aziankhalil.com View RSS

A blog for family, hobbies, beauty care, reading, watching, construction, work, movies, parenting, and everything that I love
Hide details



Biskut Dalgona Squid Game 29 Apr 1:58 AM (yesterday, 1:58 am)

Anak kecik MY ni kemaruk betul dengan Squid Game..
Tapi dia tak tengok pun drama Squid Game tu..
Tengok sedutan di Youtube aje..

Nak belikan biskut Dalgona tu kat Chopi punyalah mahal,
Nak buat sendiri hapah tak jadi...
Buat pakai jajan Potato Crisp ajelah

Mama Yan akan buat garis bentuk atas kerepek Potato Crisp tu guna garpu terlebih dahulu,
Kemudian baru bagi MIjan trace semula guna tooth pick.
Memang tak masal jadi kerja kat MY...
Kalau takat bentuk bulat, tiga segi, empat segi tu boleh la MY buatkan..
Eh.. dia tunjuk bentuk payung la, 
bintang la... aje la budak ni...

squid game
Dia mintak belikan baju warna merah askar dalam Squid Game tu...
Tapi mahal sikit dari sweater player ni..
Jadi MY belikan la sweater player ni..
Dah dia kata nama dia Song Gi Hun.
Sekarang nak minta belikan apa apa..
Dah pandai ye..
Ambil handphone Mama..
Suruh buka shopee..
Lepas tu cari sendiri.
Bahayaaaa...
MY dah unlink kan dengan akaun MY ..
Dah tak top up ShopeePay...
Buatnya dia order betul betul sendiri waktu MY tak perasan..
letihh...

Budak macam ni memang di luar jangkaan ye..
MY tak tahu dia pandai membaca ke tidak.
Sebab semuanya tak dapat diduga..
Kadang boleh baca..
Kadang tak...
Tapi english macam agak lancar juga..

Semoga Mijan boleh berdikari mengurus diri sendiri satu hari nanti...
Aminnn














 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Cuci rambut dan rawatan kulit kepala 25 Apr 6:39 AM (5 days ago)

Hari Rabu hari tu,
Sekolah agama anak anak ada buat jamuan.
Makanan secara potluck.
Anak MY darjah 5,
Jadi kena bawa lauk sepertimana cadangan surat edaran di bawah.

Kalau nak bawa ikut cadangan boleh, tak nak pun boleh.
Kalau tak mampu nak bawa apa apa,
Tak payah susah susah.


Mama Yan masakkan daging kerbau lebih raya hari tu,
Adalah dalam 2 kg lebih juga rasanya tu.
Masak guna periuk tekanan Noxxa je,
Tak habiskan gas.
Gambar dah siap,
Macam biasa… lupa…

Selalu sekolah agama masuk jam 3.30 petang.
Tapi sebab ada jamuan, masuk pukul 2.30 petang.
Lepas MY drop anak anak kat sekolah agama,
MY terus pergi ke Dewani Salon & Spa,


MY buat rawatan kuli kepala hari tu. 
Masalah kulit kepala MY ni bukannya baru baru..
Dah lama sangat.
Kelumunur, keguguran dan kegatalan kulit kepala yang melampau.
Dah macam macam shampoo dan MY cuba.
Pakai shanpoo kawalan kelumumur, rambut MY jadi kejung.
Pakai shampoo yang lembutkan rambut, kepala pulak gatal.

Bila ada masa free dalam dua bulan sekali, 
MY pergi la buat scalp treatment, pernah juga huat yang harga RM700, tapi sama aje.
Lepas tu gatal juga.
Kalo ni buat harga RM65 sahaja. Takpe la kalau tahan sebulan dua aje..
Lagi dua bulan kita repeat…
Habis cerrr…
Okaylah.. jumpa lagi dalam kisah lain..
Wassalam

 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jangkitan luka pada kaki 23 Apr 10:30 PM (7 days ago)

Hari tu Ibu jari kaki kiri Mama Yan terkena jangkitan akibat ada luka,
Luka tu disebabkan oleh kutikel kuku MY yang tersiat.
Kemudiannya jadi luka kecil.
Luka kecil pun kalau ada kuman masuk,
memang cepat je bernanah.
Pergi klinik, dapat ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat sapu.
Lepas antibiotik habis,
Ibu jari kaki MY masih tak menunjukkan tanda-tanda nak baik.
Makin berdenyut denyut adalah..
Dah la kena bayar RM75.

Macam ni la gaya kaki MY masa tu.
Nak tunjuk gambar kaki sendiri, aurat pula.
Aib pun iya juga...hehehe
Disebabkan kaki MY bengkak dan sakit,
Tak dapatlah MY pakai kasut raya masa pergi open house dan jemputan kahwin dua minggu lepas..hahaha

Lepas tu, MY pergi farmasi,
tunjuk kaki,
Pharmacist tu tunjukkan ubat ni.
Lepas 2 kali sapu,
dah tak rasa sakit.
Hari ke tiga,
Luka tu dah kering dan tak bernanah lagi.
Cisss... baik pergi beli ubat kat farmasi aje dari awal.  

Syukur..
Akhirnya kaki MY sembuh juga..
Yeay.. boleh pakai kasut raya semula.
Masa buat jamuan kat rumah tu, 
Kaki MY dah mula sembuh.
Kalau masih berdenyut,
 memang surrender la nak masak-masak dan mengemas semua
 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kisah Jamuan Raya 2025 23 Apr 3:00 PM (7 days ago)

Kisah jamuan hari raya keluarga My belum berakhir ya..
Masih ada yang nak dicorat-coretkan sebagai kenangan dalam blog ni,
Sabar aje la ye yang membaca,
Buat jamuan kecil-kecilan aje bukan main sampai dua siri tulisannya,
Kalau buat kenduri kahwin anak,
Silap silap sempai bercucu cerita kendurinya tak habis habis.

Macam biasa la, bila ada kenduri kendara,
Mesti ada kejadian selipar hilang la,
Tertukar la,
Dan tak terkecuali juga majlis jamuan di rumah MY tempoh hari,
Tapi kedua-dua pasang sandal ni,
Sudah dapat dikesan pemilik asal..
Jadinya biras MY balik pakai kasut MY dulu la.
Takut tuannya datang mencari.
Lepas tu, MY check kat CCTV…bingo!
Nanti bawa balik kampung.

Seminggu sebelum jamuan,
Suami MY ada beli tiga bungkus ketupat palas dengan harga RM100.
Pada hari kejadian, MY cari ketupat palas tu dalam peti beku, tak jumpa.
Mama Yan bebel la kat suami, sah tertinggal kat kaunter kedai.
Suami kata dia yakin dia ambil, 
Dia ingat lagi dia jinjit beg plastik tu keluar dari kedai…
Habis tu? Mana?
Takde pun dalam peti ais.
Malas nak fikir… abaikan aje dulu.
Esok harinya, MY buka boot kereta Starex,
Cakkkk!!! 
Ketupat palas tu dalam kereta rupanya.
Takde orang bawa masuk rumah pun..
Sedihnyaa…
Melayang RM100


Rendang daging in the making yaww…
Guna gula kabung Raub lagi. 
Apa barang guna gula putih…

Daging 10 kg ni…
Dah betul betul macam kenduri…
Rendang daging ni walaupun MY yang masak,
Tentulah dengan panduan mak mentua dan kakak ipar.
Kalau MY buat sendiri,
Tak jadi rendang.. jadi rendam.


Malam sebelum tu, kami masak beriani kambing.
First time masak beriani kambing. 
Suami beli kambing seekor…
sejenis yang kalau buat apa apa tu…
Memang all out habis.
Tapi sayangnya percubaan pertama kami agak gagal.
Takpelah..
Nama lagi percubaan pertama…
Pengalaman kann…
Mula mula hangit sebab api besar dan agak kering…
Lepas tu, terlebih empuk…
Sampai hancur daging kambing tu..
Hahaha…
Rasa beriani tu ada…
Tapi tu lah…
Berianinya takde kuah.

