ZAHRAIN View RSS

Untuk Rakyat - For Rakyat
Hide details



Will Razaleigh replace Anwar? 7 Feb 2013 10:32 PM (12 years ago)

ALLAH ISSUE': Anwar has fallen out of favour with Pas, says MP

KUALA LUMPUR: TALKS about Pas enticing Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah to lead the opposition pact together with DAP and Parti Keadilan Rakyat have emerged again following a recent spat between Pas' powerful Syura Council and opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Independent Bayan Baru member of parliament Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said Pas had rejected Anwar as the leader of the pact following the recent controversy involving the use of the word "Allah", which was reignited by DAP secretary-general Lim Guan Eng.

Zahrain, who is formerly Penang PKR chief, said he was reliably informed that Anwar had fallen out of favour with Pas Syura Council members after he supported DAP's stand on allowing the use of the word "Allah" among non-Muslims.

"Pas leaders are anxious to appease their grassroots supporters who are angry with Anwar over the 'Allah' issue and that was why I was told that (Pas spiritual leader Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) had floated the idea of getting Ku Li as the pact's alternative leader when he met (DAP national chairman) Karpal (Singh) at his house recently.

"Since Karpal had denied that the 'Allah' issue was discussed at the meeting, I would like to know if the information I received that the two leaders discussed the possibility of Ku Li replacing Anwar is true."

Razaleigh, who is Gua Musang MP and a veteran Umno leader, had several times been linked to opposition parties, in particular Pas. Razaleigh had denied such talks as rumours in the past.

Zahrain said he was also informed that Pas' recommendation that Razaleigh be appointed the opposition leader was a compromise as the party had accepted the fact that Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang would not be accepted by DAP to fill the post. Pas had, in its last muktamar in Kota Baru, proposed Hadi to be the prime minister if the opposition pact wrested control of the Federal Government.

 Will Razaleigh replace Anwar?' - Politics - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/politics/will-razaleigh-replace-anwar-1.215010#ixzz2KI4DQkwQ

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Putaran ganas politik P. Pinang 30 Jan 2013 6:53 PM (12 years ago)


Putaran ganas politik P. Pinang

DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM ialah Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas).
Sekumpulan ahli Pas Pulau Pinang membuat demonstrasi membantah Karpal Singh yang mencampuri urusan Majlis Syura berhubung penggunaan kalimah Allah di hadapan pejabat Karpal di Jalan Green Hall, Georgetown baru-baru ini. - UTUSAN/ismail kamadin

Ketika polemik tentang penggunaan Kalimah Allah dalam Kitab Injil versi bahasa Melayu masih belum reda rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan khabar angin tentang pesta membakar Kitab Injil di Pulau Pinang.

Pusingan kedua perdebatan umum mengenai Kalimah Allah juga bermula atau lebih tepat lagi dimulakan di Pulau Pinang oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Nampaknya Pulau Pinang yang suatu ketika dulu begitu rukun damai telah bertukar wajah menjadi pusat politik kotor negara. Semenjak diterajui DAP dan Guan Eng menjadi Ketua Menteri, hubungan antara kaum telah semakin renggang di Pulau Pinang.

Hari ini kita saksikan bagaimana rakyat Pulau Pinang, terutamanya anak watan, berdemonstrasi di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Ketua Menteri. Kita saksikan bagaimana orang Pas sendiri mengkritik Guan Eng dan memijak bendera DAP di jalanan.

Mengapa dengan tiba-tiba masyarakat yang sebelum ini hidup rukun damai sanggup melakukan perkara sedemikian? Apakah ini semua hanya mainan politik kepartian seperti digembar-gemburkan?

Apakah UMNO menjadi dalang di sebalik tentangan terhadap seorang Ketua Menteri berbangsa Cina dari Melaka?

Ada yang mengatakan tindakan mengkritik Guan Eng di jalanan adalah politik perkauman tetapi kenapa demonstrasi jalanan yang sama tidak berlaku ketika pemimpin Gerakan seperti Tun Lim Chong Eu dan Tan Sri Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri?

Isunya di sini bukan keturunan, bangsa atau agama pemimpin tetapi lebih kepada cara pemimpin yang dilantik menjalankan tugas tanpa prejudis. Guan Eng dikecam hebat hari ini kerana pentadbiran ala diktator yang penuh dengan unsur-unsur cauvinis dan rasis.

Pentadbiran negeri Pulau Pinang yang dikongkong DAP dikritik hebat kerana sifat kuku besi yang mengetepikan norma-norma amalan demokrasi dan kepimpinan secara kolektif.

Saya berpengalaman dalam pentadbiran ala-diktator di Pulau Pinang ketika menerajui Parti Keadilan Rakyat selepas Pilihan Raya 2008 dan salah satu sebab utama saya meninggalkan PKR dan pakatan pembangkang adalah atas masalah yang sama.

Hari ini jelas pemimpin PKR dan Pas telah diperkudakan dalam setiap keputusan kerajaan negeri dan isu yang ditimbulkan demi kelangsungan politik DAP.

Kita nampak bagaimana pemimpin PKR dan Pas sanggup bercakaran sesama mereka demi mempertahankan isu Kalimah Allah yang ditimbulkan Guan Eng.

Saya terpanggil untuk mengutarakan perkara ini kerana nampaknya benih politik kebencian yang disemai pihak pembangkang telah bercambah dan mula memakan diri mereka sendiri.

Rakyat Pulau Pinang, terutamanya mereka yang terpedaya dengan hasutan politik kebencian yang dicanang dalam setiap ucapan dan ceramah ketika Pilihan Raya 2008, kini telah mula sedar akan kesilapan mereka.

Tuduhan rasuah yang dilemparkan sewenangwenangnya ke atas pihak lain kini terpalit di muka sendiri. Begitu juga dengan label-label seperti kronisme dan nepotisme.

Kini bidalan 'paku dulang paku serpih…' sering dilemparkan kembali kepada pemimpin pembangkang, khususnya pemimpin DAP, apabila mereka cuba mempersoal pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang ketelusan.

Guan Eng yang suatu ketika dahulu pernah ditolak keluar dari DAP Melaka sedar akan kesan negatif skandal pemilihan Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP baru-baru ini.

Ahli biasa DAP di peringkat akar umbi telah mula bangkit untuk menyoal kepimpinan DAP yang ditunjangi keluarga Lim dan Karpal Singh berhubung penipuan yang berlaku dalam pemilihan parti itu.

Apakah benar pemimpin DAP telah menyediakan 'menu CEC' dan mengarahkan atau menyogok perwakilan untuk memangkah 'menu' pilihan mereka ketika pemilihan tempoh hari?

Saya pasti ahli biasa DAP ingin tahu kebenaran tentang pemilihan ini sebelum mereka berteriak di jalanan mendesak SPR agar lebih telus. Sebenarnya pemimpin DAP, terutamanya Guan Eng, sedar bahawa skandal pemilihan CEC ini mampu menggugat kedudukan mereka dalam parti dan di mata umum.

Bila ternampak bibit-bibit yang penyokong mereka sendiri telah mula mempersoalkan kesahihan pemilihan DAP, Guan Eng sekali lagi menimbulkan perdebatan Kalimah Allah untuk mengalih perhatian umum.

Pemimpin PKR dan Pas bertindak umpama budak suruhan DAP dan terus mempertahankan pemimpin agung mereka. Hanya Majlis Syura Pas dan beberapa kerat pemimpin lain yang berani bersuara menentang politik diktator DAP.

Puak Anwarinas dalam Pas dan PKR berdiri teguh di belakang DAP walaupun Kalimah Allah dipermainkan demi politik golongan cauvinis. Sekali lagi pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Kerajaan Pusat yang ditunjangi Barisan Nasional (BN). Tuduhan bahawa kerajaan kita ini zalim, kejam dan bersifat perkauman sering dilemparkan pemimpin Cina DAP.

Jika segala pertuduhan liar mereka, terutamanya yang disiarkan di dalam akhbar berbahasa Cina dihayati, terbakar hati orang Melayu. Tetapi apakah benar kerajaan zalim?

Rakyat yang matang harus berfikir dalam keadaan yang waras sebelum terikut-ikut dengan politik kebencian yang dicanang puak pembangkang dalam negara kita ini.

Kita harus berfikir sejenak kenapa sejak negara ini merdeka pada tahun 1957 sehingga kebelakangan ini tidak pernah wujud polemik tentang penggunaan Kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam?

Siapa yang menjadikan penggunaan Kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam sebagai senjata politik? Apakah mereka yang menimbulkan isu ini bergerak atas landasan kebenaran atau hanya mempergunakan agama untuk politik kepartian?

Mereka yang waras harus berfikir kerana ketika negara dilanda rusuhan perkauman yang paling buruk dalam sejarah pun, yang membakar hati dan perasaan rakyat pelbagai kaum adalah politik kebencian. Tidak ada sesiapa yang membakar Kitab al-Quran atau Kitab Injil ketika kemuncak rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Pertumpahan darah berlaku dalam tahun 1969 kerana pemikiran rakyat diracuni politik kebencian dan perkauman yang sempit sehingga adab dan tata susila hilang ditelan perasaan marah.

Janganlah kita terpedaya buat kali kedua dalam mainan politik kotor yang dipelopori mereka yang rakus kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik mereka dan keluarga mereka.

Rakyat yang matang harus berfikir dan kekal waras demi masa depan anak cucu kita. Rakyat Pulau Pinang harus bangkit menentang politik kebencian yang semakin hari semakin memuncak dan mengganggu perjalanan kehidupan harian. Sudah tiba masanya kita bangkit menentang 'kemungkaran' DAP di Pulau Pinang kerana kita sebenarnya tidak ada pilihan lain.

Pemimpin yang bermaharajalela dengan memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di Pulau Pinang mampu ditewaskan jika kita bersatu. Pemimpin masyarakat akar umbi harus berdiri mempertahankan nilai hidup rukun damai kita.

Pemimpin BN harus mengambil iktibar akan malapetaka yang melanda Pulau Pinang kini dan bersatu untuk mengembalikan zaman kegemilangan yang mana kita menjadi contoh keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

Segalanya mungkin jika kita benar-benar mengetepikan kepentingan peribadi dan berani menyatakan yang benar. Jangan biarkan Pulau Pinang hancur ditelan politik kebencian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130128/re_02/Putaran-ganas-politik-P.-Pinang#ixzz2JWP97odx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Ancaman DAP 7 Jan 2013 8:41 PM (12 years ago)


Permainan politik DAP, hancurkan penyatuan Melayu


DEWASA ini percaturan politik dalam negara kita menjadi begitu 'panas' sehingga perbuatan serta tindakan yang dahulunya terlarang atau mustahil kini menjadi mainan politik harian.

Dahulu persoalan sensitif diatasi menerusi muzakarah atau perbincangan tertutup demi menjaga hati masyarakat pelbagai kaum tetapi perbezaan dan percanggahan menjadi makanan ruji demi kelangsungan agenda perkauman sempit segelintir ahli politik.

Jika dahulu kita meraikan kepelbagaian masyarakat, tetapi kini kepelbagaian serta perbezaan itu dilacurkan demi nafsu politik puak yang ingin merampas kuasa pemerintahan negara.

Yang nyata segala kecelaruan, kebencian serta permusuhan politik perkauman di negara ini kini dipelopori parti politik serta pemimpin mereka yang gila kuasa.

Setelah menikmati sedikit kuasa politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008, parti cauvinis Cina seperti DAP kini kemaruk kuasa berhasrat untuk mengambilalih kepimpinan negara Islam ini.

Sejak kebelakangan ini DAP amat agresif dalam keinginan mereka untuk menguasai negara ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja, tanpa apa jua batasan atau had.

Persoalan yang berkisar dengan asas-asas agama, bangsa, kedaulatan Raja-Raja Melayu serta hak istimewa bumiputera dicanang sebegitu rupa sehingga ada dalam kalangan bumiputera dan Melayu liberal yang terpengaruh.

Setelah berjaya meracuni pemikiran kebanyakan orang Malaysia berketurunan Cina dengan pelbagai bentuk hasutan dan dakyah politik kini DAP telah berjaya menyusup masuk memperbodohkan orang Melayu dan bumiputera lain pula.

Pengalaman peribadi duduk bersama pemimpin tertinggi DAP di Pulau Pinang cukup untuk menyedarkan saya akan niat serta agenda jahat puak ini terhadap sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka.

Yang lebih teruk ialah DAP adalah sebuah parti cauvinis Cina yang sebegitu rasis dan secara jelas membelakangkan kepentingan orang lain.Salah satu isu pokok yang mencetuskan krisis dalaman Pakatan di Pulau Pinang pada tahun 2009/2010 sehingga saya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta pakatan haram tersebut ialah sikap cauvinis, rasis serta gila kuasa pemimpin DAP.

Yang anehnya dalam pakatan haram tersebut, pemimpin Melayu yang begitu terdesak ingin menjadi Perdana Menteri sanggup menggadaikan bangsanya sendiri demi nafsu peribadinya. Yang saya maksudkan di sini ialah nafsu politik.

Walaupun orang Melayu dan bumiputera diancam sebegitu rupa dengan dasar-dasar penindasan yang ditunjangi DAP di Pulau Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berdiam diri dengan syarat DAP bersetuju mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri.

Tindakan menggadaikan agama dan bangsa tidak terhenti di situ sahaja. Segelintir lagi orang Melayu, beberapa orang dari UMNO dan selainnya dari badan-badan bukan kerajaan, dipengaruhi untuk menyertai DAP.

Agenda DAP amat jelas namun mata serta hati individu yang pada ketika itu merajuk atau tidak puas hati dengan UMNO dan Barisan Nasional tertutup dengan janji-janji manis serta idealisme palsu DAP.

Namun adalah adat serta lumrah kehidupan di mana yang palsu itu tetap akan tumbang dan lambat laun tipu daya akan terbongkar.

Seperti yang kita sedia maklum, ada insiden di mana seorang pemimpin Melayu yang terlibat langsung dalam pengaturan strategi politik DAP Pulau Pinang bertindak berani membongkarkan agenda negara Kristian DAP dan seterusnya meninggal parti itu dengan penuh rasa kesal.

Sudah pasti DAP serta Setiausaha Agungnya menafikan segala agenda jahat mereka bila tersepit dengan kebenaran.

Begitu jugalah reaksi mereka bila bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz menempelak politik sempit 'matlamat menghalalkan cara' parti cauvinis tersebut dan meninggalkan parti itu.

Pada mulanya kepimpinan DAP yang terkejut dengan tindakan berani Tunku Abdul Aziz cuba menyogok beliau dengan pelbagai imbuhan sehingga Lim Kit Siang sendiri beberapa kali bertandang ke rumah Tunku Abdul Aziz. Tetapi apabila tokoh pejuang integriti dan anti-rasuah itu tidak berganjak, pemimpin DAP memperlekehkan beliau dengan pelbagai tuduhan dan cacian terbuka.

Apakah DAP kesal kerana seorang tokoh yang begitu terkenal di peringkat antarabangsa kerana integriti beliau meninggalkan mereka atau terdesak kerana seorang Melayu yang ingin dijadikan kuda tunggangan telah sedar akan agenda kotor DAP?

Parti DAP dalam keadaan yang amat terdesak sekarang kerana percubaan mereka untuk menampilkan wajah sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang mewakili seluruh rakyat negara ini telah gagal. Kegagalan ini diperkukuhkan lagi dengan keputusan pemilihan kepimpinan DAP bulan lepas.

Walaupun DAP cuba mengenakan topeng kepelbagaian kaum mereka namun keputusan pemilihan tersebut hanya memperkukuhkan kenyataan bahawa mereka hanyalah sebuah parti cauvinis Cina yang sanggup mengetepikan kepentingan kaum lain.

Orang Melayu harus sedar akan hakikat ini dan orang Melayu juga harus sedar bahawa DAP akan sanggup melakukan apa saja, tanpa sebarang bentuk batasan agama, bangsa atau undang-undang, untuk mempengaruhi orang Melayu.

Pembohongan, tipu daya serta dakyah politik yang tidak mengenal batas ini sekali lagi terbukti dengan tindakan terbaru mereka 'memperbetulkan' keputusan pemilihan DAP.

Jika kita masih ingat Tunku Abdul Aziz meninggalkan DAP kerana kesediaan parti itu menyokong pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' ketika rusuhan jalanan Bersih 3.0 yang meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah negara ini.

Titik hitam itu terpalit ketika DAP bersama Pas dan PKR menyokong rusuhan jalanan Bersih 3.0 yang kononnya perlu kerana proses pilihan raya dalam negara kita ini tidak telus dan bersih.

Pelbagai tuduhan liar dilemparkan pemimpin DAP dan sekutu mereka ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sehingga pihak asing juga dipinta mencampuri urusan pemilihan kepimpinan kita. Semua ini dibuat atas alasan inginkan pilihan raya telus dan bersih.

Apakah pada hari ini ada pemimpin DAP yang sanggup berdiri di atas pentas, mendabik dada dan mengisytiharkan bahawa pemilihan DAP tempoh hari yang hanya membabitkan lebih kurang 2,000 perwakilan itu telus, bebas dan bersih?

Apakah wajar mereka yang tidak mampu serta gagal menguruskan pemilihan 20 wakil oleh 2,000 perwakilan mengkritik kepincangan SPR yang menguruskan lebih 12.5 juta pengundi di segala pelosok negara ini? Inilah contoh nyata hipokrasi DAP dan puak pembangkang.

Tetapi kenapa DAP sanggup menghadapi kritikan sedemikian dengan 'memperbetulkan' keputusan pemilihan mereka itu? Apakah tindakan itu dibuat atas nama ketelusan atau kerana terdesak untuk menyelitkan seorang Cina bertopeng Melayu untuk menawan hati orang Melayu?

Saya ingin memperingatkan orang Melayu serta rakyat Malaysia secara umumnya bahawa DAP sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merampas kuasa politik kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah peluang terakhir mereka.

Jika mereka gagal untuk mempengaruhi orang Melayu untuk menyertai atau menyokong mereka, puak cauvinis ini akan bertindak memecah belahkan orang Melayu dan bumiputera agar kita berpecah menjadi minoriti.

Permainan politik DAP untuk menghancurkan penyatuan orang Melayu amat licik dan jika kita alpa dengan sentimen kepartian dan adu domba musuh maka masa depan anak cucu kita pasti tergadai di bumi sendiri.

Tindakan Guan Eng menimbulkan kembali isu penggunaan kalimah Allah dalam Kitab Injil adalah senjata politik serampang dua mata yang akan pasti memecah belahkan kita.

Ia senjata serampang dua mata DAP kerana selain memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam isu kalimah 'Allah' juga melaga-lagakan orang Islam dengan orang Kristian.

Saya pasti pemimpin Melayu dalam Pakatan, terutamanya Pas dan PKR sedar akan bahaya isu kalimah Allah ini terhadap orang Melayu dan kesejahteraan rakyat Malaysia namun, seperti saya tegaskan dari awal lagi, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai kuasa politik.

Pemimpin politik Melayu seperti Anwar akan hanya kekal relevan apabila masyarakat berpecah-belah dan benci-membenci sesama lain.

