zmsegamat View RSS

Setengah BERISI, Setengah KOSONG?
Hide details



Surah Al-'Isrā': 30 15 Feb 2023 8:31 AM (2 years ago)

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 16.02.2023 @ 25 Rejab 1444H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah Al-'Isrā':30 - Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

Waktu solat pada Khamis 16 Feb 2023 (Segamat): 6:13 PG, 1:25 PTG, 4:44 PTG, 7:26 PTG, 8:36 PTG
#FightCovid19Days1066 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran
#PeringatanPengajaranBuatDiriku

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Surah An-Naĥl: 74 23 Nov 2022 8:04 AM (2 years ago)

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 24.11.2022 @ 29 RabiulAkhir 1444H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah An-Naĥl:74 - Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Waktu solat pada Khamis 24 Nov 2022 (Segamat): 5:43 PG, 12:58 PTG, 4:21 PTG, 6:57 PTG, 8:11 PTG
#FightCovid19Days982 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran
#PeringatanPengajaranBuatDiriku

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Surah An-Naĥl: 69 17 Nov 2022 3:09 PM (2 years ago)

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 18.11.2022 @ 23 RabiulAkhir 1444H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah An-Naĥl:69 - Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Waktu solat pada Jumaat 18 Nov 2022 (Segamat): 5:42 PG, 12:57 PTG, 4:19 PTG, 6:56 PTG, 8:09 PTG
#FightCovid19Days975 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran
#PeringatanPengajaranBuatDiriku

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Surah An-Naĥl: 48 27 Oct 2022 3:35 PM (2 years ago)

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Jumaat 28.10.2022 @ 02 RabiulAkhir 1444H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah An-Naĥl:48 - Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?

Waktu solat pada Jumaat 28 Okt 2022 (Segamat): 5:42 PG, 12:55 PTG, 4:14 PTG, 6:55 PTG, 8:06 PTG
#FightCovid19Days955 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran
#PeringatanPengajaranBuatDiriku

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Surah Al-Ĥijr:79 17 Aug 2022 4:04 PM (2 years ago)

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Khamis 18. 08.2022 @ 20 Muharram 1444H. Peringatan @ Pengajaran buat diriku dari:

Surah Al-Ĥijr:79 - Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).

Waktu solat pada Khamis 18 Ogos 2022 (Segamat): 5:58 PG, 1:16 PTG, 4:32 PTG, 7:20 PTG, 8:30 PTG
#FightCovid19Days884 #WalkTheTalk
#1Hari1AyatAlQuran
#PeringatanPengajaranBuatDiriku

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Surah 'Āli `Imrān:53 19 Nov 2017 4:38 PM (7 years ago)

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selamat pagi Isnin  01 Rabiul Awal 1439H  @ 20. 11.2017. Peringatan Buat Diriku Dari

Surah 'Āli `Imrān:53 - "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

#ALQURAN
#PeringatanBuatDiriku

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

IBU BAPA TANGGUNG ANAK SAMPAI MATI ~harithfaisal 19 Nov 2017 2:07 AM (7 years ago)

IBU BAPA TANGGUNG ANAK SAMPAI MATI

1. Mak aih!! Terkejut beruk saya bila baca tajuk berita kat muka depan suratkhabar KOSMO hari ni. Betul orang kata, sekarang ni memang ramai mak bapak yang melahirkan tuan.

2. Teringat saya dulu-dulu masa umur saya dalam 21 tahun. Masa tu saya tengah study degree tahun dua kat UKM, saya dah mula buat macam-macam side income.

3. Sejak tahun tu jugalah, saya dah mula tak minta dan tak terima duit mak bapak saya. Sebabnya, saya dah boleh cari duit sendiri dan saya malu nak ambil duit dorang.

4. Sebelum tu bila balik kampung je, mesti dorang bagi duit belanja. Tapi lepas saya aktif cari side income tu, saya pula yang bagi duit belanja kat dorang. Tak banyak, tapi ada.

DUNIA DAH TERBALIK

5. Jadi, bila terbaca berita kat KOSMO tu saya jadi sedih dan hiba. Anak-anak patutnya ringankan beban mak bapak bila dah mula bekerja. Tapi sekarang dah terbalik pulak.

6. Anak muda sekarang ni tak segan nak minta duit mak bapak walau dah mula bekerja. Alasannya, duit tak cukup duduk KL. Padahal hujung minggu bersuka ria, tak ingat dunia.

7. Bila rasa sesak, mula hubungi mak bapak dan minta duit tambahan padahal hidupnya bermewah-mewah. Gaji baru RM2,000 pun menggelupur nak beli Myvi 2018 tu.

8. Iyalah, Myvi baru tu kan cun habis. Ala-ala kacukan VW Golf dengan Honda Jazz, kan. Mulalah anak muda bergetar tulang rusuk. Deposit takda, minta kat mak bapak juga.

9. Lagi, kat FB upload gambar bercuti sini sana. Nasib baik mak bapak kau tak layan FB. Kalau tak, mesti dorang sedih tengok kau guna duit dorang pegi enjoy dengan kawan.

KAHWIN PAKAI DUIT MAK BAPAK

10. Kalau bab kahwin pula, saya rasa pengantin laki dan perempuan sendiri, kalau boleh memang nak jimat habis. Janji sah nikah, buat makan ringkas-ringkas dah cukup.

11. Yang biasa nak majlis grand ni mak bapaknya. Tak nak kalah dengan sedara mara dan jiran tetangga. Orang buat 7 khemas, dia nak buat 9 khemah.

12. Orang jemput 1,000 orang, dia nak jemput 1,500 orang. Kalau memang mak bapak yang sponsor pakai duit sendiri, sekatilah. Duit sendiri, kan. Tak kisahlah.

13. Masalahnya, bila majlis grand-grand, semua pakai duit hantaran yang pihak laki bagi. Apalah salahnya duit hantaran tu bagi kat anak untuk dorang mulakan hidup bersama.

MAK BAPAK KAYA

14. Kalau dah memang mak bapak dia kaya, lantaklah kan. Duit dorang sendiri. Tapi anak-anak pun kena belajar berdikari dan perlu juga diberi ilmu untuk uruskan kewangan.

15. Kekayaan boleh diwarisi, tapi ilmu untuk uruskan kekayaan tu takkan nak diabaikan. Takut nanti, kaya tu kekal generasi kedua saja. Masuk generasi ketiga, lesap semua.

BANK SEGERA

16. Secara realiti, mak bapak kat Malaysia sekarang ini dah jadi macam bank segera atau pembiaya kewangan "confirm lulus" pula kepada anak-anak yang sudah dewasa.

17. Kalau tak cukup duit, anak muda dah tak risau sebab dorang tahu ada mak bapak yang akan tolong. Kalau mak bapak bagi sendiri, takpa. Tapi, kalau kau yang minta, tolong malu.

TAK CUKUP DUIT

18. Dah tahu tak cukup duit setiap bulan, hiduplah bawah kemampuan. Kalau gaji RM3,000 tu, hiduplah macam orang gaji RM2,000. Lebih RM1,000 simpan terus.

19. Semua orang tau, dana kecemasan sangat penting. Dah tau tu, buatlah dana kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji. Kalau gaji RM3,000, buat simpanan RM9,000 hingga RM18,000.

20. Bila dah ada dana kecemasan, harap-harap, takdalah lagi dialog kesian, "Ayah, nak pinjam RM2,000 boleh? Kereta rosaklah. Nanti bila ada duit, Ucu pulangkan ya."

21. Mentang-mentanglah dia tahu Ayah dia baru dapat duit KWSP lepas pencen hari tu. Kesian kat Ayah dia, asyik kena paw je dengan anak. Tak nak bagi, kesian. Bagi, duit habis.

22. Jadi, sebab tu kalau boleh, anak-anak elakkan minta duit kat mak bapak. Kalau dah korang minta, memang dorang akan bagi. Jadi, janganlah ambil kesempatan macam tu.

23. Di usia emas dorang, jangan dorang dibebani dengan masalah kewangan anak-anak. Pada usia itu, dorang perlu berehat. Cukuplah berpuluh tahun dorang berkorban.

24. Jangan pula kerana kita, dorang paksa diri bekerja dan membanting tulang untuk menyara anak-anak dewasa yang perasan macam anak kecil yang merengek-rengek mahukan duit belanja dan dibelikan mainan itu dan ini.

25. Insaflah anak muda Malaysia! - HF

#harithfaisal

SHARE mesej penting ini.

