.11.1999 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B. Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang
dari 30.11.1999 - 21.03.2004 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh
dari 22.03.2004 - 22.03.2008 |
 |
Menteri Besar Terengganu
Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said
dari 23.03.2008 - sekarang |
INFO
- Dari tahun 1925 hingga sekarang seramai 13 orang telah menjadi Menteri Besar Terengganu.
- Menteri Besar dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
- Menteri Besar dicadang oleh parti yang memenangi majoriti dalam pilihanraya umun.
- Wakil Rakyat yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu boleh dicadangkan kepada Sultan untuk dilantik menjadi Menteri Besar.
- Pilihanraya diadakan setiap 5 tahun sekali.

Ari nim Mamat suke-ang sangat awe bulih bawok khète hök die baru beli. Bukang khète sèkèng hèng. Nöp mujo berape hèng döh döp tahu. Maklunglah Prötöng Sagaa tahung lapang pulöh nang. Tapi bulèh tahang lagi pèsèngang.
Lepah ambék minyök kat stèsèng Èso depang hötè Permaa Ing, Mat Ppayang pung slo-slo bawök khete hale ke Marang. Kalu orang alik Marang, berahi sungguh kate Maraang num, kedaa buloh!
Mamat nop tuju hale ke Marang tu bukannang ape. Cume die nöp traa laju tare mane khète nim. Orang putih kate macang test drive lah könöngnye. Pelèk jugöp Mat Ppayang nim. Orang traa sebelung beli, die traa lepah pade beli.
Sapaa di trapik lait sipang masjid terapung kat Kuale Ibaa, lapu trapik warne mèröh. Sementare tunggu lapu tukkö warne ijaa, Mamat kheling kiri kanang tèngök khète laèng banyok ke dop. Pèsèngang linang mölèk tu. Mase tu lèwat döh tèkpong, Mamat tèngök jang dalang puko 1 pagi.
Mase nöp naèk jambattang Kuale Ibaa, Mamat kheling ke kedaa ikang bakö Pök Hamid bawöh tu. Berase lapö göp, tapi ök dulu, sebab nök traa tèngok khète nim laju ke döp. Hale balik kèkgi bulih singgöh. Lepah trapik lait sipang ke Tamang Perming Jaye, Mamat pung perèh minyök sungguh dèh – sapaa sutuk kaki die nye tekang. Mètaa naik sapaa 110km tu! Orang jamang lenim kate baru cool, Mamat mari mmikir ssörang. Imboh sunggöh terik nim.
Döp dang sapaa balaa pölih Cendering, jerènggèng rok blök hök JPJ wat sekali dengang pölih. Mbék nöp sangat. Cool duane hape duane. Bile Mamat tèngök rok blök nye berèk berrakak. Pölih muda tu pakat konstabel, baru kena posting minggu lepah ke bahagiang trapik. Naséb baik dia orang Bukit Bading. Dekat sikit boléh berulang. Gaji pertame pung döp léh lagi. Hök nim pung öperasi hök dia wat mule-mule skali. Capur same pucat dengang orang hök kene tahang. Mamat tengöh cari jalang care mane nöp pelepah ke diri nim.
Die tanye Mamat, “lèsèng cik? Nim lebih had laju parök bedö’öh nim.”
Mamat jawak, “saye tak dop lèsèng starang.”
“Acu tubék dari khète.” Mamat pung tubék.
“Khète sape ni”? pölih tu tanye Mamat.
“Saya baru curi kemarèng,” Mamat kate, muke die ssikit döp beruböh, sading je.
Pölih mude tu pènik dengang muke pucat kesi. Tapi tebèng jugöp tanye Mamat, “mari duane nim?”
“Mari Pasir Putih, bawök berah siang 5 guning dengan rökök gudang garang 60 duh. Ade dalang bönèt belakang khète tu,” Mamat kate.
Mamat tèngok pölih mude tu peloh rejak kat pipi, titik tak tak tak. Malang-malang pung peloh nim! Pölih tu belari gi kat boh die. Mamat napök ralik ngat duduk cakak dengang boh die. Mamat bang dengö ape pende hök die polih tu kabör ke böh die. Bunying belake, berah dengang rökök seluduplah, khète curi lah, tak döp lèsèng lah.