Orang Melayu, terutamanya golongan muda serta mereka yang agak kritikal terhadap kepimpinan sedia ada, harus sedar akan hakikat ini dan mencatur perjalanan atau kecenderungan politik mereka dengan mata dan hati yang terbuka.

Jika orang Melayu mendahulukuan kepentingan agama, bangsa dan negara tercinta ini, dan mengetepikan seketika kepentingan peribadi dan politik kepartian, kebenaran hakiki akan menjelma di hadapan kita.

Berpeganglah kepada kebenaran dan akidah kita sebagai umat Islam.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130107/re_03/Permainan-politik-DAP,-hancurkan-penyatuan-Melayu#ixzz2HMKAAZp1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kebenaran akan atasi kebencian 23 Dec 2012 12:00 AM (12 years ago)


SERINGKALI saya dilontarkan dengan pertanyaan 'Datuk Seri akan bertanding ker dalam pilihan raya yang akan datang?" Persoalan ini bukan sahaja menjadi kegemaran rakan-rakan media. Keluarga dan sahabat handai juga ikut sama.

Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran mereka sejak saya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari 2010 dan bertindak menjadi Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru di Pulau Pinang.

Pada ketika itu ramai juga yang membuat pertuduhan liar dan tohmahan bermacam rupa, mungkin kerana saya ketika juga itu adalah Ketua PKR Pulau Pinang. Saya meninggalkan PKR atas prinsip, apabila keraguan saya mengatasi keyakinan terhadap hala-tuju dan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Kini, setelah hampir tiga tahun saya pasti keputusan saya itu tidak sia-sia kerana ramai lagi pimpinan serta anggota Pakatan yang telah meninggalkan mereka.

Mungkin saya akan mendalami isu itu dalam masa-masa yang akan datang kerana isu pokok yang mencabar kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam pada hari ini ialah kesatuan orang Melayu dan bumiputera.

Kedudukan orang Melayu dalam politik tanah air amat membimbangkan saya kerana orang Melayu, Bumiputera dan Islam berpecah sehingga menjadi golongan kecil yang mungkin hilang pengaruh sama-sekali.

Persoalannya disini bukan kepentingan individu atau apakah saya akan bertanding sebagai wakil rakyat. Persoalannya ialah Apakah orang Melayu sedar akan kedudukan perpecahan yang amat getir ini?

Apakah mungkin DAP, satu perkumpulan yang ditunjangi born-again Christians dan puak cauvinis menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan bumiputera? Mana mungkin Pas yang nyata sesat dari landasan Islam menjadi pemimpin sebuah negara Islam yang dikagumi dunia?

Jangan kita lalai dan alpa ketika ada yang memperalatkan agama untuk memecah-belahkan masyarakat demi kepentingan politik peribadi. Kita orang Melayu/ bumiputera harus bersatu.

KENAPA UMNO?

Sebagai orang Melayu yang berpegang kepada keramat agama, bangsa dan negara, kita tiada pilihan tetapi bersatu di bawah naungan UMNO. Saya cukup berpengalaman mengharungi politik tertinggi pihak pembangkang dan cukup setakat saya katakan di sini bahawa orang Melayu sebenarnya tidak ada pilihan selain UMNO.

Saya masih belum diterima menjadi ahli UMNO secara rasmi tetapi saya telah menulis surat kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak) menyatakan keinginan saya untuk menjadi ahli UMNO.

Bukan kerana dijemput menyertai UMNO tetapi kerana kepimpinan UMNO dan secara langsung kepimpinan kerajaan kini jauh lebih matang dan membawa kesan langsung kepada rakyat.

Pihak pembangkang sendiri mengakui kebijaksanaan pimpinan serta hands on approach Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambilalih tampuk pemerintahan.

Tapi kerana mereka itu pembangkang yang bukan sahaja membangkang tetapi berhasrat menumbangkan kerajaan sedia ada, pihak DAP, Pas dan PKR tidak berani mengakui keberkesanan pimpinan Najib secara terbuka. Malah, kritikan serta tohmahan diperhebat menyerang peribadi Perdana Menteri.

Mungkin saya juga akan ditohmah kembali dan diberi pelbagai label baru tetapi biarkanlah mereka dengan cara mereka. Mungkin jika kita adakan pertandingan antara parti-parti pembangkang diseluruh dunia, puak pembangkang dari Malaysia mungkin layak memenangi anugerah Pembohong Terbaik.

Sebagaimana kita bersyukur dan berterima kasih atas kebijaksanaan, kita juga harus berani menerima hakikat bahawa tidak ada parti politik atau kerajaan yang sempurna 100 peratus dalam dunia ini.

Ini tidak bermakna kita harus berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi kepincangan parti atau kerajaan kita. Begitu jugalah dengan UMNO dan Barisan Nasional. Nyata UMNO kini lebih dinamik, demokratik dan terbuka. Ini adalah fakta yang diakui kawan dan lawan.

Pemilihan pimpinan DAP baru-baru ini masih segar dalam pemikiran kita. Cara dan keputusan pemilihan serta lantikan pimpinan tertinggi parti cauvinis Cina itu memalukan anggota dan penyokong mereka sendiri.

Kuasa 'diktator' yang dimiliki keluarga tertentu dalam DAP begitu menyerlah sehingga mereka yang dipilih perwakilan pun dipinggirkan demi 'tokong' mereka.

Mana mungkin orang Melayu bernaung di bawah satu perkumpulan cauvinis Cina yang begitu tamak kuasa sehingga keluarga dan kaum didahulukan dalam setiap inci pergerakan mereka? DAP adalah parti rasis dan ini telah terbukti dengan sendirinya melalui pemilihan pimpinan tertinggi mereka.

Sebagai ahli politik Melayu dari Pulau Pinang yang telah terlibat dalam pelbagai pendekatan perniagaan, pentadbiran dan politik saya dapat rasakan yang orang Melayu secara umumnya telah mula sedar akan dilema Melayu pada hari ini.

Hati orang Melayu yang benar-benar menghayati keramat agama, bangsa dan negara telah terdetik. Kita tahu, tetapi politik kepartian dan kebencian yang disemai menjadi penghalang kepada penyatuan kita.

UMNO itu sendiri harus menghayati transformasi yang dipelopori Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan beliau. Bayangkan jika setiap ahli Umno dan Barisan Nasional bergerak dengan tenaga dan ketangkasan Najib dalam mentadbir negara.

Ramai yang berkata 'Najib dengan Muhyiddin berkerja keras, yang lain masih tak berapa bermaya". Ini persepsi rakyat walaupun ramai lagi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang bertungkus lumus dalam era transformasi politik dan pentadbiran yang dipantau Perdana Menteri.

Benih kebencian, yang disemai secara amat teratur dari peringkat kanak-kanak lagi, kini menghantui bangsa Melayu tetapi politik kebencian ini tidak mungkin mengatasi khidmat ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

Jika orang UMNO sayangkan Melayu dan jika orang Melayu ingin memperkasakan UMNO, inilah masanya. Inilah masanya untuk kita bersatu demi masa depan negara bangsa kita.

Nasi tidak mungkin menjadi bubur jika kita bertekad dan bersatu mengharungi cabaran getir yang bakal menentukan hidup matinya bangsa Melayu dan agama Islam di bumi bertuah ini. Saya yakin kebenaran akan mengatasi kebencian dalam sanubari Melayu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121223/re_12/Kebenaran-akan-atasi-kebencian#ixzz2FqlWxPuj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kenapa UMNO? 11 Dec 2012 9:42 PM (12 years ago)

Demi bangsa dan agama

TANGGAL 12 Februari 2010 merupakan antara detik terpenting dalam hidup Ahli Parlimen Bayan Baru, DATUK SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM apabila beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.



Meskipun hanya menganggotai konsensus Bebas ,Zahrain dan rakan-rakan Bebas yang lain tidak terkecuali membahaskan dengan lantang isu-isu berkaitan rakyat.
Kini, Zahrain sekali lagi membuat satu keputusan yang agak besar apabila memutuskan untuk menyertai UMNO selepas lebih dua tahun bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Bersama wartawan Mingguan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD dan jurufoto, SHIDDIEQIIN ZON, beliau berkongsi perasaannya terutama ketika mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

MINGGUAN: Daripada kaca mata Datuk Seri bagaimanakah peluang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang?
ZAHRAIN: Secara keseluruhannya pemulihan BN sejak 2008 sehingga sekarang nampak hebat sekali. Kita pun dapat melihat corak pendekatan pimpinan BN hari ini jelas dan tajuk yang digunakan iaitu janji ditepati memang tepat sekali. Melalui kepimpinan Perdana Menteri (Najib) saya juga melihat kepercayaan terhadap BN meningkat. Oleh sebab itu saya tidak mahu menjadi penghalang kepada BN untuk menang. Atas sebab itu juga saya telah membuat pendirian, saya tidak mahu menggugat kedudukan BN di mana-mana kawasan.
Daripada konteks sokongan, saya akui sokongan rakyat terhadap BN semakin bertambah dan peluang BN untuk menang pada PRU-13 amat cerah tetapi dengan satu peringatan, jangan ada masalah dalam BN sendiri. Saya cukup yakin jika tiada sebarang masalah BN bukan sahaja mampu menang malah mampu mencapai kemenangan paling cemerlang pada pilihan raya kali ini.

Apakah faktor-faktor Datuk Seri menentang BN terutama pada pilihan raya umum yang lalu (PRU-12)?
ZAHRAIN: Saya menentang BN dahulu sebab saya melihat BN pada masa itu memang ada kelemahan-kelemahan yang terserlah dan tiada sebarang usaha untuk membetulkan keadaan. Ini menyebabkan orang marah kepada BN dan menyokong pakatan pembangkang walaupun BN menang besar pada pilihan raya 2004. Kita perlu akui rakyat amat kecewa dengan kepimpinan pada masa itu. Ini ditambah lagi dengan permainan pihak pembangkang yang memutar belitkan fakta. Meskipun BN teruk diserang oleh pihak pembangkang tetapi tiada sebarang usaha daripada pihak BN pada masa itu untuk perbetulkan keadaan. Namun begitu keadaannya amat berbeza sekarang. UMNO dan BN ketika ini berbeza dengan yang dahulu.
Berdasarkan pengamatan Datuk Seri sejauh mana kekuatan pembangkang ketika ini?
ZAHRAIN: Kumpulan pembangkang ini kumpulan yang tidak sesuai (untuk menjadi pemerintah). Nama pakatan rakyat itu bukannya rakyat yang berpakat. Kita boleh lihat corak perjuangan Pas dan corak perjuangan DAP yang jauh berbeza. Apa yang dilakukan oleh DAP dan apa yang dilakukan oleh Pas, kita nampak hanya untuk menanamkan semangat kebencian yang boleh menjadikan keadaan di negara kita meruncing. Apabila ada sifat benci kepada sebangsa, seagama ia akan menjadi masalah. Itu puncanya. Apa yang dilakukan oleh Pas khususnya lari daripada ajaran Islam. Allah SWT tidak pernah mengajar kita untuk memurtadkan, memaki dan mendoakan kehancuran sesama bangsa dan sesama agama.
Adakah isu-isu yang melanda pembangkang seperti isu doa kehancuran UMNO oleh Pas dan isu kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyebabkan rakyat khususnya golongan atas pagar tidak lagi menyokong mereka. Komen Datuk Seri?
ZAHRAIN: Keputusan Pilihan Raya 2008 menunjukkan rakyat negara kita boleh berfikir dan atas fikiran itu BN telah menerima satu tamparan yang amat hebat. Realitinya, masyarakat yang sentiasa berfikir itu masih wujud. Namun kita tidak boleh menafikan parti pembangkang seperti Pas mempunyai penyokong tegar masing-masing. Kita tidak boleh tumpukan kepada kumpulan ini kerana golongan tersebut tidak akan percaya dan tidak mahu terima kebenaran. Mereka hidup dalam alam fantasi. Mereka mahu meletakkan pemimpin yang banyak masalah menjadi Perdana Menteri. Walau bagaimanapun daripada segi majoriti rakyat saya percaya mereka boleh berfikir mengenai pencapaian BN di bawah kepimpinan BN.
Mereka sudah mula sedar dan celik. Sebagai contoh diri saya sendiri. Dahulu mungkin saya tersilap langkah atas kepercayaan dan semangat kebencian tetapi hari ini selepas saya lihat dan kaji pencapaian BN serta pencapaian pembangkang saya nampak kita tidak ada pilihan. Jika pakatan yang memerintah ia akan memudaratkan negara. Isu-isu yang dilaungkan oleh pakatan sendiri boleh menjadi tanda soal antaranya isu demokrasi, isu hak asasi, isu keadilan, isu kebebasan termasuk usaha mereka untuk mengetengahkan fahaman liberalisme, pluralisme. Ini menjadi satu penganiayaan kepada orang Islam dan orang Melayu khususnya.
Maksud Datuk Seri, adakah rakyat secara majoriti tidak akan mengulangi peristiwa pada 2008?
ZAHRAIN: Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Malaysia keseluruhannya boleh menggunakan fikiran dan akal. Saya juga percaya rakyat boleh melihat perkara yang benar dan yang mungkar.
Mengapa Datuk Seri meninggalkan PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sejak Februari 2010 lalu?
ZAHRAIN: Tagline yang saya gunakan ialah 'keraguan telah mengatasi keyakinan'. Atas asas itu saya tinggalkan PKR. Selain itu saya dapati asas perjuangan PKR hampa kerana apa yang dilaungkan oleh penasihat mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menampakkan kesan kerana terlalu banyak kompromi dilakukan. Seperkara lagi, apabila diletakkan kehendak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melebihi kepentingan rakyat, itu juga telah menunjukkan PKR telah lari daripada perjuangan asal.
Sebenarnya kita merancang supaya parti yang mengambil alih kerajaan merupakan satu parti yang lebih baik daripada BN. Namun kita dapati selepas menang PRU 2008 terserlah kelemahan-kelemahan di dalam PKR. Pucuk pimpinan lebih mengutamakan DAP daripada suara pemimpin sendiri. Tidak boleh dinafikan perjuangan pucuk pimpinan PKR sudah lari daripada perjanjian asal iaitu meletakkan PKR sebagai parti pelbagai kaum yang didominasi oleh orang Melayu, yang mengutamakan Islam, yang mendukung Perlembagaan. PKR gagal. Sebab apa, sebab perjuangan pemimpin utama mereka yang mahu menjadi Perdana Menteri. Dia lupa tanggungjawab asal.
Apakah kepuasan yang Datuk Seri peroleh dalam menjalankan peranan sebagai Ahli Parlimen Bebas?
ZAHRAIN: Ketika meninggalkan wadah perjuangan pakatan pembangkang kita tidak lihat pada masa itu BN dengan jelas. Kita masih ragu-ragu corak perjuangan BN. Cuma kita membuat satu ketetapan dan pendirian bahawa kita tidak boleh dengan pakatan pembangkang. Oleh sebab itu kita berkecimpung sebagai ahli Bebas. Keraguan terhadap BN masih ada. Walau bagaimanapun dalam proses dua tahun ini selepas Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih kepimpinan BN kita nampak ada perubahan sedikit demi sedikit, khususnya pada tahun lalu bagaimana terserlah perubahan yang besar di dalam BN. Antara yang penting, pucuk kepimpinan BN mempunyai sifat tawaduk selain setiap masalah telah diambil tindakan untuk diatasi. Namun bagi saya kemuncaknya apabila saya mendengar ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib yang juga Presiden parti.
Saya telah dijemput hadir pada majlis tersebut. Ucapan yang saya dengar dan disampaikan oleh Najib itu cukup menggamit perasaan saya dan telah membuka mata saya yang mana kita harus lihat UMNO itu merupakan satu wadah perjuangan bagi mempertahankan hak orang Islam dan Melayu. Saya juga percaya tumpuan ucapan dasar Presiden UMNO itu bukan hanya kepada orang UMNO tetapi kepada seluruh warga Melayu di Malaysia dan mesejnya ialah kita tiada pilihan. Orang Islam dan orang Melayu mesti bersama dan bersatu untuk mengekalkan hak kita di negara sendiri. Saya juga terpikat dengan apa yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana jika berlakunya perpecahan Islam dan Melayu yang begitu ketara di negara kita, kita akan menjadi bangsa yang terpinggir di negeri sendiri. Itulah kesannya. Jika orang Melayu terus berpecah kita akan hancur dan akan berhadapan dengan masalah.
Adakah Datuk Seri bermaksud UMNO merupakan parti paling sesuai untuk dijadikan sebagai wadah perjuangan mempertahankan Islam dan Melayu?
ZAHRAIN: Kita amat memerlukan satu wadah perjuangan sekali gus menjadi simbol kepada perjuangan Islam dan Melayu. Jika kita mahu menggunakan parti politik Melayu kita ada tiga pilihan iaitu UMNO, Pas dan PKR. PKR dilihat sudah tidak menjadi parti yang memperjuangkan hak orang Melayu.
Pas pula, bagi saya jika mereka sanggup mendoakan untuk menghancurkan saudara seislam, itu merupakan ajaran yang sesat. Kita harus anggap Pas sudah menjadi parti sesat. Bagi saya kita sebagai orang Islam diminta bermaaf-maafan. Kita tidak boleh membenci sampai ke peringkat menurut hati tidak tentu hala. Ini tidak, mereka mendoakan kehancuran, memurtadkan orang UMNO. Ini bagi saya sudah sesat, lari daripada ajaran Islam. Saya berani kata, hendak cabar, cabarlah, hendak saman saya, samanlah. Selain itu, orang yang rosakkan Anwar Ibrahimlah. Saya juga cukup hairan masih ada orang Melayu kita yang ikut secara membuta tuli. Walaupun saya ini bukan pakar agama tetapi sebagai seorang muslim saya tidak boleh terima cara mereka ini. Saya hairan bagaimana ulama, pakar boleh terima.
Berbalik kepada ucapan dasar Presiden UMNO, di bahagian mana ucapan tersebut benar-benar menyentuh hati Datuk Seri?
ZAHRAIN: Apabila Presiden UMNO kata, kita tidak ada pilihan. Kita dilahirkan di sini, di sini juga kita mencari makan, di sini juga tanah tumpah darah kita dan di sini juga kita akan disemadikan. Sememangnya kita orang Melayu tiada pilihan. Apabila mendengar ucapan itu, saya naik sebak sebab dengan nada yang digunakan oleh Najib ketika itu saya percaya suara itu datang daripada lubuk hatinya, yang benar-benar menunjukkan keikhlasan beliau. Saya cukup tersentuh dan saya merasakan semangat baru Melayu meresap ke dalam tubuh saya. Memanglah, apa pilihan yang ada pada kita.
Bilakah Datuk Seri terfikir untuk menyertai UMNO? Adakah selepas Presiden parti selesai memberi ucapan dasar?
ZAHRAIN: Saya datang ke perhimpunan agung dengan hati yang terbuka. Saya hadir atas jemputan. Pada masa itu saya tiada apa-apa niat. Walau apa pun saya akui saya telah melihat UMNO dan BN semakin pulih dari semasa ke semasa. Namun tidak dinafikan selepas mendengar komitmen Presiden UMNO yang saya sifatkan sebagai bukan sahaja ucapan untuk orang UMNO sahaja tetapi untuk orang Melayu keseluruhannya saya mengaku ada satu macam punya semangat masuk ke dalam diri saya.
Ini mungkin tanda sayang sayang kepada agama saya kepada bangsa saya. Saya ucapkan tahniah kepada Presiden parti dan saya nyatakan ucapan beliau satu ucapan yang hebat dan bukan untuk orang UMNO tetapi kepada semua orang Melayu. Saya juga katakan kepadanya ucapan tersebut memberi pengertian yang amat mendalam kepada perjuangan UMNO iaitu peranan orang UMNO mempertahankan kedudukan agama dan bangsa daripada perjuangan melonjakkan diri sendiri.
Apa harapan Datuk Seri terutama kepada setiap ahli dan pemimpin UMNO terhadap keputusan ini?
ZAHRAIN: Saya berharap or ang UMNO dapat menerima saya dengan hati yang terbuka dan janganlah menganggap saya sebagai satu ancaman. Saya sedia bersama-sama dengan warga UMNO untuk memulihkan, mengukuhkan dan meletakkan UMNO sebagai wadah perjuangan Islam dan Melayu . Itu lebih penting. Kita juga harus sedar itu juga objektif pe rjuangan UMNO.
Bagaimana pula dengan kedudukan kerusi Bayan Baru yang saya kira pasti akan menimbulkan pelbagai spekulasi?
ZAHRAIN: Saya katakan tadi paling penting kita tidak mahu menggagalkan calon BN pada PRU-13 akan datang. Bermakna kita tidak mahu pakatan pembangkang menang kerusi mana-mana pun. Atas pendirian itu isu saya ini tidak akan menjadi keutamaan. Sama ada saya bertanding atau tidak bertanding saya serahkan kepada pucuk pimpinan BN. Mungkin mereka lebih mengetahui sesuatu itu lebih baik daripada saya. Saya percaya apa juga keputusan mereka akan ambil berdasarkan pandangan secara keseluruhan dan itu tidak menjadi masalah atau isu. Siapa pun bertanding saya juga telah mengambil iktibar untuk berusaha dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan sesiapa sahaja calon BN.


http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121209/re_10/Demi-bangsa-dan-agama#ixzz2EohvFuSK

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Seret tali barut ke muka pengadilan 20 Nov 2012 10:57 PM (12 years ago)



Kegiatan puak-puak yang di-taja anasir asing dinegara kita ini adalah sesuatu yang benar dan nyata. Perkara ini bukanlah khayalan atau rekaan mana-mana pihak seperti yang sering digambarkan pihak pembangkang.