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Ahad 19 ZulHijjah 1438H @ 10.09.2017. 9 Sep 2017 5:08 PM (7 years ago)

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selamat Pagi Ahad 19 ZulHijjah 1438H  @ 10.09.2017. Peringatan Buat Diriku Dari

Surah Al-Baqarah:274 - Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

#ALQURAN
#PeringatanBuatDiriku

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Amalan Yang Di Bawa Selepas Mati 6 Sep 2016 5:21 PM (8 years ago)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

Terimakasih sumber:http://tazkirah.ufairah.com/2006/04/amalan-yang-dibawa-selepas-mati.html?m=1

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Membuat Aduan Rasmi Kepada MCMC Lebih Mudah Dengan WhatsApp 25 Aug 2016 8:03 PM (8 years ago)


Membuat aduan rasmi kepada MCMC lebih mudah dengan WhatsApp
March 22, 2016 | by  | No Comments
Share Button
Tahukah anda, jika anda berhadapan masalah berkaitan telekomunikasi seperti capaian kurang memuaskan, atau masalah berkaitan penyiaran yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak, ataupun sebarang perkhidmatan internet di Malaysia, anda boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), atau dikenali jua sebagai MCMC?
MCMC adalah badan yang ditubuhkan kerajaan, untuk menyelia dan memantau perkara yang disebutkan tadi. Terdapat banyak saluran untuk membuat aduan kepada MCMC boleh dibuat, samada melalui telefon ataupun kelamanweb. Kini MCMC memudahkan lagi pengguna untuk membuat aduan, dengan membuka saluran baharu melalui sistem permesejan WhatsApp.
Pengguna yang mahu berbuat demikian, boleh menghantar WhatsApp terus ke nombor 016 220 6262. Walaupun aduan boleh dibuat bila-bila masa, tetapi ia hanya beroperasi di waktu pejabat sahaja. Dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pengadu akan mendapat perakuan penerimaan aduan dari MCMC, dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, boleh cuba membuat aduan sekali lagi. Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk membuat aduan rasmi kepada MCMC, menerusi saluran baharu ini.
P/S: Masalah berkenaan perkhidmatan pos dan juga perjudian dalam talian, juga boleh diadukan kepada Aduan MCMC.
[SUMBER]

terimakasih sumber: http://theskop.com/2016/03/membuat-aduan-rasmi-kepada-mcmc-lebih-mudah-dengan-whatsapp/

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Nasib akhbar di tangan anda 25 Aug 2016 7:08 PM (8 years ago)


HAFIZAHRIL HAMID  |  21 Ogos 2016 6:30 PM
  2  1 Google +0
MASA depan akhbar kini kelam akibat kebergantungan manusia terhadap media sosial. - Gambar hiasan
MASA depan akhbar kini kelam akibat kebergantungan manusia terhadap media sosial. - Gambar hiasan
JIKA pada 20 tahun lepas manusia begitu teruja dengan ciptaan telefon bimbit yang memungkinkan manusia berhubung dengan mudah, hanya di hujung jari. Ia umpama kisah kejayaan menghubungkan manusia secara pantas selain berkongsi maklumat dan informasi. Namun itu kisah 20 tahun lalu dan tiada siapa menyangka ciptaan yang begitu canggih ketika itu rupanya kini sudah begitu ketinggalan zaman. Apatah lagi telefon bimbit ketika itu hanya mempunyai aplikasi asas, sekadar berhubung dan menghantar mesej. Kini telefon bimbit sendiri mempunyai pelbagai aplikasi yang ada di antaranya memudahkan. Tetapi banyak juga hanya sekadar ‘menyemak’ selain mempunyai fungsi yang bertindih.

Namun dalam kehangatan manusia menggunakan pelbagai teknologi canggih ini ada pihak yang menerima kesan buruk akibat kebergantungan manusia kepada teknologi. Contoh jelas sudah tentu industri media terutama suratkhabar yang kini semakin suram akibat keghairahan manusia melayari dunia maya. Akhbar kini semakin hilang pembacanya akibat keghairahan manusia menggunakan sepenuhnya teknologi di hujung jari. Maka akhirnya jika dahulu manusia bergantung harap sepenuhnya kepada saluran cetak untuk menghadam maklumat dan sebagai sumber berita yang boleh dipercayai, kini ia semakin diragui.

Kemerosotan edaran yang mana satu ketika dahulu menjadi punca persaingan sengit akhbar-akhbar di negara ini dalam menonjolkan siapa nombor satu dan siapa paling berpengaruh, semakin sukar dibendung. Kalau 20 tahun lepas mereka berbangga dengan edaran mencecah 500,000 hingg 800,000 sehari, tapi kini hanya dalam lingkungan 150,000 atau kurang.

Sememangnya manusia bergantung harap pada teknologi dalam berevolusi. Sejak kebangkitan manusia dalam revolusi industri lebih 200 tahun lalu, teknologi itu sendiri menjadi penanda aras kebangkitan tamadun manusia dan tidak nampak tanda-tanda ia akan berhenti. Begitu juga dalam industri cetak seperti buku dan suratkhabar, jika dahulu hanya golongan elit yang mampu memilikinya namun teknologi menjadikan bahan dunia cetak semakin murah dan mudah dimiliki. Lebih 100 tahun manusia bergantung harap kepada akhbar dalam menjadikan mereka lebih cerdik, bermaklumat dan berani menyatakan pendapat.

Penguasaan

Jika dahulu manusia agak terperangkap di bawah tempurung namun dengan jasa akhbar, manusia berkongsi maklumat, ilmu dan isu semasa. Akhbar juga menyatukan manusia seperti mana peranan Utusan Melayu yang menjadi antara asas perjuangan dalam menuntut kemerdekaan apabila orang Melayu berjaya di satukan melalui peranan akhbar itu dan juga UMNO. Akhbar ini berjaya menyatukan pemikiran orang Melayu ketika itu bahawa penjajah perlu dihalau dan kemerdekaan adalah satu kepastian. Bagaimanapun seiring dengan ledakan teknologi yang pelbagai, peranan dan jasa suratkhabar semakin menipis. Manusia lebih melihat kepada media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Whatsapp sebagai sumber mereka memperoleh berita. Dan lebih teruk lagi kebanyakan berita-berita yang disiarkan di dunia maya ini kebanyakannya begitu diragui keabsahannya. Timbul persoalan apakah jawapan sebenar kenapa manusia semakin menolak akhbar. Apakah akhbar itu sendiri sudah sampai ke penghujung kewujudannya akibat penguasaan teknologi yang semakin ‘menggila’. Masalah utama kepada persoalan di atas adalah medium itu sendiri sudah berubah. Jika dahulu manusia begitu bergantung kepada akhbar hampir dalam kebanyakan urusan kini ia telah diambil alih secara ‘rakus’ oleh media sosial.

Kita lihat contoh mudah tentang peranan industri ini. Jika dahulu manusia hanya bergantung kepada akhbar untuk memasarkan produk, rumah untuk disewa atau untuk mencari orang atau barang yang hilang. Kini semua itu lebih mudah dilakukan di Mudah.com, atau kongsikan sahaja melalui Facebook atau Whatsapp. Malah dahulu jika ada maklumat sulit yang sukar didedahkan, maka akhbar adalah medium terbaik bagi mendedahkan skandal dan salah laku seperti mana yang berlaku dalam pendedahan skandal Watergate melibatkan akhbar seperti The Washington Post, Time, dan The New York Times.

Akhirnya Presiden Nixon terpaksa berundur kerana kredibiliti laporan dan pendedahan akhbar-akhbar tersebut.Namun kini manusia lebih selesa menggunakan medium dunia maya untuk melakukan pendedahan kontroversi dan ‘berani mati’ seperti yang dilakukan oleh Julian Assange dan Patrick Snowden kerana sasarannya, semua orang boleh mengaksesnya dan bukan hanya orang tertentu. Malah manusia kini juga boleh mencipta populariti sekelip mata dengan hanya viralkan apa-apa isu dan perlakuan melalui Youtube, Smule dan pelbagai lagi. Medium ini sememangnya berkapasiti untuk diviralkan sehingga mencecah jutaan penonton, maka hits atau jumlah penonton menjadi keutamaan supaya populariti meningkat berganda-ganda. Namun adakalanya perbuatan manusia di alam maya itu menjadikan mereka dilihat kurang cerdik dan memalukan diri sendiri.

Relevan

Namun itulah tarikan utama kenapa manusia semakin menolak akhbar dalam hidup mereka dan beralih kepada media sosial. Ada pihak yang berpandangan bahawa masalah penurunan edaran akhbar ini hanya berlaku di Malaysia tetapi kenyataan dangkal ini sudah tentu tidak benar sama sekali. Ini kerana AS sebagai negara kuasa besar dunia merupakan yang paling teruk terjejas dengan fenomena ini. Kalau dilihat di AS sahaja puluhan akhbar terutama akhbar negeri ditutup akibat gagal bersaing dengan kebangkitan sosial media. Antaranya The Rocky Mountain News, The Seattle Post-Intelligencer, San Francisco Chronicl, The Detroit News, dan Tucson Citizen yang terpaksa ditutup dan kebanyakannya tinggal beroperasi dalam talian.

Malah syarikat akhbar yang berpengaruh seperti New York Times terpaksa menjual sahamnya kepada antara manusia terkaya dunia, Carlos Slim Helu bagi menjamin operasinya tidak akan terjejas akibat penguasaan media sosial. Malah pemilik Amazon.com yang juga antara orang terkaya dunia, Jeff Bezos kini antara pemilik dalam syarikat akhbar The Washington Post. Negara jiran kita Indonesia juga turut berhadapan dengan masalah sama apabila akhbar seperti Harian Sinar Harapan telah ditutup pada 1 Januari lalu. Malah sebelum itu beberapa akhbar berpengaruh seperti Jakarta Globe, Koran Tempo Minggu, dan Harian Bola juga mengalami nasib yang sama.

Hakikatnya tiada jalan mudah bagi sebuah organisasi akhbar kini untuk terus beroperasi melainkan jalan berliku dan penuh ranjau, hanya untuk memastikan kewujudannya masih kekal relevan. Walaupun ada yang melihat sosial media sebagai ‘musuh’ yang perlu diberi pengajaran, namun realitinya tiada jalan lain kecuali bersama mereka untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Apatah lagi tiada pihak yang lebih bagus dalam melakukan kerjanya selain media tradisional kerana merekalah wajah sebenar kewartawanan yang melakukan laporan, rencana dan berita lengkap dalam pelbagai konteks dari sukan ke ekonomi hinggalah politik dan skandal.

Apa yang perlu gabungan kedua pihak ini – media tradisional terutama akhbar dan media sosial sebagai pemangkin kepada pemberitaan yang tepat, kredibel dan telus tetapi pada masa yang sama mampu menjana keuntungan. Ketika ini masih belum ada formula untuk menjayakan kedua gabungan ini kerana akhbar secara atas talian tidak begitu menguntungkan. Nasib industri akhbar melalui episod yang sama seperti industri muzik. Satu ketika industri muzik mencapai kemuncak dengan menjana keuntungan berbilion dolar hasil penjualan kaset dan cakera padat. Namun zaman tersebut berakhir apabila kita dengan mudah memuat turun melalui Internet sekali gus menghancurkan industri tersebut.