Pajeri nanas, ayam goreng dan sambal babat tu kakak ipar MY yang masak.
MY minta anak MY si Moq tu tolong potong tembikai,
Macam macam bentuk tembikai tu jadinya.
Tiga segi, empat segi, bersegi segi.. hahaha..
Boleh la Moq, janji tak potong jari sendiri sudah.
Memang bagus buat aktiviti macam ni dalam keluarga..
Didik keluarga bergotong royong dan berkerjasama 

Okay.. 
habis dah kisah jamuan raya MY…
Jumpa lagi raya tahun depan…
Wassalam

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jamuan Sempena Hari Raya untuk Family & Staff 22 Apr 9:43 PM (8 days ago)

Hari Ahad baru-baru ni,
MY dan suami buat makan-makan untuk adik beradik yang nak datang beraya.
Ini kali pertama adik beradik nak datang beraya serentak kat rumah kami.
Selalu kan tiap kali hari raya kami balik kampung,
memang takde la yang nak datang beraya...
Rumah kosong.
Kami je la yang datang beraya kat rumah adik beradik sebab mereka ramai yang duduk di kampung.
Oh ya.. yang nak datang beraya ni team keluarga sebelah suami MY.
Adik MY yang kat JB ni datang last sekali.. 
perghh.. orang dah pesan suruh datang awal...
Boleh la tolong tolong potong buah ke.. apa ke...
Nak juga datang lambat lambat...
hadehhh...hahaha...

MY dan anak sedara sebelah suami...
Anak dara kakak dan abang suami...
Nampak menolak tua tak MY di celah anak anak dara tu?

Ni MY dan suami serta staf staf...
Baru-baru ada kejadian yang tak diingini berlaku.
Demi menjaga privacy dan keselamatan mereka,
Terpaksa cover wajah mereka di blog,
MY up sekejap sahaja di story…


Bergambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir.
Dari kiri anak sedara, anak sedara, anak sedara, anak sedara, kakak ipar, biras, kakak ipar, MY.
Depan dari kiri : Mak sedara, kakak ipar, mak mentua..
Ni semua sedara mara sebelah suami.
Dan ini sebahagian aje..
Ramai yang tengah makan la,
tengah sembang la,
tengah baring la...
Malas nak bergambar...

Antara menu yang kami hidangkan pada hari tersebut adalah:
nasi minyak, ketupat, kambing masak beriani, rendang daging, ayam goreng, pajeri nanas, sambal babat kerbau dan sup tulang lembu.
MY juga beli dua kotak brownies,
Ada juga hidangkan buah tembikai, rock melon dan oren sunkist.
Air pula air sirap sejuk dan teh o suam.

Untuk buat majlis ni,
MY dan suami beli macam macam barang ya.
Beli bekas buffet, periuk besar satu, kawah satu, periuk nasi 5 kilo, beli bekas air,
Beli besen dan penapis yang bersaiz besar juga.
Memang semua menda tu takde kat rumah.
Kena la beli.

Mama Yan ajak upah katering aje..tapiii…
Suami  nak masak masak sendiri..
Penat kemain ye...masak sendiri ni..
Tu belum lagi mengemas rumah tak habis habis.

Sibuk sangat sampai tak sempat nak ambil gambar juadah,
Gambar masa masak pun banyak yang takde. 


Mama Yan masak nasi minyak.. 
Mula mula masak 4 kg aje..
sebab tak confident nak masak 5 kilo terus dalam terus dalam tu.
Macam tak muat aje...
Tapi muat je sebenarnya...
Kita yang tak pernah cuba kan...
Kali pertama la katakan,
Guna beras basmathi,
Basuh beras basmathi 3 - 4 kali, 
Rendam dengan air selama 30 - 40 minit,

Lepas tu,
blender bawang, bawang putih, halia dan lobak merah .
Kemudian tumis pula bawang hiris sampai naik bau. 
Masukkan pula bahan kisar,
Kacau beberapa minit,
Masukkan jagung krim dalam tin yang telah dikisar halus,
Masukkan garam, gula, minyak sapi, daun pandan, rempah 4 sekawan. 
Kacau hingga timbul minyak.
Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih,
Apabila air sudah mendidih, masukkan beras pula.

MY kacau kacau beras semasa air belum mengering.
Bila air dah nak kering,
Masukkan satu tin susu cair.
Kacau sikit sikit, ratakan permukaan nasi,
Tutup periuk nasi dan biarkan masak.

Lepas periuk nasi dah menunjukkan keep warm tanda nasi dah masak,
Terus tutup suis periuk.
Biarkan nasi dalam periuk sekitar 15 minit lagi.
Lepas 15 minit,
Baru MY buka periuk nasi, 
Alhamdulillah,
Nasi masak elok.
Cuma kurang rasa garam aje. 
Takpelah, makan dengan lauk kang…
Elok la rasanya.

Lupa pula nak ambil gambar kejadian nasi yang membanggakan itu..
Hahaha…
Baru pukul 3 nasi dah nak habis…
Kalut kalut tu MY top up lagi nasi dalam 1 kg beras,
Masak pakai rice cooker yang pakai hari hari,
Nak cepat kan…
Nak basuh beras banyak banyak tak sempat…
Alhamdulillah, yang top up pun jadi cantik elok

Gambar bukti pulak takde.. adoi la…
Majlis berjalan dengan lancar sehingga ke petang…
Kehadiran saudara mara dan staf amatlah MY sekeluarga hargai…
Kami buat kecil kecil aje…
Itupun rasa nak roboh dah tubuh badan ni..
Hahaha…

Tapi kalau ada kawan nak datang beraya, 
Kami okay je… datang aje la..
Cuma takde la lauk macam macam..
Setakat bihun goreng boleh la..
Tapi ada ke kawan kawan yang sudi datang beraya rumah MY ni?
Maklumla.. blogger suam suam air mata aje kan..
Bukan tik tokers, bukan instafamous,
Takde followers juta juta…

Okaylah…
Setakat ni dulu kisahnya terhenti…
Kalau rajin nanti..
Menyusul kisah masak rendang dan daging beriani..
Sekian.. wassalam














 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kejutan Hari Lahir Mama Yan 22 Apr 1:43 AM (8 days ago)

Hari Ahad 20 hb April kelmarin, 
MY dan suami buat makan makan sempena hari raya.
Bukan rumah terbuka...
Tapi rumah tertutup.
Hahaha..
MY dan suami jemput saudara-mara dan staf aje.
Kawan-kawan pun ada sorang dua aje..
Kebetulan hari tu jatuh pada tarikh birthday Mama Yan...
Ehh... Ada surprise dari syarikat rupanya..
 

Staff MY bawakan tiga biji kek dan gubahan bunga orkid sambil nyanyi lagu Happy Birthday...
Aww... MY segan sebenarnya tau..
Tapi terima kasih banyak-banyak ...
Belikan hiasan gubahan orkid tu..
Memang dah selalu usha usha..
Tapi mahal...
Tu yang selalunya tak jadi beli...
Tapi staff pula kongsi kongsi duit beli bunga tu..

Kek coklat fresh cream...
sedapnya...
Ada lagi 2 kek tu tak sempat ambil gambar..
Sebab MY terus potong potong untuk makan bersama para tamu yang hadir.

Cantik..
Dah lama teringin nak beli dan gubah...
Nak beli yang dah siap..
Mahal...
Alih -alih dapat free...
Thank you koranggg...

Esok MY cerita pasal makan-makan ni pula...
Bye..wassalam


 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Masak ketupat goreng untuk sarapan pagi 15 Apr 4:42 PM (15 days ago)

Sarapan di bulan Syawal ni memang tak pelik kalau ada menu ketupat goreng.
Mana taknya,
sayang ketupat tak habis.
Kuah lodeh, sambal kacang dan rendang dah habis.
terpaksalah buat buat bumbu dan goreng aje macam nasi goreng tu.
ketupat ni pun sebenarnya nasi juga,
Tapi dia dah berhimpit-himpit dan bergabung..

Resepi Ketupat goreng
Kalau ada sayur, boleh letak sayur sayur macam kobis kangkung kacang panjang panjang semua tu.
Tapi kang pengsan pula anak-anak MY nak menguis sayur sayuran dalam pinggan
Jadi letak lobak merah ajelah

Resepi Ketupat goreng
Ketupatnya tak banyak pun. 
adalah dalam 6 ke 7 ketul yang saiz mini tu

Resepi Ketupat goreng
Blender bawang, bawang putih dan cili merah
Tumis.
kemudian taruk bebola ikan dan lobak merah.
Perasakan dengan garam

Resepi Ketupat goreng
Masukkan ketupat yang dah dipotong kecil


Resepi Ketupat goreng
Masukkan dua biji telur.
Taknak letak telur pun boleh juga.
Gaul sehingga sebati dan cukup masak


Resepi Ketupat goreng
Sedia untuk dihidangkan.
Siappp...
Tak banyak pun..
Tapi cukuplah.
Sebab ada sarapan lain juga sebenarnya.
Jadi terpulanglah anak anak nak makan apa dan yang mana.