Pembohongan bersiri anasir-anasir yang berselindung disebalik pertubuhan haram seperti SUARAM adalah bukti nyata akan kewujudan puak-puak subversif ini didalam negara kita.

Ancaman puak-puak subversif ini adalah amat serius dan harus disekat sebelum nasi menjadi bubur.

Penyaluran maklumat palsu oleh sebuah syarikat guaman tempatan kepada peguam di Perancis, seperti yang di-laporkan sebelum ini adalah pengkhianatan yang amat keji lagi hina.

Kenyataan peguam Amer Hamzah Arshad dari syarikat guaman Zain & Co adalah satu pengkhianatan kerana maklumat yang disalurkan adalah tidak benar dan merupakan pembohongan yang jelas.

Kita tahu pihak Suaram dengan kerjasama erat pihak pembangkang telah menjaja isu pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis demi kepentingan politik mereka.

Kita sedar baru-baru ini bahawa dakwaan pihak Suaram dan puak pembangkang tentang perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah satu pembohongan besar.

Pendakwaraya dari Perancis sendiri telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan atau ‘trial’ di Perancis seperti yang didakwa pihak Suaram dan puak pembangkang selama ini.

Puak-puak ini hanya memperbodohkan rakyat dengan niat jahat, demi kepentingan politik mereka.

Nyata syarikat guaman Zain & Co, menerusi peguam Amer Hamzah Arshad juga bersekongkol mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu dengan niat jahat.

Apakah pendirian Majlis Peguam kita dalam isu ini?

Apakah Majlis Peguam bacul atau mereka sebenarnya ‘ignorant’ berhubung isu ini? 

Saya mendesak agar tindakan tegas diambil keatas peguam terbabit dan syarikat guaman berkenaan kerana ini adalah satu kesalahan yang amat keji.

Majlis Peguam harus dibubarkan jika mereka tidak mampu menangani gejala jijik yang tidak professional ini dikalangan peguam dinegara ini.

Syarikat guaman Zain & Co juga didapati banyak menjalankan urusniaga dengan kerajaan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam konteks ini saya ingin mendesak agar kerajaan mengkajisemula segala urusniaga atau ‘dealings’ dengan syarikat tersebut dengan serta-merta demi menjaga keselamatan negara.

Mana mungkin kerajaan berurusniaga dengan sebuah syarikat yang telah nyata mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu kepada pihak asing?

Kuala Lumpur dan Paris mempunyai hubungan dua-hala yang akrab dari pelbagai aspek, terutamanya dari segi ekonomi. Urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dan puluhan kapal terbang Airbus melibatkan perbelanjaan berbillion ringgit.

Terdapat juga pelbagai jalinan perdagangan lain yang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun.

Walaubagaimanapun hubungan baik dua negara ini tidak terbayang dalam isu pembohongan Suaram dan puak pembangkang berhubung pembelian kapal selam Scorpene kerana sehingga kini kerajaan Peranchis masih berpeluk tubuh menjadi penonton.

Apakah kerajaan Peranchis tidak menghargai hubungan baik dengan Malaysia dan memilih untuk berdiam diri walaupun tohmahan demi tohmahan dilemparkan keatas pemimpin dan kerajaan Malaysia?

Kenapa kerajaan Peranchis atau pihak kedutaan mereka di sini seolah-olah memihak kepada pihak lain walaupun kebenaran itu berpaut pada pihak kerajaan?

Apakah Hak Asasi Manusia, kebebasan dan sebagainya lebih penting dari kebenaran?

Sebagai rakyat Malaysia saya mahu kerajaan mengkaji semula urusan perdagangan dengan syarikat-syarikat Peranchis kerana negara itu seolah-olah menjadi duri dalam daging bagi kita.

SUARAM adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dalam negara ini. Fakta ini diakui sendiri oleh pemimpin politik pembangkang yang menerajui pertubuhan haram itu.

SUARAM juga telah terbukti menerima dana dari organisasi asing yang telah memainkan peranan penting dalam memporak-perandakan beberapa negara yang kini bergelumang dalam konflik politik dan perang saudara.


Jenayah yang dilakukan SUARAM adalah amat jelas dan kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas keatas rakyat Malaysia yang menjadi tali barut asing.

Tali barut asing yang mencipta maklumat palsu harus dibawa kemuka pengadilan. Jika kita gagal bertindak mungkin perbuatan khianat sedemikian akan di-ulangi kerana habuan yang diterima adalah amat lumayan.

Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana kealpaan pada masa ini.



Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Menongkah Arus 18 Nov 2012 7:57 PM (12 years ago)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Zahrain tempelak Bung - UTUSAN MALAYSIA 25 Oct 2012 5:54 AM (12 years ago)

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menempelak tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

Zahrain memberitahu, sebagai seorang ahli UMNO yang berjuang untuk orang Melayu, Bung Mokhtar seharusnya bangga serta menyokong kejayaan yang telah dikecapi oleh anak Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukan mengkritiknya. 

Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan itu, Zahrain berharap Bung Mokhtar akan segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara berkenaan. 

"Bercakap soal monopoli, sektor perniagaan dan perdagangan di negara kita dikuasai oleh golongan bukan Melayu. Kalau ada anak Melayu yang mampu bersaing dengan bukan Melayu dalam bidang ini, mengapa kita harus pertikaikan dan kritik, kita sepatutnya beri sokongan kepada beliau. 

"Saya secara peribadi tidak berpendapat beliau (Syed Mokhtar) memonopoli pelbagai jenis perniagaan di negara ini kerana beliau hanya menyertai projek-projek atau perniagaan tertentu yang akhirnya terbukti dapat dijayakannya. 

"Ada peniaga-peniaga Melayu yang diberikan peluang dan tempat tetapi gagal, jadi kita harus bangga dengan Tan Sri Syed Mokhtar," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Bung Mokhtar pada persidangan Dewan Rakyat semalam yang mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, laut mahupun udara. 

Menurut Zahrain, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kenyataan Bung Mokhtar itu tetapi menyifatkannya tidak adil kepada ahli perniagaan Melayu yang berjaya. 

"Saya pelik, bagaimana Bung Mokhtar yang sepatutnya mempertahankan ahli perniagaan Melayu seperti Syed Mokhtar, sebaliknya mengkritik beliau," jelasnya. 

Tambah Zahrain, isu membabitkan Syed Mokhtar ini seolah-olah memberi gambaran bahawa orang Melayu sentiasa tidak senang dengan kejayaan orang Melayu yang lain. 

"Perasaan cemburu, dengki dalam hati yang timbul apabila melihat kejayaan orang lain perlu dikikis. Kita sewajarnya menyokong dan berkongsi rahsia kejayaan masing-masing untuk manfaat orang Melayu yang lain," ujarnya. - Utusan Malaysia




Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Perbahasan Belanjawan 2013 - Ahli Parlimen Bayan Baru 10 Oct 2012 9:51 PM (12 years ago)



PERBAHASAN BELANJAWAN 2013 - 10 Oktober 2013
Ahli Parlimen Bayan Baru
Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim 
Dewan Rakyat - Parlimen Malaysia 

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. 

Tuan Yang Di-Pertua, 

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih serta tahniah kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak di-atas pembentangan Belanjawan -Janji DiTepati.

Terima kasih saya dahulukan kerana rasa syukur segenap lapisan masyarakat dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub didalam Belanjawan Janji DiTepati dapat dirasai disetiap pelusuk bumi bertuah ini.

Umpama pelita yang menerangi kegelapan malam, keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat menerusi Belanjawan kali ini telah nyata menerangi hati sanubari serta kehidupan kita semua. 

Tuan Yang DiPertua,  

Manusia dipegang pada janjinya, begitu juga dengan kerajaan yang memerintah serta pemimpin yang menunjangi kerajaan itu. 

Peruntukan serta perancangan yang dibentangkan menerusi Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 yakni Belanjawan 2013 sememangnya menepati ciri-ciri ‘sebuah janji yang ditepati’ demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.

Belanjawan Janji DiTepati ini menengahkan suara hati serta keperluan rakyat jelata, ketika enau dalam belukar sibuk hendak lepaskan pucuk masing-masing. 

Tuan Yang DiPertua, 

Hanya yang dangkal akan menolak rancangan yang baik untuk masyarakat kita. 

Belanjawan kali ini memperuntukan sejumlah wang yang besar bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

Tiga puluh billion ringgit disediakan bagi menampung keperluan infrastruktur, perindustrian, pertanian dan pembangunan luar bandar. 

Sejumlah 11.1 billion ringgit dikhususkan untuk pendidikan, latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.  Manakala 4.6 billion ringgit lagi diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan.

Peruntukan yang saya sebut ini adalah diantara fokus utama Belanjawan Janji DiTepati dan ianya jelas menzahirkan aspirasi kerajaan yang peka terhadap denyut nadi rakyat. 

Tuan Yang DiPertua, 

Ketika kerajaan sibuk mencorak masa depan negara bangsa menerusi pelbagai perancangan jangka panjang dan pendek, saya tahu ada pihak yang tidak tidur malam sibuk merancang untuk menggagalkan usaha kerajaan ini.

Golongan duri dalam daging ini sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik sempit mereka, termasuk memburuk-burukkan negara dimata dunia.

Terdapat pelbagai usaha golongan keji ini untuk menghalang pelaburan asing ke-negara ini, antaranya ialah melakukan kegiatan yang bertentangan dengan prinsip kewangan antarabangsa secara terbuka.

Tindakan seorang ahli politik pembangkang membocorkan butiran akaun bank syarikat dan individu bukan saja menyalahi undang-undang Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989 tetapi telah mengejutkan pelabur asing.

Pelabur asing yang kini runsing dengan tahap penguatkuasaan undang-undang perbankan kita dan ini secara langsung akan menjejaskan status kita sebagai destinasi pelaburan yang digemari individu dan syarikat asing.

Saya mendesak agar pihak penguatkuasa undang-undang, khususnya Bank Negara Malaysia, lebih peka kepada tindakan golongan yang mensabotaj ekonomi kita.
Janganlah pihak Bank Negara leka dan tidak memantau, dan hanya bertindak apabila didesak – umpama pepatah pahat dengan penukul. 

Tuan Yang DiPertua, 

Pihak yang bertanggungjawab memantau atau bertindak juga nampak-nya terlalu pasif dalam isu pengaliran masuk dana asing secara haram kedalam negara kita.

Pembongkaran skandal dana asing yang diterima pertubuhan haram seperti Suaram dan sekutu mereka Malaysiakini adalah amat membimbangkan.

Suaram adalah badan bukan kerajaan yang tidak didaftar dan terbukti telah menerima puluhan juta dollar Amerika dari penyangak matawang George Soros. 

Baru sekarang kita tahu SUARAM bukan-nya Suara Rakyat Malaysia tetapi hanyalah Suara Haram yang di-biayai orang asing yang berkomplot bersama pihak pembangkang untuk mencari kuasa politik ditanahair kita.

Kini terbukti Malaysiakini bukan-lah portal berita yang bebas tetapi hanya sekadar ‘running dog’ atau budak suruhan puak pembangkang yang bersekongkol dengan pihak asing. 

Tuan Yang DiPertua, 

Tindakan anasir-anasir yang mendalangi kegiatan Suaram, Malaysiakini dan yang seangkatan dengan mereka adalah pengkhianatan besar terhadap rakyat dan negara ini.

Terbukti golongan pengkhianat ini sanggup menggadai kedaulatan negara, demi untuk merampas kuasa politik.

Saya tahu ada diantara pengkhianat-pengkhianat ini, terutamanya yang menunjangi Suara Haram Suaram, telah berjaya menduduki Dewan yang Mulia ini. 

Kita mungkin berdepan malapetaka politik, ekonomi dan sosial yang dashyat jika pengkhianat yang di-taja orang asing dibenar mencorak masa depan negara bangsa ini.

Tuan Yang DiPertua, 

Yang makan cili sudah tentu akan terasa pedasnya. Saya ingin mendesak agar Dewan yang Mulia ini mengkaji kemungkinan membentangkan satu undang-undang khusus untuk menangani ancaman ini.

Undang-undang sedemikian bukanlah sesuatu yang janggal. 
Amerika Syarikat meluluskan undang-undang sedemikian pada tahun 1938 - Foreign Agents Registration Act (FARA) –yang diletak-kan dibawah pengawasan terus National Security Department atau 
Jabatan Keselamatan Negara.

Baru-baru ini Russia juga telah meluluskan undang-undang khusus untuk mengawasi kegiatan agen asing yang mencampuri urusan dalaman negara itu.

Russia juga telah mengusir badan-badan bukan kerajaan yang cuba mencetuskan huru-hara dan menaja rusuhan jalanan atas nama hak asasi manusia. 

Tuan Yang DiPertua,

Izinkan  saya memberi ringkasan seperti yang termaktub dalam undang-undang FARA di-Amerika Syarikat.

“The Foreign Agents Registration Act (FARA) was enacted in 1938. FARA is a disclosure statute that requires persons acting as agents of foreign principals in a political or quasi-political capacity to make periodic public disclosure of their relationship with the foreign principal, as well as activities, receipts and disbursements in support of those activities.  Disclosure of the required information facilitates evaluation by the government and the American people of the statements and activities of such persons in light of their function as foreign agents. The FARA Registration Unit of the Counterespionage Section (CES) in the National Security Division (NSD) is responsible for the administration and enforcement of the Act.”

Tuan Yang DiPertua,  

Sudah tiba masanya kita mewujudkan satu undang-undang khusus seperti Foreign Agents Registration Act ini demi mempertahankan kedaulatan kita.

Pengkhianat yang di-taja anasir asing makin berleluasa didalam negara kita sehingga Dewan ynag Mulia ini pun telah mereka bolosi.

Tanpa segan silu mereka mengaku menerima dana asing tetapi berdalih konon-nya dana itu disalurkan untuk menyuburkan lagi demokrasi dan hak asasi manusia.

Kenapa tersipu-sipu untuk mendedahkan akaun kewangan mereka jika alasan itu benar?  

Mengapa harus ber-operasi menerusi pertubuhan haram jika tujuan mereka hanya untuk menegakkan demokrasi dan hak asasi?  

Puak Bersih yang mengadakan rusuhan jalanan, menyerang anggota Polis dan merosakan harta benda awam juga menerima dana asing dari Soros. Apakah agenda mereka ini bersih? 

Tuan Yang DiPertua, 

Terbaru, pendakwaraya kanan Kerajaan Peranchis Yves Charpenel telah membongkar pembohongan yang didalangi pihak pembangkang melalui suara haram Suaram.

Yves Charpenel telah menegaskan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan di-negara nya berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Kenyataan rasmi pegawai kerajaan Peranchis ini jelas membuktikan pembohongan Suaram dan pemimpin politik pembangkang selama ini.

Bukan sahaja rakyat di-tipu malah golongan yang tidak mengenal malu ini juga telah mengutip derma dari orang ramai untuk memantau perbicaraan tersebut. 

Hanya mereka sahaja yang tahu bagaimana untuk memantau perbicaraan yang tidak wujud sama sekali. 

Tuan Yang DiPertua, 

Selama ini pelbagai tohmahan telah dilemparkan ke-atas Kementerian Pertahanan serta Kerajaan Malaysia secara keseluruhan nya.

Ada juga antara ahli Dewan ini yang tergamak menzahirkan pembohongan-nya menerusi gambar Perdana Menteri yang di ‘superimpose’. 

Dengan pembongkaran terbaru pendakwaraya kanan Peranchis ini terbukti rakyat Malaysia telah ditipu dengan tujuan mengaibkan kerajaan serta menimbulkan kebencian terhadap pemimpin.

Saya ingin mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia atau secara khususnya Kementerian Pertahanan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap anasir-anasir ini dengan kadar yang segera. 

Saya percaya Kerajaan mempunyai asas-asas yang kukuh untuk mengambil langkah drastik mengemukakan saman malu keatas pengkhianat-pengkhianat ini.

Jangan tunggu nasi menjadi bubur sebelum bertindak kerana ini adalah soal keselamatan negara. 

Tuan Yang DiPertua, 

Belanjawan Janji DiTepati mencatatkan pendapatan sektor pelancongan dijangka mencecah 62 billion ringgit pada tahun ini.

Saya menyambut baik langkah pro-aktif kerajaan dalam pemperuntukan sejumlah 358 juta ringgit untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

Sektor pelancongan mampu mengimbangi pendapatan negara dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan ini terbukti ketika mengharungi krisis ekonomi yang lampau, khususnya pada tahun 1997/98.

Ketika kerajaan merancang cara-cara untuk menarik lebih ramai pelancong asing ada diantara pemimpin pembangkang yang bergiat aktif sebagai duta adu-domba yang memburukan tanahair-nya sendiri diluar negara.

