
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni dah Syawal ke berapa yer. Lost count. Baru sempat berpuasa enam , dua hari . Harap sempat habiskan sebelum berakhir Syawal. Kita mulakan dengan throwback hari raya . Sebelum tu masih belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca belog elissmie.com yang masih sudi menjengah belog ni.
Kita buh balik entry Raya throwback dari 2007- 2024
Tahun ni turn pagi raya kat rumah mak sendiri. Kitorang gerak pukul 8 pagi , dalam pukul 5 lebih baru sampai kampung. Jem teruk jugak kali ni. Sempat lah singgah bazar Ramadhan Ketengah Jaya cari kuih sebab my adik dah belikan lauk2 untuk berbuka so cari sikit-sikit je lagi tambah-tambah. Tahun ni task saya adalah buat Kari Ayam, beregu dengan my ma buat acar masak nenas dan Nasi Minyak. Malam sebelum raya tu sempat berbuka dengan family mentua. Alhamdulillah dapat berbuka rumah mentua dan rumah mak sendiri.
Pagi raya dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Fitri kat Masjid Ketengah Jaya dan jumpa bff , Ana yang dua tahun tak jumpa .Sempat lagi bergossip dalam masjid. Gitulah kalau jarang sangat jumpa, cerita banyak. Tapi tak dan pulak nak gi beraya, mujur dah jumpa kat Masjid, Lepas tu balik rumah dulu, haruslah kita bergambar dulu dan bersalam bermaafan. Tema kami kali ni Royal Blue. My hubby yang pilih. Dah lama tak berapa nak sedondon, tahun ni baru sama balik. hahaha
Harus bergambar satu keluarga dulu
With syurga saya, my Ma
With anak-anak dara
With anak-anak dara
With anak-anak dara
With anak-anak dara
With anak-anak dara
Haruslah ada gambar berdua macam 17 tahun lepas. hehehe
Close up pulak
Selfie dulu sepukul
Solo pun nak jugak
Team adik beradik, Long je tak ada
Team menantu, Kak Long pulak tak ada
Last sekali gambar ramai-ramai. Long dan Kak Long je tak ada.
With mother dan duit raya
Yang ni #teamrayakedah . Ayah Long dan Mak Long, jumpa tahun depan pulak ler.
Ayah Ngah , Mak Ngah sekeluarga
Adik ku, Pak Su & Mak Su dan keluarga
Bongsu buat perangai nak buang baju raya sebab dah panas. hahaha. Bergambar dengan Opah dulu.
Anak buah my hubby
Keluarga besar my hubby
Keluarga my hubby , kami je tak sempat nak beraya sekali sebab lambat balik. huhu
Petang hari raya, macam biasa, kita amik gambar outdoor lah pulak. Mana lagi kalau bukan Pantai Paka. Layan je. Jangan muntah. hahahaha
Berdua dengan mu
pasti lebih baik
Anak-anak pun nak
Dengan mak
Us ๐
๐Pantai Paka
Sempat terawikh kali terakhir di Masjid Felda Kerteh 1
With Bff, Ana
Terima kasih jiran syurga bagi hamper hari raya.
Sebelum pulang ke sarang. Lupa amik gambar dengan Ayah dan Mak.
Sempat ke kubur sebelum balik ke sarang. Tahun keempat tanpa Abah ๐ญ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, telah selesai majlis khatam Al Quran Peringkat UiTM untuk tahun 2025. Majlis Khatam dibuat di Masjid UiTM. Kumpulan mengaji saya kat ofiz, Ziera , Ad ,Yanie, Lia, Masita, Kak Sal & Sarah. Kami ngaji setiap hari waktu rehat. Macam tahun-tahun sudah jugak. Tahun ni kena habiskan sampai juz 25 je sebab nak habiskan 5 juz masa Majlis Khatam Al Quran Peringkat UiTM.
Ada penyampaian bakul raya sekali
Sebelum khatam kena habiskan juz yang diberikan
Geng tadarus
Kami mengaji kat surau ofiz
Dengan ahli pewani terselit . haha
Penyampaian bantuan untuk anak-anak yatim dan balu
Ucapan Datuk VC
Khatam bermula dipimpin oleh Ustaz Hj. Md Idris Abdullah
Datuk VC UiTM
Cenderahati tahun ni, Tumbler, Nayla dah rembat . haha
Sessi bergambar diteruskan untuk Geng Bini Orang pulak. Kat surau ofiz kami je.
Bloopers kot . haha
Tegak2
Buat lah apa yang korang suka
Sesungguhnya mencabar nak dapatkan gambar perfect . haha
Last sekali tuan tanah belog kedaung. haha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah telah selesai majlis khatam Al Quran Peringkat Surau Ar Rahman , surau taman saya. Saya join weekend je. Hari kerja biasa buat lepas terawikh. Saya memang tak tahan mata sejak masuk angka 4 ni. haha. Biasa jiran-jiran yang tak kerja dan yang dah berpencen yang join.
Sebelah pagi Khatam Al Quran untuk muslimat terlebih dahulu. Belah malam Khatam Al Quran muslimin pulak beserta penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus. Kanak-kanak yang join tadarus dapat RM5 sehari sebagai galakan untuk mereka bertadarus. Ramai jugak anak-anak kariah yang join. Jom lah layan gambar.
Ni team sama-sama ngaji time weekend.
Tema Majlis Khatam Muslimat Jubah Coklat dan Tudung Krim
Ni campur time weekend dan harian
Sebelum start khatam
Anak-anak kariah yang join
Muslimat yang join tadarus
Penyampaian cenderahati Khatam
Haruslah bergambar ramai - ramai pulak
Cenderahati yang diterima. Alhamdulillah.
Semoga bertemu lagi Ramadhan akan datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Fuh fuh fuh. Buat apa tu ? Tiup sawang belog la apa lagi. Dah bulan 3 baru nak update kan. Biar gambar berbicara.Tahun ni Pre Eid Photoshot versi berbayar dan versi tidak berbayar. Kali ni tak buat outdoor sebab ahli semakin bertambah. Kan semakin bertambah jumlah kehilangan kat ofiz. Tahun ni first time Pre Eid Photoshot bersama Jabatan yang dijenama semula atau rebranding , Jabatan Digital.
Bersama Ketua Unit Teknologi & Kolaborasi Digital & anak-anak buah ku Seksyen Emel & Perisian ( bakal dijenama semula lagi??)
Fokus kat saya je . Yang lain kalau hauk ke apa ke nasib la.
Satu lagi lah
Yours truly sorang-sorang pulak
Huruf C for Comel . Comel tak. hahaha
Versi tegak macam tiang bendera lah pulak
Dengan tambahan Ketua Bahagian kat situ
One with bff, Ad
Tak habis lagi Unit Teknologi & Kolaborasi Digital
Satu lagi lah
Yang ni Gegirls Unit Teknologi & Kolaborasi Digital
Yang ni gegirls Bahagian Teknologi Pengkomputeran
Sekali lagi
Tegak pulak
Tukar posisi
Yang ni berbayar
Layankan je la sebab berbayar
Kita try berdiri pulak
Entah lah macam mana
Ada lagi Seksyen terselit
Tak tahu pilih letak semua je la.