Ni sebenarnya sarapan hari Ahad lepas.
Hari Rabu baru sempat nak upload story..
Acah acah terpaling busy lah kononnya...
hehehe

 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Menggubah bunga hiasan meja 14 Apr 6:05 PM (16 days ago)

Lepas raya hari tu,
pergi raya raya,
tergoda pula tengok rumah orang ada bunga hiasan cantik cantik...
Mama Yan pun teringin juga.
Lepas pergi jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka kawan suami,
Terus ajak suami ke Angsana.
Ke mana tujuannya??
Yerr.. kita ke kedai Romantika cawangann Angsana.

Kedai bunga romatika Angsana
Mula mula ternampak harga ada yang ribuuu...
ada yang ratuss...
ingat nak patah balik keluar kedai dah..
Ohh.. rupanya besi besi yang bentuk arch tu yang rege ratus ratus tu..


Kedai bunga romatika Angsana
Luas saujana mata memandang.
Tak tahu nak pilih yang mana sebab takde konsep.

cara gubah bunga ros
Mama Yan pilih ni je...
Harga dalam RM50 lebih..
Itupun dah rasa mahal dah..
Nampak tak betapa kedekutnya saya... hahaha...
Rumah nak cantik..
Tapi kedekut nak keluar bajet untuk deko.

cara gubah bunga ros
Ada bunga yang mahal...
Ada bunga yang murah...
MY pilih yang murah hingga sederhana je..
Maaf la.. yang mahal takde tempat dalam rumah MY ni...kwakwakwaa...

cara gubah bunga ros
Proses menggubah bunga dilakukan dalam bilik tempat anak melepak.

cara gubah bunga ros
Yang ni konsep dia bunga yang warna garang garang.
Ros merah, kekwa oren, kuning gitu...

cara gubah bunga ros
Pasu yang ni pula warna soft soft aje...
Ros putih dan pink...
daisy soft pink and purple...
Tiba rasa macam ada bakat juga jari jemari Mama Yan ni...
hahaha...

Suami siap tegur..
"Bukan mama tak suka ke bunga hiasan dalam rumah? Attract habuk la, nyamuk la..."
Sengih aje la..
Sebenarnya bukan tak suka,
Tapi malas nak bersihkan aje..
Lagi banyak tempat memerangkap habuk,
lagi banyak kerja yang nak dibuat.
Tu je sebabnya.
Bukannya tak suka nak hias rumah.

So, amacam?
Lawa tak bunga gubahan MY?
tak malu kan?, minta dipuji


 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Gambar Random Hari Raya 12 Apr 3:00 PM (18 days ago)

Takde apa nak cerita hari Ahad,
Biasanya hari Ahad pengunjung blog pun suram lagi kelam,
nak nak minggu ni banyak jemputan kahwin la, 
rumah terbuka Aidil Fitri la, pergi beraya la...
Jadi orang memang tak buka blog hujung minggu bulan Syawal ni.
Kalau buka pun,
mesti nak cari resipi masak ketupat guna periuk Noxxa.. Kwakwakwaa

Tahun ni,
Kami bagi kain pelikat dan kain batik yang dibeli di Mydin sahaja sebagai buah tangan raya,
Tak tahu nak bagi apa,
Tahun depan kena cari supplier kuih raya awal sikit kut.
Kita bagi kuih raya pula agaknya


Ini adalah pemandangan di Plaza Tol Bentong ketika kami hendak pulang beraya di Pahang.
Kami yang menghala ke Pantai Tinur santai santai aje sebab jalan agak lengang,
Nak slow boleh, nak pecut boleh.
Tapi yang menghala keluar Pantai Timur,
Fuhhh…. Sesak lagi mampat aliran trafiknya…


Sebelum check out,
Lepas kemas lebih kurang di homestay tempat kami bermalam di Raub,
MY tinggalkan duit raya untuk anak tuan punya homestay tu,
Sebagai tanda terima kasih kerana sangat berpuas hati dengan rumah tu,
Tahun depan kita cuba untuk bermalam lagi di sana.
Cantik pula bunga dalam pasu ni,
Berkobar kobar MY nak gubah bunga kat rumah sendiri pasni…


Ini pula kisah perjalanan kami pulang ke rumah sendiri.
Kami turun di Tol Kulai,
Kemudian ikut jalan Gunung Pulai yang gelap dan berliku liku tu.
Boleh pula dalam gelap tu ada seekor lembu tengah-tengah jalan. 
Mujurlah suami memandu tidak terlalu laju,
Lampu kereta pun agak terang benderang.
Lembu tu mematungkan diri di tengah jalan ye… 
Kami pun elak aje lah…
Kemudian dim lampu kat orang depan sebagai warning.


Cantik tak?
MY order ni di Shopee untuk majlis perkahwinan salah seorang teman serumah masa student dulu.
Mula mula kawan serumah ajak pakai sama sama
Tapi takde saiz yang cukup pula. 
Dapat lagi sepasang baju raya MY tahun ni.. yeayy
Hehehe…
Kain dia sama dengan baju raya MY tahun lepas,
Cuma baju raya tahun lepas tu warna merah hati.
MY beli di Angsana dengan harga hampir dua ratus ringgit ya.
Kali bi beli di shoppee lebih kurang dalam RM80 tak termasuk postage.
Mahal betul baju raya kat Angsana.
Tak tahu la siapa yang kaya,
Peniaga atau pemilik Angsana..hahaha

 



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Bawa Makaroni Carbonara ke Jamuan Raya Sekolah Anak 11 Apr 3:00 PM (19 days ago)

Semalam sekolah Aril, Ucid san Sarah dah buat sambutan Hari Raya peringkat sekolah,
Puas fikir nak masak apa, 
Anak anak kata bawa kuih raya apa yang ada je…
Tapi macam tak sedap pula.
Fikir punya fikir,
Masak makaroni ajelah. 
Tak susah sangat.
Nak lagi senang tak payah bungkus personal pax.

Untuk bawakan ke dua buah kelas,
Mama Yan masak 3 bungkus makaroni yang 500gram tu.
Guna 3 tin Prego Carbonara dan 2 tin Prego Ayam cemdawan.
Bahan bahan lainnya,
Satu bungkus jejari ketam,
15 batang sosej,
2 tin cendawan butang,
Satu batang lobak merah,
1 biji capsicum,
Cili merah dua tangkai.
Setengah paket bebola ayam,
5 keping keju cheddar
Beberapa biji bawang dan bawang putih untuk menumis.


Marah la orang Itali,
Orang Pahang masak pasta tumis bawang kisar macam nak buat nasi goreng… hahaha
Mama Yan lupa nak ambil gambar lepas siap masak,
Gambar apa yang ada aje la..

Rumah MY belum ada kuali besar kawah,
Jadinya nak godak makaroni tu,
MY terpaksa bahagikan kepada dua kuali,
Dah rupa sotong dah tangan MY godak makaroni guna dua tangan,
Sekali suami MU jengah ke dapur,
“Lahh… kenapa tak minta tolong?”
Hahaha… tak sempat nak pusing belakang dah masalahnya,
Busy nau nau masa tu.
Gambar masa godak makaroni dah sahih la takde. 
Ini je la gambar yabg sempat ada…
Sebelum masukkan makaroni dalam kuah.

MY tinggalkan untuk Moq satu tupperware,
Inilah rupa makaroni cabonara untuk jamuan sekolah anak anak,
Boleh la dari takde ye anak anak..


Ni antara yang dibawa pulang anak-anak dari jamuan sekolah,
Wahh.. rezeki mama korang la ye..
Alhamdulillah.. tak makan nasi MY tengahari semalam,
Makan makanan yang anak anak bawa balik aje,
Pelbagai jenis kuih muih ada…
Kek coklat, kek butter, donat, karipap..
Semuanya sedap belaka…






 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Beli Jam Tangan di TWG Angsana 9 Apr 10:00 PM (21 days ago)

Hari Ahad lepas,
Selesai beraya ke rumah kawan kami,
Singgah ke Plaza Angsana sekejap,
Tujuan utamanya nak repair jam tangan Mama Yan.

Walaupun lepas raya,
Tapi Plaza Angsana tetap meriah ya..
Hiasan sambutan raya masih kelihatan di sana sini...
Pengunjung pun masih ramai..
Mijan minta handphone..
Nak ambil gambar katanya..
Okay.. ambil gambar mama kat depan ni...
Tapi gambar MY nampak sangat huduh...
Alah sedihnya jadi orang gemuk ni...
Pakai apa pun nampak tak terletak.
kihkihkih...

Ni Mijan la yang tukang ambil gambar ni...

