Hari ini da masuk 2 Disember 2013.. Ini bermakna, kita baru sahaja say goodbye to November 2 days ago.. November ni memang bulan yg paling sukar bagi aku untuk aku tempuhi. Banyak suka dan duka terpaksa aku harungi dalam bulan November ini. Kalau boleh, nak senaraikan 1 per 1 kat sini, tapi takut panjang sangat.
1 November 2013, aku baru sahaja menamatkan kursus KSSR Sejarah Tahun 4 bagi tahun 2014. So, Jumaat 1 November tu aku ambil cuti rehat khas. Sebab kena uruskan beberapa hal penting dan yang paling penting, aku kena uruskan permohonan bantuan anak getah dan baja daripada RISDA untuk usahakan kebun mama aku. Memang leceh. Tapi kena buat dengan penuh kesabaran. Pada hari itu juga, berlaku perselisihan faham antara aku dgn Wan. Biasala tu. Cucu dgn wan dia mmg camtu.
3 November 2013, satu peristiwa pergaduhan besar berlaku. Akibat salah faham, aku dituduh bukan2 sedangkan bukan salah aku. Pakcik aku yg konon2nya perfect sgt tu tuduh aku bukan2. Memang bengang la aku. last2, aku lak yang pengsan sebab x dapat kawal emosi. Nasib baik x bwa g hospital. Aku da la bru nak sihat, kena lak cmtu, mmg xleh blah r..
7 November 2013, hari sukan tahunan SKDT.. kali ini Zimie x jadi MC da..jd pengurus peserta..sbb ade org len yg lebih layak n bbakat jd MC..pe yg bestnya, tahun ni Zimie dapat bawa rumah KUNING jadi juara ksluruhan..yg bestnya, RUMAH TERBAIK dan OLAHRAGAWAN pun dtgnye dr rumah KUNING.. sykur..suka sgt..
8-13 November 2013, latihan utk Hari Anugerah..dan debaran makin terasa utk Pengumuman Keputusan UPSR 2013..tahun ni buat latihan utk Hari Anugerah terlalu pendek tempohnya..kalau sebelum ni smpai 2 mggu..ni x smpai 3 ari je.. last minit punye kerja, budak2 tahun 6 buat koir 3 lagu medley iaitu Hanya Aku(Hyper Act), Takkan Terpisah(Black) & Penglipurlara(Hazama). Tak tahu sbab pe, lagu2 ni jadi pilihan..memang best..dan diorang pun dapat bt dgn baik..dalam masa yg sama, krisis keluarga aku kian teruk..aku dilema betul..samaada nak balik atau x ke KL..Tuhan beri aku kekuatan..aku nak bsama dgn anak2ku pd 14 November ni..aku bnyk bdoa agar semuanya ok..


14 November 2013, hari yg dinanti2 telah tiba..mmg x tdo la malam tu..aku pnya risau gila dgn keputusan budak2 ni.. scra peribadi aku target 5A seramai 7 org.. alhamdulillah, 4 orang dapat 5A dan 4 orang dapat 4A 1B..syukur sgt2..peratus pun baik tahun ni..cuma Sains sorg gagal..96% je..ok la tu..the best part is my anak also dapat 5A..ni kali kedua anak angkat Zimie dapat 5A..dulu Azmil, skrg Hafiz pula..syukur sgt2..hari tu mmg penat..penat menangis dgn anak2 n parents yg dtg ucapkan tahniah dan terima kasih..terharu sgt..mmg best giler..sebak terharu tu still ade..sbg penguat semangat.. tiba2, my mom call kata my dad makin teruk.. aku mmg sdih giler sbb wktu tu da xtau nak bt ape da.. dlm keadaan letih pun, aku drve ke KL..tapi...(mmg x dpt nk story sbb sedih sgt2..smpai ati..)

15 November 2013, Zimie terjaga pukul 2 pagi,,bangun terus setelkan kerja yg x siap..pukul 3 Zimie siap2 nak balik N9 balik..ingat nak ikut Genting Press..tp my mom x bagi..so ikut LEKAS..pun x boleh..last2 ikut PLUS keluar d Seremban..mengenangkan anak2, Zimie kuatkan semangat juga..wktu tu Zimie hanya bayangkan muka anak2 Zimie di sekolah je..sbb itu adalah hari terakhir Zimie dgn diorg..mmg Zimie nak sgt ade dgn diorng.. spanjang pejalanan Zimie drive, Zimie ditemani dgn suara anak2 Zimie nyanyikan lagu persembahan syahdu mereka semalam yg Zimie sempat convert dlm bentuk MP3..sayu sgt..meleleh2 airmata.. last day, mcm2 Zimie creat pengalaman dgn diorg..perkara yg diorg x penah pk..so, Zimie bangga..Zimie lepaskan diorg semua dgn hati yg berat..