Beralih ke Bahagian Teknologi Pengkomputeran pulak
Fokus pada saya je yer
Mesti lain2 gaya nya
Eh cukup lah
Tegak belum lagi ni. hahahaha. Bagi besar sikit
Geng Bini Orang bila nak Pre Eid Photoshot wei??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Macam biasa, entry backdated as always. Roh dia baru nak muncul. Ni kejadian 2 minggu lepas, Sambutan Hari Lahir Geng Meja Bulat untuk Julai 2024 - Disember 2024 gitu. Kali ni sekali lagi kita bawa diri sendiri sahaja dan beberapa dulang buah-buahan sahaja sebab Rai, Kak Mai , Kak Ina, Huda, Fisya dan Kak Tim, team organizer kali ni. Tq girls sebab anjur birthday party kali ni . Terbaik lah. Tema baju kali ni plain Maroon & Dusty Pink gitu. Nice colour dengan tema floral lagi. Bunga-bunga matahari. Eh ternanyi pulak. Korang nyanyi jugak ke? haha
Dimulai dengan Gegirls BOICT with OA Colony
Gegirls BOICT with OA Colony freestyle
Geng Bini Orang Tegak dulu
Geng Bini Orang freestyle 1
Geng Bini Orang freestyle 2
Ahli GMB
Birthday Babes Julai - Dis 2024
Birthday Babes Julai - Dis 2024 tunjuk hadiah
Birthday Babes Julai - Dis 2024
Birthday Babes Julai - Dis 2024 nampak sama tapi lain
With Ad
Close up sikit
With Kak Fid, Kak Sal & Rai
With Kak Sal
With Rai
Birthday Mak kan, harus ada gambar sorang. haha
Birthday bulan berapa entah caca merba
Semua ahli GMB lagi?
Bulan 9 kot? hahaha
Macam geng marhaban dah ni. Masa ni kita tengah bacakan doa. Semoga Allah angkat semua doa-doanya.
Yeay dapat hadiah bday !!! Macam sama je. Lantak situ.
Yeay lagi .
Warga percen pun ada jugak . Mana pulak kak Ros tak kelihatan. Kak Yati je.
Tak kisah la sama janji kita tak sama
Love you alls
Yang ni hasil dekorasi kami team gegirls OA,Saya, Ziera & Yanie
Hadiah hari lahir untuk birthday babes
Hadiah hari lahir untuk birthday babes
Close up Doorgift utk ahli GMB, Perfume Dr Azri. Produk UiTM
Doorgift untuk semua ahli GMB
Meja setting by Rai
Semoga jumpa lagi tahun depan GMB . Ada lagi ke tak yer?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni entry JJCM @ Kuala Selangor. Berkesinambungan dengan entry percutian kami di
Teratak Kasih Kabinstay. Kami sampai area Kuala Selangor, ngam Zohor. So berhenti solat Zohor dulu then cari kedai nak makan. Hari tu jalan agak jem, so kami terjah yang mana ada je. Mula-mula kami sampai ke
Restoren Kari Sembilang Kg Pinang tapi lauk pauknya dah habis . Mungkin lain kali kena datang awal sikit dan cuba makan kat sini. Owner Restoren siap suggest kami makan area depan lagi dan banyak pilihan katanya.
Sebab semua setuju tak nak makan Mee, cadangan asal my hubby, so kami cari port nasi. Satu lagi dalam carian kami adalah Restoran Dangau Rimba Ikan Bakar tapi memandangkan kedai tu pun dah nak tutup kita cari yang berdekatan je la. So kami jumpa Nasi Goreng Melimpah Viral. Tempat parking pun luas dan tempat duduk pun masih ada so kami terus proceed untuk lunch kat situ.
Ni menu yang ada. Kami pilih yang Nasi Goreng Kambing Sekilo katanya boleh makan 4-6 pax tapi yang sampai boleh cecah sampai 8 orang makan ni. Maybe untuk kami boleh ambil yang set 2-3 pax je kot. Siap tapau 3 bekas nasi goreng lagi. My hubby siap tak nak makan nasi goreng dah berapa minggu ni. haha. Dia habiskan 1 bekas dan 2 lagi anak-anak habiskan lepas dah mandi kolam. Haha. Habis jugak nasi setalam tu. Berbaloi jugak. haha
Ni lah rupa Nasi Goreng Kambing Sekilo. Dapat Free Teh Ais 5 gelas dan sup kosong. Nasi Goreng biasa-biasa je nyah 3/5 bintang
Kami add on Masak Kunyit Udang tapi tak nampak macam goreng kunyit sangat. haha .
Yang ni memang terbaik. Udang fresh 5/5. Tak Kuala Selangor la udang tak fresh. haha
Nasi Goreng Melimpah Viral
No 1 lot 15103 Jalan Bernam Batu 10 45500 Tanjong Karang, Selangor
Waktu Operasi :
Selasa - Jumaat
12 Tengahari - 7 Malam
Sabtu - Ahad
Cuti Umum /Cuti Sekolah
12 Tengahari - 10 Malam
ISNIN CUTI
KECUALI CUTI UMUM BUKA
Seterusnya kami makan di Mee Banjir Melimpah pulak untuk dinner.Anak-anak request nak makan Korea. Tunggu lah mak pak dinner dulu. Diorang pun dah kenyang jugak makan nasi goreng lepas berendam tadi.
Ni la Mee Udangnya. Selak udang baru nampak Mee. Haha
Ada 4 ekor udang yang juicy. Sedap. Memang kena tekak sebab ada tambahan lada jeruk dia letak kat situ. Memang sesuai tekak. Teringat
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang buat saya rasa nak minta limau nipis dulu. haha
Tq Sayang bawak makan sini. Dulu tapau dah
Ini budak cukai udang mak dia. Sabar je la
Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor
Alamat :
587, Jalan Bandar Baru Batu 2,
Pasir Penambang, 45 000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +6019-664 4235
Waktu Perniagaan :
11.00 Pagi - 8.30 Malam (Kecuali Jumaat 2.30 Petang - 8.30 Malam )
ISNIN CUTI
Sempat mak rembat Latte kat FamilyMart semasa anak-anak sedang mengkoreakan diri mereka.
Aiskrim Roti yang makan kat pantai tak rupa pantai dah tu . Ada pulak motor aiskrim lalu kan. haha
Kopi Pa'din Kopi Ais ni wajib cuba. Memang 5/5 bintang. Kiosk dia betul-betul sebelah Nasi Goreng Melimpah Viral tu.

Recommendation yang ada. Boleh repeat lagi lain kali. haha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni macam biasa entry tertunda as always. Mood dan roh menulis ada sikit. So marilah kita menulis belog sebelum memori ditelan kenangan. Haha. Percutian 2 hari 1 malam kami kali ni di Kuala Selangor. Mula-mula nak booking kat The Kabin tapi semua dah penuh memandangkan Cuti Deepavali sekali cuti sekolah tambahan kan. Teratak Kabinstay ni cadangan Ariff. Alhamdulillah ada kosong dan harga pun ok. Terus bayar booking. Selebihnya bayar masa check in. Ownernya tak tinggal kat situ, so semua adalah self service . Kat depan pintu kabin, ada tempat letak kunci , cuma masukkan nombor kod dan boleh dapatkan kunci kabin.
Lepas dah check in semua pun dah ready nak terjun kolam.
Ada je orang lain tapi diorang ok je menempel janji boleh masuk kolam. haha
Muka sebesar talam pun nak wefie depan kolam. hehe
Bikin romantis
Anniversary kan, harus banyak. haha
Ni sawah yang berdekatan dengan Teratak Kasih Kabinstay. Masa pergi tu banyak yang dah tuai area sini. Kena lajak ke Sekinchan baru nampak banyak yang belum tuai. Tuai padi antara nampak, eh nyanyi ke tu ?
Kemudahan yang ada kat situ
Tempat viral berdekatan dengan Teratak Kasih Kabinstay
Ada 2 pilihan jenis kabin kat sini . Boleh la book ikut kehendak. Saya booking yang ni sebab dah penuh Kabin Bonda tarikh yang saya nak. Yang ni untuk anak-anak saya bawak Toto. Nak sewa dengan diorang satu Toto RM 10. Anak-anak Ok je janji ada aircond. Sejuk gila masing-masing, maybe kawasan kampung kan. Rasakan. haha
Kabin yang ni besar sikit tapi ada 1 unit je
Cara nak tempah
View depan kabinstay. Dulu asalnya tapak tanah ni kebun kelapa dan koko. Tu masih ada lagi la pokok kelapa yang ada. Kebetulan Ayahbonda pemilik homestay ni datang tunggu peti ais baru yang kebetulan rosak masa kami datang tu. Sempat lagi berkenalan dengan mereka.