Suami tengah temankan anak darnya pilih jam tangan

percubaan satu demi satu...
Tak jadi ambil yang ni...
Biasalah anak dara kan...

Jam tangan Ucid ni harga RM138 jenama Casio.
Bolehla... Harap harap dapat hargai dengan baik.
Lebih bijak juga menghargai dan menguruskan masa.

Daripada asal nak tukar bateri dan setting jam tangan mamanya aje..
ehhh... ada yang dapat jam baru pula...

Lepas selesai urusan di kedai jam, 
Pergi Watson pula.
Anak bujang yang nak dihantar balik asrama tu,
Tiap kali nak balik asrama nak pergi Watson dulu.
Heran ayahnya... hahaha..
Manalah sama zaman dulu dan zaman sekarang,
Dulu budak lelaki kampung... 
pakai bedak talkum Aiken tu,
Boleh jadi pewangi, jadi deodarant, jadi bedak muka segala..
Sabun Lux seketul boleh pakai kat rambut, kat badan, kat muka..
Anak zaman sekarang lain..
Deodorant la, cologne la, perfume la, pencuci muka la, serum la, sun screen la, shampoo lagi...

Belum sempat Mama yan publish kisah ni,
belum lagi habis mengarang,
Ustaz guru kelas Ucid whatsapp MY,
Bagitahu jam tangan baru ni hilang..huhuh...
Takde rezeki.. 
Speechless...
Harap harap ada yang tolong simpan dan pulangkan.


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Rumahku sepatutnya Syurgaku 9 Apr 3:00 PM (21 days ago)


Hujung minggu lepas kami nak pergi beraya ke rumah kawan yang terletak di Taman Universiti, Skudai
Alang-alang tu, singgahlah menjengah rumah lama kami yang terletak di belakang rumah kawan tu.
Lagipun memang dah lama nak tengok sejak sorang anak buah kami berhenti kerja pertengahan bulan lepas.
Asalnya ada dua orang tinggal kat rumah ni,
Sorang kena jaga projek kat luar daerah JB,
so dia dah lama tak duduk rumah tu.

Ketika sampai, bahagian car porch rumah tu bersepah dah macam bengkel motor,
 itu tak kisahlah,
Biasalah lelaki bujang,
 Bila masuk bahagian ruang tamu,
okey lagi,
Sepah sikit-sikit takpe.
Masih normal

 Tapi bila pergi ke dapur, Masya-Allah...
Terkejut besar Mama Yan,
Betul-betul punya terkejut,
Najis tikus bersepah-sepah atas lantai di setiap penjuru penjuru dapur,
Pintu dapur berlubang, jadi mungkin dari situlah tikus masuk ke dalam rumah,
Masalahnya kenapa tak bagitahu kami ada masalah tikus di rumah,
Kenapa biarkan?
Mulut ada kan...buat hiasan aje ke?
Kalau tak boleh cakap tulis la kat whatsapp..
Yang penting inform..
Supaya kita boleh ambil tindakan sama sama,

Tak tahulah nak cakap budak-budak sekarang,
Ini bukan masalah introvert, apa anxiety, genZ lagi dah..
Ini masalah bangang tak bertempat.

Hari-hari kut guna dapur tu untuk memasak dan memanaskan makanan,
Boleh ya berselera makan dan memasak dengan tahi tikus bersepah sepah merata..
Tak geli ke?
Tak takut penyakit ke?
Nasib baik tak kena penyakit kencing tikus,
Kalau tidak mati katak aje...
 eh bukan mati katak mati tikus aje...


Ni kawasan tepi singki sebelah tong gas..
Situlah tong sampah..
Situlah taik tikus bersepah...

Yang ni pula belakang pintu dapur berhampiran dengan mesin basuh 
Pintu dah rosak kena hujan,
Berlubang.
Sepatutnya bagitahulah kami apa masalah yang ada...
Bolehlah kita cari penyelesaian.
beli racun tikus ke,
perangkap tikus ke,
repair atau ganti pintu baru ke...


Ini pula peti ais cuba tengok tepi peti ais

Tebal seinci dah taik tikus tu..
Ni bukan hasil sebulan punya najis ni...
Dalam peti ais tu taruk barang makan...
Tepi peti ais... taik tebal sampai macam tu sekali..
Apa ke pengotor sangat budak ni??


Yang ni pula dalam kabinet atas dapur,
 ada gula beberapa paket duduk situ dah bertahun-tahun takkanlah langsung tak tengok.
Gula tu sampai penuh semut macam tu sekali.

Yang ni pula dalam kabinet bawah singki tak tahulah apa dah jadi kat bawah ni,
Sungguh menggelikan


Nasib baiklah tingkat atas masih bersih,
Mama Yan datang nak tukar sarung kusyen je sebenarnya,
Tengok atas kerusi,
Siap ada sekotak buah limau yang kami beri ketika sambutan tahun baru Cina,
Limau tu supplier bagi banyak, jadi kami bagi staf seorang satu kotak,
Boleh pulalah limau tu dia letak atas kusyen sampai busuk berair limau tu atas kusyen.
Macam memang minta maki aje kan??

Sungguh tak faham.
Kita bagi kerja,
Kita bagi kemudahan tempat tinggal,
Rumah lengkap dengan TV, peti ais, mesin basuh, dapur, tilam bantal...
Kemudahan air dan elektrik percuma,
Cubalah hargai dengan molek.

Entahlah tak tahu nak cakap macam mana..
Kita memang tak boleh nak harapkan orang untuk menjaga harta benda kita..
Ikutkan hati memang rasa nak menangis..
Tapi malaslah nak bazirkan air mata..
Tenang tenang aje sudah,
Tapi membebel dan menulis dalam blog tu wajib la ye.
Kut ada family yang nak baca...
Silalah baca..
Mama Yan dah buat yang terbaik untuk meladeni anak anak saudara sebelah suami ni.
tapi mereka yang taknak hargai peluang.
Jangan lepas ni takde peluang diberikan lagi dah...

Tengoklah hujung hujung minggu ni baru nak datang cuci rumah.
Masalahnya najis tikus tu dah tak boleh sapu gitu-gitu dan mop.
Perlu pakai penyodok sebab dah tebal sangat.
kena cuci terus lantainya guna air dan sabun.
Pinggan mangkuk pun kena humban je semua tu.

Entahlah tak tahu nak cakap apa lagi
Rasa terkilan dan sakit hati yang amat sangat bila peluang yang orang bagi tak dihargai langsung,
Bukan setakat buat onar di pejabat,
buat onar dalam keluarga,
 buat onar juga di rumah tempat tinggal percuma,

Dahlah malas dah nak cerita cerita makin panas jadinya.
Gila!!
  

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Jambu bertih 8 Apr 7:00 PM (22 days ago)

Jambu bertih depan rumah MY kembali berbuah...
Banyak sangat sangat..
Kami sampai dari kampung malam Jumaat tu,
terkejut tengok pokok tu semua tunduk ke tanah sebab dahannya terlalu berat.
yang dah gugur melacak ke tanah pun banyak...
Esoknya pagi pagi,
MY dan suami ajak anak anak petik jambu beramai ramai.

Alhamdulillah...
syukur kali ni buahnya semua elok.
Takde serangan ulat langsung..
semut pun tak banyak sangat.
Tapi buah jambu ni tak manis.
Masammm...
kena la cicah dengan gula + kicap + cili padi potong...
Baru ngammm!

Kami bungkus siap siap dan edarkan kepada jiran sekitar rumah..
Ada dekat 30 bungkusan juga tu...
Tanya juga kat kawan kawan kalau ada yang nak..
tanya juga kat group Facebook...
Tapi buah jambu aje kan...
Pelawa datang ambik jambu sekaligus datang beraya pun takde kawan yang sudi..
nak buat camne??
Maklumlah.. kita bukan influencer tersohor...
Agaknya kalau MY tukar nama jadi Cik Jambu,
boleh jadi tersohor tak?
hahaha...

belum lagi kenalan di Facebook dan group wasap yang sidai..
kata nak datang ambil jambu,
tak datang datang pun...
Tapi tu kita anggap aje bukan rezeki..
Sebab nama lagi kenalan aje...
Takde la kisah sangat.
Cuma kalau kawan yang dah kenal tu..
ada la sedikit terkilannya...
Takpela..keep on moving okay.

Pagi tadi, MY siap potongkan, buang jambul dia, 
basuhkan siap siap,
Lepas tu buatkan cicah gula kicap..
Ucid dan Sarah bawa ke sekolah..
Habis dua tupperware...
Tapi tu la..
jari MY yang kecut berkedut potong buah tu....
Kat rumah diorang tak makan pun..
Sekali bawa sekolah..
Lahh.. pandai pun makan dengan kawan-kawan...
Dia kata kawan kawan suka sangat..
satu kelas makan...