26-27 November 2013, family day kat Melaka..kami menginap di A Famosa Resort Hotel.. ok..cuma xde kolam renang kat hotel kami..kami menumpang mandi swimming pool kat condo kak Zu.. Zimie bawa anak2 Zimie sbb Wan xnak pergi..so Zimie bawa Azmil, Hafiz dan Faiezzat..ni pengalaman pertama anak Zimie, Hafiz ni dok hotel..sedih sbb sblum ni dia x penah stay hotel..sedih sbb dapat bagi pengalaman baru kat dia..bangga sbb bawa dia kenal dunia baru..mmg best..bia apa orang nak cakap, Zimie enjoy dgn diorang. Dia ni suka makan ketam..so Zimie belanja makan ketam..esoknya pula, lepas check out, kami pergi ke Ayer Keroh dan Banda Hilir..first time g sndri drive..join family kak Zu..balik tu kami balik sndri..sesat juga la..ni semua GPS punya pasal..akhirnya smpai juga ke Seremban..lepak Seremban jap kat AEON S2..makan2, main token, tgok wayang, boling..da tgh malam baru balik..dlm perjalanan balik, anak Zimie ni buat perangai.. mmg kena ceramah la..sian dia..


Jadi, banyak kenangan ditinggalkan oleh November pada Zimie..pape pun, syukur, Zimie dapat lalui dgn tenang.. So, Disember, please be nice to me ok..banyk plan bulan 12 ni..antaranya nak bawa anak2 g Desa Water Park kat KL.. kalau sempat nak bawa g skating kat Sunway Pyramid..hihi..kalau jadi.. Seoul Garden dgn boling mmg dah tentu wajib la.. hehe.. ok..see u again..

30 April 2012 - Pagi itu, dalam pukul 2 pagi, Zimie rasakan badan Zimie panas. Demam barangkali. Zimie bingkas bangun ingin mengambil ubat. Tatkala mahu melangkah dari katil, tangan kiri Zimie berdenyut-denyut. Sakit. Ah! Tidak mungkin sakit lama berulang lagi. Zimie amati di cermin. Sah. Memang ada timbul satu lagi bonjolan kecil di bawah ketiak sebelah kiri Zimi. Inilah yang menyebabkan Zimie demam.
Pada mulanya, Zimie kuatkan semangat untuk bekerja pada hari ini. Kerana Zimie perlu menjadi AJK sempena Karnival Bahasa Inggeris. Tetapi, badan Zimie terasa terlalu lemah. Zimie bagaikan tidak berdaya. Zimie meminta tempat Zimie digantikan oleh Cikgu Habsah. Alhamdulillah. Zimie ingat, selesai sahaja kelas English Tahun 5, Zimie mahu pulang ke rumah.
Guru Besar mencadangkan Zimie terus ke hospital. Terus sahaja Zimie menghubungi Mama. Alhamdulillah, doktor yang merawat Zimie dahulu masih ada di klinik tempat Mama Zimie bekerja. Zimie sempat bercakap dengan Ms. Su. Beliau menyuruh Zimie segera ke HKL. Dengan memandu sendiri, Zimie sampai di HKL lebih kurang pukul 1 tengah hari. Terus tahan wad. Ketika itu, demam semakin teruk.



Ms. Chye periksa Zimie. Perlu sambung ubat antibiotik yang Zimie ambil dahulu. Untuk lihat sejauh mana ia dapat merawat sakit Zimie. Demam Zimie masih sama. Tiada perubahan. Jadi, doktor tambah satu lagi antibiotik, C-Pen. Jadi, Zimie perlu ambil antibiotik dua jenis sebanyak 4 kali sehari. Alangkah 1 antibiotik sahaja dahulu pun bagai nak menangis Zimie, inikan lagi DUA. Cloxa dan C-Pen memang sakit. Antibiotik ini perlu dimasukkan melalui DRIP. Saat antibiotik itu masuk ke dalam salur darah kita, sakitnya, sukar nak Zimie gambarkan. Setiap 2 hari, Zimie akan tukar DRIP yang baru sebab tempat DRIP itu sudah bengkak.