Ni kita lajak ke Sekinchan Airport tengok kapal terbang berlatar sawah padi
Nawfa berlatar belakang sawah padi
Semua jakun kan tengok sawah padi yang terbentang. Ada pulak kapal terbang kan.
Ikut Resmi Padi, Makin Tunduk Makin Berisi
Kita ambil lah gambar kat sawah padi pulak
Mata semua segaris sebab panas lit lit weh tapi angin sepoi-sepoi bahasa
Tengah panas dont care
Warning yang ada kat situ tapi depan tu banyak gila gerai jual makanan. Abes rabak poket mak nak. Macam-macam ada jual. Anak-anak beli Jelly ball.
Lepas dah abes tengok sawah padi, Kita lajak pergi pantai pulak
Sekali pantai tutup. haha. Sedang buat proses penambakan apa ntah. Ni pantai apa namanya. Lupa lah pulak
Banyak kerang-kerangan kat sini. My Nuha ambil 3 botol untuk buat hiasan atas meja bagi kat kawan dan cikgu dia.
Ni hari esoknya pergi kenduri kawin anak ofiz mate my hubby dulu kat Langat. So lajak ke Sungai Congkak celup2 kaki dalam air.
Ini budak je ada baju spare. So dia lah boleh mandi sungai. Nayla celup-celup kaki je lah. haha
Umminya padan amik gambar dari tepi sudah
Sekian cerita rangkuman semasa minggu Cuti Deepavali tu. hahahaha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih berkisar bulan September. Mestilah birthday yours truly. Tahun ni sempena birthday kita, kita rasa nak makan Fish & Chips. Terlalu pulak dengan timeline fb pasal Fish & Chips. Yang teringin nak makan tu dekat Bangi tu tapi yang tu bilalah nak pergi yer. hehe
Kali ni kami makan di P&C Kitchen Eco Ardence . Kena datang cepat sikit untuk book meja sebab ruangan dia terhad dan Jumaat agak pack. Overall makanan sedap (3/5) dan suasana pun nyaman ( 4/5)
Harus bergambar dengan makanan
Sekali lagi
Saya dan kak ema
Ad makan Spicy Creamy Salted Egg Spaghetti With Crispy Fried Calamary & Ida makan Spaghetti Aglio Olio Fish Tempura,
Saya dan Kak Ema
Kami order sama je Spaghetti Aglio Olio Tempura Fish
Yang ni side dish Tempura Salad
Saya dan kak ema lagi
Ad dan Ida
Sebelum pulang harus bergambar depan kedai
Satu kali lagi
Dengan Kak Ema pulak
Depan kedai dengan Kak Ema
Sampai jumpa lagi birthday Kak Ema pulak !
P& C Kitchen
16, Jalan Eco Ardence B U12/36 B, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor
Hours:
Friday 12โ11โฏpm
Saturday 12โ11โฏpm
Sunday 12โ11โฏpm
Monday 12โ10โฏpm
Tuesday 12โ10โฏpm
Wednesday12โ10โฏpm
Thursday 12โ10โฏpm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan September. Mestilah birthday yours truly. Tahun ni tak surprise sangat sebab dah tahu dah ada orang planning untuk celebrate birthday kita dan kita pun turun padang pergi beli barang nak celebrate birthday kita. hahaha
Tapi walau dah tahu, tetap kena rakam momen jugak. Yang ni kita dah share kat IG. Nampak la fake surprise kat situ. hahahaha
Dah , jom layan gambar. Haruslah bergambar bersama Gegirl BOICT.
Skema dulu
Tunjuk birthday Girl
Gaya bebas
Tunjuk lagi. haha
Jom makan.
Ada Stimboat . Tak perlu lagi pergi Johnys. Harap Allah ampunkan dosa kita dan mencari yang HALAL itu fardhu.
Kak Mai tunjuk stimboat
The Cake
Jom potong kek
Terima kasih Gegirl BOICT
Closed up ucapan dari Gegirl BOICT
Terima kasih Yanie
Terima kasih Kak Sal


Terima kasih Kak Ina
Terima kasih Kak Mai
Terima kasih Ziera

Terima kasih Rai
Terima kasih Kak Yatt
Terima kasih Kak Ema
Terima kasih Ida
Tahun lepas punya memang suprise. Tq sahabat semua. Walau pun dah tak berapa nak surprise tahun ni tapi tetap havoc dan meriah di hati kita. Chewah. I love you all so strong lah.
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, โDemi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidakโ.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Macam biasa, entry backdated. Saja buat kenangan kat sini kot ada yang bakal berpencen kan. Sambutan Hari Lahir Geng Meja Bulat untuk Januari 2024 - Jun 2024 gitu. Macam lama tak ada entry birthday untuk Geng Meja Bulat ni. Kali ni kita bawa diri sendiri sahaja sebab Kak Fid dan team organizer kali ni. Tq girls sebab anjur birthday party kali ni .
With gadis-gadis litar. Eh, birthday babes bermula bulan Jan - Jun 2024
Bersama PNC. Our humble and sporting PNC.
As usual MC bidang terjun tetap dan berpencen kot . hahaha
Pemenang Ms kaftan katanya, Kak Yatt
Sebelum majlis
Meraikan seorang geng Meja Bulat yang telah berpindah ofiz. Good luck di tempat baru Kak Ros.
Bergambar sampai lebam
Dah hilang sorang lagi. Rai MIA. Masa ni Ad MC #gengbiniorang
Team organizer dan kawan-kawan
Kak Ros dah pencen. With Dilla.
Kak Zah dan Fisya
Semoga berjumpa lagi untuk birthday bulan Julai - Disember 2024 pulak !! Tema apa pulak ye lepas ni. Organizer siapa pulak tu yang bakal dilantik. Kami nak datang makan je. hahaha
Kebaikan VS Dosa : Daripada an-Nawwas bin Simโan al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: โKebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (Hadith riwayat Muslim, No: 2553, at-Tirmizi, No: 2389, Ahmad, No: 16973).

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah. Jom la kita spill gambar sekitar sambutan hari lahir my first born daughter dan my last born daughter untuk tahun ni. Tahun ni nampaknya korang sambut berdua lagi. My Nawfa nak scam Ummi dia . Masa 24 hb tu dia ajak pergi beli kek lagi tapi masa tu kitorang pergi event Minggu Saham Amanah Malaysia kat Setia City Convention. hahaha. Terus dia lupa yang dia nak kitorang nak belikan kek. Tahun depan nampaknya kena sambut birthday dia 24 hb lah nampaknya. haha
Belikan kek beli kat Drasani cake hauz . My Nawfa yang pilih lah kan. Macam birthday dia sorang. So pilih Kek Indulgence. Terbaik untuk semua orang. Yang paling banyak makan adalah Nawfa. Hantu kek. Sedap sangat lah tu.
Birthday kakak dulu . 8 Ogos 2008
Ok, birthday si bongsu pula 24 Ogos 2018
With Abah & Nayla
With Ummi & Nayla
My both kesayangan, august babies dengan hadiah hari lahir masing-masing. Isi badan lupa nak amik. Tapi box of chocolate .
The Cake
Dah 21 tahun rupanya kita menyulam cinta. Semoga Cinta ini akan bawa kita ke Syurga Ilahi. Aku cintakamu kerana Allah.Semoga Allah redha dan bagi rahmat untuk hubungan kita dan semoga anak-anak menjadi ladang pahala kita juga. In Sya Allah.
Qutaibah telah mengkhabarkan kepada kami daripada Malik daripada 'Abdullah bin Abu Bakr daripada 'Abbad bin Tamim daripada 'Abdullah bin Zaid katanya; bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman yang ada di surga."