Dahulu cerita dongeng-nya dijaja di-Indonesia dan Filipina dengan menagih persamaan dengan gerakan reformasi yang kecundang. 
Kini Turki pula jadi sasaran dengan laungan liberalisma dan kebebasan tanpa had. 

Apakah Turki menjadi citarasa semasa kerana di-sana kegiatan seks sama jenis serta aktiviti LGBT yang lain sah di-sisi undang-undang?  

Tuan Yang DiPertua,  

Pemberian bonus satu bulan setengah untuk kakitangan awam adalah satu langkah wajar Kerajaan untuk menghargai jasa dan pengorbanan lebih satu juta anggota perkhidmatan awam.

Pelan transformasi kerajaan yang dipelopori YAB Perdana Menteri telah nyata menampak-kan hasil dan kejayaan ini banyak bergantung kepada kerjasama dan iltizam anggota perkhidmatan awam kita.

Walaupun sering menjadi sasaran pembangkang yang tidak jemu memburukkan segala institusi kerajaan, anggota perkhidmatan awam kita adalah antara yang terbaik dikalangan negara membangun.

Syabas kepada setiap anggota perkhidmatan awam kita walaupun masih terdapat ruang untuk penambahbaikkan dan pembaharuan. 

Tuan Yang DiPertua, 

Seringkali kedengaran suara-suara sumbang pembangkang serta pertubuhan-pertubuhan ‘running dog’ mereka seperti Suaram yang membayangkan seolah-olah perkhidmatan awam kita dicengkam amalan rasuah. 

Saya tidak ingin berbicara panjang tetapi cukup dengan satu soalan – jika benar anggota perkhidmatan awam kita ini mengamalkan rasuah, siapa yang merasuah mereka?  

Tuan Yang DiPertua, 

Rakyat menyambut baik peruntukan 591 juta ringgit untuk menangani masalah jenayah dalam Belanjawan Janji DiTepati ini.

Secara khususnya cadangan mewujudkan Unit Rondaan Bermotosikal Polis Di-Raja Malaysia dengan 1,000 buah motorsikal adalah amat bertepatan dan kena pada masanya.

Pendekatan unit rondaan bermotosikal ini serta penambahan perjawatan polis untuk menangani ancaman jenayah ada selaras dengan tuntutan semasa.

Rakyat harus sedar bahawa jenayah tidak mungkin dapat ditangani dengan menuding jari tetapi dengan tindakan pro-aktif serta kerjasama yang lebih erat diantara pihak polis dan masyarakat.

Tuan Yang DiPertua, 

Kita tahu akan wujudnya rancangan tersusun pihak tertentu yang saban hari memperlekehkan pihak polis serta institusi-institusi lain seperti badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya dan juga Institusi Raja Raja Melayu.

Malah prinsip Rukunegara juga sering diperkotak-katikkan secara terbuka.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Demikian lah prinsip Rukunegara kita.

Tuan Yang DiPertua, 

Golongan yang memperjuangkan kebebasan dan menyokong budaya LGBT dan seks sesama jenis dalam negara ini nyata membelakangkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan kerana tidak ada satu pun agama dalam dunia ini yang mengiktiraf atau menghalalkan LGBT.

Ada juga golongan yang berusaha menghapuskan sistem Raja-Raja dalam negara kita. Kesetiaan kepada negara dibelakangkan dan negara sendiri diburukkan dimata dunia. Golongan liberal dan chauvinis ini beranggapan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sudah lapuk.

Perlembagaan tidak lagi dianggap luhur dan undang-undang negara seolah tidak berdaulat malah peruntukan perlembagaan dicabar atas dasar kesamarataan dan liberalisma.

Dan akhir sekali prinsip kesopanan dan kesusilaan cuba dikuburkan dengan berkelakuan biadap dijalanan. Jalur Gemilang ingin diganti dan gambar Perdana Menteri dipijak tanda benci.

Apakah ini Malaysia yang ingin kita bina setelah kita harungi peristiwa hitam 1969 yang hampir menghancurkan negara ini?  

Tuan Yang Dipertua, 

Ada kemungkinan golongan muda kita mudah terpengaruh dengan hasutan pelampau politik kerana kurangnya pengetahuan sejarah dan asal-usul kita sebagai sebuah negara bangsa.

Perjuangan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menjamin perpaduan pelbagai kaum dalam negara ini harus kita hayati demi masa depan yang lebih terjamin.

Dalam konteks ini saya menyarankan agar filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ditayangan disetiap sekolah dan pusat komuniti dinegara ini untuk mencelik-kan mereka yang masih buta sejarah. 

Tuan Yang DiPertua,

Saya telah berpeluangan menghadiri pra-tonton filem Tanda Putera ini dan nyata ianya adalah satu karya berdasarkan sejarah tanahair di-kala kita di-uji dengan cabaran yang paling getir.

Tanda Putera adalah karya unggul berdasarkan kajian mendalam fakta-fakta sejarah dan setiap rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan negara ini harus menghayati intipati karya agung ini.

Mungkin ada yang masih gentar dan takut dengan fakta-fakta sejarah yang dipaparkan dalam Tanda Putera. Saya rasa golongan ini harus menguatkan semangat dan menghadapi kenyataan kerana seperti kata ahli falsafah Sepanyol George Santayana “Those who do not learn from history are doomed to repeat it” – mereka yang gagal mengambil iktibar dari sejarah ditakdirkan mengulangi-nya. 

Tuan Yang DiPertua, 

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa dalam perbahasan ini saya tidak menyentuh langsung Belanjawan yang dibentangkan pihak pembangkang tempohari.

Sebenarnya apa yang dikemukan oleh pemimpin anugerah Tuhan itu hanyalah satu lagi pembohongan dalam siri pembohongan-nya yang tidak mengenal batas.

Setiap insan yang berakal dan mampu berfikir secara waras pasti dapat menilai pemimpin anugerah Tuhan yang sehingga kini masih tercari-cari jam Omega milik-nya itu.

Malah baru-baru ini beberapa pemimpin tertinggi dan golongan ulama dalam Pas juga telah mula memberanikan diri untuk mengkritik rancangan pembohong bersiri itu.

Tidak mungkin ulama Pas seperti Ustaz Haron Din dan Sasterawan Shahnon Ahmad disogok dengan wang ringgit untuk mengkritik sandiwara pembangkang secara terbuka. 

Saya fikir tindakan golongan ulama ini menandakan detik perubahan dalam Pas dan kehancuran puak yang hidup berdasarkan pembohongan. 

Tuan Yang DiPertua, 

Rakyat harus bijak menilai di-antara kaca dan permata. 
Ini mungkin kali terakhir Dewan Yang Mulia ini bersidang sebelum dibubarkan untuk menghadapi pilihanraya.

Rakyat Malaysia akan sekali lagi berpeluang untuk memilih wakil mereka diperingkat negeri dan persekutuan yang secara langsung akan menubuhkan kerajaan untuk mentadbir negara bertuah ini.

Pilihanraya yang akan datang ialah yang ke-13 sejak negara ini mula berdiri atas kaki sendiri pada tahun 1957. Kita telah mengharungi 12 pilihanraya umum sebelum ini, namun pilihanraya yang ke-13 adalah yang paling kritikal dalam sejarah tanahair kita.
 
Rakyat hanya ada dua pilihan, iaitu mengekalkan kesinambungan pentadbiran kerajaan yang telah mengemudi negara ini dengan jayanya selama lebih 50 tahun atau menyerahkan negara bangsa ini kepada seorang pembohong bersiri yang tidak berhati perut. 

Tuan Yang diPertua,

Pemimpin pembangkang yang kemaruk kuasa ingin menjadi Perdana Menteri  itu adalah seorang pembohong yang sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu.

Nafsu pembohong ini tidak mengenal batas. Saya tidak perlu menghuraikan jenis-jenis nafsu dan tabiat buruk-nya yang telah diketahui umum tetapi rakyat harus sedar akan ancaman manusia ini kepada negara kita.

Jika jauhari mengenal manikam, saya mengenali pembohong ini kerana pada satu ketika dulu saya dan rakan-rakan juga menjadi mangsa putar belit-nya.
 
Tuan Yang DiPertua, 
 
Sebagai sebuah negara yang baru 55 tahun merdeka dan menguruskan diri sendiri, kita telah sampai dipersimpangan yang amat kritikal.

Kritikal kerana kita dipersimpangan antara jalan menuju kehancuran dan jalan ke-arah mencapai Wawasan 2020. 

Bukan sahaja pelaksanaan Belanjawan Janji DiTepati ini, malah masa depan anak-anak kita bergantung kepada jalan yang akan kita, rakyat yang waras, akan pilih.  Yang waras sudah pasti dapat membezakan antara kaca dan permata. 

Tuan Yang DiPertua,

Saya mohon menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2013. 

Terima Kasih.

Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Dimana tanggungjawab Bank Negara Malaysia? 24 Sep 2012 12:16 AM (12 years ago)


Kemasukan dana asing ke negara ini adalah sesuatu yang baik jika ianya dalam bentuk pelaburan asing.

Kita tahu dana asing juga ada digunakan untuk tujuan pembangunan insan dibawah panji-panji United Nations (Bangsa Bangsa Bersatu) dan lain-lain pertubuhan yang di-iktiraf.

Segala aktiviti ini sememangnya dipersetujui dan dipantau dan dipastikan ianya selaras dengan undang-undang serta budaya negara kita.

Dalam isu ini saya agak keliru dengan tahap kemampuan atau competency pihak Bank Negara Malaysia dalam pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang kita.

Kes terbaru melibatkan penyaluran dana asing kepada pertubuhan tidak berdaftar seperti Suaram menimbulkan beberapa persoalan yang agak merisaukan.

Apakah Bank Negara sedar atau tidak tentang kemasukan dana berjuta-juta ringgit ini?

Jika Bank Negara tahu akan jenayah ini kenapa setakat ini belum ada apa-apa siasatan atau tindakan terhadap dalang-dalang ini?

Jika Bank Negara sememangnya tidak tahu akan jenayah ini, saya mendesak agar kerajaan menubuhkan satu badan baru khusus menyiasat jenayah menyaluran sebegini kerana nyata pihak Bank Negara tidak mampu menjalankan tugas mereka menguatkuasakan - Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA).

Penyaluran dana asing secara haram kepada golongan yang secara terang-terangan terlibat dalam gerakan anti-Kerajaan adalah satu ancaman keatas keselamatan negara kita.

Ini bukan isu politik tapi isu keselamatan negara.

Ianya adalah satu gerakan subversif moden. Saya katakan subversif kerana kegiatan sebegini telah terbukti menyebabkan hura-hara dan keruntuhan beberapa negara diTimur Tengah dan Afrika.
Malah telah ada pertubuhan subversif yang berselindung disebalik ‘human rights’ atau kebebasan yang telah di-usir keluar dari Mesir dan juga Russia.

Kita tidak perlu menunggu sehingga nasi menjadi bubur seperti di Mesir atau sehingga jalan-jalanraya kita dipenuhi rakyat yang diperdaya kuasa asing.

Ini adalah satu ancaman keselamatan yang serius, saya ingin medesak agar pihak Bank Negara menjelaskan status sebenar kes-kes menyaluran dana asing secara haram dedalam negara ini.

Saya pasti rakyat Malaysia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Hanya pengkhianat sanggup berdiam diri bila negara sendiri diancam anasir luar.


Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
24 September, 2012

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Yang benar itu pasti timbul 5 Sep 2012 5:59 AM (12 years ago)



Assalammualaikum,

Saya amat tertarik dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman baru-baru ini yang secara terus terang melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai seorang individu yang sombong, bongkak dan ‘cocky’.

Mansor yang juga  Pengerusi PKR Pulau Pinang juga telah menyatakan bahawa Guan Eng adalah seperti ‘tokong’ kepada orang Cina dan sebab itu beliau amat bongkak.

Kenyataan Mansor ini bukan-lah khabar angin tetapi adalah perkara nyata yang di-ucapkan dihadapan pimpinan tertinggi PKR Pulau Pinang ketika mesyuarat strategik PKR.

Segala ungkapan Mansor ini tercatit secara terperinci dalam minit mesyuarat strategik tersebut yang telah membincangkan soal kelangsungan PKR di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Saya percaya minit mesyuarat strategik PKR itu dibocorkan sendiri oleh segelintir pemimpin PKR yang sudah tidak tahan dengan sikap ‘big brother’ DAP dan khususnya sikap bongkak Lim Guan Eng.

Perkembangan terkini ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan saya sebagai bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang kerana oleh kerana sikap Lim Guan Eng sudah terserlah sebaik sahaja Pakatan menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang.

Saya telah menyatakan secara jelas dalam kenyataan saya ketika pengumuman keluar dari PKR pada 12hb Februari, 2010 bahawa Lim Guan Eng adalah seorang individu yang chauvinis, extremis, diktatorial dan berfikiran ala komunis.

Saya yakin pada ketika itu sikap Lim Guan Eng yang angkuh dan bongkak serta mengamalkan politik ‘Middle Malaysia’ yang sempit akan menjejaskan masa depan rakyat Pulau Pinang, terutamanya orang Melayu serta golongan yang kurang berkemampuan.

KENYATAAN SAYA pada 12hb Feb, 2010.

Mansor telah cuba sedaya upaya untuk menafikan kenyataan beliau terhadap Lim Guan Eng ekoran kebocoran minit mesyuarat tersebut namun yang nyata tidak mungkin dapat dinafikan, lebih-lebih lagi bila kenyataan dibuat dihadapan barisan pimpinan PKR negeri.

Saya difahamkan Mansor telah didesak malah di-ugut pelbagai pihak, termasuk pimpinan PKR pusat serta pemimpin DAP untuk menarik balik atau menafikan kenyataan beliau.

Kini kredibiliti serta masa depan Mansor sebagai wakil rakyat umpama telur dihujung tanduk, namun saya berharap agar Pengerusi PKR Pulau Pinang itu tidak mudah menggadai maruah diri serta agama dan bangsa demi pangkat dan jawatan.

Sebagai seorang pemimpin akar umbi yang mewakili kepentingan orang Melayu dan Islam didalam kerajaan negeri yang didominasi DAP, Mansor harus berdiri teguh atas prinsip kebenaran dan bukan-nya menjadi boneka mereka yang tamak kuasa.

Jangan gadaikan maruah bangsa kerana di-ugut akan dilucutkan jawatan atau tidak dicalonkan dalam pilihanraya. Keluarlah dari bayang-bayang DAP dan Lim Guan Eng kerana bukan mereka yang melantik saudara untuk menjaga kepentingan rakyat.

Sebenarnya kenyataan Mansor dalam mesyuarat strategik PKR negeri tempohari telah memberi keyakinan baru kepada saya bahawa orang Melayu dan mereka yang tertindas dibawah pimpinan diktatorial DAP mampu bangun menentang kemungkaran.

Saya pasti masyarakat akan menyokong pemimpin yang berani menyatakan kebenaran, walaupun kebenaran itu pahit. Yang dayus akan kekal terhina.

Terima Kasih.


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

‘Privatisation vital for long-term survival of Penang Port’ 28 Jul 2012 11:10 AM (12 years ago)





PETALING JAYA: Penang Port Sdn Bhd must be privatised to boost competitiveness, efficiency and create new business opportunities.



Former Penang Port Commission chairman Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said privatisation can help ensure the port’s long-term survival.



“The success of a port is due to a lot of factors, which include workers’ morale. They have to be motivated so that they don’t feel that they are government servants, giving their best in a competitive world which can translate positively to the port operators’ bottom line,” Zahrain told Business Times recently.



“Privatisation makes good business sense as it will enable Penang Port to prosper and exporters enjoy an efficient port, which translates into cost-saving for the port.”

Zahrain was commenting on the long overdue privatisation of the Penang Port mooted since 1993-94, due to political wranglings by the then Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The port, which is owned by the Finance Minsitry, is now mired  with controversies as the opposition, led by Penang Chief Minister Lim Guan Eng, is opposing the federal government’s move to award the privatisation to Seaport Terminal Sdn Bhd.

Lim had said the port should be run by Penangites.

Zahrain said the port operations and its related businesses should not be given to state governments or politicians as they have no knowledge on how to run a port.

“Lim should stop talking about running ports. Playing politics will bring the wrong perception. Port operations cannot be given to any Tom, Dick or Harry,” said Zahrain who is also Bayan Baru Member of Parliament.

Zahrain said the Ministry of Finance (MOF) must privatise Penang Port quickly as it has now fallen to number five in the country from number two in terms of throughput behind Port Klang, Northport, Westport and Port of Tanjung Pelepas.

Penang Port’s earnings per share is now at 45 sen compared to what its current value should be at RM5 per share, he added.

“As a business concern, the MOF has not succeeded in creating value for Penang Port,” said Zahrain.

He said Penang Port will also play its role as a feeder port and not a hub port as it does not have the volume to rival PTP, Port Klang and Singapore port.

A feeder port receives cargo from the mainland (or hinterland) such as from Thailand and Peninsular Malaysia and is then shipped to hub ports such as PTP and Port Klang.

Zahrain said the opposition should also look up to Seaport Terminal, which has developed PTP from scratch.

He was responsible for corporatising Penang Port in 1993. He was also Malaysian Maritime Affairs chairman between 1995 and 1999.

Business Times - Sat 28 July 2012

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kanak-kanak diperalat demi politik! 11 Jun 2012 10:07 PM (12 years ago)


Saya amat terkejut setelah menonton video propaganda politik DAP berhubung demonstrasi Bersih tempohari.

Video yang diterbitkan pihak pembangkang ini telah disunting sedemikian rupa sehingga ianya memberi gambaran berat sebelah pada hari kejadian dan berusaha menghasut rakyat untuk memberontak.

Seperkara yang amat jijik yang saya saksikan dalam video tersebut ialah tindakan pihak penganjur Bersih yang mempergunakan kanak-kanak untuk mencapai matlamat mereka.

Pelbagai alasan boleh dicipta atau dicanang tetapi saya pasti tindakan tindakan mempergunakan kanak-kanak yang masih mentah dalam demonstrasi jalanan adalah salah disisi undang-undang.

Tindakan keji ini bukan sahaja salah disisi undang-undang kita (Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001) dan lain-lain Akta yang berkaitan malah ianya satu pencabulan Hak Asasi yang dikutuk diperingkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Amat menghiris hati melihat kanak-kanak yang masih kecil menangis meraung selepas terkena gas pemediah mata pada hari kejadian.

Perbuatan jijik mempergunakan kanak-kanak demi kelangsungan agenda politik Bersih harus dikutuk oleh setiap rakyat Malaysia yang waras akal fikiran mereka.

Selepas menyaksikan video yang diterbitkan pihak DAP, saya rasa ada kemungkinan kanak-kanak ini digunakan sebagai benteng untuk menghalang pihak berkuasa daripada bertindak.

Hari ini saya mendesak pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya keatas pihak penganjur Bersih terutamanya Datuk S.Ambiga serta barisan pimpinan yang jelas telah mempergunakan kanak-kanak dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan jalanan pada 28 April yang lalu.