Inspèkte tu mari jembe ke Mamat. “Mung tak döp lèsèng?” die tanye.
Mamat pun wat tubék bég pitih die, ambék lèsèng die nye wi ke Inspèkte tu. Jerènggèng tulih “B2” dengang “D” kat lèsèng die. Hèrang.
“Khète nim mung curi?” Inspèkte tu tanye Mamat.
“Döp ah tuang, saya baru beli petang saknim kat kedaa depang jabbat amnö Gong Kappah. Ning töh gerang die”. Mamat pung ulo gerang khète tu. Inspèkte tu hèrannang. Guane pulop ginim.
“Acu mung buke bonèt aku nop tengok.”
Mamat pung gi alèk belakang Prötöng Sagaa tu ambèk anök kuci buke bönèt. Inspèkte tu jengök muka die tengök tak döp mende starang dalam bönèt tu. Kösöng. Lege macang suraa. Tak döp mende satu saa harang! Hèrang lagi!
Inspèkte tu napök macang pelèk sikit muke die. “Aku hèrang. Sakning budök aku kata mung tak döp lèsèng bawök khète curi hök ade barang seludup dalang.”
Mamat pung jawak dengang penoh control macho, “Herang ape tuang, budök tu kuat leböng tu, pale haliang tu tuang. Mesti dia kabö ke tuang könöng-könöng saya bawök laju saknim tu..... saye döp bawök laju starang tuang!”
Pèsèngang lepah nim ade orang kene tukö jage lokap döh pèsèngangnya!

Mok Lijoh hari-hari duduk blèbèr ke anok llaki dia hok sorang-sorang. “Mat, biler mung nok bbining? Aku nim koho sari, koho tuer, kang dop dang aku nop tengok mung bbining!”
Mamat PPayang pun susoh hati dengor mok dia wat cakap bellah sokmo. Kang kang bellah. Kang kang bellah. Nok sangat dia tu bbining, kheja ada doh, motosika baru beli . Masaalohnya, calung dop jupa cari lagi nim! Dulu ada doh sorang, nama Minoh, tapi baru minggu lepah Minoh ttunang dengan anok D.O.! Minoh tu kheja buat tak dop, massök gulaa ke, singgang ke, dop pandaa starang. Tapi sebab ada muka sikit, tubuhhang pung molek ramai la orang nop ngorat. Sudohhang boleh ke anok D.O.
Duduk biraa pataa Batu Buruk, Mamat pung nengung ssorang. Air jagung ddalang supék duduk tangang, nok minum brase dok slera lasung. Pegang jugok, pegang jugok. Betullang supék air capur bocor, Mamat pong tapu dengang tapök tangang. Titik molek tak tak, Mamat brasa belengah tapök tangang. Nyer kesat atah seluor jean hok dekat 3 minggu dop basuh.
Tengoh-tengoh kesat tapök tangang hok belengah tu, betullang nnitah sorang napök macang anök dara kat blakang kedaa A & W tu. Pesengang boleh tahang, Mamat duk mmikir ssorang. Comel pada Minoh nim! Mamat jenih dop malu, dia peseng beraning tanya orang. Kalu nnakut, sapaa ke tua la aku dop bbining, Mamat mari mmikir sediri-diri.
“Dik!”, Mamat panggil ke budök ppuang tu. Budök ppuang tu pakaa baju kurung warna samö, ppaling dok starang ke Mamat. Senyung manih lleting! Mamat dop kira banyok, nyer bikah bangung cegat gi jemba ke budok tu.

“Dik duduk kat-kat nim ke?”, Mamat tebèng tanya. Budok tu cakat luor dop starang. Dia kabor ke Mamat dia kheja jadi pakar sakit jiwa kat spita dekat tu. Spita besö tu! Mbek nop sangat, Minoh tak mboh kat ku sangat,
specialist nim comel lote, molek-molek ada minat kat ku! Mamat pun bbadi tukkö nömbö talipung dengang budök tu. Dop dang 10 minit, nyer pisoh mitök nömbö talipung. Pesengang budök tu nop jugok ke Mamat, sebab derah jer wi nömbö talipung dia. Nama dia Seripoh. Boleh tahang!