Lepas ni kita tunggu pula jambu madu berbuah..
Kami ni suka tanam tanam.. tapi anak anak tak suka makan buah pun...
Sukanya makan coklat aje...
Takkan nak tanam pokok koko kut kannn??

Oh ya... jambu ni ada lagi kat pokok..
Siapa nak? meh la mari Pontian...









 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Happy birthday Adik Mijan 8 Apr 1:39 AM (22 days ago)

Sebenarnya birthday Mijan 4 April yang lalu,
Tapi boleh pulak lah MY lupa terus pasal birthday Mijan.

Sebabnya hari tu,
Kami bertolak balik dari Pahang.
Pagi pagi dah bebelkan suami sebab tutup air cond bilik.,
Jadinya baju baju yang MY nak keringkan dengan kuasa aircond jadi tak kering.
Jadi kerja MY kena gosok sehelai demi sehelai untuk keringkan.
Kemudian, MY sibuk mengarah anak anak untuk mandi, siapkan adik dan kemas barang-barang supaya takde yang tertinggal.
Kemudian bertolak balik memang tak ingat apa dah la.

Sampai rumah mentua,
Kakak ipar yang ingat.
Kami potong kek adik Mijan hari esoknya ajelah..

Kek beli di SDS aje.
Kek cartoon.
Itu ajelah sambutan untuk hari lahir Mijan.
Takde apa apa sangat..
hadiah?
Pun takde...
Budak budak kan suka tiup lilin hepi beday aje...

Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 8 Adik Mijan,
Semoga jadi anak yang baik dan membesar dengan sihat.
Mama Tahu awak sangat kuat.
Survival mode awak sangat tinggi sejak dari dalam perut lagi...
Teruskan usaha okay...


 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Juadah Pagi Hari Raya 2025 6 Apr 3:00 PM (24 days ago)

Juadah hari raya
Juadah wajib hari raya di kampung mentua adalah ayam masak merah.
Ayam kali ini digoreng oleh Abang dan Moq,
wahh... terasa dah menua..
Anak bujang dah boleh diharapkan tolong goreng ayam untuk juadah hari raya.
Mama Yan tak masak nampaknya tahun ni...
Tolong masukkan ayam,
Tolong tuang itu, tolong ambilkan ini...
tu je...
Kalau kat kampung mentua ni,
Ayam digoreng ketika malam raya,
Sambal masak merahnya dimasak pada pagi hari raya.

Juadah hari raya
Sambal kacang ni bukan Mama Yan masak..
Tapi Mama Yan paling suka makan ketupat dengan sambal kacang.

Juadah hari raya
Rendang daging yang dimasak oleh kakak ipar MY.
Ye... tak sempat nak tolong dah siap dah masak...hahaha...

Juadah hari raya
Zaman sekarang memang pakai ketupat segera aje
Dah lama tak masak ketupat daun kelapa.
Lagi pun MY tak suka bila ketupat tu ada garis garis daun,
Nampak comot..
hehehe...

Juadah hari raya
Yang ni pula makanan tradisi masyarakat Jawa.
Sambal goreng.
ada campur babat.
Bukan MY juga yang masak.
Tapi Mama Yan yang cuci babat tu ye.
Sakit tulang punggung dan urat belikat Mama Yan tauu...
berjam-jam mengerjakan babat kerbau tu,
Dan sental dan kikis..
Tapi mentua MY kata takyah sampai putih..
Tu bukan taik lembu...
Bersih tak bau dah la...
Tapi MY suka tengok kalau dia putih bersih.
sudahnya tangan MY yang gelupas kena kapur....
Sambal goreng Jawa ni ada banyak cara.
Ada banyak juga bahan option..
Tapi bahan yang biasa orang taruk antaranya kentang, kacang panjang, kacang buncis, suhun, sayur fucuk,tempe, cili merah, hati & pedal ayam, babat lembu dan kacang tolo..
Tak cukup bahan di atas pun takpe...
Ada rupa sikit sikit jadi la...


Juadah hari raya
Akhirnyaaaa....
ada juga juadah yang MY masak yer...
Nasi ni Mama Yan yang masak.
anak anak MY tak berapa suka makan ketupat.
diorang lagi suka makan nasi.

RESEPI NASI MINYAK HARI RAYA

Bahan-bahan:
3 cawan beras Basmathi
2 sudu besar minyak sapi
2 helai daun pandan
rempah tumis 4 sekawan
(1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga, 4 bunga cengkih)
1 biji bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
4 cawan air
setengah tin susu cair.
garam 

Cara memasak:

Mula-mula basuh beras basmathi dalam bekas berasingan.
Lepas dah basuh beras,
Rendam beras dalam air dan campur sedikit garam selama 20 minit

Kisar halus semua bawang merah, bawang putih dan halia.
Didihkan air dalam rice cooker biasa.

Panaskan minyak sapi dalam kuali atas dapur.
Masukkan rempah tumis dan tumis bawang yang telah dikisar,
Tumis sehingga berbau wangi.
Kemudian,
tuangkan tumisan ke dalam periuk nasi.

Apabila air telah mendidih masukkan beras ke dalam periuk nasi,
Masukkan sedikit garam dan susu cair,
Ceduk dan masukkan beras perlahan-lahan ke dalam periuk dengan menggunakan tapis.
kacau sebati beras dalam periuk dengan penuh kasih sayang.

Tutup tudung periuk dan masak nasi seperti biasa.
Kalau nak letak warna boleh juga,
Tapi adik Mijan tak makan nasi berwarna.
So nasi minyak MY putih dan suci aje la warnanya.

Boleh la taburkan bawang goreng apabila hendak dihidangkan bagi menabah aroma.
Tapi anak anak MY,
aroma bawang goreng tu boleh buat selera mereka terbantut..
So memang kosong ajelah...


Juadah hari raya
Ayam goreng untuk Mijan.
Sebabnya Mijan agak picky bab makan...
Kenalah sediakan ayam goreng untuk dia.

Juadah hari raya
Tahun ni tak masak kuah lodeh..
Yang ada ni yang orang munjung pagi raya dan petang sebelum raya.
Campur campur semua dapat la seperiuk kecik.

Juadah hari raya
Yang ni pula serondeng daging Jawa..
masa mula mula kahwin dulu,
MY memang tak boleh nak makan langsung serondeng ni.
Apa hal pula daging dimasak dalam kelapa ni...
hahaha...
Masa tu baru kahwin kan.. muda dan bertenaga lagi nak godak sekawah serondeng..
Kali ni mak buat sikit je...
sekuali kecik buat makan family aje..
dulu dulu siap bungkus munjung.

Sekianlah kisah juadah hari raya Mama Yan...
Nanti MY blogwalking untuk baca cerita raya kawan kawan ya...
Bye..wassalam

 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kisah Hari Raya 2025 5 Apr 5:11 PM (25 days ago)

 Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua pembaca blog suam suam air mata Mama Yan ni…
Mohon maaf zahir batin sekiranya ada tulisan MY yang menyakitkan hati atau menyampahkan sesiapa yang membaca...
ataupun kalau ada resepi yang MY muat naik, tapi tak jadi bila dicuba,
MY minta maaf juga okay...

Tahun ni, masih seperti tahun lepas juga.
MY berhari raya di rumah mentua terlebih dahulu. 



Kali ni kami bergambar dalam rumah..
Gelap la pulak gambarnya..
selalu ambil gambar di beranda rumah.
Cahaya semulajadi..
gambar cantik terang benderang...

Kami pulang ke Segamat hari Sabtu malam,
Hari Ahad buat persediaan hari raya...
Hari Isnin sambutan hari raya pertama di rumah mentua..
Rumah full dari pagi sampai petang,
eh..sampai malam masih ada orang berkunjung.

Hari raya ke dua kami pergi berhari raya ke Felda Jelai Negeri Sembilan.
Lepas tu, ke kampung Sagil rumah makcik dan pakcik.
Akhir sekali ke rumah abang sulung suami di Segamat.

Kami bertolak ke Raub pagi hari raya ke tiga.
Kali ni kami ambil homestay yang tak jauh dari rumah mak.
Sebab malas nak mengemas lepas tidur.
Tapi kami tidur dua malam aje di Raub.

Walaupun dua malam aje di Raub,
Tapi sempat berhari raya ke rumah makcik dan pakcik Mama Yan.
Mak MY tinggal 5 beradik.
Abah pula anak tunggal,
mak dan ayah kepada abah MY pun anak tunggal. 
Jadi kami takde makcik pakcik atau sepupu sebelah abah.