Setakat post ini ditulis, Zimie masih lagi tidak tahu bilakah Zimie akan dikeluarkan daripada wad. Malam tadi, doktor bahagian 'medical' ada datang buat pemeriksaan terhadap Zimie. Malam ini, Zimie perlu puasa untuk ujian darah pada esok pagi. Setiap hari perlu ambil darah. Sampai bengkak tangan Zimie. Zimie berharap sangat agar Zimie dibenarkan pulang dengan segera sebab duduk dalam wad seorang diri memang tidak seronok. Doakan Zimie.
N
12 Apr 2012 1:31 AM (12 years ago)


" N ". Kenapa Zimie ni? Apa maksud N ini? Hehe.. Hari ini baru Zimie berkesempatan untuk update pasal N. N merupakan seorang wanita. Zimie kenal N sebelum Zimie sakit lagi. Siapa N di hati Zimie? Hehehe...
Dahulu, Zimie dipilih untuk menjadi ajk bagi MSSD Daerah Jelebu. Zimie perlu key-in nama peserta mengikut sekolah dan acara yang diambil. Zimie dan dua orang rakan Zimie terpilih menjadi seketeriat bersama dengan N dan beberapa orang kawannya. Zimie dikehendaki berkampung di sekolah di mana N mengajar selama 2 minggu.
Pada minggu pertama, keadaan masih seperti biasa. Tiada apa-apa yang aneh berlaku. Namun Zimie dapat rasakan sesuatu dalam diri Zimie apabila masuk minggu kedua. Zimie rasakan ada sesuatu pada N yang membuatkan Zimie berhasrat untuk berkenalan dengannnya. Jujur Zimie katakan, niat Zimie hanya untuk berkawan sahaja. Tidak lebih dari itu. Kerana luka lama masih berdarah lagi.
Waktu itu, Zimie dalam kekeliruan yang teramat sangat. Adakah Zimie bersedia untuk membuka hati Zimie yang telah lama tertutup untuk perempuan. Hampir 5 tahun Zimie bersedirian. Derita. Kesunyian. Puas juga Zimie berfikir. Akhirnya, Zimie mengambil keputusan memujuk hati untuk menjadikan N sebagai kawan sahaja. Zimie tidak mahu terburu-buru kerana Zimie telah belajar banyak benda dalam perhubungan yang lepas. Sekali lagi Zimie buntu. Macam mana untuk dapatkan nombor telefon N? Arrrgggghhh..
Zimie luahkan masalah Zimie pada rakan Zimie, Kak Zu mengenai N. Dia kelihatan teruja apabila akhirnya ada perempuan yang berjaya mencairkan hati Zimie. Cerita ini sekejap sahaja tersebar kepada rakan-rakan lain seperti Kak Habsah, Kak Mawar dan Kak Wati. Kak Mawar menawarkan pertolongan untuk merapatkan kami. Zimie segan. Zimie hanya tersengih sahaja tanpa memberi apa-apa tanda.
Ada sekali tu, N membacakan nombor telefonnya kepada Pegawai Teknik secara kuat-kuat. Ketika itu, Zimie berdebar-debar untuk mengingati nombor tersebut. Zimie mahu salin, ketara pula nampak dek kawan-kawannya yang duduk di sebelah Zimie. Jadi, Zimie mengambil keputusan untuk hafal nombor itu. Namun, disebabkan hati terlalu cemas, Zimie hanya mampu menghafal 3 angka yang pertama. Selebihnya, hilang dalam debaran. Arghhhh..
Petang Jumaat, sebelum Zimie bertolah ke Kuala Pilah untuk menjemput anak angkat Zimie, Kak Wati menghubungi Zimie. Dia begitu gembira dengan khabar gembira yang didengarinya entah daripada siapa. Dia beri-ia menanyakan Zimie adakah benar apa yang didengarinya itu. Zimie hanya jawab yang Zimie mahu berkawan dahulu. Dia berjanji untuk membantu Zimie dapatkan nombor telefon N. Sebelum itu, Zimie ada berhubung dengan salah seorang bekas anak murid N melalui Facebook. Dia kata, dia ada nombor N. Tetapi, dia perlu dapatkan kebenaran daripada N terlebih dahulu. Zimie pasrah.
Akhirnya, kak Wati menghubungi Zimie kembali dengan berita gembira. Kak Wati kata "She is single and available". Malunya Zimie. Zimie hanya nak berkawan dahulu. Hehe.. Dia kata N tidak kisah jika Zimie mahukan nombor telefonnya. Kak Wati berikan Zimie nombor N. Terketar-ketar Zimie menyimpan nombor N di dalam Blackberry Zimie. Sebelum memandu semula, Zimie beranikan diri SMS N dengan ucapan 'selamat bercuti'. Zimie sudah sampai ke Kuala Pilah, barulah N balas.
Sejak daripada itu, kami kerap SMS. Jujur Zimie katakan, N banyak menemani Zimie semasa Zimie terlantar di hospital selain daripada anak angkat Zimie. N banyak memberi kata-kata semangat. N juga sedaya upaya untuk menceriakan hari-hari suram Zimie di hospital. Persepsi Zimie mengenai N sejak mula kenal, N merupakan seorang yang ceria, rajin, ada unsur-unsur humor, cepat kalut dan comel. Sekarang ini kami masih berkawan. Harap-harap bertahan lama hendaknya. N, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup Zimie dan menceriakan Zimie.