Namun bagi industri persuratkhabaran, mungkin medium ini akan berakhir apabila tiba masanya namun tidak bererti semangat dan etika kewartawanan akan turut berlalu. Cumanya platformnya sahaja akan berubah. Perubahan telah berlaku ‘dihujung jari’ namun semangat itu tidak akan mungkin padam.

terimakasih sumber - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/nasib-akhbar-di-tangan-anda-1.372912#sthash.aZYfFa6H.dpuf

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Bilakah berakhir kemaruk spin? 12 Jul 2016 8:16 PM (8 years ago)

ZULKIFLI JALIL  |  12 Julai 2016 12:43 AM


ADAKAH politik viral ‘jolok sarang tebuan’ akan berakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 sekitar 2018 nanti?

Semua tidak pasti dan kita sendiri kurang pasti.

Sejak 2008 lagi, gaya politik sebegini menjadikan calon sesuatu kerusi Parlimen dan kerajaan pemerintah sendiri pening kepala sehinggakan nyaris hilang kuasa.





Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hampir sahaja menang kerusi itu. Tetapi kerana dek permainan spin atau putar belit pembangkang, beliau tewas.

Lihatlah bagaimana lawannya, Nurul Izzah Anwar begitu licik memanipulasi keada­an dengan membuat kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah membabitkan Nong Chik dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur iaitu sehari sebelum PRU-13 pada 5 Mei.

Penerbitan kenyataan itu dalam portal propembangkang, Malaysiakini pada 4 Mei 2013 mengakibatkan reputasi dan maruah Nong Chik sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator terjejas teruk.
Setahun tiga bulan kemudian, Nurul Izzah mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2014 dengan menyuarakan kekesalan mengeluarkan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Tetapi malangnya pada hari berkenaan, imej Raja Nong Chik sudah tercemar. Putar belit dan fitnah oleh Nurul Izzah itu ‘melekat’ bagaikan gam dalam fikiran. Akhirnya dikatakan peti-peti undi Taman Seri Sentosa dan Taman Bukit Angkasa tidak memihak kepada Raja Nong Chik. Damage has been done.



Kita rakyat Malaysia amat sedih andai gaya politik sebegini masih melingkari minda pemimpin pembangkang.
Ia ibarat ‘menjolok sarang tebuan’ yang sarang itu adalah fikiran pengundi dan tebuannya pula adalah hasil tindak balas pengundi terhadap fitnah, spin dan tohmahan yang barangkali menyebabkannya terpengaruh.
Si Rafizi Ramli iaitu Setiausaha Agung PKR telah mencubanya dengan menjaja isu ‘cincin’ sebelum PRU-13 hanya untuk menimbulkan kebencian rakyat. Setelah diheret ke mahkamah, barulah dia bersuara mengatakan isu cincin isteri pemimpin kerajaan itu hanya lawak jenakanya.

Setelah 13 tahun Iraq diserang, barulah semalam inkuiri awam Britain mendapati Perdana Menterinya waktu itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana menyerang negara Teluk tersebut.
Fakta ini mirip siasatan satu suruhanjaya bebas di The Hague, Belanda pada 2010 yang gagal mengesan senjata pemusnah di Iraq - punca negara itu di­serang Barat dengan presidennya, Saddam Hussein kononnya menjadi ancaman dunia.

Malangnya, nasi sudah jadi bubur. Sepanjang perang dan penaklukan enam tahun akibat spin barat ini, 150,000 rakyat Iraq terkorban dan negara itu bergolak, dibom sana sini sehinggalah sekarang.

terimakasih sumber - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bilakah-berakhir-kemaruk-i-spin-i-1.352457#sthash.yqZYoJjr.dpuf

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar 21 Jun 2016 9:41 PM (8 years ago)



Info Pasal tayar kenderaan;

1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (contoh tahun 2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Yang Lain....

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...

(terimakasih sumber:http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/02/elakkan-ditipu-oleh-penjual-tayar.html)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Penggunaan "Inhaler" di siang hari bulan Ramadan 17 Jun 2016 11:53 PM (8 years ago)


'INHALER' Written by Syed Husaini Syed Hassan.

Soalan:

Saya menghidap penyakit athma. Adakah penggunaan inhaler di siang hari membatalkan puasa saya?

 Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda ﷺ.

Pertamanya, ingin kami tegaskan di sini bahawa isu ini adalah isu khilafiyah yang banyak dibincangkan oleh para ulama’ terutamanya dari golongan mu’assirin (semasa). Ini disebabkan perkembangan teknologi perubatan yang mana tidak dibincangkan pada zaman dahulu secara khusus.

Berbalik kepada persoalan di atas, para ulama’ terbahagi kepada dua pendapat:

PERTAMA: IANYA TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Penggunaan inhaler di siang hari Ramadhan tidak membatalkan puasa. Ini adalah pendapat sebahagian besar ulama’ seperti al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah, al-Syeikh al-‘Allamah al-Faqeh al-Zaman Muhammad bin Soleh al-‘Uthaymeen Rahimahullah, al-Syeikh Abdullah bin Jibrin, al-Syeikh Dr. Muhammad al-Khayyat, al-Syeikh Dr. Muhammad ‘Uqlah Hafizahullah, al-Syeikh Dr. al-Siddiq al-Darir, al-Syeikh Dr. al-Tantawi, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah. Ianya juga adalah jawapan yang telah diputuskan oleh badan-badan yang berautoriti seperti:

Majma’ Fiqh IslamiFatwa Lajnah DaimahIslamic Organization for Medical Science (IOMS)

 Perbahasan dalil:

 Bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyaskepada berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’).

 Penjelasan mengenainya adalah seperti berikut:

 “Satu alat inhaler mengandungi 10 milimeter cecair, yang mengandungi bahan ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebnyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan, ianya mengeluarkan jumlah yang sangat sedikit iaitu tidak sampai 1 milimeter yang mana ianya juga tidak sampai setitis. Satu titis ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala bakinya jatuh ke dalam perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur dan istinsyaq. Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak daripada kuantiti semburaninhaler yang memasukinya. Dengan ini, jika seseorang berkumur dengan air yang diperkaya dengan bahan-bahan tertentu (seperti mineral atau vitamin, yang hanya boleh dilihat dibawah sinar-x), sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak berapa lama selepas itu di dalam perut, yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut, tetapi di dalam kuantiti yang sedikit adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air dari berkumur dan istinsyaq tersebut dari segi keyakinannya, sudah tentu melebihi kuantiti semburan inhaleryang memasuki kerongkong, jika diandaikan ia memasuki kerongkong[1].”

 Masuknya sesuatu ke dalam perut daripada inhaler itu bukanlah sesuatu yang qat’ie (pasti) bahkan ianya diragui. Boleh jadi ianya masuk ke dalam perut dan ianya tidak. Maka yang asalnya adalah tidak batal puasanya dan tidak pula puasanya itu rosak dan yakin itu tidak akan hilang dengan adanya syak.

Semburan inhaler itu bukanlah seperti makanan atau minuman. Bahkan ianya seperti pengambilan darah untuk ujian klinikal dan suntikan yang tidak mengandungi bahan bergizi (nutritive).[2]

 Adapun inhaler, bahan semburan tersebut akan keluar dalam bentuk wap dan tidak sampai ke perut sebaliknya hanya sampai ke ruang di dalam paru-paru sahaja.[3]

Pakar-pakar perubatan memperakui penggunaan siwak(kayu sugi) mengandungi lapan jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak. Di dalam Sahih al-Bukhari ada menyebutkan daripada ‘Amir bin Rabi’ah: “Aku telah melihat Rasulullah ﷺ bersiwak dan beliau sedang berpuasa dengan bilangan yang tidak dapat dihitung[4]”.

Sekiranya, bahan-bahan kimia yang termasuk ke dalam  tekak ini (melalui bersiwak) dimaafkan, kerana kuantitinya yang sedikit dan tidak disengajakan begitulah juganya keadaan penggunaan inhaler yang mana memasuki tekak, maka ianya juga dimaafkan.

 KEDUA: IANYA MEMBATALKAN PUASA

Penggunaan inhaler membatalkan puasa. Maka tidak boleh mengambilnya di siang hari Ramadhan kecuali sekiranya sakit dan berhajat kepadanya. Oleh itu, dia boleh berbuka dan menggantikannya pada waktu yang lain. Ianya adalah pendapat dari al-Syeikh Dr. Fadhl Hasan ‘Abbas, al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Sulami, Dr. Muhammad Alfai, al-Syeikh Taqiyuddin al-‘Uthmani dan al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli.

 Perbahasan dalil:Bahan-bahan yang terdapat di dalam inhaler akan sampai ke dalam perut melalui mulut. Oleh itu, ianya dianggap membatalkan puasa.

Namun alasan ini boleh dijawab berdasarkan jawapan pertama bagi pendapat yang mengatakan tidak batal puasa menggunakan inhaler pada siang hari di bulan Ramadhan.

Tidak ada (setakat pengetahuan kami) dalil yang lain melainkan alasan ini. Wallahu a’lam.

Tarjih

Setelah melihat kepada kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung mengatakan bahawa penggunaaninhaler di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.

Begitu juga kami mendapati bahawa penyakit athma ini berlaku pada waktu tertentu sedangkan pada waktu-waktu yang lain keadaannya sihat. Alangkah samahahnya agama Islam kita ini dalam memberikan pengecualian bagi pengunaan inhaler kepada golongan ini (tidak batal puasa mereka jika menggunakan inhaler ketika berpuasa) sedangkan mereka juga ingin meraih fadhilat berpuasa sepertimana yang lain.