Tindakan tegas juga harus di-ambil keatas ibu-bapa atau penjaga kanak-kanak yang diperalatkan untuk mencapai agenda politik Bersih.

Saya harap pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga tidak berpeluk tubuh tidak berbuat apa-apa untuk menjaga Hak Asasi anak-anak kita yang diperalatkan demi kepentingan politik jalanan.

Saya juga ingin menyeru Majlis Peguam dan lain-lain badan bukan kerajaan yang benar-benar memperjuangkan Hak Asasi untuk tampil mengutuk tindakan pihak penganjur Bersih yang jelas telah memperalatkan kanak-kanak.


Nota: Dibawah ialah video terbitan DAP yang dimaksudkan.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kerajaan harus tangani ancaman LGBT 11 Apr 2012 11:11 PM (13 years ago)


Usul tergempar melarang golongan yang mengamalkan budaya serta tabiat songsang, terutamanya golongan LGBT, daripada menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Usul tergempar yang saya cadangkan pada 5hb April lau, untuk dibentang di Dewan Rakyat, telah ditolak oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (2) dan 23 (1)(c).

Sebagai ahli Dewan Rakyat saya menghormati keputusan beliau namun asas penolakan – bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(c) - yang antara lain mengklasifikasikan usul ini sebagai remeh adalah tidak tepat.

Saya ingin menjelaskan disini bahawa usul ini bukan sesuatu yang remeh, jauh sekali dangkal atau merupakan tohmahan berniat jahat.

Ancaman golongan sesat yang mengamalkan budaya songsang LGBT adalah amat nyata dan ketara dimasyarakat kita sejak kebelakangan ini. Golongan ini telah semakin berani mempamerkan amalan jijik mereka secara terbuka.

Saya mengemukakan usul tergempar ini tempohari bukan untuk kepentingan peribadi tetapi semata-mata untuk menyelamatkan bumi bertuah ini dari ditimba bala dikemudian hari.

Isi kandungan Usul tergempar saya adalah seperti berikut:-

1. Sebagai negara Islam yang mengamalkan nilai-nilai murni sudah tiba masanya Perlembagaan negara kita diperkukuhkan lagi demi masa depan anak-anak kita.

2. Ancaman budaya songsang adalah benar dan nyata. Jika dilihat dibeberapa negara Barat, golongan yang mengamalkan budaya songsang telah menerap masuk kedalam system pentadbiran negara dan mencorak dasar kerajaan.

3. Mungkin sudah ada masyarakat Barat yang sanggup di-pimpin oleh golongan gay atau lesbian tetapi apakah kita diMalaysia sanggup?

4. Saya mencadangkan agar ahli Dewan Rakyat memandang serius ancaman budaya songsang ini dan membuat ketetapan serta apa-apa pindaan undang-undang yang perlu untuk melarang anak-anak kita daripada dilanda musibah dimasa hadapan.

5. Saya tidak ingin merujuk pada mana-aman individu, yang hidup ataupun yang mati, tetapi kita tidak boleh membiarkan Dewan Rakyat yang mulia dicemarkan golongan yang songsang.

6. Saya pasti bukan saja Islam, malah semua agama yang di-iktiraf didunia ini melarang amalan-amalan songsang yang diterma sebagai - LGBT .

7. LGBT adalah ancaman kepada masyarakat Malaysia yang beragama dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang diwarisi turun-temurun.

8. Saya pasti tidak ada satu pun bangsa didalam negara kita ini yang ingin dipimpin oleh golongan songsang ini.

9 Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota Dewan Rakyat, yang dipilih rakyat untuk menjaga kepentingan masyarakat serta keselamatan negara ini, menyokong usul untuk memperkukuhkan teras kita sebagai sebuah negara yang bertamadun.

Saya tidak Nampak di-mana letak-nya kedangkalan isu ini.

Saya berpegang teguh kepada pendirian ini dan ingin mendesak agar semua parti politik didalam negara ini tampil menyatakan pendirian mereka berhubung ancaman LGBT ini.

Apakah ada parti politik atau pemimpin yang akan tampil menyokong golongan yang mengamalkan budaya sesat dan songsang seperti LGBT memimpin masyarakat kita?

Ini bukan soal politik kepartian. Ini adalah soal masa depan anak-anak dan negara kita yang kaya dengan nilai-nilai ketimuran yang murni.

Perkara ini memerlukan tindakan serta penyelesaian dengan kadar segera kerana kita tahu pilihanraya umum semakin hampir.

Saya khuatir akan ada usaha untuk menonjolkan calon-calon pilihanraya dari golongan LGBT untuk mempamerkan sikap terbuka, bebas dan liberal parti tertentu.

Sehubungan dengan ancaman ini, saya ingin mendesak agar semua parti politik terutamanya parti yang berjuangan berlandaskan agama untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka.

Saya tidak fikir PAS atau Umno, mahupun DAP bersedia meletakan calon dari golongan LGBT untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Saya pasti parti politik yang dipimpin mereka yang waras dan beragama tidak akan menengahkan golongan LGBT sebagai pemimpin dalam masyarakat kita.

Berdasarkan fakta-fakta dan realiti kehidupan, adat serta budaya masyarakat Malaysia yang bulat-bulat menentang golongan LGBT ini, saya ingin mendesak agar kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menangani ancaman ini.

Kerajaan harus bertindak dengan kadar segera kerana kita tidak mahu wujud keadaan di-mana menteri atau perdana menteri kita mengelilingi dunia atas urusan rasmi bersama teman sejenis beliau.

Ancaman sedemikian adalah benar dan nyata.

Ini bukan dangkal, remeh atau tohmahan terhadap mana-mana pihak.

Terima Kasih.


Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Perbahasan Parlimen 2012 - 15 March 2012 15 Mar 2012 2:17 AM (13 years ago)


Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim

Dewan Rakyat - Parlimen Malaysia

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Tuan Yang Di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kerana diberi peluang membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Sememangnya Titah Ucapan SPB Yang DiPertuan Agong pada hari Isnin, ketika pembukaan sidang dewan pada kali ini, amat bermakna dan membawa teguran serta nasihat yang harus kita hayati.

Antara nasihat SPB Yang DiPertuan Agong diDewan Yang Mulia ini adalah agar kita rakyat Malaysia bersatu padu, taat kepada Negara tercinta ini dan jangan sekali-kali menjadi pengkhianat.

Tuan Yang DiPertua,


Sebelum mengulas lanjut saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana usaha transformasi kerajaan berjalan lancar dan telah mula membuahkan hasil.

Secara umumnya rakyat Malaysia bersyukur kerana mempunyai seorang pemimpin dan barisan anggota kerajaan yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

Terdapat kelemahan-kelemahan khusus dalam kerajaan dan sistem pentadbiran kita, yang saya fikir akan diperbaiki dari masa kesemasa demi kepentingan rakyat.

Berdasarkan rekod serta iltizam yang dipelopori YAB Perdana Menteri, serta saranan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, saya pasti rakyat akan berdiri teguh dibelakang pemimpin Negara yang mengutamakan perpaduan, keselamatan serta kemakmuran Negara dan rakyat.

Tuan Yang DiPertua,

Dewasa ini politik songsang merupakan satu ancaman serius kepada perpaduan, keselamatan serta kemakmuran bumi bertuah ini.

Politik songsang berasaskan nafsu gila kuasa, yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat, kini telah menjadi mainan harian.

Segelintir manusia yang kemaruk kuasa dan ingin menguasai Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun sedang giat memperluaskan budaya politik songsang ini.

Politik songsang yang dipelopori puak yang terdesak ini menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal.

Tuan Yang DiPertua,

Umpama pepatah ‘bersatu kita teguh bercerai kita roboh’, perpaduan adalah tunjang negara kita.

Tunjang inilah yang kini diserang bertubi-tubi oleh mereka yang mengamalkan politik songsang.

Pelbagai helah dan tipu daya digunakan untuk mengelirukan serta menghasut rakyat agar menentang kerajaan.

Masyarakat pelbagai kaum diasak dengan bermacam hasutan yang bertujuan menimbulkan kebencian diantara kaum, sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

Jika dahulu politik menjurus kepada perpaduan dan pembaharuan, kini politik diracuni pelbagai elemen kurang sihat serta anasir yang tekad untuk menggulingkan kerajaan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Rata-rata rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran kini risau akan usaha pihak pembangkang kita yang menagih simpati serta bantuan asing untuk menggulingkan kerajaan.

Kita tahu bahawa ada parti politik pembangkang serta beberapa badan bukan kerajaan atau NGO yang terbukti bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan kita.

Mereka telah menjalinkan hubungkan yang begitu akrab dan bergerak atas nama demokrasi, hak asasi serta kebebasan. Tujuan jahat golongan ini hanyalah untuk meletakkan pemimpin boneka mereka ditampuk kuasa.

Tuan Yang Di-Pertua,


Apa yang saya dedahkan ini bukanlah rekaan semata-mata kerana saya mempunyai bukti kukuh akan penglibatan pihak luar dalam politik tempatan.

Saya mencabar pemimpin Parti Keadilan Rakyat untuk menafikan yang modul serta gerak kerja pilihanraya mereka disusun dan diolah oleh dua buah badan asing dengan kaitan puak Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affair (NDI).

Kedua-dua badan yang nyata mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan pelobi Yahudi antarabangsa berperanan menyediakan ‘operating procedure’ atau gerak-kerja bagi parti PKR untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Malah anasir-anasir ini telah mula bergiat ketika beberapa pilihanraya kecil dan sewaktu pilihanraya negeri di Sarawak pada tahun lepas.

Bahan latihan & Kempen Pilihanraya ( Election Preparation Kit) Parti Keadilan Rakyat ini di-sediakan dengan bantuan dan tajaan pihak asing.

Wakil beberapa NGO tempatan serta parti politik juga telah dilatih dinegara luar akan cara-cara untuk menentang kerajaan. Salah satu latihan khusus mereka ialah bagaimana untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Helah atau topeng yang selalu digunakan adalah konon-nya perjuangan mereka adalah untuk menegakkan demokrasi, kebebasan serta hak asasi manusia.

Tuan Yang Di-Pertua,

Penglibatan pihak asing, terutamanya badan-badan pelobi Yahudi, dalam urusan politik tanahair adalah sesuatu yang amat berbahaya kerana ianya mampu menjerumuskan kita kekancah konflik sesama sendiri.

Apa yang saya sebutkan ini tidak mustahil. Lihat saja apa yang berlaku di beberapa Negara Islam di Timur Tengah.

‘Arab Spring’ tidak terjadi dengan sendiri-nya dan beberapa siri penangkapan penghasut Barat telah membuktikan campur tangan asing di negara-negara Islam.

Seperti yang di-ingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, kita harus berwaspada akan kuasa asing yang mempergunakan NGO untuk menghasut rakyat dan menjatuhkan kerajaan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendesak pihak Kementerian Dalam Negeri agar menubuhkan satu badan khas untuk menyiasat penglibatan ‘orang asing’ dalam politik tanahair.

Pihak KDN tidak harus mengambil mudah akan perkara ini kerana jika dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, pengkhianat yang gila kuasa akan menjual negara ini untuk memuaskan nafsu rakusnya.

Jika yang mengaku konon-nya pemimpin Islam tersohor sanggup ‘menjamin keselamatan negara Israel’, kita harus berwaspada agar pemimpin sebegini tidak mempelawa ‘Israel menjamin keselamatan negara kita’.

Tuan Yang Di-Pertua,

Sedang PKR dan pimpinan mereka terjerumus dengan anasir luar yang berhasrat memporak-perandakan negara kita, ada segelintir lagi puak pembangkang yang tidak jemu memperjuangkan pengganas Komunis.

Pengganas Komunis yang suatu ketika dahulu membunuh orang awam serta anggota keselamatan kita kini ingin dijulang sebagai pejuang kebebasan.

Saya difahamkan terdapat usaha terbaru untuk mendesak kerajaan agar ketua pengganas Komunis Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia untuk meghabiskan sisa-sisa hidupnya.

Tuan Yang Di-Pertua,


Jika Kerajaan akur dengan desakan puak chauvinis yang ingin memperjuangkan hak Chin Peng untuk kembali ke Malaysia, saya ingin mendesak agar Chin Peng diklasifikasikan sebagai penjenayah perang.

Saya juga ingin mendesak Kerajaan agar Chin Peng dihadapkan ke Tribunal Jenayah Perang yang berpengkalan di Kuala Lumpur kerana kesalahan membunuh orang awam serta anggota keselamatan kita.

Baru-baru ini Malaysia telah di-iktiraf sebagai negara yang paling selamat di Asia Tenggara. Janganlah kita sia-siakan usaha serta kejayaan pihak berkuasa ini dengan membenarkan ketua pengganas bertapak kembali dibumi bertuah ini.

Tuan Yang Di-Pertua,

Tanggal 8 Mac lepas, genaplah empat tahun sejak pilihanraya umum 2008 dimana pihak pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan dibeberapa negeri.

Politik tanahair agak kucar kacir semenjak Mac 2008 kerana - ‘umpama beruk dengan kalung bunga’ -pihak yang tiba-tiba terduduk disingahsana, mabuk kuasa.

Saya pasti rakyat pun telah jemu dengan gelagat pembangkang kerana tidak ada sehari pun yang berlalu tanpa polemik politik pembangkang sejak pilihanraya umum 2008.

Walaupun telah berjaya mendirikan kerajaan dibeberapa negeri namun tumpuan mereka bukanlah untuk mentadbir tetapi mencari kesalahan orang lain.

Saban hari ada sahaja tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap pemimpin negara.

Tuan Yang DiPertua,


Demokrasi subur dinegara kita. Jika tidak, mana mungkin pihak pembangkang berkuasa di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor?

Jika demokrasi dan kebebasan tidak wujud, mana mungkin seorang bekas banduan menjadi ketua pembangkang?

Menerusi amalan demokrasi lah rakyat di Kelantan, Pulau Pinang, Kelantan serta Selangor telah memberi kepercayaan mereka kepada pihak pembangkang dalam pilihanraya tahun 2008.

Tetapi, apakah mereka yang menagih sokongan rakyat dan berjaya menubuhkan kerajaan telah mengotakan janji dan berkhidmat demi kepentingan rakyat?

Tuan Yang Di-Pertua,

Rakyat di-negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat harus ‘tepuk dada tanya selera’. Apakah pencapaian sebenar Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang serta Selangor?

Selain menyalahkan kerajaan Barisan Nasional serta pemimpin negara, apa sumbangan sebenar Pakatan Rakyat dalam membangunkan negeri-negeri ini?

Selangor serta Pulau Pinang masih bermegah dengan pelaburan serta hasil kerja kerajaan negeri terdahulu manakala nasib rakyat Kedah dan Kelantan semakin hari semakin merudum.

Pulau Pinang kini masyhur dengan skandal penjualan tanah rakyat di Bayan Mutiara, Kedah dikenali umum berikutan cubaan untuk menggulingkan Menteri Besar, nasib rakyat Kelantan semakin teruk dengan ketiadaan air bersih untuk diminum.

Tuan Yang DiPertua,

Negeri Selangor yang suatu ketika dahulu penjana utama ekonomi negara, kini bergantung kepada penjualan aset kerajaan.

Skandal kecurian pasir semakin menjadi-jadi dan baru-baru ini timbul pula skandal sampah. Saya pasti rakyat Selangor malu kerana memilih sebuah kerajaan yang tidak tahu hujung pangkal sehingga tidak mampu menguruskan masalah pembuangan sampah pun.

Disebabkan kegagalan mereka mentadbir negeri-negeri ini dengan berkesan pembangkang nyata terdesak dan untuk mengalih perhatian rakyat pelbagai helah serta tipu muslihat diperkenalkan.

Antara strategi pihak pembangkang yang memang saya ketahui ialah melemparkan tuduhan-tuduhan liar yang bersifat peribadi terhadap pemimpin tertinggi dengan harapan agar kepincangan diri sendiri dilupakan rakyat.

Satu lagi strategi yang agak merbahaya ialah menghasut rakyat dengan isu-isu perkauman, agama serta berusaha mengagalkan apa sahaja usaha kerajaan yang akan memberi faedah kepada rakyat.

Niat mereka ini amat jelas. Jika rancangan kerajaan untuk keselesaan rakyat gagal, maka rakyat akan kecewa dan marah kepada kerajaan. Kekecewaan itu akan dicanang dengan pelbagai tuduhan seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Matlamat mereka hanyalah untuk menimbulkan rasa tidak senang dan kebencian terhadap kerajaan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Strategi sedemikianlah yang digunakan pihak pembangkang dalam usaha untuk mengagalkan program kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, baucer buku untuk penuntut, program pemilikan rumah dan lain-lain.

Jika rakyat berpuashati dan gembira dengan program kerajaan, maka hilanglah sokongan kepada Pakatan Rakyat – yang rata-rata berasaskan politik kebencian atau ‘politics of hatred’.

Usaha menggagalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad adalah satu lagi tindakan jahat pihak pembangkang yang ingin mensabotaj kerajaan serta peneroka.

Kenapa pihak pembangkang bertekad untuk mengagalkan penyenaraian sebuah syarikat Bumiputera yang bakal mendatangkan hasil jangka panjang kepada peneroka dan kerajaan?

Apakah pembangkang benar-benar ingin memperjuangkan nasib peneroka dan menjaga kepentingan Felda atau adakah ini helah politik serampang dua mata?

Tuan Yang Di-Pertua,


Sebagai wakil rakyat kita harus bertanggungjawab dan berdasarkan tanggungjawab ini saya telah membuat sedikit penyelidikan berhubung kemelut ini.

Nampaknya, tuduhan pembangkang bahawa peneroka akan kehilangan tanah milik mereka bila FGVH disenaraikan di Bursa Saham adalah tidak berasas sama sekali.

Mana mungkin peneroka kehilangan tanah mereka bila FGVH adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang tidak melibatkan walaupun seinci tanah milik peneroka?

Menurut fakta-fakta penyenaraian yang dibentangkan pihak Felda, lebih 100,000 peneroka Felda bakal menerima durian runtuh dengan penyenaraian FGVH kerana kerajaan mengutamakan masa depan peneroka.

Imbuhan yang bakal diterima peneroka adalah atas dasar kerajaan yang mengutamakan tanggungjawab sosial peneroka dan bukan kerana tanah milik peneroka dijual kepada mana-mana pihak.

Tanah milik peneroka akan tetap menjadi milik peneroka. Saya ingin tegaskan disini bahawa tanah milik peneroka tidak terlibat langsung dalam penyenaraian FGVH. Ini adalah fakta, yang pembangkang war-warkan hanya auta.

Kempen maklumat palsu terancang yang didalangi pihak pembangkang sebenarnya telah merugikan peneroka apabila Koperasi Permodalan Felda (KPF) dihalang dari menjadi penyampai hasil penyenaraian kepada peneroka.

Dalang yang membantutkan usaha KPF adalah dari pihak pembangkang yang sanggup berjanji menerusi satu lagi manifesto mereka bahawa penyenaraian FGVH akan dihentikan jika Pakatan Rakyat menerajui kerajaan persekutuan.

Janji pembangkang tersebut adalah bukti nyata akan peranan mereka untuk mengagalkan usaha kerajaan.