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah 2 tahun tidak berfamily day. Akhirnya family day datang lagi. Katanya ni family day terakhir. Semua dah tak larat nak manage dah. Tahun ni kekuatan AJK 3 orang jugak ( saya, Yanie dan Ziera). Arif driver sorang lagi yang tukang bawa kami pi beli barang family day. Ad MC lagi sebab operation slip disc. Semoga Allah berikan kesembuhan segera kepadanya.
Ni gambar masing-masing masa bertolak dari rumah. Kitorang boleh pergi awal kat situ. Check in sebenarnya pukul 3 tapi owner chalet bagi kita masuk pukul 2. Yang hangen tu masa dekat nak sampai, ntah mana-mana google maps ni bawak. Nyaris tak sampai dah Denz Chalet tu. haha. Memang signboard nak pergi kat situ ada seketul je. Sabar je lah kan.
Barang sebelum bertolak ke Janda Baik
Sempat prepare Pes Ikan Bakar dari rumah
Seperti biasa, kita usha bilik dulu. Untuk family day kali ni kami sewa 11 buah bilik kat situ. Ada pertambahan staf baru Arif, masa sebelum ni tak sempat nak join. Yang tak join kali ni En Jasni , Azril dan Mior sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Tapi bilik yang kosong tu tak boleh cancel. So kami ajak ofiz mate yang geng dengan team OA, Yatt, Zul & Fendy. Ajak jugak Rai, tapi Rai pun tak dapat pergi. Maka terjadilah Family Day Office Automation Colony 2024 @ Denz Chalet , Janda Baik.


Kemudahan di bilik:
1. TV
2. Penghawa dingin
3. Kipas angin
4. Bilik mandi individu di setiap bilik
5. Water heater
6. Towel disediakan
7. Shower gel/shampoo (2 in 1)
Kemudahan Tambahan:
1. Swimming pool
2. Common kitchen (dapur umum)
3. Barbecue set (tempat bakar dan penyepit saja disediakan)
4. Karaoke Room (berbayar)
(Satu sesi selama 3jam RM50)
5. RM30 untuk set tilam tambahan, akan diberi, 1 tilam, 1 bantal, 1 selimut dan 1 tuala mandi.
6. Lokasi Berhampiran sungai 100m
7. Wifi percuma
8. Tempat letak kereta yang luas
Peralatan asas dapur yang ada:
-Periuk dan kuali saiz sedang dan besar
-Pinggan/mangkok
-Sudu/garpu
-Cawan
-Peti Ais satu pintu
-Stove memasak
-Gas selinder
-Pisau
-Papan cincang
-Mangkuk
-Rice cooker sederhana
-Teko
-Cerek air
-Pembakar roti
-Bekas air untuk isi air minuman
Layan view dulu
Kopi dulu baru kamu tak ada, sirap pun boleh lah
Gambar bunga loceng gergasi kot area situ. Cantik betul.
Dimulakan dengan gambar seluruh keluarga OA+Colony 2024
Keluarga yours truly lah dulu yer. Haruslah banyak gambar , belog kita . haha

Keluarga En Napi
Keluarga Ad
Keluarga Ziera
Keluarga Yanie
Keluarga Arif
Keluarga Sofi
Keluarga Faiz
Keluarga Yatt
Keluarga Fendy
One with bff, Ad
Seterusnya acara games pulak lepas dah sakan amik gambar. Untuk lunch, kitorang buat potluck. Terima kasih penyumbang makanan. Kita bawak diri je. hahaha.
Beratur untuk mula games. En Faiz MC untuk games as always
Games pertama rebut gula-gula
Games passing tepung. Abes mandi tepung lepas tu
Games isi air dalam botol
Games isi air dalam cawan
Games laga pipi
Bawa bola dalam sudu
Ikat belon kaki
Games makan oren, ni betul-betul menghayati oren ni. Semua kat belakang bengkek je dia tak abes makan lagi orennya. hahaha
Games baling belon pairing dengan Nuha sebab Abahnya tengah busy bakar ikan. hahaha
Games bawak belon
Dah habis games apalagi, terjun kolam lah jawabnya
Lepas games, preparation untuk dinner pulak. Abang Zul, suami Yanie yang setup api untuk BBQ. Kali ni laju buat api sebab tak nak lambat. Games pun tak sempat abes lagi.
Lan, suami Kak Yatt dengan anak Faiz, Ijud.
Abang Zul, Am dan Sofi
My hubby in action
Ikan bakar by my hubby
Ayam bakar
Kambing bakar
Malam yang ditunggu-tunggu. Haruslah malam dinner dan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
MC of the night
Seronok anak-anak dapat pedang dan cekak.
Mak-mak pun nak jugak cekak
AJK hadiah
Gigih tau saya buat kotak cabutan bertuah ni. Tarik-tarik dapat hadiah. Terima kasih Kak Sal tolong slotkan cabutan tu dalam lubang yang disediakan. hehehe
Antara hadiah yang disumbangkan dan hadiah untuk menang games
Paling banyak jajan sebab last minute sangat. Terima kasih kepada semua penyumbang duit . Semoga Allah gandakan lagi rezeki.
My Nawfa dari pagi sampai malam makan bihun goreng aunty Ziera. Kena lah dengan selera tu.
Pemenang pertama rebut gula-gula, Nawfa
Pemenang kedua rebut gula-gula, Ayyub
Cabutan bertuah untuk Nayla
Cabutan bertuah untuk Nawfa
Kak Yat dapat bekas air
Yanie dapat Tupperware
Ziera dapat Laundry Basket
My hubby dapat beg Christy Ng
Am pun dapat beg Christy Ng
Zul dapat mandian Bath & Work
Lan dapat Voucher AEON
Seme dapat bekas nasi
Sofi dapat kuali
Zul dapat Grand Prize, Voucher Servis Aircond Kereta
Fendy dapat toto
En Napi dapat headset
Pemenang Games isi air dalam cawan
Pemenang Games isi air dalam cawan
Pemenang Game Lempar Belon Air
Pemenang Game Lempar Belon Air
Pemenang Game laga pipi
Pemenang Game laga pipi
Pemenang Games Rebut Cawan
Pemenang Games Rebut Cawan
Pemenang Games Rebut Cawan
Pemenang Ikat belon kaki
Pemenang Ikat Belon Kaki
Pemenang Ikat Belon Kaki
Pemenang Ikat Belon Kaki
Pemenang Ikat Belon Kaki
Pemenang Ikat Belon Kaki
My hubby tengah prepare lilin untuk kek birthday Kak Haiza, isteri Sofi
Happy birthday Kak Haiza
Anak-anak Yanie, Ziera, Arif dengan hadiah yang dimenangi
Anak-anak Eliss, Zul, Ad dan saya dengan hadiah yang dimenangi Mak tumpang selit . haha
Juara keseluruhan games anak-anak . Anak-anak En Napi, Yatt dan Sofi
Alhamdulillah rezeki games dan cabutan bertuah. Periuk tu saya punya. Beg tu my hubby yang dapat.

Seronok memasak berviewkan gunung-ganang . ni tukang goreng-goreng untuk breakfast #elissmiekitchen
Sampai bertemu lagi di family day akan datang. Eh , last dah kan. hahaha
Ni main kolam hari terakhir. My Nawfa pukul 7 pagi dah masuk kolam. Dia orang pertama turun kolam hari tu. Sabar je lah. Dah lah sejuk geddi. Sebab hari tu last day cuti sekolah , pukul 12 kami terus check out takut jam dengan orang balik kampung. hahaha
Terima kasih Am, photographer official kita

Sebelum pulang kita bikin romantis dulu. hehe
Denz Chalet
Lot 15465,
Janda Baik,
Kg. Ulu Chemperoh,
28750 Bentong,
Pahang

Assalamualaikum. Rasa tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Guru dan Al Fatihah buat semua guru yang pernah mendidik diriku samada yang masih hidup dan yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga mendapat pengakhiran yang baik ( Husnul Khotimah) . Terima kasih kepada guru pertamaku, arwah Abah dan my Ma. Terima kasih jugak buat semua guru anak-anakku.