Pendapat ini amat sesuai dan ianya juga logik. Qiyas yang digunakan, iaitu berkumur, istinsyak dan siwak adalah qiyas yang betul. Ini juga selaras dengan pendapat tokoh-tokoh yang terkemuka pada masa kini dan juga keputusan dari badan-badan yang berautoriti dalam mengeluarkan hukum.

 Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437H





[1] Lihat Mufattirat al-Siyam al-Mu’asirah oleh Prof. Madya Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil, pensyarah bahagian Syariah di Universiti al-Qasim, Arab Saudi. Beliau memetiknya dariMajalah al-Majma’.

[2] Ini sepertimana fatwa Syeikh Ibn Baz Rahimahullah (15/265).

[3] Ini sepertimana fatwa Syeikh Ibn ‘Uthaymeen Rahimahullah (19/211).

[4] Dikeluarkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq. Lihat juga Fath al-Bari (4/158).

http://www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-ramadhan/555-hukum-menggunakan-inhaler

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

PRK: Hala tuju politik Melayu 14 Jun 2016 7:26 PM (8 years ago)


OBT


TERDAPAT dua perkara menarik berkaitan masa depan politik Melayu melalui PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.

Pertama, apakah Umno masih menerima sokongan dan menjadi pilihan pertama bagi kaum Melayu dan kedua, sejauh mana keberkesanan isu hudud mampu meraih undi kaum Melayu?

Melalui analisis Sin Chew Jit Poh, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berjaya menguasai hampir semua bahagian di seluruh negara. Walaupun terdapat segelintir cawangan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib, ia tidak mendatangkan sebarang ancaman.

Ketiadaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kempen Sungai Besar telah menjadi bualan hangat, namun apa yang lebih mengejutkan ialah, kelibat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak kelihatan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 'menumbangkan Najib'.
Apakah Muhyiddin dan Mukhriz bimbang dipecat oleh Umno sekiranya mereka hadir dalam aktiviti anjuran pembangkang?

Kempen menurunkan Najib yang dilaungkan Mahathir juga kini semakin hilang pengaruh. Naib Presiden Umno, Datuk Sri Shafie Afdal seperti sudah 'berpaling tadah'. Beliau dilihat hadir bersama-sama ribuan penyokong BN pada hari penamaan calon PRK Sungai Besar.

Jelas sekali, Umno tetap dalam hati orang Melayu. Ramai pemimpin dan ahli-ahli parti tidak mahu tinggalkan Umno. Tambahan pula ramai orang sudah menanam dalam jiwa mereka bahawa Umno dan Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Di atas faktor inilah, diramalkan dalam dua PRK kali ini, Umno sekurang-kurangnya memperoleh lebih daripada separuh majoriti undi Melayu. Kemungkinan ada sebilangan kecil pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi atas faktor Dr Mahathir, namun ia tidak seharusnya menjadi kebimbangan. Umno bolehlah dikatakan hampir pasti menang, terutama sekali di Kuala Kangsar.

Sekiranya isu-isu seperti 1MDB dan GST tidak dapat menjejaskan kesetiaan orang Melayu terhadap Umno, Dr Mahathir perlulah terima hakikat bahawa apa yang dilakukan beliau selama ini sia-sia sahaja.  
Benteng Umno sememangnya sukar dirobohkan. Selain Dr Mahathir, Pakatan Harapan juga mesti mengubah perspektif Orang Melayu, barulah boleh menggugat kekebalan Umno.

Analisis ini turut percaya bahawa isu hudud akan menentukan hidup mati Pas dalam politik negara. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus menggunakan isu agama ini untuk mengembalikan kegemilangan Pas.

Melihat beberapa PRU lalu, Pas tetap ada pengaruhnya tersendiri, namun ia hanya terhad di sebelah pantai timur dan Kedah. Dalam dua PRU lalu, atas kerjasama yang diberikan parti-parti pembangkang lain, Pas berjaya menambat hati kaum bukan Melayu di Johor, Selangor dan Perak.

Sekiranya dalam dua keputusan PRK ini Pas memperoleh undi Melayu yang lebih banyak berbanding PRU lalu, ini jelas mencerminkan isu hudud yang dihebohkan Pas dapat diterima masyarakat Melayu.
Ini juga akan memberi petanda kepada Umno bahawa parti itu juga perlu bersaing dengan Pas untuk terus menggunakan isu hudud dalam meraih sokongan sehingga memungkinkan undang-undang itu akhirnya betul-betul dilaksanakan di negara kita.

Sebaliknya, sekiranya undi Pas berkurangan dengan kehilangan sokongan daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu, Pas kemungkinan perlu mencatur strategik mereka untuk menumpukan perhatian di Kelantan sahaja.
Keadaan akan lebih memalukan Pas sekiranya Amanah mendapat jumlah undi yang lebih banyak daripada mereka. Oleh itu, dua PRK ini cukup penting bagi Pas. Sekalipun kalah dalam dua PRK ini, tetapi Pas perlu memastikan jumlah undinya mesti mengatasi Amanah. Jika tidak, Pas mungkin  melihat akan ada lebih ramai ahlinya melompat ke Amanah.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah pertembungan daripada 'tiga kuasa politik Melayu', iaitu Umno, Pas dan PKR sehinggalah kepada 'lima kuasa politik Melayu' (ditambah dengan Amanah dan kumpulan Dr Mahathir).

Melayu semakin berpecah, namun Umno tetap menjadi peneraju. Apakah hala tuju politik Melayu selepas ini? Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mungkin akan memberi sedikit panduan untuk memahami dengan lebih jelas lagi.

(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/prk-hala-tuju-politik-melayu-1.532419)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Stoking belang KJ, Hisham dan masa depan UMNO 10 Dec 2015 7:48 PM (9 years ago)

ISNIN, 7 DISEMBER 2015 @ 7:56 AM

Oleh Kadir Dikoh

kadiro@bh.com.my




DARI kiri; Khairy Jamaluddin (KJ), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir.
KETIKA Khairy Jamaluddin (KJ) dilahirkan di Kuwait City pada 10 Januari 1976, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berada di tingkatan dua di sebuah sekolah di ibu negara. Pada tahun itu juga, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah menuntut di Universiti Malaya.
Menjelang 10 Januari depan, KJ - Ketua Pemuda UMNO, menyambut hari lahir ke-40 dan pada 4 Januari depan juga, Zahid - Naib Presiden UMNO, menyambut hari lahir ke-63. Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Hishammuddin pula menyambut hari lahir ke-55 menjelang 5 Ogos 2016.
Zahid tua lapan tahun daripada Hishammuddin, manakala KJ muda 15 tahun daripada Hishammuddin atau 23 tahun jauh lebih muda berbanding Zahid. Itulah ringkasan saya beri apabila ditanya oleh seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengenai siapa bakal menerajui parti itu pada masa akan datang, sambil minum teh tarik. Tiada nama lain lagi, tanya beliau. Itulah yang ada setakat ini.
Dari segi usia muda, Mukhriz Mahathir yang baru menyambut hari lahir ke-51 bulan lalu, juga boleh dimasukkan sekali. Usia muda menyebelahi Hishammuddin, KJ dan Mukhriz, sebagai pemimpin pelapis. Tetapi sejarah UMNO membuktikan ketokohan pemimpin muda yang berada dalam kelompok tertinggi parti, tidak semestinya sampai ke puncak dan mereka tetap bersaing bermula di peringkat Naib Presiden, Timbalan Presiden hingga kepada jawatan Presiden. Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin muda dalam UMNO yang tidak sampai ke puncak, dengan sejarah tersendiri.
Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik oleh Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mac 1976, sedangkan Naib Presiden UMNO paling kanan ketika itu ialah Tun Ghafar Baba, diikuti Tengku Razaleigh.
Penulis bertanya sendiri kepada Hishammuddin dalam pertemuan baru-baru ini - bagaimana masa depannya dalam UMNO? "Masa depan saya tidak penting kalau parti tidak kuat," jawabnya. Tak rasa 'seksa' dah tak hisap rokok? "Memang seksa, dah dua tahun berhenti," katanya yang sebelum ini saluran arterinya pernah tersumbat. "Tetapi saya bukan macam KJ yang boleh pakai stokin belang.... boleh kayuh basikal 17 kilometer, bukan saya."
Adakah rasa terkilan bila Zahid dilantik Timbalan Perdana Menteri? "Tidak...dia lebih senior. Saya hormat Datuk Zahid." Ada persamaan antara ketiga-tiganya - pernah memimpin Pemuda UMNO dan kini giliran KJ, yang membayangkan sebelum ini mahu bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO akan datang.
Dalam pemilihan lalu, Hishammuddin hampir tewas pada Mukhriz untuk jawatan nombor tiga di barisan Naib Presiden, tetapi imej Hishammuddin selepas itu semakin naik, terutama apabila mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370 ketika memangku jawatan Menteri Pengangkutan. "Ketika itu, saya berdoa setiap hari janganlah keluar daripada mulut saya sesuatu yang memalukan Malaysia. Wartawan CNN saja empat, lima orang dan seluruh dunia tengok," kata Hishammuddin. Malah, Presiden Barack Obama ketika melawat negara ini tahun lalu terhenti seketika apabila bersalam dengan barisan jemaah Menteri dan menegur Hishammuddin dengan kata-kata "Hi, your face look familiar... Minister incharge of Plane."