Tuan Yang Di Pertua,

Rancangan tersusun pembangkang untuk menggagalkan penyenaraian FGVH ini sebenarnya adalah satu gerakan halus untuk mensabotaj ekonomi orang Melayu dan Bumiputera.

Rancangan halus ini mungkin tidak disedari sebahagian besar peneroka namun inilah hakikatnya. Jika tidak, kenapa usaha untuk mewujudkan sebuah syarikat perladangan yang ke-empat terbesar didunia dihalang sebegitu rupa sehingga sanggup memohon injunki mahkamah?

Apakah syarikat Melayu/Bumiputera tidak layak bergiat dipersada antarabangsa? Kenapa penyenaraian syarikat-syarikat bukan Bumiputera tidak menerima tentangan yang sedemikian rupa?

Perdana Menteri, pengerusi dan pengarah urusan kumpulan Felda telah berulang kali menyatakan secara rasmi bahawa 500,000 hektar tanah peneroka tidak akan digunakan dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO).

Felda juga telah menyatakan bahawa ia akan terus memberikan sokongan dan bantuan kepada para peneroka, satu peranan yang telah dimainkan Felda selama hampir 56 tahun.

Tuan Yang Di-Pertua,

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat baru-baru ini atas kepincangan lampau Barisan Nasional atas satu contoh terbaik pemimpin berjiwa besar.

Tindakan Perdana Menteri itu mencerminkan keikhlasan beliau untuk berkhidmat untuk rakyat.

Rakyat amat menyanjung tinggi seorang pemimpin yang amat merendah diri dan sanggup memohon maaf tanpa mengira darjat dan kedudukan.

Seperti biasa puak pembangkang tetap memperlekehkan tindakan Perdana Menteri malah timbul pula tuduhan-tuduhan peribadi keatas beliau serta keluarga.

Tuduhan-tuduhan terbaru ini adalah tindakan mereka yang terdesak, berikutan peningkatan populariti Perdana Menteri dan kerajaan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi saya pasti rakyat pasti tertanya-tanya jika pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Datuk Seri Najib.

Saya rasa pemimpin veteran DAP harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah May 13, 1969.

Pemimpin PAS harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, kerana membakul sampahkan perjuangan menegak-kan negara Islam.

Presiden PAS harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta penyokong Umno menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri sendiri.

Tuan Yang Di Pertua,


Video seks seorang pemimpin pembangkang kini tersebar luas di Indonesia, Jepun, India dan beberapa negara serantau.

Saya sendiri telah menerima puluhan panggilan telefon dari kenalan dibeberapa negara jiran yang terkejut dengan aksi lucah pemimpin pembangkang tersebut.

Apakah pemimpin pembangkang ini juga akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah mendatangkan aib kepada negara.

Rakan-rakan di-Indonesia kini menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai ‘Duta Porno Malaysia’. Ini amat memalukan negara kita.

Saya mendesak agar pemimpin pembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di mata dunia.


Tuan Yang Di Pertua,


Besar kemungkinan persidangan dewan kali ini adalah yang terakhir sebelum pilihanraya umum yang ke 13.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya sendiri dan rakyat negara bertuah ini agar tidak sekali-kali menggadaikan kedaulatan, keselamatan serta perpaduan yang kita kecapi selama ini.

Politik menjadi wadah untuk menentukan pimpinan negara tetapi cara berpolitik dan individu yang berpolitik harus matang.

Mereka yang beraksi dipentas politik semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadi tidak mungkin dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Saya harap rakyat akan sentiasa berfikir secara matang sebelum membuat apa-apa keputusan yang mempunyai implikasi besar terhadap masa depan anak-anak kita.

Terima kasih.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

(Konsensus Bebas)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Debat LYNAS & Cuti KHALWAT 27 Feb 2012 1:16 AM (13 years ago)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Sekali lagi pihak pembangkang telah cuba memperdayakan rakyat Malaysia menerusi budaya tunjuk perasaan jalanan yang tidak sinonim dengan budaya kita.

Percubaan terbaru ini adalah berkenaan pelaburan besar syarikat dari Australia, Lynas Corporation Ltd, untuk mendirikan kilang yang memproses bahan galian (rare earth/nadir bumi).

Sebenarnya nadir bumi ini adalah sebentuk galian dari bumi yang diproses untuk memerolehi bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai peralatan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan skrin elektronik.

Yang nyata pelaburan Lynas di Kuantan (Pahang) ini amat lumayan dan mampu menarik industri elektronik bernilai tinggi ke kawasan perindustrian berdekatan di Pahang.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan penentangan terhadap kilang Lynas yang di-ketuai ahli parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh.

YB Fuziah dari PKR begitu lantang mengkritik Lynas dan telah menganjurkan tunjuk perasaan menentang pelaburan asing itu atas alasan ianya adalah ‘projek nuklear’ yang mampu membahayakan kesihatan rakyat Kuantan.

Setakat ini tidak ada apa-apa bukti saintifik untuk menyokong kenyataan YB Fuziah dan individu yang sebenarnya membongkar kecetekan kenyataan YB Fuziah ialah seorang lagi ahli parlimen pembangkang dari Pas.

YB Dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat), seorang saintis nuklear yang bertauliah dan memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang nuklear sendiri telah menangkis kenyataan YB Fuziah.

Namun YB Fuziah nampaknya masih ingin mempertahankan andaian beliau bahawa bahan galian yang diproses dikilang Lynas akan membahayakan kesihatan penduduk manakala pakar nuklear YB Dr Che Rosli berpendapat sebaliknya.

Saya mencadangkan agar YB Fuziah dari PKR serta YB Dr Che Rosli dari Pas harus lebih bertanggungjawab dan memperjelaskan isu ini.

Saya mencadangkan agar kedua-dua wakil rakyat pembangkang ini mengadakan satu debat terbuka dan mengemukakan hujah masing-masing untuk membuktikan pendirian mereka.

Debat ini harus di-siarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan agar rakyat memahami isu Lynas ini.

Kedua-dua wakil rakyat dari Pas dan PKR ini hanya harus ingat bahawa Lynas bukan-lah isu politik.

2. Saya di-fahamkan Ketua Penerangan Kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron yang kini di-siasat atas tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan telah diarahkan supaya bercuti rehat selama satu bulan.

Dr Badrulamin yang juga ahli pimpinan tertinggi PKR telah di-arahkan bercuti sehingga beliau menyelesaikan masalah ‘kes khalwat’ yang beliau hadapi.

Apa yang saya kurang faham ialah sikap ‘double standard’ pihak pembangkang dalam isu Dr Badrulamin.

Saya hairan kenapa sehingga kini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak di-arahkan agar bercuti sehingga penyiasatan Skandal Video Seks beliau selesai.

Pertuduhan berlakon dalam video seks bersama seorang wanita warga asing adalah lebih dashyat dan amat memalukan jika dibandingkan dengan tuduhan kes khalwat Dr Badrulamin.

Inilah masanya untuk pihak pembangkang, terutamanya pemimpin PKR dan Pas, untuk mencermin diri mereka.


Terima Kasih

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Khalifah Omar Abdul Aziz sokong Israel? 15 Feb 2012 2:50 AM (13 years ago)

Ketika ini pemimpin pemimpin PKR, Pas dan Dap semacam bermain wayang kulit berhubung isu kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan akhbar asing the Wall Street Journal baru-baru ini.

Yang nyata kenyataan Anwar Ibrahim yang berikrar akan menyokong keselamatan Israel, yakni menyokong penindasan kejam terhadap rakyat Palestine, telah menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam, amat tersinggung dengan kenyataan biadap Anwar Ibrahim yang nyata menyokong puak Zionis.

Kenyataan di-WSJ juga telah menampak-kan sifat keji talam dua-muka Anwar, tetapi yang amat merisaukan saya ialah tindakan pemimpin-pemimpin dari PKR, Pas dan Dap.

Individu-individu yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin ini masih meneruskan percubaan mereka untuk memutarbelit dan mengelirukan rakyat Malaysia berhubung kenyataan biadap Anwar Ibrahim.

Ada ulama dalam Pas yang membuat kenyataan akhbar mendesak Anwar Ibrahim memperjelaskan kenyataan biadab beliau di WSJ, tetapi ada pula yang terus menerus menuduh pihak lain.

Pemimpin PKR telah menempelak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz dan secara tidak langsung melenyapkan suara-suara sayup ulama Pas yang lain.

Isu Palestine adalah isu kemanusiaan. Isu Palestine adalah isu keganasan terancang Israel dan bukan-nya isu Islam atau Kristian.

Dalam situasi ini, saya amat terkejut kerana setakat ini pemimpin DAP hanya menjadi penonton persembahan wayang kulit politik yang di-mainkan pemimpin dari PKR dan PAS.

Kita tahu secara nyata, melalui kenyataan biadap Anwar Ibrahim, PKR adalah penyokong Israel.

Kita tahu PAS masih menyokong PKR didalam Pakatan Rakyat. Tapi apa pula pendirian DAP?

Apa pendirian setiausaha agong DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataan biadap Anwar Ibrahim yang jelas menghina rakyat Palestine yang tertindas sekian lama dibumi mereka sendiri?

Apakah Lim Guan Eng hanya akan bersuara, membuat kenyataan dan sidang akhbar, jika sesuatu isu itu ada hubungkait dengan kaum Cina sahaja?

Apakah ini tabiat dan politik sebenar Khalifah Omar Abdul Aziz yang di agung agung kan pemimpin Pas?

Mana pergi-nya ungkapan “Amal maaruf, nahi mungkar’ yang dijaja Lim Guan Eng ketika memperdaya orang Melayu untuk mengundi DAP.

Sejak kebelakangan ini DAP amat berminat dengan keahlian orang Melayu tetapi mengapa DAP senyap seribu bahasa bila timbul isu yang dekat dengan hati orang Melayu?

Saya mendesak Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang sering mengungkapkan bahawa beliau adalah pemimpin untuk semua kaum dan bukan hanya kaum Cina, membuktikan bahawa beliau bukan seorang pemimpin chauvinis Cina.

Saya mendesak Lim Guan Eng selaku setiausaha agong DAP untuk membuktikan bahawa DAP bukan-nya sebuah parti rasis dan chauvinis yang hanya menjaga kepentingan orang Cina.

Saya mendesak Lim Guan Eng menyatakan pendirian beliau dan DAP berhubung kenyataan biadab Anwar Ibrahim di AWJ yang nyata menyokong puak Zionis.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Anwar harus merayu, jika tidak mohon maaf. 14 Jan 2012 1:31 AM (13 years ago)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai diantara kita yang terkejut dan seakan tidak percaya dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembancuh kopi-nya Saiful Bukhari pada Isnin lepas.

Malah saya difahamkan Anwar Ibrahim dan keluarga serta penyokong tegar nya juga tidak percaya yang beliau akan dibebaskan kerana kepincangan teknikal bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwa.

Apapun reaksi dan pendapat, mahkamah telah membuat keputusan. Kita menerima keputusan tersebut tetapi ini tidak bermakna keputusan itu harus diterima sebagai sesuatu yang muktamad.

Dalam sistem serta proses undang-undang negara, semua pihak yang terlibat layak mengemukakan rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan.

Pihak Saiful telah membuat kenyataan agar keputusan itu dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan, begitu juga dengan pihak pendakwaan.

Namun keputusan samada harus dibuat rayuan atau tidak ( bagi pihak pendakwa) terletak di tangan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tetapi bagaimana dengan si tertuduh dalam kes ini? Apakah Anwar Ibrahim tidak ingin membuat rayuan ke-atas keputusan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah untuk melepaskan beliau?

Mungkin tidak masuk akal untuk tertuduh yang di bebaskan mahkamah untuk membuat rayuan tetapi kes liwat melibatkan manusia anugerah tuhan ini adalah berbeza sama sekali.

Tidak mungkin Anwar Ibrahim dapat menerima keputusan seorang hakim yang ‘berat sebelah’ .

Berikut adalah kata-kata yang di ungkapkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dihadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, ketika beliau di perintahkan membela diri.

Kata-kata ini terkandung dalam ucapan bacul Anwar Ibrahim yang enggan membuat kenyataan bersumpah dalam mahkamah pada 28 September 2011.


“Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub.

"Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu.

Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya.

Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa.

Sedangkan penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan.” – Anwar Ibrahim dari kandang.


Saya pasti Anwar Ibrahim, sebagai seorang manusia yang cukup sifat dan akal fikiran, serta sebagai seorang ahli politik yang ingin menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan bertanggungjawab akan kenyataan nya didalam mahkamah tempoh hari.

Tuduhan-tuduhan Anwar Ibrahim terhadap Perdana Menteri serta isteri, Kerajaan Malaysia, sistem kehakiman kita, Peguam Negara, pihak pendakwaraya serta Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah adalah amat berat dan jijik.

Serangan Anwar Ibrahim terhadap Hakim Datuk Mohamad Zabidin ketika beliau di perintah membela diri adalah amat keji dan di siarkan di seluruh dunia, mengaibkan bukan sahaja peribadi Hakim malah seluruh sistem kehakiman negara.

Berasaskan sebab-sebab yang di nyatakan di-atas, sepertimana yang di-ungkapkan sendiri oleh Anwar Ibrahim di dalam mahkamah dan di laporkan di seluruh dunia, Anwar Ibrahim tidak harus menerima keputusan Hakim yang beliau sendiri sifatkan sebagai berat sebelah.

Saya mendesak Anwar Ibrahim agar mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan di-mana pertuduhan liwat beliau akan disemak semula oleh hakim lain dan bukan-nya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang ‘berat sebelah’.

Anwar Ibrahim harus membuat rayuan terhadap pembebasan beliau yang diputuskan oleh seorang hakim yang ‘berat sebelah’.

Jika Anwar Ibrahim tidak membuat rayuan, beliau harus memohon maaf secara terbuka kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta individu dan institusi lain yang telah beliau fitnah.

Anwar Ibrahim harus melutut dan memohon maaf dari Allah kerana fitnah serta pembohongannya telah memecah-belahkan rakyat Malaysia.

Terima Kasih

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Rasuah dan sandiwara pembangkang 4 Jan 2012 12:50 AM (13 years ago)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mengikuti perkembangan semasa.

Sejak kebelakangan ini laungan suara sumbang anti-kerajaan semakin lantang didalam negara kita ini.

Walaupun suara-suara sumbang ini bukan lah baru tetapi isu dan cara sesuatu isu itu digembar-gemburkan ternampak pelik, lucu dan amat terdesak.

Usaha pihak tertentu untuk memperbodoh serta mengapi-apikan sentimen rakyat semakin kerap dan ketara mutakhir ini.

Mereka yang terdesak sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan agenda mereka.

Agenda golongan ini, termasuk yang terdesak untuk membelakangkan undang-undang demi nafsu politik, adalah amat nyata.

Saya khuathir jika putar-belit golongan ini tidak di dedahkan, rakyat mungkin terpedaya.

Salah satu isu yang sering di perbesarkan tanpa henti ialah isu rasuah. Rasuah memang wujud dalam negara kita, malah tidak ada satu pun negara dalam dunia ini yang bebas rasuah secara mutlak.

Seperti gejala penyalahgunaan dadah, pelacuran, sumbang mahram, liwat serta jenayah jijik yang lain, rasuah masih menjadi salah satu musuh utama negara.

Laporan Transparency International baru-baru ini, walaupun tidak 100% sempurna laporan tersebut, jelas menunjukan bahawa tidak ada satu pun negara dalam dunia ini yang bebas dari gejala rasuah.

Perang menentang rasuah adalah sesuatu yang berterusan dan kini usaha ini telah di-lipat gandakan menerusi pelan Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita sedar gejala rasuah tidak dapat dihapuskan dalam sekelip mata. Negara yang mengamalkan hukuman mati untuk pesalah rasuah seperti Republik Rakyat China sekalipun masih berhadapan dengan gejala jijik ini.

Apa yang pelik dalam negara kita ialah kewujudan segelintir ahli politik pembangkang yang begitu licik mengaburi mata rakyat konon-nya mereka lah pejuang menentang rasuah.

Kita wajib menyokong mereka yang menentang rasuah, malah seluruh rakyat harus berdiri teguh dibelakang kerajaan yang tegas memerangi rasuah, tetapi yang harus kita tentang juga adalah golongan ahli politik hipokrit.

Golongan yang tidak mengenal erti malu ini ini sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat dengan sandiwara dan tipu muslihat mereka untuk memperdayakan rakyat, terutamanya golongan muda.

Perbuatan segelintir ahli politik pembangkang ini adalah sama jika tidak lebih jijik daripada rasuah itu sendiri kerana apa yang mereka lakukan ialah cuba menutup pekung mereka dengan menuduh orang lain.

Kita akui bahawa gejala rasuah memang wujud tetapi apakah tahap rasuah kita begitu teruk sehingga segala-galanya lumpuh seperti yang sering dibayangkan oleh puak pembangkang di Malaysia ini?

Rakyat harus berfikir sejenak dan bertanya “Apakah puak pembangkang yang saban hari berteriak tentang rasuah ini benar-benar ingin menghapuskan rasuah atau mereka semata-mata ingin mencari modal politik untuk memburukkkan kerajaan?

Jika benar DAP anti-rasuah kenapa pemimpin mereka yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih digelar pemimpin DAP?

Jika benar DAP anti-rasuah, kenapa luahan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tentang kewujudan rasuah dalam DAP tidak di-siasat sehingga kini?

Jika DAP anti-rasuah, kenapa pemimpin mereka yang, secara tidak langsung, menyebabkan kematian saudara Teoh Beng Hock masih bergelar pemimpin DAP?

Ya, kita akui Teoh Beng Hock didapati membunuh diri tetapi mengapa dan kenapa Teoh Beng Hock di-siasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada ketika itu?

Bukan kah beliau disiasat berhubung siasatan rasuah/salah guna kuasa pemimpin DAP Selangor?

Bila suami seorang pemimpin wanita didapati bermasalah dengan pinjaman kerajaan, pemimpin tersebut diminta meletak kan jawatan tetapi kenapa pemimpin DAP yang jelas memberi kontrak kepada syarikat isteri nya sendiri tidak didesak sedemikian rupa?

Apakah pimpinan PKR di-Selangor dan Menteri Besar yang gemar berkereta besar di negeri jajahan Pas di utara tanahair bebas rasuah?

Apa kesudahan kes kecurian pasir dan rumah urut serta pelacuran yang berleluasa di negeri Selangor?

Saya berharap seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh dibelakang SPRM dan pelan transformasi kerajaan untuk menghapuskan gejala rasuah dikalangan anggota masyarakat kita.

Saya juga ingin menyeru agar ahli politik yang muflis modal politik tidak melacurkan diri dengan menonjolkan diri sebagai pejuang anti-rasuah.

Jika benar ada dikalangan ahli politik pembangkang yang benar-benar anti-rasuah, maka mereka ini harus keluar mendesak diadakan satu siasatan ke atas perlakuan rasuah serta salahguna kuasa di kalangan ahli politik pembangkang.