10 April - Sejak malam tadi, Zimie dah mula berpuasa. Untuk buat ujian darah lagi. Dah tak tau kat mane dah diorang nak cucuk kat tangan ni untuk ambil darah. Banyak sangat bekas suntikan kat tangan ni especially sebelah kanan. Sebelah kiri ni kalau boleh, jangan usik sangat. Hehe. Pagi semalam, Zimie ikut Mama Zimie pergi kerja. Minta kawan dia yang ambilkan darah Zimie. Tak lama pun. Sampai klinik pukul 7 pagi. Pukul 7.15 dah boleh balik. Lepas itu, balik rumah terus sarapanlah. Lapar. Puasa tak sahur memang macam tu.

Pas sarapan, Zimie pun tidurlah sampai petang. Lama juga tu. Almaklumlah, semalaman tak dapat tidur sebab risau. Risau tentang apa pun Zimie tak tahu. Pukul 3 petang, Mama Zimie call sebab pihak hospital tak dapat baca satu tabung darah. Ada masalah serius pula sebab dia orang macam tak percaya dengan hasil yang dapat. Macam tak de kesahihan la. Jadi, bergegas Zimie dengan Papa ke HKL semula. Kena ambil semula. Kali ni, memang sakit. Tak tahu sebab apa. Ambil darah kali ni agak lain sikit. Sabar jela. Harap-harap semuanya ok. Harap-harap juga dapat balik kampung petang tu. Alhamdulillah. Keputusan ujian darah sepenuhnya hanya akan diketahui Isnin minggu depan. Jadi, dapatlah Zimie balik kampung.

27 Mac - Hari kedua duduk di hospital. Masih tiada apa-apa tindakan yang perlu diambil. Ms Chye kata, jika Zimie sakit sangat, dia akan terus buat 'emergency operation'. Sepatutnya hari Khamis ini Zimie akan dibedah. Jadi, buat 2 atau 3 hari ini, mereka mahu pantau keadaan Zimie serta demam Zimie yang masih tinggi. Platlet Zimie masih teruk. Selera makan langsung tiada.
Namun, kedatangan keluarga dan panggilan telefon daripada kawan-kawan serta anak meringankan sedikit ketegangan yang melanda Zimie. Terima kasih diucapkan kepada Aunty Norsiah, kawan Papa Zimie atas jambangan bungan yang cantik ini. Sedap juga makan buah-buahan yang ada. Dapatlah mengisi perut sedikit.
28 Mac - Keadaan semakin teruk. Zimie dilanda sakit kepala pula. Demam pula tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa ia akan reda. Demam sambil menggigil-gigil lagi. Mama Zimie yang risau dengan keadaan Zimie mengambil keputusan untuk tidur di hospital menemani Zimie. Mama nak request pada doktor untuk segerakan pembedahan itu. Tetapi, aku menghalang untuk menunggu keputusan Ultrasound yang akan dibuat pada hari khamis nanti.
29 Mac - Malam tadi, bermula pukul 12 malam, aku sudah mula puasa. Sebagai persediaan untuk ultrasound dan pembedahan. Berdebar-debar aku. Tak tahu hendak terangkan bagaimana perasaan aku ketika itu. Tetapi, apa yang mengejutkan aku, doktor yang melakukan ujian ultrasound mengatakan bengkak yang wujud di bawa ketiak aku itu bukanlah nanah yang diperkatakan oleh doktor. Lymph Node aku bengkak. Bak kata doktor ultrasound tu, kemungkinan sebab-sebab mengapa kelenjar itu bengkak ada banyak. Antaranya ialah tumor, kanser, infection, TB, antibodi lemah dan banyak lagilah. Ya Allah, seram aku dengar.
Paling kurang pun, infection sahaja aku harap. Tetapi infection pun, ada juga yang merbahaya. Misalnya, jangkitan kuman dalam darah. Masya Allah. Jauhkanlah aku daripada semua ini. Jadi, Ms Chye kata, KIV dahulu pembedahan. Lega dari 1 sudut. Tetapi, masih bingung memikirkan apakah punca kelenjar itu bengkak. Bak kata Ms Chye "lets medicine works on it". Alhamdulillah, tidak perlu pembedahan setakat ini.