Bila dah balik,
Baru tersedar tak banyak gambar ketika berhari raya...
hehehe...
Sebab tak pegang handphone sangat.
Handphone banyak guna untuk tengok waze dan bagi Mijan main aje.
Lupa nak bergambar gambar...

Masa kat Raub,
sempat la berhari raya ke rumah kawan juga.

Ni berhari raya ke rumah mak pelakon Noor Khiriah yang terletak di belakang rumah mak MY aje.
Adik dia sebaya dengan MY.
Ni rakan rakan MY ketika membesar dahulu...
Dan MY masih lagi terus membesar..hahaha...








Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Biskut Coklat Rice Viral 2025 25 Mar 3:00 PM (last month)

Semalam Mama Yan buat kuih raya dua adunan terus.
Biskut coklat yang tengah viral di Facebook jadi pilihan MY,
Tapi macam biasala..
mana pernah taat pada resipi.

Dalam Facebook, macam kat atas ni la rupa dia.
Bukan main cantik dan comel lagi.
Tapi MY sejenis tak rajin,
Dah tahu tak rajin,
Nak juga buat kuih raya,
Jadinya,
Memang MY buat kaedah yang lebih mudah la..
resipi adunannya sama..
Cuma berbeza dari segi rupa aje...

Resipi Biskut Chocolate Rice

 250 gram mentega atau marjerin (MY guna Buttercup dalam tong)
1 biji telur kuning
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula kaster
1/2 cawan coklat cip
1 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan serbuk koko

3 cawan tepung gandum (MY kurangkan kepada 2.5 cawan)


Hiasan:

Coklat masakan (MY guna Beryl's Coin)
Coklat urai

Cara Memasak:
1. Kacau butter, gula dan kuning telur sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanila
3. Kemudian masukkan serbuk koko dan tepung jagung

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Uli sebati sehingga tidak melekat di tangan.
Masukkan cip coklat
5. Bulat-bulatkan, masuk dalam paper cup dan bakar pada suhu 160°c selama 20 minit (ikut oven masing-masing)
6. Selepas biskut masak boleh lah hiaskan dengan coklat masakan yg dicairkan mnggunakan kaedah double boil atau microwave kemudian taburkan dengan coklat urai.

Biskut Coklat Rice Viral
MY guna gula aising,
bukan gula biasa yang diblender halus.
Katanya gula aising ni dia ada campuran tepung jagung,
berbeza dengan gula caster.

Biskut Coklat Rice Viral
Kemudian masukkan kuning telur.
kenapa dalam gambar dua biji dalam resipi tulis sebiji?
Sebab MY buat dua adunan,
Jadi MY darab dua semua bahan

Biskut Coklat Rice Viral
Campurkan serbuk coklat.
Oarang kata nak lagi sedap gunakan serbuk coklat yang berkualiti.
Tapi MY beli kat pasarata jenama Meriah aje.
Janji ada cop halal Jakim.

Biskut Coklat Rice Viral 2025
Sebelum bakar.
kihkihkih.. punyalah malas nak terap biskut satu persatu...

Biskut Coklat Rice Viral 2025
lepas bakar dia mengembang sikit.
siap ada seketul yang MY pecahkan sebab nak tengok dah masak ke belum.
Puasa kannn...

Biskut Coklat Rice Viral 2025
Lepas tuang coklat dan taburkan chocolate rice.
Bentuk paper cup dia agak huduh ye sebab MY guna paper cup tahun lepas yang tak habis,
dia dah kembang.

Sebenarnya bukannya rajin sangat nak buat kuih raya ni.
Tapi kita ni kan FOMO..
takut ketinggalan benda viral..kahkahkah...

Sudah tu, kena pula kita ni sentiasa berkejaran deagan masa,
mata asyik melingas aje tengok jam.
Sebab nak ambil Adik Mijan balik sekolah.

tapi kalau tak buat,
takkanlah takde kuih raya langsung kat rumah.
Nanti kalau anak anak nak bawa sekolah,
nak main tukar tukar kuih raya dengan kawan-kawan..
Takde kuih raya merajuk pula..hahaha..
Pastu nak bawa balik rumah mentua sikit,
rumah mak MY sikit...
Jadila kann...
buat rasa-rasa...
Tu yang buat juga tu...

Untung hidup zaman serba moden.
Resepi cari je kat internet,
kadang tak sempat cari,
hari hari dia melintas depan biji mata.
Jauh beza dengan zaman dulu,
Setiap kali nak buat kuih raya,
mak akan keluarkan buku resipi mak.
Salin resipi dari tv, salin dari surat khabar,
salin masa kelas masak anjuran Kemas,
Dah lama tak nampak buku resipi mak MY tu.
Tak tahu la ada lagi ke tak..

Kat rumah MY dah takde orang buat kuih raya.
Tinggal adik bongsu MY je kat rumah tu.
adik lelaki.. nak harapkan apa?
dia nak cuci lantai depan tu dah cukup baik dah..
Takyah la harap nak suruh dia buat kuih raya,
Goreng telur mata lembu pun belum tentu celik mata lembu tu...


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Tik Tok kena banned 25 Mar 5:52 AM (last month)

 

MY baru sedar yang akaun Lemon8 Mama yan pun kena banned juga sebab dia linked dengan Tiktok...
perghhh...
Geram juga la kan...
Bukan senang mengumpul follower dengan konten yang elok elok..
Takde joget joget...
takde gedik gedik...


Tik Tok ni dah dekat sebulan kena banned..
Masalahnya tak tahu apa violations yang kita buat..
tiba tiba je banned.
Hmm.. lantakla..
akaun Tik Tok aje..
Malas la nak fikir beria sangat.
Asalkan jangan akaun bank yang hilang sudahla...hahaha...


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Bako-bako Haji Olie Muar 24 Mar 4:25 PM (last month)

 Cerita dah nak sebulan berlalu,
baru terhegeh-hegeh nak tulis dalam blog,
Ini kisah perjalanan kami balik ke kampung semasa cuti awal Ramadan yang lalu,
sebelum pulang ke Segamat,
 kami singgah di Muar melawat tapak projek yang sedang rancak.

Agak lama juga kami menunggu suami menghabiskan perbincangan bersama dengan team nya,
Sampai separuh kebuluran jugalah kami menunggu,
Selepas selesai perbincangan,
 kami pun pergi mencari tempat makan.
Suami bawa kami ke Restoran Bako-bako & Salai-salai Haji Olie,

Kedai makan konsep dia memang banyak lauk yang bakar-bakar,
Tapi ada juga masakan yang lain lain,
Suami MY bawa anak lelaki yang dah besar besar untuk ambil makanan.

bako bako Haji Olie Muar
Anak dah lagi tinggi dari ayahnya

Isteri dan anak perempuan dia duduk aje sambil selfie welfie.
Kat rumah kan isteri dia dah tolong masak dan hidang,
Kat kedai, biarlah mereka yang macho lagi gagah perkasa ni pula hidangkan puan permaisuri ni..

Air pula cuma ada air buah dan air masak sahaja,
Air buah oren, buah epal dan entah tak ingat apa lagi,
Yang menarik ianya boleh di'refill' unlimited . 
Tapi anak anak tak minat air buah la pulak

Masa kami sampai,
Dah tak banyak lauk pauk lagi dah
Sebab dah agak lewat untuk waktu makan tengahari,
Tapi masih ada lagi la…
Gambar tak banyak sebab Mama Yan bagi Mijan main handphone,
Dia dah penat, dan dah mula nak buat perangai,
Jadi gambar gambar banyak Mijan la yang tukang ambil.
Hasilnya…hmmm.. kelabu hasappp…
Tapi apa boleh buat.. layan aje la…

Gambar Mijan ambil.
Entah apa gambar yang dia ambil. 
Tak layan kang merajuk pula.


Bako-bako Haji Olie Muar
Mijan ambil gambar kakaknya,
Si Sarah pun dah macam mamanya sekarang ni,
Asal keluar pergi makan,
mesti ambil gambar makanan.