Jika benar ada diantara ahli politik pembangkang dalam negara ini benar-benar ikhlas, maka mereka ini harus tampil menyokong SPRM dan bukan-nya menanti ditepi untuk mempolitik-kan setiap isu, seperti anjing menanti tulang.

Saya terkilan sehingga ke hari ini kenapa tidak ada satu pun pemimpin pembangkang yang menghargai kejayaan SPRM dalam membenteras gejala rasuah.

Apakah SPRM tidak layak di-hargai apabila mereka membongkar kes-kes besar seperti sindiket di Jabatan Kastam dan baru-baru ini di Iskandar Investment Berhad di Johor?

Kejayaan – kejayaan SPRM tersebut telah menyelamatkan berbillion ringgit duit rakyat.

Rakyat harus sedar bahawa suara-suara pemimpin serta ahli politik pembangkang yang konon nya anti-rasuah adalah tidak lebih dari sandiwara politik.

Jika bukan sandiwara, masakan mereka ini dapat tidur sebantal dengan seorang bekas Menteri Kewangan yang sungguh jijik perilakunya, di dalam dan di luar kamar tidur.


Terima Kasih,

Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Selamat Tahun Baru 2012 31 Dec 2011 5:45 AM (13 years ago)


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 untuk seluruh rakyat Malaysia dengan harapan agar kita rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan siku kaum terus hidup bersatu-padu demi masa depan negara bangsa ini.

Biarlah kita rakyat Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara lain di dunia. Kita harus bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia bumi bertuah dan kita rakyat Malaysia harus menjauhkan diri dari melakukan apa sahaja yang akan memudaratkan masa depan negara tercinta dan anak-anak kita.

Biarlah kita melangkah ke tahun baru ini dengan hati yang bersih dan berpegang kepada kebenaran.

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Salam dari Tanah Suci 3 Nov 2011 9:36 PM (13 years ago)



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Saya kini berada di Makkah al-Mukarramah bersama isteri untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 - ibadah rukun Haji.

Berkat doa seluruh ahli keluarga, rakan taulan serta semua yang mengenali kami, perjalanan kami setakat ini diberkali Allah S.W.T.

Manusia tidak bebas dalam melakukan kesilapan dalam hidup, dan di-kesempatan ini kami ingin sekali lagi memohon ampun dan maaf di-atas segala kesilapan lampau dan berharap agar doa anda sentiasa bersama kami.

Doa kami di-tanah suci umat Islam Makkah al-Mukarramah adalah untuk seluruh umat Islam dan khususnya untuk rakyat Malaysia.

Salam dari Makkah,

Zahrain Mohd Hashim & isteri


Nota : Di-sertakan gambar dari majlis kenduri sempena perjalanan kami ke Tanah Suci Makkah al-Mukarramah yang turut dihadiri rakan-rakan berbangsa asing dari dalam dan luar negara.

Bersama keluarga & rakan
Doa Ayah!




Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Perbahasan Belanjawan 2012 11 Oct 2011 11:18 PM (13 years ago)


Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
Dewan Rakyat - Parlimen Malaysia

Assalammualikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Tuan Yang Di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak di-atas pembentangan Belanjawan 2012 pada hari Jumaat lepas, diDewan Yang Mulia ini.

Sebagai Ahli Parlimen mewakili rakyat Bayan Baru saya menyambut baik Belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan berpendirian ianya adalah suatu rangka Belanjawan yang berpandangan jauh serta menepati falsafah - ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Tidak keterlaluan jika Belanjawan 2012 ini kita rangkumkan sebagai Belanjawan Rakyat atau Bajet Rakyat.

Sememangnya ‘Bajet Rakyat’ ini adalah satu rancangan belanjawan negara yang bersejarah kerana sejumlah besar dari peruntukan perbelanjaan pembangunan dikhususkan untuk kesejahteraan rakyat secara langsung atau ‘direct benefits’.

Tuan Yang DiPertua,

Seperti yang kita sedia maklum, pecahan Bajet Rakyat 2012 ialah 181.6 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

Secara keseluruhannya rakyat menyambut baik ‘Bajet Rakyat’ yang dibentangkan Perdana Menteri tempohari.

Kesan jangka panjang setiap rancangan belanjawan selalu diperkatakan namun kesan serta-merta yang dipelopori ‘Bajet Rakyat’ ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, termasuk dikalangan rakan-rakan pembangkang yang rational diDewan Yang Mulia ini.

Antara peruntukan Bajet Rakyat yang amat dihargai rakyat biasa ialah penghapusan yuran sekolah, pelbagai bantuan serta sumbangan wang tunai dan voucher buku untuk pelajar , penambahan Kedai Rakyat 1Malaysia diseluruh negara, sumbangan tunai 500 ringgit untuk isirumah berpendapatan kurang dari 3,000 ringgit serta pelbagai kemudahan untuk memiliki atau membina rumah sendiri.

Pemilik dan pemandu teksi persendirian adalah antara golongan yang mendapat durian runtuh menerusi ‘Bajet Rakyat’ kali ini. Selain pelbagai bantuan dan pelepasan cukai untuk memiliki kenderaan baru, cukai jalan juga turut dimansuhkan.

Tunjang kerajaan, iaitu lebih 1 juta kakitangan awam kita juga adalah antara golongan yang mendapat faedah serta penghargaan menerusi pelbagai peruntukan Bajet Rakyat.

Sememangnya Bajet Rakyat ini adalah sesuatu yang bersejarah dan mampu mencorak halatuju negara disamping memenuhi aspirasi serta harapan rakyat.

Tuan Yang DiPertua,

Hanya mereka yang kurang siuman sahaja yang akan menentang peruntukan-peruntukan Bajet Rakyat 2012 yang memberi begitu banyak nikmat kepada rakyat biasa.

Ini tidak bermakna Bajet Rakyat ini tidak boleh ditambahbaik kerana pada pendapat saya kerajaan harus menghalusi aspek pelaksanaan untuk menampak-kan kesan sebenar.

Contoh yang jelas ialah keputusan kerajaan untuk memansuhkan yuran disemua jenis sekolah rendah dan menengah.

Tuan Yang DiPertua,

Walapun kita menyambut baik pemansuhan yuran sekolah disemua peringkat namun keprihatinan kerajaan ini tidak akan memberi kesan positif yang diharapkan jika pelajar, atau lebih tepat lagi ibu-bapa, dibebani pelbagai yuran lain.

Umum mengetahui bahawa yang menjadi beban sebenar kepada pelajar dan ibu-bapa ialah pelbagai yuran sampingan yang dikenakan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, atau PIBG.

Saya menyarankan disini agar Kementerian Pelajaran merangka satu garispanduan baru untuk menyelaras semua bentuk yuran sampingan disekolah, terutamanya yuran yang dikenakan pihak PIBG.

Kerajaan juga, menerusi Kementerian Pelajaran, harus merangka satu garispanduan khusus berhubungkait peranan serta bidang kuasa PIBG. Saya pasti niat pihak PIBG adalah murni, namun soal kemampuan ibubapa sering diketepikan.

Tuan Yang DiPertua,

Ramai berpendapat tindakan Kerajaan, atau lebih tepat lagi tekad YAB Perdana Menteri, menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta beberapa Akta lain adalah satu tindakan yang berani.

Tidak kurang juga yang berpendirian pengumuman penghapusan ISA pada 15 September lalu amat drastik dan seharusnya dilaksanakan secara berperingkat.

Demi membina sebuah negara bangsa yang lebih matang untuk generasi akan datang, saya menyokong penghapusan ISA. ISA adalah peninggalan penjajah yang telah melangkaui tempoh gunapakai-nya.

Tuan Yang DiPertua,

Sama seperti undang-undang peninggalan penjajah yang sewajarnya dimansuhkan untuk kita melangkah kehadapan sejajar dengan dasar transformasi negara, sistem persekolahan peninggalan penjajah juga harus kita mansuhkan secara serta-merta.

Saya mencadangkan diDewan Yang Mulia ini agar Kerajaan berpendirian tegas dalam isu ini, setegas pendirian untuk penghapuskan ISA, dan memperkenalkan sistem Satu Sekolah Untuk Semua.

Mungkin pihak Kementerian boleh memperkenalkan kembali Sekolah Wawasan yang dahulu-nya ditolak bulat-bulat puak ektremis tetapi pada asas-nya sistem sekolah pelbagai aliran bahasa berdasarkan sesuatu bangsa harus dihapuskan dari bumi Malaysia kita.

Salah satu punca kelahiran individu yang biadap lagi kurang ajar seperti Namawee ialah pendidikan awal yang sungguh rasis dan terasing dari dunia sebenar bumi Malaysia.

Malaysia bukan negara Cina, Malaysia bukan negara India dan Malaysia juga bukan negara Arab. Malaysia kita adalah satu negara majmuk dan seharusnya sistem pendidikan kita di-olah kembali.

Transformasi sistem persekolahan atau pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah ini adalah sesuatu yang kini pincang kerana sistem peninggalan penjajah telah menyebabkan kemunculan generasi yang sungguh rasis dan hanya memikiran kepentingan kaum masing-masing.

Saya pasti Namawee tidak akan bertindak sebegitu liar dan memaki hamun seorang wanita dalam klip video terbaru-nya jika beliau di-asuh secara betul dalam persekitaran yang majmuk.

Sebenarnya saya kesian melihat Namawee kerana walaupun mungkin berbakat, perwatakan beliau amat hina dan jijik.

Tuan Yang DiPertua,

Saya menyokong penuh cadangan kerajaan untuk memperbanyak-kan Kedai Rakyat 1Malaysia diseluruh negara. Langkah ini mampu mengurangkan beban rakyat secara langsung kerana harga barangan yang dijual diKedai Rakyat 1Malaysia ini jauh lebih rendah dari kedai runcit biasa.

Perbezaan ketara harga barangan keperluan harian ini mungkin disebabkan aktiviti pengambilan untung berlebihan oleh beberapa peruncit namun saya difahamkan dalang yang sebenarnya mengaut keuntungan berlebihan ialah orang tengah atau mereka yang menguasai rangkaian bekalan.

Baru-baru ini kedengaran suara-suara sumbang dari golongan korporat berkepentingan yang telah mula mengkritik pengwujudan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dengan pelbagai alasan.

Tindakan mereka ini hanya menonjolkan belang yang sekian lama tidak berapa kelihatan.

Tuan Yang DiPertua,

Saya mendesak agar kerajaan berpendirian tegas dalam isu ini kerana selaras dengan falsafah ‘Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan’, kepentingan rakyat jelata harus mengatasi kepentingan ahli perniagaan yang menguasai rangkaian bekalan.

Saya mencadangkan agar kerajaan menambah peruntukan untuk mewujudkan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia disegenap pelusuk tanahair, termasuk diSarawak dan Sabah, dan mempelawa peruncit sedia ada untuk menyertai rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia ini.

Tuan Yang DiPertua,

Sepertimana dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, pelbagai peruntukan yang dibentangkan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri amatlah dialu-alukan.

Rancangan penambahan hampir 15,000 rumah dibawah Program Perumahan Rakyat (PPR) serta peningkatan siling harga rumah dari 220 ribu ke 400 ribu ringgit menerusi Skim Rumah Pertamaku dan memudahkan pinjaman bersama suami dan isteri, jelas menunjukan sikap prihatin kerajaan.

Rancangan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA dimana rumah kos sederhana didirikan diatas tanah milik kerajaan dan dijual dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran adalah satu langkah yang amat bijak namun ianya harus diperluaskan kebandar-bandar lain, terutamanya di-negeri yang ditadbir pihak pembangkang.

Mengikut cadangan yang dibentangkan tempohari, projek-projek PR1MA hanya tertumpun di Lembah Kelang dan Seremban.

Tuan Yang DiPertua,

Sejak mengambilalih pentadbiran negeri selepas pilihanraya tahun 2008, kerajaan yang diterajui pembangkang, terutamanya diPulau Pinang dan Kedah telah gagal menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

Di-Pulau Pinang, belum ada satu pun rancangan atau projek perumahan rakyat yang di-pelopori kerajaan negeri yang ditunjangi DAP walaupun sering kedengaran omong kosong Ketua Menteri yang lantang.

Sememangnya rakyat di-Pulau Pinang, terutamanya mereka yang tersilap langkah dan tersalah pangkah pada tahun 2008, kini menyesal dan telah mula kembali ke-pangkal jalan.

Pada masa ini anak jati Pulau Pinang yang berpendapatan sederhana atau rendah memang tidak ada peluang langsung untuk memiliki rumah kerana setiap projek yang diluluskan pihak kerajaan negeri hanya untuk golongan mewah dan orang asing.

Yang diutamakan ialah projek perumahan mewah yang mampu menjana keuntungan untuk usahawan dan tanah rakyat miskin dikampung traditional serta perkampungan nelayan turut dirampas untuk memuaskan nafsu golongan tertentu.

Tuan Yang DiPertua,

Saya memohon jasa baik kerajaan persekutuan dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak agar lebih banyak rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana di-bangunkan diPulau Pinang.

Walaupun kita sedar akan keceluparan Ketua Menteri Pulau Pinang kini tidak mengenal batas dan sanggup memburukkan negara sendiri ketika berpijak di-bumi asing, janganlah kita menganak-tirikan rakyat Pulau Pinang yang kini telah mula sedar akan kesilapan mereka.

Rancangan pembangunan PR1MA adalah satu usaha yang harus diperluaskan melangkaui Lembah Kelang demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Tuan Yang DiPertua,

Seperkara lagi amat penting dalam peruntukan serta cadangan Bajet Rakyat pada kali ini ialah pengenalan kaedah bina kemudian jual atau ‘build and sell’ yang di-umumkan YAB Perdana Menteri tempohari.

Dibawah kaedah bina kemudian jual ini, bukan sahaja masalah projek perumahan terbengkalai dapat di-atasi malah hak pembeli rumah dapat di-lindungi dari pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Di-masa lampau, pembeli terpaksa membayar ansuran rumah yang dibeli kepada pihak bank sebaik sahaja perjanjian jual-beli ditandatangani, walaupun tapak projek perumahan tersebut belum diratakan.

Apabila projek terbengkalai atau mengalami kelewatan, pembeli dipaksa melakukan pembayaran ansuran mereka. Ini adalah suatu amalan perniagaan yang amat tidak adil dan pengenalan kaedah ‘build and sell’ oleh pihak kerajaan sendiri adalah langkah pemula yang amat tepat.

Saya tidak nampak kenapa bank-bank perdagangan yang lain tidak boleh tampil untuk membiayai projek perumahan yang mengamalkan kaedah ‘build and sell’ jika bank-bank Islam boleh berbuat demikian.

Tuan Yang DiPertua,

Tema Bajet Rakyat 2012 ialah DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA.

Sejajar dengan dasar transformasi yang diketengahkan ini, kerajaan harus lebih tegas dalam memastikan agar mesej transformasi ini sampai secara jelas kepada segala lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang bertanggungjawab menzahirkan dasar ini.

Penjawat awam yang gagal, liat atau menentang intipati dasar transformasi harus dikenalpasti dan langkah sewajarnya dilaksanakan agar mereka menepati hasrat kepimpinan.

Kerajaan harus bertindak tegas dalam isu ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu agar tidak lagi wujud ‘Little Napoleons’ dalam pentadbiran kerajaan.

Kita sedia maklum tentang wujud-nya fenomena ‘warlord’ dan ‘litte Napoleon’ dibeberapa peringkat tinggi pentadbiran sehingga membantut atau mengagalkan terus pelan transformasi kerajaan.

Mereka ini harus di-bendung. Salah satu cadangan ialah agar tempoh jawatan-jawatan yang dikenalpasti sebagai ‘panas’ di-hadkan dan dijadikan jawatan giliran.

Transformasi yang dipelopori kerajaan kini adalah berbeza sama-sekali dengan reformasi jalanan yang suatu ketika dulu menjadi barah dalam masyarakat kita.

Transformasi yang dipupuk di zaman ini bukan lah semata-mata slogan yang di-ciplak dari negara jiran untuk memuaskan nafsu rakus pemimpin yang gila kuasa, pangkat dan kedudukan.

Tuan Yang DiPertua,

Siapa yang makan cili, sudah semestinya akan terasa pedasnya. Mereka yang mahir menciplak-lah yang akan tampil menuduh orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Kita jangan lupa akan individu yang suatu ketika dahulu menciplak secara total pelan pemulihan ekonomi International Monetary Fund (IMF) dan saranan World Bank yang amat dangkal sehingga terpaksa dipecat demi keselamatan negara.

Saya yakin kerajaan ketika ini, yang di-pimpin Datuk Seri Najib Tun Razak, mampu merancang ekonomi tanpa perlu merujuk terlebih dahulu kepada pakar ekonomi bergaji 1-Ringgit, sepertimana mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mampu menyelamatkan kita ketika krisis ekonomi pada tahun 1997/98.

Sememangnya saya amat terkejut apabila terdengar suara sumbang individu didalam Dewan yang Mulia ini semalam yang mendabik dada, tanpa sedikit pun rasa malu, membayangkan bahawa dia-lah yang bertanggungjawab menyelamatkan ekonomi negara ketika krisis tahun 1997/98.

Sedarlah wahai saudara, Tuhan maha mengetahui dan rakyat bukan bodoh seperti yang anda harapkan.

Tuan Yand DiPertua,

Setelah menyaksikan video ‘Undilah’ yang hangat diperkatakan baru-baru ini saya rasa pakar ekonomi bergaji 1-Ringgit itu besar kemungkinan akan dipecat sekali lagi kerana pengganti telah mula ditonjolkan secara terbuka.

Apa yang saya bongkarkan tempohari berhubung rancangan sulit untuk menggantikan pakar ekonomi bergaji 1-Ringgit telah mula menampakan bukti yang nyata dimana ada pemimpin baru, yang menceritakan tentang ‘banyak masalah’, di-dukung sebagai ikon golongan muda.

Kini segalanya sudah terang, tak perlulah saya suluh lagu. Saksikan lah video ‘Undilah’ untuk mengenali bakal ketua pembangkang yang baru, dan janganlah tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun anda tidak setuju dengan video ‘Undilah’ atau pemimpin ‘banyak masalah’ yang ditonjolkan.

Tuan Yang DiPertua,

Ketika kita menyambut baik rancangan belanjawan negara yang dibentangkan YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saban tahun timbul persoalan tentang peranan dan tanggungjawab sektor swasta serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dalam memantapkan lagi falsafah kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Sekali lagi pelbagai bentuk kemudahan serta pelepasan cukai di-peruntukan agar sektor swasta dapat bersama kerajaan mendukung cita-cita dan aspirasi rakyat Malaysia.

Sudah tiba masanya sektor swasta, terutamanya konglomerat-konglomerat yang selama ini meraih keuntungan dalam situasi yang aman, damai dan dikurniakan kestabilan politik yang berpanjangan ini membalas budi negara bertuah ini.

Apakah hanya kerajaan sahaja yang bertanggungjawab ke-atas kesejahteraan rakyat manakala sektor swasta hanya mementingkan keuntungan dan kedudukan Bursa Saham semata-mata?

Tuan Yang Dipertua,

Salah satu bidang yang amat memerlukan sokongan serta dokongan pihak swasta yang lebih menyeluruh ialah bidang sukan tanahair.