Seminggu doh senyap supi Mamat jadi gelisoh. Talipung pat lima nang kali dop jawab starang Seripoh. Ke nyer kècèk aku, Mamat mari telitah dalang ppala dia. Nyer wat beraning gi spita besö. Mamat tanya kat pendaftarang ada dop nama Seripoh specialist sakit jiwa? Betullang drebar ambulang nama Liyah kawang Mamat kat skoloh dulu ada situ. “Mung wat menda ssining Mamat?” Liyah tanya. Mamat pong cerita panjang lèbor.
Lepah dengo cerita Mamat, Liyah pung senyung sengèh. “Mung kena kècèk doh Mat. Aku jjuper sökmö budök ppuang tu, kadang-kadang nyer mari nnèttè sinning. Lambat jjuper orang llaki nyer senyung ngata riti! Aku brase Mat, budök tu bukannang pakar sakit jiwa. Hok dia kabö ke mung tu separuh jer beto.. dia bukang pakar Mat, tapi dia sakit jiwa!”, Liyah kata.
Mamat pung koho-koho beredo lah dari spita. Pesengang lambat lagi dia boleh bbining. Dalang ati gelepö tak dop aroh lah. Galök ngat doh doh nop bbining! Siyyang ke Mamat! Pesengang malang nim Mok Lijoh blèbèr lagi lah ke Mamat!

Sejarah Marang yang perlu di ketahui.
Pelbagai cerita dan dongeng dikaitkan dengan asal usul nama daerah Marang ini,di antaranya yang menarik nya ialah dipercayai ianya berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang sangat terkenal pada suatu masa dahulu.Peniaga ini dipanggil Ma dan beliau tinggal di kuala sungai.Diceritakan beliau adalah seorang pengusaha hasil laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong.Pada masa itu di kediaman beliau terdapat banyak jemuran hasil-hasil laut tadi yang dipanggil “rang” oleh penduduk tempatan.Dipercayai oleh kerana banyak nya “rang” itu dan terkenal nya pengusaha cina yang bernama Ma tadi maka terbitlah nama Marang yang sehingga kini diguna pakai.
Sejarah pentadbiran Daerah Marang pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar (1839 – 1876). Ia diketahui oleh pembesar – pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan.Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai (river districts). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu Puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka adalah bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu – penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepada kampung – kampung tertentu sahaja.
Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah oleh pembesar – pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (river districts). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan ‘ river districts ’ yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.
Pada tahun 1923 ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Penasihat British yang pertama di Terengganu iaitu J.L. hunphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu. Kuala Berang dan Marang diletakkan di bawah Jajahan tengah dengan pusat pentadbiran nya di Kuala Terengganu. Daerah – daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah jajahan Timur dengan pusat pentadbirannya di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan pusat pentadbirannya di Kampung raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang Pesuruhjaya dengan dibantu oleh Penolong Penasihat British dan Pegawai Daerah masing –masing.
Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan kepada model Pejabat Daerah Johor. Berdasarkan maklumat lisan, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang.
Pegawai – pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat mereka ialah:
• Y.M. Tengku Chick Haji
• Encik Ali B. Mohamad
• Y. Bhg. Dato’ Pahlawan (Encik Taib)
• Y.M. Tengku Zainal (Tengku Aria)
• Y.M. Tengku Sulong B. Ali (Tengku Lela Segera)
Lain-lain info - sila klik
Hotel
Agensi Pelancongan
Teksi
Bas
Penerbangan
Terus Ke Jeddah
18 Oct 2010 1:38 AM (14 years ago)
 |
AHMAD Said bermesra dengan sebahagian bakal haji di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam. |
Buat pertama kalinya Penerbangan Malaysia (MAS) mengadakan penerbangan membawa jemaah umrah secara terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Arab Saudi pada 18 Mac tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penerbangan itu dijangka mengambil masa sembilan jam 45 minit untuk sampai ke Jeddah.