Bako-bako Haji Olie Muar
Banyak gambar gambar yang Mijan snap.
Layan aje laaa…


Bako-bako Haji Olie Muar
Ini kegemaran Mama Yan dan suami,
Tapi memang tak pernah la masak sendiri,
Tak pernah jumpa orang jual daging salai,
Kalau lalu Kuala Pilah,
Macam pernah nampak orang jual itik salai,
Tapi tak pernah berhenti pula kut kut ada jual daging salai.
Itik salai pun MY suka,
Tapi suami pula tak suka

Bako-bako Haji Olie Muar
Anak ketam goreng.
Suka pulak budak budak ni makan ketam goreng ni.
Kalau kat rumah memang tak pernah jumpa la lauk ni,
Sebab kalau beli ketam di pasar,
Mestilah kita pilih yang besar, yang berat dan padat isinya.
Memang takde la nak beli anak ketam.
Ketam pun tak masak goreng macam ni,
Selalu masak yang berkuah seperti sup dan masak lemak.


Bako-bako Haji Olie Muar
Hidangan berasaskan ayam adalah wajib walau di mana pun kita pergi makan.
Kat rumah pun,
Sepanjang bulan puasa ni,
Boleh kata hampir tiap hari lauk ayam.

Alhamdulillah… kenyang yang amat sangat masing masing..
Semua sedap lauk pauknya.
Mama Yan memang suka sangat lauk pauk salai dan bakar bakar macam ni..
Walaupun orang kata tak elok untuk kesihatan,
Tapi kita bukannya selalu makan macam ni,
Orang zaman purba kala pun,
Masak main panggang dan bakar aje…
sihat alhamdulillah masing masing.






Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Majlis Berbuka Puasa 2025 23 Mar 4:00 PM (last month)

 Kelmarin syarikat kami buat majlis berbuka puasa di Pulai Spring Resort. 
Kami tak buat majlis private sebab berbuka buffet lagi best. 
Nak nak budak budak, memang suka sangat berbuka puasa buffet style.

Selain dari staff & keluarga, kami juga mempelawa beberapa klien dan subkontraktor kami.
 Alhamdulillah, semuanya bejalan lancar. 
Tapi family Wady terpaksa balik awal lepas anak bongsunya terkena alahan yang teruk. 
Semoga cepat sembuh Wafiy..

ini kali ke 3 kami buat majlis berbuka puasa syarikat di Pulai Spring ni,
Tahun depan dah boleh minta harga special kut...
Aktiviti sebegini bukanlah satu kewajipan,
Tapi ini antara cara menghargai usaha orang sekeliling kita yang sama sama berkerja keras,


Family Wady je takde dalam gambar.
InsyaAllah lain kali kita cuba dapatkan gambar yang elok sikit...
Anak masing masing dah merengek nak balik dah...
lighting yang suram kelam dan ada cahaya kat belakang,
memang failed habis gambar..


geng biru...
Aril awal awal dah ambil nasi penuh pinggan.
Lepas tu dah tak larat nak makan benda lain.
Ucid pula,
penuh strategi.
Mula mula shawarma,
lepas tu daging black paper,
lepas tu kepak ayam,
lepas tu oden tom yam,
murtabak, aiskrim,
durian goreng dan entah apa lagi la yang dia makan...
Yang best kat sini dia punya buffet style bazar.
banyak live station.
Kalau nak baca review buffet,
Boleh ke blog yang sesuai.
Blog MY ni sakai sikit.
MY tulis apa yang MY suka aje...

Okaylah.. MY nak buat kuih raya pula..
hari ni kan Johor cuti...
Sekian, wassalam










Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kalau ada jarum yang patah 11 Mar 4:33 PM (last month)

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau dah dua jarum yang patah,
Beli yang baru dekat Shopee…

Entah apa yang tak kena dengan mesin jahit Mama Yan tu,
Menyakitkan hati betul.
Rasa nak humban aje kat mudah dot my ke…
Kat carousell ke…
Geram tauu,,

Bukannya jahit banyak sangat,
 alter baju raya anak dan suami aje,
Maklumlah,
Orang comel comel ni kan,
Kalau beli baju “ready to wear”,
Taklah berapa nak ready sebenarnya,
Kena alter sikit kat kaki seluar dan lengan baju tu,
Kena potong sikit.
Lepas potong nak kena jahit semula.

Bila MY jahit laju laju,
“Pap!”
Lepas tu mesin dah tak boleh gerak sebab ada safety alert,
Menyesal juga la beli mesin canggih manggih sangat ni,
Sebabnya masa tu,
Nak sangat sangat mesin sulam,
Nak sulam nama kat tuala anak anak,
Tapi mananya diorang ikut pun nama kat tuala tu,
1 helai tuala boleh kongsi 4 orang,
Tengok tuala siapa ada ada depan bilik air, sauk je.
Selekeh je budak budak ni…
Patutnya MY beli mesin heavy duty,
Barulah sesuai dengan MY yang rocker ni…

Masa MY beli mesin ni dulu,
Harganya Rm2200,
Beli secara ansuran undi,
RM220 x 10 bulan,
Tahun 2014-2015 la macam tu,
Masa awal awal beli tu,
Lama juga tak berusik,
Masa tu kan anak kembar MY tengah lasak,
Lepas tu,,,
MY sibuk set up company dengan suami,
Lepas tu, Mizan lahir,
Memang sangat busy lah masa tu,
Tak berusik langsung mesin jahitnya,

Haishhh..
Berapa kali je pun mesin ni bertugas,
Tapi, masuk wadnya dah beberapa kali,
Malam tadi sembang sembang dengan suami,
Tergelak gelak kami berdua,
Gunanya tak la beria mana,
Tapi kejap kejap kena hantar kedai, servis.
Baru baru ni,
Benang bawah bergumpal dan jalan reverse.
Sekali servis memang tak kurang RM250

Mujur baju abang, Sarah dan Mijan tak payah alter.
Sebab diorang kurus dan ngam ikut saiz tertera…
Kalau tak,
Baik tempah aje la… 
Penat nak alter.. hahah
 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kuih Seri Muka yang tidak berseri 9 Mar 7:43 PM (last month)

 Mama Yan teringin nak makan seri muka,
Anak kembar MY pun suka juga kuih seri muka,
Kalau Ucid, kuih seri muka tu,
Setakat satu bekas 5 pcs tu dia makan sekali lalu je, 
Habis terus, 
Kalau nak beli, 
2 bekas pun belum tentu cukup,
Tu yang nak cuba buat sendiri.
Mama Yan pun mengembara dari satu blog ke satu blog,
Mencari resepi seri muka,
Dan MY pun terhenti di blog Che Nom,

Semangat ye nak buat seri muka,
Tengah tengah buat,
Baru teringat,
Mama Yan dah kehabisan pewarna hijau,
Yang ada setengah botol hari tu,
MY dah bagi Ucid bawa sekolah untuk subjek PSV,
Tapi tak sempat guna,
Botolnya jatuh kawan langgar,
Habis tumpah.

Geram aje maknya ni…
Dah bawa,
Cikgunya kata minggu ni tak pakai, buat dua part,
Minggu depan baru pakai..
Lahhh… dah bawa, dah tumpah,
Lepas tu tak jadi pakai,
Suruh lagi minggu hadapannya,
Betul punya cap duit mak ni,
Bebel pun tak guna.

Berbalik pada kuih seri muka tadi,
pewarna hijau takde,
Yang ada emulco pandan.
Boleh jugalah guna.
Tapi warnya tak terlalu pekat.
cerah dan pucat sahaja...

Kuih seri muka
Mama Yan dah kukus sejam lebih tau,
Tapi bahagian atas kuih ni masih belum keras.
Dia jadi tergedik gedik gitu.
Dah berapa kali kena cucuk dengan lidi dah permukaannya.
Jadi macam apam pun iya juga...
naik semacam
Pastu MY angkat ajelah.
Aje kering tong gas Mama Yan kejap lagi kang.

Kuih seri muka
Ohhh... bila dah sejuk...
dia dah turun semula.
dah tak tembun macam dalam kukus masih panas panas tadi.

Kuih seri muka
Bahagian atas hijau tu,
rasa dia dah macam puding kukus dah...
sedap gak...
masuk dalam peti..
makan sejuk sejuk.
hahaha..
Tapi bahagian pulutnya tawar hebeh. 
Jadi MY tak makan bahagian pulutnya,
makan yang hijau aje.

Lepas ni kena cari kat blog lain pula.
Tak kira..
nak juga buat sampai pandai...hahaha...



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Menu berbuka puasa hari ke lima 7 Mar 4:42 PM (last month)

 Menu buka puasa hari ke 5 tapi.
Hari ke 7 baru sempat muat naik ceritanya,
Begitulah seketul blogger suam suam air mata,
Menu berbuka puasa ke lima ialah nasi ayam, sup ayam dan ayam golek

MY Masak nasi ayam guna perencah nasi ayam segera,
Pastu masak sup kaki, kepak ayam dan leher ayam,
Kemudian,
Pergi bazar Ramadan,
Beli ayam golek seekor,
Dah selesai…

Pelaburan berharga RM30 seekor.
Habis sekali makan.