Small token appreciations untuk hari guru dari anak-anak.
Untuk guru tadika my Nawfa. Hadiah Nawfa pilih sendiri.
Untuk guru My Nuha.
Setelah ditutup kotaknya. Satu kotak lain sebab mak dia terkoyakkan kotak. haha
Untuk guru my Nayla sebelum dideko.
Sedang deko
Hasilnya. Hasil keras tangan. hahaha
Weekend hari tu, Sabtu my hubby ajak tengok wayang sebab anak-anak nak tengok wayang. Layankan ajer. Maknya baru nak marathon tengok Queen of Tears. hahaha. Terpaksa tangguh la sekejap bawa anak tengok wayang.
Beli je tiket online. Datang pickup popcorn & masuk tunjuk QR je.
Lepas abes wayang. Muka ada happy la semua. Mak stress sebab 5 kali ulang pergi toilet. My Nawfa lahkan siapa lagi. Kacau line btol. Overall, saya bagi 5 bintang. Tak sempat nak bosan tapi dah abes. Tapi ending tu macam tak ada sequel. Mungkin prolog lah kot.
Wefie , 5 of us. Lepas ni cerita apa pulak?
Balik tengok wayang sempat masak nasi ayam lagi untuk lunch. Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
First of all, Happiest birthday Faidah. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Didoakan agar diberikan keampunan bagi umur yang telah berlalu, keberkatan pada usia yang mendatang, dilapangkan & dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, diberikan kemudahan dalam semua urusan yg baik, sentiasa istiqomah dijalan yg benar serta dianugerahkan kebahagiaan di dunia & akhirat.
Amin Ya Rabb...
Tahun lepas Ida belanja kami kat sini :
Kali ni Ida pilih dekat area Seksyen 14 pulak. Mula-mula nak makan kedai Ustaz Don tapi Hari Jumaat pulak sebelum Jumaat dah tutup kedainya. So cadang nak makan kat Nippon Sushi tapi sebab walk in, ramai pulak orangnya. So kami pusing-pusing cari kedai lain. So terjumpa lah Shell Out . Deko dalam dia pun instagrammable so kita terjah je lah kan. Tq Ida belanja kami lagi.
Kami amik set Lunch ni. Tak silap ada promosi RM19.90 masa tu.
Sebelum makan amik gambar dulu. hahaha. Tapi mana gambarnya ntah.
Kita wefie dulu la
Kali ni duk sebelah Ad. Selalu asyik sebelah Ida je. hahaha
Satu lagi
Eh satu lagi. Love pulak. Tak payah bayar kodak kan.
Ida dan Kak Ema
Posing di meja makan dulu
Love
ILU . haha
Tq Kak Ema untuk ole-olenya dari Bandung
Sebelum balik posing lagi
Overall Shell Out , makanan semua ok ( 4/5 bintang ) . Ruang makan pun luas dan selesa. (5/5 bintang)
Shell Outยฎ Vista Alam
B - LG -6, Vista Walk @ Vista Alam Jalan Ikhtisas 14, 1,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Mon โ Sun
11:30 AM โ 10:00 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dimulakan dengan Glam Raya Infostruktur 2024 iaitu sambutan hari raya jabatan saya. Kali ni tak turun padang, memang datang makan dan bergambar je. Setiap tahun pun dah jadi team deko atau team hidang. Dah tua2 ni nak chill2 dan relax2 pulak. hahaha. Majlis kali ni anjuran team Bahagian Sistem Maklumat.Syabas dan tahniah buat korang yer.
Tema baju team kami Warna Warni Raya + Selendang kat bahu. Apa yang ada jelah yer. Memang kerja bergambar dan makan gitu. Dimulakan dengan gambar BOICT dulu yer.
Seterusnya team Gegirl BOICT
Ni dengan tambahan Fid
Arif nak jugak
Overshadow terus
Team Geng Bini Orang pulak, ni candid
Tunjuk Ariff
With Boss Napi mendengar taklimat kesihatan sebelum makan-makan raya
Gegirl BOICT with Fid
Menyantuni warga pesutima aka warga pesara UiTM , Kak Yatie dan Kak Fida
Our beloved PNC yang merasmikan Glam Raya Infostruktur 2024
Team booth kami dapat saguhati je. Hadiah by Pengarah Infostruktur ICT.
MC of the day, Yatt & Majid
Booth Bahagian Sistem Maklumat menang tempat pertama Glam Raya Infostruktur 2024. Ok lah.
Bagi chance lah menang sebab penganjur Glam Raya Infostruktur 2024 kali. hahaha
Ni Booth Bahagian saya. Bahagian Operasi ICT.
Bahagian Keselamatan ICT
Booth Bahagian Pentadbiran
Booth Bahagian Infrastruktur ICT
Bahagian Dasar & Strategik ICT & Bahagian Pengurusan Projek ICT
Photobooth utama
Candid
Tahniah Azril dinobatkan King of Glam Raya Infostruktur 2024
Tahniah Ziera dinobatkan Queen of Glam Raya Infostruktur 2024
Tahniah Azril dan Ziera
Last sekali meraikan Boss Hairy kerana berjaya mendapat PHD . Tahniah sekali lagi Dr Hairy.
Semoga berjumpa lagi Hari Raya Infostruktur tahun depan.
Throwback Hari Raya Ofiz :

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni dah ramai masuk ofiz ke? Kita mulakan dengan throwback hari raya . Sebelum tu masih belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca belog elissmie.com yang masih sudi menjengah belog ni. Korang dah mula ke puasa 6 atau puasa ganti? Kita baru hari kedua. Ahad lah kot baru raya 6. hehe
Kita buh balik entry Raya throwback dari 2007- 2024
Tahun ni turn pagi raya kat rumah mak mentua. Kitorang gerak dari KL pukul 9 pagi , dalam pukul 2 lebih dah sampai kampung. Jem sikit tapi lepas Bentong tu dah clear sangat dah. Sempat lah singgah bazar Ramadhan Paka cari makanan sebab turn tidur rumah mak mentua dulu. Gilir-gilir macam tuh la dengan cuti yang terhad. Pagi raya tu mak mentua nak bangun pukul 4.30 pagi untuk siapkan nasi dagang 2 kilo untuk makan anak beranak je. Merasa makan nasi dagang mak tahun ni. Saya tukang hiris bawang merah dengan halia je. hahaha. Lepas tu tolong mak angkat kukusan dan gaul balikkan nasi dagang tu. Sejam jugak kat dapur baru siap. Nampak mudah. Resepi pun dh ada, nanti lah kita try buat. hahaha.
Pagi raya dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Fitri kat Masjid Jamek , Paka. Lepas tu ingat nak balik rumah my ma dan lawat kubur Abah tapi my ma dan keluarga Ngah datang rumah mak mentua saya. So kitorang ikut family my hubby pergi raya belah my hubby dengan Kak Ngah my hubby. 2 rumah je sempat sebab my Nawfa melalak nak tukar baju. Sabar je lah.
Berdua dengan mu
Bergambar berdua dulu bikin romantis
Bersemut tak
Bergambar dengan keluarga kecil saya
Bersemut lagik. My hubby tak jumpa baju raya dia berkenan. So dia recycle baju raya 2020. Tak apalah. Biasa pun tak berapa nak sedondon sangat pun. hahaha. Janji mak dengan anak-anak baju baru .