(terimakasih sumber:http://www.bharian.com.my/node/102826)

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

TAN SRI ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN, "Ramai yang sudah lupa" 18 Oct 2015 7:27 AM (9 years ago)


18 Oktober 2015 12:35 AM
  2  0 Google +0
A
MUKADIMAH: MEMANG diakui orang Melayu kini menikmati kehidupan yang lebih baik dan banyak yang sudah bergelar golongan profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan saintis.

Dalam bidang pendidikan, orang Melayu kini sudah tidak jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Namun dalam sektor ekonomi, orang Melayu masih jauh ketinggalan, walaupun tidak dinafikan ada yang berjaya menjadi tokoh perniagaan terkemuka tetapi bilangan mereka boleh dibilang dengan jari.

 Menurut Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir), TAN SRI ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN, dasar-dasar bagi membantu orang Melayu yang diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) dari 1969 hingga 1971 kurang berkesan kerana kelemahan pengurusan.

 Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI serta jurufoto, SAIFUL BAHARI ASHARI di rumah beliau di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Systems (MAS) itu melahirkan kekecewaannya dengan apa yang berlaku. 

Jelas beliau, banyak dasar membantu orang Melayu kini sudah tidak ada, walaupun hak keistimewaan orang Melayu dijamin oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Badan-badan berkanun yang ditubuhkan bagi tujuan itu juga sudah diswastakan. 

 “Kalau tidak buat dasar, ia cuma atas kertas sahaja. Kena buat dasar dan selepas dasar, baru ada program dan badan untuk laksanakan. Kalau dasar pun tidak ada, hendak buat apa?” katanya.

MINGGUAN: Sejak kebelakangan ini, orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu lantang mempersoalkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terutamanya melibatkan hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja Melayu dan agama Islam. Pandangan Tan Sri?

ABDUL AZIZ: Itu sudah tidak boleh diubah. Perlembagaan kita dibuat dengan persetujuan semua kaum. Ramai orang tidak faham. Siapa yang beri kita merdeka? Itu soalan yang pertama. Jawapannya adalah British dan Raja-Raja Melayu. Di sisi undang-undang Perlembagaan, hak mentadbir dan memerintah negeri jatuh kepada siapa yang ada kedaulatan. Negeri-negeri Melayu ini, kedaulatannya di tangan Raja Melayu. Kerajaan British datang ke sini, tidak ambil alih kedaulatan tetapi ada perjanjian dan jadi pelindung dan ditadbir melalui penasihat.

Kedaulatan masih dalam tangan raja. Kedaulatan ini cuma hilang selama dua tahun semasa Malayan Union. Nasib baik kita ada Datuk Onn Jaafar yang tubuhkan UMNO dan bantah penubuhan Malayan Union. Pada 1948, penubuhan Malayan Union dibatalkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Daripada situlah setiap negeri ada Perlembagaan masing-masing yang lebih kurang sama. Di peringkat Persekutuan pun ada Perlembagaan. Jadi, kedaulatan raja masuk balik. Kewarganegaraan pun ada undang-undangnya. Itulah asas yang akhir untuk kita dapat kemerdekaan. Bangsa lain tidak boleh hendak soal. Mereka perlu tengok balik sejarah. Tidak perlu tengok jauh tetapi tengok perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Perjanjian itu ditandatangani antara British dengan Raja-Raja Melayu. British tidak tandatangan dengan raja China atau raja India.

Dalam pilihan raya pertama sebelum merdeka dibuat pada 1955 untuk adakan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. Maka UMNO, MCA dan MIC bertanding di bawah Parti Perikatan. Kebetulan tiga parti ini menang 51 daripada 52 kerusi. Satu lagi dimenangi oleh calon Pas. Daripada situlah British mendapat tahu betullah orang Tanah Melayu hendak merdeka. Kemudian lulus Perlembagaan untuk kita merdeka pada 1957. Siapa yang luluskan Perlembagaan ini? Yang pertama Parlimen di United Kingdom. Mereka buat undang-undang Akta Kemerdekaan Tanah Melayu. Yang kedua, Ratu Elizabeth II tandatangan perjanjian dengan semua Raja Melayu bersetuju untuk kemerdekaan. Kemudian dengan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu dan ada enakmennya. Kemudian semua negeri di Tanah Melayu bersetuju merdeka dan juga ada enakmen. Ini semua dijadikan Perlembagaan pada 1957. Bukan tulis begitu sahaja.


Bagaimana pula dengan kontrak sosial. Sejauh mana generasi sekarang memahami perkara itu?

ABDUL AZIZ: Selalu orang sebut tentang kontrak sosial tetapi apakah yang mereka faham? Mereka tidak boleh jawab. Kontrak sosial itu adalah kompromi dan persetujuan semua itu. Apabila semua sudah bersetuju, peguam yang menulis Perlembagaan memasukkan jadi undang-undang dan jadi Perlembagaan. Semua kontrak sosial yang dipersetujui sudah dimasukkan ke dalam Perlembagaan. Tidak perlu tanya soalan lagi. Saya beri contoh, Perkara 153 dalam Perlembagaan bukan perkara baharu. Kalau kita balik kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, perkara ini sudah ada iaitu klausa 19. Benda itu sudah ada kita bawa ke hadapan sahaja, bukan perkara baharu.

Cuma pada masa itu, ada bangsa lain cakap hak keistimewaan Melayu ini tidak boleh ada selamanya. Jadi mereka minta dengan British supaya perkara ini dihadkan selama 15 tahun. Suruhanjaya Reid pada mulanya tulis 15 tahun sahaja dalam Perlembagaan. Tetapi UMNO dan Raja-Raja Melayu bantah. Kerajaan British beri kepada empat orang politik dan empat orang British berunding. Akhir sekali buang tempoh 15 tahun ini dan kekal seperti seadanya. Pasal apa? Sebab benda ini sudah ada dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kalau hendak buat 15 tahun sahaja, lebih baik kita tidak merdeka dan lebih baik perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Macam saya, kalau tidak ada klausa 19 itu, saya tidak boleh pergi belajar ke luar negara sebab saya tidak ada duit. Saya dapat biasiswa di bawah itulah. Bangsa lain tidak boleh persoal hak keistimewaan orang Melayu sebab hak itu sudah lama ada. Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu sudah ada turun temurun. Sultan pun cakap Melayu dengan rakyatnya di sini. Takkan kita hendak buat bahasa Inggeris. Islam pun sudah lama ada di sini. Pada tahun 1948, di dalam Perlembagaan setiap negeri ada dinyatakan Islam adalah agama rasmi.

Sepatutnya perkara-perkara yang ada dalam Perlembagaan ini tidak dipertikaikan lagi. Tetapi kenapa masih ada suara-suara yang mempersoalkan perkara ini?


ABDUL AZIZ: Ramai orang mempersoalkan perkara ini kerana mereka tidak faham. Ini kerana kelemahan sistem pendidikan kita. Ramai tidak tahu bahawa tanah ini adalah asalnya tanah sultan. Masalah ini berlaku kerana kelemahan pentadbiran kita. Satu lagi contoh, sekolah kita adalah sekolah kebangsaan. Kita tidak sepatutnya ada sekolah vernakular. Kalau hendak buat sekolah vernakular buat sendiri dan kita tidak perlu beri duit, tanah dan macam-macam lagi. Kita tengok Indonesia dan Thailand. Mereka satu bangsa. Semua bercakap dalam satu bahasa.

Selepas hampir 60 tahun merdeka, bagaimana Tan Sri melihat kejayaan dasar-dasar kerajaan untuk membantu orang Melayu dan bumiputera terutama dalam bidang ekonomi?


ABDUL AZIZ: Dahulu saya terlibat dan saya adalah pegawai undang-undang di Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 1969. Jadi, saya tahu apa dalam pemikiran pemimpin-pemimpin masa itu terutama pemimpin Melayu seperti Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Mereka memikirkan cara mana kita hendak memperbaiki ekonomi orang Melayu. Sebab tercetusnya 13 Mei 1969, satu daripadanya adalah kerana ekonomi. Bangsa lain pun bangkit dan nampak seperti tidak mahu beri peluang kepada kita. Jadi kita terdesak. Semasa Mageran, banyak perkara kita buat untuk memperbaiki keadaan. Tetapi setelah selesai semua itu, negara kita stabil tetapi program-program yang diluluskan oleh kerajaan dan diimplementasikan tidak berkesan sangat.

Satu perkara saya nampak berkesan iaitu pendidikan. Masa itu, timbul Institut Teknologi Mara (ITM). Sekarang ini kita lihat dalam bidang pelajaran atau intelektual, kita tidak terkebelakang sangat. Ada ramai orang Melayu menjadi doktor, profesor, peguam dan jurutera sekarang. Kita masih di belakang tetapi bolehlah. Tetapi dalam bidang lain terutama ekonomi dan ekuiti, kita masih jauh ketinggalan. Ekuiti kita berapa peratus sahaja. Pemilikan harta komersial dalam bandar, seperti di Kuala Lumpur, kita ada satu peratus sahaja, sungguhpun kita sudah ada dasar. Saya terlibat secara langsung semasa Mageran kerana saya adalah pegawai undang-undang. Beberapa perkara Mageran buat seperti penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), UDA Holdings Berhad (UDA) dan Lembaga Padi dan Beras Negara. Kerajaan bukan sahaja buat dasar tetapi tubuh badan-badan ini. Tetapi apa sudah jadi sekarang? UDA diswastakan, Lembaga Padi dan Beras Negara pun diswastakan dan Pernas tidak tahu di mana. Jadi, harapan pemimpin-pemimpin pada masa itu tidak tercapai. Saya ini tidak ada apa kerana saya pegawai sahaja tetapi saya nampak semua ini kerana saya ada dalam Mageran.

Apakah rasuah merupakan punca dasar dan program yang diwujudkan bagi membantu membangunkan ekonomi orang Melayu ini tidak begitu berkesan?