26 Mac - Zimie SMS Mama Zimie. Zimie tulis "Ma, doktor cakap, bengkak ni bukan bisul, tapi ketumbuhan, perlu dibedah segera". Mama dan Papa Zimie terus memecut kereta daripada Ampang balik ke Jelebu, N. Sembilan mengambil Zimie segera. Mama Zimie ingin membawa Zimie ke HKL tempat di mana dia dia bekerja. Mereka sampai ke kampuang dalam pukul 3 pagi. Kami semua sampai ke Ampang dalam pukul 6. Sampai HKL, Mama Zimie terus bawa Zimie ke Klinik Ortopedik, tempat Mama Zimie bekerja. Di situ, terdapat beberapa orang doktor yang pakar mengenai hal tumor ini. Antaranya Ms Chye, Ms Su dan Mr Andrian. Kalau bawa Zimie ke OPD, gerenti lambat.
Oleh sebab Mama Zimie kerja di sini, semuanya dapat diselesaikan dengan segera walaupun berkenaan dengan GL. Zimie dirujuk kepada Ms Chye. Pakar Tumor di Malaysia. Ms Chye mengesahkan bahawa ada nanah bawah ketiak. Mungkin kelenjar Zimie bengkak dan bernanah. Terus Ms Chye request OT untuk bedah dan buang benda itu. Daripada situ, dia akan analisis sama ada ianya adalah tumor, cancer atau infection. Zimie terus dimasukkan ke dalam wad. Wad 7. Kelas 1. Zimie dapat 'two bedded'. Alamatnya, Zimie tidur seorang sahajalah sebab orang sebelah tiada. Daripada katil, Zimie hanya mampu memandang bangunan KLCC dan Menara Kuala Lumpur dengan perasaan sayu. Zimie hanya mampu berdoa, harap-harap ia bukanlah kanser mahupun ketumbuhan. Zimie takut.
Pada hari itu, Zimie mula dimasukkan dengan antibiotik. Cloxa namanya. Ia dimasukkan melalui 'line drip'. Bak kata doktor wad, masuk Cloxa ini memang sakit. Terasa saat ia sampai ke dalam salur darah. Ya, memang betul. Meleleh air mata Zimie saat Cloxa itu mula memasuki salur darah Zimie. Sakitnya, Zimie sahaja yang tanggung. Tetapi Zimie perlu kuat. Malam itu pula Zimie dimasukkan air. Ini kerana hasil keputusan ujian darah menunjukkan platlet darah Zimie terlalu rendah dengan bacaan 4. Boleh dikategorikan sebagai denggi pula.
19 Mac - Sekolah macam biasa. Petang itu, Zimie sudah mula rasai kelainan pada diri Zimie. Arghh.. Demam barangkali. Lepas makan ubat Panadol nanti, baiklah nanti. Ya, memang benar. Zimie diserang demam. Pada tanggapan Zimie, ia mungkin demam biasa.
20 Mac - Hari Selasa, pergi kerja seperti biasa juga. Tetapi Zimie sudah mula membawa jaket kelabu Zimie. Mana tahu, tiba-tiba demam pula. Mungkin sebab tekak sakit. Zimie kuatkan juga semangat.
21 Mac - Hari Rabu, demam Zimie makin melarat. Apabila Zimie sudah mula memakai jaket, ramai akan bertanya. Kerana pada mereka, kalau Zimie memakai jaket itu, pastinya Zimie tidak sihat. Petang itu, ada ko-kurikulum. Bahagian pertama, Zimie hanya terbaring di dalam perpustakaan dan tidur. Pada bahagian seterusnya, Zimie tidak tahan lagi. Lalu Zimie terus balik rumah. Makan ubat dan tidur.
22 Mac - Khamis, demam Zimie semakin teruk. Zimie mula merasai kesakitan di bahagian ketiak kiri Zimie. Lantas, Zimie pergi ke klinik, mengambil ubat dan mendapat cuti. Doktor kata, ketiak Zimie ada bisul. Makan antibiotik nanti akan sembuh. Pulang rumah, makan ubat lalu tidur. Tetapi demam seperti itu juga. Tiada perubahan.
23 Mac - Jumaat, Zimie kuatkan semangat untuk pergi ke sekolah. Tidak mahu mengambil cuti lagi. Nasib baik Zimie ada satu kelas sahaja. Bahasa Inggeris tahun 5. Selepas selesai kelas, Zimie tidur semula.
24 Mac - Keadaan semakin bertambah teruk. Demam Zimie semakin menjadi-jadi. Zimie fikir mungkin sebab bisul bawah ketiak itu mahu timbul. Sakitnya susah nak cakap. Berdenyut-denyut. Mula muntah-muntah. Selera makan langsung hilang. Malam itu juga Zimie diserang sesak nafas. Kelam kabut jugalah nenek Zimie menyapu ubat.
25 Mac - Ahad, keadaan bertambah lebih serius. Petang itu, dalam pukul 6, Zimie gagahkan diri juga memandu kereta untuk ke klinik kesihatan Simpang Durian. Dengan harapan doktor dapat memeriksa suhu badan, tekanan darah dan masuk air. Namun, hampa. MA yang bertugas ketika itu datang ke klinik dengan muka ketat. Masuk ke dalam klinik tanpa mempelawa Zimie dan nenek masuk. Duduk di luar sahaja. Kemudian, dia keluar lalu memberikan sepapan Paracetamol. Antara dialognya :
"Maaflah, setakat demam biasa ni, saya malas nak running machine. Saya bagi Paracetamol ni. Makan dan rehatlah. Esok boleh datang untuk cek. "
Sakit hati Zimie. Sekurang-kurangnya, periksalah dahulu suhu dan tekanan darah. Zimie mencampakkan Paracetamol itu ke dalam kereta betul-betul di hadapan dia. Dia nampak. Pedulikan. Sakit hati Zimie. Malam itu keadaan Zimie semakin teruk. Nenek meminta jiran sebelah untuk menghantar Zimie ke klinik di pekan Bahau. Doktor kata bengkak di bawah ketiak Zimie bukanlah bisul. Ia adalah TUMOR. Ya Allah, apakah benar semua ini? Zimie terkesima. Segala perasaan takut dan sedih datang bertandang.
-----bersambung------
My Beloved Cats
8 Apr 2012 8:40 AM (12 years ago)