Bergambar dengan syurga kami, ayah mentuaku. Masa ni mak dah tergolek sebab demam
Bergambar dengan syurga kami, my ma
Anak-anak dengan Kak Nina
Gambar Long & Kak Long #teamrayakedah
Gambar keluarga Ngah
Gambar keluarga Eg #teamrayajohor
Same genetic detected
With sepupu kembar my hubby dan anak-anak dia
Ni kat rumah mak sedara my hubby, Mak Cik Lah
Family my hubby, spot the family influencer,
hasifchoy ๐
Petang raya macam biasa, haruslah ke Pantai Paka buat outdoor photoshoot macam biasa berbekalkan batu as tripod. haha. Jom lah layan gambar.
With anak-anak dara
Bawak my ma ziarah kubur Abah. Raya ketiga baru berkesempatan.
Hari sebelum balik ke rumah mentua, missing Danish, Long, Kak Long n Ummi, dah kerja.
Kita gerak balik KL hari Sabtu, gerak pukul 11 pagi . 9 malam baru sampai. Ok la. Boleh lah rehat sehari. Semoga berjumpa lagi Ramadhan tahun depan Ya Allah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biar gambar berbicara. Mula-mula kitorang nak photoshot kat Taman Jepun sekali pergi tutup sebab pergi hari Isnin. Buka Selasa - Ahad dari jam 10 pagi sampai 5 petang tak silap. So bergambar lah jugak depan Taman Jepun yang tertutup tu. So kita ambil lah gambar tepi tasik Shah Alam berlatar belakangkan Masjid Shah Alam.
Second spot berlatarkan Masjid Shah Alam pulak. Yang ni kena lalu kat depan PKNS tu. Cantik kat sini tapi panas sikit.
Ni konon nak bergambar kat depan ofiz je tapi hurm panas pulak.
Sekian Pre Eid Photoshot Unit Automasi Pejabat 2024 untuk tahun ni. Nantikan gambar2 lepas raya pulak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setiap tahun tak miss update gambar raya. Tahun ni kita mulakan dengan juadah berbuka dulu lah baru raya. Dah nak sampai penghujung Ramadhan dah. Alhamdulillah tahun ni berkesempatan solat terawikh kat surau kat area rumah . Merempit dengan my hubby bikin romantis. hahaha. Kakak dah boleh harap jaga adik-adik. Alhamdulillah.
Jom lah layan gambar juadah berbuka sampai semalam. Rasa tak miss amik gambar. Malas je nak upload hari-hari kat IG. Kebanyakan masak, kalau tak masak beli tapi tak ke bazar pun tapi area gerai-gerai area rumah. Paling jauh ke bazar Ramadhan Pantai Dalam. Tu first and last lah kot. hahaha. Kesian my Nawfa . Dah la baru belajar puasa. Kena menapak sebab susah parking sampai merah padam muka dia. Biasa saya keluar je dengan my hubby kalau nak beli apa-apa tapi sebab ke KL so angkut lah semua.
Jom lah kita jamu mata tengok lauk berbuka sepanjang Ramadhan ni. Boleh bagi idea untuk saya dan korang masak lain kali jugak.Semoga dengan saya masak untuk keluarga bulan puasa ni , Allah pandang amal kita semua dengan kasih sayang dan redha Mu Ya Allah. Aaminn..
Menu sahur Day 1 : Spagetti Bolognese
Menu berbuka Day 1 : Ayam Goreng, Udang Masak lemak dan sayur kobis
Siakap Stim Limau request by My Nayla
Sayur Pedas Kulat Pusu (Busut) , my hubby beli area Ijok
Puding Roti abaikan kismis rentung
Ayam pop corn sweet sour
Request by My Nayla, Cekodok Sayur aka jeput sayur
Pulut Panggang Frozen zaman jahiliyah lagi kot. hahaha. Teringin nak makan, korek2 esbok jumpa. Kukus jap then bakar dalam air fryer.
Ayam Masak Black Pepper
Nasi Kerabu ๐Restoren Pok Chu Golok
Closed up Ayam Percik dari ๐Restoren Pok Chu Golok
Ayam Percik & gulai daging tunjuk kat ๐ Restoren Pok Chu Golok
Nasi Ayam
Nasi Beriani Lamb Shank my hubby beli . Buatkan agar-agar santan.
Ikan Siakap Bakar Portugis dan Tomyam untuk anak-anak
Pengat Pisang Tanduk request by Mr Husbaby
๐ Nasi Arab Rahmandy Food Sungai Buloh. Order dengan Lalamove sampai ofiz.
Mee Goreng , Kuih Bakar Mentua Baiduri
Bubur Lambuk request by Long . Datang berbuka dengan kitorang sebab tahun lepas tak sempat. hahaha . Resepi [
Klik Link]
Tq Mr Husbaby tolong kutipkan Pucuk Midin aka Pucuk Pakis Merah
Mee Goreng Seafood request by My Nawfa
Kuey Teow Kungfu request by My Nuha
Nasi Goreng Pedas , Mee Goreng request by My Nawfa
Nasi Minyak Ayam Merah beli kat ๐Bazar Pantai Dalam
Ayam Kurma request by My Nuha
Tq Zul
anakperak.com yang battlekan Dendeng Nyet Berapi kat TT. Kita tak ada TT . Bagi saya sedap buat cicah. Cicah roti ke lempeng sebab dia hancur2 sikit. Tapi makan dengan nasi minyak memang ngam.
Maka terjadilah Nasi Minyak , Dendeng Nyet Berapi, Ayam Masak Kurma dan Acar Jelantah
Terasa nak makan budu maka terjadilah Ikan Panggang & Sayur Labu dengan Pucuk Manis masak pedas campur sotong
Pulut Sekaya aka Tok Aji Serban
Asam Pedas dengan Ayam Pao Kra Pao [Resepi :
Klik Sini ]
Sotong nak buat Ketupat Sotong . Beli kat Checker sotong ni sebab geram tengok besar dan fresh . RM36 4 ekor.
Tadda. Ketupat sotong Selepas. Buat Style Terengganu, my hubby suka yang macam ni.
Kari Kepala Ikan Jenahak
Bendi Goreng dan belikan paprik ayam untuk Nuha. Leftover udang yang kak Long masak hari tu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa yang follow belog saya dan kawan-kawan saya mesti dah tahu saya ni tak pernah sampai Cameron Highlands. Tahun lepas, my Nayla berjaya sampai ke Cameron Highlands ikut trip sekolah agama dia. Tak ada gambar dia snap kat Cameron Highlands yer even bawak handphone. Dia selfie dalam bas je ada. Sabar jelah kan budak bertuah tu.
Weekend terakhir cuti sekolah hari tu, my husbaby cakap esok kita pergi Perak. Eh buat apa pulak ke Perak ni. Sebab baju sekolah anak tak settle lagi ni . Fikir Ahad ada lagi kan. Dah la exact spot tak bagi kan. Bangun pagi tu tengah-tengah nak siap, dia cakap kita gi Cameron Highland Sayang. haha. Tak ada ribut tak ada angin orang kata. Maka berhoray horey lah kita . Day trip pulak tu. Layankan ajer lah.
Pukul 8 lebih gerak dari rumah. Tengok ETA lebih kurang pukul 12.30 tengah hari sampai Cameron Highlands. Ok lah tu kan. Sekali sampai Tanah Rata dalam pukul 2 lebih jugak .
Spot pertama sebenarnya Cameron Valley atau Bharat Tea Estate tapi sebab ramai sangat umat manusia, kami meneruskan perjalanan ke Kea Farm dulu lah. Ingat nanti singgah otw turun . So destinasi seterusnya ke Kea Farm. Masa sampai kat Tanah Rata, nampak Strawberry Farm . Ok lah ni masuk jap tengok Strawberry tapi kat situ macam dah tak ada sangat dah strawberry. Kita bergambar jelah kat situ . Lepas dah amik gambar meneruskan perjalanan ke KEA Farm. Mak aih. Bapak punya jam. Rupanya hari kitorang pergi tu last day Pasar Malam kat Cameron Highlands tu. Kami tak pergi pun pasar malam. Kitorang sampai KEA Farms dalam pukul 3. 2 jam dari Tanah Rata pergi dekat KEA Farms tu.