"Atas hubungan baik pihak MAS dengan kerajaan negeri khususnya dalam urusan penerbangan jemaah haji, program perintis ini bakal memberi peluang kepada 450 orang rakyat negeri ini menikmati perkhidmatan itu.
"Dengan kadar tambang lebih rendah, pakej umrah 10 hari itu akan memberi keutamaan kepada petugas-petugas haji di negeri ini, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan ia dibuka kepada seluruh rakyat Terengganu jika sambutan diterima amat menggalakkan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghantar 344 jemaah haji menaiki penerbangan KT26 di LTSM dekat sini malam tadi.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang, beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan wakil-wakil rakyat.Tambah Ahmad, bagi memastikan LTSM yang memiliki landasan ketiga terpanjang di negara ini terus 'hidup', kerajaan negeri dan MAS merancang membuka semula laluan ke Pulau Pinang serta mewujudkan laluan penerbangan ke empat destinasi di Thailand.
"Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang Ahli Parlimen Thailand supaya bakal jemaah haji dari selatan negara berkenaan menggunakan LTSM untuk ke Jeddah," katanya.Pada tahun ini jelasnya, kerajaan negeri menyediakan subsidi RM3.9 juta untuk jemaah haji, meliputi aspek penyediaan makanan dan persiapan.
Sementara itu katanya, sebanyak tujuh penerbangan dari LTSM membawa 2,387 jemaah haji yang terdiri daripada 1,545 jemaah dari Terengganu selain Kelantan (647), Pahang (109) dan 86 jemaah dari lain-lain negeri pada musim haji tahun ini.
Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my
Loyar Buruk
15 Oct 2010 8:20 PM (14 years ago)


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”
Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.
Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.
Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali. Nye mari debö wèh.
Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”
Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.
Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.
Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.
“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”
Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!
Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!
 |
Salah satu perlumbaan kuda lasak yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, Setiu, awal tahun ini. |
|
|
Sukan berkuda agak asing bagi kebanyakan rakyat negeri ini sehinggalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memainkan peranan penting merintis Kejohanan Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge (SCTE).
Baginda yang dikenali sebagai peminat nombor satu sukan itu dan juga seorang penunggang handal mendorong pelaksanaan SCTE melalui edisi pertama pada 2002 di Sungai Tong Setiu.
Kejohanan yang mengetengahkan konsep pelancongan sukan di negeri ini akhirnya berjaya meletakkan Terengganu dalam peta destinasi kejohanan berprestij, bertaraf dunia.Ia bermula dengan perlumbaan jarak lebih dari 80 kilometer (km) selaras dengan ketetapan Persekutuan Berkuda Antarabangsa (FEI) dan Persatuan Berkuda Malaysia (EAM) disusuli kejohanan serupa di tasik Kenyir pada tahun berikutnya.
Kejayaan itu mendorong ke arah kewujudan Terengganu Endurance Ride (TER) pada 2004, perlumbaan jarak 140km buat julung kalinya SCTE telah diadakan di Lembah Bidong, Setiu yang dijadikan venue tetap kejohanan.Ekoran pencapaian hebat itu, TER yang dipimpin baginda dan EAM disaran membida kejohanan dunia, FEI World Endurance Championship (WEC).Sebagai persediaan, perlumbaan sejauh 160 kilometer (km) iaitu SCTE diadakan pada November 2006, salah satu perlumbaan paling berjaya di negara ini.
Akhirnya, Malaysia diberikan keistimewaan menjadi tuan rumah kejohanan FEI WEC 2008 di mana jarak perlumbaan melebihi 160km. Ia menempatkan Malaysia dengan lebih jelas di persada dunia dalam sukan berkuda dan menjadikan Terengganu International Endurance Park (TIEP) sebagai salah satu sirkit dan perkampungan sukan berkuda terbaik dunia.