Walaupun pada masa ini pihak swasta menjadi rakan yang aktif dalam beberapa sukan teras namun kerjasama ynag menyeluruh dan lebih bermakna harus dipelopori, terutamanya dari segi kerjasama jangka panjang.

Peruntukan yang digariskan dalam Bajet Rakyat 2012 disambut baik, terutamany penyediaan gelanghang Futsal yang kini menjadi trend gaya hidup golongan belia, namun usaha kerajaan ini harus ditambahnilai oleh sektor swasta menerusi kerjasama yang lebih spesifik.

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, di negara Jepun sejumlah USD 120 juta atau kira-kira 400 juta ringgit diperuntukkan kepada Japan Football Association (JFA) setiap tahun menerusi penaja korporat serta sumbangan kerajaan untuk membangunkan sukan no:1 dunia itu.

Jika tak silap saya, FAM hanya diperuntukan tidak lebih 30 juta ringgit setahun tetapi kita mengharapkan agar sukan bolasepak bertaraf dunia. Kritikan datang secara percuma tetapi hakikatnya adalah amat pedih.

Jika dahulu tajaan syarikat pengeluar rokok dan arak menjadi punca utama kini sumber itu tidak benarkan selaras dengan peraturan antarabangsa.

Dikesempatan ini saya ingin menyarankan agar, disamping kita menggalakkan penglibatan sektor swasta yang lebih bermakna, kerajaan mungkin boleh menimbang penambahan peruntukan.

Mungkin sebahagian daripada cukai jualan rokok dan arak (sin tax) yang dikutip kerajaan boleh disalurkan kepada persatuan sukan seperti FAM agar masa depan sukan negara tidak senantiasa mendung menanti ribut.

Tuan Yang DiPertua,

Kontroversi berkenaan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC nampak-nya tidak pernah reda sejak kepimpinan terdahulu.

Jika dahulu sebuah syarikat kecil seperti ECM Libra dibenarkan ‘menelan’ syarikat milik kerajaan Avenue Capital tanpa penjelasan ynag sewajarnya, kini muncul pula beberapa kes yang baru.

Pembelian 30% saham E&O Berhad oleh Sime Darby Berhad untuk satu jumlah yang tidak masuk akal sama-sekali harus di-siasat pihak kerajaan kerana terdapat pelbagai bukti kukuh yang menunjukkan ke-arah jenayah komersial, iaitu ‘insider trading’.

Isu penukaran saham atau penggabungan MAS dan penerbangan tambang murah Air Asia, seperti yang di-utarakan rakan saya YB Wangsa Maju, juga menjadi suatu tanda tanya yang besar.

Saya berpendapat isu ECM Libra dan Avenue Capital masih belum selesai dan harus di-siasat semula bersama Sime Darby – E&O, MAS – AirAsia serta kontroversi yang melibatkan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar serta suaminya Datuk Azizan Abdul Rahman - kerana individu yang sama kelihatan terbabit dalam kontroversi – kontroversi terkini.

Tuan Yang DiPertua,

Sepertimana yang di-cadangkan untuk menjamin penerimaan sepenuhnya dasar transformasi di kalangan penjawat awam, pegawai tertinggi GLC juga harus di-pantau dengan lebih dekat agar kuasa ynag melampau tidak menjurus ke-arah amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Pegawai GLC yang terbukti menyeleweng harus di-ambil tindakan yang tegas agar ianya menjadi pengajaran kepada yang lain, manakala yang di-ketahui terlibat dalam kes penyelewengan tetapi kurangan bukti untuk di-sabitkan kesalahan harus di-pindahkan serta-merta ke-jawatan lain.

Baru-baru ini timbul pula ura-ura tentang penyalahgunaan kuasa yang berleluasa serta penyelewengan dalam syarikat GLC telekom Malaysia Berhad.

Mungkin Menteri yang berkenaan boleh menjawab, apakah benar Menara TM di Bangsar serta Menara Celcom di Jalan Semarak (kedua-duanya milik TM) telah di-jual?

Saya harap cerita ini hanya khabar angin sahaja namun berdasarkan tingkahlaku mereka yang menerajui GLC – GLC kita yang lain, saya tidak terkejut langsung dengan khabar ini.
Sekali lagi saya ingin mendesak agar skandal penggabungan ECM Libra dan syarikat GLC Avenur Capital di-siasat semula kerana adalah mustahil untuk mana-mana pihak untuk menguasai sebuah GLC dengan asset tunai melebihi 3 BILLION ringgit tanpa apa-apa bayaran tunai, walaupun 1 ringgit.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pernah menyiasat skandal ECM Libra – Avenue Capital ini namun kesudahan-nya agak terbantut dan isu-isu yang kontroversi masih belum terjawab sehingga hari ini.

Saya mendesak agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membuka kembali fail lama ini bagi mengelak GLC lain daripada menjadi mangsa permainan silap-mata yang serupa.

Janganlah wujud keadaan di-mana penjawat awam bergaji rendah harus patuh kepada segala garis panduan dan tatacara manakala yang menerima imbuhan ratusan ribu ringgit bebas menyeleweng syarikat kerajaan dengan bantuan penyangak dari luar.

Kita harus adil dalam perkara ini dan bukan-nya mengamalkan sikap pilih kasih seperti dalam parti DAP.

Wakil Rakyat biasa, bekas aktivis HINDRAF, di-gantung serta-merta selama enam bulan kerana cadangan ingin menukar rupa-bentuk Jalur Gemilang dalam Facebook tetapi Ketua Menteri yang memburukkan negara dan bercakap berbohong bebas tanpa apa-apa tindakan.

Tuan Yang DiPertua,

Saya amat kecewa dengan tindakan beberapa kerat anggota dewan yang mulia ini yang menolak bulat-bulat cadangan kerajaan untuk mengkaji semula elaun anggota Parlimen, termasuk gaji pegawai penyelidik serta sewa pejabat.

Kita maklum bahawa tindakan mereka itu hanyalah gimik politik semata-mata namun anggota Parlimen yang lain dijadikan mangsa mainan politik mereka ini.

Mungkin Ketua Pembnagkang dan beberapa kerat kuncu-kuncunya tidak memerlukan sedikit kenaikan elaun kerana mereka mungkin menerima peruntukan yang lumayan dari luar negara untuk memburukan kerajaan kita.

Sama seperti media online yang menerima dana asing untuk memburukkan negara sendiri, seperti Malaysiakini dan sekutunya, kita tahu Ketua Pembangkang pun mempunyai pelbagai sumber kewangan dari bermacam-macam tabung Yahudi yang bertopengkan demokrasi.
Kalau dah kenyang dengan duit haram, janganlah halang yang halal untuk orang lain.

Tuan Yang DiPertua,

Keamanan, keselamatan serta kestabilan sosial dan politik adalah amat penting bagi kemajuan ekonomi kita dan pencapaian ini sememangnya menagih pengorbanan dan kerjasama dari segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum.

Tanpa keamanan yang kita kecapi selama ini, kehidupan seharian tidak akan selamat dan pelabur asing tidak akan mendekati kita. Lihat sahaja nasib negara-negara yang kini masih bergolak.

Hampir kesemua negara yang kini dilanda pelbagai pergolakan aman satu ketika dahulu tetapi disebabkan pengkhianat di-kalangan mereka dan musuh dari luar, negara yang kaya dan tersohor seperti Libya dan Syria pun hampir runtuh sepenuhnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa kita amat terhutang budi kepada pasukan keselamatan negara yang saban hari berkorban demi keamanan ini.

Pengorbanan pihak Polis Di-Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia tidak ada tolok bandingnya. Dengan sebab itu saya menyambut baik peruntukan kerajaan melebihi 1 Billion ringgit untuk pasukan keselamatan kita serta keluarga mereka.

Tuan Yang Di-Pertua,

Bukan sahaja pihak Polis dan Tentera, malah hampir 62,000 bekas anggota pelbagai unit pasukan bantuan seperti Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout serta balu mereka juga diperuntukan sejumlah 3,000 ringgit dalam Bajet Rakyat 2012.

Tuan Yang DiPertua,

Saya ingin menggulung ucapan ini dengan menarik perhatian kepada salah satu peruntukan Bajet Rakyat 2012 yang jelas menunjukan dasar kerajaan yang di-tunjangi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sewajarnya langkah ini harus di-beri setinggi-tinggi penghargaan kerana ianya jelas mempamerkan sikap terbuka, professionalisma serta langkah menongkah arus meletakkan asas yang kukuh kepada dasar transformasi negara.

Peruntukan tambahan 10juta ringgit untuk Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaanadalah amat signifikan kerana ianya jelas menunjukkan intipati serta isihati kepimpinan kerajaan.

Saya tahu Yang Berhormat Bukit Gelugor, walaupun dari pihak pembangkang, telah secara professional dan terbuka mengiktiraf serta menyokong dana untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada Orang Kena Tuduh dalam kes jenayah.

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan ialah bukti bahawa setiap rakyat mempunyai hak masing-masing dibawah langit Malaysia yang kita junjung ini, walaupun yang berhak itu seorang penjenayah.

Peruntukan 10 juta untuk Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan mungkin satu jumlah yang kecil berbanding jumlah keseluruhan Bajet Rakyat 2012, tetapi langkah kecil berhati besar inilah yang mengukuhkan lagi falsafah ‘1Malaysia – Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan’.

Tuan Yang DiPertua,

Saya mohon menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.


Terima Kasih,

ZAHRAIN MOHAMED HASHIM


Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sime Darby tidak meyakinkan. 26 Sep 2011 2:19 AM (13 years ago)

KENYATAAN MEDIA


Nampaknya isu pembelian 30% saham E&O Berhad oleh Sime Darby Berhad dengan harga yang begitu tinggi masih belum dijelaskan lagi.

Bukan sahaja isu utama tidak dijawab malah ternampak semacam ada usaha untuk mengalih perhatian umum dari isu ini.

Setakat ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak hanyalah percubaan menyokong atau menjustifikasi urusniaga Sime Darby – E&O dan bukannya penjelasan yang telus.

Alasan Sime Darby membayar premium yang tinggi berdasarkan kepakaran E&O dalam bidang pembangunan hartanah adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal samasekali kerana Sime Darby sendiri adalah gergasi dalam bidang hartanah dengan pengalaman dan kepakaran mejangkaui empat dekad.

Apakah Sime Darby sudah tidak yakin dan percaya dengan kebolehan dan kepakaran kakitangannya sendiri?

Baru-baru ini bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur Datuk Salleh Majid pun telah tampil mempersoalkan alasan yang dikemukakan Sime Darby.

Industri hartanah sedia maklum akan kepakaran warga Sime Darby yang bukan sahaja di-iktiraf di-dalam negara malah di-peringkat antarabangsa.

Satu lagi alasan remeh yang di-utarakan pihak berkepentiangan ialah kononnya dengan pembelian saham E&O Sime Darby dapat meningkatkan keluasan ‘land bank’ atau pemilikan tanah yang belum dibangunkan. Ini adalah satu lagi fakta songsang.

Saya rasa Sime Darby tidak terdesak untuk meningkatkan ‘land bank’ kerana keluasan ‘land bank’ sediaada Sime Darby, selepas penggabungan Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby, adalah cukup besar.

Saya terasa agak pelik kerana setelah isu pembelian saham E&O ditimbulkan terdapat pelbagai percubaan untuk mengalih tumpuan rakyat jauh dari perkara asas.

Saya diberitahu ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan telah masuk campur untuk menutup mulut pihak yang terus mendesak agar urusniaga Sime Darby dan E&O diperjelaskan.

Jika benar cerita ini, ianya hanya meningkatkan lagi tahap keraguan rakyat terhadap tindak tanduk syarikat berkenaan kerajaan (GLC) dan kerajaan itu sendiri.

Kita tidak harus lupa bahawa skandal penggabungan ECM Libra dan syarikat milik kerajaan pada ketika itu Avenue Capital adalah salah satu faktor penyumbang kepada kejutan yang diterima kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2008.

Saya tahu akan isu ECM Libra dan Avenue Capital serta individu-individu yang terlibat secara langsung pada ketika itu.

Yang peliknya, individu-individu yang secara langsung menyebabkan rakyat menolak kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu masih lagi berperanan dalam beberapa urusniaga GLC yang tidak telus pada ketika ini.

Apakah kepimpinan ketika ini tidak sedar akan peranan musuh dalam selimut ini atau mungkinkah ‘budak-budak Tingkat 4’ sememangnya masih berkuasa, bebas merompak harta Khazanah seperti dahulu?

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

26 September, 2011.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Sesi Parliament Oktober 2011 22 Sep 2011 12:47 AM (13 years ago)

SOALAN (Untuk Jawapan Lisan)


1.Minta Menteri Kerjaraya menyatakan apakah langkah Kementerian untuk mengelakkan berlakunya kesesakan jalanraya dari Jambatan Ke 2 ke Jambatan Pulau Pinang di FTZ (laluan Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang) selepas tamat pembinaan Jambatan ke 2.

2. Minta Menteri Pertanian dan Asas Tani menyatakan bilakah pembayaran pampasan kepada nelayan-nelayan yang terjejas akibat pembinaan Jambatan Ke 2 dapat diselesaikan.

3. Minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan apakah perbezaan ""Standard Operating Procedure"" (SOP) yang diguna pakai didalam penyiasatan kes-kes jenayah oleh agensi-agensi yang melakukan penyiasatan seperti POLIS dan SPRM berbeza dengan yang diamalkan oleh negara-negara lain."

4. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa memandangkan OPS SIKAP yang dilanksanakan baru-baru ini gagal, apakah langkah-langkah seterusnya yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengurangkan kemalangan di jalanraya khususnya dimusim-musim perayaan."

5. Minta Menteri Pertanian dan Asas Tani menyatakan apakah galakkan dan insentif yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha industri herba dan apakah peranan Kementerian untuk menluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

6. Minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kementerian berpuas hati dengan latihan amali yang dijalani oleh doktor-doktor pelatih di hospital-hospital kerajaan.

7. Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan daripada 50'000 unit rumah yang akan dibina untuk rakyat berpendapatan rendah , berapa banyakkah di peruntukkan di Bayan baru dan Balik Pulau."

8. Minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Bank Negara Malaysia bercadang untuk menurunkan ""Net Interest Rate"" dibawah paras 2% seperti mana diamalkan oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Singapura."

9. Minta Menteri Kewangan menyatakan samada bank-bank masih lagi dibenarkan untuk merujuk kepada ""Credit Tip-Off Service"" (CTOS) and ""Central Credit Reference Information System"" (CCRIS) di dalam pemprosesan pembukaan akaun-akaun bank"

10. Minta Menteri Kerjaraya menyatakan bahawa memandang kepada kesesakan jalanraya yang semakin serius dikawasan Bayan baru, Pulau Pinang khususnya jalan-jalan kearah Relau dan Sungai Ara, adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengurangkan kesesakan dikawasan ini."

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Antara Pemimpin & Penghasut 18 Sep 2011 12:22 AM (13 years ago)

Kita baru sahaja melepasi titik sejarah sambutan serentak Ulangtahun penubuhan Persekutuan Malaysia yang ke 48 dan ulangtahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke 54.

Inilah kali pertama sambutan ulangtahun Hari Merdeka dan Hari Malaysia disambut serentak pada tanggal 16 September.

Sempena sambutan bersejarah itu rakyat dihidangkan beberapa kejutan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara pelbagai kejutan yang terkandung dalam ucapan Perdana Menteri pada malam 15 September, 2011 di Angkasapuri Kuala Lumpur ialah pengumuman keputusan Kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau I.S.A.

Saya pasti majoriti rakyat Malaysia menyambut baik keputusan Kerajaan ini walaupun ada golongan pejuang negara terdahulu yang masih was-was akan tindakan berani Najib Razak.

Ada dikalangan anggota dan bekas anggota keselamatan juga yang agak risau dengan tindakan memansuhkan ISA dan peruntukan langkah-langkah pencegahan yang lain.

Walaupun pada mulanya mungkin pahit, saya yakin tindakan pemansuhan ISA adalah kearah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara Islam moden yang lebih demokratik lagi progresif.

Rasanya diantara pelbagai rancangan Transformasi Kerajaan yang diumumkan sebelum ini, langkah pemansuhan ISA ini merupakan ‘a single largest achievement’ atau langkah unggul dengan kesan paling besar atau positif.

Seperti yang di-ingatkan beberapa rakan, Najib Razak sebenarnya telah berjanji untuk mengkaji semula ISA dalam ucapan ulung beliau pada 2hb April, 2009.

Dan pada 15 September lalu beliau mengotakan janji itu dengan menghapuskan terus akta yang sekian lama digeruni kawan dan lawan.

Walaupun agak perlahan namun kepimpinan Najib semakin menyerlah dan pelan transformasi kerajaan yang dijanjikan telah mula menampakkan kesan.

Tetapi, apakah transformasi menyeluruh yang dipelopori Perdana Menteri ini disokong dan didukung oleh kesemua pemimpin, ahli dan penyokong Barisan Nasional.

Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah menampakkan hasil ketara ini akan gagal jika hanya Perdana Menteri dan beberapa kerat menteri dan pemimpin parti yang mengambil peduli.

GTP ini bukan berkenaan politik. Matlamat GTP adalah kesejahteraan rakyat dan oleh itu semua pihak dan golongan yang bertanggungjawab harus menghulurkan bantuan serta sokongan.

Jangan pula ada dikalangan pemimpin atau ahli pasukan Perdana Menteri sendiri yang bertindak lebih teruk dari pihak penghasut yang menyamar sebagai pembangkang dalam negara ini.

Mungkin inilah masanya untuk Barisan Nasional dan teraju-nya Umno untuk membezakan diri mereka dari puak penghasut yang bukan berniat membina negara bangsa ini.

Saya tahu puak penghasut tidak dapat tidur nyenyak kerana ‘Najib is doing all the right things’.

Tidak sampai 24-jam selepas Perdana Menteri membuat pengumuman pemansuhan ISA serta langkah-langkah transformasi politik dan sosial , telah muncul seorang pemimpin DAP yang ingin menggantikan bendera keramat Jalur Gemilang.

Inilah yang saya maksudkan sebagai puak penghasut. Belum pun reda kegilaan Mat Sabu, timbul pula Manoharan dari DAP dengan desakan dangkalnya.

Puak penghasut nyata gusar, lebih-lebih lagi dengan kemunculan satu lagi video yang memaparkan kelicikkan pemimpin ‘anugerah Tuhan’ mereka.

Kita harus waspada dengan puak penghasut yang akan senantiasa menghasut rakyat pelbagai kaum agar tidak ada keamanan politik dan sosial dalam masyarakat kita.

Penghasut tidak mempunyai ruang dalam Malaysia dimana rakyatnya hidup aman, rukun damai walaupun berbeza pandangan politik.

Politik yang matang merupakan mimpi ngeri puak penghasut yang dangkal dan mereka tahu Najib telah bertindak untuk mematangkan lagi politik tanahair, terutamanya dengan pemansuhan ISA.

Janganlah kita terperangkap dalam politik kotor lagi dangkal yang dipelopori mereka yang terdesak.


Terima Kasih.


Zahrain Mohd Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?