Dah sampai situ pergi , The Sheep Sanctuary.Masuk belai2 kambing dan Alpaca, beri makan siap bergambar. Lepas tu lepak-lepak pekena kopi dan aiskrim. Beli strawberry dulu sebab nak pergi petik sendiri macam dah lambat. Sempat beli souvenier untuk kawan Nuha dan fridge magnet untuk diri sendiri tanda sampai. hahaha. Singgah Solat kat Masjid Kayangan, then turun ke Cameron Valley.
Mujur tak tutup lagi gate nak masuk ladang teh yang walk in tu . Nak turun dengan buggy tu dah tutup. Sempat lah posing kat situ seround dua . Kemudian bertolak balik. Sekali half way, katanya ada bas terbalik. Tak nak menunggu kitorang naik balik ke Brinchang then turun melalui Simpang Pulai. Mula-mula google maps tak memberikan kerjasama. Dia nak patah balik ke jalan Tapah tu. Mula lah rasa ada unsur-unsur mistik kat situ. Yakin je cakap kat my hubby, kena naik Tanah Rata dulu, rupanya kat Brinchang simpan turun melalui Simpang Pulai tu. First time kan pergi, saya rasa jalan tu tak ada lah scary sangat naik kot Tapah tu tapi memang better lalu Simpang Pulai lah. Ala-ala Bukit Bauk zaman dulu kala je. Saya rasa jalan nak pergi Lipis lagi scary. Tu cerita dulu la, tak tahu la sekarang ni macam mana jalannya.Berhenti makan kat R&R jap dan berhenti solat kat Elmina. Pukul 1 pagi baru sampai rumah. Berakhirlah sudah Day Trip ke Cameron Highlands . Anak-anak semua seronok. Cuma Nawfa crancky jugak sebab jauh dia kata tapi masa kat atas kemain seronok. Nuha ajak pindah sebab sejuk tak perlu aircond. Puteri lilin mak. hahaha.
Terima kasih Sayang my husbaby yang akhirnya bawak Eliss dan anak-anak ke Cameron Highlands. Lepas ni kita repeat lagi kan ? Kan ? Kan ? hahahaha
Jom lah layan gambar.
๐Bee Farm Strawberry Farm, Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
Bayaran Masuk : Percuma
๐The Sheep Sanctuary, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Bayaran Masuk : Dewasa RM 12
Kanak-kanak RM7
Makanan untuk sheep boleh beli lagi kat dalam kandang.
Sebelum masuk dia dah bagi percuma 2 kotak.
Nawfa paling berani bagi makan semua sheep dan alpaca. Yang kakak-kakak mula-mula tak nak. Tengok Nawfa ok baru nak try. Nayla sampai sudah tak try. Saya try sekali, memang geli la. Bukan pencinta haiwan kot. hahahaha
๐ Kea Farm Market , Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Beli jagung dengan Auntie ni. Muka sama macam Opah diorang. hahaha
Jagung RM20 5 biji
RM 20 4 ketul besar
My hubby suruh beli Scone. Yang biasa tak boleh telan, so saya amik yang Cheese ni. Sedap, boleh telan.
Sempat Kopi Dulu Sebelum Kamu
Ni yang Nawfa dan Nayla makan. Sejuk2 makan aiskrim. hehe. Layankan
Moreh semalam. Puding Roti dengan strawberry dari Cameron Highlands ๐
๐Masjid Kayangan Brinchang
๐Cameron Valley Tea, 15-16 Main Road, Tanah Rata 39000 Malaysia
Bayaran Masuk : RM 4 Dewasa, Kanak-kanak Percuma


Terima kasih Abang yang tolong amikkan gambar kami sekeluarga.
๐Farmers Arcade Cameron Highlands, Brinchang
Kat sini kami beli souvenier, keychain dan fridge magnet. Depan kedai ada deretan kedai souvenir lain, beli baju dan plush toy untuk Nawfa , Cinnamoroll macam biasa.
p:s : Peminat purple, tak boleh tengok bunga purple mesti nak amik gambar.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cuti sekolah ni tak balik kampung sebab hujung tahun hari tu dah balik kampung hampir 2 minggu. So melepak kat rumah je lah anak-anak sepanjang cuti sekolah sebulan ni. Adalah sekali bawa main kolam rumah Ayah Long dan Mak Long diorang kat Sentul lepas habis exam hari tu .
Main kolam rumah Ayah Long dan Mak Long
Ni sebab dah janji nak pergi waterpark bawak lah jugak. Lagipun Nuha pun mengganti puasa last minute. Minggu lepas baru habis tu yang baru dapat bawak diorang pergi waterpark. Diorang pilih Wet World Water Park Shah Alam . Layankan ajer. Beli tiket dan semua dah tak sabar tunggu hari Sabtu.
Beratur redeem tiket . Tiket dah beli awal-awal online tapi panjang juga beratur . Bila dah ramai tu baru diorang buka 2 kaunter untuk online.
Dah beratur dapat lah gelang ni. Pakai sebelum masuk dan diorang periksa beg.
Masuk je dalam Wet World Water Park Shah Alam tu memang penuh la umat manusia. Nak parking tadi satu hal. Mujur ternampak depan Wet World tu ada parking MBSA yang ada Pusat Kitar Semula tu. Nampak ada 3-4 buah kereta lain parking kat situ. So kami parking kat situ.
Kitorang tak sewa pun cabana . Duduk je dekat kerusi yang diorang dah sediakan ni. Boleh lah nak duduk makan-makan dan letak beg. Even locker pun tak sewa. Tawakkal betul beg tak kena curi. haha. Handphone pun tinggal situ je. Alhamdulillah tak hilang. Lupa bawa casing yang kalis air tu.
Satu-satunya gambar berempat kot. Wefie sudah. haha
Kitorang main kat beberapa tempat je . Ni kat Pirate Challenge
Yang ni lepas turun slide besar kat Whirlwind Escape
Ni kat Island of Treasures
Tengah sambut Nawfa main slide kat situ
Ni kat area Pirate Cove. Kat sini memang untuk kanak-kanak je
Ada buaian kat belakang. My nawfa tu selamba sound Auntie yang duk kat buaian tu, nak main buaian. hahaha. Tak makan saman btol.
Memang cuaca pun panas gila. Seronok lah semua berendam
Semua pun happy lah tapi tak puas hati changing room je dengan air yang bertakung dalam changing room tu. Kitorang balik macam tu je tak salin baju. Sabar jelah kan.
atau apps Klook
Saya beli kat Klook so boleh guna dalam masa 6 bulan dari tarikh beli tapi kalau website dia boleh guna setahun dari tarikh beli .
Harga Tiket Walk In
Dewasa (130cm dan keatas) RM37
Kanak - kanak (90cm - 130cm) RM32
Kanak-kanak (bawah 90cm) Free
*Tutup Hari Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, pada 23 Februari lepas telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024. Kitorang mengaji bermula tahun 2019, 2024 baru nak khatam. hahaha . Better late than never kan. Lagipun baca pun seminggu sekali. Bila semua ada hal terpaksa cancel. Kami buat waktu lunch hour , pukul 1-2 petang.
Melantik diri sendiri menjadi MC untuk Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024. Hahaha. Ada orang kata, mesti bersuara emas. Nak kata emas tak ada sangat, mungkin silver . haha.
MC buat-buat busy sebelum majlis
In Action
Design banner by Mior . Photography by Arif.
Door gift untuk peserta khatam
Team AJK bidang terjun
Sopan
Tunjuk Yatt
Stress ke Yatt. Asam Pedas Kak Mai atas tudung. haha
Majlis bermula. Saya mulakan dengan bacaan Surah Ad Dhuha kemudian rakan-rakan yang lain. Penutup Ustazah bacakan doa.