SCTE telah menjadi salah satu kejohanan tetap bertaraf dunia yang berjaya menarik ramai peserta dan peminat sukan itu dari serata pelosok dunia saban tahun.Tradisi itu diteruskan lagi tahun ini di mana seramai 90 penunggang dari 15 negara dijangka berentap untuk merebut hadiah berjumlah RM86,000 di kejohanan SCTE 2010 yang bakal berlangsung di TIEP.Jumlah itu meningkat sebanyak 50 peratus berbanding tahun pertama ia dianjurkan dan ini memperlihatkan ia sentiasa menjadi tarikan.
Kejohanan selama tiga hari yang bermula pada 5 November ini bertemakan 'Karnival Kuda Bersongket' simbol kekayaan warisan negeri pasti menjanjikan kelainan yang lebih menyegar dan menghiburkan pengunjung.Buat pertama kalinya, ia dimeriahkan dengan program mencari harta Karun dari Kuala Lumpur Ke TIEP yang dinamakan 'jejak songket'.
Pelancaran disempurnakan oleh Tengku Seri Bendahara Mustafa Kamel, Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu yang mewakili kekandanya, Tuanku Mizan di sini baru-baru ini.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis itu berkata, ia membawa simbol industri songket yang menjadi kebanggaan rakyat.
''Kejohanan ini turut menarik perhatian peminat sukan berkuda, pemilik dan pembiak kuda, doktor haiwan dan lain-lain yang terlibat dalam industri ini.Ia sekali gus dapat meningkatkan kehadiran pelancong dan pastinya merancakkan lagi perkembangan ekonomi negeri.
Kejohanan semakin dekat dengan hati rakyat, memberikan ruang kepada anak tempatan untuk menimba lebih pengalaman serta melahirkan lebih banyak kepakaran dalam penganjuran sukan bertaraf dunia ini."Oleh itu, kita tidak dapat menolak bahawa pelaksanaan kejohanan berprestij sebegini mampu meletakkan Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan sukan yang unggul," ujarnya.
Usaha itu menepati hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pelancongan salah satu penjana utama pendapatan negeri dan mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak."Ia juga selari dengan usaha kerajaan menjadikan negeri bertuah ini sebagai hab bagi kebudayaan, warisan, seni, sukan dan rekreasi di rantau ini," katanya.Beliau yakin bahawa kejohanan bertaraf dunia ini mampu menjadi platform kepada usaha untuk merealisasikan hasrat itu.
Petikan Daripada
Oleh AHMAD FAZLI MOHD YADI
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 14 Okt.
Kubu Mat Kilau
13 Oct 2010 6:27 PM (14 years ago)

Kubu Mat Kilau yang dibina di Padang Jerangau, Pasir Raja, Hulu Dungun Terengganu bagi mengingati perjuangan pahlawan lagenda Melayu, yang menentang penjajahan Inggeris sekitar tahun 1890-an.
Pada zaman dulu, kawasan Kubu Mat Kilau hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai dari Kampung Pasir Raja.Laluan menyusuri Sungai Dungun dari Kampung Pasir Raja menghubungkannya dengan Kampung Bantal di Hulu Tembeling, Jerantut,
Mengikut sejarah, perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama Terengganu iaitu Tok Ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Malangnya, hari ini tidak ramai generasi muda mengenali siapa Mat Kilau, Tok Gajah atau Tok Bahaman yang sama-sama berjuang menebus maruah bangsa Melayu daripada Inggeris.
INFO
- Mat Kilau bin Iman Rasu @ Tok Gajah dilahir pada tahun 1856/1866 di Pulau Tawar Jerantut Pahang
- Pahlawan Melayu yang menentang penjajah British
- Tahun 1895, British mengumunkan Mat Kilau meninggal dunia
- Tahun 1969, Mat Kilau mengaku belum meninggal dunia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat Kilau setelah menyamar diri sebagai Mat Siam (akibat buruan British).
- Tahun 1970, meninggal dunia pada berusia 122 tahun.
- Kubu Mat Kilau terletak di Pasir Raja, Hulu Dungun.
- Kubu ini adalah tempat Mat Kilau bersembunyi dari buruan penjajah.
- Lebih kurang 160 km dari Kuala Terengganu.
- Laluan Pacuan empat roda.