ABDUL AZIZ: Saya hendak beritahu, masalah rasuah bukan perkara baharu. Sekitar akhir tahun 1969 dan awal 1970, suatu hari Tun Abdul Razak panggil saya. Beliau kata hendak satu undang-undang bagi mencegah rasuah dalam kalangan orang politik atau members of administration di peringkat negeri dan Persekutuan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Beliau hendak dimasukkan dalam undang-undang itu supaya mereka isytihar harta dan perkara-perkara berkaitan dengan mencegah rasuah. Saya pun dapatkan pandangan daripada kawan-kawan termasuk peguam negara. Bila siap undang-undang tetapi pada masa itu dipanggil undang-undang darurat. Saya ingat lagi, Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Kemudian bawa masuk mesyuarat. Tidak perlu dibawa ke Parlimen pada masa itu. Dalam masa 10 minit lulus, kemudian Tun Abdul Razak minta saya bawa pergi ke istana dan Yang di-Pertuan Agong tandatangan.

Kemudian saya diminta bawa draf undang-undang itu ke Government Printer (Percetakan Nasional Malaysia Berhad). Selepas itu, saya diminta menghubungi Ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) Tan Sri Harun Hashim. Saya tidak tahu kenapa saya perlu buat ini semua. Keesokannya Harun menghubungi saya dan tanya saya adakah saya tahu apa berlaku semalam. Beliau beritahu saya bahawa dua orang iaitu Menteri Besar di Terengganu dan Menteri Besar di Perak telah ditangkap.

Jadi, itu yang saya tahu. Ordinan No. 22 berkuat kuasa dari masa itu hinggalah enam bulan lepas baru dibatal. Tetapi saya tidak nampak tindakan apa-apa mengikut undang-undang ini. Maknanya, ada undang-undang atas kertas sahaja. Banyak undang-undang yang kita buat tetapi atas kertas sahaja. Saya kaji ini, sebab apa orang Melayu jadi begini, adalah bukan kerana kita tidak cukup undang-undang dan bukan kita tidak cukup dasar tetapi kerana pengurusan kita lemah.

Dengan dasar kerajaan yang semakin terbuka sekarang, ke manakah hala tuju orang Melayu ketika Malaysia dalam perjalanan menjadi negara maju pada 2020? Apakah kita sudah bersedia?


ABDUL AZIZ: Kita lupa semua arah. Sebab UDA sudah lain macam, Pernas lain macam dan Lembaga Padi dan Beras Negara pun lain macam. Apa yang dibuat sekarang, nampak terbuka kepada semua. Maknanya sistem merit. Mana orang Melayu boleh bersaing kalau guna sistem merit. Sesetengah bahagian boleh. Umpamanya dalam bidang profesional bolehlah. Kalau hendak berniaga? Mana orang Melayu hendak beli bangunan RM100 juta.

Kita ada dua kekuatan iaitu majlis agama Islam dan Perlembagaan. Ini bergantung kepada siapa yang memerintah dan kita mesti pastikan orang Melayu memerintah supaya Perkara 153, Perkara 152 dan Perkara 89 iaitu berkenaan tanah rizab Melayu boleh dipraktikkan. Tanah rizab Melayu semakin berkurangan. Yang ada habis dan yang ada pun tidak buat apa untuk dibangunkan.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutan, sudah hampir 60 tahun ada. Saya hendak tengok dasar yang kerajaan sudah buat di bawah Perkara 153 sekarang ini. Kalau tidak buat dasar, ia cuma atas kertas sahaja. Kena buat dasar dan selepas dasar, baru ada program dan badan untuk laksanakan.

Apakah pilihan lain yang orang Melayu ada untuk membantu mereka dalam bidang ekonomi yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain terutama orang Cina?


ABDUL AZIZ: Saya kaji perkara ini begini. Ramai orang tidak tahu tetapi ada orang tahu pun dia tidak buat apa kerana boleh jadi tidak penting. Dalam negara kita ini, kita bernasib baik sebab kita sebenarnya ada dua aliran kerajaan. Satu kerajaan dan yang kedua sultan atau Raja Melayu. Sejak di zaman British lagi, dalam perjanjian kita dengan British, terang-terang ada nyata di situ, kerajaan mentadbir kerajaan dan sebagainya di bawah tangan Britih dengan memakai penasihat British dan nasihat penasihat British hendaklah diikuti. Tetapi kerajaan British memberikan kuasa kepada kita iaitu satu lagi kerajaan. Raja Melayu atau Sultan adalah ketua agama dan adat Melayu. Ini daripada dahulu lagi.

Semasa British lagi ada disebut bahawa Sultan adalah ketua agama dan adat Melayu. Apa maknanya? Itu kita kena faham. Itu besar maknanya. British tidak boleh campur tangan langsung dalam hal ehwal agama Islam dan adat. Apa makna agama dan apa makna adat? Itu kita kena faham. Agama Islam bukan hukum-hakam sahaja tetapi cara hidup termasuk ekonomi. Rasulullah SAW, lepas solat, Nabi pergi kerja. Baginda adalah ahli perniagaan. Isteri baginda, Siti Khadijah pun ahli perniagaan. Apa makna adat? Adat ialah undang-undang tidak tertulis. Di England pun ada undang-undang tidak tertulis. Perlembagaan England tidak tertulis. Faham sahajalah. Adat kita pun tidak tertulis. Adat Melayu pun undang-undang. Ada perkara orang Melayu boleh buat dan ada perkara orang Melayu tidak boleh buat.

Jadi, itu British serah kepada kita sejak sebelum merdeka lagi. Semasa British memerintah kita, British buat begitu. Pada masa sama, Perlembagaan di setiap negeri ada. Kuasa membuat undang-undang ada di setiap negeri, dipanggil Dewan Undangan Negeri (DUN). Ada Sultan, penasihat British dankemudian ada dewan yang dilantik, bukan dipilih.

Setiap negeri boleh dikatakan sudah ada undang-undang agama yang dipanggil majlis agama Islam. Kalau kita tengok undang-undang itu daripada dahulu lagi, satu daripada fungsi undang-undang itu ialah memperbaiki keadaan ekonomi orang Islam dan boleh ditubuh syarikat dan macam-macam.

Pada pemerhatian Tan Sri sendiri apakah majlis agama Islam negeri tidak melaksanakan program untuk membangunkan ekonomi orang Melayu dan Islam?


ABDUL AZIZ: Inilah yang saya kata kita tersalah pandang. Kita tidak buat. Kita buat hal agama sahaja. Ahli-ahli majlis agama mengandungi ulama. Jadi, mereka buat apa dengan wang kutipan zakat, kita tidak tahu. Adalah beri derma kepada kubur dan masjid. Hal ehwal ekonomi tidak ada langsung masa dahulu.
Kemudian kita merdeka, ada dalam Perlembagaan kita, memberi kuasa kepada raja sebagai ketua agama. Dan DUN boleh membuat undang-undang tentang agama Islam. Parlimen boleh buat undang-undang tentang agama Islam bagi Wilayah Persekutuan.

Dalam undang-undang negeri, ada sebut dengan terang bahawa majlis agama Islam hendaklah menasihati sultan. Dan majlis agama Islam di Wilayah Persekutuan menasihati Yang di-Pertuan Agong. Ada disebut di sebelah atas lagi dengan terang bahawa majlis agama Islam hendaklah memperbaiki keadaan ekonomi orang Islam dan boleh menubuh perbadanan dan syarikat.

Tetapi apa yang kita buat, lebih 50 tahun merdeka? Ini kuasa kita, kita boleh pungut zakat dan buat wakaf. Kita tidak perlu bergaduh dengan bangsa lain kerana orang lain tidak boleh sentuh. Inilah perkara yang saya bincang dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum ini. Tuanku memang sudah faham perkara ini daripada dahulu lagi. Apabila saya sebut begini, tuanku sangat gembira. Saya minta pandangan baginda sama ada saya patut pergi menghadap setiap sultan atau Majlis Raja-Raja.

terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/rencana/ramai-yang-sudah-lupa-1.147670

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/ramai-yang-sudah-lupa-1.147670#sthash.85wCcW1r.dpuf

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Catatan Di Belakang Tirai Besi 30 Sep 2015 8:11 AM (9 years ago)

Tuesday, September 29, 2015

Catatan Di Belakang Tirai Besi by 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang  di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan  mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.  Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Ini kerana saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11.  Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12.  Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]

The Sun

16.  Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan di situ hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25.  Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26.  Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.


Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
terimakasih sumber:http://www.drkhir.com/2015/09/catatan-di-belakang-tirai-besi.html

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Mengenal Tanda Segitiga di Bawah Botol Plastik 30 Sep 2015 7:54 AM (9 years ago)



Beberapa diantara kita mungkin masih terbiasa menggunakan botol bekas air mineral untuk wadah minuman. Tetapi tahukah kita di bawah botol-botol itu terdapat kode-kode yang mempunyai maksud tertentu. Kode tersebut berupa Segitiga dan Nomor di dalamnya. Tanda di bawah botol itu merupakan kode yang dikeluarkan The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Serikat dan diikuti oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kode, seperti ISO (International Organization for Standardization).

Secara umum tanda pengenal plastik tersebut berciri-ciri :
1. Berada atau terletak di bagian bawah,
2. Berbentuk segitiga,
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka,
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga.



Berikut arti dari istilah-istilah tersebut :

1. PETE/PET


Tanda ini biasanya tertera logo daur ulang dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol plastik, berwarna jernih/transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya.

Botol jenis PETE/PET ini disarankan hanya untuk sekali pakai. Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air hangat apalagi panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanker dalam jangka panjang.