Bersama dengan Ustazah Pembimbing kami , Ustazah Afidah
Free style
Tunjuk Ustazah
Jambangan Orkid dari kami
Jambangan Orkid gubahan Kak Fid
Geng BOICT dengan Ustazah
Intan tadi tak ada,hehe
With Puan Pengarah
Tiga dara pingitan
Belog saya, ikut suka saya lah
Eh lagi satu. Tu gaya apa Yatt? hahaha
With Ustazah
Ziera pulak hilang
Love & mini love
Terima kasih Ustazah
Geng Bini orang. Missing Ad

Assalamualaikum. Hari ni kita kasi throwback lah .Sambutan birthday my hubby dan my Nayla untuk tahun 2024. Selalu double celebration tapi tahun ni kita sambut birthday my hubby dulu, bagi special sikit lah. Sebenarnya isteri yang rasa nak makan kek 2 kali . Nampak tak agenda kat situ. kah kah kah. Kali ni beli kek kat The Bakers Cottage Bukit Raja , ada promo pulak kan. Pilihan isteri adalah kek Chocolate Cheese Mousse Cake .
Kisah kelakar siap pinjam kalkulator The Bakers Cottage nak kira umur suami. hahaha
With anak-anak dara and me kat dalam cermin
I love you sayang. Mestilah sayang, takkan tak sayang
Lentok jap. Bersemut tak?
Pencinta kucing . New addition - Milky - Kucing jumpa dalam lubang tepi longkang besar
Bagi apa kat suami? Suami nak duit je. So kita bagi duit je lah. hahaha
Kita belanja suami Iced Hazelnut Latte . Bubur & Kopi Moka Cafe Slow Bar ni ada stall depan Petronas Batu Belah (NGV) . Buka biasa petang sampai malam. Bubur tak pernah try lagi.
Seterusnya
Birthday my Nayla pulak tapi sambut agak lewat sebab birthday dia jatuh hari Isnin ( 8hb) dan hari exam pulak kan. hahaha. So kita sambut hari Sabtu. Kek beli kat Drasani cake hauz dan my Nayla yang pilih kek Oreo . Kek kat sini sedap dan harga pun berpatutan. Yang ni tak silap tak sampai pun RM40. Cukup la buat makan kami anak beranak je pun.
Birthday girl senyum lebar la sebab dapat bouquet flower. Ada ke dia ingat mak dia recycle kakak dia punya sebab mak dia banyak beli kertas sama. hahahahaha
Potong kek
Dari atas
Family ๐
Saya dan anak-anak dara + bulus
Hasil kerastangan Ummi as usual. Chocolate Bouquet with Ipod
Masa weekend sebelum birthday dia tu , dia request nak makan Chicken Chop kat Polperro Steak House Seksyen 7 Shah Alam
Muka puas hati dapat makan Chicken Chop
Bongsu pun nak makan Chicken Chop jugak
Kemain bongsu ni
Kakak sama menu dengan Ummi Lamb Chop
My hubby amikkan gambar
Selfie with my hubby. My hubby dah kenyang, so tak makan. Tu tolong potong Nuha punya.
POLPERRO STEAK HOUSE SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Address: No 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
SAT - THURS : 12.00 PM - 11.00 PM
FRI : 4.00 PM - 12.00 AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Edisi throwback minggu lepas ni. Lunch pakatan hari lahir diteruskan dengan sambutan birthday babe bongsu iaitu Ad. Lokasi macam biasa di Eco Ardence, Setia Alam. So lokasi pilihan kali ni adalah di POLA-DOLA Cafe & kitchen , Eco Ardence . Kali ni kami pilih menu western jugak untuk lunch.
Jom tengok menu dulu lah baru kita enterframe.
Ni Ad punya . Not bad. Spicy Tomato Cream with Tiger Prawn. RM 28. Ad kata pedas seperti yang dia nak .
Ni saya , ida dan Kak Ema punya. Sama je. Creamy Tomyum RM28
Memang in dengan tekak saya , so saya rate 5/5.
Minuman kami yang punya . Kita Hazelnut Latte . RM 13
Birthday Girl. Tq belanja kami Ad.
Mula-mula gambar dua orang-dua orang sebab tunggu makanan sampai baru nak suruh staf POLA-DOLA.
Overall makanan ok cumanya kami salah duduk spot. Tempat kami ni panas sikit , tak selesa sangat . Tapi kalau ada blind ok .
Gambar beramai-ramai dengan makanan matcham biasa.
Lepas tu sessi bergambar kat luar. Sebab tadak sapa nak amik gambar kami ambik la berdua dulu.
Alhamdulillah , Allah hadirkan pelanggan POLA-DOLA yang baik dan amikkan gambar kami. hahaha.
Terima kasih awak.Semoga Allah permudahkan urusan awak dunia akhirat.
POLA-DOLA Cafe & Kitchen
L33-G, Ardence Lab, PT8 Eco Ardence, Persiaran Setia Alam,
Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Edisi throwback tahun lepas ni. Lunch pakatan hari lahir diteruskan dengan sambutan birthday babe seterusnya iaitu Kak Ema. Kami suggestkan kak Ema lokasi di Eco Ardence, Setia Alam. So lokasi pilihan kali ni adalah di Makan Heritage, Eco Ardence . Kali ni kami pilih menu western untuk lunch. Sebenarnya kat kedai tu ada juga pilihan lauk melayu selain menu western.
Jom tengok menu dulu lah baru kita enterframe.
Kak Ema punya - Grilled Salmon Plancha Pasta RM 26.90
Saya punya Spicy Olio Seafood - RM 22.90
Ida sama dengan Kak Ema - Grilled Salmon Plancha Pasta juga RM 26.90
Creamy Salted Egg Pasta - RM 22.90
Tuan belog kedaun dulu yang enterframe
Ok semua enterframe depan signboard Makan Heritage dulu . haha
Tukang belanja a.k.a Birthday Mom, Kak Ema dan Ad
Dengan Ida sebelum dapat makanan
Double chin dah tak boleh sorok2
Ok makanan dah sampai
Peace โ
Makan Heritage Eco Ardence | Shah Alam
60-G Jalan Eco Ardence B U12/36B, Setia Alam, 40170 Shah Alam,
#savepalestine #freepalestine #fromtherivertothesea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru nak tulis pasal birthday saya yang ke biarlah rahsia . hahaha. Kali ni kawan-kawan kat ofiz yang celebrate surprise birthday kat ofiz. Tak surprise sangat sebab dah ada tarikh sambutan . hahaha. Sekali celebrate dengan birthday Kak Sal. Kak Sal terpaksa overshadow birthday saya. Sorry Kak Sal terpaksa lambat celebrate birthday . Saya ok je orang overshadow. hahaha . Matilanak kena luku dengan Kak Sal kang.
Happiest birthday Kak Sal. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Didoakan agar diberikan keampunan bagi umur yang telah berlalu, keberkatan pada usia yang mendatang, dilapangkan & dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, diberikan kemudahan dalam semua urusan yg baik, sentiasa istiqomah dijalan yg benar serta dianugerahkan kebahagiaan di dunia & akhirat.
Amin Ya Rabb...
Seterusnya untuk pakatan hari jadi, saya pilih Dapur Che Lah, Seksyen 13 Shah Alam sempena birthday saya. Rasa nak makan nasi dengan siput sedut. Lauk boleh tahan tapi semua dihidangkan sejuk-sejuk. Atleast maybe boleh hidangkan nasi panas. So saya rate 3/5.
Restoren Dapur Che Lah
Alamat :
84, Jalan Lawan Pedang 13/27 Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia
Facebook :
https://www.facebook.com/p/Restoren-Dapor-Che-Lah-100084988825064/
Buh sekali lah video yang viral kat ig saya. Yang ni potluck dari geng ofiz saya. Nak update lain kali tak tahu bila pulak. hahaha. Cerita September November baru masuk ni.