Hidup ini jangan kita persiakan dengan berlama lama di dapur setiap hari,
Mana yang kita boleh ringkaskan, kita ringkaskan.
Mungkin boleh masak lebih kemudian bekukan dalam peti ais untuk dimakan kemudian,
Atau siapkan bumbu masakan untuk kegunaan setiap hari,

Mama Yan terbaca di Facebook,
Tentang seorang wanita yang trauma setiap kali tibanya Ramadan,
Ia disebabkan budaya keluarga beliau yang menuntut anak perempuan masak dan mengemas setiap hari,
Siap dengan buat pencuci mulut berbuka, masak lauk pauk, hidang, mengemas, membasuh pinggan mangkuk,
Sehingga kepenatan yang amat sangat.
Trauma tu dia terbawa bawa sampai ke alam dewasa.

Syukurlah budaya keluarga suami Mama Yan lebih ringkas dan sederhana untuk berbuka puasa,
Alhamdulillah… 
senang bila mana suami pun tak kisah bab makan berbuka ni,
Penat tak payah masak,
Rajin masak,
Tak reti masak, kita beli aje…

Kalau dah pergi bazar Ramadan,
Bawa pula anak anak,
Takkanlah bawa balik seekor ayam golek aje,
Mesti la ada hidangan sampingan lain.
Aril nak roti John… okay.. layannn…

Roti John ayam ni berharga RM10.
Sedap juga pada Mama Yan.
Isi ayamnya berketul ketul.
Pastu isi dia guna sayur kobis cina
Ala..kobis yang orang korea buat kimchi tu.. 
selalu jumpa guna hirisan kobis bulat. 
Ni diaorang hiris tebal tebal pulak tu…
Krup krap krup krap bunyi bila makan.

Yang takde dalam gambar antaranya ialah donat sambal, roti jala dan apam puteri ayu.
Ucid beli donat sambal.
Kelakar je bila balik masing masing terkejut tanya kuih apa mama beli ni?

Mama: Ni donat sambal, Ucid yang pilih

Anak: Ish.. ish.. ish…Donat letak sambal, gula habis ke?

Mama: Hahaha… ni makanan tradisi orang Johor.  
Korang jangan banyak komen. 
Marah orang Johor nanti.
Kat Johor ni, memang banyak kuih muih yang disira sambal. 
Donat sira sambal, popia sira sambal, kuih pagoda sira sambal, kuih siput sambal. 
Mama kat Pahang dulu tak jumpa kuih muih bersira sambal ni.

Anak: Chupp… mama, sira tu apa?

Hahaha… wei penatla… 
Dah la puasa,
Kita tengah sibuk hidang juadah berbuka,
Nak bersoal jawab pula dengan budak-budak ni…

Dah la hari tu Si Moq tanya,
Moq: Mama ada niat untuk cuti puasa tak tahun ni?

Malas nak layan,
MY jawab takde je…

Moq: Ohh… jadi Mama dah menopause la ye..
Patutla tahun lepas pun Moq tengok mama hari hari puasa…

Hahaha…
Weiiii… kita ni puasa ke tak puasa ke…
Tak makan pun kalau bulan puasa.
Takkanlah kita nak makan berhidang bersila bagai,
Sorok sorok la makan minum pun..
Alahai anak…
Lurus betul yang sorang tu.

Hari ni belum tahu la nak masak apa...
Bulan puasa ni tak rajin nak ambil gambar masak masak...
penatnya lain macam..
jadi apa adanya aje entrynya...
Sekian, wassalam

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Merentas Desa Tempat ke 12 5 Mar 9:47 PM (last month)

Naik je sekolah bulan lepas, 
Terus ada latihan merentas desa 2 kali,
Lepas tu terus diadakan kejohanan Merentas Desa sebelum bulan puasa bermula.

Alhamdulillah..
Sarah dapat tempat ke 12,
Jadilah ye anak…
Mama dulu jangankan tempat ke 12… 
Kelompok tempat ke 10 dari belakang adalah…
Mama Yan memang tak terror bersukan.
Suami Mama Yan pula sangat suka bersukan masa sekolah.
Sprinter, main bola, main takraw, main hoki semualah dia sapu
Tiba anak anak dia,
Semua ikut mamanya punya kaki bangku.

Sarah dapat tempat ke 12 tu pun sampai hari ni dia masih terkilan,
Sebab dia kata,
Patutnya dia tempat ke 10,
Lagi sikit nak sampai pagar sekolah,
Tali kasut dia terhurai,
Dia terpijak tali kasut dan tersembam.
Masa tu la ada dua orang peserta potong dia,
Padahal mamanya dah ingatkan untuk bawa kasut sukan,
Hari latihan tu dia kata kaki dia sakit berlari pakai kasut sekolah,
Eh.. pada hari kejadian lupa juga nak bawa kasut sukan.
Mama Yan cakap,
Bersyukurla jatuh tak cedera.
Kalau jatuh tersembam patah gigi macam mana?

Itu kisah Sarah yang berjaya dapat medal dan sijil penghargaan,
Kembar dia apa cerita?
Kembar dia jadi orang terakhir sampai ke pagar sekolah…
Hahaha…
Adoiii…
Lain betul vibes budak kembar berdua ni…

Sarah cerita..
Masa Ucid nak sampai pagar sekolah,
Cikgu cikgu bersorak bagi sokongan suruh dia berlari ke pagar sekolah…
Dia pula buat aksi gonjol,
Sampai last sekali, tapi aksi macam juara siap angkat tangan…
Memang penghibur betul budak sorang tu…
Confirm semua cikgu kenal walaupun tak mengajar dia.

Mama Yan dulu masa merentas desa sekolah menengah,
Latihan buat waktu petang pukul 5 kut macam tu,
Cikgu sampai iring kami sampai ke pagar sekolah,
Dah nak Maghrib dah, 
MY dan geng tak sampai sampai lagi ke pagar sekolah, 
Cikgu iring bawa motor sambil bebel bebel suruh lari biar cepat sampai..
MY masa bujang kurus dan tinggi ye… 
Tapi tetap tak kuat lari…hehehe..
Cikgu pun pelik,
Patutnya kurus tinggi macam tu senang aje la nak masuk lompat tinggi,
Ni Mama Yan hapahh…
Bakat setiap orang kan tak sama…hihihi...

Ni kalau ajar Sarah join event fun run,
Mau tertinggal jauh mama dia kat belakang...hahaha 


 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sampul Raya yang cantik menarik 4 Mar 2:00 PM (last month)

 Tahun ni Mama Yan tempah sampul raya company lagi,
Sampul ni,
selain kegunaan sendiri,
untuk diagihkan kepada klien, staf dan sub contractor juga..

Sampul raya berlogo ni,
 sebahagian daripada strategi pemasaran (marketing) dan promosi juga sebenarnya.

Ni kali kedua MY tempah sampul raya dari syarikat Master Printing Creative Industry ni. 
Yang bestnya… 
ready design dia ada banyak yang amat sangat. 
Memang naik juling mata nak pilih.
Akhirnya MY pilih dua design.

Sampul Raya yang cantik menarik
Yang black & gold ni pilihan Mama Yan,
Kita kan poyo + sakai,
beria nak hot stamping ketupat emas...hahaha

Sampul Raya yang cantik menarik
Yang warna ungu ni,
suami MY yang pilih.
dia nak yang simple aje.

Orang dah start printing baru terasa macam patut letak alamat syarikat la..
Logo je tak cukup,
Bukannya syarikat yang dah tersohor kan...
Takpelah..
lain tahun pula

Nanti kalau dah siap,
MY upload lagi gambar yang dah siap..
harga pun rasanya berpatutan dengan kualiti.
Kalau nak yang murah ada,
nak yang mahal pun ada,
semua bergantung pada saiz, jenis kertas dan printing.
Harga kertas metallic dengan linen dengan gloss art biasa manalah sama kan.
Printing biasa dengan hot stamp pun tak sama juga...
Jadi tepuk poket,
Tanya MAE...


kalau ada yang berminat nak tempah sampul raya,
Boleh tempah kat sini.
Contact nya MY sediakan kat bawah ni.
Mama Yan sangatlah berpuashati berurusan dengan mereka ni.
Whatsapp tengah malam pun dia balas dengan baik.
Servis sangat pantas.
minta edit, terus edit,
Sejam kemudian,
Dah forward hasil editing.



https://www.wasap.my/60198505400/info
https://www.masterprintingcreative.online

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?