Bahan PETE ini pun berbahaya bagi pekerja yang berhubungan dengan pengolahan maupun botol daur ulang botol PETE. Pembuatan PETE menggunakan senyawa antimoni trioksida. Senyawa ini dapat masuk ke dalam tubuh melalui sistem pernapasan dengan menghirup udara yang mengandung senyawa tersebut.

Seringnya menghirup senyawa ini dapat mengakibatkan iritasi kulit dan saluran pernapasan. Bagi wanita, senyawa ini meningkatkan masalah menstruasi dan keguguran. Bila melahirkan pun, anak mereka kemungkinan besar akan mengalami pertumbuhan yang lambat hingga usia 12 bulan.

Mayoritas bahan PETE di dunia digunakan untuk serat sintesis dan bahan dasar botol kemasan. Di dalam pertekstilan, PETE biasa disebut dengan polyester.

2. HDPE


Pada bagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo daur ulang dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, Tupperware, galon air minum, kursi lipat dan lain-lain.

Botol plastik jenis HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, buram dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Merupakan salah satu bahan plastik yang aman untuk digunakan karena kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang dikemasnya.

Sama seperti PETE, HDPE juga disarankan hanya untuk sekali pemakaian karena pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.

3. V/PVC


Tertulis (terkadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V.

V itu berarti PVC (Polyvinyl Chloride), yaitu jenis plastik yang paling sulit didaur ulang. Ini bisa ditemukan pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol.

Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. PVC mengandung DEHA (diethylhydroxylamine) yang dapat bereaksi dengan makanan yang dikemas dengan plastik berbahan PVC ini saat bersentuhan langsung dengan makanan tersebut karena DEHA ini lumer pada suhu -15°C.

4. LDPE


Logo daur ulang dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE. LDPE (Low Density Polyethylene) yaitu plastik tipe cokelat (thermoplastic, dibuat dari minyak bumi), biasa dipakai untuk tempat makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembek.

Sifat mekanis jenis LDPE ini adalah kuat, tembus pandang, fleksibel dan permukaan agak berlemak, pada suhu 60 derajat sangat resisten terhadap reaksi kimia, daya proteksi terhadap uap air tergolong baik, dapat didaur ulang serta baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibelitas tapi kuat.

Barang berbahan LDPE ini sulit dihancurkan, tetapi tetap baik untuk tempat makanan karena sulit bereaksi secara kimiawi dengan makanan yang dikemas dengan bahan ini.

5. PP


Tertera logo daur ulang dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus uap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.

Jenis PP (Polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi.

Carilah dengan kode angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan kemasan berbagai makanan dan minuman.

6. PS


Tertera logo daur ulang dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS (Polystyrene). Biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.

Selain tempat makanan, styrene juga bisa didapatkan dari asap rokok, asap kendaraan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, karena selain berbahaya untuk kesehatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang berakibat pada masalah reproduksi, dan pertumbuhan dan sistem syaraf, juga karena bahan ini sulit didaur ulang. Bila didaur ulang, bahan ini memerlukan proses yang sangat panjang dan lama.

Bahan ini dapat dikenali dengan kode angka 6. Namun, bila tidak tertera kode angka tersebut pada kemasan plastik, bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga dan meninggalkan jelaga.

7. OTHER


Tertera logo daur ulang dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 macam, yaitu:
1. SAN – styrene acrylonitrile,
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene,
3. PC – polycarbonate,
4. Nylon

Dapat dtemukan pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, suku cadang mobil, alat rumah tangga, komputer, alat elektronik, dan plastik kemasan.

SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi dan sikat gigi. Sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. Bahan-bahan ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam kemasan makanan ataupun minuman.

PC (polycarbonate) dapat ditemukan pada botol susu bayi, gelas anak batita (sippy cup), botol minum polikarbonat dan kaleng kemasan makanan serta minuman, termasuk kaleng susu formula. Bahan ini dapat mengeluarkan bahan utamanya yaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merusak sistem hormon, kromosom pada ovarium, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imunitas.

Pemakaian dianjurkan tidak digunakan untuk tempat makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan. Entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave atau dituangi air panas.

Kesimpulan yang didapat dari tanda klasifikasi plastik tersebut:
  • Hati-hati dalam menggunakan plastik, khususnya kode 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimiawi. Gunakan hanya sekali pakai!
  • Cukup aman bila menggunakan plastik dengan kode 2, 4, 5 dan 7 (SAN atau ABS)

Bagi orang tua yang masih memerlukan botol susu untuk putra atau putrinya:
  • Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.
  • Gunakanlah cangkir bayi berbahan stainless steel, atau plastik jenis 4 atau 5.
  • Untuk dot, gunakanlah yang berbahan silikon, karena tidak akan mengeluarkan zat karsinogenik sebagaimana pada dot berbahan latex.
  • Cegah penggunaan botol susu bayi dan cangkir bayi (dengan lubang penghisapnya) berbahan jenis 7 PC (polycarbonate),
  • Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dicegah, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas.

Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minum. Biasanya digunakan untuk tempat air putih di dalam kulkas. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kode 1) dan HDPE (kode 2) tidak dapat dicegah, gunakan hanya sekali pakai dan segera dihabiskan. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.


Sumber:
http://www.woamu.mangaku.net/2011/02/rahasia-terselubung-tanda-di-bawah.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Plastic_recycling#Plastic_identification_code

Diposkan oleh 

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Badan Berasid Punca Kanser 30 Sep 2015 7:45 AM (9 years ago)


alkaline-body
Jika keadaan cecair selular tambahan terutamanya darah menjadi berasid, keadaan fizikal kita akan keletihan, mudah selsema dan lain-lain. Apabila cecair ini menjadi lebih berasid, keadaan kita akan menjadi lebih sakit dan derita seperti sakit kepala, sakit dada, sakit perut dan lain-lain.
normal-cancerous-colon
Jika darah menjadi lebih berasid, tubuh badan akan mengandungi lebih asid dan darah tidak mampu untuk mengekalkan keadaan beralkali dan menyebabkan sel-sel menjadi berasid dan kekurangan oksigen. Apabila ini berlaku secara berterusan, peratus asid dalam badan akan meningkat dan sesetengah sel mati, maka sel-sel mati ini bertukar menjadi asid. Walau bagaimanapun, sesetengah sel-sel lain boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran itu. Dalam erti kata lain, daripada mati seperti sel-sel yang lain, sel-sel itu hidup dan menjadi sel yang tidak normal. Sel tidak normal ini dipanggil sel malignan. Sel malignan ini tidak sesuai dengan fungsi otak.
CellAbnormalitiescrukmig_1000img-12350
Oleh itu sel-sel malignan ini membesar selama-lamanya dan membentuk ketumbuhan kanser. Salah satu konsep pemakanan yang paling kurang difahami ialah apakah asid dan apakah keseimbangan alkali. Sel-sel dalam badan manusia bergantung kepada pH asid-alkali yang seimbang. Jika ada cecair yang tidak normal, enzim pencernaan menjadi tidak aktif, makanan tidak dihadam dengan baik, dan tindak balas alergi boleh berlaku. Makanan terikat mikroorganisma seperti yis, bacteria, parasit, virus dan lain-lain akan dibebaskan di dalam badan yang akan meletakkan tekanan pada sistem immune.
Badan ini sebahagian besarnya terdiri daripada air, dimana ia berguna untuk membolehkan nutrien, oksigen,  dan bahan bio-kimia bergerak dari tempat ke tempat. Air boleh mempunyai ciri-ciri sama ada asid ataupun alkali yang dikira dengan skala yang dipanggil pH (potensi hydrogen), dimana pH1.0- pH6.9 dianggap berasid, pH7.0 adalah neutral dan pH7.1- pH14.0 adalah alkali. Semakin rendah nombor pH, lebih besar keasidannya dan semakin tinggi nombor pH, lebih besar kealkaliannya. Secara optimum, kita mahu badan kita dalam keadaan neutral atau alkali iaitu pH7.0-pH7.2. Dibawah pH5.3, vitamin atau mineral tidak dapat diserap ke dalam sel. Jadi untuk penggunaan maksimum dan penurunan berat badan, ia mesti berada di atas pH6.4.
Cancer_root
terimakasih sumber: http://www.kangenmalaysia.my/badan-berasid-punca-kanser/

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kepentingan Air Alkali 28 Sep 2015 8:57 AM (9 years ago)


Otto-warburg
Ketumbuhan kanser tidak boleh hidup di dalam badan beralkali. Semua pesakit kanser dan kita semua perlu minum air alkali supaya badan kita tidak menyediakan persekitaran untuk tumor kanser hidup.
Air alkali adalah baik untuk insomnia dan kolik. Otak adalah 90% air dan apabila ia tidak dapat mengekalkan peratusan itu, ia akan menarik air dari semua bahagian badan yang lain.
Garam, kafein, nikotin, valium, alcohol dan gula membuatkan tubuh badan kita menjadi tidak seimbang.
Jika kita tidak menjaga pH darah kita pada 7.3 ke atas, kematian akan berlaku. Malah, kematian akan berlaku jika pH darah kita menurun bawah 7.
Air kencing yang mempunyai bau yang kuat dan warna kuning-kekuningan menunjukkan tubuh badan yang tidak sihat. Jika badan yang seimbang, ia tidak mempunyai ammonia dan protein di dalam air kencing. Tubuh badan yang terlebih kepada asid boleh menyebabkan batu karang dan batu hempedu.
Ketumbuhan sista (Cysts) adalah permulaan bagi tumor yang mendorong kepada kanser kerana kekurangan mineral di dalam badan. Kanser terjadi kerana kekurangan mineral dalam tempoh masa yang panjang dan disebabkan oleh badan yang terlalu berasid.
Air suling adalah neutral ataupun air mati dan tidak mempunyai mineral. Kita kelihatan lebih cepat tua kerana tubuh badan kita berasid dan kering.
terimakasih sumber:
http://www.kangenmalaysia.my/air-alkali-membunuh-kanser/