Dahulu, Zimie pernah memelihara kucing sehingga mencecah 20 ekor. Tapi, kebanyakannya mati kerana sakit. Zimie ingat lagi betapa sedihnya Zimie menghadapi kematian Moyau aka Siti Moyau kerana Moyau telah dipelihara oleh Zimie sejak Zimie berusia 15 tahun. Moyau mati ketika Zimie berusia 24 tahun. Ini bermakna, hampir 9 tahun usia Moyau ketika menghembuskan nafas terakhir. Moyau mati kerana sakit yang teruk. Sehingga kini Zimie tidak tahu apa penyakit tersebut kerana semua kucing Zimie yang mati selepas Moyau turut mengalmi penyakit yang sama tidak kira umur dan jantina.
Ini adalah gambar-gambar Moyau sepanjang 9 tahun dia hidup.



Sekarang ni, Zimie ada 3 ekor kucing induk iaitu Tam (induk) dan anaknya Perang (jantan) dan Tupai (anak tiri Tam). Tam dahulu dikahwinkan dengan Merah tetapi Merah menerima nasib yang sama seperti Moyau. Merah juga mempunyai isteri lain iaitu Panjang yang juga turut mati akibat penyakit yang. Tupai merupakan satu-satunya anak Panjang yang hidup daripada 12 anak yang telah dilahirkan.
Ini dia Perang dan Tam. Tupai tiada dalam gambar. Tupai pemalu sikit.
Inilah Perang. Amat manja sekali dengan Zimie dan nenek Zimie. Tidur nak kat paha atau perut Zimie je tu. Kalau Zimie panggil, cepat2 dia datang. Yang bestnya, apabila Zimie pulang daripada kerja, dia pasti akan tunggu depan pintu rumah. Kalau Zimie lambat je buka pintu kereta, dia akan panjat tembok untuk tarik perhatian Zimie.
Ini Tam. Ibu kepada Perang. Dah tua. Dah tak lawa. Hehe..

Kenangan lama antara Tam dengan Merah.
Pada mulanya, Tam melahirkan anak hasil perkongsian dengan Merah sebanyak 4 ekor. Zimie rakam detik-detik kelahiran anak-anak Tam. Anak-anak Tam dan Merah ialah Belang, Tongget, Perang dan Cicak. Namun, semua mati kecuali Perang. Kini, Perang menjadi pujaan hati Zimie kerana dia terlalu manja dengan Zimie.
Ini pula anak hasi perkongsian Tam dengan Perang. Maka, lahirlah Labu. Tapi Labu hanya sempat hidup dalam sebulan lebih sahaja. Ini semua salah Tam kerana meninggalkan Labu sendiri kerana sibuk mencari 'jantan' lain. Labu mati di dalam sangkar sendirian.

Ini adalah antara kucing-kucing kesayangan Zimie yang telah pergi meninggalkan Zimie.
Moyau
Shin & Yul
Shin
Yul

Merah



Holla..buenas..ceh..ceh..Zimie memang minat giler cerita2 latin ni..sejak dari sekolah dulu..mula2 dulu tengok Maria Mercedes, La Usur Padora, Betty, Rossalinda, Mis Tres Hermanas dan macam2 lagi lah..tp paling Zimie suka adalah La Usur Padora..best cerita ni..zaman tu Zimie tengah bersekolah..tingkatan 1 dan 2 rasanya. Pastu senyap je cerita2 cmni sbb pengaruh cerita Korea da tersebar..sekarang ni, datang balik..melalui saluran khas Astro Bella..mmg gempak r..dalam banyak2 cerita yang Zimie suka adalah EMPERATRIZ


Sebab apa Zimie suka Emperatriz? da tentu la sbb Gabriela Spanic yang berlakon..dia ni dlu la yg blakon dlm La Usur Padora sebagai Paola Bracho dan Paulina Martinez. suka sangat kat dia ni sbb dia cantik, lawa dan sexy.. hehe.. mst ade orang marah dengan kenyataan ni kan..sorry.. so setiap ari Zimie melayan r tengok citer ni sama ada pukul 4 ptg kalo sempat atau pukul 9 malam.. jom tengok montaj dia.. Zimie da tengok cerita ni part akhir. memang best r.. cerita ni ada 155 episod.
Apa kesudahan cerita Emperatriz ni? ok, Zimie bagitahu apa yg berlaku pada episod akhir. Manuel Leon bekas suami Emperatriz nak balas dendam sebab Emperatriz nak kahwin dengan Alejandro Miranda. Dengan pengaruh ilusi watak jahat Justo Del Real, Manuel Leon menculik Emperatriz dan 'kakukan' Emperatriz. Sedihnya apabila Emperatriz di'kebumi'kan dalam keranda secara hidup2. Nasib baik Alejandro sempat selamatkan Emperatriz. Manuel bunuh diri. Emperatriz kahwin dengan Alejandro akhirnya. Yang peliknya, dalam episod-episod akhir ni, muncul semula watak Armando Mendoza. Kalau ikutkan hari itu, dia dah bunuh diri. Tapi peliklah. Dia macam hidup semula. Penyudahnya, mereka hidup bahagia dengan kelahiran kembar Emperatriz dan Alejandro.
Pelakon EMPERATRIZ














Sumber :
http://estrenoscomarex.tv/ http://en.wikipedia.org/wiki/Emperatriz

Jalan-Jalan Zimie Edisi Hujung Tahun bagi tahun 2011 dimulakan dengan menonton Twilight Saga - Breaking Dawn Part 1. Macam biasa, mesti makan-makan pastu. Menu pilihan sudah semestinya Chicken Chop.




Pastu, tengok Ombak Rindu lak..kat IOI Mall, Puchong. Sebelum tengok, pe lg, main token r.. mengeluarkan peluh. pas abis tengok Ombak Rindu, main boling lak..punye la lama nk tggu..kemaruk punya pasal, sanggup tunggu sejam lebih.








Seterusnya, kami ke Time Square.. Adoi..aku ni da la gayat.. takut..semua ada la..alangkah masuk umah antu pun aku menggigil..ni kan lagi nak main natang2 tu..aku berani try 2 je..tu pun mabuk..Azmil siap naik roller coster lg beb..brani tu..





g



Ini pula ketika di Mid Valley. Aku ajak diorang temankan aku nak shopping sikit. Adela dalam RM 2000 habis kat situ. Beli baju, seluar, kasut kerja, kasut sukan, kasut casual, perfume. macam-macam lagilah. sambil tu amik kesempatan makan Korean Cuisine. pas abis semua tu, g lak main-main token kat JJ sementara tunggu makcik2 tu membeli belah.. hehe..








Ini pula pergi I-City bersama Yoyoi, Azmil, Wan, MakTam, Kak Nyah dan Qila.. First Time Gak Pegi Sini. Merasa Jugalah Wan Ke Sini. Cuma Diorang Tak Masuk Tempat Salji Tu. Tak Tahan Sejuk Katanya.