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kenapa kita perlu minum air alkali? 28 Sep 2015 8:55 AM (9 years ago)


Oleh kerana tubuh badan kita mengandungi 60%-70% air, tahap pH mempunyai kesan yang mendalam kepada semua kimia badan, kesihatan, dan penyakit. Pernafasan, peredaran, pencernaan, dan pengeluaran hormon berkhidmat untuk tujuan mengimbangi pH dengan mengeluarkan sisa-sisa asid dari tisu badan tanpa merosakkan sel-sel hidup.
ph-balance-right
Jika pH menyimpang terlalu jauh ke sebelah asid atau terlalu jauh ke sebelah alkali, sel-sel  menjadi diracun oleh sisa toksik mereka sendiri dan mati. Sama seperti hujan asid boleh memusnahkan hutan dan sisa alkali boleh mencemarkan tasik. pH yang tidak seimbang boleh merosakkan semua tisu badan dan boleh merosakkan urat dan arteri. Jika dibiarkan, ketidakseimbangan pH akan menganggu semua aktiviti sel-sel dan fungsi tubuh badan dari degupan jantung hingga ke otak.
Dengan makanan moden, ia benar-benar tidak mudah untuk mendapatkan makanan beralkali. Tidak semua yang sanggup untuk menukarkan makanan mereka menjadi makanan beralkali. Jadi, konsep terbaru dalam air minuman hari ini adalah air alkali.
Senarai makanan alkali :
Sangat alkali,
Lemon, tembikai, limau, mangga, betik, asparagus, bawang, jus sayur, brokoli, bawang putih, bayam, minyak zaitun, teh herba.
Alkali,
Kurma, anggur, kiwi, blueberry, epal, oren, pisang, nenas, lobak, tomato, tauhu, kismis, kacang hijau, seleri, kentang, almond, susu ibu, teh hijau, madu asli.
capture2
terimakasih sumber:
http://www.kangenmalaysia.my/kenapa-kita-perlu-minum-air-alkali/

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Bagaimana Air Kangen Dihasilkan? 28 Sep 2015 8:48 AM (9 years ago)




<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/pa87lAeQBhk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>



Air Kangen dihasilkan melalui proses yang dipanggil elektrolisis dimana arus elektrik akan melalui air untuk memisahkan ia kepada ion positif dan negatif. Air dari paip akan melalui hos ke mesin kangen dan memasuki Kangen filter. Ia adalah penapis karbon aktif anti-bakteria yang mampu menapis klorin, karat, bakteria dan segala jenis kekotoran untuk mengekalkan kebersihan air. Dalam masa yang sama ia memelihara mineral penting dalam sumber air seperti Kalsium, Potassium, dan Magnesium. Kangen filter ini dibuat dari Negara Jepun dan berkualiti tinggi. Penapis ini boleh digunakan sehingga 3000 galon air.
Kemudian air ini akan memasuki elektrolisis chamber. Ia mempunyai solid titanium plate yang besar berbanding mesin alkaline yang lain. Plat ini berkualiti tinggi dan ia merupakan alat perubatan. Ia digunakan untuk mengasingkan ion positif dan negatif. Air yang mempunyai ion negatif adalah air alkaline dan akan mengalir melalui hos utama manakala air yang mempunyai ion positif yang merupakan air asid akan mengalir ke hos kedua.
Sila lihat gambar rajah dibawah.
how-kangen-water-is-produced
sumber: http://www.kangenmalaysia.my/bagaimana-air-kangen-dihasilkan/

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Manfaat Kangen Water & Acidic Water 28 Sep 2015 8:33 AM (9 years ago)


change-kangen-water
Manfaat Kangen Water
Penghidratan dan Drinkability
Air Alkali adalah sumber terbaik untuk penghidratan yang sihat kerana bukan sahaja ia mempunyai rasa yang lebih baik, malah ia lebih mudah untuk diserap oleh tubuh badan. Ini meningkatkan keupayaan minuman itu dengan mengurangkan perasaan yang biasa ada ketika kita meminum air seperti loya, kembung, dan tidak sedap. Kebanyakan orang boleh merasa perbezaannya selepas meminum segelas air Kangen.
Micro Clustering
Beberapa kajian telah membuktikan satu fenomena yang dikenali sebagai “Kelompok Mikro” yang merujuk kepada struktur molekul air yang sangat kecil. Banyak manfaat telah dikaitkan dengan fenomena ini.
Neutralisasi Radikal Bebas
Air alkali membantu kesihatan organ-organ dalaman. Sebahagian daripada sebab untuk manfaat ini adalah air alkali telah ditunjukkan untuk menjadi anti-oksida yang meneutralkan radikal bebas.
Menggalakkan Pemanjangan Umur
Secara saintifiknya, air ini diiktiraf sebagai pembantu dalam kesihatan dan pemanjangan umur. Manfaat semula jadi air ini digalakkan dan dipertingkatkan oleh kealkaliannya.
Detoksifikasi
Air adalah pelarut sejagat yang tubuh badan kita bergantung untuk membuang toksin dan bahan buangan lain daripada badan Dengan negatif potensi pengurangan pengoksidaan (-ORP) dan rasa yang hebat, anda boleh bergantung kepada air alkali seperti Kangen Water untuk membantu dalam peneutralan radikal bebas dan menangani semua keperluan penghidratan badan anda.

Manfaat Kangen Acidic Water 
Pembersihan Toksik Bebas
Beberapa pengeluar membina mesin industri pelbagai guna untuk tujuan pembersihan yang menggunakan hanya air Strong Acidic sebagai ejen pembersihan. Begitu juga dengan sistem kolam renang yang menukarkan air klorin keras kepada air ion berasid untuk menjaga kebersihan kolam itu.
Kebersihan Peribadi
Air ini dikenali di Negara-negara Asia sebagai “Air Kecantikan”. Ia adalah ejen pembersihan luaran yang sangat berkesan yang digunakan untuk kebersihan diri.
Tiada Bahan Kimia 
Salah satu sebab air asid ini diguna oleh institusi-institusi seperti hospital dan perkhidmatan penjagaan adalah bahawa air asid ini tidak mempunyai bahan kimia. Air asid secara semula jadinya bebas dari fostat dan bahan cemar lain yang berisiko merosakkan dan mencemarkan segalanya.
terimakasih sumber:http://www.kangenmalaysia.my/manfaat-kangen-water-acidic-water/

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?

Kenapa Kangen Water? 28 Sep 2015 8:30 AM (9 years ago)


change-your-water-resized
Rasa yang sedap, menyegarkan dan bersih
Kangen Water adalah air yang terbaik untuk diminum yang mempunyai rasa yang lebih sedap. Rasanya sangat ringan dan menyegarkan. Ia juga akan meningkatkan rasa makanan dan minum.
Keseimbangan pH badan yang berterusan
Kangen water membantu meningkatkan kealkalian tubuh badan dan melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel sihat. Sebuah badan beralkali adalah badan yang sihat.
Anti-Oksida yang kuat
Pengoksidaan berlaku secara semula jadi dalam alam semula jadi. Karat pada paip atau perubahan warna pada buah seperti epal yang berwarna coklat selepas dipotong adalah proses pengoksidaan. Pengoksidaan dalam badan dikenali sebagai penuaan ataupun mempercepatkan proses keumuran. Kangen water mempunyai anti-oksida yang kuat melebihi 6 hingga 8 kali dari teh hijau.
Detoksifikasi & Pembersihan
Apabila anda mempunyai pembentukan sisa berasid dalam badan, anda perlu mempunyai beberapa jenis ubat untuk membersihkannya dengan sendiri. Minum air Kangen adalah cara yang mudah dan semula jadi untuk membersihkan badan anda daripada kekotoran.
Mengurangkan Sakit
Sakit adalah sesuatu yang ramai orang terpaksa berurusan dengan setiap hari. Kesakitan otot, sendi dan ketegangan adalah yang paling biasa. Kangen Water boleh mengurangkan kesakitan dengan membantu badan menghidrat dengan baik dan membolehkan sisa berasid dikeluarkan.
Meningkatkan Tenaga & Mengurangkan Keletihan
Keletihan adalah tanda-tanda banda anda menjadi terlalu berasid. Apabila badan anda menjadi tapak sisa berasid, anda perlu menghapuskan sisa-sisa asid itu. Jika diambil secara tetap, Kangen water boleh membantu membersihkan sisa asid itu dan meningkatkan tahap tenaga anda.
Meningkatkan Kesihatan Keseluruhan
Kangen water dihasilkan oleh ionizers Enagic. Mereka telah diiktiraf sebagai peralatan perubatan di Negara Jepun dan digunakan di banyak hospital dan klinik kerana manfaat kesihatannya.
Mikro Berkelompok Meningkatkan Penghidratan
Kangen water adalah mikro berkelompok yang bermaksud molekul air sebenar dikecilkan dalam saiz yang membolehkan mereka untuk diserap dengan mudah oleh badan dan amat menhidratkan sel-sel.
Meneutralkan Radikal Bebas
Kangen water mempunyai ORP negative yang sangat tinggi (Potensi Pengurangan Pengoksidaan) yang menjadikannya anti-oksida yang kuat. Apabila diminum secara tetap, electron tambahan di dalam air Kangen dapat meneutralkan radikal bebas dalam badan.
terimakasih sumber:http://www.kangenmalaysia.my/kenapa-kangen-water/

Add post to Blinklist Add post to Blogmarks Add post to del.icio.us Digg this! Add post to My Web 2.0 Add post to Newsvine Add post to Reddit Add post to Simpy Who's linking to this post?