Rasanya tak salah kalau Zimie nak update serba sedikit apa yg telah berlaku pada tahun 2011 yang lepas. Banyak sangat perkara yang berlaku. Zimie nak kongsi yang manis sahaja. Tahun 2011 merupakan tahun paling manis bagi Zimie kerana Zimie telah diberikan satu amanah dan rahmat daripada Tuhan untuk mendidik dan menjaga salah seorang anak murid Zimie. Dia merupakan anak yatim di mana dia kehilangan ayahnya semasa dia darjah 2. Dia merupakan murid yang pandai di dalam pelajaran. Zimie tidak tahu bagaimana bermulanya betapa rapatnya dia dengan Zimie. Kalau tak salah Zimie, dia memang selalu ke rumah Zimie untuk belajar. Daripada situ, barulah Zimie tahu bahawa dia ni ada hubungan bau-bau bacang dengan keluarga nenek Zimie. Zimie ambil dia sebagai anak angkat Zimie. Kebetulan pula di sekolah, ada program Mentor-Mentee. Dia dipilih sebagai anak angkat Zimie. Maka, makin rapatlah hubungan kami.

Teruk juga dia ni kena belasah sebab selalu main-main sewaktu tusyen dan belajar dengan Zimie. Sebab dia ni pandai sangat, jadi dia cepat rasa boring bila belajar. Jadi, Zimie jemput beberapa orang kawan dia yang lain supaya dia dapat belajar dengan seronok. Makanya, setiap hujung minggu, rumah Zimie dipenuhi oleh mereka. Keadaan keluarga dia ni nampak memang susah. Emaknya tiada pekerjaan yang tetap. Mulakan bisnes, ada pula orang tak puas hati. Kena berhenti meniaga. Akhirnya, dia kerja sebagai tukang jahit. Itupun tidak menentu.
Pernah sekali Zimie dengar dia pergi ke rumah datuknya untuk meminta beras. Ya Allah, jatuh kasihan dan simpati dengan nasib yang menimpa keluarganya. Datuk dan nenek dia ni sekampung dengan Zimie. Kami bersaudara, tapi jauh sikitlah. Dia ni duduk dengan emak dan 4 adik beradik yang lain di kampung sebelah. Rumahnya usang. Kasihan Zimie tengok. Akhirnya, Zimie call emak dia. Minta izin untuk membelikan barang-barang keperluan persekolahan dia dan 2 adik dia yang lain. 2 lagi abangnya Zimie tak mampu nak bantu. Emaknya sebak ketika menerima pelawaan Zimie.
Sejak daripada itu, emak dia selalu hantar di ke rumah Zimie untuk tusyen dan belajar. Senang Zimie boleh hantar kalau ada kelas tambahan. Kurang sedikitlah beban emak dia. Nenek Zimie pun dah mula sayangkan dia. Sebab dia baik, tidak pernah tinggal solat dan rajin. Dia pernah cakap dengan Zimie, dia tidak pernah makan sedap-sedap macam dia makan kat rumah Zimie. Nak meleleh air mata Zimie. Tak apa, apa yang Zimie makan, dia makanlah. Pernah beberapa kali dia menangis sebab dia rindukan ayah dia. Mula-mula Zimie tak tahu nak buat apa. Dia peluk Zimie dan menangis sepuas-puasnya. Tak semena-mena Zimie pun menangis. Adoi, budak ni.
Banyak benda baru dia dapat merasa bila dengan keluarga Zimie. Dia tak ada kakak. Jadi, adik Zimie dah jadi macam kakak dia. Pernah sekali tu, dia cakap "Cikgu, jom tengok kak Nani kat matrik, rindu lak.." Dia pun rapat dengan sepupu Zimie yg dia panggil kak nyah dan kak yoi. Akhirnya, selepas UPSR, dia dapat 5A. Alhamdulillah. Itulah hadiah paling bermakna yang dia bagi pada Zimie sebagai balasan. Zimie bersyukur sangat-sangat.
Usaha kami berbaloi. Banyak jugalah hadiah yang dia dapat. Adik dan sepupu Zimie pun beri hadiah pada dia. Zimie hanya cakap "kalau dapat 5A, cikgu bawa jalan-jalan kat KL" Dia suka sangat sebab memang dah lama dia nak jalan-jalan di KL. Alamak. Nampaknya, Zimie kenalah bawa dia jalan-jalan. Tahniah Muhammad Azmil bin Amran sebab berjaya buktikan pada cikgu yang Azmil boleh berjaya. Usaha Azmil dah terbayar. Pasti arwah ayah Azmil bangga dengan Azmil.